Saturday, December 29, 2007

Hakcipta Kamus Umum

Menyusun dan menerbitkan kamus adalah salah satu projek yang amat menguntungkan. Itulah sebabnya kita dapat lihat terdapat banyak kamus dalam pasaran yang diterbitkan oleh nama-nama syarikat yang tidak pernah kita dengar.

Penerbit-penerbit itu mengupah entah siapa-siapa sahaja supaya menyusun kamus buat mereka terbitkan. Ada yang diupah RM1 ribu, ada yag diupah RM2 ribu, ada yang diupah RM5 ribu, berdasarkan saiz kamus yang disusun itu.

Jika saudara hendak menyusun ataupun menerbitkan kamus, eloklah saudara faham isu-isu hakcipta yang melibatkan kamus.

Pada masa ini, aktiviti mencuri hakcipta kamus adalah sangat aktif. Orang yang tidak tahu menahu tentang ilmu menyusun kamus pun terlibat dalam bisnes ini. Apa yang mereka lakukan adalah membeli kamus-kamus yang ada, dan salin sahaja apa yang ada dalam kamus-kamus itu.

Dua kamus yang paling teruk dirompak adalah "Kamus Dewan" dan "Kamus Dwibahasa Inggeris-Melayu" DBP.

Apakah aspek dalam sesebuah kamus yang dilindungi hakciptanya?

(1) Perkataan yang dijadikan entri kamus tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

(2) Struktur sususan seluruh entri dalam sesebuah kamus adalah dilindungi.

(3) Definisi makna setiap entri adalah dilindungi.

(4) Contoh-contoh ayat konteks makna adalah dilindungi. 

(5) Struktur susunan definisi-definisi bagi setiap entri adalah dilindungi.

(6) Ilustrasi yang digunakan adalah dilindungi. 

Individu yang terlibat mencuri hakcipta kamus-kamus ternama dalam pasaran adalah mereka yang kesempitan duit. Itu sebab mereka sanggup mengambil upah merompak!

Perompak sebenar adalah penerbit. Merekalah yang mengaut keuntungan. Mereka makan daging. Seperti biasa, perompak upahan cuma makan tulang. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 24, 2007

Hakcipta Kamus Idiom

Idiom, atau peribahasa dalam Bahasa Melayu, terdiri daripada perumpamaan, pepatah, bidalan dan simpulan bahasa.

Dari sudut undang-undang hakcipta, peribahasa adalah harta public-domain, yakni harta milik awam, oleh itu sesiapa sahaja boleh mengumpulkan peribahasa dan menerbitkannya sebagai buku.

Walau bagaimanapun, hanya peribahasanya sahaja yang public-domain, manakala ayat-ayat tafsiran dan makna kepada peribahasa itu bukan public-domain. Oleh sebab itu, saudara tidak dibenarkan menyalin ayat-ayat makna kepada entri dalam kamus-kamus idiom yang disusun oleh pengarang lain.

Jika saudara hendak menyusun kamus peribahasa, setiap entri hendaklah saudara tulis sendiri maknanya dengan menggunakan ayat-ayat ciptaan saudara sendiri. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 26, 2007

Beli Kamus Dapat CD Perisian Percuma

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 19, 2007

Untungnya Menyusun dan Menerbitkan Kamus

Kamus-kamus termasuk dalam senarai buku tahan lama. Boleh dikatakan tidak ada kedai buku yang tidak mempunyai rak khas bagi mempamerkan pelbagai kamus.

Disebabkan kamus-kamus amat menguntungkan penerbit itulah sebabnya saudara dapat lihat semua penerbit cuba menerbitkan kamus masing-masing. Mereka sanggup membayar beribu-ribu ringgit kepada individu yang sanggup menyusun kamus bagi mereka.

Kebanyakan daripada penyusun itu adalah individu-individu yang tidak pernah mendapat latihan dalam bidang perkamusan. Apa yang mereka lakukan adalah membeli beberapa buah kamus yang ada dalam pasaran dan menciplak kamus-kamus itu.

Lazimnya kamus diulangcetak dengan tambahan-tambahan baru, setiap 5 tahun. Ini bermakna jikalau saudara mempunyai kamus, selama 5 tahun saudara terus menikmati royalti daripada kamus asal yang saudara susun itu.

Setiap 5 tahun saudara perlu melakukan semakan bagi memastikan kamus itu mengandungi perkataan-perkataan yang baru dicipta ataupun perubahan makna yang berlaku pada perkataan-perkataan sedia ada.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages