Wakaf Buku PTS 2010

Thursday, August 26, 2010

Skrol ke Bawah Bagi Membaca Entri Terbaru

Blog ini dikemaskini setiap pagi dan setiap hari.

Bagi mengetahui bagaimana PTS diuruskan dan bagaimana PTS memilih manuskrip pengarang, klik http://penerbitpts.blogspot.com

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(19) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 23, 2010

Kursus Menulis Buku Cerita Kanak-Kanak

Teknik menulis dan melukis ilustrasi buku cerita kanak-kanak tidak serupa dengan teknik menulis dan melukis novel remaja dan dewasa. Kanak-kanak suka mendengar cerita. Mereka juga suka guru ataupun ibu mereka membacakan cerita. PTS akan mengadakan bengkel menulis buku cerita untuk kanak-kanak yang belum fasih membaca.....

Mendaftar di sini. Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

Tarikh akan diberitahu kemudian.

(Semua kursus PTS adalah gratis dan dijalankan di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. Pergi ke GIANT Tmn. Permata. Cari 7-Eleven. Sederet dengan 7-Eleven ada Klinik Gigi NOORIAH. Sekolah al-Ikhlas berada di atas klinik gigi itu. Naik ke tingkat 2.)

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(41) Diskusi Kuliah | Permalink

Kursus Bagaimana Merancang Kejayaan Karya dalam Pasaran

Kini kita sudah berada dalam zaman di mana penulis dapat hidup sepenuh masa dengan menulis. Kursus ini akan menerangkan strategi menghasilkan buku-buku yang evergreen dalam pasaran.

Tarikh kursus akan diberitahu kemudian.

Mendaftar di sini.

Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

(Semua kursus PTS adalah gratis dan dijalankan di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. Pergi ke GIANT, Tmn. Permata. Cari 7-Eleven. Sederet dengan 7-Eleven ada Klinik Gigi NOORIAH. Sekolah al-Ikhlas berada di atas klinik gigi itu. Naik ke tingkat 2.)

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink

Kursus Menulis Buku Menggunakan KJ Method

KJ Method adalah strategi kerja yang membolehkan seseorang penulis itu menulis banyak buku serentak.

Tarikh akan diberitahu kemudian.

Mendaftar di sini.

Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

(Semua kursus PTS adalah gratis dan dijalankan di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. Pergi ke GIANT, Tmn. Permata. Cari 7-Eleven. Sederet dengan 7-Eleven ada Klinik Gigi NOORIAH. Sekolah al-Ikhlas berada di atas klinik gigi itu. Naik ke tingkat 2.)

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Kursus Bahasa Persuasif

Bahasa persuasif adalah salah satu faktor mengapa orang suka membaca apa yang kita tulis, oleh itu mereka lebih mudah dapat dipengaruhi. Buku-buku non-fiksyen yang ditulis menggunakan bahasa persuasif lebih laku dalam pasaran.

Tarikh akan diberitahu kemudian.

Mendaftar di sini.

Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

(Semua kursus PTS adalah gratis dan dijalankan di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. Pergi ke GIANT, Tmn. Permata. Cari 7-Eleven. Sederet dengan 7-Eleven ada Klinik Gigi NOORIAH. Sekolah al-Ikhlas berada di atas klinik gigi itu. Naik ke tingkat 2.)

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Kursus Teori Sastera: Applikasi Teori Interteks

Salah satu teori sastera yang mudah dipelajari dan diaplikasikan adalah teori interteks. Teori ini dapat menghasilkan cerita-cerita dan novel-novel yang bermutu sastera. Editor-editor kreatif PTS sudah dilatih memahami teori ini, oleh itu mereka akan menilai mutu manuskrip dengan menggunakannya.

Tarikh akan diberitahu kemudian.

Mendaftar di sini.

Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

(Semua kursus PTS adalah gratis dan dijalankan di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. Pergi ke GIANT, Tmn. Permata. Cari 7-Eleven. Sederet dengan 7-Eleven ada Klinik Gigi NOORIAH. Sekolah al-Ikhlas berada di atas klinik gigi itu. Naik ke tingkat 2.) 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kursus Menulis Buku Bukan Fiksyen Menggunakan Teknik Adaptasi

Kursus Bahasa Melayu Tinggi

PTS hanya menerbitkan buku-buku yang ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) sepenuhnya.

Tarikh akan diberitahu kemudian.

Mendaftar di sini.

Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

(Kursus PTS adalah gratis dan dijalankan di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. Pergi ke GIANT, Tmn. Permata. Cari 7-Eleven. Sederet dengan 7-Eleven ada Klinik Gigi NOORIAH. Sekolah al-Ikhlas berada di atas klinik gigi itu. Naik ke tingkat 2.)

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Kursus Teori Sastera: Teknik Surah Yusuf

Teori dan Teknik Surah Yusuf adalah mazhab rasmi PTS.

Tarikh akan diberitahu kemudian.

Mendaftar di sini.

Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

(Semua kursus PTS adalah gratis dan dijalankan di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. Pergi ke GIANT, Tmn. Permata. Cari 7-Eleven. Sederet dengan 7-Eleven ada Klinik Gigi NOORIAH. Sekolah al-Ikhlas berada di atas klinik gigi itu. Naik ke tingkat 2.) 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 04, 2010

Kursus Teori dan Teknik Menulis Novel Kembara dan Misteri Berdasarkan Kisah Nabi Musa

PTS akan terus-menerus menerbitkan genre 'sastera jantan' yang bermutu tinggi, baik dalam bentuk novel ramaja mahupun novel dewasa.

Bagi tujuan mendapatkan penulis novel jantan yang syariah-compliant dan evergreen, satu lagi teori akan diperkenalkan kepada novelis-novelis PTS.

Mendaftar di sini. Tulis nama penuh, alamat emel dan HP.

Tarikh akan diberitahukan kemudian.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(30) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 02, 2010

Kursus Teori Sastera: Apa Itu Plot, Story Arc, Twist-and-Turn & Cliff Hanger

Bagi menghasilkan karya yang laku keras dan evergreen dalam pasaran, PTS mengambil langkah lebih serius bagi menerbitkan novel-novel remaja dan dewasa yang bermutu sastera, yakni bukan setakat 'novel-novel popular'.

Bagi mencapai tujuan itu PTS akan membekalkan ilmu-ilmu sastera kepada penulis-penulis PTS dengan mengadakan siri kursus teori-teori sastera yang praktikal.

Tarikh bagi kursus ini akan dimaklumkan kemudian.

Mendaftar di sini. Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

NOTA: Semua kursus anjuran PTS adalah gratis.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(43) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 08, 2010

Masuk Kelab Peminat PTS!

.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(59) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 03, 2010

Laut Biru: Buku Agama untuk Perempuan Muda dan Modern

Jumlah perempuan beragama Islam yang muda (antara 18 - 28 tahun) dan menerima pendidikan modern serta hidup sebagai wanita modern dalam dunia modern semakin hari semakin banyak. Pasaran ini adalah Laut Biru bagi buku-buku agama.

Mereka memerlukan buku-buku panduan beragama yang ditulis khusus untuk perempuan yang sibuk. Buku "501 Persoalan Tentang Darah Wanita" ini adalah contoh buku fiqh yang ditargetkan kepada mereka.

Cover buku ini dibuat supaya ia dapat dibaca di mana-mana sahaja, seperti di dalam LRT, kapal terbang, di lobi hotel dan lain-lain tempat awam, tanpa rasa segan silu. Itulah sebabnya cover buku ini demikian cantik, tidak kelihatan sebagai buku agama.

Buku-buku agama dapat dijual kepada perempuan muda dan modern. Bukan setakat buku-buku fiqh tentang bilogi perempuan, perkahwinan dan kekeluargaan, tetapi judul-judul lain juga dapat dijual kepada mereka.

NOTA: Penulis Rohayati Bakri adalah seorang jurutera yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang agama. Beliau sudah menerbitkan 4 buah buku agama dengan PTS.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 02, 2010

PTS akan Meneroka Pasaran Cina dengan Menggunakan Akhbar Cina Paling Besar

Puan Nor Hazizam Abd. Rahman (foto), pengurus jabatan marketing PTS, memberitahu beliau sudah semacam membuat keputusan akhir berkenaan media Cina mana yang akan beliau pilih dan gunakan bagi membolehkan buku-buku PTS menembusi pasaran Cina dengan lebih agresif dan efektif.

Menurut beliau, media Cina itu mestilah:

(i) Dibeli oleh sekolah-sekolah Cina,

(ii) Media itu diedarkan di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak,

(iii) Media itu mempunyai majalah pendidikannya sendiri yang dibaca dan digunakan di dalam bilik darjah sekolah-sekolah Cina.

Beliau berkata lagi, "PTS akan membeli ruang iklan dalam media utama dan juga dalam majalah pendidikannya. Tujuan PTS membeli ruang iklan dalam media utamanya adalah bagi mempromosi brand PTS di kalangan ibu bapa Cina."

Bajet promosi khusus bagi tujuan itu adalah RM100 ribu.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Siri Buku Berilustrasi PTS: Mahal Namun Sangat Laku

Siri buku berilutrasi terbitan PTS One Sdn. Bhd. sedang sangat laku dalam pasaran saat ini.

Foto di kanan menunjukkan himpunan buku-buku itu yang dipesan semula (repeat order) oleh sebuah cawangan kedai buku POPULAR di Pulau Pinang yang sedang menunggu penghantaran.

Siri ini dijual pada harga purata RM25 ringgit senaskhah meskipun ia ditargetkan kepada pembaca kanak-kanak antara 8 - 12 tahun. 

Ia dicetak menggunakan kertas mahal dengan 100% 4-warna.

Buku kanak-kanak dibeli oleh kanak-kanak tetapi harganya dibayar oleh ibu bapa mereka.

Buku dalam kategori ini dibeli oleh anak-anak dari golongan kelas menengah dengan 2 pendapatan (double income), di mana kedua-dua suami isterinya bekerja. Golongan ini mempunyai daya beli yang tinggi. Mereka juga mempunyai nilai pendidikan yang tinggi untuk anak-anak mereka. Mereka berada di bandar-bandar utama.

Sambutan yang baik itu membuktikan ibu bapa sanggup membeli buku cerita yang cantik dan mahal untuk anak-anak mereka. 

Tidak semua cerita digemari oleh anak-anak kelas menengah, oleh itu penulis perlu membuat kajian cerita-cerita yang bagaimana yang diminati oleh mereka.

Demikian juga, tidak semua lukisan berwarna yang mereka gemari. Penerbit perlu mendapatkan pelukis yang mempunyai sentuhan yang sesuai dengan citarasa anak-anak itu.

.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 01, 2010

Tip Survival Penerbit: Risiko Pandai Merebut Peluang yang Ada

PTS adalah sebuah syarikat yang tidak percaya dengan pendapat yang mengatakan bahawa usahawan Melayu perlu diajar supaya mereka pandai "merebut peluang-peluang yang ada".

Apabila orang Melayu diberi kepandaian merebut peluang-peluang yang ada, hal itu adalah sesuatu yang berisiko kerana kepandaian seperti itu adalah berdasarkan sikap pasif.

Mengajar orang Melayu supaya pandai merebut peluang bermakna orang Melayu diajar supaya duduk menunggu sahaja sehinggalah adanya peluang yang dicipta oleh tangan-tangan lain, barulah kemudian orang Melayu berebut-rebut sesama sendiri. Jika tiada tangan-tangan lain mencipta peluang, maka orang Melayu tiada apa-apa yang mahu direbutkan.

Nabi Muhammad sendiri, meskipun beliau pernah menjadi seorang pedagang dan seorang 'fund manager', beliau tidak pernah bercakap tentang kepandaian merebut peluang dalam bisnes.

PTS berpegang kepada prinsip orang Melayu perlu diajar supaya mereka pandai "mencipta peluang-peluang" bagi diri masing-masing. Kepandaian ini adalah kepandaian yang kreatif serta proaktif.

Prinsip inilah yang mendorong PTS menerbitkan buku-buku panduan bisnes dan pengurusan bisnes.

Sebagai syarikat penerbitan buku, setiap hari editor-editor PTS mencipta peluang menerbitkan buku-buku yang dapat membantu keperluan pembaca buku-buku Melayu.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 31, 2010

Buku-Buku yang Paling Laku Dijual Secara Terus kepada Pembaca

PTS mempunyai agen-agen yang terdiri daripada usahawan kecil-kecilan yang menjual buku-buku PTS secara langsung kepada pelanggan mereka.

Mereka membeli buku-buku PTS secara tunai di Book Cafe PTS di ibu pejabat PTS, di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur. Berdasarkan jumlah pembelian mereka itu, mereka boleh menerima diskaun antara 35% - 40%.

Jualan secara langsung sangat disukai oleh pembeli perempuan, oleh itu hanya buku-buku perempuan sahaja yang sesuai.

Antara buku-buku yang paling mudah dijual adalah (a) buku-buku resipi PTS, dan (b) buku-buku agama.

Ciri-ciri yang menjadikan buku-buku itu sangat laku dijual secara langsung adalah:

(i) Harga yang murah.

(ii) Isi kandungannya disukai oleh perempuan.

Kepada tuan dan puan yang berminat mahu mencuba menjual buku-buku PTS secara langsung, hubungi Cik Diana, pengurus Book Cafe, dengan menghantar SMS pada nombor:  016 66 11 972 ataupun menulis emel di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 30, 2010

Notis! Panggilan untuk Sinopsis Buku Musim Ramadhan dan Hari Raya Tahun 2011

Kepada tuan dan puan, para penulis dan juga pelukis Komik-M PTS,

Jika tuan berminat mahu menerbitkan buku-buku bagi bacaan sepanjang musim Ramadhan dan Hari Raya tahun hadapan, mohon hantarkan konsep dan sinopsis buku-buku itu mulai sekarang kepada editor tuan dan puan.

PTS memperuntukkan bajet khas bagi mempromosi judul-judul buku yang bertemakan ibadah puasa dan Aidil Fitri. Pastikan buku tuan itu nanti sempat diterbitkan dan dapat dimasukkan dalam rancangan promosi itu.

Apabila sinopsis tuan diluluskan oleh editor, tuan akan diberikan jadual kerja menyiapkan manuskrip itu.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Banyaknya Kebaikan Datang Kursus Penulisan PTS

Salah satu manfaat datang dan mengikuti kursus penulisan PTS adalah peluang berkenalan dengan editor-editor PTS yang kebetulan hadir pada hari itu.

Disebabkan pejabat editorial PTS mengamalkan konsep open-office, maka penulis yang belum berkenalan dengan editor akan mendapati suasana kerja di PTS  amat tidak sesuai sebagai tempat mahu berkenalan dengan editor yang memang sangat sibuk.

Tidak ada ruang tetamu di pejabat editorial PTS. Setiap inci ruang yang ada adalah ruang kerja. Ini menyebabkan apabila ada tetamu datang, mereka berasa sangat tidak selesa.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 29, 2010

Surat: Karya Disirikan dalam Utusan Malaysia

Assalamualaikum Puan Ainon. Salam Ramadhan. Semoga Puan Ainon dan warga kerja PTS berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan jutaan terima kasih saya kepada Puan Ainon dan warga kerja PTS yang terlibat kerana angan-angan saya akhirnya menjadi kenyataan apabila hasil karya saya sudah dua tahun disiarkan secara berturut-turut pada setiap hari selasa di dalam Utusan Malaysia (bermula 2009 hingga kini 2010). Ini adalah hasil usaha dan kerjasama pihak PTS Islamika yang telah memperkenalkan karya saya dari buku bertajuk Bidadari Syurga dan Sayap dari Syurga kepada pihak Utusan Malaysia.

Sejak dari bangku sekolah lagi saya sudah menyimpan angan-angan agar suatu hari nanti akan terpampang karya hasil tulisan saya di dada akhbar. Dan sekarang sudah menjadi kenyataan. Saya begitu gembira sekali. Untuk pengetahuan Puan Ainon sejak karya saya disiarkan dalam akhbar tersebut setiap hari saya dapati kunjungan yang ramai terhadap blog saya (http://ummusyifa.wordpress.com).

Sekian, terima kasih.

Nurasyikin Ahmad
Tanjong Malim, Perak.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Memulakan Bisnes Menjual Buku Tanpa Perlu Menyewa Kedai

Puan Norzehan Mohd Yusof (foto) adalah seorang suri rumah yang mempunyai bisnes direct-sellingnya sendiri. Beliau tinggal di pekan Temerloh, Pahang.

Setiap minggu suaminya menghantar beliau datang ke ibu pejabat PTS dan membeli buku-buku secara tunai.

Ada kalanya, sekali datang beliau membeli buku bernilai RM4 ribu, selepas ditolak diskaun!

Buku-buku itu dijual terus kepada jiran tetangga dan kenalan beliau.

Bagi tuan dan puan yang berminat memiliki bisnes seperti Pn. Norzehan, baca lebih banyak di sini.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 28, 2010

Hanya di Kedai Buku POPULAR

Buku koleksi lengkap resipi Chef Hanilieza ini hanya dapat dibeli di kedai POPULAR sahaja.

Buku ini mengandungi koleksi semua resipi beliau yang sudah diterbitkan dalam edisi kecil, ditambah dengan resipi-resipi baru bagi menggenapkan jumlahnya menjadi 365 semuanya.

PTS sedang melakukan proses penghantaran ke semua cawangan kedai buku POPULAR di seluruh negara, jadi pada saat ini ia belum sampai ke  semua kedai buku POPULAR.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Laut Biru: Buku untuk Budak Lelaki

Buku-buku untuk bacaan budak-budak lelaki adalah pasaran Laut Biru.

Buktinya, di kedai-kedai buku, belum ada rak yang dikhususkan untuk buku-buku budak lelaki. Dalam situasi sekarang, buku budak lelaki dicampurkan dengan buku budak-budak perempuan. Budak lelaki tidak mahu pergi ke rak buku budak-budak perempuan! Akibatnya, jualan buku-buku budak lelaki tidak meletup-letup sebagaimana jualan buku budak perempuan.

Justeru, mana-mana penerbit yang berjaya meneroka dan mendominasi kategori buku budak lelaki akan berpeluang menggali lombong emas ini.

PTS sudah beberapa lama menerbitkan buku-buku bagi bacaan budak lelaki, tetapi jumlah judul yang ada belum dapat meyakinkan para pekedai buku supaya memberikan rak khas kepada buku-buku kategori ini. Akibatnya, buku-buku itu dipamerkan bersama-sama dengan buku-buku bagi bacaan budak-budak peremepuan, sedangkan budak-budak lelaki tidak mahu pergi dan membelek-belek rak buku-buku budak perempuan.

Bagi meyakinkan pekedai buku supaya memberikan rak khas bagi buku-buku budak lelaki, sekurang-kurangnya kita mempunyai 50 judul yang sudah terbit.

Ada beberapa isu yang menarik dibincangkan apabila kita mahu menerbitkan buku-buku budak lelaki. Isu yang paling utama adalah mendapatkan sekumpulan pengarang yang tekun menghasilkan buku-buku cerita dalam kategori ini.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 27, 2010

Banner untuk Promosi Kempen Membaca Buku PTS dengan Tema ‘Back To School’ Sudah Dicetak

.

Foto menunjukkan bungkusan yang mengandung banner peraduan "Teka Judul Buku" sempena kempen membaca dan flyers buku-buku PTS dengan tema "Back To School" yang baru tiba dari kedai pembekal dan belum sempat dimasukkan ke dalam gudang PTS.

Banner-banner itu dibekalkan percuma kepada semua kedai buku yang ikut serta dalam kempen membaca itu.

Selain banner, kedai-kedai akan dibekalkan dengan poster, hanging mobile, katalog dan flyers.

Menurut Pn. Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan marketing PTS, kempen itu akan dijalankan mulai bulan Oktober 2010. Namun, persiapan dimulakan lebih awal.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Projek Wakaf Buku Anjuran PTS

.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Membeli Sebuah Lagi Kilang Berderet

Pada masa ini PTS memiliki 3 unit kilang berderet, dan menyewa 1 unit lagi, di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur.

Minggu lalu PTS telah membeli sebuah unit lagi di premis yang sama (foto) pada harga RM2.1 juta. Pembelian unit terbaru ini dibiayai oleh Bank Eoncap, sebuah bank Islamik, anak syarikat Bank EON, milik pelabur Hong Kong. Cukai setem yang terpaksa dibayar ke atas pembelian itu adalah RM56 ribu.

Dengan pembelian ini PTS memilik 4 unit kilang berderet.

Unit terbaru ini akan dijadikan gudang tambahan bagi menampung lebih banyak judul baru yang akan diterbitkan oleh PTS pada tahun 2011.

Dalam rancangan jangka panjang, PTS akan membina bangunannya sendiri supaya gudang PTS dapat disatukan di bawah satu bumbung. Dengan itu barulah pengurusan gudang dapat dijalankan dengan menggunakan sistem berkomputer.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 26, 2010

Contoh Aplikasi Teori Interteks

“Sudah lama kita berjalan, apa kata kita berehat sebentar di sini?” kata Karameswara kepada Putera Amir Arsalan sebaik sahaja mereka tiba di kaki gunung.

Putera Amir Arsalan mengangguk tanda bersetuju. Mereka duduk bersandar di bawah sebatang pokok. Tiba-tiba kedengaran bunyi salakan dan derap kaki berlari menuju ke arah mereka. Kelihatan seekor anjing sedang berlari laju seolah-olah mahu menerkam mereka.

“Awas, Amir Arsalan! Anjing itu mahu menerkam kita!” Sebaik sahaja tiba di hadapan Karameswara dan Putera Amir Arsalan, anjing itu terus melompat tinggi.

“Tunduk, Karameswara! Tunduk!” Lompatan anjing itu melepasi mereka berdua. Namun, anjing itu tidak berpatah balik sebaliknya terus berlari tanpa memperdulikan mereka.

Kemudian, muncul pula seekor pelanduk putih mengejar anjing tadi dan terus menerkamnya. Pelanduk putih itu kemudiannya menerajang anjing itu sehingga anjing itu jatuh ke dalam sungai.

Karameswara teruja melihat peristiwa luar biasa yang berlaku di hadapan matanya lalu berkata, “Sungguh berani pelanduk putih itu sehingga anjing pun takut kepadanya. Tempat ini sungguh istimewa. Hamba mesti berikan nama kepada tempat ini!”

Dia kemudiannya berpaling ke arah Putera Amir Arsalan dan bertanya kepadanya, “Apakah nama pokok tempat kita bersandar tadi?”

Putera Amir Arsalan memandang ke atas lalu ternampak benda yang berjuntai-juntai di atas pokok itu. Dia berkata kepada Karameswara, “Kalau tidak silap saya, ini pokok petai.”

Karameswara meletakkan kaki kanannya di atas tunggul kayu di hadapannya sambil bercekak pinggang seraya berkata, “Jika begitu, kita namakan tempat ini negeri Petai.”

Nota: Petikan dari sebuah karya oleh Sdr. Haeqal (foto).

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 25, 2010

Tip Menulis Emel kepada Penerbit

Jabatan editorial di mana-mana syarikat penerbit menerima banyak surat-surat emel dari individu yang mahu menjadi penulis, penterjemah, editor, ilustrator dan lain-lain.

Banyak penulis emel tidak menulis dengan teliti dan berhati-hati. Mereka tidak menggunakan dengan betul (a) sistem ejaan, (b) tanda bacaan, (c) tatabahasa serta (d) adab sopan berbahasa. Akibatnya apabila emel mereka dibaca ia menyebabkan orang yang menerima emel itu mendapat persepsi negatif berkenaan si penulis emel itu, lalu tidak dijawab (serupa dengan surat kertas yang dibuang ke dalam bakul sampah sahaja).

Surat-surat yang kita tulis adalah duta peribadi kita.

Apabila seseorang itu menghantar surat emel, dia juga menghantar banyak maklumat berkenaan (a) mutu penguasaan bahasanya, (b) taraf intelektualnya, (c) sikap-sikap positif dan negatifnya, dan (d) ciri-ciri personalitinya.

Oleh itu, bagi mendapatkan respons positif, emel yang ditulis perlu menghantarkan maklumat-maklumat yang positif sahaja berkenaan diri kita.

Sebagai contoh, apabila seseorang memohon kerja sebagai editor freelance, tetapi dia menulis emel yang menunjukkan dia tidak fasih menggunakan tanda-tanda bacaan yang betul (contohnya, selepas noktah, ayat hendaklah dimulakan dengan menggunakan huruf besar), maka emel seperti itu menunjukkan dia tidak layak diterima menjadi editor.

Perbuatan menulis emel yang buruk adalah serupa dengan seseorang ingin menjadi penyanyi lalu dia mengirimkan rakaman suara nyanyiannya kepada syarikat penerbit muzik, sedangkan dalam rakaman itu dia melakukan kesilapan-kesilapan yang sangat asas dalam nyanyiannya.

NOTA: Ada saranan supaya penulis emel yang buruk bahasanya diterima juga bekerja dengan cara penerbit memberi latihan, tetapi syarikat-syarikat penerbitan bukan sekolah yang mengajar bahasa. Penerbit sentiasa menerima banyak permohonan, justeru mereka akan memilih calon yang terbaik sahaja, kerana calon-calon yang terbaik dapat meringankan beban penerbit, bukan yang menambahkan beban kerja, masalah, serta menaikkan kos.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Faktor Ketebalan Mempengaruhi Jualan Novel

Data jualan buku-buku PTS menunjukkan novel-novel yang kurang daripada 400 halaman sangat lambat jualannya, banyak di-return semula oleh kedai-kedai buku. Ini berlaku meskipun cerita dan gaya bahasa novel-novel itu bermutu tinggi.

Situasi ini berlaku bagi semua kategori novel, baik novel cinta, novel fantasi, novel sai-fai, mahupun novel terjemahan dari Indonesia.

Malah, novel-novel nipis gagal habis dijual dalam tempoh satu tahun. Tempoh ini sangat jauh daripada purata turn-over buku-buku PTS yang habis terjual dalam tempoh 5.8 bulan sahaja.

Feedback yang kita terima dari peminat buku-buku PTS mendapati, pembeli tidak suka membeli novel nipis disebabkan mereka "tidak puas" membacanya.

Meskipun novel tebal lebih mahal, tetapi disebabkan daya beli peminat novel sudah semakin tinggi, mereka mampu membeli novel-novel yang berharga lebih RM20.

NOTA: Foto di bawah adalah contoh novel nipis yang di-return oleh kedai.

.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 24, 2010

Penulis Lelaki Menghasilkan ‘Novel Gedik’ untuk Remaja Perempuan

Novel gedik Gadis Bubble Gum dan Kelab Gadis Ayu adalah hasil tulisan dua orang penulis lelaki. Kedua-dua novel itu mendapat sambuat baik dalam pasaran.

Apakah penulis lelaki dapat mendominasi  pasaran novel perempuan, sebagaimana chef-chef lelaki mendominasi dunia kulinari?

Novel cinta paling laku, Ayat-Ayat Cinta, yang sudah terjual hampir 700 ribu naskhah di Indonesia dan Malaysia, adalah karya penulis lelaki, Habiburrahman El Shirazy. Novel itu mengatasi rekod mana-mana novel cinta karya penulis perempuan. Malah beliau adalah "Raja Novel Cinta" paling berjaya dalam sejarah sastera Melayu.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 199 pages  1 2 3 >  Last »