Monday, August 13, 2007

Apakah Benar dengan Menulis Dapat Menjadi Jutawan

Banyak orang yakin kalau mahu kaya, caranya adalah dengan membuka bisnes sendiri. Justeru banyak buku ditulis tentang bagaimana cara membuka bisnes dan mengurus bisnes.

Tetapi, cuba lihat di sekeliling kita, alangkah banyaknya orang yang membuka bisnes sendiri tetapi tidak juga kaya-raya.

Saat ini sudah ada buku yang mengatakan dengan menjadi penulis seseorang itu dapat menjadi jutawan (bukan buku PTS).

Benarkah sudah ada penulis Malaysia yang menjadi jutawan hanya dengan menulis? Mana dia penulis itu!

Ada 2 kemahiran duit: (i) Kemahiran membuat duit, dan (ii) Kemahiran mengurus duit.

Orang yang pandai buat duit belum tentu pandai mengurus duit. Di kalangan orang bisnes pun banyak yang tidak pandai mengurus duit, akibatnya syarikatnya terkial-kial walaupun produknya laku.

Manakala banyak pula orang yang kurang pandai buat duit, jadi dia makan gaji sahaja, tetapi dia pandai mengurus duit, sehingga dengan gaji yang tidak seberapa itu dia pandai menghimpun harta.

Menjadi kaya amat bergantung pada bagaimana seseorang itu mengurus duit yang diperoleh daripada bisnesnya, ataupun daripada royalti buku-bukunya, ataupun wang gajinya.

Banyak orang hanya pandai berbisnes... sebagai contoh dia pandai menguruskan restorannya, tetapi tidak pandai mengurus duitnya, apatah lagi mengembangkan duitnya. Akibatnya, bertahun-tahun sumber pendapatannya hanyalah restoran itu. Dia tidak mempunyai sumber-sumber pendapatan lain.

Keuntungan daripada restorannya itu entah di mana... Bertahun-tahun dia membuka restoran, tetapi dia tidak mempunyai simpanan, oleh itu dia tidak mampu membuat pelaburan baru, justeru bagaimana pula dia dapat menjadi kaya-raya....

Banyak orang kuat bekerja dan pandai mencari duit, tetapi tidak juga kaya-kaya... sebab dia tidak pandai mengurus duitnya dan tidak tahu cara-cara yang betul mengembangkan duitnya.

Tulislah buku-buku yang menerangkan bagaimana duit dapat dikembangkan supaya beranak-pinak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 10, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Bisnes Kedai Buku Cara Nabi

Agama Islam mengajarkan prinsip bekerjasama dan menjanjikan reward besar bagi mereka yang bekerjasama.

Tuhan yang maha menepati janjinya berkata dengan maksud, "Apabila kamu meringankan beban saudara-saudara kamu, maka Allah akan meringankan beban kamu".

Apabila berniaga, jangan bersaing. Itu bukan ajaran Nabi Muhammad.

Apabila saudara menjadi penerbit, tolongi penerbit-penerbit lain, apatah lagi yang baru hendak memulakan bisnesnya dan masih terkial-kial.

Apabila saudara membuka kedai buku, beri kerjasama kepada kedai-kedai lain yang menjadi jiran-jiran saudara. Tolongi mereka supaya kedai mereka maju dan banyak pengunjung.

Apabila kedai-kedai sejiran banyak pengunjung, akan ada pengunjung mereka yang terpandang kedai saudara, lalu mereka datang dan masuk dan membeli buku dalam kedai saudara.

Jangan fikir bagaimana hendak survive sendiri, sehingga kita menumpukan perhatian pada kedai kita masing-masing, dan tidak ambil pusing dan saling bantu-membantu rakan-rakan pekedai lain.

Kedai kita takkan banyak pengunjung apabila bisnes kedai-kedai yang sederet dengan kedai kita lembap-lembap belaka.

Ibarat pisang sesikat. Kalau cuma sebiji yang masak, orang takkan mahu membeli yang sebiji itu. Orang membeli pisang yang sebiji itu apabila semua pisang-pisang lain yang sesikat itu masaknya cantik-cantik belaka.

Nabi Muhammad mengajarkan prinsip supaya kita membangun bersama-sama.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 06, 2007

Tip Survival Penerbit: Jangan Cuba Menipu Perpustakaan Negara Malaysia

Bisik-bisik dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengatakan ada penerbit yang menipu PNM, dan perkara itu amat tidak memuaskan hati pegawai-pegawai di sana.

Sebuah penerbit mendapat pesanan membekalkan sebuah karya seorang Sasterawan Negara. Contoh buku yang dihantar kepada PNM adalah edisi mewah dengan kulit tebal dan menggunakan kertas mahal, oleh itu harganya mahal.

Apabila PNM membuat pesanan sebanyak 2,000 naskhah, buku itu dicetak menggunakan kertas biasa, lalu dibekalkan kepada PNM, tetapi harga yang dikenakan tetap harga edisi mewah. Dengan itu keuntungan atas angin yang diperoleh adalah sekitar RM40,000.

Jika saudara hendak hidup lama sebagai penerbit, jangan sekali-kali melakukan penipuan seperti itu. Pegawai-pegawai PNM kenal jenis-jenis kertas!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 18, 2007

Bisnes yang Cantik

Ada penerbit buku yang dipandang cantik oleh masyarakat, manakala ada yang dipandang tidak cantik. Kecantikan jenis ini dipanggil social beauty. Lawannya adalah social ugliness, lebih mudah dikatakan, socially ugly.

Meskipun sesebuah syarikat penerbitan itu mungkin berjaya menjadi kaya raya, namun pada pandangan masyakarat ia bukan penerbit yang cantik disebabkan produk-produknya meninggalkan pengaruh tidak baik ke atas minda dan akhlak pembacanya.

Penerbit majalah Playboy adalah contoh penerbit yang kaya raya dan terkenal, namun ia tidak dipandang cantik oleh masyarakat.

Syarikat-syarikat yang memiliki kecantikan sosial berkembang dan kemudian berjaya menjadi kesayangan masyarakat disebabkan syarikat-syarikat itu berpegang pada nilai-nilai murni.

Bisnes yang berlandaskan nilai-nilai murni itu dipandang cantik oleh pelanggan dan penggunanya. Salah satu syarikat seperti itu adalah pembikin mainan Lego.

Baca di sini tulisan Profesor Kecil Firdaus bagi mengetahui apa yang menjadi nilai perniagaan Lego sehingga membolehkan ia menjadikan syarikat kesayangan orang ramai di seluruh dunia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 17, 2007

Berniaga Cara Nabi Muhammad: Tolongi Pesaing-pesaing Kita Supaya Perniagaan Mereka Maju

Dalam teori berniaga cara konvensional, sesiapa yang berniaga dengan menawarkan produk yang serupa dengan produk saudara, maka mereka adalah pesaing saudara, oleh itu mereka merupakan ancaman kepada perniagaan saudara.

Apabila saudara berniaga cara Nabi Muhammad, saudara tidak dibenarkan bersaing, sebaliknya saudara digalakkan bekerjasama, tolong menolong dan bantu membantu dengan peniaga-peniaga lain.

Sebagai contoh, penerbit buku menolong penerbit-penerbit buku lain mengembangkan perniagaan mereka.

Ada 2 cara membantu sesama peniaga:

(1) Membantu secara langsung
Sebagai contoh UNIKA dibangunkan khusus bagi membantu secara langsung semua yang terlibat dalam industri buku dengan menerbitkan pelbagai maklumat berguna berkenaan dunia dan bisnes buku supaya penerbit-penerbit lain mendapat manfaat daripada apa yang terbit dalam UNIKA ini.

Kursus-kursus PTS adalah gratis dan kakitangan syarikat-syarikat penerbit lain dijemput mengikuti kursus-kursus PTS.

Nabi Muhammad mengajarkan kepada para peniaga cara-cara berniaga yang dijamin menguntungkan. Beliau tidak pernah rugi berniaga. Beliau trader yang amat berjaya.

Sebagai seorang yang maksum, beliau seorang yang tidak melakukan sebarang kesilapan. Cara-cara berniaga yang diajarkan oleh Nabi Muhammad tidak mungkin silap, tidak mungkin merugikan.

Beliau beberapa kali menjadi jutawan, iaitu daripada hasil rampasan perang. Tetapi semua harta kekayaannya yang berjuta-juta itu dibelanjakan bagi mempromosikan lagi produknya yang bernama Islam.

(2) Membantu secara tidak langsung
Dengan menjadi anggota persatuan perniagaan dalam bidang yang diceburi, dan menyumbangkan tenaga bagi mengembangkan memajukan industri itu.

Penerbit buku masuk menjadi anggota MABOPA bukan supaya dia dapat kontrak kerajaan ataupun supaya bukunya lebih banyak laku di kedai. Orang bisnes masuk persatuan bukan bagi membesarkan bisnesnya sendiri.

Fungsi dan matlamat persatuan orang-orang bisnes adalah membesarkan saiz industri. Ia serupa dengan membesarkan kolam ikan supaya ikan-ikan yang ada di dalamnya dapat berenang-renang dengan lebih aktif, dengan itu badannya dapat membesar. Juga, supaya lebih banyak ikan dapat dimasukkan ke dalam kolam itu.

Apabila akuarium itu kecil, anak ikan jerung yang ada di dalamnya pun tidak dapat membesar. Jika kita mahu menjadi ikan besar, kita mesti membesarkan saiz kolam di mana kita berada di dalamnya.

Berkenaan peri pentingnya masuk persatuan (istilah lain, berjamaah), Nabi Muhammad berpesan bahawa kambing yang dapat dibaham serigala adalah kambing yang tidak berada di tengah-tengah kumpulannya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Flanking Bukan Bersaing

Flanking bukan strategi bersaing. Flanking adalah strategi masuk pasaran yang sudah ada pemain-pemain besar di dalamnya dengan tidak mahu bersaing, tidak mahu berlawan dengan budak-budak besar itu.

Bersaing bermakna buat seperti orang berlumba lari - semua mula dari garis mula yang sama, kemudian mereka berlawan sesama sendiri, siapa yang ototnya lebih kuat, siapa yang langkahnya lebih laju, dia yang memang.

Bersaing bermakna masuk ikut pintu di mana budak-budak besar itu sudah siap menunggu dengan tukul di tangan.

Bersaing bermakna menang dengan cara mengalahkan orang lain.

Flanking tidak begitu. Flanking amat berbeza. Matlamat flanking bukan hendak menjatuhkan sesiapa. Bukan mengalahkan sesiapa.

Flanking bermakna masuk ikut pintu-pintu lain. Pintu-pintu di mana tidak ada budak besar menunggu di situ.

Flanking bermakna semua orang menang. Tidak ada sesiapa yang kalah.

Sektor restoran makanan segera sudah ada budak-budak besar di dalamnya. Budak-budak besar itu berkawan dengan Israel, justeru sesiapa yang masuk ke dalam restoran-restoran itu mengirimkan sebahagian duit mereka ke Tel Aviv. Walaupun makanan yang mereka jual itu disembelih, ia tetap tidak boleh dimakan oleh orang Islam yang mahu menjaga agamanya dengan baik.

Justeru kita perlu memasuki pasaran restoran makanan segera dan menawarkan makanan yang tiada hubungan dengan Israel dan Tel Aviv.

Kita masuk bukan sebab hendak bersaing dengan budak-budak besar itu. Kita bukan hendak melawan mereka. Kita bukan hendak mengetuk mereka.

Kita masuk bagi membolehkan orang Islam memilih sama ada mahu makan dalam restoran yang beniaga dengan Israel ataupun dalam restoran yang tidak berniaga dengan Israel.

RamLY burger menawarkan pilihan seperti itu: Pengguna mempunyai pilihan mahu makan burger sahabat Israel ataupun mahu makan burger RamLY.

Perkembangan francais restoran Kayu menawarkan pilihan itu: Pengguna mempunyai pilihan mahu makan dalam restoran berafiliasi Israel ataupun makan dalam restoran berafiliasi India.

Objektif flanking RamLY bukan hendak mengetuk kepala McD ataupun A&W. Kedua-dua budak besar itu masih wujud dan terus berkembang, manakala RamLY juga terus berkembang.

Objektif flanking restoran nasi kandar Kayu bukan hendak mengetuk kepala KFC ataupun PizzaHut. Kedua-bua budak besar itu masih wujud dan terus berkembang, manakala Kayu juga terus berkembang.

Objektif flanking Nabi Muhammad apabila beliau memperkenalkan produknya yang bernama Islam, beliau bukan mahu mengetuk kepala budak-budak besar yang bernama idolisme, Kristianiti dan Judaisme sampai mati. Sehingga hari ini semua budak-budak itu masih wujud dan terus berkembang, manakala Islam juga terus berkembang.

Bersaing tidak memerlukan seni berfikir. Ia adalah amat logikal. Ia adalah otot-lawan-otot.

Flanking adalah berfikir dengan berseni. Kita akan kaji seni berfikir Nabi Muhammad sebagai seorang ahli strategi.

Nota: Jangan percaya sangat hasil kajian ustazah palsu ini....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 16, 2007

Konflik Nilai: Dilema Petugas Jabatan Editorial

Berniaga bahan bacaan dengan orang Melayu menghendaki produk saudara selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Melayu.

Produk-produk bernilai murni seperti itu memberikan 2 kekuatan survival kepada bisnes saudara:

(1) Saudara dapat mengekalkan kepakaran, kesetiaan dan perkhidmatan staf saudara sehingga hari mereka bersara wajib. Ini bermakna saudara dapat menyimpan kepakaran mereka daripada dicuri oleh syarikat lain.

(2) Produk saudara dapat dibeli bagi bacaan seisi keluarga, sesuai dibekalkan ke perpustakaan awam, dan dapat dijual ke sekolah-sekolah.

Ambil contoh kes ini: Sebuah penerbit besar menerbitkan majalah dan buku-buku yang sangat digemari oleh pembeli muda, khususnya pembeli perempuan muda.

Selepas beberapa belas tahun dalam pasaran, staf jabatan editorialnya yang senior sudah mencapai usia matang, sudah berkeluarga, sudah mempunyai anak-anak belasan tahun, malah ada yang sudah pergi menunaikan ibadah haji.

Dalam fasa hidup matang, mereka mula menilai semula gaya hidup dan punca rezeki mereka, lalu dalam diam mengalami konflik jiwa.

Dari satu sudut mereka bekerja menerbitkan bahan-bahan yang tidak seluruhnya selaras dengan agama, yang mereka sendiri tidak mahu anak-anak mereka membacanya, justeru mereka tahu setiap hari mereka berdosa.

Dari sudut lain mereka mula malu kepada anak-anak mereka sendiri, sebab ada anak-anak mereka yang belajar di sekolah agama berasrama, justeru mereka pulang ke rumah dan mempersoalkan produk yang ibu bapa mereka hasilkan setiap bulan.

Dari satu sudut yang lain, mereka sudah sedar kesilapan itu dan mahu mencari punca rezeki yang lebih baik, tetapi di mana, dan bagaimana.

Imej mereka sebagai editor yang pakar dalam menerbitkan majalah dan buku-buku yang tidak seluruhnya selaras dengan agama menyebabkan mereka tidak dianggap sesuai diambil bekerja oleh rumah-rumah penerbitan buku-buku konvensional.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Kes Kicap Tamin: Harga Sebuah Nilai Sosial dalam Bisnes Orang Melayu

Apabila saudara mencipta produk, supaya produk itu dapat diterima oleh pasaran Melayu, setakat mendapatkan tanda HALAL sahaja tidak cukup.

Halal dan haram adalah nilai agama. Selain halal, produk saudara perlu mematuhi nilai-nilai sosial Melayu, barulah kualiti saudara dapat bertahan lama.

Kicap Tamin adalah halal. Kicap Tamin Puteri pun halal. Tetapi apabila muncul Tamin Puteri menyaingi Tamin resipi original, kedua-duanya jatuh.

Dari sudut agama, perbuatan dua orang adik beradik mengeluarkan kicap masing-masing bukanlah perkara haram. Kicap yang mereka keluarkan itu pun tidaklah haram.

Namun dalam sistem sosial orang Melayu, perbuatan dua beradik bersaing dalam perniagaan produk yang sama selepas ayah mereka meninggal dunia, adalah tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh nilai-nilai kekeluargaan orang Melayu. Apabila mereka menolak tingkah laku dua beradik itu, mereka juga menolak kicap-kicap yang mereka keluarkan.

Beberapa masa yang lalu, ada jenama kosmetik keluaran seorang wanita Melayu yang jelita mula naik dalam pasaran Melayu. Kemudian, perlahan-lahan jenama kosmetik itu hilang dari pasaran. Ia dikaitkan dengan gosip pengeluar kosmetik itu meninggalkan suaminya dan menjalin hubungan cinta dengan orang lain yang lebih muda daripadanya.

Walaupun kualiti kosmetiknya kekal tidak berubah, tetapi bagi orang Melayu mereka tidak membezakan antara produk bisnes dengan pemilik bisnesnya.

Cuba search "tamin" dan search "kipas udang" - lihat berapa banyak peminat masing-masing brand, dan apa peminat mereka tulis tentang brand pujaan masing-masing.

Tamin mempunyai laman web rasmi. Hablal tidak mempunyai web rasmi.

Manakala brand Kipas Udang dipromosi oleh peminat-peminatnya, brand Tamin sifar-peminat!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 15, 2007

Bersaing Bukan Ajaran Nabi Muhammad

Apabila saudara mahu berjaya, jangan bersikap kompetatif, yakni jangan bersaing dengan siapa-siapa. Intipati falsafah persaingan adalah "menang dengan cara mengalahkan orang lain" (winning by beating the other guy).

Nabi Muhammad bukan seorang yang kompetatif. Beliau seorang yang mengajarkan kepada seluruh alam akan falsafah kooperatif, yakni falsafah saling bantu membantu, tolong menolong dan sama-sama berkembang.

Dua bidang yang mengamalkan falsafah persaingan yang sampai tahap sangat ekstrem adalah:

(a) Bidang bisnes
Orang bisnes sanggup melakukan pelbagai jenayah bagi mengalahkan pesaing mereka.

Semasa Nabi Muhammad berniaga, beliau tidak masuk pasaran dengan menggunakan strategi kompetatif, yakni strategi mengalahkan pesaing.

(b) Bidang sukan
Dalam bidang sukan, ada (i) sukan kompetatif dan (ii) sukan non-kompetatif. Dalam sukan kompetatif, ahli-ahli sukan sanggup mengambil dadah berbahaya demi menjadi johan dengan mengalahkan peserta-peserta lain.

Islam membenarkan sukan, tetapi Nabi Muhammad tidak pernah mengadakan sukan kompetatif, di mana ganjaran seperti hadiah, insentif, ataupun wang diberikan kepada pihak yang berjaya mengalahkan orang lain.

Justeru dalam bidang sukan, beliau tidak pernah menganjurkan sebarang aktiviti yang dinamakan peraduan, perlawanan, pertandingan, perlumbaan, kejohanan, musabaqah, sayembara, liga, dan yang semakna dengannya di mana para peserta berlawan-lawan mengalahkan satu sama lain.

Nota: Sifu ini seorang ustazah palsu, sebab beliau tidak pernah masuk kuliah pengajian Islam di universiti, justeru jangan terus telan apa yang tertulis dalam entri ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Flanking: Jatuhnya Mahkota Tamin dan Naiknya Bendera Kipas Udang

Sehingga tahun 80-an, kicap buatan Melayu yang paling banyak terjual, yakni pilihan No. 1, di kedai-kedai kecil dan supermarket adalah kicap cap Ayam.

Kemudian kicap Tamin masuk pasaran, lalu senyap-senyap ia berjaya mencuri banyak pelanggan kicap Ayam, sehingga menjadikan Tamin jenama kicap No. 1, baik di kedai mahupun di supermarket.

Apabila pengasas kicap Tamin meninggal dunia, jenama No. 1 itu mengalami apa yang tidak terfikirkan oleh peminat-peminat Tamin. Anak lelaki dan anak perempuannya berpecah, dengan anak perempuannya memperkenalkan edisi Tamin Puteri, yakni Tamin baru, dengan botol wajah baru, menyaingi kicap Tamin resipi original.

Kicap Kipas Udang bermula dari Johor. Dengan senyap-senyap ia berjaya memenangi hati pengguna Johor. Berbelas tahun lamanya orang Johor suka membawa buah tangan kicap itu apabila datang menziarahi keluarga mereka di luar Johor.

Bertahun-tahun kicap Kipas Udang hanya dipasarkan melalui kedai-kedai kecil di Johor, makin hari makin banyak kedai-kedai kecil menjualnya. Tidak ada kempen promosi. Pasarannya berkembang kerana promosi mulut-ke-mulut oleh pelanggan yang puas hati.

Dari Johor, ia masuk Melaka, Negeri Sembilan, Pahang selatan, Selangor selatan, dan kemudian ia masuk kedai-kedai kecil di Lembah Kelang.

Sewaktu kicap Kipas Udang mula masuk kedai-kedai di Selangor dan Lembah Kelang, Tamin original sedang dilanda krisis besar disebabkan ia tepaksa bersaing dengan Tamin Puteri.

Pada saat itu Tamin Puteri menggunakan kempen promosi bagi menghebahkan kemasukannya ke dalam pasaran dengan memberi isyarat ia adalah pilihan yang lebih baik daripada Tamin original!

Tamin Puteri melancarkan kempen promosi yang menikam, bukan hanya dirinya sendiri, malah menikam Tamin original.

Peminat-peminat Tamin tidak mahukan 2 Tamin.

Lebih buruk lagi, kempen promosi Tamin Puteri itu mendedahkan maklumat berkenaan keluarga anak-anak Tamin yang tidak dapat diterima oleh sistem nilai orang Melayu.

Perpecahan anak-anak Tamin itu menyalahi nilai-nilai asas kekeluargaan orang Melayu. Ia mengejutkan sanubari orang Melayu dan menyebabkan peminat Tamin kecewa serta hilang rasa hormat terhadap brand Tamin.

Pada masa Tamin mengalami krisis imej itu, sewaktu orang Melayu kecewa dengan brand Tamin, sewaktu orang Melayu tercari-cari brand lain, Hablal yang sudah berjaya mengembangkan sayapnya ke Lembah Kelang, melancarkan kempen promosi di TV.

Sekarang kicap Kipas Udang adalah superbrand Malaysia.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 13, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Nabi Muhammad Melakukan Promosi Senyap-senyap Selama 3 Tahun

Nabi Muhammad SAW adalah Quran yang berjalan. Disebabkan 9 daripada 10 pintu rezeki itu ada dalam dunia bisnes, maka pastilah semua prinsip-prinsip dan strategi bisnes yang bersifat universal itu ada ditunjukkan oleh beliau supaya dapat kita pelajari dan praktikkan. Apatah lagi beliau seorang bisnesman, seorang trader, sejak berusia 12 tahun sehingga 38 tahun.

(Inilah untungnya menjadi bisnesman Islam, banyak kerja yang susah sudah dilakukan oleh Nabi Muhammad, kita tinggal ikut sahaja.)

Islam adalah produk yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad. Kini ia adalah jenama yang dikenal seantero dunia.

Pada fasa awal Nabi Muhammad memperkenalkan produknya, ada 3 budak besar dalam pasaran, yang namanya adalah Christianity, Judaisme, dan Idolisme.

Nabi Muhammad memperkenalkan produknya yang namanya adalah Islam dengan menggunakan promosi senyap-senyap selama 3 tahun. Selepas 3 tahun barulah beliau menggunakan kempen promosi terbuka - kempen siar-raya - beliau naik ke stesen pemancar, yang namanya Bukit Safa, lalu bercakap kepada orang ramai, memperkenalkan produknya.

Mengapakah barangkali, Nabi Muhammad menunjukkan kepada kita supaya menunggu minimum tempoh 3 tiga tahun sebelum melancarkan kempen promosi?

Beberapa tahun lalu, ada sebuah syarikat kecil melancarkan kempen promosi bagi produknya, iaitu selipar jepun yang dikatakan desainnya serupa dengan selipar Nabi Muhammad.

Dalam ruang iklan akhbar yang dibelinya, ia bukan hanya mempromosi selipar itu, syarikat itu juga memberitahu ia memerlukan pengedar-pengedar di seluruh negara.

Ke manakah perginya selipar nabi itu sekarang?

Kata pepatah Melayu, belum duduk sudah berlunjur. Kata versi modennya, bangunan belum naik, sudah membeli lifnya.

Nabi Muhammad melakukan promosi diam-diam selama 3 tahun. Apakah barangkali signifikannya angka 3 ini dalam strategi flanking?

(1) Dalam tempoh 3 tahun itu saudara mempunyai waktu bagi mengetahui produk saudara sudah di-test oleh pengguna, sudah betul formulanya, sudah diperbaiki cara pengeluarannya, cara pakejingnya, sudah dibuang bugs-bugs yang ada, sudah terbukti dimahukan oleh pasaran.

(2) Dalam tempoh 3 tahun itu, saudara sudah mempunyai sejumlah pelanggan yang puas hati, yang dapat menjadi duta bagi produk saudara, yang menjadi jurucakap kebagusan produk saudara.

(3) Dalam tempoh 3 tahun itu saudara sudah dapat dengan diam-diam memasukkan produk saudara ke dalam outlet yang besar-besar di seluruh negara. Jadi, apabila saudara menyiarkan iklan di TV, besok pagi orang dapat cari produk saudara di kedai.

(4) Dalam tempoh 3 tahun itu saudara sudah tahu siapa pengedar yang dapat dipercayai, siapa yang penipu.

(5) Dalam tempoh 3 tahun itu saudara sudah dapat mengenalpasti pembekal yang elok mutu bahan mentahnya, dan elok kualiti perkhidmatannya.

Sambung lagi dengan pendapat saudara sendiri.....

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(18) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 12, 2007

Mengapa Pelajar Pintar Bodoh Flanking

Strategi masuk ikut banyak pintu memerlukan pakar-pakar flanking mencipta banyak idea, mengenal pasti banyak halangan, mendesain banyak strategi, menyusun banyak langkah taktikal, melatih banyak pelaksana - semuanya digerakkan serentak.

Kemahiran berfikir "banyak-banyak" begini tidak diajarkan di sekolah dan di universiti. Sekolah melatih budak-budak pintar mencari 1, dan hanya 1, jawapan yang betul. Tidak ada soalan dalam kertas peperiksaan yang mahukan supaya pelajar pintar memberikan banyak jawapan yang semuanya betul-betul belaka.

Dalam dunia bisnes, barang siapa yang cuma mempunyai 1 idea, dijamin dia akan termasuk dalam kumpulan 93% bisnes yang bungkus dalam tempoh 3 tahun selepas beroperasi.

Apabila budak-budak pintar itu masuk universiti pula, mereka dilatih oleh profesor-profesor mereka supaya pandai mengkritik, mencari kesalahan, kelemahan, kesilapan yang terdapat pada idea-idea orang lain.

Dalam dunia bisnes, cubalah menjadi orang yang suka dan sangat pandai mengkritik-kritik orang-orang lain, yang pandai membuktikan idea-idea orang lain salah. Siapakah yang suka berkawan dengan orang yang pandai mencari salah orang?

Di universiti, selepas profesor-profesor itu berkuliah dan mengajarkan kelemahan-kelemahan idea-idea profesor lain, tidak pula mereka mengajar pelajar-pelajar pintar itu bagaimana mencipta idea-idea yang lebih baik.

Dalam dewan peperiksaan pun begitu juga. Tidak ada soalan dalam kertas peperiksaan yang mahukan pelajar-pelajar itu mencipta idea mereka sendiri, teori mereka sendiri, yang lebih baik daripada idea dan teori yang mereka kritik itu.

Itu sebab banyak pelajar pintar, hanya pintar semasa di sekolah, semasa mereka masih berada dalam dewan kuliah. Selagi ada soalan peperiksaan yang perlu dijawab, selagi itu mereka pandai membuktikan diri mereka pelajar pintar.

Di luar pintu pagar universiti, di mana mereka perlu mencipta soalan-soalan sendiri, dan menjawabnya sendiri, mentol budak-budak pintar itu makin kecil nyalanya... lalu padam.

Universiti Terbuka PTS menjanjikan perbezaan. Masuk UNIKA PTS.

Gratis lagi!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Flanking dan Promosi Senyap-senyap Brand “PTS Islamika”

Ini adalah beberapa contoh produk-produk PTS yang memasuki pasaran menggunakan strategi flanking dengan taktik promosi senyap-senyap.

PTS tidak pernah melancarkan ataupun mewarwarkan kemasukannya ke dalam sektor buku agama. Jadi pasaran tidak perasan kehadiran buku-buku agama PTS meskipun sudah 7 tahu PTS mula memasukkan kakinya ke dalam sektor agama.

Dalam sektor buku agama, siapakah yang ditakuti oleh PTS? Apakah, dan di manakah perlunya, maka PTS memasukkan buku-buku agama ke dalam pasaran dengan menggunakan flanking.

Tukul-tukul besi gergasi manakah yang cuba dielakkan oleh buku-buku agama ini, maka ia masuk senyap-senyap, menyusup masuk dari bawah kelangkang gergasi?

Apa, dan di manakah kelainan buku-buku agama PTS, maka dikhuatiri ia akan diketuk sampai mati, dan siapakah yang mahu mengetuknya?

Kelainan buku-buku agama PTS adalah pada bahasanya. Cuba lihat judul buku-buku di sebelah ini.

Semua menggunakan perkataan "Tuhan" bukan "Allah" walaupun ketiga-tiganya adalah terjemahan semula kitab klasik Riadhus Solihin karya Imam Nawawi.

Apakah dalam sektor buku-buku agama sekalipun ada gergasi-gergasi yang berdiri di depan pintu dengan memegang tukul di tangan, bersiap sedia mengetuk kepala pendatang baru?

Ada dua gergasi yang ditakuti oleh PTS.

(1) Gergasi Tua

Sektor buku agama adalah sektor paling tua, justeru sektor ini paling besar, lebih besar daripada mana-mana sektor buku lain dalam Bahasa Melayu. Ini kawasan Laut Merah.

Jadi tidak hairan apabila dalam sektor ini sudah ada pemain-pemain besarnya. Sesiapa yang berkaitan dengan sektor ini tahu sangat nama-nama gergasi itu. Pastilah, macam Nescafe, mereka akan menjaga supaya jangan ada pemain baru masuk padang mereka. Mereka pernah berjaya mengetuk penerbit Cina yang cuba mencetak dan memasarkan buku surah Yasin dan Muqadam. Berdarah-darah kepala penerbit Cina itu!

(2) Ustaz Tua

Anggota golongan "ustaz tua" mungkin terdiri daripada ustaz yang masih belum tua, hanya pemikiran mereka sahaja tua. Golongan ini yakin buku-buku agama hanya boleh dikarang oleh golongan ustaz-ustaz sahaja.

Mereka juga yakin buku-buku agama mesti menggunakan gaya bahasanya yang berbeza daripada gaya bahasa buku-buku lain. Jika gaya itu ditukar, nanti maknanya juga bertukar dan menjadi salah.

Mereka bukan penerbit, tetapi mereka menduduki kerusi-kerusi birokrasi pentadbiran agama negara ini, oleh itu mereka mempunyai kuasa mengetuk pihak-pihak yang berkaitan dengan urusan rasmi. Mereka berkuasa mengharamkan mana-mana buku yang pada penilaian mereka membahayakan agama rasmi negara ini.

Gaya bahasa buku-buku agama PTS menyalahi norma-norma linguistik yang dianggap "betul" oleh golongan ustaz tua yang amat berkuasa itu.

Justeru, jika buku-buku siri "Tuhan" ini diwarwarkan, nanti ustaz-ustaz tua itu akan ternampak dan mungkin akan mengeluarkan fatwa buku-buku PTS patut diharamkan atas alasan kononnya bahasa PTS menghina Allah dan Rasul Allah.

Promosi senyap-senyap adalah jalan jauh, jalan panjang, jalan lama, jalan selamat.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Flanking: Promosi Senyap-senyap

Strategi masuk pasaran senyap-senyap digunakan oleh Yeo's, Aminah Hassan dan RamLY. Selepas Yeo's membesar dan cukup kuat, ia memulakan kempen promosi di TV, billboard, akhbar dan radio, secara besar-besaran.

Sampai hari ini, meskipun sudah besar Aminah Hassan dan RamLY kekal dengan dasar promosi senyap-senyap, tidak menggunakan bajet kempen.

RamLY hanya mencetak poster berpelekat, itupun dijualnya dengan harga mahal pula kepada pengusaha-pengusaha gerai burger. Manakala orang lain 'buang' duit mencetak poster iklan supaya diedarkan percuma, RamLY 'buat' duit mencetak dan menjual posternya (dan kertas tisunya)!

Pada hari ini, amat sukar hendak mencari remaja Melayu yang tidak pernah memakan burger dan hotdog RamLY. RamLY satu orang menjual lebih banyak burger dibandingkan dengan McDonnald dan A&W bersatu.

Apabila saudara menjenguk ke dalam peti freezer supermarket, terdapat banyak jenama burger, tetapi kita dapat lihat stok RamLY diberi ruang paling banyak dalam peti itu.

Dalam supermarket, Aminah Hassan yang disusun sederet sebelah menyebelah dengan botol-botol Maggi dan Kimball, langsung tidak mengeluarkan duit bagi mencetak apa-apa kit promosi, mencetak poster pun tidak.

Ada gosip mengatakan Ajinomoto Malaysia cuba masuk pasaran sos dengan strategi membeli Aminah Hassan, tetapi proposal mereka ditolak oleh Amisan, nama syarikat pemilik brand Aminah Hassan.

Bagi pelajar-pelajar di fakulti bisnes, baik di dalam dan luar negara, kes kejayaan Yeo's, Aminah Hassan dan RamLY tidak dapat hendak mereka terangkan apalah nama teori dan strategi promosi yang digunakan oleh ketiga-tiga brand Malaysia itu.

Bagi memahami kejayaan 3 brand Malaysia itu, profesor-profesor bisnes di IPT kita perlu menuliskan-semula isi kandungan buku-buku teks yang diajarkan kepada pelajar-pelajar Malaysia. Jika tidak, kejayaan brand-brand Malaysia - terbaru brand Kayu - sampai bila-bila tidak akan masuk buku teks di IPT Malaysia. Profesor Amerika tidak akan menulis tentang Yeo's, Aminah Hassan, RamLY, dan Kayu.

Nota: Makcik Aminah Hassan dan Tuan Hj. Ramli Mokni tidak memiliki ijazah, justeru tidak dipaksa membaca buku-buku teks pengurusan bisnes karya profesor Amerika, ataupun buku tulisan pensyarah tempatan yang hanya menyalin isi kandungan buku-buku Amerika.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 11, 2007

Kempen Promosi

Petik: "Tetapi, kadang kala (atau kebanyakan kes!), jika tidak ada promosi, susah mahu survive!" - Saifuddin Awang.

Respons Sifu: Ada dua isu di sini:

(1) Dalam situasi yang bagaimanakah kempen promosi selamat dilakukan.
Apabila bisnes kita tidak masuk ke dalam padang di mana gergasi bermain-main, kempen promosi selamat dilakukan.

Sebagai contoh, saudara mahu memperkenalkan sambal belacan dalam botol. Pada masa ini tidak ada mana-mana gergasi yang mendominasi pasaran sambal-belacan-dalam-botol, malah ini adalah padang kosong @ Laut Biru. Gawang tidak ditunggu... penyepak amatur pun dapat menendang masuk bolanya.

Sambal belacan dalam botol saudara tidak mengusik bisnes mana-mana syarikat.

Maka lakukanlah kempen mempromosi sambal belacan saudara. Tidak ada gergasi yang akan ketuk saudara sampai mati.

(2) Kempen promosi yang bagaimanakah yang tidak selamat dilakukan.
Jangan buat kempen promosi yang memberi isyarat bahawa produk gergasi-gergasi itu tidak halal, tidak baik bagi kesihatan, kesuciannya diragui dan yang seperti itu.

Sebagai contoh, saudara mahu masuk pasaran teh uncang dengan memperkenalkan teh uncang saudara dengan jenama Kang-Teh.

Jangan buat kempen promosi yang memberi isyarat bahawa teh Lipton ataupun teh Boh tidak suci ataupun tidak halal.

Masih ingatkah kempen Zaitun "tanpa was-was" yang memberi isyarat produk gergasi Unilever dan Colgate-Palmolive adalah diragui kesuciannya?

Nota: Nabi Muhammad melakukan promosi senyap-senyap selama 3 tahun sebelum beliau menerima arahan daripada Tuhannya supaya memperkenalkan produknya (yakni Islam) secara terbuka.

Sifu akan terangkan apa signifikannya tempoh 3 tahun itu. Minta bersabar.... sibuk nih!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Flanking: Boleh Masuk Ikut Bawah Kelangkang Gergasi

Flanking Nabi Yaakub disebutkan dengan jelas dalam Quran. Ertinya, ia strategi yang Tuhan cipta lalu diajarkannya kepada Nabi Yaakub.

Banyak sektor adalah pasaran lama, justeru sudah ada gergasi-gergasi besarnya yang menunggu di muka pintu dengan tukul di tangan, siap sedia mahu mengetuk sesiapa yang cuba-cuba masuk dan mengganggu bisnesnya.

Di mana ada gergasi besar duduk menunggu pintu, di situ orang takut hendak masuk, walaupun pasaran itu amat besar saiznya.

Gergasi-gergasi besar itu belum tentu menjual produk-produk yang halal dan baik bagi kesejahteraan masyarakat.

Ambil sahajalah sebagai contoh restoran-restoran makanan segera yang semuanya mempunyai perkaitan dengan Yahudi dan dengan penghantaran peluru ke Palestina. Setiap kali saudara memasuki pintu restoran-restoran itu, saudara menghantar sebahagian wang saudara ke Tel Aviv.

Jadi kita perlu masuk ke dalam padang di mana gergasi-gergasi itu bermain-main. Kita masuk sebab kita mahu menawarkan produk-produk yang baik.

Flanking adalah strategi bagi memasuki padang permainan gergasi-gergasi dengan cara yang selamat, yakni terselamat daripada diketuk dengan tukul mereka.

Dalam surah Yusuf, Tuhan yang maha bijaksana mengajarkan kepada Nabi Yaakub strategi masuk ikut bawah kelangkang gergasi...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Flanking: Bagaimana Yeo’s Berjaya Memasuki dengan Selamat Pasaran Minuman Ringan yang Sudah Ada Pema

Budak baru tidak berani bersaing dengan budak besar. Tetapi budak besar takkan benarkan sesiapa masuk mengacau bisnes dalam padangnya.

Bagaimanakah kemunculan Yeo's tidak disangka-sangka oleh CC2-Cola dan PC2-Cola? Dan, selepas kedua-dua budak besar itu sedar akan kehadiran Yeo's mereka tidak pula dapat melancarkan strategi mengetuk Yeo's sampai mati?

(1) Bahan mentah
Yeo's tidak menggunakan bahan-bahan yang sesuai dicampur gas. Dengan demikian, pembekal bahan mentah Yeo's langsung tidak mempunyai bisnes dengan CC2-Cola dan PC2-Cola. Justeru CC2-Cola dan PC2-Cola tidak dapat menggunakan pistol kontraknya.


(2) Bungkusan
Disebabkan minuman perisa lokal tidak sesuai dicampur gas, Yeo's tidak memerlukan tin dan botol. Yeo's menggunakan kotak. Pembuat kotak langsung tidak mempunyai bisnes dengan CC2-Cola dan PC2-Cola. Justeru CC2-Cola dan PC2-Cola tidak dapat menggunakan pistol kontraknya.

(3) Pintu pertama memasuki pasaran

Yeo's mula-mula mengedarkan produknya ke kedai-kedai kecil di bandar-bandar kecil dan di luar bandar. Banyak pengedar barang-barang ke kedai-kedai kecil luar bandar langsung tidak mempunyai bisnes dengan CC2-Cola dan PC2-Cola. Justeru CC2-Cola dan PC2-Cola tidak dapat menggunakan pistol kontraknya.

(4) Promosi

Yeo's tidak melancarkan promosi menggunakan perang PR dalam media. Yeo's mencetak poster yang ditampalkan di kedai-kedai di mana produknya dijual. Justeru CC2-Cola dan PC2-Cola tidak dapat menggunakan pistol kontraknya.

(5) Target pasaran
Pada peringkat awal, Yeo's tidak mentargetkan minuman ringannya kepada generasi muda - yang menjadi target CC2-Cola dan PC2-Cola. Dengan begitu, Yeo's tidak melintas di hadapan CC2-Cola dan PC2-Cola.

Apabila Yeo's sudah cukup kuat di kawasan pekan dan bandar-bandar kecil, barulah ia mempunyai kekuatan memasuki padang di mana CC2-Cola dan PC2-Cola bermain-main, yakni rangkaian supermarket dan kedai-kedai di bandar-bandar besar.

Cerita seterusnya sudah menjadi sejarah bagi ditiru....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Flanking: Taktik Menyusup Masuk Senyap-senyap ke Dalam Padang di mana Sudah Ada Budak Besar Menunggu

Kempen promosi adalah cara kita mewarwarkan kemasukan kita ke dalam padang supaya semua orang tahu kita wujud. Diharapkan apabila semua orang sudah tahu, maka orang akan menukar tabiat pembelian mereka, daripada membeli produk yang sedia ada kepada membeli produk baru kita.

Menyusup masuk diam-diam adalah taktik flanking Nabi Yaakub. Di manakah kelebihan cara begini?

Budak-budak besar menguasai pasaran, dan kuasa pasaran mereka umpama sesungut oktopus. Kuasa pengaruh mereka berada di mana-mana sepanjang mata rantai pengeluaran dan pemasaran produk.

Ambil kes hipotetikal ini. Katakanlah saudara hendak memasuki pasaran cola dengan memperkenalkan brand Rastom-Cola. Lalu saudara pun melancarkan kempen promosi Rastom-Cola.

Apabila CC2-Cola dan PC2-Cola mendapat tahu saudara hendak mengusik pasaran mereka, mereka berupaya melakukan pelbagai taktik bagi menyusahkan saudara.

(1) Saudara perlukan bahan cola.
CC2-Cola dan PC2-Cola mengusai pengeluaran bahan ekstrak cola dan mereka dapat mengancam pengeluar cola supaya jangan membekalkan ekstrak cola kepada syarikat saudara.

(2) Saudara perlukan agen pengimpot cola di pelabuhan.
CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai pengaruh di pintu pelabuhan. Mereka dapat mengancam agen pengimpot supaya jangan mengimpot cola untuk saudara.

(3) Saudara perlukan tin dan botol.

CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai pengaruh ke atas kilang pengeluar tin dan botol. Mereka dapat mengancam pengeluar tin dan botol supaya jangan membekalkan tin dan botol kepada saudara.

(4) Saudara perlukan pengedar besar bagi mengedarkan Rastom-Cola saudara ke seluruh negara.
CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai pengaruh ke atas jaringan pengedar. Mereka dapat mengancam pengedar mereka supaya jangan mengedarkan Rastom-Cola.

(5) Saudara mahu membekalkan Rastom-Cola ke rangkaian supermarket.
CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai pengaruh ke atas rangkaian supermarket. Mereka dapat mengancam rangkaian supermarket supaya jangan menjual Ratom-Cola.

(6) Saudara perlukan sokongan media bagi mengiklankan Rastom-Cola.
CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai pengaruh ke atas media. Mereka dapat mengancam media supaya jangan menyiarkan sebarang berita positif berkenaan Rastom-Cola saudara.

(7) CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai banyak wang (I).
Kalau mahu, mereka boleh "menawarkan" grant penyelidikan kepada makmal terkenal supaya "menjalankan" kajian ke atas Rastom-Cola dan mengeluarkan laporan saintifik yang digubah supaya memburuk-burukkan Rastom-Cola.

(8) CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai banyak wang (II).
Kalau mahu, mereka dapat menggunakan wang bagi mendapatkan "kerjasama" media supaya menyiarkan di muka hadapan hasil laporan kajian makmal yang mereka biayai penyelidikannya yang mengatakan Rastom-Cola tidak cukup tinggi kandungan colanya, oleh itu tidak berkhasiat.

Ada gosip kononnya seorang orang bawahan di sebuah stesen menceritakan bahawa bossnya pernah memberi hint kepadanya supaya jangan diundang lagi pengarang daripada rumah penerbitan Polan-Polan Sdn. Bhd. muncul sebagai tetamu dalam ruangannya.

Bagaimanakah kuasa pengaruh CC2-Cola dan PC2-Cola dapat menjadi begitu kuat? Jawapannya: Kuantiti, saudara. Kuantiti!

Dalam dunia bisnes: Angka adalah kuasa. Budak-budak besar memiliki angka-angka yang besar-besar belaka.

Kilang kecil Rastom-Cola hendak membeli botol daripada kilang botol? Berapa biji botol yang dia mahu beli setiap tahun?

CC2-Cola dan PC2-Cola mempunyai kontrak membeli berapa ratus juta botol setiap tahun?

Dengan angka-angka besar yang dimilikinya, CC2-Cola dan PC2-Cola dapat meletakkan muncung pistol kontrak pada kepala towkay kilang botol itu dan berkata, "Kalau kamu bekalkan botol kepada Rastom-Cola, kami tamatkan serta-merta kontrak pembekalan botol kamu kepada kami!"

Prisip Tukul: Tukul kecil sudah cukup bagi mengetuk paku kecil sampai terbenam. Kos mengetuk budak kecil sampai mati adalah amat murah. Jangan ditunggu sampai budak itu besar baru mahu diketuk.

Tiru strategi Yeo's, RamLY dan Aminah Hassan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Berlumba-lumba, Bukan Bersaing

Mengapakah menteri-menteri, guru-guru dan ibu bapa sibuk berkempen supaya orang Melayu belajar dan pandai bersaing?

Quran menyuruh kita berlumba-lumba, bukan bersaing.

Berlumba-lumba bermakna masing-masing berusaha menghasilkan kuantiti kerja yang lebih banyak dengan kualiti yang lebih baik.

Berlumba-lumba adalah dasar bisnes PTS. PTS menggalakkan penulis-penulisnya berlumba-lumba menghasilkan buku-buku yang ngetop. Justeru penulis-penulis PTS berkongsi ilmu dan saling dorong-mendorong satu sama lain.

Apabila kita berlumba-lumba, anak panah dihalakan kepada mutu kerja yang kita hasilkan. Kita asyik memikirkan cara-cara bagaimana hendak menghasilkan kerja yang bertambah banyak dengan mutu yang bertambah baik.

Bersaing bermakna, fikir bagaimana hendak ketuk pesaing-pesaing kita sampai mati, sebab kalau dia tidak mati, itulah bahaya besar namanya, sebab dia mungkin dapat bangun semula lalu mengetuk kita pula sampai mati.

Apabila kita bersaing, semua orang kita anggap berpotensi menjadi musuh. Jadi, kita asyik menghalakan anak panah kita ke arah orang lain, manakala otak kita asyik memikirkan bagaimana hendak ketuk orang-orang lain sampai mati. Gas kita habis di situ. Sedangkan, bukan semua orang dapat kita ketuk sampai mati.

Bersaing bukan ajaran Nabi Muhammad.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila Budak Kecil Membaca Buku Yang Ditulis untuk Bacaan Budak Besar

Saudara sedang terkial-kial hendak belajar berniaga dengan membuka syarikat sendiri. Patutkah saudara membaca buku-buku pengurusan bisnes yang ditulis oleh pakar-pakar Amerika?

Apabila saudara membaca buku-buku tulisan pakar-pakar pengurusan Amerika, ambil ingatan bahawa buku-buku itu ditulis bagi kegunaan para pemimpin korporat-korporat Amerika.

Saudara budak kecil. Saudara bukan pemimpin korporat ala-Amerika. Jangan telan bulat-bulat apa yang saudara baca dalam buku-buku itu.

Game budak kecil lain. Game budak besar lain.

Buku-buku pengurusan bisnes korporat menekankan peri pentingnya "kempen promosi". Maka saudara pun asyik memikirkan "kempen promosi".

Seorang anak Sasterawan Negara menerbitkan novel ayahnya. Kemudian beliau melakukan "kempen promosi" dengan membelanjakan semua sekali RM20 ribu wang grant dari kementerian bagi melancarkan buku itu di hotel besar serta mengundang menteri dengan harapan berita itu akan disiarkan oleh media. Kata orang muda-muda, "habuk pun tidak ada" kesannya pada angka jualan novel itu.

Hubaya-hubaya apabila membaca buku-buku pengurusan bisnes dari Amerika kerana buku-buku itu ditulis bagi kegunaan budak-budak besar.

Belum ada buku-buku pengurusan bisnes yang memberitahu peri bahayanya melancarkan "kempen promosi".

Nota: Nabi Muhammad tidak melancarkan kempen promosi bagi bisnesnya....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 10, 2007

Mengapa Jangan Bersaing, Lebih Baik Flanking

Apabila kita menggunakan strategi bersaing, dalam kepala kita, yang difikirkan adalah bagaimana hendak mengalahkan pihak yang dianggap pesaing.

Mukmin bersaing dengan Colgate.
Alicafe bersaing dengan Nescafe.
Zaitun bersaing dengan Lux dan Palmolive.
Zamzam-Cola bersaing dengan Coca-Cola dan Pepsi-Cola.

Matlamat flanking bukan mengalahkan orang lain.

Yeo's tidak mengalahkan Coca-Cola dan Pepsi-Cola.
Aminah Hassan tidak mengalahkan Maggi dan Kimball.

Nabi Yaakub mengarahkan anak-anaknya memasuki kota istana raja Mesir melalui banyak pintu. Itu sahaja. Bukan melawan penjaga pintu kota.

Objektif strategi Nabi Yaakub itu adalah supaya anak-anaknya dapat berjumpa dengan penjaga gudang makanan negeri Mesir dan membeli makanan daripadanya.

Strategi bersaing dengan mudah dapat mengalihkan fokus kita daripada buat bisnes elok-elok kepada sibuk hendak memukul pesaing-pesaing kita.

Menjalankan bisnes dengan menggunakan strategi mengalahkan para pesaing bukan sunnah Nabi Muhammad.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kelebihan Strategi Flanking Nabi Yaakub

Dengan mempunyai 9 orang anak, dan menghantar mereka serentak supaya memasuki kota istana Raja Mesir ikut banyak pintu, Nabi Yaakub menaikkan kemungkinan anak-anaknya dapat menembusi pintu kota yang dikawal ketat.

Jika satu orang anaknya dapat ditangkap cuba memasuki pintu kota, masih ada 8 orang anak-anakya yang lain.

Mengetuk 1 orang adalah mudah. Mengetuk sekumpulan ramai orang adalah lebih sukar. Di lautan luas yang banyak jerung, Tuhan menjadikan ikan-ikan kecil berenang dalam kumpulan besar.

Dengan menggerakkan semua anak syarikatnya supaya menembusi pasaran fiksyen secara serentak dan beramai-ramai - ala-ala flanking gaya 'total football' - PTS dapat meningkatkan kemungkinan ia berjaya menembusi pasaran yang ditargetkan itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Meniru Ciri-ciri Flanking Nabi Yaakub

Surah Yusuf, maksud ayat ke-67:

Nabi Yaakub berkata lagi, “Wahai anak-anakku! Kamu jangan masuk ke kota Mesir ikut satu pintu sahaja, tetapi masuklah ikut pintu-pintu yang berlainan.”

Objektif strategi flanking Nabi Yaacob adalah bagaimana cara hendak membolehkan semua 9 orang anaknya memasuki pintu kota yang mengelilingi kawasan istana raja Mesir yang dikawal rapi supaya mereka dapat berjumpa dengan Nabi Yusuf yang pada waktu itu menjaga gudang makanan negeri Mesir.

(1) Flanking Nabi Yaakub dilaksanakan oleh tim, bukan oleh individu.

Nabi Yaakub menghantar 9 orang anaknya bagi memasuki kota Mesir. Nabi Yaakub menjadi pencipta strategi utama: Jangan masuk ikut satu pintu, tetapi ikut banyak pintu. Strategi taktikal difikirkan oleh anak-anaknya.

Aplikasi di PTS: Nabi Yaakub mempunyai banyak anak. PTS Consultants adalah syarikat induk kumpulan PTS. Ia menubuhkan banyak anak syarikat.

Syarikat PTS induk mencipta strategi utama. Contohnya, PTS akan masuk pasaran fiksyen. Anak-anak syarikat PTS, masing-masing mencipta strategi taktikal masing-masing bagaimana mereka mahu menerbitkan judul-judul fiksyen masing-masing.

Nabi Yaakub mencipta strategi utama tetapi beliau sendiri tidak pergi ke Mesir.

PTS Consultants mencipta strategi induk, tetapi ia sendiri tidak terlibat dalam pelaksanaan strategi itu.

(2) Flanking Nabi Yaakub menggunakan banyak 'pintu' serentak.

Sembilan orang anak-anak Nabi Yaakub itu masing-masing masuk ikut pintu berlainan. Masing-masing anaknya mencipta strategi taktikal masing-masing bagaimana mereka dapat melepasi kawalan penjaga pintu kota.

Aplikasi di PTS: Semua anak-anak syarikat PTS melaksanakan strategi induk secara bersama-sama dan terkoordinasi. Contohnya, semua pengarang PTS digalakkan menulis buku untuk semua anak syarikat.

(3) Flanking Nabi Yaakub dilakukan menggunakan taktik menyusup masuk sehingga musuh tidak perasan.

Semua 9 orang anak Nabi Yaakub berjaya masuk ke kota Mesir dengan tidak diketahui oleh pengawal pintu kota. Selepas dapat masuk, mereka bergabung semula.

Aplikasi di PTS: Selama PTS masih baru, dan sampai saat ini pun, PTS main strategi low-profile.

Mukmin menggunakan strategi perang PR bagi memasuki pasaran ubat gigi sehingga si naga Colgate pun mendapat tahu akan kemunculan pesaingnya.

Aminah Hassan tidak mengiklankan sama sekali kemasukannya ke dalam pasaran sos. Ia masuk diam-diam, tahu-tahu, botol-botolnya sudah duduk sederet di rak-rak supermarket, sebelah menyebelah dengan botol-botol Maggi dan Kimball.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi Kepala-Tanduk-Kepala

Puan Sifu,
Adakah kes Nescafe lawan Alicafe ini bersamaan dengan kes ubat gigi Mukmin lawan dengan Colgate? Ubat gigi Mukmin mewar-warkan "Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam" dan menyebabkan Colgate terpaksa mengeluarkan iklan menyatakan ubat giginya juga mendapat pengesahan JAKIM (walaupun tiada logo halal). -
Xara.


Nota Sifu:

Pasaran ubat gigi adalah pasaran lama. Budak besarnya bernama Colgate.

Mukmin masuk pasaran ubat gigi dengan tidak menggunakan strategi flanking bagi mencuri pelanggan Colgate.

Sebaliknya Mukmin masuk dengan menggunakan strategi bersaing dengan Colgate apabila ia melancarkan perang PR (public relation) bagi mewawarkan ciri Mukmin yang "halal". Dengan melancarkan perang PR itu Mukmin memberi isyarat bahawa Colgate tidak "halal".

Taktik Mukmin adalah bersaing cara "kepala-tanduk-kepala" (competing head-to-head) dan tengok kepala siapa lebih keras dan kepala siapa yang akan pecah.

Strategi dan taktik "kepala-tanduk-kepala" akan memerahkan air laut dengan darah. Darah siapa lagi, kalau bukan darah ikan-ikan kecil yang diketuk oleh ikan-ikan besar.

Bezakan strategi Mukmin dengan strategi Aminah Hassan memasuki pasaran sos cili dan sos tomato. Pasaran sos adalah pasaran lama. Dalam pasaran itu ada, bukan 1 tetapi 2 ekor naga besar, yang bernama Maggi dan Kimball.

Aminah Hassan berjaya mencuri pelanggan 2 ekor naga besar, yakni sos Maggi dan sos Kimball.

Apakah faktor yang menyebabkan Maggi dan Kimball tidak dapat mengetuk Aminah Hassan sampai mati, sebagaimana Unilever dan Colgate-Palmolive berjaya mengetuk Zaitun sampai mati?

Jikalau saudara mahu masuk lautan novel cinta, oleh itu saudara mahu mencuri pelanggan novel cinta ALAF21, apakah strategi saudara?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Laut Biru: Orang Lain Buka Hutan, Orang Lain Berkebun

Tekun. Ketekunan. Menekuni. Istiqamah, istilah Arabnya.

Pasaran buku Melayu adalah pasaran yang baru dibuka dan sedang membangun. Industri ini menjanjikan banyak kawasan Laut Biru.

Sebagai penerbit dalam pasaran yang sedang membangun, banyak sektor buku yang masih belum dibuka. Justeru, sesiapa yang berjaya membukanya, dialah yang menjadi rajanya.

Sebagai contoh, ALAF21 membuka pasaran novel cinta remaja, maka ALAF21 menjadi rajanya. PTS ONE pula membuka pasaran novel awal remaja, dan PTS ONE menjadi rajanya.

Semua penerbit mahu berkembang, kerana ia mahu meningkatkan jumlah jualan buku-bukunya dari bulan ke bulan.

Ada dua strategi mengembangkan bisnes:

(a) Duduk di tempat yang sama, tetapi tambahkan lagi produk-produk bagi kategori sekarang.

Strategi ini dilakukan oleh Colgate. Justeru ia menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan lebih banyak jenis-jenis ubat gigi Colgate.

(b) Buka sektor baru.

Apabila saudara cuba masuk sektor baru, jangan sampai disebabkan saudara leka dengan projek baru itu sehingga saudara tinggalkan sektor yang saudara rajai sekarang.

Disebabkan kerja membuka sektor baru memang banyak memakan wang, masa dan tenaga, maka disebabkan saudara leka, lalu memerang dapat memasuki kolam saudara dari pintu belakang dan memakan ikan-ikan saudara.

Banyak orang bekerja kuat membuka hutan, kemudian mereka tinggalkan hutan yang sudah dibuka disebabkan dia sibuk masuk projek baru, lalu orang lain datang masuk ke dalam kawasan hutan yang sudah ditebas, lalu mereka yang membuka kebun.

Ini yang berlaku kepada CREATIVE yang bertungkus lumus membuka hutan pasaran komik Melayu, kemudian ia bertungkus lumus pula membuka pasaran novel popular Melayu. Sekarang orang-orang lain masuk lalu berkebun di kawasan hutan komik Melayu yang dibukanya dahulu.

Jika saudara baru hendak masuk bisnes penerbitan buku, saudara boleh lakukan pemerhatian di kawasan mana terdapat hutan-hutan yang sudah dibuka, kemudian semacam ditinggalkan ataupun tidak ditekuni. Masuki kawasan itu, dan berkebunlah di situ.

Mahu tahu di mana ada hutan yang sudah jadi tanah lapang terbiar?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 09, 2007

Flanking dan Blue Ocean Strategy

Flanking adalah salah satu strategi bagi memasuki pasaran lama - justeru dalam pasaran lama itu sudah ada budak besarnya.

Ali Cafe masuk pasaran lama. Kopi segera adalah pasaran lama. Dalam sektor itu sudah ada budak besar yang bernama Nescafe. Tetapi Ali Cafe masuk dengan tidak menggunakan strategi flanking, sebaliknya ia menggunakan strategi bersaing.

Yeo's masuk ke dalam pasaran lama. Minuman ringan adalah pasaran lama. Yeo's menggunakan strategi flanking bagi memasuki padang Coca-Cola dan Pepsi-Cola.

Strategi Laut Biru adalah masuk ke dalam pasaran baru sama sekali. RamLY Burger masuk Laut Biru sebab waktu itu burger hanya dijual dalam restoran. Belum ada burger dijual di luar restoran A&W dan McDonnald. Waktu itu belum ada kedai menjual burger mentah. Justeru RamLY tidak bersaing dengan mana-mana budak besar.

Selepas RamLY Burger merajai sektor burger mentah dalam kedai, masuklah banyak burger-burger lain ke dalam sektor itu. Namun burger-burger kecil itu tidak menggunakan strategi flanking bagi mencuri pelanggan RamLY.

Flanking bukan 1 strategi, tetapi kombinasi banyak strategi yang dilaksanakan serentak. Inilah salah satu faktor mengapa walaupun konsep flanking mudah difahami, tetapi mencipta dan melaksanakan strategi ini adalah kompleks. Ia banyak persamaan dengan strategi ketenteraan bagaimana tentera kecil dapat mengalahkan tentera besar.

Pasaran novel cinta adalah pasaran lama. Pasaran ini besar. Jika saudara mahu masuk pasaran novel cinta, tiru Yeo's. Jangan gunakan strategi bersaing, gunakan flanking.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ular Besar dalam Pasaran Buku Melayu

Apabila saudara masuk bisnes penerbitan buku, saudara masuk kebun ular, yang di dalamnya ada 2 ekor ular besar. Dua buah penerbit terbesar buku Melayu, ALAF21 dan Utusan, merupakan ahli kumpulan media yang besar, Kumpulan Karangkraf dan Kumpulan Utusan. (DBP? Urmm....)

Apabila kumpulan akhbar juga mempunyai anak-anak syarikat yang menerbitkan majalah dan menerbitkan buku, kumpulan itu sudah menjadi budak besar dalam sektor buku. Anak syarikat yang menerbitkan buku dapat mempromosikan buku-bukunya melalui akhbar dan majalah-majalah terbitan kumpulan media itu.

Sebagai contoh, novel-novel cinta ALAF21 berjaya dipasarkan dengan baik kerana ia dipromosikan melalui akhbar-akhbar tabloid dan majalah-majalah Karangkraf. Sebagai dasar bisnes, Karangkraf tidak membantu promosi buku-buku PTS dengan menyiarkan resensi buku secara percuma. Kalau mahu, belilah ruang iklan.

Akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia hanya menyiarkan resensi buku-buku terbitan anak syarikatnya, Utusan Publications, ataupun penerbit luar negeri. Justeru, resensi buku-buku PTS tidak disiarkan dalam Utusan lagi.

Semasa PTS baru muncul dan masih amat kecil, buku-buku PTS diberikan dukungan lumayan oleh Karangkraf dan Utusan. Ini amat membantu brand PTS dikenali dalam pasaran.

Tetapi apabila PTS tidak gulung tikar dalam tempoh 3 tahun, dan kemudian mula membesar, ceritanya sudah berbeza. Budak-budak besar yang sedia ada mula mengubah pandangan mereka terhadap PTS. Ini adalah sesuatu yang normal, yang pasti akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang menjalankan bisnes menggunakan logik biasa.

Justeru, saudara sebagai orang bisnes, apabila syarikat saudara berjaya survive selama 3 tahun, saudara berpotensi menjadi pesaing yang membahayakan bisnes budak-budak besar, dan mereka akan mula melayan saudara sebagai pesaing yang mesti diketuk. Saudara tidak dapat mengharapkan dukungan sesiapa lagi dalam pasaran.

Selepas 3 tahun dalam pasaran, sudah sampai masanya saudara survive sendiri dengan menjadi pemain berstrategi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Bersaing Semasa Kecil

Orang yang belum masuk bisnes kerap menyangka, mahu survive semasa kecil adalah amat susah.

Tidak, semasa saudara masih kecil, halangan besar saudara adalah faktor-faktor yang ada pada syarikat saudara sendiri - faktor tidak cukup modal pusingan, tenaga kerja mahir, kutipan hutang dan lain-lain isu rutin.

Tidak ada sesiapa mahu ketuk bisnes orang kecil. Budak-budak besar tidak pandang sebelah mata semasa saudara kecil, sebab mereka tahu 93% bisnes akan tutup dalam tempoh 3 tahun selepas ia membuka operasi. Mereka tidak perlu ketuk saudara, hukum angka yang akan buat kerja itu.

Sifir bisnes semasa syarikat masih kecil, lain. Sifir bisnes semasa syarikat mula membesar, amat lain. Bersaing sesama syarikat kecil, lain. Bersaing dengan syarikat besar, amat lain.

Syarikat kecil yang menjadi pesaing kita tidak mampu menyediakan grant penyelidikan untuk diberikan kepada makmal-makmal supaya mereka menjalankan kajian ke atas produk kita dan kemudian mengeluarkan laporan yang dikarang khusus bagi memburuk-burukkan produk kita.

Syarikat kecil yang menjadi pesaing kita tidak mampu membiayai kos perang media bagi merosakkan kepercayaan pengguna produk kita dan merosakkan nama baik produk kita.

Masihkah kita ingat tidak lama dulu, ada perang media yang dilancarkan oleh sebuah kilang roti terhadap kilang roti lain yang sedang semakin membesar?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Edisi Paperback PTS: Bersaing ataupun Flanking

Sudah hampir 20 judul PTS diterbitkan semula sebagai edisi paperback. Edisi paperback PTS ditargetkan kepada pembaca perempuan muda.

Buku di sebelah ini juga ditargetkan kepada perempuan muda. Tetapi mengapakah gambar kulitnya menggunakan ikon lelaki muda bermain layang-layang? Sebab kajian mendapati perempuan muda lebih terpengaruh apabila yang dijadikan duta produk adalah lelaki muda yang tampan.

Apakah kriteria judul yang layak dipilih sebagai buku paperback?

(1) Buku itu sudah terbit lebih 3 tahun.

(2) Buku itu terbukti laku dalam pasaran.

Edisi paperback PTS dicetak 2 ribu naskhah bagi setiap cetakan, dan dibeli semuanya oleh Syarikat Fajar. SF adalah pengedar novel popular terbesar di Malaysia sekarang.

PTS memilih Syarikat Fajar sebab edisi paperback ini ditargetkan kepada pembaca-pembaca novel popular, supaya mereka mempunyai pilihan sama ada mahu membaca lebih banyak novel cinta ataupun beralih kepada buku-buku ilmu.

Dengan melantik Syarikat Fajar, edisi paperback ini berjaya menembusi outlet novel-novel cinta. Itulah sebabnya saiz edisi paperback PTS serupa dengan saiz novel-novel popular.

Objektif PTS menerbitkan edisi paperback adalah bagi membolehkan pembaca berpendapatan rendah mampu membaca buku-buku bermutu pada harga patut. Bagi edisi kulit lembut yang berharga RM23, edisi paperbacknya dijual sekitar RM13 sahaja.

Bagi menurunkan kos, semua pihak berkorban. Penerbit hanya mengambil margin 2%, manakala penulis hanya mengambil royalti 5%.

Syarikat Fajar pula mengambil risiko 100%, sebab ia membayar tunai 2 ribu naskhah itu. Sebagai imbalan, Syarikat Fajar mendapat hak eksklusif mengedarkan semua judul paperback PTS.

Rekod jualan PTS menunjukkan, kehadiran edisi paperback tidak menurunkan jualan edisi kulit lembut.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Itu Flanking

Dalam dunia bisnes, saudara boleh menang dengan menggunakan strategi bersaing ataupun dengan menggunakan strategi flanking.

Baik strategi bersaing mahupun strategi mem-flanking, matlamatnya adalah menjual kepada pelanggan yang sama, sebagai contoh Ali Cafe mahu menjual kopinya kepada pelanggan Nescafe. Dalam bahasa yang lebih mudah Ali Cafe mahu mencuri pelanggan Nescafe.

Apabila saudara masuk pasaran dengan cara bersaing, saudara bermula pada garis mula yang sama, seperti orang berlumba lari. Semua pesaing dalam lumba lari bermula pada titik yang sama, kemudian mereka bersaing, siapa lebih kuat ototnya, dia bakal menang.

Strategi bersaing digunakan oleh Ali Cafe bagi memasuki pasaran kopi segera, di mana ia bersaing dengan budak besar Nescafe. Nescafe main iklan TV, Ali Cafe pun main iklan TV. Nescafe main iklan billboard, Ali Cafe pun main iklan billboard.

Lazimnya, dalam persaingan, budak-budak baru tidak memiliki cukup otot bagi mengalahkan otot budak-budak besar.

Apabila saudara melakukan strategi flanking, saudara masuk ke dalam sektor budak besar ikut pintu lain. Strategi flanking digunakan oleh Yeo's bagi memasuki sektor minuman ringan yang sudah ada budak-budak besarnya, yakni Coca-Cola dan Pepsi-Cola.

Saudara mahu tahu lebih banyak tentang bagaimana melaksanakan strategi 'flanking'?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi Yeo’s: Kes Klasik Flanking

Berpuluh-puluh tahun 2 ekor ular besar yang bernama Coca-Cola (CC) dan Pepsi-Cola (PC) merajai pasaran minuman ringan negara ini.

Bagaimanakah boleh berlaku CC dan PC gagal mengetuk Yeo's sampai mati semasa ia masih kecil? (Bandingkan dengan kejayaan Lever Brothers - pengeluar Lux - dan Colgate-Palmolive yang berjaya mengetuk sampai mati Zaitun Industry.)

Kini semuanya sudah terlambat! Yeo's sudah menjadi ular besar No. 3. Di mana ada CC dan PC, di situ ada Yeo's.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Beza Bersaing dengan Flanking

Bersaing = out-do the other guy. (Lari lebih kuat. Kerja lebih kuat.)

Flanking = out-think the other guy. (Fikir lebih tajam. Idea lebih baik.)

Inilah intisari perbezaan antara strategi "bersaing" dengan strategi "flanking".

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kes Kejayaan RamlY Burger: Bersaing ataupun Flanking

Zaitun yang sudah besar pun masih dapat diketuk oleh ular besar sampai mati.

Akan berjayakah Ali Cafe diketuk sampai mati?

Selepas 30 tahun dalam pasaran, apakah yang menyebabkan tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengetuk RamlY Burger sampai mati?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 06, 2007

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: “Walk the Talk”

En. Sham bertanya:

Puan Sifu,
Saya bertambah ceria jika Puan sudi menghuraikan kenapa, Nabi Muhammad tidak mengamalkan “walk the talk”.


Respons Sifu:

Frasa "walk the talk" mahukan supaya, sebagai contoh, kita mesti menjadi jutawan terlebih dahulu, baru boleh menulis buku yang mengajar pembaca bagaimana cara mahu menjadi jutawan.

Yang dikatakan “kejayaan” mahupun “kegagalan” kedua-duanya adalah hasil daripada apa yang disebut “daya usaha”. Apabila ada daya usaha, baru terhasil “kejayaan” mahupun “kegagalan”.

Itu sebab dalam Islam, pahala diberikan kepada daya usaha, bukan kepada hasil. Baru pasang niat, belum ada apa-apa hasil, sudah diberi pahala.

Semakin berat daya usaha yang dijalankan, semakin besar pahala yang diberikan. Meskipun daya usaha itu menghasilkan “kegagalan” 100%.

Dalam konsep Barat, berjuang tetapi mati, adalah kegagalan total, kematian sia-sia.

Dalam Islam, berjuang sampai mati dalam perang yang berakhir dengan kekalahan, (sebagaimana halnya kematian Hamzah dalam Perang Bukit Uhud) adalah kejayaan total. Pahalanya, tidak ada yang lain melainkan syurga Jannah.

Apabila kita “walk the talk” kita bercakap tentang hasil, sedangkan hasil tidak diberi pahala. Kita tidak berdosa apabila "gagal". Kalah berperang tidak berdosa, malah diberi pahala besar kerana sudah berusaha, sampai mati.

Nota: Elok juga apabila Sifu menulis buku teori motivasi yang berdasarkan sistem ganjaran dalam Islam. (Hmm… Alahai! Buku Berniaga Cara Nabi Muhammad pun belum siap!)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 24, 2007

PTS dan Tali Politik

PTS 'main kedai'. Itulah istilah orang bisnes. PTS tidak 'main politik'. Itulah istilah orang politik.

Jargon 'main kedai' bermakna mind-set Tim PTS adalah menerbitkan buku-buku yang laku dijual di dalam kedai-kedai buku. Itulah sebabnya Tim PTS berfikir kedai, kedai, kedai.

Buku PTS diterbitkan dengan isi kandungan dan rupa wajah yang kedai-kedai buku mahu ambil dan pamerkan dalam kedai. Mudah-mudahan pengunjung kedai mahu membeli buku-buku PTS yang dipamerkan.

Tujuh puluh lima peratus (75%) pendapatan PTS adalah daripada jualan buku dalam kedai-kedai buku, manakala 25% lagi adalah jualan kepada kontraktor-kontraktor buku yang dapat tender membekalkan buku kepada perpustakaan awam. Para kontraktor itu tidak dapat tidak ada 'main tali politik'.

Main kedai adalah cara kerja yang susah. Tetapi ia lebih selamat. Dengan mengamalkan dasar perniagaan main kedai, kita tidak risau siapa turun-naik dalam politik. Kita juga terlepas daripada mengamalkan perkara-perkara yang menyalahi etika bisnes orang Islam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 13, 2007

Ini Pula Nasib Penerbit Ditipu Pengedar

Jika saudara sedang merancang hendak masuk dunia penerbitan buku Melayu, baca entri ini baik-baik. Maklumlah, banyak orang tengok dunia bisnes buku Melayu berkembang pesat, maka tergeraklah hati hendak masuk kebun ular ini.

Risiko saudara yang pertama-tama bukan buku saudara tidak laku, tetapi pengedar tipu saudara. Orang lama macam PTS sudah mengalaminya.

Pengedar penipu itu ("K..B..") adalah nama lama dalam dunia pengedaran buku, khususnya dahulu, ia amat aktif mengedarkan buku kanak-kanak, sekarang ia juga mengedarkan buku-buku umum dan novel.

Beginilah cara pengedar seperti "K..B.." menipu saudara.

Mula-mula, semasa saudara belum percaya kepadanya, berapa buku saudara hantar, dia bayar elok. Saudara pun hantar lagi, dia bayar lagi.

Makin lama, saudara makin menaruh kepercayaan kepada "K..B..". Dia pula semakin menaikkan jumlah pesanannya, makin lama makin besar. Mula-mula RM5 ribu, dia bayar. Naik RM10 ribu, dia bayar. Naik RM20 ribu, dia bayar. Naik, naik, naik... sampai RM75 dia tidak bayar!

"K..B.." bukan tidak ada duit. Buku-buku saudara pun laku dijualnya, maknanya duit itu ada.

"K..B.." mahu saudara tersungkur. Tutup bisnes. Gulung tikar. Dengan itu dia tidak perlu bayar hutang saudara! Yalah, buat apa bayar hutang syarikat yang sudah tutup?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 07, 2007

Memulakan Bisnes Cara Muhammad bin Abdullah (6)

Langkah 6: Majikan-Mentor Nabi Muhammad kemudian mencarikan modal bagi NM memulakan bisnesnya sendiri.

Prinsip: Ajar anak kita supaya belajar mendapatkan dukungan dan bantuan majikannya bagi mencarikan modal bisnesnya.

Banyak orang yang mempunyai bakat berniaga, belum apa-apa sudah membuat keputusan dia takkan dapat menjadi bisnesman hanya disebabkan mereka berkata kepada dirinya sendiri: "Aku tidak ada duit modal membukan perniagaan." Akibatnya mereka kekal dalam keadaan mereka.

NM adalah anak yatim piatu yang miskin, sama sekali tidak mempunyai harta yang dapat dicagarkan kepada bank bagi membuat pinjaman modal memulakan bisnesnya.

Modal NM berniaga adalah integritinya yang tiada cacat-celanya. Ini kemudian ditambah dengan pengalaman dan kemahiran berdagang yang diperoleh selama 10-12 tahun berkuli kepada mentor dan majikannya, Pedagang Abu Talib.

Disebabkan majikan-mentornya amat impres dengan integriti dan bakat berniaga yang ada pada NM, Abu Talib membantu mencarikan modal yang membolehkan NM memulakan bisnesnya sendiri.

Abu Talib yang memperkenalkan dan merekomen NM kepada Pemodal Siti Khadijah, yang kemudian, berdasarkan rekomendasi Abu Talib semata-mata, 'venture capitalist' itu membuat keputusan memberi kredit kepada NM dalam bentuk inventori barangan, tanpa sebarang cagaran.

Jadi, ajar anak kita supaya jangan memandang majikannya sebagai orang yang sentiasa mahu menindas dirinya, ataupun memandang majikannya sebagai orang yang tidak penting bagi masa depannya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 06, 2007

Memulakan Bisnes Cara Muhammad bin Abdullah (5)

Langkah 5: Nabi Muhammad belajar menjalankan semua peranan, tanggungjawab dan kerja-kerjanya sehingga majikan-mentornya, Pedagang Abu Talib, benar-benar yakin NM sudah layak berdagang sendiri.

Prinsip: Ajar anak kita supaya belajar berkuli dengan 1 majikan selama 10-12 tahun bagi mendapatkan keyakinan dan dukungan majikannya. Dalam bisnes, dukungan utama adalah modal berniaga.

Jika ibu bapa sendiri tidak berupaya mendukung anaknya memulakan bisnesnya, maka anak kita mesti belajar supaya mentornya yang memberikan dukungan itu.

Dalam model yang ditunjukkan oleh NM, beliau mendapatkan dukungan itu daripada majikan-mentornya, yang juga ayah saudaranya.

Model bagaimana NM memulakan bisnesnya mempunyai suatu perbezaan pokok dengan model yang digunakan oleh agensi seperti MARA dan PUNB bagi melahirkan usahawan saat ini.

Agensi-agensi yang melaksanakan program melatih usahawan mengajarkan kepada calon-calon itu bagaimana mencari modal tunai dengan cara meminjam wang daripada bank ataupun dana kerajaan.

Jadi, sebelum apa-apa, sebelum pun terbukti calon itu mempunyai bakat berniaga, mereka sudah diajar supaya pandai membelit diri dengan hutang, sudah diajar supaya pandai menggunakan nama ibu bapa ataupun kaum kerabat sebagai penjamin hutang, ataupun menggunakan harta ibu bapa sebagai cagaran.

NM tidak memulakan bisnesnya dengan berhutang wang tunai kepada mana-mana 'banker', ataupun mencagarkan sebarang harta.

Beliau melabur tempoh 10-12 tahun berkuli dengan 1 majikan. Dalam tempoh itu beliau membuktikan kepada majikannya akan integriti dirinya yang tiada cacat-celanya. Beliau juga membuktikan bakat perniagaannya kepada majikan-mentornya.

Justeru, NM menggunakan dirinya sebagai modal utama memulakan bisnesnya. Dua aspek dirinya yang dijadikan modal adalah (a) integriti dan (b) pelbagai ilmu dan kemahiran berdagang yang telah dipelajari dengan secukupnya daripada majikannya.

Dalam model NM, beliau mendapatkan dukungan ahli keluarga, yakni ayah saudaranya sendiri, seorang pedagang yang jujur. Dukungan itu diperoleh dengan jalan yang susah, iaitu dengan cara berkuli sebagai pembantu-perantis selama 10-12 tahun. Inilah faktor yang menjadikan NM berjaya dalam bisnes perdagangan (trading).

Bandingkan model NM dengan model MARA dan PNB. Kedua-dua agensi itu memberikan modal kepada calon-calon usahawan macam main tangkap-muat. Background search tidak dijalankan ke atas calon-calon usahawan yang bakal diberikan dukungan modal. Calon boleh diberikan hutang berdasarkan kertas kerja semata-mata!

Faktor integriti calon usahawan tidak diberikan pertimbangan oleh MARA dan PUNB. Bandingkan ini dengan model NM. Sebelum beliau mula ikut majikannya berdagang pada usia 12 tahun, Tuhan telah membasuh hati beliau terlebih dahulu!

Justeru, dalam model NM, faktor hati-hati, terang hati, hati bersih, baik hati, murah hati, rendah hati, tabah hati, dan hati lurus, adalah syarat utama menjadi usahawan.

Jikalau MARA dan PUNB tidak berupaya membasuh hati calon-calon usahawan yang bakal diberikan pinjaman modal, masih ada cara-cara lain bagi memilih calon-calon yang integritinya baik.

Pada masa ini terdapat banyak ujian yang dicipta oleh pakar-pakar psikologi bagi mengenalpasti personaliti yang memiliki sifat-sifat jujur dengan yang tidak jujur.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 19, 2007

Memulakan Bisnes Cara Muhammad bin Abdullah (4)

Langkah 4: NM menjadi perantis selama 10-12 tahun kepada satu (1) orang mentor sahaja.

Prinsip: Ajar anak kita supaya jangan suka bertukar-tukar majikan, apatah lagi bertukar-tukar bidang bisnes semasa sedang belajar bisnes.

Pilih bidang yang diminati dan belajar dengan cara bekerja dalam bidang itu. Pilih sebuah syarikat kecil yang diurus dengan baik, sebab dalam syarikat kecil, anak kita berpeluang belajar dan bermentor secara langsunng dengan pemilik syarikat tersebut.

NM Muhammad tidak pernah menukar majikan-mentornya dengan menukar tempat di mana beliau bekerja. Selama 10-12 tahun beliau bekerja dan bermentor kepada Abu Talib.

Hasil belajar sambil bekerja selama 10-12 tahun dalam syarikat Abu Talib itu, NM Muhammad berjaya memulakan bisnesnya sebagai pedagang yang prestasinya tinggi sehingga Pemodal Khadijah sangat gembira dengan agennya itu lalu memberikan komisen paling tinggi kepada beliau berbanding dengan komisen yang diberikan kepada agen-agennya yang lain.

Ilmu dan kemahiran berdagang NM itu diperoleh selama 10-12 belajar secara praktikal daripada mentornya, Abu Talib.

Prinsip di sebalik model NM ini adalah, ilmu-ilmu dalam sesuatu bidang bisnes itu amat banyak, maka tempoh minimum 10-12 tahun itu diperlukan bagi pendedahan dan memperoleh ilmu yang secukupnya sebelum memulakan bisnes sendiri.

Ambil kes contoh di mana anak kita mahu membuka restoran nasi kandar. Berikut adalah perkara-perkara yang mesti dipelajarinya selama dia berkuli di sebuah restoran nasi kandar yang amat popular:

(1) Profail dan tingkah laku pengunjung yang datang makan nasi kandar.

(2) Di mana dan siapa-siapa para pembekal bahan mentah, dan apa sistem pembekalan dan bayaran yang digunakan.

(3) Berapa kos sewa dan renovasi membuka restoran.

(4) Di mana dan siapa para pembekal peralatan-peralatan restoran.

(5) Berapa jumlah kakitangan yang mesti ada dan gaji mereka serta lain-lain kemudahan yang mesti disediakan, dan berapa kosnya.

(6) Bagaimana cara mendapatkan dan mengurus pekerja, terutama bagi jawatan tukang masak.

(7) Apa perangai dan tingkah laku pekerja restoran yang lazimnya menjadi masalah.

(8) Resipi dan penyediaan menu.

(9) Apa undang-undang yang peraturan birokrasi yang mesti dipatuhi bagi menjalankan bisnes restoran.

Waktu yang lama (10-12 tahun) diperlukan bagi mendapatkan semua maklumat dan kepercayaan pembekal-pembekal yang sekarang membekalkan bahan-bahan mentah kepada restoran tempat berkuli.

Para pembekal itu sanggup membekalkan bahan-bahan mentah kepada restoran anak kita dengan sistem kredit hanya apabila mereka benar-benar dapat mempercayai karektor anak kita. Kepercayaan mengambil masa yang lama.

Pelanggan-pelanggan restoran tempat anak kita berkuli akan sanggup mencuba makan di restoran anak kita hanya apabila mereka sudah lama mengenali anak kita, dan mereka sudah yakin dengan kualiti makanan dan perkhidmatan yang mampu disediakan oleh anak kita di restoran barunya nanti. Keyakinan mengambil masa yang lama.

Itulah sebabnya, anak kita jangan bertukar-tukar tempat kerja sebab sifat itu menyebabkan orang-orang yang mengenalinya hilang kepercayaan kepadanya.

Jika anak kita bukan pekerja yang taat dan setia kepada majikannya, bagaimanakah pula dia akan menjadi bisnesman yang taat dan setia kepada para pembekal dan kepada para pelanggannya...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 14, 2007

Bagaimana Muhammad bin Abdullah Belajar Menjadi Peniaga (3)

Langkah 3: NM memilih mentor yang baik sebagai guru dan tempat belajar berniaga.

Prinsip: Serahkan anak kita belajar berniaga kepada peniaga yang berjaya.

NM hendak menjadi pedagang, maka beliau memilih mentornya seorang pedagang juga. Mentor pertama NM adalah walinya, yakni bapa saudaranya sendiri, disebabkan ayah beliau meningal sebelum beliau dilahirkan.

Justeru, berdasarkan model NM itu, semasa anak kita masih muda, serahkan kepada anggota keluarga sendiri yang sudah menceburkan diri dalam dunia bisnes.

Selepas anak kita mempunyai ijazah, galakkan anak kita bekerja dalam syarikat yang bergiat dalam bidang yang diminati oleh anak kita.

Jangan salah pilih syarikat-mentor bagi anak kita. Jika anak kita berminat membuka restoran indie, jangan suruh dia bekerja di syarikat restoran rangkaian francais makanan segera dari Amerika. Walaupun kedua-duanya adalah restoran tetapi seni perniagaannya amat berbeza.

Apabila memilih mentor untuk anak kita belajar berniaga, ikut model mentor-mentee yang dilakukan oleh NM.

NM datang daripada keluarga pedagang yang ternama di bandar Mekah. Tiga (3) orang ayah saudaranya adalah pedagang jutawan, yakni Abu Jahal, Abu lahab dan Abu Talib. NM memilih Abu Talib, seorang pedagang yang berjaya, kaya raya dan terkenal sebagai seorang yang jujur dengan kata-kata dan tingkah lakunya.

Jangan hantar anak kita bekerja dengan syarikat tokoh usahawan yang kaya raya tetapi beliau mengamalkan rasuah, menjadi kroni dan muka depan Cina, bergantung kepada orang politik, alibaba, dan lain-lain perbuatan yang salah dalam urusan bisnesnya.

Kata pepatah Inggeris 'monkey see, monkey do'. Apabila anak kita belajar dan bekerja di bawah mentor yang mengamalkan rasuah, menjadi kroni dan muka depan Cina, bergantung kepada orang politik, dan terbukti dengan cara-cara salah itu si tokoh berjaya mendapat kontrak kerajaan yang bernilai berjuta-juta, nanti anak kita belajar menjalankan bisnesnya dengan cara-cara salah yang diajarkan oleh mentornya itu.

Ikut bagaimana NM memilih mentornya, Trader Abu Talib, seorang yang mempunyai integriti dan etika bisnes yang tiada cacat-celanya. Dengan cara itu NM belajar daripada mentornya cara-cara berdagang dengan mengamalkan etika bisnes yang betul.

NM belajar berniaga daripada 'individu'. Ini amat penting, sebab individu itu yang akan mengajar anak kita ilmu berniaga. Ini bermakna, galakan anak kita bekerja dengan syarikat kecil, bukan korporat besar.

Dalam syarikat kecil anak kita berpeluang mengenali mentornya dengan rapat. Dalam korporat besar, anak kita hanyalah sebiji skru kecil dalam mesin raksasa. Dia tidak belajar menjadi usahawan, sebab budaya kerja korporat bukan budaya entrepreneurship, yakni bukan budaya kerja keusahawanan.

Tetapi mentaliti kelas menengah Melayu mahukan anak-anak mereka bekerja dalam korporat-korporat besar, atas alasan dengan bekerja dalam korporat multinasional dan GLC gergasi barulah anak kita ada status, baru ada banyak perks. Lagipun, kata mereka, dengan bekerja dalam korporat besar, nanti anak-anak mereka pandai menguruskan korporat besar milik mereka sendiri.

Korporat multinasional dan GLC gergasi tidak mengajarkan ilmu-ilmu dan kemahiran entrepreneurship. Justeru kita dapat melihat bagaimana banyaknya eksekutif pengurusan multinasional dan GLC gergasi yang berhenti kerja dan masuk bisnes, kemudian gagal.

Meskipun mereka berkelulusan tinggi, meskipun mereka dinaungi oleh pucuk pimpinan negara, meskipun mereka menerima projek yang bernilai berbilion-bilion dalam dulang emas daripada kerajaan... terbukti akhirnya mereka gagal.

Mereka adalah kelas usahawan Melayu Baru yang tidak dilahirkan dengan cara-cara yang betul. Mereka adalah contoh skim kegagalan kita yang paling klasik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, March 13, 2007

Bagaimana Muhammad bin Abdullah Belajar Menjadi Peniaga (1)

Buku Tsun Tze tidak boleh dijadikan kitab panduan apabila kita hendak melahirkan individu-individu peniaga yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Sebaliknya, bacaan wajib kita adalah biografi Muhammad bin Abdullah.

Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada kita model terbaik bagi (a) memulakan bisnes dan (b) melahirkan kelas usahawan pada peringkat nasional.

Berikut adalah langkah-demi-langkah bagaimana NM menunjukkan dengan cara social modelling cara memulakan bisnes dan strategi membangunkan kelas usahawan.

Langkah 1: NM mula belajar berdagang sejak usia 12 tahun.

Prinsip: Ajar anak-anak kita supaya belajar berniaga sejak kecil, jangan tunggu sudah lulus universiti, sudah menganggur, baru disuruh belajar berniaga.

Penerangan: Berniaga adalah suatu vokasi. Berniaga bukan opsyen jalan menyelesaikan masalah graduan menganggur, masalah tidak ada peluang pekerjaan, barulah hendak menceburi bidang perniagaan.

Apabila Menteri Pendidikan Tinggi (MPT) memilih graduan-graduan menganggur bagi memasuki dunia perniagaan, kita mencipta skim kegagalan. Dunia perniagaan adalah paling 'demanding', tetapi MPT memilih calon-calon ushawan daripada kalangan mereka yang paling lemah!

Cara kita menguruskan sumber mental dan bakat bangsa Melayu adalah salah. Jabatan Perkhimatan Awam (JPA) memilih budak-budak 'yang paling pandai' (the brightest) supaya awal-awal lagi diikat dengan biasiswa, supaya mereka makan gaji dengan kerajaan.

Yang rendah sedikit brightness-nya, diserahkan kepada organisasi GLC, supaya diberi biasiswa dan makan gaji dengan GLC-GLC itu. Yang lebih kecil kurang brightnessnya barulah dibiarkan pandai-pandai mencari kerja sendiri.

Yang paling corot (cari kerja pun gagal) barulah diambil dan dijadikan calon usahawan, sedangkan golongan usahawan adalah mereka yang diharapkan dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan bagi budak-budak yang cuma 'bright' selagi dia masih duduk dalam dewan-dewan peperiksaan.

Pendidikan vokasi, seperti berniaga dan lain-lain bidang, perlu dimulakan pada usia 12 tahun. Ini bermakna, dalam sistem pendidikan nasional, mata pelajaran pelbagai vokasi diperkenalkan sejak tingkatan 1 sekolah menengah.

Banyak orang tidak jelas perbezaan antara (a) kemahiran berniaga, dengan (b) kemahiran mengurus perniagaan. Kedua-dua kemahiran ini amat berbeza dan perlu diajarkan secara yang berbeza pula.

Orang yang lulus cemerlang dalam pelbagai subjek bidang pengurusan perniagaan belum tentu pandai berniaga. Sebaliknya juga serupa, orang yang pandai berniaga tidak semestinya mempunyai kelulusan formal dalam bidang pengurusan perniagaan.

Ambil sebagai contoh, salah satu kemahiran yang wajib diajarkan kepada calon usahawan adalah kemahiran mencipta peluang-peluang perniagaan. Ini adalah kemahiran berfikir yang proaktif dan kreatif.

MARA dan PUNB mengajarkan topik 'merebut' peluang perniagaan, itu sebab lulusan kursus MARA dan PUNB pandai 'berebut-rebut' peluang perniagaan kontrak dan tender kerajaan sesama Bumiputera.

Mentaliti peniaga yang hanya pandai 'merebut' peluang orang lain adalah amat merugikan semua pihak, dan ia membahayakan survival syarikat dalam dunia yang serba kompetatif ini.

Pada masa ini kontrak-kontrak kerajaan diberikan kepada individu-individu yang cuma 'pandai merebut peluang' dan bodoh berniaga, inilah punca kita sudah 50 tahun merdeka tetapi masih tidak habis-habis dengan isu 'ketirisan' dan alibaba.

Latihan berfikir bagi tujuan 'mencipta' peluang-peluang pekerjaan sudah boleh diajarkan kepada remaja.

Ingat latihan bertajuk ANJING JAGA BISU? Jika saudara terbeli seekor anjing jaga bisu, bagaimanakah saudara dapat mencipta 20 peluang perniagaan dengan menggunakan anjing bisu itu?

Inilah jenis-jenis latihan berfikir mencipta peluang-peluang perniagaan yang sudah dapat mula dilatihtubikan dalam mata pelajaran kemahiran berniaga bagi pelajar tingkatan 1 sekolah menengah.

Sebagaimana Menteri Pelajaran kita mempunyai iltizam tinggi mahu melahirkan ahli-ahli sukan dengan membuka sekolah sukan, sudah sampai masanya menteri itu mempunyai iltizam yang sama tinggi mahu melahirkan kelas usahawan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 12, 2007

Lagi-lagi Tsun Tze lawan Muhammad bin Abdullah

Dalam bukunya 'Seni Perang' Tsun Tze mengajarkan bahawa langkah pertama dalam peperangan adalah 'kenali benar-benar siapa musuh saudara, pelajari di mana kekuatan dan kelemahannya'.

Di manakah salahnya, dan apakah bahayanya, apabila kita menggunakan ajaran Tsun Tze ini dalam perniagaan?

Mengenali siapa musuh saudara sama sekali bukan jaminan syarikat saudara boleh membesar.

Katakanlah saudara hendak menjual kopi instan dengan brand 'Kangcafe', lalu saudara pun menjalankan kajian bagi memahami di mana kekuatan dan kelamahan musuh-musuh kopi saudara yang bernama Nescafe dan Alicafe. Pengetahuan itu tidak menjamin Kangcafe dapat bersaing dengan Alicafe, itu belum lagi disebut bagaimana saudara hendak mengalahkan Nescafe.

Apabila fokus otak kita adalah bagaimana hendak mengalahkan 'musuh-musuh' kita, ini boleh menyebabkan kita lupa mempelajari siapa 'pelanggan' kita.

Nabi Muhammad berniaga dengan memberikan fokus kepada pelanggan, bukannya kepada 'musuh', yakni pesaing.

Justeru banyak ajaran NM menerangkan dengan amat terperinci dan tepat jenis-jenis jual-beli yang tidak sah dan 'haram' hukumnya disebabkan proses jual-beli itu dijalankan dengan cara-cara yang menganiayai pelanggan.

Berniaga cara NM adalah berniaga dengan mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan pelanggan, bukan berniaga dengan memerangi pesaing-pesaing kita. Apabila pelanggan puas hati, duit datang sendiri....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Lagi Tentang Tsun Tze: Proses Apprenticeship Muhammad bin Abdullah

Guru-guru pengurusan perniagaan di Amerika menggesa orang bisnes membaca kitab Tsun Tze "Seni Berperang" dengan alasan persaingan dalam dunia bisnes adalah semacam perang juga, dan perang bisnes serupa dengan perang bersenjata. Justeru guru-guru itu yakin, strategi dan taktik perang senjata patut digunakan dalam perang bisnes.

Nabi Muhammad SAW (NM) mula belajar ilmu perdagangan (trading) sebagai perantis pada usia 12 tahun sehingga usia beliau sekitar 22-24 tahun, yakni beliau menjadi perantis selama sekitar 10-12 tahun.

Selepas tempoh perantisan itu barulah beliau menjadi trader sendiri, yakni tidak lagi menjadi perantis di bawah asuhan mentor beliau, Abu Talib. Sebaliknya beliau mengambil barang secara consignment dan dengan tanpa-cagaran, daripada pembekal, yakni Pemodal Khadijah.

Sepanjang tempoh beliau menjadi perantis, NM tidak diajar oleh mentornya ilmu seni perang dan bagaimana menggunakan seni perang dalam aktiviti perniagaan.

Apabila semua barangan yang dibawa NM sudah habis terjual, beliau segera pulang ke Mekah. Sampai sahaja di Mekah beliau terus pergi ke 'pejabat' kreditor-pembekalnya, dan melaporkan hasil perdagangannya dengan tepat.

Berdasarkan laporan tepat itu kreditor-pembekalnya menentukan jumlah profit-sharing yang layak diperkongsikan antara kedua belah pihak.

Jadi, kita lihat bagaimana NM tidak 'withhold' langsung duit keuntungan yang diperolehinya itu, sebaliknya duit itu terus diserahkan kepada kreditor-pembekalnya.

Bandingkan teknik bagaimana NM berniaga dengan tip-tip bisnes yang diajarkan oleh penceramah kursus usahawan hari ini.

Penceramah-penceramah itu mengajar calon-calon usahawan supaya "kutip hutang dari agen cepat-cepat, tetapi bayar hutang pembekal biar lambat-lambat...

Alasannya, buat apa bayar hutang pembekal cepat-cepat? Gunakan duit orang itu buat besarkan modal bisnes, pusingkan duit itu, sudah maksimum, baru serahkan duit itu bagi membayar hutang pembekal.

Kata penceramah-penceramah itu, kalau berniaga dengan menggunakan duit bank, kita kena bayar faedah bank, kalau kita menggunakan duit hutang pembekal, kita tidak kena apa-apa faedah. Makin lama kita dapat menangguhkan tempoh membayar hutang pembekal, makin kita pandai berniaga!

Begitulah bunyi antara tip-tip yang diajarkan kepada calon-calon usahawan yang datang berkursus. Jadi kita lihat, banyaknya kontraktor Bumiputera, apabila mereka dapat cek bayaran dari kerajaan, mereka tidak terus bayar hutang Cina-Cina yang menjadi pembekal bahan-bahan binaannya. Kononnya mereka hendak 'pusing' duit itu dulu....

Tetapi Nabi Muhammad lain. Selesai berdagang, beliau terus balik ke Mekah dan menyerahkan duit modal yang diambil daripada kreditor-pembekalnya. Satu malam pun duit itu tidak disimpannya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Di Medan Perniagaan: Tsun Tze lawan Muhammad bin Abdullah

Apabila diapi-apikan oleh Tuan Dr. Kang supaya saya sambung menulis tentang ilmu perniagaan Nabi Muhammad SAW (NM), maka inilah saya tuliskan lagi...

NM Muhammad belajar ilmu perdagangan (trading) daripada ayah saudaranya sendiri, seorang pedagang profesional yang berjaya dan kayaraya.

Prinsip di sebaik sunah di sini adalah:

Sumber paling utama ilmu perdagangan itu adalah daripada anggota kerabat keluarga sendiri. Kalau bapa, dia menurunkannya kepada anak-anaknya. Kalau anak yatim (seperti NM) maka walinya (Abu Talib sebagai bapa saudara) mesti menurunkan ilmu bisnesnya kepada anak saudaranya (NM).

Sebagai contoh, di PTS, ibu (sebab, kebetulan si ibu yang menjadi orang bisnes) menurunkan ilmu perniagaannya kepada anaknya.

Justeru, dalam setiap keluarga orang Melayu-Islam, musti ada tokoh perniagaan, yang dapat menjadi mentor dan guru kepada sanak saudara dan kerabatnya yang mahu menjadi usahawan.

Ini bermakna, apabila MARA ataupun MPT mahu memilih calon usahawan, salah satu ciri profail yang dikenalpasti adalah apakah calon itu datang daripada keluarga usahawan.

Pada masa ini, MARA dan MPT memberi keutamaan kepada siswazah penganggur! (Mencari pekerjaan bagi dirinya sendiri pun dia tidak pandai, bagaimanakah nanti dia mahu memberi pekerjaan dan membayar gaji pekerja!)

Apabila calon-calon yang terdiri daripada anggota keluarga orang bisnes itu didukung oleh MARA dan skim-skim pembangunan usahawan lain, probabiliti mereka berjaya adalah lebih tinggi. Mereka ini nanti dapat memberi pekerjaan kepada para penganggur itu.

Pada masa ini, modal wang yang diberikan oleh MARA dan lain-lain agensi kerajaan kepada para penganggur itu hampir 100% hangus begitu sahaja.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, February 05, 2006

Penerbit Kecil Lawan Penerbit Besar: Strategi Surah Yusuf

Adakah saudara bercita-cita menjadi penerbit buku?Salah satu tingkah laku orang yang baru hendak belajar menjadi penerbit adalah menerbitkan jenis buku-buku yang sedang popular dalam pasaran. Sebagai contoh, disebabkan pasaran novel-novel cinta sedang berkembang pesat, maka banyak penerbit baru muncul ikut menceburi sektor novel cinta.

Sebelum saudara mula membelanjakan wang modal perniagaan saudara itu, cuba fikirkan sektor pasaran mana saudara patut ceburi.

Ada 3 jenis pasaran. Satu pasaran matang (developed market), pasaran baru muncul (emerging market) dan satu lagi pasaran belum dibangunkan (underdeveloped market).

Pasaran matang adalah pasaran yang sudah ada 2 ataupun 3 “budak-budak besar” yang mendominasinya. Sektor novel cinta adalah pasaran matang kerana ada 2 budak besar di dalamnya iaitu Alaf21 dan Creative.

Apabila saudara masuk ke dalam pasaran yang sudah matang, ada beberapa kelebihannya. Orang sudah kenal novel cinta. Peminatnya sudah ramai. Saudara tidak perlu membelanjakan wang bagi membuka dan membangunkan pasaran bagi novel-novel cinta yang saudara terbitkan. Saudara hanya perlu mendapatkan manuskrip daripada pengarang yang namanya sudah terkenal dan peminatnya sudah ramai.

NB Kara milik Norhayati Berahim, Media Intens milik Fauziah Ashari, KarnaDya milik Aina Emir dan KakiNovel memasuki pasaran matang. Kecual KakiNovel, Norhayati, Fauziah dan Aina dapat masuk disebabkan mereka juga pengarang bernama besar dan mereka menerbitkan karya mereka sendiri.

Contoh sektor pasaran baru muncul adalah sektor buku-buku bisnes. Setiap bulan, di dalam kedai-kedai buku sudah terdapat tajuk-tajuk baru buku bisnes. Tetapi, belum ada budak-budak besar yang mendomnasi sektor buku bisnes.

Apabila saudara masuk pasaran baru muncul, saudara tidak dapat mencetak banyak naskhah kerana peminat buku-buku bisnes belum cukup banyak. Bagi setiap judul saudara hanya dapat menjual antara 1000 sehingga 2000 naskhah sahaja. Oleh sebab itu bisnes saudara tidak dapat hidup kalau saudara hanya menerbitkan 1 ataupun 2 judul sebulan. Jumlah pengarang dalam sektor buku bisnes amat kecil sehingga saudara takkan dapat menerbitkan 10 judul sebulan.

Sektor ketiga adalah pasaran yang belum dibangunkan. (Pada suatu masa dahulu sektor novel cinta remaja belum muncul, sehinggalah muncul Alaf21 membangunkannya.) Contoh sektor ini adalah buku-buku novel grafik. Apabila saudara hendak masuk dan membangunkan sektor novel grafik, saudara ibarat hendak membuka negeri di tengah-tengah hutan tebal.

Jadi, sekarang, saudara memilih sektor mana? Logik orang yang baru belajar berniaga akan mengatakan masuklah sektor yang sudah matang. Ini yang dilakukan oleh NB Kara, Media Intens, KarnaDya dan KakiNovel.

Apabila saudara memasuki sektor matang bermakna saudara mesti berdepan dengan budak-budak besar. Budak-budak besar mempunyai kuasa besar dalam pasaran. Mereka mempunyai keupayaan menekan para pengedar dan kedai-kedai buku supaya jangan mengedar ataupun menjual buku saudara. Budak-budak besar berupaya membunuh pendatang baru dengan mudah sekali.

Inilah yang berlaku kepada ZamZam Cola. Ia masuk ke dalam pasaran matang yang berpuluh tahun didominasi oleh C-Cola dan P-Cola. Akibatnya tidak ada pengedar ataupun supermarket yang mahu 'carry' ZamZam Cola dan menghadapi risiko merosakkan bisnes mereka yang sedia ada dengan budak-budak besar itu.

Katakanlah saudara hendak membuka kilang minuman cola, secara teorinya budak-budak besar dapat melakukan bermacam-macam tekanan bagi memastikan kilang saudara tidak dapat beroperasi.

Bagi mengeluarkan produk cola, saudara perlu mengimpot bahan cola. Budak-budak besar boleh menggertak agen pengimpot cola supaya jangan mengimpot untuk saudara. Lagipun, saudara hendak mengimpot berapa ratus tong cola setiap bulan? Berapa puluh ribu tong cola agen itu impot untuk budak-budak besar itu?

Saudara memerlukan botol dan tin, mereka boleh gertak kilang pembuat botol dan tin supaya jangan menjual kepada saudara. Saudara membeli berapa unit botol ataupun tin sebulan? Budak-budak besar itu membeli berapa juta unit setahun?

Saudara perlukan pengedar yang supply supermarket di seluruh negara. Budak-budak besar itu boleh menggertak pengedar-pengedar itu supaya jangan carry produk saudara.

Jika saudara penerbit baru, berapa judul saudara ada? Penerbit yang besar ada berapa judul? Bisnes siapa yang lebih penting dijaga oleh pengedar dan pekedai?

Apabila saudara hendak masuk juga ke dalam sektor yang sudah ada budak-budak besarnya, jangan masuk ikut pintu budak-budak besar itu. Masuk ikut pintu lain.

Ikut strategi 'flanking' yang digunakan oleh Yeo's. Yeo's masuk dengan menawarkan minuman tanpa gas daripada bahan-bahan lokal seperti tebu, teh bunga, kacang soya, cincau dan lain-lain. Minuman lokal dapat dijual menggunakan kotak tetra-pack, bukan botol ataupun tin. C-Cola dan P-Cola tidak menyangka Yeo's mempunyai strategi jangka masa panjang mahu menjadi budak besar ketiga dalam pasaran minuman ringan.

Sesudah bisnes tetra-pack Yeo's hampir sama besarnya dengan bisnes budak-budak besar itu barulah Yeo's mula masuk pasaran minuman dalam botol dan tin.

Apabila saudara hendak masuk ke dalam sektor matang seperti sektor novel cinta, jangan masuk ikut pintu novel cinta. Masuklah ikut pintu buku-buku kategori lain sama sekali. Apabila saudara sudah besar dalam sektor baru itu, barulah saudara memasuki sektor novel cinta.

Dalam surah Yusuf, apabila abang-abang Nabi Yusuf hendak bertolak ke Mesir bagi membeli gandum, ayah mereka, Nabi Yaakub berpesan, "Wahai anak-anakku, jangan kamu masuk ikut satu pintu sahaja. Masuklah ikut pintu-pintu lain."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages