Wakaf Buku PTS 2010

Sunday, May 25, 2008

Tunnels di MPH Alpha Angle Wangsa Maju

Inilah yang dikatakan pameran window-display.

Seingat-ingat kitalah... buku-buku Melayu apakah, baik karya asli mahupun terjemahan, yang pernah dipilih oleh MPH bagi diberikan layanan paling istimewa, yakni dijadikan sebagai pameran window-display yang sebegini prominen? 

Apabila melihat foto ini, menitik air mata Sifu.

Saya terkenang peristiwa beberapa tahun lalu, bagaimana cadangan En. Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Jualan PTS, kepada pihak pengurusan MPH supaya mereka sudi mempamerkan buku-buku Melayu terbitan PTS, dijawab dengan jawapan ringkas, "We don't carry Malay titles." (Kami tidak menjual buku Melayu.) 

Kita faham mengapa begitu bunyi jawapan MPH waktu itu, kerana moto rangkaian kedai buku paling elit itu adalah "MPH -- The Best English Bookstore". 

Begitulah juga respon yang kita terima daripada pengurusan POPULAR waktu itu.

Kita juga faham mengapa begitu sikap POPULAR kepada cadangan En. Zaharin -- kerana ia adalah rangkaian buku Cina yang terbesar di negara ini.

Demikianlah piatunya buku-buku Melayu di tanah airnya sendiri, sehinggalah beberapa tahun yang lalu apabila pengurusan rangkaian kedai-kedai buku elit di negara ini mula menerima kenyataan bahawa buku-buku Melayu dapat dijual dengan banyaknya.

PTS telah berjuang 'dengan darah, nanah dan air mata' bagi mendapatkan buku berbahasa Melayu dipamerkan oleh MPH sebagai window-display yang begini bermaruah.  

Kita akan berjuang terus supaya lebih banyak buku-buku Melayu layak mendapat layanan istimewa itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Cerita Mat-Mat & Minah Rempit dan Jualan Buku Melayu di Alor Setar

En. Zulkimy adalah pegawai jualan dan khidmat pelanggan PTS yang menjaga zon Utara.

Menurut beliau, jualan buku-buku PTS di Alor Setar sedang berkembang dengan menggebu-gebu sekarang ini, meskipun harga makanan sedang naik dengan banyaknya.

Di bandar Sungai Petani yang tidak berapa besar itu pun, MPH dan POPULAR berani membuka outlet masing-masing dan bersaing.

Di Alor Setar, MPH belum membuka outletnya. Manakala POPULAR membuka 3 outlet: 1 di kompleks CITY PLAZA, 1 di kompleks STAR PARADE dan yang terbaru di TESCO Mergong. 

Apa yang berlaku antara POPULAR di kompleks City Plaza dan POPULAR di kompleks Star Parade adalah amat menarik dan elok kita ceritakan di sini.

Kompleks City Plaza kini dalam keadaan "zaman malap" dari sudut bisnesnya. Hampir separuh ruang kedai dalam kompleks itu sudah tutup. Namun jualan buku-buku PTS di POPULAR City Plaza adalah yang paling besar dibandingkan dengan POPULAR di Star Parade dan POPULAR dalam TESCO Mergong.

Kompleks Star Parade dan TESCO Mergong banyak dikunjungi oleh pengunjung berfamili. Mereka mempunyai dayabeli yang lebih tinggi, namun jualan buku-buku PTS di situ, walaupun laku, tetapi ia kalah kepada jualan di Plaza City, yang bagaikan hidup segan mati tak mahu itu.

Apakah yang menyebabkan buku-buku PTS lebih banyak terjual di POPULAR City Plaza?

Kedai-kedai yang masih beroperasi dalam kompleks City Plaza menjual barang-barang yang dibeli oleh orang-orang muda-mudi, oleh Mat-Mat Rempit, seperti berbagai gajet, CD, kasut tumit tinggi, jeans, T-Shirt, tali pinggang dan yang seumpamanya. Ia ala-ala Pertama Kompleks di Kuala Lumpur.

Meskipun dayabeli pengunjung kompleks City Plaza relatif rendah, namun jualan buku PTS di situ paling tinggi. 

Siapa kata Mat-Mat Rempit dan Minah-Minah Rempit tidak membeli buku?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Cakap-cakap Hos TV Yang Menjatuhkan Semangat

Pasaran buku-buku Melayu sedang berkembang dengan menggebu-gebu, tetapi masih ada orang bercakap-cakap kononnya buku Melayu tidak laku.

Mereka yang bercakap begitu tentu sekali tidak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam dunia industri buku Melayu. Tentu sekali juga orang-orang itu tidak kerap masuk kedai buku, sebab kalau dia selalu masuk kedai buku, dia tentu perasan banyaknya buku-buku Melayu dipamerkan dalam kedai buku.

Apabila cakap-cakap begitu didengar oleh orang yang mahu menulis buku, dia akan jatuh semangat, sebab dia akan berfikir buat apa dia menulis buku dalam Bahasa Melayu jikalau buku itu nanti tidak laku dijual.

Apabila cakap-cakap begitu didengar oleh penerbit, dia menjadi takut hendak menerbitkan buku-buku Melayu, sedangkan demi perkembangan industri buku Melayu, kita memerlukan lebih banyak penerbit.

Kita minta jasa baik para penerbit rancangan TV supaya memberitahu hos-hos TV, terutama sekali hos 'talk-show', supaya berhenti daripada memberi maklumat yang tidak betul tentang tabiat membaca rakyat negara ini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 24, 2008

Ada-ada Sahaja: Poligami dan Teori Lelaki Mahu Fun

Baca di sini.

Walau apa sekalipun faktor yang mendorong lelaki mahu berpoligami, PTS sudah menyediakan buku yang bagus dibaca sebelum berpoligami.

Satu lagi buku poligami akan terbit. PTS MILLENIA saat ini sedang bersiap-siap menerbitkan sebuah buku berjudul "Hidup Bahagia Berpoligami".  

Di samping hendak memandaikan bangsa sambil buat duit, tujuan PTS menerbitkan buku-buku panduan berpoligami adalah demi membantu semua pihak supaya hidup bahagia, baik yang bermonogami mahupun yang berpoligami. 

Ini ada suatu idea lateral:

Selama ini kita mendengar hujah-hujah yang mengatakan lelaki cuma suka hendak berpoligami, tetapi mereka tidak pandai cara-cara yang betul mengamalkan poligami.

Lalu disarankan supaya lelaki yang berpoligami ikut betul-betul cara Nabi Muhammad berpoligami.

Dari satu sudut lain, apa kurangnya dengan perempuan... Hehehe.... Macam lelaki juga, majoriti perempuan tidak pandai hidup dalam keluarga poligami.

Elok disarankan supaya orang perempuan yang dipoligamikan ikut betul-betul cara bagaimana isteri-isteri Nabi Muhammad hidup dalam keluarga poligami.

Barulah, baik lelaki mahupun perempuan, sama-sama pandai hidup dalam keluarga poligami.

Sang suami ikut cara-cara Nabi. Sang isteri-isteri ikut cara-cara Siti Aishah, Hafsah, Zainab dan lain-lain isteri Nabi.

Jangan marah! (Nanti kena jual.) 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Cinta Spiritual dari PTS LITERA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

SABTU 31 Mei! Pelancaran KOMIK MALAYSIA PTS di Pusat Konvensyen KLCC, Jam 1 petang.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 23, 2008

Zaid Akhtar Mempromosi “Salju Sakinah” di TV3 MHI Isnin 26 Mei 2008

          Tarikh: ISNIN 26 Mei 2008
          Program:
Malaysia Hari Ini (MHI)
          Tempat:
TV3, Sri Pentas, Bandar Utama
          Masa:    
7.30 pagi

Nota: Tuan Zaid Akhtar akan muncul dengan imej ala-ala Padang Pasir!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku-buku PTS di POPULAR Tesco Mergong, Alor Setar

Rangkaian kedai buku POPULAR adalah dimiliki oleh pelabur Cina Singapura.

Pengurusan rangkaian kedai buku terbesar di Malaysia itu memberikan rak-rak di depan pintu masuk kepada buku-buku PTS.

Apakah ertinya ini, melainkan buku-buku Melayu terbitan PTS itu laku keras. 

Marilah kita melabur dalam industri buku Melayu. Inilah Laut Biru yang masih belum banyak pemainnya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Anak Lelakinya Berhenti Mengambil Dadah Sesudah Membaca Novel Ini

Dalam sebuah siri talk-show di TV "Kick Andy" yang amat popular di Indonsesia, seorang ibu dari Bandung menulis surat kepada "Kick Andy" menceritakan bagaimana anak lelakinya yang ketagih dadah telah dengan sukarela berhenti daripada habit buruknya itu dan menjadi anak yang baik selepas selesai membaca novel ini.

Novel Laskar Pelangi ini sudah terjual lebih 550 ribu naskhah di Indonesia.

PTS adalah penerbit edisi Malaysianya. Novel ini dapat dibeli di semua kedai buku utama.

Filemnya kini sudah selesai proses shooting

Rakaman siri TV itu dapat ditonton dalam you-tube di http://www.pts.com.my 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Komik Ekspot Ke-3 Terbesar Jepun

Ekspot terbesar negara Jepun adalah auto, termasuk kereta, motosikal, dan lori.

Ekspot kedua terbesar negara itu adalah telekomunikasi dan elektronik.

Berada di tempat ketiga adalah KOMIK, termasuk animasi. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Baca Buku dalam Kedai Kasut di KLCC

Gambar ini dengan ikhsan blog Tuan Presiden PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip untuk Trainer PTS: Yuran Ceramah, Elaun Makan Minum dan Duit Tol

Assalamualaikum. Puan Ainon yang dikasihi,

Saya doakan Puan seisi keluarga berada dalam sihat sejahtera dan semoga Allah terus memberi keberkatan kepada usaha-usaha Puan, insyaAllah.

Saya ingin memberitahu Puan bahawa sebuah Peniagawati peringkat negeri menjemput saya untuk menyampaikan ceramah. Menurut Pengerusinya, antara 70 ke 100 orang ahli persatuannya dijangka hadir.

Beliau bertanya tentang bayaran dan memaklumkan persatuannya berharap ia tidaklah terlalu tinggi. Saya meminta mereka sendiri tentukan bayarannya.

Cuma saya minta secara khusus disediakan bilik penginapan dan kos perjalanan saya. Bolehkah cara saya itu, Puan?

Saya mahu belajar menjadi penceramah tetapi perkara-perkara asas begini pun tidak tahu menentukan sendiri.

Saya mahu mencuba peluang-peluang seperti ini kerana dalam hati saya masih ada rasa tidak yakin diri hendak bercakap di depan orang. Saya hendak kikis perasaan itu.

Salam,
NZ

................... 

Alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, Puan NZ yang dikasihi juga!

Ya, itulah yang saya lakukan.

1. Tiket penerbangan, ataupun wang minyak yang sama nilainya dengan tiket.
2. Bilik hotel, harga kamar standard sahaja.

Bagi persatuan, kenakan bayaran ikut kadar kerajaan iaitu RM200 sejam.

Jangan minta elaun makan-minum. Jangan minta bayaran tol.

Kita mesti tunjukkan kita seorang yang bertimbang rasa, nanti mereka suka berbisnes dengan kita. Lain kali, mereka suka panggil puan lagi. Yang lebih penting, nama kita naik dalam pasaran, dan kita dapat network yang banyak sesama orang bisnes. Saya doakan Puan terus maju sebagai trainer yang memandaikan bangsa.

SifuPTS 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit 2008

.

.

 

 

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Ilmu Seni Menjual

Berjual-beli adalah aktiviti bisnes yang sangat penting.

Nabi Muhammad (kepada pembaca blog ini yang beragama Islam, bacalah salam dan selawat untuk beliau) adalah seorang trader (pedagang) yang bisnesnya adalah berjual-beli. Beliau juga melakukan bisnes ekspot-impot. Beliau bukan seorang pembuat (manufacturer) dan bukan juga pemberi perkhidmatan (service provider).

Justeru, beliau telah memberitahu umat Islam bahawa ilmu berjual-beli adalah ilmu yang sangat penting dalam bisnes, lebih penting daripada ilmu pembuatan produk.

Jika produk kita bermutu tinggi sekalipun, jika kita tidak mahir menjual, bisnes kita pasti gagal. Banyak peniaga Melayu mempunyai produk yang bagus, tetapi disebabkan mereka kurang pandai menjual, bisnes mereka sukar berkembang.

Nabi Muhammad menunjukkan kepada kita bagaimana beliau, seorang yang tidak mempunyai modal, serta tidak mempunyai produk, tetapi beliau menjadi peniaga yang berjaya.

Kemahiran menjual adalah amat penting bagi kejayaan dalam bidang bisnes. Itulah sebabnya PTS menerbitkan banyak judul kejurujualan supaya pembaca buku-buku Melayu dapat memilih buku mana yang lebih sesuai dengan keperluan mereka.

Dengan menerbitkan banyak buku kejurujualan, PTS membantu para peniaga Melayu khususnya, meningkatkan kemahiran mereka menjual.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 22, 2008

Buku Ini Dipilih Sebagai Rujukan Rasmi

Buku ini dipilih sebagai rujukan rasmi oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor bagi program melatih rakan pembimbing di tempat kerja di kalangan kakitangan kerajaan negeri.

Terima kasih kepada Allah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Terang dalam Gelap

Jam sudah 11 malam. Kedai-kedai lain sudah gelap. Tetapi kedai buku BOOKWORM ini masih terang benderang.

BOOKWORM terletak di Bukit Beruntung, di luar kota Kuala Lumpur. Ia dibuka setiap hari dari jam 8 pagi - 12 tengah malam.

Ia memberikan perkhidmatan internet percuma kepada pengunjungnya. Sebanyak 40% jualan BOOKWORM disumbangkan oleh buku-buku PTS. 

Pemilik BOOKWORM adalah YM Tuan Raja Kamarul. Baca lebih lanjut di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Lagi Tentang Isu Cover Buku PTS yang Kurang Islami

Salam, Puan Ainon.

Saya terpanggil untuk memberi komen. Sebenarnya kaum hawa khususnya memandang secara 'details' perkara ini. Bukan hanya cara pemakaian tudung namun dari semua segi, yakni dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Cara pemakaian tudung juga memainkan emosi pelanggan yang menatap desain cover ini.

Saya mencadangkan agar konsep desain cover PTS mengikut jejak langkah novel Salju Sakinah yang lebih ringkas tetapi mendalam, cukup dengan mainan anak mata yang menggambarkan keseluruhan cerita dan tidak perlu desain yang terlalu hendak mengikut tajuk yang tertera.

Yang penting adalah desain yang mewakili ataupun menceritakan isi dalaman buku tersebut. Lebih emosi, misteri dan yang penting pengukuhan identiti sudah cukup mewakili tajuk sesuatu buku itu.

Penerbitan novel adalah salah satu proses jangka panjang, jika dilihat desain cover "Kau Ilhamku", ia tidaklah boleh dikatakan untuk jangka panjang.

Jika desain cover bersifat umum dan tidak terikat dengan fesyen ataupun pada tahap suatu zaman sahaja, ia akan bersifat 'evergreen'. Tapi jika memandang 5 atau 10 tahun akan datang, jika buku ini masih ada di pasaran untuk tempoh masa itu, dengan peredaran masa dan fesyen yang terjadi, pelanggan akan melihat buku tersebut dari masa yang terbelakang.

Namun jika desain cover itu bersifat umum dan tidak terikat dengan fesyen dan masa, buku tersebut akan lebih berpanjangan. Boleh dilihat contoh desain buku-buku luar negara yang tidak lekang dek panas dan tidak pudar dimamah waktu. Sekian terima kasih.

Ikhram

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Foto-foto Ain Maisarah dengan Peminat di MPH Alamanda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Klik di sini buat melihat foto-foto lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Ahmad Fadzli Yusof Menang Anugerah

Baca lebih lanjut di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Cover Buku PTS Kurang Islami

Assalamualaikum wbt.,

Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.  Apa khabar puan? Saya doakan moga puan sekeluarga dan warga kerja PTS dalam keadaan sejahtera di bawah payungan Ar-Rahman.

Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk menarik perhatian puan berkenaan gadis penghias kulit buku "Kau Ilhamku". Alhamdulillah, atas perjuangan PTS ke arah syariah compliant, PTS telah mengorak langkah dengan memaparkan kulit-kulit buku yang lebih Islami.

Pemilihan gadis-gadis bertudung sebagai penghias kulit buku amatlah dialu-alukan. Namun demikian, saya berpendapat, agak lebih manis sekiranya stail pemakaian tudung gadis-gadis ini lebih menepati kehendak syarak.

Pemilihan stail tudung yang menutupi dada tentu lebih menarik dan secara tidak langsung boleh dijadikan ikutan kepada gadis-gadis Islam di luar sana.

Selain itu, puan tentunya lebih maklum kecantikan wanita Islam bukan sahaja terletak pada keindahan pakaiannya, kerendahan suaranya, dan keluhuran budinya tetapi juga penampilan dirinya seperti cara berdiri, bercakap, duduk dll.

Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar gadis-gadis penghias kulit buku PTS juga dipaparkan sebagai wanita Islam yang benar-benar cantik, sopan berpakaian dan sopan cara berdiri/duduknya.

Maafkan saya kerana sedikit terganggu dengan cara berdiri gadis penghias kulit buku "Kau Ilhamku". Namun saya merasakan cara gadis ini berdiri agak kurang menepati ciri-ciri keindahan wanita Islam. Besarlah juga harapan saya agar dapat puan dan pasukan puan membuat sedikit rombakan terhadap kulit buku "Kau Ilhamku".

Akhir kata, saya memohon ribuan ampun dan maaf seandainya ada patah-patah kata saya yang mengguris hati puan. Saya sangat-sangat mengharapkan agar kita sama-sama mendapat manfaat di dunia dan akhirat. Sekian, wassalam.
 
Embun
Hulu Kelang, Ampang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Buku Kategori Apa Paling Menguntungkan

Jika saudara hendak menjadi penerbit, sebaiknya saudara buat kajian pasaran kategori buku apa yang saudara mahu terjuni.

Soalan ini adalah paling asas: Buku kategori manakah yang lebih menguntungkan dari sudut bisnes?

Lain jenis buku, lain gelagatnya dalam pasaran.

Sebagai contoh, jualan buku-buku remaja PTS sangat tinggi dari sudut jumlah unit yang terjual. Banyak judul novel remaja PTS dicetak 5 ribu naskhah setiap kali cetak.

Tetapi, buku-buku untuk bacaan remaja dibeli menggunakan wang saku yang dibekalkan oleh ibu bapa, oleh itu harganya tidak boleh terlalu mahal. Justeru, margin keuntungan buku-buku remaja adalah nipis.

Yang paling nipis margin keuntungannya adalah buku untuk kanak-kanak. Ibu bapa mempunyai persepsi buku kanak-kanak tidak patut mahal. Inilah faktor yang menyebabkan kita perlu menjual puluhan ribu unit bagi setiap judul buku kanak-kanak. 

Dari sudut keuntungan, buku-buku bacaan dewasa lebih menguntungkan walaupun jumlah unit jualannya lebih rendah. Orang dewasa sudah bekerja oleh itu mereka mampu membayar lebih bagi buku yang mereka suka. Buku-buku agama adalah jenis buku yang paling banyak dibeli oleh pembaca dewasa.

Namun, yang paling menguntungkan adalah buku-buku profesional kerana golongan yang membeli buku-buku itu mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.

Buku "Change!" ini dijual pada harga RM55 di Semenanjung dan RM58 di Sabah dan Sarawak. Buku ini adalah buku motivasi harga-mahal yang isi kandungannya ditargetkan kepada golongan pembeli profesional yang bercita-cita tinggi mahu naik cepat di tangga kejayaan.

Keuntungan daripada menjual 2000 naskhah buku profesional adalah sama banyak dengan menjual 10,000 naskhah buku remaja, dan sama banyak dengan menjual 30,000 naskhah buku kanak-kanak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 21, 2008

Promosi Novelis Sai-Fai PTS di Radio KLfm

Inilah wajah-wajah TERUNA IDAMAN kegilaan gadis-gadis metro kontemporari!

Yang di kiri itu, (yang kemajanya tidak pernah masuk seluar) adalah Mr. Vovin.

Yang di kanan itu, (yang memakai kemaja rekaan butik-eksklusif) adalah Profesor Kecil Firdaus Ariff. 

Yang di tengah-tengah itu DJ Nazi. 

Laporan lanjut baca di sini. 

Semenjak Tuan Roslan Isa bertanggungjawab ke atas program promosi dalam media, nampaknya kehadiran brand PTS semakin dapat dirasakan oleh peminat buku-buku Melayu. 

PTS adalah penerbit kecil yang mempunyai Jabatan Pemasaran dengan peruntukan bajetnya sendiri. Semua aktiviti periklanan, promosi, pameran, dan event dikendalikan oleh jabatan pemasaran. Pengurusnya adalah Puan Nor Hazizam Abdul Rahman.

Manakala En. Zaharin Zain adalah pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

SABTU 31 Mei di KLCC Convention Centre: Pelancaran Komik Malaysia PTS

.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 20, 2008

Dato’ Baha Zain: Dosa Mahathir

Petik:

"Mahathir ini, dia patut meminta maaf kepada bangsa Melayu kerana telah merusakkan kedudukan dan fungsi Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan sewaktu dia menjadi PM dahulu. Masalah ini masih menjadi masalah yang terus dipergunjingkan; dan melibatkan jutaan pelajar Melayu, dan memudaratkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada masa depan.

Dia telah melakukan kerosakan terhadap tamadun Melayu. Ini bukan kesalahan kecil. Bolehkan tamadun Melayu memaafkannya? Kalau kesalahan terhadap individu barangkali boleh, tetapi terhadap peradaban atau tamadun bagaimana?

Dalam jangka 30 tahun dari sekarang Bahasa Melayu itu dijangka akan menjadi bahasa dunia yang keempat di dunia selepas Mandarin dan Sepanyol, meletakkan bahasa Inggeris pada tempat ketiga.

Perbuatan meminggirkan Bahasa Melayu ini satu dosa tamadun yang sukar dilupakan. Jadi adalah menjadi tanggungjawab besar bagi PM sekarang, YAB Datuk Abdullah Ahmad Badawi, memperbetulkan balik kesalahan Mahathir kerana dia yang mengambil alih Presiden parti dan PM. Kalau tidak, UMNO dan sejumlah tokohnya akan terseret sekali ke dalam sejarah yang sekarang sedang dikumpul dokumen serta sumber-sumber penulisannya.

Dipetik dari blog "Kaca dan Belati Kehidupan". 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Tentang Pusat Zakat Selangor

Hari ini Sifu makan tengah hari dengan beberapa penulis buku motivasi PTS. Salah seorang daripada mereka bercerita tentang gosip-gosip amalan rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai di pusat zakat itu sebelum pilihanraya ke-12 yang lalu. 

Menurut gosip-gosip itu, pegawai-pegawai yang menjaga program motivasi di PPZ itu tanpa silu-silu meminta bahagian mereka daripada yuran yang dibayarkan kepada pembekal modul motivasi. Ada yang meminta sampai 40% - 50% daripada yuran itu.

Akibat daripada amalan itu, mereka yang sanggup memenuhi kehendak pegawai-pegawai tersebut adalah 'budak-budak mentah' dalam bisnes motivasi, yakni mereka yang tidak berpengalaman, justeru susah mendapat pelanggan.

Memang kita ada mendengar cerita bagaimana banyak pegawai agama di Selangor terkejut dan tidak suka dengan keputusan PRU-12 yang lalu atas alasan di bawah kerajaan pembangkang mereka 'susah cari makan'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Bercakap dalam Acara Book-Talk: Cuba Menjual Gerudi kepada Orang yang Mahukan Lubang

Apabila saudara diundang bercakap dalam majlis Book-talk, ingat pepatah dalam dunia bisnes ini: Pelanggan saudara bukannya mahukan batang gerudi sepanjang 1 meter. Dia mahukan lubang sedalam 1 meter.

Prinsip di atas sangat penting diingat oleh semua bisnesman. Penulis adalah bisnesman!

Apabila kita diminta bercakap berkenaan buku kita sendiri, jangan memuji-muji buku kita itu. Jangan sibuk bercakap tentang isi kandungan buku kita dan segala ciri-ciri yang bagus-bagus dalam buku itu. Perbuatan itu serupalah dengan kita menerangkan ciri-ciri terbaik pada gerudi kita.

Ingat, orang yang mendengar kita bercakap itu bukannya mahukan gerudi. Dia mahukan lubang!

Bercakaplah tentang apa yang orang mahu dengar.

Dua orang penulis PTS yang amat mahir bercakap di depan khalayak dengan tujuan mempromosi buku mereka adalah Dr. Danial Zainal Abidin dan YM Dr. Tengku Asmadi.

Apabila mereka bercakap, sedikit pun mereka tidak menyentuh buku mereka. Namun, selesai bercakap orang berebut-rebut membeli buku mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 19, 2008

Apabila Penulis Tidak Puas Hati

Dunia buku Melayu amat kecil. Semua orang kenal semua orang.

Apabila saudara menjadi penerbit, saudara mesti memberi layanan yang baik kepada penulis saudara. Jika tidak, mereka akan bercerita kepada penulis-penulis lain dan nama baik kita cepat rosak. Akibatnya, kita sukar mendapatkan penulis yang berkualiti.

Salah satu perkara yang mudah merosakkan nama baik sesebuah penerbit adalah isu perjanjian penerbitan dan hakcipta.

Ada sebuah penerbit majalah yang sedang berkembang. Ia sekarang sedang mula menerbitkan buku-buku agama untuk bacaan remaja.

Seorang penulis telah menghantarkan karyanya kepada penerbit tersebut, dengan keyakinan penerbit itu mengamalkan etika bisnes yang betul.

Apa yang berlaku, diam-diam bukunya diterbitkan. Tidak ada sebarang dokumen perjanjian diserahkan kepada penulis itu. Tiba-tiba beliau menerima kiriman cek bernilai RM1 ribu sebagai bayaran bagi pembelian manuskrip buku itu.

Pada saat ini nama penerbit itu sedang dijaja oleh penulis yang tidak puas hati itu. Apabila menyuarakan perasaan, si penulis menyebut penerbit itu sebagai "penipu". Gelaran itu sangat merosakkan nama baik saudara dan nama syarikat saudara.

Zaman sudah berubah. Pada masa ini majoriti penulis sudah tahu undang-undang hakcipta.

Demi menjaga kepentingan bisnes kita sendiri jaga nama baik bisnes kita dengan menghormati hak-hak penulis ke atas karya mereka.

Foto dari blog Indiana Book

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Terbaru Tentang Novel Cinta Islami

Pada masa ini, berita-berita tentang perkembangan pasaran buku Melayu yang menggebu-gebu sedang mendorong semakin banyak pelabur individu memasuki industri bidang penerbitan buku berbahasa Melayu.

Gosip pasaran mengatakan seorang wanita cantik yang juga personaliti pendakwah TV yang terkenal sudah menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri, dan beliau sudah pergi ke Jogjakarta bagi melesen novel-novel Islami daripada sebuah penerbit di kota ini.

Ini adalah perkembangan yang baik kerana semakin banyak novel Islami diterbitkan, semakin banyak novel Islami terpamer di kedai-kedai buku, maka akan semakin cepatlah novel Islami diberikan rak khas oleh pengurusan kedai buku.

Dengan adanya rak khas itu semakin mudah novel-novel Islami menarik perhatian para pengunjung dalam kedai buku supaya cuba membelek-belek novel-novel itu.

Pada masa ini jumlah novel Islami belum banyak, oleh itu kehadirannya dalam kedai buku tidak menyerlah, terselit-selit antara berpuluh-puluh novel popular, sehingga orang tidak perasan novel-novel Islami itu sudah ada di dalam kedai.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Satu Lagi Laut Biru: Buku Terjemahan Mendapat Sambutan Baik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PTS menerbitkan 2 buah buku terjemahan ini bagi menge-test pasaran.

Kita perlu tahu apakah pembaca buku berbahasa Melayu mahukan buku-buku terjemahan, dan buku-buku yang bagaimana yang mereka mahukan.

Syarikat CRESCENT adalah pengedar buku-buku umum yang terbesar di Malaysia. Oleh sebab itulah PTS sentiasa mengambil berat pendapat dan pandangan pegawai-pegawai kanan CRESCENT tentang gelagat pasaran buku-buku umum.

Sewaktu pegawai CRESCENT mula-mula memegang buku Brian Tracy dan John Maxwell, beliau terus berkata bahawa buku-buku seperti itu dapat dijual.

Terbukti, selepas 2 bulan diterbitkan, buku-buku itu berjalan lancar di pasaran. 

Kita mengajak penerbit-penerbit lain supaya masuk sektor buku terjemahan. Ini adalah satu lagi pasaran Laut Biru! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 103 of 199 pages « First  <  101 102 103 104 105 >  Last »