Tuesday, September 16, 2008

Ada 600 Buah Penerbit Buku tetapi Mengapa Tidak Banyak Buku dalam Kedai Buku

Jumlah penerbit buku yang berdaftar dengan kementerian kewangan adalah lebih 600 buah.

Jumlah 600 adalah jumlah yang amat besar bagi sebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Dengan jumlah penerbit yang begitu banyak, sepatutnya industri perbukuan negara ini meriah, aktif dan besar juga. 

Jikalau setiap penerbit menerbitkan 2 judul sebulan, bermakna 1,200 judul baru terbit setip bulan, menjadikan jumlahnya 24,000 ribu judul setahun. Dengan jumlah judul baru sebanyak itu maka tentulah kedai-kedai buku akan santak dengan buku-buku baru setiap bulan. Namun keadaan tidak begitu.

Majoriti syarikat penerbit buku tidak menjual buku-buku mereka melalui kedai-kedai buku, sebaliknya buku-buku mereka dijual secara langsung, terutamanya ke sekolah-sekolah.

Di negara kita ini, kalau saudara seorang guru pusat sumber sekolah rendah, saudara tentu pernah didatangi oleh wakil penjual buku-buku pengkayaan untuk bacaan murid.

Wakil-wakil penjual itu datang ke sekolah dengan membawa buku-buku yang dijual secara berset-set. Tiap-tiap set itu harganya tidak masuk akal apabila dibandingkan dengan harga buku yang sama tebalnya yang dapat dibeli di kedai-kedai buku. Inilah sebabnya buku-buku pengkayaan yang dijual terus ke sekolah-sekolah tidak dapat dibeli di kedai-kedai buku.

Tidak ada kedai buku yang mahu mempamerkan set-set itu disebabkan tidak akan ada ibu bapa yang mahu membeli buku mutu rendah itu pada harga yang tidak masuk akal.

Sebagai contoh satu set buku cerita-cerita rakyat yang terdiri daripada 10 buku cerita setebal 48 halaman, untuk bacaan pelajar tahun 3 dan 4,  dijual dengan harga RM220. Kualiti bahasa dan ilustrasi buku-buku itu pula amat rendah. Pada harga pasaran, nilai set itu adalah sekitar RM60 sahaja. Itupun sudah mahal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 12, 2008

Macam-macam Lagi Gosip Perihal Projek Pembelian Buku oleh BTP

Cara kerja yang digunakan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bagi projek pembelian buku 2007 untuk dibekalkan ke sekolah-sekolah seluruh negara memang menyebabkan banyak penerbit dan penulis buku tidak puas hati. Isunya adalah majoriti buku yang dipilih itu adalah buku-buku penerbit "cap ayam" dan penulis "cap ayam".

Bukan semua kontraktor yang masuk projek BTP puas hati dengan cara kerja bahagian itu. Berpuluh-puluh kontraktor masuk tender, masing-masing mencadangkan buku-buku masing-masing. Hanya kontraktor yang buku-bukunya terpilih sahaja yang puas hati.

Ada gosip yang dijaja oleh seorang kontraktor yang amat tidak puas hati, yang mengatakan:

(1) Dalam senarai judul yang dipilih oleh BTP itu termasuk juga judul-judul buku yang terbit hampir 30 tahun yang lalu, khususnya tahun 1981 dan 1982!

(2) Terdapat 7 judul buku cerita arnab, 5 judul buku cerita ayam! 

Kata seorang kontraktor yang marah-marah, "Kalau pun betul cerita arnab itu bagus, takkan sampai 7 buku cerita arnab. Satu buku cukuplah. Carilah cerita-cerita lain juga. Entah berapa pula judul buku cerita tentang Pak Pandir dan Mak Andeh!"

Kata kontraktor itu lagi, "Orang sudah ke angkasa, tetapi budak-budak sekolah kampung masih terus disogokkan dengan cerita-cerita arnab dan ayam. Macam mana budak kampung hendak berminat pada bahasa Inggeris, matematik, sains dan teknologi!"

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 03, 2008

Akan Terbit

Tahniah kepada En. Muhamad Surur Dasuki!

Akhirnya, selepas lebih 2 tahun beliau rajin datang ke bengkel-bengkel PTS, dan selalu dibeduk oleh Sifu kerana kalah kepada course-mates yang sudah menerbitkan karya mereka, akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku pertama. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 09, 2007

Rasuah di Kementerian Pelajaran: Apabila Kontraktor Buku Juga Menerbitkan Buku

Pada masa ini, maklumat yang kita terima mengatakan ada 600 buah syarikat buku yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan lesen menjadi kontraktor buku kepada kerajaan.

Jumlah 600 ini mengejutkan, sebab jika jumlah 600 itu benar-benar syarikat buku, tentulah senario industri buku kita amat meriah dan rancak, dan kedai-kedai buku tentulah penuh dengan buku-buku terbitan tempatan.

Kontraktor-kontraktor yang membekalkan buku bagi kontrak kerajaan dapat digolongkan ke dalam 2 jenis kontraktor:

(1) Kontraktor yang membekalkan buku itu juga terlibat menerbitkan buku-buku yang ditargetkan untuk kontrak kerajaan.

Ertinya, kontraktor itu adalah juga penerbit. Tetapi, majoriti buku-buku terbitan kontraktor jenis ini tidak dapat dibeli di kedai-kedai buku, kerana tidak laku dalam pasaran terbuka. Golongan inilah yang lazimnya main-duit kerana mereka mahu supaya buku-buku terbitan mereka sendiri yang dipilih untuk dibeli oleh kementerian. 

(2) Kontraktor itu tidak terlibat langsung dengan aktiviti menerbitkan buku.

Sebagai contoh, banyak pekedai buku juga menjadi kontraktor buku. Disebabkan mereka tidak mempunyai buku sendiri, jika mereka mendapat kontrak, mereka terpaksa membeli buku-buku itu daripada penerbit lain.

Golongan kontraktor ini tidak suka buku-buku di mana harga jualannya dicetak pada kulit buku, seperti amalan PTS, sebab mereka tidak dapat menaikkan harga buku-buku yang mereka bekalkan kepada kementerian. 

Kita mengesyorkan Kementerian Pelajaran menggunakan kaedah pemerolehan sebagaimana yang digunakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Bukanlah kerana sistem di PNM itu kebal-rasuah, tetapi sistem itu dapat meminimumkan budaya rasuah yang berleluasa di kalangan kontraktor. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 07, 2007

Buku untuk Guru Disiplin

Ini contoh buku pendidikan yang semua guru disiplin perlukan. Tetapi disebabkan PTS mengamalkan prinsip bisnes bebas-rasuah, buku-buku seperti ini tidak dipilih oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk projek kontrak pembekalan bukunya.

Walaupun dalam projek pembelian buku yang baru dilaksanakan baru-baru ini, BTP tidak memilih buku-buku pendidikan terbitan kita, PTS komited, akan terus menerbitkan buku-buku yang berkualiti dan penting bagi membantu guru-guru. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 05, 2007

Surat Pilihan: Isu Buku Pusat Sumber Sekolah

Assalamualaikum,

Gambaran yang diberikan oleh Sifu sebagai penerbit nampak teruk, namun pengalaman saya dalam dunia buku untuk edaran ke sekolah rendah, bolehlah saya letakkan dalam kategori amat kritikal.

Namun di sekolah menengah, pengalaman saya sendiri sebagi guru mata pelajaran matematik serta rakan lain, sentiasa diberikan peluang untuk memilih buku sama ada untuk kegunaan dalam kelas ataupun untuk buku rujukan di perpustakaan. Maksudnya, banyak pengetua sekolah menengah menyerahkan bulat-bulat pembelian buku kepada guru-guru mereka.

Situasi amat berbeza dengan sekolah rendah, apabila semua pembelian buku dimuktamadkan oleh guru besar sahaja, sekalipun mungkin ada sepintas lalu perbincangan dengan guru perpustakaan.

Sebagai pengedar buku pula, saya amat faham, memang ada jurujual menawarkan diskaun sehingga mencecah 30 peratus kerana persaingan yang sememangnya `kotor`. Ke manakah wang 30 peratus itu disimpan, hanya Allah sahaja yang tahu.

Di daerah saya ini, ada sekolah rendah yang muridnya berjumlah hampir 3,000 orang. Bayangkanlah komisyen dari buku kerja, buku rujukan dan buku perpustakaan lain (ingat... banyak buku dan alatan tulis lain pun serupa komisyennya) dengan jumlah pelajar sebegitu besar.

Kussss semangat.....

ADNAN MOKSIN

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Industri: Bagaimana Kontraktor Buku Rujukan Inggeris Menipu BTP

Apabila Kementerian Pelajaran menukar bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris, maka ada kontraktor-kontraktor buku Bumiputera mendapat durian runtuh. Mereka menerima kontrak membekalkan buku-buku rujukan bagi 3 subjek, iaitu Bahasa Inggeris, sains dan matematik, kepada semua pusat sumber sekolah di seluruh negara.

Jumlah kontrak itu berbelas-belas juta ringgit.

Harga yang dituliskan dalam borang tender adalah harga impot buku-buku Inggeris itu, yang semuanya diterbitkan di USA, Britain dan Australia.

Gosip-gosip mengatakan, apabila kontraktor-kontraktor Bumiputera itu sudah menerima surat kontrak dari Kementerian, apakah yang mereka lakukan?

Mereka tidak mengimpot buku-buku itu. Mereka beli satu naskhah sahaja, lalu mencetak semula buku-buku itu di sini, dengan kualiti cetakan yang lebih rendah, lalu dibekalkan kepada Kementerian... dengan mengenakan harga buku original dari luar negara.

Laporan daripada guru-guru pusat sumber sekolah-sekolah luar bandar yang kita jumpa memberitahu buku-buku Inggeris itu tidak disentuh oleh guru, apatah lagi murid, kerana mereka tidak pandai membacanya. 

Begitulah gosip yang kita dengar.

Bijak! Bijak!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Industri: BPR Masuk BTP

Bahagian Buku Teks (BBT), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) adalah 3 bahagian dalam kementerian pelajaran yang mempunyai bajet berjuta-juta ringgit bagi pembelian buku. Di mana ada duit, di situlah ada pelbagai macam cerita duit, dan di situlah ada banyak kontraktor yang main-duit.

Di kalangan orang buku, pada saat ini desas-desus sedang bertiup kencang mengatakan pengarah BTP yang baru dilantik memegang jawatan itu, telah memanggil BPR supaya masuk dan melakukan siasatan ke atas bahagiannya itu.

Tentang BTP, banyak benar yang kita dengar daripada guru-guru di sekolah yang tidak puas hati dengan:

(a) Kualiti buku-buku yang dibekalkan oleh kontraktor-kontraktor BTP ke sekolah-sekolah.

Dalam kes ini, ambillah sebagai contoh, bagi pemilihan judul yang terbaru dijalankan oleh BTP, hanya 5 judul buku DBP terpilih, padahal kualiti buku-buku DBP adalah yang terbaik, dan DBP mempunyai ratusan judul yang sesuai dengan keperluan sekolah. Jika buku-buku DBP tidak layak dibekalkan ke sekolah-sekolah, buku penerbit yang macam apa yang lebih baik kualitinya?

Bagi PTS, hanya 3 judul terpilih. Salah satu judul PTS itu adalah "Kejayaan Dari Dalam" karya Ainon Mohd. (Ada sahabat berkata, "Pegawai BTP yang korup itu mahu tutup mulut puan, supaya blog UNIKA tidak tulis apa-apa! Ha ha ha...," sambil dia ketawa.)

(b) Buku-buku yang dibeli oleh guru besar dan pengetua sekolah.

Dalam kes ini, BTP setiap tahun menyediakan senarai buku-buku terbaru yang sudah disemak kualitinya kepada semua sekolah supaya guru besar dan pengetua menggunakan senarai itu apabila membeli buku, tetapi senarai itu tidak diambil endah. Guru besar dan pengetua membeli buku-buku daripada door-to-door salesman yang amat mahal harganya dan rendah pula kualitinya.

Ertinya, BTP cuma mempunyai kuasa me-rekomen sahaja kepada guru besar dan pengetua, supaya buku-buku itu dibeli buat kegunaan guru dan murid, tetapi BTP tidak berkuasa memastikan buku-buku itu dibeli. 

Kita bersyukur dan amat mengalu-alukan sikap Pengarah BTP yang baru ini, yang membuktikan bahawa beliau seorang yang tidak bertolak-ansur dengan amalan rasuah. Kita berdoa Allah melindungi beliau daripada segala marabahaya. Amin. Amin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, October 27, 2007

Surat Pilihan: Perihal Sekolah dan Buku

Assalamualykum wbh,

Tahniah buat PTS yang memilih jalan diredai Allah.  Moga Allah berikan kekuatan untuk terus istiqamah dengan IMAN dan TAQWA. 

Awal tahun ini saya kemukakan senarai buku PTS dengan harga sebagaimana tertera di belakang buku kepada salah satu perpustkaan negeri.  Namun saya dimaklumkan bahawa bajet pembelian buku dibekukan untuk tahun ini. 

Sebagai orang baru dalam bisnes buku dan dijalankan secara kecilan sahaja kerana modal terhad, saya agak hairan bagaimana bajet pembelian buku boleh dibekukan.  Sedangkan di luar sana pelbagai projek dan perbelanjaan yang tidak menguntungkan apatah lagi memandaikan bangsa boleh pula dilaksanakan tanpa berkira-kira. 

Begitu pula apabila saya ke sekolah-sekolah.  Guru Pusat Sumber ‘kecur liur’ melihat senarai buku yang ‘best-best’ judulnya.  Namun mereka terpaksa main tarik tali dengan peruntukan sekolah yang terhad. Ia bergantung pada pengetuanya.  Jika sekolah yang berpengetuakan ulat buku ataupun memandang pentingnya sumber rujukan ilmu maka awal-awal lagi bajet beli buku dapat greenlight

Sebaliknya, di sebahagian sekolah dapatlah kita menjamu mata melihat indahnya landskap sekolah mereka terapi guru pusat sumbernya terkulat-kulat memikirkan cara mahu menambah bahan rujukan.

Bagaimana caranya kita mahu melahirkan generasi Ulul al-Bab kalau kita berkira dalam hal salah satu sumber ilmu terpenting yakni buku.

Memetik ucapan Prof Salleh Buang semasa berseminar dengannya di Kota Bharu.  Beliau mengatakan sikap kebanyakan kita apabila mahu membeli pakaian walau berharga ratusan ringgit sepasang, mereka akan kata, "Ala...murah saja".  Sebaliknya, apabila melihat harga buku bertanda RM30 ataupun RM50, akan terpacul "Alamak! Mahalnya." Seminar tersebut bukanlah seminar berkenaan buku pun tapi itulah mukaddimah beliau sebelum membentangkan kertas kerja di bawah topik Kehakiman Islam. Padahal, ilmu yang terkandung dalam sebuah buku (yang berfaedah) tidak dapat dinilai dengan wang ringgit! 

Teruskan PTS dalam usaha memandaikan bangsa.

WAN NOR AINON 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 02, 2007

Tip Survival Penerbit: Huru-hara Pasaran Buku Sekolah

PTS PROFESSIONAL menerbitkan sudah hampir 100 judul buku-buku yang ditargetkan bagi membantu guru-guru meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka.

Sejak 1 tahun yang lalu, jualan judul-judul pendidian PTS dapat dikatakan 'melembap'. Ini menyebabkan royalti para penulis buku pendidikan juga turun. Apakah punca kelembapan ini?

Sejak 2 tahun yang lalu, tidak ada kontrak projek skim pinjaman buku teks baru daripada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Kontrak akan datang adalah pada tahun 2009/2010. (Nota: PTS gagal menerima kontrak skim pinjaman buku teks BTP!)

Keadaan ini menyebabkan pada masa begini, penerbit-penerbit buku teks "tidak ada kerja", terutama penerbit saiz kecil dan sederhana.

Keadaan ini memaksa mereka menerbitkan buku-buku berset yang dapat dijual direct ke sekolah-sekolah, khususnya sekolah rendah. Buku-buku set itu dijual dengan harga yang "tidak munasabah", yakni amat mahal, sedangkan isinya tidak seberapa, dan kualitinya rendah.

Pada masa begini, jurujual-jurujual buku direct-marketing ke sekolah-sekolah "tidak pandang sebelah mata" kepada buku-buku PTS disebabkan 3 faktor:

(1) Harga buku-buku PTS adalah "rendah", semuanya kurang daripada RM30. Jadi diskaun mereka juga rendah. Bandingkan dengan harga buku berset yang rata-rata lebih daripada RM150 satu set, ada yang sampai RM300. Mereka anggap tidak berbaloi menjual buku-buku PTS.

(2) Harga buku-buku PTS dicetak pada kulit buku, jadi mereka tidak dapat "mark-up" atau naikkan harga sesuka hati mereka. Amalan menaikkan harga buku yang dijual ke sekolah adalah amalan standard di kalangan syarikat penjual buku direct-marketing ke sekolah-sekolah.

(3) PTS "berdegil" tidak mahu memenuhi kehendak mereka supaya memberikan diskaun yang tidak masuk akal, yakni sehingga 60% - 70%. Sedangkan penerbit-penerbit buku berset itu sanggup memberikannya.

Kelembapan jualan buku-buku PTS akan berterusan sehingga tahun 2009/2010 apabila BTP mengeluarkan kontrak skim pinjman buku teks baru. Waktu itu mereka akan sibuk semula dengan kontrak BTP dan tidak akan menerbitkan buku-buku berset.

Waktu itu syarikat-syarikat direct-marketing itu tidak mempunyai produk baru. Barulah mereka mahu membawa buku-buku PTS ke sekolah-sekolah semula, walaupun diskaunnya rendah. . .

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 19, 2007

DBP+PTS+UPND = 1%

Gosip-gosip di kalangan anggota Persatuan Kontraktor Buku Bumiputera (PKBB) mengatakan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan membuat pembelian 2007 untuk semua perpustakaan sekolah rendah dan menengah dengan nilai sekitar RM60 juta.

Di kalangan anggota MABOPA, (Persatuan Penerbit Buku Malaysia) mereka terkejut beruk (istilah slanga budak-budak muda sekarang) apabila 3 buah penerbit buku terbesar, mendapat nilai belian 1% sahaja!

Tiga buah penerbit terbesar buku Melayu di negara Malaysia yang tercinta ini adalah DBP, UPND (Utusan) dan PTS.

Mereka bertiga menerbitkan antara 50 - 70 judul baru setiap bulan. Mereka menerbitkan antara 600 - 700 judul buku baru setahun.

Di mana masuk akalnya apabila ketiga-tiganya, secara combined hanya mendapat 1% daripada RM60 juta nilai pembelian BTP.

DBP+UPND+PTS = dapat sekitar RM600 ribu = 1%

Komuniti buku bertanya: Buku-buku terbitan siapakah yang dipilih oleh BTP untuk dihantar ke sekolah-sekolah?

Jika buku-buku terbitan DBP, UPND dan PTS tidak layak dibekalkan kepada perpustakaan sekolah, buku terbitan penerbit yang macam apakah yang dipilih dan layak mendapat RM59.4 juta lagi!

Apabila Kementerian membuat pembelian, 2 perkara yang sentiasa 'membingunkan' komuniti buku adalah:

(i) Buku-buku penerbit macam apa yang terpilih dan,

(ii) Kontraktor buku macam apa yang terpilih.

Timbul isu kontraktor yang gagal menyempurnakan kontrak pada tahun sebelumnya pun masih menerima kontrak baru.

Hairan! Buku-buku di sebelah ini tidak terpilih.

Sekolah-sekolah memang tidak puas hati menerima buku-buku yang bermutu rendah:

(a) Ada buku-buku yang pada kulit buku pun sudah terdapat kesilapan ejaan dan tatabahasa.

(b) Sesetengah buku yang dibekalkan adalah buku terbitan beberapa tahun lampau justeru isinya sudah ketinggalan masa, sudah out-of-date.

(c) Banyak buku yang dibekalkan itu isinya tidak berguna kepada guru-guru mahupun pelajar.

Anggota persatuan penerbit terkejut beruk apabila:

(a) Buku penerbit-penerbit yang tidak mempunyai editor mendapat nilai berjuta-juta.

(b) Penerbit yang kononnya di-blacklist pun menerima berjuta-juta. Dulu penerbit itu pernah membekalkan buku-buku lama yang diberi judul dan kulit baru sahaja.

Mari memandaikan bangsa!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 15, 2007

Bagaimana Buku Dipilih oleh Bahagian Teknologi Pendidikan

Buku-buku ini dipilih oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk projek pembelian 2007.

Kementerian Pelajaran mempunyai dana khas bagi pembelian buku secara terpusat.

Dua bahagian yang mempunyai projek buku terpusat adalah (i) Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), dan (ii) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Disebabkan projek kedua-dua bahagian ini bernilai berjuta-juta, para penerbit sanggup melakukan apa sahaja supaya buku mereka dipilih.

Kementerian Pelajaran juga memberi dana kepada setiap sekolah di mana Guru Besar dan Pengetua sekolah bebas memilih buku apa yang mereka mahu beli untuk pusat sumber sekolah masing-masing. Pasaran ini dikuasai oleh syarikat pengedar yang mempunyai jurujual dari-sekolah-ke-sekolah, menjual buku-buku berset yang harganya amat mahal, sampai tidak masuk akal.

Bagaimanakah caranya penerbit hendak memasukkan buku-bukunya dalam projek pembelian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)? Masing-masing penerbit mempunyai strategi sendiri.

Cara PTS memasarkan buku untuk projek BTP adalah dengan melantik agen.

Dalam kes ini agen PTS adalah syarikat Bookman Sdn. Bhd. Bookman yang memilih dan submit judul-judul PTS yang difikirkan sesuai dengan keperluan projek kementerian disebabkan Bookman memahami kehendak kementerian.

Daripada beratus-ratus judul yang disubmit oleh para penerbit, pegawai kementerian kemudian memilih judul-judul yang layak dibeli.

Kementerian kemudian mengeluarkan tender kepada kontraktor-kontraktor buku Bumiputera bagi membekalkan judul-judul yang dipilih itu kepada sekolah-sekolah yang ditetapkan.

PTS membekalkan buku-buku itu kepada Bookman dengan diskaun, dan kontraktor mendapatkan bekalan daripada Bookman dengan diskaun.

Dengan cara begini, semua orang dapat makan seorang sedikit. PTS dapat makan, Bookman dapat makan, kontraktor dapat makan, penulis pun dapat makan....

Nota kaki: Bookman dimiliki oleh En. Amini yang berpengalaman 15 tahun dalam bidang jualan buku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 27, 2007

Gosip Industri: Tan Sri Rashid Hussein Muncul Semula

Semalam, Selasa 26hb Jun, Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Noh Omar memanggil semua penerbit sebab beliau hendak berjumpa mereka.

Tidak ada apa-apa yang penting yang beliau sebut dalam ucapannya. Beliau cuma marah-marah dan beri warning supaya penerbit yang mendapat tender buku teks mesti hantar buku ikut jadual. (PTS tidak mendapat tender.)

Yang menyebabkan hadirin terkejut adalah kemunculan Tan Sri Rashid Hussein dalam majlis itu. Beliau masuk dewan dan duduk di kerusi depan.

Pada tahun 2006 gosip industri menyebut TSRH melobi hendak mendapatkan tender membekalkan buku teks bagi semua subjek wajib dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6.

Tetapi, gosip mengatakan, tahun lalu pegawai-pegawai di kementerian tidak menyokong rancangan TSRH disebabkan beliau tidak mempunyai track-record dalam industri buku.

Semalam, Dato Noh marah-marah di atas pentas. Biasalah, tokoh kita yang ini memang sudah mempunyai trade-mark menteri yang suka marah-marah.

Apa yang menarik adalah, dalam beliau marah-marah itu, beliau menyebut bahawa kontrak buku teks yang diberikan kepada DBP sekarang bernilai RM300 juta.

Apakah ada kaitan antara kemunculan TSRH dengan angka RM300 juta yang diberikan kepada DBP-DAWAMA. Apakah ada kemungkinan RM300 juta itu akan diberikan pula kepada TSRH....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 05, 2007

Perkataan ‘Malaysia’ Dianggarkan Bernilai RM300 juta

Adalah dianggarkan, apabila perkataan 'Melayu' pada istilah Bahasa Melayu ditukar kepada 'Malaysia' nilai bisnes yang dicipta adalah sekitar RM300 juta. Itulah nilai buku-buku sekolah yang mesti dicetak semula dan dibekalkan semula kepada Kementerian Pelajaran.

Inilah dia yang dikatakan 'repeat-business'. Buku-buku yang sama dijual 2 kali kepada Kementerian Pelajaran.

Jangan tanya nilai buku-buku teks yang mesti dibuang, yang dulu sudah dibeli menggunakan duit rakyat. Itu tidak relevan.

Empat lima tahun lagi, "Malaysia' akan ditukar pula kepada Bahasa 'Melayu' lagi... Repeat-business lagi!

Apakah ini tanda pilihanraya sudah amat dekat. Mungkinkah sebahagiannya daripadaĀ RM300 juta itu dapat dimasukkan ke akaun politik Si Fulan-Fulan yang mencipta peluang bisnes itu.

Nota: Rugilah PTS tidak dapat durian runtuh daripada repeat-business ini sebab PTS asyik gagal mendapat kontrak membekalkan buku teks kepada Kementerian Pelajaran!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

‘Bahasa Malaysia’: Siapa Hilang Duit, Siapa Buat Duit

Apabila istilah 'Bahasa Melayu' ditukar menjadi 'Bahasa Malaysia' ada orang hilang duit, ada orang dapat duit!

Penerbit buku-buku sekolah tiba-tiba pening kepala. Buku-buku yang sekarang menggunakan istilah 'Bahasa Melayu' dalam sekelip mata sudah out-of-date. Apa mereka hendak lakukan kepada buku-buku yang masih ada dalam setor?

Jika Kementerian Pelajaran mahukan supaya semua buku sekolah menggunakan istilah 'Bahasa Malaysia' pencetak buat duit. Tidak semena-mena mereka dapat durian runtuh!

Berpuluh-puluh juta RM nilai buku sekolah yang terpaksa dicetak semula. Siapakah pencetak yang memilik mesin cetak web?

Buku-buku yang ada terpaksa dijual sebagai kertas buruk. Syarikat penjual kertas buruk pun dapat duit! Siapakah pemilik, pembeli dan kilang pengitar kertas buruk itu?

Kedai-kedai buku terpaksa bekerja lebih memulangkan buku-buku ke setor penerbit. Buku-buku baru terpaksa dihantar ke semua kedai dan semua sekolah.

Syarikat lori pengangkutan dapat bisnes! Siapa pemilik lori-lori itu?

Penjual kertas tersengih! Tiba-tiba beratus tan kertas dipesan oleh pencetak. Siapakah pengimpot, pengedar dan penjual kertas itu?

Penjual dakwat cetak pun tersengih. Siapakah pengimpot, pengedar dan penjual dakwat cetak?

Syarikat binding buku dan pemotong buku pun tersengih! Siapakah mereka?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(30) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 30, 2007

Bahaya Mendapat Kontrak Kerajaan

Jika saudara mahu menjadi penerbit yang mandiri, jangan ada mentaliti bergantung kepada kontrak kerajaan. Lebih baik lagi, jangan masuk sebarang tender kerajaan seperti mengharapkan projek buku teks.

Dalam perbualan presiden PTS, En. Arief Rahmad, dengan Presiden MABOPA, Mr. Law yang juga pengarah urusan Sasbadi, di kalangan syarikat penerbitan milik orang Cina, penerbit-penerbit yang dulu biasa mendapat kontrak kerajaan sejak 20 tahun lalu kini sudah tidak wujud lagi.

Apa yang dialami oleh penerbit-penerbit Cina itu amat serupa dengan apa yang dialami oleh penerbit-penerbit Melayu. Mereka yang biasa menerima kontrak kerajaan terbukti tidak bertahan lama.

Topik diskusi hari ini: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kontrak kerajaan membahayakan survival penerbit?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 17, 2007

DAWAMA: Dapat Bisnes dalam Dulang Emas pun Masih ‘Rugi’

Bermula daripada 2004, DAWAMA menerima daripada DBP konsesi selama 12 tahun bagi mencetak dan mengedarkan buku-buku teks secara eksklusif.

Sekarang DAWAMA komplen:

(a) Tempoh 12 tahun itu tidak cukup, oleh itu ia sedang melobi supaya Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh itu.

(b) DAWAMA 'rugi' sebab ia tidak dibenarkan mengawal harga buku-buku teks yang dicetak dan diedarkannya, oleh itu DAWAMA sedang melobi Kementerian Pelajaran supaya harga jualan buku-buku teksnya dinaikkan.

DAWAMA mengemukakan alasan syarikat itu rugi adalah disebabkan faktor kos mencetak buku-buku teks itu amat tinggi.

Bagaimana tidak tinggi, apabila DAWAMA membayar jutaan RM atas nama "yuran pengurusan" kepada DTP Enterprise, syarikat yang menjadi orang tengah pembelian kertas.

Mengapakah kilang-kilang kertas tidak dibenarkan menjual kertasnya secara langsung kepada DAWAMA? Mengapa harus melalui DTP?

Nota: Penerbit-penerbit swasta lain sanggup bergaduh-gaduh hendak mendapat projek skim buku teks. Mengapakah mereka tidak mengeluh harga cetak mahal?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 24, 2007

Apabila Tiba Musim Cuti Sekolah…

Apabila tiba musim cuti sekolah, kedai-kedai buku hanya berminat memesan judul-judul buku yang dibaca oleh remaja yang masih bersekolah.

Cuti sekolah! Cuti sekolah!

Jualan judul-judul bacaan remaja terbitan PTS melonjak apabila tiba musim sekolah. Jualan judul-judul bacaan dewasa menurun.

Pening kepala staf jabatan pemasaran mencari jalan memujuk kedai-kedai buku supaya memesan juga judul-judul dewasa...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 15, 2006

Perpustakaan Sekolah Kurang Buku - Guru Diminta Derma Buku

Baca idea ini di sini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 11, 2006

Isu Buku Bertaraf Sampah di Pusat Sumber Sekolah

Isu buku-buku cerita yang bertaraf sampah yang banyak terdapat di rak-rak buku pusat sumber sekolah-sekolah rendah, terutamanya sekolah-sekolah rendah luar bandar, bukan perkara baru.

Ambil contoh, adanya sebuah buku cerita tentang bagaimana Hang Tuah pergi menangkap harimau. Episod Hang Tuah menangkap harimau tidak pernah ada tercatat dalam mana-mana edisi Hikayat Hang Tuah.

Buku-buku sampah itu diterbitkan oleh penerbit-penerbit kecil milik peniaga Cina yang membayar penulis cerita dengan harga 100 atau 200 ringgit bagi setiap cerita.

Buku-buku cerita bertaraf sampah itu tidak ada dalam kedai-kedai buku. Buku-buku itu dijual secara langsung dari satu pintu sekolah ke satu pintu sekolah oleh jurujual-jurujual yang mendapat komisen.

Gosip-gosip mengatakan buku-buku sampah itu berjaya dijual ke sekolah adalah disebabkan jurujual buku-buku sampah itu menawarkan kick-back kepada pihak sekolah yang membeli produknya.

Gosip kisah guru-guru besar sekolah menerima kick-back daripada jurujual pelbagai buku dan alat bantu mengajar bukan cerita baru. Amalan ini lebih berleluasa di sekolah-sekolah luar bandar.

Kita tidak mengatakan semua guru besar menerima kick-back, tetapi desas-desus begini banyak diperkatakan di kalangan penerbit besar yang tidak puas hati apabila buku-buku mereka yang berkualiti sukar dijual ke sekolah, walaupun mereka mengeposkan katalog mereka ke setiap sekolah.

Penerbit-penerbit besar, apatah lagi penerbit yang tersenarai di bursa saham, tidak mahu memberi kick-back kepada pihak sekolah disebabkan akaun mereka diaudit.

"Makin diberi, makin banyak mereka minta!" kata Mr. L, seorang CEO penerbit besar yang terkenal.

Suatu cara yang dapat menghalang guru-guru besar daripada membeli buku-buku sampah adalah dengan cara pihak PIBG sekolah melantik 2 orang daripada anggotanya menjadi juruaudit pusat sumber.

Pada masa ini audit kualiti buku di pusat sumber tidak pernah dilakukan, itulah sebabnya guru-guru besar yang korup dapat melakukannya dengan perasaan selamat.

Tugas juruaudit itu adalah memeriksa kualiti buku-buku kegunaan pelajar yang dibeli oleh pihak sekolah bagi diletakkan dalam pusat sumber.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 30, 2006

PTS dan Masa Depan Industri Buku Sekolah

Adakah saudara penulis buku teks dan buku ulangkaji peperiksaan? Kalau ya, bagaimanakah saudara melihat masa depan industri penerbitan buku bersilabus?

Industri buku sekolah terdiri daripada 2 jenis buku: (a) buku teks, dan (b) buku ulangkaji.

Buat masa sekarang, industri buku bersilabus adalah sektor terbesar, baik daripada sudut jumlah nilai jualannya, mahupun daripada sudut keluasan jaringan saluran pengedarannya.

Empat pemain utama dalam sektor ini adalah DBP-DAWAMA, SASBADI, PELANGI dan FAJAR BAKTI.

Penerbit Pelangi sudah masuk papan ke-2 di Bursa Saham KL. SASBADI dan DAWAMA sudah menandatangi MOU mereka mahu bergabung menjadi sebuah syarikat sebelum ke papan pertama BSKL. (Ada gosip-gosip mengatakan SASBADI mungkin memutuskan 'pertunangan' itu disebabkan DAWAMA gagal memenuhi syarat yang dipersetujui bersama dalam MOU tersebut.)

Industri ini akan kekal berkembang sihat selagi Kementerian Pelajaran tidak melakukan perubahan drastik pada sistem pendidikan sekarang yang sangat berorientasikan peperiksaan.

Selagi ada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM, selagi itulah sektor buku ulangkaji peperiksaan akan terus menjadi mesin pencetak duit terbesar dalam industri buku Malaysia.

Namun, trend ke arah pendidikan liberal semakin ketara dalam dunia moden hari ini. Selama manakah Malaysia akan terus mengekalkan amalan-amalan pendidikan lama yang sudah ketinggalan zaman seperti keadaan sekarang?

Di negara-negara maju, hanya 3 atau 4 subjek teras sahaja yang diperiksa. Lain-lain mata pelajaran diajarkan tetapi tidak diperiksa.

Di Malaysia, apabila kita meliberalkan sistem pendidikan kita nanti, hanya 4 mata pelajaran teras akan diperiksa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Semua mata pelajaran lain tidak dinilai dengan cara peperiksaan tradisional seperti sekarang.

Isunya sekarang bukan lagi apakah sistem peperiksaan akan berubah, tetapi bila ia akan berubah.

Tanpa peperiksaan, buku ulangkaji peperiksaan tidak diperlukan lagi. Apabila ini berlaku, apakah yang akan dilakukan oleh penerbit-penerbit seperti DAWAMA, SASBADI, PELANGI dan FAJAR BAKTI?

Kita meramalkan mereka akan masuk ke dalam sektor buku umum, yang disebut juga dengan istilah 'trade book'. Inilah sektor yang diceburi PTS sekarang.

Pada masa ini 2 pemain utama sektor buku umum adalah PTS dan UTUSAN (UP&D). Kemasukan DAWAMA, SASBADI, PELANGI dan FAJAR BAKTI ke dalam sektor ini akan mengubah sama sekali lanskap industri buku umum negara ini. Kumpulan Karangkraf juga menunjukkan tanda-tanda gergasi itu semakin komited kepada sektor buku umum.

Apabila ini terjadi, PTS akan menjadi pemain kecil yang amat vulnerable kepada hostile take-over daripada budak-budak besar itu.

Apakah pilihan yang ada di depan PTS?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(13) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, March 21, 2006

Buku Fikah Paling Mahal

Siapa kata buku-buku agama tidak dapat dijual dengan harga premium? Itu adalah pendapat pihak yang tidak pandai buat duit dengan menjual buku-buku agama!



Sebuah penerbit (PME Sdn. Bhd.) menerbitkan set buku fiqah yang mengajar perkara-perkara seperti cara wuduk dan solat, khusus bagi dijual secara direct selling ke sekolah-sekolah rendah.



Set itu mengandungi 5 buku bergambar saiz A4, dijual ke sekolah-sekolah rendah pada harga RM150.00.



Dijual pada harga yang sama adalah set siri tauhid dan set siri cerita-cerita nabi.






 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 20, 2006

Buku Cerita Paling Mahal

Kita sangka novel ā€œThe Missing Peiceā€ oleh Dr. Fatimah Busu yang terbit dalam dua jilid dan berharga RM 120 itu adalah buku cerita paling mahal dalam Bahasa Melayu.



Salah.



Kisah-kisah pelayaran Sinbad yang diterbitkan dalam 7 jilid khusus untuk pasaran sekolah-sekolah rendah dijual pada harga RM245.00!





 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, February 26, 2006

Cerita yang Membahayakan Psyche Melayu

Apa yang 'Melayu' belum tentu baik. Ada yang baik, ada yang tidak baik.



Salah satu perkara 'Melayu' yang mengandungi mesej negatif dan berbahaya kepada psyche orang Melayu adalah cerita-cerita rakyat yang amat terkenal kerana cerita-cerita itu dibukukan dan dijual ke perpustakaan sekolah-sekolah.



Kementerian Pelajaran hendaklah mengharamkan buku-buku berbahaya seperti itu daripada dibeli oleh sekolah-sekolah. Guru-guru hendaklah ditegah daripada menggunakan cerita-cerita seperti itu sebagai contoh apabila bercakap kepada murid-murid.



Berikut adalah senarai cerita-cerita yang mensabotaj psyche Melayu:



1. Cerita Si Tanggang yang tidak sempat bertaubat dan ibu yang sanggup menyumpah anaknya menjadi batu. Dalam Islam, ibu-ibu dikehendaki supaya mengampunkan dosa anak-anak mereka. Hukuman anak derhaka bukan menjadi batu.



2. Cerita Lebai Malang yang menghina orang alim dan kaum agama.



3. Cerita Batu Belah Batu Bertangkup, kisah perempuan bunuh diri.



4. Cerita Bawang Putih Bawang Merah, kisah ibu dan saudara tiri yang jahat. Nabi Muhammad adalah seorang ayah tiri, manakala Aishah adalah ibu tiri.



5. Cerita Si Badang yang memakan muntah hantu, benda haram.



6. Cerita hantu Kelembai yang mempunyai kuasa menyamai kuasa Tuhan.



7. Cerita kebodohan Si Luncai, Pak Belalang, Pak Pandir dan Pak Kadok yang menghina otak orang Melayu.



8. Cerita Mat Jenin yang menakut-nakutkan orang Melayu supaya jangan berani mempunyai cita-cita tinggi.




Kita perlu menggantikan cerita-cerita rakyat yang ada itu dengan yang baru, cerita-cerita yang meninggalkan pengaruh positif ke atas psyche orang Melayu.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 02, 2005

5% Lelaki

Tinjauan yang kita buat di 8 buah pusat sumber sekolah (PSS) rendah dan menengah negeri Selangor mendapati perkara-perkara berikut:1. Daripada jumlah semua pelajar yang masuk ke PSS hanya 5% sahaja lelaki.

2. Buku-buku dan majalah sains terbitan dalam negeri tidak menjadi pilihan popular di PSS sekolah luar bandar.

3. Buku cerita siri penyiasatan juga tidak menjadi pilihan popular di PSS sekolah luar bandar.

4. Ensiklopedia Melayu banyak dibuka oleh pelajar dan mereka suka membaca gambar-gambar yang terdapat dalam ensiklopedia.

5. Buku-buku bacaan sains dalam bahasa Inggeris langsung tidak disentuh di PSS luar bandar, baik di sekolah menengah mahupun sekolah rendah.

6. Guru-guru masuk PSS untuk membaca surat khabar, majalah, berehat ataupun tidur sebentar sebab PSS mempunyai pendingin udara!

7. Buku cerita sangat popular dan selalu hilang dari PSS.

8. Sebarang jenis buku bacaan tambahan yang mengandungi gambar-gambar yang berkualiti adalah popular, yakni selalu dibuka dan dibelek-belek oleh pelajar.

Isu pelajar lelaki tidak masuk PSS adalah gambaran betapa kurangnya bahan-bahan bacaan yang diterbitkan khusus untuk bacaan pelajar lelaki.

Isu mengapa siri penyiasatan tidak popular di PSS luar bandar amat menarik bagi dibincangkan lebih mendalam.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 30, 2005

Hang Tuah Menangkap Harimau

Pernahkah saudara membaca Hikayat Hang Tuah? Jikalau pernah, tentulah saudara tidak pernah berjumpa dalam mana-mana bahagian hikayat itu diceritakan Hang Tuah menangkap harimau. Tetapi itulah yang terdapat dalam sebuah buku cerita yang dijual secara direct selling ke sekolah-sekolah rendah.


Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?


Di negara kita ini terdapat penerbit-penerbit yang kegiatannya adalah menerbitkan buku-buku cerita untuk dijual ke sekolah, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar. Mereka mengupah penulis-penulis amatur bagi menuliskan cerita-cerita itu.


Buku-buku itu dijual secara berset-set pada harga yang 'tidak patut' ke sekolah-sekolah. Tidak patut sebab memang harganya amat mahal, tetapi dibeli juga oleh sekolah tanpa diperiksa terlebih dahulu isi kandungannya.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 15, 2005

Apa Jadi pada CD Pembelajaran?

Pada suatu masa dulu kedai-kedai yang menjual CD memperuntukkan ruang bagi mempamerkan CD-CD pembelajaran, khususnya untuk kanak-kanak. Berbagai-bagai CD pembelajaran ada ā€“ CD belajar matematik, CD belajar sains, CD belajar bahasa Inggeris dan berbagai-bagai lagi. Ibu bapa banyak membeli CD-CD pembelajaran bagi anak-anak mereka.


Pada waktu itu muncul kumpulan penulis buku yang melibatkan diri dalam aktiviti penghasilan buku-buku CD pembelajaran. Sudah tentu mereka terdiri daripada guru-guru.


Kementerian Pendidikan (waktu itu) juga banyak melaburkan wang membiayai program mencipta dan menerbitkan pelbagai sofwer pembelajaran. KPM membelanjakan berjuta-juta ringgit membiayai berbagai-bagai kumpulan fokus guru dibentuk dan dilatih dalam pelbagai bengkel dan kursus bagi menghasilkan CD pembelajaran.


KPM juga mengadakan program yang melibatkan penerbit-penerbit buku biasa supaya menerbitkan buku-buku dalam bentuk CD. Malah penerbit buku-buku teks hampir-hampir diwajibkan supaya membekalkan CDnya bagi buku-buku teks yang mereka bekalkan bagi skim buku teks pinjaman.


Syarikat Bumiputera yang paling serius melabur dalam program menerbitkan CD pendidikan adalah ANZAGAIN di Shah Alam, yang mengeluarkan berjuta modal, dan benar-benar berjaya mencipta pelbagai sofwer itu. Pelbagai usaha dilakukan oleh ANZAGAIN bagi memasarkan CD-CDnya. Hari ini CD-CD sofwer itu berlonggok dalam setor penerbit itu.


Pelancaran program sekolah bestari mendorong ramai pihak menubuhkan syarikat bagi mengambil peluang meraih keuntungan dengan hasrat hendak membekalkan pelbagai sofwer pembelajaran. Ramai jurutera muda Melayu dalam bidang IT meletakkan jawatan, menubuhkan syarikat dan membuat pinjaman bank dengan keyakinan mereka dapat mengambil kesempatan daripada beratus-ratus juta wang kerajaan yang diperuntukkan bagi program E-Learning.


MIMOS (Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia) adalah agensi kerajaan yang khusus diarahkan mencipta pelbagai sofwer bagi program E-learning. MIMOS mendirikan makmal khusus dan mengambil berpuluh-puluh jurutera bagi tujuan itu.


Pelabur yang paling besar adalah Telekom Malaysia yang menubuhkan anak syarikat khusus bagi menyokong program Smart School melalui teknologi on-line learning.


Apa sudah jadi kepada pasaran CD pembelajaran?


Hari ini, jika saudara masuk ke dalam kedai-kedai CD, cuba tengok sendiri, berapa banyak CD-CD pembelajaran yang masih dipamerkan. Tidak ada lagi CD terbitan baru. Yang ada hanya judul-judul lama. Puncanya adalah, di Amerika sekalipun, zaman kegemilangan penerbitan CD pembelajaran sudah tamat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 10, 2005

Nombor Sekolah Memandu

Dalam senarai syarikat-syarikat penerbit buku di negara ini, terdapat sekitar 600 buah penerbit. Dengan jumlah yang begitu banyak, mengapakah jumlah buku terbitan tempatan yang terdapat di kedai-kedai buku dan di perpustakaan-perpustakaan awam begitu kecil?


Barangkali saudara belum tahu apa faktor yang mendorong banyaknya jumlah syarikat penerbitan buku ditubuhkan oleh rakyat Malaysia.



Faktor itu adalah keyakinan bahawa dengan mendaftarkan syarikat sendirian berhad, dan dengan menggunakan pelbagai faktor selain buku, mereka boleh mendapat tender projek membekalkan skim buku teks pinjaman kementerian pelajaran yang bernilai berpuluh-puluh juta ringgit setiap tahun.



Sembilan puluh sembilan peratus (99%) syarikat penerbit itu tidak menjalankan aktiviti penerbitan. Malah majoriti tidak pernah menerbitkan apa-apa buku. Mereka tidak tahu menahu tentang dunia buku dan penerbitan buku. Mereka tidak mempunyai jabatan editorial, apatah lagi setor inventori buku. Ruang pejabat pun belum tentu ada.



Kalau saudara telefon nombor yang diberikan oleh syarikat-syarikat itu, ada yang nombor itu nombor rumah, malah ada nombor sekolah memandu! Inilah salah satu realiti dunia persada penerbitan buku di negara kita.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 08, 2005

Buku untuk Pasaran Sekolah

Jika saudara hendak buku saudara memasuki pasaran sekolah, itu adalah matlamat yang baik dari sudut bisnes penerbitan.


Pada masa ini ada sekitar 10 ribu buah sekolah, masing-masing mempunyai perpustakaan. Bagi setiap kepala murid kementerian pelajaran memperuntukkan RM15 bagi pembelian buku murid. Wang peruntukan itu dihantar ke setiap sekolah dan terpulang kepada sekolah memilih buku yang dibeli. Inilah sebabnya jika saudara hendak terus menjual buku-buku saudara ke sekolah, saudara perlu mempunyai pasukan jurujual khusus untuk pergi dari sekolah ke sekolah. Jika tidak, saudara boleh menggunakan para pengedar buku yang bergiat dalam sektor sekolah, ini bermakna margin saudara akan jatuh merudum disebabkan mereka meminta diskaun yang amat opresif kepada penerbit kecil.



Sekolah juga membeli buku-buku untuk kegunaan guru. Selain daripada itu guru-guru kaunselor dan guru-guru pusat sumber diberi peruntukan berasingan bagi pembelian buku yang mereka perlukan.



Beberapa perkara penting yang perlu ada pada buku-buku untuk pasaran sekolah adalah:




  1. Sistem ejaan mestilah mematuhi peraturan sistem ejaan yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)






  1. Tatabahasanya hendak mematuhi Tatabahasa Dewan.






  1. Pilihan huruf dan saiz font hendaklah mematuhi panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran.






  1. Tidak boleh ada sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai menghina mana-mana kaum, agama dan kebudayaan masyarakat negara ini.






  1. Tidak boleh mengandungi unsur-unsur lucah ataupun yang bertentangan dengan kepentingan perpaduan masyarakat.






  1. Sebaik-baiknya buku itu membantu keberkesanan pengajaran mata-mata pelajaran yang diajarkan di sekolah.






  1. Harga jualannya hendaklah sesuai dengan kemampuan sekolah ataupun ibu bapa.






  1. Ciri-ciri fizikal buku hendaklah mematuhi garis panduan pembelian buku yang digunakan oleh Perpustakaan Negara.






  1. Setiap tahun Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) menilai buku-buku yang akan disyorkan kepada sekolah-sekolah supaya dibeli untuk perpustakaan. Senarai buku yang lulus penilaian itu dihantar ke semua sekolah. Setiap penerbit yang mahu bukunya dimasukkan ke dalam senarai itu dikehendaki menghantar naskhah-naskhah contoh ke BBT, dan bagi setiap judul itu dikenakan yuran.




Itulah antara perkara-perkara asas yang mesti ada pada buku-buku yang hendak dipasarkan ke sekolah.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages