Thursday, September 18, 2008

Risiko Mengundang Orang Politik Melancarkan Buku

Isi kandungan buku yang baik dan berguna tidak menjamin buku itu laku. Maka tidak hairanlah apabila banyak buku yang menang anugerah dan hadiah jarang sekali mengalami peningkatan jualan selepas kemenangan itu diisytiharkan.

Laku ataupun tidak sesebuah buku itu ditentukan oleh banyak faktor. Antara faktor-faktor itu adalah kesanggupan penerbit menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran.

Penerbit-penerbit kecil lazimnya tidak menjalankan usaha promosi dan pemasaran oleh itu mereka tidak melabur dalam pembiayaan kos promosi dan pemasaran disebabkan modal perniagaan mereka yang terbatas. Oleh itu mereka hanya berusaha menjual sahaja. Tanpa promosi yang kuat, jualan tidak dapat ditingkatkan.

Ada pula penerbit besar yang mampu membiayai kos promosi, sayangnya strategi promosi yang mereka gunakan bukan strategi berkesan. Sebagai contoh, mereka melaburkan banyak wang bagi mengadakan majlis pelancaran buku, sedangkan kajian mendapati tidak terdapat perkaitan langsung antara gaya mewah majlis pelancaran buku yang dijalankan di negara kita ini dengan peningkatan jualan buku yang dilancarkan itu.

Strategi mengundang 'orang besar politik' bagi melancarkan buku adalah strategi yang paling membazir apabila diukur dari sudut keberkesanan jualan buku. Pendek kata, orang politik bukan duta buku yang baik, meskipun orang politik itu adalah seorang perdana menteri.

Inilah yang lazimnya berlaku: Selepas majlis pelancaran, wartawan akan bertanya kepada orang besar itu soalan-soalan yang tiada kaitan langsung dengan buku yang dilancarkan. Wartawan pun tidak ambil pusing hendak menulis berkenaan buku itu ataupun pengarangnya. Jadi, orang besar itulah yang mendapat banyak 'perbatuan' dalam media massa, bukan buku itu.

Paling-paling ayat laporan akhbar itu berbunyi lebih kurang begini, "Tan Sri Si Fulan membuat kenyataan itu dalam majlis pelancaran buku "anu-anu" yang diadakan kelmarin....." Selebihnya, yang dilaporkan dalam media adalah cerita Tan Sri Si Fulan itu dan kementerian yang di bawah jagaanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 15, 2008

Ada 600 Buah Penerbit Buku tetapi Mengapa Tidak Banyak Buku dalam Kedai Buku

Jumlah penerbit buku yang berdaftar dengan kementerian kewangan adalah lebih 600 buah.

Jumlah 600 adalah jumlah yang amat besar bagi sebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Dengan jumlah penerbit yang begitu banyak, sepatutnya industri perbukuan negara ini meriah, aktif dan besar juga. 

Jikalau setiap penerbit menerbitkan 2 judul sebulan, bermakna 1,200 judul baru terbit setip bulan, menjadikan jumlahnya 24,000 ribu judul setahun. Dengan jumlah judul baru sebanyak itu maka tentulah kedai-kedai buku akan santak dengan buku-buku baru setiap bulan. Namun keadaan tidak begitu.

Majoriti syarikat penerbit buku tidak menjual buku-buku mereka melalui kedai-kedai buku, sebaliknya buku-buku mereka dijual secara langsung, terutamanya ke sekolah-sekolah.

Di negara kita ini, kalau saudara seorang guru pusat sumber sekolah rendah, saudara tentu pernah didatangi oleh wakil penjual buku-buku pengkayaan untuk bacaan murid.

Wakil-wakil penjual itu datang ke sekolah dengan membawa buku-buku yang dijual secara berset-set. Tiap-tiap set itu harganya tidak masuk akal apabila dibandingkan dengan harga buku yang sama tebalnya yang dapat dibeli di kedai-kedai buku. Inilah sebabnya buku-buku pengkayaan yang dijual terus ke sekolah-sekolah tidak dapat dibeli di kedai-kedai buku.

Tidak ada kedai buku yang mahu mempamerkan set-set itu disebabkan tidak akan ada ibu bapa yang mahu membeli buku mutu rendah itu pada harga yang tidak masuk akal.

Sebagai contoh satu set buku cerita-cerita rakyat yang terdiri daripada 10 buku cerita setebal 48 halaman, untuk bacaan pelajar tahun 3 dan 4,  dijual dengan harga RM220. Kualiti bahasa dan ilustrasi buku-buku itu pula amat rendah. Pada harga pasaran, nilai set itu adalah sekitar RM60 sahaja. Itupun sudah mahal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 08, 2008

Siapa Beli Buku, Siapa Baca Buku

Salah satu tugas editor buku adalah menerangkan kepada designer kulit buku (i) siapa yang akan membeli buku itu dan (ii) siapa yang akan membacanya.

Orang yang membeli buku tidak semestinya dia yang akan membaca buku itu.

Sesetengah buku dibeli oleh si ibu untuk dibaca oleh anak-anaknya.

Sesetengah buku dibeli oleh lelaki untuk dihadiahkan kepada perempuan dan sebaliknya.

Buku-buku bacaan tambahan untuk perpustakaan sekolah rendah dibeli oleh guru tetapi dibaca oleh murid-murid. Bagi buku-buku yang akan dibeli oleh guru, kulit buku itu mestilah menarik di mata guru, sebab guru yang membelinya. Isu murid suka cover itu ataupun tidak bukan perkara yang dipentingkan.

Dari sudut mata orang bisnes totok, bagi buku yang ditargetkan kepada guru kalau murid tidak berapa suka dengan wajah kulit itu, isu itu kurang penting. Yang penting guru beli buku itu. Isu murid mahu membacanya ataupun tidak, itu tidak penting. Itu sebab di pusat sumber sekolah, banyak buku yang dibeli oleh guru tidak digemari oleh murid-murid.

Namun, bagi PTS yang berjuang memandaikan bangsa, cover, layout dan wajah dalaman buku mesti menarik, baik pada mata pembeli mahupun pada mata pembaca. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 24, 2008

Bagaimana Meramalkan Jumlah Pembeli Buku

Seorang pegawai sebuah koperasi menghantar manuskrip bukunya yang bertajuk “Undang-undang Koperasi di Malaysia” dan dengan bersungguh-sungguh cuba meyakinkan penerbit supaya mahu menerbitkan bukunya.

“Buku seperti ini belum ada dalam pasaran,” katanya. “Di negara kita ada lebih 100 ribu anggota koperasi. Buku ini berguna kepada mereka. Kalau 10% sahaja yang membeli buku ini, sudah 10 ribu laku dijual.”

Begitulah jalan fikiran kebanyakan penulis baru.

Logik 1% ataupun 10% tidak boleh digunakan dalam dunia bisnes. Ahli-ahli koperasi tidak masuk kedai buku. Habis cerita.

Bukan hanya penulis baru yang cenderung membuat kesilapan apabila cuba meramalkan jumlah pembeli buku mereka. Sesiapa sahaja yang belum pernah berniaga kerap melakukan kesilapan logik 1% dan 10%.

“Di Malaysia ada 1 juta lelaki botak. Kalau 1% sahaja yang membeli ubat botak, kita sudah kaya!” kata seorang pembuat ubat botak yang diciptanya sendiri menggunakan bahan-bahan tradisional. “Ubat botak ramuan tradisional belum ada dalam pasaran,” katanya lagi.

Logik “kalau sesuatu produk itu tidak ada dalam pasaran, maka produk itu tentu laku dijual” adalah logik orang yang belum pernah berniaga.

Realitinya adalah: Banyak produk tidak ada dalam pasaran sebab produk seumpama itu memang sukar dijual!

Di manakah pula kesilapan logik 1% dan 10% itu?

Silapnya adalah, statistik itu bukan diperoleh daripada sebarang kajian pasaran, sebaliknya ia datang daripada angan-angan semata-mata.

Jika saudara hendak menulis buku, jangan tulis buku berdasarkan pertimbangan buku seperti itu tidak ada dalam pasaran.

Kedua, jangan tulis buku disebabkan isi kandungan buku itu perlu dibaca oleh banyak orang. Majoriti orang yang memerlukan buku saudara itu tidak masuk kedai buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 28, 2008

Tip Survival Penerbit: Buku Hanya Habis di Setor Tetapi Masih Banyak Di Kedai

Apabila sesebuah judul sudah habis di dalam setor saudara, ada kalanya ia patut segera diulangcetak, seperti kes buku Prof. Muhd. Kamil Ibrahim, Dato' Dr. Haron Din dan Dato' Seri Hadi Hj. Awang. Buku mereka diulangcetak serta-merta.

Buku yang boleh diulangcetak serta-merta adalah buku yang jualannya meletup-letup sebaik-baik ia terbit.

Ada kalanya, buku itu sudah habis langsung dalam setor saudara, tetapi lebih baik jangan segera diulangcetak. Buku jenis ini adalah buku yang jualannya tidak meletup-letup sebaik-baik ia terbit. Jualannya bergerak normal, mungkin 6 bulan baru habis stoknya di dalam setor.

Walaupun buku itu tidak ada lagi dalam setor, itu bukan bermakna semua buku itu sudah habis terjual. Cuba periksa dahulu apakah masih ada stoknya di dalam kedai-kedai.

Jika buku itu masih ada dalam kedai buku, jangan diulangcetak lagi, apatah lagi jika mahu diulangcetak dengan cover baru.

Jika buku itu masih ada di dalam kedai-kedai buku, apa yang akan berlaku, nanti kedai akan memulangkan semua stok yang ada di tangan mereka, atas alasan cover buku itu cover lama!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 08, 2008

Minimum 150 Judul Habis Stok dalam Setor PTS

Sudah lama Sifu tidak duduk makan dengan En. Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS. Bulan lalu barulah Sifu mendapat peluang itu. Ikut makan bersama kami adalah En. Zain Nassri, timbalan kepada En. Zaharin.

"Pada bila-bila masa, sekurang-kurangnya 150 judul PTS sudah habis langsung dalam setor kita," kata En. Zain Nassri. 

"Saya mahu 100 judul diulangcetak segera," kata En. Zaharin. "Tetapi jabatan editorial takkan setuju sebab mereka mempunyai judul-judul baru yang perlu dicetak. Alasan mereka, kalau bajet sudah digunakan untuk buku ulangcetak, habislah bajet untuk mencetak buku baru." 

Chairman PTS faham mengapa setiap kali diadakan mesyuarat penyelerasan antara jabatan-jabatan, isu belanjawan percetakan menjadi isu hangat antara jabatan kewangan, jabatan jualan dan jabatan editorial.

Jabatan editorial mahukan lebih banyak bajet bagi mencetak judul-judul baru kerana prestasi setiap editor diukur menggunakan berapa judul baru yang mereka terbitkan setiap bulan. Jabatan jualan dan khidmat pelanggan pula mahu mencetak semula buku-buku yang sudah habis dalam setor. 

Sepanjang masa, sejak bertahun-tahun, masalah PTS adalah masalah buku-buku terbitannya terlampau laku.

Stok 2 buku ini habis dalam setor PTS dalam masa kurang 2 minggu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 01, 2008

Apa Itu “Standing Order”

Apabila buku saudara terbit, automatis para petugas di setor PTS akan mengasingkan 900 naskhah untuk dihantar kepada para pengedar dan kedai-kedai buku yang mempunyai akaun bisnes dengan PTS. Ini dilakukan tanpa menunggu mereka membuat pesanan kerana sudah ada "standing order" daripada mereka.

Setiap pengedar dan kedai buku itu menentukan jumlah naskhah standing-order masing-masing. Ada yang memesan 10 naskhah bagi setiap judul baru. Ada yang memesan 100 naskhah.

Pegawai-pegawai di jabatan sales PTS bekerja keras memujuk para pengedar dan kedai buku supaya mahu menambah jumlah standing-order mereka. Ada kalanya berjaya, ada kalanya tidak.

Mereka tidak mahu menaikkan jumlah standing-order sebab buku-buku itu memakan ruang. Ruang adalah wang kerana ruang itu disewa. Menaikkan standing-order bermakna hutang mereka kepada penerbit naik. 

Standing-order itu adalah salah satu faktor yang menyebabkan setiap buku yang baru terbit tentu masuk ke dalam senarai "Buku Terlaris" dalam web pts.com.my.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, February 20, 2008

Penulis Menjadi Penyanyi Lagu Tema Projek Fonovela PTS-METADOME-HOTLINK

Dalam Fasa I, buku-buku mobile projek PTS-METADOME-HOTLINK ditargetkan kepada pasaran remaja.

Sifu menerima pertanyaan daripada seorang penulis novel remaja PTS yang kebetulan mempunyai bakat menyanyi dan mencipta lagu. Beliau bertanya apakah ada peluang beliau mencipta senikata lagu tema, mencipta lagunya, dan sekaligus menyanyikan lagu tema novelnya nanti.

Idea memasarkan fonovela berserta pelbagai produk residualnya sedang aktif difikirkan dan sudah pasti akan dilaksanakan kerana ia adalah peluang bisnes yang baik.

Banyak isu-isu bisnes yang perlu dibuat keputusannya berkenaan projek lagu tema ini:

(i) Isu siapakah yang lebih berbakat bagi menciptakan senikata lagu tema itu.

Apakah pengarang novel itu sendiri ataupun pencipta senikata lagu profesional yang mempunyai banyak pengalaman menghasilkan senikata lagu yang ngetop, seperti Habsah Hassan. 

(ii) Isu kos merakamkan lagu tema itu yang mahal.

Banyak faktor akan diambil kira bagi memastikan projek lagu tema itu menghasilkan jualan yang tinggi.

(iii) Isu siapakah penyanyi yang sesuai menyanyikan lagu tema itu.

Bagi mengurangkan risiko kerugian, isu mendapatkan penyanyi yang sudah sedia popular dan mempunyai banyak peminat di kalangan remaja akan menjadi isu amat penting. 

(iv) Isu kontrak penyanyi popular itu dengan syarikat rakaman juga mempunyai implikasi. 

Banyak lagi faktor lain yang kita tidak tahu, kerana kita bukan pakar bisnes muzik. Semua itu akan difikirkan oleh pihak yang bakal menanggung kos modal dan kos risiko bisnesnya. Ia adalah pelaburan, dan sebagaimana dengan apa juga pelaburan bisnes, faktor keuntungan dan kerugian akan menentukan semua keputusan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 23, 2008

Cara Mengekspot Lesen Buku ke Jakarta

Sampai saat ini masih kedengaran keluh-kesah penulis bercakap tentang sukarnya mengekspot buku-buku Malaysia ke Indonesia. Inilah cara yang mudah, yang terbukti sudah dapat dilakukan oleh PTS.

Langkah 1: Pergi ke pesta-pesta buku di Jakarta ataupun Bandung. Perkenalkan diri saudara kepada penerbit yang mengambil bahagian. Minta supaya saudara diperkenalkan dengan orang penting penerbit itu. Jangan berurusan dengan pegawai-pegawai yang bertugas dalam booth sahaja. 

Langkah 2: Bawa sample buku-buku yang saudara mahu lesenkan itu dan berikan secara percuma kepada penerbit yang saudara sudah kenalpasti. Bawa katalog terbaru saudara. Katalog amat penting dibawa. 

Langkah 3: Pilih buku penerbit itu yang saudara mahu melesen bagi diterbitkan di Malaysia. Ini amat penting. Namanya 'barter trading'. Jangan fikir kita sahaja mahu untung!  Mereka pun mahu supaya kita melesen buku-buku mereka.

Langkah 4: Jangan buat keputusan muktamad di situ-situ juga berkenaan isu-isu duitnya. Balik ke Malaysia dahulu, dan fikirkan masak-masak. Selepas itu baru hubungi semula penerbit itu dan maklumkan cadangan muktamad saudara kepadanya.

Nota: Jangan buat yang tidak baik di sana. Dunia ini amat kecil! 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Mahu Terbitkan Buku Direktori

Assalamualaikum.

Nama saya Ku Muhamad Fadlee dari syarikat penerbitan Smart Guide Publications Sdn Bhd. Syarikat ini adalah Bumiputera dan baru ditubuhkan. Fokus penerbitan syarikat saya adalah bercorak buku direktori.

Buku pertama yang akan dikeluarkan adalah 'Panduan Perkhidmatan Pengangkutan Awam, Kuala Lumpur & Lembah Klang'. Buku ini adalah yang pertama di Malaysia.Syarikat saya mempunyai beberapa projek buku dalam masa terdekat ini. Oleh itu, syarikat saya bukan menerbitkan buku ilmiah dan bukanlah saingan kepada syarikat Puan. Peruncitan buku dan target pasaran juga ada banyak perbezaan.

Tujuan saya menaip emel ini adalah untuk mendapatkan nasihat berhubung rekod dan pengedar sama ada di Kuala Lumpur dan luar kawasan dan kawalan kredit terhadap mereka. Seperti sedia maklum, jualan buku membabitkan jualan kredit. Oleh itu, menggunakan pengedar adalah langkah paling mudah untuk memasarkan ke seluruh Malaysia. Saya tertarik dengan artikel Puan Ainon 'Hanya penerbit sahaja yang tahu prestasi pengedar-pengedar'.

Dengan bantuan maklumat Puan secara tidak langsung, sekurang-kurangnya Puan Ainon dapat melihat ada juga orang melayu yang berani membabitkan diri dalam corak penerbitan buku direktori. Mungkin hanya sebuah syarikat melayu yang terbabit dengan corak penerbitan buku direktori.

Saya amat menghargai jika Puan Ainon sudi membalas emel saya. Jika perkara di atas hanya boleh dijelaskan dengan lisan, saya sudi membuat temujanji dan datang ke pejabat Puan Ainon. Sekian, terima kasih. Wassalam.

Ku Muhamad Fadlee

...................

Respon Sifu:

(1) Masalah yang saudara hadapi bukan mencari pengedar yang dapat dipercayai. Buka sahaja web PTS, di situ ada alamat semua pengedar PTS. 

(2) Masalah saudara adalah bagaimana hendak mengutip hutang daripada pengedar.

(3) Masalah saudara yang lebih besar adalah bagaimana hendak mengutip hutang daripada syarikat-syarikat yang saudara iklankan dalam direktori saudara.

Sifu nasihatkan, sudahkah saudara berjumpa dan dapatkan nasihat mereka yang pernah menerbitkan buku direktori. Tanya apa sudah jadi dengan nasib buku mereka. Jika belum, jangan masuk penerbitan buku direktori.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila Pegawai Merchandising Melayu Ditukar

Jika saudara hendak membuka kedai buku, salah satu kemahiran yang amat kritikal peranannya adalah kemahiran merchandising.

Dalam apa juga bisnes peruncitan, daripada kedai kecil sehinggalah kepada mini-market dan hipermarket, orang yang menguruskan kedai itu mesti tahu memilih jenis-jenis merchandise yang diperlukan oleh pembeli.

Kemahiran merchandising buku ada kaitannya dengan ras. Kedai buku yang pengurusnya Melayu lebih memahami buku-buku jenis apa yang dapat dijual kepada orang Melayu. 

Buku-buku PTS dijual di rangkaian kedai-kedai buku utama. Apabila eksekutif merchandising bangsa Melayu dipindahkan, dan tempatnya diambil oleh bukan Melayu, pastilah pesanan buku-buku PTS jatuh merudum di outlet berkenaan. 

Situasi itu akan berlaku selama beberapa bulan sementara eksekutif merchandising bukan Melayu itu perlahan-lahan belajar memahami jenis-jenis buku yang dicari oleh pembeli Melayu. 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 14, 2008

Senarai Lengkap Pembelian PNM 2007 dari PTS.

UNIKA mengucapkan syukur kepada Tuhan yang maha kaya kerana dengan izin dan limpahan rahmatnya buku-buku berikut telah dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi pembelian 2007.

Pembelian PNM Fasa 1    
1. Bagai Sejuta
2. Cara Mudah Dapat Pinjaman Bisnes
3. Dalam Kehadiran Sofiah
4. Dari Kepala Batas Ke New Haven
5. Haura Harry
6. Hore, Kita Menang!
7. Ibu, Benarkah Tuhan Itu Ada?
8. Kemahiran Menulis
9. Matahara
10. Menjadi Ibu Bapa Genius: Petua Luqman Al-Hakim
11. Menjadi Remaja Smart Studi: Kemahiran Belajar
12. Menjadi Survivor Dalam Dunia Penuh Cabaran
13. Menuju Puncak Kecemerlangan: Tip-tip Sukses Dari A ke Z
14. Perang Sangkil
15. Rahsia Minda Jutawan
16. Salahuddin Ayubi: Penakluk Jerusalem
17. Setelah Roboh Kota Melaka
    
Pembelian PNM Fasa 2    
1. Islam For Kid : 20 Sifat Allah
2. Islam For Kids: Allah Paling Hebat
3. Islam For Kids: Asmaul Husna
4. Buat Duit Dari Rumah
5. Budak Psikik
6. Cemerlang & Menang Cara Bolasepak: Strategi Berpasukan untuk Berjaya
7. Cerita Antara Kita
8. Daripada Baik Kepada Hebat: 30 Cara Berfikir untuk Menjadi Eksekutif Cemerlang
9. Hikayat Abdullah
10. Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah
11. Islam For Kids: Hikmah Waktu
12. Ikramah: Penentang Jadi Pembela
13. Islam For Kids: Islam Paling Asyik
14. Islam For Kids: Kata Allah Dalam al-Quran
15. Kerjaya Sebagai Perancang Kewangan Peribadi
16. Khalid Memburu Syahid
17. Lukisan Hati: Bila Hati Berbunga
18. Islam For Kids: Mari Belajar Haji
19. Islam For Kids: Pesan Nabi Dalam Hadis
20. QQ Membentuk Kecerdasan Daripada Quran
21. Siri Mula Bisnes: Kraftangan
22. Soal Jawab Cinta Sayang
23. Islam For Kids: Solat-solat Sunat
24. Tariq:  Menang atau pun Syahid
25. Islam For Kids: Ucapan Penghuni Syurga
26. Yakin Diri: 9 Jalan Cerdas Emosi dan Cerdas Spiritual
    
Pembelian PNM Terus dari Penulis    
1. Penyiasat Ekstrovert: Misteri Villa Penn
2. Persembahan Hebat Power Point
3. Oren
4. Pendidikan Selepas SPM
5. Nomik Azam Farid
6. 7000 Mutiara Kata
7. Kamus Peribahasa Melayu Inggeris
8. Panduan Mencari Maklumat
9. Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik
10. Bagaimana Mengurus Harta Pusaka
11. Didik Anak Urus Wang
12. Teknik Melukis Komik & Kartun
13. Motivasi Alihan Pelajar
14. Tukang Gunting Jutawan
15. Penyiasat Ekstrovert: Serangan Amfish
16. Sekolah Kampung
17. Seindah Senyuman
18. Quran Saintifik
19. Berubah Untuk Kaya

20. Hamas

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 06, 2008

Ekspot Lesen Hakcipta: Penerbit dan Penulis Jangan Fikir Pasaran Lokal Sahaja

Malaysia adalah sebuah negara yang kecil, dengan jumlah penggemar buku yang kecil. Industri buku kita tidak dapat menjadi penerbit besar jikalau hanya mengharapkan pasaran lokal. Justeru para penerbit kita mesti mengekspot lesen hakcipta buku-buku terbitan tempatan.

Bagi mengekspot lesen hakcipta buku-buku Malaysia, ini bukan kerja penerbit sahaja. Pertama-tama penulis-penulis tempatan mesti menghasilkan karya yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai diekspot.

Buku-buku yang tema dan contoh-contoh di dalamnya terlalu lokal tidak sesuai diekspot.

Ambil contoh Abd Latip Talib, penulis novel-novel sejarahnya Si Bongkok Tanjung Puteri dan Setelah Roboh Kota Melaka.  Dua buah novel ini amat lokal sifatnya, oleh itu tidak dapat diekspot ke Indonesia, Jepun, Iran dan lain-lain negara.

Tetapi beliau juga menghasilkan novel-novel siri Pahlawan Islam, iaitu "Salahuddin", "Tariq", "Khalid" dan "Iqramah". Semua 4 buah novel ini sudah dilesen oleh Jakarta bagi pasaran Indonesia. Akan terbit adalah novel "Sulatan Muhammad al-Fateh dan "Jatuhnya Kota Baghdad" yang juga mempunyai dayatarik bagi pasaran Dunia Islam.

Justeru, jangan hanya menghasilkan buku-buku yang temanya terlalu lokal. Ikut contoh Abd Latip Talib yang menghasilkan novel-novel sejarah bertemakan sejarah lokal, dan juga sejarah antarabangsa. 

Apabila saudara duduk menghadap skrin komputer, wajah siapakah yang saudara bayangkan akan membaca buku saudara? Majoriti penulis Melayu menulis untuk bacaan orang Melayu di negara ini.

Begitu juga dengan penerbit Melayu. Majoriti penerbit Melayu nampak pasaran Melayu lokal sahaja. Sikap miopik begini menghasilkan buku-buku yang tidak dapat diekspot. 

Banyak tema dapat menjadikan buku itu berpotensi diekspot, tetapi kemudian contoh-contoh yang diberikan dalam buku-buku itu terlalu lokal sehingga isi kandungan buku itu tidak relevan dengan keperluan pembaca dalam wilayah pasaran yang lebih luas. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 06, 2007

Kerjasama PTS dan Radio IKIM

Radio IKIM (frekuensi 91.5 di Lembah Klang) mempunyai program bertajuk "DUNIAKU BUKU". Penerbit rancangan itu adalah Ustaz Zamri Zainal Abidin. Ia ke udara setiap hari Khamis 9.00 - 10.00 malam.

Tujuan rancangan "DUNIAKU BUKU" adalah membantu usaha kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia supaya menjadikan aktviti membaca buku sebagai budaya. 

Pihak PTS akan "membekalkan" penulis-penulis dan buku-buku yang berkualiti tinggi kepada Radio IKIM, supaya hasrat penerbit rancangan itu tercapai.

Pada Khamis 6hb Disember 2007 (hari ini), jam 9.00 malam, Prof. Dr. Mohd. Kamil Ibrahim akan ke udara bercakap tentang buku beliau "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman". 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 03, 2007

Strategi Bisnes: Penulis Duta Brand

Chairman PTS sedang berfikir....

Para penulis dapat berfungsi menjadi duta brand kepada penerbitnya. Itulah sebabnya semua penerbit mengidam-idamkan nama-nama besar sudi menerbitkan karyanya dengan mereka.

Itulah juga sebabnya penerbit mahu supaya banyak penulisnya menang anugerah dan hadiah itu-ini. Apabila penulis yang diharap akan menang tetapi tidak menang, maka sedihlah si penerbit. Anugerah dan hadiah berfungsi membesarkan nama-nama pengarang yang memenanginya. Majlis penyampaian anugerah dan hadiah itu pula mempunyai nilai media.

Lebih banyak nama besar yang karyanya diterbitkan oleh sesebuah penerbit, lebih banyak duta brand yang dimiliki oleh penerbit itu. 

Duta brand adalah pengarang yang dapat membuatkan imej penerbitnya bertambah cantik di mata masyarakat. Semakin banyak duta yang dimiliki oleh sesebuah penerbit, semakin wangi pula nama penerbit itu. 

Pengarang premium seperti ini amat berharga. Namanya besar, dan dia membesarkan nama penerbitnya. Dia juga membesarkan nama penulis-penulis lain dengan penerbit yang sama.

Apabila nama penerbit itu terkenal, cantik dan wangi, lebih banyak pengarang mahu menerbitkan karya mereka dengan penerbit itu.

Penulis-penulis lain dengan penerbit yang sama pun mendapat manfaat kerana orang ramai mempunyai persepsi positif bahawa sesiapa sahaja yang karyanya diterbitkan oleh penerbit itu tentulah juga nama besar. Dengan demikian kredibiliti semua penulis yang bernaung di bawah nama penerbit itu meningkat setakuk lebih tinggi.

Justeru pengarang yang bertaraf duta adalah pengarang yang dapat memperkenalkan brand penerbitnya ke mana-mana mereka pergi. Sebut sahaja nama "Pengarang X", orang pasti akan ingat  pada nama "Penerbit X".

Pengarang seperti inilah yang menjadi idaman penerbit, yang menjadi penulis emas yang akan ditatang oleh penerbitnya bagai menatang minyak yang penuh. Kerana dia umpama pohon yang besar, semua pihak mendapat manfaat daripada kehadirannya dalam rumah penerbitan itu.

Sebagai pengarang, jangan menggunakan lebih daripada 1 nama pena, sebab dengan menggunakan lebih daripada 1 nama pena hal itu tidak membantu membesarkan nama saudara sehingga proses menjadikan nama saudara suatu brand lebih sukar. 

Ini juga bermakna, sesebuah penerbit jangan sampai kehilangan pengarangnya. Pengarang yang sekarang "nama kecil" pun jangan sampai hilang kepada penerbit lain, kerana pada hari ini dia mungkin "nama kecil" tetapi besok lusa dia mungkin menjadi "nama besar" dan statusnya naik menjadi pengarang duta brand penerbit.

Nama-nama besar tidak semestinya berfungsi sebagai duta brand penerbitnya. Ada pengarang yang namanya sangat besar sehingga namanya sudah menjadi brand. Sebut nama "Pengarang Y", orang tahu judul karyanya yang besar-besar. Tetapi orang tidak mengaitkan nama "Pengarang Y" itu dengan mana-mana nama penerbit. 

Akibatnya, nama pengarang itu sahaja yang besar, manakala pihak-pihak lain tidak berpeluang menikmati manfaat daripada namanya yang besar itu. Bak kata orang Johor, orang lain tidak dapat tumpang tui....

Nota: Foto dari blog Firdaus Ariff dan blog Ahmad Fadzli Yusof

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 02, 2007

Bagaimana Buku Seharusnya Dipromosi

Banyak penulis tidak puas hati dengan cara bagaimana penerbit mereka mempromosi, ataupun tidak mempromosi, karya mereka.

Pada teorinya penerbit bertanggungjawab mempromosi buku-buku yang diterbitkannya. Tetapi itu hanya pada teorinya sahaja. 

Pertama-tama, penulis jangan mengharapkan penerbit sahaja mempromosi buku saudara. Penerbit yang besar mempunyai beribu-ribu judul, maka ia takkan berdaya mempromosi setiap buku yang diterbitkannya. 

Disebabkan penerbit tidak berdaya mempromosi setiap judul, maka penerbit mempunyai suatu set kriteria apabila hendak memilih buku mana, dan pengarang mana, yang hendak dipromosi. Antara kriteria itu adalah:

(1) Jualan buku itu berpotensi besar.

(2) Pengarang buku itu mempunyai personaliti yang mudah disukai ramai dan sangat kredible.

(3) Kandungan buku itu mempunyai ciri-ciri yang dapat memikat perhatian ramai.

(4) Pengarang buku itu mempunyai aspek peribadi yang dicari oleh wartawan dan media. 

Jika saudara baru memulakan bisnes penerbitan, ada beberapa tip yang dapat kita kongsi bersama berkenaan cara bagaimana buku dipromosi:

(1) Dapatkan orang supaya mengulas, memuji, malah mengkritik, buku terbitan saudara dalam mana-mana akhbar dan majalah. 

(2) Dapatkan wartawan supaya menulis artikel, ataupun "feature" tentang profail pengarang saudara sekaligus dengan bukunya.

(3) Dapatkan peluang supaya pengarang saudara menjadi tetamu dalam siaran televisyen dan radio. 

(4) Dapatkan bloggers supaya menulis tentang buku terbitan saudara. 

(5) Anjurkan majlis penulis bertemu peminat.

(6) Anjurkan majlis di mana penulis saudara menyampaikan ceramah berkenaan karya mereka.

(7) Anjurkan majlis diskusi buku. 

Nota: Majlis pelancaran buku yang besar-besaran tidak menjamin jualan buku dapat membayar kos mengadakan majlis itu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 01, 2007

5.8 juta Judul Buku Impot Masuk Negara Ini

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri meluluskan kemasukan sebanyak 5.8 juta tajuk penerbitan dan 121.9 juta naskah buku sehingga Oktober tahun ini.

Timbalan Menterinya Datuk Fu Ah Kiow berkata berdasarkan jumlah itu industri buku dan penerbitan di negara ini adalah pada tahap yang sangat menggalakkan dan bersesuaian dengan usaha untuk mempertingkatkan budaya cintakan ilmu.

"Kementerian tidak mengkategorikan syarikat pengimport buku dalam kategori Bumiputera atau sebaliknya tetapi lebih kurang 15 syarikat Bumiputera yang terlibat dalam mengimport buku-buku antarabangsa," katanya.

Baca lagi di sini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 29, 2007

PTS Dikatakan Tidak Memperjuangkan Sastera

Kita sudah beberapa kali mendengar desas-desus di kalangan orang-orang sastera, baik daripada kalangan aliran mainstream mahupun yang underground, bahawa mereka tidak seronok dengan dasar penerbitan PTS yang semacam tidak benar-benar memperjuangkan perkembangan sastera Melayu. Itulah sebabnya mereka tidak berminat memilih PTS sebagai penerbit karya mereka.

Dikatakan oleh mereka bahawa dasar editorial yang diamalkan oleh PTS terlalu menyekat kebebasan kreatif, dan menurut mereka inilah yang menyebabkan nama-nama besar tidak berminat menghantar karya mereka kepada PTS kerana nama-nama besar tidak rela karya mereka diedit, kecuali setakat membetulkan ejaan yang salah sahaja.

Buku-buku terbitan PTS juga dikatakan tidak bertaraf sastera akibat terlalu mementingkan keuntungan semata-mata. 

Inilah respons kita:

Karya sastera yang memperjuangkan "sastera-untuk-sastera" sudah mempunyai penerbitnya sendiri, yakni DBP. Adalah tugas dan tanggungjawab DBP menerbitkan karya sastera yang berat-berat, yang sukar dijual dalam kedai-kedai buku komersial.

Menerbitkan buku-buku kreatif dengan matlamat semata-mata "demi mengembangkan sastera Melayu" bukan objektif PTS. Bagi PTS, aktiviti penerbitan buku-buku kreatif hanyalah salah satu strategi kerja, alat dan media yang digunakan oleh PTS bagi menyampaikan mesej memandaikan bangsa.

PTS adalah sebuah syarikat penerbitan komersial yang 1 sen pun tidak menerima bantuan daripada mana-mana tabung kerajaan, yang hidup dengan jalan menerbitkan buku-buku yang dapat memandaikan bangsa serta laku dijual dalam kedai-kedai buku.

Pegawai-pegawai PTS bekerja keras bagi membayar gaji mereka sendiri, serta membayar hutang-hutang perniagaan PTS, dengan menerbitkan buku-buku yang baik isi kandungannya, serta laku pula dalam pasaran. Itulah sebabnya PTS melakukan kajian pasaran sebelum menerbitkan sesuatu kategori buku.

Tentang dasar editorial PTS yang mementingkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dan ciri-ciri syariah-compliant dalam buku-buku kreatif terbitannya, kita yakin 2 dasar ini adalah dasar yang bukan hanya bagus bagi survival PTS, malah ia bagus bagi perkembangan sastera Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(13) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 24, 2007

Idea untuk Kempen Membaca

Kempen membaca adalah amat penting. Ia perlu diwar-warkan sepanjang masa, bukan hanya sepanjang kempen "Bulan Membaca".

Dari sudut industri buku, fungsi kempen membaca adalah mencipta permintaan bagi bahan-bahan bacaan seperti buku, majalah dan akhbar. Tanpa adanya permintaan, orang bisnes takkan melabur dalam penerbitan.

Salah satu kempen yang dapat dijalankan adalah majalah dan akhbar menyiarkan gambar-gambar perpustakaan peribadi tokoh-tokoh yang berpengaruh. 

Bagi mempengaruhi orang muda membaca, siarkan gambar perpustakaan milik peribadi artis-artis muda. Bagi mempengaruhi perempuan membaca, siarkan gambar perpustakaan artis wanita dewasa. Sharifah Aini dan M. Nasir mempunyai perpustakaan peribadi. 

TV boleh menyiarkan klip-klip gambar orang membaca di tempat-tempat awam. Program "AC DI SINI" boleh menyiarkan klip seperti itu dan AC sendiri memberi hadiah buku kepada si pembaca. Buku dapat disponsor oleh PTS! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 23, 2007

Jual Buku Melalui Gerai Majalah Mamak

Di sekitar Kuala Lumpur sahaja terdapat lebih 7000 gerai Mamak yang menjual surat khabar, majalah, komik, novel-novel separuh-lucah, rokok dan gula-gula.

Jika saudara baru menceburi bidang penerbitan buku, adakah saudara akan cuba menjual buku-buku saudara melalui kedai-kedai Mamak itu?

Bukan semua jenis buku dapat dijual di gerai-gerai Mamak. Hanya bahan-bahan bacaan murah seperti surat khabar dan majalah hiburan dan yang seperti itu sahaja dapat dijual. 

Kedai-kedai Mamak itu terletak di tempat di mana banyak orang berjalan kaki lalu-lalang di depan gerainya, ataupun di stesen-stesen kenderaan awam, seperti stesen bas dan LRT.

Buku-buku yang berkualiti adalah mahal  harganya. Orang yang mampu membeli buku-buku mahal tidak berjalan kaki ataupun menaiki kenderaan awam. Justeru pembeli buku-buku mahal tidak lalu-lalang di depan kedai-kedai Mamak.

Pembeli buku memandu kereta peribadi. Mereka memerlukan kemudahan tempat meletakkan kereta. Itulah sebabnya kedai-kedai buku terletak di tempat-tempat yang menyediakan kemudahan parking kereta, seperti dalam mall-mall.

Justeru, jika saudara hendak memasarkan buku saudara melalui outlet kedai Mamak, terbitkanlah buku-buku yang dibeli oleh mereka yang berjalan kaki dan lalu-lalang di depan kedai-kedai Mamak itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 19, 2007

Mengapa PNM Mahu Beli Terus daripada Penulis

Pada tahun 2007 ini, buat pertama kali Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) membuat pesanan terus daripada penulis bagi mendapatkan bekalan buku-buku penulis untuk projek pembelian 2007.

Menurut gosip-gosip yang kita dengar, perubahan ini dilakukan kerana PNM mahu membantu pengarang, yakni supaya pengarang dapat menikmati sedikit keuntungan daripada pembelian secara langsung itu. 

Dari satu sudut, hasrat PNM itu benar-benar membuktikan keprihatinan PNM terhadap nasib penulis yang selalu menjadi mangsa putar-belit penerbit yang etika bisnesya buruk. Ia juga membuktikan bahawa pentadbiran PNM lebih jujur daripada sesetangah jabatan lain yang terlibat dengan pembelian buku.

Jelaslah bahawa cara kerja PNM adalah mesra-penulis, bukan mesra-kontraktor.  

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Foto Program Penulis PTS di MPH

Bagi membaca laporan dan melihat lebih banyak foto klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 17, 2007

PTS akan Masuk Pasaran Buku Cerita Hantu dan Misteri

Di negara-negara Asia, pasaran produk-produk yang berkaitan dengan dunia misteri dan hantu-mantu adalah besar. Pakar ilmu-ilmu ghaib sentiasa menjadi permintaan ramai. Filem-filem dan buku-buku cerita hantu sentiasa laku keras.

PTS akan memasuki pasaran ini dengan menerbitkan buku-buku cerita yang ditargetkan kepada pembaca muda. Walau bagaimanapun, matlamat buku-buku terbitan PTS adalah bagi menerangkan duduk perkara yang sebenar berkenaan perkara-perkara seperti perbuatan syirik dan khurafat.

Justeru agenda tersembunyi di sebalik cerita-cerita itu adalah pendidikan tauhid supaya kanak-kanak daripada awal lagi sudah memahami konsep-konsep penting seperti syirik dan khurafat.

Disebabkan target buku-buku cerita hantu PTS adalah remaja, maka cerita-cerita itu akan memiliki ciri-ciri cerita yang digemari remaja.

Kita mengajak saudara datang ke bengkel cerita hantu PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 16, 2007

Buku Ini Dipilih PNM

Hmm... memang sudah tuah badan!

Buku ini adalah antara buku-buku motivasi PTS yang laku keras dalam pasaran terbuka.

Sekarang PNM menempah 1039 naskhah pula, terus daripada pengarang. Namun disebabkan pengarang sudah menandatangani perjanjian dengan PTS maka PTS bertanggungjawab membekalkan semua naskhah yang ditempah PNM bagi pihak pengarang. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Ini Dipilih PNM

Ini 2 buah lagi buku yang ditempah terus daripada pengarang oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) setiap satu judul sebanyak 1039 naskhah. Pengarang menyerahkan surat tempahan itu kepada PTS, dan PTS akan membekalkan buku-buku itu ke PNM.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Ini Dipilih PNM

Kedua-dua buku ini dipesan sebanyak 1039 naskhah bagi setiap judul oleh Perpustakaan Negara Malsyaia (PNM) untuk projek perbekalan semua perpustakaan awam di seluruh negara bagi tahun 2007.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Ini Dipilih PNM

Tidak kurang hebatnya, buku ini juga dipilih oleh PNM. Tempahan adalah sebanyak 1039 naskhah dan dibuat terus kepada pengarang.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Ini Dipilih PNM

Dua buah buku ini dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi pembelian tahun 2007 dan akan dibekalkan ke semua perpustakaan awam dalam negara.

Tempahan untuk "Kamus Peribahasa Melayu-Inggeris" adalah sebanyak 1039 naskhah, manakala tempahan untuk "7000 Mutiara Kata" adalah 856 naskhah.

PNM menempah buku-buku ini terus kepada pengarang. Pengarang menyerahkan surat tempahan itu kepada PTS, dan PTS akan membekalkan buku-buku itu ke PNM. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 14, 2007

Selepas Berjaya Mengekspot Lesen Buku ke Indonesia, ke Mana Pula PTS?

Hubungan PTS dengan komuniti penerbit di Jakarta dan Bandung sudah stabil dan semakin berkembang. Matlamat kita adalah mendapatkan lebih banyak rakan niaga di sana yang mahu melesen lebih banyak judul-judul PTS.

Selepas kejayaan PTS menembusi pasaran Indonesia, kita berminat mengekspot judul-judul kita ke Thailand, Vietnam dan Filipina. PTS sudah mula menghantar misi pegawai-pegawainya ke pesta-pesta buku di Bangkok dan di Manila bagi memperkenalkan diri dan membuka hubungan dengan penerbit-penerbit di sana.

Salah satu halangan teknikal yang kita alami adalah isu bahasa. Kita memerlukan penterjemah Melayu-Thai-Melayu, Melayu-Tagalog-Melayu dan Melayu-Vietnam-Melayu.

Jika kita mahu mengekspot judul kita ke negara-negara lain, kita perlu mengimpot judul-judul mereka. Begitulah adat orang berniaga, mestilah saling menguntungkan.

Novel awal remaja siri "ADAM KECIL" sudah ada pihak yang berminat melesennya bagi diekspot ke Vietnam, tetapi itu dalam bahasa Inggeris.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Kalau Sudah Rezeki!

Assalamualaikum Puan Ainon,
 
Apa khabar Pn. Ainon? Saya harap Puan dan seisi warga PTS berada dalam keadaan baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.
 
Walaupun sekian lama mendiamkan diri, saya masih mengikuti perkembangan Puan melalui blog dan kunjungan ke pejabat PTS.
 
Sebelum saya menceritakan kisah kali ini, teringat saya akan kata-kata Puan ketika Pesta Buku Antarabangsa KL 2007 yang lalu. Kata Puan, "Jangan risau kalau buku awak tidak laku di pesta buku. Buku awak ini 'target'nya pada perpustakaan." Bukannya apa, sebagai penulis buku pertama sudah tentunya saya risau jika buku tidak laku.
 
Tujuh bulan kemudian, rupanya kata-kata keramat Puan memang benar. Buktinya pada 12 November 2007, saya telah menerima panggilan daripada wakil Perpustakaan Negara yang menawarkan pembelian secara terus dari penulis buku saya yang bertajuk "Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik". Bukannya 10 atau 20 naskah, tetapi sebanyak 1039. Nilai pasarannya pula lebih kurang RM20, 780.00! Terkejut saya dibuatnya.
 
Untuk kepastian, keesokan harinya saya pergi mengambil surat tawaran dari Perpustakaan Negara di bangunan TH Selborn, Jln Tun Razak. Terbukti bukan mainan. Saya pun apa lagi, terus berjumpa Bahagian Jualan PTS, berbincang kaedah-kaedah yang sepatutnya. Insyallah jika tiada aral melintang buku-buku tersebut akan dihantar sebelum penghujung bulan November ini.
 
Difahamkan bukan saya seorang sahaja penulis PTS yang berjaya mendapatkan tawaran pembelian terus tersebut. Tahniah diucapkan buat Encik Jeniri Amir, penulis buku "Mutiara Kata" dan Dr. Tengku Asmadi, penulis buku "Motivasi Alihan Pelajar".
 
Daripada perbualan dengan wakil Perpustakaan Negara saya dimaklumkan ramai penulis yang mengidam tawaran tersebut. Saya pula tidak pernah mempromosi buku saya kepada mereka. Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada pihak yang menghargai kualiti buku tersebut.
 
Untuk itu saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Puan Ainon (mentor), Puan Nurul Hilyati (Editor), Cik Irma Indayu (Editor), Cik Majidah Jusoh, Encik Nazrul, Puan Khalilah dan seluruh warga PTS yang sentiasa ceria dan membantu saya selama ini.
 
Sekian. 
Salehuddin bin Md. Dahlan
Penulis

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 11, 2007

Susah Senang Menjadi Penerbit Bebas-Rasuah

PTS tawakal dengan dasar perniagaannya yang bebas-rasuah.

Bagi saudara yang baru hendak terjun ke dalam dunia bisnes buku dengan menjadi penerbit, barangkali saudara mahu tahu apakah senang-susahnya menjalankan perniagaan bebas-rasuah. 

Jika saudara sudah berniaga pula, dan dalam menjalankan perniagaan sebelum ini, saudara sudah terjebak dalam amalan rasuah, barangkali saudara mahu tahu kelebihannya berniaga bebas-rasuah.

Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan pengalaman PTS yang mengamalkan bisnes bebas-rasuah:

(1) PTS tidak dapat kontrak.

Disebabkan PTS tidak mahu terlibat dengan rasuah, PTS tidak masuk sebarang tender kerajaan. Ini menyebabkan PTS tidak pernah menerima kontrak membekalkan buku-bukunya sendiri kepada kerajaan. Ini bermakna, keuntungan PTS jatuh.

(2) PTS bergantung kepada kontraktor-kontraktor buku.

Jika kontraktor mahu memasukkan judul-judul PTS dalam borang submission tender, maka baru ada kemungkinan judul-judul PTS dipilih, jika tidak, maka tidaklah. Dan, apabila buku PTS diterima oleh kerajaan, PTS terpaksa menjual buku-bukunya kepada kontraktor dengan memberi diskaun yang tinggi. 

(3) PTS terpaksa main-kedai 100%

Disebabkan PTS tidak main-kontrak, ini bermakna PTS terpaksa hidup tanpa kontrak sama sekali. Ini bermakna PTS mencari makan dengan jalan menjual buku-buku terbitannya di kedai-kedai buku. Berniaga cara begini amat tinggi risiko gagal. Jika kedai-kedai buku tidak mahu bayar hutang, habislah!

(4) PTS belajar survive sendiri.

Tanpa kontrak, akibatnya PTS terpaksa main-kedai, dan ini memaksa semua staf PTS mempunyai mindset jual-buku-dalam kedai. Mereka fikir kedai, kedai, kedai... Hasilnya mereka mempunyai kepakaran bagaimana menerbitkan buku-buku Melayu yang laku dijual di kedai-kedai buku.

(5) Akibatnya... PTS tidak takut parti mana naik, parti mana turun, ataupun menteri mana naik, dan menteri mana turun. Disebabkan PTS tidak bergantung kepada kontrak kerajaan, maka Chairman PTS tidak perlu menyembah-nyembah menteri demi meminta kontrak! 

Nota: Sebagai bisnesman, Nabi Muhammad tidak pernah main-kontrak. Beliau turun ke pasar dan berniaga dalam pasaran terbuka.  

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 09, 2007

Berita dari Andrea Hirata

Edensor, novel ketiga tetralogi Laskar Pelangi, masuk nominasi penghargaan nasional sastera KLA (Khatulistiwa Literary Award) 2007.

Event bulan November ini adalah:

1. 10 November 2007 jam 1 petang, Andrea muncul di International Covention Center - Bogor, Andrea Hirata meramaikan acara kempen antidadah.

2. 11 November 2007 jam 9 pagi, Andrea Hirata muncul di majlis Penerimaan Aisyiyah Award, di Kompleks Universitas Muhammadiyah Yogyakarta.

3. 11 November 2007 jam 7 petang Andrea Hirata muncul di acara Sembari Minum Kopi - Regol Jogja, majlis pembukaan MP Bookpoint Yogyakarta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Jangan Lupa! Sabtu 17.11.07

BICARA PENULIS: CARI DUIT CARA MUDAH SEBAGAI PENULIS BEBAS 

 
Tarikh: SABTU 17 November 2007  
Tempat: Centre Court, Alpha Angle
Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
Penceramah: En. Zamri Mohamad  
Buku: Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

 

 

BICARA PENULIS: MAKAN GAJI TETAPI KAYA


 Tarikh: SABTU 17 November 2007
 Tempat: Centre Court, Alpha Angle
 Masa: 2.00 petang – 3.00 petang   
 Penceramah: En. Shamsuddin Abdul Kadir  
 Buku: Makan Gaji Tetapi Kaya

Program: Penulis menerangkan buku tulisan beliau selama setengah jam yang pertama. Kemudian beliau memberi maklumat mengurus kewangan peribadi melalui gaji dan mempromosi buku bakal terbit beliau berjudul "Kaya dengan Rumah".


2.00 petang: Diskusi buku
2.30 petang: Merancang kewangan peribadi
2.45 petang: Soal jawab
3.00 petang: Sessi tamat

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 05, 2007

Mengapa PTS Tidak Menggunakan Perkhidmatan ‘Runner’ ke Sekolah

Pada masa ini, sekolah-sekolah membeli pelbagai buku daripada mereka yang dipanggil "runner".

Runners adalah individu-individu yang mengambil buku daripada penerbit dan membawanya ke sekolah bagi ditunjukkan kepada guru-guru, pengetua dan guru besar. Runner-runner itu meng-kontrol sekolah-sekolah tertentu, dan mereka tidak benarkan runner-runner lain pergi ke sekolah-sekolah itu.

Banyak runners datang ke PTS dengan cadangan mereka mahu membawa buku-buku PTS ke sekolah-sekolah yang mereka kontrol. Mereka datang mencari PTS sebab gu-guru meminta buku-buku PTS. Majoriti runners tidak suka membawa buku-buku PTS sebab harga jualan buku PTS sudah dicetak pada kulit buku, jadi runners tidak dapat hendak menaikkan harga buku-buku PTS.

Memang benar, runners adalah mata rantai penting bagi jualan buku-buku pendidikan terus ke sekolah-sekolah. PTS kehilangan banyak jualan kalau tidak mahu menggunakan perkhidmatan runners.

Buat masa ini PTS tidak berminat menjual buku-bukunya direct ke sekolah-sekolah dengan menggunakan perkhidmatan runners. Ini menyebabkan jualan buku-buku pendidikan PTS tidak sebanyak yang sepatutnya. Ini juga menyebabkan banyak guru merungut mereka sukar mendapatkan buku-buku PTS.

Majoriti runners adalah salesman Cina. Ini adalah faktor yang menyebabkan runners terkenal dengan main sogok kepada guru, guru besar dan pengetua sekolah. Maklumlah, mereka tidak mempunyai konsep 'dosa' dan 'pahala'.

Banyak runners Melayu pun sekarang sudah terikut-ikut dengan amalan sogok-sogokan.

Memang dari sudut undang-undang, kedudukan PTS jelas: Runner-runner itu membeli buku dari PTS dan apa yang mereka buat di sekolah, itu tidak ada kaitannya dengan PTS.

Namun, PTS tidak mahu buku-bukunya dibawa ke sekolah oleh runners yang main-sogok sebab perbuatan runner-runner itu mencacatkan nama baik PTS sebagai penerbit yang bebas-rasuah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 04, 2007

Pesan Buat Rakan Penerbit: Bagaimana Kontraktor Buku Menipu Kerajaan

Setiap tahun, setiap hujung tahun, macam-macam tender projek pembelian buku oleh kerajaan akan dilaksanakan.

Barangkali, dalam komuniti orang bisnes, golongan kontraktor projek-projek kerajaan adalah yang paling rendah etika bisnesnya.

Ambil sahaja sebagai contoh dalam kes perbekalan buku untuk pelbagai projek perpustakaan, umpamanya projek perpustakaan KEMAS (Kemajuan Masyarakat).

Jabatan Kemajuan Masyarakat mempunyai 800 tadika KEMAS di seluruh negara. Setiap tahun KEMAS mempunyai peruntukan buat membeli buku-buku bagi kegunaan guru-guru dan kanak-kanak tadika KEMAS.

Pegawai-pegawai KEMAS memilih buku-buku yang berkualiti, kemudian KEMAS melantik kontraktor bagi membekalkan buku-buku itu.

Apakah yang mungkin dilakukan oleh kontraktor?

Kontraktor itu memberitahu pegawai KEMAS, buku ini, ini, ini, dan ini, dan ini, dan ini... sudah tidak ada lagi. Kononnya penerbit buku-buku itu sudah tutup bisnes, sudah tidak dapat dihubungi lagi... jadi buku-buku itu tidak dapat dibekalkan. Kemudian, kontraktor mencadangkan buku-buku lain bagi menggantikan buku-buku itu.

Pegawai KEMAS yang lurus dan bersangka baik itu pun percaya sahaja cakap kontraktor itu. 

Buku-buku apa, dan buku-buku siapakah yang dicadangkan kepada pegawai KEMAS itu?

(a) Buku-buku terbitan kontraktor itu sendiri, yang tadinya tidak layak dipilih oleh KEMAS.

(b) Buku-buku penerbit "cap ayam" yang sanggup memberi 70% diskaun kepada kontraktor itu, ataupun kedua-duanya sekali.

Jika saudara seorang penerbit, ini pesanan Sifu:

Apabila sahaja buku saudara dipilih oleh KEMAS, cepat-cepat tulis surat kepada Pengarah KEMAS dan berjanji bahawa saudara akan membekalkan judul-judul itu dengan kualiti yang baik dan tepat pada waktunya. Dengan demikian, mana-mana kontraktor yang diberi tender perbekalan nanti tidak dapat hendak menipu pegawai KEMAS yang lurus-lurus dan baik sangka itu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

WEB-TV PTS

Inilah gambar Tuan Hisham Salmin, pengarah web-tv PTS, dan En. Izwan Ibrahim, penolong pengarah, sedang sibuk bertugas dalam studio bagi menghasilkan rakaman program "Penulis dan Buku".

Program ini akan dapat disaksikan dalam portal PTS yang kini sedang dibangunkan.

Para penulis PTS akan diundang bagi rakaman secara bergilir-gilir. Editor saudara akan menghubungi saudara apabila giliran saudara tiba nanti. 

Web-tv PTS ini membolehkan bakal pembeli buku-buku PTS mendapat lebih banyak maklumat tentang penulis dan isi kandungan sesebuah buku sebelum membelinya.

Kita juga berharap, web-tv ini dapat meningkatkan lagi kepuasan penulis-penulis PTS dengan perkhidmatan yang diberikan oleh PTS bagi mempromosi buku-buku mereka. 

Gambar ini diambil semasa sesi rakaman program dengan Tuan Zamri Mohamed

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 03, 2007

Strategi Bisnes: Antara Menjual Lebih Banyak Buku ataupun Menerbitkan Lebih Banyak Judul Buku

Kita menerima banyak pertanyaan dan juga komplen daripada banyak pihak yang tidak puas hati terhadap isu buku PTS selalu out-of-stock (OS). Isu buku OS ini semakin hari semakin serius, kerana 40% judul PTS habis terjual dalam masa kurang 3 bulan. Dalam kes buku-buku seperti "Travelog Haji", judul-judul itu habis dalam masa kurang 1 bulan.

Yang paling tidak puas hati adalah pengedar dan kedai buku. Kedai tidak puas hati sebab buku yang di-order tidak dapat dibekalkan. Buku yang dipesan sudah OS, padahal buku itu baru beberapa bulan terbit. Customer masuk kedai mencari buku, tetapi buku tidak ada. Ini bermakna mereka hilang bisnes.

Kedua, pengarang juga tidak puas hati. Buku mereka sudah OS tetapi masih belum diulangcetak. Ini bermakna mereka hilang royalti.

Laporan inventori PTS menunjukkan, pada bila-bila masa, terdapat antara 80 - 100 judul yang OS. 

Keadaan ini timbul disebabkan PTS tidak mempunyai cukup modal bagi membiayai percetakan yang diperlukan. Jika PTS mempunyai suntikan modal RM3 juta, isu ini tidak timbul. 

Bagi mendapatkan fasiliti RM3 juta itu, PTS mesti meletakkan minimum RM1.5 juta dalam akaun simpanan tetap dalam bank peminjam. 

Jadi ada pihak berpendapat, PTS jangan menerbitkan sampai 30 judul baru sebulan, sebagaimana keadaannya sekarang. Sebaliknya terbitkan 10 judul sahaja, supaya wang yang ada itu dapat digunakan bagi mengulangcetak judul-judul yang sudah OS. 

Jika saudara hendak belajar menjadi penerbit, cuba saudara buat keputusan, apakah pilihan saudara? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 01, 2007

Jangan Lupa! SABTU 24.11.07

BICARA PENULIS: RAHSIA MELABUR DALAM UNIT AMANAH  

Tarikh: SABTU 24 November 2007
Tempat: Centre Court, Alpha Angle
Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
Penceramah: En. Sunthara Segar
Buku: Rahsia Melabur dalam Unit Amanah

Program: Penulis menerangkan buku tulisan beliau selama setengah jam yang pertama. Kemudian beliau memberi maklumat peri penting pelaburan dan jenis-jenis pelaburan yang selamat dan untung.
2.00 petang: Diskusi buku
2.30 petang: Pelaburan itu apa?
2.45 petang: Jenis-jenis pelaburan
3.00 petang: Sesi tamat

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 31, 2007

Jangan Lupa!  AHAD 25.11.07

  DISKUSI BUKU: TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN

 Tarikh: AHAD 25 November 2007
 Tempat: Centre Court, Alpha Angle
 Masa: 2.00-3:00 petang
 Penceramah: Prof. Muhd. Kamil Ibrahim
 Buku: Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Program: Penulis menerangkan buku tulisan beliau selama setengah jam yang pertama. Kemudian, beliau berkongsi maklumat dan pengalaman dengan peserta khususnya mengenai tatacara mengerjakan Haji Tamattuk, kaedah-kaedah dan petua-petua bersama peserta.
2.00 petang: Ucapan aluan Pengerusi Majlis
2.05 petang: Penulis membentangkan penulisan beliau.
2.35 petang: Sesi soal jawab: Perkongsian maklumat dan pengalaman
3.00 petang: Sesi tamat

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 30, 2007

Program Penulis PTS Jumpa Peminat


PROGRAM KUMPULAN PTS SEMPENA "MPH BOOK FAIR"

(1) BICARA PENULIS: MAKAN GAJI TETAPI KAYA
      Tarikh: SABTU 17 November 2007
      Tempat: Centre Court, Alpha Angle
      Masa: 2.00 petang – 3.00 petang   
      Penceramah: En. Shamsuddin Abdul Kadir  
      Buku: Makan Gaji Tetapi Kaya

Program: Penulis menerangkan buku tulisan beliau selama setengah jam yang pertama. Kemudian beliau memberi maklumat mengurus kewangan peribadi melalui gaji dan mempromosi buku bakal terbit beliau berjudul "Kaya dengan Rumah".
2.00 petang: Diskusi buku
2.30 petang: Merancang kewangan peribadi
2.45 petang: Soal jawab
3.00 petang: Sessi tamat

(2) BICARA PENULIS: CARI DUIT CARA MUDAH SEBAGAI PENULIS BEBAS   
      Tarikh: SABTU 17 November 2007  
      Tempat: Centre Court, Alpha Angle
      Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
      Penceramah: En. Zamri Mohamad  
      Buku: Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Program: Penulis menerangkan buku tulisan beliau selama setengah jam yang pertama.
3.00 petang: Diskusi buku
3.30 petang: Teknik Menulis
3.45 petang: Menulis Apa?
4.00 petang: Sesi tamat

(3) BICARA PENULIS: 50 KISAH USAHAWAN WANITA MALAYSIA  
      Tarikh: AHAD 18 November 2007    
      Tempat: Centre Court, Alpha Angle
      Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
      Penceramah: Pn. Norlela Zubir
      Buku: 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia

Program: Penulis menerangkan buku tulisan beliau selama setengah jam yang pertama. Kemudian beliau memberi maklumat mengurus bisnes meniru cara usahawan lain dan menerangkan pengalaman mengurus bisnes sendiri.
2.00 petang: Diskusi buku
2.30 petang: Mengurus Bisnes
2.45 petang: Soal jawab
3.00 petang: Sessi tamat

(4) BICARA PENULIS: RAHSIA MINDA JUTAWAN   
      Tarikh: AHAD 18 November 2007
      Tempat: Centre Court, Alpha Angle
      Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
      Penceramah: En. Amar Mahmood
      Buku: Rahsia Minda Jutawan

Program: Penulis menerangkan buku tulisan beliau selama setengah jam yang pertama. Kemudian beliau memberi maklumat kuasa minda dan teknik-teknik menggunakannya bagi mencapai taraf jutawan.
3.00 petang: Diskusi buku
3.30 petang: Kuasa Minda
3.45 petang: Teknik Kuasa Minda
4.00 petang: Sesi tamat

(5) BICARA PENULIS: RAHSIA MELABUR DALAM UNIT AMANAH   
      Tarikh: SABTU 24 November 2007
      Tempat: Centre Court, Alpha Angle
      Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
      Penceramah: En. Sunthara Segar
      Buku: Rahsia Melabur dalam Unit Amanah

Program: Penulis menerangkan buku tulisan beliau selama setengah jam yang pertama. Kemudian beliau memberi maklumat peri penting pelaburan dan jenis-jenis pelaburan yang selamat dan untung.
2.00 petang: Diskusi buku
2.30 petang: Pelaburan itu apa?
2.45 petang: Jenis-jenis pelaburan
3.00 petang: Sesi tamat

(6) PELANCARAN BUKU '55 SILAP MATA MUDAH' AMAR & PELANCARAN ALBUM 'HIKAYAT CINTA'- DENGAN PENAMPILAN KHAS HANTU SILAP MATA & PERSEMBAHAN NASYID
      Tarikh: KHAMIS 22 November 2007
      Tempat: Centre Court, Alpha Angle
      Masa: 3.00 – 5.00 petang
      Penulis: Selebriti AMAR
      Buku: 55 Silap Mata Mudah

Program: Buku "55 Silap Mata Mudah" terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. merupakan karya sulung selebriti AMAR, seorang artis nasyid yang terkenal di bawah naungan Hijjaz Group Sdn. Bhd. Program 2 dalam 1 ini bakal menyaksikan buku "55 Silap Mata Mudah" dan album "Hikayat Cinta" dilancarkan oleh Pengarah Urusan Hijjaz Group. Para pengunjung akan dihidangkan dengan pertunjukan silap mata & persembahan nasyid daripada AMAR. Penampilan khas hantu silap mata & selebriti silap mata terkenal tanah air.
2.45 ptg: Pengunjung mengambil tempat
2.50 ptg: Ketibaan tetamu-tetamu kehormat
3.00 ptg: Program bermula: Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
3.05 ptg: Tayangan slide
3.10 ptg: Ucapan Presiden Kumpulan PTS, En. Arief Hakim Sani Rahmat
3.15 ptg: Ucapan perasmian majlis oleh Pengarah Urusan Hijjaz Group Sdn. Bhd., En. Mohd. Sharudin B. Dawam
3.20 ptg: Pelancaran buku "55 Silap Mata Mudah" & album "Hikayat Cinta"
- Special effect/ gimik pelancaran
- Penyerahan secara rasmi buku & CD album Hikayat Cinta kepada
En. Mohd. Sharudin B. Dawam & En. Arief Hakim Sani Rahmat
3.35 ptg: Persembahan nyanyian oleh AMAR
3.40 ptg  Persembahan silap mata interaktif oleh AMAR & rakan-rakan
3.50 ptg: Sidang media
4.00 ptg: Majlis berhenti rehat sebentar & sesi minum petang media
4.02 ptg: 'Stage shows' :
- Persembahan istimewa hantu silap mata & rakan-rakan
- Penampilan khas selebriti silap mata
- Sesi kuiz interaktif bersama para pengunjung & penyampaian hadiah
4.30 ptg: Persembahan nyanyian oleh AMAR
4.35 ptg: Pertunjukan silap mata oleh AMAR
4.50 ptg: Sesi autograf
5.00 ptg: Program tamat

(7) DISKUSI BUKU: TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN
      Tarikh: AHAD 25 November 2007
      Tempat: Centre Court, Alpha Angle
      Masa: 2.00-3:00 petang
      Penceramah: Prof. Muhd. Kamil Ibrahim
      Buku: Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Program: Penulis menerangkan buku tulisan beliau selama setengah jam yang pertama. Kemudian, beliau berkongsi maklumat dan pengalaman dengan peserta khususnya mengenai tatacara mengerjakan Haji Tamattuk, kaedah-kaedah dan petua-petua bersama peserta.
2.00 petang: Ucapan aluan Pengerusi Majlis
2.05 petang: Penulis membentangkan penulisan beliau.
2.35 petang: Sesi soal jawab: Perkongsian maklumat dan pengalaman
3.00 petang: Sesi tamat

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 24, 2007

Hari Ini Delegasi PTS ke Bangkok

Pada pagi ini 4 orang pegawai PTS berlepas ke Bangkok bagi menyambung urusan bisnes yang sudah mula diteroka sejak tahun 2006. Rombongan kali ini akan berunding dengan rakan-rakan niaga yang sudah kita kenalpasti di sana.

Anggota delegasi itu adalah En. Arief Rahmad, Presiden PTS, Puan Norhazizam Abd. Rahman (Pengurus PTS ONE), Cik Majidah Jusoh (Editor Kanan PTS LITERA) dan En. Aliff Firdaus Azis (Editor PTS ONE).

Matlamat delegasi ini adalah bagi merundingkan projek pelesenan dua-hala bagi (i) buku-buku bisnes, (ii) buku-buku cereka bacaan dewasa, (iii) buku cerita kanak-kanak dan remaja awal.

Delegasi akan berada di sana sehingga hari Jumaat. Mudah-mudahan usaha ini berjaya. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 09, 2007

Risiko Menggunakan Nama Artis Sebagai Pengarang

Jika saudara seorang penerbit buku, barangkali saudara ingin tahu risiko menggunakan nama-nama artis sebagai nama pengarang buku yang saudara terbitkan.

Salah satu risiko itu adalah tempoh populariti artis yang dipilih. Tidak semua artis dapat bertahan lama dalam pasaran. Apabila nama artis itu sudah malap, jualan buku saudara terjejas.

Saudara perlu meramalkan tempoh populariti seseorang artis itu - 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun?

Katakanlah, buku itu adalah novel cinta remaja, lalu saudara memilih artis yang saat ini masih remaja usianya dan diminati golongan remaja. Namun usia remaja artis itu tidak lama. Dalam tempoh beberapa tahun, artis itu sudah bukan remaja lagi. Ini lebih cepat berlaku pada artis-artis perempuan.

Selain usia, ada banyak faktor lain yang dapat memalapkan populariti seseorang artis. Satu lagi faktor adalah apabila seseorang artis itu sudah berkahwin, dia dipersepsi sebagai tidak remaja lagi. 

Faktor "kecederaan" imej sosial adalah satu lagi punca yang dapat memalapkan populariti seseorang artis. Imej sosial artis cedera apabila media massa menulis berita-berita negatif berkenaan peribadinya.

Kemunculan artis baru yang menyaingi artis itu juga dapat memalapkan popularitinya.

Justeru pemilihan artis perlu dibuat dengan amat berhati-hati. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 08, 2007

Menggunakan Nama Artis Popular sebagai Pengarang Buku

Pada masa ini ada penerbit yang menggunakan nama-nama artis popular sebagai pengarang buku yang ditulis oleh penulis-penulis hantu.

Jika saudara seorang penerbit, barangkali saudara mahu tahu apakah menggunakan nama artis suatu strategi bisnes yang efektif. 

Maklumat yang kita kutip menunjukkan strategi menggunakan nama artis tempatan tidak melariskan buku sebagaimana yang diharapkan. Faktor yang paling penting adalah ciri-ciri psikologi para peminat artis.

Golongan yang meminati artis-artis bukan terdiri daripada pembaca buku. Mereka adalah pembaca majalah dan akhbar tabloid. 

Barangkali jika buku-buku itu adalah kisah hidup peribadi artis-artis itu sendiri,  maka ada kemungkinan para peminat mereka mahu membeli dan membaca buku-buku itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 02, 2007

Tip Survival Penerbit: Huru-hara Pasaran Buku Sekolah

PTS PROFESSIONAL menerbitkan sudah hampir 100 judul buku-buku yang ditargetkan bagi membantu guru-guru meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka.

Sejak 1 tahun yang lalu, jualan judul-judul pendidian PTS dapat dikatakan 'melembap'. Ini menyebabkan royalti para penulis buku pendidikan juga turun. Apakah punca kelembapan ini?

Sejak 2 tahun yang lalu, tidak ada kontrak projek skim pinjaman buku teks baru daripada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Kontrak akan datang adalah pada tahun 2009/2010. (Nota: PTS gagal menerima kontrak skim pinjaman buku teks BTP!)

Keadaan ini menyebabkan pada masa begini, penerbit-penerbit buku teks "tidak ada kerja", terutama penerbit saiz kecil dan sederhana.

Keadaan ini memaksa mereka menerbitkan buku-buku berset yang dapat dijual direct ke sekolah-sekolah, khususnya sekolah rendah. Buku-buku set itu dijual dengan harga yang "tidak munasabah", yakni amat mahal, sedangkan isinya tidak seberapa, dan kualitinya rendah.

Pada masa begini, jurujual-jurujual buku direct-marketing ke sekolah-sekolah "tidak pandang sebelah mata" kepada buku-buku PTS disebabkan 3 faktor:

(1) Harga buku-buku PTS adalah "rendah", semuanya kurang daripada RM30. Jadi diskaun mereka juga rendah. Bandingkan dengan harga buku berset yang rata-rata lebih daripada RM150 satu set, ada yang sampai RM300. Mereka anggap tidak berbaloi menjual buku-buku PTS.

(2) Harga buku-buku PTS dicetak pada kulit buku, jadi mereka tidak dapat "mark-up" atau naikkan harga sesuka hati mereka. Amalan menaikkan harga buku yang dijual ke sekolah adalah amalan standard di kalangan syarikat penjual buku direct-marketing ke sekolah-sekolah.

(3) PTS "berdegil" tidak mahu memenuhi kehendak mereka supaya memberikan diskaun yang tidak masuk akal, yakni sehingga 60% - 70%. Sedangkan penerbit-penerbit buku berset itu sanggup memberikannya.

Kelembapan jualan buku-buku PTS akan berterusan sehingga tahun 2009/2010 apabila BTP mengeluarkan kontrak skim pinjman buku teks baru. Waktu itu mereka akan sibuk semula dengan kontrak BTP dan tidak akan menerbitkan buku-buku berset.

Waktu itu syarikat-syarikat direct-marketing itu tidak mempunyai produk baru. Barulah mereka mahu membawa buku-buku PTS ke sekolah-sekolah semula, walaupun diskaunnya rendah. . .

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Buku Superstar lawan Buku Long Tail

Dalam buku Chris Anderson "The Long Tail", beliau mengatakan pada masa depan, ekonomi akan berubah daripada ekonomi tradisional sebelum berlakunya revolusi internet, yakni ekonomi yang bersifat "economy of scarcity" kepada ekonomi baru yang bersifat "economy of abundance".

Pasaran buku sudah mula mengalami perubahan itu. Pada masa lalu, buku dijual dalam kedai-kedai buku. Justeru isu ruang kedai yang terhad menentukan buku apa yang kedai mahu jual?

Kedai-kedai buku hanya mahukan judul yang laku keras. Ini menyebabkan tidak banyak jenis buku yang dapat diterbitkan dan dijual. Ini menyebabkan penerbit mahukan "buku superstar" yang meletup-letup. Situasi ini mencipta lingkaran jahat.

Ruang kedai yang terhad menyebabkan tidak banyak judul yang dipamerkan. Jadi judul-judul itu sahaja yang laku. Disebabkan judul itu laku, kedai mahu judul itu sahaja. Jadi judul itu tambah laku!

Tetapi dengan terbukanya kedai buku on-line, isu ruang kedai sudah tidak relevan lagi. Ini membolehkan kedai buku on-line mempamerkan dalam internet segala macam judul buku.

Dengan demikian pembeli dapat membeli apa sahaja buku yang dimahukannya. Ini membolehkan judul-judul yang satu masa dahulu penerbit tidak mahu terbitkan pun kini dapat diterbitkan dengan jumlah cetakan terhad dan dijual dalam kedai buku on-line. Ini yang dikatakan "buku-buku long tail" macam ekor meteor yang panjang.

Kata Chris Anderson, "The future of business is selling less of more (titles)".

Implikasinya bagi pengarang dan penerbit, jangan cuba menulis sebuah buku yang laku 100 ribu naskhah setahun, kemudian tidak laku lagi (buku superstar).

Tulislah 20 judul buku yang setiap satu laku 5 ribu naskhah setiap tahun tetapi laku bertahun-tahun (buku meteor ekor panjang). . .

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 9 pages  1 2 3 >  Last »