Sunday, April 08, 2007

Buku Agama Tidak Berani Dibaca di Rumah

Seorang pelajar Cina di sekolah menengah berminat hendak tahu lebih banyak tentang agama Islam. Dia membaca mana-mana buku yang ada di perpustakaan sekolahnya.

Selepas membaca buku-buku itu dia meletakkannya semula di rak sebab tidak berani hendak meminjam dan membacanya di rumah.

Pelajar Cina itu tidak mahu ibu bapanya tahu dia membaca buku-buku agama Islam sebab kulit buku-buku itu terlalu 'Islam' sehingga ibu bapanya mudah boleh tahu buku apa yang dibacanya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Uslub Buku-buku Agama Konvensional

Bahasa buku-buku agama konvensional sukar dibaca disebabkan gaya bahasanya bercampur baur dengan 3 uslub asing:

(1) Uslub bahasa Arab klasik

Unsur bahasa Arab klasik ini datang daripada sumber kitab asal yang diterjemahkan, yakni kitab-kitab hasil tulisan cendekiawan Islam yang hidup beratus-ratus tahun dahulu. Bahasa kitab-kitab itu sudah berusia ratusan tahun, apabila diterjemahkan, gaya bahasa klasik itu dikekalkan pula, tidak digantikan dengan gaya bahasa kontemporari.

(2) Uslub Bahasa Melayu klasik

Banyak terjemahan kitab-kitab klasik yang ada dalam pasaran hari ini sebenarnya sudah diterjemahkan berpuluh-puluh tahun dahulu, oleh itu Bahasa Melayu zaman itu sudah menjadi klasik pada hari ini. Kitab-kitab itu terus diulangcetak. Tidak ada usaha bagi memodenkan bahasa dalam kitab-kitab itu.

(3) Uslub Bahasa Indonesia klasik dan moden


Majoriti kitab-kitab besar karya cendekiawan Arab zaman dahulu yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu adalah hasil kerja-kerja terjemahan cendekiawan Indonesia. Kita mesti akui bahawa ulamak Indonesia amat produktif, baik daripada sudut aktiviti menterjemah mahupun menulis karya original. Karya-karya terjemahan dan original ulamak Indonesia itu banyak disalin dan dicuri oleh penulis-penulis dan penerbit-penerbit buku agama kita di negara ini.

Tiga unsur bahasa klasik di atas mesti digantikan dengan gaya Bahasa Melayu moden uslub 2007, barulah kita dapat menyampaikan mesej Islam menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca beginner.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 06, 2007

Menulis Cerita Sebagai Strategi dan Alat Menyampaikan Mesej Islam

Sekali lagi kita mengajak tuan-tuan dan puan-puan yang memiliki bakat sastera supaya menulis buku-buku cerita agama.

Barangkali orang sastera berpendapat menulis cerita agama bukan kerja sasterawan, sebaliknya kerja ustaz-ustaz.

Barangkali orang sastera beranggapan cerita-cerita agama bukan materi sastera.

Jika orang sastera mahu menjadikan sastera wadah dakwah, cerita-cerita agama yang bersumberkan Quran dan Sunnah adalah sebaik-baik alat bagi menyampaikan dakwah, bukan cerita-cerita rekaan manusia biasa.

Dalam Quran itu Allah sudah membekalkan kepada kita materi cerita-cerita yang dapat menyampaikan mesej Islam.

Nabi Muhammad sendiri menyampaikan mesej Islam menggunakan cerita-cerita berdasarkan materi dalam Quran, dan cerita-cerita yang beliau terima melalui wahyu. Justeru kita menerima banyak cerita melalui Hadith beliau.

Justeru, menyampaikan mesej Islam dengan cara menggunakan cerita adalah sunah Quran dan sunah Nabi Muhammad SAW.

Allah jualah yang lebih mengetahui.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 05, 2007

Hipotesis Mengapa Bahasa Ustaz Berbelit-belit

Di manakah susahnya menulis buku-buku ABC-agama, maka ustaz-ustaz yang mempunyai banyak ilmu tidak pandai menuliskan buku-buku itu menggunakan Bahasa Melayu uslub 2007?

Ada dua faktor yang mungkin menyebabkan bahasa ustaz-ustaz kita berbelit-belit.

(a) Tradisi belajar dengan cara menghafal

Disebabkan salah satu kepintaran yang amat dipentingkan bagi lulus ijazah dari fakulti Islam adalah kepintaran menghafal, maka apabila ustaz-ustaz itu menulis, mereka sebenarnya mengeluarkan semua perkataan, frasa dan ayat-ayat yang sudah mereka hafal daripada kitab-kitab lain.

(b) Tidak membaca buku-buku selain buku agama

Ustaz-ustaz itu mungkin tidak banyak membaca buku-buku Melayu yang ditulis menggunakan Bahasa Melayu moden, dan ini menyebabkan dalam kotak memori ustaz-ustaz itu tidak banyak tersimpan ayat-ayat Bahasa Melayu moden.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 04, 2007

Buku Panduan Cara Sembahyang untuk Pembaca Beginner

Malam Jumaat lalu, sebagaimana biasa, sekali sebulan, Ustaz Junaidi datang mengajar agama di surau kampus PTS di Janda Baik.

Beliau menerangkan cara sembahyang bagi individu-individu yang belum pandai sembahyang tapi sudah ingin bersembahyang.

Banyak orang Islam tidak pandai bersembahyang, barangkali disebabkan mereka baru sahaja masuk Islam, ataupun mereka itu Islam keturunan, oleh itu sejak kecil mereka tidak pernah diajar sembahyang.

Banyak orang Islam keturunan tidak pandai sembahyang, ini bukan perkara luar biasa. Sebagai contoh, banyak orang Asli, Iban, Kadazan dan lain-lain kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak, masuk Islam suami isteri.

Jadi anak-anak mereka tidak pandai sembahyang, sebab walaupun ibu bapa mereka sudah Islam, tetapi mereka pun tidak pandai bersembahyang, jadi mereka tidak mengajar anak-anak mereka bersembahyang.

Bagi orang-orang yang tidak pandai bersembahyang macam cara ustaz-ustaz bersembahyang, cara sembahyang bagi mereka amat berbeza daripada cara sembahyang ustaz-ustaz.

Jika saudara tidak pandai membaca ayat-ayat al-Fatihah dan bacaan-bacaan lain, saudara boleh bersembahyang dengan membaca "Allahu Akbar" sahaja, ataupun "Lailaha il Allah" sahaja, ataupun perkataan-perkatan lain (disebut 'wirid') seperti itu yang saudara pandai menyebutnya.

Kalau saudara memang tidak tahu wirid lain, kecuali "Allahu Akbar", baca itu sahaja pun cukup bagi menggantikan bacaan ayat-ayat al-Fatihah. Sembahyang saudara dikira sah.

Berapa kali saudara perlu ulangi bacaan "Allahu Akbar" itu? Ulanglah supaya lebih kurang sama panjang dengan tempoh orang membaca ayat-ayat al-Fatihah. Barangkali 20 kali sudah cukup.

Baca "Allahu Akbar" bagi semua bacaan lain sepanjang sembahyang. Sembahyang saudara adalah sah, sebab saudara memang belum pandai membaca bacaan-bacaan lain.

Jadi, sembahyang adalah amat mudah. Jangan tangguhkan hendak bersembahyang atas alasan saudara hendak belajar membaca ayat-ayat Arab yang selalu dibaca orang dalam sembhayang.

Sembahyanglah dengan membaca "Allahu Akbar" sahaja. Sambil-sambil itu, belajar membaca ayat-ayat al-Fatihah, sedikit demi sedikit, sampai saudara akhirnya pandai.

Apabila saudara sudah pandai membaca ayat-ayat al-Fatihah, barulah baca al-Fatihah dalam sembahyang, sebab bacaan itu wajib bagi orang yang pandai membacanya. Kalau belum pandai, belajar sampai pandai.

Bacaan-bacaan lain yang biasa dibaca orang dalam sembahyang adalah serupa juga, yakni saudara boleh pelajari sedikit-demi-sedikit.

Bagi orang yang baru hendak belajar sembahyang, bacaan boleh diganti dengan bacaan ringkas seperti "Allahu Akbar", tetapi gerak-gerak dalam sembahyang mesti dibuat.

Apabila saudara bersembahyang, yang mesti saudara lakukan adalah gerak-gerak dalam sembahyang, iaitu berdiri tegak sambil menghadap arah matahari terbenam, membungkuk, sujud dan duduk. Ia amat mudah dipelajari.

Banyak orang ingin bersembahyang, tetapi disebabkan mereka tidak pandai membaca doa-doa yang biasanya dibaca oleh ustaz-ustaz dalam sembahyang, maka mereka tidak mula bersembahyang. Ini amat merugikan.

Disebabkan saudara adalah orang Islam, saudara mesti bersembahyang supaya saudara mendapat pahala yang banyak, jiwa saudara tenang, dan dapat masuk syurga.

Walaupun membaca ayat-ayat al-Fatihah adalah wajib dibaca, tetapi jika saudara memang belum pandai membacanya, ia tidak wajib dibaca. Saudara bacalah apa-apa ayat ataupun perkataan yang saudara pandai menyebutnya seperti "Allahu Akbar".

Tuhanlah yang lebih mengetahui.

Nota: Beginilah contoh menulis buku agama menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja asalkan dia tahu Bahasa Melayu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 02, 2007

Iklan! PTS ISLAMIKA Mencari Pahlawan Bahasa bagi Projek Koleksi Karya Klasik Cendekiawan Islam

PTS Islamika mempunyai program menerbitkan semula koleksi karya-karya agung hasil pengarang-pengarang terkenal seperti Imam Nawawi, Imam Muslim, Imam Bukhari, Imam Qayim, Imam Ghazali, Imam Shafie dan lain-lain.

Karya-karya pengarang besar itu akan diterbitkan selepas ditulis semula menggunakan Bahasa Melayu uslub 2007.

Kita sedang mencari lebih ramai Pahlawan Bahasa yang berminat ikut serta dalam program ini. Bengkel khas akan diadakan bagi melatih saudara.

Daftar di sini.

Tulis emel dan no hp saudara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(23) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis dan Keperluan Ego Penulis

Teori ego mengatakan semua orang mempunyai keperluan ego. Salah satu jenis keperluan ego adalah mahukan orang tahu bahawa kita ini orang pandai dan mempunyai banyak pengetahuan, lebih banyak daripada orang lain.

Keperluan ego mahu-tunjuk-pandai ini mudah tercurah ke dalam ayat-ayat yang kita tuliskan dalam buku.

Sebagai contoh, kita menggunakan banyak perkataan Inggeris bagi menunjukkan kita pandai bahasa Inggeris. Ataupun kita menggunakan banyak istilah Arab bagi menunjukkan kita mempunyai banyak pengetahuan agama Islam.

Apabila hendak menulis buku-buku bagi bacaan pembaca beginner, lupakan keperluan ego kita. Bayangkan diri kita 'bodoh-Arab' dan 'bodoh-agama'.

Tulislah buku bagi diri kita yang bodoh-Arab dan bodoh-agama. Kalau kita faham buku seperti itu, ada harapan pembaca beginner pun faham.

Tetapi hendak membayangkan diri kita bodoh, sedangkan kita sebenarnya pandai, ermm.... itu kerja susah! Perlu datang bengkel bertajuk "Ilmu Menyampaikan Ilmu".



Dua buah buku ini adalah contoh buku yang memperkenalkan karya klasik karangan Imam Nawawi kepada pembaca yang baru hendak belajar membaca buku-buku agama dalam koleksi karya agung cendekiawan Islam.

Jika saudara belum masuk Islam sekalipun, saudara faham apa yang tertulis dalam buku-buku ini.

Remaja pun dapat memahami makna ayat-ayat dalam buku ini.

Saudara tidak perlu menjadi orang Islam, ataupun menjadi ustaz lebih dahulu, sebelum dapat menimba ilmu daripada karya pengarang-pengarang terkenal seperti Imam Nawawi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 01, 2007

Mana Buku Outreach Agama Islam untuk Pembaca Beginner

Encik Tan kini berusia 24 tahun. Beliau jatuh hati kepada Cik Rosni, gadis Melayu yang sama bertugas di tempat kerjanya.

Sebaik-baik beliau berasa macam tertarik benar kepada Cik Rosni beliau mula terfikir-fikir beliau terpaksa masuk Islam dahulu kalau mahu mengambil Cik Rosni menjadi isterinya.

Jadi diam-diam beliau pun pergi ke kedai buku MPH hendak mencari buku yang menerangkan sedikit sebanyak tentang apa sebenarnya ajaran dalam agama itu. Beliau juga hendak tahu apa ritual orang 'masuk Islam'.

Beliau pun pergi ke rak-rak di mana buku Islam dipamerkan. Selepas membuka-buka buku yang ada di situ, beliau tidak jadi membeli walaupun 1 biji buku, sebab beliau tidak faham apa yang ditulis kerana bahasanya 'pelik'.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 31, 2007

Risiko Sosial Membaca Buku Agama di Khalayak

Amat sukar kita hendak nampak orang membaca buku agama di khalayak, seperti dalam kapal terbang, di stesen kereta api, dalam LRT dan lain-lain. Buku agama dibaca di tempat tersorok seperti dalam rumah ataupun dalam bilik pejabat.

Salah satu faktor orang menyorok-nyorok membaca buku agama adalah disebabkan kulit buku agama yang menggunakan simbol-simbol agama dengan terlalu amat terang dan jelas, seperti kubah masjid, unta, daun budi Islamik dan lain-lain lagi.

Warna-warna yang digunakan bagi kulit buku-buku agama juga terlalu terang benderang dan berkilau-kilau.

Satu lagi faktor adalah perkataan-perkataan yang dijadikan judul buku-buku agama yang banyak diambil daripada perkataan Arab.

Orang tidak mahu membaca buku-buku agama di khalayak kerana perbuatan itu mempunyai risiko sosialnya.

Ambil sebagai contoh, kalau ada orang tua yang membaca buku bertajuk SEMBAHYANG TAUBAT dalam dewan menunggu penerbangan mungkin menyebabkan orang muda yang nampak berkata dalam hati, "Sudah tua baru dia hendak belajar sembahyang taubat!"

Kalau yang membaca buku SEMBAHYANG TAUBAT itu orang muda, mereka yang nampak mungkin berkata dalam hati, "Apalah dosa besar budak muda itu agaknya sampaikan dia hendak sembahyang taubat."

Kalau yang membaca SEMBAHYANG TAUBAT itu perempuan berambut merah dan memakai baju-T lengan pendek dan ketat, mereka yang nampak mungkin berkata, "Betulkah otak perempuan itu?"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 30, 2007

Isu Pembaca Tahu Bahasa Melayu Tetapi Tidak Tahu Kata Pinjaman Arab

Apabila saudara menulis buku agama bagi bacaan pembaca 'beginner', jangan gunakan kata-kata pinjaman Arab disebabkan pembaca 'beginner' tidak faham makna perkataan-perkataan seperti 'soleh', 'sunat', 'aqidah', 'afdal' dan banyak lagi.

Pembaca beginner itu mungkin Melayu keturunan, lulus sekolah menengah SPM, tetapi itu tidak bermakna mereka faham makna kata-kata pinjaman Arab itu.

Isu individu lulus SPM tetapi tidak tahu makna perkataan istilah agama seperti 'soleh', 'sunat', 'aqidah', 'afdal' bukanlah perkara pelik, malah ia adalah fenomena normal.

Perbendaharaan kata seseorang itu dipengaruhi oleh bidang yang diminatinya. Jika saudara tidak berminat dengan sukan golf, walaupun saudara lulus Bahasa Melayu SPM dengan gred A, saudara tidak tahu perkataan-perkataan istilah bidang permainan golf.

Justeru orang yang tidak berminat dengan agama memang tidak tahu istilah-istilah agama seperti 'soleh', 'sunat', 'aqidah', 'afdal' walaupun dia lulus gred A bagi subjek Bahasa Melayu.

Bagi PTS yang menerbitkan buku-buku agama untuk pembaca beginner, isunya sekarang adalah bagaimana kita dapat menumbuhkan minat kelompok ini supaya suka membaca buku-buku yang membawa mesej agama.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 29, 2007

Siapa Patut Tulis Buku Agama untuk Pembaca Beginner

Di luar sana banyak orang Islam yang tidak pandai bersembahyang, manakala hati mereka sudah selalu terkenang-kenang ingin belajar sembahyang.

Mereka malu hendak mengaku mereka tidak pandai sembahyang. Seperti biasa, mereka percaya mereka boleh belajar sembahyang dengan membaca buku.

Buku yang bagaimanakah yang diperlukan oleh pembaca seperti itu?

Pertama-tama, orang Islam yang tidak pandai bersembahyang ini tidak tahu membaca huruf Arab. Dia mungkin baru masuk Islam sebab berkahwin dengan orang Islam keturunan, jadi pasangannya pun alif-batang-kayu juga.

Ada juga orang yang baru masuk Islam itu buta huruf! Mereka mungkin penduduk Bumiputera di kawasan-kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sudahlah buta huruf, mereka mungkin sudah tua, justeru payah hendak mengingat.

Ataupun, orang yang hendak belajar sembahyang itu orang profesional, tinggal di kondominium pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi dia mungkin Islam keturunan. Barangkali salah seorang daripada ibu bapanya bukan Melayu, oleh itu dia tidak dibesarkan dengan pendidikan Islam tradisional.

Mungkin dia seorang anak Orang Asli yang ibu bapanya baru diIslamkan. Mungkin dia anak orang Iban yang masuk Islam selepas belajar di UIA, dan sekarang dia baru berjaya mengajak ibu bapanya yang buta huruf masuk Islam juga, dan dia perlu mengajar ibu bapanya sembahyang.

Buku panduan bersembahyang ada ada dalam pasaran penuh dengan tulisan Arab.

Kedua, buku-buku panduan bersembahyang konvensional terus memberikan model sembahyang yang sempurna, lengkap dengan segala bacaan sunat-sunatnya. Ini menggerunkan pembaca yang baru hendak belajar sembahyang.

Ustaz-ustaz tradisional, apabila mereka menulis buku-buku agama, seringkali sahaja mereka mengukur baju di badan mereka sendiri.

Ustaz-ustaz itu membayangkan orang yang membaca bukunya adalah orang yang serupa dengan diri mereka sendiri. Kalau mereka tahu membaca huruf Arab, mereka bayangkan pembaca juga tahu membaca huruf Arab.

Jadi, hasilnya mereka menulis buku-buku panduan ibadah untuk kelompok orang-orang yang macam diri mereka sendiri. Istilahnya, buku-buku agama yang mereka tulis itu bersifat eksklusif, hanya dapat dibaca dan dimanfaatkan sesama mereka.

Siapakah yang patut menulis buku-buku panduan sembahyang untuk kumpulan target seperti mereka yang baru masuk Islam dan Islam keturunan? Ustaz-ustaz ataupun orang biasa? Ataupun ditulis oleh orang biasa lalu disemak oleh ustaz?

Topik diskusi hari ini: Apakah yang patut dituliskan dalam buku panduan sembahyang bagi mualaf yang masuk Islam sebab dia akan berkahwin dengan gadis Melayu, yang agamanya juga cuma sedikit lebih baik daripada agama bakal suaminya?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Agama untuk Pembaca Beginner: Isu Perkataan Pinjaman Arab

Apabila penulis Melayu menulis apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan agama, maka automatis banyak perkataan pinjaman Arab digunakan.

Dalam percakapan harian pun perkataan-perkatan itu digunakan, yakni apabila orang Melayu bercakap dengan orang Melayu.

Perkataan seperti amal, martabat, surah, juz, hadith, hafiz, kalimah, syahadah, soleh, solehah, solat, akad, talak, mukmin, muslimin, muslimat, fardhu, redha, maksiat, musibah, mungkar, sunat, ibadah dan lain-lain sudah menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata Bahasa Melayu umum.

Walaupun begitu, apa yang orang Melayu tahu, orang bukan Melayu belum tentu tahu. Pembaca Cina, Kadazan, Murut, Iban, Temuan, India, Sikh dan lain-lain tidak faham konsep di sebalik perkataan itu.

Jangankan orang bukan Melayu, di kalangan orang Melayu sekalipun, ramai yang tidak tahu makna perkataan-perkataan pinjaman Arab itu - kanak-kanak sudah tentu tidak tahu! Malah, jangan terkejut, di kalangan remaja dan orang dewasa Melayu pun, banyak yang tidak tahu.

Apabila menulis buku-buku agama Islam untuk pembaca beginner, perkataan-perkataan pinjaman Arab hendaklah digantikan dengan perkataan Melayu.

Sebagai contoh, judul buku 'Panduan Menjadi Isteri Solehah' sepatutnya ditulis 'Panduan Menjadi Isteri yang Baik'.

Ayat 'Martabat seseorang itu ditentukan oleh ilmunya.' sepatutnya ditulis 'Status seseorang itu ditentukan oleh ilmunya.'

Sebenarnya, menulis buku agama Islam bagi bacaan pembaca beginner adalah lebih sukar daripada menulis buku untuk pembaca pakar, yakni pembaca yang sudah tahu apa itu ajaran-ajaran Islam.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 28, 2007

Ada-ada Sahaja: PTS akan Terbitkan Buku Panduan Hidup Bahagia Berpoligami

PTS bukan anti-poligami.

PTS juga bukan pro-poligami.

Tetapi PTS berpendirian, jikalau saudara mahu mengamalkan poligami, eloklah kita membantu saudara supaya dapat menjalani hidup berpoligami dengan harmonis.

Buku bertajuk DI BAWAH PAYUNG AISHAH ini adalah karya pengarang yang tidak (eh! belum!...) berpoligami. Dijadualkan buku itu akan masuk setor PTS pada 30 April 2007.

Pengarang buku ini memberitahu saya, manuskrip bukunya itu dibaca dahulu oleh isteri beliau, dan hanya selepas Cikpuan itu bersetuju dengan isi kandungannya, baru diluluskannya bagi dihantarkan ke PTS ISLAMIKA. (Patutlah beliau belum dapat berpoligami! Hahaha!)

Bagi saudara yang mahu berpoligami, ada bab khas tentang doa-doa bagi melembutkan hati isteri yang ada....

Bagi saudara yang tidak mahu dimadukan, ada bab khas tentang doa-doa tolak bala....

Ermm... nampaknya Sifu perlu belajar doa-doa tolak bala dalam buku itu....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(30) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, March 27, 2007

Ini Dia Buku Agama untuk Remaja Kontemporari

Inilah buku cerita agama yang ditulis dan diterbitkan khas oleh PTS ISLAMIKA supaya remaja suka membacanya.

Akan terbit segara.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Kitab Klasik Ditulis Semula oleh Pengarang Tidak Tahu Bahasa Arab

Inilah contoh kitab klasik agama karya ulamak agung dulu-dulu yang ditulis semula dengan menggunakan Bahasa Melayu moden.

Para penulis yang menuliskan semula kitab-kitab ini tidak tahu bahasa Arab. Mereka membaca 2 edisi terjemahan kitab ini yang dilakukan oleh penterjemah Indonesia, kemudian dituliskan semula maknanya dengan mematuhi undang-undang harta intelek.

Semua hasil tulisan mereka disemak oleh konsultan rasmi projek PTS ISLAMIKA, Ustaz Arief Salleh Rosman dari UTM, berdasarkan teks Arabnya bagi memastikan maknanya betul.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 8)

Ciri ketujuh bahasa Quran: Natif

Istilah bahasa natif (native) bermakna bahasa tulen, yakni bahasa natural penutur asal bahasa tersebut.

Bahasa Quran adalah bahasa natif Nabi Muhammad dan penduduk Mekah pada tahun sekitar 600 Masehi. Itulah bahasa yang digunakan oleh NM.

Nabi Muhammad adalah orang Arab tulen, bukan berdarah kacukan Arab dan bukan Arab. Justeru bahasa Arab NM itu tulen, tidak ada unsur-unsur asing di dalamnya.

NM tidak pergi ke sekolah formal di mana beliau diajar bahasa asing. Beliau juga tidak pandai membaca, jadi beliau tidak pernah membaca buku tulisan pengarang lain. Jadi bahasa NM itu betul-betul 100% Arab tulen.

Justeru bahasa Quran itu adalah bahasa natif NM. Tidak ada perkataan bukan Arab di dalamnya. Setiap satu patah perkataan dalam bahasa Quran itu diketahui oleh NM.

Nahu bahasa Quran juga bersifat natif kepada NM, yakni nahu bahasa Quran itu serupa, saling tak tumpah, dengan nahu bahasa Arab yang dituturkan oleh NM.

Ikut prinsip bahasa Quran: Apabila saudara menulis buku agama, gunakan perkataan, frasa, nahu dan langgam Bahasa Melayu natif. Jangan menulis buku agama menggunakan perkataan dan nahu bahasa Arab.

Jauhi Bahasa Melayu yang digunakan dalam buku-buku agama sekarang, yang penuh sesak dengan banyaknya unsur-unsur bahasa asing, seperti perkataan asing, frasa-frasa asing, nahu asing, simpulan bahasa asing, dan langgam bahasa asing.

Bahasa dalam buku-buku agama konvensional itu bukan bercirikan bahasa Quran, sebab ia tidak bersifat natif. Kalau pembaca itu tidak tahu menahu bahasa Arab, mereka tidak berdaya hendak memahami apa yang dituliskan oleh ustaz-ustaz itu.

NM Muhammad itu seorang monolingual tulen, sepatah bahasa asing pun beliau tidak tahu. Jadi, Quran itu diturunkan kepada seorang Arab yang monolingual.

Nota: Justeru perbuatan memandang rendah kepada individu-individu yang monolingual adalah memandang rendah salah satu sifat Nabi Muhammad.

Tuhanlah yang lebih mengetahui (mengapa Nabi Muhammad itu monolingual orangnya).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 26, 2007

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (7)

Ciri keenam bahasa Quran: Mudah dihafal

Ciri mudah dihafal ini adalah antara ciri penting pada bahasa Quran yang tidak diambil kira oleh penulis-penulis buku agama dan penterjemah Quran dan hadith.

Orang tua dapat menghafal bahasa Quran. Jadi, Umar bin Khatab selalu membaca seluruh Quran dalam 1 malam.

Orang muda dapat menghafal Quran. Kanak-kanak pun dapat menghafal Quran.

Sampai-sampai, kanak-kanak bukan bangsa Arab, yang tidak tahu berbahasa Arab, tidak tahu makna Quran, meskipun begitu masih dapat menghafal Quran!

Ikut prinsip bahasa Quran. Apabila menterjemahkan Quran, gunakan Bahasa Melayu yang mudah dihafal.

Bagi orang Islam yang tidak tahu bahasa Arab, banyak manfaatnya apabila dia dapat menghafal terjemahannya. Jika dia dapat menghafal terjemahan bab pertama Quran pun, itu sudah amat berguna.

Jika dia dapat menghafal juga terjemahan ayat Kursi, itu lebih baik lagi....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 6)

Ciri kelima bahasa Quran: Bahasa umum

Tuhan hanya menurunkan 1 Quran. Bahasa Quran itu adalah bahasa umum, yakni bahasa yang difahami oleh semua kelompok manusia. Kalau seseorang itu tahu bahasa Arab, dia faham bahasa Quran.

Itulah 1 Quran untuk semua orang, yang tua, yang muda, yang kanak-kanak, yang memiliki PhD, yang brilian, yang biasa-biasa, yang pandai membaca dan menulis, yang buta huruf, yang Islam, yang bukan Islam.

Tidak ada Quran lain untuk kanak-kanak, Quran lain untuk ustaz, Quran lain untuk si kafir, dan seterusnya.

Bahasa Quran itu adalah bahasa yang dapat difahami oleh SEMUA kategori manusia pada masa Nabi Muhammad masih hidup. Orang tidak perlu masuk Islam dulu baru faham bahasa Quran. Ataupun perlu menjadi ustaz dulu, baru faham.

NM yang tidak belajar menulis dan membaca pun faham bahasa Quran itu. Aishah yang muda remaja pun faham bahasa itu. Abdullah bin Umar yang masih kanak-kanak pun faham bahasa itu.

Abdul Rahman bin Auf si jutawan itu pun faham. Abu Hurairah si miskin itu pun faham.

Umar bin Khatab yang masih kafir pun faham bahasa itu. Salman yang bukan orang Arab pun faham bahasa itu.

Bandingkan dengan Bahasa Melayu yang digunakan dalam buku-buku agama, yang banyak terjual dalam pasaran sekarang.

Bandingkan dengan Bahasa Melayu yang digunakan dalam terjemahan Quran. Siapalah yang faham Bahasa Melayu itu. Orang bukan Islam tidak faham. Remaja tidak faham.

Ikut prinsip bahasa Quran: Apabila saudara menulis buku-buku yang menyampaikan mesej Quran, gunakan bahasa umum.

Bahasa Quran adalah bahasa umum, yakni bahasa yang dapat difahami oleh orang-orang buta huruf, dan orang-orang bukan Islam sekalipun. Bahasa orang yang bukan ustaz pun faham.

Bacalah buku-buku terjemahan Quran dan hadith dalam Bahasa Melayu yang ada di kedai-kedai buku hari ini. Ada ustaz yang lulus MA dari Mesir pun tidak faham!

Justeru, pada masa ini, mereka yang menterjemah Quran, dalam isu memilih bahasa, mereka tidak ikut sunnah bahasa Quran itu sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 5)

Ciri keempat bahasa Quran: Inklusif

Tuhan menurunkan 1 Quran untuk semua bangsa manusia di muka bumi ini.

Bahasa Quran itu bersifat inklusif, yakni keperluan semua kelompok manusia sudah diambil kira, walau apa sekalipun kelompok bangsa dan budaya mereka.

Bagi menerangkan apa yang disebut ciri inklusif, kita ambil contoh ini:

Dalam bahasa Quran, perkataan 'qala' digunakan bagi semua - Tuhan, malaikat, manusia - dengan makna semantik yang serupa, iaitu perbuatan mengucapkan perkataan-perkataan dengan menggunakan peti suara, mulut dan lidah, kecuali 'cara' Allah 'berkata' yang tidak seperti cara manusia. Justeru perkataan 'qala' bersifat inklusif.

Dalam bahasa Quran, tidak ada hukum-hakam bahasa yang eksklusif, yang hanya dikhususkan bagi sesuatu kelas manusia sahaja.

Dalam Bahasa Melayu feudal, ada ciri ekslusif, iaitu sebagai contoh, perkataan 'titah' bersifat eksklusif, yakni ia hanya digunakan apabila yang berkata itu adalah raja. Manakala 'sabda' digunakan bagi Nabi Muhammad seorang sahaja.

Jadi ada peraturan eksklusif dalam Bahasa Melayu yang mengatakan, jika ada orang biasa yang bernama En. Hitam bin Bulat berkata, "Saya sudah bersabda kepada kamu, jangan hisap rokok di sini." maka orang itu dihukum sudah menghina Nabi Muhammad.

Peraturan penggunaan 'sabda' seperti ini hanya ada dalam Bahasa Melayu, maka ia disebut ciri eksklusif. Dalam bahasa-bahasa yang beragama Hindu, 'sabda' digunakan oleh semua orang, yakni inklusif. Di Brunei, mufti negara itu pun 'bersabda'.

Apabila 'qala' yang bersifat inklusif dalam bahasa Quran digantikan dengan perkataan 'sabda' yang eksklusif, maka apa yang berlaku adalah, ciri inklusif bahasa Quran sudah ditukar menjadi ekslusif dalam buku-buku agama Bahasa Melayu.

Ia ibarat menukar tembikai dengan labu. Manakala Quran menggunakan bahasa inklusif sebaliknya buku-buku agama Melayu menggunakan bahasa eksklusif.

Nabi Muhammad yang dalam hidupnya bertutur menggunakan perbendaharaan kata yang serupa dengan semua orang Arab lain yang hidup pada masa itu, tetapi dalam buku-buku agama Bahasa Melayu, NM diberikan Bahasa Melayu yang berbeda (yang eksklusif) daripada bahasa yang digunakan oleh orang-orang Melayu lain.

Ikut prinsip bahasa Quran: Gunakan bahasa inklusif apabila saudara menulis buku agama bagi menyampaikan mesej Quran.

Perbendaharaan kata bahasa raja-raja yang eksklusif, seperti baginda, murka, titah, dan lain-lain, hanya sesuai bagi menulis buku-buku cerita bukan agama. Namun adalah lebih baik ciri-ciri eksklusif yang masih ada pada Bahasa Melayu moden itu dilupuskan perlahan-lahan sesuai dengan perkembangan ilmu, budaya dan perubahan zaman....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 4)

Ciri ketiga bahasa Quran: Demokratis-universal

Bahasa Quran itu adalah bahasa yang bersifat demokratis-universal. Bahasa Quran tidak bersifat feudal. Contoh bahasa feudal yang ekstrem adalah bahasa Jawa yang mempunyai 4 tatatingkat.

Bahasa Melayu adalah bahasa feudal, cuma tidak ekstrem seperti bahasa Jawa. Justeru ada perkataan-perkataan yang hanya boleh digunakan oleh raja-raja dan kerabat raja, manakala rakyat tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan itu.

Contoh unsur feudal dalam Bahasa Melayu adalah, 'raja bertitah' manakala 'rakyat berkata'. Begitu pula 'baginda' untuk raja manakala 'dia' untuk rakyat.

Pada masa ini ada bidaah linguistik dalam bahasa Melayu yang digunakan dalam buku-buku agama. Dalam Quran, 'qala' digunakan bagi semua, baik Tuhan, nabi-nabi, raja firaun, malaikat, syaitan, semua 'berkata'.

Tetapi dalam buku-buku agama Bahasa Melayu konvensional, Allah 'berfirman', Nabi Muhammad 'bersabda', Nabi Sulaiman 'bertitah', manakala nabi-nabi lain disama-tarafkan dengan syaitan, yakni semua 'berkata' .

Ikut prinsip bahasa Quran. Bahasa Quran itu bersifat demokratis-universal. Satu laras bahasa untuk semua pembaca Quran.

Ajaran dalam Quran tidak menerima amalan feudalisme dalam politik dan bahasa. Justeru, apabila saudara menulis buku agama, gunakan Bahasa Melayu yang berciri demokratis-universal juga.

Jangan digunakan bahasa yang mendukung fahaman feudalisme bagi menyampaikan mesej Quran.

Jangan di-'raja-raja'-kan Nabi Muhammad, sebab beliau bukan 'raja' orang Islam. NM adalah manusia biasa, bezanya beliau adalah utusan Tuhan kepada manusia.

Allah sendiri menggunakan 'qala' yang maknanya serupa dengan 'berkata' dalam Bahasa Melayu, bagi diri-Nya dan bagi Nabi Muhammad.

Orang Melayu pula mengambil inisiatif, tanpa nas, membeza-bezakan 'kata' untuk Tuhan, Nabi Muhammad, Nabi Sulaiman, dan lain-lain sehingga terpaksa meminjam perkataan Parsi dan Sansekerta, yakni firman dan sabda, supaya sesuai dengan nilai-nilai feudal.

Tuhanlah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 3)

Ciri kedua bahasa Quran: Seratus peratus (100%) perkataan Arab

Menurut sesetengah pakar, jumlah ayat dalam Quran adalah 6000 ayat. Kita masih belum tahu berapa jumlah perkataan dalam Quran.

Yang kita tahu mesej Quran disampaikan kepada Nabi Muhammad menggunakan 100% perkataan Arab, tidak ada perkataan daripada bahasa asing, yakni tidak ada perkataan pinjaman dalam Quran.

Ada pendapat mengatakan ada sepatah perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi, tetapi pendapat itu tidak muktamad.

Itulah sebabnya apabila Umar terdengar orang sedang membaca ayat-ayat Quran, hatinya bergetar, lalu beliau terus masuk Islam, sebab sebagai orang Arab, beliau faham setiap perkataan yang didengarnya itu, kerana semua ayat-ayat itu menggunakan perkataan Arab yang beliau sendiri gunakan sehari-hari.

Quran itu diturunkan kepada NM, dan beliau adalah seorang orang Arab. Seluruh Quran menggunakan perkataan-perkataan Arab yang NM sendiri tuturkan.

Soalan hipotetikal: Kalaulah ada pemuda Cina yang baru masuk Islam membaca buku berjudul SIFAT 20 yang dijual dalam pasaran sekarang, apakah pemuda Cina itu faham?

Jangankan pemuda Cina itu, banyak orang Melayu pun tidak faham.

Ikut prinsip bahasa Quran. Apabila mahu menyampaikan mesej Quran kepada orang Melayu, tulislah buku-buku agama dengan menggunakan perkataan-perkataan Melayu 100%. Jangan ada perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa lain.

Buku-buku berkenaan agama Islam yang ada dalam pasaran sekarang, belum apa-apa, pada kulitnya sudah terdapat perkataan-perkataan Arab, apatah lagi di dalamnya.

Orang Melayu yang memerlukan buku-buku agama dalam bahasa Melayu adalah mereka yang tidak tahu-menahu bahasa Arab. Kalau mereka tahu bahasa Arab, mereka tidak perlukan buku-buku dalam bahasa Melayu.

Sesetengah daripada mereka itu, mungkin namanya Hafiz, tetapi dia belum tentu tahu makna 'hafiz'. Ataupun namanya mungkin 'Omar' tetapi dia tidak tahu siapa 'Omar' dalam Islam.

Contoh:
Panduan isteri solehah
Panduan isteri yang baik

Semua kaum muslimin
Semua lelaki Islam

Semua kaum muslimat
Semua wanita Islam

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 2)

Quran itu diturunkan sebagai panduan manusia, termasuk penulis, baik penulis kreatif mahupun bukan kreatif. Justeru, ciri-ciri bahasa Quran itu adalah sumber teori, prinsip dan teknik-teknik penulisan.

Ciri 1 bahasa Quran: Kontemporari
Mesej Quran itu disampaikan kepada NM menggunakan bahasa kontemporari zaman Nabi Muhammad masih hidup, yakni bahasa Arab tahun 600 Masehi.

Itulah sebabnya mesej dalam ayat-ayat Quran dapat difahami oleh NM dan semua orang Arab yang hidup zaman itu, termasuk orang Arab yang jahiliah, sebab bahasa Quran itu saling tak tumpah bahasa yang mereka sendiri gunakan, cuma bahasa Quran itu tersangat indah.

Justeru Umar bin Khatab masuk Islam apabila beliau terdengar ayat Quran sedang dibaca orang, padahal pada saat itu beliau masih kafir dan amat membenci Islam.

Suatu persoalan hipotetikal: Kalau orang bukan Islam terdengar orang membaca terjemahan Quran dalam Bahasa Melayu, apakah hati mereka akan bergetar lalu terus masuk Islam?

Quran bukan diturunkan menggunakan bahasa Arab klasik, bahasa moyang-moyang orang Arab waktu itu, bahasa lama yang dituturkan oleh orang Arab zaman sebelum NM lahir.

Habis, mengapakah buku-buku agama yang ditulis oleh ustaz-ustaz kita itu ditulis menggunakan Bahasa Melayu klasik yang berbelit-belit?

Ikut prinsip bahasa Quran. Tulislah buku-buku agama Islam dengan menggunakan Bahasa Melayu kontemporari, yakni Bahasa Melayu 2007, bukan Bahasa Melayu klasik, sebab yang hendak membacanya adalah orang zaman 2007!

Contoh:

Abu Hurairah meriwayatkan (BM klasik - BM 1940-an)
Abu Hurairah melaporkan (BM kontemporari - BM 2007)

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim (BM klasik - BM 1940-an)
Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim (BM kontemporari - BM 1940-an)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Pengenalan (siri 1)

Ada pelbagai media yang digunakan oleh manusia bagi berkomunikasi.

Manusia boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat non-verbal, lambang-lambang, kod warna dan banyak lagi. Media komunikasi yang paling penting adalah bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan.

Para penulis patut menggunakan Quran sebagai panduan memilih gaya bahasa bagi penulisan kita, apatah lagi apabila yang kita tulis itu adalah buku-buku yang objektifnya adalah menyampaikan mesej Quran itu sendiri.

Contoh panduan menulis novel yang digali dan diambil daripada Quran adalah dalam kes panduan mencipta dan menulis cerita yang indah berdasarkan ciri-ciri surah Yusuf.

Buku-buku agama dalam Bahasa Melayu yang ada dalam pasaran sekarang sukar dibaca oleh orang Islam sendiri, apatah lagi oleh bukan Islam, disebabkan ciri-ciri bahasa yang digunakan dalam buku-buku itu bukan ciri-ciri bahasa Quran.

Penulis buku-buku agama konvensional menggunakan gaya bahasa peribadi masing-masing, mereka tidak ikut gaya bahasa Quran dan Nabi Muhammad.

Jikalau kita bertanya kepada mereka, "Ustaz, mengapakah ustaz menggunakan perkataan ini, dan bukan itu?" nanti jawapan yang kita dengar BUKAN, "Saya ikut ciri bahasa Quran." ataupun "Saya ikut ciri bahasa Rasulullah SAW." tetapi selain itu.

Nota: Kepada mentee-mentee SifuPTS, mulai entri ini Sifu akan menerangkan ciri-ciri bahasa Quran dan bahasa Nabi Muhammad.

Disclaimer: Ambil perhatian, SifuPTS adalah seorang yang terlatih secara formal dalam bidang linguistik teoretis, tetapi beliau tidak tahu bahasa Arab.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 25, 2007

Tentang ‘kata’, ‘firman’ dan ‘sabda’

Dari waktu ke waktu kita masih menerima emel daripada pembaca buku-buku agama PTS yang tidak setuju dengan dasar editorial PTS yang menggunakan perkataan 'kata' bagi menterjemahkan perkataan Arab 'qala' dalam ayat-ayat seperti di bawah:

Allah berfirman
Allah berkata

Nabi Muhammad bersabda
Nabi Muhammad berkata

Perkataan firman dan sabda bukan perkataan Arab. Perkataan firman dalam Bahasa Melayu adalah pinjaman daripada bahasa Parsi yang masuk ke dalam Bahasa Melayu dengan kedatangan pengaruh Syiah ke rantau ini.

Perkataan sabda pula adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Sansekerta (Sanskrit) yang masuk ke dalam Bahasa Melayu sewaktu orang Melayu memeluk agama Hindu dahulu.

Buku-buku agama PTS ditujukan kepada pembaca yang tidak semestinya orang Islam, oleh itu kita memilih perkataan-perkataan Melayu biasa yang semua orang tahu apa maknanya, baik orang itu orang Islam ataupun bukan Islam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(21) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 22, 2007

Menulis Buku Agama Untuk Beginner Agama

Buku-buku agama terbitan PTS ISLAMIKA ditulis khusus bagi bacaan sesiapa yang baru hendak berkenalan dengan Islam, jadi ia adalah buku-buku untuk pemula (beginner). Buku genre inilah yang tidak ada dalam pasaran saat ini.

Siapakah yang disebut sebagai 'beginner'? Pembaca beginner mungkin:

(a) Individu bukan Islam yang ingin mengetahui isi kandungan buku Islam itu.

(b) Dia mungkin juga orang Islam keturunan sahaja, oleh itu pengetahuannya tentang Islam masih rendah.

(c) Individu itu mungkin sudah masuk Islam dan masih belajar hal-hal yang asas sahaja tentang Islam.

Walaupun judul-judul yang diterbitkan oleh PTS ISLAMIKA itu mungkin judul karya ilmuan besar seperti Ibnu Qayim ataupun Imam Nawawi, tetapi buku-buku itu tetap ditulis menggunakan gaya bahasa yang disesuaikan dengan keperluan pembaca beginner.

Kita mendapat maklumbalas daripada banyak saudara baru yang mengadu mereka tidak faham bahasa yang digunakan dalam buku-buku agama yang banyak terjual dalam pasaran saat ini.

Apabila menulis buku agama untuk beginner, bayangkan, sebagai contoh sahaja, pembaca yang membaca buku itu bernama En. Tan ataupun En. Muthu ataupun Cik Jah a/p Bayan. Mereka mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, March 20, 2007

Plus Plus Menulis Buku Cerita-cerita Agama

Buku-buku cerita agama adalah Harta Intelek yang amat berharga. Melaburkan bakat dan masa bagi menulis cerita-cerita agama adalah pelaburan bijaksana.

Pasaran buku-buku cerita agama adalah paling besar:

Ia buku yang dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Ia mudah dijual baik di pasar malam, di gerai buku, di kedai buku agama, dan di rangkaian kedai buku elit.

Ia mudah dijual ke perpustakaan awam dan sekolah.

Ia tahan lama dalam pasaran kerana fakta dalam cerita itu tidak berubah.

Ia dapat dijual dalam pelbagai edisi - daripada edisi tebal, kulit keras, kulit lembut, buku kecil, edisi kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

Buku-buku cerita agama sudah berlambak dalam pasaran. Jika begitu, mengapakah PTS menceburkan diri ke dalam sektor ini?

PTS masuk sektor buku agama dengan menawarkan produk yang lebih baik daripada yang sekarang ada dalam pasaran.

Pertama, cerita-cerita itu ditulis oleh pengarang-pengarang yang memiliki bakat penulisan kreatif, dengan itu gaya ceritanya lebih sedap dibaca.

Kedua, buku-buku PTS ditulis menggunakan gaya Bahasa Melayu Tinggi yang indah dan tidak mengandungi uslub Arab.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 19, 2007

Pasaran Buku Agama: Siapa Baca Buku Cerita Agama

Konsep Buku untuk PerempuanKajian pasaran yang kita lakukan menunjukkan perempuan, bukan lelaki, adalah pembeli dan pembaca utama buku-buku cerita yang bertemakan agama.

Faktor inilah yang menyebabkan kulit buku-buku cerita agama PTS disesuaikan dengan citarasa pembaca perempuan.

Di kalangan remaja, remaja perempuan juga, bukan remaja lelaki, merupakan penggemar buku-buku cerita agama.

Fakta ini menjadikan buku-buku cerita agama berfungsi sebagai alat dakwah yang penting kepada kaum perempuan.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 18, 2007

Mari Menulis Buku Cerita-cerita Agama

Kita mengajak saudara yang mempunyai minat menulis cerpen dan novel supaya ikut projek menulis cerita-cerita agama.

Bakat yang diperlukan bagi menulis cerpen, novel dan cerita agama adalah bakat yang sama. Hanya bahan ceritanya yang berbeza.

Cerita-cerita agama mempunyai pasaran yang besar dan evergreen.

Buku seperti yang kulitnya kita siarkan di sini dapat bertahan dalam pasaran selama lebih 30 tahun. Ini disebabkan fakta-faktah dalam cerita-cerita itu adalah kekal, tidak berubah-ubah.

Tentang teknik menuliskan cerita-cerita berunsur agama itu nanti Sifu akan terangkan satu persatu.

Pada masa ini buku-buku cerita agama yang ada dalam pasaran ditulis oleh golongan ustaz-ustaz yang tidak memiliki bakat kreatif. Hasilnya, buku-buku itu menggunakan gaya bercerita macam dalam kitab-kitab agama, gaya bahasanya berunsurkan uslub Arab, berbelit-belit, dan tidak mengasyikkan apabila dibaca.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 08, 2007

Apa Bezanya Buku Agama PTS dengan Buku Agama Penerbit Lain

Buku-buku agama Islam terbitan PTS mempunyai 2 ciri yang membezakannya daripada buku-buku agama konvensional terbitan penerbit lain.

(1) Gaya bahasa buku-buku agama PTS tidak mempunyai bau-bau uslub Arab.

Uslub Arab adalah gaya bahasa Arab. Buku-buku agama PTS menggunakan Bahasa Melayu moden yang mudah difahami. Pembaca yang bukan Islam pun dapat memahami apa yang tertulis dalam buku-buku agama PTS.

(2) Buku-buku agama PTS tidak menggunakan istilah-istilah Arab.

Ciri ini membolehkan pembaca bukan Islam, yang tidak faham sepatah perkataan Arab sekalipun, dapat memahami konsep-konsep agama yang diterangkan dalam buku-buku agama PTS.

Dua ciri itu membantu pembaca bukan Melayu dan bukan Islam memahami isi kandungan buku-buku agama terbitan PTS.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 04, 2007

Satu Lagi Buku Ngetop!

Buku ini dicetak 3000 unit dan semuanya habis terjual dalam masa 3 hari sahaja selepas masuk setor PTS.

Pada hari ke-4 buku ini sudah masuk proses ulangcetak 3000 unit lagi. Jumlah ulangcetak itu sengaja kecil supaya cepat habis, kerana bagi ulangcetak seterusnya, kulitnya akan ditukar.

Kulit buku cetakan pertama ini tidak menggunakan gambarfoto wajah penulisnya disebabkan pada waktu itu beliau masih amat malu hendak 'posing' di depan kamera Pengarah Kreatif PTS.

Tidak lama lagi PTS akan menerbitkan 5 buah buku penulis ini sebagai 1 set, dengan wajah beliau menjadi ikon kulitnya.

Lesen Penerbitan: Pengarang buku ini hanya menyerahkan kepada PTS hak menerbitkan edisi rumi sahaja bagi buku-buku beliau itu, manakala hak menerbitkan edisi jawi diserahkan kepada penerbit lain.

Royalti: Dalam perjanjian penerbitan yang ditandatangni, beliau bersetuju PTS menyerahkan semua cek royalti daripada buku-buku beliau terus ke tabung yayasan tahfiz yang beliau asaskan di Rusila, Terengganu, yang sekarang mempunyai 900 pelajar lelaki dan perempuan.

Nota SifuPTS: Bagi setiap RM10 yang saudara bayar bagi membeli buku pengarang ini, 70 sen akan sampai kepada tahfiz itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 03, 2007

Di Sebalik Foto Dato’ Dr. Haron Din

Bukan mudah hendak meyakinkan golongan ulamak supaya mahu gambarfoto wajah mereka digunakan dengan besar dan solid pada kulit buku yang mereka tulis.

Itulah yang berlaku dengan Dato' Dr. Haron Din dan Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Mereka berkali-kali menolak PTS menghantar Pengarah Kreatifnya, En. Hisham Salmin, bagi sesi fotografi.

Syukurlah, akhirnya mereka bersetuju. Malah, minggu lalu, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dengan rendah hati sanggup bersusah payah turun dari Marang, menjejakkan kaki beliau ke pejabat editorial PTS yang serba dhoif, bagi sesi fotografi.

Tahniah kepada editor-editor PTS yang berjaya meyakinkan golongan ulamak yang amat merendah diri dan malu dengan lensa kamera sehinggalah mereka sanggup 'posing' supaya gambarfoto mereka dapat dijadikan ikon pada kulit buku-buku yang mereka tulis.

Tahniah kepada sentuhan ajaib tangan Pengarah Kreatif PTS yang berhasil merakamkan wajah Dato' Dr. Haron Din yang 'bersih' itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Paling Ngetop!

Inilah buku yang memecahkan rekod jualan PTS selama ini.

Dalam tempoh seminggu lebih 10,000 unit habis terjual.

Rangkaian POPULAR sahaja memesan hampir 2000 unit dalam masa seminggu.

Apakah barangkali faktor-X yang ada pada buku ini maka jualannya begitu luar biasa?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Ingat! Hari ini Sabtu 31 Mac: Kursus Menulis Cerita-cerita Agama

SifuPTS akan menunjukkan cara menulis cerita-cerita ringkas yang bertemakan agama dengan menggunakan Bahasa Melayu Moden bagi bacaan remaja.

Tempat: Sekolah al-Ikhlas
Waktu: 10 pagi - 5 petang

Daftar di sini dan SMS Faris 019 286 2600

Kalau saudara belum mendaftar, saudara masih boleh datang!

Nota Sifu: Saudara yang sudah mengikuti kursus menulis jibunsyi dan teknik surah Yusuf sangat diajak hadir kursus ini supaya saudara juga dapat menerbitkan karya dengan PTS ISLAMIKA.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 23, 2007

Analisis Trend Permintaan Mutakhir bagi Buku-buku Melayu: Permintaan Tinggi tetapi Judul Kurang

Nota: Berikut adalah informasi yang diberikan oleh Tuan Ibnurabi. Kepada penerbit dan penulis buku Melayu, maklumat yang beliau berikan ini amat relevan. Baca surat beliau di bawah:

"Inilah maklumat lain berkenaan pasaran buku Melayu sekarang ini berdasarkan kepada pasaran kedai buku atau ‘retail’.

Jualan novel popular agak menurun sejak pertengahan tahun 2006. Ini mungkin kerana dalam pasaran sudah ada ‘terlebih banyak’ buku novel popular yang hampir serupa sahaja cerita dan plotnya. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif ke atas novel popular yang berkualiti kerana prejudis pembaca terhadap novel popular yang terbanjir di pasaran.

Kalangan yang bertahan adalah penulis-penulis yang sudah mempunyai peminat setia. Tetapi ia tidak sepanas dulu-dulu. Ada juga kalangan penulis ini yang kian hilang peminatnya kerana kualiti cerita.

Yang sedang meningkat sekarang adalah buku cerita remaja dan awal remaja. Dan saya jangkakan trend remaja sekarang mereka mahukan lebih untuk buku kategori mereka. Maknanya, buku lebih tebal, lebih menarik jalan ceritanya, dan lebih banyak pilihannya. Perlu mempelbagaikan genre remaja.

Dua hari lalu saya sempat bercakap-cakap dengan seorang bapa yang mempunyai anak 3 remaja dan seorang ibu yang mempunyai 2 anak remaja. Mereka membeli-belah buku-buku untuk anak-anak, yakni buku-buku cerita Melayu. Setiap bulan mereka datang membeli buku.

Komen dan pandangan mereka hampir sama. Mereka sendiri (si ibu dan si bapa) serta anak-anak mereka suka membaca buku yang bukan dibuat-buat dan dipaksa-paksa ceritanya.

Kemudian seorang kanak-kanak perempuan bertanyakan buku misteri atau thriller dalam Bahasa Melayu. Saya pun menunjukkan beberapa buku yang ada. Menurutnya, semua buku itu sudah ada dalam koleksinya. Apa yang dia mahu, buku yang lebih tebal. Yang nipis, satu dua hari dia sudah habis baca.

Untuk buku umum pula, nampaknya sekarang judul motivasi agak kurang menyengat tetapi pembaca genre ini ramai. Mungkin mereka sekarang mahukan buku motivasi yang lebih menjurus dan lebih berbentuk ‘how to’ atau ’step by step’, kerana semangat mereka sudah terbakar tetapi tidak tahu caranya bagaimana.

Contohnya, sudah banyak di pasaran buku motivasi untuk orang berjaya, tetapi pembaca mahukan yang lebih, bukan yang sama. Kalau hari ini 55 petua, esok ada buku 56.5 petua pula. Pembaca mahukan kelainan.

Selain itu, mereka mahukan buku motivasi yang khusus seperti bisnes, keluarga, ibu bapa, yang senang dibaca dan faham.

Buku kesihatan yang praktikal sama ada senaman, diet, petua. Buku-buku seperti itu memang sudah ada, tetapi dalam Bahasa Inggeris, di mana cuacanya 4 musim.

Bagi buku-buku agama, sekarang ini permintaan semakin naik, malah tidak pernah turun. Untuk buku agama, rukun Islam tetap 5, rukun Iman tetap 6, begitu juga rukun Solat. Cuma cara penyampaian yang akan menarik pembacanya untuk membeli. Seperti buku Panduan Solat Untuk Lelaki, dalam bahasa mudah dan praktikal.

Untuk kanak-kanak 7 tahun ke bawah, lain cara penyampaiannya, 10 tahun ke atas lain, dan untuk remaja pun lain. Apa yang ada sekarang, panduan solat untuk pembaca 7 tahun ke bawah hingga pembaca tua, serupa sahaja cara penyampaiannya.

Buku motivasi agama pun sedang masih hangat sekarang. Contohnya ‘Jangan Bersedih’ tetapi bahayanya semua terbit buku serupa. Mesti ada buku motivasi agama yang lain.

Buku profesional pula, biasalah, lebih kepada pengurusan kewangan peribadi, keluarga.

Dan... buku panduan bagi yang mahu kaya dan bahagia, bagi yang sudah kaya tetapi tidak bahagia."

Nota kaki: UNIKAPTS mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Ibnurabi kerana sudi memberikan maklmuat penting di atas.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 22, 2007

Kerenah Menerbitkan Ayat Quran

Mana-mana penerbit yang menerbitkan kitab Quran amat beruntung.


Ciri utama buku 'evergreen' adalah fakta yang terkandung di dalamnya tidak berubah. Contoh buku evergreen yang paling sempurna di dunia ini adalah kitab Quran. Kandungannya tidak mengalami perubahan sama sekali.


Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia mengenakan lesen khas bagi menerbitkan dan mencetak Quran. Lesen itu dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ada bahagian khas yang bertanggungjawab menguruskan perkara ini.


Jika saudara tidak mempunyai lesen itu, saudara tidak boleh menerbitkan Quran, walaupun saudara seorang hafiz dan penulis khat yang pakar.


Jika menerbitkan Quran yang lengkap memerlukan lesen khas, menerbitkan buku-buku yang di dalamnya terkandung ayat-ayat Quran pun tidak kurang kerenahnya.


Saudara tidak boleh menerbitkan mana-mana surah dalam Quran tanpa mendapat kelulusan daripada KDN terlebih dahulu. Jadi, saudara tidak boleh menerbitkan Surah Yasin, ataupun kitab muqadam, tanpa kelulusan KDN.


Saudara mesti menghantar kopi pruf buku itu ke KDN bagi diperiksa dan diluluskan.


Berapa lama KDN mengambil masa memeriksa pruf yang saudara hantar itu, ermm.... (faham-fahamlah sahaja).


.


.


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 01, 2007

Nasib Penulis-Penceramah Selebriti

Apabila saudara menjadi penceramah selebriti yang terkenal di seluruh negara disebabkan wajah saudara selalu muncul dalam TV, macam-macam kesan positif dan negatif boleh berlaku ke atas diri saudara.

Sebagai penceramah popular, CD, kaset dan buku-buku saudara dijual di kedai-kedai buku dan kedai stesen minyak. Wajah saudara juga dicetak besar pada cover CD, kaset dan buku-buku saudara.

Situasi begini menyebabkan orang mendapat gambaran bahawa saudara menerima bayaran ceramah yang tinggi, sampai beribu-ribu ringgit, dan royalti besar. Hal itu mungkin benar dan mungkin tidak, tetapi begitulah sangkaan orang ramai.

Salah satu akibat daripada populariti saudara itu adalah akan ada orang yang tidak dikenali menelefon ataupun menulis emel ke pejabat penerbit buku-buku saudara dan memberikan maklumat yang mengejutkan. Maklumat itu mungkin betul, mungkin tidak.

Sebagai contoh, mereka mungkin memberitahu penerbit buku saudara itu kononnya saudara pergi ke Jordan sebab ikut suami melanjutkan pelajaran ke sana. Jadi saudara sebenarnya bukan masuk universiti di Jordan sedangkan selama ini orang menyangka saudara betul-betul lulusan Jordan.

Tidak boleh tidak, maklumat yang diceritakan kepada penerbit itu lama kelamaan pasti akan pecah dari mulut ke mulut.

Mula-mula penerbit itu akan bertanya kepada networknya yang mungkin kenal saudara bagi mencari kepastian apakah maklumat itu benar ataupun fitnah.

Orang yang ditanya itu akan terkejut! Lalu dia bertanya pula kepada networknya. Begitulah seterusnya.

Saudara mungkin tidak tahu menahu bahawa gosip-gosip tentang saudara tidak pernah masuk universiti di Jordan itu sedang merebak macam api pada musim kemarau. Saudara terus berceramah di TV dan berkuliah ke sana ke mari walhal orang yang nampak saudara di skrin TV mengumpat saudara.

Jadi, sangatlah penting penulis cum penceramah memberi maklumat benar berkenaan kelulusan akademiknya kepada penerbit. Hendak tak hendak, kebenaran tetap tersebar jua.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 06, 2006

Pelbagai Kelebihan Belajar Menulis Buku-buku Cerita Moral dan Agama

Belajar menulis buku-buku cerita moral dan agama banyak kelebihannya.

Pertama, manusia memang suka membaca dan mendengar cerita, oleh itu pasaran bagi buku saudara sudah sedia ada, dan saiz pasaran itu besar pula.

Jika saudara menulis buku lain, pasarannya mungkin tidak ada, ataupun kecil saiznya.

Kedua, cerita mempunyai ciri evergreen, oleh itu hayat pasaran buku saudara amat panjang. Ini membolehkan buku saudara diulang cetak setiap tahun selama bertahun-tahun.

Buku-buku bukan fiksyen mempunyai hayat pasaran yang singkat. Ada masanya, belum sampai satu tahun, buku itu sudah out-of-date.

Ketiga, cerita yang saudara cipta itu mempunyai potensi diadaptasi ke dalam media lain, seperti filem, telenovela, komik dan animasi.

Keempat, buku cerita lebih mudah diekspot ke negara-negara lain melalui proses terjemahan dan pelesenan.

Kelima, buku-buku cerita dibeli oleh pembaca di kedai-kedai buku dan juga dibeli oleh kerajaan melalui kontrak Perpustakaan Negara Malaysia dan kontrak Kementerian Pelajaran.

Marilah belajar menulis buku cerita moral dan agama. Ia adalah harta intelek yang bernilai tinggi!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 30, 2006

Terjemahan: The Fiqh of Muhammad’s Silence

Berkenaan status perbuatan menterjemah buku-buku tulisan bangsa-bangsa bukan Islam, nampaknya sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad adalah sunnah diam. Beliau tidak menyuruh ataupun menegah secara terang dan jelas perbuatan MENTERJEMAH alur luar ke dalam.

Tetapi ada suatu sunnah yang dapat dikaitkan dengan penterjemahan. Pada suatu masa salah seorang sahabat Nabi Muhammad (Umar bin Khatab) datang dan bertanya kepada beliau, bolehkah dia membaca kitab Torah atas alasan dengan membacanya beliau dapat mengetahui isi ajaran agama itu. Nabi Muhammad tidak mengizinkan perbuatan itu. (Sunnah ini ada implikasinya ke atas bidang yang disebut dengan istilah 'comparitive studies', seperti 'comparative religion'.)

Prinsip di sebalik sunnah itu dapat disimpulkan begini: Apabila buku itu mengandungi bahan-bahan anti-Tauhid, maka orang Islam tidak dibenarkan membacanya, tanpa mengira apakah buku itu dibaca secara langsung mahupun melalui versi terjemahannya.

Justeru adalah menjadi etika penterjemah Muslim tidak boleh menterjemah bahan-bahan yang mengandungi maklumat anti-Tauhid.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Fiqh Penulisan: Menterjemah lwn Menulis

Mengapakah Nabi Muhammad SAW melantik jurutulis rasmi tetapi tidak melantik penterjemah bagi menterjemahkan buku-buku ilmu daripada bangsa-bangsa bukan Islam?

Tungguuuu..... Sifu mahu sarapan dulu!

Ada dua alur terjemahan. Satu terjemahan dari dalam ke luar, yakni dari bahasa Islam ke bahasa non-Islam, dan satu lagi dari luar ke dalam, yakni dari bahasa non-Islam ke bahasa Islam.

Menterjemahkan bahan-bahan Islam ke dalam bahasa-bahasa bukan Islam adalah aktiviti yang tidak ada polemik mengenainya. Ulamak Manna Khalil al-Qattan berfatwa bahawa menterjemahkan al-Quran itu adalah wajib hukumnya.

Sunnah terjemahan dari dalam ke luar terdapat pada perbuatan Nabi Muhammad menyuruh Zaid bin Thabit belajar menulis dalam bahasa Hebrew kerana Nabi Muhammad mahu menulis surat kepada ketua-ketua kaum Yahudi mengajak mereka masuk Islam.

Disebabkan Nabi Muhammad tidak tahu bahasa Hebrew, tentu sekali beliau mengucapkan isi kandungan surat itu dalam bahasa Arab, lalu kata-kata beliau itu diterjemahkan oleh Zaid ke dalam bahasa Hebrew.

Nabi Muhammad SAW juga menghantar guru-guru ke seluruh pelosok wilayah yang baru diIslamkan bagi mengajarkan isi kandungan al-Quran kepada penduduk tempatan, suatu proses yang tentu sekali melibatkan aktiviti terjemahan lisan oleh guru-guru itu.

Yang menjadi polemik sekarang adalah alur terjemahan kedua, yakni penterjemahan daripada bahasa-bahasa non-Islam ke dalam bahasa-bahasa Islam.

Hanya Tuhan yang maha mengetahui mengapa Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan sunnah tentang aktiviti penterjemahan karya yang tertulis dalam bahasa-bahasa non Muslim ke dalam bahasa Arab.

Beliau yang berperang dan berjaya mengalahkan dua kuasa dunia sezamannya, yakni Empayar Parsi dan Empayar Romawi, tidak mendorong aktiviti menterjemahkan buku-buku yang tertulis dalam bahasa-bahasa Latin, Hebrew, Yunani dan Farsi, yakni bahasa bangsa-bangsa seteru Islam pada zamannya.

Perihal besarnya significance kekuasaan empayar Romawi itu sehinggakan dalam al-Quran ada surah yang diberi judul sempena bangsa tersebut, yakni surah ar-Ruum.

....... akan disambung.

.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 29, 2006

Etika Profesion Terjemahan bagi Penterjemah Muslim

Penterjemah Muslim tidak dibenarkan menterjemah karya-karya yang membahayakan aqidah ataupun akhlaq orang Islam, biarpun sebanyak mana bayaran terjemahan yang ditawarkan kepadanya.


Justeru, buku-buku Charles Darwin dan Karl Marx tidak boleh diterjemahkan. Saya katakan 'diterjemahkan', saya tidak katakan isi kandungan buku-buku itu tidak boleh 'diterangkan'.


Jika kita mahu memperkenalkan teori evolusi kepada pelajar jurusan sains, dan teori komunisme kepada pelajar sains politik, maka pakar-pakar Muslim perlu menulis buku karya originalnya sendiri bagi menerangkan teori-teori itu dengan menyertakan penilaian dan kritikan ke atas teori-teori itu daripada sudut pandang Islam.


........akan disambung.


Pesan kepada mentee-mentee Sifu:


Apa yang saya sambung tulis di bawah ini jangan dibaca sebagai sesuatu yang semestinya betul! Saya sendiri pun tidak yakin pemikiran saya ini betul. Hendak dikatakan saya belum memikirkannya dengan serius, tidak juga. Sudah 20 tahun ia menjadi beban intelektual yang saya kendong. Hendak dikatakan saya sudah berpuas hati dengan pemikiran ini, pun tidak juga.


Anggaplah pemikiran saya ini masih status fasa BETA!


.....akan disambung sebentar lagi....


Para penterjemah aliran konvensional tidak meniru model LPFN (Lembaga Penapisan Filem Negara). LPFN mempunyai panduan apa yang boleh ditayangkan kepada orang awam dan apa yang tidak boleh.


Justeru sesetengah filem diharamkan tayangannya, manakala sesetengah filem dipotong di sana sini, pada babak-babak tertentu sahaja.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya mempunyai 2 kategori buku: yang diharamkan dan yang tidak diharamkan.


Baik LPFN mahupun KDN, kedua-duanya adalah diasaskan di atas ideologi dan konsep kedaulatan dan pemeliharaan nilai-nilai budaya setempat.


....disambung


Sayangnya, pensyarah-pensyarah terjemahan Muslim tidak mempunyai ideologi, lalu mereka bulat-bulat mengajarkan prinsip-prinsip terjemahan konvensional, ciptaan mubaligh-mubaligh Kristian.


Akan kesilapan ini, ia bukan perkara baru. Ia dilakukan sejak pemerintahan Khalifah al-Maamun dengan institut terjemahan dirajanya yang dikenali dengan nama Baitul Hikmah.


Apakah Baitul Hikmah bukan konspirasi Yahudi?


....akan disambung lagi...


Baitul Hikmah adalah pusat kerja-kerja menterjemahkan karya Yunani ke dalam bahasa Arab. Disebabkan orang Arab tidak tahu bahasa Yunani, para penterjemah diambil daripada golongan Rabbi Yahudi. Mereka telah mempelajari bahasa Yunani kerana rekod-rekod Torah tertulis dalam bahasa Yunani.


Rabbi-rabbi Yahudi itu tahu bahasa Arab disebabkan mereka hidup di tengah-tengah masyarakat Arab.


Dalam kompleks Baitul Hikmah itu mereka diberi rumah mewah sebagai tempat tinggal percuma. Upah menterjemah yang dibayar kepada mereka oleh Khalifah Maamun adalah dengan cara menimbang berat buku asal dengan emas yang sama beratnya!


Rabbi-rabbi Yahudi itu bukanlah golongan miskin yang memerlukan pekerjaan daripada pemerintahan Arab-Islam, sebaliknya mereka adalah golongan pendeta dan ilmuwan yang berstatus tinggi dalam masyarakat Yahudi.


Mengapakah Rabbi-rabbi itu tidak menterjemahkan buku-buku logika Yunani itu ke dalam bahasa mereka sendiri, yakni bahasa Hebrew?


Mengapakah Rabbi-rabbi itu mengemukakan cadangan kepada al-Maamun supaya orang Arab mempelajari ilmu-ilmu logika Yunani?


Mengapakah mereka begitu bermotivasi mahu menterjemahkan ratusan buku-buku falsafah Yunani ke dalam bahasa Arab - bahasa kepada kaum yang menjadi seteru tradisional mereka? Apakah demi upah semata-mata? Apakah demi mahu melihat bangsa Arab menjadi bangsa ilmuwan?


....akan disambung, minum kopi dulu....


Di sini saya mengemukakan hipotesis bahawa Rabbi-rabbi Yahudi itu mempunyai agenda tersembunyi, yakni konspirasi bagi merosakkan pola pikir orang-orang Islam yang pada waktu itu dituntun oleh pemikiran Islamik sebagaimana yang diajarkan oleh kaum ulamak, dengan menggunakan strategi amat halus tetapi amat berbahaya dan amat berkesan, iaitu dengan memperkenalkan kepada cerdik pandai Arab kaedah berfikir logika formal dialektikal ciptaan intelek manusia-manusia pintar Yunani, Socrates, Plato dan Aristotles, dan anak-anak murid mereka.


Sejarah perkembangan dan tragedi konflik, krisis, dan keruntuhan intelektual Muslim selepas golongan cerdik pandai Arab mempelajari dan menguasai pola pikir dialektis tradisi Yunani, yang menghasilkan kemunculan kaum muktazilah, berlakunya peristiwa pembakaran kitab-kitab, penganiayaan ke atas para ulamak, sampailah timbulnya gagasan 'tertutupnya pintu ijtihad' adalah asas hipotesis saya ini.


..........jangan telan sahaja apa yang saya tuliskan ini! Baca sejarah kaum Muslim....


.......akan disambung


Apakah ciri logika Yunani yang mampu meruntuhkan pencapaian gemilang Zaman Keemasan ilmuan Islam?


Ciri utama logika Yunani itu adalah pada prosedur debate dialektis yang digunakan bagi membukti kebenaran. Bagaimanakah mahu membuktikan statement (tesis) "Semua bangau putih" itu benar? Caranya adalah dengan membuktikan statement itu tidak benar (antitesis). Prosedur berfikir ini diperhaluskan dengan sebaik-baiknya dalam sains oleh Popper.


Namun kelemahan yang paling ketara pada jalan pikir Yunani ini adalah ia tidak berguna bagi tujuan membuat penemuan dan penciptaan idea-idea baru. Sepintar-pintar Socrates, Plato dan Aristotles, orang Yunani tidak berupaya mencipta roda!


Yang paling menghancurkan adalah apabila jalan pikir debative dan dialektis ini digunakan dalam hal-hal Tauhid. Maka timbullah tragedi debat sia-sia "Apakah Quran itu makhluk ataupun bukan makhluk?"


.......akan disambung


Intisari jalan pikir Yunani adalah "membuktikan orang lain betul dengan cara membuktikan orang itu salah". Obsesi mencari kebenaran dengan cara membuktikan segala sesuatu itu salah, nah, inilah yang disebut sebagai critical thinking. Sepandai-pandai ahli falsafah Yunani, mereka hanya pandai membuktikan satu sama lain salah!


Prosedur berfikir secara debative dan dialektis ini bukan tradisi Islam. Nabi Muhammad SAW ada meninggalkan hadith yang lebih kurang maksudnya begini, sesiapa yang menggunakan kepandaian berhujah dengan tujuan suka mematahkan cakap orang lain, maka orang itu bukan pengikutnya. (Nota kepada mentee yang hafal hadith, tolong sebutkan hadithnya yang betul!)


Apakah Rabbi-rabbi Yahudi yang berjaya meyakinkan al-Maamun supaya mendirikan Baitul Hikmah itu tidak menyedari kecacatan serius akan jalan pikir Yunani ini, dan apakah mereka tidak terfikir bahawa kecacatan ini dapat dipergunakan bagi meruntuhkan Zaman Keemasan Baghdad, dan bagaimana ia juga dapat sekaligus merosakkan aqidah cerdik pandai Arab.


Tetapi, apakah perkaitan antara al-Maamun dengan etika profesion penterjemah Muslim yang kita bincangkan di sini?


Perkaitannya adalah, penterjemah Muslim tidak dibenarkan MENTERJEMAH bulat-bulat, kata demi kata, idea demi idea, halaman demi halaman, buku-buku yang maudhuknya (menggunakan istilah Tuan Rastom) anti-Tauhid!


sedang disambung.........


.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 16, 2006

Malu Membaca Buku Agama

Pernahkah saudara ternampak orang membaca buku agama di tempat awam? Umpamanya di airport sambil menunggu penerbangan, ataupun di dalam LRT, kereta api ataupun dalam bas?

Beranikah saudara membaca buku bertajuk "Asas-asas Aqidah Islam" dalam LRT di mana dalam koc itu ada penumpang-penumpang Melayu lain?

Mengapakah buku-buku agama malu dibaca di tempat-tempat awam?

.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Hari Sabtu! Jangan Lupa Kursus Menulis Cerita di PTS

Kita akan mengadakan kursus menulis semula cerita-cerita bertema moral dan agama bagi bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa, dengan menggunakan teknik-teknik surah Yusuf.

Tarikh: Sabtu 16 Disember 2006

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, KL.

Masa: 10 pagi - 5 petang.

Hubungi Cik Fatimah Danial sms 019 284 6105 bagi menempah tempat.

Persediaan sebelum hadir kursus: Beli sebuah buku cerita-cerita agama yang ada dijual di pasaran dan bawa bersama-sama apabila hadir.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 11, 2005

Teks Agama: Isu Budaya


Para pelajar teori terjemahan belajar tentang (a) teori terjemahan linguistik dan (b) teori terjemahan budaya.


Pakar-pakar teori terjemahan di Barat mengatakan terjemahan budaya tidak boleh dilakukan. Sebagai contoh seseorang itu melakukan terjemahan budaya apabila ayat "They held a party to celebrate their victory." menjadi "Mereka mengadakan kenduri bagi meraikan kemenangan mereka." Mereka sudah mengemukakan teknik-teknik memindahkan unsur budaya ke dalam bahasa sasaran. Adakah teknik-teknik yang mereka cipta itu dapat digunakan bagi menterjemahkan teks agama Islam?


Teks-teks tentang agama Islam terdiri daripada 5 kategori:


1. Teks Quran

2. Teks hadith

3. Teks yang diucapkan oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad, yang lazimnya mengiringi teks hadith.

5. Teks yang diucapkan oleh perawi hadith.

4. Teks yang ditulis oleh pengarang kitab-kitab agama.


Teks agama tidak terlepas daripada mengandungi banyak unsur-unsur budaya. Teks Quran, hadith dan tulisan pengarang kitab-kitab agama mengandungi unsur budaya yang banyak. Bagaimanakah caranya menterjemahkan unsur-unsur budaya yang terdapat dalam teks Arab ke dalam bahasa Melayu?


Isu unsur budaya muncul dalam teori terjemahan Barat disebabkan pengalaman mereka cuba menterjemahkan Bible ke dalam bahasa-bahasa dunia. Perlu disebut di sini para pelopor teori terjemahan moden sebagaimana yang diketahui hari ini adalah para mubaligh Kristian.


(Kita akan membincangkan isu ini apabila saya pulang dari bertugas outstation.)



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bahasa Moden untuk Teks agama

Hadith ke-2 dalam Koleksi Hadith 40 Imam Nawawi



Khalifah Umar bin Khatab melaporkan, katanya, “Pada suatu hari semasa kami sedang duduk dengan Nabi Muhammad, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memakai pakaian sangat putih bersih dan rambutnya hitam berkilat. Tidak ada tanda-tanda dia baru datang dari jauh. Tidak seorang pun antara kami yang mengenali siapa orang itu.


Lelaki itu datang lalu duduk betul-betul di depan Nabi Muhammad, sehingga kedua-dua buku lalinya bersentuhan dengan buku lali beliau.


Kemudian lelaki itu meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya di atas paha Nabi Muhammad, lalu dia bertanya, 'Terangkan apa itu Islam?'


Jawab Nabi Muhammad, 'Islam adalah kita mengakui bahawa tiada tuhan lain kecuali Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah, kita bersembahyang, kita membayar zakat, kita berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, dan kita naik haji apabila mampu.'


'Betul,' kata lelaki itu.



Kami semua berasa hairan, bagaimana pula dia yang bertanya kemudian dia pula yang mengatakan jawapan itu betul.


Kemudian lelaki itu bertanya lagi, 'Terangkan apa itu iman?'


Jawab Nabi Muhammad, 'Kita percaya kepada Allah, kita percaya kepada malaikat-malaikatnya, kita percaya kepada kitab-kitab suci yang diterima oleh para pesuruh Allah, kita percaya adanya alam akhirat, dan kita percaya kepada takdir Allah, sama ada yang baik mahupun yang buruk.'


'Betul,' kata lelaki itu.


Kemudian dia bertanya lagi, 'Terangkan apa itu ihsan?'


Jawab Nabi Muhammad, 'Kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu nampak dia, dan apabila kamu tidak nampak dia, kamu yakin dia nampak kamu.'


Kemudian lelaki itu bertanya lagi, 'Terangkan bilakah kiamat akan terjadi?'


Nabi Muhammad menjawab, 'Yang ditanya dan yang bertanya sama-sama tidak tahu.'


Kemudian lelaki itu bertanya lagi, 'Terangkan apa tanda-tanda dunia akan kiamat?'


Jawab Nabi Muhammad, 'Apabila perempuan-perempuan hamba melahirkan majikan mereka sendiri, apabila orang-orang yang tidak berkasut, orang-orang yang telanjang, orang-orang miskin dan para penternak kambing sudah berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi.'


Selepas mendengar jawapan Nabi Muhammad itu, lelaki tersebut pun pergi.


Saya terdiam beberapa waktu sehingga Nabi Muhammad berkata, 'Umar, tahukah saudara siapa lelaki itu tadi?'


Saya menjawab, 'Allah dan Pesuruhnya yang lebih tahu.'


Kata Nabi Muhammad, 'Lelaki itu tadi adalah malaikat Jibril. Dia datang bagi menerangkan kepada saudara-saudara sekalian tentang agama saudara-saudara.'â€


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 06, 2005

Bahasa Moden untuk Buku Agama

Hadith ke-25 dalam Antologi "Hadith 40" Imam Nawawi





Abu Dzar melaporkan, pada suatu hari beberapa orang sahabat Nabi Muhammad berkata kepada beliau, “Wahai Rasul Allah, orang-orang kaya berpeluang mendapat semua pahala. Mereka sembahyang macam kami sembahyang. Mereka berpuasa macam kami berpuasa. Mereka juga dapat bersedekah dengan harta mereka yang banyak.




Nabi Muhammad menjawab, “Bukankah Allah sudah menyediakan untuk saudara-saudara sesuatu yang dapat saudara sedekahkan? Dalam setiap tasbih ada sedekah. Dalam setiap takbir ada sedekah. Dalam setiap tahmid ada sedekah. Dalam setiap tahlil ada sedekah. Mengajak orang melakukan kebaikan adalah sedekah. Mencegah orang daripada melakukan kejahatan adalah sedekah. Menggauli isteri adalah sedekah.â€




Sahabat-sahabat Nabi Muhammad bertanya, “Wahai Rasul Allah, adakah kami diberi pahala apabila menggauli isteri kami?â€




Dijawab oleh Nabi Muhammad, “Cuba saudara katakan kepada saya, tidakkah jikalau saudara menggauli perempuan secara haram, saudara-saudara mendapat dosa? Dengan demikian, apabila saudara menggauli isteri saudara, saudara mendapat pahala.â€


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 4 pages  <  1 2 3 4 >