Tuesday, August 26, 2008

Blog Buku Lanun

Apabila buku saudara sudah terbit, promosikan buku saudara dengan membuka blog khusus bagi memperkenalkan buku itu. Ikut langkah Tuan Imran Yusuf di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Program Penterjemahan Nasional

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah mengumumkan rancangan menterjemahkan 100 judul karya Malaysia ke dalam bahasa-bahasa antarabangsa.

Bahasa-bahasa yang sudah dikenal pasti adalah Inggeris, Portugis, Jepun, Cina, Korea, Arab, German dan Perancis.

Karya pertama yang sudah siap diterjemahkan oleh ITNM ke dalam bahasa German, Inggeris, Portugis, Jepun dan Peranchis, adalah komik Kampung Boy karya Lat. Kampung Boy versi German akan dilancarkan di Frankfurt sempena Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt Oktober nanti.

Kita megesyorkan supaya ITNM meniru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mempamerkan pelan pembangunan masa depan Kuala Lumpur supaya orang ramai dapat memberi feedback.

Disebabkan ITNM membelanjakan wang rakyat, maka rakyat perlu diberi maklumat berkenaan 100 judul karya Malaysia yang bakal diterjemahkan itu supaya mereka berpeluang memberikan maklum balas. 

Nota: Foto hiasan disalin dari NST Online

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Diulangcetak dengan Cover Baru

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku yang Dicari

Kepada mentee-mentee Sifu yang sudah mengikuti bengkel teknik adaptasi, tulislah buku tentang Seni dan Daya Pengaruh.

Tema daya pengaruh adalah tema evergreen dan pasarannya baik.

Di kedai-kedai buku, banyak judul bertemakan 'influence' dipamerkan di rak kerana permintaan bagi buku-buku influencing-skills memang bagus.

Bagi mentee-mentee yang berminat, tulis surat emel kepada saya dahulu, supaya saya dapat bimbing. 

Nota: Tuan Imran Yusuf tidak berminatkah? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 25, 2008

Akan Terbit

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Dato’ Baha Menyangkal Jalan Pikir Tun Dr. Mahathir

Artikel ini disalin dengan izin dari blog Dato' Baha Zain.

PERSOALAN SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) masih diperbincangkan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengatur Persidangan Meja Bulat pada 27 Ogos dan mengundang sejumlah wakil-wakil NGO's untuk memberi pandangan masing-masing.

Baguslah KPM bertindak demikian kerana ini isu yang besar dan mempunyai implikasi politik serta kesan yang jauh dalam kehidupan generasi akan datang.

Jangan lagi berulang keputusan yang bersifat kuku besi memaksa tanpa dirujuk kepada rakyat atau kelompok yang prihatin sewaktu PM mengarahkan PPSMI pada 2003.

Tentang isu yang sama Tun Dr Mahathir dalam blognya chedet.com pada 10 Ogos telah mempertanggungjawabkan keputusannya itu dengan memberi alasan yang kira-kira boleh dirumus begini:

* Dia mahukan bangsanya kuat dan boleh bertanding dengan negara-negara maju.

* Untuk tujuan itu dia mahu memperhebat penguasaan ilmu oleh bangsanya.

* Ilmu Sains dan Matematik sangat penting bagi kemajuan ilmu pengetahuan sesuatu bangsa.

* Untuk segera menguasai ilmu-ilmu baru serta ilmu Sains dan Matematik gunakan Bahasa Inggeris.

* Bahasa Inggeris memiliki segala macam ilmu.

*Terjemahan ke dalam Bahasa Melayu lambat dan terbatas.

* Untuk segera mencapai matlamat strategi ini gantikan Bahasa Melayu sebagai pengantar dalam Sains dan Matematik dalam kelas tahun satu, dan tingkatan satu mulai tahun 2003.

* Mereka yang menentang keputusannya ini hanya mengutamakan Bahasa Melayu sahaja dan tidak boleh mendakwa sebagai pejuang bangsa dan agama. Mereka tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.

Saya berharap saya berlaku adil merumuskan pandangan Tun Mahathir seperti di atas , dan tidak salah mentafsirkannya.

Berdasarkan kenyataan di atas kita patut puji niat dan impian Tun Mahathir. Tak mungkin ada nasionalis yang tak mahu bangsanya kuat dan setanding dengan bangsa-bangsa lain. Juga tak ada sesiapa yang sehat akalnya menganggap ilmu tidak penting. Sehingga hari ini masih tak terbukti ada nasionalis atau pejuang-pejuang Bahasa Kebangsaan yang mengatakn Bahasa Inggeris tidak penting sehingga mengutamakan Bahasa Melayu atau bahasa ibunda sahaja. Kalau ada sesiapa yang berkata begitu, ia adalah suatu fitnah.

Sekali baca hujah atau alasan-alasan Tun Mahathir nampak meyakinkan dan mudah difahami, dan tidak susah diikuti jalan fikirannya. Tetapi apabila diteliti secara mendalam, apa implikasinya , dan cara pelaksanaannya , maka jalan fikiran Tun Mahathir adalah simplistik, tidak berpandangan jauh dan tidak bijaksana. Selain daripada itu dia berfikir secara hitam putih (binary), iaitu sesiapa yang menentang penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik, bererti mereka mengutamakan "penguasaan bahasa ibunda sahaja". Ini tidak benar kerana yang ditentang ialah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar menggantikan Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik. Bukan Bahasa Inggeris per se yang ditentang.

Keputusan dan pelaksanaan PPSMI tersebut pada 2003, dilakukan secara tergesa-gesa selepas diumumkan pada September 2002 . Pada mulanya dijelaskan untuk memperkukuh kemahiran Bahasa Inggeris, dan kemudian konon untuk mengajar konsep-konsep sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Kedua-dua alasan ini tidak betul kerana untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris harus diajar subjek itu dengan sempurna, dan untuk mengajar konsep atau idea Sains dan Matematik kepada kanak-kanak pada awal zaman persekolahan adalah lebih berkesan melalui bahasa ibunda masing-masing. Semua ini menunjukkan tidak jelas serta tidak kukuh rationale bagi PPSMI ini kerana andaian atau premis bagi keputusannya sering berubah-ubah. Ia membuktikan pemikiran yang terperinci tidak diberikan bagi memahami masalah pelaksanaannya serta kesan-kesan positif dan negatif yang timbul dalam jangka pendek dan panjang .

Apabila kita bercakap tentang ilmu pula, kita tidak hanya memikirkan ilmu Sains dan Matematik dan ilmu-ilmu lain yang berasaskan Sains dan Matematik saja. Ilmu itu sangatlah luasnya dan bukan yang bersifat kuantitatif saja. Bangsa kita harus berimbang rohani dan jasmaninya, kebendaan dan akhlaknya, kebebasan dan patriotismenya, dunia dan akhiratnya. Ilmu-ilmu sains sosial, kemanusiaan, falsafah, estetika, etika, sejarah, undang-undang, agama dan sejumlah yang lain adalah juga penting bagi kehidupan jasmaniah dan rohaniah yang berimbang.

Dalam zaman globalisasi sekarang Bahasa Inggeris itu memang penting dan harus kita kuasai. Kita juga perlu insaf Bahasa Inggeris itu pula bukan segala-galanya.

Tidak semua keperluan ilmu dapat diberikan oleh Bahasa Inggeris. Bahasa Jerman, Perancis, Mandarin, Jepun , Sepanyol, Rusia dan Arab juga memiliki khazanah dan ilmu yang kita perlukan bagi kekuatan bangsa. Dalam waktu yang sama kita harus juga fikirkan kepentingan Bahasa Melayu bagi kesinambungan nilai-nilai dan jati diri bangsa kita. Kalau kita abaikan kita akan ditelan oleh prosese globalisasi yang didominasi oleh Bahasa Inggeris dan agenda Amerika yang hendak menyebarkan fahaman demokrasi dan hegemoninya ke atas dunia Islam dan negara membangun. Maka di sinilah diperlukan suatu dasar pendidikan yang membolehkan kita melalui bahasa menyerap kekayaan ilmu dari dunia luar dan dalam waktu yang sama memelihara kelangsungan sosial dan budaya bangsa.

Bagaimanakah ikhtiar kita untuk memanfaatkan bahasa-bahasa antarabangsa dan membina Bahasa Kebangsaan kita dalam satu sistem yang menang-menang dan tidak membantutkan Bahasa Melayu dalam perkembangannya sebagai bahasa ilmu yang moden. Ini persoalannya. Usaha terjemah menterjemah melalui tenaga profesional manusia dan melalui bantuan komputer harus dijadikan suatu agenda besar negara bagi tujuan memperkaya iilmu dan Bahasa Kebangsaan. Mengadakan dua atau tiga ratus tenaga penterjemah yang ahli dalam bahasa Perancis, Jerman, Jepun, Mandarin, Sepanyol, Itali, Arab dan Rusia bukanlah suatu kemewahan, tetapi adalah suatu keperluan yang mendesak untuk digembeleng dalam sebuah institusi atau akademi yang moden. Kalau kita boleh bina KLCC, Putrajaya, dan Litar Formula One, adalah aneh kalau kita menganggap cita-cita ini tidak penting.

Sudah tiba waktunya kita memikirkan pembangunan literasi dan akal budi bangsa kita sama pentingnya dengan pembinaan prasarana ekonomi. Di tengah-tengah sekalian pembangunan itu adalah pembangunan manusia. Di sinilah Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan dan Dasar Ekonomi harus berhubung kait antara satu dengan yang lain.

***
Isu besar akibat PPSMI ini ialah bukan saja kemerosotan pelajaran ratusan ribu pelajar, terutama anak-anak Melayu di luar bandar, tetapi juga akan hancurnya Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kita tidak menyedari bahawa Bahasa Melayu itu dari segi jumlah penutur dan kekuatan ekonomi di belakangnya adalah antara kelompok 10 bahasa terbesar di dunia.

Dengan pelaksanaan PPSMI ini bererti kerajaan kita melakukan serangan terhadap Bahasa Melayu; dan dalam beberapa tahun lagi akan membunuhnya sebagai bahasa ilmu di Malaysia.

Siapakah yang berani mengaku bertanggungjawab? Siapakah sekarang yang harus bertanggungjawab membetulkan semula kesalahan yang berlaku?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Mahu Menulis Buku bagi Memotivasi Suri Rumah

Assalamualaikum, Puan Ainon, semoga Puan & Prof sentiasa dirahmati ALLAH s.w.t.. Amin.

Saya ingin menulis buku dengan tajuk "Rahsia SURIRUMAH jutawan" atau "Rahsia JUTAWANita".

Golongan "Surirumah" ini jarang dapat bergelar "jutawan". (Banyak jenis label jutawan lain-berjaya dalam bidang berlainan.)

Makna "JUTAWAN" bagi Surirumah ini bukan dari segi material sahaja.

Begitu banyak nilai-nilai intrinsik serta pengorbanan yang dibuat oleh golongan surirumah tetapi tidak mendapat "pengiktirafan" yang sebenar kerana nilai tersebut tidak dapat diukur secara material.

Ramai wanita bekerjaya dan berjaya, balik ke rumah menjadi pengurus rumahtangga SEPARUH TETAP (siang di tempat kerja, balik perlu pakai apron surirumah).

Ada juga, pengurus rumahtangga yang SAMBILAN (ini golongan surirumah yang memakai apron ketika membuat kerja-kerja sambilan dari rumah).

Ramai yang berpelajaran tinggi akhirnya, atas dasar komitmen pada keluarga, menjadi pengurus rumahtangga TETAP. Golongan ini sentiasa memakai apron dan tidak mempunyai pilihan lain, juga kerap dianggap "doormat".

Tetapi, secara KESELURUHAN, golong yang bergelar "surirumah" inilah yang berjaya mengamalkan multi-tasking.

Saya hendak membuat research dan menulis sesuatu untuk membangkitkan SEMANGAT, terutama sekali, bagi wanita-wanita yang selalu dianggap sebagai "doormat" ini.

Berilah tajuk: Kejayaan mendidik anak cemerlang, kejayaan menerap disiplin pelajar, kejayaan wanita bekerjaya, Tips menjadi isteri soleha cemerlang, ibu kepada pelajar SPM 21A, ibu angkasawan gemilang, wanita pertama menjejak kutub artik, ibu tunggal usahawan berjaya yang gigih, malah ibu/isteri pada anak/suami jutawan dsbg.

Kesimpulannya, jika ada SUAMI berjaya maka ada isteri (pemakai apron) berjaya juga, jika ada ANAK berjaya maka ada ibu (pemakai apron) berjaya, jika ada WANITA berjaya tentu sekali ada wanita (pemakai apron) berjaya dan jika ada IBU TUNGGAL berjaya tentu ada ibu tunggal (pemakai apron) berjaya juga.

Bukankah golongan "pemakai apron" ini atau surirumah atau pengurus rumahtangga layak bergelar JUTAWAN atau JUTAWANita?

