Friday, March 28, 2008

Ujian bagi Calon Penterjemah Sastera Klasik Inggeris-Melayu

Kepada saudara yang berminat ikut dalam projek terjemahan sastera klasik Inggeris-Melayu, tulis surat emel kepada saya klik di sini, bagi mendapatkan teks ujian.

Bagi mereka yang lulus ujian, bengkel latihan teori dan teknik terjemahan sastera akan diberikan.

Projek terjemahan ini menawarkan skim royalti dan pemilikan hakcipta terjemahan kepada penterjemah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(18) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 16, 2008

PTS PROFESSIONAL dan Jabatan Grafik Naik 1 Tingkat

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang ada urusan dengan pegawai-pegawai PTS Profesional dan Jabatan Grafik PTS, apabila datang ke pejabat editorial di Wangsa Melawati, minta maaflah, nampaknya tuan perlu naik tangga 1 tingkat lagi sebab mereka sudah berpindah ke tingkat atas!

Dua lantai yang kita sewa sekarang sudah terlalu sempit, sedangkan jumlah staf makin bertambah. Syukurlah kita dapat pula menyewa lantai di atas.  

Perkembangan sihat ini adalah dengan izin Tuhan yang maha menolong hambanya, dan berkat sokongan dan dukungan daripada penulis-penulis PTS yang berkarya dengan penuh semangat dan dedikasi bagi memandaikan bangsa. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 15, 2008

Tawaran untuk Agen Buku

Adakah saudara peniaga buku kecil yang bukan pengedar rasmi PTS?

Jika ya, Jabatan Pemasaran PTS menawarkan sesiapa yang membeli buku PTS tunai lebih daripada RM4 ribu, mereka diberi diskaun 35%, iaitu serupa dengan diskaun pengedar.

Hubungi En. Zaharin Zain 0166611470

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 14, 2008

Mencari Editor untuk PTS ISLAMIKA

Kumpulan Syarikat PTS mempelawa mana-mana individu berkelayakkan bagi membina kerjaya sebagai EDITOR AGAMA bagi buku kanak-kanak dan remaja.
Kriteria asas calon yang dicari:

  1. Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang AGAMA dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam yang diiktiraf kerajaan.(siswazah baru digalakkan memohon).

  2. Lulus SPM dengan kepujian Bahasa Malaysia.

  3. Mempunyai minat dalam bidang penerbitan dan penulisan buku khususnya buku kanak-kanak dan remaja.

  4. Mempunyai bakat kreatif dan pernah menulis atau menerbitkan sebarang karya kreatif.

  5. Memiliki personaliti yang suka belajar daripada orang lain dan suka bekerja dalam kumpulan.

  6. Mempunyai disiplin mengurus kerja sendiri tanpa pengawasan orang lain.

  7. Suka kepada kerja-kerja detail dan cerewet tentang kualiti kerja peribadi.

  8. Mampu bekerja dengan penyeliaan yang minimum.

  9. Keutamaan kepada calon yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan kepimpinan pelajar ketika di kampus.

Bagi calon-calon berkelayakan, sila emelkan resume kepada <> sebelum 23 JANUARI 2008.

(Calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh tutup adalah tidak berjaya.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 09, 2008

Majlis Bicara Buku

Penulis buku Growing Up In Terengganu, Tuan Wan Ahmad Hulaimi atau Awang Goneng akan bercakap tentang buku beliau seperti berikut:

Tarikh: Isnin 14 Januari 2007

Masa: 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat: Bilik Seminar 3, Tingkat 3, Bangunan Human Sciences, Universiti Islam Antarabangsa.

Semua dijemput hadir. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 07, 2007

Iklan! Penulis PTS Mari Masuk Radio 24

PTS sedang bekerjasama dengan stesen Radio 24 (93.09 FM) dan Radio IKIM (91.5 FM)bagi memperkenalkan penulis-penulis PTS, sekaligus dengan karya masing-masing.

Stesen Radio 24 adalah milik Agensi Berita Malaysia (BERNAMA). Studionya terletak dalam bangunan ibu pejabat BERNAMA di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, tidak jauh dari bangunan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Pusat Perubatan Islam.

Radio 24 adalah "radio berita" macam Radio BBC. Target pendengar Radio 24 adalah golongan profesional dan bisnes.

Buat masa ini Radio 24 hanya dapat didengar di sekitar Lembah Kelang, tetapi ia akan menjadi radio liputan nasional selepas fasa pertama ini berjaya. 

Saudara yang berminat muncul sebagai tetamu dalam Radio 24 mendaftar di sini, dan tulis emel kepada En. Fauzul Naim. En. Fauzul akan menyelaraskan dengan penerbit di Radio 24 tarikh saudara muncul nanti.

Syarat:

(1) Saudara sudah menerbitkan buku yang kandungannya bermanfaat kepada golongan profesional dan bisnes.

(2) Saudara sanggup datang ke studio Radio 24 pada sebelah malam antara jam 9 - 12 tengah malam.

Macam-macam topik adalah sesuai dengan keperluan golongan profesional dan bisnes. Saudara hanya perlu ambil angle yang betul sahaja.

Topik "poligami" pun sesuai juga. Tapi... bukan dengan agenda tersembunyi mahu menggalakkan pendengar Radio 24 supaya memasang angan-angan kahwin baru apabila pangkat sudah semakin tinggi, ataupun bisnes sudah selalu menyebabkan terpaksa kerap out-station.

Bagi saudara yang belum pernah masuk studio radio dan bercakap dengan hos radio, inilah peluang yang baik.

Mula-mula memang saudara berasa gementar, tetapi lama-lama seronok pula! 

Nota: Foto dicopy dari blog Prof. Dr. Mohd. Kamil Ibrahim.

Bagi pembaca blog ini, jika saudara bukan penulis PTS pun, apa salahnya, saudara juga boleh mendaftar. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 17, 2007

Jawatan Kosong di Wira Bukit

Wirabukit dan anak syarikatnya memerlukan seorang Pegawai Kewangan. Tugas utama adalah menyelaras dan memelihara akaun simpankira syarikat dan anak syarikat agar sentiasa teratur dan bersih.

Siapa berminat dan berkelayakan sila emel saya dengan data lengkap - termasuk gambar - sebelum 15hb Disember 2007. Nyatakan juga jangkaan gaji anda.

Tarikh mula kerja 2hb Januari 2008.

Emel:

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 14, 2007

Delegasi PTS ke Pesta Buku Antarabangsa Jakarta 2007

Hari ini delegasi PTS berlepas ke Jakarta bagi menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Jakarta 2008r. Tujuan pemergian kali ini adalah bagi melihat perkembangan terbaru industri buku di sana dan bagi menjalin hubungan baik dengan lebih banyak penerbit antarabangsa yang aktif di Indonesia.

Dua pegawai penting PTS dalam delegasi ini adalah Presiden PTS sendiri, En. Arief Rahmad dan En. Fauzul Ishak, Pengurus PTS MILLENIA.

Pesta Buku Antarabangsa yang ini benar-benar antarabangsa di mana banyak penenerbit antarabangsa mempamerkan buku-buku mereka. Manakala untuk pesta buku khusus untuk penerbit-penerbit Indonesia sendiri ada pesta lain. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 09, 2007

Tim Pejuang Tanpa Nama PTS

Inilah antara wajah-wajah pasukan petugas PTS yang paling berat kerja mereka.

Merekalah yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja packing dan shipping bertan-tan buku buku setiap hari. Tengok sahajalah otot-otot tangan "Encik T-shirt Biru" itu!

Di PTS, hanya tim ini sahaja yang bekerja dalam keadaan tanpa pendingin hawa. (Itu pun mereka masih bisa ketawa.)

Pada saat ini mereka dapat memproses penghantaran kargo buku bernilai antara RM60 - RM70 ribu sehari!

Luar biasa, mereka dapat mengingati di mana lokasi setiap judul diletakkan pada rak-rak yang setinggi 6 tingkat, sedangkan terdapat lebih 800 judul.

Daya ingatan itulah yang kritikal peranannya dalam kerja-kerja packing dan shipping. Kalau tidak ingat, banyak waktu dan tenaga digunakan turun-naik tangga bagi mencari-cari di mana buku yang dicari. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tim Adam PTS

Antara yang tiada dalam foto: Prof. Abdullah Hassan (di New Zealand), En. Arief, En. Zaharin dan En. Ikhram (bertugas di Johor Bharu), En. Azari (masuk wad hospital HUKM, repair bateri paser jantung), En. Zain Nassri dan En. Din (sibuk buat kerja dalam setor).

Lokasi: Depot PTS di Zon Industri Batu Caves. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tim Hawa PTS

Foto ini diambil pada 2 November 2007 lalu pada majlis makan-makan sesama warga PTS sempena Hari Raya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 07, 2007

Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-3

 
Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-3

Tarikh: 13-14 November 2007

Masa: 8.00 pagi-5.00 petang

Tempat: Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar Universiti Putra Malaysia

Ucap utama: Dato' Dr. Firdaus Abdullah, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Ucap dasar: Prof. Dr. Mana Sikana, Prof. Dr. Awang Sariyan, Prof. Dr. Zaharani Ahmad, Prof. Dr. Hashim Musa, Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin dan Prof. Madya Dr. Paitoon Chaiyanara.

Hubungi: Dr. Kamariah Kamarudin

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 05, 2007

Percuma! Kongres Sebudaya Serumpun di DBP 16-18 Nov 2007

Saudara dijemput hadir KONGRES BUDAYA SERUMPUN anjuran PENA, DBP dan KEKKWA.

Tarikh: 16 - 18 November 2007

Tempat: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mendaftar: (017 342 7991)

Nota: Pada mulanya kongres ini berbayar tetapi kini gratis! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 02, 2007

Mencari Calon Penterjemah Buku Profesional

PTS PROFESSIONAL mencari bakat menterjemah bagi buku-buku bisnes. Saudara yang berminat mengambil ujian terjemahan projek ini, tulis emel kepada Sifu bagi mendapatkan teks ujian.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(7) Diskusi Kuliah | Permalink

UNIKA Sedang Diandam

Mohon maaf kerana proses mengandam UNIKA terkial-kial, mohon kesabaran tuan-tuan dan puan-puan. Ada ciri-ciri UNIKA lama yang belum ada pada UNIKA baru:

(a) Kategori entri - yang ini paling memeningkan jurutera, sampai saat ini belum berjumpa penyelesaiannya.

(b) Chatbox - sedang dicarikan chatbox untuk EE.

(c) Most recent comment

(d) Statistik pengunjung

En. Faisal dan krew juruteranya kini sedang kelam-kabut menjalankan migrasi web rasmi PTS pula. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(25) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 20, 2007

Notis! UNIKA Sedang Berpindah Server

Dimaklumkan bagi mengatasi kejadian CRASH akibat trafik UNIKA yang melebihi daya muatan, web rasmi PTS dan UNIKA sedang dipindahkan kepada server yang lebih besar.

Penjahatnya adalah UNIKA... apabila UNIKA crash, ditariknya web PTS ikut crash!

Kerja pindah-randah ini menjadi lebih banyak disebabkan pada waktu yang sama UNIKA juga akan dipindahkan dari WORDPRESS ke sistem lain yang lebih sofistikated.

En. Faisal dan krew jurutera PTS saat ini sedang berhempas pulas. Mohon kesabaran tuan-tuan dan puan-puan beberapa hari ini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 03, 2007

Iklan! Metadome Mencari Artis

METADOME kini mencari saudara yang mempunyai bakat untuk (1) artis suara ringtone dan (2) pelakon untuk produk-produknya termasuk buku mobile.

Daftar di sini. Tulis nama penuh, emel dan nombor hp.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 01, 2007

Ya Allah, berilah daku sabar!

Sudah masuk hari ke-17 streamyx tidak berfungsi di Janda Baik! TMnet pula asyik putus-putus.

Telekom janji... janji Telekom....

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(32) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 16, 2007

Sabtu 18 Ogos 2.30 ptg MPH Alamanda Putrajaya: Dr. Danial Zainal Abidin

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengarang PTS di MPH Mid-Valley: Ahad 19hb Ogos 3 petang

"Walaupun Makan Gaji tetapi Boleh Banyak Harta" oleh En. Shamsuddin Abdul Kadir.

.
"Cara Betul Merancang Kewangan Peribadi" oleh En. Sunthara Segar.

.

En. Shamsuddin Abdul Kadir (32 tahun) bukan anak orang kaya, ataupun menantu orang kaya. Beliau adalah seorang akauntan lulusan UiTM. Pada masa ini beliau masih bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta.

Sewaktu beliau berusia 25 tahun, beliau sudah dapat membeli 5 buah apartment dengan menggunakan wang gajinya.

Bagaimanakah beliau melakukannya? Apartment yang bagaimanakah yang paling bagus dibeli sebagai harta?

Bagaimanakah cara yang betul meyakinkan pengurus bank supaya mahu meluluskan pinjaman membeli 5 apartment sekaligus kepada peminjam yang baru serusia 25 tahun dan makan gaji sahaja?

Bagaimanakah caranya mahu meyakinkan bank supaya memberi kadar faedah yang lebih rendah bagi pinjaman saudara?

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 07, 2007

Kepada Semua Mentee: Contoh Format Sinopis

Kepada semua mentee yang hadir kursus KJ Method dan Teknik Surah Yusuf, tulis emel kepada Sifu bagi mendapatkan contoh format menulis sinopsis novel dan contoh cara menggunakan sistem kad bagi menuliskan novel saudara.

Klik alamat emel Sifu di bawah "mata" Sifu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 01, 2007

Khidmat Masyarakat: PNM Anjurkan Sayembara Menulis Cerpen dalam Tulisan Jawi

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menganjurkan Sayembara Menulis Cerpen dalam Tulisan Jawi sempena sambutan Kemerdekaan 50 tahun.

Hadiah pertama: RM3,000
Hadiah kedua: RM2,000
Hadiah ketiga: RM1,500

Hubungi Puan Nor Hasni Che Hassan 03-26871755 atau Cik Manirah Mansor 03-26871857.

Nota: Penyertaan yang dihantar menggunakan emel tidak dilayan!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 29, 2007

Penerbit Cari Penterjemah Inggeris-Melayu

Penerbit buku kanak-kanak dan anggota MABOPA Kohwai & Young mencari penterjemah profesional bagi projek freelance. Hantar resume kepada En. Young di alamat

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 16, 2007

Direkomen: Baca Blog Ulasan Buku Ini

Bagi membaca ulasan buku-buku sastera Melayu, blog UlasBuku.blogspot.com ini adalah blog kedua terbaik selepas blog Tuan Jiwa Rasa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 01, 2007

Bengkel Novel Profesional Ahad 10 Jun 2007 - Gratis

Kepada saudara yang bertugas dalam bidang profesional dan berminat menulis cerita-cerita kreatif, ini ada berita baik daripada PTS PROFESSIONAL.

Misi PTS adalah "Memandaikan Bangsa".

Pada masa ini PTS PROFESSIONAL sudah mula menerbitkan siri buku kerjaya dalam pelbagai bidang profesional. Tujuannya adalah bagi membantu budak-budak kampung tahu bahawa bidang kerjaya bukan hanya menjadi gadis kilang, guru, polis, tentera, doktor, jururawat, drebar lori JKR, dan hos TV sahaja.

Tetapi bukan semua budak kampung suka membaca buku-buku 'panduan'. Majoriti suka membaca buku-buku cerita.

Justeru PTS PROFESSIONAL akan menerangkan pelbagai kerjaya dan profesion dengan menggunakan buku-buku cerita. Mudah-mudahan sambil budak-budak kampung itu membaca buku cerita, sambil terbuka pintu minda mereka supaya berminat belajar bersungguh-sungguh sebab ingin menjadi macam hero dalam cerita-cerita itu.

Sifu akan mengadakan bengkel khusus untuk projek ini.

Tarikh: Ahad 10 Jun 2007

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Kuala Lumpur

Waktu: 10 pagi - 5 petang

Daftar di sini. Tulis nama, hp, dan emel. Ataupun tulis emel kepada En. Nazrul, Pengurus PTS PROFESSIONAL.

Nota: Saudara yang mendaftar di sini diwajibkan mengikuti bengkel Teknik Surah Yusuf.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Jadual Kursus
(64) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 21, 2007

JAWATAN KOSONG di PTS

Berkat bisnes yang terus berkembang, PTS PROFESIONAL mencari seorang lagi editor. Dapatkan maklumat lanjut dengan menulis emel kepada En. Nazrul.

Klik diskusi bagi mengetahui syarat kelayakan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 03, 2007

Notis: Isnin dan Selasa Sifu di Port Dickson

Sifu akan berada di Port Dickson menunaikan janji yang sudah lama dibuat kepadaMajlis Pengetua Pahang, iaitu menyampaikan ceramah pendek bertajuk "Menghidupkan Semula Kayu Mati".

Jika ada internet di sana, Sifu akan dapat baca emel. Entri UNIKA akan berjalan sebagaimana biasa, sebab sudah disediakan lebih awal...

Jangan gaduh-gaduh... Buat 5 sinopsis skrip hari raya itu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 24, 2007

Hari Ini Sifu Kelam Kabut!

Malam tadi Janda Baik ribut, hujan lebat dan petir kuat. Rumah anak-anak yatim yang kami dukung terbakar. Tinggal sehelai sepinggang.

Jadi hari ini 32 anak-anak itu akan kami pindahkan ke premis kami sehingga urusan tempat tinggal baru dapat diselesaikan. Maka tiba-tiba kami dapat keluarga besar.

Untuk makluman: Semua tempahan untuk kem ibadah di premis kami dibekukan sehingga tarikh yang belum dapat ditetapkan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 22, 2007

Pesta Buku 26 April - 6 Mei

Jangan lupa, ya, pesta buku sudah hampir tiba! Sediakan duit untuk membeli buku-buku terbaru daripada PTS.

Kita ada menerbitkan buku teaser untuk Koleksi Terindah Puisi Cinta bagi pengunjung yang datang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(6) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Mencari Juruaudit Dalaman

Adakah saudara mempunyai pengalaman menjadi juruaudit dalaman? Jika saudara berminat, tulis emel kepada Cik Shazarina Mohd Helmy di di Jabatan Sumber Manusia PTS. Ceritakan pengalaman saudara.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 21, 2007

Sifu Selamat Pulang dari Leiden

Sabtu jam 7.15 petang, syukur kepada Tuhan, Sifu dan Profesor Abdullah Hassan selamat tiba di Janda Baik. Terima kasih atas semua doa mentee-mentee. Sungguh, Tuhan mengkabulkan semua doa saudara itu.

Selama di sana, kami sihat, dan banyak sekali masa bagi merenung kembali prestasi perjuangan suci murni kita selama ini, serta memikirkan strategi kerja dan projek-projek baru bagi buku-buku tahun 2008.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Sifu Tiba dari Leiden

Insya Allah, hari ini Sifu tiba dari Leiden. Amin!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 05, 2007

Notis! Penerbangan KLM Sifu Lambat 12 jam!

Kami baru mendapat panggilan telefon memberitahu penerbangan KLM ke Amsterdam yang dijadualkan pada jam 11.20 malam ini ditunda ke jam 11.20 pagi esok disebabkan pesawat berlepas lambat dari Amsterdam ke KLIA.

Mudah-mudahan ada hikmahnya... Amin!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Notis! Jika Komen Tidak Keluar

Jika saudara belum pernah menulis komen dalam blog ini, komen saudara tidak keluar sehingga UNIKA luluskan. Selepas itu, ok, tulislah... automatis ia akan keluar.

Jika saudara menggunakan nama samaran baru, komen saudara juga tidak keluar!

UNIKA hanya automatis meluluskan komen daripada nama-nama yang dikenalnya.

Jadi, selama saya di Leiden, belum tentu saya dapat membuka UNIKA selalu, jadi kepada nama-nama baru, sabarlah....

Saya akan minta En. FAUZUL buka site-admin dan luluskan nama-nama baru.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 03, 2007

Khamis Sifu ke Leiden

Hmm.... saat ini Sifu sudah mula sibuk mengurus persiapan ke Leiden. Laporan cuaca al-Jazeera pula menunjukkan suhu di sana macam masih musim dingin.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, February 04, 2007

Jawatan Kosong: Editor PTS Islamika

PTS ISLAMIKA mempunyai 1 jawatan editor yang kosong dan perlu segera diisi.

Calon sebaiknya mempunyai latar belakang bidang pengajian Islam.

Syarat lain yang penting: Aktif dalam aktiviti persatuan pelajar semasa di universiti!

Hubungi Tuan Pengurus PTS Islamika, En. Faris Hj. Hasbullah di

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 25, 2007

Notis Gangguan Internet di Janda Baik

Streamyx SifuPTS tidak berfungsi sejak semalam akibat tanah runtuh di Janda Baik. Di situ wayar telefon masih guna tiang, jadi apabila tanah runtuh, tiang pun jatuh. Di harap malam nanti apabila Sifu balik tiang sudah ditegakkan semula. Kalau belum, sabar sahajalah....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 21, 2007

Projek Antologi Puisi Cinta Islami

Kita sedang mengumpulkan puisi-puisi cinta bernada Islami bagi diterbitkan sebagai buku antologi.

Puisi-puisi yang layak dipilih adalah puisi yang memberi asuhan ke atas sanubari gadis-gadis remaja supaya menghargai percintaan cara Islami.

Tuliskan puisi saudara di sini. Tulis nama dan emel bagi setiap puisi, supaya kita ada rekod hakcipta setiap puisi. Jangan sampai puisi saudara terbit tetapi royalti dihantar kepada orang lain!

Nota: Puisi jangan panjang sangat supaya satu puisi cukup dicetak atas satu muka surat sahaja!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(132) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 03, 2007

Daftar Di sini: Projek Menulis Fiksyen Fantasi PTS

Bagi saudara yang berminat ikut serta dalam projek menulis cerita fiksyen fantasi (FF), daftar di sini. Tulis nama, no hp dan emel.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(41) Diskusi Kuliah | Permalink

Dasar Latihan dan Program Mentor-Mentee PTS

Entri ini ditulis bagi menjawab pertanyaan pengunjung baru blog UNIKA ini.

Saudara yang mahu menjadi penulis PTS wajib hadir kursus PTS. Hanya mereka yang terlantar ataupun menggunakan kerusi roda dikecualikan.

Pada masa ini semua kursus PTS adalah percuma.

Kursus ini terbuka kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira kewarganegaraan perserta.

Bagi diterima menjadi mentee dalam program SifuPTS, saudara wajib mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd. sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Pengumuman
(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 01, 2007

PURNAMA Lancar Sayembara Novel Kanak-kanak dan Remaja

PUSAT Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja DBP (PURNAMA) sedang melancarkan sayembara menulis novel kanak-kanak dan remaja.


Sayembara itu terbuka kepada peserta Melayu dan bukan Melayu.


Ia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000 untuk kedua-dua kategori itu.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2148 2875.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

DBP Anjurkan Peraduan Mengarang Cerita Kanak-kanak dan Remaja

Ini berita baik!

KaryaNet Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Peraduan Mengarang Cerita Kanak-kanak dan Remaja.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 28, 2006

Panggilan Travelogue

Adakah saudara pernah berada di luar negara, ataupun sedang berada di luar negara?


Kita sangat berminat mengajak saudara menulis buku kenang-kenangan sepanjang saudara berada di luar negara.


Tinggalkan emel saudara di sini, kita akan hantar contoh bagaimana menuliskan kenang-kenangan saudara itu.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(41) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 23, 2006

Mentee-mentee SifuPTS: Sabar!

Sifu baru malam ini jam 10.mlm tiba dari perjalanan JandaBaik-P.Pinang-KubangSemang-CHighlands-KotaBaru-JandaBaik


Ada 115 emel menanti! Jadi, minta sabaaaarrrr.....


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Notis: Sifu ke Utara, Blog Di-update Malam Isnin

SifuPTS akan ke Utara ikut pejuang-pejuang lain menghadiri KONGRES UMAT ISLAM SEMALAYSIA.


Tarikh: 23 & 24 Disember


Tempat: Yayasan an-Nahdah, Kubang Semang, Bukit Mertajam.


Pulang ke KL malam Isnin.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 19, 2006

Hari ini Mesyuarat Agung Koperasi Buku Malaysia

Hari ini Selasa 19hb Disember 2006 Sifu akan hadir mesyuarat agung Koperasi Buku Malaysia di Bangunan PUSPANITA, berhampiran dengan DBP, jam 12.00. Makan tengah hari disediakan.

Blog ini akan diup-date malam nanti.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 16, 2006

Hari Ahad! Jangan Lupa Taklimat Projek Fiksyen Fantasi PTS

Dengan ini dimaklumkan PTS akan mengadakan sesi taklimat dan diskusi berkenaan projek fiksyen fantasi yang akan diceburi oleh PTS.


Saudara yang berminat menulis fiksyen fantasi dijemput hadir.


Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, KL.


Tarikh: Ahad 17 Disember 06


Masa: 10 pagi - 12.30 tengah hari.


Ini projek BLUE OCEAN! Presiden PTS, En. Arief Rahmad sendiri bakal beri taklimat!


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Novel
(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 10, 2006

Seminar Novel Popular di DBP

DBP menganjurkan seminar yang kontroversial seperti di bawah:




Tema: Novel Popular - Antara Komersialisme dengan Intelektualisme




Tarikh: Khamis 14 Disember 2006 & Jumaat 15 Disember 2006

Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara DBP.