Peluang Bisnes Training
Apabila kerajaan-kerajaan negeri BA di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor mula bergerak, salah satu sektor yang tentu dirombak adalah kerajaan-kerajaan tempatan. Ahli majlis-majlis perbandaran zaman BN yang korup akan digantikan dengan ahli-ahli baru.
Di bawah kerajaan BN, banyak pegawai dan kakitangan majlis-majlis perbandaran juga terkenal dengan amalan korup. Tetapi mereka itu tidak dapat dibuang kerana jawatan mereka adalah jawatan tetap.
Jika hanya ahli majlis sahaja yang digantikan dengan individu-individu yang bersih, manakala banyak kakitangannya masih bersikap kotor, maka usaha kerajaan BA untuk menghapuskan budaya korup dalam kerajaan tempatan akan gagal.
Media massa perdana yang masih dikawal oleh BN akan mencari apa jua peluang bagi memburuk-burukkan dan memfitnah kerajaan BA sebagaimana yang dilakukan terhadap kerajaan PAS di Kelantan.
Ini bermakna, kakitangan yang korup itu perlu direorientasi dan dibetulkan sikap mereka supaya berhenti daripada amalan korup.
Nah! Ini bermakna terbukalah banyak peluang bisnes training bagi para trainer.
Kepada tim trainer-penulis PTS, Sifu mencadangkan supaya tuan-tuan duduk berbincang bagaimana tuan-tuan dapat membantu kerajaan BA membersihkan unsur budaya rasuah di kalangan kakitangan majlis-majlis tempatan dengan mengemukakan pakej training yang diperlukan.
(Hehehe... Sifu ada idea pakej seperti itu!)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Bayangkanlah jika motivator tidak datang dengan memakai pakaian yang menaikkan aura pada penampilannya, memang pendeklah rezekinya....
Assalamualaikum.
Sebagai trainer, apakah model kereta yang bagus bagi bisnes saudara?
Apabila saudara menjadi trainer indie, saudara masuk sektor bisnes perkhidmatan yang amat peribadi sifatnya.
Pegawai latihan pelanggan korporat saudara akan mengedarkan borang-borang penilaian kepada peserta bengkel saudara sebelum bengkel tamat.
Kerajaan sudah mula menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD). Menterinya adalah Dato' Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Bagi saudara yang merancang mahu menjadi trainer ataupun penceramah, saudara wajib melabur bagi mencari pelanggan masa depan.





Salam.. saya ingin mendaftarkan diri saya untuk bengkel PTS ini.. My no 013-2226853