Thursday, August 07, 2008

Remaja Menulis Buku untuk Remaja

Idea supaya penulis remaja ataupun penulis remaja awal diminta menulis buku-buku untuk bacaan golongan remaja awal dan kanak-kanak bukanlah suatu idea baru. Idea ini sudah sejak lama dahulu dicuba di serata dunia.

Didapati jualan buku remaja dan kanak-kanak yang ditulis oleh penulis-penulis remaja dan kanak-kanak tidak memberangsangkan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini:

(i) Daya imaginasi remaja dan kanak-kanak adalah amat terbatas hanya disebabkan mereka itu masih amat muda. Mereka belum mempunyai banyak pengalaman, oleh itu mereka belum dapat mencipta pelbagai angan-angan yang membuka daya imaginasi pembaca remaja dan kanak-kanak.

(ii) Bakat bercerita remaja dan kanak-kanak belum cukup berkembang oleh itu mereka belum dapat mencipta plot dan sub-plot cerita yang kompleks.

(iii) Penguasaan bahasa remaja dan kanak-kanak juga belum cukup berkembang bagi membolehkan mereka menghasilkan pelbagai bentuk ayat-ayat dan perbendaharaan kata yang segar.

(iv) Remaja dan kanak-kanak belum mempunyai ilmu-ilmu bantu yang penting bagi menghasilkan cerita-cerita yang menarik.

(v) Remaja dan kanak-kanak belum lama hidup oleh itu mereka belum mempunyai kebijaksaan atau 'wisdom' tentang manusia dan kehidupan yang dapat dijadikan mesej tersembunyi di sebalik cerita-cerita yang dihasilkan.

Penulis remaja dan kanak-kanak tidak dapat menghasikan cerita-cerita seperti siri Sang Kancil, Micky Mouse, Donald Duck, Harry Potter ataupun cerita-cerita Hans Christian Anderson.

Justeru siapakah yang lebih berupaya menghasilkan buku-buku cerita untuk bacaan remaja dan kanak? Jawapanya: Penulis dewasa yang memahami jiwa remaja dan jiwa kanak-kanak.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 01, 2008

Novel Remaja dalam Bahasa Melayu Mula Dibaca Anak-anak Kelas Menengah

Pada suatu masa dahulu, apa-apa yang 'Melayu' dikaitkan dengan apa-apa yang kampungan, yang miskin, yang bawahan, yang tidak berkualiti, yang tidak laku, yang mundur, yang lokal.

Membaca blog Puan Ain Maisarah menemukan kita dengan bukti kukuh bahawa anak-anak kelas menengah Melayu sudah mula membaca novel-novel remaja yang ditulis dalam Bahasa Melayu.

Ini adalah perkembangan yang membuktikan bahawa anak-anak golongan keluarga berada memang mahukan produk-produk dalam Bahasa Melayu.

Isunya adalah, produk-produknya yang sesuai dengan citarasa mereka yang tidak masih cukup banyak dalam pasaran.

Jadi, pasaran sastera kanak-kanak dan remaja adalah pasaran yang baru dibangunkan dan sedang berkembang dengan menggebu-gebu. Masih banyak ruang untuk pemain-pemain baru masuk ke dalam padang ini.

Masukilah pasaran ini, kerana apabila sejak remaja mereka sudah banyak membaca dalam Bahasa Melayu, apabila mereka membesar dan dewasa, mereka akan terus meminati buku-buku Melayu. Sektor ini masih Laut Biru.

Bagi penulis-penulis pula, nama-nama pengarang yang dibaca semasa remaja akan kekal diminati apabila mereka dewasa. Oleh itu menulislah karya remaja, selain karya dewasa.

Ikut jejak SN Dato' A Samad Said yang juga menghasilkan banyak karya kategori remaja. 

Pada masa ini PTS adalah penerbit novel kanak-kanak dan remaja paling aktif dalam pasaran. Kita akan terus meningkatkan jumlah dan kategori sastera kanak-kanak dan remaja yang ada.

Ini bermakna PTS mahukan lebih banyak kepelbagaian cerita bagi buku-buku terbitannya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 03, 2008

PTS Terus Mencari di Mana Laut Biru Baru dalam Sektor Buku Remaja

Bila-bila masa sahaja sektor novel awal remaja akan menjadi Laut Merah. Selama ini PTS boleh dikatakan menjadi pemain utama dalam sektor novel awal remaja kerana PTS-lah yang menerokai sektor ini.

Tetapi keadaan akan berubah pada bila-bila masa sahaja dalam waktu terdekat. Sudah menjadi hukum alam bisnes, apabila sesuatu sektor itu terbuka, maka akan berduyun-duyun pemain baru ikut terjun ke dalam sektor itu bagi mengambil peluang yang ada.

Gosip pasaran mengatakan Karangkraf akan terjun ke dalam laut ini melalui 2 buah anak syarikatnya yang tidak asing lagi, yaitu ALAF21 dan BUKU PRIMA.

Kemasukan ALAF21 dan BUKU PRIMA sudah tentu amat menggerunkan PTS kerana kedua-dua buah syarikat itu mempunyai keupayaan masuk secara besar-besaran dan mencipta persaingan sengit dalam pasaran. Mereka mampu menghayunkan pukulan maut kepada pesaingnya.

Berbanding PTS, kekuatan ALAF21 dan BUKU PRIMA adalah:

(1) Mereka mempunyai kepakaran editorial dalam penerbitan fiksyen popular.

(2) Mereka mempunyai lebih 30 buah majalah yang dapat mengiklankan novel-novelnya secara amat efektif.

(3) Mereka mempunyai rangkaian pengedaran yang sangat luas.

(4) Mereka memiliki kilang cetak sendiri, dan ini membolehkan buku-buku mereka dijual pada harga amat berpatutan.

(5) Mereka mempunyai beratus orang pengarang novel cinta popular yang dapat dipujuk supaya menulis novel-novel remaja pula. 

(6) Dengan modal besar yang mereka miliki, mereka dapat menawarkan insentif kewangan yang amat menarik kepada para penulis. 

Berdepan dengan kemasukan 2 ekor jerung besar itu, apakah langkah PTS?

PTS mempunyai kekuatan yang sangat berharga iaitu:

(1) Tim editorial PTS adalah amat muda, oleh itu amat agile, kreatif dan berani mencuba idea-idea baru.

(2) Tim penulis PTS sudah banyak jumlahnya. Mereka juga amat agile, yakni mereka pandai menghasilkan pelbagai kategori buku. Mereka dapat diharapkan bagi menghasilkan genre dan cerita-cerita yang segar, yang baru, yang belum ada dalam pasaran.

Dua ciri di atas adalah modal survival PTS yang amat berharga dan dapat digantungkan harapan. Dengan 2 modal itu, PTS akan mudah dapat menerokai Laut-laut Biru baru!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 25, 2008

Terbaru dari PTS One: Novel Remaja Awal

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 17, 2008

Buku Remaja Bersiri Lebih Laku

Jika saudara mahu menjadi penulis novel-novel buat pasaran remaja, saudara perlu menghasilkan judul-judul dalam siri.

Data jualan PTS menunjukkan konsep buku cerita bersiri lebih keras jualannya daripada judul tunggal. Di pesta buku 2007, fakta ini jelas dapat dilihat di meja yang mempamerkan buku-buku remaja awal. Judul bersiri lebih laju jualannya daripada judul-judul tunggal.

Soalan tutorial: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan buku remaja bersiri lebih laku? 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 16, 2008

Selamat Datang! Satu Lagi Nama Besar Berhijrah Masuk Tim PTS

Nama glamor beliau adalah Mr. VOVIN. Nama sebenar beliau Tuan Nazri M. Annuar.

Beliau memulakan perkhidmatan di PTS ONE pada 2 Januari lalu.  

Sebagai anggota Tim PTS, beliau memikul tanggungjawab:

(i) Menaikkan kualiti cerita terbitan PTS ONE yang ditargetkan kepada remaja lelaki.

(ii) Menaikkan kualiti ilustrasinya, dan

(iii) Menaikkan kualiti pakejingnya.

Ibarat sirih pulang ke gagang, pinang pulang ke tampuk.

Teringat pula Sifu, beberapa waktu dahulu sewaktu kali pertama berkenalan dengan Mr. Vovin di bengkel Surah Yusuf. Beliau datang membawa sebuah karya beliau yang beliau yakin telah dicetak rompak.

Beliau menyerahkan 2 naskah bukunya kepada saya. Saya tengok, ya, saya nampak ada tanda-tanda salah satu buku itu adalah dicetakrompak.

Saya pandang wajahnya. Saya dapat merasakan apa yang terpendam di hatinya.

Lalu saya katakan kepadanya, "Jangan saudara pandang ke belakang, nanti saudara hilang motivasi berkarya. Pandang ke depan. Tulis buku buat PTS. Kita akan terbitkan!"

Dalam hati, Sifu berkata: "Ini ada anak muda yang berbakat besar dan sangat tidak puas hati."

Lalu saya bisikkan kepada Sdr. Mat Jan yang memperkenalkan Mr. Vovin kepada saya. "Jaga dia baik-baik!" itulah arahan saya kepada Sdr. Mat Jan.

Segera Sdr. Mat Jan menjawab, "Baik, puan!" 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 14, 2008

Strategi ‘survive’ Dahulu, Baru Kemudian Fikirkan ‘sastera’

Kita berpeluang berbual-bual dengan seorang pensyarah universiti yang juga mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kata beliau, "Nasib baik kami mempunyai pekerjaan bergaji, jika tidak, di kalangan penulis kreatif, golongan kami adalah yang paling 'miskin'." Mantan peserta MPR itu merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada royalti dan honorarium yang diterima oleh penulis sastera, dibandingkan dengan penulis-penulis novel-novel popular.

"Novel saya cuma mendapat royalti RM600, selepas 3 tahun terbit," katanya lagi. 

Isu pendapatan (income) penulis adalah isu yang tidak habis-habis mencetuskan keluh-kesah di kalangan pengarang sastera. Pendapatan penulis boleh datang daripada pelbagai punca, bukan hanya terhad pada royalti dan honorarium karya sastera yang mereka hasilkan.

Kepada mentee-mentee Sifu yang mahu menjadi sasterawan, ini pesan Sifu.

Naikkan nama saudara berfasa-fasa, macam orang naik tangga. Jangan terus hendak mengukir nama sebagai "sasterawan". 

Dalam fasa pertama: Hasilkan karya-karya yang dapat ditulis dengan cepat, dan laku, serta evergreen. Tulislah novel-novel bermutu tinggi untuk pasaran remaja awal dan remaja. Jika 1 novel remaja dapat menghasilkan RM3 ribu setahun, tulis 10 novel remaja. Dengan itu saudara mendapat royalti RM30 ribu setahun.

Kemudian, masuk fasa kedua: Tulis 7 judul novel remaja, dan 1 judul novel sastera.

Masuk fasa ketiga: Tulis 4 novel remaja dan 2 novel sastera. 

Fasa keempat: Pada fasa ini, saudara sudah mampu menulis apa-apa karya sastera yang saudara suka, sebab royalti daripada 21 buah novel remaja itu sudah membolehkan saudara survive.

Kalau pada masa itu saudara tidak mahu menulis lagi pun tidak mengapa kerana pendapatan daripada royalti karya-karya evergreen saudara cukup bagi membolehkan saudara hidup selesa.

Nota: Rejab FI adalah contoh penulis novel-novel remaja yang temanya evergreen sehinggakan selepas 30 tahun diterbitkan, novel-novel beliau masih dapat diterbitkan semula dan laku dijual.

Kini Pak Rejab sudah bersara daripada menulis novel tetapi setiap tahun royalti beliau daripada PTS masih mengalir masuk ke dalam akaun banknya. 

Karya-karya beliau dahulu diterbitkan oleh penerbit lain, tetapi kemudian selepas dicetak sekali karya-karyanya itu tidak ulang cetak lagi. Beliau kemudian mendapatkan semula hak penerbitan karya-karyanya itu dan menyerahkannya kepada PTS supaya dinilai judul-judul yang mana yang sesuai diterbitkan semula untuk pasaran semasa. PTS memilih 11 judul. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 03, 2008

Contoh Buku-buku Pensyarah Universiti yang Tidak Relevan untuk Kenaikan Pangkat

Tuan Ustaz Arieff Salleh Rosman menerima BA dan MA dari Jordan dan  sekarang beliau hampir selesai menyiapkan tesis PhDnya di Universiti Malaya. Kepakaran beliau adalah dalam sistem kewangan Islam. 

Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau adalah salah seorang anggota panel penasihat hal-ehwal agama PTS. Perlantikan beliau dibuat secara rasmi melalui pejabat pentadiran universiti.

Beliau secara aktif membantu Jabatan Editorial PTS bagi menjalankan penyelidikan dan membangunkan (i) Strategi, gerak kerja dan prioriti penghasilan judul-judul agama PTS dan (ii) Panduan editorial bagi gaya bahasa dan peristilahan dalam buku-buku agama terbitan PTS ISLAMIKA.

Beliau adalah ketua tim projek memodenkan kitab-kitab hadis klasik di PTS, iaitu projek Riadhus Solihin, Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Ihya' Ulumuddin.

Buku-buku ini adalah antara buku-buku agama beliau yang diterbitkan oleh PTS. Namun disebabkan pakejing buku-buku beliau tidak menggunakan wajah ala-ala kitab agama tradisional, dan disebabkan buku-buku itu ditargetkan kepada remaja dan orang awam, maka atas alasan itu buku-buku ini dianggap tidak relevan bagi penilaian kenaikan pangkat. 

Dua buah buku beliau - Yakin dan Ikhlas dan Cekal dan Tabah - sudah dilesen oleh Jakarta. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 20, 2007

Jurutera Menulis Fiksyen

Penulis buku ini adalah Mohd. Faisal Nordin, seorang jurutera awam.

Pada suatu masa dahulu, bidang penulisan kreatif dalam Bahasa Melayu hanya digulati oleh guru-guru Melayu dan wartawan Melayu.

Entah mengapa, tetapi sejak akhir-akhir ini jumlah guru dan wartawan Melayu yang aktif menghasilkan fiksyen semakin terasa amat kurang. 

Sebaliknya golongan berpendidikan profesional dan teknikal mula menceburi penulisan fiksyen dan menjadi golongan majoriti. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 19, 2007

Novel Terbaru dari Alif Firdaus Azis

Alif Firdaus Aziz adalah seorang ahli silap mata.

Tonton  trik silap mata Tuan Alif, bagaimana beliau pandai menghilangkan dirinya, klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 08, 2007

Apa Manfaatnya Bagi Nama Besar Menulis Novel Remaja

Baru-baru ini kita berbual-bual dengan seorang sasterawan muda, lalu kita berkata kepadanya, "Tulislah juga novel-novel remaja awal untuk PTS - antara 8 - 10 tahun."

Beliau tidak berminat. "Noooo!" jawabnya.

Jika saudara sudah mempunyai novel-novel buat bacaan orang dewasa, tulislah juga novel remaja kerana ia banyak manfaatnya. Semai nama saudara di kalangan remaja, justeru apabila mereka besar dan dewasa nanti, mereka akan berminat membaca karya saudara yang berat-berat dan ditulis khusus untuk pembaca dewasa. 

Melaburlah dengan meletakkan nama saudara dalam memori remaja, ia adalah pelaburan yang menguntungkan. Remaja yang meminati saudara semasa dia muda akan kekal meminati saudara sampai tua. Sekiranya semasa saudara remaja dahulu saudara sudah membaca Hamka, sampai sekarang saudara meminati karya-karya Hamka. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 02, 2007

Sastera Remaja Kebal Serangan Buku Impot

Fenomena kejayaan siri Harry Potter menyebabkan banyak orang percaya pasaran novel remaja tempatan akan dikuasai oleh judul-judul impot, yang dikatakan lebih tinggi mutunya.

Jika saudara seorang penulis novel remaja, barangkali saudara mahu tahu apakah novel-novel remaja tempatan akan kalah kepada novel-novel remaja yang diimpot, baik dalam bentuk karya asalnya mahupun edisi terjemahannya.

Dapatkah penulis sastera remaja tempatan bersaing dengan judul-judul impot, seperti siri Harry Potter? 

Sebenarnya, di mana-mana negara sekalipun yang rakyatnya suka membaca, judul-judul sastera remaja tempatan menguasai pasaran. Kejayaan siri Harry Potter adalah kekecualian. Bagi satu judul impot yang meletup, berpuluh-puluh judul tempatan yang juga meletup-letup. Fenomena ini dapat dilihat dalam dunia hiburan di mana kejayaan Mawi dalam pasaran tempatan mengatasi kejayaan mana-mana artis luar negara. 

Kita perlu mencungkil bakat-bakat penulis sastera remaja tempatan yang berbakat, supaya sektor sastera remaja dalam Bahasa Melayu menjadi meriah dan berkembang dengan menggebu-gebu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 30, 2007

Siri “Aku Mahu….”

Data jualan buku remaja PTS menunjukkan judul-judul yang lebih aktif keluar dari setor adalah terdiri daripada 2 jenis judul:

(1) Judul bersiri

Judul-judul yang ditulis bersiri-siri seperti siri "Penyiasat Ekstrovert", siri "Dear Yayah", siri "Sahabat Kole Kacang", siri "Sarah", siri "Adam" dan lain-lain siri.

(2) Pengarang yang sama

Judul indie, tetapi ditulis oleh pengarang yang sama, kerana nama pengarang itu sudah terkenal dan sudah mempunyai peminatnya sendiri, seperti novel-novel Puan Ida Rizyani Tahir dan Puan Ezee Rahmani.  

Justeru, kita amat menggalakkan para penulis novel remaja mempunyai perancangan jangka panjang bagi menghasilkan karya bersiri.

Dua buku di atas adalah contoh siri "Aku Mahu...." oleh Puan Ain Maisarah. Beliau sedang menuliskan lebih banyak tema dalam siri ini.

Saudara perlu merancang sekurang-kurangnya 10 judul bagi setiap 1 siri, dan emelkan kertas rancangan saudara itu kepada editor PTS ONE supaya rancangan saudara itu dapat difikirkan oleh editor dan diberi feedback. 

Sebagai contoh, saudara boleh cadangkan siri "Dahulu..."

a. "Dahulu Bodoh Sekarang Pandai..."

b. "Dahulu Malas..."

c. "Dahulu Jahat..."

d. "Dahulu Degil..."

e. "Dahulu Buruk..."

f. "Dahulu Corot..." 

g. "Dahulu Kaya..." 

Kemukakan cadangan siri saudara itu kepada editor. Tunggu diluluskan, baru ditulis.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 20, 2007

Latihan

Tunnels belum meletup. Mengapakah PTS sudah berani melaburkan wang yang banyak bagi melesen dan menerbitkan buku ini?

Kepada mentee-mentee Sifu: Ini soalan latihan! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 12, 2007

Siri Terbaru dari PTS

Inilah buku pertama dalam siri terbaru yang diluncurkan oleh PTS ke dalam pasaran remaja perempuan.

Siri ini terdiri daripada cerita-cerita hikayat yang bertemakan asuhan jiwa. Sebanyak 12 judul akan diterbitkan dalam siri ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 09, 2007

Coming Soon! “Tunnels” dalam Bahasa Melayu Diterbitkan oleh PTS Litera Utama

Sudah digembar-gemburkan bahawa selepas siri Harry Potter ditamatkan, inilah novel fantasi yang akan mencetuskan demam baru di kalangan remaja di seluruh dunia.

PTS berjaya mendapatkan lesen bagi menterjemah dan memasarkan siri ini buat pasaran Malaysia. (Jangan ditanyakan berapa jumlah ongkos pelesenannya!)

Tunggu kemunculan "Tunnels"  tidak lama lagi, yang akan menggunakan judul yang sama dan cover yang serupa.

"Tunnels" diterbitkan oleh PTS LITERA UTAMA. 

Sebelum menulis Tunnels dengan sahabat baiknya sejak di universiti yang bernama Brian Williams, Roderick Gordon adalah seorang investment-banker. Beliau telah menjual rumahnya bagi membiayai penerbitan karya pertamanya ini.

Dalam masa beberapa jam sahaja selepas edisi kulit keras Tunnels dijual di kedai-kedai buku, semuanya sold-out   -  habis terjual.

Secepat kilat, Barry Cunningham membeli hakcipta Tunnels buat penerbit Chicken House. Barry adalah editor yang membawa masuk JK Rowling ke penerbit Bloomsbury pada tahun 1996.

Tunnels adalah suatu cerita fantasi klasik yang diwarnai dengan fiksyen sains.

Menurut Barry Cunningham, dia yakin Tunnels dapat mengisi kekosongan yang bakal berlaku apabila siri Harry Potter  ditamatkan tidak lama lagi.

Sehingga hari ini penerbit Chicken House sudah mengutip yuran pelesenan hakcipta dari luar negara lebih £500 ribu paun sterling (termasuk duit PTSlah itu!)

Menurut Cunningham (foto), "Tunnels memiliki semua ciri karya fantasi yang dimahukan pembaca: Budak lelaki pakar arkeologi, watak-watak jahat yang teramat jahat, tamadun lama yang sudah hilang, dan pengembaraan ke perut bumi yang luar biasa."

Sinopis: Will Burrows berusia 14 tahun. Dia tinggal dengan keluarganya di London. Seperti ayahnya, Will amat meminati ilmu arkeologi, kajipurba. Mereka berdua suka melakukan kerja gali-menggali.

Pada suatu hari mereka berdua sedang menggali, lalu terjumpa suatu terowong purba. Tiba-tiba ayahnya hilang ke dalam terowong itu.

Will dan sahabat karibnya, Chester, membuat keputusan mahu mencari ke mana ayahnya menghilang. Tanpa disedari mereka sudah berada jauh di bawah tanah, di situlah mereka terserempak dengan suatu rahsia yang amat menakutkan, suatu rahsia yang membahayakan nyawa mereka berdua.

Tunnels akan difilemkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 08, 2007

Novel Remaja Fantasi-Realiti Moden

Ini adalah contoh novel yang khusus ditargetkan kepada remaja perempuan usia belasan tahun yang tinggal di bandar-bandar besar.

Watak-watak utama dalam novel ini remaja perempuan belaka. Masing-masing dengan masalah dan harapan yang tipikal dialami oleh remaja perempuan anak-anak keluarga kelas menengah kotaraya.

Bagi saudara yang berminat menulis novel dengan tema kontemporari dunia remaja urban, bacalah novel ini.

Senang cakap: Apa yang ada dalam kepala remaja moden di kotaraya, itulah yang dijadikan tema utama dan tema-tema sampingan dalam novel ini.  

Pasaran novel jenis ini adalah baik, dan ia amat sesuai dijadikan konten-mobile. 

Kombinasi plot realiti dan plot fantasi mempunyai appealnya sendiri kepada pembaca remaja kerana remaja memang suka cerita-cerita fantasi.

Hantar sinopsis novel remaja saudara kepada editor PTS ONE supaya dibaca dan diberikan feedback.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 07, 2007

Akan Terbit!

Buku ini diramalkan akan menjadi satu lagi buku 'hit' PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 03, 2007

Langkah PTS Membangunkan Tim Penulis Remajanya Sendiri (16-19 tahun)

PTS sedang mencari bakat-bakat penulis remaja khusus bagi projek menghasilkan novel-novel fantasi yang ditargetkan kepada golongan remaja. Mereka yang terpilih akan dilatih dalam siri bengkel-bengkel penulisan supaya karya mereka nanti mempunyai ciri-ciri:

1. Evergreen.

2. Mengandungi maklumat yang memandaikan remaja yang membacanya.

3. Mematuhi syariah.

4. Dapat diekspot.

5. Mudah dijadikan siri animasi dan game.

6. Digemari baik oleh remaja lelaki mahupun perempuan.

7. Dapat diterima oleh ibu bapa dan guru-guru.

8. Sesuai dibeli oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

9. Ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Matlamat jangka panjang projek membangunkan pasukan penulis remaja ini adalah supaya PTS mempunyai sekumpulan penulis yang memiliki pengetahuan dan kepakaran tinggi dalam bidang ini. Dengan demikian, PTS dapat secara konsisten menerbitkan karya-karya sastera remaja Islami yang berkualiti tinggi tahun demi tahun.

Adalah strategi bisnes dan komitmen PTS mahu menjadi pemain utama sektor sastera remaja. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 01, 2007

Inilah Novelis “Tegar”

Inilah wajah "Panaharjuna" ataupun nama sebenarnya Ahmad Zafran Abdul Mutalib.

Beliau adalah novelis remaja berasal dari Negeri Sembilan yang kini paling ngetop dengan karya beliau "Tegar", "Sahabat Kole Kacang 1", "Sahabat Kole Kacang 2", "Pendekar Budiman" dan "40 Lukisan Hati".

Kita berdoa salah satu karya beliau memenangi hadiah dalam anugerah Sasterawan Negeri Sembilan 2007, khususnya bagi kategori sastera remaja. Amin. 

Seorang yang mempunyai network yang luas di kalangan pekomik dan pekartun, beliau banyak berjasa kepada PTS dengan memperkenalkan bakat-bakat baru kepada kita. Beliau sekarang aktif menghidupkan semula persatuan PEKOMIK bagi membela kepentingan karyawan bidang tersebut.

Kini beliau sedang menyiapkan 3 novel serentak. Karya terbaru beliau yang akan terbit sedikit masa lagi adalah "Sahabat Kole Kacang 3".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 30, 2007

Komitmen PTS Mahu Menjadi Pemain Utama dalam Sektor Buku Remaja

PTS akan terus mencari penulis-penulis berbakat yang mahu menghasilkan pelbagai buku untuk pasaran remaja awal dan remaja. PTS juga akan melabur dengan menerbitkan buku-buku terjemahan yang berguna bagi memandaikan remaja.

Dengan demikian PTS mengambil langkah-langkah berikut:

1. Menjalankan lebih banyak bengkel penulisan khusus bagi melatih lebih banyak penulis buku-buku remaja.

2. Menjalankan bengkel-bengkel terjemahan untuk projek terjemahan novel-novel bacaan remaja daripada luar.

3. Mulai 2008 PTS akan cuba mendapatkan golongan remaja yang mempunyai bakat menulis buku-buku fantasi bagi bacaan remaja awal dan remaja. Kita mencari mereka yang berusia antara 16 - 18 tahun. 

4. Melantik editor khas bagi membangunkan produk-produk komik remaja. 

5. Melesenkan produk-produk remaja PTS kepada mobile content-provider supaya dipasarkan sebagai konten mobile.

6. Mendapatkan lebih banyak pelukis ilustrasi yang berbakat sebagai pembekal ilustrasi buku-buku remaja.

7. Menyediakan peruntukan lebih besar bagi pembelian hakcipta terjemahan. 

Pasaran remaja adalah pasaran yang besar dan akan terus membesar. Kita mengajak rakan-rakan penerbit supaya melabur ke dalam pasaran ini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 23, 2007

Statistik Sebenar Bisnes Novel Remaja

Pada masa ini PTS adalah penerbit paling aktif dalam pasaran kategori novel remaja antara 8 tahun - 16 tahun. Kejayaan PTS mendorong penerbit-penerbit lain menceburkan diri dalam sektor ini.

Jika saudara sedang memikir-mikirkan mahu masuk pasaran novel remaja ataupun tidak, barangkali ada baiknya saudara renungkan pengalaman PTS ini.

Daripada jumlah naskhah yang terjual, setiap bulan angka naskhah jualan novel-novel remaja PTS ONE adalah 2 kali lebih banyak daripada jualan buku-buku PTS MILLENIA ataupun PTS PROFESSIONAL. Maksudnya jika novel remaja dapat dijual 10 ribu naskhah sebulan, buku-buku dewasa hanya dapat dijual 5 ribu naskhah sebulan.

Tetapi dari sudut nilai RM, kutipan daripada jualan buku-buku PTS MILLENIA ataupun PTS PROFESSIONAL adalah 2 kali lebih banyak. Maksudnya, jika jualan 10 ribu naskhah novel remaja bernilai RM200 ribu sebulan, jualan buku profesional yang cuma 5 ribu naskhah membawa masuk RM200 ribu sebulan.

Ini berlaku kerana harga jualan novel-novel remaja adalah murah, cukup-cukup untuk membiayai kos operasi. Harga murah menyebabkan margin keuntungan novel remaja amat kecil dibandingkan dengan harga jualan buku-buku bacaan dewasa.

Kos penerbitan novel remaja juga tinggi disebabkan adanya kos ilustrasi yang banyak, walaupun novel itu dicetak hitam-putih. Buku-buku dewasa tidak memerlukan kos ilustrasi, ini menyebabkan margin buku dewasa lebih besar.

Novel remaja dibeli oleh remaja menggunakan duit ibu bapa mereka. Itulah sebabnya novel remaja tidak dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi. Ini berbeza dengan buku dewasa yang dibeli oleh mereka yang sudah mempunyai wang sendiri. 

Jika menerbitkan novel remaja bukan pelaburan yang menghasilkan pulangan tinggi, mengapakah PTS komited kepada buku-buku remaja?

Novel-novel remaja PTS adalah pelaburan jangka panjang. Dengan menerbitkan novel-novel remaja, PTS menanamkan tabiat kuat membaca di kalangan remaja, supaya apabila mereka dewasa, mereka akan terus suka membaca, dan mereka akan membeli buku-buku dewasa terbitan PTS! 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 26, 2007

Pasaran Novel Remaja: Perkembangan Terkini

Pasaran novel awal remaja dan remaja sedang meningkat dengan bagus sekarang. Data jualan PTS bagi kedua-dua kategori ini menunjukkan perkembangan yang amat sihat, yakni setiap tahun semakin meningkat.

Kita tahu perkembangan ini diperhatikan dengan serius oleh penerbit-penerbit milik pelabur Cina kerana mereka mula bertanya-tanya bagaimana keadaan pasaran novel-novel remaja sekarang.

Penerbit-penerbit Cina itu sebelum ini tidak berminat menceburi kategori buku komersial yang dijual di kedai-kedai buku kerana bisnes mereka adalah menjadi kontraktor skim pinjaman buku teks dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan menerbitkan buku-buku berset yang mahal tidak masuk akal, dan dijual secara direct ke sekolah-sekolah.

Apabila menteri pelajaran membuat pengumuman semua murid akan menerima buku teks pinjaman, penerbit-penerbit itu dalam keadaan ‘bingung’ kerana dasar itu menyebabkan mereka kehilangan bisnes utama mereka. Justeru mereka mencari-cari bidang penerbitan baru bagi diceburi.

Bagi PTS, kita mengambil perhatian serius perkembangan terbaru ini. Kemasukan penerbit-penerbit Cina ke dalam pasaran novel remaja boleh mengancam kedudukan PTS ONE, anak syarikat PTS yang khusus menggulati sektor ini.

Penerbit-penerbit Cina itu mempunyai wang bagi membeli dan membayar tunai manuskrip yang dihantar oleh penulis. Mereka tidak berminat dengan sistem royalti kerana ia lebih mahal oleh itu mengurangkan keuntungan mereka. Wang mereka itu dapat menarik penulis-penulis yang memerlukan wang segera.

Kemasukan mereka ke dalam pasaran akan menyebabkan berlakunya lambakan novel remaja dalam kedai-kedai buku, serupa dengan fenomena yang sedang berlaku dengan kategori novel cinta saat ini.

Bagi PTS, hanya ada satu strategi bagi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran iaitu menerbitkan novel-novel berkualiti tinggi dengan idea-idea dan tema-tema baru dari masa ke masa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 22, 2007

Buku Cerita Agama untuk Remaja

PTS ISLAMIKA akan terus secara konsisten dan komited menerbitkan koleksi cerita-cerita agama yang ditargetkan kepada remaja moden.

Cerita-cerita itu ditulis menggunakan bahasa Melayu kontemporari supaya sesuai dengan cita rasa linguistik remaja hari ini.

Jika saudara sejak remaja dahulu sudah cuba-cuba menulis cerpen, itu adalah antara tanda-tanda saudara mempunyai bakat menulis cerita.

Kita mencari lebih banyak penulis buku-buku agama yang pandai menulis cerita. Remaja tidak suka membaca kitab-kitab agama tradisional. Mereka suka membaca cerita.

Justeru PTS mencari penulis yang pandai menyampaikan maklumat hukum-hakam agama dengan menggunakan cerita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 17, 2007

Buku Pendidikan Seks

Inilah buku pendidikan seks untuk remaja yang ditulis oleh doktor pakar di Hospital UKM.

Dr. Harlina adalah juga Ketua Wanita pergerakan JIM (Jamaan Islah Malaysia).

Walaupun buku ini ditujukan kepada ibu bapa dan guru-guru, tetapi ia sesuai dihadiahkan kepada anak-anak remaja supaya mereka baca sendiri.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 09, 2007

Laut Biru: Buku Cerita untuk Target Remaja Awal

Inilah contoh buku-buku cerita untuk remaja awal perempuan.

Pasaran sektor ini amat besar dan masih belum dibangunkan. Ertinya, mana-mana penerbit yang menekuni sektor ini berpeluang mendominasinya.

Sehingga saat ini belum ada penerbit yang terkenal khusus menerbitkan buku bagi kategori ini sahaja, baik karya asal mahupun karya terjemahan.

Justeru, bagi pelabur baru, kategori ini adalah Laut Biru yang relatif selamat bagi pelaburan disebabkan belum ada persaingan yang kuat.

Ada dua kategori produk yang patut dihasilkan. Pertama adalah buku-buku cerita yang ditulis oleh penulis-penulis tempatan. Yang kedua adalah karya terjemahan. Kedua-duanya mempunyai potensi yang amat baik.

Bagi para penulis kreatif tempatan pula, mereka patut mempelajari psikologi kelompok ini bagi mengetahui ciri-ciri buku yang diminati oleh mereka.

Cerita-cerita yang baik bagi kelompok ini berpeluang menjadi karya evergreen, yang dapat diulangcetak berpuluh-puluh tahun lamanya.

Dalam kedai buku, judul-judul remaja awal diletakkan di rak yang sama dengan buku untuk kanak-kanak yang belum pandai membaca sendiri, kerana jumlah judul dalam sektor remaja awal masih belum cukup banyak bagi melayakkannya diberikan rak sendiri.

Remaja awal adalah antara 8 tahun hingga 10 tahun. Ciri-ciri remaja awal adalah:

(a) Mereka sudah pandai membaca sendiri. Justeru mereka mahukan buku yang mempunyai lebih banyak ayat-ayat bagi mereka baca sendiri tanpa bantuan ibu.

(b) Mereka masih suka membaca lukisan tetapi mereka juga sudah meminati cerita. Jadi mereka mahukan cerita-cerita yang menarik berkenaan watak kanak-kanak lain.

(c) Mereka suka berkhayal dan berangan-angan. Justeru, remaja awal perempuan suka cerita-cerita yang ada watak binatang pandai bercakap, ada tuan-tuan puteri, ada ikan duyung dan lain-lain. Remaja awal lelaki suka cerita watak-watak orang kuat, robot, naga dan yang seperti itu.

(d) Mereka sudah mempunyai angan-angan mahu menjadi doktor, guru, penyanyi dan lain-lain profesion yang mereka tonton dalam TV, dan yang mereka lihat di sekeliling mereka.

Kita mengajak sahabat-sahabat penerbit masuk ke dalam sektor yang masih merupakan Laut Biru ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 29, 2007

Mengapa Ibu Bapa Bukan Melayu Membeli Buku-buku PTS One

PTS ONE adalah penerbit buku-buku awal remaja dan remaja.

Kajian rambang yang kita lakukan mendapati buku-buku novel remaja PTS ONE juga dibeli oleh ibu bapa bukan Melayu.

Apabila kita bertanya kepada mereka mengapa membeli buku cerita Melayu, sedangkan banyak buku Inggeris, mereka menjawab, "Saya mahu anak-anak saya skor A bagi kertas Bahasa Melayu."

Justeru ibu bapa bukan Melayu itu tahu bahawa dengan menggalakkan anak-anak mereka membaca buku-buku PTS One, keputusan peperiksaan mereka dapat ditingkatkan lagi.

Buku-buku PTS One diedit dengan ketat dan teliti supaya ejaan dan tatabahasanya selaras dengan apa yang diajarkan oleh guru-guru Bahasa Melayu di sekolah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 18, 2007

Sektor Sastera: Mana Sastera Jantan

Apabila saudara masuk kedai buku, saudara dapat lihat buku-buku sastera remaja sudah (a) diberi rak-rak khas, dan (b) diletakkan di kawasan tidak jauh dari pintu masuk.

Dua perkara itu adalah bukti bahawa buku-buku sastera remaja bergerak laju.

Isunya sekarang adalah (i) mempelbagaikan isi kandungan cerita dalam sastera remaja, dan (b) membanyakkan lagi judul baru setiap bulan.

Dalam keadaan sekarang, majoriti sastera remaja adalah ditargetkan kepada remaja perempuan. Jadi tidak hairanlah apabila perempuan lebih banyak membaca novel.

Buku-buku fantasi pun dipakejkan supaya remaja perempuan suka membeli dan membacanya. Itulah sebabnya wajah kulit buku-buku itu memang sesuai dengan citarasa perempuan.

Jadi kita melihat kesan "ayam dengan telur" sedang berlaku. Penerbit menerbitkan novel untuk perempuan. Perempuan baca novel. Lelaki tidak baca novel. Penulis lelaki pun menulis novel untuk perempuan. Penerbit pun semakin menerbitkan novel untuk perempuan.

Bak kata Sdr. Mat Jan, kita amat mahukan sastera remaja yang lebih "jantan" bagi memenuhi keperluan remaja lelaki. Beliau dipertanggungjawabkan oleh pengurusan PTS supaya membuka pasaran sastera jantan. Berat mana mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 14, 2007

Mengapa pada Musim Raya Baju Laku, Kasut Laku, Buku pun Sama Laku

Apabila tiba bulan puasa, drebar-drebar teksi mengeluh. Orang Melayu tidak keluar malam! Kaki disko pun kurang keluar malam....

Sebaliknya, walaupun puasa dan hari raya masih jauh, tetapi para penerbit sudah siap sedia dengan buku-buku yang ditargetkan khusus bagi jualan sebelum musim puasa dan hari raya tiba.

Selepas raya, jualan buku jatuh merudum!

Orang yang tidak bergiat dalam bisnes buku menyangka buku-buku tidak laku sepanjang musim bulan puasa dan hari raya, kecuali majalah kuih-muih, fesyen dan hias menghias rumah.

Sangkaan ini tidak betul!

Data jualan dan pengalaman PTS menunjukkan, pada setiap musim puasa dan cuti raya:

(i) Buku-buku agama laku keras, yakni semua tema agama laku.

(ii) Buku-buku bacaan remaja laku keras, lebih-lebih lagi judul-judul untuk bacaan remaja perempuan.

Daripada analisis data jualan musim raya tahun-tahun lalu, Jabatan Pemasaran PTS mengarahkan Jabatan Editorial supaya:

(i) Menerbitkan judul-judul musim puasa, musim hari raya dan musim orang naik haji jauh lebih awal.

(ii) Mengulang cetak judul-judul yang dicari-cari oleh pembeli sempena bulan puasa dan bulan orang naik haji.

Apabila tiba musim mood raya, mood pesta, memang orang ramai mempunyai mood berbelanja lebih daripada biasa.

Mood itulah yang mendorong mereka membeli lebih banyak buku-buku yang moodnya ceria, seronok, gembira... menggunakan istilah slanga remajanya... mood "hepi-hepi". Justeru design kulit perlu design yang menimbulkan mood "hepi-hepi".

Dua judul baru ini mengandungi cerita-cerita pendek karya pengarang-pengarang dan pelukis komik PTS ONE yang sudah mempunyai banyak peminat di kalangan remaja awal perempuan.

Mengapakah buku-buku musim raya amat cepat diterbitkan? Bulan puasa belum tiba, buku-buku musim raya sudah siap dipamerkaan di kedai-kedai.

Sebab... ibu bapa membawa anak-anak awal remaja pergi shopping raya untuk membeli pakaian sebelum bulan puasa bermula!

Mereka pergi ke mall-mall bagi membeli pakaian raya, dan lazimnya remaja peminat PTS ONE akan singgah ke MPH, POPULAR dan Kinokuniya bagi membeli buku terbaru terbitan PTS ONE.

Jika buku PTS ONE lambat terbit, waktu itu wang sudah perlu digunakan bagi membeli barang-barang keperluan lain yang lebih dekat dengan hari raya.

Bagi rakan-rakan penerbit yang tahun ini tidak sempat menerbitkan buku-buku sempena pesta balik kampung, pastikan tahun depan sempat!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 09, 2007

Supermarket Buku Kanak-kanak dan Remaja

Mengapakah apabila ada supermarket seperti Giant, Tesco, Carrefour dan JayaJusco, dibuka di sesebuah kawasan itu, habis tutup kedai-kedai runcit yang ada?

Pilihan! Ya, pilihan!

Pembeli tertarik pergi ke kedai yang menawarkan banyak pilihan.

Bagi meningkatkan jualan buku sastera kanak-kanak dan remaja, kita mesti membanyakkan buku-buku itu dalam kedai-kedai buku. Barulah orang tertarik pergi ke kawasan di mana di situ terdapat banyak pilihan.

Kita mengajak sahabat-sahabat penerbit supaya masuk sektor sastera kanak-kanak dan remaja. Mari kita perbanyakkan dan pelbagaikan judul-judul sastera remaja. Biar seksyen sastera remaja dalam Bahasa Melayu bertambah besar dalam kedai-kedai buku.

Gunakan saiz buku yang sama dengan saiz buku-buku PTS ONE, supaya buku-buku saudara diletakkan di rak yang sama dengan buku-buku PTS.

Jangan gunakan saiz ganjil, nanti buku saudara tidak muat di rak yang ada, akibatnya ia diletakkan di rak lain, terselit-selit antara ribuan buku-buku lain, langsung orang tidak nampak....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 06, 2007

Belum Puasa Sudah Siap-siap Hendak Berhari Raya

Siri ini terbit sengaja diterbitkan awal sempena menjelangnya musim Hari Raya akan datang.

Penerbit serupa sahaja dengan pembikin barang-barang konsumer lain. Lama sebelum tiba musim Hari Raya, barang-barang itu perlu sudah disiapkan, supaya dapat dihantar kepada pengedar di seluruh negara.

Pengalaman PTS pada tahun-tahun lalu menunjukkan, apabila tiba musim Hari Raya, buku-buku bacaan kanak-kanak dan remaja melambung jualannya.

Jualan itu meningkat disebabkan banyak keluarga membeli buku cerita untuk bacaan anak-anak dalam perjalanan yang mengambil waktu lama, baik dalam kereta, bas ataupun kereta api.

Kakak-kakak dan abang-abang yang pulang bercuti raya membeli buku untuk adik-adik mereka sebagai cara memberi mereka motivasi supaya suka membaca dan belajar.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Baik Lawan Buruk Belum Cukup

Buku-buku Harry Potter menyelitkan mesej bahawa yang baik akan menang jua akhirnya.

Ini adalah mesej "Agama Zaman Baru" yang sedang dipopularkan hari ini.

Semua agama mengajar yang baik, begitu menurut pandangan imam-imam Agama Zaman Baru itu. Yang penting adalah melakukan apa yang baik.

Agama Islam bukan setakat mengajarkan apa yang baik. Itulah sebabnya, penulis-penulis Islam perlu menghasilkan buku-buku cerita bacaan kanak-kanak dan novel-novel remaja yang menyelitkan ilmu tauhid di dalamnya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 25, 2007

Novel Profesional: Menyalakan Mentol Motivasi dan Angan-angan

Kanak-kanak 6 tahun sudah pandai berangan-angan. Budak lelaki 6 tahun sudah mahu menjadi superman, sudah mahu menjadi askar, sudah mahu memandu kereta. Budak perempuan 6 tahun sudah ingin memakai kasut tumit tinggi, sudah mahu menjadi tuan puteri, sudah mahu menjadi penyanyi popular.

TV amat mempengaruhi angan-angan kanak-kanak, baik lelaki mahupun perempuan. Sayang sekali role-model yang ditampilkan dalam rancangan TV kanak-kanak dan remaja amat terbatas. Ini membatasi input angan-angan mereka.

Disebabkan ustaz dan ustazah tidak ditampilkan sebagai hero dalam program TV kanak-kanak, maka kanak-kanak tidak berangan-angan mahu menjadi ustaz dan ustazah.

Disebabkan tidak ada hero doktor pakar bius dalam rancangan TV kanak-kanak dan remaja, maka mereka tidak tahu akan profesion itu. Mereka hanya tahu 'doktor'.

Di sinilah pentingnya peranan buku cerita kanak-kanak dan remaja yang heronya terdiri daripada pelbagai ahli profesional.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 21, 2007

Cepat! Kita Mahukan Buku-buku Cerita yang Mengajar Budak Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif

Kepada penulis buku-buku cerita terbitan PTS ONE, kita mahukan buku-buku cerita yang mengajar remaja berfikir lebih kreatif apabila menyelesaikan masalah.

Jadi, masukkan dalam cerita itu di mana watak-watak dalam buku itu mengalami pelbagai masalah...

Dan bagaimana mereka berusaha menyelesaikan masalah itu dengan pelbagai cara...

Ada cara yang gagal, ada cara yang betul...

Ada cara gila-gila, ada cara susah...

Ada cara senang, ada cara bodoh...

Ada cara saintifik, ada cara magik...

Macam-macam cara...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 15, 2007

Buku Kecil tetapi Evergreen

Siri Penyiasat Ekstrovert ini adalah buku kecil. Ia dikarang bagi bacaan remaja awal antara 8 - 10 tahun.

Harga siri ini pun murah. Margin keuntungan bagi penerbit pun amat tipis. Jadi, royalti penulisnya pun tidak seberapa.

Siri ini diramalkan dapat bertahan berpuluh-puluh tahun dalam pasaran!

Siri ini adalah 'ayam laga' PTS yang bersaing dan bertarung dengan siri penyiasatan karya Enid Blyton.

Teropong PTS mengatakan siri ini akhirnya akan menang kerana faktor budaya dan nilai-nilai lokal lebih disukai pembaca lokal.

Katakanlah pengarang siri ini, En. Mohamad Kholid Hamzah, hanya mendapat royalti RM500 ringgit setahun bagi setiap judul bukunya. Tetapi apabila siri ini sudah mempunyai 20 judul, beliau akan menerima RM10,000 setahun - selama berpuluh-puluh tahun!

Pengarang dan penerbit buku-buku remaja awal perlu mempunyai minda peladang kacang hijau. Memang setiap butir kacang itu amat kecil. Tetapi apabila kacang itu sudah sebuntil, harganya mahal.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 07, 2007

Buku Novel Remaja: Ambil Berat Kepercayaan Ibu Bapa dan Guru-guru

Apabila saudara hendak menulis ataupun menerbitkan buku-buku cerita untuk bacaan remaja, pastikan dalam cerita itu tidak ada unsur-unsur yang dapat mempengaruhi tingkah laku remaja secara negatif.

Sebagai contoh, jangan dihukum budak baik atas sebab dia baik, kerana cerita seperti itu boleh menyebabkan remaja berfikir menjadi orang baik tidak berbaloi.

Jangan dijadikan budak jahat sebagai hero cerita ataupun di mana perbuatan jahat membawa keuntungan.

Jangan ada babak-babak yang menunjukkan remaja lelaki dan perempuan bergaul bebas sebab ia menggalakkan remaja yang membacanya percaya pergaulan bebas adalah normal, dan tidak membahayakan kesucian diri mereka.

Jangan diberikan layanan istimewa kepada gadis cantik kerana cerita seperti itu boleh menyebabkan remaja perempuan percaya kecantikan rupa paras adalah lebih penting daripada kecantikan peribadi.

Ibu bapa amat mementingkan buku-buku bacaan anak-anak mereka mempunyai mesej-mesej murni sahaja.

Guru-guru pula hanya membeli buku-buku yang mengandungi mesej-mesej murni untuk perpustakaan sekolah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 05, 2007

Dari Kecil Sudah Kenal Nama-nama Penulis PTS

Kenangan semasa kecil melekat sampai mati.

Apabila semasa kecil saudara sudah terbaca nama Enid Blyton, sampai bila-bila saudara akan ingat nama itu. Nanti apabila saudara sudah mempunyai anak, saudara akan galakkan anak-anak saudara membaca buku-buku Enid Blyton. Apabila saudara sudah mempunyai cucu, saudara menggalakkan cucu saudara pula membaca buku-buku Enid Blyton.

Faktor inilah yang menyebabkan buku-buku Enid Blyton masih berada dalam pasaran walaupun semuanya ditulis lebih 50 tahun dahulu!

Sifu menganjurkan kepada penulis-penulis PTS yang kini hanya menulis untuk PTS PROFESIONAL, PTS MILLENIA, PTS ISLAMIKA dan PTS FORTUNA, supaya menulis juga buku-buku bagi bacaan remaja.

Banyak remaja sudah mempunyai angan-angan mahu menjadi orang kaya dan mahu hidup sebagai orang kaya.

Dapatkah Tuan Shamsuddin Abd Kadir menulis edisi remaja bagi bukunya Makan Gaji Tetapi Kaya bagi bacaan pelajar-pelajar tingkatan tiga.

Barangkali buku Memulakan Bisnes Sendiri patut diterbitkan edisi remajanya juga.

Konsep mengurus wang peribadi patut mula diperkenalkan kepada remaja, tidak boleh tunggu sehingga seseorang itu sudah bekerja dan menerima gaji baru hendak diajarkan konsep makan gaji tetapi masih dapat menjadi orang kaya.

Tabiat menabung dan melabur sepatutnya dimulakan sejak kecil. Banyak orang yang bergaji kecil akhirnya dapat memiliki harta disebabkan mereka pandai menguruskan kewangan peribadi.

Banyak orang bergaji besar hidup dengan dibelit hutang bank dan hutang kad kredit. Makin besar gajinya, makin banyak hutang peribadinya. Mereka pandai belajar di univerisiti tetapi tidak belajar pengurusan kewangan peribadi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 28, 2007

Cinta Peminat Novel Cinta

Seorang peserta lelaki berusia 21 tahun, selepas bengkel penulisan PTS, menceritakan perihal dilema sahabatnya sedang mengalami masalah dengan girlfriendnya, seorang peminat novel-novel cinta.

Si girlfriend kecewa, lalu merajuk dan sudah hint-hint mahu memutuskan hubungan sebab, selama mereka menjalin hubungan cinta, dirinya tidak pernah diajak 'berdating' sebagaimana kawan-kawannya yang lain, yang pada hujung minggu berpeluang berdating dengan boyfriend masing-masing, sedangkan dia hanya duduk dalam bilik asramanya.

Si boyfriend adalah seorang pemuda yang idealistik tentang hubungan lelaki-perempuan, di mana dia mahu berkahwin dengan girlfriendnya itu nanti apabila sudah lulus pengajian. Dia tidak mahu bergaul dengan si girlfriend secara bebas sebelum itu.

Dilema pemuda itu, apakah dia harus melupakan prinsipnya tidak mahu berdating sebelum bernikah demi menyelamatkan perhubungan cintanya, ataupun merelakan girlfriendnya membuat keputusan sama ada mahu memutuskan hubungan mereka ataupun tidak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(28) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 27, 2007

Judul Bestsellers Antarabangsa Menghasak Buku Tempatan - Kecuali dalam Dua Sektor

Di kebanyakan negara, judul-judul bestsellers antarabangsa memberi saingan sengit dan berjaya menghasak judul-judul karya pengarang tempatan ke tepi dinding.

Di Jepun, di Korea, di Thailand, di Indonesia, di Vietnam... 60% buku terlaris adalah karya bestsellers antarabangsa yang diterjemahkan.

Dalam sektor agama, gambarannya pun serupa. Judul-judul terjemahan daripada bahasa Arab memberi pukulan teruk kepada judul-judul penulis tempatan.

Namun ada sektor-sektor di mana karya tempatan dapat bertahan dan terus mengalahkan jualan judul-judul bestsellers antarabangsa.

Dua sektor itu adalah (a) buku cerita kanak-kanak, dan (b) fiksyen remaja. Terbukti fiksyen remaja karya pengarang tempatan mempunyai daya saing yang kuat.

Inilah sebabnya PTS melabur dengan bersungguh-sungguh mahu menjadi pemain utama sektor fiksyen remaja.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 21, 2007

Dari 2 Ribu, Naik 3 Ribu, Naik 5 Ribu… ke 10 Ribu



Sewaktu PTS ONE mula menerbitkan buku-buku sastera remaja, bagi menguruskan risiko, cetakan pertama bagi setiap judul adalah 2 ribu naskhah sahaja. Jumlah itu dapat dijual dalam tempoh kurang 6 bulan.

Kemudian, bagi sesetengah judul, jumlah cetakan pertama berjaya dinaikkan ke 3 ribu naskhah, yang dapat dijual habis dalam tempoh kurang 6 bulan.

Hari ini bagi sesetengah judul, seperti siri ADAM Kecil, dan siri Dear Yayah, sekadar menyebut dua contoh, PTS sudah berani mencetak 5 ribu naskhah, dengan rasa yakin semua dapat terjual dalam tempoh kurang 6 bulan.

Kejayaan ADAM dan Dear Yayah adalah disebabkan faktor kedua-duanya ditulis dalam siri. Selepas beberapa lama siri ini berada di pasaran, jumlah peminatnya semakin hari semakin banyak.

PTS ONE mentargetkan siri ADAM dapat menjadi siri evergreen, yang bertahan dalam pasaran selama 50 tahun, seperti siri Enid Blyton. Malah mungkin lebih daripada 50 tahun!

Tim Marketing PTS sedang bekerja kuat bagi meningkatkan angka jualan setiap judul kreatif PTS kepada 10 ribu bagi cetakan pertama, dengan rasa yakin semua dapat dijual dalam tempoh 6 bulan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ini Idea Bisnes dari Jakarta: Majalah Cerpen Remaja

Adakah saudara sedang tercari-cari idea bisnes?

Di Indonesia ada majalah bulanan yang menerbitkan cerpen-cerpen dunia remaja oleh penulis-penulis remaja sahaja.

Majalah CERITA KITA mempunyai nama-nama besar dalam senarai editornya. Kagum sekali kita apabila nama besar Putu Wijaya juga tersenarai.

Lebih menarik adalah ciri-ciri cerpen yang dicarinya. Nyatalah ciri-ciri itu adalah ciri-ciri cerita yang bernilai amat komersial.

Disebabkan ia adalah majalah, maka nilai yang paling utama adalah nilai 'penghiburan'. Justeru cerpen-cerpen itu mesti mempunyai appeal kepada kelompok pembeli majalah hiburan.

Baca maklumat itu dalam blog CERITA KITA.

Ada sesiapa yang mahu meniru konsep ini dan menerbitkan majalah begini di Malaysia?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 20, 2007

Dimahukan Segera! Buku-buku Cerita yang Mengajar Budak Mencipta Idea-idea Baru

Kepada penulis novel-novel remaja untuk terbitan PTS One, kita mahukan cerita di mana watak-watak di dalam buku itu mencipta pelbagai idea baru.

Ada idea yang gila-gila, ada idea yang tidak berguna...

Ada idea yang tidak praktikal, ada idea yang brilian...

Ada idea yang meniru idea orang lain, ada idea yang futuristik...

Ada idea yang mahal, ada idea saintifik...

Ada idea sosial, ada idea bisnes...

Ada idea muzik, ada idea magik...

Ada idea yang murah dan seumpamanya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Mencipta Watak Jahat dalam Novel Fantasi

Kali ini Profesor Kecil Firdaus Ariff menerangkan falsafah dan konsep watak jahat dalam novel fantasi.

Benar juga, watak jahat perlu diciptakan dengan baik. Ini yang lazimnya tidak diperhatikan dalam sastera Melayu.

Kebaikan Sang Hero tidak meyakinkan apabila kejahatan anti-heronya tidaklah sejahat mana.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Datang Julai, 20 Judul PTS ONE Mesti Diulangcetak Serentak

Jabatan Pemasaran PTS sudah memilih 20 judul PTS ONE supaya bersiap-siap diulangcetak serentak pada bulan hadapan - Julai.

Arahan seperti ini amat membebankan jabatan editorial kerana sesetengah judul ulangcetak itu perlu diberi desain kulit baru. Ada pula yang perlu diberi layout baru.

Ada pula yang perlu diminta penulisnya menambah bab-bab tambahan. Manakala ada pula yang perlu diberi ilustrasi baru.

Arahan seperti ini juga menyebabkan Jabatan Kewangan PTS menyemak semula bajet penerbitan. Akan ada kemungkinan bajet bagi mencetak judul-judul baru bulan Julai terpaksa digunakan bagi mengulang cetak judul yang diarahkan oleh Jabatan Pemasaran.

Ini bermakna judul baru yang sepatutnya terbit bulan Julai mungkin terpaksa ditunda....

Hmm... Masalah PTS adalah buku-bukunya terlampau laku!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 18, 2007

Buku Musim Balik Kampung

Musim Hari Raya adalah musim orang Melayu balik kampung.

Data jualan PTS pada tahun-tahun lalu menunjukkan jualan buku-buku remaja melonjak pada musim cuti hari raya. Justeru PTS saat ini sedang sibuk menyediakan judul-judul novel kanak-kanak dan novel remaja yang perlu diterbitkan sebelum bulan puasa tiba.

Adakah saudara mempunyai cerita yang bertemakan 'balik kampung'? Tulis emel kepada Puan Norhazizam, Pengurus PTS ONE.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >