Thursday, November 08, 2007

Surat Pilihan: Bagaimana Tuan MBA Mendapatkan Sponsor Projek Travelog

Assalamualaikum wrk Puan Sifu-san!

Semoga puan sentiasa berada dalam lindungan Allah dan sentiasa gigih dalam perjuangan Bahasa Melayu dan visi memandaikan bangsa. Semoga bangsa kita tidak akan menjadi bangsa angkasa.

Pertama-tamanya saya memohon ampun-maaf kerana sudah agak lama tidak menyerahkan kerja rumah buku Travelog Jepun. Walau bagaimanapun buku Kerjaya Dalam Bidang ICT sedang diedit oleh PTS PROFESSIONAL dan Strategi Blue Ocean tinggal lagi dua bab.

Berkenaan dengan buku Travelog Jepun ini, insyaallah saya akan siapkan pada tahun ini juga.

Saya maklumkan kepada JICA bahawasanya saya sedang menulis Travelog Jepun dan kebanyakannya berkaitan dengan Okinawa. Saya mohon untuk ke Okinawa. JICA meminta sinopsis buku saya, tujuan, sasaran pembaca dan sebagainya.

Hasilnya pihak JICA telah mengaturkan lawatan saya ke Okinawa. Mereka menyediakan penginapan, makanan dan juga kemudahan jika saya ingin menemuramah sesiapa di OKinawa bagi bahan buku saya.

Pegawai JICA tersebut berkata, dia akan pastikan bahawa dia adalah pembeli buku saya yang pertama!

Saya akan ke Jepun dari 23-29 November. Sepanjang di Okinawa nanti, saya akan mengambil gambar-gambar yang dikira sesuai dengan jalan cerita buku Travelog Jepun tersebut dan akan berbual-bual dengan orang-orang Jepun yang saya temui untuk menokok tambah isi buku tersebut.

Moga-moga segalanya dipermudahkan.

MBA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 30, 2007

Apa Misi Buku Travelogue Melayu

Buku-buku travelogue dan panduan pelancong tidak ditulis dan diterbitkan secara inosen, yakni tanpa adanya agenda di sebalik bahan-bahan yang diterbitkan itu.

Pelancongan adalah industri besar. Bagi sesetengah kota dan negara, ekonominya adalah ekonomi pelancongan, seperti Monaco, Los Angeles, Venice, Bali dan lain-lain pusat pelancongan.

Maka, kita lihat penerbit buku pelancongan yang terbesar di dunia tidak menerbitkan buku panduan pelancongan ke negara-negara Islam, sedangkan mereka menerbitkan buku panduan melancong ke Israel. Tidak ada buku panduan melancong ke Indonesia, manakala ke Bali ada.

Buku-buku travelogue dalam Bahasa Melayu mesti mempunyai misinya sendiri.

Buku-buku travelogue Melayu tidak boleh terikut-ikut agenda buku pelancongan yang ada dalam pasaran, yang menggalakkan pelancong Melayu pergi dan membelanjakan wang mereka bagi memperkayakan lagi pusat-pusat pelancongan yang tiada kaitan dengan ekonomi bangsa-bangsa Islam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Menulis Buku Travelogue

Bukankah banyak manfaatnya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan itu mereka menjadi orang-orang yang mempunyai hati, yang dengan hatinya mereka dapat memahami, ataupun mempunyai telinga, yang dengan telinganya mereka dapat mendengar? - maksud ayat dalam surah al-Hajj.

Pasaran buku travelogue dalam Bahasa Melayu memang sedia ada, tetapi sehingga saat ini belum diterokai. Justeru PTS akan menerokai pasaran ini.

Bagi saudara yang pernah berjalan ke negara lain, apatah lagi jika saudara pernah tinggal lama di sana, PTS amat ingin saudara berkongsi pengalaman dengan peminat travelogue Melayu.

Tulis emel kepada saya klik di sini, dan saya akan hantar contoh menulis travelogue yang mudah dan disukai pembaca.

SifuPTS akan mengadakan bengkel khusus teknik menulis travelogue bagi membantu saudara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Travelogue Sebagai Produk Pelancongan Islami

Orang Melayu sudah sampai Kutub Utara dan Kutub Selatan. Namun, kita belum mempunyai koleksi buku-buku travelogue yang ditulis oleh orang-orang Melayu yang pernah mengunjungi dan bermastautin di pelbagai tempat dan negeri.

Penerbit buku-buku Melayu mestilah membangunkan koleksi buku-buku travelogue dalam Bahasa Melayu yang membantu membangunkan ekonomi komuniti-komuniti Islam berasaskan pelancongan Islami.

Buku-buku travelogue Islami dapat meningkatkan minat pelancong Melayu melawati komuniti-komuniti Islam, sebagaimana pada saat ini banyak pelancong Melayu pergi melancong wilayah Islam di negara China.

Buku travelogue adalah duta penting dalam industri pelancongan.

Bagi saudara yang tidak pandai menulis novel dengan latar belakang di luar negara, tulislah travelogue saudara!

Perpustakaan sekolah perlu diisi dengan buku-buku travelogue Islami, supaya sejak kecil murid-murid Melayu sudah diperkenalkan dengan pelbagai maklumat tentang komuniti-komuniti Islam, dengan itu ia dapat mencetuskan minat mereka mahu pergi melawati tempat-tempat itu apabila mereka dewasa.

Jika tidak, sekiranya di sekolah mereka hanya melihat gambar-gambar London, Paris dan New York, maka ke situlah mereka akan pergi melancong apabila dewasa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Menuliskan Catatan Travelogue adalah Sunah Nabi Muhammad

Nabi Muhammad adalah seorang traveller, dan antara laporan travelogue beliau yang paling penting adalah di mana beliau memberitahu segala sesuatu yang beliau nampak dan alami sepanjang pengembaraan dari Madinah, ke Jerusalem dan naik ke angkasa, lalu balik semula ke Madinah dalam masa satu malam.

Jadi, bagi orang Islam, melaporkan pengalaman mereka berpergian ke tempat-tempat lain adalah perbuatan yang mematuhi sunah Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad sentiasa didampingi oleh tokoh-tokoh ahli suffah yang sebanyak 70 orang, yang memainkan peranan merakamkan dalam memori mereka segala peristiwa ke mana beliau pergi, apa yang berlaku, dan apa yang beliau ucapkan.

Rakaman memori mereka itulah yang kemudian disalin secara hitam putih oleh perekod-perekod yang pandai menulis. Mereka yang menuliskan rekod itu dikenali sebagai pe-rawi dalam bahasa Arab.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Pelancongan Tradisional

Dulu-dulu 'melancong' bermakna pergi ke negara orang lain. Selepas kerajaan berkempen dan memperkenalkan konsep 'pelancongan dalam negeri' barulah minda rakyat Malaysia faham konsep pelancongan dalam dan luar negara.

Majoriti rakyat Malaysia masih mempunyai minda mundur tentang konsep 'melancong'. Bagi individu-individu yang belum mampu pergi keluar negara, konsep melancong yang ada dalam minda mereka adalah pergi ke tempat-tempat yang indah-indah dan cantik-cantik di luar negara.

Bagi mereka yang tidak berduit, melancong adalah pergi ke Eropah dan Amerika dan tempat-tempat yang seperti itu. Melancong adalah naik kapal terbang dan tinggal di hotel-hotel.

Semasa melancong ke luar negara, mereka suka pergi ke pusat-pusat maksiat yang tidak ada di negara kita. Itulah konsep melancong yang masih tebal dalam minda mundur individu-individu seperti itu.

Dalam minda mundur pelancong tradisional kita, tidak ada konsep pelancongan yang Islami dan yang tidak Islami. Itulah sebabnya banyak orang yang alim semasa dalam negeri pergi ke pusat-pusat maksiat apabila berada di luar negara, sekurang-kurangnya bagi tujuan hendak menengok dengan mata kepala sendiri aktiviti maksiat yang ditawarkan di pusat-pusat itu.

Bagi bangsa-bangsa yang datang dari negara-negara Barat dan Amerika yang kayaraya, konsep melancong mereka sangat berbeza. Mereka suka pergi ke tempat-tempat yang jauh-jauh di hujung pelosok dunia, tempat-tempat yang susah hendak sampai ke situ, yang orang lain tidak pernah pergi, yang eksotik, yang menawarkan pengalaman pengembaraan yang luar biasa.

Pelancongan Islam berlainan pula. Al-Quran menyuruh manusia mengembara, supaya dengan mengembara mereka lebih menyedari kewujudan dan kebesaran Tuhan. Jadi Islam tidak membenarkan pelancong Islam ke tempat-tempat di mana duit orang Islam dibelanjakan dengan cara-cara yang merosakkan iman, menguntungkan pusat-pusat maksiat, dan menguntungkan ekonomi negara-negara yang memusuhi Islam.

Buku-buku pelancongan dalam Bahasa Melayu mesti membetulkan konsep 'melancong' yang salah dan merugikan umat Islam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Travelogue: Nabi Muhammad sebagai Pelancong

Menggalakkan orang Melayu pergi melancong adalah sunah Nabi Muhammad. Beliau lahir di Mekah, dan sejak beliau berusia 12 tahun, beliau sudah banyak mengembara serta pergi ke tempat-tempat yang beliau tidak pernah pergi sebelumnya.

Sebelum menjadi nabi, beliau mengembara sambil berniaga selama 26 tahun, yakni sejak berumur 12 tahun sehingga usia beliau 38 tahun. Justeru aktiviti pelancongan Islami itu mesti dikaitkan dengan aktiviti ekonomi.

Selepas beliau menjadi nabi, beliau pergi ke tempat-tempat lain bagi tujuan menyampaikan ajaran agama Islam. Justeru aktiviti pelancongan Islami mesti dikaitkan dengan agama.

Malah beliau mengalami pengembaraan spiritual yang luar biasa, iaitu peristiwa Isra' di mana beliau pergi ke Jerusalem dan kemudian naik ke angkasa luas. Justeru beliau adalah space traveller yang pertama di dunia.

Nabi Muhammad pernah berkata dengan maksud, orang yang lebih mulia statusnya dalam agama adalah orang yang kuburnya jauh dari tempat dia dilahirkan. Justeru beliau lahir di Mekah tetapi kuburnya di Madinah. Sahabat-sahabat beliau juga semuanya mati di tempat yang jauh daripada tanah kelahiran mereka.

Buku-buku pelancongan Islami mesti ditulis dengan objektif memenuhi suruhan Nabi Muhammad, bukan sebaliknya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Travelogue Islami dan Pelancongan Spiritual

Dalam minda majoriti orang Melayu, pelancongan adalah pergi 'menengok-nengok' tempat-tempat yang indah, yakni tempat-tempat di mana ada perkara-perkara yang memberi nilai hiburan yang tinggi.

Pelancongan Islami adalah pelancongan visual-spiritual.

Pelancongan Islami bukan pelancongan visual semata-mata, seperti yang dipromosikan dalam buku-buku panduan pelancongan terbitan pemain industri pelancongan antarabangsa.

Menulis buku travelogue Islami mesti memasukkan juga aspek-aspek spiritual di dalamnya, walaupun travelogue itu catatan perjalanan di negara-negara bukan Islam. Aspek-aspek itu adalah:

(1) Tempat-tempat di mana ada antara penduduknya orang Islam.

(2) Sejarah dan budaya Islam di tempat itu.

(3) Aktiviti melakukan ibadah.

(4) Aktiviti ekonomi Islami masyarakat di situ.

(5) Peristiwa, pengalaman dan kesedaran rohaniah hasil melancong ke tempat itu.

Inilah kandungan buku travelogue Islami.

Agenda tersirat buku pelancongan Islami adalah menggalakkan pembacanya pergi melancong dan berbelanja di negara-negara dan di tempat-tempat di mana terdapat penduduk Islam di situ, supaya wang yang dibelanjakan itu membantu pembangunan ekonomi dan rohani mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 28, 2007

Contoh Tulisan Travelouge

Bagi saudara yang pernah mengembara, kita sangat mengajak saudara menuliskan catatan-catatan pengembaraan saudara.

Kasihan budak-budak kampung yang tidak berpeluang ke negara orang, buku saudara dapat membuka minda mereka.

Tulis emel kepada saya dan saya akan hantar contoh travelogue kepada saudara. Klik .(JavaScript must be enabled to view this email address)

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 22, 2007

Catatan Travelogue (3)

Leiden itu bandar kecil, ibarat Bangi. Saya ke Amsterdam, kota terbesar di Belanda, jarak kereta api 50 minit, bagi mencari kedai buku besar.

Terjumpa kedai buku 3 tingkat, lalu saya minta pembantu kedai itu menunjukkan rak buku-buku Asia, dan rak buku Inggeris.

Di rak buku Asia (tentunya semua buku di situ dalam bahasa Belanda) berderet 8 buah novel terbaik Pramoedya Anantatoer dalam bahasa Belanda, penterjemahnya orang Belanda, diterbitkan dan dicetak di Belanda.

Di rak Asia itu, saya pilih CD "Hallo Bandoeng" Indie Klassieken - Originele opnamen uit de archieven van Theater Instituut Nederland, RM75. Termasuk dalam koleksi 25 lagu itu adalah "Ajo Mama Djangan Mara Beta".

Di rak buku Inggeris, yang ada cuma novel-novel komersial, tentunya untuk pasaran kelompok kecil ekspatriat Amerika, Britain, Australia dan Kanada.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Catatan Travelogue (2)

Kerajaan Belanda amat baik hati kepada pelajar Indonesia aliran agama Islam.

Tahun 2006 sahaja, 75 orang ustaz-ustaz muda dan pintar-pintar dari Indonesia diberi biasiswa melanjutkan pengajian program MA dan PhD di Universiti Leiden, dalam jurusan agama, di bawah bimbingan profesor-profesor Belanda dalam bidang Islamologie.

Hmm.....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 31, 2006

Panggilan Travelogue

Kepada semua yang mendaftar mahu menulis travelogue, sudahkah saudara menerima emel contoh dari Sifu? Jika belum, hubungi saya .(JavaScript must be enabled to view this email address)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 28, 2006

Panggilan Travelogue

Adakah saudara pernah berada di luar negara, ataupun sedang berada di luar negara?


Kita sangat berminat mengajak saudara menulis buku kenang-kenangan sepanjang saudara berada di luar negara.


Tinggalkan emel saudara di sini, kita akan hantar contoh bagaimana menuliskan kenang-kenangan saudara itu.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(42) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 27, 2006

Previu Travelogue Tuan Sheikh Alang

CINTA WANITA SUDAN


“Saya dengar ada kisah seorang CEO syarikat dari Kuala Lumpur ditahan di lapangan terbang sebelum penerbangannya berlepas,” kata saya kepada seorang ‘resident engineer’ yang bertugas di projek pembinaan bangunan sebuah syarikat petroleum Malaysia di Khartoum, ibu kota Sudan.


“Itulah risiko tinggi yang saya pernah alami,” jawab jurutera yang saya beru kenali di ruang menunggu penerbangan di dalam lapangan terbang Khartoum itu.


“Saudara pernah mengalami keadaan seperti itukah?” tanya saya.


“Belum pernah. Tetapi ada kes melibatkan seorang pekerja warga Thailand di tapak pembinaan saya.”


“Dia ditahankah? Dia terlibat dengan kes apa?”


“Dia berkawan dengan seorang wanita Sudan. Kemudian dia ditahan polis atas tuduhan mencabuli kehormatan perempuan itu.”


“Dia memang melakukannya?”


“Dia menafikannya, tetapi saya sendiri tiada bukti dia bersalah ataupun sebaliknya. Dia pula mengatakan keluarga si perempuan itu membuat laporan polis sebab mereka tidak suka wanita itu berkawan dengannya.”


“Sudah bicara di mahkamahkah?”


“Tidak sampai bicara pun. Saya sebagai Mudir Kabir (‘Tuan Besar’) di tapak pembinaan itu terpaksa membayar duit ikat jamin sehingga hari perbicaraan. Kalau tidak, dia terpaksa merengkok di dalam tahanan sehingga hari bicara.”


“Bilakah tarikh perbicaraannya?”


“Keluarga perempuan itu sudah tarik balik tuduhan mereka apabila pekerja itu ditahan dalam lokap. Jadi polis bebaskan dia.”


“Mungkin mereka hendak ugut pekerja awak saja?” tanya saya.


“Ada kemungkinan begitu. Nasib baiklah saya akan balik bercuti ke Kuala Lumpur. Dapatlah saya lupakan masalah begini sementara saya bercuti nanti,” kata jurutera kenalan baru saya itu.


“Bilakah akan siap bangunan ibu pejabat syarikat minyak itu, saudara?”


“Itu yang saya sukar hendak beri jawaban tepat. Setakat ini pun sudah terlewat 51 hari dari yang dijadualkan,” terang beliau.


Selama saya di Sudan, selalu saya mendengar kisah kelewatan projek-projek yang berlarutan berbulan-bulan dari tarikh siap yang dijadualkan. Seolah-olah menjadi budaya setempat di mana mereka bekerja sambil lewa serta mengambil mudah jadual projek yang sudah disebutkan di dalam kontrak. Mungkin disebabkan duit pendahuluan sudah dibayar hampir 100 peratus ataupun sekurang-kurangnya 70% maka kontraktor macam sengaja tidak menyiapkan kerja-kerja mengikut kontrak. Nampaknya projek bangunan ibu pejabat syarikat minyak itu juga tidak terkecuali daripada masalah yang sama.



.


.




 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 03, 2006

Teknik Menulis Travelogue

“Bukankah itu lori sampah?” saya bertanya.

“Ya, memang itu lori sampah,” jawab pemandu pacuan 4 roda kami.

“Mengapa pekerja itu makan dari bakul sampah?”

“Memang dia mengutip makanan dari tong sampah,” kata pemandu kami itu. Dia orang tempatan.

Rakan-rakan yang sudah beberapa lama bertugas di Khartoum terpegun melihat gelagat pekerja pemungut sampah mengambil sisa makanan dari dalam tong sampah dan menyuapkannya ke mulutnya. Saya pun terkejut malah kami semua terperanjat melihat peristiwa itu.


Bukan seorang sahaja yang makan dari bakul sampah, tetapi semua pekerja kutip sampah yang bersama lori sampah itu mengutip makanan dari tong sampah.


Pemandu kami terpaksa memberhentikan kenderaan di belakang lori sampah yang mengutip sampah dari belakang bangunan Restoran Amwaaj, sebuah restoran mewah di tengah bandar Khartoum.


Amwaaj itu restoran mewah, makanan yang dibuang pun berserta pembalut plastik, jadi elok lagi. Sebab itu pekerja itu memakannya,” kata teman Sudan kami.


Restoran Amwaaj terkenal dengan hidangan enak dan istimewa. Antaranya ialah daging kambing (karoof) bakar, ayam panggang, nasi beriani, daun salad Sudan, dan sup cendawan yang lazat.


Amwaaj sangat terkenal di kalangan para pegawai korporat di sekitar Khartoum, begitu juga pekerja pejabat NGO serta agensi-agensi bantuan PBB. Mereka selalu mengunjungi Amwaaj apabila meraikan pelanggan kerana makanan yang disediakan di situ lazat dan bertaraf hotel lima bintang.



Nota: Catatan travelogue di atas adalah karya Tuan Alang Bidara. Beliau mengaplikasikan teknik penceritaan dalam Surah Yusuf bagi menuliskan catatannya.



.




 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 08, 2006

Apa Ada dalam Buku Travelogue?

Apabila saudara menulis buku catatan perjalanan, setiap entri jangan lebih daripada 2 halaman bercetak. Namanya pun 'catatan' oleh itu ia perlu menarik tetapi ringkas.

Apakah bahan dan maklumat yang dicari orang dalam buku catatan perjalanan?

Orang membaca buku travelogue sebab mereka hendak tahu perkara-perkara yang tidak ada dalam buku-buku biasa berkenaan keadaan dan kehidupan orang-orang di tempat itu.

  1. Tempat-tempat yang pelik, umpamanya tempat di mana masyarakat di situ meletakkan mayat supaya dimakan oleh burung-burung pemangsa yang liar.

  2. Adat resam yang pelik, sebagai contoh adat pengantin lelaki datang dengan membawa 10 ekor lembu hidup sebagai mas kahwin isterinya, yang dianggap amat mahal kerana isterinya amat gemuk.

  3. Peristiwa-peristiwa yang lucu yang berlaku kepada seorang pengembara.

  4. Watak-watak yang menarik dan luar biasa yang dijumpai dalam pengembaraan, sebagai contoh lelaki muda yang mempunyai dua orang isteri yang terdiri daripada dua adik beradik perempuan.

  5. Amalan-amalan bisnes yang menarik, sebagai contoh, si pengembara dibenarkan tinggal percuma dengan tuan pemilik ladang anggur dengan syarat dia bekerja tanpa upah memetik anggur.

  6. Bangunan-bangunan yang luar biasa, sebagai contoh restoran yang dahulunya adalah bangunan gereja.

  7. Undang-undang luar biasa, sebagai contoh, orang yang ditangkap membuang sampah di bandar itu dihukum bekerja menjadi penyapu sampah setiap hujung minggu selama 10 minggu.

  8. Tempat-tempat yang menggerunkan, sebagai contoh, tempat di mana para pesalah menjalani hukuman pancung di khalayak ramai.

  9. Ciri-ciri luar biasa, seperti di bandar itu tidak ada sama sekali panggung wayang ataupun kedai video, ataupun supermarket menjual arak.

  10. Sukan luar biasa, sebagai contoh sukan lumba katak.

  11. Makanan luar biasa, sebagai contoh hidangan di restoran mahal yang terdiri daripada siput babi.


Banyak perkara yang menarik minat pembaca travelogue. Sayangnya orang-orang Malaysia yang belajar ataupun bekerja di luar negara tidak menyimpan catatan perkara-perkara yang menarik sebagai bahan buku travelogue.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Menulis Buku Travelogue

Buku yang bertajuk HIKAYAT PELAYARAN ABDULLAH hasil tulisan Munsyi Abdullah adalah buku travelogue, atau catatan perjalanan, yang paling penting dalam kepustakaan Melayu. Dalam buku ini Munsyi Abdullah mencatatkan perkara-perkara yang beliau lihat selama beliau pergi belayar dan mengembara ke Kelantan.
Memang mengejutkan juga bahawa dalam karya Munsyi Abdullah itu terdapat bukti beliau mempunyai intuisi yang tajam tentang cara-cara yang betul bagaimana menulis sebuah buku travelogue.

Hikayat Abdullah termasuk dalam senarai karya agung Melayu yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan Malaysia. Antara karya lain yang termasuk dalam senarai itu adalah Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu dan Hikayat Raja Pasai.

Buku travelogue tidak serupa dengan buku panduan mengembara ataupun buku panduan pelancong. Buku panduan mengembara dan buku panduan pelancong ditulis untuk pembaca yang bersedia hendak pergi ke tempat-tempat itu.

Buku travelogue menceritakan pengalaman-pengalaman dan perkara-perkara yang luar biasa yang dialami oleh sang pengembara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages