Friday, July 18, 2008

Isu Penerbitan Terjemahan Buku-buku Arab Kontemporari

Salah satu pertanyaan yang sering kali kita terima daripada peminat buku-buku Arab adalah: Bukankah banyak penulis-penulis Arab moden, yang masih hidup, yang karya mereka menerima sambutan panas di Timur Tengah. Mengapakah PTS tidak menterjemahkan karya-karya mereka itu dan menerbitkannya?

Beginilah respon kita:

1. Buku-buku penulis moden Arab itu amat cepat diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia.

Dari segi perlumbaan waktu, kita tidak dapat mengatasi kecepatan kerja penerbit Indonesia. Nanti, kita belum siap menterjemah, buku edisi Indonesianya sudah diimpot masuk oleh pengedar buku-buku agama di Kuala Lumpur.

2. Kos terjemahan Indonesia amat murah berbanding dengan kos terjemahan di Malaysia.

Kos terjemahan di Malaysia adalah tidak masuk akal tingginya dalam perkiraan mana-mana syarikat penerbitan swasta. Penterjemah yang sudah biasa dimanjakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), mahukan 15 sen seperkataan.

3. Kualiti terjemahan Arab-Melayu di Malaysia masih amat rendah.

Kualiti terjemahan penterjemah Arab-Melayu kita di Malaysia masih amat tradisional berbanding kualiti rakan-rakan mereka di Indonesia yang sudah jauh lebih maju saat ini.

4. Lesen terjemahan

Penerbit Indonesia yang mendapat lesen terjemahan itu hanya memohon lesen bagi terjemahan ke dalam Bahasa Indonesia sahaja, tidak termasuk Bahasa Melayu Malaysia. 

PTS dan MIZAN sedang bekerjasama supaya apabila MIZAN memohon lesen, maka dimohon sekali hak edisi Bahasa Melayu Malaysianya. Apabila ini sudah dilaksanakan, PTS hanya perlu mengedit sahaja terjemahan Indonesianya yang dilakukan oleh MIZAN. Ini tentu sekali merugikan penterjemah Malaysia, tetapi demi mengurangkan kos, strategi ini adalah amat logikal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 01, 2008

Menaikkan Prestij Karya Terjemahan

Apabila sesuatu aktiviti itu dilakukan oleh orang-orang kecil sahaja, hobi itu tidak dipandang berprestij, tidak dimuliakan, tidak menjadi ikut-ikutan orang ramai. Sukan memikat burung tekukur tidak akan dipandang sukan berprestij selagi hanya orang kampung yang memainkannya.

Ambil sebagai contoh, andai kata Tuanku Noor Zahirah, Raja Permaisuri Agung kita sekarang, mempunyai hobi membuat sulaman tekat, dijamin, banyaklah perempuan Malaysia tergila-gila belajar membuat sulaman tekat. 

Demikianlah halnya dengan aktiviti terjemahan. Faktor "siapa" yang menterjemah adalah sama pentingnya dengan "apa" yang diterjemahkan.

Apabila karya besar diterjemahkan oleh orang kecil, sebagai contoh "WAR AND PEACE" diterjemahkan oleh seorang yang Encik "Atan bin Bulat", biarpun terjemahannya itu bermutu, karya terjemahan itu tidak akan diberi sorotan istimewa.

Justeru, sebagaimana sulaman tekat memerlukan nama-nama besar sebagai campionnya, bidang terjemahan juga memerlukan nama-nama besar sebagai dutanya.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 16, 2008

Apabila Tidak Laku, Tukar Penterjemah

Dalam bisnes penerbitan buku-buku terjemahan, ada kalanya buku asalnya amat laku dalam pasaran, tetapi apabila diterjemahkan, buku terjemahannya tidak laku.

Jika ini berlaku pada bisnes saudara, apakah langkah yang sepatutnya saudara lakukan?

Ada dua pilihan:

(1) Menyerah sahaja kepada nasib dan tanggunglah kerugian itu.

(2) Pilih penterjemah lain dan terbitkan semula judul itu, dengan nama penterjemah baru.

Di Korea, perkara seperti itu pernah dialami oleh sebuah penerbit yang menerbitkan terjemahan siri "DUMMY". Cetakan pertama siri itu gagal teruk dalam pasaran disebabkan kualiti terjemahannya tidak memuaskan pembeli.

Lalu penerbit itu mengambil penterjemah lain bagi menterjemahkan semula siri itu. Kali ini siri tersebut mendapat sambutan seperti yang dirancangkan.

Strategi "tukar penterjemah" juga diamalkan di PTS.

Tidak ada undang-undang yang menghalang penerbit daripada menerbitkan terjemahan judul yang sama tetapi diterjemahkan oleh individu-individu yang berlainan. Ini serupa dengan amalan dalam industri muzik. Lagu yang sama dapat diterbitkan semula oleh penggubah dan penyanyi lain-lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 02, 2008

Mencari Nikmat Membaca Karya Terjemahan

Gosip yang kita dengar mengatakan penerbit yang mendapat lesen siri Harry Potter membayar RM50,000 ribu bagi setiap judul yang dilesen. Itu baru kos melesen, belum masuk kos yuran penterjemah.

Jadi, faktor seperti inilah yang menyebabkan buku-buku terjemahan dijual dengan harga yang mahal.

Jika saudara hendak masuk ke dalam sektor pasaran buku terjemahan, isu harga jualan yang mahal adalah isu yang kritikal. Mindset pembeli buku Melayu masih kuno. Bagi mereka, harga buku serupa dengan komoditi. Harga buku mesti selaras dengan tebal buku. Buku nipis mesti murah, buku tebal baru patut lebih mahal. 

Pembeli daripada golongan berwang sanggup membeli buku terjemahan yang mahal apabila ia memenuhi 2 ciri:

(1) Isi kandungannya tidak terdapat dalam buku-buku karya pengarang tempatan. 

Faktor ini sangat penting. Pilihlah buku-buku yang tidak dapat dibaca melainkan judul-judul itu judul terjemahan. 

Kekalahan novel cinta Inggeris kepada novel-novel cinta Melayu adalah disebabkan isi kandungan novel cinta itu tidak unik. Novel cinta adalah komoditi. Tema dan cerita-ceritanya serupa sahaja. Justeru tidak ada penerbit yang berminat menterjemahkan novel-novel cinta Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.

(2) Mutu terjemahannya tinggi sehinggakan buku itu nikmat dibaca. 

Nikmat! Ini adalah kata kunci kejayaan buku terjemahan. 

Terjemahan yang "betul" belum cukup. Terjemahan itu mesti "nikmat" dibaca. Barulah orang sanggup mengeluarkan lebih wang bagi mengalami nikmat pembacaan. 

Mutu menjamin nikmat. Justeru value-for-money adalah amat penting. Orang sanggup membeli barang yang serupa dengan harga yang jauh lebih mahal disebabkan mutunya.

Justeru, mutu terjemahan mesti sangat tinggi, setinggi bahasa karya asli yang ditulis oleh pengarang Melayu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 27, 2008

Strategi Menjadi Penterjemah Selebriti

Kalau mahu mendapatkan ikan besar, memancinglah di tasik besar.

Lapan puluh peratus (80%) buku yang terjual di mana-mana negara adalah buku fiksyen. Inilah faktor yang menyebabkan penterjemah yang berpeluang mencipta nama dan mempunyai banyak peminat adalah penterjemah karya-karya fiksyen.

Penterjemah siri Harry Potter di Jepun berjaya menjadi jutawan! 

Jumlah peminat yang banyak adalah amat penting bagi penterjemah yang mahu hidup selesa sebagai penterjemah profesional. Peminat yang banyak bermakna jualan yang banyak.

Sudah menjadi tingkah laku peminat, yakni mereka akan membeli semua karya penterjemah yang sama. Itulah sebabnya penterjemah mesti bekerja bagi mencipta kumpulan peminatnya yang banyak.

Jangan menterjemah dengan sikap untung-untungan. Kalau laku untung, kalau tak laku apa nak kata.... Sikap begini tidak membantu penterjemah hidup selesa dengan menterjemah. 

Jangan menterjemah ikut citarasa peribadi dengan tidak mengambil hirau faktor pasaran. Jangan disebabkan kita suka sesuatu judul, maka kita pun menterjemahkan judul itu. Judul yang kita suka, belum tentu laku dijual. 

Pilihlah judul-judul yang sudah sedia popular dalam pasaran. Pilih nama-nama pengarang yang amat popular, yang mempunyai banyak peminat. Pilihlah buku-buku yang evergreen. Terjemahkan yang itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 25, 2008

Nama Penterjemah

Salah satu isu yang ditanyakan oleh penterjemah adalah: Di manakah nama penterjemah akan dicetak? Pada kulit buku ataupun pada halaman imprint buku?

Dalam amalan lazim penerbitan antarabangsa, nama penterjemah dicetak pada halaman imprint. PTS menggunakan amalan yang serupa.

Kekecualian berlaku apabila penterjemah adalah pengarang yang terkenal. Sebagai contoh, katakanlah novel "The Good Earth" karya Pearl S. Buck, diterjemahkan oleh SN Dato' Abdullah Hussain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 23, 2007

Ini Pula Cerita Tentang Penerbit Arab

Rakan niaga kita di MIZAN memberitahu pengalaman beliau menguruskan lesen hakcipta buku-buku Arab daripada penerbit di Mesir. Elok kita berkongsi maklumat ini, supaya jika saudara hendak melesen buku-buku Arab, saudara sudah tahu sedikit sebanyak kerenah penerbit Arab.

Nombor 1: Penerbit Arab banyak yang masih belum mempunyai laman web rasmi, malah banyak yang belum menggunakan internet bagi urusan bisnes. Jadi urusan jual-beli lesen hakcipta tidak dapat dijalankan dengan menggunakan internet sama sekali.

Nombor 2: Saudara perlu pergi ke Mesir dan jumpa sendiri dengan tawkay Arab itu. Yang ini lebih menyakitkan hati, sebab, entah mengapa agaknya, mereka tidak melayan orang kita dengan layanan yang sepatutnya dalam budaya bisnes antarabangsa.

Dia kata boleh datang ke pejabatnya dan jumpa jam 10 pagi, tetapi sampai jam 5 petang dia tidak juga datang ke pejabatnya.

Barangkali Pak-Pak Arab itu benci dengan muka "orang Jawi" kerana mereka tahu sangat bagaimana selama ini buku-buku mereka dicetak rompak di dunia sebelah sini. Siapa pula yang suka tengok muka bangsa perompak!

Nombor 3: Penerbit Arab mempunyai perangai di mana sesiapa yang datang hendak melesen bukunya, dia akan berikan lesen itu. Kalau ada 3 orang datang, tiga-tiga dia beri lesen! Mereka tidak mempunyai konsep lesen eksklusif. Inilah yang berlaku pada buku "La Tahzan". Macam-macam versi terjemahan "La Tahzan" terbit, sebab banyak penerbit mendapat lesen menterjemah buku itu.

Macam-macam cerita dunia bisnes penerbitan buku.... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 18, 2007

Cara Mencipta Nama dan Harta Sebagai Penterjemah

Penterjemah mempunyai peluang hidup selesa sebagai penterjemah. Justeru jangan lagi hidup dengan gaya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, yakni hidup dari satu "job" ke satu "job".

Lakukan 2 jenis projek terjemahan serentak:

(1) Menterjemah kerja-kerja kecil yang cepat siap dan cepat mendapat bayaran.

Projek jenis ini adalah jenis kais pagi makan pagi, tetapi ia penting bagi kehidupan bulan-demi-bulan. Tetapi jangan hanya membuat kerja-kerja terjemahan jenis ini sebab ia tidak membolehkan penterjemah memiliki harta intelek.

Penterjemah jenis ini betul-betul "penterjemah upahan". Ada kerja, adalah upah. Tidak ada kerja, tidak ada pendapatan. 

(2) Menterjemah karya buku sederhana dan besar.

Projek jenis inilah yang membolehkan penterjemah memiliki harta intelek. Pada bila-bila masa, jangan sampai tidak melakukan terjemahan jenis ini. Sambil menterjemah kerja-kerja kecil, saudara wajib melakukan terjemahan buku.

Apabila menjadi penterjemah buku, bukan semua buku dapat dijadikan harta intelek. Buku-buku yang tidak evergreen hayatnya, tidak berbaloi diterjemahkan, kalau niat saudara hendak memiliki harta intelek.

Pilihlah buku-buku yang berpotensi mempunyai hayat pasaran yang evergreen. Lazimnya penerbit mempunyai pengetahuan tentang buku-buku jenis ini.

Penterjemah jangan terus menterjemah buku yang menjadi kegemarannya kerana:

(1) Lesen hakcipta buku itu mesti diperoleh dahulu, baru boleh menterjemahkannya.

(2) Lazimnya lesen hakcipta tidak akan diberikan kepada individu, justeru jika saudara menulis surat kepada penerbit asal, peluang saudara mendapatkan lesen hakciptanya amat tipis. Penerbit asal buku itu hanya berminat melesenkan hakcipta buku-buku terbitannya kepada penerbit yang kredibel.

(3) Terma-terma dan syarat pelesenan hakcipta buku-buku dari Amerika dan Eropah lazimnya tidak mampu dipenuhi oleh penterjemah individu. 

(4) Jika buku itu sudah public-domain sekalipun, belum tentu ada penerbit yang berminat menerbitkan terjemahannya. Memang ada penerbit yang tidak peduli isu lesen hakcipta. Mereka main sapu sahaja. Tetapi saudara menanggung risiko besar ditipu oleh penerbit jenis ini.

Nota: Di Malaysia, PTS berjaya mendapatkan lesen novel "Tunnels", manakala di Indonesia, MIZAN yang berjaya mendapatnya.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Lagi Cerita Tentang Buku Arab

Begitu banyak buku-buku agama karya cendekiawan Arab sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia. Makin hari makin cepat penerbit Indonesia berlumba-lumba menterjemahkan buku-buku terbitan terbaru dari Mesir, Arab Saudi, Lubnan, Jordan dan lain-lain.

Boleh dikatakan semua buku-buku sebenarnya diterjemahkan secara cetak rompak sahaja. Buku-buku cetak rompak itu diimpot dan dipasarkan di Malaysia dengan banyaknya.

Macam-macam cerita yang kita dengar tentang buku-buku Arab. Beginilah yang banyak kita dengar daripada ustaz-ustaz Malaysia yang datang ke PTS dengan membawa terjemahan supaya diterjemahkan oleh PTS:

Apabila pegawai PTS bertanya apakah ustaz itu sudah mendapatkan lesen hak menterjemahkan karya itu, maka ustaz itu berkata buku itu ditulis oleh profesornya sewaktu dia belajar di Mesir. Profesor itu memberitahunya bahawa dia mewaqafkan ilmu dalam bukunya itu. Jadi, tidak perlulah meminta izin menterjemahkan bukunya lagi.

Bagi PTS, kita perlukan surat daripada profesor itu bagi mengesahkan bahawa bukunya itu boleh diterjemahkan oleh bekas anak muridnya itu, dan bahawa royalti tidak perlu dibayar kepadanya. Kalau surat itu ditulis dengan tangan sahaja pun tidak mengapa, asalkan ada, sebagai bukti bahawa PTS tidak terlibat dengan pelanggaran hakcipta (baca: mencuri harta intelek) pengarang, biarpun pengarang itu berada jauh dari Malaysia.

Cerita itu pun tidak habis di situ. Bagaimana jika hakcipta buku itu sudah diserahkan oleh si profesor kepada penerbitnya di Mesir sana. Kita perlu mendapatkan lesen hak menterjemah daripada penerbit itu, bukan daripada pengarangnya. 

Banyak ustaz merungut mengatakan PTS sangat cerewet, tidak macam penerbit-penerbit Mamak yang tidak banyak soal. Itu menyebabkan ustaz-ustaz di sini tidak suka menghantar karya mereka kepada PTS.

Bagi kita, di mana kita patut cerewet, kita memang cerewet!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 17, 2007

Bila Boleh Meminjam Perkataan Inggeris

Berikut adalah konteks yang sesuai bagi saudara meminjam perkataan Inggeris tanpa mengubah ejaannya:

(1) Apabila saudara menulis dalam media tak-kekal.

Maksud "media tak kekal" adalah hayat media itu amat singkat. Bahan-bahan itu tidak disimpan dalam perpustakaan sebagai bahan rujukan. Contoh media tak-kekal adalah blog, surat peribadi, ucapan tak formal, skrip, akhbar nyamuk, majalah hiburan, dan yang seumpama itu.

Sebagai contoh saudara menulis ayat ini untuk media tak-kekal: Majoriti perkhidmatan broadband hanya terdapat di kawasan bandar besar. 

Buku adalah media kekal. Akhbar perdana, majalah profesional dan teks warta berita adalah media kekal. Jadi, jangan main tulis sesedap rasa sahaja.

(2) Apabila saudara menulis buat bacaan sesama anggota kelompok eksklusif. 

Contoh kelompok ekslusif adalah sesama peminat fotografi. Jadi, apabila saudara menulis artikel untuk majalah fotografi, artikel saudara itu dibaca oleh sesama peminat fotografi. Mereka semua faham jargon-jargon fotografi.

Jenis-jenis perkataan yang sesuai dipinjam tanpa menukar ejaannya adalah seperti berikut: 

(1) Apabila perkataan itu adalah nama barangan konsumer.

Contoh barangan konsumer adalah barang-barang yang dibeli oleh individu menggunakan duit peribadi di kedai dan supermarket. Usia barang-barang itu tidak lama, dan namanya pun cepat bertukar. Nama-nama itu pula dicipta oleh syarikat pembikin barang-barang itu.

Contoh barang konsumer adalah scanner, thumb-drive, handphone, PDA yang dapat dibeli di kedai komputer.

(2) Nama profesion dan pekerjaan yang popular.

Contoh nama profesion dan pekerjaan yang popular adalah salesman, businessman, businesswoman, DJ, host, actor, actress, sound engineer, property manager, personal trainer, marketing excecutive, advertiser, banker, remiser, designer, speech writer.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 13, 2007

Plus dan Minus Menterjemah Buku

Dengan menterjemah buku, saudara berpeluang mengumpul harta intelek, dan menuai royalti tahun demi tahun daripada karya terjemahan saudara.

Apabila saudara merancang judul buku-buku yang saudara akan diterjemahkan, ambil kira faktor-faktor berikut:

(1) Buku klasik public-domain

Banyak buku klasik sudah public-domain  oleh itu boleh diterjemahkan dengan tidak perlu meminta izin hakcipta, dan tidak perlu membayar yuran pelesenan. Dengan itu kos penerbitan buku-nuku  public-domain adalah rendah.

Walau bagaimanapun,  ini tidak bermakna saudara tidak berdepan dengan risiko. Sesiapa sahaja boleh menterjemahkan dan menerbitkan buku-buku public-domain itu dan bersaing dengan saudara.

Apabila penerbit lain nampak buku terjemahan saudara dalam kedai dibeli orang, mereka akan tahu buku itu ada pasaran. Jika terjemahan saudara tidak cukup baik, mereka nampak peluang meramapas pasaran buku itu daripada saudara. Bukannya susah, cari sahaja penterjemah lain yang lebih baik! Terbitkan terjemahannya yang lebih baik itu. Itulah pukulan maut bagi terjemahan saudara yang kualitinya suam-suam kuku sahaja.

Ini jelas berlaku dalam sektor buku-buku agama. Sebagai contoh, dalam pasaran sekarang terdapat 4 edisi terjemahan kitab Riadhus Salihin, masing-masing diterbitkan oleh 4 penerbit yang berbeza. Manakala ada 2 edisi kitab Ringkasan Sahih Muslim.

Terbukti, terjemahan yang terbit kemudian adalah yang lebih baik, oleh itu lebih laris. Penterjemah terakhir menggunakan edisi-edisi terjemahan yang lebih awal sebagai rujukan bagi menghasilkan terjemahannya.

Jika buku terjemahan saudara dijual dengan harga yang lebih mahal, saudara mungkin kalah kepada buku pesaing saudara. Jika terjemahan buku saudara kurang baik mutunya, saudara pun boleh kalah juga.

Ini bermakna saudara perlu menghasilkan terjemahan yang kualitinya sukar ditandingi oleh penterjemah lain. 

(2) Buku moden 

Saudara perlu mendapatkan lesen hakcipta bagi menterjemah dan menerbitkan buku-buku kategori ini. Justeru kos yang saudara tanggung adalah lebih tinggi, dan buku-buku itu perlu dijual dengan harga tinggi juga.

Salah satu kelebihan menerbitkan buku kategori ini adalah tidak ada risiko persaingan. Penerbit lain tidak boleh menterjemah dan menerbitkan buku yang sama sebab hanya saudara yang diberikan lesen itu oleh pihak pemegang hakcipta.

Tetapi penterjemah tetap berdepan dengan risiko!

Jika terjemahan saudara tidak laku, penerbit berhak mencari penterjemah lain bagi menterjemah semula buku itu dengan kualiti yang lebih baik! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 11, 2007

Pasaran Terjemahan dan Kisah Salesman Kasut

Dalam seminar pemasaran, ada mitos orang bisnes yang kerap diulang-ulang oleh pemimpin seminar. Mitos itu bunyinya begini:

Ada sebuah kilang kasut. Pengurus kilang itu menghantar 2 orang salesmannya ke sebuah negeri bagi mengkaji kemungkinan dapat mengekspot kasut ke negeri itu.

Apabila mereka tiba ke negeri itu, Encik Salesman A terkejut melihat rakyat negeri itu cuma memakai sandal, tidak ada orang memakai kasut. Rajanya pun memakai sandal. Lalu dia segera menelefon bosnya mengatakan, "Di sini tidak ada pasaran buat kasut kita! Orang di sini tidak mahu kasut. Tidak ada orang memakai kasut!"

Salesman B pula, apabila dia melihat keadaan itu, dia amat gembira. Langsung dia menelefon bosnya dan berkata, "Tuan, kita sudah berjumpa pasaran dara! Rakyat negeri ini perlukan kasut tetapi tidak ada kilang pembuat kasut di sini!" 

Pada masa ini, apabila saudara masuk kedai buku seperti MPH, POPULAR, BORDERS, KINOKUNIYA dan lain-lain, sakit mata saudara hendak mencari buku-buku terjemahan Melayu. Tidak ada. Kalau ada pun, entah di rak mana buku terjemahan itu, tersorok dan terselit-selit antara ribuan buku-buku lain.

Keadaan begini menyebabkan penerbit jenis Salesman A tidak berani melabur ke dalam sektor buku terjemahan. Bagi mereka, realiti bahawa dalam kedai buku tidak ada rak karya terjemahan adalah bukti bahawa memang pasaran buku terjemahan tidak ada. Orang tidak mahu buku terjemahan. Buku terjemahan tidak laku dijual.

Kita berpandangan seperti Salesman B. Dalam kedai-kedai buku tidak ada buku-buku terjemahan bukan disebabkan orang tidak mahu membaca buku terjemahan. Subhanallah! Buku-bukunya yang tidak ada!

Justeru sektor buku terjemahan adalah sektor pasaran yang masih dara. Sektor itu belum ada pemainnya. Kata orang sekarang, pasaran Laut Biru. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Laut Biru Terjemahan

Puan Sifu,

Salam.

Sememangnya pasaran penterjemahan di Malaysia adalah pasaran laut biru! Saya sudah lama menyedari keadaan itu tetapi sudah sekian lama , badan-badan penerbitan terjemahan yang sedia ada tidak pernah merangka strategi pemasaran yang agresif untuk mewujudkan permintaan terhadap buku-buku terjemahan.

Kebanyakan penerbit di Malaysia lebih banyak menggunakan pendekatan reaktif - melihat respons pembaca terhadap produk-produk yang diterbitkan oleh penerbit lain kemudian barulah memulakan langkah untuk menerbitkan produk yang sudah menjadi best-seller.

Langkah PTS untuk memulakan projek terjemahan adalah pendekatan proaktif.  Permintaan untuk buku terjemahan memang ada tetapi ianya “dormant”. Dalam era globalisasi ini, tentunya pembaca-pembaca buku Bahasa Melayu di Malaysia dahagakan ilmu dan buah fikiran dari negara-negara luar dan kadar pemindahan ilmu ke dalam Malaysia hanya boleh menjadi pantas melalui terjemahan karya-karya asing dari negara maju sama seperti yang dilakukan oleh Jepun.

Saya sokong inisiatif Puan Sifu dan PTS dalam menerokai pasaran biru terjemahan. Pada pendapat saya, dalam keadaan pasaran sekarang, peranan penerbit juga harus meliputi menerbitkan bahan bacaan bagi mewujudkan permintaan dan mencorak gaya pembacaan masyarakat moden selain daripada hanya menerbitkan bahan bacaan kerana adanya permintaan di dalam pasaran.

Sekian. Wassalam.

Hidayati Kasuma Abdul Hadi 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Penterjemah Perempuan dan “Bahasa Lelaki”

Apabila membaca sesuatu teks, kita dapat mengagak apakah teks itu ditulis oleh perempuan ataupun oleh lelaki. Penulis perempuan menghasilkan gaya "bahasa perempuan" manakala penulis lelaki menghasilkan gaya "bahasa lelaki".

Isu ini ada relevannya dengan terjemahan.

Buku-buku bisnes hard-core ditulis oleh lelaki, menggunakan "bahasa lelaki". Pembeli dan pembaca utama buku-buku bisnes adalah lelaki.

Majoriti penterjemah adalah perempuan.

Dapatkah penterjemah perempuan menterjemahkan buku-buku bisnes dengan menggunakan "bahasa lelaki"? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 10, 2007

Prejudis Terhadap Penterjemah Lelaki

Lazimnya penerbit mempunyai prejudis terhadap penterjemah lelaki bahawa mereka tidak mempunyai ketekunan bagi menyiapkan projek terjemahan ikut jadual.

Lagipun, memang majoriti penterjemah adalah perempuan, baik di negara mana sekalipun.

Keadaan ini berlaku bukan disebabkan isu bakat bahasa dan bakat menterjemah antara lelaki dan perempuan. Sebaliknya ia ada kaitan dengan perbezaan antara personaliti lelaki dan perempuan.

Memang lelaki tidak tahan duduk berjam-jam hari demi hari melakukan kerja terjemahan, manakala perempuan lebih tahan.

Nota: Apa kata Tuan RASTOM

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Bukan Terjemahan Buku tetapi Adaptasi Buku

Puan Sifu,

Mengikut rekod, sewaktu beliau masih Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah “membunuh” mana-mana saki baki inisiatif terjemahan di negara ini apabila beliau secara terbuka menempelak kegagalan penterjemah melaksanakan tugas membawa masuk ilmu seiringan tuntutan/permintaan.

Sebelum itu, beberapa perubahan kepada dasar negara yang melibatkan kedudukan Bahasa Melayu/Malaysia telah menjadi pemangkin kepada agenda berkaitan.

Namun, itulah hakikat yang perlu ditelan.

Memang terjemahan telah gagal.

Ilmu-ilmu baru tak menang tangan penterjemahan untuk menterjemahnya. Belum siap separuh “An Introduction to Articifial Engineering” , seorang profesor di sebuah universiti di Hawaii telah memulakan roadshow (= jerayarama?) edisi terbaru “ Advance Artificial Engineering”.

Belum lagi mengambil kira soal berapa orangkah yang layak menterjemah subjek ini di Malaysia ke dalam Bahasa Melayu - si Pengerusi ITNM tak berkelip mata “memandulkan minda” DBP yang terkial-kial membina perbendaharaan istilah - walhal ITNM sendiri “terkembiri” lantaran hanya mampu melunaskan 153 judul buku terjemahan sepanjang tempoh 14 tahun kewujudannya. Janji manis penuh dusta ITNM ialah sebanyak 400 judul satu tahun. Maka 400 X 14 = 5,600.

Jika DBP disabit sebagai mandul, maka situasi ITNM sendiri tidak mampu dibangun semula walau menelan sebotol Viagra sekaligus. ITNM tidak lebih si paku yang mengata si dulang.

Puan Sifu,

Kita lupakanlah terjemahan.

Biarlah terjemahan terjun dan tenggelam dengan labu-labu dan perahunya sekali.

Di dalam dunia tahun 2008 - akuilah, bahawa kerja menterjemah sudah tidak relevan dengan tugas memindahkan ilmu apabila faktor masa menjadi penentunya.

Teori Surah Yusuf A.S. sebenarnya lebih hampir dengan kerja mengADAPTASI yang mampu leloloskan diri daripada hambatan-hambatan terjemahan.

Sebagai sang “Champion” kepada adaptasi - Puan Sifu sebenar-benarnya punya TUGAS & TANGGUNGJAWAB yang belum selesai.

Saya menyanggah bahawa terjemahan ada di lautan biru.

Yang ada di lautan biru ialah ADAPTASI.

SABRI MAHMUD 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 09, 2007

Dapatkah Pengarang Lokal Bersaing dengan Karya Terjemahan

Di mana-mana negara yang rakyatnya suka membaca, baik di Jepun, Korea, Amerika dan Eropah, pasaran buku terjemahan adalah besar.

Penerbit-penerbit terbesar pada peringkat antarabangsa secara automatik menghendaki supaya mereka diberi hak oleh pengarang bagi melesenkan buku-buku terbitan mereka ke dalam 43 bahasa-bahasa dunia. Sayangnya, Bahasa Indonesia termasuk dalam senarai itu, manakala Bahasa Melayu Malaysia tidak termasuk.

Kita meramalkan pasaran buku-buku terjemahan di Malaysia tetap akan diterokai dan dikembangkan, malah PTS komited mahu berada di barisan hadapan sekali dalam usaha ini. Kegagalan DBP menjual buku-buku terjemahannya tidak akan menakutkan PTS bagi melabur ke dalam pasaran ini disebabkan potensinya yang baik.

Kita sudah mula melabur dengan menerbitkan karya-karya terjemahan daripada Bahasa Indonesia, dan usaha ini akan terus dikembangkan setiap tahun, dengan menambahkan lagi judul-judul Indonesia yang di-Malaysia-kan.

Pada waktu yang sama PTS juga sudah berjaya membuka pasaran Indonesia bagi melesenkan buku-buku terbitan PTS.

Kebanjiran judul-judul terjemahan dalam pasaran tidak membahayakan jualan buku-buku karya tempatan apabila penulis-penulis kita dapat menghasilkan karya yang memenuhi keperluan pembaca tempatan. Segala macam maklumat lokal dapat dijual kepada pembaca lokal. Ini adalah kekuatan yang tidak terdapat dalam buku-buku dari luar.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 05, 2007

Merancang Pendapatan Royalti daripada Karya Terjemahan

Sebagaimana penerbit perlu merancang keuntungan daripada buku-buku terjemahan yang diterbitkannya, para penterjemah juga perlu merancang royalti yang dapat mereka terima hasil jualan karya terjemahannya.

Jenis-jenis buku terjemahan:

(1) Buku fiksyen klasik

Contoh buku jenis ini adalah karya Sir Arthur Conan Doyle dan Jules Verne (foto).

Buku jenis ini adalah evergreen, oleh itu hayat pasarannya panjang. Pasaran buku jenis ini tidak meletup-letup, tetapi ia dapat diulangcetak dari waktu ke waktu, jadi ia ibarat sungai yang sentiasa mengalir. Buku jenis ini adalah pelaburan jangka panjang. Pendek kata, sampai tua kita masih dapat menikmati royaltinya.

Satu lagi kelebihan buku jenis ini adalah royaltinya 100% dibayar kepada penterjemah kerana hakciptanya sudah menjadi harta awam. Penerbit juga tidak perlu mengeluarkan kos yuran pelesenan.

PTS sudah mengenal pasti senarai buku-buku klasik yang akan diterjemahkan. 

(2) Buku fiksyen klasik moden

Contoh buku jenis ini adalah buku-buku karya John Grisham (foto) dan Tom Clancy.

Buku jenis ini juga evergreen. Bezanya, buku-buku ini belum menjadi harta awam, oleh itu penerbit perlu mendapatkan lesen hak terjemahannya terlebih dahulu. Jadi, ada kos yuran pelesenan yang mesti dibayar oleh penerbit.

Royalti buku jenis ini tidak dibayarkan 100% kepada penterjemah tetapi dikongsi antara penterjemah dengan pengarang. Kadar pembahagiannya tertakluk pada terma-terma lesen.

Kelebihan buku jenis ini adalah, jumlah peminatnya lebih banyak daripada peminat buku-buku klasik, oleh itu pasarannya lebih besar.

Walaupun penterjemah berkongsi royalti, disebabkan jualan yang lebih banyak bermakna penterjemah mendapat royalti yang lebih banyak.

Satu lagi kelebihan buku jenis ini adalah edisi asalnya masih popular, dan masih dapat dibeli di kedai-kedai buku.  Oleh itu dari sudut promosi, edisi terjemahannya ikut terpromosi juga, kerana kedua-duanya menggunakan desain kulit yang sama.

PTS sudah mengenal pasti senarai buku-buku klasik moden yang akan diterjemahkan.

(3) Buku bestseller fiksyen moden kontemporari

Contoh buku jenis ini adalah siri Harry Potter dan "Tunnels".

Buku jenis ini mempunyai harapan menjadi karya klasik moden, dan seterusnya menjadi karya klasik. Jadi, buku jenis ini adalah pelaburan yang sangat baik, bagi penerbit dan juga bagi penterjemah.

Pasaran buku-buku jenis ini amat besar, tetapi kos yuran pelesenannya juga amat besar.

Dari waktu ke waktu akan muncul karya jenis ini, jadi jika saudara terlepas peluang menterjemah Harry Potter, tunggu sahaja, akan muncul siri baru yang menjadi bestseller akan datang. 

Jika saudara penerbit baru, oleh sebab itu belum memiliki modal operasi besar, buku jenis ini tidak berapa sesuai, kerana ia boleh menyebabkan aliran tunai saudara tercekik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Itu “Natural Translation”

Terjemahan yang nikmat dibaca adalah terjemahan yang bersifat 'natural'. Konsep 'natural translation' bermakna ayat-ayat terjemahan itu serupa benar dengan ayat-ayat asli bahasa kedua.

Jadi, berdasarkan konsep natural-translation ini, ayat greeting yang berbunyi "Good morning!" diterjemahkan menjadi "Apa khabar?" dalam Bahasa Melayu kerana begitulah orang Melayu bertukar-tukar 'greeting'.

Jangan terjemahkan "Good morning!" menjadi "Selamat pagi!" sebab itu bukan greeting orang Melayu.

Ayat phatic-communion adalah ayat 'cakap-cakap kosong' yakni kata-kata yang diucapkan oleh kerana kalau tidak diucapkan, kita berasa serba-tak-kena. Greeting adalah sejenis phatic-communion.

Sebagai contoh, jika saudara kebetulan berselisih di tangga pejabat dengan rakan sekerja, kalau saudara diam sahaja, saudara berasa serba-tak-kena, lalu saudara pun berkata, "Hendak ke mana?" Dia pun menjawab, "Keluar sekejap."

Kata-kata itu bukan aktiviti suka ambil tahu urusan orang lain. Kata-kata itu adalah phatic communion. Jadi, tidak boleh diterjemahkan menjadi "Where are you going?" dan "I am going out for a while." 

Ayat phatic-communion ataupun ayat 'cakap-cakap kosong' dalam bahasa Inggeris yang berbunyi "Hi!" ataupun "Hello!" diterjemahkan menjadi "Apa buat tu!"

Dalam karya fiksyen terdapat banyak jenis dialog yang diistilahkah sebagai residual orality, yakni cakap-cakap yang sebenarnya tidak mempunyai makna teknikal. Dialog itu cuma mempunyai fungsi sosial semata-mata. Setiap bahasa mempunyai frasa-frasa kosong seperti itu.

Dalam bahasa Iggeris, sudah menjadi adat, perempuan tua memanggil orang muda dengan panggilan 'love'. "Good morning, love!", "Thank you, love!", "See you again, love!"

Ucapan-ucapan  "Good morning, love!", "Thank you, love!", "See you again, love!" adalah fenomena residual orality, yakni cakap-cakap kosong: kata-kata yang tiada makna, cuma ada fungsi sosialnya, seperti bagi menyatakan terima kasih, ataupun sebagai kata-kata penutup interaksi, dan yang seperti itulah.

Justeru, jangan terjemahkan kata-kata dalam frasa kosong-makna seperti itu. Jangan peduli mahu menterjemahkan good-morning-love ataupun see-you-again-love. Gantikan sahajalah dengan ucapan yang serupa fungsinya dalam Bahasa Melayu. 

Kata-kata kosong-makna "See you again, love!" boleh saja diterjemahkan menjadi "Jalan baik-baik, ya!" ataupun, "Datang lagi, ya!"

Antara fenomena residual-orality dalam Bahasa Melayu adalah greeting di kalangan orang Melaka yang menggunakan bahasa maki-hamun. Jangan terjemahkan kata-kata maki-hamun orang Melaka itu menjadi maki-hamun juga dalam bahasa Inggeris. Gunakan kata-kata greeting yang paling sopan dalam bahasa Inggeris.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 04, 2007

Ciri Penterjemah Selebriti

PTS komited kepada matlamat mahu membangunkan pasaran buku-buku terjemahan. Dengan itu kita akan menubuhkan tim penterjemah yang amat berbakat dan berpegang pada komitmen yang sama bagi menjalankan projek-projek terjemahan yang sedang dimulakan sekarang.

Sekian lama kita mendengar rungutan yang menuduh buku-buku terjemahan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bermutu rendah, bahasanya berbau bahasa Inggeris, oleh itu tidak sedap dibaca, malah membaca buku asalnya lebih mudah faham. 

PTS akan mula menghasilkan buku-buku terjemahan yang akan menukar semua rungutan itu menjadi puji-pujian.  

Sesiapa yang membaca buku-buku terjemahan terbitan PTS tidak akan menyangka bahawa buku yang sedang dibacanya itu adalah buku terjemahan. Mereka sangka itu buku Melayu yang ditulis oleh penulis Melayu. Tentu sekali ini kerja yang berat dan sukar, tetapi kita akan lakukan dengan jayanya.

Langkah pertama PTS adalah melatih dan melahirkan barisan penterjemah bertaraf selebriti. Calon-calon penterjemahnya akan ditapis.

Dulu-dulu, orang yang gagal menjadi penulis, maka mereka menjadi penterjemah. Tradisi buruk seperti itu tidak akan diamalkan oleh PTS.

Tim penterjemah PTS adalah mereka yang mempunyai bakat menulis, dan menguasai Bahasa Melayu Tinggi dengan baik. Hanya dengan memiliki 2 ciri ini kita dapat melahirkan barisan penterjemah selebriti. 

Ciri-ciri penterjemah selebriti adalah:

(1) Dia mempunyai banyak peminat yang menunggu-nunggu bilakah karya terjemahannya yang terbaru akan muncul di pasaran.

(2) Buku terjemahannya banyak dan setiap karyanya terjual lebih banyak.

(3) Gaya terjemahannya menjadi ikutan penterjemah lain.

(4) Banyak penerbit cuba mendapatkan perkhidmatannya.

(5) Namanya disebut-sebut oleh penterjemah lain.

(6) Karya terjemahannya banyak dinilai dan diulas oleh pengkritik dan pengkaji.

(7) Dia banyak menerima undangan berceramah dan menulis kertas kerja persidangan.

(8) Dia mendapat liputan media. 

Nota penting:

(1) Buku "Teori dan Teknik Terjemahan" ini adalah bacaan wajib bagi penterjemah PTS. 

(2) Bakal calon penterjemah diwajibkan mengambil ujian PTS sebelum layak mengikuti kursus penterjemahan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 28, 2007

Ciri-ciri Penterjemah yang Dapat Menikmati Taraf Selebriti

Bukan semua penterjemah dapat mencapai taraf penterjemah selebriti.

Penterjemah bertaraf selebriti adalah penterjemah yang karya-karya terjemahannya mempunyai banyak peminat. Kemunculan karya terjemahannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh pasaran.

Bagi menjadi penterjemah selebriti, berikut adalah beberapa strategi kerja yang relevan:

1. Menghasilkan banyak karya terjemahan

Dalam hal ini karya-karya asalnya itu adalah karya-karya yang amat terkenal dan diminati ramai di seluruh dunia. Sebagai contoh, dia menterjemahkan semua karya penting Mark Twain, sehingga nama dan novel-novel Mark Twain menjadi sangat terkenal di negara ini.

2. Mutu terjemahannya adalah tinggi

Dalam hal ini mutu terjemahannya begitu tinggi, sehinggakan mungkin sahaja terjemahan itu lebih indah daripada karya asalnya, oleh itu dapat diulangcetak berpuluh-puluh kali, dan bertahan lama dalam pasaran.

3. Pakar bidang terjemahan

Dalam hal ini dia menggunakan teori, prinsip-prinsip dan teknik-teknik terjemahan yang dapat dipertahankan kesahannya di depan para pengkritik dan penilai. Dia bukan hanya mempunyai bakat menterjemah tetapi juga mempunyai ilmu dalam bidang teori dan teknik terjemahan.

Penterjemah yang berpotensi menjadi selebriti sangat dicari-cari oleh penerbit kerana namanya dapat melonjakkan jualan buku-buku terjemahannya. Hal ini serupa sahaja dengan nama penyanyi selebriti yang dapat melonjakkan jualan lagu-lagu yang dinyanyikannya. Lagu yang sama, apabila dinyanyikan oleh penyanyi lain, jualannya tidak laku, tetapi apabila dinyanyikan oleh penyanyi selebriti, jualannya laku keras.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 27, 2007

Penterjemah Bertaraf Selebriti

Dapatkah penterjemah menjadi seperti novelis bertaraf selebriti? Dia mempunyai banyak peminat, nama dan wajahnya terkenal, manakala karya-karya terjemahan terbarunya ditunggu-tunggu kemunculannya di kedai-kedai.

Kita mencari penterjemah-penterjemah berbakat yang personalitinya dapat dipromosi sehingga dia menjadi karyawan selebriti, setanding dengan novelis-novelis yang terkenal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 21, 2007

Komitmen PTS Mahu Menerokai dan Mendominasi Pasaran Buku Terjemahan

Di mana-mana negara yang rakyatnya aktif membaca, pasaran buku-buku terjemahan adalah pasaran yang baik. Tetapi pasaran buku terjemahan kita di Malaysia hanya amat baik bagi kategori buku-buku agama sahaja. Saudara masuklah kedai buku agama dan saudara akan dapati 90% buku-buku yang dijual adalah judul-judul terjemahan yang diimpot dari Indonesia.

Selain buku-buku terjemahan agama, dapat dikatakan tidak ada buku terjemahan dalam bidang-bidang lain yang dapat dibeli dalam kedai-kedai buku kita. Apakah barangkali yang menyebabkan para penerbit kita tidak mahu menerbitkan buku-buku terjemahan bagi bidang-bidang ilmu lain?

Ada beberapa kemungkinan: 

(a) Pengaruh kegagalan DBP

DBP sudah banyak menerbitkan buku-buku terjemahan tetapi buku-buku itu gagal dijual, sehingga penerbit lain takut hendak menceburkan diri dalam sektor ini. Mereka yakin buku terjemahan tidak laku.

(b) Kualiti penterjemah

Mutu terjemahan dalam buku-buku terbitan DBP tidak cukup tinggi sehingga banyak orang merungut dan mengatakan lebih mudah membacanya dalam bahasa Inggeris. Ini menyebabkan penerbit tidak yakin ada penterjemah yang betul-betul dapat diharap. 

(c) Yuran terjemahan

Penterjemah meminta bayaran terjemahan yang terlalu tinggi. Ada yang meminta sampai 15 sen satu perkataan. Takkan ada penerbit swasta yang mampu membayar yuran seperti itu. Dengan kadar itu buku terjemahan terpaksa dijual pada harga lebih RM100 ringgit!

Meskipun terdapat isu-isu seperti di atas, PTS tetap akan menceburi pasaran buku terjemahan kerana pasaran itu memang ada dan banyak buku yang bermanfaat perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bagi kepentingan pembaca yang memerlukan buku-buku itu.

PTS saat ini sedang membangunkan pasukan penterjemahnya sendiri yang terdiri daripada mereka yang berkongsi aspirasi memandai bangsa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 15, 2007

Bakat Menterjemah

Bakat menterjemah dan bakat menulis adalah serupa. Apabila saudara pandai mengarang, saudara akan pandai menterjemah. Demikian pula sebaliknya.

Yang membezakan adalah pada:

(a) Penguasaan bahasa. Bagi menterjemah saudara perlu menguasai 2 bahasa.

(b) Teknik. Ada teknik-teknik mengarang, dan ada pula teknik-teknik menterjemah.

Jika saudara mempunyai bakat mengarang, kita sangat menggalakkan saudara menterjemah.

Ada dua sektor terjemahan yang membolehkan saudara memiliki harta intelek yang tinggi nilai pelaburannya, iaitu:

(a) Menterjemah karya kreatif.

(b) Menterjemah buku-buku agama.

Kedua-dua sektor ini adalah evergreen. Tidak ada unsur-unsur dalam buku jenis ini yang akan luput-tarikh atau out-of-date.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 20, 2007

Peluang Memiliki Harta Intelek dengan Menterjemah

Bakat menterjemah adalah salah satu bakat yang tinggi nilai ekonominya. PTS mencari lebih banyak individu yang memiliki bakat menterjemah karya kreatif.

Pada masa ini banyak karya sastera dunia sudah menjadi harta milik awam atau public domain. PTS mempunyai program menterjemahkan karya sastera dunia ke dalam Bahasa Melayu.

Bagi program ini PTS menawarkan sistem royalti. Sistem ini adalah menguntungkan penerbit dan penterjemah.

Terjemahan bermutu tinggi adalah hasil gabungan bakat dan teknik terjemahan. Bakat adalah anugerah Tuhan, manakala teknik perlu dipelajari dan dilatih-tubi.

Kita mencari BAKAT dahulu, kemudian kita akan terangkan teknik-teknik menterjemah yang betul.

Bagi saudara yang berminat hendak tahu apakah saudara mempunyai bakat, saudara perlu ambil ujian menterjemah dahulu. Tulis emel kepada

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 01, 2007

Notis! Projek Terjemahan Jules Verne

Kepada mentee-mentee yang sudah hadir bengkel terjemahan, tulis surat emel kepada Sifu bagi mendapatkan teks ujian terjemahan karya Jules Verne.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 28, 2007

Bagaimana Menentukan Objektif dan Prioriti Projek Terjemahan

Apabila saudara mahu menerbitkan karya terjemahan, sebelum menyerahkan teks itu kepada penterjemah, tentukan dahulu kepada siapa terjemahan itu ditujukan. Kemudian beritahu dengan jelas perkara itu kepada penterjemah.

Di PTS, karya Sherlock Holmes dan Jules Verne diterjemahkan untuk bacaan remaja 12 tahun, yakni untuk bacaan pelajar tahun 6 sekolah rendah dan tingkatan 1.

Tujuannya PTS adalah mahu membekalkan bahan-bahan bacaan yang dapat membantu memandaikan remaja kelompok usia itu dalam (i) seni berfikir secara saintifik dan (ii) seni berfikir imaginatif.

Apabila objektif itu sudah terang dan jelas, barulah kita dapat menentukan apa yang prioriti dan apa yang bukan prioriti dalam proses terjemahan itu sendiri.

Sebagai contoh, dalam karya asal Sherlock Holmes, watak itu adalah seorang pemadat kokain, yakni beliau suka menghisap kokain! Apakah maklumat itu prioriti? Disebabkan tujuan projek terjemahan itu adalah bagi bacaan remaja 12 tahun, maka maklumat itu bukan prioriti, maka ia patut digugurkan.

Prioriti ditentukan oleh objektif. Objektif ditentukan oleh pembaca target.

Jika pembaca target adalah kelompok sasterawan, maka prioritinya adalah mengekalkan unsur-unsur "sastera". Sebaliknya unsur sastera bukan prioriti untuk remaja 12 tahun.

Justeru, tentukan dahulu pembaca target, kemudian tentukan prioriti unsur-unsur dalam teks asal yang mesti disampaikan kepada pembaca. Senaraikan apa yang prioriti dan apa yang bukan prioriti. Terangkan perkara itu kepada penterjemah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 27, 2007

Tim Projek Terjemahan Karya-karya Jules Verne

Kita mencari 4 orang untuk projek menterjemah 4 buah novel fantasi karya Jules Verne, bapa fantasi moden.

Kursus khas teknik terjemahan akan diadakan, dan 4 penterjemah terbaik akan dipilih.

Daftar di sini.

Tulis nama, emel, dan nombor hp.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Karya Terjemahan Sebagai Sumber Royalti

PTS FORTUNA akan menerbitkan karya-karya terjemahan daripada khazanah sastera klasik dunia.

Yang pertama akan diterbitkan adalah koleksi penyiasatan Sherlock Holmes. Selepas itu siri yang bakal menyusul adalah karya-karya terbaik Jules Verne.

Bagi projek sastera klasik ini PTS menawarkan sistem royalti. Dengan demikian para penterjemah berpeluang memiliki hakcipta karya terjemahan mereka.

Disebabkan karya yang dipilih itu adalah khazanah klasik, ia terjamin evergreen dalam pasaran, dengan itu setiap tahun penterjemah akan menerima royalti daripada jualannya.

Sebelum ini para penterjemah ibarat 'kais pagi, makan pagi' disebabkan mereka dibayar sekali sahaja dan dipaksa menyerahkan hakcipta terjemahan kepada penerbit buat selama-lamanya.

Akibatnya, setiap kali mereka memerlukan wang, mereka terpaksa menterjemah. Sekali menterjemah, sekali dibayar. Begitulah nasib penterjemah....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 10, 2007

Analisis Korpus Hadis

Menterjemah teks agama adalah serupa sahaja dengan menterjemah teks bukan agama.

Pertama-tama tentukan kepada siapa terjemahan buku agama itu ditujukan.

Apakah buku itu ditujukan kepada pembaca pakar ataupun kepada pembaca "idiot" ataupun "dummy"?

Langkah pertama menterjemah adalah melakukan analisis ke atas teks agama.

Bagi saudara yang menterjemah hadis, korpus hadis terdiri daripada 3 bahagian:

Ambil contoh korpus di bawah:

Dari Sahal bin Saad, katanya: Rasulullah bersabda, "Saya dan orang yang menjaga anak yatim nanti di dalam syurga seperti ini." Baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya dan merenggangkan antara keduanya. (Riwayat Bukhari)

(1) Kata-kata si perekod hadis: Dalam contoh di atas, kata-kata Imam Bukhari: Dari Sahal bin Saad, katanya:

(2) Kata-kata si pelapor hadis: Dalam contoh di atas, kata-kata Sahal bin Saad: Rasulullah bersabda, .......... Dia mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya dan merengangkan antara keduanya.

(3) Kata-kata Nabi Muhammad: Yakni korpus ataupun matan hadis itu sendiri. "Saya dan orang yang menjaga anak yatim, nanti di dalam syurga seperti ini."

Justeru, hanya bahagian kata-kata Nabi Muhammad sahaja yang bersatus teks suci agama. Manakala, kata-kata Imam Bukhari dan Sahal bin Saad adalah kata-kata manusia biasa.

Justeru teks di atas dapat diterjemahkan semula seperti berikut:

Nabi Muhammad pernah berkata, "Saya dan orang yang menjaga anak yatim, nanti di dalam syurga seperti ini." Orang yang melaporkan kata-kata Nabi Muhammad itu adalah sahabat beliau yang bernama Sahal bin Saad, manakala apa yang diucapkan oleh Sahal itu direkodkan verbatim, yakni kata-demi-kata, secara bertulis oleh pakar hadis yang bernama Bukhari. (Nota: Terjemahan seperti ini dapat difahami oleh pembaca bukan Islam)

Allah jua yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 02, 2007

Penterjemah: Umpama Orang yang Terkesima Dibayar 25 sen, Tidak Sangka Ditipu RM25

Kursus-kursus terjemahan sibuk mengajar pelajarnya teori-teori dan teknik-teknik terjemahan. Langsung tidak diajarkan skill yang diperlukan jika ada pelajar-pelajarnya mahu hidup sepenuh masa sebagai penterjemah.

Akibatnya, mereka pandai menterjemah, tetapi tidak pandai hidup sebagai penterjemah.

Seperti kata Cikpuan Siti Hajar Baharuddin, penterjemah hidup macam ayam, kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Besok hendak makan, kais lagi. Menyambung nyawa dari satu 'job' ke satu 'job'.

