Sunday, December 25, 2005

Mengapa Sudah Besar Mahu Makin Besar

Bagi orang biasa-biasa, yang dinamakan 'jutawan' adalah orang yang memiliki wang tunai lebih sejuta dalam banknya pada bila-bila waktu.


Sebenarnya, jutawan-jutawan tidak mempunyai wang berjuta dalam bank. Mengapa?


Sebab mereka melaburkan semula semua wang mereka ke dalam bisnesnya supaya bisnesnya semakin besar. Pada mata orang biasa, tingkah laku itu dilihat sebagai 'tamak harta dunia'.


Bagi penulis muda seperti saudara, tentulah saudara hairan mengapa syarikat-syarikat penerbit seperti Kumpulan Karangkraf yang sudah bernilai lebih RM200 juta setahun masih mahu membeli penerbit yang lebih kecil tetapi memiliki produk yang bagus-bagus.


Lazimnya orang bukan bisnes menyangka, tujuan membuka bisnes adalah supaya banyak wang dalam bank hasil keuntungan bisnes yang dapat disimpan dalam bentuk tunai.


Tetapi bagi orang bisnes, wang tidak boleh disimpan dalam bentuk tunai dalam bank. Di bawah bantal pun tak boleh! Kalau disimpan juga, setiap tahun lebih 30% daripada jumlah tunai itu mesti diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai cukai keuntungan! Jadi orang yang mempunyai wang ada masalah besar:


Di mana wang itu hendak 'di-parking' – itu istilah orang-orang bisnes yang sudah kaya. Wang itu mesti dibelanjakan, kalau tidak kerajaan ambil 30% ataupun lebih.


Inilah sebabnya, bisnes yang besar TERPAKSA makin tambah besar. Wang itu mesti dibelanjakan dengan cara membeli mesin baru, beli bangunan baru, ambil staf baru, buat projek baru, beli syarikat baru, bayar bonus, bayar dividen, dan macam-macam lagi.


Bagi penerbit buku macam PTS, kita mesti melaburkan keuntungan hasil jualan buku bagi mencetak lebih banyak judul baru dan membuka anak-anak syarikat baru yang akan memasuki sektor-sektor baru dalam industri buku tanah air seperti membuka PTS FORTUNA dan PTS ISLAMICA. Kedua-dua anak syarikat ini akan mula melancarkan produk-produknya mulai 2006.


Dengan cara ini kita dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor penerbitan buku-buku Melayu. Ingat saudara, graduan Melayu tidak dapat kerja bukan disebabkan mereka tidak fasih berbahasa Inggeris, TETAPI sebab kerjanya yang tidak ada! Yang fasih berbahasa Inggeris balik dari England dan Amerika pun susah mendapatkan pekerjaan....


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Penerbitan Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 24, 2005

Ayat-ayat Cinta: Novel Cinta yang Sedang Meletup-letup di Indonesia



Saat ini sebuah novel cinta sedang menjadikan pengarangnya, seorang ustaz, kayaraya secara mengejut di Jakarta. Kita petik apa kata seorang jurutera telekomunikasi yang bekerja dengan sebuah syarikat Amerika:


"Sekitar sebulanan yang lalu (seperti biasa) saya berbelanja keperluan sehari-hari di kompleks Hero Gatot Subroto dekat Pancoran dan (seperti biasa juga) sebelum berbelanja saya singgaha dulu di kedai buku Gramedia. Salah satu buku yang menarik perhatian saya adalah buku Ayat-ayat Cinta karya penulis Indonesia yang pernah belajar di Kaherah, Habiburrahman El Shirazi. Saya tertarik karena ada komentar dari Helvi Tiana Rosa dan Ratih Sanggarwati di belakang cover bukunya, yang pada intinya memuji novel ini sebagai novel Islami tetapi tidak klise. Ya sudah, akhirnya saya putuskan untuk membelinya.

Buku itu sempat tidak tersentuh hampir sebulan (cover plastiknya pun belum sempat saya buka) karena biasalah, beberapa minggu terakhir ini kalau sudah sampai rumah rasanya ingin istirahat saja.. tidur.. capek..


Nah, minggu lepas kebetulan saya ke Macau dan Hong Kong.. berhubung flight-nya lama dan saya di sana seminggu. Saya ambil buku itu dari rak buat bacaan dalam penerbangan dan di hotel.


Ternyata Masya Allah, bukunya bagus sangaattt... karena 3 alasan:





  1. Penulisnya pintar sangat 'memotret' setting daerah Kairo, Mesir. Buat yang suka novel dengan gambaran background detail, tambah peta Cairo, novel ini menjadi alternatif 'Cairo in a Shoestring' dalam siri Lonely Planet. Kata salah seorang pengkritik, si penulis mengingatkan dia sama kehebatan Karl May menggambarkan situasi dalam novel 'Winnetou'.




  2. Novel ini penuh dengan nasihat dan contoh-contoh islami yang disampaikan dengan cara yang halus, indah dan tidak klise. Kita tidak berasa macam diceramahi selepas membacanya. Beberapa kali hati saya dibuat berdesir dan mata saya dibuat berkaca-kaca dengan nasihat halus sang penulis.




  3. Last but not least.. Novelnya romantiiiss.




Anyway... novel ini mampu membuat saya berminat untuk tidak tidur ataupun menonton tayangan hiburannya Singapore Airlines yang sebenarnya kuat itu, dan begitulah.. setelah selesai membaca, menurut saya buku ini adalah buku terindah yang pernah saya baca.


Anyway juga, selain memuji ada dua hal yang agak 'mengganggu' dalam buku ini. Pertama, kata pengantar buku ini mencantumkan beberapa rangkuman cerita. Kata pengantar buku ini sedemikian memuji-muji, jadinya dia malah merusak mood pembaca. Jadi ada beberapa bahagian yang jadi tidak surprise lagi karena sudah diketahui dari awal. Jadi kalau ingin baca buku ini, jangan baca kata pengantarnya sebelum selesai membaca seluruh isi bukunya.


Yang kedua, finishing ceritanya ada unsur memaksa.. entah penulisnya kehabisan idea, kehabisan waktu ataupun kehabisan energi, sehingga 3 ataupun 4 bab terakhir kesannya terlalu 'dipaksakan'. Saya agak kehilangan momentum keindahan cerita buku ini di bahagian-bahagian akhirnya. Tapi tetap kesimpulannya: buku ini sangat saya rekomen supaya dibaca oleh yang belum membaca."


Nota saya: Begitulah kata jurutera Indonesia itu. Cuba saudara buat search dalam blog untuk kata masukan “ayat-ayat cinta” dan baca sendiri bagaimana panasnya novel itu diperkatakan oleh komuniti bloggers di sana.


Kita di sini biasa mendengar pendapat, justeru di kalangan penerbit sekalipun, yang mengatakan pengarang lelaki tidak berupaya menulis novel cinta yang diminati oleh pembaca lelaki dan perempuan. Malah mereka mengeluh sambil mengatakan hanya perempuan-perempuan muda dan mereka yang bukan profesional serta perempuan rendah pendidikan sahaja yang dapat diajak membaca novel cinta, sehingga novel cinta kita perlu dijual dengan margin keuntungan yang nipis.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Novel
(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 23, 2005

Lanskap Terkini Dunia Novel Cinta

Terlalu ramai penulis novel cinta, terlalu sedikit penerbit yang kuat dan kredibel. Inilah lanskap dunia novel cinta tanah air saat ini.


Jikalau saudara seorang penulis novel cinta yang terkenal, sudah mempunyai ramai peminat dan jualan setiap judul novel saudara melebihi 50,000 naskhah, jikalau saudara tidak puas hati dengan cara-cara bagaimana saudara dilayan oleh kakitangan bahagian editorial penerbit saudara sekarang, apakah pilihan saudara?


Pertama, kalau saudara memang memerlukan duit yang banyak, saudara perlu bersabar sahaja memandangkan penerbit saudara sekarang berupaya menjual novel saudara dengan begitu berkesan dan ia mempunyai rekod bersih di mana ia tidak menipu bayaran royalti saudara. Kalau saudara penulis baru, pilihan ini adalah yang terbaik. Dalam kategori ini tidak ada mana-mana penerbit yang dapat menandingi Alaf21 yang membayar royalti setiap 3 bulan sekali!


Kedua, saudara boleh menghantar manuskrip baru saudara kepada penerbit novel cinta besar lain, yang juga mempunyai keupayaan menjual novel saudara dalam jumlah puluhan ribu naskhah. Tetapi mungkin penerbit lain itu mempunyai amalan-amalan bisnes yang tidak berapa sesuai dengan jiwa saudara, sebagai contoh jikalau saudara penulis baru, saudara mungkin dikehendaki menjual kepadanya hakcipta saudara dengan harga serendah RM3 ribu sahaja.


Ketiga, saudara boleh pergi ke penerbit buku-buku umum tradisional seperti Rythm, Utusan dan Times, tetapi mereka tidak berani mencetak lebih daripada 5 ribu naskhah. Sebagai penerbit buku-buku umum, mereka mempunyai mindset tidak berani mencetak buku lebih daripada 5 ribu unit sekali cetak. Bagi saudara yang sudah pernah menikmati cetakan 30 ribu ataupun lebih, jumlah itu takkan menarik di mata saudara.


Keempat, saudara boleh menghubungi penerbit-penerbit novel cinta yang baru muncul, yang dimiliki oleh penulis novel cinta ternama seperti NB KARA milik Norhayati Berahim, ataupun INTENS MEDIA milik Fauziah Ashari, ataupun KaryaDya milik Aina Emir. Laman web KaryaDya sudah mengumumkan ia akan menerbitkan novel Mimie Afinie. Disebabkan para penulis novel-novel cinta saling berkawan-kawan sesama mereka, kita meramalkan tiga penerbit ini akan menerima banyak manuskrip daripada kawan-kawan mereka sendiri.


Kelima, saudara boleh pergi ke KAKI NOVEL, milik bekas eksekutif di Karangkraf yang berjaya menjual novel 'Bukan Cinta Biasa' karya Izzul Izzati, sebuah manuskrip yang pernah ditolak oleh sebuah penerbit besar. Salah satu faktor kejayaan Kaki Novel adalah kerana pemiliknya mempunyai pengetahuan teknikal yang luas tentang dunia penerbitan.


Keenam saudara boleh pergi ke NZ, penerbit yang mempunyai kaitan dengan pemilik NZ Curry House yang terkenal itu! Norhayati Berahim pun pernah menerbitkan novelnya 'Terima Kasih, Kekasih' dengan NZ, tetapi ini adalah pilihan terakhir disebabkan penerbit itu belum membuka jabatan editorial yang profesional sehingga mutu editingnya tidak berkualiti tinggi. Khabarnya pemilik Kaki Novel adalah 'pelarian' dari NZ juga!


Keenam, saudara boleh ikut jejak langkah Norhayati Berahim, Fauziah Ashari dan Aina Emir dengan membuka syarikat penerbitan sendiri dan menjadi pengarang 'self-publish'. Sudah terdengar angin-angin yang menyebut seorang lagi ratu novel cinta akan melakukan yang sama bila-bila masa sekarang.



Kemunculan NB Kara, Kaki Novel, Intens Media dan KaryaDya pastilah sedang diikuti dengan teliti oleh pemilik saham Alaf21 dan Creative kerana dari mana lagi keempat-empat penerbit baru itu akan mendapatkan manuskrip bermutu kalau bukan daripada sahabat-sahabat mereka sendiri yang kini masih menerbitkan karya mereka dengan kedua-dua gergasi itu. Kebetulan mereka berempat semuanya adalah 'veteran' Karangkraf-Alaf21-Creative, oleh hal yang demikian memang patutlah jika mereka mempunyai network informal yang elok dengan kakitangan ketiga-tiga syarikat itu yang dapat menyalurkan banyak maklumat tentang dunia penerbitan novel cinta.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Novel
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 22, 2005

Penerbit Kecil Makanan Penerbit Besar

Adalah dianggarkan nilai pasaran novel cinta di negara ini sekarang bernilai sekitar RM30 – RM35 juta setahun. Maka tidak hairanlah jikalau peluang membuat keuntungan yang demikian banyak telah mendorong munculnya pemain-pemain baru dalam industri ini dan mereka menjadi pesaing kepada dua gergasi utama, Alaf21 dan Creative.


Utusan, Rythm dan Times adalah nama-nama besar yang sudah lama berada dalam industri buku tetapi ikut menceburkan diri ke dalam sektor novel cinta. Kemudian muncul pula penerbit-penerbit baru seperti NZ, Kaki Novel dan lain-lain.


Tidak cukup di situ, industri ini sekarang menyaksikan fenomena baru di mana penulis-penulis novel cinta yang terkenal ikut menubuhkan syarikat penerbitan masing-masing bagi menerbitkan dan mengedarkan karya mereka sendiri. Mereka ini dipanggil dengan istilah 'independent publisher'.


Maka timbul isu hangat berkenaan cara-cara bagaimana para penerbit hendak menjaga penulis masing-masing daripada lari sama ada ke penerbit lain ataupun membuka syarikat penerbitan sendiri.


Kata seorang editor di sebuah penerbit, “Dahulu mereka penulis kami, sekarang mereka pesaing kami. Satu hari nanti mereka mungkin melarikan penulis-penulis kami yang ada.”


Di sebalik kata-kata editor itu adalah situasi di mana berlakunya persaingan antara penerbit-penerbit baru yang cuba mencuri penulis yang sudah ada nama, manakala penerbit besar cuba menghalang penulis terkenal mereka daripada lari.


Adakah fenomena ini sihat bagi perkembangan dunia penerbitan novel cinta Melayu? Jawabnya tidak.


Kemunculan begitu banyak penerbit novel cinta akhirnya dapat merugikan semua pihak yang bergiat dalam sektor itu. Statistik menunjukkan majoriti penerbit kecil tidak dapat berkembang menjadi penerbit besar. Kecuali satu ataupun dua yang berjaya, yang lain akhirnya tutup kedai.


Apabila penerbit tutup kedai, bukan pemegang sahamnya sahaja yang menanggung kerugian, malah penulis-penulis novel cinta yang menerbitkan karya mereka dengan penerbit itu ikut menanggung kerugian dalam bentuk hutang royalti yang tidak dapat dibayar oleh penerbit.


Mana-mana 'independent publisher' yang mempunyai produk istimewa akhirnya dibeli oleh penerbit-penerbit besar. K-Publishing yang dibuka oleh sasterawan Khadijah Hashim bagi menerbitkan sendiri novel-novelnya, dibeli oleh Mahir, kemudian Mahir dibeli oleh Cerdik yang dimiliki oleh Pengerusi Rythm. Majalah “PC” dibeli oleh Karangkraf. Sasbadi sedang dalam proses dibeli oleh Dawama.


Terbaru, sudah kedengaran gosip-gosip dalam pasaran yang menyebut sebuah penerbit gergasi mungkin berjaya membeli penerbit majalah wanita Islam paling popular, milik seorang penulis novel yang terkenal.


Trend begini bukan hanya berlaku di negara ini. Ia adalah trend global. Penerbit-penerbit besar sentiasa mahu semakin membesar. Disebabkan mereka sudah mempunyai sumber kewangan yang kukuh, mereka tidak berminat memasuki sektor baru bermula dari titik kosong. Mereka lebih berminat membeli syarikat-syarikat yang sudah berjaya membangunkan produk-produk seperti yang mereka mahukan.



Adakah saudara sedang memikir-mikirkan idea hendak menerbitkan sendiri karya saudara, baik novel cinta mahupun bukan? Jikalau saudara didorong oleh motif mahu mencari kepuasan, motif itu tidak sesuai dijadikan asas membuka syarikat penerbitan.



Perniagaan mempunyai logik angkanya sendiri. Apabila logik angka itu tidak betul, perniagaan itu tidak dapat bertahan. Jumlah modal operasi minimum bagi menubuhkan syarikat penerbitan kecil adalah RM500 ribu.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Penerbitan Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Selepas Kontrak Nama, Kontrak Apa?

Apabila nama komersial pengarang novel-novel cinta dianggap amat berharga dan penting bagi bisnes penerbit, isu yang sebenar di sebalik langkah itu adalah masalah pengurusan bakat penulis dalam menghadapi persaingan daripada kemunculan pemain-pemain baru dalam industri novel cinta.


Langkah mana-mana penerbit menyekat para penulisnya daripada menggunakan nama komersial yang sama apabila menerbitkan karyanya dengan penerbit lain dapat dilihat sebagai usaha menghalang penulis daripada meninggalkan penerbit itu dan lari ke penerbit lain.


Klausa sekatan ke atas nama komersial tidak dapat menyekat penulis daripada menggunakan nama komersial yang sama apabila menerbitkan karya barunya dengan mana-mana penerbit lain. Hanya dengan menambah ataupun menukar SATU HURUF sahaja pada nama komersial itu penulis sudah dapat melepaskan dirinya daripada belenggu klausa tersebut.


Dalam industri muzik, kontrak yang menjadi amalan standard adalah kontrak tempoh, bukan kontrak nama. Dalam industri itu penyanyi dikenakan sekatan tidak boleh merakamkan lagu dengan mana-mana penerbit lain selama tempoh 2 ataupun 3 tahun ataupun lebih. Opsyen kontrak tempoh sudah difikir-fikirkan oleh kalangan penerbit novel-novel cinta.


Satu lagi opsyen adalah kontrak produk di mana penulis disekat daripada menerbitkan buku yang serupa, yang dapat menyaingi bukunya dengan penerbit itu. Kontrak ini memang amalan standard dalam industri buku, apa jenis buku sekalipun. Saudara semak sahaja klausa-klausa dalam dokumen perjanjian penerbitan saudara sekarang, di mana sekatan itu dinyatakan dengan jelas sekali.


Kontrak produk yang digunakan pada masa ini perlu ditafsirkan dan diuji di sisi-sisi undang-undang. Apabila penulis novel cinta menulis novel “Panah Cintamu” untuk satu penerbit, kemudian dia menulis novel “Kolam Cintamu” untuk penerbit lain, apakah dia melakukan pelanggaran klausa kontrak produknya dengan penerbit pertama? Isu ini perlu dirujukkan kepada peguam yang pakar dalam bidang ini.


Jika klausa sekatan produk ini perlu diperketatkan, penerbit boleh menyatakan dalam dokumen perjanjian penerbitannya dengan menggunakan perkataan-perkataan yang lebih spesifik, ciri-ciri novel cinta daripada pengarang yang sama yang disekat daripada diterbitkan oleh penerbit lain.


Dari satu sudut lain, langkah memperketatkan klausa-klausa sekatan dalam dokumen perjanjian penerbitan hanya mengancam objektif asal perjanjian itu, yakni menjaga kepentingan bisnes penerbit. Penulis yang pintar tidak akan mahu menerbitkan karyanya dengan penerbit yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas kreativitinya.


Kita balik kepada isu pengurusan bakat. Aset penerbit yang paling bernilai adalah bakat-bakat penulis yang karyanya diterbitkan. Sebarang tindakan yang dapat mendorong para penulis terus setia kepada penerbit adalah sebaik-baik strategi dalam pengurusan bakat penulis.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 21, 2005

Nama Siapa Lebih Besar: Nama Pengarang ataupun Nama Penerbit?

Kata Shakespear, “Bunga mawar itu tetap bunga mawar walaupun ia dipanggil dengan nama bunga tahi ayam!”

Norhayati Berahim si Ratu Cinta itu, tidak menggantikan nama kampungannya dengan nama komersial, namun novel-novel cintanya tetap laris walau siapa pun penerbitnya. Apa kurang kampungannya nama Ramli Sarip, si Papa Rock itu?


Kata seorang penerbit novel-novel cinta, penulis adalah umpama Micheal Schumaker, si drebar Formula-1 itu. Penerbit pula adalah umpama Ferrari, syarikat pembuat kereta lumba terbaik di dunia, yang membolehkan Schumaker menang perlumbaan. Analogi beliau itu menarik sekali.


Jikalau Micheal Schumaker menggunakan nama lain, apakah dia masih tetap dapat memenangi grandprix yang disertainya? Hal itu tentu sekali dipengaruhi oleh banyak faktor, seperti cuaca, keadaan kesihatannya pada waktu itu, keadaan balapan, dan tentu sekali faktor apakah dia diberi kereta Ferrari ataupun bukan.


Kalau begitu halnya dengan nama, mengapakah penulis-penulis novel cinta bising-bising apabila penerbit mereka memperkenalkan klausa baru dalam perjanjian penerbitannya baru-baru ini yang menyekat novelis-novelis itu daripada menggunakan nama komersial mereka apabila menulis untuk penerbit lain?


Benarkah nama komersial begitu berharga kepada bisnes si penerbit sehingga perlu dimasukkan klausa itu dalam perjanjian penerbitan? Yang jelas, nama penulis-penulis baru, apakah nama mereka itu nama berbau kampungan ataupun komersial, dapat menjadi nama besar disebabkan banyaknya kos dan risiko yang telah diambil oleh si penerbit bagi mengetengahkan karya-karya awal mereka.


Sebelum sesiapa pun kenal Norhayati Berahim, Creative mengambil risiko menerbitkan karya-karyanya. Apabila Norhayati Berahim meninggalkan Creative, kemudian berpindah ke Alaf21, kemudian meninggalkan Alaf21, kemudian berpindah ke NZ, kemudian meninggalkan NZ, dan sekarang menjadi pengarang 'self-publish', ketiga-tiga penerbit itu tetap rugi kerana tidak berpeluang menerbitkan novel-novel baru Ratu Cinta bernama kampungan itu.


Benarkah nama komersial begitu penting pada jualan novel baru si penulis sehingga mereka yakin, tanpa menggunakan nama komersial yang sama, novel-novel baru mereka tidak laku?


Dari segi undang-undang, katakanlah saudara menggunakan nama komersial ABDULLAH JONES dan saudara sudah telanjur menandatangani perjanjian penerbitan yang mengandungi klausa seperti itu, apakah yang dapat saudara lakukan jika saudara mahu menerbitkan novel baru saudara dengan penerbit lain?


Jikalau saudara anggap nama komersial saudara itu amat bernilai, paling mudah adalah dengan menukar sedikit sahaja ejaan nama komersial saudara itu. Gunakan ejaan ABDULLAH B. JONES ataupun JONES ABDULLAH atapun ABDULLAH JONNES ataupun apa-apa ejaan lain yang lebih kurang seperti itu. Peminat saudara tidak akan keliru bahawa semua nama-nama itu adalah nama penulis yang sama.


Nama yang terkenal hanyalah salah satu faktor yang mempengaruhi jualan novel. Faktor lain yang sangat penting adalah kekuatan penerbit.


Dalam dunia novel, nama Faisal Tehrani adalah nama besar berdasarkan banyaknya pelbagai hadiah yang dimenanginya, tetapi jualan novel-novelnya tidak dapat mengeksploitasi namanya yang besar itu disebabkan novel-novel beliau tidak diterbitkan oleh penerbit-penerbit yang mempunyai cukup kekuatan bagi mempromosi dan mengedarkan karya-karyanya dalam pasaran.


Sebesar-besar nama Micheal Schumaker, beliau memerlukan enjin Ferrari apabila bersaing di atas balapan grandprix.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Hubungan penulis-penerbit
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Milik Siapa Nama Komersial?

Adakah saudara baru belajar menulis? Sebagai penulis baru, saudara perlu tahu hak-hak saudara ke atas harta intelektual yang saudara cipta, yakni buku saudara.


Katakanlah, dalam kad pengenalan saudara, nama saudara sekarang dieja AB. GANI BIN ABD. LATIP suatu ejaan yang dianggap berbau 'nama kampung'. Penerbit saudara mengubah ejaan nama saudara itu menjadi ABD. GHANI LATIFF yang dianggap lebih moden dan lebih sesuai bagi tujuan komersial.


Bolehkah penerbit saudara memaksa saudara menandatangani perjanjian penerbitan yang menyekat saudara daripada menggunakan ejaan ABD. GHANI LATIFF pada buku-buku saudara yang diterbitkan oleh penerbit lain?


Katakanlah, saudara dipaksa menggunakan nama komersial yang dicipta oleh penerbit itu, umpamanya nama komersial yang dicipta untuk saudara adalah ABDULLAH JONES. Siapakah pemilik nama komersial saudara itu, saudara ataupun penerbit?


Isu siapa yang memiliki hak penggunaan nama-nama komersial pengarang kini menjadi isu hangat di kalangan penulis-penulis novel cinta tanah air kita. Puncanya begini, baru-baru ini sebuah penerbit tempatan memasukkan klausa baru dalam dokumen perjanjian penerbitan yang menyekat pengarang daripada menggunakan nama komersialnya pada buku-bukunya yang diterbitkan oleh penerbit lain selepas menandatangani perjanjian itu.


Dari satu sudut, langkah itu adalah usaha penerbit bagi menjaga kepentingan bisnesnya. Dengan meletakkan klausa sekatan itu, diharapkan pengarang tidak akan lari ke penerbit lain. Tetapi dari satu sudut lain, klausa itu boleh menyebabkan pengarang yang sudah terkenal tidak mahu menerbitkan karyanya dengan penerbit itu lagi.


Nama komersial adalah nama samaran. Nama samaran adalah suatu amalan lazim dalam semua sektor penerbitan, baik penerbitan buku, muzik, ataupun filem. Nama P. RAMLEE, SALOMA, KRU, dan MAWI adalah nama-nama samaran. Syarikat-syarikat penerbit muzik dan filem tidak pernah menyekat artis mereka daripada menggunakan nama samaran yang sama apabila menyanyi ataupun berlakon di bawah label penerbit lain.


Di PTS, ada pengarang yang menggunakan ejaan nama yang berbeza daripada ejaan nama mereka pada kad pengenalan. Ada juga yang menggunakan nama samaran. PTS tidak meletakkan klausa sekatan penggunaan nama-nama itu dalam perjanjian penerbitannya.


Strategi PTS bukanlah menjadikan pengarang takut hendak lari ke penerbit lain, sebaliknya adalah dengan cara-cara yang menjadikan pengarang-pengarang PTS tidak mahu lari ke penerbit lain.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 20, 2005

Teknik Menerangkan Babak Terlarang dalam Sastera Islam


Berdasarkan surah Yusuf, sastera Islam membolehkan pengarang bercerita tentang berlakunya peristiwa-peristiwa durjana. Ini adalah berdasarkan adanya disebutkan cerita-cerita berikut dalam surah Yusuf:


1. Cerita pembunuhan Nabi Yusuf oleh abang-abangnya.


2. Cerita perbuatan anak durhaka oleh abang-abang Nabi Yusuf.


3. Cerita tentang perempuan yang curang terhadap suaminya pada peristiwa Siti Zulaikha cuba memerangkap Nabi Yusuf dalam kamarnya.


4. Cerita tentang perempuan-perempuan yang tergoda oleh keelokan rupa paras seorang lelaki pada peristiwa rakan-rakan Siti Zulaikha terpotong jari mereka sendiri apabila terpandang akan Nabi Yusuf.



Empat peristiwa itu membuktikan dalam sastera Islam, isu cerita adalah bebas dan terbuka. Tiada sebarang sekatan tentang apa yang boleh diceritakan dalam sastera Islam.


Malah dalam surah-surah lain terdapat cerita-cerita tentang orang-orang yang melakukan homoseksualiti seperti pada kisah Nabi Luth, cerita orang membunuh dengan cara membakar seperti pada cerita Nabi Ibrahim, cerita tentang kegagalan bapa dan suami mendidik anak dan isterinya supaya beriman seperti pada cerita Nabi Nuh, ada cerita tentang orang-orang yang pandai ilmu sihir seperti pada cerita Nabi Musa dengan tongkatnya, cerita lelaki yang kalah kepada pujukan perempuan seperti pada cerita Nabi Adam dengan buah khuldi untuk Siti Hawa, dan banyak lagi cerita tentang perbuatan-perbuatan dosa besar.



Jadi isu cerita adalah terbuka, yakni apa sahaja boleh diceritakan dalam karya sastera Islam. Jika demikian halnya, apakah yang tertutup dalam sastera Islam? Yang tertutup dalam sastera Islam adalah 2 perkara:




1. Teknik penceritaan.
Dalam sastera Islam, ada teknik-teknik penceritaan yang dibenarkan, manakala ada teknik-teknik penceritaan yang tidak dibenarkan.



Sebagai contoh, sastera Islam tidak membenarkan pengarang menerangkan dengan detail rupa paras dan tubuh badan seseorang. Dalam surah Yusuf tidak ada ayat-ayat yang memberikan maklumat tentang rupa paras Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha. Sebaliknya, lihat bagaimana keelokan rupa paras Nabi Yusuf digambarkan secara tidak langsung, iaitu dengan menampilkan peristiwa rakan-rakan Siti Zulaikha yang terpotong jari mereka sendiri.




2. Babak-babak dalam peristiwa yang diceritakan.
Dalam sastera Islam, ada jenis-jenis babak yang dibenarkan diceritakan dengan terperinci, manakala ada babak-babak yang tidak dibenarkan diceritakan dengan terperinci.



Sebagai contoh, babak bagaimana cara abang-abang Nabi Yusuf membunuh beliau tidak diterangkan dengan terperinci, hanya diceritakan bahawa mereka membawa Nabi Yusuf keluar jauh dari rumah dan di suatu tempat mereka mencampakkan Nabi Yusuf yang masih kecil itu ke dalam lubang, kemudian mereka membunuh kambing lalu melumurkan darah kambing itu pada baju Nabi Yusuf. Baju itu kemudian di tunjukkan kepada ayah mereka, Nabi Yaakub, sebagai bukti kononnya Nabi Yusuf mati diterkam serigala. Bagi babak ini tidak ada ayat-ayat yang menggambarkan dengan terperinci tentang peristiwa pembunuhan itu. Ini memberitahu kita bahawa sastera Islam tidak membenarkan babak-babak di mana berlaku perbuatan dosa-dosa besar diterangkan dengan terperinci. Babak-babak durjana hendaklah diceritakan secara tidak langsung dan tidak terperinci.



Kita akan bincangkan dengan lebih lanjut isu apa yang diterima dan apa yang ditolak dalam sastera Islam dari masa ke masa.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sastera Islami
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 19, 2005

Lucah Lembut Tidak Diterima dalam Sastera Islam


Sastera Islam menolak babak-babak yang mengandungi unsur lucah, meskipun ia dalam bentuk yang lembut dan tersirat, ataupun ia dikemukakan dalam bentuk senda gurau sahaja.


Lihat contoh di bawah ini:


“Kalau awak tidak percaya kopi ini masin, cuba rasa. Nah!” Azman menolak cawan berisi nescafe itu kepada Saidah.


“Mana ada! Manislah!” kata Saidah lalu menolak semula cawan itu kepada Azman.


“Benarkah?” Azman mengambil cawan nescafe yang ditolak kepadanya lalu merasa semula.


“Benarlah, sekarang sudah manis! Barangkali kopi ini bertukar menjadi manis sesudah terkena bibirmu,” usik Azman.


“Miang!”


Saidah mencubit-cubit Azman dengan geramnya.


Dalam babak di atas, Azman dan Saidah adalah dua orang rakan sekuliah di universiti. Babak ini mengambil tempat di kantin pelajar universiti itu.



Dalam babak di atas terdapat dua unsur yang tidak diterima dalam karya Islami (a) kata-kata yang mengandungi unsur lucah lembut, dan (b) perbuatan perempuan menyentuh lelaki yang bukan muhrimnya.


Meskipun unsur lucah itu hanya dalam gurauan antara dua orang rakan pelajar, dan perbuatan perempuan menyentuh lelaki bukan muhrim itu adalah dalam bentuk mencubit-cubit, Islam tetap tidak membenarkannya dituliskan dalam karya sastera disebabkan unsur penceritaan seperti itu tidak terdapat dalam surah Yusuf.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sastera Islami
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 18, 2005

Tan Sri Khalid Ibrahim dan Kongres

Kita pernah menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim bercakap dalam tv dan seminar. Tetapi dalam kongres lalu, barulah nampak dengan amat jelas dan terang apa yang ada dalam lubuk hatinya.


Rupa-rupanya beliau mempunyai bakat menyampaikan pemikirannya dengan gaya yang sangat persuasif. Sepanjang 20 minit beliau bercakap, sebanyak 13 kali dewan memberi tepukan gemuruh kepada analisis dan cadangan-cadangan yang dikemukannya berkenaan isu-isu ekonomi orang Melayu dan ekonomi negara.


Beliau seorang yang tidak petah bercakap. Ayat-ayatnya kerap patah-patah, manakala ada masanya beliau tercari-cari perkataan yang betul. Meskipun beliau mempunyai dua kelemahan itu, beliau muncul sebagai individu paling persuasif sepanjang kongres.


Apakah faktor yang membolehkan orang yang tidak petah bercakap begitu persuasif? Inilah analisis kita:


a. Beliau mengemukakan maklumat-maklumat baru dan statistik yang belum diketahui oleh peserta kongres.


b. Beliau menggunakan cerita bagi menyampaikan maklumat dan statistik yang dapat mengelakkan hadirin daripada bosan mendengar, di mana beliau bercerita tentang analisis profesor di Oxford tentang prestasi PNB dibandingkan dengan prestasi Temasek di Singapura yang serupa usia dan fungsinya. PNB berjaya mengumpul US$20 bilion sedangkan Temasek berjaya mengumpul US$140 bilion!


c. Meskipun beliau tidak petah, tetapi beliau menyebutkan setiap perkataan yang diucapkannya dengan terang dan jelas dan ini menyebabkan hadirin faham apa yang dikatakannya.


d. Beliau bercakap dari lubuk hatinya. Beliau tidak pura-pura menjadi orang pandai. Beliau hanya bercakap tentang apa yang dia tahu. (Apa yang beliau tahu, banyak orang tidak tahu.) Sikap itulah yang menyebabkan hadirin tidak sangsi ataupun menaruh curiga tentang pendiriannya dalam isu-isu yang diterangkannya.


Ini kesimpulan kita: Tan Sri Khalid Ibrahim mempunyai bakat persuasif yang belum pernah kita lihat ada pada mana-mana tokoh korporat Melayu.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sains Penulisan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kongres Tolak BI Sebagai Bahasa Pengantar S&M

Kongres Kepentingan Bangsa yang diadakan pada 16 & 17 Dis. 2005 menolak penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kongres sekaligus mendesak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya mengembalikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah, kolej dan universiti.


Kongres juga mahu supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji keberkesanan pelaksaaan sistem pendidikan yang dilaksanakan di negara ini.


Kongres juga mendesak kerajaan supaya memberikan semula bantuan perkapita kepada sekolah-sekolah agama rakyat.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Isu Semasa
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Catatan Kongres Kepentingan Bangsa

Sebelum ini kita tidak pernah menyaksikan begitu ramai tan sri dan dato'-dato' yang terdiri daripada bekas-bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan hadir dalam kongres kepentingan Melayu. Termasuk di antara mereka adalah bekas-bekas ketua setiausaha negara!



Tan Sri Abdul Rahman Arshad dan Dato' Omar Hashim, kedua-duanya bekas ketua pengarah pendidikan Malaysia, semalam menjadi panel dan membentangkan ulasan mereka ke atas ucapan dasar kongres yang disampaikan oleh YAM Tengku Razaleigh Hamzah. Kedua-duanya dengan terus terang mengatakan Akta Pendidikan 1996 adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta Dasar Pendidikan Negara ini.




 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Isu Semasa
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 15, 2005

Novel “Self-Publish” Jatuh Mutu

Sejak akhir-akhir ini semakin bertambah jumlah penulis novel-novel cinta yang selama ini menerbitkan karya mereka dengan Alaf21 dan Creative yang mengambil langkah menerbitkan sendiri novel terbaru mereka.



Salah seorang daripada mereka memberitahu mengapa beliau mengambil langkah menerbitkan karyanya sendiri. Menurut novelis itu, beliau mahukan 'kepuasan' menerbitkan karyanya sebagaimana yang ditulisnya, tanpa diedit oleh penerbit.



Menurut novelis itu lagi, beberapa editing yang dilakukan oleh penerbit amat tidak disetujuinya, tetapi beliau terpaksa mengalah. Faktor itulah yang mendorong beliau mencari kepuasan dengan menerbitkan sendiri novel cintanya yang terbaru.



Inilah maklumat yang kita peroleh daripada pengedar novel terbesar: Beliau menerima komplen daripada agen dan pembeli tentang novel-novel yang terbit dengan cara self-publish itu, bahawa kualiti novel-novel itu merosot dibandingkan dengan novel-novel pengarang yang sama yang diterbitkan oleh Alaf21 ataupun Creative.



Antara faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan kualiti itu adalah banyak kesalahan ejaan, banyak kesalahan tatabahasa, cerita kurang menarik dan kulit kurang cantik.



Seorang peminat kepada salah seorang novelis cinta itu berkata, “Macam novel itu bukan karyanya. Bahasanya lain sangat. Bila bahasanya tak sedap, ceritanya pun jadi kurang sedap dibaca.”



Nampaknya fenomena novelis cinta meninggalkan penerbit dan menjadi penulis self-publish menimbulkan kesan sama-sama rugi bagi penerbit mahupun penulis.



Dari sudut bisnes, penerbit tentu kecewa apabila penulis yang mereka bimbing sehingga menjadi terkenal dan kaya tiba-tiba mengambil tindakan menerbitkan sendiri karya baru mereka. Ambil kes di mana penerbit baru 3 bulan menerbitkan karya terbaru seorang novelisnya yang terkenal. Tiba-tiba novelis itu menerbitkan sendiri novelnya yang lebih terbaru. Pada pandangan penerbit itu, berilah peluang novel yang diterbikan oleh penerbit itu habis terjual di pasaran, barulah kemudian si novelis menerbitkan novel barunya, supaya kedua-dua novel itu tidak bersaing sama sendiri dalam pasaran.



Namun, dari kacamata penulis, tentu sekali mereka jauh hati apabila penerbit terlalu banyak menekan penulis supaya menerima sahaja apa jua bentuk editing yang dilakukan oleh penerbit.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Novel
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Unsur Khurafat Tidak Diterima dalam Sastera Islam

Dalam masyarakat Melayu, kepercayaan-kepercayaan khurafat yang ada pada hari ini berasal daripada dua sumber:




  1. Sebelum orang Melayu mempunyai agama, mereka mengamalkan animisme, yakni percaya adanya kuasa-kuasa ghaib pada unsur-unsur alam semulajadi. Kepercayaan itu masih terus diamalkan oleh kaum-kaum Melayu Asli yang belum masuk Islam iaitu suku Jakun, Temuan dan Semelai. Walaupun suku Melayu sudah masuk Islam, mereka terus mempercayai kepercayaan-kepercayaan lama itu, seperti percaya adanya tempat-tempat yang 'keras', adanya 'orang bunian' ataupun adanya kuasa 'sumpah'.






  1. Apabila agama Hindu datang ke Alam Melayu, orang Melayu masuk agama Hindu dan mereka diperkenalkan dengan kepercayaan khurafat yang terdapat dalam ajaran Hindu, sebagai contoh kepercayaan tentang kuasa 'daulat', alam nirwana, dewa-dewa dan lain-lain lagi.





Salah satu misi Islam adalah membasmi kepercayaan khurafat, kerana ia menyebabkan syirik. Contoh-contoh kepercayaan khurafat adalah:




  1. Percaya sesuatu benda mati itu mempunyai kuasa sakti, umpamanya batu delima boleh melindungi keselamatan orang yang memilikinya, sebagai contoh orang yang memiliki batu delima itu tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun.






  1. Percaya ada makhluk-makhluk lain, selain apa yang disebut dalam Quran, umpamanya, ada orang bunian, vempire, pontianak, penunggu, hantu kopek dan banyak lagi.






  1. Percaya wujudnya makhluk yang disebut dewa-dewa dan dewi-dewi yang mempunyai kuasa-kuasa luar biasa, yakni kuasa-kuasa yang hanya dimiliki Tuhan, seperti dapat menghidupkan semula benda yang sudah mati.






  1. Percaya adanya makhluk lain yang lebih istimewa daripada manusia biasa, seperti adanya manusia jadi-jadian ataupun puteri bunian.






  1. Percaya adanya jenis manusia lain, selain manusia keturunan Nabi Adam, sebagai contoh, manusia puteri yang lahir dalam buluh betung, ataupun manusia yang lahir dari muntah kerbau, ataupun manusia keturunan dewa-dewa.






  1. Percaya pada kuasa sumpah, umpamanya percaya adanya manusia biasa yang berupaya menyumpah anaknya menjadi batu, ataupun berupaya menyumpah negerinya supaya menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan, ataupun berupaya menyumpah putera raja menjadi katak.






  1. Percaya adanya manusia yang mempunyai kuasa luarbiasa seperti kuasa daulat, umpamanya seseorang manusia biasa itu boleh menyebabkan manusia lain 'terkena daulatnya' sehingga mendapat penyakit sopak.






  1. Percaya adanya ilmu-ilmu ghaib yang selayaknya dimiliki dan diamalkan oleh manusia yang baik-baik, sedangkan ilmu-ilmu itu mempunyai ciri-ciri ilmu sihir, iaitu suatu jenis ilmu yang haram mengamalkannya.






  1. Percaya adanya kuasa-kuasa ghaib pada angka dan huruf, sebagai contoh angka 8 adalah angka bertuah manakala angka 4 adalah angka sial.






  1. Percaya adanya manusia yang lahir membawa sial ataupun tuah.






  1. Percaya adanya makhluk seperti pokok, ikan, burung ataupun belalang yang mempunyai kuasa mendatangkan nasib untung ataupun nasib sial kepada manusia.






  1. Percayanya ada benda-benda yang mempunyai kuasa 'keramat' seperti kubur ataupun batu yang berkuasa memberi anak kepada pasangan mandul dan lain-lain.






  1. Percaya adanya kitab lain yang ajaran di dalamnya mesti dipatuhi oleh manusia selain daripada kitab Quran, umpamanya percaya ajaran dalam kitab Bhagavadgita layak dijadikan pegangan oleh manusia.




Adakah sastera Islam menerima karya-karya fantasi? Kita berpandangan, ya, sastera Islam boleh menerima karya fantasi selagi ia tidak mengandungi unsur khurafat.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sastera Islami
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Cerita Lawan Teknik Penulisan

Kursus-kursus penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan persatuan-persatuan penulis amat condong kepada mengajar para peserta tentang teknik-teknik penulisan.

Jika saudara mengikuti kursus penulisan kreatif anjuran PTS, saudara akan dapati PTS tidak menekankan teknik-teknik penulisan. Sebaliknya PTS menekankan dua perkara:


1. Proses mencipta cerita


2. Isi kandungan cerita


Dalam kursus PTS, perkara yang menjadi isu besar adalah 'cerita' (story). Jadi kita bertanya 'Apa ceritanya?'. Kita berpandangan, cerita adalah lebih penting daripada teknik penulisan. Oleh sebab itu PTS mementingkan latihan mencipta cerita.


Adakah saudara mempunyai cerita yang menarik? Hantarkan sinopsis cerita saudara kepada kita. Apabila kita berminat dengan cerita itu, kita akan panggil saudara mengikuti kursus PTS di mana saudara akan dilatih menuliskan karya kreatif saudara menggunakan teknik-teknik dalam surah Yusuf.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sains Penulisan
(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 09, 2005

Rahsia Kejayaan Majalah-majalah Karangkraf

Adakah saudara berminat menerbitkan majalah? Cuba saudara fikirkan maklumat ini.



Karangkraf adalah penerbit majalah bahasa Melayu yang paling besar. Suatu perkara yang menarik pada majalah-majalah Karangkraf adalah bahawa majalah-majalah itu tidak mengandungi banyak iklan di dalamnya.



Dalam pemikiran orang media mainstream, majalah dan akhbar komersial tidak mungkin dapat diterbitkan tanpa perolehan yang cukup daripada bayaran iklan. Tetapi jelas sekali majalah-majalah Krangkraf yang tidak mengandungi banyak iklan itu berjaya menjadikan Karangkraf penerbit majalah yang paling besar di negara itu.



Tanpa iklan, majalah-majalah Karangkaf hidup dengan menggunakan strategi yang amat berbeza daripada majalah-majalah lain, iaitu dengan mengawal kos pengeluarannya.



Dengan mengawal kos, Karangkraf mendapat keuntungan daripada jumlah edaran setiap majalahnya, di mana lebih tinggi edaran sesuatu majalah itu, lebih besar keuntungannya. Sebaliknya, dalam pemikiran mainstream, majalah dan akhbar mendapat untung daripada bayaran iklan, di mana lebih banyak iklan yang diterima, lebih besar keuntungan majalah itu.



Di manakah kelebihan strategi bisnes Karangkraf? Majalah-majalah yang bergantung kepada iklan mengalami 2 situasi:



(a) Yuran iklan tinggi pada masa ekonomi baik, tetapi apabila ekonomi jatuh, yuran iklan ikut jatuh dengan ketara sekali disebabkan agen-agen iklan yang cenderung tidak tidak membayar hutang. Perangai agen iklan culas membayar hutang adalah masalah paling besar para penerbit, baik dalam media cetak mahupun elektronik. Bandingkan isu ini dengan apa yang dialami oleh Krangkraf, di mana disebabkan majalah-majalah Karangkraf tidak bergantung kepada iklan, dalam masa ekonomi meleset sekalipun Karangkraf dapat mengekalkan keuntungannya.



(b) Majalah-majalah yang bergantung kepada perolehan iklan sentiasa mencetak iklan-iklan itu dahulu, kemudian baru meminta agensi iklan membayar yuran. Amalan ini memaksa majalah-majalah itu memberi kredit yang besar kepada agensi-agensi iklan. Risiko agensi-agensi iklan tidak membayar hutang kepada penerbit majalah adalah sangat tinggi. Risiko ini tidak dihadapi oleh Karangkraf. Disebabkan ia tidak bergantung kepada iklan, jikalau ada agensi yang mahu mengambil ruang iklan dalam majalah-majalah Karangkraf, syarikat itu berupaya memaksa agensi berkenaan membayar tunai sebelum iklannya dicetak. Majalah yang bergantung nyawa pada yuran iklan takkan dapat melakukan apa yang dilakukan oleh Karangkraf itu.



Jikalau saudara penerbit kecil, adakah saudara dapat meniru model bisnes Karangkraf?



Karangkraf dapat mengawal kos pengeluarannya disebabkan penerbit itu mempunyai percetakannya sendiri. Faktor kritikal ini tidak ada pada penerbit kecil seperti saudara.




 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Penerbitan Buku
(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 08, 2005

Dicari: Penulis “Story-board”


PTS FORTUNA mencari sesiapa yang mempunyai kemahiran menulis story-board bagi buku-buku terbitannya untuk diterbitkan semula dalam edisi komik.


Bagi saudara yang belum biasa dengan profesion ini, kerja-kerja penulisan story-board adalah seperti berikut:

1. Membaca dengan teliti dan betul-betul memahami cerita yang sudah siap ditulis oleh pengarang.

2. Memilih adegan-adegan dalam cerita itu yang hendak dimasukkan ke dalam komik.

3. Menuliskan dialog-dialog yang akan dikomikkan.

4. Melukiskan aksi-aksi menggunakan lakaran kasar sahaja bagi setiap frame, cukup dengan menggunakan lukisan batang mancis.

Bakat-bakat utama yang perlu dimilikki oleh seseorang penulis story-board adalah pertama, kepintaran berfikir secara visual dan berlakon secara mental. Kedua, bakat mencipta pergerakan yang perlu diterjemahkan ke dalam lukisan oleh pekomik.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Komik & Ilustrasi
(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 07, 2005

Perempuan Lebih Pandai Menulis untuk Remaja?

Apabila identiti JK Rowling yang sebenar terbongkar, barulah orang tahu bahawa di sebalik nama lelaki itu adalah seorang perempuan. Jualan siri Harry Potter menjadikan beliau lebih kaya daripada Ratu Elizabeth.



JK Rowling adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai anak-anak remaja awal. Adakah ini semacam menunjukkan kaum ibu mempunyai potensi yang lebih baik bagi berjaya menghasilkan buku-buku untuk bacaan remaja dibandingkan dengan kaum bapa?


Sebelum JK Rowling, nama yang terkenal dalam dunia buku remaja adalah Enid Blyton. Buku-buku Enid Blyton menjadi model kepada penulisan cerita-cerita bagi bacaan remaja. Karya beliau diterjemahkan ke dalam puluhan bahasa di segenap pelosok dunia.


Apa yang dilakukan oleh Enid Blyton ditiru oleh para penulis dan penerbit buku-buku remaja di seluruh dunia. Buku-buku cerita Enid Blyton dibuat bersiri-siri, maka seluruh dunia menerbitkan siri-siri seperti itu yang ditulis oleh penulis-penulis tempatan.


Buku-buku Enid Blyton mengandungi mesej moral yang terlalu terang dan jelas, maka seluruh dunia meniru gaya itu. Unsur mengajarkan nilai-nilai murni “yang baik dibalas baik, yang jahat dibalads jahat” menjadi ciri utama cerita-cerita Enid Blyton.


Buku-buku Enid Blyton kecil-kecil, maka di mana-mana pun buku untuk remaja diterbitkan dalam saiz kecil-kecil. Cerita-cerita Enid Blyton mempunyai plot yang ringkas, maka di mana-mana pun cerita untuk remaja mengemukakan plot-plot yang ringkas. Akibatnya buku-buku Enid Blyton adalah nipis dan dijual dengan harga yang murah.


Sebelum JK Rowling, tidak ada mana-mana penulis yang begitu berjaya menghasilkan buku-buku cerita untuk bacaan remaja lelaki dan perempuan. Buku-buku Harry Potter lebih tebal daripada sesetengah buku cerita untuk bacaan dewasa, dengan harga jualan yang serupa dengan buku-buku dewasa.


JK Rowling menulis cerita-ceritanya menggunakan formula yang menukar semua tradisi Enid Blyton. Beliau menulis untuk bacaan remaja, bukan untuk mengajar-ajar remaja. Inilah perbezaan paling pokok antara Enid Blyton dan JK Rowling!



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Remaja
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 06, 2005

Duit Komik Melayu untuk Penerbit Cina

Remaja lelaki adalah lubuk duit bagi penerbit-penerbit komik. Sayang sekali duit remaja lelaki Melayu tidak dikaut oleh penerbit-penerbit Melayu.Komik-komik yang mendominasi pasaran kita sekarang adalah 90 peratus komik impot dari Hong Kong, Taiwan dan Jepun yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Kita harap fenomena ini bersifat sementara dan fasa peralihan sahaja, iaitu sebelum penerbit-penerbit tempatan dapat merancang dengan betul bagaimana mereka dapat menghasilkan komik-komik yang digemari oleh remaja tempatan.

Walaupun penerbit tempatan tahu lubuk emas ini tetapi mengapakah mereka tidak dapat menghasilkan komik-komik yang dapat mengalahkan komik-komik impot?

Kegagalan penerbit komik tempatan adalah pada cara kerja kita yang tidak saintifik. Penyelidikan psikologi sudah mengenalpasti bahawa kepintaran mencipta cerita, menulis cerita dan melukis jarang sekali dimiliki oleh seseorang individu.

Penerbit tidak boleh menyuruh pelukis-pelukis komik melakukan 3 tugas yang sangat berbeza, iaitu mencipta cerita, menulis skrip komik, dan melukis. Inilah yang menyebabkan mutu cerita dalam komik-komik tempatan tidak dapat bersaing dengan mutu cerita komik-komik Cina dan Jepun.

Di Jepun, Korea dan Taiwan, pelukis komik hanya melukis komik. Itu sahaja. Cerita dicipta oleh orang lain, iaitu pembuat cerita. Skrip komik disediakan oleh orang lain. Pekomik hanya melukiskan komik sahaja.

Kata pepatah Melayu, yang memanjat kelapa biar memanjat kelapa, yang melapah kerbau biar melapah kerbau, yang merendang biar merendang. Jangan disuruh orang yang memanjat kelapa juga melapah kerbau dan memasak rendang sampai siap. Kata Nabi Muhammad, jangan serahkan kerja kepada orang yang bukan pakarnya, nanti binasa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Komik & Ilustrasi
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 05, 2005

Produk untuk Remaja Lelaki


Pasaran bahan bacaan remaja lelaki adalah sektor yang besar potensinya. Penerbit-penerbit tempatan sampai sekarang belum berjaya mengaut keuntungan besar daripada sektor ini.

Kesedaran akan potensi sektor remaja lelaki memang disedari oleh para penerbit. Creative sudah lama menerbitkan karya untuk bacaan remaja lelaki. Alaf21 juga sudah mencuba, tetapi usaha-usaha itu tidak dilakukan dengan cara yang terancang.

Kekurangan yang berlaku dalam sektor remaja lelaki sekarang ini dipenuhi oleh produk komik-komik yang diimpot dan diterjemahkan daripada bahasa Cina dan Jepun.

Penerbit-penerbit yang paling banyak mengaut keuntungan daripada pasaran remaja lelaki adalah penerbit yang dimiliki oleh usahawan-usahawan Cina.

Ikut sama cuba mendapat keuntungan daripada sektor ini adalah Karangkraf yang sudah melesen manga-manga Jepun bagi diterbitkan dalam bahasa Melayu.

Salah satu kesan sampingan daripada banjir bahan-bahan komik Cina dan Jepun adalah penyerapan unsur-unsur nilai bangsa Cina dan Jepun yang mungkin bertentangan dengan nilai-nilai tempatan.

Kita memerlukan penerbit yang mempunyai falsafah jelas bagi menerokai pasaran remaja lelaki negara kita, supaya kepentingan kewangan dan kepentingan kebudayaan dapat digabungkan dengan cara-cara yang kreatif dalam mencipta produk-produk tempatan yang diminati oleh remaja lelaki negara ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Remaja
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 30, 2005

Menerbitkan Buku Re-make

Dalam perbincangan kita dengan En. Norden Mohamed, Pengurus Besar Alaf21, beliau mengemukakan idea yang bagus, iaitu kemungkinan para pengarang besar negara kita ini membenarkan karya-karya mereka diterbitkan semula dalam edisi 're-make'.


Penerbitan re-make bukan idea baru dalam industri penerbitan filem dan muzik. Semua filem dan lagu-lagu yang pernah mendapat sambutan hangat diterbitkan semula dalam bentuk re-make.


Namun idea ini belum dilakukan dalam dunia sastera Melayu. Di Indonesia sekalipun, karya-karya klasik moden diterbitkan semula persis bentuk lamanya, bukan dalam bentuk edisi re-make.


Adakah pengarang-pengarang kita seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Adibah Amin dan Abdullah Hussain akan setuju jikalau karya-karya mereka diterbitkan semula dalam edisi re-make? Bagimana pula dalam kes pengarang yang sudah meninggal dunia seperti Usman Awang dan Keris Mas? Adakah pewaris hakcipta karya mereka akan membenarkan karya-karya itu diterbitkan semula dalam bentuk re-make?


Kita percaya idea En. Norden Mohamed itu baik untuk dunia sastera Melayu dan industri buku negara kita. Diharapkan para pengarang kita dapat melihat manfaat idea tersebut kepada mereka.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Penerbitan Buku
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 29, 2005

Trend Pasaran Kaset, CD dan Buku

Gosip terbaru yang kita dengar daripada dunia pasaran kaset, CD dan buku adalah TELAGA BIRU akan masuk ke dalam aktiviti penerbitan buku-buku motivasi cinta, kasih sayang dan keluarga bahagia dengan serius.


Sebelum ini TELAGA BIRU adalah penerbit kaset dan CD motivasi cinta dan kasih sayang yang terbesar di negara ini. Tidak ada mana-mana penerbit kaset dan CD motivasi yang dapat menandingi barisan tokoh-tokoh motivasi yang dimiliki oleh TB: Dato' Dr. Fadhillah Kamsah, Ustazah Noor Bahiyah, Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, Ustaz Wan Sohor Bani Leman, sebut sahaja nama-nama selebriti motivasi di negara kita sekarang, produk mereka ada pada TB. Nama-nama selebriti itu adalah aset paling bernilai yang dimiliki oleh TB.


Kejayaan TELAGA BIRU terletak pada kepakaran yang dimiliki oleh pemiliknya, Haji Wahab Yusof. Beliau pernah bekerja dengan syarikat rakaman muzik yang amat terkenal di negara ini. Itulah sebabnya beliau amat berjaya dalam bisnes menerbitkan dan menjual kaset dan CD dan dalam waktu singkat TB membesar dengan pesatnya.


Tetapi mengapakah TELAGA BIRU tiba-tiba memasuki aktiviti menerbitkan buku, sedangkan bisnes penerbitan buku amat berbeza daripada penerbitan kaset dan CD?


Kita meramalkan, TB sedang mengalami masalah putaran dan hayat produk-produknya. Memang menjadi hukum alam, semua produk mempunyai tempoh hayatnya dalam pasaran, iaitu sekitar maksimum 5 tahun. Selepas 5 tahun pasaran bagi kategori produk itu akan turun.


Maklumat yang kita kutip daripada pasaran mendapati, 3 tahun yang lalu, para pengedar kaset-kaset motivasi boleh memesan sehingga 2 ribu unit kaset-kaset motivasi, nasyid, dan ceramah agama. Tetapi sejak akhir-akhir ini, jumlah pesanan itu jatuh menjunam-junam sehingga ada yang memesan 50 unit sahaja bagi produk yang baru diterbitkan.


Fenomena putaran hayat produk juga sedang dialami oleh novel-novel cinta remaja. Sebuah penerbit besar (bukan Alaf21) yang ikut terjun ke dalam penerbitan novel cinta, melaporkan kepada kita bahawa 3 tahun lalu mereka dapat mencetak dan menjual 10 ribu naskhah, kini hendak menghabiskan stok cetakan pertama 3 ribu naskhah pun sakit!


Bagaimana pula dengan putaran buku-buku motivasi yang sedang top sekarang ini? Berapa lama lagi sebelum permintaan bagi buku-buku motivasi sampai ke hujung putarannya?


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 28, 2005

Maklumat dari Pengurus Besar Alaf21

Dalam forum “Buat Duit dengan Menulis” yang diadakan di MPH Alpha Angle semalam, Ahad 27 Nov, beberapa maklumat menarik yang disampaikan oleh Pengurus Besar Alaf21, En. Norden Mohamed adalah:

1. Ada penulis Alaf yang sudah menerima hampir setengah juta ringgit royalti daripada novel-novelnya.

2. Adalah tidak benar novel-novel Alaf21 semata-mata mengemukakan tema cinta-cintaan, meskipun itu menjadi persepsi masyarakat.

3. Novel cinta saat ini sudah mulai menunjukkan tanda-tanda ia ‘lost its magic’, yakni sudah hampir sampai ke hujung zaman gemilangnya dari sudut angka jualan.

4. Novel-novel thriller seperti yang ditulis oleh Ramli Awang Murshid kini mulai meningkat jualannya, dan ada tanda-tanda pembaca perempuan pun sudah meminati genre ini.

5. Alaf sedang dengan serius mengembangkan produknya dengan menerbitkan novel-novel bertemakan selain cinta.

6. Novel-novel yang diterbitkan secara peribadi oleh penulis didapati tidak mendapat sambutan sehangat novel-novel yang diterbitkan oleh penerbit besar seperti Alaf21.

Maklumat ini berguna kepada saudara-saudara yang sedang mencari-cari genre mana yang saudara akan ceburi dalam dunia penulisan.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sains Penulisan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 26, 2005

Mungkinkah Alif Firdaus Menjadi Fenomena?

Sdr. Alif Firdaus adalah penulis PTS yang luar biasa. Karya beliau yang pertama “Untuk Syampu” baru sahaja masuk pasaran, dan maklumat dari Jabatan Pemasaran PTS menunjukkan sudah ada tanda-tanda buku itu akan menerima sambutan hangat di kalangan remaja awal.


Sdr. Alif luar biasa disebabkan beliau memulakan kerjayanya dalam bidang buku sebagai seorang ilustrator dan pelukis komik. Selepas menghadiri kursus penulisan PTS barulah beliau menulis buku.


Buku “Untuk Syampoo” ditulis, dilukis dan kulit bukunya pun dilukis oleh beliau sendiri.


Tetapi di manakah kelebihan Sdr. Alif? Buku beliau mendapat sambutan baik di kalangan remaja lelaki dan perempuan. Lazimnya, penulis perempuan hanya diminati oleh pembaca perempuan, manakala penulis lelaki diminati oleh pembaca lelaki. Di sinilah kelebihan Sdr. Alif, beliau dapat mencipta karya yang menembusi kedua-dua sektor pembaca itu.


Kita meramalkan buku “Untuk Syampu” akan bertahan lama dalam pasaran disebabkan ceritanya mempunyai ciri-ciri yang membolehkan buku itu tidak trendy. Kini beliau perlu menghasilkan lebih banyak buku yang dapat mengulangi kejayaan “Untuk Syampu” bagi memenuhi permintaan peminat-peminatnya.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Motivasi Penulis
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 22, 2005

Fiksyen Sejarah

Perhatian! Perhatian!


Kepada saudara yang mendaftar untuk mengikuti kursus penulisan fiksyen sejarah, tuliskan dalam 100 perkataan cerita sejarah yang hendak ditulis dan hantar kepada saya.


Tarikh akan diberitahu kemudian, tetapi Insya Allah dalam bulan Desember.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 21, 2005

Unsur Merapu dalam Novel Remaja Islami

Sdr. Hafez Ziadi, salah seorang anggota team projek “Kedai Pajak” telah mengkaji Harry Potter dan mendapati cerita-cerita HP dipenuhi dengan unsur-unsur 'merapu'. Kisah HP dan rakan-rakannya menaiki kereta biasa yang boleh terbang adalah contoh unsur merapu.


Hasil kajian Sdr. Hafez itu mempunyai implikasi penting, yakni bagi saudara-saudara yang hendak mencipta kejayaan dalam genre sastera remaja, ini bermakna dalam cerita-cerita saudara itu nanti, perbanyakkanlah unsur-unsur merapu.


Disebabkan PTS hanya menerbitkan karya Islami, kita perlu membuat ketetapan apakah cerita-cerita “merapu” dapat diterima oleh sastera Islami. Jika ya, maka kita akan menerbitkan cerita-cerita yang dalam plotnya terdapat banyak unsur-unsur merapu. Jika tidak, maka kita tidak dapat menerbitkannya.


Kita berpendapat, unsur merapu dapat diterima dalam sastera Islam. Ini adalah berdasarkan, di dalam Quran ada suatu kisah yang mungkin dianggap merapu bagi mereka yang menggunakan akal semata-mata apabila berfikir, iaitu kisah tiga orang pemuda yang tertidur selama 300 tahun dalam gua Kahfi. Dalam surah Yusuf pun ada unsur merapu, iaitu episod wanita-wanita sahabat Zulaikha, yang tentunya ada yang sudah tua-tua juga, terhiris jari masing-masing apabila terpandang Nabi Yusuf. Dalam surah Yusuf juga ada episod di mana seorang bayi bercakap kepada Menteri Aziz menyuruh suami Zulaikha itu supaya memeriksa dahulu bahagian mana baju Nabi Yusuf terkoyak sebelum menjatuhkan hukuman.


Dalam hadith pula, pada suatu masa Nabi Muhammad pernah berkata, maksudnya, “Jika bulan diletakkan di tangan kiriku, dan matahari di tangan kananku....” Mana mungkin bulan dan matahari dapat diletakkan dalam tangan manusia, tetapi itulah imej dalam kata-kata Nabi Muhammad. Berfikir begini disebut 'pemikiran hipotetikal'.


Berdasarkan sunah Quran dan sunah nabi yang di atas itu, kita berpendapat unsur merapu dapat diterima dalam sastera Islami.


Dua prinsip penting dalam mencipta bahan-bahan merapu dalam cerita Islami adalah:





  1. Aspek merapu itu tidak melibatkan syirik. Aspek merapu itu tidak sampai mengatakan seseorang itu, ataupun sesuatu benda itu, mempunyai kuasa yang menyerupai kuasa-kuasa Tuhan. Dalam cerita “Aladin dengan Lampu Ajaibnya”, jin itu mempunyai kuasa-kuasa Tuhan, suatu hal yang pada pandangan kita tidak sesuai dengan sastera Islami.




  2. Aspek merapu itu adalah atas kurnia Allah. Sebagai contoh, selepas si watak berdoa kepada Tuhan, barulah kerisnya boleh terbang! Jangan katakan, si watak mempunyai kepandaian mencipta keris terbang. Dalam Islam semua ilmu yang kita miliki adalah pemberian Allah, jadi, katakanlah si watak pun berdoa memohon Allah memberikan kepadanya ilmu mencipta keris terbang! Ertinya semua unsur merapu hendaklah terhasil daripada doa watak-watak itu.




Dengan ini kita berpandangan, penggunaan unsur-unsur merapu dalam karya Islam bukan hanya dapat diterima bagi buku-buku remaja, tetapi apa-apa juga buku cerita.





 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sastera Islami
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana Buku Saudara Dapat Diekspot

Apabila saudara menulis buku cerita, masukkan ke dalam angan-angan saudara bahawa buku saudara akan berjaya diekspot ke negara luar, sebagai contoh ke Indonesia, Thailand, Korea, Taiwan dan lain-lain.


Buku-buku cerita yang berjaya diekspot mempunyai ciri-ciri universal pada nama-nama watak, setting, tema, persoalan dan rupa wajah watak supaya dalam budaya apa sekalipun cerita itu diterjemahkan, cerita itu relevan.


Pada masa ini kita tahu ada dua buah penerbit buku-buku Melayu yang dimiliki oleh usahawan bukan Bumiputera amat aktif mengekspot buku-buku Melayu terbitan mereka. Yang satu mendapat antara RM300 hingga RM400 setahun hasil daripada penjualan lesen penerbitan buku-bukunya. Yang satu lagi antara RM200 ribu hingga RM300 ribu.


Kedua-dua penerbit itu setiap tahun ikut serta dalam pesta-pesta buku Jakarta, Bangkok, Tapei, Seoul, Saigon, Bombay dan lain-lain. Di situ mereka mempamerkan buku-buku Melayu yang mereka terbitkan dan berjaya menarik minat penerbit negara-negara itu bagi membeli lesen penerbitan.


Tema yang paling universal dalam dunia ini sudah tentulah Si Baik melawan Si Jahat! Jackei Chan adalah pelakon Cina paling berjaya di dunia. Filem-filem bikinan beliau diekspot ke seluruh dunia. Jackie Chan sudah berjaya mendapatkan formula filem yang berjaya diekspot.


Penerbit komik Jepun dan Cina juga sudah berjaya mendapatkan formula komik yang berjaya diekspot. Sebodoh-bodoh siri Doraemon juga amat berjaya diekspot. Saudara elok mencontohi formula kejayaan mereka. Nampaknya formula itu mudah sangat! Cipta satu watak baik, cipta ramai-ramai watak jahat, itu sahaja. Watak baik selalu terus dibeduk oleh si jahat tetapi akhirnya si baik survive.


Dalam seminar pemikiran Islam yang saya hadiri hari Sabtu lalu, saudara Wahab Hamzah melaporkan, penonton filem Hollywood suka filem-filem yang berakhir dengan 'happy ending'. Bukankah surah Yusuf berakhir dengan happy ending, di mana tidak seorang pun watak-watak jahatnya menerima balasan jahat?


Belum ada mana-mana pihak, apabila menganjurkan kursus penulisan, mereka memasukkan dalam kurikulum kursus, aspek mengarang cerita yang sesuai bagi pasaran ekspot. Ini bermakna, saudara sebagai penulis terpaksa belajar sendiri dengan mengkaji filem-filem dan buku-buku impot yang saudara sendiri suka tonton dan suka baca.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 18, 2005

Projek Fiksyen Sejarah

Perhatian! Perhatian!


Adakah saudara suka membaca dan menulis cerita-cerita sejarah? Jika ya, PTS FORTUNA ingin mengajak saudara hadir bengkel penulisan yang akan diadakan. Sila mendaftar melalui blog ini.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Sejarah
(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 16, 2005

Adakah Nasib Buku Melayu akan Serupa Buku Cina?

Dari sudut bahasa, pasaran buku-buku dalam bahasa Cina adalah paling besar di negara ini, diikuti oleh buku-buku Melayu, kemudian barulah buku-buku Inggeris, dan India. Pola ini juga berlaku dalam sektor akhbar dan majalah.


Pada suatu masa, muncul syarikat-syarikat penerbit tempatan yang cuba mengambil kesempatan daripada besarnya saiz pasaran bahasa Cina dengan menerbitkan buku-buku Cina yang ditulis oleh penulis-penulis tempatan. Salah satu syarikat itu adalah Pelangi. Pelangi adalah syarikat papan kedua di BSKL.


Pasaran buku-buku Cina karya tempatan mengalami pukulan kuat daripada buku-buku yang diimpot dari negara Cina. Faktor utamanya adalah disebabkan buku-buku impot itu jauh lebih tinggi mutu isi kandungan dan juga fizikalnya. Akibatnya Pelangi mengambil tindakan mengecilkan jabatan editorial Cinanya sehingga tinggal penerbitan buku-buku teks sekolah Cina sahaja.


Langkah Pelangi itu tentulah menjadi pukulan kuat kepada penulis-penulis Cina tempatan. Tanpa komitmen daripada para penerbit, masa depan buku-buku Cina karya pengarang-pengarang Malaysia adalah malap. Ini adalah kerugian kepada ekonomi negara dari sudut pertukaran wang asing dan dari segi kebudayaan. Kita seharusnya menggalakkan perkembangan karya tempatan supaya dapat diekspot ke pasaran negara Cina yang begitu luas, bukan sebaliknya, di mana kita mematikan pengkaryaan penulis-penulis tempatan, dan dengan itu memaksa pembaca bahasa Cina tempatan membaca karya-karya impot sahaja.


Bagaimana pula dengan nasib buku-buku bahasa Melayu? Jikalau penerbit tempatan tidak menunjukkan komitmen mahu membangunkan pengarang-pengarang tempatan, mungkinkah permintaan yang tinggi untuk buku-buku Melayu akan dipenuhi dengan cara mengimpot buku-buku dari Indonesia sahaja?


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Isu Semasa
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 15, 2005

Siapa Pengeluar Terbesar Rancangan TV Tempatan?

Apa kaitan rancangan TV dengan dunia buku? Jawapannya: Isi kandungan atau 'content'.


Rakyat Malaysia suka menonton rancangan tempatan ataupun rancangan import? Jika penonton Malaysia lebih meminati rancangan impot, stesen TV akan menyiarkan lebih banyak rancangan impot. Habislah nasib penerbit tempatan dan begitu juga nasib semua profesional bidang itu.


Rakyat Malaysia suka membaca buku tempatan ataupun buku impot? Jika pembaca Malaysia suka buku-buku impot, kedai-kedai buku akan menjual lebih banyak buku impot. Habislah nasib penerbit buku tempatan, dan begitu juga nasib semua profesional bidang buku.


En. David Butorac, CEO Astro, dalam interviunya dengan THE EDGE November 7, memberitahu penerbit rancangan TV tempatan yang terbesar adalah Astro, bukan TV3, bukan RTM. Astro mempunyai 9 studio penerbitan di Bukit Jalil. Tahun 2004 Astro menerbitkan 1,300 jam rancangan tempatan. Daripada 10 saluran Astro yang paling popular, 7 adalah saluran tempatan yang dicipta oleh Astro sendiri. Bagi tahun 2005 Astro membelanjakan RM100 juta bagi menerbitkan rancangan-rancangan tempatan.


Dengan fakta bahawa penonton TV lebih suka menonton rancangan tempatan, adakah tidak logik apabila kita yakin bahawa pembaca buku juga lebih suka membaca buku-buku tempatan. Ini sudah dibuktikan oleh perkembangan pasaran novel-novel cinta remaja.


Jadi, para penerbit buku perlu lebih kreatif dalam mengenal pasti isi kandungan tempatan yang dimahukan oleh pembeli buku-buku tempatan. Maklumat itu perlu disampaikan kepada para penulis supaya mereka menulis buku-buku yang digemari oleh pembeli.


Berdasarkan trend ini PTS FORTUNA akan secara aktif menerbitkan buku-buku kreatif yang isi kandungannya memenuhi citarasa tempatan.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS