Monday, September 19, 2011

Laut Biru Pasaran Buku-Buku Pembaca Awal

Kedai-kedai buku mempunyai seksyen khusus bagi mempamerkan buku kanak-kanak bagi kategori early readers atau pembaca awal, tetapi kebanyakan judul yang dipamerkan adalah buku-buku belajar ABC dan 123.

Kebanyakan buku-buku early readers yang ada dalam kedai-kedai buku sekarang bukan dalam Bahasa Melayu, manakala buku-buku yang ada pula kualitinya belum memenuhi kehendak ibu bapa dan kehendak kanak-kanak.

Di Malaysia juga belum ada penerbit yang khusus membina kepakarannya dalam penerbitan kategori 'early readers', oleh itu sektor ini menjanjikan peluang yang baik bagi pelabur.

Begitu juga, belum ada penulis dan pelukis tempatan yang mencipta nama sehingga menjadi sangat terkenal dalam pasaran buku-buku berbahasa Melayu sebagai penulis dan pelukis buku sastera kanak-kanak yang kredibel pada penilaian pakar, guru dan ibu bapa.

Meskipun saiz pasaran ini besar dan menjanjikan peluang bisnes yang baik kepada penerbit, penulis dan ilustartor, namun penghasilan judul-judul tempatan dalam bahasa Melayu bagi kategori ini masih tersangat kecil. Ini adalah suatu kerugian kepada semua pihak, terutama sekali kepada ibu bapa yang memerlukan bahan-bahan bacaan bermutu tinggi bagi membantu perkembangan psikologi dan akademik anak-anak mereka.

PTS sedang berusaha meneroka dan mengambangkan pasaran sektor ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 17, 2011

Peluang Mencipta Nama Sebagai Penulis dan Pelukis Buku Pembaca Awal

Potensi pasaran buku dalam sektor early readers adalah sangat besar. Negara kita memerlukan wujudnya penerbit buku yang khusus menerbitkan buku-buku dalam kategori ini.

Penerbitan buku-buku early readers memerlukan pakar-pakar bidangnya sendiri kerana menulis buku-buku early readers tidak serupa dengan menulis buku-buku dalam kategori lain. Begitu juga melukis untuk buku-buku early readers.

Pada masa ini belum ada penulis dan pelukis tempatan yang mencipta nama sehingga namanya menjadi sangat terkenal dalam pasaran buku-buku Bahasa Melayu sebagai penulis dan pelukis buku pembaca awal yang kredibel pada penilaian pakar bidang, guru dan ibu bapa.

Bagi mencipta nama dalam bidang ini, penulis dan pelukis perlu mempunyai ilmu dan banyak menerbitkan karya dengan nama mereka.

Keuntungan mencipta nama dalam bidang ini adalah guru-guru dan ibu bapa akan menjadi nama mereka sebagai pilihan pertama apabila memilih buku untuk anak mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 15, 2011

Bahasa Kampung dan Bahasa Buku

Bahasa yang kita gunakan merakamkan banyak data berkenaan asal-usul, sosio-budaya, bidang keilmuan, dan psikologi kita. Sebagai contoh, daripada bahasa seseorang itu kita dapat mengetahui sama ada di berasal dari keluarga kampung ataupun dari keluarga bandar, ini disebabkan bahasa (sosio-linguistik) orang kampung berbeza daripada bahasa orang bandar.

Banyak orang Melayu yang sekarang tinggal dibandar adalah berasal dari keluarga kampung. Meskipun mereka memiliki ijazah, dan tinggal di kondo mewah, mereka masih bercakap menggunakan elemen-elemen bahasa kampung. Elemen bahasa kampung yang paling mudah dikesan adalah kosa kata dalam sistem panggilan yang mereka gunakan.

Dalam sistem panggilan budaya kampung, usia menjadi faktor utama pemilihan kata panggilan seperti 'adik', 'kakak', 'abang', 'pak cik', 'mak cik' dan lain-lain.

Pada zaman dahulu hanya ada 2 variety bahasa Melayu, iaitu bahasa rakyat jelata (bahasa kampung, low linguistic culture) dan bahasa istana (bahasa raja-raja dan orang-orang besar istana, high linguistic culture). Namun dalam zaman modern ini kedua-dua variety itu tidak sesuai digunakan.

Bahasa dunia kampung tidak boleh digunakan dalam dunia profesional, dunia korporat, dunia pentadbiran negara dan dunia-dunia yang mengamalkan 'budaya tinggi' (high culture) dalam zaman modern.

Bahasa Melayu kampung hanya boleh digunakan apabila kita 'balik kampung'. Di pasar malam pun kita tidak boleh menggunakan bahasa kampung kerana pasar malam adalah sebahagian daripada dunia ekonomi moden. Namun disebabkan mereka yang berniaga di pasar malam itu berasal dari keluarga kampung, mereka menggunakan bahasa kampung.

Peniaga-peniaga pasar malam itu tidak tahu bahawa pelanggan-pelanggan mereka adalah orang kampung yang sudah keluar daripada kemiskinan dan kebodohan kampung, dan kini mereka sudah menjadi anggota kelas menengah Melayu. Kelas ini adalah fenomena yang baru muncul dalam masyarakat Melayu, yang dilahirkan oleh sistem pendidikan modern. Anggota kelas menengah Melayu tidak suka dipanggil menggunakan kata-kata panggilan dalam bahasa kampung.

Bahasa dalam buku mestilah menggunakan Bahasa Tinggi. Buku kanak-kanak sekalipun perlu memberi pendidikan linguistik yang betul kepada kanak-kanak. Penerbit buku perlu menyediakan kanak-kanak supaya mereka mempunyai kemahiran menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 13, 2011

Panduan Memilih Penerbit

Bagi penulis yang baru pertama kali menulis, ini ada beberapa panduan am tentang bagaimana hendak mengurangkan risiko tersalah serah manuskrip kepada penerbit yang tidak kredibel:

1.  Jangan serahkan manuskrip kepada individu yang baru hendak cuba-cuba menerbitkan buku. Dia mungkin bukan penipu, tetapi disebabkan dia baru belajar menjadi penerbit, kemungkinan dia gagal dalam bisnes penerbitannya adalah besar, oleh itu risiko yang saudara ambil adalah amat tinggi.

2.  Jangan serahkan manuskrip saudara kepada penerbit yang 'one-man show' di mana dia membuat semua keputusan tentang manuskrip saudara. Dialah tawkay, dialah yang pegang buku cek, dialah yang memilih manuskrip, dan dialah yang pergi ke bank. Individu seperti itu amat berkuasa dan jika dia hendak menipu saudara, memang mudah dia melakukannya, sebab semua rekod perniagaan dia yang simpan.

3.  Jangan serahkan manuskrip disebabkan saudara percaya kepada orang itu. Walaupun dia sahabat baik saudara, itu bukan jaminan dia akan berjaya menjaga kepercayaan saudara.

4.  Jangan serahkan manuskrip kepada sesiapa sebelum saudara bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman akan latar belakang penerbit itu. Dapatkan maklumat adakah penerbit itu membayar royalti tanpa ditagih, adakah dia menyediakan dokumen perjanjian penerbitan, dan lain-lain maklumat yang penting.

5.  Tip mudah yang amat berguna adalah tanya adakah ketua eksekutif penerbit itu seorang yang semata-mata makan gaji dengan syarikat tersebut. Jika benar, itu bermakna risiko saudara ditipu oleh orang yang makan gaji adalah rendah disebabkan dia hanya makan gaji. Lainlah kalau dia tuan punya syarikat itu, di mana apabila dia dapat menipu saudara, wang itu masuk ke dalam akaun peribadinya.

Memang risiko penulis ditipu oleh penerbit kecil sentiasa ada, tetapi bukan semua penerbit kecil adalah penipu. Di mana-mana sekalipun ada orang baik, ada penipu. Kebanyakan penerbit kecil tidak dapat membayar royalti saudara disebabkan mereka gagal dalam bisnes, bukan kerana mereka itu orang jahat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 11, 2011

Bagaimana Penerbit Merancang Judul Buku yang Akan Diterbitkan

Semua penerbit besar membuat perancangan judul, ataupun title planning

Perancangan judul adalah alat kerja yang sangat penting bagi jabatan editorial. Ketua editor membuat rancangan belanjawan jabatannya berdasarkan judul-judul yang dirancang bagi kelulusan bahagian kewangan.

Di PTS, kerja-kerja perancangan judul dijalankan oleh editor-editor perolehan. Mereka mengambil kira situasi dan trend-trend pasaran buku sebelum merancang judul-judul yang akan dibangunkan bersama penulis.

Jabatan pemasaran pula akan menggubal rancangan strategi promosi dan pemasaran bagi judul-judul yang dirancangkan oleh jabatan editorial.

Bagi mengetahui maklumat tentang perancangan judul sesebuah penerbit itu, berkawan baiklah dengan editor-editor. Mereka akan memberitahu saudara rancangan penerbitan syarikatnya. Dengan itu, mulai tahun ini saudara sudah dapat mula menulis buku-buku yang dirancang akan diterbitkan pada tahun hadapan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 09, 2011

Apakah Novel ‘Salina’ Karya SN A Samad Said Sebuah Karya Islam?

Pada masa ini banyak perbincangan berlaku berkenaan teori sastera Islami. Hasil daripada perbincangan itu adalah usaha mengenal pasti karya mana yang dapat diterima sebagai karya Islami dan bukan-Islami.

Karya yang tidak mematuhi syariah, dan dengan demikian tidak boleh diterima sebagai karya Islami mempunyai salah satu dari ciri-ciri di bawah, ataupun kesemuanya:

1. Karya itu mempromosi idea bahawa Tuhan tidak wujud.

Contoh karya yang tergolong dalam kategori ini adalah karya yang menyokong falsafah teori evolusi, yakni mood intelektual dalam karya itu mendakwa bahawa teori itu benar, ataupun boleh mencipta kesan ke atas pemikiran pembaca sehingga pembaca terpengaruh akan kemungkinan teori itu benar.

2. Karya itu mempromosi idea-idea yang tidak selaras dengan ajaran dalam Quran dan hadith.

Dalam kes ini, karya itu menyokong falsafah-falsafah, ataupun pendapat-pendapat, yang tidak selaras dengan ajaran Quran dan sunnah.

Sebagai contoh karya itu menyokong dan mendukung pandangan bahawa politik dan agama hendaklah dipisahkan.

Jika dalam karya itu terdapat watak-watak yang berbincang tentang teori bahawa politik dan agama perlu dipisahkan, di mana ada watak yang pro dan ada yang kontra, tetapi hujah yang menolak teori itu dikemukakan dengan lebih kuat, maka karya itu boleh diterima.

Dalam contoh lain, jika karya itu mendukung idea bahawa sembahyang sudah cukup dilakukan dengan berniat sahaja, dengan mengemukakan hujah dan alasan yang memihak kepada idea itu, maka karya itu tidak boleh diterbitkan.

Dalam contoh lain, karya itu menimbulkan mood bahawa poligami adalah sesuatu yang mesti ditentang dan undang-undang hendaklah diadakan bagi menyekat amalan itu. Ataupun, karya itu menggalakkan isteri supaya jangan takut meminta cerai apabila menghadapi masalah rumah tangga. Malah karya itu menganggap isteri yang takut meminta cerai adalah perempuan bodoh.

3. Karya itu menimbulkan kesan psikologi dan emosi yang menyebabkan timbulnya keinginan mahu melakukan sesuatu yang dilarang oleh Quran dan hadith.

Contoh perkara yang dilarang adalah memberi rasuah, berjudi, meminum arak, mendedahkan aurat, menjalin hubungan cinta luar nikah, meminta cerai dan banyak lagi.

Sebagai contoh dalam karya itu terdapat babak-babak dan ayat-ayat, yang apabila dibaca boleh menyebabkan timbulnya perasaan berahi seks pada diri si pembaca, sehingga pembaca ingin merasai perbuatan yang bersifat seksual seperti dia ingin berasmara, ingin bercumbu-cumbu dan yang seperti itu.

4. Karya itu memberi kemenangan moral kepada si pedosa, yakni watak yang melakukan perbuatan salah.

Sebagai contoh, novel itu menceritakan watak peniaga yang melakukan rasuah berjaya hidup makmur dan kaya raya, manakala watak peniaga yang tidak mahu terlibat dengan rasuah mengalami kerugian dan kegagalan bisnes.

5. Karya itu memberikan status rendah kepada Islam, manakala agama lain diberikan status yang lebih tinggi dan mulia.

Sebagai contoh, dalam karya itu watak lelaki yang beragama Kristian berjaya meyakinkan kekasihnya yang beragama Islam supaya masuk Kristian, dan hasilnya pasangan itu berkahwin dan hidup bahagia.

Kembali kepada persoalan apakah novel 'Salina' karya Sasterawan Negara A Samad Said sebuah novel Islam?

Novel 'Salina' tidak mempunyai kelima-lima ciri di atas. Maka, apakah 'Salina' dapat diberikan label 'novel Islam' ataupun label 'novel bukan Islam'?

Allah jualah yang maha mengetahui.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 07, 2011

Apa Itu ‘Bulk Display’

Apabila kita masuk ke dalam kedai buku, kita dapat lmeihat ada beberapa buah buku terbaru di pasaran yang disusun dan dipamerkan banyak-banyak naskhah. Itulah yang dikatakan 'bulk display'.

Apakah ciri-ciri buku yang kedai mahu buat bulk display?

1. Pengarang buku itu amat terkenal.

Pengurus kedai buku mestilah yakin buku yang dibuat display dapat dijual banyak naskhah. Jadi, setiap kali buku baru Harry Porter terbit, kedai akan membuat bulk display disebabkan dia yakin buku itu banyak peminatnya dan jualannya akan laris.

2. Tema dan tajuk buku itu adalah perkara yang sedang 'panas' dalam pasaran.

Walaupun pengarang buku itu mungkin tidak terkenal, tetapi jika tema buku itu sedang 'hot', kedai sanggup membuat bulk display.

3. Buku itu komoditi ruji yang memang ada pembelinya sepanjang tahun.

Contoh buku jenis ini adalah kamus-kamus. Apabila Kamus Dewan edisi ke-4 terbit, kedai-kedai buku membuat bulk display kamus itu bagi memberitahu orang ramai edisi terbaru sudah terbit.

4. Pengurus kedai-kedai buku besar amat cerewet apabila memilih buku untuk bulk display.

Semua buku yang diterima oleh kedai direkodkan penerimaannya ke dalam komputer. Disebabkan jumlah buku untuk bulk display banyak, katakanlah 50 naskhah, ia menyebabkan jumlah hutang kedai naik banyak. Jadi, jika buku-buku bulk display itu tidak meningkatkan jualan, jumlah hutang itu memberi gambaran tidak elok ke atas prestasi kedai.

Kedai-kedai kecil tidak menggunakan sistem komputer, semua rekod ada dalam kepala tuan punya kedai. Kalau penerbit berani meletakkan buku-bukunya untuk bulk display dalam kedai-kedai kecil, mereka tidak banyak soal jawab. Letak sahajalah, kalau tak laku ambil balik.

Tetapi mengapakah ada penerbit yang tidak mahu membuat bulk display di kedai-kedai kecil? Jawabnya, pertama adalah risiko buku rosak. Apabila buku sudah dibuka daripada bungkusannya ia mudah kotor dan rosak sebab orang-orang yang pergi kedai kecil tangan mereka kotor. Kedua, mengutip hutang daripada kedai-kedai kecil amat susah.

Siapakah yang menentukan buku apa yang akan dibuat bulk display? Pengurus kedai mempunyai kata mukatamad sama ada mahu membuat bulk display bagi buku saudara ataupun tidak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 06, 2011

Wajah Penulis pada Kulit Buku

Kulit buku adalah sekeping kertas iklan yang digunakan oleh penerbit bagi menjual apa yang ada dalam buku. Oleh itu penerbit sangat berhati-hati memilih imej-imej yang dapat menjual buku.

Antara kriteria meletakkan foto wajah penulis pada kulit buku adalah:

1. Pengarang itu mempunyai banyak peminat.

2. Tema buku itu adalah tema yang diminati oleh peminat-peminat si pengarang.

3. Pengarang itu kerap muncul di televisyen dan radio.

4. Pengarang mempunyai blog yang banyak pengikut.

5. Pengarang banyak muncul memberi ceramah di khalayak ramai.

6. Pengarang sudah mempunyai banyak buku.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 05, 2011

Chairman PTS ke Turkey 5 - 21 September

Pada jam 12.30 pagi tadi, 6 orang delegasi Malaysia berlepas dengan penerbangan MAS menuju Istanbul. VIP dalam delegasi kami adalah novelis sejarah No. 1 Tuan Abdul Latip Talib.

Misi delegasi ini adalah menjejaki sejarah hidup ulamak Turkey yang sangat terkenal bagi dinovelkan. Beliau adalah Badiuzzaman Said Nursi, ulamak yang menentang Kamal Atartuk.

Pemergiaan Tuan Abdul Latip Talib adalah sebagai tetamu Persatuan Kebudayaan Turkey, manakala anggota delegasi yang lain membiayai sendiri pemergian kami.

Blog ini akan dikemas kini seperti biasa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 04, 2011

Tip Survival Penulis: Tidak Menyebut Teknologi Trendi

Puan Farihah Iskandar adalah penulis siri Dear Yayah yang sangat berjaya dalam pasaran. Siri Dear Yayah sudah berada dalam pasaran selama 6 tahun, dan permintaannya masih terus ada.

Beliau memberi tip bagaimana mahu menghasilkan karya yang dapat bertahan lama dalam pasaran, dan sentiasa kekal semasa.

Menurut Puan Farihah Iskandar, beliau tidak menyebutkan nama-nama teknologi ataupun nama-nama brand semasa yang popular. Ini bagi mengelakkan karyanya menjadi ketinggalan zaman akibat kemajuan teknologi yang amat deras.

Sebagai contoh 4 tahun yang lalu remaja sangat kenal laman sosial Friendster. Kini nama itu sudah tidak kedengaran lagi. Ia digantikan dengan Facebook.

Menurut beliau, faktor yang paling penting adalah ceritanya mesti mempunyai ciri-ciri yang dapat bertahan dalam pasaran. Teknologi datang dan pergi. Brand komersial pun datang dan pergi. Cerita yang indah kekal dalam ingatan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 02, 2011

Siri Dear Yayah adalah Siri Novel Remaja Paling Berjaya

Berdasarkan jumlah jualan dan hayat pasaran, siri Dear Yayah adalah siri novel remaja paling berjaya dalam pasaran.

Bentuk novelnya mempunyai 5 siri. Semuanya masih diulangcetak dari masa ke masa, dan sudah diterbitkan semula sebagai koleksi lengkap edisi buku mewah.

Siri komiknya juga laku dalam pasaran, dan kini sudah diterbitkan semula dalam edisi lengkap edisi buku mewah juga.

Dear Yayah diterima baik oleh pasaran kerana tema dan ceritanya mempunyai nilai motivasi pendidikan yang tinggi. Oleh itu pelajar, guru dan ibu bapa menyukai siri ini.

Menurut Puan Farihah Iskandar, sudah ada beberapa rumah produksi drama televisyen yang menghubungi beliau bagi menjadikan siri Dear Yayah sebagai siri drama remaja.

Pada siri Dear Yayah ini terdapat faktor-faktor yang memainkan peranan penting bagi menghasilkan karya yang bertahan lama dalam pasaran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 01, 2011

Senarai Judul yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru
1. Putera Fariri & Donat Salsabila (5000)
2. Mudahnya Berkahwin Dalam Islam (5000)
3. Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia (2000)
4. Bagasi Merah Jambu (3000)
5. Anis Si Ratu Payung (3000)
6. Sekiranya Aku Menjadi Detektif (3000)
7. Mandala Dunia Kedua (2000)

Judul Ulang Cetak
1. Men Are From Mars (2000)
2. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit (3000)
3. Cara Terindah Untuk Mati (3000)
4. Minda Muslim Super (2000)
5. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah (1500)
6. Catatan Rahsia Gadis.. Shhhh.... (2000)
7. O.T.A.I - Diva Popular (1500)
8. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab (5000)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru

1. Seni Bisnes Terhebat Tao Zhugong (2000)

Judul Ulang Cetak    

1. Kembara Tetamu Allah (2000)
2. Fahami Bacan Dalam Solatmu (3000)
3. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah (3000)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru
1. Hidup Penuh Cinta (2000)
2. Komik-M: Aku, Kau & Facebook - V2.0 (8,000)
3. McMya Detektif: Kes Misteri (3,000)
4. Skateboard & Susu (3,000)

Judul Ulang Cetak    
1. Diva Kampung (2,000)
2. Himpunan Wirid & Doa (3,000)
3. Young Aisyah: Ponteng Puasa (2,000)
4. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab (10,000)
5. Trilogi: Sherlock Holmes (1,500)
6. Bencana Akhir Zaman (5,000)
7. Dahsyatnya Taubat Nasuha (5,000)
8. Teknik Surah Yusuf (1,000)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Di Balai Seni Visual Negara 1 - 15 Disember 2011

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru
1. Resipi Ibu Berpantang (5000)

Judul Ulang Cetak
1. Yakjuj Makjuj-Bencana Di Sebalik Gunung (3000)
2. Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain (2000)
3. Akukah Snow White Itu? (3000)
4. Kamus Al-Quran (1000)
5. Melatih Anak Berfikir (1000)
6. Senangnya Memasak Kerabu & Salad (3000)
7. Senangnya Memasak Mi Mihun & Kuetiau (3000)
8. Senangnya Memasak Ayam (3000)
9. Komik-M: TwinX-Perang Mesin Berkembar (1000)
10. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah (5000)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru 
1. Atan Jambul Kerana Tikus (2000)
2. Leaving Microsoft To Change The World (3000)

Judul Ulang Cetak    
1. Makan Gaji Tetapi Kaya (1000)
2. Koleksi Terpilih Doa Pelajar (2000)
3. How To Win Friends & Influence People (1000)
4. Seni & Kraf Bersama Kak Emila - Kraf Kitar Semula (2000)
5. Biografi Muhammad Bin Abdullah (3000)
6. Salju Sakinah (1000)
7. Kamus Peribahasa Inggeris-Melayu (1000)
8. Bencana Akhir Zaman (3000)
9. Andai Syurga & Neraka Tidak Ada (2000)
10. Anda Bertanya Ustaz Idrus Menjawab (4000)
11. Senangnya Memasak Nasi (3000)
12. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha (2000)
13. Young Aisyah: Operasi 3K (2000)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru
1. Young Aisyah The Series ed. Hard Cover (5000)
2. The Best Of Dear Yayah The Comics (9704)
3. Jihan Yang Solehah (5000)
4. Aku Mahu Lawan Hantu (5000)
5. Aku Mahu Saiz XL (5000)
6. Dahsyatnya Taubat Nasuha (2000)
7. Akukah Puteri Itu?     4987
8. Panduan Memborong Di China (2000)
9.  Timah Cermin (3000)
10. Kuasa Sukses (3000)
11. Sherlock Holmes- Trilogi Novel Penyiasatan (744)
12. Sebarkan Cinta-Mu (3000)
13. Bencana Akhir Zaman (5000)
14. Kaedah Jibril (2000)
15. Koleksi Pantun Untuk Kanak-Kanak (3000)
16. Urus Sendiri SOHO Anda (2000)
17. Opera Di Gontor (2000)

Judul Ulang Cetak
1. Aku, Dia & Gaun Pengantin (2000)
2. Komik-M: Shootz! Berani Kerana Benar (2000)
3. Komik-M: Shootz! Kelahiran Semula Jaguh (2000)
4. 101 Idea Bisnes Home (500)
5. Rahsia Minda Jutawan (500)
6. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab (5000)
7. Quranic Super Healing (1000)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

SABTU 29 & AHAD 30 Oktober di Sekolah Menengah Gombak Utara

Penulis-penulis PTS turun padang sebagai satu Tim sama-sama bekerja keras mempromosi jualan buku-buku mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru
1. S.P.A.R.K - Skuad Pengatur Acara Rifqie dan Kawan-kawan - 3000 unit
2. Eksklusif Popular - Aku, Kau & Komik - 10000 unit

Judul Ulang Cetak
1. Diari Mat Despatch - Hati Emak - 2000 unit
2. O.T.A.I-Lawan Jadi Kawan - 1500 unit
3. Keluarga Bahagia Dengan Asmaul Husna - 1000 unit
4. Saad Abu Waqas - 3000 unit
5. Motivasi 5A UPSR - 2000 unit
6. Aminah: Cinta Puteri Quraisy - 2000 unit
7. Khalid Memburu Syahid - 2000 unit

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Baru yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

JUDUL BARU
1. Si Duyung Comel Bidadari Mawar (3000)
2. Diari Pengawas Sekolah (2000)
3. Budak Vespa (3000)
4. Perang-Perang Yang Benar (3000)
5. Sekolah Agama (2000)
6. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab (5000)
7. Resipi Buah-buahan Nanas (10100)
8. Cinta Fansuri (3000)
9. Resipi Ala Gerai: Ala Thai (10,000)
10. Mustafa Kamal Ataturk (3000)
11. Resipi Ala Gerai.. Masakan Mamak (10,000)
12. Penyeliaan Klinikal Dari Perspektif Pengajaran Di Sekolah (1000)
13. Pesanan Buat Diri (8000)
14. Yasin Tahlil & Doa (3000)
15. Travel Photography (3000)
16. Susyi Dan Burger (2000)

JUDUL ULANG CETAK
1. Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah (2000)
2. Hebatnya Kuasa Istikharah (2000)
3. Tuhanku Maha Best (2000)
4. Motivasi Alihan Pelajar (2000)
5. Aku, Dia Dan Coklat (2000)
6. Guru Pemimpin 360' (500)
7. Didik Anak Jadi Usahawan (500)
8. Terapi Ruqyah (2000)
9. G.I.M - Gemuk Itu Menarik & Elegi Tupai & Sepet (2000)
10. 1 Hari 1 Resipi (10000)
11. Hadiah Daripada Pengantin (2000)
12. Manual Pengajaran Pra Sekolah Perancangan Mingguan & Harian (500)
13. Panduan Pemakanan Sihat (500)
14. Khutbah Rasulullah (2000)
15. Tuan Bertanya Dr Danial Menjawab (2000)
16. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat (3000)
17. Senangnya Memasak Makanan Barat (3000)
18. Strategi Bisnes Cina (3000)
19. Hidangan Terbaik Dunia: Jawa  (3000)
20. Teori Kaunseling Al-Ghazali (2000)
21. Hidangan Terbaik Dunia: Thailand (3000)
22. Cita Rasa Malaysia: Perak (3000)
23. Impiana Misteri Terbongkar (3000)
24. Adila Cik Serba Tahu (2000)
25. Diari Super 3G (2000)
26. Cina Penakluk Bisnes Lautan Pasifik (997)
27. Online Dengan Tuhan (1000)
28. Sherlock Holmes: Sumpahan Empat Sahabat (2000)
29. Sherlock Holmes: A Study In Scarlet (2000)
30. Imam Hanbali - Penegak Kebenaran (2000)
31. 30 Strategi Membina Pengaruh (2000)
32. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu (2000)
33. Mukjizat Surah Al-Kahfi (2000)
34. 30 Wasiat Imam Syafie (1000)
35. Puteri Qairina & Kristal Ajaib (2000)
36. Gadis Bubble Gum (2000)
37. Perangi Sihir (3000)
38. Mencari Makna Hidup (1000)

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Puan Miliza Mohd. Ghazali, eksekutif di unit produksi PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 31, 2011

Tip Survival Penerbit: Membekalkan Buku kepada Rangkaian Hipermarket (siri 6)

Tuan Ahmad Ridza Jainlani, Pengurus PTS Edar Sdn Bhd (foto) memberitahu, apabila menjadi pembekal kepada hipermarket, ada 2 orang pegawai yang sangat penting peranannya ke atas kejayaan bisnes kita:

a. Eksekutif yang disebut 'Buyer' atau 'Purchaser'

Buyer mempunyai kuasa menerima ataupun menolak produk yang kita mahu bekalkan kepada hipermarket itu. Dia mesti yakin produk kita laku dijual dan membawa keuntungan kepada hipermarket.

b. Eksekutif yang disebut 'Floor Manager'

Floor Manager mempunyai kuasa menentukan di mana produk kita akan dipamerkan dan bagaimana ia akan dipamerkan. Dia mempunyai kuasa menentukan berapa banyak rak yang akan diberikan kepada produk kita. Dia juga berkuasa membenarkan bagaimana kita mahu mempromo produk kita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 29, 2011

Tip Survival Penerbit: Membekalkan Buku kepada Rangkaian Hipermarket (siri 5)

Bagaimanakah cara hipermarket memilih judul-judul buku yang mahu dipamerkan? Menurut Tn. Ahmad Ridza Jailani (foto), Pengurus PTS Edar Sdn Bhd, lain hipermarket, lain caranya.

Sebagai contoh, pihak pegawai Carrefour tidak memilih judul. Mereka meminta PTS yang memlilihkan judul-judul apa yang kita mahu bekalkan kepada mereka, serta jumlah naskhahnya.

Tidak begitu halnya bagi Tesco, di mana pegawai Tesco sendiri yang memilih judul dan jumlah naskhahnya.

PTS memonitor data jualan dari kedua-dua hipermarket itu dan hasilnya menunjukkan jualan di Carrefour 5 kali ganda lebih tinggi. Dalam tempoh tidak sampai 2 minggu sejak buku-buku PTS dipamerkan pihak Tesco sudah menghubungi PTS supaya bekalan baru dihantar.

PTS juga memonitor judul apa yang laku di cawangan mana, sebab dari situ kita akan tahu citarasa pembeli di lokasi itu, supaya kita dapat membekalkan judul-judul yang menjadi pilihan utama pembeli di lokasi tersebut.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 28, 2011

Tip Survival Penerbit: Membekalkan Buku kepada Rangkaian Hipermarket (siri 4)

Tiap-tiap rangkaian hipermarket mempunyai sistem pengurusan masing-masing. Sistem pengurusan Tesco sangat berbeza daripada sistem pengurusan Carrefour. Masing-masing sistem mempunyai kelebihannya sendiri.

Hipermarket bukan kedai buku. Sebagai contoh, apabila hipermarket membuat pesanan kepada pembekal, tempoh yang diberikan adalan 1 minggu sahaja, yakni produk mesti sampai dalam masa 7 hari. Jika tidak, produk yang dihantar akan ditolak!

Sekali dengar, tempoh 7 hari macam tidak susah dipenuhi. Bagi kilang pembuat taugeh, tempoh 7 hari memang sangat berpatutan. Pembuat taugeh cuma membuat taugeh. Item mereka cuma sejenis sahaja. Ini memudahkan kerja penghantaran.

Bagi penerbit buku macam PTS, kita membekalkan banyak judul. Sistem pengurusan gudang kita juga tidak serupa, oleh itu kerja-kerja packing buku ke dalam kotak  adalah lebih kompleks daripada apa yang dijalankan oleh pembuat taugeh.

Hipermarket juga mempunyai jadual waktu menerima hantaran. Sebagai contoh semua barang mudah rosak, seperti ikan dan sayur-sayuran, mesti dihantar pada waktu awal pagi. Manakala semua barang tidak mudah rosak, seperti buku-buku dan pakaian, mesti dihantar selepas jam 2 petang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 27, 2011

Tip Survival Penerbit: Membekalkan Buku kepada Rangkaian Hipermarket (siri 3)

Tuan Ahmad Ridza Jailani, pengurus PTS Edar Sdn Bhd (foto) memberitahu eksekutif di syarikat supermarket yang bertugas memilih pembekal dan produk yang dijual oleh hipermarket dipanggil dengan istilah 'buyer' (pembeli).

Eksekutif buyer bertugas di ibu pejabat pengurusan hipermarket. Jumlah buyer adalah banyak. Bagi setiap department ada seorang buyer. Sebagai contoh, ada buyer khusus untuk barang-barang elektronik, untuk barang makanan segar, untuk alat tulis, untuk pakaian dll.

Buku diletakkan di department alat tulis. Jadi, bagi penerbit yang hendak membekalkan buku-bukunya kepada hipermarket, pergi berjumpa dengan buyer department stationari.

Hampir 100% buyer adalah berbangsa Cina, namun mereka mempunyai sikap sangat profesional, kerana mereka terpaksa memastikan produk yang mereka pilih terbukti laku dan menguntungkan syarikat. Justeru, sebagai penerbit kita perlu membuktikan buku-buku yang dibekalkan laku keras.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 26, 2011

Tip Survival Penerbit: Membekalkan Buku kepada Rangkaian Hipermarket (siri 2)

Tuan Ahmad Ridza Jailani, Pengurus PTS Edar Sdn Bhd memberitahu bahawa bukan semua jenis buku laku dijual di dalam hipermarket.

Menurut beliau hanya buku-buku yang murah sahaja yang laku, yakni buku-buku yang kurang daripada RM12.

Begitu juga, bukan semua judul laku di jual di dalam hipermarket. Buku-buku yang amat laris di dalam kedai-kedai buku tidak laku apabila dipamerkan di dalam hipermarket.

Data jualan PTS menunjukkan buku-buku resipi sangat laris dalam hipermarket. Manakala buku-buku agama yang laku adalah buku yang nipis dan murah sahaja.

Fenomena ini berlaku disebabkan orang yang masuk ke dalam supermarket mempunyai mindset dan tujuan berbeza dengan orang yang masuk ke dalam kedai buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 25, 2011

Citarasa Penonton Filem Melayu

Apakah ada kaitan antara data jualan tiket filem yang tertinggi dengan jualan judul buku yang tertinggi?

Di bawah ini adalah data jualan judul-judul filem paling laku - box office - yang dikeluarkan oleh FINAS:

1.  KL Gangster  -  RM11.74j  (2011)
2.  Ngangkung  -  RM8.18j (2010)
3.  Kongsi  -  RM8.09j (2011)
4.  Khurafat  -  RM8.08j (2011)
5.  Hantu Kak Limah Balik Rumah  -  RM7.90j (2010)
6.  Adnan Sempit  -  RM7.66j (2010)
7.  Hikayat Merong Mahawangsa  -  RM6.50j (2011)
8.  Lagi-lagi Senario  -  RM6.33j (2001)
9.  Geng : Pengembaraan Bermula  -  RM6.20j (2009)
10. Sembilu 2  - RM6.10j (1995)
11. Jangan Pandang Belakang Congkak  -  RM6.09j (2009)
12. Jangan Pandang Belakang  -  RM5.78j (2007)
13.  KL Drift 2  -  RM5.67j (2010)
14.  Cicakman  -  RM5.15j (2006)
15.  Nur Kasih the Movie  -  RM4.93j (2011)
16.  Maria Mariana  -  RM4.72j (1996) 
17.  Duyung  -  RM4.67j (2008) 
18.  Senario The Movie  -  RM4.58j (1999)
19.  Gerak Khas The Movie  -  RM4.40j (2001)
20.  Sembilu  -  RM4.39j (1994)

Maklumat ini sah sehingga 27 Jun 2011

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 24, 2011

Kualiti Pakej Training

Penulis buku berpeluang memasuki bisnes bidang training.

Saya salinkan verbatim surat emel yang saya pernah terima di bawah ini, sebagai pendorong kepada kita yang mahu menceburi pasaran training supaya mengambil perhatian berkenaan perkara-perkara yang disentuh dalam surat ini.

Pagi ini saya menerima emel daripada HR meminta hadir ke training ini selepas raya:
Tarikh: 22 & 23 Oktober 2011
Tajuk: Effective Communication Through Emotional Intelligence & Managing Conflicts

Hati saya rasa sangat berat mahu pergi. Saya sudah bayangkan apa akan berlaku selama 2 hari itu, walau saya harap ia tidak berlaku:

1. Trainer memberitahu perkara-perkara yang saya boleh baca dalam buku.
2. Trainer menunjukkan klip-klip video yang didownload dari YouTube.
3. Peserta diminta menjawab soalan dan melakukan aktiviti dalam kelas yang memalukan atau tidak menarik.
4. Trainer menasihatkan peserta seperti budak-budak.
5. Para peserta akan bermuka masam sepanjang sesi, kecuali mereka yang boleh berlakon.
6. Para peserta akan mengumpat dan mengutuk-ngutuk sesi training ketika sesi makan tengah hari.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 22, 2011

Tip Survival Penerbit: Membekalkan Buku kepada Rangkaian Hipermarket (siri 1)

Buku-buku PTS sekarang dapat dibeli di semua cawangan Carrefour dan Tesco di seluruh negara.

Usaha sedang dijalankan supaya buku-buku PTS juga dapat dibeli di semua cawangan hipermarket Giant.

Menurut Tn. Ahmad Ridza Jailani (foto), pengurus PTS Edar Sdn Bhd, salah satu kos yang ditanggung apabila membekalkan apa jua produk kepada hipermarket adalah yuran membuka akaun.

Sebagai contoh, bagi membekalkan produk kepada rangkaian stesen minyak Petronas, yurannya adalah RM25k, dan tidak boleh tawar-menawar pula.

Yuran membuka akaun di hipermarket multinasional seperti Carrefour dan Tesco adalah lebih tinggi. Namun, kita boleh merayu supaya diberi potongan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 21, 2011

Kereta Baru Chef Hanieliza Hasil Royalti

Chef Hanieliza adalah penulis buku-buku masakan yang paling ngetop dalam pasaran.

Buku-buku Chef Hanieliza laku keras disebabkan terbukti apabila resipi beliau dicuba, memang jadi sedap. Inilah faktor yang mendorong jualan buku-buku beliau. Sesiapa yang pernah mencuba resipinya akan merekomen kepada rakan dan kenalan supaya membeli buku-buku beliau.

Beliau baru sahaja membeli kereta baru yang memudahkan beliau mengangkut alat-alat dan bahan masakan apabila perlu mengadakan majlis demo masakan.

Pada masa ini penulis mampu hidup selesa daripada hasil royalti buku-buku mereka. Namun penulis perlu mengambil kira banyak faktor apabila menulis buku supaya bukunya memenuhi kehendak pasaran.

Zaman penulis menulis demi kepuasan hati semata-mata sudah berlalu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 20, 2011

Tip Survival Penerbit: Inovasi, Inovasi, Inovasi

Inovasi adalah kata kunci bagi survival dalam apa jua bisnes.

Tanpa mengira apa jenis produknya, syarikat yang tidak melakukan inovasi tidak dapat survive lama dalam pasaran konsumer yang amat kompetitif.

Bisnes penerbitan buku tidak terkecuali.

Penulis-penulis pun tidak terkecuali. Penulis yang tidak inovatif akan terkeluar dari pasaran.

Citarasa konsumer sentiasa berubah. Mereka sentiasa mahukan kebaruan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 19, 2011

Tip Survival Penulis: Nama Penulis adalah Brand

Dalam dunia bisnes yang sangat kompetitif hari ini, brand adalah sumber profit. Dunia bisnes buku pun serupa sahaja dengan bisnes-bisnes lain.

1. Penerbit mesti menjadikan namanya sebagai brand terkenal. Justeru PTS mesti melaburkan wang bagi mempromosikan nama 'PTS' sebagai brand terkenal.

2. Penulis mesti menjadikan namanya menjadi brand terkenal. Contoh penulis yang namanya sudah menjadi brand adalah 'Ain Maisarah' dan 'Abdul Latip Talib'.

3. Penterjemah mesti menjadikan namanya brand terkenal. Nama penterjemah boleh menyebabkan buku yang diterjemahkan laku ataupun tidak. Pembaca juga boleh meminati gaya terjemahan seseorang penterjemah.

4. Pekomik mesti menjadikan namanya brand terkenal. Pekomik ada seperti penulis, mereka mempunyai peminat masing-masing.

5. Ilustrator buku mesti menjadikan namanya brand terkenal. Ilustrator juga boleh menyebabkan buku laku ataupun tidak.

Buku adalah barangan konsumer. Dalam dunia bisnes barangan konsumer, brand adalah segala-galanya. Bagitu banyak pilihan di hadapan mata. Akhirnya brand menjadi pilihan.

Ada brand, ada profit. Tidak ada brand, tidak ada profit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 18, 2011

Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 11) - Apa Lagi USP PTS?

USP (unique selling point) adalah faktor penting dalam pemasaran dan jualan produk konsumer. USP menyebabkan pembeli tahu bahawa sesuatu produk itu tidak serupa dengan produk-produk lain yang ada tersusun di rak kedai.

Perkembangan terbaru dalam pasaran novel remaja menyebabkan buku-buku remaja terbitan PTS kehilangan 3 USP tradisionalnya:

1. Cover yang cantik

2. Cerita yang sedap

3. Cerita yang syariah-compliant

Novel remaja terbitan syarikat-syarikat lain sudah cantik-cantik, manakala ceritanya sudah menepati citarasa pembaca remaja. Survei yang kita jalankan mendapati banyak pembeli buku sudah tidak dapat membezakan antara cover novel remaja PTS dan cover remaja penerbit-penerbit lain.

Salah satu faktor yang menyebabkan PTS kehilangan USP covernya yang cantik adalah penerbit-penerbit lain juga menggunakan perkhidmatan desainer-desainer cover PTS.

Manakala faktor cerita yang sedap dan syariah-compliant juga sudah bukan lagi menjadi ciri novel-novel PTS sahaja. Penerbit-penerbit lain juga menerbitkan novel yang sedap dan syariah-compliant.

Jabatan pemasaran PTS tidak dapat lagi menggunakan skrip USP yang berbunyi: "Belilah novel-novel remaja PTS kerana buku-buku PTS cantik, ceritanya menarik, dan isi kandungannya mematuhi syariah."

Dahulu, ya, skrip itu benar. Sekarang, tidak lagi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 17, 2011

Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 10): Apabila Semua Cerita dan Kulit Sudah Cantik

Semasa PTS mula-mula menerokai pasaran novel remaja, padang pasaran masih kosong, belum ada persaingan.

Dalam keadaan padang kosong, semua judul yang diperkenalkan dapat dijual dengan mudahnya. Cerita biasa-biasa pun, apabila diberikan desain cover yang cantik, buku-buku itu laku macam goreng pisang panas.

Jadi, faktor desain kaver yang cantik menjadi faktor yang sangat penting bagi menjual novel remaja.

Pada hari ini pasaran novel remaja semakin matang. Pilihan semakin banyak.

Hari ini pasaran novel remaja sudah sesak. Pemain semakin banyak. Penerbit semakin banyak. Penulis semakin banyak. Desainer kulit semakin banyak. Jumlah judul baru setiap bulan semakin banyak.

Sepuluh tahun dahulu hanya buku-buku PTS yang cantik-cantik covernya. Buku-buku PTS menjadi pilihan disebabkan covernya cantik-cantik dan ceritanya lain daripada yang lain.

Survei di kedai-kedai buku yang kita jalankan menunjukkan pada masa sekarang semua penerbit novel remaja sudah mampu menerbitkan buku remaja dengan cover yang cantik-cantik. Malah cerita-cerita mereka juga sama baiknya dengan cerita-cerita dalam buku-buku PTS.

Persaingan yang sedang berlaku dalam pasaran sekarang adalah persaingan yang positif. Kualiti buku Melayu semakin tinggi. Ini menguntungkan pembeli dan pembaca buku-buku Melayu.

Namun kesannya kepada jualan novel-novel remaja PTS memang terasa. Kalau sebelum ini semua novel remaja PTS laju terjual, keadaan sudah tidak begitu lagi pada hari ini. Kecuali bagi nama-nama beberapa pengarang terkenal, semakin hari jualan novel-novel remaja PTS semakin perlahan.

Cover yang cantik tidak lagi dapat dijadikan USP PTS, kerana cover penerbit lain pun sudah cantik-cantik belaka.

Cerita yang sedap tidak lagi dapat dijadikan USP PTS, kerana cerita dalam novel-novel penerbit lain pun tidak kalah sedapnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 16, 2011

Penulis Wajib Laporkan Pendapatan Royalti kepada LHDN walaupun Mungkin Tidak Dicukai

Setiap bulan Jun, para penulis, pekomik dan penterjemah PTS mula menerima laporan kira-kira royalti masing-masing. Jadual pembayaran royalti juga bermula pada bulan Jun.

Pengecualian cukai diberi ke atas royalti buku, honorarium makalah, dan upah terjemahan dalam Bahasa Melayu, tetapi laporan pendapatan itu wajib dihantarkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kepilkan semua voucher-voucher pembayaran yang diterima daripada penerbit tuan dan puan bersama-sama borang taksiran. Pegawai LHDN akan mengira potongan cukai dan pengecualian cukai yang menjadi hak tuan.

Adalah menjadi kesalahan apabila kita menyembunyikan maklumat tentang pendapatan royalti kita.

Sebagai penulis kita tidak akan dapat lari daripada LHDN kerana semua syarikat penerbit dikehendaki melaporkan kepada LHDN jumlah yang dibayarkan kepada penulis-penulisnya. Dari situlah LHDN mendapat tahu berapa pendapatan royalti semua penulis, pekomik dan penterjemah di negara ini.

Hal yang serupa dilakukan oleh rumah-rumah produksi muzik, filem dan TV. Mereka dikehendaki melaporkan kepada LHDN berapa yang mereka bayar kepada pemuzik, penyanyi, pelakon, pengarah dan lain-lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 15, 2011

Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 9): Mencari Desain Kulit yang Unik

Desain kulit buku remaja sangat besar pengaruhnya pada jualan. 

Menurut Tuan Syaizul Amal, Pengurus AinMaisarah, banyak remaja yang belum mempunyai mana-mana novelis sebagai idola, apabila mereka membeli buku, mereka membeli kerana mereka suka desain kavernya.

Ini berlainan dengan remaja yang sudah mempunyai penulis idola, di mana mereka membeli kerana mahu menyimpan koleksi lengkap semua novel penulis idola mereka.

Walaupun sudah mempunyai idola, dari masa ke masa mereka tetap mahukan desain kaver yang baru, segar dan unik serta berkenan di hati mereka.

Ini bermakna editor buku-buku remaja tidak boleh menggunakan desainer yang sama sahaja, sebab desainer yang sama sukar mencipta desain yang unik, yang segar, yang belum pernah digunakan oleh penerbit lain.

Ini juga bermakna desainer-desainer buku remaja tidak boleh mengharapkan bakat mereka semata-mata dan idea-idea yang sedia ada. Mereka perlu sentiasa mencari idea-idea baru.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 14, 2011

Tip Menulis Emel kepada Editor

Apabila menulis surat emel kepada staf syarikat penerbit buku, pastikan semua ejaan dieja dengan lengkap dan tiada kesalahan tatabahasa. Ini lebih-lebih lagi penting apabila menulis surat kepada staf di jabatan editorial.

Ambil sebagai contoh, seorang yang ingin menjadi penulis telah menulis surat yang di dalam surat itu terdapat kesalahan ejaan dan tatabahasa. Editor akan terus membuat kesimpulan manuskrip yang dihantar nanti tentulah akan mengandungi banyak ejaan salah dan nahu yang tidak betul. Dan itu akan menjadi beban kepada editor kerana terpaksa banyak melakukan kerja-kerja pembetulan.

Demikian juga dengan format surat. Gunakan format surat rasmi sahaja kerana semua urusan dengan staf syarikat adalah urusan rasmi.

NOTA: Mahkamah menerima emel sebagai bahan bukti yang sah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 12, 2011

PTS Lebih Agresif Menerbitkan Buku Agama Premium untuk Kanak-Kanak

Pasaran buku agama untuk kanak-kanak adalah salah satu Laut Biru yang diterokai oleh PTS dengan komitmen yang tinggi. PTS akan terus-meneruskan menerbitkan buku agama untuk kanak-kanak kerana ini adalah salah satu perjuangan PTS bagi memandaikan bangsa.

Secara radisional, kanak-kanak tidak suka membaca buku-buku agama. Malah, remaja pun tidak suka.

Disebabkan kanak-kanak tidak suka membaca buku agama maka penerbitkan pun tidak menerbitkan buku agama untuk kanak-kanak. Disebabkan tidak ada buku agama untuk kanak-kanak, maka kanak-kanak pun tidak membaca buku agama. Lingkaran ini berpusing-pusing macam ayam dengan telur.

Memang jika diberi pilihan kanak-kanak lebih suka bermain PSP, membaca buku cerita, dan membaca komik. Inilah cabaran yang perlu ditangani oleh penulis dan penerbit.

Salah satu faktor yang menybebabkan buku agama tidak digemari oleh kanak-kanak dan remaja adalah disebabkan cara bagaimana buku-buku itu ditulis dan dipakejkan yang tidak sesuai dengan citarasa mereka.

Buku-buku agama untuk bacaan kanak-kanak tidak boleh ditulis oleh ustaz-ustaz tradisional kerana walaupun ustaz-ustaz itu mempunyai banyak ilmu agama, tetapi mereka tidak mempunyai kemahiran menulis buku kanak-kanak yang digemari oleh kanak-kanak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 11, 2011

PTS akan Terus Mempromosi Buku-Bukunya kepada Pembeli Cina

Sejak 5 tahun yang lalu, PTS mula mengambil langkah strategik bagi menembusi pasaran kaum Cina bagi meningkatkan jualan buku-buku remaja dan kanak-kanak terbitannya.

Langkah pertama adalah dengan mengambil bahagian dalam pameran buku Read Malaysia di pusat konvensyen The Mines, yang 90% mempamerkan buku-buku dalama bahasa Cina.

Meskipun jualan sangat rendah, namun PTS terus melabur, kerana tujuan utama PTS membuka booth di situ adalah memperkenalkan brand PTS kepada pengunjung Cina yang datang.

Bermula pada tahun 2010 PTS mula membeli ruang dalam akhbar Cina Sin Chiew bagi mengiklankan buku-buku novel remaja terbitannya kepada pembaca Cina.

Tahun ini strategi membeli ruang iklan dalam akhbar Cina akan diteruskan dalam kempen promosi 'Back To School' semasa musim cuti sekolah pada hujung ini.

Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 April lalu, PTS menggunakan tulisan Cina sebagai hiasan boothnya.

Nota: Foto menunjukkan penulis novel sains PTS, Puan Umi Danial bersama peminat-peminat Cinanya di pesta buku Read Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 10, 2011

Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 8) - Berapa Nama Baru Patut Diperkenalkan

Dalam situasi sekarang, di mana sudah berlaku lambakan novel remaja di dalam kedai-kedai buku, penerbit akan sangat memilih-milih bakat baru yang mereka mahu perkenalkan.

Penerbit akan menghadkan jumlah nama baru yang mereka berani perkenalkan kepada 1 ataupun 2 nama sahaja setahun kerana:

1. Ratu-ratu novel remaja yang sedia ada masih terus berkarya.

Ain Maisarah, Farihah Iskandar, Aizam Aiman dan lain-lain nama besar yang mendominasi pasaran sekarang masih aktif berkarya. Mutu karya mereka bertambah baik kerana mereka mahu menjaga jualan karya mereka.

Penerbit pula akan menjaga kesetiaan pembeli dengan memastikan peminat ratu-ratu itu akan terus dapat menikmati karya-karya terbaru penulis-penulis pujaan mereka.

Disebabkan mereka sudah mempunyai 'fan base' yang besar, karya mereka tidak berisiko tidak laku dijual, tidak sebagaimana halnya dengan buku penulis baru.

2. Penulis baru adalah risiko kepada penerbit.

Pasaran mahukan nama-nama baru, jadi penerbit akan cuba mencari bakat baru yang dapat menghasilkan keuntungan besar kepada penerbit. Penerbit terpaksa mengurus setiap risiko yang diambil.  Jadi mereka akan menyaring dengan ketat bakat baru yang mahu ditampilkan.

3. Pasaran novel remaja tidak berkembang.

Saiz pasaran novel remaja yang kecil adalah ibarat akuarium kecil. Hanya beberapa ekor ikan sahaja yang dapat hidup dalam akuarium itu.

Demikianlah halnya dengan pasaran novel remaja yang kecil. Jumlah remaja yang membeli buku tidak banyak, manakala duit saku sekolah mereka sangat sedikit. Walaupun mereka mahu membaca lebih banyak novel, namun mereka hanya mampu membeli 1 ataupun 2 judul sahaja sebulan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 09, 2011

Buku-Buku PTS Sudah Mula Dijual di 27 Cawangan TESCO

Tuan Ahmad Ridza Jailani, Pengurus PTS Edar Sdn Bhd (foto) memberitahu anak syarikat itu sudah membekalkan buku-buku terpilih kepada 27 cawangan Tesco di seluruh negara.

Kerja-kerja membekalkan buku kepada cawangan lain sedang dijalankan. Tidak semua judul PTS dapat dibekalkan disebabkan jumlah rak yang terbatas.

Di bawah adalah senarai cawangan Tesco yang kini sudah menjual buku-buku PTS.

1.  Puchong
2.  Melaka
3.  Klang
4.  Mutiara Damansara
5.  Penang
6.  Ipoh
7.  Shah Alam
8.  Kajang
9.  Ampang
10.  Seri Alam (JB)
11.  Taiping
12.  Kota Bharu
13.  Mergong (Alor Setar)
14.  Tesco Xtra Plentong (JB)
15.  Setia Alam (Klang)
16.  Station 18 (Ipoh)
17.  Desa Tebrau
18.  Rawang
19.  Sg Petani Selatan
20.  Bukit Indah (Johor)
21.  Kepong (HQ)
22.  Bukit Mertajam (Prai)
23.  Setiawan (Manjung)
24.  Scott Garden (Old Klang Road)
25.  Tanjung Pinang
26.  Tesco Xtra Seremban
27.  Kulai (JB)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 08, 2011

Penulis Tegur PTS

Saya doakan semoga Puan Ainon berada dalam keadaan yang dirahmati Allah sentiasa.

Tujuan saya menulis surat ini adalah bagi menyatakan rasa tidak puashati saya terhadap cara PTS melayan penulis-penulisnya.  Saya terkejut apabila membaca artikel ‘Fenomena novel cinta berunsur agama’ dalam Mingguan Malaysia bertarikh 7 hb Ogos 2011.  Antara kandungan artikel itu menyatakan Salju Sakinah hasil karya Zaid Akhtar sebagai novel Islam sulong PTS.

Sepanjang pengetahuan saya, novel Curahan Cinta Niagara hasil karya Maya Iris adalah novel Islami sulong PTS.  Saya tidak pernah lupa bagaimana saya diberitahu dan didorong oleh Encik Fauzul Naim bagi menghasilkan novel Islami sulong itu.  Saya juga tidak lupa bagaimana saya telah diasak oleh Encik Fauzul Naim sehingga novel Curahan Cinta Niagara terpaksa melalui pembetulan sebanyak 4 kali pusingan sehinggalah beliau berpuashati dan novel itu berjaya diterbitkan.

Mungkin gelaran novel sulong tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan yang besar kepada saya ketika ini.  Tetapi, apabila hasil karya orang lain diberikan gelaran novel sulong walhal hakikatnya novel Curahan Cinta Niagara pernah diberikan gelaran itu, ia seolah-olah menafikan hak novel Curahan Cinta Niagara ke atas pengiktirafan itu.

Saya kurang pasti di mana silapnya, tetapi artikel itu telah membuat saya sedih.  Saya harap pihak PTS akan lebih telus dan adil dalam layanan terhadap penulis-penulisnya.  Jangan sampai penulis terasa PTS mengamalkan sikap pilih kasih dan kemudiannya membawa diri ke penerbit yang lain.

Akhir sekali, saya memohon maaf jika surat saya ini melukakan hati sesiapa di dalam PTS. Wassalam.

Yang benar,
Mariah Abdul Rahim (Maya Iris)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 07, 2011

DAWAMA Tumbang, Pencetak Ketawa

Apabila ada satu pihak ditimpa malang, ada pihak lain mendapat rezeki. Apabila ada orang sakit, penjual ubat dapat buat bisnes. Demikianlah dalam kes tumbangnya DAWAMA.

Lapan tahun yang lalu, sebelum wujudnya DAWAMA, syarikat-syarikat pencetak banyak mendapat kontrak mencetak buku untuk Dewan Bahasa dan Pustaka.

Apabila DAWAMA diwujudkan, semua kerja percetakan DBP dobolot oleh DAWAMA. Terkulat-kulat pencetak lain....

Sekarang DAWAMA sudah tumbang, sedangkan DBP terpaksa membekalkan buku-buku teks untuk Kementerian Pelajaran.

Gosip pasaran bertiup kencang mengatakan DBP sudah tentu dalam keadaan amat tertekan dan memerlukan perkhidmatan syarikat-syarikat percetakan dengan nilai kontrak berjuta-juta ringgit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 06, 2011

Perjumpaan Tahunan Peminat AinMaisarah: 26 - 28 November 2011

Tarikh: Sabtu 26 - Isnin 28 November 2011.  
Tempat: Banglo Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa KL, No. 12, Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Masa: 9 pagi - 10 malam.

Tarikh: Sabtu 26 - Isnin 28 November 2011.   
Tempat: Banglo Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa KL, No. 12, Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Banglo ini sangat luas. Ada swimming pool juga.

Merchandise AinMaisarah dan lebih 1000 judul buku terbitan PTS akan dijual dengan diskaun.

Antara aktiviti yang dirancang:

1. Sesi make over dan photoshoot
2. Penampilan Fasha Ketua The Wannababes
3. Sesi persembahan magis oleh 2 orang penulis
4. Pameran dan jualan lebih 1000 judul buku PTS
5. Ceramah rahsia penulisan oleh AinMaisarah
6. Kuiz dan aktiviti untuk menang buku
7. Aktiviti bersama 10 orang penulis buku remaja
8. Makan dan Minum di Cafe Pink AinMaisarah

Masuk percuma.

Link: https://www.facebook.com/profile.php?id=572523113#!/event.php?eid=201658816548427

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 05, 2011

Senarai 200 Jualan Tertinggi bagi Bulan Julai 2011 Berdasarkan Jumlah Unit

1. Hidangan Mudah, Cepat & Enak - Berbuka Puasa
2. Senangnya Memasak Nasi
3. Hidangan Mudah, Cepat & Enak - Bersahur
4. Senangnya Memasak Ayam
5. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah
6. Komik-M: Aku, Kau & Facebook
7. Komik-M: Misi 8A
8. Komik-M: Aku, Kau & Bola 3 (Masa Tambahan)
9. Komik-M: Kad Raya Dari Syurga
10. Fikah Perubatan
11. Sulaman Riben Siri 1
12. Surat Biru Dakwat Ungu
13. Kelab Jejaka Tampan
14. Skuad Halimunan
15. Adilah Cik Serba Tahu
16. Dan Bidadari Pun Mencintaimu
17. Qaseh Puteri: Mengejar Bayangan Qaseh Puteri
18. Pasport Musafir
19. Apa Itu Islam?
20. Apabila Hati Rindu Menikah
21. Cinderellah vs Rapunzellah
22. Speak To Win - Edisi Bahasa Melayu
23. Foto Hebat dengan Kamera Kompak
24. Mudahnya Google Sketchup
25. 50 Tip Motivasi Haji
26. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
27. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza
28. Senangnya Memasak Kuih Kukus
29. Senangnya Memasak Daging
30. Tok Kenali
31. Duyung Diva & Si Tanggang
32. Kraf Bunga Daripada Beg Plastik
33. Pesona Solat Tahajud
34. Senangnya Memasak Puding & Desert
35. Senangnya Memasak Sambal & Sos
36. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
37. Senangnya Memasak Ikan
38. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
39. Senangnya Memasak Sayur
40. Senangnya Memasak Makanan Laut
41. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
42. Biografi Muhammad bin Abdullah - Hard Cover Edisi 2011
43. Israk Mikraj: Tinjauan Saintifik Di Sebalik Kontroversi
44. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
45. Senangnya Memasak Makanan Barat
46. Senangnya Memasak Tauhu & Telur
47. Hidangan Terbaik Dunia - Siam
48. Hidangan Terbaik Dunia - Thailand
49. Indeks Prestasi Nafsu
50. Hero Rebut Popular
51. Komik-M: Misi 10A
52. Suri Wanita Teladan Zaman Rasulullah
53. Fahami Bacaan Dalam Solatmu
54. Adab Ramadan
55. Akademi Ramadan Menuju Puncak Takwa
56. Avian Arisa: Cabaran Menjadi Teruna Dugaan Menjadi Dara
57. Terapi Ruqyah
58. Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad SAW - Edisi 2011
59. 101 Info: Seronoknya Berpuasa
60. Impiana
61. Puasa Terapi Dalam Ibadah
62. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - Edisi Jimat
63. Resipi Sihat & Mudah: Salad & Buah
64. Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah
65. 50 Hidangan Penambat Selera
66. Hidangan Sesuci Lebaran
67. 44 Resipi Kek & Biskut
68. Travelog Syahadah
69. Young Aisyah: Tabung Raya
70. Travelog Impian Abadi
71. Travelog Hidayah
72. Ramadan Balqis
73. Kembara Tetamu Allah
74. Ramadan: Tetamu yang Dirindui
75. Senangnya Berpuasa Bagi Orang Sibuk
76. Young Aisyah: Ponteng Puasa
77. Rahsia Bisnes Orang Cina - Edisi Jimat
78. Rahsia Kecantikan Kulit Wajah
79. 501 Soal Jawab Tentang Haji & Umrah
80. 101 Info: Seronoknya Bersedekah
81. Kaedah Jibril
82. Tuan Bertanya, Dr Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari
83. Peristiwa Bersejarah Ramadan
84. Impiana: Misteri Terbongkar
85. Busana Muslimah
86. Keajaiban Ramadan
87. Travelog Ramadan
88. 50 Tokoh Islam Yg Mengubah Dunia
89. Resipi Sihat & Mudah: Pembuka Selera
90. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat
91. Budak Surau
92. Komik-M: Dear Yayah The Comics 2
93. Pelaburan Emas
94. Diari Hidup Rasulullah
95. Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji dan Umrah
96. Komik-M: Aku, Kau & Bola 2 (Separuh Masa Ke-2)
97. Konspirasi Yahudi Peperangan Dan Penaklukan
98. Pemikiran Tuan Guru
99. Diari Mat Despatch
100. Doa Kesukaan Nabi Muhammad
101. Diari Ramadan
102. Alexander Adalah Zulqarnain
103. Perang Khaibar: Panaklukan Kota Khaibar
104. Pusaran Energi Kaabah
105. Travelog Haji + VCD - Edisi Kemas Kini
106. Ratib Kekasih Allah
107. Hidangan Terbaik Dunia - Cina
108. Senangnya Memasak Kambing
109. Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa
110. Impiana II
111. 10 Tokoh Idola Muslimah - Kemantapan Diri & Kecemerlangan Kerjaya
112. Ajaibnya Sedekah
113. Dunia Sains Aiman 4: Diari Ramadan Aiman
114. Perang Badar: Perang Penentuan
115. Usahawan Cilik: Ustaz Handphone
116. Ranah 3 Warna
117. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
118. Kuasa Minda Separa Sedar - Edisi Jimat
119. Komik-M: Budak Takraw 1
120. Koleksi Terpilih Doa Untuk Pelajar
121. Diari Mat Despatch: Hati Emak
122. Doa Murah Rezeki
123. Komik-M: Dear Yayah The Comics
124. Aku, Dia & Gaun Pengantin
125. Hidangan Terbaik Dunia - Singapura
126. Perang Khandaq: Dendam Tentara Ahzab
127. Siti Hajar: Citra Cinta dan Pengorbanan
128. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
129. 3I: Iman, Islam dan Ihsan
130. Pembimbing Ke Tanah Suci
131. Cita Rasa Malaysia - Kelantan
132. Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung - Edisi Kemas Kini
133. Resipi Sihat & Mudah: Tengah Hari & Makan Malam
134. Komik-M: Budak Takraw 2 (Jurulatih Baru, Rentak Baru!)
135. Diari Orang Popular
136. Aku Bukan Minah Bunga
137. Cita Rasa Malaysia - Perak
138. Komik-M: Aku, Kau & Cinta (Cinta Pandang Pertama)
139. Fatimah: Kisah Puteri Nabi
140. Bahagiakan Hatimu
141. Cita Rasa Malaysia - Terengganu
142. Memasak Sehebat Chef Rendang
143. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
144. Karipap-Karipap Cinta
145. Adi Satria Naga
146. Perahu Kertas
147. Siri Kisah Rakyat: Kembara Putera Mahkota
148. Diari Mat Despatch: Lelaki Baik
149. Aisyah: Keanggunan Sejati - Soft Cover
150. Aku, Dia & Coklat
151. Koleksi Cerita Adam Kecil: Adam Diculik
152. Akukah Cinderella Itu?
153. Hidangan Terbaik Dunia - Brunei
154. Namaku Bedah
155. Aina Aini: Model Terhangat
156. Penulis Yang Disayang Tuhan
157. Cita Rasa Malaysia - Melaka
158. Komik-M: Shootz! 3 (Cabaran Seorang Jaguh)
159. Komik-M: Dear Yayah The Comics 3 (Gotong-Royong & Kutu)
160. Komik-M: Aku, Kau & Cuti Sekolah
161. 31 Kisah Nabi (Premium)
162. Young Aisyah: Cuti Sekolah
163. Resipi Sihat & Mudah: Sarapan Pagi & Minum Petang
164. Mukjizat Surah Al-Kahfi
165. Amalan Meraih Ganjaran Pahala
166. Kelab Da Vinci
167. Abu Bakar: Sahabat Sejati
168. Khutbah Rasulullah
169. Tambah Duit Dengan Kerja Part Time
170. Komik-M: Ultra Qalif 3 (Pertembungan 3 Jaguh)
171. Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi - Soft Cover
172. Memasak Sehebat Chef Sup
173. Young Aisyah: Sayang Cikgu
174. Cita Rasa Malaysia - Johor
175. Komik-M: Aku, Kau & Komik 2 (Misi Empat Komikus)
176. Komik-M: Dunia Kartun (Lawak Orang Bujang)
177. Travelog Cinta Abadi
178. Khalifah-khalifah Yang Benar
179. Komik-M: Meon 4 (Jerat Burung )
180. Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah
181. Sarah Dan Kompang
182. Ku Damba Cintamu Wahai Rasulullah
183. 5 Kisah Si Manis: Salma,Samiya,Muqita,Wahhaabidah,Mui Zee
184. Saga Takluk Jagat
185. Aku, Dia & Drama Queen
186. Aku, Dia & Glamor
187. Tulis Cinta Dalam Hati
188. Kelab Gadis Ayu
189. 501 Soal Jawab Darah Wanita
190. Syama'il Muhammadiyah
191. Manzil Rasm Uthmani
192. Kamilah Kembar Diraja
193. Senyumlah: Hidup Ini Indah
194. 7000 Mutiara Kata
195. Quranic Law Of Attraction - Edisi Bahasa Melayu
196. Hebatnya Kuasa Istikharah
197. Makan Gaji Tetapi Kaya - Edisi Kemas Kini
198. Men Are from Mars, Women Are From Venus - Edisi Bahasa Melayu
199. Impiana: Finale
200. Act Like A Lady, Think Like A Man - Edisi Bahasa Melayu

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 5 of 148 pages « First  <  3 4 5 6 7 >  Last »