Tuesday, February 12, 2008

Sai-Fai yang Ditulis Menggunakan Teknik Surah Yusuf dan Bahasa Melayu Tinggi

Klik di sini bagi membaca sebahagian Sayap Adinila.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 16, 2008

Satu Lagi Novel Fantasi Sai-Fai dari PTS FORTUNA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 11, 2008

Contoh Format Sinopsis Novel Sai-Fai

Bagi saudara yang berminat mahu menulis novel-novel sai-fai, hantar dahulu sinopsis cerita saudara kepada PTS. Bagi mendapatkan contoh format sinopsis, tulis emel kepada Sifu klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 28, 2007

Idea dari Quran bagi Menggubah Cerita Sai-Fai dan Fantasi

Firdaus Ariff menulis tentang contoh-contoh insiden dan episod dalam kisah-kisah nabi yang dapat dijadikan pencetus ilham cerita. Klik dan baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 13, 2007

Sebagaimana yang Dijanjikan: PTS Kini Membuka Pasaran Laut Biru Kategori Sai-fai Islami

Pasaran buku Melayu penuh dengan banyaknya Laut Biru di sana-sini. Kecuali bagi novel cinta, semua kategori lain belum ada budak-budak besarnya.

Produk-produk untuk pembaca lelaki adalah salah satu Laut Biru yang amat ketara.

Sdr. Mat Jan adalah pegawai PTS yang diberikan tanggungjawab membuka dan mendominasi pasaran ini.

Bagi saudara yang berminat menulis fiksyen untuk lelaki, saudara wajib datang bengkel teori surah Yusuf pada 23 Disember akan datang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 30, 2007

Agama Masih Punya Tempat dalam Fantasi Barat

Dalam karya Naomi Novik yang amat popular ini, pengarangnya membezakan kehidupan dan nasib bangsa naga di negara Islam Kazakhstan, di negara China, dengan naga-naga di negara Inggeris.

Baca dalam blog Firdaus Ariff.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 29, 2007

Surat Pilihan: Jurutera-cum-Ilustrator-cum-Penulis Minta Idea

Assalamualaikum, Sifu.

Alhamdulillah dengan tunjuk ajar dari sifu dan juga staf PTS-One, akhirnya saya berjaya menyiapkan novel sai-fi saya yang sulung.

Jutaan terima kasih kepada sifu kerana memberi motivasi dan juga teknik-teknik penulisan. Memang sangat berguna untuk penulis baru seperti saya.

Di sini saya ingin meminta pendapat dan tunjuk ajar dari sifu bagaimana untuk mengarang sambungan atau sekuel dari novel pertama.

Juga saya ingin mengetahui apakah trend terkini dunia penulisan agar novel kedua ini akan mendapat tempat di pasaran kelak (niat utama pastilah untuk memandaikan bangsa)

Saya sertakan draf sinopsis untuk komentar dari sifu.

Sekian, terima kasih.

M FAISAL NORDIN (ilustrator dan pelukis cover SKK) 

............................

Nota Sifu kepada penulis PTS yang lebih senior: Tolongi Sifu menjawab pertanyaan Tuan Jurutera hensem kita ini!  (Mana Tuan Zafran?!)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 07, 2007

Menulis Sai-Fai

Menulis fiksyen sains bukan sahaja perlu belajar tentang sains dan teknologi, tetapi aspek sosial dan sejarah. Karya sains juga memerlukan input yang meluas sebagai bahan. Antara yang menarik adalah peranan mimik muka dalam perhubungan serta perang siber....

Baca lebih banyak di Studio Inspirasi

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 01, 2007

Sejarah Sebagai Sumber Plot dalam Fiksyen Sains

Baca di sini bagaimana realiti dalam sejarah dunia dapat dijadikan sumber plot realiti alternatif dalam fiksyen sains.

Mata pelajaran sejarah adalah antara subjek paling tidak popular di kalangan pelajar-pelajar kita. Namun sejarah adalah sumber ilham yang tidak pernah tuntas.

Sesiapa sahaja yang mahu menjadi pengarang berjaya wajib membaca banyak buku-buku sejarah.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 23, 2007

Formula Hero Jepun

Di Jepun, ada begitu banyak siri-siri komik dan animasi diterbitkan saban tahun. Pelbagai topik yang diketengahkan seperti sukan, makhluk asing, angkasa lepas, mecha, drama sekolah hinggalah kepada tukang masak. Namun begitu, siri-siri yang berjaya nampaknya mempunyai formula tertentu.

Baca selanjutnya tulisan profesor kecil Firdaus di sini....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 05, 2007

Modal Kecil

Makoto Shinkai menerima anugerah The Highest Award di Tokyo International Animation Fair 2002.

Keseluruhan proses penciptaan filem ini dibuat sendiri oleh Makoto Shinkai menggunakan komputer Macintosh beliau sahaja!

Lakonan suara pula disumbangkan oleh beliau sendiri dan tunangnya (kini isterinya) manakala rakannya Tenmon menyumbangkan muzik.

Baca lagi di sini....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 27, 2007

Tim Projek Terjemahan Karya-karya Jules Verne

Kita mencari 4 orang untuk projek menterjemah 4 buah novel fantasi karya Jules Verne, bapa fantasi moden.

Kursus khas teknik terjemahan akan diadakan, dan 4 penterjemah terbaik akan dipilih.

Daftar di sini.

Tulis nama, emel, dan nombor hp.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 18, 2007

Sektor Sastera: Mana Sastera Jantan

Apabila saudara masuk kedai buku, saudara dapat lihat buku-buku sastera remaja sudah (a) diberi rak-rak khas, dan (b) diletakkan di kawasan tidak jauh dari pintu masuk.

Dua perkara itu adalah bukti bahawa buku-buku sastera remaja bergerak laju.

Isunya sekarang adalah (i) mempelbagaikan isi kandungan cerita dalam sastera remaja, dan (b) membanyakkan lagi judul baru setiap bulan.

Dalam keadaan sekarang, majoriti sastera remaja adalah ditargetkan kepada remaja perempuan. Jadi tidak hairanlah apabila perempuan lebih banyak membaca novel.

Buku-buku fantasi pun dipakejkan supaya remaja perempuan suka membeli dan membacanya. Itulah sebabnya wajah kulit buku-buku itu memang sesuai dengan citarasa perempuan.

Jadi kita melihat kesan "ayam dengan telur" sedang berlaku. Penerbit menerbitkan novel untuk perempuan. Perempuan baca novel. Lelaki tidak baca novel. Penulis lelaki pun menulis novel untuk perempuan. Penerbit pun semakin menerbitkan novel untuk perempuan.

Bak kata Sdr. Mat Jan, kita amat mahukan sastera remaja yang lebih "jantan" bagi memenuhi keperluan remaja lelaki. Beliau dipertanggungjawabkan oleh pengurusan PTS supaya membuka pasaran sastera jantan. Berat mana mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 15, 2007

Lagi Teknik Backstory dalam Sai-Fai

Siapakah lelaki tua dengan 2 pistol ini? Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 07, 2007

Apa itu Audience Surrogate

Kadang-kala, sesuatu perkara itu tidak wajar ditanyakan oleh watak utama. Contoh keadaan ini adalah apabila watak utama adalah sekumpulan askar elit misalnya, mana mungkin mereka saling bertanyakan perkara-perkara yang asas. Namun, maklumat asas itu penting bagi pembaca. Dalam keadaan begini, peranan ‘audience surrogate’ berguna. Baca seterusnya di sini...

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 06, 2007

Dilasi Waktu dalam Sai-Fai

Teori time-dilation mengatakan pesawat angkasa saudara boleh terbang hampir-hampir selaju cahaya, yakni 99.999% kelajuan cahaya. Pada kadar ini pesawat dan isinya tidak bertukar menjadi bahan-tenaga. Manakala ia meluncur hampir sama laju dengan cahaya.

Teori relativiti mengatakan, masa dalam pesawat yang terbang pada pada 99.999 kelajuan cahaya adalah termampat, atau compressed. Ini menyebabkan kita yang berada di luar pesawat itu mengatakan pesawat tersebut sudah terbang 30 tahun, tetapi bagi anak-anak kapal yang berada di dalamnya, mereka berasa mereka baru terbang beberapa jam sahaja.

Dengan menggunakan dilasi-waktu, pesawat saudara dapat berulang-alik dari bintang-ke-bintang dan dari bumi-ke-bintang, tanpa menggunakan pesawat generasi ataupun pesawat cryo.

Tetapi ada suatu hal lain pula. Manusia yang pergi ke bintang tidak berminat pulang ke bumi, sebab apabila mereka pulang ke bumi, manusia di bumi sudah 30 tahun lebih tua!

Bayangkan, walaupun dia pergi dan balik ke Bumi dalam masa beberapa jam sahaja, tetapi kekasihnya yang berusia 20 tahun kini sudah 50 tahun! Ataupun semasa dia berlepas terbang ibu bapanya masih hidup, beberapa jam kemudian, mereka sudah mati....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 05, 2007

Backstory Teknikal dalam Sai-Fai

Profesor kecil Firdaus Arif menerangkan teknik menuliskan backstory dalam karya sai-fai yang saudara sedang tulis sekarang.

Baca di sini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 03, 2007

Pesawat Koloni dalam Sai-Fai

Salah satu teknologi yang digunakan oleh pengarang sai-fai bagi mengatasi halangan kelajuan-cahaya dalam penerbangan dari bintang-ke-bintang adalah idea pesawat-koloni.

Pesawat koloni terbang dengan kelajuan yang lebih rendah daripada kelajuan cahaya, oleh itu ia mengambil masa beratus-ratus tahun sebelum tiba ke bintang destinasi.

Ia tidak membawa penumpang manusia, sebaliknya ia membawa embrio manusia yang dibekukan. Apabila pesawat itu sudah tiba di destinasinya, komputer dalam pesawat itu akan membuka balang pembeku embrio dan menghidupkan semula embrio-embrio yang dibawanya.

Seterusnya robot-robot dalam pesawat itu menjaga embrio menjadi bayi-bayi sehingga mereka dapat membesar dan seterusnya menjadi manusia dewasa.

Ini bermakna manusia-manusia itu tidak tahu menahu siapa ibu bapa mereka, dan tidak tahu akan wujudnya bangsa-bangsa manusia di planet Bumi.

Demikian pula manusia di Bumi pun tidak tahu apakah pesawat koloni itu berjaya mencari bintang yang sesuai bagi kehidupan manusia di sana, apatah lagi hendak mengetahui di mana kedudukan bintang itu.

Justeru, penerbangan pesawat koloni itu adalah pernerbangan satu hala, yakni tidak mungkin ia dapat pulang ke Bumi. Jadi, bagi embrio yang membesar sebagai manusia di bintang itu, mereka tidak dapat mengharapkan sebarang bantuan dari manusia di Bumi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 02, 2007

Teknik Mengumpat dan Backstory

Teknik "mengumpat" digunakan dalam surah Yusuf bagi menyampaikan backstory.

Teknik ini juga digunakan dalam karya sai-fai. Baca seterusnya di sini....

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 01, 2007

Cryo-travel dalam Sai-Fai

Penerbangan-cryo banyak digunakan dalam cerita-cerita sai-fai bagi mengatasi halangan batas kelajuan-cahaya.

Teori cryo-travel mengatakan pesawat yang digunakan dalam penerbangan dari bintang-ke-bintang itu terbang dengan kelajuan lebih rendah daripada cahaya, oleh yang demikian ia mengambil waktu beratus-ratus tahun sebelum tiba ke bintang destinasi.

Para pengembara dalam pesawat itu berada dalam keadaan animasi terapung - suspended animation - di mana tubuh mereka dibekukan ataupun disimpan dalam balang animasi, di bawah pengawasan krew pesawat yang beberapa orang sahaja.

Apabila pesawat sudah tiba di bintang destinasi barulah mereka itu dibangunkan semula, baik oleh krew bertigas, ataupun oleh sistem dalam pesawat itu sendiri.

Teknologi cryo-tarvel ini membolehkan saiz pesawat itu kecil walaupun ia membawa ramai penumpang kerana tidak perlu membawa bekal makanan.

Cara ini juga membolehkan pengembara yang cedera ataupun sakit disimpan dalam balang sehingga rawatan dan ubatnya dijumpai.

Bagi setiap teknologi, akan ada kegunaan dan bahayanya. Teknologi cryo dapat digunakan bagi pelbagai tujuan jahat. Jika dalam cerita saudara itu teknologi cryo hanya membawa kebaikan semata-mata, pembaca yang pintar tentu akan mengatakan cerita saudara tidak bermutu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 29, 2007

Perempuan Cantik dalam Sai-Fai

Salah satu isu yang ditimbulkan dalam bengkel sai-fai Sabtu lalu adalah isu karekter perempuan.

Otai Mat Jan dan Profesor Kecil Firdaus Ariff mengatakan sudah menjadi ciri sai-fai, watak perempuan hanya seorang, dan perempuan itu tidak perlu jelitawan. Wajah biasa-biasa pun dapat menghasilkan filem yang ngetop!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 27, 2007

Kapal Generasi dalam Sai-Fai

Penerbangan dari bintang ke bintang dapat dilakukan menggunakan idea kapal generasi. Kapal jenis ini bergerak kurang daripada kelajuan cahaya oleh itu ia mengambil waktu yang lama, dan terpaksa membawa bahan tenaga yang banyak.

Walau bagaimanapun, ada suatu perkara yang bagus pada idea kapal generasi. Di ruang angkasa lepas hampir tidak berlaku geseran, oleh itu pada kelajuan yang tertentu kapal itu dapat terus meluncur dan terbang laju pada hala yang sama, tanpa memerlukan bahan bakar lagi.

Tetapi idea kapal generasi begini ada pula kelemahannya. Bahan tenaga yang diperlukan bagi mengangkat kapal itu keluar dari ruang orbit Bumi menjadi sebahagian daripada jisim yang mesti diangkat.

Jadi bahan tenaga yang diperlukan bagi meningkatkan kelajuan kapal itu akan menjadi beban tambahan yang mesti ikut dibawa kapal sehingga menyebabkan kapal itu tidak dapat hendak menaikkan kadar kelajuannya.

Bukan itu sahaja, disebabkan kapal itu memerlukan bahan tenaga bagi memerlahankan kelajuannya apabila sudah hampir tia ke destinasi, dan tenaga bagi fasa memasuki orbit dan pendaratan, ertinya kapal itu terpaksa membawa bahan tenaga yang banyak. Bagaimana pula jika di bintang sana tidak ada bekalan bahan tenaga itu. Ertinya, ia mesti membawa bahan tenaga empat kali ganda lebih banyak daripada jisimnya, jikalau tidak kapal itu tidak dapat balik ke Bumi.

Bagi mengatasi masalah banyaknya bahan tenaga yang diperlukan bagi mengeluarkan kapal angkasa yang besar dari dalam orbit Bumi, kapal itu dapat dibina di angkasa, dan di lancarkan dari stesen yang jauh daripada Matahari. Apabila kapal itu tiba ke Dunia Baru, kapal itu diletakkan dalam orbit, manakala para penumpangnya turun ke muka planet itu dengan menaiki pesawat shuttle.

Menggunakan teknologi yang hebat itu pun kapal tersebut tidak akan dapat terbang lebih laju daripada 10 peratus kelajuan cahaya – yakni cuma 67 juta batu sejam. Pada kelajuan itu pun perjalanan ke bintang yang paling dekat mengambil masa 300 tahun.

Itulah sebabnya kapal jenis ini dinamakan kapal generasi. Kapal itu mempunyai persekitaran dalaman yang menyerupai keadaan di Bumi, lengkap dengan tumbuh-tumbuhan yang membekalkan makanan dan oksigen. Anak-anak kapal itu lahir dan mati dalam kapal itu. Mayat mereka diproses dan dijadikan bahan ekosistem dalam kapal itu.

Idea kapal generasi sudah banyak ditulis orang, khususnya dalam cerita-cerita tentang kapal di mana anak-anak kapalnya sudah lupa dari planet mana mereka berasal, malah lupa bahawa mereka sebenarnya berada dalam kapal.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saintis Steampunk

Idea! Idea! Idea! Di manakah kau, idea?

Ini satu lagi sumber idea bagus bagi saudara-saudara yang berkarya dalam Tim Sai-Fai PTS di bawah pimpinan Sdr. Mat Jan.

Komputer mekanikal adalah lebih lasak daripada komputer silikon. Justeru banyak sekali kegunaan komputer lasak ini dalam cerita-cerita sai-fai.

Baca seterusnya tulisan Profesor Kecil Firdaus Ariff di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 26, 2007

Hukum Hyperspace dalam Sai-Fai

Dalam genre fiksyen spekulatif, salah satu idea bagaimana manusia dapat melepasi batas hukum kelajuan cahaya adalah dengan mencipta hukum hyperspace atau ruang-hiper.

Dalam teori yang ada sekarang, atau ruang, adalah bersifat 3-dimensi. Dalam idea hyperspace, space bersifat 4-diemensi ataupun lebih. Justeru dalam dimensi ke-4 itu, ruang dapat dilenturkan, dapat dibengkokkan, dan dapat dilipat-lipat. Macam tiub getah, hujung A dapat dibengkokkan dan didekatkan kepada hujung B. Jadi apa yang di hujung sana dapat didekatkan ke hujung sini dengan membengkokkan tiub getah itu.

Justeru, Bumi yang jauh dari bintang dapat didekatkan dengan melipat ruang yang memisahkannya.

Isunya sekarang, bagaimanakah manusia dapat melompat keluar daripada ruang di mana kita sekarang berada, yakni ruang yang bersifat 3-dimensi ini.

Kalau manusia dapat melompat keluar, bagaimana pula kita dapat memasuki ruang hyperspace yang bersifat 4-dimensi itu. Kemudian, manusia mesti mempunyai cara bagaimana dapat masuk semula ke ruang 3-dimensi yang ditujunya itu.

Perjalanan melalui trowong ruang hyperspace ini disebut “the jumpâ€. Banyak hukum-hukum telah dicipta oleh pengarang sai-fai berkenaan perjalanan dalam trowong hyperspace.

Issac Asimov mengemukakan cara bagaimana manusia dalam pesawat yang masuk ke dalam trowong hyperspace itu lenyap buat sementara, seakan-akan mati sementara, sebelum ia dapat keluar semula di destinasinya.

Ada pula pengarang sai-fai yang tidak menggunakan pesawat langsung. Sebaliknya pengarang itu mengatakan trowong hyperspace memang wujud. Yang perlu adalah mengetahui di mana letaknya pintu keluar-masuk yang menyambungkan pintu di Bumi dengan pintu di Planet X. Jadi kita tahu di mana ada pintu keluar masuk di Bumi dan di Planet X, manusia boleh melangkah masuk ke dalam trowong hyperspace itu dan berjalan sampai tiba ke pintu keluar di Planet X.

Larry Niven pula mengatakan pintu masuk trowong hyperspace itu bukan sedia wujud, sebaliknya ia dicipta menggunakan mesin. Mesin itu mencipta lorong-lorong ke mana ia hendak pergi melalui ruang hyperspace.

Ada lagi idea tentang ruang hyperspace yang mengatakan kalau manusia mahu melompat keluar dari ruang 3-dimensi masuk ke ruang hyperspace, kita mesti berada hampir dengan bintang besar supaya dapat melompat.

Ada pula idea yang mengatakan kita tidak boleh berada di tempat di mana di situ ada sumber graviti yang besar sebab graviti itu akan mendistorsikan lompatan yang dilakukan.

Idea “hyperspace†dicipta oleh pengarang-pengarang sai-fai bagi membolehkan watak-watak dalam ceritanya mengembara dari satu dunia ke dunia lain dengan cara yang cepat dan murah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 25, 2007

Sayembara Sai-Fai!

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang mengadakan Sayembara Novel Cerita Sains dan Teknologi.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Hukum Alam Semulajadi dalam Dunia Fantasi

Sebagai pengarang cerita sai-fai mahupun fantasi yang berkualiti tinggi, yakni cerita-cerita yang seronok dinikmati oleh pembaca-pembaca pintar, fasa pertama adalah saudara perlu mencipta cerita yang penuh dengan makna.

Mula-mula sekali, saudara perlu mempertajamkan pemahaman saudara tentang dunia realiti, bukan tentang dunia fantasi dalam cerita saudara itu nanti. Saudara perlu memahami hukum-hukum alam semulajadi yang Tuhan cipta sebelum saudara menciptakan hukum-hukum alam bagi dunia fantasi saudara.

Dunia-dunia fiksyen spekulatif sentiasa berbeza daripada dunia realiti. Ini menyebabkan pembaca saudara tidak pasti apa barangkali yang boleh berlaku dan apa yang tidak boleh berlaku dalam buku cerita dunia fantasi yang baru mula hendak dibacanya.

Justeru, sebagai pengarang, saudara perlu dengan jelas menerangkan hukum-hukum ciptaan saudara itu pada bahagian awal buku ceritanya. Ini bermakna, saudara takkan dapat menerangkan hukum-hukum itu melainkan saudara faham hukum-hukum itu.

Sebagai contoh, ambil kes cerita pengembaraan angkasa atau space-travel. Awal mula pertama mula, mengapakah cerita-cerita sai-fai perlu mencipta konsep “space travelâ€

Jika saudara hendak mencipta cerita penerbangan antara-planet yang berkualiti tinggi bagi pembaca pintar, saudara perlu memahami 2 hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan iaitu (1) hukum kelajuan cahaya, dan (b) hukum nisbah antara jisim bahan-tenaga dengan tenaga bahan-tenaga.

Teori Einstein mengatakan tidak ada sesuatu yang dapat terbang lebih laju daripada cahaya. Apa-apa yang terbang sama laju dengan cahaya akan bertukar menjadi tenaga.

Pesawat dari Bumi yang menuju bintang mengambil masa yang panjang sebelum tiba ke bintang itu. Ini bererti jika juruterbangnya manusia biasa, dia akan tua dan mati dalam perjalanan.

Justeru, apakah strategi bagi membolehkan manusia mengatasi batasan hukum semulajadi ciptaan Tuhan, yakni hukum kelajuan-cahaya itu?

Itulah sebabnya, pada awal-awal cerita lagi saudara perlu menerangkan kepada pembaca hukum-hukum penerbangan antara planet yang berlaku dalam cerita saudara itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bahasa Makhluk Asing

Ada bunyi-bunyi cakap mulut yang khusus keluar dari mulut orang Melayu, seperti hoi, eh, eleh, jom, alamak, aduh, cis, ewah dan lain-lain.

Apabila bunyi-bunyi khusus-Melayu itu digunakan dalam dialog, pembaca yang sedang berada di bumi fantasi berasa dia ditarik turun ke bumi realiti.

"Eh! Apa yang berlaku?†(Bunyi macam orang Melayu yang bercakap disebabkan ada bunyi “Eh!â€)

"Apa yang berlaku?†(Makhluk asing pun boleh berkata begini.)

"Alamak! Bagaimana dapat kubuka pintu besi ini?†(Bunyi macam orang Melayu yang bercakap disebabkan ada bunyi “Alamak!â€)

"Bagaimana dapat kubuka pintu besi ini?†(Makhluk asing pun boleh berkata begini.)

Jangan gunakan sebarang ekspresi lisan yang khusus digunakan oleh orang Melayu kerana ia menjadikan dialog itu dialog alam realiti, bukan dialog alam fantasi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Steamboy

Baca artikel menarik ini klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 24, 2007

Fenomena “dunia aneh” dalam Fiksyen Spekulatif

Orson Scott Card mengatakan penulis fiksyen spekulatif hendaklah mencipta sebuah dunia yang aneh, kemudian dari awal-awal lagi dunia itu sudah diperkenalkan kepada pembaca.

Dalam karya fantasi yang berkualiti, pengarang bukan hanya mencipta dunia aneh itu, dia juga mencipta satu set hukum-hukum alam semula jadi yang hanya berlaku dalam dunia anehnya itu. PENTING: Segala peristiwa dalam cerita saudara itu hendaklah mematuhi hukum-hukum tersebut dari awal cerita sehingga hujung cerita.

Contoh sebuah dunia aneh adalah di mana, dalam dunia itu, sang hero dapat berjumpa dan bercakap-cakap dengan dirinya sendiri.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Profesor Kecil Firdaus Ariff apabila beliau mengatakan dengan menciptakan hukum-hukum alam semula jadi yang berlaku hanya di dunia aneh itu, kita secara automatis terlepas daripada sekatan konsep yang terpakai dalam dunia realiti seperti konsep magik, sihir, karomah, mukjizat dan seumpamanya.

Justeru, di dunia aneh yang saudara ciptakan, ada hukum semulajadi yang membolehkan semua warga dunia itu berjumpa dengan dirinya sendiri. Ini hanya berlaku di dunia aneh itu sahaja.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Game Struktural dalam Sai-Fai

Karya-karya H. G. Wells adalah logikal dan serius. Dalam cerita-cerita ciptaannya seperti dalam The Time Machine, beliau mebuat ekstrapolasi berkenaan pelbagai mesin dan kenderaan yang dapat dicipta oleh kemajuan sains, serta perkara-perkara yang mungkin akan terjadi.

Dari sudut kandungan teori-teori dan logik sains, karya-karya Jules Verne, penulis berbangsa Perancis, kurang serius. Sebagai cobtoh, karya beliau yang paling terkenal i seluruh dunia Around the World in Eighty Days mengandungi cerita-cerita pelik berkenaan dunia sebenar semasa zaman Verne hidup.

Cerita Around the World in Eighty Days menjadi fiksyen sains disebabkan penutup cerita itu adalah didasarkan pada pengetahuan tentang suatu fakta sains - bahawa apabila seseorang itu mengembara dengan mengambil jalan yang menuju arah timur, hero dalam cerita itu sampai 1 hari lebih awal, yakni apabila dia melintasi Garis Waktu Antarabangsa.

Dalam The War of the World karya H.G. Wells, makhluk-makhluk dari planet Marikh yang menyerang Bumi kalah kepada serangan penyakit selsema biasa.

Kesudahan cerita dalam kedua-dua buku itu mengembalikan keyakinan pembaca terhadap hukum-hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan. Inilah yang dikatakan unsur "game struktural" dalam fiksyen sains dan fantasi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 23, 2007

Magik dalam Fiksyen Sains

Jikalau saudara berkata, "Niat ingsung, moto kaji, semar ngiseng!" lalu pintu gua terbuka... itu fantasi namanya.

Jika saudara membuka pintu gua itu dengan menekan punat pada sebuah mesin... itu fiksyen sains namanya.

Jika dalam cerita saudara itu, sang hero naik tikar yang dapat terbang lebih laju daripada cahaya, pergi dari satu planet ke planet lain, itu fantasi namanya, sebab penerbangan tikar itu menyanggah hukum-hukum alam semulajadi.

Tetapi jika dalam cerita itu pesawat time-machine ciptaan saudara itu mempunyai ciri-ciri teknikal yang membolehkan ia mematuhi hukum-hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan, maka itu fiksyen sains namanya.

Justeru, bukan hanya dunia fantasi yang mesti mempunyai hukum-hukum semulajadinya sendiri, fiksyen sains pun begitu juga. Jika dalam cerita saudara itu ada pesawat yang mampu terbang lebih laju daripada kelajuan cahaya, saudara mesti terangkan perkara itu dari permulaan cerita lagi. Dengan demikian saudara memberitahu pembaca bahawa dalam alam aneh ciptaan saudara itu, penerbangan seperti itu adalah perkara lazim.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ciri Magik yang Menjatuhkan Mutu Fantasi

Di manakah letaknya sempadan teknikal antara sai-fai dan fantasi?

(1) Apabila cerita itu berlaku di alam lain, tetapi hukum-hukum semulajadi di alam itu serupa dengan hukum-hukum semulajadi di Bumi kita, maka cerita itu adalah cerita sai-fai. Apabila ia tidak serupa, maka cerita itu adalah fantasi.

(2) Cerita sai-fai adalah cerita yang boleh berlaku, tetapi tidak berlaku. Fantasi adalah cerita yang tidak mungkin berlaku.

Kuasa magik adalah mustahil, justeru jika cerita saudara adalah berkenaan kuasa magik, itu cerita fantasi.

Jin tidak dapat dilihat, justeru jika dalam cerita saudara itu ada watak jin yang dapat keluar masuk botol dan dapat saudara suruh arah, itu adalah cerita fantasi.

Mustahil ada binatang yang menghembuskan api keluar dari mulut dan lubang hidungnya, justeru jika ada haiwan seperti itu dalam cerita saudara, maka itu adalah cerita fantasi.

Dalam cerita fantasi, semua boleh berlaku belaka. Menurut Orson Scott Card, apabila dalam cerita fantasi yang saudara cipta itu semuanya boleh belaka, cerita saudara itu tidak bermutu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Di Mana Sempadan Fiksyen Sains dan Fantasi

Sempadan antara fiksyen sains dan fantasi adalah jelas. Ia begitu jelas sehingga kita dapat mengenal pasti ada pengarang yang hanya menulis fiksyen sains, dan ada pula pengarang yang hanya menulis fantasi.

Perbezaan antara fiksyen sains dan fantasi adalah pada:

(a) Cara bagaimana cerita itu dituliskan.

(b) Pembacanya, di mana lebih banyak lelaki membaca fiksyen sains, manakala lebih banyak perempuan membaca fantasi.

Dalam kedai, buku-buku fiksyen sains dan fantasi dipamerkan di rak yang sama. Banyak pengarang yang terkenal menulis kedua-dua jenis buku, di mana mereka menghasilkan buku-buku fiksyen sains dan juga buku-buku fantasi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 22, 2007

Kuasa Magik dalam Fantasi

Dalam dunia fantasi, semuanya boleh belaka. Namun, apabila semuanya boleh belaka, kualiti cerita jatuh.

Dalam alam fantasi yang semunya boleh belaka, peduli apa kalau hero terjatuh ke dalam perigi beracun? Bukankah dengan kuasa magik yang ada padanya, dan dengan menutup mata dan memanggil jin kesayangannya, dia dapat keluar dari perigi itu? Peduli apa?

Dalam cerita fantasi yang baik, kuasa magik watak-wataknya hendaklah dihadkan dengan jelas.

Dalam alam fantasi, had-had kuasa magik itu menggantikan hukum-hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan dalam dunia realiti, yakni saudara ciptakan hukum-hukum yang menghadkan keupayaan manusia sepanjang perjalanan cerita fantasi itu.

Apabila saudara mencipta suatu dunia fantasi, saudara perlu mencipta suatu set hukum-hukum semulajadi bagi alam ciptaan saudara itu. Ertinya, dalam alam fantasi sekalipun mesti ada hukum-hukum alam yang menghadkan kuasa magik watak-wataknya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 20, 2007

Bengkel II Fiksyen Sai-Fai Sabtu 28hb Julai - Gratis

Tarikh: 28 hb Julai 2007
Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata KL.
Masa: 10 pagi - 5 petang

Pembimbing 1: Otai Sdr Mat Jan
Pembimbing 2: Profesor Kecil Firdaus Ariff.

Daftar di sini. Tulis nama, no hp dan emel.

Nota: Sifu akan hadir sebagai peserta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(31) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 19, 2007

Mengapa PTS Komited pada Sastera Sai-fai

Sastera sai-fai sudah membuktikan dirinya sebagai genre yang bermanfaat dibaca dan diajarkan kerana ia meninggalkan kesan positif pada kemajuan sains dan teknologi.

Ada laporan kajian yang menunjukkan saintis-saintis dan ahli teknologi yang kreatif adalah mereka yang membaca sai-fai semasa remaja.

Baca di sini tulisan Profesor Kecil Firdaus bagi mengetahui bagaimana siri Star Wars melahirkan inovasi yang berguna kepada manusia.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Rezeki Baik Bagi Penulis Sai-Fai PTS!

Puan,

Saya menawarkan kepada penulis-penulis buku sai-fai PTS dapat menulis dalam cerpen juga dan menghantarnya kepada kami untuk diterbitkan di dalam Dewan Kosmik.

Buat masa ini, cerpen sai-fai Saudara Firdaus bakal diterbitkan bagi keluaran September.

Nota Sifu: Hantar emel kepada Tuan Anuar Manshor, Editor Dewan Kosmik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pembaca Sai-fai

Menurut Orson Scott Card, dari sudut pandang penulis buku-buku cerita, khalayak sastera yang paling bagus adalah para penggemar sastera sai-fai.

Banyak faktor yang menjadikan mereka audiens yang bagus.

(1) Pertama-tama penggemar sai-fai adalah individu-individu yang pintar otaknya.

(2) Kedua mereka bersikap amat terbuka, open-minded.

(3) Ketiga, mereka bukan hanya mahu merasai apa yang mereka baca, mereka juga mahu memikirkan apa yang mereka baca.

(5) Keempat, mereka bukan hanya mahu memahami cerita yang dibaca, mereka juga mahu berangan-angan.

(5) Dan yang paling istimewa tentang penggemar sastera sai-fai, mereka itu mahu dan suka dibawa ke tempat-tempat di mana tidak ada sesiapa pernah pergi ke situ.

Apabila saudara berpeluang menulis cerita-cerita bagi bacaan golongan ini, ia adalah suatu kedudukan yang istimewa dalam dunia penulisan, dan apabila mereka menggemari karya yang saudara hasilkan, ia adalah penghormatan yang amat istimewa bagi penulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Itu Fiksen Spekulatif

Menurut Orson Scott Card, cerita-cerita yang termasuk ke dalam kategori fiksyen spekulatif adalah:

(1) Apa sahaja cerita yang settingnya adalah masa depan kerana masa depan adalah sesuatu yang kita tidak tahu. Justeru apa juga cerita yang meramalkan terciptanya pelbagai teknologi masa depan adalah termasuk dalam kategori ini.

(2) Apa sahaja cerita yang settingnya adalah pada masa lampau, yang bertentangan dengan fakta-fakta sejarah sebagaimana yang diketahui.

Dalam alam fiksyen sains, ini disebut dengan istilah cerita-cerita "alternate world". Sebagai contoh, apa yang berlaku sekiranya Parameswara tidak pernah masuk Islam, ataupun Sultan Mahmud tidak pernah berkahwin dengan puteri Cina yang bernama Hangli-Po, sebaliknya berkahwin dengan puteri dari India yang bernama Sairabanu.

(3) Apa sahaja cerita yang settingnya bukan di planet Bumi, sebab belum ada manusia yang pernah sampai ke sana. Tidak kiralah apakah watak-watak dalam cerita-cerita itu melibatkan manusia ataupun bukan manusia, kalau settingnya bukan Bumi, maka ia termasuk dalam fiksyen spekulatif.

(4) Apa sahaja cerita yang kononnya berlaku di Bumi, tetapi pada masa dahulu kala, sebelum sejarah dicatat manusia, pada zaman yang tiada bukti-bukti arkelologi sebagai bukti kewujudannya - cerita-cerita kononnya makhluk asing pernah datang ke Bumi, cerita-cerita tentang tamadun manusia yang tidak terdapat bukti peninggalannnya, ataupun cerita-cerita tentang kerajaan-kerajaan purba yang kononnya masih wujud sehingga hari ini.

(5) Apa sahaja cerita yang bertentangan dengan hukum-hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan. Dalam kategori ini termasuklah cerita-cerita ilmu ghaib, magik, sihir, tahyul. Ada juga jenis fiksyen sains yang masuk dalam kategori ini: cerita-cerita tentang pengembaraan waktu (time travel) ataupun manusia halimunan.

Ringkasnya, cerita-cerita dalam fiksyen sains dan fiksyen fantasi adalah cerita-cerita yang berlaku di tempat-tempat yang tidak pernah wujud ataupun di luar pengetahuan manusia.

Dalam karya Orson yang bertajuk Invasive Procedures, George Galen adalah seorang ahli sains yang brilian, pelopor terapi gen. Tetapi dia mempunyai kegilaan yang sangat membahayakan.

Dia sudah berjaya mencipta kaedah mengubah DNA manusia, bukan sahaja bagi tujuan perubatan, tetapi juga supaya "membaiki" lagi manusia - mereka dapat sembuh lebih cepat dan akan ikut sahaja semua arahannya.

Frank Hartman adalah pakar virologi yang brilian, bertugas di agensi rahsia pertahanan bio-hazard milik kerajaan.

Dia sudah tahu bagaimana melemahkan virus pengubah-DNA ciptaan Galen. Dengan itu Hartman menjadi satu-satunya penghalang cita-cita Galen mahu "membaiki" seluruh bangsa manusia.

Thriller sains ini membawa pembaca jauh ke masa hadapan bagi melihat janji-janji kebaikan dan kecelakaan yang dapat diciptakan oleh sains perubatan genetik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Fiksyen Spekulatif

Istilah speculative fiction memasukkan baik fiksyen sains mahupun fiksyen fantasi ke dalam satu kategori, yakni fiksyen spekulasi. Semua cerita yang berlaku di tempat-tempat yang tidak mempunyai sebarang keserupaan dengan alam realiti adalah termasuk dalam fiksyen spekulatif.


Dua ciri utama yang ada dalam fiksyen spekulatif adalah kegemaran pada gajet-gajet dan pengembaraan ke alam-alam yang penuh misteri dan benda-benda pelik.

Pada masa ini di Amerika, jualan fiksyen sains jauh lebih besar daripada jualan fiksyen fantasi. Pembaca lelaki lebih gemar membeli fiksyen sains.

Pembaca perempuan menggemari fiksyen fantasi. Pendek kata, pasaran fantasi adalah kecil.

Karya fiksyen fantasi yang paling terkenal adalah Lost Horizon, karya James Hilton. Beliaulah yang memperkenalkan istilah Shangri-La ke dalam Bahasa Inggeris. Buku ini mencipta sejarah apabila ia menjadi buku pertama pernah diterbitkan dalam bentuk paperback.

Lost Horizon menceritakan kewujudan suatu tempat yang menyamai syurgaloka, yang kehadirannya di pergunungan Himalaya dirahsiakan oleh sami-sami Budha yang mengetahui tentang kewujudannya.

Di lembah Shangri-La itu, masa tidak bergerak, justeru semua yang hidup dalam lembah itu tidak pernah tua.

Dalam fiksyen ini hero terjatuh ke dalam lembah Shangri-La apabila kapal terbangnya jatuh. Di situ dia bertemu dan jatuh cinta dengan seorang perempuan muda yang amat jelita. Apabila mereka keluar dari lembah itu, perlahan-lahan perempuan jelita itu bertukar menjadi perempuan yang sudah amat tua.

Dalam kategori fiksyen spekulatif kontemporari, antara kategori yang paling baru muncul di Amerika adalah Aboriginal Science Fiction (fiksyen sains bangsa-bangsa purba) dan Amazing Stories (cerita-cerita laur biasa).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

H.G. Wells dan Jules Verne

H. G. Wells dan Jules Verne dikenali sebagai bapa-bapa fiksyen sains moden.

Tiga karya H.G. Wells yang paling terkenal adalah The Time Machine, The War of the Worlds, dan The Invisible Man.

Ketiga-tiga buku beliau itu sangat berbeza cerita dan isinya. Yang serupa hanya satu, iaitu semua ceritanya bertema kemajuan alam sains.

H.G. Wells mengatakan karya-kraya beliau adalah "scientific romances" (roman sains)

Jules Verne juga menghasilkan buku-buku bertemakan kemajuan alam sains, seperti Twenty Thousand League Under the Sea. Bezanya Verne tidak bercerita tentang keburukan dan pelbagai musibah yang dapat dihasilkan oleh kemajuan sains.

Justeru tema kemajuan alam sains tidak menjadi bahagian pokok pada karya-karya Verne. Sebaliknya beliau menumpukan perhatian kepada tempat-tempat pelik dan perkara-perkara luar biasa yang terdapat di dunia yang tidak pernah dikunjungi manusia.

Dalam Twenty Thousand League Under the Sea, cerita pokoknya bukan kapal selam yang dinaiki Nemo, tetapi dunia pelik dan luar biasa yang dapat dilihat melalui lubang jendela kapal selamnya itu.

Dalam Journey to the Centre of the Earth, cerita pokoknya bukanlah ciri-ciri saintifik pada kenderaan yang digunakan bagi memasuki pusat bumi, tetapi perkara-perkara pelik yang berjaya kekal hidup dalam dunia pelik dan luar biasa.

Termasuk dalam cerita Journey to the Centre of the Earth itu adalah kisah-kisah karut-marut tentang kewujudan tamadun Atlantis dan dinasaur yang masih hidup jauh di bawah tanah dalam perut bumi.

Nota: Bagi saudara yang mahu mengarang untuk PTS cerita-cerita bertemakan mesin waktu, baca di sini How To Build A Time Machine. Artikel ini menerangkan dengan cara mudah teori-teori sains tentang waktu.

PTS sangat mahukan cerita-cerita mesin waktu karya asli pengarang tempatan supaya hero-heronya adalah bangsa kita sendiri.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 18, 2007

Bisnes yang Cantik

Ada penerbit buku yang dipandang cantik oleh masyarakat, manakala ada yang dipandang tidak cantik. Kecantikan jenis ini dipanggil social beauty. Lawannya adalah social ugliness, lebih mudah dikatakan, socially ugly.

Meskipun sesebuah syarikat penerbitan itu mungkin berjaya menjadi kaya raya, namun pada pandangan masyakarat ia bukan penerbit yang cantik disebabkan produk-produknya meninggalkan pengaruh tidak baik ke atas minda dan akhlak pembacanya.

Penerbit majalah Playboy adalah contoh penerbit yang kaya raya dan terkenal, namun ia tidak dipandang cantik oleh masyarakat.

Syarikat-syarikat yang memiliki kecantikan sosial berkembang dan kemudian berjaya menjadi kesayangan masyarakat disebabkan syarikat-syarikat itu berpegang pada nilai-nilai murni.

Bisnes yang berlandaskan nilai-nilai murni itu dipandang cantik oleh pelanggan dan penggunanya. Salah satu syarikat seperti itu adalah pembikin mainan Lego.

Baca di sini tulisan Profesor Kecil Firdaus bagi mengetahui apa yang menjadi nilai perniagaan Lego sehingga membolehkan ia menjadikan syarikat kesayangan orang ramai di seluruh dunia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Orson Scott Card

Di Amerika, ada 2 hadiah bagi genre fiksyen sains: Hugo Award dan Nebula Award.

Orson Scott Card pernah memenangi kedua-dua hadiah itu 2 tahun berturut-turut. Belum ada mana-mana pengarang lain berjaya menandingi rekod beliau.

Karya beliau yang terkenal adalah Speaker for the Dead dan Ender's Game, kedua-dua buku ini memenangi Hugo Award dan Nebula Award.

Sifu akan menuliskan semula dengan cara bebas idea-idea pokok dalam buku beliau How To Write Science Fiksyen and Fantasy, diterbitkan oleh Writer's Digest Books, Cincinnati, Ohio 1990.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Notis! Entri Sai-fai dan Fantasi

Kepada semua mentee yang ikut dalam Tim Sai-fai dan Tim Fantasi PTS!

Dimaklumkan Sifu sedang membuat persediaan bagi menerbitkan entri-entri tentang penulisan novel sai-fai dan fantasi dalam UNIKA.

Objektif PTS bersungguh-sungguh memulakan program penerbitan novel sai-fai secara konsisten dan berterusan adalah bagi menggalakkan budak-budak supaya seronok belajar sains dan menyalurkan teori-teori sains kepada mereka.

Ikuti siri entri ini bagi memahami perbezaan antara sai-fai dan fantasi serta ciri-ciri sai-fai dan fantasi yang bermutu tinggi.

Otai Mat Jan akan mengadakan siri bengkel teknik menulis sai-fa yang bermutu tinggi dan evergreen, maka jangan tidak hadir. Kita mahu sai-fai yang dapat diekspot ke Jakarta!

Nota: Sifu sedang membaca buku rujukan "How To Write Science Fiction and Fantasy" oleh Orson Scott Card, pemenang Hugo Award dan Nebula Award, yang dipinjamkan oleh Otai Mat Jan.

(Di mana hendak dicari macam ini punya Sifu - sanggup membaca buku dan tuliskan ilmu dalam buku itu demi memandai mentee-menteenya, supaya mereka berjaya memandaikan para peminat sai-fai dan fantasi yang dihasilkan!)

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 10, 2007

Alatbantu Mengarang Idea

Profesor Kecil Firdaus Ariff hari ini menerangkan bagaimana menggunakan sofwer percuma dalam internet bagi membuat lukisan alatbantu berkarya.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 2 pages  1 2 >