Penterjemah tawar-menawar dengan pemberi job... 10 sen satu perkataan... 15 sen, 20 sen, 25 sen... mereka tidak sedar bahawa apabila sesuatu itu dikira ikut unit-unit kuantum, itu namanya "komoditi". Sesiapa yang dibayar sen-sen-an, dia itu tarafnya penterjemah "komoditi".

Penterjemah komoditi bangga apabila mereka berjaya tawar-menawar perkhidmatan mereka ikut sen-sen-an. "Saya terjemah untuk Syarikat Fulan-Fulan, saya dibayar 25 sen satu perkataan!" katanya dengan bangga.

Tidak ditanyakan, "Berapa nilai bisnes yang terhasil daripada penat lelah saya ini?"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Royalti
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Penterjemah: Panduan Memilih antara Royalti dan Honorarium (I)

Penterjemah mempunyai hak hidup selesa dengan memiliki harta intelek.

Banyak penterjemah hidup macam mamak mee goreng - sekali goreng, sekali dapat makan - akibatnya apabila berhenti menggoreng, dia berhenti makan. Akibatnya, sampai rambut penuh uban di kepala, kalau perlukan wang, terpaksa menterjemah.

Penterjemah boleh memilih hidup macam M. Nasir - sekali cipta lagu - sampai bila-bila dapat makan, tidak pedulilah siapa yang memainkan ataupun menyanyikan lagu ciptaannya itu, dia tetap mendapat royaltinya.

Apakah jenis-jenis karya terjemahan yang dapat menjadi harta intelek kepada penterjemah?

Semua karya yang evergreen boleh menjadi harta intelek penterjemah. Syaratnya, jangan jual hakcipta terjemahan saudara itu. Jangan mahu dibayar kontan. Sebagai contoh, jangan mahu dibayar RM3 ribu bagi menterjemahkan sebuah novel.

Pilih sistem royalti. Selagi novel itu diulangcetak, selagi itu saudara menerima royaltinya.

Buku di sebelah ini dijual pada harga RM5.00. Ya, RM5.00 sahaja. Hakciptanya dikongsi oleh 3 orang penterjemah: Nabilah Hassan, Ainon Mohd. dan Arieff Salleh Rosman. Berapalah 7% daripada RM5.00 (bagi orang macam Ainon Mohd.)! Dikongsi bertiga lagi!

Tetapi mereka bertiga melihat jangka panjang. Buku ini buku evergreen. Kalau 10 sen satu buku, kalau setiap tahun diulangcetak 2 kali, dalam tempoh 20 tahun diulangcetak 40 kali, kalau 50 kali, kalau....

Banyak buku adalah evergreen. Percayalah, apabila penerbit memilih judul bagi diterjemahkan, penerbit itu memilih judul yang berpotensi diulangcetak berkali-kali.

Gosip-gosip pasaran mengatakan novel-novel Harry Potter yang sudah diterjemahkan purata laku lebih 70 ribu naskhah. Jangan kata banyaklah, kalau bagi setiap naskhah, penterjemah dibayar royalti RM1, dia sudah mengutip RM70 ribu!

Makanya, penerbit di bumi Malaysia yang tercinta ini tidak suka penterjemah memilih royalti, sebab ia mengurangkan keuntungan penerbit. Habis, mengapa PTS menawarkan sistem royalti kepada penterjemah?
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Royalti
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 23, 2007

Ayat-ayat Terjemahan dalam Quran

Dalam Quran terdapat banyak ayat-ayat terjemahan. Justeru, bagi pakar-pakar terjemahan yang beragama Islam, ayat-ayat Quran adalah sumber utama bagi membangunkan teori, prinsip-prinsip dan teknik-teknik terjemahan.

Ayat-ayat terjemahan dalam Quran itu adalah ayat-ayat dialog yang diucapkan oleh para malaikat, syaitan, iblis, firaun, kaum-kaum dahulu kala, dan semua nabi sebelum Nabi Muhammad. Nabi Adam bukan Arab, tetapi dalam Quran beliau bercakap bahasa Arab, begitu juga para malaikat dan iblis, semuanya bercakap Arab.

Sebagai contoh, keluarga Nabi Yusuf bangsa Yahudi. Tetapi dalam surah Yusuf, mereka semua bercakap Arab. Ertinya, dialog keluarga Nabi Yusuf itu sudah diterjemahkan oleh Allah daripada bahasa Ibrani (Hebrew) ke dalam bahasa Arab, baru kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad, supaya Nabi Muhammad faham.

Ayat ke-2 dalam surah Yusuf: "Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab ini sebagai Quran yang dibaca dalam bahasa Arab, supaya kamu, wahai Muhammad, memahaminya."

Semua ayat terjemahan dalam Quran adalah 100% bahasa Arab tulen, tidak ada unsur-unsur bahasa asalnya. Ini prinsip yang penting bagi penterjemah. Sebagai contoh, ayat-ayat terjemahan dalam surah Yusuf tidak mengandungi kata-kata Ibrani ataupun unsur nahu Ibrani.

Nah! Mengapakah buku-buku agama yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tengik dengan bau ketiak bahasa Arab?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Terjemahan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 17, 2007

Bengkel Menterjemah Karya Kreatif Inggeris-Melayu Ahad 22 Julai 2007 - Gratis

Bengkel ini untuk kumpulan pertama projek siri Sherlock Holmes sahaja.

Tarikh: Ahad 22 Julai 2007

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata KL.

Waktu: 10 pagi - 5 petang.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Jadual Kursus
(78) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 15, 2007

Lesen Adaptasi dan Lesen Terjemahan

Adalah menjadi amalan standard pada masa sekarang, apabila saudara memohon lesen terjemahan buku, saudara sekaligus memohon izin melakukan adaptasi ke atas isi kandungan buku itu.

Katakanlah saudara memohon lesen menterjemahkan Blue Ocean Strategy ke dalam Bahasa Melayu. Dalam lesen itu saudara juga memohon izin melakukan adaptasi bagi bahagian-bahagian tertentu dalam buku itu.

Adaptasi yang amat penting dilakukan adalah pada bahagian:

(a) Contoh-contoh kes yang terlalu ke-Amerika-an, seperti nama-nama tokoh bisnes dan nama-nama syarikat Amerika. Contoh-contoh itu akan digantikan dengan nama-nama tokoh dan syarikat lokal.

(b) Ayat-ayat ataupun perenggan yang dari sudut kulturalnya bertentangan dengan nilai-nilai budaya lokal, sebagai contoh, perenggan yang mengatakan teori evolusi adalah saintifik, akan dibuang.

Jadi, apabila saudara memohon lesen terjemahan, dapatkan izin adaptasi dan lokalisasi judul itu. Mohon sahaja izin itu, apakah kemudian saudara perlu melakukan adaptasi, itu urusan kemudian.

Izin adaptasi sebaiknya diminta untuk SEMUA jenis buku, termasuk buku-buku fiksyen. Manalah tahu, dalam cerita asal, hero dan heroin hidup bersekedudukan, ini tentu amat bertentangan dengan nilai-nilai budaya kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Gagal Menulis Maka Menterjemah

Majoriti penterjemah kreatif mempunyai bakat kreatif yang baik. Jika begitu, mengapakah mereka menterjemah? Mengapa tidak menulis?

Keyakinan.

Mereka tidak yakin dapat menghasilkan karya yang layak diterbitkan. Lalu mereka menterjemah kerana sudah tentu terjemahan yang dipesan oleh penerbit akan terbit. Disebabkan mereka mempunyai bakat kreatif, terjemahan mereka amat baik.

Ada juga penterjemah yang tidak mempunyai bakat kreatif. Mereka menyangka mereka dapat menghasilkan terjemahan yang baik disebabkan mereka tahu bahasa Inggeris. Meskipun bahasa Inggeris mereka baik, terjemahan mereka buruk.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah: