Wednesday, September 12, 2007

2008: PT Gramedia akan Buka Outlet di Singapura, Malaysia dan Brunei

PT Gramedia adalah penerbit buku, akhbar dan majalah terbesar di Indonesia.

Kumpulan Gramedia bukan hanya menguasai media cetak, malah radio dan TV. Ia mempunyai rangkaian kedai buku terbanyak, rangkaian hotel, rangkaian agen travel, dan bank sendiri!

Tuan Fauzul, Pengurus PTS Millenia, saat ini sedang berada di Jakarta atas urusan ekspot-impot lesen buku-buku PTS.

Semalam beliau sempat berjumpa dengan orang penting PT Gramedia yang memberitahu bahawa gergasi itu akan membuka kedai buku di Singapura, Kuala Lumpur dan Brunei pada tahun 2008.

Ini tentu berita buruk bagi:

(1) Para pengimpot buku agama milik Mamak yang sekarang menguasai pasaran buku agama terbitan dan cetakan Indonesia.

(2) Penerbit buku Melayu Malaysia, seperti PTS, yang berasa selesa sebab selama ini mereka tidak bersaing dengan lambakan buku-buku Indonesia.

Bagi PTS sendiri, kita yakin bahawa membuka oulet adalah Langkah 1 PT Gramedia masuk dan mengembangkan sayapnya di sini. Gergasi itu tentu sudah mempunyai "Pelan Besar Bisnes" bagaimana ia mahu bermain dengan rancaknya dalam padang hijau di sini.

PT Gramedia mempunyai berpuluh ribu judul terbitan dan tidak mempunyai masalah mahu mengisi kedai bukunya nanti dengan buku-buku berkualiti daripada semua penerbit utama di Indonesia.

PTS sedang berfikir...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 11, 2007

Sang Pemimpi - Andrea Hirata

Inilah wajah novel kedua Andrea Hirata selepas Laskar Pelangi yang diterbitkan oleh PTS.

Semua 4 buah novel Andrea sudah dilesen oleh PTS bagi pasaran Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 03, 2007

Notis! KIRIM Surat Emel kepada Sifu bagi Mendapatkan Teks Ujian

Kepada yang mendaftar untuk projek ini, minta KIRIMKAN surat emel kepada Sifu bagi mendapatkan teks ujian!

............

PTS LITERA UTAMA mencari 5 orang penterjemah karya-karya kreatif untuk projek terjemahan Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu.

Syarat utama mesti mempunyai bakat menulis kreatif.

Bengkel latihan akan diadakan.

Daftar di sini. Tulis nama, emel dan nombor hp.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(35) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 01, 2007

Ancaman POPULAR kepada Pengimpot Buku dari Indonesia

Sesudah POPULAR membuka pejabat di London bagi memilih dan mengimpot sendiri judul terbitan Britain untuk rangkaian kedai-kedainya, tidakkah mungkin POPULAR mengambil langkah mengimpot sendiri judul-judul Indonesia?

Barangkali, saiz dan nilai jualan buku-buku Indonesia di negara ini 30 kali besar daripada buku terbitan Malaysia. Ertinya, bagi setiap 1 judul buku terbitan Malaysia yang dibeli oleh rakyat Malaysia, mereka membeli 30 judul terbitan Indonesia.

99% buku Indonesia yang diimpot ke negara ini adalah buku-buku agama.

Di kawasan di mana lokasinya banyak penduduk Melayu, rangkaian POPULAR sudah membuka rak buku-buku agama Islam dan jualannya terus meningkat.

Pada masa ini buku-buku itu dibekalkan oleh pengimpot-pengedar Mamak. Mamak yang serupa juga membekalkan buku-buku agama yang sama ke rangkaian lain, seperti MPH.

Kalau POPULAR, yang terkenal suka bermain 'perang harga' bagi mencuri pelanggan MPH, mahu menurunkan harga buku-buku agama dalam kedai-kedainya, suatu strategi yang pasti akan diambil oleh POPULAR adalah mengimpot sendiri buku-buku itu dari Jakarta.

Peminat buku Indonesia sudah lama ditekan oleh pengimpot buku Mamak, yang menjual buku-buku Indonsia sekali ganda harganya.

Jika POPULAR semakin agresif bermain perang harga, bukan hanya dengan buku Inggeris, tetapi juga buku-buku Indonesia, keadaan ini menguntungkan pembeli.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 15, 2007

Usianya Belum 30 Tahun Beliau Sudah Memiliki 20 Buah Judul Harta Intelek

Inilah wajah tampan penulis PTS paling prolifik dan "Top-earner" PTS selama 4 tahun berturut-turut (...selepas ehem! ehem!).

Berdasarkan ranking beliau sebagai pengarang PTS paling top jualannya bagi tahun 2006, PTS memberi bonus dengan membawa beliau ikut serta dalam rombongan delegasi rasmi ke Pesta Buku Jakarta Jun lepas.

Bakal tokoh Motivator Nasional ini seorang yang berjiwa dan bersemangat team-player.

Kita meramalkan suatu hari nanti beliau akan diundang ke Jakarta dan berceramah di sana. Buku all-time best-seller beliau "55 Petua Orang Berjaya" sudah berada di pasaran Jakarta sejak 2006.

Jadi Pak Fadzli perlu berlatih bicara omong Indonesia mulai saat ini, ya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 13, 2007

“Laskar Pelangi” adalah Jibunsyi

Apakah kejayaan novel Laskar Pelangi itu semata-mata faktor yang disebut "beginner's luck"?

Di Bandung, novel ini diulangcetak 3 kali dalam tempoh 7 bulan, dan sampai saat ini jualannya masih laris.

Di Malaysia, PTS mencetak Laskar Pelangi 2 ribu naskhah, belum sempat keluar dari kilang cetak, semuanya habis ditempah oleh MPH dan POPULAR!

Novel ini akan difilemkan, dan pengarahnya adalah pengarah filem box-office "Apa Ada dengan Cinta".

Kata Andrea Hirata Seman: "Buku Laskar Pelangi (LP) pada awalnya bukan untuk diterbitkan.

Niat saya menulis buku ini sudah ada sejak saya kelas 3 SD (sekolah dasar = sekolah rendah), ketika saya demikian terkesan pada jerih payah kedua guru SD saya Ibu Muslimah dan Bapak Harfan Effendi, serta 10 sahabat masa kecil saya.

Novel Laskar Pelangi saya tulis sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan kepada guru dan sahabat-sahabat saya itu. Seorang teman, tidak sengaja menemukan deraf buku itu di kamar saya, dan diam-diam mengirimkannya kepada penerbit...."

Bagi mengetahui proses dan kelebihan menulis novel berdasarkan kisah benar pengarang sendiri Baca lagi di sini...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 11, 2007

Selepas “Laskar Pelangi” 3 Lagi Novel Andrea Hirata akan Terbit

Inilah wajah ganteng novelis Laskar Pelangi yang menerima sambutan baik di Malaysia. Dalam masa kurang 6 bulan, novel itu habis terjual dan akan diulangcetak.

Tentang novel Laskar Pelangi:

“Menyentuh...” kata Garin Nugroho.

“Mengharukan...” kata Korrie Layun Rampan.

“Menarik...” komentar Sapardi Djoko Damono.

“Kemelaratan yang indah...” tulis Tempo.

“Novel tentang dunia anak-anak yang mencuri perhatian...” puji Gatra.

PTS Litera Utama sudah mendapat lesen menerbitkan semua karya Andrea, termasuk novel keempatnya, Maryamah Karpov yang sedang disiapkan sekarang.

Andrea Hirata muncul tiba-tiba dalam dunia sastera Indonesia dan terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Novel trilogi beliau memang sedari awal dirancang sebagai trilogi. Ketiga-tiganya adalah zaman kecilnya sendiri.

Beliau adalah ahli ekonomi lulusan fakulti ekonomi Universitas Indonesia, kemudian mendapat MA dari Sheffield Hallam University (UK), dan Universite de Paris Sorbonne, (Perancis). Beliau kini bertugas sebagai eksekutif di syarikat telekom Bandung.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 26, 2007

Dua Lagi Buku PTS Dilesen Jakarta

Kita baru sahaja menerima permohonan Mizan Jakarta mahu melesen buku ini. Tentu kita setuju!

Kadang-kadang kita pun tidak menyangka judul yang bagaimana yang sangat dimahukan oleh Jakarta.

Yang penting, ini semua adalah rezeki dari Tuhan yang maha memberi ganjaran kepada buku-buku yang ditulis dengan niat yang baik dan teknik penulisan yang betul.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mizan Jakarta Luncurkan dengan Besar-besaran Buku-buku Ann Wan Seng

Penerbit Hikmah, anak syarikat Kumpulan Mizan Indonesia, telah menghantar jemputan rasmi kepada En. Ann Wan Seng bagi mengadakan promosi besar-besaran 4 buku beliau di Indonesia bermula 17-22 Ogos 2007.

Buku-buku beliau itu dilesenkan oleh Penerbit Hikmah daripada PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Senarai buku-buku yang dilesenkan itu sebagaimana berikut:

1. Rahsia Bisnes Orang Cina

2. Rahsia Bisnes Orang Jepun

3. Rahsia Bisnes Orang Korea

4. Formula Bisnes Negara China

Antara aktiviti promosi yang dirancang sepanjang En. Ann Wan Seng berada di sana ialah:

1. Grand launching 4 buku di atas (Siri Bisnes Asia) oleh Ann Wan Seng.

2. Roadshow di beberapa kedai buku utama di Jakarta dan Bandung.

3. Talkshow dengan beberapa media massa utama.

Penerbit Hikmah memaklumkan buku-buku Ann Wan Seng ini telah terjual lebih daripada 20 000 naskhah sejak ia diterbitkan secara berperingkat bermula awal tahun 2007.

Hehehe!....

Ada sesiapa lagi masih tidak yakin bahawa pengarang PTS dapat ngetop di Indonesia?

Tulislah buku saudara dengan mengambil kira ia bakal meletup di negara itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 16, 2007

Novel-novel Cabul dari Indonesia Mula Muncul dalam Kedai Buku

Hati-hati!

Jika saudara ke kedai-kedai buku, saudara boleh lihat munculnya banyak novel-novel remaja dengan berbagai wajah. Novel-novel itu adalah novel terbitan Indonesia yang diterbitkan semula sebagai edisi Malaysia.

Ada yang berwajah 'novel remaja Islami'. Ada yang berwajah 'novel remaja thriller'.

Yang terbaru adalah novel-novel remaja yang mengandungi unsur-unsur cabul dan lucah.

Novel-novel Indonesia itu diMalaysiakan dengan mengubah perkataan-perkataan yang terlalu Indonesia, termasuk nama-mana watak, juga nama-nama tempat.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 08, 2007

Hak Penerbitan 4 Buah Novel A Latip Talib Sekaligus Dilesen oleh Jakarta

Sudahlah dapat pelanduk, tanduknya pula emas.

Apa hendak dikatakan lagi, melainkan syukur kepada Tuhan yang maha memberi rezeki.

Maka terbukti, tidaklah benar sangkaan kononnya karya sastera Malaysia tidak dapat diekspot ke Jakarta.

Empat buah novel ini ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan dengan menggunakan teknik surah Yusuf.

A Latip Talib sedang menyiapkan novel Sultan Muhammad al-Fateh, pahlawan yang mengalahkan tentera empayar Romawi bagi menawan Constantinople lalu menamakannya semula menjadi Istanbul.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 26, 2007

3 Bukunya Dilesen oleh Jakarta Serentak

Penulis PTS paling ngetop bulan ini adalah Sdr Zamri Mohamed.

Tiga buah bukunya dilesen oleh Jakarta serentak. Ini adalah pencapaian luar biasa bagi penulis PTS yang masih amat muda ini.

Buku pertamanya diterbitkan sewaktu beliau masih menuntut dalam tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa.

Pencapaian beliau membuktikan resipi penulis dan penerbit bekerja sebagai regu adalah amat mujarab.

Moral daripada kejayaan Sdr. Zamri adalah, apabila penulis masih muda dan baru mula masuk pasaran, bergurulah dengan penulis yang lebih senior, dan ikut nasihat penerbit tentang trend-trend pasaran buku.

Siapa kata penulis muda tidak dapat melakukan lompat katak - leap-frogging - dalam mencapai kejayaan?

Gabungan bakat, disiplin kerja, dan dukungan penerbit dalam memasarkan bukunya, serta dengan izin Tuhan, insyaAllah ia dapat dilakukan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 25, 2007

Undang-undang Hudud dan Perlindungan Hakcipta Karya Terjemahan Teks Quran dan Hadith

Undang-undang hakcipta melindungi karya terjemahan serupa seperti karya asal.

Orang lain tidak boleh mencuri ayat-ayat daripada karya terjemahan saudara sebagaimana karya asal saudara tidak boleh dicuri.

Banyak ustaz-ustaz Malaysia, apabila menulis buku, mereka senang-senang menyalin (baca 'mencuri') ayat-ayat terjemahan Quran dan hadith yang dibuat oleh ustaz-uztaz Indonesia dalam buku-buku yang diterbitkan di Indonesia. Perbuatan ini adalah salah.

Menyalin terjemahan orang lain adalah jenayah mencuri. Ia jatuh di bawah hukum hudud.

Karya terjemahan adalah 'karya asal'. Hakcipta karya asal adalah pada pengarang asal. Hakcipta terjemahannya adalah pada penterjemahnya. Itulah sebabnya perbuatan menyalin terjemahan ayat Quran dan hadith yang dibuat oleh penterjemah lain adalah jenayah.

Apabila sesebuah karya itu diterjemahkan oleh 5 orang penterjemah, maka setiap penterjemah memegang hakcipta terjemahan masing-masing.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 22, 2007

Pasaran Buku Agama adalah Sektor Paling Rancak di Jakarta

Sekembalinya delegasi pegawai-pegawai PTS ke Pesta Buku Jakarta 2007 minggu lalu, mereka melaporkan sektor buku agama Islam sedang berkembang paling pesat.

Mengejutkan! PT GRAMEDIA, penerbit No. 1 paling besar di Indonesia sudah membuka anak syarikat khusus bagi menerbitkan buku-buku agama Islam. PT Gramedia adalah milik pemodal Cina dan sebelum ini aktif menerbitkan buku-buku Kristian.

PT AGROMEDIA, penerbit buku-buku pertanian paling terkenal di Jakarta, sudah menubuhkan anak syarikat, PT QULTUM MEDIA, yang fokus menerbitkan buku-buku agama sahaja. Mereka menghantar pegawainya ke Mesir bagi mencari judul-judul agama yang dapat dipopularkan di Indonesia.

Enam puluh peratus (60%) judul baru agama yang terbit di Indonesia saat ini adalah karya terjemahan daripada bahasa Arab.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 19, 2007

Buku-buku Bisnes yang Dilesen Jakarta

Dua kali setahun PTS menghantar delegasi pegawai-pegawainya ke Pesta Buku Jakarta dan Pesta Buku Islam Jakarta.

Paling sedikit PTS menghantar rombongan 6 orang pegawai.

Jumlah yang banyak ini adalah bagi meyakinkan penerbit-penerbit di Jakarta bahawa PTS adalah penerbit yang kukuh dan mereka boleh mempercayai kredibiliti etika bisnes PTS.

Sekembalinya delegasi PTS dari Pesta Buku Jakarta 2007 minggu lalu, PTS PROFESSIONAL berjaya melesenkan judul-judul berikut:

1. Rahsia Bisnes Orang Korea - Ann Wan Seng
2. Formula Bisnes Negara China - Ann Wan Seng
3. Memulakan Bisnes Sendiri - (ehem! ehem!)
4. Hidup Tenang Walaupun Berhutang - Shamsuddin Abdul Kadir
5. Duit Banyak Bertambah Banyak - Hazeline Ayoup dll
6. Kuasa Minda Separa Sedar - Mohd. Rozani Pawan Chek
7. Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya - Norlela Zubir
8. Mengapa Bisnes Gulung Tikar - Ahmad Amri Zainal Adnan & Nurasyikin Ahmad


Judul-judul PTS PROFESSIONAL yang sudah dilesenkan sebelum ini:

Menjadi Jutawan MLM - Mohd. Rozani Pawan Chek
Rahsia Bisnes Orang Cina - Ann Wan Seng
Rahsia Bisnes Orang Jepun - Ann Wan Seng


Ingat pesan Sifu, tulis buku saudara menggunakan Bahasa Melayu Tinggi supaya mudah diIndonesiakan oleh editor-editor di Jakarta.

Hidup Buku Malaysia di Indonesia!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 18, 2007

Lagi Buku-buku PTS Dilesen oleh Jakarta

Minggu lalu PTS menghantar 7 orang pegawainya ke Pesta Buku Jakarta 2007 dengan misi melakukan kempen marketing bagi melesenkan buku-buku penulis PTS.

PTS MILLENIA berjaya melesenkan judul-judul berikut kepada penerbit PT Mutiara Qolbun Salim (MQS), penerbit milik ulama besar Indonesia Aa Gym.

1. Empayar Minda Muslim
2. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden
3. Islam The Misunderstood Religion
4. Rahsia Arqam
5. Kesihatan Keluarga
6. Panduan Menjaga kesihatan Wanita
7. Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu (ehem! ehem!)
8. Kuasa Berfikir Kreatif (ehem! ehem!)


Itu pun masih ada tokoh-tokoh perbukuan di sini yang meratap-ratap mengatakan buku-buku terbitan Malaysia tidak dibenarkan dibawa masuk ke Indonesia. Kata-kata begitu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kalau kita yang tidak pandai memperdagangkan harta intelek penulis-penulis Malaysia, jangan menyalahkan pembeli buku di Indonesia. Buku Rahsia Bisnes Orang Cina karya Ann Wan Seng terjual 20 ribu naskhah di Indonesia dalam masa 3 minggu pertama ia diterbitkan!

Pegawai-pegawai Malaysia yang dihantar ke pesta-pesta buku di luar negara dengan menggunakan wang rakyat tidak menjalankan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh. Setiap tahun mereka berbondong-bondong ke pesta buku di Frankfurt, ke Bologna, ke London... mana hasilnya?

Nota Sifu: Kepada mentee-mentee sekalian, tulis buku-buku saudara menggunakan Bahasa Melayu Tinggi supaya mudah diIndonesiakan!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Lagi Buku PTS ISLAMIKA Dilesen oleh Jakarta

Dua buah buku ini adalah karya penasihat hal-ehwal agama PTS, Ustaz Arieff Salleh Rosman.

Kedua-dua buku ini berjaya dilesenkan kepada penerbit HIKMAH, anak syarikat MIZAN Group Indonesia.

Buku-buku ini diterbitkan oleh PTS ISLAMIKA.

Ustaz Arieff adalah pensyarah di UTM Johor Bharu, lulusan dari Jordan, dan kini hampir selesai mendapatkan PhDnya daripada Universiti Malaya.

Nota: Ingat pesan Sifu, tulis buku-buku saudara menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, supaya buku-buku saudara itu mudah kita ekspot ke Jakarta.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 16, 2007

Novel Laskar Pelangi Difilemkan

Berita terbaru yang kita terima dari Jakarta mengatakan novel Andrea Hirata Laskar Pelangi akan difilemkan.

Laskar Pelangi diterbitkan edisi Malaysianya oleh PTS FORTUNA.

Pengarah filem itu nanti adalah Riri Reza, pengarah filem hit Ada Apa Pada Cinta.

PTS akan melobi Grand Brilliance supaya membawa masuk filem itu nanti ke Malaysia. Apabila filemnya hit di sini, jualan novelnya juga akan meningkat.

Dalam Pesta Buku lalu novel ini tidak dapat dipemerkan dalam booth PTS sebab habis dalam setor.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 01, 2007

Pesta Buku: Bukan 60, Tetapi 110

Terdahulu kita menulis bahawa rombongan IKAPI (Ikatan Penerbit Indonesia) yang datang ke pesta buku adalah seramai 60 orang.

Rupa-rupanya GAPI (Gabungan Penjual Buku Indonesia) menghantar 50 orang anggotanya!

Perkembangan ini adalah luar biasa dan sama sekali tidak diduga.

Sesetengah penerbit Indonesia telah sanggup membayar tunai bagi mendapatkan lesen penerbitan buku-buku kita yang mereka yakin dapat diterbitkan di sana.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 30, 2007

Pesta Buku: Laskar Pelangi Habis

Beberapa pengunjung datang dan bertanya, "Mana novel Laskar Pelangi?" karya Andre Hirata.

Untuk makluman, stok Laskar Pelangi habis di booth, habis di setor PTS! Mungkin masih ada di kedai-kedai buku.

Siapa yang kata novel sastera berat tidak laku? Erm... kalau tidak silap Dato' Johan Jaafar... Pengerusi Lembaga Pengelola DBP! (Kebetulan beliau adalah salah seorang sahabat karib Sifu juga!)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 29, 2007

Pesta Buku: Ann Wan Seng Masih Kekal di Tangga Top

Hingga saat ini, laporan dari tapak pesta menunjukkan pengarang paling ngetop jualan bukunya adalah Ann Wan Seng dengan buku Rahsia Bisnes Orang Cina mengekalkan kedudukannya bagi tahun ke-2 berturut-turut sebagai buku paling laris.

Beiau juga menjadi pengarang paling laris. Tiga buah penerbit Inbdonesia sudah menghubungi beliau secara direct meminta beliau menulis judul-judul baru untuk mereka.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan perkara itu perlu dirundingkan melalui PTS kerana beliau adalah penulis PTS. (Inilah contoh etika pengarang yang terpuji.)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Seekor Kerbau Membawa Lumpur…

Seorang penerbit Indonesia memberitahu kita akan peri tingkah laku buruk sebuah penerbit T&T (tau-sama-tau).

"Penerbit itu pernah datang ke kantor kami memberitahu dia mahu melesen hanya 4 judul buku kami," kata penerbit itu kepada En. Faris, yang melayan kunjangannya ke booth PTS.

"Nah! Tadi kami pergi ke booth penerbit itu. Ternyata mereka cetak 20 judul kami serentak!" penerbit itu mengadu.

Alangkah aibnya kita semua!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Laporan En. Faris Hasbullah

En. Faris Hasbullah adalah Pengurus PTS Islamika. Semalam, di booth PTS beliau menjalankan tugas melayan kunjungan tetamu-tetamu penting, termasuk penerbit-penerbit Indonesia yang datang.

Menurut En. Faris, para penerbit Indonesia memang sejak belum naik pesawat sudah memasukkan nama PTS dalam senarai penerbit Malaysia yang mahu mereka temui bagi tujuan bisnes.

Mereka yang datang ke booth PTS membawa dua hajat (a) mahu mempromosi judul-judul terbitan mereka bagi dilesenkan kepada PTS, dan (b) mahu melesen judul-judul PTS bagi mereka terbitkan di Indonesia.

Erm... syukur, nampaknya, selepas 3 tahun PTS melabur memperkenalkan diri kepada rakan-rakan penerbit di Jakarta, hasilnya sudah mulai kelihatan....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 24, 2007

60 Orang Delegasi IKAPI akan Datang ke Pesta Buku

Maklumat terbaru yang kita terima mengatakan seramai 60 orang anggota IKAPI (Ikatan Penerbit Indonesia) akan datang mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 26 April - 6 Mei 2007.

Jumlah ini tidak disangka-sangka. Selama ini komuniti penerbit Indonesia tidak pandang sebelah mata pada pesta buku kita.

Apakah dalam delegasi yang datang itu terdapat para penerbit Indonesia yang mahu memeriksa judul-judul mereka yang dicetakrompak oleh penerbit Malaysia? Alangkah aibnya kita semua.

Dua bulan lalu, kita sendiri mengesan lebih 20 judul novel remaja terbitan Indonesia dicetakrompak oleh penerbit TST (tau-sama-tau) dan diterbitkan sebagai "Siri Novel Remaja Islami", dengan cara menukar perkataan-perkataan tipikal Bahasa Indonesia dengan perkataan Bahasa Melayu, serta menggantikan nama-nama orang dan tempat di Indonesia dengan nama-nama Malaysia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 03, 2007

Bagaimana PTS Dapat Mengekspot Buku ke Indonesia

Dunia bisnes adalah dunia persahabatan dan dunia saling untung-menguntungkan.

Kalau saudara fikir saudara sahaja yang hendak mengekspot buku ke Jakarta, sukar bagi saudara melakukannya. Melainkan saudara juga mahu mengimpot buku dari Jakarta.

Jika saudara mahu penerbit di Indonesia melesen buku-buku saudara, apakah saudara bersedia melesen buku-buku penerbit Indonesia itu bagi diterbitkan di Malaysia?

Inilah yang dilakukan antara PTS dan MIZAN. Mula-mula PTS melesen buku-buku MIZAN. Ini mendorong MIZAN melesen buku-buku PTS.

Dalam kes kegagalan DBP mengekspot buku-bukunya ke Jakarta, nampaknya DBP hanya memikirkan bagaimana organisasi itu hendak mengekspot buku-bukunya ke negara jiran itu, manakala DBP sendiri tidak mempunyai rancangan bagi mengimpot buku-buku Indonesia.

Orang bisnes akan berfikir bagaimana mereka dapat bekerjasama supaya masing-masing pihak boleh buat duit... bukan seorang buat duit, seorang lagi tengok sahaja!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Instrumen Mengekspot Buku ke Indonesia

Sejak 2005, PTS berjaya melesenkan hampir 20 judulnya kepada anak-anak syarikat penerbit MIZAN di Indonesia. Sepuluh buah judul sudah terbit. Lebih banyak judul akan dilesenkan dari waktu ke waktu.

Apabila penerbit Malaysia mahu mengekspot judul-judul terbitannya ke Indonesia, instrumen yang digunakan adalah 'pelesenan'.

Penulis mesti mengizinkankan penerbitnya bertindak sebagai agen melesenkan buku karangannya kepada penerbit di Indonesia. Kebenaran itu mesti ada dituliskan dalam salah satu klausa pada dokumen perjanjian penerbitan yang ditandatangani oleh penulis dengan penerbit. Dalam dokumen perjanjian penerbitan PTS, perkara ini ada disebut dengan jelas.

Dengan adanya izin daripada penulis, maka barulah PTS berani mengeluarkan modal memasarkan lesen-lesen penerbitan buku-buku PTS ke Indonesia.... akan datang ke Thailand, Vietnam, dan lain-lain negara jiran.

Modal yang paling mahal dilaburkan adalah menghantar pegawai-pegawai kita ke pesta-pesta buku negara-negara jiran bagi mendapatkan maklumat penting berkenaan iklim pasaran dan pemain-pemain dalam industri penerbitan di sana. Penghantaran itu tidak cukup sekali, melainkan berkali-kali kerana bagi mendapatkan kepercayaan penerbit di sana mengambil masa dan perjumpaan berulang.

Sebagai penulis, apabila saudara hendak memilih penerbit, salah satu faktor yang perlu diambil kira adalah apakah penerbit yang akan saudara pilih itu mempunyai komitmen ke arah usaha mengekspot judul-judul saudara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi Menembusi Pasaran Indonesia

Jangan cuba mengekspot buku Malaysia macam cara yang DBP cuba lakukan, yakni hendak menjual buku-buku yang diterbitkan oleh DBP dan dicetak di negara ini di Jakarta. Itu bukan cara orang berniaga buku.

Mula-mula kita mesti mempunyai judul-judul buku yang dapat diterbitkan semula di Indonesia dan dijual di sana. Sebagai contoh, judul tentang kesihatan adalah sesuai dijual di mana-mana. Begitu juga, judul tentang kejayaan bisnes juga sesuai.

Kedua, judul-judul itu mestilah terbukti dapat dijual di Malaysia. Kalau judul itu tidak laku di sini, bagaimanakah penerbit Indonesia mahu yakin buku itu juga akan laku di sana!

Ketiga, buku itu mesti ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) supaya penerbit Indonesia itu mudah faham apa yang ditulis dalam buku itu. Kalau dia sendiri tidak faham, dia tidak berminat hendak melesen buku itu bagi penerbitan edisi Indonesianya.

Justeru, yang paling penting adalah kita mesti mempunyai judul-judul buku yang sesuai dipasarkan di Indonesia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Inilah Cara Mengekspot Buku ke Indonesia

Khabarnya.... dalam salah satu mesyuarat baru-baru ini, seorang ahli lembaga DBP masih lagi meratap-ratap mengatakan Indonesia tidak membenarkan buku-buku Malaysia diekspot ke negara itu.

Jadi, inilah kita terangkan prosedur mengekspot buku-buku Malaysia ke Indonesia.

(1) Mula-mula sekali kita mesti menjalin hubungan persahabatan yang ikhlas dengan mana-mana penerbit Indonesia.

Jangan setiap tahun pergi ke pesta buku Jakarta, konon hendak mencari peluang berbisnes di sana, tetapi melencong pula ke tempat-tempat lain....

Kita pernah terserempak dengan pegawai DBP-DAWAMA merayau-rayau dalam dewan pesta buku memakai jeans biru lusuh, T-shirt dan kasut badminton... bagaimana hendak berbisnes kalau macam itu cara penampilannya.

(2) Apabila sudah saling kenal-mengenali dengan penerbit Jakarta itu, barulah tunjukkan kepada beliau buku-buku kita yang sesuai dengan pasaran Indonesia. Beliau mungkin berminat mahu memilih judul-judul yang dapat dipasarkan di negara itu.

(3) Langkah seterusnya adalah mengemukakan cadangan pelesenan judul-judul itu kepada penerbit tersebut.

Yang lain semua adalah urusan bisnes biasa....

Apa susahnya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 02, 2007

Buku PTS di Indonesia: Laku 20,000 dalam Masa 3 Bulan! (ampun… gambar slooow!)

Inilah buku Ann Wan Seng, RAHASIA BISNIS ORANG CINA, bestseller PTS yang juga menjadi bestseller buku bisnis di Indonesia.

Buku ini terjual 20,000 unit. Ia dicetak 4 kali dalam tempoh 3 bulan pertama diterbitkan oleh PT MIZAN sebagai edisi Indonesia. Setiap cetakan 5 ribu naskhah.

Siapa kata buku Malaysia tidak dapat diekspot ke Indonesia....

Kalau buku yang mahu diekspot ke negara itu dicetak di Malaysia, memang susah mahu mengekspotnya ke negara itu.

Tidak ada pengedar Indonesia yang mahu mengimpot buku cetakan Malaysia. Buat apa?

(a) Bahasa Melayu Malaysia kurang difahami di Indonesia, jadi buku susah dijual. Buku itu perlu diedit bahasanya dan diIndonesiakan dulu.

(b) Wajah kulit buku desain Malaysia kurang memikat citarasa pembeli Indonesia. Ia perlu kulit yang didesain oleh seniman buku di sana, yang fasih dengan citarasa rakyat negara mereka sendiri.

(c) Judul buku originalnya di Malaysia pun mungkin tidak memikat pembeli Indonesia.

(d) Blurp buku Malaysia juga tidak sesuai bagi pasaran Indonesia. Baca blurp buku ini yang memetik kata-kata hikmat tokoh usahawan muda terkenal di negara itu, Rhenald Kasali.

(e) Harga buku yang diterbitkan di Malaysia 2 kali lipat lebih mahal! Tambah kos penghantaran, ia akan jadi 3 kali lipat lebih mahal apabila dijual di Indonesia. Dijamin tidak laku....

Dengan menerbitkan semula buku-buku PTS sebagai edisi Indonesia dan dicetak di Malaysia, buku-buku itu dapat dijual di sana dengan harga 50% lebih murah daripada harga buku originalnya di Malaysia.



.

Buku MAKIN CANTIK AJA ini pula dipakejkan dengan menggunakan wajah dan kata pengantar tokoh motivator perempuan paling ngetop di Indonesia saat ini!

Judul asal buku ini di PTS adalah PANDUAN MENGURUS STRES UNTUK WANITA, karya tiga orang pensyarah fakulti perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Buku-buku PTS edisi Indonesia rata-rata lebih ayu dan ganteng penampilannya, berkat sentuhan jari-jari artistik desainer buku di sana.

Aduh! Cantiknya.....

.

.

Di bawah ini pula buku 'all-time bestseller' PTS yang berjudul 55 PETUA ORANG BERJAYA oleh Ahmad Fadzli Yusuf ditukar menjadi GAJI KECIL? No Way! Jumlah 55 petua itu juga dikurangkan menjadi 33 sahaja...


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 02, 2007

POPULAR Memesan 1,300 Naskhah: Inilah Novel Berat Terbitan Sulung PTS LITERA UTAMA

Inilah novel pertama terbitan PTS LITERA UTAMA Sdn. Bhd., anak syarikat terbaru dalam Kumpulan PTS.

PTS LU khusus ditubuhkan bagi memperkenalkan karya-karya bestsellers dari luar negara demi memenuhi keperluan penggemar sastera tinggi.

Novel LASKAR PELANGI ini sudah laku lebih 100 ribu naskhah di Indonesia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(19) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 19, 2007

Perdagangan Buku Malaysia-Indonesia Berat Sebelah

Perdagangan buku, rokok, jamu dan kain batik antara Malaysia dan Indonesia tidak pernah menguntungkan Malaysia. Setiap tahun Malaysia mengimpot barang-barang itu dari Indonesia jauh lebih banyak daripada negara itu mengimpot dari kita.

Perdagangan buku yang berat sebelah ini setiap tahun semakin besar, dengan pihak Indonesia semakin untung.

Undang-undang Indonesia tidak mengizinkan buku cetakan luar negara diimpot ke negara itu. Tujuan undang-undang sedemikian adalah bagi melindungi industri percetakan dan penerbitan negara tersebut. Terbukti bahawa dasar itu berjaya membangunkan industri penerbitan dan percetakannya.

Dasar perlindungan yang diamalkan oleh Indonesia itu juga diamalkan oleh negara-negara maju di seluruh dunia.

Malaysia sebaliknya tidak mempunyai undang-undang seperti itu bagi melindungi industri penerbitan dan percetakan dalam negara ini.

Akibatnya, buku-buku yang dicetak di Indonesia, USA, UK, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Mesir, Lubnan, dan semua negara di planet Bumi ini boleh diimpot dan dijual di sini dengan sebebas-bebasnya.

Kita mengizinkan negara-negara lain mengekspot buku-buku mereka ke Malaysia. Tetapi Malaysia tidak diizinkan mengekspot buku-buku kita ke negara-negara itu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 05, 2007

Proaksi Penerbit Indonesia Terhadap Bahasa Melayu Malaysia

Beberapa penerbit buku besar Indonesia sudah mula mengambil langkah memperkemas dasar linguistik mereka sesuai dengan Bahasa Melayu di Malaysia.

Dengan harapan lebih banyak buku Indonesia dapat dipasarkan di Malaysia, mereka mengarahkan para editor supaya jangan menggunakan kosa kata Bahasa Indonesia yang 'sensitif' di Malaysia.

Contoh-contoh kosa kata Indonesia yang negatif maknanya dalam Bahasa Malaysia adalah:

butuh (INDONESIA) = perlu (MALAYSIA)
kebutuhan (INDONESIA) = keperluan (MALAYSIA)
membutuhkan (INDONESIA) = memerlukan (MALAYSIA)
dibutuhkan (INDONESIA) = diperlukan (MALAYSIA)

Mereka sekarang menggunakan perkataan 'perlu' kerana perkataan itu dapat difahami baik di Indonesia mahupun di Malaysia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 21, 2006

Berkarya untuk Pasaran Malaysia dan Indonesia

Wahai Mentee-mentee SifuPTS!

Menulislah supaya karya saudara dapat diterbitkan semula dan dipasarkan di Indonesia. Pasaran kita di Malaysia adalah kecil, jadi kita perlu mengekspot buku-buku kita ke Indonesia supaya karya-karya itu dapat diterbitkan dengan lebih banyak, dan sumber royalti saudara juga lebih lebar.

Sejak 2005 PTS sudah mula mengekspot judul-judul PTS ke Indonesia dengan kerjasama penerbit MIZAN, penerbit ke-2 terbesar di Indonesia selepas Gramedia.

Ini dilakukan dengan cara perjanjian pelesenan hakcipta buku-buku itu kepada anak-anak syarikat MIZAN, sesuai dengan kategori penerbitan masing-masing. MIZAN mempunyai 16 anak syarikat.

Antara budaya kita dan budaya pembaca Indonesia terdapat banyak persamaan. Faktor ini adalah suatu kekuatan dan kelebihan yang seharusnya dieksploitasi.

Judul-judul PTS yang diterbitkan semula di Indonesia terbit sebagai edisi Indonesia. Serba-serbi dibuat semula di sana.

Editor Indonesia 'mengindonesiakan' unsur-unsur bahasa yang terlalu Malaysia, kemudian ia di-layout semula, dan dipakejkan semula dengan judul Indonesia. Nama-nama pengarang dikekalkan.

PTS LITERA UTAMA Sdn. Bhd. adalah anak syarikat joint-venture antara PTS dan MIZAN, yang ditubuhkan khusus bagi mengeksploitasi potensi lintas buku antara KL-Jakarta.

Jadi, apabila saudara menulis, dalam ingatan, saudara perlu selalu memikirkan pasaran buku Indonesia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 06, 2006

Menunggu Laporan dari Jakarta

Kita sedang menunggu laporan dari Jakarta.

Kelmarin, Selasa 5 Disember, 6 orang pegawai PTS berlepas ke Jakarta bagi mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Jakarta 2007 (6 - 10 Dis.). Delegasi PTS diketuai oleh Puan Norhazizam, Pengurus PTS ONE.

Misi PTS adalah mencari peluang mengekspot lebih banyak lesen judul-judul PTS untuk pasaran Indonesia dan menjalin kerjasama perniagaan dengan lebih banyak penerbit besar di negara itu.

Dalam rombongan lain semalam, Presiden PTS, En. Arief Rahmad, mengetuai delegasi MABOPA ke pesta itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 29, 2006

Pesta Buku Indonesia 2006

Bagi saudara yang berminat mengunjungi Pesta Buku Jakarta 2006. PTS menghantar 6 orang pegawainya.


.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 26, 2006

Tarikh Pesta Buku Jakarta

Pesta Buku Jakarta akan berlangsung pada 6 - 10 Disember di JCC (Jakarta Conference Centre). Bagi saudara yang terlibat dalam dalam dunia penerbitan buku-buku Melayu, jangan tidak ke pesta buku Jakarta.

Buat pertama kali MABOPA (Malaysian Book Publishers Association) akan menghantar rombongan rasmi ke PBJ tahun ini bagi melihat sendiri peluang-peluang bisnes yang ada di pesta itu.

PTS akan menghantar 6 orang pegawai ke PBJ, masing-masing mewakili kepentingan anak-anak syarikat PTS.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, October 06, 2006

Inul, Buku dan Ramadhan

Menurut Bapak Dr. Haidar Bagir, Presiden Mizan Group, tangkah laku pembeli buku di Indonesia dan di Malaysia amat berbeda pada bulan Ramadhan.

Di Indonesia, bulan Ramadhan adalah bulan jualan buku paling rancak bagi sepanjan tahun. Pada bulan itu para penerbit betul-betul menuai hasil pelaburan mereka.

Pembelian buku di sana naik paling tinggi sepanjang Ramadhan di Indonesia. Malah masuk sahaja bulan Rajab, jualan buku mula meningkat lebih tinggi daripada sebelumnya.

Para penerbit di sana menawarkan pakej set-set buku dengan diskaun yang menarik kepada agen dan kedai-kedai buku.

Kedai-kedai buku pula sibuk mengadakan SALE buku. Mereka juga menyediakan hamper-hamper buku bagi para pelanggan mereka dengan diskaun yang menarik.

Menurut Dr. Haidar, trend membaca sepanjang bulan Rajab dan Ramadhan amat ketara sejak 10 tahun yang lalu. Ini disebabkan banyak penceramah popular di Jakarta menyarankan supaya ibadah membaca dilakukan dengan lebih aktif sepanjang bulan Ramadhan bagi menggantikan pelbagai aktiviti yang tidak cocok dengan bulan suci itu.

Di Indonesia, sepanjang bulan Ramadhan, semua pusat hiburan tutup! Penari dangdut Inul pun memakai tudung dan pergi kelas tadarus dan mengaji pada bulan mulia itu.

Di Malaysia, keadaan adalah sebaliknya. Jualan buku Melayu pada bulan Ramadham jatuh teruk! Orang Melayu membelanjakan wang mereka bagi membeli persiapan hari raya.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 18, 2006

Hakcipta Terjemahan Indonesia

Penerbit buku-buku Islam di Indonesia amat aktif menterjemahkan Quran, hadith, kitab-kitab klasik oleh imam-imam terdahulu dan buku-buku agama oleh ulamak-ulamak kontemporari dalam bahasa Arab yang diterbitkan di Mesir, Lubnan, Jordan, Damsyik, Mekah dan Madinah.


Buku-buku terjemahan Indonesia diimpot dan diedarkan oleh penerbit-penerbit buku agama di Malaysia dan dijual dengan meluasnya di negara ini.


Buku-buku terjemahan itu banyak dijadikan sumber penghasilan buku-buku agama yang kononnya adalah karya original yang "ditulis" ataupun "disusun" oleh ustaz-ustaz Malaysia, tetapi sebenarnya "disalin" ataupun "diciplak".


Boleh dikatakan semua buku-buku agama yang diterbitkan oleh penerbit buku-buku agama tradisional di Malaysia mengandungi bahan-bahan yang dicuri daripada buku-buku terjemahan Indonesia.


Amatlah mudah bagi mengetahui bahan curi dari Indonesia:


1. Terjemahan ayat-ayat Quran dan hadith itu bukan diterjemah sendiri oleh si ustaz Malaysia tetapi disalin daripada terjemahan Quran Indonesia. Ini dapat dikesan daripada uslub bahasa Indonesia yang terdapat dalam terjemahan itu.


2. Ayat-ayat dalam teks buku agama yang kononnya ditulis original oleh si ustaz Malaysia itu tetapi teks itu mengandungi uslub bahasa Indonesia.


Perbuatan menyalin (baca, mencuri) mana-mana bahagian daripada terjemahan Indonesia yang dilakukan oleh penulis buku-buku agama Malaysia adalah salah, baik di sisi syariah, mahupun di sisi undang-undang akta hakcipta negara ini.


Sehingga tahun 1990-an penerbit-penerbit Indonesia tidak menghormati undang-undang hakcipta, oleh itu mereka banyak menterjemahkan karya asing dengan tidak mendapatkan izin terlebih dahulu daripada pemilik hakcipta karya-karya itu. Punca utamanya adalah keengganan pemerintah Indonesia menandatangani dokumen Berne Convention yang dianggap tidak menguntungkan Indonesia.


Pada tahun 1997 Indonesia sudah menandatangani dokumen tersebut, dan ini mempunyai kesan positif ke atas industri terjemahan di Indonesia, di mana para penerbit negara itu sudah mengubah sikap mereka terhadap hakcipta karya asing yang hendak diterjemahkan. Justeru pada hari ini buku-buku terjemahan kontemporari yang dihasilkan oleh penerbit-penerbit utama di negara itu diterbitkan secara berlesen.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 18, 2006

Fokus Bisnes PTS Litera Utama

Sebagaimana yang sudah disebut lebih awal dalam blog ini, PTS Litera Utama Sdn. Bhd. (PTS LITUM) adalah pelaburan bersama PTS dan MIZAN (Indonesia).Target utama PTS LITUM adalah perpustakaan peribadi para peminat buku-buku 'international best-seller' (IBS) di Malaysia. PTS LITUM akan fokus menerbitkan edisi terjemahan buku-buku IBS kontemporari dan terkini.PTS LITUM sedang bekerja keras dalam rangka membekalkan produk berkualiti khusus bagi memenuhi keperluan dan citarasa golongan kelas menengah dan terpelajar, yang majoritinya menyukai kedai-kedai buku elitis seperti MPH dan Kinokuniya.


Meskipun fokus PTS LITUM adalah buku-buku IBS, tetapi hanya judul-judul yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai murni sahaja yang akan diterbitkan.


Sebagai permulaan, PTS LITUM sudah memilih judul-judul IBS yang terbukti mendapat sambutan hangat di Indonesia apabila diterjemahkan ke dalam bahasa itu. Dalam fasa terdekat ini, judul-judul itu terdiri daripada buku-buku bisnes, pengurusan, dan fiksyen. Dari masa ke masa lebih banyak kategori akan diterbitkan oleh PTS LITUM.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 08, 2006

Buku Indonesia

Bagi saudara yang hendak menguasai Bahasa Melayu Tinggi dengan lebih baik, koleksi terbaik buku-buku Indonesia dapat dibeli di Tingkat 1, WISMA YAKIN (banyak buku agama), di Kompleks WILAYAH (agama, sastera dan budaya) dan di MUTIARA ILMU, (sastera, agama, falsafah dan budaya) No 21G, Jalan 65C, Off Jalan Pahang Barat, ketiga-tiganya di KL.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 28, 2006

PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Dimaklumkan PTS dan Mizan Group (Indonesia) telah selamat menubuhkan sebuah anak syarikat penerbitan dengan nama PTS Litera Utama Sdn. Bhd. beribu pejabat di Kuala Lumpur.


Kepentingan Mizan diwakili oleh Bapak Dr. Haidar Bagir, pengarah eksekutif Mizan Group, manakala kepentingan PTS diwakili oleh Puan Ainon Mohd., pengerusi PTS Group.


Misi PTS Litera Utama adalah mempercepatkan dan melicinkan proses lintas pelesenan buku-buku PTS dan buku-buku MIZAN antara Jakarta-Kuala Lumpur.


Buat masa ini perdagangan lintas lesen penerbitan antara Jakarta dan Kuala Lumpur jauh lebih menguntungkan Jakarta. Dengan penubuhan PTS Litera Utama, keadaan ini akan dapat diperbaiki apabila lebih banyak judul-judul PTS dapat dilesenkan ke Jakarta.


Dengan penubuhan PTS LU, para penulis PTS digesa supaya mengambil kira peluang buku-bukunya dilesenkan ke Jakarta apabila merancang isi kandungan buku dan gaya bahasa yang digunakan. Adalah matlamat kita membantu menaikkan perolehan royalti para pengarang PTS dengan memasarkan karya mereka ke Indonesia.


Mizan Group menerbitkan antara 80 - 110 judul buku sebulan, dan merupakan penerbit kedua terbesar di Indonesia selepas PT Gramedia. Lembaga pengarah PTS memilih Mizan sebagai partner berdasarkan misi Mizan yang sejalan dengan misi PTS, di mana seperti PTS, Mizan Group hanya menerbitkan buku-buku ilmu sahaja.


Mulai pertengahan Ogos ini Bapak Dr. Haidar Bagir akan berada di ISTACC, UIA selama 2 tahun sebagai penyelidik dan pensyarah. Dalam kesempatan ini beliau akan membantu membangunkan PTS Litera Utama. Beliau yang memegang Ph.D. dari Universiti Havard menubuhkan Mizan di Bandung sewaktu baru berusia 24 tahun. Kini Mizan Group terdiri daripada 17 buah anak syarikat dengan lebih 400 orang staf.



.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Malaysia Edisi Jakarta

Katakanlah, saudara ini pengarang yang bernama Zamri Mohamed, dan buku motivasi cinta saudara yang bertajuk “77 TIP MELEMBUTKAN HATI LELAKI” berjaya menarik minat sebuah penerbit Indonesia yang bersetuju akan menerbitkannya di Jakarta dalam bentuk edisi Indonesia. Apakah maksud 'edisi Indonesia'?


Berikut adalah kemungkinan-kemungkinan yang akan dilakukan oleh penerbit Indonesia itu bagi menerbitkan buku saudara di sana:


1. Buku itu mungkin ditulis semula 100 peratus menggunakan gaya bahasa Indonesia tulen, tidak cukup kalau hanya dengan menggantikan sesetengah istilah dan perkataan yang berbeza maknanya antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia.


2. Bahagian-bahagian khusus dalam buku itu mungkin dicabut, digabungkan ataupun diganti, supaya isi kandungan buku itu sesuai dengan keperluan pasaran Indonesia.


3. Susunan bab dalam buku asal mungkin diubahsuai.


4. Judul buku itu mungkin dikekalkan ataupun diganti dengan judul lain.


5. Saiz buku, design kulit, layout dan perwajahan interior buku itu mungkin ditukar sama sekali supaya sesuai dengan selera dan citarasa kontemporari Indonesia.


6. Nama saudara mungkin dikekalkan, ataupun diganti dengan pseudonim ala-Indonesia, ataupun dikekalkan dengan menukar ejaannya supaya pasaran Indonesia tidak menyangka buku itu dilesen dari Malaysia.


Pendeknya, proses menerbitkan buku saudara sebagai edisi Indonesia adalah proses yang sama kompleksnya dengan proses menerbitkan manuskrip mentah, dan oleh yang demikian kosnya juga serupa.




.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 10, 2006

Indonesia Lubuk Emas

Persepsi sesetengah orang Malaysia tentang apa-apa yang Indonesia amat dipengaruhi oleh keadaan para PATI yang ada di negara ini. Namun bagi mereka yang mempunyai banyak kontak dengan Jakarta, mereka melihat Indonesia daripada banyak sudut peluang membuat duit.


Dalam pesta buku PBAKL lalu, penerbit dan pengedar SA Majeed mempamerkan sekitar 60 buah judul buku-buku pertanian bermutu tinggi. Gosip-gosip mengatakan SA Majeed menerbitkan semua judul-judul itu secara berlesen daripada penerbit asalnya di Indonesia.


Langkah SA Majeed itu adalah berdasarkan peluang yang tercipta apabila pentadiran perdana menteri sekarang memberikan fokus utama kepada sektor pertaanian. Ada juga gosip yang mengatakan SA Majeed menerima kontrak kerajaan bagi membekalkan buku-buku pertanian lalu mereka menyelesaikan masalah itu dengan cara melesen sahaja dari Indonesia.


Sewaktu pesta buku Jakarta 2005, kita berjumpa dengan berpuluh-puluh orang industri buku Malaysia di pesta itu. Keadaan itu mencerminkan realiti bahawa orang-orang bisnes pergi ke tempat-tempat di mana di situ ada peluang membuat banyak duit.


Indonesia adalah lubuk emas. Ini dapat kita lihat dengan trend terbaru dalam sektor industri hiburan yang aktif mengimpot filem dan artis-artis negara itu.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 15, 2006

Ayat Ayat Cinta

Semasa di Pesta Buku Islam Jakarta, kita sempat membeli novel cinta Islami Ayat Ayat Cinta. Novel itu diulangcetak 11 kali dalam tempoh 15 bulan. Menurut suatu sumber AAC sudah terjual lebih 300 ribu naskhah.


Rekod jualan AAC mengatasi jualan Harry Potter dan Dan Brown di Indonesia. Ini membuktikan karya tempatan dapat mengatasi populariti karya international bestseller! Gosip di Kuala Lumpur mengatakan DaVinci Code sudah terjual hampir 100 ribu naskhah.


ACC adalah karya Habiburrahman el Shirazy, seorang ustaz yang bersekolah pondok sebelum melanjutkan pelajaran ke al-Azhar.


Novel ini ditulis menggunakan bahasa Indonesia Tinggi, sebagaimana gaya bahasa Hamka, Abdoel Moeis, Sutan Takdir Alisjahbana, dan Marah Roesli.


.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Jakarta: Novel Cinta

Dalam pesta buku Islam Jakarta minggu lalu, kita mendapat kesan, novel-novel cinta seperti terbitan Alaf21 yang sedang popular sekarang di Malaysia, rupa-rupanya sudah menjadi sesuatu yang passe di Indonesia.



“Itu sepuluh tahun lalu,” kata seorang pengurus di Mizan Group.



Di pameran itu kita menyaksikan himpunan novel-novel cinta Islami dikerumuni gadis-gadis sekolah belasan tahun.



“Apa bezanya antara novel-novel cinta lama dengan yang ini?” kita bertanya, sambil memegang sebuah novel berjudul “Pilihlah Aku Jadi Istrimu”.



“Novel-novel cinta Islami mendorong remaja supaya memikirkan perkahwinan, bukan memikirkan percintaan,” katanya. “Islam menolak budaya bercinta dan berasmara,” katanya lagi.




 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 2 pages  1 2 >