Friday, February 08, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Menulis dan Menerbitkan Buku-buku Agama Buat Anak Orang Kaya

Apabila kita menonton drama televisyen tempatan, salah satu isu yang dapat kita saksikan adalah bagaimana Islam hanya dikaitkan dengan gaya hidup 2 kelompok:

(i) Islam sebagai agama orang kampung dan orang miskin.

Sebagai contoh, simbol-simbol agama Islam tidak ditunjukkan dalam rumah orang-orang kaya.  Surau dan masjid yang ditunjukkan adalah surau dan masjid kampung. Yang ditunjukkan pergi ke surau adalah orang kampung.

Yang ditunjukkan bersembahyang, memberi salam, memakai tudung, songkok dan kopiah adalah orang kampung. 

(ii) Agama hanya sesuai bagi orang yang malang nasibnya dan orang yang menyesal.

Sebagai contoh, aktiviti sembahyang dan berdoa tidak dilakukan oleh watak-watak orang yang serba berjaya dan bahagia.

Isu Islam sebagai agama orang miskin dan orang kampung ini juga berlaku dalam dunia penerbitan buku. Buku-buku agama Islam untuk bacaan kanak-kanak diterbitkan dengan kos murah supaya dapat dijual murah-murah dengan andaian pembeli buku agama kanak-kanak tidak mampu membeli buku-buku yang mahal. 

Berkali-kali kita mendengar daripada isteri orang-orang berduit betapa mereka tidak puas hati dengan kualiti buku agama terbitan tempatan yang ditargetkan kepada kanak-kanak.

Dua komplen mereka adalah:

(i) Gaya penceritaannya tidak sedap kerana ditulis menggunakan gaya didaktik.

(ii) Lukisan dan ilustrasinya tidak cantik.

Anak-anak orang kaya mempunyai citarasa serupa dengan ibu bapa mereka. Disebabkan mereka mempunyai banyak duit, mereka hidup dalam sekitaran yang serba cantik. Mereka dikelilingi barang-barang cantik. Rumah mereka cantik. Kereta mereka cantik. Pakaian mereka cantik. Mereka bercuti ke tempat-tempat yang cantik. Mereka sudah biasa membaca buku-buku kanak-kanak dalam bahasa Inggeris yang cantik-cantik.

Disebabkan buku agama kanak-kanak dalam Bahasa Melayu tidak cantik, anak-anak orang kaya tidak suka hendak membaca buku-buku itu.

Mereka suka membaca buku-buku cerita dalam bahasa Inggeris yang sangat cantik-cantik. Gaya berceritanya pula memang sedap kerana ditulis oleh pengarang-pengarang yang mempunyai bakat sastera dan mempunyai ilmu psikologi kanak-kanak.

Justeru kita perlu menilai semula cara kerja kita sekarang supaya agama Islam dapat disampaikan ke dalam jiwa dan sanubari anak-anak orang kaya dengan cara-cara yang efektif. 

Kita mengajak, sudah sampai masanya kita sebagai penulis dan penerbit buku-buku agama melakukan inovasi dalam bidang penerbitan buku-buku agama buat bacaan anak-anak keluarga yang berduit.

Nota: Buku "Bacakan Saya Satu Cerita" terbitan PTS ONE ini adalah edisi mewah, kulit keras, dicetak 4-warna dan berharga RM49.00 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Kanak-kanak
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 20, 2008

Penulis Paling Muda

Libby Rees baru berusia 9 tahun semasa menulis buku pertamanya Help, Hope And Happiness.

Buku setebal 60 halaman itu adalah panduan apa kanak-kanak dapat lakukan bagi menyesuaikan diri apabila ibu bapa mereka bercerai.

Sekarang dia sudah 12 tahun. Buku keduanya At Sixes and Sevens adalah buku panduan menyesuaikan diri apabila naik sekolah dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Kanak-kanak
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, January 05, 2008

Siri Cerita Sains

Inilah contoh buku cerita kanak-kanak yang penuh sesak dengan informasi sains di dalamnya.

Kita mencari lebih banyak siri seperti ini bagi memandaikan kanak-kanak dan bagi mencetuskan minat mereka dalam bidang sains.

Buku-buku seperti ini menjadi pilihan pustakawan, guru-guru dan ibu bapa. Oleh itu pasarannya adalah baik. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Kanak-kanak
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 01, 2007

Isu Moral dalam Produk Impot

Kartun-kartun produk Jepun yang dialih bahasa ke bahasa Malaysia menggunakan istilah-istilah yang sama sekali tidak mendidik. Anda tentunya akan sentiasa mendengar kata seperti ‘tak guna’, ‘kurang ajar’ dan lain-lain yang dituturkan oleh watak.

Dalam Neon Genesis Evangelion ada banyak adegan yang tidak layak ditonton kanak-kanak. Misalnya, adegan ketika watak Eva-01 menikam Angel ke-3. Juga adegan pilot Eva-02, Asuka, telanjang di bilik air. baca di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Kanak-kanak
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 09, 2007

Laut Biru: Buku Cerita untuk Target Remaja Awal

Inilah contoh buku-buku cerita untuk remaja awal perempuan.

Pasaran sektor ini amat besar dan masih belum dibangunkan. Ertinya, mana-mana penerbit yang menekuni sektor ini berpeluang mendominasinya.

Sehingga saat ini belum ada penerbit yang terkenal khusus menerbitkan buku bagi kategori ini sahaja, baik karya asal mahupun karya terjemahan.

Justeru, bagi pelabur baru, kategori ini adalah Laut Biru yang relatif selamat bagi pelaburan disebabkan belum ada persaingan yang kuat.

Ada dua kategori produk yang patut dihasilkan. Pertama adalah buku-buku cerita yang ditulis oleh penulis-penulis tempatan. Yang kedua adalah karya terjemahan. Kedua-duanya mempunyai potensi yang amat baik.

Bagi para penulis kreatif tempatan pula, mereka patut mempelajari psikologi kelompok ini bagi mengetahui ciri-ciri buku yang diminati oleh mereka.

Cerita-cerita yang baik bagi kelompok ini berpeluang menjadi karya evergreen, yang dapat diulangcetak berpuluh-puluh tahun lamanya.

Dalam kedai buku, judul-judul remaja awal diletakkan di rak yang sama dengan buku untuk kanak-kanak yang belum pandai membaca sendiri, kerana jumlah judul dalam sektor remaja awal masih belum cukup banyak bagi melayakkannya diberikan rak sendiri.

Remaja awal adalah antara 8 tahun hingga 10 tahun. Ciri-ciri remaja awal adalah:

(a) Mereka sudah pandai membaca sendiri. Justeru mereka mahukan buku yang mempunyai lebih banyak ayat-ayat bagi mereka baca sendiri tanpa bantuan ibu.

(b) Mereka masih suka membaca lukisan tetapi mereka juga sudah meminati cerita. Jadi mereka mahukan cerita-cerita yang menarik berkenaan watak kanak-kanak lain.

(c) Mereka suka berkhayal dan berangan-angan. Justeru, remaja awal perempuan suka cerita-cerita yang ada watak binatang pandai bercakap, ada tuan-tuan puteri, ada ikan duyung dan lain-lain. Remaja awal lelaki suka cerita watak-watak orang kuat, robot, naga dan yang seperti itu.

(d) Mereka sudah mempunyai angan-angan mahu menjadi doktor, guru, penyanyi dan lain-lain profesion yang mereka tonton dalam TV, dan yang mereka lihat di sekeliling mereka.

Kita mengajak sahabat-sahabat penerbit masuk ke dalam sektor yang masih merupakan Laut Biru ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Penerbitan Buku
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 29, 2007

Mengapa Ibu Bapa Bukan Melayu Membeli Buku-buku PTS One

PTS ONE adalah penerbit buku-buku awal remaja dan remaja.

Kajian rambang yang kita lakukan mendapati buku-buku novel remaja PTS ONE juga dibeli oleh ibu bapa bukan Melayu.

Apabila kita bertanya kepada mereka mengapa membeli buku cerita Melayu, sedangkan banyak buku Inggeris, mereka menjawab, "Saya mahu anak-anak saya skor A bagi kertas Bahasa Melayu."

Justeru ibu bapa bukan Melayu itu tahu bahawa dengan menggalakkan anak-anak mereka membaca buku-buku PTS One, keputusan peperiksaan mereka dapat ditingkatkan lagi.

Buku-buku PTS One diedit dengan ketat dan teliti supaya ejaan dan tatabahasanya selaras dengan apa yang diajarkan oleh guru-guru Bahasa Melayu di sekolah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Remaja
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 26, 2007

Kisah Kanak-kanak Maryam dan Perkataan “kole”

Maryam kanak-kanak Melayu tinggal bersama ibu bapanya di Sri Hartamas Kuala Lumpur.

Sejak lahir dia dibesarkan menggunakan bahasa Inggeris. Dia belajar Bahasa Melayu daripada pembantu rumah Indonesianya, dan kemudian daripada gurunya di sekolah.

Datuk lelakinya seorang profesor. Neneknya memiliki PhD dalam bidang psikologi kanak-kanak. Ayahnya seorang VP (Vice Presiden) sebuah bank. Ibunya pengurus rantau Asia Tenggara sebuah korporat Belanda.

Kecuali membaca buku teks, Maryam tidak pernah membaca buku Melayu. Paling baik prestasi subjek Bahasa Melayunya adalah 'C' itupun dengan bantuan guru tuisyen peribadi yang datang ke rumahnya.

Tiga (3) bulan lalu Maryam buat pertama kali membaca buku-buku cerita dalam Bahasa Melayu apabila sahabat neneknya menghadiahkan 12 buah buku-buku PTS One.

Sekarang Maryam sudah menambah koleksi buku-buku PTS One-nya sendiri. Apabila ibu bapanya belum sempat membawa dia ke MPH bagi membeli buku-buku baru, dia mengulang-baca koleksinya yang ada.

Yang paling digemarinya adalah siri "Sahabat Kole Kacang". Dia tidak tahu makna "kole". Ibunya menyuruh dia membaca kamus Melayu sebab ibunya pun tidak tahu. Sampai sekarang dia tidak tahu bagaimana rupa kuih kole kacang sebab di Sri Hartamas kuih itu tidak dijual.

Semenjak Maryam membaca buku-buku PTS ONE, prestasinya subjek Bahasa Melayunya mula naik, daripada C, ke C+, ke B-, ke B, dan terbaru B+.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Kanak-kanak
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 09, 2007

Supermarket Buku Kanak-kanak dan Remaja

Mengapakah apabila ada supermarket seperti Giant, Tesco, Carrefour dan JayaJusco, dibuka di sesebuah kawasan itu, habis tutup kedai-kedai runcit yang ada?

Pilihan! Ya, pilihan!

Pembeli tertarik pergi ke kedai yang menawarkan banyak pilihan.

Bagi meningkatkan jualan buku sastera kanak-kanak dan remaja, kita mesti membanyakkan buku-buku itu dalam kedai-kedai buku. Barulah orang tertarik pergi ke kawasan di mana di situ terdapat banyak pilihan.

Kita mengajak sahabat-sahabat penerbit supaya masuk sektor sastera kanak-kanak dan remaja. Mari kita perbanyakkan dan pelbagaikan judul-judul sastera remaja. Biar seksyen sastera remaja dalam Bahasa Melayu bertambah besar dalam kedai-kedai buku.

Gunakan saiz buku yang sama dengan saiz buku-buku PTS ONE, supaya buku-buku saudara diletakkan di rak yang sama dengan buku-buku PTS.

Jangan gunakan saiz ganjil, nanti buku saudara tidak muat di rak yang ada, akibatnya ia diletakkan di rak lain, terselit-selit antara ribuan buku-buku lain, langsung orang tidak nampak....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Remaja
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 06, 2007

Belum Puasa Sudah Siap-siap Hendak Berhari Raya

Siri ini terbit sengaja diterbitkan awal sempena menjelangnya musim Hari Raya akan datang.

Penerbit serupa sahaja dengan pembikin barang-barang konsumer lain. Lama sebelum tiba musim Hari Raya, barang-barang itu perlu sudah disiapkan, supaya dapat dihantar kepada pengedar di seluruh negara.

Pengalaman PTS pada tahun-tahun lalu menunjukkan, apabila tiba musim Hari Raya, buku-buku bacaan kanak-kanak dan remaja melambung jualannya.

Jualan itu meningkat disebabkan banyak keluarga membeli buku cerita untuk bacaan anak-anak dalam perjalanan yang mengambil waktu lama, baik dalam kereta, bas ataupun kereta api.

Kakak-kakak dan abang-abang yang pulang bercuti raya membeli buku untuk adik-adik mereka sebagai cara memberi mereka motivasi supaya suka membaca dan belajar.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Remaja
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Baik Lawan Buruk Belum Cukup

Buku-buku Harry Potter menyelitkan mesej bahawa yang baik akan menang jua akhirnya.

Ini adalah mesej "Agama Zaman Baru" yang sedang dipopularkan hari ini.

Semua agama mengajar yang baik, begitu menurut pandangan imam-imam Agama Zaman Baru itu. Yang penting adalah melakukan apa yang baik.

Agama Islam bukan setakat mengajarkan apa yang baik. Itulah sebabnya, penulis-penulis Islam perlu menghasilkan buku-buku cerita bacaan kanak-kanak dan novel-novel remaja yang menyelitkan ilmu tauhid di dalamnya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Remaja
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 25, 2007

Novel Profesional: Menyalakan Mentol Motivasi dan Angan-angan

Kanak-kanak 6 tahun sudah pandai berangan-angan. Budak lelaki 6 tahun sudah mahu menjadi superman, sudah mahu menjadi askar, sudah mahu memandu kereta. Budak perempuan 6 tahun sudah ingin memakai kasut tumit tinggi, sudah mahu menjadi tuan puteri, sudah mahu menjadi penyanyi popular.

TV amat mempengaruhi angan-angan kanak-kanak, baik lelaki mahupun perempuan. Sayang sekali role-model yang ditampilkan dalam rancangan TV kanak-kanak dan remaja amat terbatas. Ini membatasi input angan-angan mereka.

Disebabkan ustaz dan ustazah tidak ditampilkan sebagai hero dalam program TV kanak-kanak, maka kanak-kanak tidak berangan-angan mahu menjadi ustaz dan ustazah.

Disebabkan tidak ada hero doktor pakar bius dalam rancangan TV kanak-kanak dan remaja, maka mereka tidak tahu akan profesion itu. Mereka hanya tahu 'doktor'.

Di sinilah pentingnya peranan buku cerita kanak-kanak dan remaja yang heronya terdiri daripada pelbagai ahli profesional.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Remaja
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 21, 2007

Cepat! Kita Mahukan Buku-buku Cerita yang Mengajar Budak Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif

Kepada penulis buku-buku cerita terbitan PTS ONE, kita mahukan buku-buku cerita yang mengajar remaja berfikir lebih kreatif apabila menyelesaikan masalah.

Jadi, masukkan dalam cerita itu di mana watak-watak dalam buku itu mengalami pelbagai masalah...

Dan bagaimana mereka berusaha menyelesaikan masalah itu dengan pelbagai cara...

Ada cara yang gagal, ada cara yang betul...

Ada cara gila-gila, ada cara susah...

Ada cara senang, ada cara bodoh...

Ada cara saintifik, ada cara magik...

Macam-macam cara...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Remaja
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 15, 2007

Buku Kecil tetapi Evergreen

Siri Penyiasat Ekstrovert ini adalah buku kecil. Ia dikarang bagi bacaan remaja awal antara 8 - 10 tahun.

Harga siri ini pun murah. Margin keuntungan bagi penerbit pun amat tipis. Jadi, royalti penulisnya pun tidak seberapa.

Siri ini diramalkan dapat bertahan berpuluh-puluh tahun dalam pasaran!

Siri ini adalah 'ayam laga' PTS yang bersaing dan bertarung dengan siri penyiasatan karya Enid Blyton.

Teropong PTS mengatakan siri ini akhirnya akan menang kerana faktor budaya dan nilai-nilai lokal lebih disukai pembaca lokal.

Katakanlah pengarang siri ini, En. Mohamad Kholid Hamzah, hanya mendapat royalti RM500 ringgit setahun bagi setiap judul bukunya. Tetapi apabila siri ini sudah mempunyai 20 judul, beliau akan menerima RM10,000 setahun - selama berpuluh-puluh tahun!

Pengarang dan penerbit buku-buku remaja awal perlu mempunyai minda peladang kacang hijau. Memang setiap butir kacang itu amat kecil. Tetapi apabila kacang itu sudah sebuntil, harganya mahal.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 21, 2007

Dari 2 Ribu, Naik 3 Ribu, Naik 5 Ribu… ke 10 Ribu



Sewaktu PTS ONE mula menerbitkan buku-buku sastera remaja, bagi menguruskan risiko, cetakan pertama bagi setiap judul adalah 2 ribu naskhah sahaja. Jumlah itu dapat dijual dalam tempoh kurang 6 bulan.

Kemudian, bagi sesetengah judul, jumlah cetakan pertama berjaya dinaikkan ke 3 ribu naskhah, yang dapat dijual habis dalam tempoh kurang 6 bulan.

Hari ini bagi sesetengah judul, seperti siri ADAM Kecil, dan siri Dear Yayah, sekadar menyebut dua contoh, PTS sudah berani mencetak 5 ribu naskhah, dengan rasa yakin semua dapat terjual dalam tempoh kurang 6 bulan.

Kejayaan ADAM dan Dear Yayah adalah disebabkan faktor kedua-duanya ditulis dalam siri. Selepas beberapa lama siri ini berada di pasaran, jumlah peminatnya semakin hari semakin banyak.

PTS ONE mentargetkan siri ADAM dapat menjadi siri evergreen, yang bertahan dalam pasaran selama 50 tahun, seperti siri Enid Blyton. Malah mungkin lebih daripada 50 tahun!

Tim Marketing PTS sedang bekerja kuat bagi meningkatkan angka jualan setiap judul kreatif PTS kepada 10 ribu bagi cetakan pertama, dengan rasa yakin semua dapat dijual dalam tempoh 6 bulan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 20, 2007

Dimahukan Segera! Buku-buku Cerita yang Mengajar Budak Mencipta Idea-idea Baru

Kepada penulis novel-novel remaja untuk terbitan PTS One, kita mahukan cerita di mana watak-watak di dalam buku itu mencipta pelbagai idea baru.

Ada idea yang gila-gila, ada idea yang tidak berguna...

Ada idea yang tidak praktikal, ada idea yang brilian...

Ada idea yang meniru idea orang lain, ada idea yang futuristik...

Ada idea yang mahal, ada idea saintifik...

Ada idea sosial, ada idea bisnes...

Ada idea muzik, ada idea magik...

Ada idea yang murah dan seumpamanya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Remaja
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Hakcipta Pencipta Siri

Inilah siri pertama buku Melayu yang berjaya menggunakan 2 konsep yang berbeza, iaitu 'pencipta siri' dan 'penulis siri'.

Sejarah siri ini begini:

Langkah pertama Sifu menawarkan kepada Fred Suriya, seorang gadis Perancis, supaya dia mencipta jalan cerita siri Adam ini dan dituliskan dalam bahasa Inggeris, sebab Fred tidak pandai menulis dalam Bahasa Melayu.

Kemudian Sifu memperkenalkan Fred kepada Ashadi Zain yang mepunyai bakat menulis buku kanak-kanak.

Fred dan Ashadi bersetuju berkongsi hakcipta siri ADAM yang mereka berdua hasilkan.

Kemudian PTS memanggil pertemuan dan mengajak penulis-penulis lain menulis siri ADAM. Puan Zalisa adalah antara penulis yang hadir dalam pertemuan itu.

Inilah buku pertama siri ADAM yang tidak ditulis oleh Fred dan Ashadi. Ia ditulis oleh Puan Zalisa, seorang ustazah tadika.

Semua urusan pembahagian royalti antara Fred, Ashadi dan Puan Zalisa dicadangkan oleh pihak PTS kepada mereka, dengan mengambil contoh amalan penerbit-penerbit antarabangsa.

Siri ADAM ini adalah siri PTS ONE yang paling ngetop di pasaran. Sudah ada 2 buah syarikat animasi berminat menganimasikan siri ini. Juga sudah ada syarikat yang mahu melesenkan siri ini untuk pasaran Vietnam.

Bagi saudara yang berminat menjadi penulis siri ini, hubungi Puan Nor Hazizam, Pengurus PTS ONE.

Kejayaan projek siri ADAM ini akan meyakinkan penulis-penulis lain mengikut jejak Fred dan Ashadi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Royalti
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Datang Julai, 20 Judul PTS ONE Mesti Diulangcetak Serentak

Jabatan Pemasaran PTS sudah memilih 20 judul PTS ONE supaya bersiap-siap diulangcetak serentak pada bulan hadapan - Julai.

Arahan seperti ini amat membebankan jabatan editorial kerana sesetengah judul ulangcetak itu perlu diberi desain kulit baru. Ada pula yang perlu diberi layout baru.

Ada pula yang perlu diminta penulisnya menambah bab-bab tambahan. Manakala ada pula yang perlu diberi ilustrasi baru.

Arahan seperti ini juga menyebabkan Jabatan Kewangan PTS menyemak semula bajet penerbitan. Akan ada kemungkinan bajet bagi mencetak judul-judul baru bulan Julai terpaksa digunakan bagi mengulang cetak judul yang diarahkan oleh Jabatan Pemasaran.

Ini bermakna judul baru yang sepatutnya terbit bulan Julai mungkin terpaksa ditunda....

Hmm... Masalah PTS adalah buku-bukunya terlampau laku!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Remaja
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 18, 2007

Buku Musim Balik Kampung

Musim Hari Raya adalah musim orang Melayu balik kampung.

Data jualan PTS pada tahun-tahun lalu menunjukkan jualan buku-buku remaja melonjak pada musim cuti hari raya. Justeru PTS saat ini sedang sibuk menyediakan judul-judul novel kanak-kanak dan novel remaja yang perlu diterbitkan sebelum bulan puasa tiba.

Adakah saudara mempunyai cerita yang bertemakan 'balik kampung'? Tulis emel kepada Puan Norhazizam, Pengurus PTS ONE.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Remaja
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 30, 2007

Bisnes Buku Apabila Tiba Musim Cuti Sekolah

Dua minggu sebelum tiba musim cuti sekolah, Tim Setor PTS bekerja sampai malam dan hujung minggu kerana banyaknya buku-buku PTS ONE yang perlu dihantar ke kedai-kedai buku seluruh negara.

PTS ONE menerbitkan buku bacaan remaja dan remaja awal, yakni buku-buku bacaan budak-budak yang masih bersekolah.

Sebelum cuti sekolah bermula, buku-buku PTS ONE mesti sudah ada di rak kedai-kedai buku, sebab banyak anak middle-class di bandar-bandar besar mahu membeli bekalan buku-buku yang akan mereka baca semasa dalam perjalanan berkereta balik kampung!

Abang-abang dan kakak-kakak yang bekerja di bandar-bandar besar pula perlu membeli buku-buku PTS ONE sebagai buah tangan untuk adik-adik, apabila mereka pulang bercuti di kampung. Ini mereka lakukan sebagai usaha mendorong adik-adik mereka supaya suka membaca.

Bagi adik-adik yang datang dari kampung bercuti di bandar di rumah abang dan kakak, mereka juga dibawa ke mall-mall. Sambil itu mereka dibawa masuk kedai-kedai buku besar seperti MPH dan POPULAR bagi membeli buku-buku PTS ONE, sambil dibelanja makan di restoran makanan segera.

Musim cuti sekolah adalah musim PTS ONE 'menuai' apa yang mereka semai! Semenjak 2 tahun ini, data jualan buku-buku terbitan PTS ONE menunjukkan lonjakan yang luar biasa.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 02, 2007

Dunia Sastera Jibunsyi di Jepun Masuk Era Baru

Tuan Alif Redzuan adalah pensyarah bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia. Beliau belajar di negara itu selama 7 tahun.

Beliau juga adalah penulis siri Cerita Rakyat Jepun terbitan PTS. Sebanyak 6 jilid sudah terbit, dengan 4 lagi sedang disiapkan.

Baca blog beliau tentang sastera jibunsyi di Jepun.



.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Novel
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 23, 2007

Ilustrator Buku Filipina Dapat Kontrak Malaysia

Internet melanggar semua aturan urus niaga tradisional.

Pada masa ini, orang-orang Cina yang menjadi penerbit buku kanak-kanak di Kuala Lumpur dan Singapura sudah mula menggunakan khidmat pelukis-pelukis Filipina!

Mutu lukisan pelukis-pelukis Filipina adalah tinggi manakala yuran yang mereka kenakan adalah amat berpatutan. Disney USA juga sudah banyak menggunakan khidmat mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Komik & Ilustrasi
(19) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 03, 2007

Novel Fantasi yang Baik

Apabila saudara menulis buku-buku cerita fantasi untuk bacaan remaja dan kanak-kanak, ambil kira perkara-perkara di bawah dengan serius:

(1) Cerita dan watak-watak dalam buku itu dapat diterbitkan bersiri-siri sebab kanak-kanak dan awal remaja mahukan buku-buku yang terbit bersiri-siri.

(2) Cerita itu sesuai diterbitkan semula dalam bentuk buku ataupun majalah komik. Komik mesti terbit bersiri-siri.

(3) Cerita itu sesuai dianimasikan. Siri kartun TV mesti terbit bersiri-siri.

(4) Cerita itu sesuai dijadikan game komputer.

Dengan rancangan teliti seperti itu barulah sumber royalti saudara menjadi besar, banyak dan berpanjangan.

Ini juga menghendaki saudara memilih penerbit yang mempunyai komitmen bagi menerbitkan seluruh siri karya saudara itu dan juga pandai mempelbagaikan penerbitan versi karya saudara.

Sebelum memilih penerbit, tanya penerbit itu:

(a) Jika saudara menulis 50 siri cerita fantasi, adakah dia akan menerbitkan semuanya.

(b) Adakah penerbit itu akan menerbitkan edisi komik ataupun animasi ataupun game bagi siri saudara itu?

Ingat pesanan Sifu: Jangan fikir buku. Fikirkan kejayaan buku!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sains Penulisan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 01, 2007

PURNAMA Lancar Sayembara Novel Kanak-kanak dan Remaja

PUSAT Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja DBP (PURNAMA) sedang melancarkan sayembara menulis novel kanak-kanak dan remaja.


Sayembara itu terbuka kepada peserta Melayu dan bukan Melayu.


Ia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000 untuk kedua-dua kategori itu.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2148 2875.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

DBP Anjurkan Peraduan Mengarang Cerita Kanak-kanak dan Remaja

Ini berita baik!

KaryaNet Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Peraduan Mengarang Cerita Kanak-kanak dan Remaja.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Iklan & Notis
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 28, 2006

PURNAMA DBP Pelawa Keahlian

DBP mempelawa orang ramai menjadi anggota PURNAMA - Pusat Penyelidikan Sastera Kanaka-kanak dan Remaja. Yuran percuma.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Buku Remaja
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 19, 2006

Mencari Ilham Fantasi untuk Budak 9 Tahun

Bagaimanakah orang dewasa mahu menulis cerita-cerita fantasi bagi bacaan budak-budak lelaki dan perempuan yang berusia sekitar 8 ataupun 9 tahun?

Dari mana hendak ditimba ilham cerita-cerita itu?

Barangkali saudara perlu memanggil budak-budak 8 dan 9 tahun ke rumah saudara, buat kek dan beli kacang, ajak mereka makan, sambil makan sambil buat bengkel cerita fantasi.

Jika saudara guru sekolah rendah, itu lebih mudah, sebab saudara dapat gali ilham itu daripada otak murid-murid saudara sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sains Penulisan
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 07, 2006

Buku Cerita Kanak-Kanak: Tabiat Pembeli

SifuPTS pernah membuat tinjuan rambang berkenaan bagaimana persepsi ibu bapa Melayu sewaktu menilai kualiti buku cerita kanak-kanak.

Dalam kes ini, kita perhatikan tingkah laku ibu bapa Melayu sewaktu memilih buku cerita kanak-kanak di kedai buku.

Dalam satu peristiwa, ada satu stack buku cerita 4 warna yang dipamerkan. Beberapa kali buku itu dibuka oleh ibu-ibu, di-flip-flip halamannya, kemudian diletakkan semula.

Kepada salah seorang ibu itu saya bertanya, "Puan, apa kurangnya buku cerita itu?"

Dijawab olehnya, "Tak bagus! Buat rugi saja kalau saya beli!"

"Mengapa, puan?" saya bertanya.

Katanya, "Lukisan saja banyak. Tulisannya sikit sangat. Kita hendak anak kita belajar membaca, bukan tengok gambar!"

Memang begitulah buku itu. Cuma ada 2 ataupun 3 ayat sahaja tercetak pada setiap halaman, barangkali disebabkan buku cerita itu ditujukan kepada budak yang baru pandai membaca, mungkin darjah 1 ataupun darjah 2.

Apa yang dapat dipelajari daripada kata-kata ibu itu adalah, bagi si ibu, nilai buku untuk kanak-kanak adalah pada jumlah teksnya, bukan pada jumlah ilustrasi 4 warnanya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sains Penulisan
(6) Diskusi Kuliah | Permalink

PanahArjuna dan Budaya Membacakan Bedtime Stories

Nama sebenar Sdr PanahArjuna adalah Ahmad Zafran Abd. Mutalib. Beliau penulis novel jibunsyi "TEGAR".

Menurut Sdr Panah, ulamak dulu-dulu sudah memulakan tradisi membacakan cerita-cerita bedtime stories kepada anak-anak sebelum tidur malam.

Cerita-cerita yang dibacakan itu adalah cerita-cerita daripada kepustakaan Islam, seperti cerita nabi-nabi, cerita sahabat-sahabat Nabi Muhammad, dan riwayat hidup para pahlawan dan tokoh-tokoh ilmuan Islam.

Apa yang dilaporkan oleh Sdr. Panah ini amat menguja SifuPTS!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sains Penulisan
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Cerita untuk Kanak-Kanak Perempuan

Baguskah kanak-kanak perempuan membaca "The Sleeping Beauty"?


Ada pakar psikologi Barat yang mengatakan, cerita itu mengajarkan nilai yang tidak baik kepada kanak-kanak perempuan.


Alasan yang dikemukakan oleh pakar psikologi adalah dalam cerita itu, kalau budak perempuan dilahirkan cantik, dia tidak perlu belajar dan bekerja rajin-rajin, kalau dia cuma tidur sekalipun, suatu hari nanti pasti seorang anak raja yang tampan akan datang dan jatuh cinta padanya!


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sains Penulisan
(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 06, 2006

Buku Kanak-kanak

Mengapakah tidak tidak banyak buku cerita kanak-kanak dalam Bahasa Melayu di kedai-kedai buku?

Braket usia kanak-kanak adalah antara 5 - 8 tahun.

Banyak orang salah sangka tentang buku cerita kanak-kanak. Mereka menyangka disebabkan buku cerita kanak-kanak nipis, maka tentulah ia mudah diterbitkan.

Sebenarnya, menerbitkan buku cerita kanak-kanak adalah lebih susah dan lebih mahal daripada menerbitkan buku untuk remaja dan dewasa.

Pertama, buku cerita kanak-kanak memerlukan banyak lukisan empat warna. Kos membeli lukisan empat warna yang cantik adalah sangat mahal.

Pelukis-pelukis di negara ini pula mahukan bayaran tunai sebaik-baik lukisannya diterima oleh penerbit. Mereka tidak berminat dengan skim royalti.

Kos membuat filem empat warna adalah mahal. Begitu juga, kos mencetak halaman empat warna adalah mahal.

Para penulis cerita kanak-kanak juga, entah mengapa, lebih suka menjual hakciptanya dengan bayaran tunai.

Faktor-faktor ini menaikkan bayaran 'up-front' yang mesti ditanggung oleh penerbit.

Bukan setakat itu sahaja!

Walaupun kos pengeluaran buku cerita kanak-kanak berlipat ganda lebih mahal daripada buku bacaan orang dewasa, buku kanak-kanak tidak dapat dijual dengan harga mahal, disebabkan mentaliti ibu bapa di negara ini yang menggunakan logik "Buku budak takkan mahal?"

Ibu bapa negara ini mempunyai mentaliti buku nipis tentu lebih murah daripada buku tebal. Mereka tidak faham bahawa buku tebal hitam putih amat murah kos cetaknya. Manakala kos mencetak halaman 4 warna adalah 4 kali ganda lebih mahal.

Inilah faktor-faktor yang menyebabkan tidak banyak penerbit mahu masuk ke dalam sektor buku kanak-kanak.

Ibu bapa mahukan buku cantik, kertas baik, cerita bagus, tetapi tidak sanggup membayar harga yang setimpal dengan kos yang ditanggung oleh penerbit.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Pelbagai Kelebihan Belajar Menulis Buku-buku Cerita Moral dan Agama

Belajar menulis buku-buku cerita moral dan agama banyak kelebihannya.

Pertama, manusia memang suka membaca dan mendengar cerita, oleh itu pasaran bagi buku saudara sudah sedia ada, dan saiz pasaran itu besar pula.

Jika saudara menulis buku lain, pasarannya mungkin tidak ada, ataupun kecil saiznya.

Kedua, cerita mempunyai ciri evergreen, oleh itu hayat pasaran buku saudara amat panjang. Ini membolehkan buku saudara diulang cetak setiap tahun selama bertahun-tahun.

Buku-buku bukan fiksyen mempunyai hayat pasaran yang singkat. Ada masanya, belum sampai satu tahun, buku itu sudah out-of-date.

Ketiga, cerita yang saudara cipta itu mempunyai potensi diadaptasi ke dalam media lain, seperti filem, telenovela, komik dan animasi.

Keempat, buku cerita lebih mudah diekspot ke negara-negara lain melalui proses terjemahan dan pelesenan.

Kelima, buku-buku cerita dibeli oleh pembaca di kedai-kedai buku dan juga dibeli oleh kerajaan melalui kontrak Perpustakaan Negara Malaysia dan kontrak Kementerian Pelajaran.

Marilah belajar menulis buku cerita moral dan agama. Ia adalah harta intelek yang bernilai tinggi!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Sains Penulisan
(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Bedtime Stories

Buku-buku bedtime stories mempunyai pasaran besar di negara-negara maju disebabkan mereka sudah lama membangunkan budaya ibu-ibu membacakan cerita-cerita moral dan agama kepada anak-anak mereka, khususnya sebelum anak mereka tidur malam.

Jika kita mahu membangunkan budaya yang serupa di kalangan ibu-ibu Melayu, para penerbit terlebih dahulu perlu melambakkan buku-buku cerita bedtime stories di kedai-kedai buku.

Selepas itu barulah dilancarkan kempen menggalakkan ibu-ibu membacakan cerita-cerita bedtime stories kepada anak-anak.

Jika ini tidak dilakukan, apa yang berlaku nanti, kempen sudah dibuat, tetapi apabila orang ramai pergi ke kedai buku, buku yang dicari itu tidak ada.

Inilah yang berlaku sekarang. Setiap tahun kita mengadakan kempen membaca, tetapi buku-buku yang hendak dibaca itu amat terhad jumlah dan genre-nya. Jadi, orang sudah mahu membaca, tetapi buku yang hendak dibacanya tidak ada.

Justeru, tanggungjawab penerbit itu besar dan berat sekali!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori : • Fakulti Pemasaran Buku
(14) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages