
Teori multiple-intelligence oleh Gardner mengatakan semua manusia dilahirkan dengan memiliki lebih daripada satu bakat. Daripada pelbagai bakat yang dimiliki itu, ada bakat yang paling dominan, kurang dominan, dan tidak dominan.
Sebagai contoh, seseorang itu mungkin memiliki bakat menulis novel, cerpen, puisi, esei, skrip drama, berlakon, bermain gitar, dram, piano dan serunai, di samping dia juga mempunyai bakat melukis cat air gaya Cina dan melukis pensil. Namun bakatnya yang paling dominan adalah bermain dram.
Teori multi-bakat ini sangat relevan kepada para penulis. Ambil sebagai contoh, seseorang itu mungkin mempunyai banyak bakat dalam bidang penulisan kreatif, tetapi hanya satu bakatnya yang dominan. Dia perlu mengenal pasti bakat dominannya dan fokuskan usaha menghasilkan kategori karya yang menggunakan bakat dominan itu.
Perkara memilih bakat dominan adalah penting bagi tujuan positioning. Tn. Ramlee Awang Murshid adalah contoh penulis yang telah mengenal pasti dengan tepat bakat dominannya, dan menjadikan bakatnya itu asas positioning bagi karya-karyanya.
Tn. Ramlee adalah penulis kreatif yang mempunyai kumpulan peminat dewasa paling besar. Mereka menubuhkan kelab peminat yang dinamakan Kelabram.
Pada masa ini beliau adalah penulis lelaki yang paling besar pendapatan royaltinya, (sama besar, jika tidak lebih besar, daripada pendapatan penulis-penulis perempuan paling ngetop dalam genre novel cinta popular).
Antara karya beliau yang sangat laris adalah Tombiruo, Semangat Hutan, Tombiruo Terakhir, Ranggau, Mandatori, ADAM, Satu Janji, Bagaikan Puteri, Rahsia Perindu, Hatiku Di Harajuku, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Mikhail, Ungu Karmila, 9 Nyawa.
Ada penulis yang mempunyai banyak bakat kreatif lalu dia menulis dalam banyak kategori buku. Penulis jenis ini menulis macam-macam genre, daripada buku cerita-cerita pendidikan akhlak untuk bacaan kanak-kanak, kepada novel cinta popular, kepada novel lagenda, sampailah kepada genre seram untuk peminat cerita-cerita hantu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Assalamualaikum Puan,
Saya amat berminat untuk menyertai Bengkel anjuran Puan ini.
Mohd Razali Kamarudin
013 9619421
raza;iesq165@yahoo.com