Monday, January 21, 2008

Belajar Tampil ke Depan dan Buat Pembentangan Impresif

Kemahiran menyampaikan presentation adalah salah satu kemahiran penting supaya dapat cepat naik pangkat, ataupun supaya berjaya mendapatkan bisnes.

Sebagai contoh, dari waktu ke waktu, pengurus-pengurus PTS dikehendaki oleh rangkaian supermarket buku seperti MPH dan POPULAR supaya membuat presentation di depan pasukan pengurusan tertinggi rangkaian itu bagi tujuan:

(i) Menerangkan program penerbitan masa depan PTS supaya mereka faham jenis-jenis produk terbaru yang akan diterbitkan.

(ii) Menerangkan strategi bisnes di sebalik program penerbitan PTS itu supaya mereka dapat memahaminya dan memberikan feedback serta sokongan dari sudut promosi dalam kedai.

Banyak orang percaya, siapa yang paling kuat bekerja maka dia akan naik pangkat.  Tidak, kuat bekerja sahaja tidak cukup. Supaya naik pangkat, kita perlu kuat bekerja dan juga pandai melaksanakan pelbagai tugas-tugas lain, antaranya tugas menyampaikan pembentangan. 

Mengapakah pembentangan penting bagi kenaikan pangkat?

Sebab pada waktu saudara berdiri di depan menyampaikan pembentangan itulah bos-bos saudara dapat menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka bakat-bakat dan pelbagai kemahiran yang saudara miliki, yang melayakkan saudara dipertimbangkan bagi dinaikkan pangkat apabila ada kekosongan.

Justeru, ambil berat tentang tugas membuat persembahan. Malah, cuba dapatkan peluang menjadi penyampai persembahan. Ia adalah peluang keemasan bagi mempromosi diri, bakat dan kemahiran-kemahiran yang saudara miliki. 

Nota Sifu: Buku jenis ini sesuai dijadikan alat pembuka pintu pasaran training sektor korporat. Kemahiran ini amat dipentingkan dalam dunia swasta.

Saya tidak tahu apakah sudah ada trainer Melayu yang specialise modul ini. Bangunkan modulnya dan mula perkenalkan pakej trainingnya. Hadiahkan senaskhah buku ini kepada training-manager.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, January 05, 2008

Buku Buat Duit

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 21, 2007

Akan Terbit! Buku Buat Duit dengan Internet

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 17, 2007

Buku Ini Dipesan 1092 Naskhah oleh PNM

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 15, 2007

Mahu Membuka Tadika Sendiri

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 11, 2007

Surat Pilihan: Buku Hartanah oleh Doktor

Puan Ainon,

Saya seorang doktor yang berminat di dalam bidang hartanah. Saya telah membaca banyak buku tentang pasaran hartanah di dalam dan luar negara.

Saya sendiri aktif berkecimpung di dalam bidang hartanah. Saya adalah salah seorang pelabur hartanah sejak 5 tahun yang lalu. Tidak perlu dicatat di sini berapakah hartanah yang saya telah ada tetapi cukup untuk mengetahui selok belok pasaran hartanah di Malaysia.

Saya mempunyai hasrat untuk menulis buku di dalam bidang ini. Puan boleh rujuk artikel blog saya tentang hartanah. Namun,kadangkala masa tidak beberapa mengizinkan.

Saya mengenali puan secara “bisik-bisik” melalui pembacaan buku dari PTS, En Kassim Selamat dan Osman Affan. 

Ketika membeli buku di dalam bidang hartanah, saya dapati PTS tidak mempunyai buku lagi (setahu saya) kerana hampir semua buku hartanah yang ditulis oleh penulis tempatan telah saya miliki. Saya tidak pasti mengapa.. mungkin PTS tiada penulis yang berminat atau PTS sendiri tidak berminat untuk menjadi pesaing sebuah lagi penerbit buku berunsur hartanah.

Oleh itu saya ingin bertanya pendapat Puan Ainon tentang penerbitan buku berunsur hartanah. Adakah boleh saya menawarkan diri (buku tak ada lagi.. tapi idea tu banyak).. ataupun Puan Ainon tidak berminat sama sekali.

Terima kasih Puan.

Dr Azwan
http://www.drazwan.blogspot.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 26, 2007

Baru Terbit!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 24, 2007

Surat Pilihan: Pengalaman Penulis Bercakap di atas Pentas Mempromosi Buku Sendiri

Assalamualaikum Puan Ainon,

Saya doakan puan sihat sejahtera.

Di sini saya ingin berkongsi cerita. Minggu lalu adalah giliran saya berbicara di program "Bicara Penulis" sempena MPH Book Fair di Alpha Angle. Seperti tertulis di blog, saya kecut perut, puan. Beberapa malam tidak lena tidur kerana 'ketaq' untuk melalui pengalaman pertama berdiri di atas pentas dalam pusat beli belah bagi membicarakan buku-buku karya sendiri.

Dipendekkan cerita, walau pun jiwa bergelodak, saya berjaya melakukan peranan saya, puan. Semuanya  berlaku dengan izin Allah, dan tidak kurang juga kerana terdorong melihat sendiri betapa bersemangatnya rakan-rakan penulis lain memanafaatkan peluang yang disediakan pihak PTS. Terima kasih banyak, puan. Tim PTS sangat banyak membantu saya sehingga tidak terasa masa sejam berlalu di atas pentas.

Awal minggu ini saya menghadiri seminar anjuran SMIDEC di Hotel EQ, Melaka. Lebih kurang 250 peserta hadir.

Ketika sesi soal-jawab, seorang peserta mengadu bahawa sebahagian syarat yang dikenakan SMIDEC untuk memohon geran agak ketat dan menyusahkan. Contohnya untuk geran pembungkusan dan pelabelan, diperlukan syarikat bertaraf Sdn. Bhd. untuk layak memohon. Sedangkan syarikat pengusaha yang ingin memohon geran itu bertaraf enterprais sahaja.

Pegawai SMIDEC menjawab persolan itu secara ala kadar iaitu memang syaratnya sudah ditentukan begitu. Kemudian puan, kaki saya perlahan-lahan melangkah ke arah microphone dan saya berkongsi sedikit informasi kepada para hadirin.

Saya terangkan risiko besar bakal dihadapi oleh sebuah syarikat bertaraf enterprais apabila pemiliknya meninggal dunia : syarikat itu akan bubar secara otomatik. Alangkah rugi kerana kelulusan sijil halal, barcode, label buatan Malaysia, dll turut terbatal kerana kelulusan diberi atas nama syarikat enterprais yang bubar itu. Tapi semuanya akan selamat sekiranya syarikat berkenaan bertaraf Sdn. Bhd.

Kata saya: Info ini ada dalam buku saya, "Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya". Usahlah diulangi kesilapan yang merugikan ini yang sudah berulang kali dilalui usahawan lain. Laburlah sedikit wang dan dapatkan buku-buku saya dan buku-buku bisnes lain terbitan PTS. 

Bacalah buku-buku itu kerana di dalamnya ada banyak maklumat yang dapat membantu golongan usahawan seperti tuan-tuan dan puan-puan. Semua buku-buku bisnes terbitan PTS ditulis dalam Bahasa Melayu dengan gaya santai dan mudah difahami. Ambillah peluang ini kerana PTS mahu memandaikan bangsa kita, khasnya golongan usahawan...

Puan tahu apa berlaku selepas itu? Hmmm...

Pegawai SMIDEC pun mula membuat ulasan yang menyokong kebenaran info yang saya sampaikan itu. Beberapa orang peserta pula mula datang ke tempat duduk saya, meminta kad nama dan contoh buku. Ada yang mendesak mahukan buku-buku contoh yang saya bawa. Malang sekali saya tidak bawa buku-buku untuk dijual.

Andainya saya letak 100 naskah bagi buku pertama dan 100 naskah lagi bagi buku kedua saya, rasanya boleh laku semua, puan. Beberapa orang peserta telah menghubungi saya beberapa hari kemudian untuk mendapatkan buku dan saya menjual terus kepada mereka.

Saya rasa, puan, sasaran pembeli buku-buku saya ada di program2 usahawan seperti seminar dan bengkel.

Yang seronok sekali puan, saya dipanggil oleh Datuk Lugiman, Pengurus PKPKS,  iaitu agensi yang menguruskan usahawan-usahawan EKS di Melaka. Beliau mahu berbincang tentang modul latihan yang sudah saya sediakan dengan tunjuk-ajar puan.

Dalam pertemuan kami Selasa lalu, beliau berkata akan mempertimbangkan supaya saya turut serta men-desain modul-modul yang bersesuaian bersama panel yang kini mengendalikan latihan usahawan EKS.

Doakanlah saya, puan. Saya berharap usaha-usaha ini berhasil untuk saya memulakan langkah dalam bisnes latihan, insyaAllah.

Akhir kata, terima kasih banyak di atas segala bimbingan puan. Semoga Allah membalas budi-baik puan yang banyak membantu orang-orang seperti saya dengan rahmat yang berpanjangan.

Salam,
Norlela Zubir

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 14, 2007

Judul Buku: Gunakan Perkataan Neutral bagi Buku yang Ditargetkan kepada Pembeli Lelaki dan Perempuan

Ini adalah contoh buku yang ditargetkan kepada pembaca lelaki dan perempuan.

Oleh hal yang demikian, judul buku ini menggunakan perkataan-perkataan yang disukai baik oleh pembaca lelaki mahupun perempuan. Perkataan "kaya" dan frasa "orang kaya" disukai oleh semua.

Kemahiran mencipta judul adalah kemahiran yang penting dimiliki oleh editor kerana hak menentukan judul buku ada pada pihak penerbit, bukan pada pengarang. Jika editor tersalah pilih judul, ia mempunyai kesan ke atas kejayaan buku itu dalam pasaran. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 08, 2007

Buku untuk Wanita

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 06, 2007

Memilih Judul Buku: Gunakan Perkataan yang Makna Konotasinya Positif Sahaja

Perkataan "BOS" dipopularkan oleh P. Ramlee pada tahun-tahun 70-an. Beliau menggunakan panggilan "bos" apabila dalam filemnya itu watak si bos itu mempunyai ciri-ciri bos yang tidak ideal.

Perkataan 'bos' kemudian menjadi ciri linguistik dalam filem-filem arahan pengarah-pengrah lain yang terdapat watak samseng dalam filem mereka.

Justeru sampai hari ini perkataan 'bos' mempunyai konotasi bos yang tidak ideal pada mata orang yang menggunakan perkataan itu apabila merujuk kepada si bos - meskipun bosnya bukan samseng!

Hati-hati apabila anak buah saudara menggunakan perkataan 'bos' apabila merujuk saudara, seperti apabila mereka berkata: "Bos panggil." ataupun "Bos suruh." ataupun "Bos ada?" 

Orang yang dipanggil dengan gelaran 'bos' adalah orang yang tidak disanjungi oleh si pemanggil.

Demikian juga apabila seseorang ketua itu dipanggil hanya dengan menggunakan ejaan singkat namanya, seperti "JJ" ataupun "Datin K" ataupun "Dato' F". Panggilan begitu adalah indikasi bahawa si pemanggil tidak menyanjungi orang yang dirujuk.

Hmm... apalah agaknya panggilan buat Sifu yang digunakan oleh Tim PTS di belakang Sifu! 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 16, 2007

Buku Panduan Pandai Membiakkan Duit

Buku ini adalah dalam siri "Pandai Buat Harta".

Pada masa ini semua bank menawarkan pelaburan dalam pelbagai unit amanah. Namun majoriti orang Melayu cuma kenal Amanah Saham Nasional sahaja, sedangkan ada bank-bank lain yang prestasi unit amanahnya lebih tinggi daripada ASN, tetapi orang Melayu tidak tahu.

Buku ini ditulis bagi pembaca yang malu hendak mengaku mereka sebenarnya sangat ingin belajar cara-cara membiakkan duit yang sedikit supaya terkumpul menjadi banyak.

Encik Sunthara Segar adalah seorang penasihat kewangan peribadi.

Beliau sedang menulis siri buku panduan membiakkan duit peribadi dengan cara-cara yang risikonya rendah.

Beliau juga seorang penceramah yang popular, sayangnya sebelum ini ceramah-ceramah beliau disampaikan dalam Bahasa Inggeris oleh itu kebanyakan orang Melayu tidak mengenali beliau.

Saudara tidak perlu menjadi orang bisnes bagi mengumpul harta. Bukan semua orang memiliki bakat dan ketahanan psikologis dalam dunia perniagaan. Dengan wang gaji pun saudara dapat menghimpun wang dan harta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 11, 2007

Orang Sibuk Hendak Berpuasa, PTS Sibuk Suruh Orang Buat Bisnes

Tim PTS tidak habis-habis dengan idea-idea kreatifnya!

Lepas satu, satu lagi... dan satu lagi idea baru dikeluarkan.

Luar biasa. Tabik!... bak kata Sdr. jOnOs.

Ini dia satu lagi buku PTS yang khusus diterbitkan awal bagi menyambut musim puasa dan hari raya.

Semua anak-anak syarikat PTS berlumba-lumba menerbitkan judul-judul khusus buat bulan puasa, hari raya dan musim haji.

Maklumat yang ada pada kita menunjukkan sebulan sebelum tibanya bulan Ramadhan, dan sepanjang bulan mulia itu, jualan buku-buku agama sudah mula meningkat lebih tinggi daripada sebelumnya.

Apabila masuk bulan puasa, jualan buku-buku resipi biskut dan kek pula meningkat dengan banyaknya. Justeru, jangan terbitkan buku resipi kuih-muih selepas hari raya.

Begitulah resam dunia penerbitan. Buku diterbitkan sesuai dengan kalendar aktiviti utama masyarakat.

Bak kata orang, sebelum tiba musim angin, layang-layang sudah siap....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 11, 2007

Apabila Budak Kecil Membaca Buku Yang Ditulis untuk Bacaan Budak Besar

Saudara sedang terkial-kial hendak belajar berniaga dengan membuka syarikat sendiri. Patutkah saudara membaca buku-buku pengurusan bisnes yang ditulis oleh pakar-pakar Amerika?

Apabila saudara membaca buku-buku tulisan pakar-pakar pengurusan Amerika, ambil ingatan bahawa buku-buku itu ditulis bagi kegunaan para pemimpin korporat-korporat Amerika.

Saudara budak kecil. Saudara bukan pemimpin korporat ala-Amerika. Jangan telan bulat-bulat apa yang saudara baca dalam buku-buku itu.

Game budak kecil lain. Game budak besar lain.

Buku-buku pengurusan bisnes korporat menekankan peri pentingnya "kempen promosi". Maka saudara pun asyik memikirkan "kempen promosi".

Seorang anak Sasterawan Negara menerbitkan novel ayahnya. Kemudian beliau melakukan "kempen promosi" dengan membelanjakan semua sekali RM20 ribu wang grant dari kementerian bagi melancarkan buku itu di hotel besar serta mengundang menteri dengan harapan berita itu akan disiarkan oleh media. Kata orang muda-muda, "habuk pun tidak ada" kesannya pada angka jualan novel itu.

Hubaya-hubaya apabila membaca buku-buku pengurusan bisnes dari Amerika kerana buku-buku itu ditulis bagi kegunaan budak-budak besar.

Belum ada buku-buku pengurusan bisnes yang memberitahu peri bahayanya melancarkan "kempen promosi".

Nota: Nabi Muhammad tidak melancarkan kempen promosi bagi bisnesnya....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 04, 2007

Pelik! Siapa Pembeli Buku-buku Ini

Siapakah yang mahu membeli dan membaca buku-buku cerita bertemakan hal-hal kampung?

Ceritanya, cerita orang-orang kampung.

Cerita bisnesnya, cerita bisnes ala-ala kampung.

Desain kulitnya pula menggunakan ikon-ikon kampung.

Apatah lagi judul buku-buku itu pun bunyinya amat kampungan.

Sewaktu ternampak kulit buku ini pertama kali tersiar dalam web PTS, saya geleng-geleng kepala. Jantung Chairman PTS dag-dig-dug.

Dalam hati, saya tidak yakin 2 buah buku ini dapat dijual dalam kedai buku-buku elit berhawa dingin, duduk sederet dengan judul-judul bisnes lain terbitan PTS yang temanya ala-ala korporat.

Tetapi saya ambil sikap diam. Sepatah saya tidak berkata kepada sesiapa bahawa saya khuatir pelaburan PTS ke atas 2 buah judul ini pelaburan yang selamat, jangan cakap soal pelaburan yang menguntungkan. Saya mahu tengok dahulu prestasi judul-judul itu dalam pasaran.

Pelik! Siapa yang membeli dan membaca buku-buku ini....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(27) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 29, 2007

Menulis dengan Mengadaptasi Buku-buku Bisnes

Pasaran buku-buku bisnes sedang berkembang dengan baiknya. Kita mahukan lebih banyak judul-judul bisnes popular yang sesuai bagi bacaan golongan peniaga kecil dan sederhana.

Dalam situasi sekarang, orang Melayu sudah berminat menceburi dunia bisnes, justeru buku-buku yang menyeru-nyeru orang supaya jangan takut masuk bisnes sudah tidak popular lagi.

Buku yang dikehendaki saat ini adalah buku-buku how-to. Buku jenis ini sudah banyak dalam bahasa Inggeris, dan isinya bagus-bagus sekali.

PTS mencari penulis buku-buku bisnes yang dapat kita latih bagaimana menulis dengan cara mengadaptasi buku-buku dalam bahasa Inggeris itu, dengan tidak melanggar undang-undang hakcipta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 05, 2007

Pesta Buku: Perempuan dan Buku Bisnes

Sewaktu pesta mula dibuka, seperti biasa, 80 peratus pembeli buku bisnes dan buku pengurusan PTS adalah lelaki antara 25 - 40 tahun.

Pola ini berubah sepanjang 3 hari terakhir pesta apabila lebih ramai perempuan membeli buku-buku bisnes. Bagi suami isteri yang datang ke booth buku bisnes, yang memilih buku adalah isteri, manakala suami membayar.

Kita masih memikirkan apa faktor yang mendorong perubahan itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 04, 2007

Pesta Buku: Tingkah Laku Pembaca Serius

Gerai PTS mengasingkan seksyen buku-buku remaja daripada buku-buku dewasa. Ini memudahkan kita memerhatikan perbezaan tingkah laku pembeli kedua-dua kategori buku itu.

Pembeli buku remaja membeli tanpa banyak membuang waktu memeriksa apa isi kandungan buku yang dibeli.

Ini sangat berbeza dengan pembeli dewasa. Mereka semak isi kandungan buku-demi-buku sebelum membuat pilihan. Malah mereka membaca bahagian-bahagian dalam buku itu, sudah puas hati buku itu memenuhi keperluannya, baru mereka memilih.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 03, 2007

Pesta Buku: Buku Bisnes Paling Tidak Laku

Ini wajah buku bisnes paling tidak laku sepanjang pesta. Tidak 1 naskhah pun terjual.

Puncanya, buku ini sudah habis dalam setor. Jabatan pemasaran tidak memasukkan buku ini dalam senarai buku-buku yang diulangcetak untuk pesta, beserta lebih 80 judul lain yang semuanya OOS (out of stock).

Jadi buku ini tidak ada dalam booth PTS, itu sebab tidak laku langsung.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Buku Lembu

Sempena pesta, PTS PROFESSIONAL menerbitkan siri buku "Mula BISNES".

Antara buku siri ini, buku "LEMBU" adalah judul paling laris. Lebih 50% buku yang terjual dibeli oleh perempuan.

Hairan... Mengapakah perempuan membeli buku "LEMBU"?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 29, 2007

Pesta Buku: Siapa Beli Buku Bisnes PTS

En. Nazrul Samsudin adalah Pengurus PTS Professional.

Beliau melaporkan profail pengunjung booth PTS yang berkerumun didepan rak-rak buku bisnes adalah: (a) Lelaki dewasa - ciri orang berjawatan tetap, (b) Perempuan dewasa - ciri orang berjawatan tetap, dan (c) Lelaki muda - ada ciri-ciri pelajar IPT.

Nampaknya perempuan muda tidak membeli buku-buku bisnes!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 28, 2007

Lagi Siri Mula Bisnes

Ini satu lagi sektor bisnes yang akan diterbitkan. Bisnes menternak lembu, kambing, rusa, ayam, ayam kampung, itik, puyuh, ikan, udang.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 27, 2007

Ini Dia Siri Bisnes Kecil dari PTS PROFESSIONAL

Sempena Pesta Buku 2007 PTS melancarkan set buku-buku SIRI MULA BISNES!

Saudara boleh menulis buku-buku dalam siri ini. Dapatkan template kandungan daripada Cik Rozita. Ataupun lebih baik beli satu buku contoh dan jadikan buku itu panduan.

Buku siri seperti ini dibeli oleh perpustakaan awam, sekolah dan individu. Oleh itu pasarannya bagus!

Saudara hanya perlu tengok semua jenis kedai yang ada dan tulis buku berkenaan bagaimana bisnes itu dimulakan.

Kedai salon rambut, kedai farmasi, kedai cerminmata, kedai kamera, kedai telefon, kedai bunga plastik, kedai repair motosikal, kedai pengantin, kedai runcit, kedai frame gambar, kedai kain baju, kedai cyber cafe, kedai gula-gula, kedai dobi, kedai ayam segar, kedai agensi plancongan, kedai butik, kedai pinggan-mangkuk, kedai perabot, kedai hardware, kedai jam tangan, kedai foto, kedai franchise, kedai repair kasut, kedai kek, kedai buku, kedai barang elektrik, kedai baju bundle, kedai tikam ekor (eh! silap!)

Puan Rashidah Mat Nor adalah seorang pegawai maklumat di Lembaga Kelapa Sawit Malaysia. Beliau menjalankan kajian dengan menemu bual beberapa peniaga yang sudah menjalankan bisnesnya dalam sektor berkaitan bagi mendapatkan maklumat.

Ini satu lagi bukti PTS jujur dengan misinya: Memandaikan Bangsa!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 25, 2007

Buku Ini Juga Sudah Dilesen oleh Jakarta

Kejayaan buku RAHSIA KEJAYAAN ORANG CINA mendorong penerbit Mizan melesen buku ini bagi penerbitan edisi Bahasa Indonesianya.

Edisi RAHASIA BISNIS ORANG CINA laku lebih 20 ribu eksemplar dalam tempoh 3 bulan. Rekod ini mengalahkan jualan edisi Malaysianya.

Mari kita menulis judul-judul yang dapat diekspot ke Jakarta.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 02, 2007

Buku PTS di Indonesia: Laku 20,000 dalam Masa 3 Bulan! (ampun… gambar slooow!)

Inilah buku Ann Wan Seng, RAHASIA BISNIS ORANG CINA, bestseller PTS yang juga menjadi bestseller buku bisnis di Indonesia.

Buku ini terjual 20,000 unit. Ia dicetak 4 kali dalam tempoh 3 bulan pertama diterbitkan oleh PT MIZAN sebagai edisi Indonesia. Setiap cetakan 5 ribu naskhah.

Siapa kata buku Malaysia tidak dapat diekspot ke Indonesia....

Kalau buku yang mahu diekspot ke negara itu dicetak di Malaysia, memang susah mahu mengekspotnya ke negara itu.

Tidak ada pengedar Indonesia yang mahu mengimpot buku cetakan Malaysia. Buat apa?

(a) Bahasa Melayu Malaysia kurang difahami di Indonesia, jadi buku susah dijual. Buku itu perlu diedit bahasanya dan diIndonesiakan dulu.

(b) Wajah kulit buku desain Malaysia kurang memikat citarasa pembeli Indonesia. Ia perlu kulit yang didesain oleh seniman buku di sana, yang fasih dengan citarasa rakyat negara mereka sendiri.

(c) Judul buku originalnya di Malaysia pun mungkin tidak memikat pembeli Indonesia.

(d) Blurp buku Malaysia juga tidak sesuai bagi pasaran Indonesia. Baca blurp buku ini yang memetik kata-kata hikmat tokoh usahawan muda terkenal di negara itu, Rhenald Kasali.

(e) Harga buku yang diterbitkan di Malaysia 2 kali lipat lebih mahal! Tambah kos penghantaran, ia akan jadi 3 kali lipat lebih mahal apabila dijual di Indonesia. Dijamin tidak laku....

Dengan menerbitkan semula buku-buku PTS sebagai edisi Indonesia dan dicetak di Malaysia, buku-buku itu dapat dijual di sana dengan harga 50% lebih murah daripada harga buku originalnya di Malaysia.



.

Buku MAKIN CANTIK AJA ini pula dipakejkan dengan menggunakan wajah dan kata pengantar tokoh motivator perempuan paling ngetop di Indonesia saat ini!

Judul asal buku ini di PTS adalah PANDUAN MENGURUS STRES UNTUK WANITA, karya tiga orang pensyarah fakulti perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Buku-buku PTS edisi Indonesia rata-rata lebih ayu dan ganteng penampilannya, berkat sentuhan jari-jari artistik desainer buku di sana.

Aduh! Cantiknya.....

.

.

Di bawah ini pula buku 'all-time bestseller' PTS yang berjudul 55 PETUA ORANG BERJAYA oleh Ahmad Fadzli Yusuf ditukar menjadi GAJI KECIL? No Way! Jumlah 55 petua itu juga dikurangkan menjadi 33 sahaja...


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 29, 2007

Buku Agama untuk Pembaca Beginner: Isu Perkataan Pinjaman Arab

Apabila penulis Melayu menulis apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan agama, maka automatis banyak perkataan pinjaman Arab digunakan.

Dalam percakapan harian pun perkataan-perkatan itu digunakan, yakni apabila orang Melayu bercakap dengan orang Melayu.

Perkataan seperti amal, martabat, surah, juz, hadith, hafiz, kalimah, syahadah, soleh, solehah, solat, akad, talak, mukmin, muslimin, muslimat, fardhu, redha, maksiat, musibah, mungkar, sunat, ibadah dan lain-lain sudah menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata Bahasa Melayu umum.

Walaupun begitu, apa yang orang Melayu tahu, orang bukan Melayu belum tentu tahu. Pembaca Cina, Kadazan, Murut, Iban, Temuan, India, Sikh dan lain-lain tidak faham konsep di sebalik perkataan itu.

Jangankan orang bukan Melayu, di kalangan orang Melayu sekalipun, ramai yang tidak tahu makna perkataan-perkataan pinjaman Arab itu - kanak-kanak sudah tentu tidak tahu! Malah, jangan terkejut, di kalangan remaja dan orang dewasa Melayu pun, banyak yang tidak tahu.

Apabila menulis buku-buku agama Islam untuk pembaca beginner, perkataan-perkataan pinjaman Arab hendaklah digantikan dengan perkataan Melayu.

Sebagai contoh, judul buku 'Panduan Menjadi Isteri Solehah' sepatutnya ditulis 'Panduan Menjadi Isteri yang Baik'.

Ayat 'Martabat seseorang itu ditentukan oleh ilmunya.' sepatutnya ditulis 'Status seseorang itu ditentukan oleh ilmunya.'

Sebenarnya, menulis buku agama Islam bagi bacaan pembaca beginner adalah lebih sukar daripada menulis buku untuk pembaca pakar, yakni pembaca yang sudah tahu apa itu ajaran-ajaran Islam.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sains Penulisan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 24, 2007

Bacaan Wajib Sebelum Membuka Bisnes

Kepada Sdr Idrus Shaidy,

Selepas saudara selesai membaca buku MEMULAKAN BISNES SENDIRI, baca pula buku ini.

Buku ini akan terbit dalam masa terdekat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Bisnes
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages