Tuesday, July 10, 2007

Katil Jim Thompson

Profesor Kecil Firdaus Ariff kali ini menulis tentang kuku naga yang terdapat pada katil Jim Thompson, raja sutera Siam, yang hilang di Cameron Highlands pada tahun 70-an dahulu.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 09, 2007

Alat-bantu Menulis Cerita Babak Perang

Bagi saudara yang sedang menulis novel-novel fantasi dan sai-fai yang banyak melibatkan babak perang, pertempuran dan pertarungan, gunakan alat-bantu visual supaya lebih mudah menerangkan gerak dan peristiwa.

Baca nota Profesor Kecil Firdaus Ariff.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 08, 2007

Variasi Time-travel

Ada pelbagai jenis time-travel. Berikut adalah variasi yang dikemukakan oleh Orson Scott Card:

1. Apabila kita pergi ke masa lalu, dengan mengambil contoh karya Asimov "The End of Eternity", kita dapat melakukan semua jenis perubahan pada masa lalu itu, manakala kita sendiri tidak berubah.

2. Apabila kita pergi ke masa lalu, kita dapat melakukan perubahan yang merosakkan masyarakat, oleh itu cara time-travel jenis ini adalah rahsia besar, tidak boleh diketahui oleh orang yang berniat jahat. Jadi hanya orang baik-baik sahaja yang mengetahui rahsia ini, supaya dia hanya melakukan perkara-perkara baik sahaja.

3. Apabila kita pergi ke masa lalu, perubahan yang kita lakukan itu tidak mengubah sejarah sebagaimana yang sudah berlaku. Sebagai contoh, kalau kita boleh balik ke zaman Hang Tuah dan menyelematkan Hang Jebat daripada mati akibat lukanya, empayar Melaka tetap jatuh diserang Portugis.

4. Apabila kita pergi ke masa lalu, kita cuma dapat melakukan perubahan yang tidak meninggalkan kesan kekal, sebab jika perubahan itu kekal, nasib masa depan kita sendiri akan menerima padahnya.

5. Apabila kita pergi ke masa lalu, kita tidak dapat melakukan apa-apa, kita cuma dapat menonton sahaja apa yang berlaku.

6. Apabila kita pergi ke masa lalu, kita masuk ke dalam minda orang yang hidup dalam zaman itu, manakala orang itu sendiri tidak menyedarinya, jadi kita dapat melihat dunia lalu itu dari sudut pandang orang itu. Umpamanya, kita masuk ke dalam minda Hang Tuah, dan dengan itu kita dapat melihat Melaka dengan menggunakan sudut pandang Hang Tuah.

7. Apabila kita pergi ke masa lalu, kita masuk ke dalam minda kita sendiri semasa kita masih kecil. Kita cuma dapat menonton, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

8. Apabila kita pergi ke masa lalu, kita cuma dapat menonton sahaja, serupa denan orang menonton filem. Macam menonton filem, kita pun tidak yakin apakah yang kita tonton itu benar ataupun tidak. Mungkin setiap kali kita pergi ke masa lalu, apa yang kita tonton tidak serupa lagi.

9. Apabila kita pergi ke masa lalu, tubuh kita berada dalam pesawat waktu, tetapi ada semacam tubuh lain yang disediakan bagi masa lalu itu, jadi otak sedar kita berada dalam tubuh palsu itu sampailah tubuh itu mati ataupun lenyap, dan pada masa itukita pula keluar dari pesawat itu.

Setiap jenis variasi pengembaraan waktu di atas membuka pelbagai kemungkinan cerita yang dikaitkan dengan jenisnya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 06, 2007

Apa Itu Spin-off

Istilah dan konsep adalah alat-alat kerja.

Dengan memahami lebih banyak istilah dan konsep-konsep baru, penulis dapat menghasilan lebih banyak kelainan pada karyanya. Dengan itu penulis dapat meninggikan produktivitinya.

Apakah perbezaaan antara SIRI dengan SPIN-OFF?

Apabila spin-off dilakukan, maka wujud cross-over dan cameo. Watak-watak dari siri SG-1 banyak berinteraksi dengan watak-watak dalam Atlantis. Kedua-dua siri ini berkongsi backstory yang sama... baca seterusnya Profesor Kecil Firdaus Ariff menerangkan.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 04, 2007

Perkaitan antara Saintis dan Sai-Fai

PTS komited menerbitkan sebanyak-banyak novel-novel sai-fai disebabkan ada kajian yang mendapati terdapat perkaitan antara saintis dengan jenis-jenis buku yang mereka baca semasa masih remaja.

Didapati saintis-saintis yang berjaya membuat penemuan-penemuan baru adalah terdiri daripada mereka yang banyak membaca novel-novel sai-fai semasa mereka masih bersekolah!

Justeru demi melahirkan lebih banyak saintis yang kreatif, kita perlu memperbanyakkan judul-judul sai-fai bagi bacaan pelajar-pelajar sekolah.

Nota Tambahan: Ada 2 kategori saintis: (1) Saintis deskriptif - mereka pandai membuat analisis yang lebih mendalam ke atas perkara-perkara yang ada di sekeliling mereka, yang sudah sedia diketahui kewujudannya. (2) Saintis kreatif - mereka membuat penemuan-penemuan baru.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 02, 2007

Kepada Tim Fantasi PTS: Lakukan Cross-over!

Apa itu cross-over?

Baca tulisan Profesor Kecil Firdaus Ariff di sini.

Cross-over adalah strategi bisnes yang baik bagi meningkatkan jualan semua karya saudara-saudara sebagai satu tim.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 28, 2007

Apa Itu Running Gag

Running gag ialah lawak yang berlaku secara berulang dalam sesuatu siri. Ia dipersembahkan dalam bentuk dialog, perlakuan atau visual.

Ada running gag yang tidak sengaja, ada juga yang sengaja dibuat oleh penulis...

Artikel yang menarik oleh Profesor Kecil Firdaus Ariff.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 25, 2007

Mencari Idea bagi Fiksyen Sains

Alangkah bagusnya tulisan Profesor Kecil Firdaus Ariff kali ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 20, 2007

Mencipta Watak Jahat dalam Novel Fantasi

Kali ini Profesor Kecil Firdaus Ariff menerangkan falsafah dan konsep watak jahat dalam novel fantasi.

Benar juga, watak jahat perlu diciptakan dengan baik. Ini yang lazimnya tidak diperhatikan dalam sastera Melayu.

Kebaikan Sang Hero tidak meyakinkan apabila kejahatan anti-heronya tidaklah sejahat mana.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 31, 2007

PTS Mencari Penulis Fiksyen Sains dan Fiksyen Sejarah

Adakah saudara berminat menulis fiksyen sains ataupun fiksyen sejarah?

PTS FORTUNA mempunyai program membangunkan kedua-dua genre ini dengan target mahu menjadi pemain utamanya. Pegawai yang diberikan tugas berat itu adalah Sdr. Mat Jan.

Tulis emel kepada Sdr. Mat Jan bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang rancangan beliau menjadikan PTS FORTUNA tempat berkampung orang-orang muda yang menggulati (meminjam istilah Penyair Marsli NO) kedua-dua genre ini.

Beliau sedang membangunkan pangkalan data semua penulis dan bakal penulis fiksyen sains dan fiksyen sejarah di negara ini - mula-mula bagi tujuan membuka kelab, kemudian menubuhkan persatuan sendiri.

Nota: Penasihat kelab adalah... ehem! ehem! Siapa lagi....

Ini pula blog khusus bagi diskusi sai-fai.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 28, 2007

Blog Budak-Budak ‘Sewel’

Teropong Sifu nampak 2 orang mentee termuda saya, Sdr Firdaus dan Ammar adalah bakal genius sastera sains-fiksyen Melayu yang sedang menjalani proses grooming di PTS. Mereka berdua saya arahkan membuka Akademi Sai-Fi dalam Bahasa Melayu. Biar budak-budak sewel ini menjadi profesor kepada orang-orang logikal.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Membangunkan Pasaran Fiksyen Melayu

Di mana-mana negara sekalipun, dalam bahasa apa sekalipun, pasaran fiksyen adalah yang paling besar. Tetapi hal ini tidak berlaku dalam pasaran buku Melayu di Malaysia, di mana sektor terbesar adalah buku agama. Situasi di Malaysia ini adalah tidak normal.

Apa yang berlaku di negara kita adalah berpunca daripada pasaran fiksyen Melayu yang belum cukup dibangunkan, ataupun lebih tepat lagi gagal dibangunkan.

Pada masa ini fiksyen Melayu cuma ada dua kategori:

(a) Novel-novel popular alias novel cinta yang didominasi oleh Alaf21 dan Creative Enterprise, dan

(b) Novel-novel sastera @ novel terbitan DBP, yang sampai saat ini masih gagal dibangunkan oleh DBP.

Dalam kategori fiksyen terdapat banyak sub-genre yang masih belum dibangunkan.

PTS sedang membangunkan pasaran fiksyen remaja, dan nampaknya ada tanda-tanda kita sudah mula berjaya membuka pasaran ini. Dengan kemasukan penerbit lain ke dalam sektor ini, maka diramalkan ia akan terus berkembang dengan pesatnya.

Dalam sektor fiksyen remaja, isu yang sedang kita hadapi sekarang adalah kekurangan sub-genre dan pilihan judul. Yang paling jelas adalah kekurangan sub-genre dan judul yang diminati remaja lelaki seperti fiksyen sai-fai.

Jadi kita berdepan dengan keadaan di mana peminat fiksyen Melayu mahukan buku, tetapi buku yang dimahukan tidak ada.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2