Bagi tujuan perbincangan, ini kes hipotetikal:
Sasterawan Negara Dato' A Samad Said sudah menubuhkan Wira Bukit Sdn. Bhd. yang menjadi penerbit tunggal semua karya beliau.
Pada masa ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak mahu menamatkan perjanjian penerbitan 7 buah karya SN itu supaya dengan itu WBSB dapat menerbitkannya sendiri. Tujuh karya itu adalah yang paling laku dalam rekod jualan DBP. Karya beliau yang 'tidak laku' sahaja yang dipulangkan oleh DBP. (Karya-karya yang dikatakan tidak laku itu, apabila diterbitkan semula oleh WBSB, laku pula.)
Katakanlah, SN DASS tidak puas hati, lalu membawa kesnya ke mahkamah. Apakah implikasinya?
Kita bukan peguam, tetapi kita sudah berbincang mengenai isu dokumen perjanjian penerbitan yang digunapakai di PTS sendiri.
Mengikut penasihat undang-undang PTS, semua isi kandungan dalam dokumen perjanjian penerbitan hendaklah mematuhi undang-undang kontrak. Mana-mana klausa yang tidak mematuhi undang-undang kontrak akan membatalkan seluruh isi dokumen itu.
Sebagai contoh, undang-undang kontrak tidak mengiktiraf kontrak yang mengandungi unsur-unsur tidak pasti.
Suatu contoh unsur yang tidak pasti adalah tempoh kontrak. Jikalau dokumen perjanjian penerbitan itu tidak dengan tepat menyatakan
tarikh bermula dan
tarikh tamat kontrak itu, maka secara automatis perjanjian itu batal, tidak sah.
Kepada rakan-rakan penerbit kita, sebelum terlambat, demi menjaga kepentingan bisnes sendiri, dari masa ke masa, perlu disemak semula setiap perkataan dan ayat dalam isi kandungan dokumen perjanjian yang digunapakai sekarang supaya kekal relevan dengan perubahan zaman.
Dulu-dulu, para penulis buku Melayu majoritinya bukan golongan profesional, dan bukan individu-individu yang mampu membiayai kos mahkamah. Zaman sudah berubah. Penulis-penulis hari ini bukan orang kecil lagi.
Sekarang sudah ada peguam, jurutera, doktor, akuantan, malah hakim juga, yang menulis buku. Mereka boleh berkongsi kos dengan mengambil peguam yang sama bagi mewakili mereka sebagai satu kumpulan.
Jika penerbit ditarik ke mahkamah dan kalah, kosnya amat tinggi: Penerbit mesti membayar (a) kos mahkamahnya sendiri, (b) kos mahkamah si penulis, (c) gantirugi kepada penulis.
Apabila peguam yang membuat taksiran kerugian anak guamnya... minta dijauhkan Allah sahajalah... sebab... ada persentase si peguam dalam taksiran itu!
Sejauh yang kita tahu, semua penerbit swasta milik orang Melayu (kecuali PTS), meniru bulat-bulat isi kandungan perjanjian penerbitan DBP.
Jikalau dalam kes hipotetikal SN DASS lawan DBP ini, terbukti SN DASS menang, ada kemungkinan
kesan domino berlaku ke atas penerbit-penerbit lain yang meniru perjanjian penerbitan DBP. Ia juga akan menggalakkan penulis-penulis lain menarik penerbit yang sama ke mahkamah.
Sebelum kita ditarik ke mahkamah oleh penulis-penulis kita sendiri, langkah yang sebaiknya kita ambil adalah, batalkan dokumen lama yang sudah ketinggalan zaman itu, gubal dokumen baru yang adil kepada kedua-dua belah pihak, dan pujuk para penulis kita supaya setuju menandatangni dokumen baru itu bagi menggantikan dokumen lama.
Tuhanlah yang lebih tahu.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o