Sebenarnya golongan yang bergelar "surirumah" ini juga memberi sumbangan tinggi dalam membentuk sesebuah keluarga, ekonomi, sosial, rohani yang berjaya dan stabil.

Cuma, kerapkali nilai jutawan itu atau kekayaan nilai-nilai pengorbanan itu tidak berupa wang tunai atau tidak material.

Saya tidak tahu pasaran untuk buku jenis ini. Buku ini akan menarik minat pembacakah? Bagaimana pendapat puan? Terima kasih.

RA 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Bagaimana Ain Maisarah Bersedia Sebelum Muncul dalam Book-talk

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salam Puan Ainon yang dihormati,

Semoga berada dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. Ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi mempromosikan dan mewar-warkan tentang majlis buku isteri saya, AinMaisarah di laman web PTS. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Buat makluman Puan, ini adalah acara book talk AinMaisarah yang julung-julung kali diadakan sepanjang kareer penulisannya. Pertama kali juga semasa di Mid Valley pada 17 Ogos, AinMaisarah mempromosikan buku-bukunya sendiri di hadapan hampir 40 orang pengunjung. Sebelum-sebelum ini, slot yang diberikan hanyalah sesi tandatangan dan bergambar bersama peminat sahaja.

Sebenarnya beberapa minggu sebelum acara berlangsung, kami berdua banyak berbincang, membuat persediaan dan mengkaji acara-acara book talk penulis lain. Antara perkara penting yang kami senaraikan melalui pemerhatian book talk yang dilakukan di MPH sebelum ini adalah:

(1) Kehadiran walk-in customer sahaja. Selain itu kebanyakan pendengar adalah rakan kenalan penulis atau ahli keluarga.

(2) Suasana yang hambar dan interaksi satu hala sahaja.

(3) Pulangan dari sudut pembelian buku yang minimum.

Saya sendiri mempunyai misi peribadi bagi memastikan acara book talk AinMaisarah ini mendapat sambutan. Ini kerana saya mahu AinMaisarah terus bermotivasi menulis apabila melihat ramai pembaca bukunya sanggup datang menemuinya. Ia juga bagi membentuk keyakinan dan keberanian AinMaisarah bercakap di hadapan orang ramai. Oleh kerana itu, saya meletakkan beberapa objektif yang mahu dicapai dalam acara book talk sulung ini:

(i) Meletakkan sasaran jumlah kehadiran pendengar book talk yang ramai (50 orang)

(ii) Memastikan acara yang diadakan menarik minat pengunjung.

(iii) Memastikan pengunjung membeli buku.

(iv) Menjalin hubungan mesra antara penulis dan pembaca.

Bagi mencapai objektif tersebut, kami cuba melaksanakan beberapa kaedah tersendiri. Antara usaha kami adalah:

(a) Membuat pemberitahuan melalui blog dan e-mel bagi menarik pembaca ke acara tersebut. (AinMaisarah sendiri tidur pukul 5.00 pagi selama dua hari demi menghantar e-mel jemputan peribadi kepada para pembaca sekitar KL melalui akaun Friendster)

(b) Memberi umpan hadiah-hadiah percuma. Dalam konteks menarik golongan pembaca, umpannya tentulah bahan bacaan percuma. Oleh itu, 50 manuskrip buku Aku Mahu ke New York yang kos cetakannya ditanggung sendiri menjadi umpan hadiah kepada pengunjung yang hadir.

(c) Mengisi aturcara majlis book talk yang diselang-selikan dengan permainan menarik. Ianya bertujuan menimbulkan suasana kecoh dan meriah supaya menarik minat pengunjung sekitar.

(d) Mengenakan syarat supaya pengunjung yang mahukan hadiah manuskrip percuma membeli buku dari MPH.

Sehari sebelum acara, saya meminta AinMaisarah membuat latihan bercakap depan cermin. Saya mahu pastikan AinMaisarah bercakap selama 15 minit sahaja, tidak lebih tidak kurang kerana para pembaca remaja akan cepat resah apabila diceramah lebih dari 15 minit.

Kami juga mengadakan latihan sesi rehearsel bagi semua jenis permainan untuk melihat kesuaian permainan di kawasan book talk yang terhad. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Hampir 40 pengunjung sudi hadir menunggu sehingga ke akhir majlis. Gambar-gambar majlis boleh dilihat di www.ainmaisarah.com

Selesai majlis, kami membuat sesi post mortem bagi menyenaraikan perkara-perkara yang boleh diperbaiki lagi di masa hadapan. Antaranya adalah:

(1) MPH boleh mengambil peranan meletakkan poster promosi dan pemberitahuan berdekatan dengan rak buku PTSONE. (Seminggu sebelum acara)

(2) Sistem pembesar suara dan alatan elektrikal mestilah dipastikan berada pada tempatnya, setengah jam sebelum majlis bermula.

(3) Penulis mesti tampil lebih yakin diri, berkarisma dan mesra pembaca. Sekiranya boleh, adakan perbualan ringkas secara peribadi dengan semua tetamu yang ada.

Diharapkan penulis-penulis PTS yang lain dapat berkongsi pengalaman agar kita dapat memperbaiki acara book talk seperti ini. Terutamanya berkongsi kelakuan atau respon pendengar. Mungkin pendengar dewasa, lain cara pendekatannya. Hanya ini yang dapat kami kongsikan bersama bagi membalas jasa baik PTS dan MPH yang bersusah payah menganjurkan majlis sebegini bagi mempromosi penulis tempatan. Moga-moga di masa akan datang, peluang dan ruang akan lebih terbuka buat penulis buku tempatan di Malaysia.

Saya bercadang sekiranya pihak PTSOne bersetuju. Apa kata kita adakan majlis book-talk beramai-ramai, book-talk gathering raya. Wassalam.

Syaizul Amal (Pengurus AinMaisarah)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Diulangcetak dengan Cover Baru

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengakuan Sifu: ‘Personal Power’ dan ‘Social Power’

Ahli psikologi kejayaan yang terkenal, Prof. McLelland, mengenal pasti 2 jenis manusia yang mempunyai dorongan tinggi mahu menjadi orang yang berkuasa.

(i) Individu yang mahukan 'personal power' atau 'kuasa peribadi'.

(ii) Individu yang mahukan 'social power' atau 'kuasa sosial'.

Saya tidak malu mengaku bahawa saya seorang yang, meskipun perempuan, saya mahu menjadi orang yang berkuasa. Itulah sebabnya dalam sejarah kehidupan saya, banyak kali saya bekerja keras dan berjuang supaya saya dapat naik pangkat di tempat kerja (suatu masa dahulu saya bekerja di DBP).

Saya juga mencipta jawatan-jawatan, kemudian saya lantik diri saya mengisi jawatan-jawatan itu.

Saya mencipta jawatan 'Presiden' Universiti Terbuka PTS, dan saya lantik diri saya sendiri mengisi jawatan itu.

Semasa berkhidmat sebagai exco dalam Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) saya anjurkan Program Diploma Penterjemahan. Kemudian saya cipta jawatan 'Pengarah Kursus'. Kemudian saya melantik diri saya sendiri sebagai 'Pegarah' itu. Program diploma itu masih berjalan, dan sehingga sekarang sudah 24 tahun, sudah mendatang hasil yuran kursus berjuta ringgit buat PPM, dan sudah melahirkan ribuan graduan.

Saya juga mencipta gelaran-gelaran, kemudian saya berikan gelaran-gelaran itu kepada diri saya. Saya mencipta gelaran 'SifuPTS' dan saya anugerahkan gelaran itu kepada diri saya sendiri.

Saya keluarkan modal RM500 ribu, tubuhkan kumpulan syarikat PTS, lalu saya lantik diri saya menjadi Chairman PTS. 

Kalau boleh, saya mahu menjadi perdana menteri, sebab dengan kuasa yang ada pada jawatan itu saya berkuasa membuat keputusan-keputusan yang baik buat rakyat Malaysia.

Dalam teori kuasa oleh McLelland, saya adalah jenis manusia yang mahukan 'social power'. Saya mahu naik pangkat sebab dengan memiliki pangkat itu saya mempunyai kuasa membuat keputusan-keputusan, dan melaksanakan projek-pojek yang baik bagi menjaga kepentingan orang-orang lain. 

Individu-individu yang mahukan 'social power' mempunyai ciri-ciri psikologi yang amat berbeza daripada mereka yang mahukan 'personal power'. Ciri yang amat ketara adalah ciri 'ultruistik'. Individu-individu yang ultruistik sanggup merugikan kepentingan diri sendiri demi membela kepentingan orang-orang lain.

Antara tokoh-tokoh terkenal dalam arena politik tanah air yang termasuk dalam kumpulan manusia yang mahukan 'social power' adalah Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Abd. Hadi Awang, Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim.

Kajian McLelland mendapati, syarikat-syarikat yang dipimpin oleh pengurus-pengurus yang mahukan 'social power' jauh lebih berjaya daripada syarikat-syarikat yang dipimpin oleh pengurus-pengurus yang mahukan 'personal power'. Kajian beliau mendapati korporat-korporat besar yang kemudian jatuh, telah jatuh semasa di bawah pimpinan pengurus-pengurus yang mahukan 'personal power'.

Inilah faktor utama mengapa pegawai-pegawai PTS dipilih daripada kalangan bekas-bekas pemimpin pelajar sewaktu di universiti, mereka yang terlibat dengan projek-projek sosial dengan kelompok kurang bernasib baik, kerana aktiviti-aktiviti sosial yang mereka jalankan semasa di universiti adalah bukti bahawa mereka mempunyai ciri psikologi 'ultruistik'.

Pada suatu hari nanti PTS akan menjadi konglomerat. Setiap satu anak syarikat PTS akan menjadi korporat besar. Sebagai Chairman dan pemegang saham terbesar PTS, saya pastikan bakal-bakal Pengurus Besar dalam kumpulan PTS adalah mereka yang terdiri daripada individu-individu yang ultruistik, yang mempunyai komitmen sosial yang tinggi, yang sedia berjuang bagi kebaikan orang-orang lain, supaya semboyan "Memandaikan Bangsa" akan terlaksana, supaya sesiapa sahaja yang membaca buku-buku PTS menjadi orang-orang pandai. Amin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 24, 2008

Ada-ada sahaja: Populariti Penulis Buku lawan Bukan Penulis Buku

Orang-orang Cina di bawah ini sedang mendengar calon yang juga seorang penulis buku. Calon ini tidak fasih bercakap dalam bahasa Cina, jadi beliau bercakap dalam Bahasa Melayu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar di bawah ini pula dirakam pada masa lebih kurang yang sama sewaktu orang-orang Cina di atas sedang mendengar sang penulis buku itu berkempen.

Gambar pos kosong di bawah ini adalah pos parti yang calonnya amat fasih berbahasa Cina kerana beliau bersekolah Cina. Namun calon yang di bawah ini bukan penulis buku.

Nampaknya, orang-orang Cina lebih suka mendengar pengarang buku bercakap (walaupun dia tidak tahu bahasa Cina) daripada calon yang fasih berbahasa Cina tetapi tidak mengarang buku! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kalau di Amerika, calon presidennya macam diwajibkan menulis buku.

Sifu terfikir, calon Melayu yang mahu mendapatkan sokongan orang-orang Cina perlu menulis buku. 

Perdana Menteri Malaysia yang juga penulis buku adalah Tengku Abdul Rahman Putra, Tun Abd. Razak Husein, Tun Dr. Mahathir Mohamed. 

Nota: Foto-foto di salin dari blog Anilnetto.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana Meramalkan Jumlah Pembeli Buku

Seorang pegawai sebuah koperasi menghantar manuskrip bukunya yang bertajuk “Undang-undang Koperasi di Malaysia” dan dengan bersungguh-sungguh cuba meyakinkan penerbit supaya mahu menerbitkan bukunya.

“Buku seperti ini belum ada dalam pasaran,” katanya. “Di negara kita ada lebih 100 ribu anggota koperasi. Buku ini berguna kepada mereka. Kalau 10% sahaja yang membeli buku ini, sudah 10 ribu laku dijual.”

Begitulah jalan fikiran kebanyakan penulis baru.

Logik 1% ataupun 10% tidak boleh digunakan dalam dunia bisnes. Ahli-ahli koperasi tidak masuk kedai buku. Habis cerita.

Bukan hanya penulis baru yang cenderung membuat kesilapan apabila cuba meramalkan jumlah pembeli buku mereka. Sesiapa sahaja yang belum pernah berniaga kerap melakukan kesilapan logik 1% dan 10%.

“Di Malaysia ada 1 juta lelaki botak. Kalau 1% sahaja yang membeli ubat botak, kita sudah kaya!” kata seorang pembuat ubat botak yang diciptanya sendiri menggunakan bahan-bahan tradisional. “Ubat botak ramuan tradisional belum ada dalam pasaran,” katanya lagi.

Logik “kalau sesuatu produk itu tidak ada dalam pasaran, maka produk itu tentu laku dijual” adalah logik orang yang belum pernah berniaga.

Realitinya adalah: Banyak produk tidak ada dalam pasaran sebab produk seumpama itu memang sukar dijual!

Di manakah pula kesilapan logik 1% dan 10% itu?

Silapnya adalah, statistik itu bukan diperoleh daripada sebarang kajian pasaran, sebaliknya ia datang daripada angan-angan semata-mata.

Jika saudara hendak menulis buku, jangan tulis buku berdasarkan pertimbangan buku seperti itu tidak ada dalam pasaran.

Kedua, jangan tulis buku disebabkan isi kandungan buku itu perlu dibaca oleh banyak orang. Majoriti orang yang memerlukan buku saudara itu tidak masuk kedai buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ulang Cetak dengan Cover Baru

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 23, 2008

Cina Membeli Buku-buku Melayu

Siang tadi Sifu sempat mencuri masa bagi berbual-bual dengan Tuan Fauzul Naim, Pengurus PTS Millenia.

Dalam blognya beliau menulis tentang buku-buku Melayu bukan hanya dibeli oleh orang-orang Melayu, tetapi juga dibeli oleh orang-orang Cina. Jadi saya bertanya lebih lanjut berkenaan perkara itu. 

Menurut Tuan Fauzul perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang Encik C.P. Lua, Pengurus Besar Operasi Perniagaan MPH, dalam suatu sesi perbincangan bisnes antara mereka. Encik Luah bertanggungjawab memantau jualan buku di semua outlet MPH. Jadi beliau memang tahu siapa membeli buku-buku apa dalam kedai-kedai MPH.

Pengurus MPH itu memberitahu, bukan semua orang Cina pandai membaca buku Inggeris. Orang Cina yang belajar di sekolah aliran Cina membeli buku-buku Cina yang diimport dari Cina, Taiwan dan Hong Kong. Orang Cina yang belajar di sekolah kebangsaan membaca buku-buku Melayu.

Menurut pengurus MPH itu lagi, jumlah jualan judul Melayu di MPH melonjak dengan ketara sekali semenjak 3 tahun yang kebelakangan ini. Ia adalah disebabkan bertambahnya jumlah judul Melayu yang dibekalkan kepada MPH.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ada-ada Sahaja: Book-talk Tanpa Buku

Petang tadi saya menerima SMS ini dari Tuan ZM:

"Alhamdulillah, berkat doa guru, Rahsia Bisnes Mamak sudah tiada stok di MPH Midvalley. Book-talk saya hari ini tanpa ada buku, tetapi tetap bersemangat!"

Nota Sifu: Belalang.... Belalang.... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Peguam Mahu Menjadi Penulis Sepenuh Masa

Salam, Puan...
 
Semoga Puan berada di bawah lindungan rahmat dan kasih Allah sentiasa. Di kesempatan ini, saya mahu mengucapkan tahniah kpd PTS kerana semakin hari, semakin mantap.
 
Puan, baru-baru ini saya ada menjalani satu ujian aptitud. Mungkin puan sudah tahu apa itu ujian aptitud tetapi sebagai peringatan ujian aptitud ialah ujian menentukan kerjaya mana yang paling sesuai untuk seseorang individu. Ada tiga ujian utama di dalam ujian ini; Ujian Kebolehan, Personaliti dan Motivasi.
 
Di dalam Ujian Kebolehan, saya mendapat A untuk ujian Lisan, Akuiti dan Menafsir Objek 3-D. Berdasarkan keputusan tersebut di antara kerjaya yang boleh saya ceburi ialah sebagai peguam dan penulis. Saya amat berlapang dada dengan hasil ujian pertama ini memandangkan memang saya meminati kedua-dua kerjaya tersebut.
 
Masuk Ujian Personaliti dan Motivasi, kerjaya 'peguam' didapati tiada lagi dalam senarai. Dengan kata lain personaliti dan motivasi saya tidak menjurus kepada kerjaya tersebut berdasarkan ujian yang dijalankan. Yang tinggal... menjadi penulis....
 
Sebenarnya, sudah agak lama saya berkira-kira hendak menyelam terus di dalam kerjaya sebagai penulis. Tidak hidup dua alam. Cuma soalnya, orang-orang di sekeliling yang rapat dengan saya kurang bersetuju dengan kemungkinan pilihan kerjaya tersebut. Takut saya jadi kera sumbang dan anti-sosial. Tidak kurang juga yang bimbang tentang bagaimana saya mahu 'survive' sebagai penulis sepenuh masa.
 
Sebagai orang yang sentiasa saya hormati sebagai sifu saya, apa pendapat puan? Saya tidak risau sangat tentang rezeki. Saya yakin setiap manusia ada bahagian yang dikurniakan Tuhan. Yang penting kena bersyukur dengan nikmat yang diberi. Cuma, yang saya risau, kemungkinan transformasi diri saya kepada kera sumbang, anti-sosial dan juga 'freak' apabila memilih menjadi penulis sepenuh masa.
 
Terima kasih kepada Puan kerana sudi membaca emel ini. Respons Puan adalah amat-amat diharapkan. Wasslam.
 
IZ

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Siapa Penulis Menerima Royalti Paling Tinggi.

Dulu-dulu, pengarang yang bukunya dijadikan buku teks sahaja yang berpeluang merasa menerima royalti puluhan ribu ringgit setahun, seperti Shahnon Ahmad, Kris Mas, Usman Awang dan banyak lagi.

Penerbit Creative Enterprise mencipta sejarah apabila mulai tahun 1990-an ia berjaya membolehkan beberapa orang pengarangnya menerima royalti melebihi angka RM100 ribu hasil daripada jualan novel-novel mereka dalam pasaran terbuka.

Kemudian, bermulalah era penulis-penulis novel cinta popular terbitan ALAF21 menjadi penulis yang menerima royalti paling tinggi. 

Sekarang, antara penulis buku yang menerima royalti tinggi adalah penulis buku-buku agama, novel remaja dan motivasi kejayaan Islamik. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 22, 2008

Sukar Amatkah Menghasilkan Cover Novel Cinta Islami….

Catatan oleh: Shiela (Pelajar parktikum UiTM di PTS)

PTSgrafik dikehendaki menghasilkan sentuhan kuasa cinta pada cover novel-novel cinta PTS, maka PTSgrafik mengambil inisiatif untuk mencari feel cinta itu sendiri bagi diadaptasikan pada hasil kerja yang dikehendaki.

Antara inisiatif itu ialah terpaksa mengenang semula cinta-cinta semasa zaman cinta monyet, cinta suka-suki, cinta muda-mudi sehinggalah ke cinta abadi.

Selain itu, Pengarah Kreatif PTS, Tuan Hisham, yang berasa rendah diri dengan kisah cintanya yang tidak sehebat kisah cinta Tuan Rambai, terpaksa mengambil alternatif membuat kajian ke atas drama-drama yang bertemakan cinta. Kajian dilakukan ke atas beberapa filem cinta agung antaranya filem Melayu seperti Sembilu dan Sabarudin Tukang Kasut, filem Korea seperti Winter Sonata serta tidak ketinggalan filem Hindustan yang sememangnya wajib bertemakan cinta iaitu Kuch-Kuch Hota Hai dan beberapa filem lain yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dengan jayanya.

Kebanyakan koleksi filem-filem yang dinyatakan adalah DVD hak milik Tuan Iwan. Tuan Zaidi pula pada awalnya sedikit berkira meminjamkan koleksi filem Shah Rukh Khannya namun akhirnya beralah kerana bimbang dengan ugutan Tuan Hisham yang ala-ala Om Puri.

Bagi memantapkan lagi feel cinta itu, PTSGrafik juga giat mendengar lagu-lagu cinta evergreen seperti lagu Nak Dara Rindu dan Tanya Sama Pokok dari zaman Allayarham P. Ramlee, lagu Kerana Kau dari zaman Alleycats, lagu Munajat Cinta dari kumpulan The Rock (kira muzik kumpulan ini pilihan masa kinilah) serta beberapa lagu ‘masyuk’ yang lain.

Oleh itu, jangan berasa pelik apabila terdengar ayat-ayat cinta puitis mahupun lagu-lagu meruntun jiwa di bilik PTSgrafik kerana PTSgrafik sememangnya dalam mood bercinta bagi mencari kelainan dan menjayakan penghasilan karya cover buku yang terbaik.

Rasakan penangan cinta PTSgrafik melalui hasil karya cover terbitan PTS!

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Kata Perempuan tentang Cover Ini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Cantikkah Cover Ini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 171 pages « First  <  1 2 3 4 5 >  Last »