Tuesday, December 19, 2006

Mencari Ilham Fantasi untuk Budak 9 Tahun

Bagaimanakah orang dewasa mahu menulis cerita-cerita fantasi bagi bacaan budak-budak lelaki dan perempuan yang berusia sekitar 8 ataupun 9 tahun?

Dari mana hendak ditimba ilham cerita-cerita itu?

Barangkali saudara perlu memanggil budak-budak 8 dan 9 tahun ke rumah saudara, buat kek dan beli kacang, ajak mereka makan, sambil makan sambil buat bengkel cerita fantasi.

Jika saudara guru sekolah rendah, itu lebih mudah, sebab saudara dapat gali ilham itu daripada otak murid-murid saudara sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 18, 2006

Risiko Terlalu Banyak Menonton dan Membaca Banyak Bahan Fantasi

Apabila saudara hendak mencipta cerita dan watak-watak untuk buku fantasi saudara, adakah bagus jika saudara banyak menonton dan membaca buku-buku fantasi?

Salah satu risiko terlampau banyak menonton dan membaca karya fantasi orang lain adalah saudara mempunyai terlalu banyak maklumat sehingga saudara menjadi pakar cerita-cerita fantasi yang dihasilkan orang lain.

Fenomena 'kepakaran' boleh menyebabkan daya imaginasi dan kreativiti saudara malap, tumpul dan tak ligat. Semakin banyak saudara tahu tentang idea-idea ciptaan orang lain, semakin saudara tidak berupaya mencipta idea-idea saudara sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Menulis Fantasi untuk Remaja Awal 9 - 14 tahun

Remaja antara 9 - 14 tahun dapat diasingkan ke dalam 2 kelompok (a) antara 9 - 11 tahun dan (b) antara 12 - 14 tahun.

Justeru saudara dapat memilih buku untuk kelompok mana yang saudara akan tulis.

Dari sudut jenis fantasi, saudara boleh memilih jenis berikut:

1. Fantasi sains robot

2. Fantasi zaman dahulu kala

3. Fantasi sejarah

4. Fantasi kembara

5. Fantasi perang galaksi

6. Fantasi orang kuat

dan lain-lain fantasi.

Kita tidak berminat dengan fantasi HORROR ataupun cerita SERAM yang melibatkan ilmu sihir dan hantu pelesit!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Berhala Dewa Cinta dalam Novel Remaja

Memetik kata-kata seorang ulamak, pada saat ini cinta sudah dijadikan 'berhala' dan 'dewata' yang disembah-sembah oleh majoriti remaja perempuan.

Justeru, demi mentaati suruhan-suruhan berhala cinta, mereka sanggup melakukan pelbagai tingkah laku yang berdosa besar.

Remaja perempuan sekarang ini sudah sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan sang berhala cintanya. Mereka sanggup menderhakai ibu bapa demi sang dewata itu. Mereka sanggup mendekatkan diri kepada api neraka demi mengejar dan mendapatkan si berhala.

PTS menganjurkan lomba menulis novel cinta remaja dengan misi mahu menerbitkan novel-novel cinta Islami yang dapat membetulkan akidah dan persepsi salah di kalangan remaja perempuan terhadap apa yang disebut 'cinta'.

Ini adalah misi suci dan jihad baru kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Misi PTS Menerbitkan Fiksyen Fantasi?

Misi PTS adalah "Memandaikan Bangsa". Maka, buku-buku fiksyen fantasi yang bakal diterbitkan nanti adalah buku-buku fantasi yang membantu pembacanya menjadi individu yang lebih pandai, berbanding dengan waktu sebelum dia membaca buku-buku itu.

Buku-buku fantasi PTS tidak akan memberikan cerita-cerita yang anti-tauhid, yang anti-ilmu, ataupun anti-sains.

Sebaliknya, fiksyen fantasi PTS adalah pro-tauhid, pro-ilmu dan pro-sains.

Justeru, sambil membaca cerita-cerita fantasi PTS itu kanak-kanak dan remaja dapat mempelajari maklumat-maklumat baru dan istilah-istilah baru yang tidak ada dalam buku-buku teks sekolah yang mereka harus baca demi lulus peperiksaan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Laporan Bengkel Fiksyen Fantasi PTS

Dalam bengkel yang diadakan kelmarin, 28 orang peserta hadir, dan berikut adalah keputusan-keputusan penting yang dicapai bersama-sama.

a. Bengkel bersetuju dengan cadangan En. Zain Nasri daripada Jabatan Pemasaran PTS supaya target pembaca buku fantasi PTS nanti antara 9 - 14 tahun.

b. Bengkel bersetuju dengan cadangan Tuan Alang supaya cerita-cerita fantasi itu dicipta menggunakan sumber-sumber dalam tradisi budaya tempatan.

c. Bengkel bersetuju dengan cadangan En. Arief, Presiden PTS, supaya projek ini dibuat segera dan dapat diterbitkan mulai 2007.

d. Suatu bengkel R&D bagi mencipta watak-watak dan kategori produk akan diadakan oleh Sifu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 15, 2006

Berita Buruk dari Pasaran Novel Cinta

Pada hari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan seminar novel popular yang penuh kontroversi, kita menerima statistik jualan novel-novel cinta yang 'bleak' atau menjatuhkan semangat.

Data jualan daripada 2 buah rangkaian kedai buku terbesar menunjukkan sejak 6 bulan yang lalu, angka jualan novel cinta jatuh 33%!

Menurut seorang jurucakap rangkaian kedai buku elit, walaupun ekonomi negara sudah berkali-kali lembap dan gawat, tetapi belum pernah dalam sejarah novel cinta, angka kejatuhan itu begitu parah.

Dalam tempoh yang sama, data dari jabatan pemasaran PTS menunjukkan angka jualan novel-novel remaja PTS dan buku-buku bisnes PTS naik 25%!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 12, 2006

Lomba Novel Cinta PTS: Menulis untuk Dibaca Remaja Perempuan

Apabila saudara menulis novel cinta untuk remaja perempuan braket usia 14 - 16 tahun, sedikit pengetahuan tentang psikologi remaja perempuan pada usia itu adalah berguna sekali:

(1) Pertama, mereka teramat idealistik.

Mereka percaya orang baik akan menerima segala yang baik-baik. Nasib akan menjaga mereka yang baik. Kebaikan akan tetap dibalas dengan kebaikan. Mereka juga percaya semua orang boleh berubah menjadi baik. Faktor ini menyebabkan remaja pada usia ini tidak suka cerita di mana watak yang baik berakhir dengan menerima nasib buruk.

Dalam surah Yusuf, Nabi Yusuf akhirnya menjadi wazir. Abang-abang Nabi Yusuf berubah menjadi insaf dan baik.

(2) Kedua, mereka percaya dunia ini hitam-putih.

Yang baik, baik semua. Yang jahat-jahat semua. Kalau pandai, pandai semua. Kalau bodoh, bodoh semua. Tidak mungkin ada orang yang baik dan jahat pada waktu yang sama. Tidak mungkin orang yang pandai sebenarnya bodoh. Jadi remaja pada usia ini tidak suka watak-watak yang memiliki sifat-sifat yang saling bertentangan.

Dalam surah Yusuf, heronya, Nabi Yusuf adalah manusia ideal yang baik serba serbi. Manakala Zulaikha dan abang-abangnya jahat belaka.

(3) Ketiga, mereka percaya Tuhan itu sangat baik.

Remaja perempuan pada usia itu mempunyai keyakinan Tuhan amat baik dan Tuhan akan mengampunkan semua orang.

Dalam surah Yusuf, semua watak jahat akhirnya diberi peluang menjadi orang-orang yang baik, di mana tidak seorang pun watak jahat yang kekal jahat. Begitu pula, tidak ada seorang pun dihukum atas kejahatan mereka.

(4) Keempat, mereka percaya dunia ini adil.

Remaja pada usia ini percaya yang baik akan dibalas baik, yang jahat akan dibalas jahat. Segala-galanya akan berakhir dengan kebaikan dan kegembiraan.

Dalam surah Yusuf, cerita berakhir dengan semua watak mendapat kebaikan dan kegembiraan. Happy ending.

(5) Kelima, mereka tidak suka memikirkan kematian.

Remaja pada usia ini percaya kematian adalah sesuatu yang masih jauh daripada diri mereka. Oleh itu mereka tidak suka cerita yang berakhir dengan kematian.

Dalam surah Yusuf, tidak ada watak yang dimatikan.

Lima ciri psikologi remaja perempuan yang seperti itu menunjukkan innocence mereka, kemurnian persepsi mereka tentang dunia dan kehidupan, bahawa otak, jiwa dan kalbu mereka masih putih bersih.

Justeru, dengan bersandarkan jalan cerita dalam surah Yusuf, pengarang novel cinta remaja tidak boleh mencederakan, menodai, mengotori dan merosakkan innocence pemikiran, jiwa dan kalbu gadis-gadis yang masih muda remaja dan suci bersih dengan menghidangkan cerita-cerita reality tentang kebusukan, keburukan, kemungkaran dan kebobrokan yang dicipta oleh dunia orang dewasa.

Tuhanlah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Novel Cinta PTS: Remaja Perempuan Mahu Air Mata tetapi Bukan Tragedi

Bagi remaja perempuan, kisah cinta yang indah adalah kisah yang dapat mengalirkan air mata mereka. Kalau novel saudara tidak membuat remaja perempuan menangis, cerita saudara itu tidak indah!

Apakah ini bermakna remaja perempuan mahukan kisah cinta yang tragis, seperti kisah Uda dan Dara, ataupun Romeo dan Juliet, ataupun Qais dan Laila - semuanya berakhir dengan kematian sepasang kekasih.

Remaja perempuan suka unsur sedih, tetapi tidak suka tragedi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Novel Cinta Remaja PTS: Mengapa Lain Amat?

Objektif lomba ini adalah mendapatkan 20 manuskrip novel cinta yang dapat diterbitkan sebelum tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Apa ertinya ini? Apakah tidak ada Hadiah No 1, No 2, No 3 dan saguhati sebagaimana dalam peraduan konvensional?

Komitmen PTS adalah 20 novel yang terpilih akan diterbitkan sebelum Mac 2008.

Bagaimana jikalau terdapat lebih daripada 20 manuskrip yang bermutu tinggi, katakanlah ada 35, apa akan berlaku ke atas 15 manuskrip itu?

Ini komitmen PTS: Semua manuskrip yang bermutu akan diterbitkan, mungkin sebelum, mungkin selepas pesta buku.

Bagaimana kalau semua manuskrip yang dihantar semuanya bermutu tinggi?

Ini komitmen PTS: Kalau semua bermutu tinggi, SEMUA akan diterbitkan!

Jadi, di mana 'lomba'-nya?

Ini komitmen PTS: (1) Manuskrip yang paling indah akan terbit paling awal, lama sebelum pesta bermula. (2) Pada cover novel itu akan ada logo "Hadiah Pertama" ataupun logo-logo yang seumpamanya.

Nota: Lain-lain bentuk sosial reward sedang dirancang. Ada cadangan, tuliskan cadangan saudara di sini.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 08, 2006

Novel Cinta bagi Bacaan Kanak-Kanak

Novel cinta lazimnya dikaitkan dengan pembaca yang usia dan psikologinya sudah bersedia memasuki alam percintaan, yakni pembaca dewasa.

Alasan yang digunakan adalah kerana babak-babak percintaan tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak dan remaja, dikhuatiri bahan bacaan seperti itu dapat merosakkan pemikiran dan akhlaq golongan muda.

Dalam isu ini, bagaimanakah sudut pandang teori sastera Islami?

Berdasarkan surah Yusuf, tema cinta adalah sesuai bagi semua lapisan usia - kanak-kanak, remaja, dewasa ataupun tua, lelaki mahupun perempuan.

Surah Yusuf diturunkan bagi dibaca oleh semua lapisan usia. Tidak ada surah untuk kanak-kanak sahaja, ataupun untuk remaja sahaja ataupun untuk dewasa sahaja.

Demikianlah pula halnya akan al-Quran itu. Satu versi al-Quran untuk semua. Tidak ada al-Quran versi khusus untuk kanak-kanak ataupun remaja, ataupun dewasa.

Bagi kanak-kanak Arab, mereka memahami ayat-ayat Quran yang dibaca, yakni memahaminya sesuai dengan perkembangan kognitif mereka. Ramai kanak-kanak Arab sudah khatam membaca al-Quran sebelum mereka akil baligh, dalam erti kata lain, mereka tentu sudah membaca surah Yusuf.

Dalam surah Yusuf Allah menunjukkan bahawa tema, plot, perwatakan dan gaya bahasa pada kisah cinta isteri al-Aziz kepada Nabi Yusuf adalah model kisah cinta yang baik dan sesuai dibaca oleh kanak-kanak.

Justeru, dalam teori sastera Islami, maqam genre novel cinta adalah tinggi dan mulia, kerana perbuatan menyampaikan mesej Islam via kisah cinta yang indah adalah ajaran sunnah Quran.

Mari kita beramai-ramai belajar menulis novel cinta yang indah dan evergreen untuk bacaan kanak-kanak!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 07, 2006

DBP Meneruskan Program Pembangunan Penulis Remaja

Ini berita baik bagi penulis remaja yang bercita-cita menjadi sasterawan dan mahu menerbitkan karya sasteranya dengan DBP. Klik di sini.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 05, 2006

Sastera Kanak-Kanak

Wartawan Ani Awang menulis tentang sastera kanak-kanak dalam Utusan Malaysia hari ini.

Dalam artikel ini Ani Awang melaporkan pendapat seorang ahli akademik yang mengatakan buku kanak-kanak sehingga 12 tahun mesti ditulis (a) sesuai dengan usia kanak-kanak, (b) plot yang mudah dan (c) menggunakan bahasa yang ringan.

Saya berpegang pada pendapat yang berbeda. Hujah saya adalah berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan ke atas tingkah laku kanak-kanak membaca dalam dunia sebenar.

Saya pernah melihat seorang murid darjah 4 membaca Hikayat Hang Tuah edisi Kassim Ahmad dan Hikayat Amir Hamzah. Apakah siri Harry Potter menepati 3 ciri yang disebutkan oleh ahli akademik itu? Gaya bahasa Reader's Digest adalah ditargetkan kepada kanak-kanak (Amerika) 12 tahun!

Dalam Islam, pada usia 12 tahun majoriti kanak-kanak sudah akil baligh. Maka saya tidak setuju individu 12 tahun dikategorikan sebagai 'kanak-kanak' disebabkan asas-asas kategori yang dibuat oleh ahli-ahli psikologi Barat tidak semestinya sesuai dengan psikologi Islami.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 19, 2006

Kategori Buku Remaja Lelaki

Buku-buku kreatif:





  1. Novel sastera, bagi remaja lelaki yang membaca buku sastera.




  2. Cerita misteri dan penyiasatan




  3. Cerita seram dan alam ghaib




  4. Cerita pengembaraan




  5. Cerita seni pertahanan diri dan action




  6. Cerita thriller




  7. Cerita perang dan perisikan




  8. Fiksyen sains




  9. Cerita fantasi




  10. Games book seperti “Dungeon & Dragons”.





Buku-buku non-kreatif:





  1. Buku-buku panduan membuat robot, kapal terbang dll.




  2. Buku-buku DIY bagi perabot rumah




  3. Buku-buku panduan ujikaji sains yang mudah dan praktikal




  4. Buku-buku sejarah




  5. Buku-buku panduan survival




  6. Buku-buku tentang peralatan perang dan pelbagai mesin




  7. Buku kereta




  8. Buku-buku sukan (untuk sukan lelaki sahaja)





Nota: Terima kasih kepada Encik Ibnurabi kerana memberi maklumat ini.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 18, 2006

Mesej Moral dalam Novel Remaja

Sebagai penulis, saudara pernah menuntut di kolej dan saudara melihat dengan mata saudara sendiri perkara-perkara berikut berlaku di mana rakan-rakan saudara terlibat dengan aktiviti:1. Pergi ke disko
2. Mengambil syabu dan ecstacy
3. Di tangkap berkhalwat oleh pegawai keselamatan kolej dalam bilik tutorial kosong
4. Hamil
5. Bekerja part-time sebagai pelayan di kelab elit
6. Merokok
7. Hujung minggu tidur di bilik sewa boyfriend
8. Menjalin hubungan cinta dengan pensyarah yang sudah beristeri
9. Minum arak
10. Berjudi
11. Mencuri di asrama
12. Hidup dengan 2 wajah, di kolej pakai tudung, di luar buka tudung
13. Ada sugar-daddy ataupun sugar-mummy
14. Menipu bagi mendapatkan markah tinggi
15. Mengurat dan menggoda pensyarah bagi mendapatkan markah tinggi
16. Suka menukar dan mencuri boyfriend
17. Menipu duit orang
18. Panjat pagar
19. Berbohong kepada pegawai keselamatan
20. Tindik hidung
21. Cat rambut
22. Mengambil pil pencegah hamil
23. Membeli alat pencegah hamil kegunaan lelakiAda penulis yang berpandangan, perkara-perkara itu boleh diceritakan dalam novel-novel remaja dengan tujuan hendak memberikan pendidikan moral kepada pembaca remaja dengan menerangkan perbuatan-perbuatan negatif yang mesti mereka jauhi.

Apa pandangan saudara?

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 11, 2006

Siapa Baca Chicklit PTS?

Sejak 2005, melalui anak syarikatnya PTS ONE Sdn. Bhd., Kumpulan PTS mengambil langkah cuba membuka pasaran bagi produk novel chicklit yang ditulis oleh pengarang-pengarang muda seperti Aliff Firdaus, Ahmad Zafran, Ida Rizyani, Haslisa Ramli, Ashadi Zain, Ida Munira, Hanifah Trukey, Farihah Iskandar dan lain-lain. Karya-karya mereka terbit di bawah siri “Teens”. Mereka adalah penulis muda-muda belaka.


Ciri utama perbezaan novel chicklit dengan novel remaja konvensional adalah pada cerita-cerita isi kandungannya. Cerita-cerita chicklit berkisar pada isu-isu dunia remaja, ditulis menggunakan gaya bahasa Melayu Tinggi tetapi bernada santai.


Sebagai produk konsumer, chicklit memang ditargetkan kepada remaja perempuan dalam lingkungan umur 12 tahun ke atas. Siapakah yang membeli dan membaca chicklit PTS?


Data jualan kita mendapati chicklit PTS menerima sambutan hangat dari kalangan remaja kelas menengah Melayu di bandar-bandar besar. Anak-anak keluarga Melayu yang berbahasa Inggeris di rumah pun menerima baik chicklit PTS!


Jualan chicklit PTS paling aktif di Lembah Kelang dan Johor Bharu, diikuti oleh Pulau Pinang, Ipoh dan Melaka. Di luar bandar-bandar utama itu, chicklit belum menerima sambutan rancak. Untuk tahu lebih banyak tentang senarai judul-judul chicklit PTS, klik www.pts.com.my


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 06, 2006

Novel Remaja: Persepakatan antara PTS dan KarnaDia

Salah satu hasil pertemuan penerbit indie lalu, PTS dan KarnaDia sepakat akan bekerjasama menerbitkan lebih banyak novel remaja dengan menggunakan saiz dan rupa wajah yang diselaraskan.


KarnaDia bersetuju akan mefokuskan program penerbitannya pada novel remaja, bukan novel cinta. Matlamat persetujuan ini adalah bagi menerokai pasaran baru yang amat menjanjikan ini dengan lebih agresif dan berkesan.


Dengan strategi persepakatan ini, diyakini PTS dan KarnaDia, secara bersama-sama, dapat menambah jumlah judul novel remaja dengan lebih cepat supaya novel-novel itu dapat meyakinkan pekedai bagi menyediakan rak khas.


Persamaan ukuran dan saiz novel-novel terbitan PTS dan KarnaDia adalah amat penting bagi memastikan petugas di kedai-kedai buku akan meletakkan novel-novel remaja itu dipamerkan di rak yang sama.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Novel Remaja PTS Belum Nampak Gah

PTS One sudah menerbitkan lebih 20 judul novel remaja tetapi jika saudara ke kedai buku, novel-novel PTS itu ada masanya diletakkan bersama-sama buku kanak-kanak, ada masanya diletakkan bercampur-campur dengan buku-buku bahasa Melayu lain.


Mengapakah ini berlaku?


Ini adalah situasi normal apabila kita menerbitkan buku-buku kategori baru. Novel-novel remaja PTS adalah kategori baru, penerbit lain tidak menerbitkan novel-novel remaja seperti novel PTS, oleh itu jumlahnya tidak banyak.


Disebabkan novel-novel itu baru dan tidak banyak, petugas di kedai buku tidak tahu di mana novel-novel itu sepatutnya dipamerkan. Hendak diletakkan bersama-sama novel cinta, ia bukan novel cinta. Hendak diletakkan di tempat buku kanak-kanak, ia bukan buku kanak-kanak.


Hendak diberi rak khas, jumlahnya sedikit. Jika jumlah judul tidak cukup banyak, jika kedai beri rak, buku yang ada tidak cukup bagi mengisi rak itu! Kedai takkan mahu rak bukunya kosong separuh. Maka mereka pun letakkan novel-novel itu di mana ada ruang!


Selagi judul bagi sesuatu kategori buku itu belum sampai 50, selagi itu kedai takkan mahu memberikan rak khas bagi mempamerkan judul-judul itu setempat.


Untuk membiayai penerbitan 50 judul, penerbit mesti menyediakan modal minimum RM300 ribu! Bisnes penerbitan buku bukan permainan modal kecil.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 02, 2006

Buku Cerita: Banyak Duit Kurang Buku

Pasaran buku-buku cerita adalah pasaran paling besar di mana-mana sahaja di merata dunia. Termasuk dalam kategori ini adalah novel dan buku-buku cerita agama.


Seorang rakan yang bertugas di sebuah rangkaian kedai buku ternama memberitahu, di beberapa outlet yang besar, setiap bulan antara 5000 hingga 6000 unit novel cinta Melayu terjual di setiap outlet, manakala jualan buku-buku novel Inggeris adalah sekitar 600 hingga 700 unit sahaja.


Setiap bulan, penerbit-penerbit tempatan menerima puluhan manuskrip novel. Yang menjadi isu adalah kualiti cerita.


“Baca satu, baca semua!” kata seorang editor di sebuah penerbit novel cinta yang terkenal. Yang dimaksudkannya adalah plot-plot dalam manuksrip-manuskrip yang diterimanya tidak jauh berbeza antara satu dengan yang lain-lain.


“Percayalah! Kalau bukan dua lelaki berebut satu perempuan, tentu dua perempuan berebut satu lelaki!” kata seorang editor lain.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 17, 2006

Buku Cerita: Pemikiran Lapuk Malaysia

Berkenaan buku cerita, kita mempunyai mentaliti mundur sekali! Baik sebagai penerbit mahupun sebagai penulis, kita mundur, kita ketinggalan zaman, kita bersalah terhadap remaja!Dunia buku Melayu mahukan karya yang mempunyai peminat seperti komposisi para peminat Tom Clancy dan John Grisham, yang diminati baik oleh remaja awal mahupun dewasa. Karya-karya mereka dibaca oleh kanak-kanak serendah 10 tahun!

Tetapi penulis-penulis Malaysia masih berpegang kepada keyakinan salah, kononnya pembaca remaja adalah pembaca bodoh, yakni lebih bodoh daripada golongan dewasa, oleh itu remaja memerlukan buku-buku yang sesuai dengan kebodohan mereka. (Dengan maaf), mentaliti seperti ini lebih membarah di kalangan para penulis dan editor perempuan.

Dari sudut pandang teori sastera Islam sendiri, tidak ada 'Ini cerita untuk remaja' dan 'Ini cerita untuk dewasa'. Cerita-cerita dalam Quran ditujukan kepada semua peringkat umur. Satu cerita untuk semua. Surah Yusuf ditujukan kepada baik remaja mahupun dewasa. Jadi, pemikiran yang mengatakan bahawa buku cerita untuk remaja lain, buku cerita untuk dewasa lain, adalah ditolak oleh teori sastera Islam mazhab surah Yusuf.

Dua orang penulis fiksyen yang paling banyak dibaca oleh remaja Amerika adalah Tom Clancy dan John Grisham. Hanya karya mereka berdua yang pernah dicetak pertama kali sebanyak 2 juta naskhah.

Walaupun buku-buku Tom Clancy dan John Grisham popular di kalangan pembaca remaja, sebenarnya karya mereka ditulis dan dipakejkan untuk dewasa.

Novel-novel Tom Clancy adalah thriller politik, menceritakan secara detail teknik-teknik perisikan, espionaj, dan sains ketenteraan dalam era Perang Dingin Amerika-Soviet, dengan plot yang sangat kompleks. Banyak novelnya sudah diterbitkan sebagai filem dan computer games yang amat popular. (Kebetulan, selepas peristiwa September 11, beliau muncul dalam suatu program TV lalu memeranjatkan masyarakat Amerika apabila beliau membela Islam.) Beliau adalah lulusan sastera Inggeris.

John Grisham adalah penulis Amerika yang paling laris, mengalahkan Tom Clancy. Beliau menulis novel-novel bidang kepeguaman dan undang-undang dengan segala macam skandal yang berlaku dalam proses perbicaraan kriminal, secara yang amat profesional. Novel-novel beliau sudah diterbitkan sebagai filem. Beliau adalah seorang peguam.

Mari kita bertaubat! Zaman 'Ini buku remaja' dan 'Ini buku dewasa' sudah berakhir. Remaja dan dewasa membaca buku-buku cerita yang sama.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 28, 2005

Harry Potter Ditolak Pemimpin Gereja

Pemimpin-pemimpin gereja tidak dapat melihat bagaimana ratusan juta kanak-kanak di seluruh dunia yang menggemari sastera ala Harry Potter dapat menghubungkan, baik secara sedar mahupun di bawah sedar, cerita-cerita yang mereka baca itu dengan nilai-nilai ketuhanan.



Menurut pandangan Gereja, buku-buku Harry Potter menggalakkan kanak-kanak mempercayai kewujudan pelbagai jenis 'ghosts' baru dalam buku-buku itu, yang dicipta oleh pengarangnya, bukan menggalakkan mereka yakin akan kewujudan Tuhan. Dari sudut pandang ini, cerita-cerita Harry Potter adalah anti-Tuhan.


Kita berpendapat buku-buku sastera remaja yang mengandungi mesej-mesej khurafat tidak diterima sebagai sastera Islami. Daripada sudut ini, cerita-cerita Harry Potter jelas mengandungi unsur-unsur khurafat, maka ia dengan sendirinya tertolak.


Isunya bagi kita sekarang adalah, kita perlu menghasilkan karya-karya sastera remaja dengan acuan kita sendiri. Kita jangan malas menulis, dan hanya rajin mencari jalan pintas dengan menterjemah produk-produk daripada budaya-budaya asing, seperti menterjemah komik-komik dari Taiwan, Korea dan Jepun, sebagaimana yang sekarang sedang aktif dijalankan. Sebagaimana siri Harry Potter juga, komik-komik itu tidak mengandungi mesej-mesej ketuhanan.


Bagi menerbitkan sastera remaja dengan acuan kita sendiri, PTS sudah menggerakkan seangkatan penulis baru yang akan menghasilkan siri ala Harry Potter kita sendiri mulai 2006.



Adalah menjadi misi PTS, walau apa sekalipun buku yang diterbitkannya, wajah Tuhan tetap dengan jelas ditampilkan di dalamnya.



Sudah sampai masanya para penerbit buku di Malaysia berkerja dan menguruskan bisnes dengan menggunakan strategi-strategi baru, bukan lagi meneruskan cara-cara lama. Dalam tahun 70-an dan 80-an, sewaktu siri Enid Blyton meletup-letup di England, kita aktif menterjemah siri Enid Blyton. Sekarang, apabila Harry Potter meletup-letup di sana, kita aktif menerbitkan semula Harry Potter, yang dibawa masuk via Jakarta.




 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 05, 2005

Produk untuk Remaja Lelaki


Pasaran bahan bacaan remaja lelaki adalah sektor yang besar potensinya. Penerbit-penerbit tempatan sampai sekarang belum berjaya mengaut keuntungan besar daripada sektor ini.

Kesedaran akan potensi sektor remaja lelaki memang disedari oleh para penerbit. Creative sudah lama menerbitkan karya untuk bacaan remaja lelaki. Alaf21 juga sudah mencuba, tetapi usaha-usaha itu tidak dilakukan dengan cara yang terancang.

Kekurangan yang berlaku dalam sektor remaja lelaki sekarang ini dipenuhi oleh produk komik-komik yang diimpot dan diterjemahkan daripada bahasa Cina dan Jepun.

Penerbit-penerbit yang paling banyak mengaut keuntungan daripada pasaran remaja lelaki adalah penerbit yang dimiliki oleh usahawan-usahawan Cina.

Ikut sama cuba mendapat keuntungan daripada sektor ini adalah Karangkraf yang sudah melesen manga-manga Jepun bagi diterbitkan dalam bahasa Melayu.

Salah satu kesan sampingan daripada banjir bahan-bahan komik Cina dan Jepun adalah penyerapan unsur-unsur nilai bangsa Cina dan Jepun yang mungkin bertentangan dengan nilai-nilai tempatan.

Kita memerlukan penerbit yang mempunyai falsafah jelas bagi menerokai pasaran remaja lelaki negara kita, supaya kepentingan kewangan dan kepentingan kebudayaan dapat digabungkan dengan cara-cara yang kreatif dalam mencipta produk-produk tempatan yang diminati oleh remaja lelaki negara ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 21, 2005

Unsur Merapu dalam Novel Remaja Islami

Sdr. Hafez Ziadi, salah seorang anggota team projek “Kedai Pajak” telah mengkaji Harry Potter dan mendapati cerita-cerita HP dipenuhi dengan unsur-unsur 'merapu'. Kisah HP dan rakan-rakannya menaiki kereta biasa yang boleh terbang adalah contoh unsur merapu.


Hasil kajian Sdr. Hafez itu mempunyai implikasi penting, yakni bagi saudara-saudara yang hendak mencipta kejayaan dalam genre sastera remaja, ini bermakna dalam cerita-cerita saudara itu nanti, perbanyakkanlah unsur-unsur merapu.


Disebabkan PTS hanya menerbitkan karya Islami, kita perlu membuat ketetapan apakah cerita-cerita “merapu” dapat diterima oleh sastera Islami. Jika ya, maka kita akan menerbitkan cerita-cerita yang dalam plotnya terdapat banyak unsur-unsur merapu. Jika tidak, maka kita tidak dapat menerbitkannya.


Kita berpendapat, unsur merapu dapat diterima dalam sastera Islam. Ini adalah berdasarkan, di dalam Quran ada suatu kisah yang mungkin dianggap merapu bagi mereka yang menggunakan akal semata-mata apabila berfikir, iaitu kisah tiga orang pemuda yang tertidur selama 300 tahun dalam gua Kahfi. Dalam surah Yusuf pun ada unsur merapu, iaitu episod wanita-wanita sahabat Zulaikha, yang tentunya ada yang sudah tua-tua juga, terhiris jari masing-masing apabila terpandang Nabi Yusuf. Dalam surah Yusuf juga ada episod di mana seorang bayi bercakap kepada Menteri Aziz menyuruh suami Zulaikha itu supaya memeriksa dahulu bahagian mana baju Nabi Yusuf terkoyak sebelum menjatuhkan hukuman.


Dalam hadith pula, pada suatu masa Nabi Muhammad pernah berkata, maksudnya, “Jika bulan diletakkan di tangan kiriku, dan matahari di tangan kananku....” Mana mungkin bulan dan matahari dapat diletakkan dalam tangan manusia, tetapi itulah imej dalam kata-kata Nabi Muhammad. Berfikir begini disebut 'pemikiran hipotetikal'.


Berdasarkan sunah Quran dan sunah nabi yang di atas itu, kita berpendapat unsur merapu dapat diterima dalam sastera Islami.


Dua prinsip penting dalam mencipta bahan-bahan merapu dalam cerita Islami adalah:





  1. Aspek merapu itu tidak melibatkan syirik. Aspek merapu itu tidak sampai mengatakan seseorang itu, ataupun sesuatu benda itu, mempunyai kuasa yang menyerupai kuasa-kuasa Tuhan. Dalam cerita “Aladin dengan Lampu Ajaibnya”, jin itu mempunyai kuasa-kuasa Tuhan, suatu hal yang pada pandangan kita tidak sesuai dengan sastera Islami.




  2. Aspek merapu itu adalah atas kurnia Allah. Sebagai contoh, selepas si watak berdoa kepada Tuhan, barulah kerisnya boleh terbang! Jangan katakan, si watak mempunyai kepandaian mencipta keris terbang. Dalam Islam semua ilmu yang kita miliki adalah pemberian Allah, jadi, katakanlah si watak pun berdoa memohon Allah memberikan kepadanya ilmu mencipta keris terbang! Ertinya semua unsur merapu hendaklah terhasil daripada doa watak-watak itu.




Dengan ini kita berpandangan, penggunaan unsur-unsur merapu dalam karya Islam bukan hanya dapat diterima bagi buku-buku remaja, tetapi apa-apa juga buku cerita.





 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 18, 2005

Menulis Semula Cerita Jenaka

Cerita-cerita Nujum Pak Belalang, Pak Pandir, Lebai Malang dan Si Luncai adalah evergreen sehingga hari ini. Semuanya terus diceritakan semula, diulangterbit dan dijual. Penerbit yang aktif menerbitkan semula cerita-cerita ini adalah penerbit set-set buku-buku bacaan yang dijual terus ke sekolah.



Disebabkan cerita-cerita itu terus dibaca oleh murid-murid sekolah, hasilnya cerita-cerita itu terus popular di kalangan masyarakat dan dikaji oleh pakar-pakar budaya sebagai cerita-cerita rakyat.



Kita tidak mengetahui siapa pencipta cerita-cerita itu, oleh hal yang demikian sesiapa sahaja boleh menuliskannya semula dan menerbitkannya.



Walaupun cerita asal itu tidak mempunyai hakcipta, tetapi apabila saudara menuliskannya semula, edisi tulisan saudara itu adalah hakcipta saudara. Jikalau ada orang lain menerbitkan semula ayat-ayat yang saudara hasilkan, saudara boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas orang itu.




 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 3 pages  <  1 2 3