Skrol ke Bawah Bagi Membaca Entri Terbaru
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Saya akan menjalankan bengkel penulisan kreatif. Tuan dan puan akan belajar cara menulis novel kanak-kanak, remaja dan dewasa yang syariah-compliant dengan menggunakan teknik dalam surah Yusuf.
Tarikh akan ditentukan kemudian.
Mendaftar di sini. Tulis nama, alamat emel dan nombor HP.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Saya akan menjalankan bengkel adaptasi. Tuan dan puan akan belajar cara menulis buku dengan menggunakan buku-buku orang lain dengan tidak melanggar undang-undang hakcipta.
Tarikh akan ditentukan kemudian.
Mendaftar di sini. Tulis nama, alamat emel dan nombor HP.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Cerita dalam surah Yusuf adalah bertemakan "buruk lawan baik" tetapi dalam kisah Nabi Yusuf itu, tidak ada panduan teknikal bagaimana sesuatu kemungkaran itu dilakukan.
Dalam teori dan teknik surah Yusuf, penulis tidak dibenarkan menulis ayat-ayat naratif mahupun ayat dialog yang menggambarkan bagaimana watak-watak melakukan sesuatu kemungkaran. Malah, penulis tidak dibenarkan menuliskan ayat-ayat monolog yang menerangkan bagaimana watak sedang berfikir dan merancang mahu melakukan sesuatu kemungkaran.
Walaupun abang-abang Nabi Yusuf telah mencampakkan adik mereka ke dalam telaga air, tidak ada ayat yang menerangkan bagaimana perbuatan mungkar itu mereka lakukan. Justeru pembaca tidak diberitahu bagaimana mereka memegang Nabi Yusuf, bagaimana mereka membawa Nabi Yusuf ke tepi telaga, bagaimana mereka menolak ataupun mencampakkan Nabi Yusuf ke dalam telaga. Pembaca juga tidak diberitahu dialog yang diucapkan antara watak-watak dalam peristiwa mungkar itu.
Dalam kes kemungkaran yang dilakukan oleh Siti Zulaikha di mana dia cuba menggoda Nabi Yusuf, tidak ada ayat yang menerangkan secara teknikal apa yang dilakukan oleh perempuan itu supaya Nabi Yusuf tergoda apabila terpandang kepada dirinya. Pembaca tidak diberitahu perkara-perkara yang dilakukan oleh Siti Zulaikha sebagai persiapan bagi menggoda Nabi Yusuf, sebagai contoh apakah pakaian yang dipakainya, apakah dia memercikkan wangian ke tubuhnya, apakah dia menyikat rambutnya, atau lain-lain perbuatan.
Malah tidak ada ayat yang menerangkan apa yang difikirkan oleh Siti Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.
Sebaliknya, dalam teknik penceritaan surah Yusuf, yang diterangkan adalah panduan-panduan melakukan kebaikan. Terdapat banyak ayat yang menerangkan cara-cara bagaimana sesuatu kebaikan itu dilakukan.
Contoh ayat naratif yang menerangkan kemungkaran yang sedang difikirkan oleh watak adalah seperti di bawah ini:
Pak Ali yakin benar usahanya memikat Cikgu Noor berjaya. Jika selama ini dia asyik memandang Cikgu Noor dan mengintai-intai ketika dia sedang mandi, tetapi malam ini dia yakin benar Nenek Besar dapat membantu menyampaikan segala hasrat dan perasaannya.
Contoh ayat naratif yang menerangkan bagaimana watak melakukan perbuatan mungkar ada seperti di bawah ini:
Malam itu Tuan Musa bertemu Tauke Lim di hotel mewah tempat mereka selalu bertemu. Tidak ketinggalan Lily dan Suryani juga menemani mereka. Sambil mereka makan-makan di lounge hotel itu, mereka didendangi oleh kumpulan penyanyi dari Filipina yang terdiri daripada dua orang perempuan yang berpakaian seksi dan seorang lelaki. Dalam kesamaran cahaya lounge, mereka dihidangkan dengan halwa telinga berupa nyanyian lagu-lagu hits tujuh puluhan. Dari tempat duduk mereka juga, mereka dapat menyaksikan tarian-tarian yang mengghairahkan daripada dua gadis Filipina itu.
Contoh dialog yang mengandungi panduan teknikal bagaimana cara melakukan sesuatu kemungkaran adalah seperti di bawah ini:
“Hmmm! Nenek boleh jampikan malam ini jika puan mahu. Pulang ke rumah nanti, puan ambil nasi yang masih panas berasap dan campurkan sedikit dengan apa sahaja jenis kotoran daripada badan puan. Maksud nenek ialah puan boleh campurkan sama ada najis atau pun air kencing puan ke dalam nasi Tuan Musa. Jika puan rasa terlalu kotor, puan boleh gunakan daki puan atau pun kotoran daripada celah kuku puan. Kemudian, puan letakkan nasi tadi di bawah xxxx. Puan boleh duduk xxxxxxx atas nasi yang panas berwap tadi lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit. Xxxxxx sehingga wap daripada xxxxxx puan menitik ke dalam nasi tadi,” kata Nenek Besar kepada isteri Tuan Musa.
Contoh-contoh di atas dipetik dari sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang penulis kepada PTS.
Nota: Penulis yang tidak pernah hadir dalam kursus penulisan anjuran PTS cenderung menghantar manuskrip yang mengandungi ayat-ayat yang menggambarkan tingkah laku watak-watak sedang melakukan kemungkaran, seperti babak lelaki dan perempuan bukan muhrim bergaul, berdating, dan banyak lagi.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Pada hari Ahad lalu, saya berjumpa dan berbual-bual dengan seorang wanita. Beliau memberitahu anak gadisnya belajar di sebuah sekolah berasrama penuh yang terkenal.
Menurut beliau, di sekolah anaknya, warden asrama akan memeriksa isi kandungan beg yang dibawa oleh pelajar-pelajar apabila mereka balik dari sesi 'outing'. Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar tidak membawa masuk item-item yang tidak diizinkan oleh sekolah. Antara item-item yang tidak diizinkan adalah majalah-majalah hiburan dan novel-novel cinta popular.
Menurut beliau lagi, novel-novel kanak-kanak, remaja dan dewasa terbitan PTS tidak dirampas oleh warden, sebaliknya akan dicop 'lulus'.....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Tema utama cerita-cerita yang terdapat dalam Quran adalah "baik lawan buruk", oleh itu kehadiran watak-watak jahat adalah unsur penting dalam sesebuah cerita.
Salah satu persoalan yang memerlukan jawapan adalah: Bagi menghasilkan cerita-cerita yang syariah-compliant dan indah, berapa kalikah watak-watak jahat perlu melakukan perbuatan jahat.
Perlukah watak-watak jahat melakukan banyak macam kejahatan dan melakukannya banyak kali? Sebagai contoh, seseorang watak jahat itu pernah terlibat dengan rasuah, dia juga pernah meminum arak dan mabuk-mabuk, dia juga pernah berzina, pernah bergi berjumpa bomoh sihir, pernah memukul isterinya, juga dia juga pernah bertengkar dan mengkasari anak-anaknya.
Dalam teori dan teknik surah Yusuf, watak-watak jahat melakukan hanya SATU kali kasalahan utama sahaja.
Dalam kisah Nabi Yusuf, Siti Zulaikha hanya melakukan satu kesalahan sahaja, yakni beliau cuba menggoda Nabi Yusuf disebabkan beliau sangat tertarik kepada keelokan rupa paras Nabi Yusuf. Abang-abang Nabi Yusuf melakukan satu kesalahan sahaja, yakni cuba membunuh Nabi Yusuf akibat terlalu cemburu akibat ayah mereka memberikan lebih kasih sayang kepada adik mereka itu.
Akibat kesalahan yang satu itu, bagi menutup kesalahan tersebut, mereka melakukan kesalahan lain. Dalam kes Siti Zulaikha, bagi menutup kejahatan yang telah dilakukannya wanita itu memfitnah Nabi Yusuf di hadapan suaminya, dengan mengatakan Nabi Yusuf telah cuba mencemarkan kesuciannya. Dalam kes abang-abang Nabi Yusuf, mereka berdusta kepada ayah mereka, Nabi Yaakub, dengan mengatakan Nabi Yusuf telah mati dimakan serigala.
Prinsip satu-dosa-sahaja ini juga berlaku dalam kisah Nabi Adam, di mana beliau hanya sekali melakukan kesalahan, yakni memetikkan buah khuldi untuk isterinya, Hawa. Dalam kisah Nabi Nuh pun berlaku prinsip satu-dosa-sahaja, di mana anak dan isteri Nabi Nuh tidak mendengar ajakan beliau supaya ikut naik ke atas kapal.
Nota: Lazimnya, dalam novel-novel yang tidak ditulis menggunakan teknik Surah Yusuf, watak-watak jahat melakukan banyak dan bermacam-macam kejahatan dan dosa-dosa.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Dalam surah Yusuf, terdapat lebih banyak watak jahat daripada watak baik. Watak-watak jahat itu adalah Siti Zulaikha dan sembilan abang-abang Nabi Yusuf, menjadikan 10 orang semuanya.
Yang menjadi persoalan adalah, bagi menghasilkan sebuah cerita yang indah dan syariah-compliant, sejahat manakah sifat-sifat jahat watak-watak jahat itu perlu digambarkan? Perlukan watak-watak jahat itu digambarkan sebagai manusia yang tersangat-sangat jahat, ataupun tidak berapa jahat, ataupun jahatnya hanya sedikit sahaja?
Dalam erti kata yang lain, bagi menghasilkan sebuah cerita yang syariah-compliant dan indah, salah satu persoalan yang perlu dijawab adalah: Berapakah banyakkah sifat-sifat jahat yang patut ada pada seseorang watak jahat?
Suatu contoh watak jahat yang tersangat jahat adalah di mana watak itu bukan hanya seorang perasuah, malah dia juga pemabuk, penzina, pengamal sihir, tamak harta, panas baran, dan suami yang kasar kepada anak isterinya.
Dalam teori surah Yusuf, watak-watak jahat adalah manusia-manusia yang sebenarnya baik, tetapi mereka telah melakukan kesilapan. Siti Zulaikha melakukan dosa kerana dia cuba menggoda Nabi Yusuf, manakala abang-abang Nabi Yusuf pula melakukan dosa kerana mereka cuba membunuh Nabi Yusuf.
Punca yang menyebabkan watak-watak jahat itu melakukan dosa itu pula adalah kelemahan yang ada pada diri mereka sendiri. Kelemahan itu pula adalah kelemahan sifat semulajadi yang diciptakan oleh Allah bagi semua manusia.
Allah mencipta manusia dengan diberikan fitrah mempunyai nafsu yang menyukai benda-benda yang cantik dan indah-indah pada pandangan mata kasar mereka. Siti Zulaikha adalah manusia biasa, oleh itu dia tergoda melihat keelokan rupa paras Nabi Yusuf, sebagaimana perempuan-perempuan lain juga turut terkesima apabila terpandang Nabi Yusuf sehingga mereka terpotong jari masing-masing.
Justeru, Siti Zulaikha melakukan dosa itu bukan kerana dia seorang perempuan yang jahat karekternya, sebaliknya dia seorang perempuan yang baik, hanya sahaja dia menjadi terlalu lemah apabila jatuh cinta sehingga dia hilang pertimbangan dan tidak dapat mengawal perasaannya terhadap lelaki yang dicintainya. Dan Siti Zulaikha hanya sekali itu sahaja melakukan dosa, yakni dia bukan seorang jahat yang konsisten melakukan dosa-dosa.
Bukti Siti Zulaikha seorang perempuan yang baik adalah pada kenyataan bahawa dia seorang majikan yang melayan hambanya dengan baik sekali, yakni dengan memberikan makanan yang baik-baik dan pakaian yang baik-baik. Itulah yang menyebabkan Nabi Yusuf membesar menjadi lelaki yang elok rupa parasnya, kerana dia hamba yang diberi cukup makan dan memakai pakaian yang elok. Jika Siti Zulaikha seorang majikan yang kedekut dan zalim, yang memaksa hambanya bekerja kuat macam keldai, serta tidak diberi makan secukupnya, sehingga tubuh mereka menjadi kurus, dan kulit mereka terbakar matahari, sedangkan pakaian mereka pula hanya bercawat, tentulah Nabi Yusuf tidak kelihatan elok rupa parasnya.
Dalam kes dosa yang dilakukan oleh abang-abang Nabi Yusuf, mereka bukan orang-orang yang konsisten melakukan kejahatan. Seperti Zulaikha, mereka juga hanya sekali melakukan dosa.
Punca yang menyebabkan mereka cuba membunuh Nabi Yusuf adalah kelemahan yang ada pada diri mereka. Kelemahan itu adalah ciri sifat semula jadi manusia yang diciptakan oleh Allah sendiri. Adalah fitrah manusia mahu disayangi oleh ibu bapa. Keinginan abang-abang Nabi Yusuf supaya diri mereka disayangi ayah adalah sifat yang baik.
Persaaan cemburu juga diciptakan oleh Allah dan diberikan kepada manusia. Hanya sahaja, dalam kes abang-abang Nabi Yusuf itu mereka terlalu cemburu dalam persaingan mahu menjadi kesayangan ayah.
Abang-abang Nabi Yusuf adalah anak-anak yang baik. Mereka menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua dengan baiknya. Semasa negeri Palestin ditimpa kemarau yang buruk sehingga mereka berdepan dengan kebuluran, mereka berjalan kaki dan menaiki unta di tengah panas padang pasir beratus-ratus kilometer pergi ke Mesir bagi membeli gandum, lalu membawa pulang untuk makanan kedua ibu bapa mereka.
Mereka juga anak-anak yang mematuhi suruhan ayah mereka. Semasa hendak ke Mesir kali kedua, ayah mereka menyuruh mereka supaya memasuki kota Mesir dengan melalui pintu-pintu lain, mereka patuh kepada arahan itu.
Justeru, dalam teori surah Yusuf, watak jahat adalah sebenarnya watak-watak yang baik tetapi hanya sanya mereka juga mempunyai kelemahan fitrah manusia. Dan mereka hanya melakukan dosa sekali sahaja.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Usia seseorang editor buku itu mempunyai pengaruhnya ke atas penulis-penulis yang bukunya diterbitkan oleh editor itu.
Sudah menjadi lumrah alam, orang muda suka bekerja dengan orang muda. Pola tingkah laku inilah yang dapat kita perhatikan berlaku di rumah-rumah penerbitan, dan PTS tidak terlepas daripada kesannya.
Di rumah penerbitan yang established seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, purata usia editornya lebih 40 tahun, maka mereka lebih cenderung menjalin hubungan dengan penulis-penulis sebaya dengan mereka.
Disebabkan usia purata editor PTS adalah antara 26 - 28 tahun, maka tidak hairanlah mereka lebih cenderung menjalin hubungan dengan penulis-penulis muda yang sebaya dengan mereka sendiri. Statistik penulis PTS menunjukkan lebih 70% adalah terdiri daripada mereka yang di bawah 40 tahun.
Keadaan seperti ini memerlukan penulis-penulis yang lebih dewasa supaya memiliki kemahiran bekerjasama dengan editor yang masih sangat muda. Tentu sekali pada waktu yang sama para editor yang muda-muda perlu belajar bekerjasama dengan penulis yang lebih dewasa.
Salah satu tingkah laku yang biasa berlaku apabila orang dewasa berkomunikasi dengan orang muda (yang seusia dengan anak-anak mereka sendiri), mereka cenderung bercakap menggunakan gaya mengajar-ajar dan menasihati. Gaya ini mesti dielakkan kerana ia tidak mencipta iklim komunikasi yang menyeronokkan hati editor yang masih sangat muda usianya.
Nota: Foto menunjukkan editor PTS Tn. Irfan Jani (usia 26 tahun) memberi taklimat kepada kumpulan penulis di bawah kelolaan beliau. Daripada 8 orang itu, hanya seorang yang berusia matang. Beliau adalah Tn. Mohd Ali Berahim (berbaju batik). Yang lain semuanya dalam usia lewat 20-an.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Jabatan Marketing PTS sudah memulakan program promosi sempena sambutan Maulidur Rasul. Sepuluh judul buku-buku agama dijual dengan potongan istimewa sepanjang musim perayaan itu.
Foto di atas menunjukkan kru PTS selepas selesai sesi shooting untuk program promosi itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Assalammualaikum, Puan. Semoga puan sihat sejahtera dan senantiasa dilimpahi oleh rahmat-Nya.
Penyebab utama berlakunya jualan gudang adalah jika diperhatikan kebanyakkan penerbit akan melangsungkan jualan gudang mereka sebelum berakhirnya bulan MAC tiap-tiap tahun. Bulan MAC merupakan bulan yang kritikal bagi mereka yang mana ianya adalah penghujung untuk pengiraan akaun untung rugi bagi kebanyakkan penerbit dan juga tidak ketinggalan rangkaian kedai buku seperti MPH dan juga POPULAR.
Melalui jualan gudang ‘terdesak’ ini jugalah merupakan langkah dan pilihan terakhir untuk para penerbit ini untuk melonjakkan nilai jualan atau dengan kata lain bagi mencapai target yang telah ditetapkan untuk tahunan tersebut. Jika tiada target yang dikejar ataupun target jualan yang dibuat, percayalah sindrom jualan gudang ini tidak akan berlaku.
MPH sedang merangka untuk membuat jualannya pada penghujung bulan MAC ini begitu juga POPULAR yang sudah memulakan jualan murahnya sedikit demi sedikit dan akan secara besar-besaran penghujung MAC ini juga.
Para penerbit besar seperti Karangkraf, DBP dan sebagainya terpaksa melakukan jualan gudang ini bagi menutup kekurangan jualan mereka, sama ada untuk mengejar target jualan ataupun untuk menunjukkan nilai jualan meningkat dari segi per sen(%). Para penerbit harus melakukan itu semua kerana kelak apabila laporan tahunan dikeluarkan seakan mereka mencapai target ataupun jualan mereka meningkat berbanding tahun sebelumnya.
Jika laporan kewangan dan jualan hanya dibaca oleh mereka sendiri, perkara ini tidak akan berlaku, namun untuk dipertontonkan kepada pemegang saham ataupun untuk diwar-warkan kepada umum, langkah ini akan diambil.
Pada pemerhatian saya, paskal 2009-2010 lebih banyak penerbit dan pekedai melakukan jualan gudang berbanding paskal 2008-2009. Kesimpulannya, boleh digambarkan pasaran buku untuk penerbit-penerbit ini adalah lembab dan kurang memberangsangkan.
Mohd. Nor Ikhram Hanafiah
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli menulis dalam blog beliau Lobai Tampin:
Saya selesai membaca novel Bidadari Paderi yang saya beli malam tadi. Mula membaca sebelum ke kelas pagi tadi, di sambung sebelum Zuhur, bersambung semula selepas Zuhur hingga selesai. Ya, novel ini sangat menarik. Di dalamnya ada kisah perjuangan menentang bid'ah, khurafat dan segala macam adat-adat yang melawan syara'. Kaum Paderi boleh jadi jika wujud zaman kini di bumi Malaysia, mereka akan digelar sebagai Wahabi.
Perjuangan Kaum Paderi ditentang oleh kaum adat dan bangsawan. Kaum adat menentang kerana adat istiadat yang bertentangan syara' cuba dihapuskan oleh kaum Paderi. Kaum bangsawan membentuk 'pakatan Ahzab' dengan kaum adat kerana mereka marah dengan sifat perjuangan kaum Paderi yang bukan hanya menentang syirik, bid'ah, khurafat, bahkan cuba menghapuskan segala maksiat seperti perjudian dan lain-lain. Di dalamnya kisah pengkhianatan bangsa.
Bagaimana anak bangsa Minangkabau mengkhianati perjuangan menentang Belanda yang dipelopori Kaum Paderi hingga memberikan laluan kepada si Kafir Belanda menyerang kubu Kaum Paderi yang dipimpin Imam Bonjol. Di dalamnya satu pengajaran kepada pejuang Islam: Golongan pejuang adat dan bangsawan adalah manusia berbahaya yang akan mengkhianati umat tatkala kepentingan mereka atau kesukaan mereka [umpamanya berjudi, tunggang arak] dihapuskan. Saya cuba juga meninjau maklumat-maklumat tentang perang menentang Belanda yang dipelopori Kaum Paderi. Terjumpa maklumat kaum adat meminta bantuan si Kafir Belanda untuk menghapuskan Kaum Paderi.
Dalamnya kisah cinta si dara dan teruna: Cinta tanpa maksiat, apatah lagi memadu asmara. Cinta yang tidak melampaui cinta kepada Allah SWT. Bagaimana seorang dara memberikan syarat ketika bernikah supaya dia dibenarkan terus menyertai pasukan jururawat yang akan membantu perajurit Kaum Paderi yang menentang si kafir Belanda. Bagaimana si suami, isteri, ibu mertua dan bapa mertua menyertai peperangan. Lalu terkorban kesemuanya kecuali si suami. Syahid buruan mereka. [Mana mahu dicari gadis sekental itu? Jika ada berikan kepada saya.]
Ia novel sejarah, ia novel perjuangan Tauhid, ia novel cinta.....
Baca tulisan asal dalam blog Lobai Tampin di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Banyak buku-buku motivasi menjadi jutawan ditulis oleh penulis yang belum menjadi jutawan. Tetapi tidak demikian halnya dengan buku tulisan pemuda Cina Singapura ini. Adam Khoo adalah seorang jutawan. Beliau menjadi jutawan pada usia 26 tahun.
Buku ini menerangkan banyak perkara yang menyebabkan banyak orang yang pandai-pandai di sekolah dan di universiti, yang meskipun mereka berjawatan tinggi dan bergaji besar (di Singapura), sebenarnya adalah orang-orang 'miskin' harta, manakala banyak pula orang-orang yang nampaknya macam orang biasa-biasa tetapi sebenarnya memiliki kekayaan yang nilainya mencecah angka jutaan (dolar Singapura).
Adam Khoo memberikan tip-tip yang beliau sendiri amalkan. Tip-tip itu termasuklah yang dipelajari daripada ayahnya dan jutawan Singapura lainnya.
Bagi orang-orang tua, yang lahir 50 tahun dahulu ataupun lebih, sukar bagi mereka mahu membayangkan bagaimana orang-orang muda dapat menjadi jutawan, sedangkan mereka sendiri hanya menjadi jutawan pada usia relatif tua.
NOTA: PTS berjaya mendapatkan hak eksklusif menterjemahkan buku-bukunya ke dalam Bahasa Melayu dan menerbitkannya untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Apabila buku sudah dicetak dan terbit, barulah kita ternampak masih ada kesilapan di sana sini. Ini adalah perkara lazim. Semasa kita membaca pruf, kita cenderung nampak semuanya sudah betul kerana secara psikologinya kita membaca dengan niat hendak melihat bahawa semuanya sudah betul.
Sebagai penulis, apabila menulis surat komplen kepada editor disebabkan dalam buku tuan terdapat kesilapan, tulis surat yang santun dan pendek.
Surat komplen yang panjang (4 perenggan adalah panjang) mencipta risiko kesan-kesan negatif seperti berikut:
(a) Editor berasa dirinya dimarahi.
(b) Surat komplen yang panjang ditafsir sebagai si pengirim mengutamakan perasaannya sendiri daripada menjaga perasaan orang yang membaca surat itu.
(c) Pada mulanya hanya satu pihak tidak puas hati. Selepas menerima dan membaca surat komplen yang panjang, pihak yang menerima surat itu juga menjadi tidak puas hati. Sekarang kedua-dua pihak tidak puas hati.
(d) Orang yang tidak puas hati tidak duduk diam-diam dan tutup mulut. Beliau akan bercerita kepada rakan-rakan sekerjanya. Keadaan itu mencipta kesan negatif yang meluas di tempat kerja.
Kandungan surat komplen yang sopan adalah:
(a) Dituliskan salam dan doa-doa.
(b) Ada ayat tabik dan minta maaf terlebih dahulu.
(c) Didahului dengan pujian kerana buku sudah terbit, dengan menyebut perkara-perkara yang disukai dan dipuji pada buku itu.
(d) Nyatakan pada halaman mana kesilapan itu berlaku, supaya apabila buku diulangcetak, kesilapan itu dapat dibetulkan.
(e) Sebaiknya, tandakan semua kesilapan, dan serahkan buku itu untuk simpanan editor, supaya mudah dilakukan pembetulan pada cetakan akan datang.
Kesilapan teknikal mudah diperbaiki. Hubungan baik yang rosak sukar dipulihkan....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Seorang sahabat lama saya, Dato' Mokhtar Petah (foto), adalah seorang wartawan dan novelis yang amat popular pada suatu masa dahulu. Siapa yang tidak kenal beliau, semua pembaca akhbar dan buku Melayu tahu nama beliau.
Beliau pernah menulis posting FaceBook yang begini bunyinya: Pada tahun 1960-70 an, kami: Boestamam, Kassim Ahmad, saya dan beberapa orang lagi, adalah penulis2 yang suara lantang dalam Hari Sastera dan pertemuan2 penulis. Tetapi mereka telah tidak ada lagi. Saya termasuk penulis sisa sebelum mengembara jauh ...Saya tinggalkan hasil karya saya, lebih 50 buah buku...
Lebih 50 buah buku! Subhanallah.... Tetapi sebuah pun tidak ada dipamerkan dalam kedai-kedai buku pada hari ini.
Semasa beliau muda dan aktif berkarya, konsep 'harta intelek' belum diketahui lagi oleh kaum penulis, oleh itu mereka menulis demi mengungkapkan perjuangan, pemikiran dan perasaan mereka, dengan tidak memikirkan apakah karya mereka itu dapat dijadikan sumber pendapatan dan kehidupan yang selesa, jangankan merancang supaya harta intelek mereka nanti akan dinikmati oleh anak cucu mereka.
Seorang lagi sahabat lama saya adalah seorang penulis novel popular yang sangat produktif. Sebut sahaja nama beliau, peminat novel Melayu zaman itu pasti pernah mendengar namanya dan membaca karyanya. Beliau menghasilkan lebih 70 buah judul novel. (Sebuah pun tidak ada dipamerkan dalam kedai-kedai buku pada hari ini.)
Beratus-ratus novel popular Melayu terbit sepanjang tahun-tahun 60-an, 70-an dan 80-an, hasil tulisan berpuluh-puluh penulis. Namun, jika kita baca semula novel-novel itu, tidak sebuah pun yang dapat diterbitkan semula secara komersial, kerana meskipun tema-tema dan persoalan dalam novel-novel itu tidak lapuk dan masih relevan, tetapi gaya bahasanya sudah ketinggalan zaman.
Novel-novel popular zaman itu ditulis menggunakan gaya Bahasa Melayu zaman itu. Gaya percakapan yang digunakan dalam dialognya adalah gaya percakapan orang Melayu 30, 40, dan 50 tahun dahulu. Jika kita hendak tahu bagaimana gaya percakapan orang Melayu pada tahun 60-an, 70-an dan 80-an, bacalah novel-novel popular terbitan zaman itu.
Orang Melayu sekarang tidak bercakap seperti watak-watak dalam novel-novel itu bercakap. Perubahan laras bahasa percakapan adalah faktor utama yang menyebabkan novel-novel itu tidak dapat diulangterbit dan dijual kepada pembaca zaman ini.
Novel-novel itu adalah sezaman dengan filem-filem Melayu hitam-putih keluaran studio Jalan Ampas. Sementara filem-filem Jln. Ampas (yang dibintangi oleh lagenda seperti P Ramlee, Nordin Ahmad, Jins Shamsuddin, Sarimah, Latifah Omar, Maria Menado, Umi Kalthum, Rahmah Rahmat dll) masih dapat dinikmati oleh penonton hari ini, tidak demikian halnya dengan novel-novel tersebut.
Faktor yang membedakan nasib novel-novel itu dengan filem-filem Jalan Ampas adalah bahasa percakapan harian yang digunakan dalam ayat-ayat dialog novel-novel itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
![]()
![]()
Unit Komik-M PTS menerbitkan komik untuk bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa.
Pada masa ini PTS menerbitkan 2 judul sebulan, tetapi dalam masa terdekat jumlah itu akan dinaikkan menjadi 3 judul sebulan, dan akan terus dinaikkan lagi.
Tiga ciri utama siri Komik-M adalah: (i) Ceritanya adalah syariah-compliant, (ii) Lukisannya adalah syariah-compliant, dan (iii) Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).
Ketua unit Komik-M PTS adalah Tn. Wan Zuhairi. Beliau sentiasa mencari bakat-bakat pekomik baru.
Tuan dan puan yang berminat menerbitkan komik dengan PTS, tulislah surat emel kepada Tn. Wan Zuhairi di alamat
Dalam surat itu, sertakan (i) contoh lukisan komik tuan, dan (ii) sinopsis cerita.
Bagi mengetahui cara pembayaran yang diamalkan di PTS baca maklumat di blog ini http://pernerbitpts.blogspot.com Dalam blog itu juga ada contoh format menulis sinopsis.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
![]()


Tidak banyak ustaz yang menguasai Bahasa Melayu modern dengan baik. Ustaz Ainol Kusyairi adalah antara mereka yang tidak banyak itu. Bahasa Melayu beliau sangat kontemporari.
Apabila membaca karya-karya beliau, sukar hendak dipercayai bahawa penulisnya adalah lulusan aliran agama. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di Universiti Mu'tah, Jordan.
Lazimnya, golongan kanak-kanak dan remaja tidak suka membaca buku-buku cerita agama. Puncanya adalah gaya bahasa yang digunakan dalam buku-buku cerita itu berbelit-belit, berbau kearab-araban, dan persis bahasa orang Melayu tua-tua.
Disebabkan buku-buku Ustaz Ainol Kusyairi ditulis menggunakan Bahasa Melayu kontemporari, buku-bukunya diminati oleh pembaca kanak-kanak, remaja dan golongan berpendidikan sekular.
Ustaz Ainol Kusyairi memiliki bakat lingusitik yang sangat tinggi. Beliau sangat fasih bahasa Arab, malah beliau dapat membaca dan memahami kitab-kitab Arab klasik.
Golongan ustaz-ustaz terkenal pandai menulis buku dengan menggunakan ayat-ayat yang berbelit-belit dan kearab-araban. Fenomena ini berlaku bukan hanya di kalangan ustaz-ustaz tua, malah ustaz-ustaz yang masih muda belia pun cenderung menulis menggunakan Bahasa Melayu yang berbau klasik.
Faktor yang menyebabkan bahasa ustaz-ustaz berbelit-belit adalah disebabkan mereka tidak membaca buku-buku yang ditulis menggunakan bahasa Melayu kontemporari. Majoriti ustaz-ustaz hanya membaca buku-buku agama yang ditulis menggunakan bahasa berbelit-belit.
Teori pemerolehan bahasa mengatakan manusia hanya dapat menghasilkan ayat-ayat yang terakam dalam memorinya. Itulah sebabnya anak Cina yang dibela oleh keluarga India akan bercakap Tamil, bukan bercakap Cina.
Apabila seseorang itu banyak membaca ayat-ayat yang berbelit-belit, maka itulah ayat-ayat yang akan terakam dalam memori kita, maka apabila kita menulis, justeru ayat-ayat berbelit-belit itulah yang akan kita keluarkan semula dari memori kita. Fenomena inilah yang dialami oleh ustaz-ustaz itu. Disebabkan mereka tidak banyak membaca buku-buku dalam subjek selain agama, akibatnya mereka tidak menguasai bahasa Melayu kontemporari.
Nota: Ustaz Ainol Kusyairi adalah seorang penulis sepenuh masa. Beliau sudah menerbitkan 5 buah buku dengan PTS. Semua bukunya sudah diulang cetak.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Buku-buku cerita adalah alat menyampaikan dakwah yang sangat berkesan kepada kanak-kanak dan remaja.
Dalam Quran terdapat banyak cerita, justeru Allah sendiri menggunakan cerita sebagai medium dakwah. Nabi Muhammad juga menggunakan banyak cerita-cerita bagi menyampaikan dakwahnya. Dengan demikian berdakwah dengan menggunakan cerita-cerita adalah sunnah Quran dan sunnah Rasulullah.
Namun ada ayat-ayat dalam Quran yang memberi amaran keras kepada tukang-tukang cerita dan penyair. Ini bermakna, dari satu sudut, cerita-cerita dan puisi boleh meninggalkan kesan negatif kepada mereka yang mendengarnya (ataupun membacanya).
Kita memerlukan analisis fungsi-fungsi cerita dalam Quran dan dalam hadith, yakni untuk tujuan apa cerita-cerita digunakan. Kemudian, kita memerlukan analisis bentuk-bentuk cerita yang digunakan bagi melaksanakan fungsi-fungsi itu. Ringkasnya, kita perlu tahu cerita apa digunakan untuk tujuan apa.
Sebagai contoh, salah satu fungsi cerita dalam Quran adalah bagi menanamkan nilai-nilai taat kepada ibu bapa dan taat kepada Allah. Dalam Quran ada cerita tentang sifat taat kanak-kanak yang bernama Ismail. Sebaliknya ada cerita tentang anak yang tidak taat kepada ayahnya iaitu cerita anak Nabi Nuh.
Justeru cerita-cerita tentang balasan baik kepada anak-anak yang taat kepada ibu bapa, dan balasan buruk kepada anak-anak yang tidak taat kepada ibu bapa, perlu diperbanyakkan dalam buku-buku cerita yang dijadikan medium dakwah kepada kanak-kanak dan remaja.
Kita juga memerlukan analisis jenis-jenis watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerita-cerita dalam Quran dan hadith. Sebagai contoh, dalam cerita-cerita yang terdapat dalam Quran dan hadith, tidak ada watak suami yang panas baran, pemabuk, penzina, dan mengamalkan sihir ke atas isterinya. Begitu juga tidak ada watak anak yang membenci, memusuhi dan berdendam kepada ayahnya.
Kita juga memerlukan analisis isu-isu dan jenis-jenis konflik yang terdapat dalam cerita-cerita Quran dan hadith. Sebagai contoh ada tema konflik ayah-dan-anak ada dalam Quran. Isu yang mencetuskan konflik itu adalah persoalan perbezaan aqidah, seperti dalam cerita antara Nabi Ibrahim dan ayahnya, sebaliknya bukan isu anak memusuhi si ayah yang merupakan pelaku dosa-dosa besar seperti pemabuk, perasuah, penzina, pezalim ke atas anak dan isteri, serta pengamal ilmu sihir.
Penerbit buku-buku cerita untuk bacaan kanak-kanak dan remaja perlu memilih tema-tema cerita dan perwatakan yang hendak diterbitkan dengan berpandukan jenis-jenis tema cerita yang terdapat dalam Quran dan hadith. Apabila sesuatu tema itu tidak terdapat dalam cerita-cerita yang terkandung dalam Quran dan hadith, maka bererti tema seperti itu tidak boleh dijadikan medium dakwah.
Bukan semua tema boleh disogokkan kepada kanak-kanak dan remaja. Salah satu ciri psikologi kanak-kanak adalah mereka tidak dapat membezakan antara realiti dan bukan realiti.
--------------
Nota: Bagi orang Islam yang membaca entri ini, bacalah salawat sebaik-baik terbaca nama 'Nabi Muhammad' dan 'Rasulullah' kerana sangat besar ganjarannya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Assalamualaikum, puan.
Saya doakan puan sihat ceria, cergas dan senantiasa berada dalam lindunganNya.
Buat julung kali PTS mengadakan peraduan "Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang" sempena musim cuti sekolah akhir tahun 2009. Pelbagai perkara menarik yang berjaya diteroka oleh Jabatan Pemasaran PTS. Antaranya menerima borang-borang peraduan yang dihantar penuh hiasan kreatif dan menarik. Juga slogan-slogan yang ditulis dengan rasa jujur. Kami menghargai para peserta yang terlibat dalam peraduan ini. Selepas tamat tempoh peraduan, kami menerima sebanyak 2812 borang penyertaan, dihantar oleh kedai-kedai yang terlibat, borang online dan juga mereka yang mengepos sendiri terus ke Jabatan Pemasaran.
Paling menarik perhatian ialah slogan-slogan yang ditulis oleh para pelajar sekolah. Walaupun slogan ini tidak menjadi pemenang tetapi kami amat menghargai mereka. Slogan yang ditulis penuh rasa jujur dan mengesahkan tentang prinsip Bahasa Melayu Tinggi yang diamalkan oleh PTS, membantu mereka menguasai bahasa melayu dengan lebih baik. Berikut adalah contoh slogan mereka:
i. Saya suka baca buku PTS kerana ceritanya yang menarik dan mengandungi pelbagai jenis moral yang boleh dipelajari. Ceritanya boleh juga digunakan untuk tulis karangan. Perkataannya pula baru dan juga boleh digunakan untuk karangan. Ia juga menambahkan pengetahuan. Daripada: Yageswary Balamurugan, pelajar SK Seri Makmur, Sungai Besar, Selangor.
ii. Saya suka baca buku PTS kerana menghiburkan saya dan memberikan saya pelajaran yang tidak saya belajari di sekolah. Daripada: Jennifer Tham Ai Ching, pelajar SK St. Joseph, Miri, Sarawak.
iii. Saya suka baca buku PTS kerana untuk menambah pengetahuan dan memperbaiki struktur bahasa juga menambah pembendaharan kata. Daripada Al-Atiqah binti Awang Ngah, pelajar Sek.Men Keb Mersing, Johor.
iv. Saya suka baca buku PTS kerana dapat menambah perbendaharaan kata dan boleh penguasaan bahasa saya dengan baik serta dapat menambah ilmu pengetahuan. Daripada Komathi Thangaraj, pelajar Sek.Men.Keb Bandar Rinching, Selangor.
v. Saya suka baca buku PTS kerana buku-buku PTS sangat menghiburkan dan banyak membantu saya meningkatkan mutu tatabahasa saya. Daripada Muhammad Amir bin Jamaludin, pelajar SK Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.
vi. Saya suka baca buku PTS kerana ceritanya seronok dibaca manakala bahasanya pula mudah difahami dan pada masa yang sama Bahasa Melayu saya bertambah baik. Daripada Hafizahtul Naimah bt. Amran, pelajar Sek.Men.Keb Seri Serdang, Seri Kembangan, Selangor.
vii. Saya suka baca buku PTS kerana jalan cerita yang menarik serta memberikan saya inspirasi untuk mereka karangan yang lebih baik. Daripada Nur Sabrina bt. Ja'afar, pelajar SK Taman Bukit Kempas, Johor Bahru.
viii. Saya suka baca buku PTS kerana mempunyai banyak kisah yang menarik. Selain itu, buku PTS telah membuatkan saya lebih pandai dan kreatif untuk menulis karangan. Daripada Nur Aisya bt Amnoradi, pelajar SK Agama (MIS) Miri, Sarawak.
Kami menerima lebih 81 borang penyertaan yang menulis slogan hampir sama seperti mereka. Ucapan syabas kami kepada para pelajar ini yang telah berjaya menulis karangan dan mendapat keputusan peperiksaan lebih baik selepas membaca buku-buku terbitan PTS. Tahniah kami ucapkan.
Wahyudi Mohd. Yatim
Ketua Unit Peraduan, Jabatan Pemasaran PTS
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
![]()
![]()
PTS ONE Sdn. Bhd. adalah penerbit novel remaja No. 1 saat ini.
Nama-nama terbesar dalam sektor novel remaja dilahirkan oleh PTS ONE, seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar, Ezee Rahmani, Aizam Aiman, Ainin Naufal, Ashadi Zain, Fred Suriya, Mohd. Kholid Hamzah dan Meor Shariman. Lebih banyak nama-nama baru sedang dilahirkan oleh PTS One.
Resipi kejayaan novel-novel remaja PTS One adalah:
1. Menjaga kepercayaan ibu bapa dengan membuktikan bahawa novel-novel PTS itu memberi kesan-kesan positif kepada pertumbuhan psikologi, minda, dan akhlak anak-anak mereka.
Faktor ini sangat penting dijaga kerana buku-buku bacaan remaja dibeli menggunakan wang ibu bapa.
Ibu bapa mesti yakin bahawa dengan membelikan buku-buku PTS, anak-anak mereka bukan setakat dapat membaca buku sebagai hiburan malah ia sangat baik kerana buku-buku itu membantu perkembangan sahsiah anak-anak mereka.
2. Menjaga kepercayaan guru-guru dengan membuktikan bahawa novel-novel PTS itu membantu meningkatkan prestasi akademik murid-murid mereka.
Guru-guru sekolah perlu diyakinkan bahawa novel-novel remaja PTS memberi faedah langsung dan tidak langsung meningkatkan keputusan peperiksaan murid-murid mereka. Ini dilakukan kerana novel-novel remaja itu (a) ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), dan (ii) menyelitkan maklumat matematik, sains, sejarah, budaya, geografi, dan lain-lain maklumat yang relevan dengan subjek-subjek dalam kurikulum sekolah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Inilah sasterawan Ilham Hamdani, pemenang Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia - (kategori antologi cerpen). Antologi beliau yang bertajuk "Mekar Sakura di Mimbar Cinta" adalah terbitan PTS.
Foto ini diambil sewaktu beliau menghadiri bengkel penulisan yang saya kendalikan untuk bakal-bakal penulis PTS. Beliau terpaksa duduk di lantai kerana terpaksa datang lambat.
Pada waktu ini beliau berada di Canberra, Australia kerana menemani isteri beliau yang sedang menyelesaikan PhDnya di sana. Beliau pulang ke tanah air bagi menghadiri majlis penyampaian anugerah itu.
Orangnya kecil, pemalu, dan sangat halus tutur katanya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Jualan gudang sudah menjadi tradisi dan acara tahunan di kalangan beberapa penerbit negara ini.
Jualan gudang yang paling terkenal adalah jualan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana pada masa itu ada buku-buku yang bagus dijual pada harga semurah RM1 ringgit.
Malah pernah berlaku buku-buku sastera DBP dijual pada harga RM1 ringgit dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur!
Ada pekedai buku yang memborong buku-buku jualan gudang DBP dengan tujuan akan menjual semula buku-buku itu di kedainya dengan harga yang lebih tinggi.
Jualan gudang diadakan dengan tujuan:
1. Mengurangkan kerugian penerbit.
Jualan gudang lebih baik daripada menjual buku-buku itu kepada kilang kertas kitar semula.
2. Mengosongkan ruang dalam gudang.
Ruang adalah wang. Ruang dalam gudang perlu dikosongkan kerana ruang itu dapat digunakan bagi menyimpan buku-buku yang baru diterbitkan.
Meskipun jualan gudang dapat mengurangkan kerugian, namun ia mempunyai kesan yang sangat merugikan penerbit pada jangka masa panjang:
1. Motivasi berkarya di kalangan penulis jatuh.
Sudahlah buku mereka tidak laris, akibatnya mereka tidak menerima royalti. Kini mereka menanggung malu apabila melihat buku-bukunya dijual lambak. Akibatnya mereka tidak mempunyai semangat mahu menghasilkan karya baru yang dapat diterbitkan.
2. Penulis lari kepada penerbit lain.
Penulis hilang kepercayaan kepada penerbit, akibatnya mereka menulis untuk penerbit lain.
Nota: Buku-buku yang dijual pada jualan gudang tidak layak menerima royalti.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Tuan Mohd. Yusry Mohamad Yusopp adalah editor buku-buku pendidikan di PTS Professional Sdn. Bhd., oleh itu adalah menjadi tugas beliau sentiasa melakukan pemerhatian tentang perkara-perkara yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang ada kaitan langsung dan tidak langsung kepada industri buku.
Beliau memberitahu, kementerian telah memotong bajet sebanyak 30% bagi tahun 2010. Banyak langkah telah dilakukan, seperti dapur sekolah asrama tidak lagi menyediakan makanan kepada pelajar pada hari Sabtu dan Ahad.
Satu lagi langkah penjimatan yang terpaksa dilakukan adalah guru-guru tidak akan dihantar mengikuti pelbagai kursus sebagaimana yang lazim dilakukan sebelum ini.
Bagi menggantikan kursus yang tidak dapat diberikan kepada guru-guru itu, kementerian mewajibkan guru-guru membaca buku sahaja, iaitu sebanyak tujuh judul setahun.
Berita ini disambut baik oleh komuniti kontraktor buku. Mereka mengharapkan KPM akan mengeluarkan kontrak membekalkan buku-buku yang perlu dibaca oleh guru-guru itu. Justeru mereka berpeluang mendapat tender KPM.
Perbincangan dengan beberapa kontraktor buku menghasilkan isu-isu berikut:
1. Adakah semua guru diwajibkan membaca 7 judul setahun. Jika ya, jumlah guru adalah lebih 250 ribu orang.
2. Adakah buku-buku itu dibekalkan kepada semua sekolah. Jika ya, terdapat lebih 20 ribu buah sekolah.
3. Adakah 7 judul itu ditetapkan oleh kementerian? Jika ya, bermakna hanya 7 judul itu sahaja dibekalkan ke semua sekolah.
4. Adakah guru-guru diwajibkan membeli sendiri buku-buku itu? Jika ya, kawasan luar bandar tiada mempunyai kedai buku yang menjual buku-buku ilmu.
Sehingga entri ini ditulis kita belum menerima maklumat berkenaan bagaimana projek-7-buku ini akan dilaksanakan.
NOTA: Sebagai sebuah syarikat yang berpegang pada prinsip bebas-rasuah dan syariah-compliant, PTS tidak masuk sebarang tender kerajaan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Kesan supermarket (supermarket effect) adalah istilah dalam sains pemasaran yang cuba menerangkan tingkah laku orang yang membeli-belah di dalam supermarket yang menunjukkan ciri-ciri tingkah laku tak-rasional.
Memang diketahui bahawa apabila orang masuk ke dalam supermarket, mereka cenderung membeli lebih banyak daripada apa yang dirancangkan sebelum memasuki supermarket itu. Sebagai contoh, sebelum masuk seseorang itu cuma berhajat mahu membeli sabun dan tepung, tetapi apabila keluar, mereka sudah membeli sabun, tepung, jus oren, burger dan sos.
Pengurusan supermarket tahu tingkah laku tak-rasional itu, lalu bagi mendorong orang supaya bertambah-tambah tak-rasional, justeru mereka akan terbeli lebih banyak barang-barang yang tak dirancang, maka itulah sebabnya pengurusan supermarket menyediakan troli yang besar, supaya orang terdorong mengisi troli besar itu sampai penuh!
Namun apakah yang mendorong tingkah laku tak-rasional yang diistilahkan sebagai 'impulsive buying' itu? Ya, pilihan yang amat banyak, sampai orang menjadi rambang mata, lalu membeli secara impulsif.
Kesan supermarket inilah yang sedang diusahakan keterciptaannya oleh PTS.
Bagi mendorong supaya orang menjadi tidak rasional semasa membeli buku-buku Melayu, PTS akan menerbitkan banyak judul bagi setiap kategori, supaya banyak buku Melayu dipamerkan dalam supermarket buku seperti MPH, POPLUAR dan Kinokuniya. Biar rambang mata mereka!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
![]()
Dua judul terbaru Ain Maisarah ini dicetak tiap satu 8000 naskhah, demikian yang dilaporkan oleh Cik Nurismaliza, editor siri BSB (Buletin Seri Bangsar) merangkap ketua unit Teen-Pro di PTS rofessional Sdn. Bhd., yang menerbitkan siri BSB.
Menurut beliau lagi, 5000 naskhah dijual dalam bentuk boxset, yakni sebagai buku kembar, dibungkus di dalam kotak khas yang cantik.
Edisi boxset itu ditargetkan khusus untuk peminat-peminat tegar Ain maisarah. Apabila boxset itu habis, ia tidak akan dikeluarkan lagi.
3000 naskhah lagi akan dijual sebagai buku tunggal.
Adalah diramalkan cetakan pertama ini dapat dihabiskan jualannya dalam tempoh kurang 2 bulan, sebagaimana yang berlaku kepada boxset "Aku Mahu ke New York".
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
1. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
2. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
3. Senangnya Memasak Sambal & Sos
4. Dahsyatnya Doa Ibu
5. Ajaibnya Sedekah
6. Aku Mahu Saiz S
7. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
8. Sarah dan Bunga Mawar
9. Sejak Bila Kami Berkawan? Rayyan vs Naznin
10. Berucap Dengan Yakin
11. Magnet Diri
12. Yakjuj & Makjuj : Bencana Di Sebalik Gunung
13. Dunia Jam Sepuluh
14. G.T.O (Guru Terhebat Olan)
15. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi
16. Warna - Warni Si Puteri
17. Dua Dunia
18. Gitar Dan Lolipop
19. Sherlock Holmes 4: A Study In Scarlet (Kajian Merah Berdarah)
20. Adam Kecil 9: Sakit Gigi
21. Usahawan Cilik: Biskut Ajaib
22. Senangnya Memasak Ayam
23. Aisyah: Keanggunan Sejati - kulit lembut
24. Senangnya Memasak Ikan
25. Senangnya Memasak Nasi
26. Senangnya Memasak Daging
27. Senangnya Memasak Sayur
28. 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia
29. Petua Membantu Anak Berjaya
30. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
31. Cincin Delima Raja
32. Sultan Muhammad Al-Fateh
33. 100 Jam
34. Sayalah Puteri Raja!
35. Abang, Adik & Kasut
36. Janji Puteri Beradu
37. Sherlock Holmes 1: Perunding Detektif Pertama Dunia
38. Adam Kecil 1: Debaran Buku Biru
39. Adam Kecil 4: Bertarung Dengan Kerengga
40. Adam Kecil 2: Hampir Kena Tangkap
41. Impiana II
42. Aku Mahu Popular
43. Perancangan Strategik Sekolah
44. Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru
45. Usahawan Cilik: Abang, Adik Dan Ayam
46. Usahawan Cilik: Taman Botani Harapan
47. Rahsia Bisnes Orang Cina - Edisi Jimat
48. Kaya Dengan Rumah
49. 7000 Mutiara Kata
50. Panduan Protokol & Tatatertib Majlis
51. Hendak Gagal Ataupun Berjaya
52. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
53. Quran Saintifik: Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains - Edisi Jimat
54. Motivasi Alihan Pelajar
55. Di Dunia Ada Syurga
56. Aura Personaliti Warna
57. Tip Menjadi Individu Menarik
58. PSQ: Rahsia Personaliti Unggul
59. Apa Bakat Saya?
60. 31 Kisah Teladan: Di Manakah Tuhan
61. Hidup Diredai Tuhan: Koleksi terpilih drpd Kitab Riyadus Solihin
62. Jatuhnya Sebuah Tamadun
63. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
64. Wo Ai Ni Allah
65. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi
66. Khalid: Memburu Syahid
67. Abu Bakar: Sahabat Sejati
68. Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah
69. Dahsyatnya Doa Ibu
70. Pesona Solat Tahajud
71. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
72. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
73. Young Aisyah: Ponteng Puasa
Nota: Laporan ini disediakan oleh Cik Marianti Mohamad Ridi, eksekutif jabatan kewangan yang menguruskan bajet percetakan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Minta maaf sekiranya tulisan ini menyinggung mana-mana pihak yang tertentu. Tetapi setelah saya membaca entri puan berkaitan Teori dan Teknik Surah Yusuf, saya tertanya kepada diri saya sendiri siapakah yang menentukan sesuatu novel itu syariah atau tidak. Baiklah, sekiranya pihak PTS sendiri mengklasifikasikan sesuatu novel yang dihantar kepadanya syariah-compliant atau tidak, maka itu menjadi hak PTS tetapi pihak mana pula yang telah memberi pengesahan bahawa Teori dan Teknik Surah Yusuf yang diamalkan di PTS sahaja yang boleh di katakan sebagai mengikut syariah-compliant dan penerbit-penerbit yang lain tidak syariah-compliant?
Melalui perbincangan yang dapat saya petik, terdapat beberapa perkara yang saya musykil:
a. Adakah benar kejahatan Zulaikha hanya menggoda nabi Yusuf sahaja? Bagaimana dengan kejahatannya menurut hawa nafsu kemudian dia terpaksa melakukan kesalahan menipu kemudian memfitnah nabi Yusuf. Jadi ternyatalah bahawa tiada kejahatan berganda dalam kisah Zulaikha-Yusuf tidak begitu tepat.
b. Adakah benar abang-abang Yusuf tidak konsisten melakukan dosa?
Secara logiknya, sekiranya kita ingin menjadikan cerita watak seseorang yang hanya satu sahaja jahatnya maka sudah tentu cerita itu kelihatan hambar dan tidak menurut realiti sebenar. Sebuah kisah yang saya rasa sudah dibaca oleh kebanyakan orang ialah kisah seorang abid yang kecundang hanya disebabkan ceteknya ilmu. Daripada seorang ahli ibadat bertukar menjadi penzina, peminum arak, membunuh, menipu, membunuh lagi dan akhirnya mati dalam kedaan yang menyesatkan. Adakah kisah yang betul-betul menikam kalbu pembaca ini tidak menuruti Teori dan Teknik Surah Yusuf maka ia juga akan dikategorikan sebagai sebuah kisah yang tidak syariah-compliant?
Secara realtitnya kehidupan manusia juga bukannya seperti yang puan cuba sogokkan dalam teori puan. Seorang manusia yang apabila mengikut sahaja hawa nafsunya akan mula bergelumang dengan pelbagai jenis dosa. Sebagai contoh seorang isteri yang bermain sms dengan lelaki lain di belakang suaminya. Kejahatannya yang pertama ialah dia akan mula jatuh cinta dengan lelaki lain. Kemudian dia akan jadi seorang penipu apabila suaminya mula dapat menghidu kecurangannya. Pada masa yang sama dia akan berubah menjadi seorang yang suka berhias dan membuka aurat. Kejahatannya akan berganda apabila dia ingin bertemu kekasih. Kemudian dia akan bermain mata dan berpegang-pegangan dan akhirnya berzina. Bagaimana agaknya teori untuk mengatakan tidak ada kejahatan yang berganda dalam suatu bentuk novel syariah? Kalau tidak tiga atau empat kejahatan, sekurang-kurang seorang yang jahat itu akan membuat lebih daripada satu kejahatan. Walaupun yang ingin dihighlightkan hanyalah kejahatan isteri yang curang tetapi di dalam ceritanya pasti akan wujud pelbagai kejahatan lain yang membawa kepada kemuncak cerita.
Puan juga cuba sogokkan bahawa melalui teori puan, yang pertama, watak jahat sebenarnya bukan manusia yang jahat. Asalnya mereka ialah manusia yang baik. Watak-watak jahat adalah manusia-manusia yang sebenarnya baik, tetapi mereka telah melakukan kesilapan. Siti Zulaikha melakukan dosa kerana dia cuba menggoda Nabi Yusuf. Semua sedia maklum bahawa manusia asalnya memang dilahirkan dalam keadaan suci bersih fitrahnya. Didikan, persekitaran dan pelbagai anasir di sekelilingnya akan merubah manusia tersebut sama ada kekal bersih atau jahat.
Yang kedua, walaupun seseorang itu jahat tetapi keseluruhannya mereka baik. Punca yang menyebabkan watak-watak jahat itu melakukan dosa itu pula adalah kelemahan yang ada pada diri mereka sendiri. Zulaikha sebenarnya baik cuma dia terkesima dan tidak dapat menahan nafsunya apabila melihat Yusuf. Pada pandangan saya, sebaik sahaja Zulaikha tidak dapat mengawal nafsu dan menurut hawa nafsunya dan kemudian menipu dan memfitnah, ketika itu kita akan katakan bahawa dia sebenarnya memang berbuat jahat tidak kiralah sebelum ini dia telah berbuat seribu kebaikan sekalipun.
Pada pengalaman saya, hampir dalam semua cerita yang kita tahu sama ada melalui lisan maupun tulisan, watak kedua yang terselindung di sebalik watak jahat seseorang sebenarnya masih mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai yang baik yang tersembunyi dalam jiwanya. Cuma, sebaik sahaja seseorang melakukan satu kejahatan maka kita tetap golongkannya sebagai pembuat maksiat. Kejahatan dan kebaikan memang tidak dapat bercampur malahan di dalam diri manusia hanya ada satu hati sahaja. Kalau jahat hatinya maka jahatlah dia, kalau baik hatinya maka baiklah dia.
Cuma yang membezakan bentuk kejahatan yang dilakukan. Kalau seorang baik melakukan satu kesalahan yang sangat besar seperti membuang seseorang ke dalam perigi dengan niat untuk melenyapkannya dari muka bumi maka pada pandangan saya orang itu memang sejahat-jahat manusia dan harus dihukum dengan hukuman yang setimpal walaupun asalnya dia seorang yang baik. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat menganalisis tahap kejahatan seseorang itu? Adakah disebabkan syaitan Laknatullah hanya menggoda Siti Hawa sekali sahaja maka kita golongkan dia sebagai makhluk yang tidak begitu jahat?
Sekian, bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi sekadar untuk renungan dan dibincangkan.