Sunday, August 31, 2008

Apabila Pengedar Terbesar Novel Cinta Ikut Menjadi Penerbit Novel Cinta

Seorang sahabat yang menerbitkan novel-novel cinta baru-baru ini mengeluh. Katanya, jualan novel-novelnya tidak selaju suatu masa dahulu. Puncanya adalah pengedarnya yang terbesar kini sudah tidak membuat pesanan besar lagi.

Sebelum ini, bagi setiap novel yang diterbitkannya, dalam tempoh 12 bulan pengedar itu memesan paling sedikit antara 10 - 12 ribu naskhah kerana pengedar itu adalah pengedar novel cinta yang paling luas rangakaiannya.

Tetapi sejak 2 tahun yang lalu pengedar itu tidak lagi membuat pesanan besar. Ini menyebabkan jualan novel-novelnya turun hampir 40 peratus, suatu pukulan yang parah.

Apabila pengedar sendiri sudah menerbitkan 10 judul novel cinta, buat apa lagi dia mahu promote novel penerbit lain? Maka dia pun edarkan novel-novelnya sahaja.

Apabila kedai meminta novel-novel terbitan syarikat lain, dia pun berkata, "Itu novel sudah tidak ada. Penerbit sudah tidak print lagi."

Kemudian dia akan berkata lagi, "Novel-novel lain ada. Baru masuk setor. Lebih bagus! Lebih laku! Baru 2 minggu terbit ribu-ribu sudah laku. Awak berapa mahu? No problem. Kita boleh hantar hari ini juga!"

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Novel
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 30, 2008

Buku Ini Meyakinkan Pemuda Cina Memeluk Islam

Hari ini Sifu makan tengah hari bersama Tuan Alif Firdaus, editor PTS One, dan Tuan Roslan Isa, pegawai promosi media di Jabatan Marketing PTS, di restoran Old Town, sebelum kami pergi menghadiri majlis pelancaran buku siri Kembara Hafiz karya Puan Raja Kusyi Hirdan.

Semasa makan, Tuan Alif bercerita tentang seorang ustaz yang memberitahu beliau, berkat menghadiahkan buku Quran Saintifik, ustaz itu berjaya meyakinkan seorang pemuda Cina sehingga memeluk Islam. Kini pemuda itu sedang menuntut di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 29, 2008

Surat Pilihan: Remedi buat SN Dato’ A Samad Said

Assalamualaikum, Puan Sifu.

 

Semoga Puan Sifu sihat dan selamat di bawah jagaan tuhan serta diberikan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan keberkatan dalam beramal. Amin.

 

Puan Sifu yang bijaksana,

 

Saya menaip emel ini dengan tujuan untuk berkongsi maklumat tentang remedi yang ada bagi SN Dato’ A Samad Said (selepas ini saya sebut sebagai SN) atau sesiapa sahaja penulis atau individu yang pernah terjebak dalam kontrak yang tidak munasabah. Saya sempat membaca posting Puan yang lepas tentang hak cipta dan hak penerbitan, tetapi saya tidak sempat respon dalam kadar yang segera.

 

Sebelum itu Puan Sifu, saya terlebih dahulu meminta maaf kerana dalam emel ini saya akan menggunakan beberapa perkataan Inggeris bagi perkataan yang tidak dapat saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu dengan tepat.

 

Puan Sifu yang budiman,

 

Dalam undang-undang, secara amnya, kita mempunyai dua remedi iaitu legal remedy dan equitable remedy.

 

Equitable remedy ini berbeza daripada legal remedy kerana ekuiti (equity) yang menjadi alasan penghakiman adalah berasaskan natural justice (secara common sense, dan keputusan penghakiman adalah atas budi bicara hakim sepenuhnya.), tidak terikat kepada perkara-perkara teknikal, rigid sesuatu kontrak atau undang-undang.

 

Secara amnya, orang awam mudah melihat legal remedy. Sebagai contoh dalam kes sasterawan negara, secara kasarnya, sekirannya SN mengulangcetak karya yang telah dijual hak penebitannya kepada DBP, maka SN akan didapati bersalah kerana telah melanggar kontraknya dengan DBP. Sebagai denda, SN mungkin boleh dikenakan denda membayar ganti rugi kepada DBP.  Bayaran ganti rugi itu ialah legal remedy bagi DBP.

 

Dalam kes SN, saya dapati kontrak tersebut terlalu teknikal, tidak munasabah, tidak jelas dan tidak menyebelahi SN langsung.

 

Isu pertama: Sesuatu yang tidak munasabah dan tidak menyebelahi SN langsung apabila SN memegang hak cipta tetapi tidak memegang hak penerbitan selama-lamanya. Ibaratnya, SN ialah pemegang geran kereta dan DBP ialah pemandu tetap kereta SN. SN menjadi seperti orang yang ada geran kereta tetapi tidak boleh memandunya. Apabila pemandu tidak mahu memandu, SN tidak ada kuasa memaksa dan tidak boleh memandu.  Dalam masa yang sama tidak mendapat wang sewa kereta juga. Jadi, SN tidak dapat menikmati keretanya (harta) walaupun beliaulah yang bersusah payah membelinya. Dalam kes ini, SN bersusah payah mengeluarkan idea yang kemudiannya menjadi karya dan hartanya, tetapi tidak ada hak menikmati hartanya sendiri.

 

Isu kedua: Tempoh kontrak yang tidak jelas – selagi ada bulan dan matahari. Adakah bulan dan matahari perlu ada sekali? Bagaimana pula kalau matahari tidak nampak ketika mendung? Bolehkah kita pasti matahari itu benar-benar ada walaupun tidak nampak ketika hujan? Memang boleh dipertikai dengan pelbagai definisi dan kefahaman. Sekiranya DBP meletakkan tarikh atau tempoh, contohnya 3 tahun, maka 3 tahun itu tidak ada makna lain, tidak boleh dipertikaikan melainkan 3 tahun.

 

Isu ketiga: Terlalu teknikal. Kontrak yang mengikat SN dan DBP sangat teknikal iaitu penerbitan mestilah dibuat dengan DBP. Sekiranya DBP tidak menerbitkan karya tersebut, SN tidak ada pilihan apa-apa lagi. DBP tidak boleh dipaksa dan dalam masa yang sama tidak boleh menerbitkannya dengan penerbit selain DBP. Terlalu rigid sehinggakan seperti tidak ada remedi bagi SN.

 

Puan Sifu yang dihormati,

 

Apabila sesuatu kontrak itu terlalu teknikal, terlalu rigid, tidak munasabah, tidak jelas dan ada unsur-unsur unfair advantages, undue influence, atau mistake of fact, pihak yang tidak berpuas hati boleh memohon kepada mahkamah equitable remedy.

 

Equitable remedy ialah remedi selain ganti rugi. Remedi-remedi ini tercatat dalam Specific Relief Act 1950 (Selepas ini saya sebut sebagai SRA). Antaranya remedi yang mungkin bagi SN ialah:

 

Seksyen 30, membaiki kontrak yang telah dipersetujui (seperti meminda) atau,

Seksyen 38, iaitu membatalkan kontrak terdahulu atau,

Seksyen 41, iaitu mengisytiharkan hak penerbitan karya-karya tertentu SN adalah miliknya.

 

Setiap satu remedi ini ada kriteria yang perlu dipenuhi dan keputusan untuk mendapat remedi di bawah SRA ini adalah atas budi bicara hakim secara sepenuhnya. Prosedur dan kebarangkalian untuk menang, saya secara peribadinya tidak pasti. Soal itu perlu dirujuk kepada peguam yang bertauliah (saya belum lagi mengambil subjek prosedur dan belum lagi menjadi peguam bertauliah).

 

Puan Sifu yang dihormati,

 

Di sini saya kepilkan sekali peruntukan (klausa) remedi-remedi daripada SRA tersebut sebagai rujukan. Semoga ianya dapat membantu SN.

 

Sekian, Assalamualamualaikum.

 

Aini Murni 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Orang Bisnes: Macam-macam Idea Projek Melombong Emas di Kementerian Pelajaran

En. Arief Rahmad, Presiden PTS, menulis tentang gosip bisnes buku teks di Kementerian Pelajaran.    

Baca di sini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Makin Kerajaan Kempen Bahasa Inggeris, Makin Mendatar Jualan Buku Inggeris

Kedai buku hanya menjual buku-buku yang laku. Disebabkan buku Melayu sekarang sangat laku, maka kedai-kedai buku semakin banyak mempamerkan buku-buku Melayu. Pada saat ini permintaan bagi buku-buku Melayu sedang berkembang dengan menggebu-gebu. 

Demikian juga halnya dengan buku-buku Cina. Jualan judul Cina sedang berkembang pesat sehinggakan ada gosip yang mengatakan MPH pun mungkin akan membuka seksyen buku Cina.

Jika MPH pun sedang membesarkan syeksen Melayu, dan sedang memikirkan bagaimana ia dapat memasuki sektor pasaran buku Cina, perkembangan ini bagaikan 'tidak masuk akal' bagi para pejuang bahasa Inggeris.

Memang sekali fikir adalah tidak logik permintaan buku Inggeris mendatar sedangkan media massa asyik menggembar-gemburkan peri pentingnya bahasa itu.

Bertambah tidak logik jika difikirkan bahawa di Lembah Kelang dan bandar-bandar utama, jualan buku Inggeris sejak 5 tahun yang lalu mula mendatar, dan sampai saat ini masih belum naik-naik lagi!

Akal biasa mengatakan orang Cina adalah kaum yang paling kaya dan paling banyak duduk di bandar-bandar utama, maka logik mengatakan mereka tentu membaca buku-buku Inggeris, jadi, tidak logik jualan buku Cina dan buku Melayu naik manakala jualan buku Inggeris mendatar. 

Meskipun dianggap tidak logik, namun itu adalah realiti. Statistik jualan buku di kedai-kedai utama membuktikan fenomena tidak logik itu sedang berlaku. 

Meskipun kerajaan memberikan fokus kepada bahasa Inggeris, tetapi statistik jualan buku Inggeris sedang dalam keadaan mendatar, manakala jualan buku Melayu dan buku Cina sedang meningkat dengan pesatnya. Fenomena ini tidak disangka-sangka kerana logik akal biasa mengatakan kempen bahasa Inggeris tentulah akan meningkatkan jualan buku-buku Inggeris. Namun, sebaliknya pula yang sedang terjadi.

Yang sudah pasti MPH akan membesarkan lagi seksyen buku-buku Melayu. MPH sudah memberitahu PTS supaya menerbitkan lebih banyak judul-judul yang evergreen, yang laku sepanjang tahun dan setiap tahun selama beratahun-tahun.

Banyak orang menyangka jualan buku Melayu hanya panas berlaku bagi kategori novel cinta, tetapi sebenarnya peningkatan sedang berlaku dalam semua kategori buku. Isunya sekarang adalah, melainkan bagi novel cinta, kita kekurangan judul bagi semua kategori. 

Ada tiga faktor yang mendorong permintaan bagi buku Melayu yang semakin meningkat:

Pertama, kedai-kedai buku elitis yang dahulu tidak menjual buku Melayu kini sudah menukar dasar perniagaan mereka. Semua kedai buku elitis itu sudah menjual buku Melayu.

Kedua, jumlah kedai buku semakin bertambah banyak. Semua rangkaian kedai buku elit membuka cawangan baru masing-masing setiap tahun. Kedai-kedai buku indie juga semakin bertambah.

Ketiga, lebih banyak orang mula masuk ke kedai-kedai buku dan membeli buku Melayu, dengan itu menaikkan permintaan bagi buku-buku Melayu.

Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, dasar perniagaan kedai elitis seperti MPH, yang motonya adalah 'The Best English Booksore', hanya menjual buku-buku Inggeris sahaja, tetapi kini sudah menjual buku Inggeris dan buku Melayu. Di lokasi seperti kompleks Alamanda di Putrajaya, kedai MPH di situ kini mempamerkan 70% buku Melayu dan 30% buku Inggeris.

Superstore buku yang terkenal, iaitu Kinokuniya di kompleks KLCC, dahulu hanya menjual buku-buku Inggeris dan Jepun, tetapi sekarang ia sudah membuka seksyen buku-buku Melayu.

Rangkaian kedai buku yang mempunyai cawangan paling banyak, iaitu kedai buku Popular, dahulu hanya menjual buku Cina sahaja, tetapi sekarang ia semakin memberikan perhatian serius kepada buku-buku Melayu.

Peningkatan jualan buku-buku Melayu amat ketara berlaku dalam kedai-kedai buku bandar-bandar utama. Yang paling tinggi peningkatannya adalah di Lembah Kelang, Johor Bharu dan Pulau Pinang.

Pada saat ini, trend positif ini sudah menular ke bandar-bandar sederhana besar pula, seperti Sungai Petani, Miri dan Taiping. Trend ini berlaku apabila rangkaian kedai-kedai buku elitis mula membuka cawangan di bandar-bandar seperti itu. Terbuktilah barang ke mana kedai buku elit pergi, maka di situlah buku pasaran buku Melayu berkembang.

Kedai-kedai bulu elit ini pula hanya membuka cawangan dalam kompleks membeli-belah.  Manakala kompleks membeli-belah hanya dibuka di bandar-bandar di mana di situ terdapat banyak golongan orang berduit. Jadi, sangat jelas kaitan antara trend jualan buku Melayu dengan peningkatan ekonomi setempat. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Dato’ Baha Zain Menulis: Ekologi Bahasa

Mewujudkan Ekologi Kebahasaan

Semalam (Rabu) sehari suntuk saya dan beberapa teman menyertai perbincangan tentang isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah. Turut hadir perwakilan dari persatuan-persatuan Cina, Tamil, Kadazan dan Iban.

Cukup panas, banyak perbincangan dialektik, tetapi tak ada resolusi. Biasalah budaya moden Malaysia sekarang bincang, bincang, bincang dan tak ada tekad untuk membuat keputusan dan bertindak. Namun demikian ia sangat berfaedah kerana banyak memberi maklumat tentang pelbagai fikiran dan persepsi.

Rupa-rupanya antara peserta yang konon dianggap elit, canggih, berpendidikan tinggi dan moden di situ ramai pula yang tak pandai berfikir secara konseptual dan rasional.

Kalau saya mahu merumuskan keseluruhan perbincangan itu, saya boleh berkata begini: Ada yang setuju , dan ramai yang tak setuju. Masing-masing dengan alasannya berdasarkan latar belakang hidup masing-masing, pekerjaannya, hubungannya dengan kerajaan, falsafah atau tak ada falsafah kebangsaannya.

Apa yang menarik ialah:

(i) ada tanggapan bahawa sesiapa yang tak setuju dengan PPSMI dianggap menentang Bahasa Inggeris.

(ii) Ada yang berpendapat bahawa Bahasa Inggeris itu adalah jendela dan kunci bagi segala ilmu, Sains, Matematik, dan juga kejayaan dalam hidup.

(iii)Ada yang menyangka kenapa dibahaskan sangat isu ini kerana ia hanya melibatkan dua mata pelajaran sahaja ( Sains dan Matematik).

Ketiga-tiga pendapat atau tanggapan di atas jelas menunjukkan sangat ramai penduduk negara ini yang mempunyai persepsi yang keliru terhadap apa yang berlaku dalam pendidikan kita, terutama isu PPSMI. Ia juga menggambarkan budaya berfikir, dan nilai-nilai yang mempengaruhi pandangan hidup masyarakat kita sangat kacau, tidak jelas arah budaya yang hendak dituju, dan tidak mengetahui secara sungguh-sungguh tentang masalah bahasa, ilmu, dan erti kejayaan dalam hidup bangsa kita.

Tentulah banyak sekali faktor-faktor yang menyebabkan kita jadi begitu. Antara sebabnya ialah penduduk kita terdiri daripada tiga kaum besar yang memiilki kepercayaan, bahasa dan adat kebiasaan yang berbeza-beza sehingga menjadi masyarakat yang tidak padu dan tidak sama pandangan dunianya.

Tentu juga rasa iri hati dan persaingan kebudayaan berlaku antara kita. Inilah masalah besar kerajaan yang sampai hari ini masih tak terdaya mengintegrasi kaum mengikut visi kebangsaan sendiri.

Berbalik kepada isu bahasa, tidak ada sesiapa yang waras fikiran menentang penguasaan Bahasa Inggeris atau bahasa apa pun, lebih-lebih lagi Bahasa Kebangsaan (malu kalau tak mahir membaca, menulis, dan berkomunikasi dalam bahasa negara ini). Tetapi janganlah gunakan Bahasa Inggeris untuk mengambil alih Bahasa Kebangsaan dalam Sains dan Matematik. Ini tidak patriotik.

Masakan ada rakyat yang mengaku nasionalis sanggup buat begitu. Jepun, Korea, Cina, Rusia, Perancis, Sepanyol, Arab, Jerman, Belanda dan Brazil buat seperti kita kah? Apakah mereka tidak maju macam Amerika atau England?

Tentang ilmu janganlah kita terperangkap dalam fikiran penjajahan bahawa Bahasa Inggeris itu sahaja yang hebat mengandungi ilmu. Tanyalah Profesor Fizik, Matematik, Sains, danPerubatan bahawa bahasa-bahasa Portugis, Sepanyol, Perancis, Itali, Jerman , Cina dan Jepun kalau tidak lebih, sama sendat padat dengan penemuan-penemuan kajian dan ilmiah dalam bidang sains dan teknologi.

Di sini pun siapa sangat yang pakai kereta dari Amerika dan England. Audi, Mercedes, Volkswagen, dan BMW dari Jerman; Toyota, Lexus, Honda, Nissan, Suzuki, Yamaha, Nikon, Olympus, Canon dan Sony dari Jepun.

Hanya kerana secara tradisi kita daripada dahulu lagi terlatih dalam Bahasa Inggeris maka kita tidak nampak kekuatan bahasa dan negara lain. Memang Bahasa Inggeris itu sangat berpengaruh dalam bidang perdagangan antarabangsa dan diplomasi, tetapi dalam bidang ilmu tidak boleh kata ia paling unggul.

Dalam perbincangan yang berlangsung itu ada dua tiga orang ahli perniagaan (bank, syarikat korporat, dan badan swasta) berpendapat sesiapa yang tidak petah dan lancar berbahasa Inggeris tidak mungkin berjaya dalam negara.

Memang ada juga kebenarannya kerana bukan sahaja syarikat swasta, agensi kerajaan pun hendakkan pekerja pandai Bahasa Inggeris. Cuma perlu ingat bahawa bukan mesti Bahasa Inggeris itu jawapan bagi segala kejayaan hidup. Di England, New York dan Chicago, Filipina atau India ada ramai juga peminta sedekah dan penganggur yang pandai berbahasa Inggeris.

Selain itu pengertian kejayaan itu bukan mesti dijamin oleh Bahasa Inggeris kerana moral, akhlak, kejujuran dan amanah adalah juga penting bagi keperibadian seseorang rakyat. Ingat skandal kewangan BMF yang terbesar dekad 80-an dahulu dilakukan oleh dua tiga orang profesional Melayu yang sangat pintar berbahasa Inggeris.

Jadi janganlah menilai martabat dan kejayaan seseorang itu dipandang daripada kelulusan, kekayaan dan bahasanya. Berapa banyak kereta dia ada mungkin bukan daripada titik peluh yang halal.

Tentang ada yang merungut kenapa hebohkan sangat PPSMI ini kerana melibatkan dua subjek sahaja. Lagi sekali ramai yang keliru. Ada Menteri pun pernah keliru . Apabila tiba pada tahap sekolah menengah semua subjek yang berasaskan Sains dan Matematik ( Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan, Kejuruteraan Awam, Elektrik, Teknologi etc.etc) kira-kira 70% semuanya akan diajar dalam Bahasa Inggeris.

Jadi siapa peduli pada Bahasa Melayu lagi. Sekarang pun ibu bapa sudah menghantar anak-anaknya ke kintergarden Inggeris. Tidak boleh salahkan ibu bapa kerana mana ibu bapa mahu anaknya ketinggalan di sekolah nanti kalau begini keadaannya.

Tegasnya memang berlaku kekeliruan besar dalam fikiran dan kebudayaan bangsa kita terhadap soal bahasa, ilmu, kejayaan dan masa depan kebangsaan dan jati diri negara ini.

Saya berpendapat untuk orang Melayu Islam mempertahankan jati diri dan agamanya, mulailah mendidik anak masing-masing menguasai tiga bahasa: pertama Melayu, Inggeris dan Arab.

Dua bahasa lagi yang semakin penting di dunia ialah Mandarin dan Sepanyol yang dijangka akan menggeser Bahasa Inggeris ke tempat ketiga di bawah. Bahasa Melayu, Arab dan Hindi diduga akan berada pada kelompok keempat di bawah Mandarin, Sepanyol dan Inggeris.

Pemimpin negara kita dari sekarang misti memikirkan orientasi kebudayaan di masa depan dalam soal menguasai bahasa dan ilmu. Perlu diwujudkan ekologi kebahasaan di mana penguasaan dan profisensi Bahasa Melayu itu penting, dan dua bahasa lain lagi bagi setiap pelajar.

Nota: Artikel ini disalin dengan izin dari blog DesaKota

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Surah Yusuf dan Bahasa Budak

Faktor yang membedakan novel sastera daripada buku cerita budak-budak adalah gaya bahasanya. Bahasa percakapan kanak-kanak disebut dengan istilah 'infantile language' ataupun 'bahasa budak'.

Dalam dunia sebenar, orang dewasa yang normal perkembangan psikologinya tidak bercakap menggunakan bahasa budak. Jadi, kalau ada orang dewasa yang bercakap menggunakan bahasa budak, perkembangan mental dan psikologi orang itu dikatakan tidak normal.

Penggunaan bahasa budak dalam karya sastera mencipta kesan negatif ke atas mutu susastera sesuatu karya. Apabila dialog watak-watak budak dituliskan menggunakan bahasa budak, automatis karya itu menjadi buku cerita budak-budak, bukan novel yang bertaraf karya sastera.

Di kalangan artis-artis Melayu, penggunaan infantile language adalah amat meluas. Ada artis-artis perempuan yang sudah mempunyai anak remaja, usianya sudah hampir 50 tahun tetapi masih bercakap di depan kamera TV menggunakan infantile language.

Apabila individu-individu dewasa bercakap menggunakan infantile language tingkah laku itu menyebabkan diri mereka dilihat dan didengar sebagai individu yang tidak matang dan tidak berupaya bercakap sebagai seorang yang berdaya intelek tinggi.

Dalam surah Yusuf, semasa Nabi Yusuf masih kecil, setiap dialog antara Nabi Yusuf dengan ayahnya, Nabi Yaakub, dituliskan menggunakan bahasa Arab yang amat tinggi dan indah. Ertinya, Quran memberikan prinsip penulisan yang betul bagi menghasilkan karya yang bermutu sastera, yakni bagi semua dialog, tanpa ada sebarang kekecualian, hendaklah dituliskan menggunakan Bahasa Tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Tatabahasa & Ejaan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 28, 2008

Tahniah!

Baca di sini bagi mengetahui drama yang berlaku dalam dewan parlimen pada saat pengarang ini sedang mengangkat sumpah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Sudah Terbit

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Nusantara Sebagai Common-Market Buku Melayu

Dalam dunia pasaran antarabangsa seperti sekarang ini, seharusnya dalam minda para penerbit buku Melayu di Malaysia, jangan ada lagi konsep lapuk 'buku Malaysia' dan 'buku Indonesia'. Yang sepatutnya ada hanyalah 'buku Melayu'.

Dengan demikian, para penulis perlu menulis karya-karya yang dapat dipasarkan ke seluruh pelosok dunia Melayu.

Pasaran Malaysia adalah amat kecil, justeru penerbit Malaysia terpaksa membesarkan wilayah pasarannya ke Indonesia.

Jika buku-buku penulis Malaysia hanya dapat dijual di Malaysia, angka jualan buku-buku itu tidak dapat naik sehingga puluhan ribu, ataupun ratusan ribu. Akibatnya, pendapatan penulis Malaysia akan menjadi amat kecil berbanding dengan potensinya. 

Bagi membolehkan karya pengarang Malaysia diekspot ke Indonesia, 2 ciri yang perlu ada pada buku itu:

(1) Tema dan kandungan buku itu dapat dipasarkan di Indonesia.

(2) Buku itu ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Pada masa ini perdagangan buku Malaysia-Indonesia adalah amat berat sebelah, yakni Malaysia banyak mengimpot buku-buku Indonesia berbanding sebaliknya. Ini bukan salah pihak Indonesia. Ini salah kita, disebabkan kita berfikiran kampungan dalam cara-cara kita menjalankan strategi bisnes kita. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Semua Buku PTS Dapat Dicari di Pustaka Darussalam Alor Setar

Kepada peminat buku-buku PTS, semua buku PTS ada di kedai buku ini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Dato’ Dr. Anuar Rethwan Kini di ASWARA

Sasterawan terkenal dan Bekas Pengarah Jabatan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan,  kini bertugas sebagai Dekan Fakulti Penulisan, Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 27, 2008

Siapa Lebih Layak Menjadi Perdana Menteri Malaysia

Ada pandangan menarik Faisal Tehrani, sasterawan Melayu paling berpengaruh saat ini, tentang politik Malaysia semasa dan dunia sastera tanah air, baca di sini.

Nota: Link diperoleh dari blog Tuan WEB SUTERA. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Cantikkah Cover Ini?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Mesej dalam Foto Ini

Tiga orang kanak-kanak ini, 1 perempuan 2 lelaki, dengan gembiranya memakai topeng wajah Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh baru lalu.

Banyak dapat kita baca daripada foto ini. Dengan membacanya kita dapat membaca masa depan corak politik negara kita.

Tiga orang kanak-kanak dalam foto ini akan mempengaruhi buku-buku bagaimana yang bakal laku dalam pasaran. 

Nota: Foto disalin daripada blog Tuan Anil

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Janjimu yang Akan Kami Tagih

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
"Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan eknomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum.

Kami akan memulihkan integriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu. Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat." - Datuk Seri Anwar Ibrahim . 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Ada-ada Sahaja: Mengapa Pengarang Tiup Serunai Ganti Book-Talk

Baca klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 26, 2008

Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Tun Dr. Mahathir

Prof. Dr. Shaharir adalah anak Melayu pertama beroleh Ph.D dalam bidang Matematik. Beliau adalah ahli matematik Malaysia pertama beroleh award "Fulbright Scholar" dan FASc (Mal)

Beliau adalah pencipta dan ideolog bagi pengIslaman dan pemeribumian sains matematik dan pengisiannya.

Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sudah Terbit

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Diulangcetak dengan Wajah Baru

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 171 pages  <  1 2 3 4 >  Last »