Saturday, June 16, 2007

Novel Laskar Pelangi Difilemkan

Berita terbaru yang kita terima dari Jakarta mengatakan novel Andrea Hirata Laskar Pelangi akan difilemkan.

Laskar Pelangi diterbitkan edisi Malaysianya oleh PTS FORTUNA.

Pengarah filem itu nanti adalah Riri Reza, pengarah filem hit Ada Apa Pada Cinta.

PTS akan melobi Grand Brilliance supaya membawa masuk filem itu nanti ke Malaysia. Apabila filemnya hit di sini, jualan novelnya juga akan meningkat.

Dalam Pesta Buku lalu novel ini tidak dapat dipemerkan dalam booth PTS sebab habis dalam setor.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku ke filem
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 24, 2007

Kembar Terpilih akan Difilemkan

Inilah novel pertama PTS yang akan difilemkan.

Penulis novel ini, Sdr Meor Shariman, adalah juga seorang penulis skrip filem dan TV.

Sebuah penerbit filem sudah bersetuju memfilemkan siri KEMBAR TERPILIH ini apabila pasaran filem tempatan menunjukkan filem-filem yang ditargetkan kepada penonton remaja mengaut untung besar.

Sambutan luar biasa bagi filem remaja seperti Cicakman dan Mukhsin membuktikan pasaran remaja adalah pasaran yang belum dieksploitasi sepenuhnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku ke filem
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages