Sunday, July 15, 2007

Banyaknya Buku Murah-murah

Profesor Kecil Firdaus memberitahu lubuk buku murah. Baca di sini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Kecil tetapi Evergreen

Siri Penyiasat Ekstrovert ini adalah buku kecil. Ia dikarang bagi bacaan remaja awal antara 8 - 10 tahun.

Harga siri ini pun murah. Margin keuntungan bagi penerbit pun amat tipis. Jadi, royalti penulisnya pun tidak seberapa.

Siri ini diramalkan dapat bertahan berpuluh-puluh tahun dalam pasaran!

Siri ini adalah 'ayam laga' PTS yang bersaing dan bertarung dengan siri penyiasatan karya Enid Blyton.

Teropong PTS mengatakan siri ini akhirnya akan menang kerana faktor budaya dan nilai-nilai lokal lebih disukai pembaca lokal.

Katakanlah pengarang siri ini, En. Mohamad Kholid Hamzah, hanya mendapat royalti RM500 ringgit setahun bagi setiap judul bukunya. Tetapi apabila siri ini sudah mempunyai 20 judul, beliau akan menerima RM10,000 setahun - selama berpuluh-puluh tahun!

Pengarang dan penerbit buku-buku remaja awal perlu mempunyai minda peladang kacang hijau. Memang setiap butir kacang itu amat kecil. Tetapi apabila kacang itu sudah sebuntil, harganya mahal.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 13, 2007

Kemaraan POPULAR: Dapatkah David Melawan Goliath

Apabila POPULAR membuka cawangannya di kota madya seperti Kemaman, ia ibarat gergasi yang bernama Goliath datang ke bandar kecil.

Dapatkan kedai buku indie yang ada di Kemaman sekarang bersaing dengan POPULAR?

Ke mana-mana POPULAR pergi, gergasi itu akan menghadirkan dirinya sebagai supermarket buku dan alat tulis.

POPULAR membeli bekalan buku dan alat tulisnya secara pukal, oleh itu ia mendapat diskaun yang lebih besar daripada pembekal. Di sini sahaja pun POPULAR sudah menang. Diskaun besar itu membolehkan POPULAR menjual produknya pada harga yang lebih berpatutan.

Para pembekal pula memang amat suka dapat membekalkan produknya kepada POPULAR, disebabkan ia membuat pesanan yang besar. Kedai-kedai buku indie membuat pesanan yang kecil-kecil.

Faktor kedua mengapa pembekal suka berniaga dengan POPULAR adalah isu pembayaran. Berniaga dengan korporat besar adalah lebih selamat daripada berniaga dengan pekedai kecil daripada sudut kutipan hutang.

Faktor ketiga adalah pilihan. Sebagai supermarket buku dan alat tulis, POPULAR menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan, berbanding dengan kedai-kedai indie.

Inilah cabaran yang dihadapi oleh kedai-kedai buku indie. Jika mereka mahu terus survive, bagaimanakah mereka akan bersaing dengan gergasi ini. Jika tidak sanggup bersaing, apakah langkah yang sebaiknya dilakukan.

Apakah strategi Nabi Daud melawan Goliath sehingga beliau berjaya mengalahkan gergasi itu?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 12, 2007

Mencipta Peluang Bersama POPULAR

POPULAR adalah rangkaian kedai buku yang paling pesat berkembang sekarang. Kini ia mempunyai 60 buah outlet, dan akan terus membuka outlet baru sehingga menjadi 100 buah dalam masa 2 tahun dari sekarang.

POPULAR mahu mengembangkan jualan judul-judul Melayu 2 kali lipat dalam waktu terdekat dan sudah memaklumkan perkara ini kepada PTS.

Pada masa ini POPULAR merupakan kedai alat tulis nombor 1 di mana-mana ia berada.

Apabila POPULAR membuka lebih banyak kedai, maka lebih banyak pembeli alat-alat tulis akan masuk kedai POPULAR disebabkan kedai POPULAR menawarkan pilihan yang lebih banyak dengan harga lebih berpatutan.

POPULAR dapat menurunkan harga jualannya disebabkan ia membeli sesuatu barangan dengan jumlah yang besar daripada pembekal.

Sebagai penulis dan penerbit buku Melayu, fikirkan jenis-jenis buku bacaan yang dapat dijual kepada mereka yang masuk ke dalam kedai POPULAR.

Siapa target buku PTS di kota-kota madya:

(1) Golongan yang paling banyak membeli alat-alat tulis dalam kedai POPULAR adalah guru-guru dan pelajar sekolah menengah. Fikirkan judul-judul yang sesuai bagi mereka.

(2) Ibu bapa yang bergaji masuk ke kedai POPULAR kerana mereka mencari buku-buku ulangkaji peperiksaan untuk anak-anak mereka. Fikirkan judul-judul yang sesuai bagi ibu bapa yang bergaji.

(3) Perempuan muda masuk kedai POPULAR kerana mencari novel-novel bacaan ringan dan majalah. Fikirkan judul-judul yang sesuai bagi perempuan muda.

Pada saat entri ini ditulis 20% perolehan PTS adalah daripada POPULAR. Justeru POPULAR adalah pelanggan terbesar PTS.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Flanking dan Promosi Senyap-senyap Brand “PTS Islamika”

Ini adalah beberapa contoh produk-produk PTS yang memasuki pasaran menggunakan strategi flanking dengan taktik promosi senyap-senyap.

PTS tidak pernah melancarkan ataupun mewarwarkan kemasukannya ke dalam sektor buku agama. Jadi pasaran tidak perasan kehadiran buku-buku agama PTS meskipun sudah 7 tahu PTS mula memasukkan kakinya ke dalam sektor agama.

Dalam sektor buku agama, siapakah yang ditakuti oleh PTS? Apakah, dan di manakah perlunya, maka PTS memasukkan buku-buku agama ke dalam pasaran dengan menggunakan flanking.

Tukul-tukul besi gergasi manakah yang cuba dielakkan oleh buku-buku agama ini, maka ia masuk senyap-senyap, menyusup masuk dari bawah kelangkang gergasi?

Apa, dan di manakah kelainan buku-buku agama PTS, maka dikhuatiri ia akan diketuk sampai mati, dan siapakah yang mahu mengetuknya?

Kelainan buku-buku agama PTS adalah pada bahasanya. Cuba lihat judul buku-buku di sebelah ini.

Semua menggunakan perkataan "Tuhan" bukan "Allah" walaupun ketiga-tiganya adalah terjemahan semula kitab klasik Riadhus Solihin karya Imam Nawawi.

Apakah dalam sektor buku-buku agama sekalipun ada gergasi-gergasi yang berdiri di depan pintu dengan memegang tukul di tangan, bersiap sedia mengetuk kepala pendatang baru?

Ada dua gergasi yang ditakuti oleh PTS.

(1) Gergasi Tua

Sektor buku agama adalah sektor paling tua, justeru sektor ini paling besar, lebih besar daripada mana-mana sektor buku lain dalam Bahasa Melayu. Ini kawasan Laut Merah.

Jadi tidak hairan apabila dalam sektor ini sudah ada pemain-pemain besarnya. Sesiapa yang berkaitan dengan sektor ini tahu sangat nama-nama gergasi itu. Pastilah, macam Nescafe, mereka akan menjaga supaya jangan ada pemain baru masuk padang mereka. Mereka pernah berjaya mengetuk penerbit Cina yang cuba mencetak dan memasarkan buku surah Yasin dan Muqadam. Berdarah-darah kepala penerbit Cina itu!

(2) Ustaz Tua

Anggota golongan "ustaz tua" mungkin terdiri daripada ustaz yang masih belum tua, hanya pemikiran mereka sahaja tua. Golongan ini yakin buku-buku agama hanya boleh dikarang oleh golongan ustaz-ustaz sahaja.

Mereka juga yakin buku-buku agama mesti menggunakan gaya bahasanya yang berbeza daripada gaya bahasa buku-buku lain. Jika gaya itu ditukar, nanti maknanya juga bertukar dan menjadi salah.

Mereka bukan penerbit, tetapi mereka menduduki kerusi-kerusi birokrasi pentadbiran agama negara ini, oleh itu mereka mempunyai kuasa mengetuk pihak-pihak yang berkaitan dengan urusan rasmi. Mereka berkuasa mengharamkan mana-mana buku yang pada penilaian mereka membahayakan agama rasmi negara ini.

Gaya bahasa buku-buku agama PTS menyalahi norma-norma linguistik yang dianggap "betul" oleh golongan ustaz tua yang amat berkuasa itu.

Justeru, jika buku-buku siri "Tuhan" ini diwarwarkan, nanti ustaz-ustaz tua itu akan ternampak dan mungkin akan mengeluarkan fatwa buku-buku PTS patut diharamkan atas alasan kononnya bahasa PTS menghina Allah dan Rasul Allah.

Promosi senyap-senyap adalah jalan jauh, jalan panjang, jalan lama, jalan selamat.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 11, 2007

Kempen Promosi

Petik: "Tetapi, kadang kala (atau kebanyakan kes!), jika tidak ada promosi, susah mahu survive!" - Saifuddin Awang.

Respons Sifu: Ada dua isu di sini:

(1) Dalam situasi yang bagaimanakah kempen promosi selamat dilakukan.
Apabila bisnes kita tidak masuk ke dalam padang di mana gergasi bermain-main, kempen promosi selamat dilakukan.

Sebagai contoh, saudara mahu memperkenalkan sambal belacan dalam botol. Pada masa ini tidak ada mana-mana gergasi yang mendominasi pasaran sambal-belacan-dalam-botol, malah ini adalah padang kosong @ Laut Biru. Gawang tidak ditunggu... penyepak amatur pun dapat menendang masuk bolanya.

Sambal belacan dalam botol saudara tidak mengusik bisnes mana-mana syarikat.

Maka lakukanlah kempen mempromosi sambal belacan saudara. Tidak ada gergasi yang akan ketuk saudara sampai mati.

(2) Kempen promosi yang bagaimanakah yang tidak selamat dilakukan.
Jangan buat kempen promosi yang memberi isyarat bahawa produk gergasi-gergasi itu tidak halal, tidak baik bagi kesihatan, kesuciannya diragui dan yang seperti itu.

Sebagai contoh, saudara mahu masuk pasaran teh uncang dengan memperkenalkan teh uncang saudara dengan jenama Kang-Teh.

Jangan buat kempen promosi yang memberi isyarat bahawa teh Lipton ataupun teh Boh tidak suci ataupun tidak halal.

Masih ingatkah kempen Zaitun "tanpa was-was" yang memberi isyarat produk gergasi Unilever dan Colgate-Palmolive adalah diragui kesuciannya?

Nota: Nabi Muhammad melakukan promosi senyap-senyap selama 3 tahun sebelum beliau menerima arahan daripada Tuhannya supaya memperkenalkan produknya (yakni Islam) secara terbuka.

Sifu akan terangkan apa signifikannya tempoh 3 tahun itu. Minta bersabar.... sibuk nih!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 10, 2007

Tip Survival Penerbit: Jangan Tidak Tahu Kekuatan Pengedar Mamak

Sebuah syarikat penerbit novel cinta sedang mengalami konflik perbezaan pendapat antara 2 orang pemegang sahamnya.

Dulu, semasa baru membuka bisnes, Penerbit K-N menggunakan perkhidmatan pengedar Mamak bagi mengedarkan novel-novel cintanya. Kemudian, apabila jumlah judulnya sudah makin banyak, K-N mula mengedarkan sendiri novel-novelnya.

Sekarang, yang seorang mahu menamatkan khidmat pengedar Mamak dan mengedarkan sendiri 100% kepada semua kedai buku di seluruh negara. Cara ini lebih menguntungkan dari sudut margin.

Yang seorang lagi tidak setuju. Dia mahu K-N terus mempunyai hubungan bisnes dengan pengedar Mamak itu.

Alasannya: (a) Dia berasa terhutang budi kepada pengedar Mamak itu, dan (b) Pengedar Mamak dapat mengedarkan novel dengan lebih efektif di kalangan kedai-kedai Mamak yang kecil-kecil di seluruh negara.

Nasihat kita:
Penerbit Melayu, walaupun sudah mula besar, jangan ada "sikap tolak tangga berayun kaki" dengan pengedar Mamak.

(a) Novel cinta adalah produk tradisional. Pengedar Mamak sudah berjaya mengedarkan novel cinta ke merata pekan-pekan kecil di seluruh negara. Ini adalah sektor yang pengedar Mamak menjadi rajanya.

(b) Hanya Mamak yang dapat ketuk kepala Mamak lain - maksudnya, hanya Mamak yang tahu bagaimana hendak mengutip hutang daripada Mamak-Mamak lain.

Di Jalan Tuanku, Kuala Lumpur, ada sebuah kedai buku Mamak yang besar. Dahulu PTS membekalkan buku-buku PTS kepada kedai buku itu.

Kemudian kita ambil keputusan menamatkan pembekalan, sebabnya, tersangatlah sakit hendak mengutip hutang daripada kedai Mamak itu.

Maka hanguslah begitu sahaja beribu RM hutang yang Mamak itu tidak bayar. Selepas kita tidak hantar buku lagi, dia takkan bayar hutangnya yang ada.

Tetapi pengurusan PTS ambil sikap, biar hangus sekian ribu, jangan sampai berlaku kesilapan membuang lebih banyak duit baru bagi mengejar hutang lama.

Dalam apa jua sektor, ada budak baiknya, ada budak jahatnya. Bukan semua Mamak baik. Bukan semua Mamak jahat.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Laut Biru: Orang Lain Buka Hutan, Orang Lain Berkebun

Tekun. Ketekunan. Menekuni. Istiqamah, istilah Arabnya.

Pasaran buku Melayu adalah pasaran yang baru dibuka dan sedang membangun. Industri ini menjanjikan banyak kawasan Laut Biru.

Sebagai penerbit dalam pasaran yang sedang membangun, banyak sektor buku yang masih belum dibuka. Justeru, sesiapa yang berjaya membukanya, dialah yang menjadi rajanya.

Sebagai contoh, ALAF21 membuka pasaran novel cinta remaja, maka ALAF21 menjadi rajanya. PTS ONE pula membuka pasaran novel awal remaja, dan PTS ONE menjadi rajanya.

Semua penerbit mahu berkembang, kerana ia mahu meningkatkan jumlah jualan buku-bukunya dari bulan ke bulan.

Ada dua strategi mengembangkan bisnes:

(a) Duduk di tempat yang sama, tetapi tambahkan lagi produk-produk bagi kategori sekarang.

Strategi ini dilakukan oleh Colgate. Justeru ia menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan lebih banyak jenis-jenis ubat gigi Colgate.

(b) Buka sektor baru.

Apabila saudara cuba masuk sektor baru, jangan sampai disebabkan saudara leka dengan projek baru itu sehingga saudara tinggalkan sektor yang saudara rajai sekarang.

Disebabkan kerja membuka sektor baru memang banyak memakan wang, masa dan tenaga, maka disebabkan saudara leka, lalu memerang dapat memasuki kolam saudara dari pintu belakang dan memakan ikan-ikan saudara.

Banyak orang bekerja kuat membuka hutan, kemudian mereka tinggalkan hutan yang sudah dibuka disebabkan dia sibuk masuk projek baru, lalu orang lain datang masuk ke dalam kawasan hutan yang sudah ditebas, lalu mereka yang membuka kebun.

Ini yang berlaku kepada CREATIVE yang bertungkus lumus membuka hutan pasaran komik Melayu, kemudian ia bertungkus lumus pula membuka pasaran novel popular Melayu. Sekarang orang-orang lain masuk lalu berkebun di kawasan hutan komik Melayu yang dibukanya dahulu.

Jika saudara baru hendak masuk bisnes penerbitan buku, saudara boleh lakukan pemerhatian di kawasan mana terdapat hutan-hutan yang sudah dibuka, kemudian semacam ditinggalkan ataupun tidak ditekuni. Masuki kawasan itu, dan berkebunlah di situ.

Mahu tahu di mana ada hutan yang sudah jadi tanah lapang terbiar?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 09, 2007

Strategi Bisnes: Apabila Jerung Terjun Masuk Kolam Keli

Kemahiran berfikir secara strategis adalah amat penting dalam survival dunia bisnes.

Bagi memahami apa yang dikatakan pemikiran strategik dalam bisnes, ambil contoh ini:

Katakanlah syarikat saudara adalah penerbit fiksyen novel cinta yang nilai jualannya sudah RM20 juta setahun. Sekarang saudara hendak membesarkan lagi bisnes saudara supaya jumlah perolehan boleh naik RM2 juta lagi setiap tahun, menjadi RM22 juta, RM24 juta, RM26 juta tahun demi tahun.

Lalu saudara tengok, nun di sana... ada sebuah penerbit lain yang terkenal dengan buku-buku motivasi, dengan nilai bisnesnya baru RM5 juta setahun. Lalu saudara pun berfikir hendak menerbitkan buku-buku motivasi juga.

Adakah strategi ini bijaksana?

Sektor buku motivasi adalah amat kecil dibandingkan dengan sektor fiksyen.

Baik dalam apa jua bahasa, di mana jua negara, sektor buku fiksyen adalah paling besar. Lapan puluh peratus (80%) pasaran buku adalah pasaran fiksyen.

Jika bisnes fiksyen novel cinta saudara sekarang sudah RM20 juta setahun, langkah saudara hendak masuk sektor buku motivasi adalah umpama seekor jerung mengambil keputusan mahu melompat keluar daripada laut besarnya, lalu terjun masuk ke dalam tasik si ikan keli!

Sedangkan, pada waktu yang sama, si penerbit buku-buku motivasi itu sendiri sedang berusaha keras melaksanakan strateginya bagi melompat keluar dari kolam buku-buku motivasi yang kecil, dan hendak terjun masuk ke dalam lautan buku-buku fiksyen yang jauh lebih besar.

Apabila saudara sudah besar dalam sektor fiksyen, adalah lebih baik saudara kekal dalam sektor itu, dan terus mencari strategi baru bagi menerbitkan lebih banyak judul fiksyen.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Ular Besar dalam Pasaran Buku Melayu

Apabila saudara masuk bisnes penerbitan buku, saudara masuk kebun ular, yang di dalamnya ada 2 ekor ular besar. Dua buah penerbit terbesar buku Melayu, ALAF21 dan Utusan, merupakan ahli kumpulan media yang besar, Kumpulan Karangkraf dan Kumpulan Utusan. (DBP? Urmm....)

Apabila kumpulan akhbar juga mempunyai anak-anak syarikat yang menerbitkan majalah dan menerbitkan buku, kumpulan itu sudah menjadi budak besar dalam sektor buku. Anak syarikat yang menerbitkan buku dapat mempromosikan buku-bukunya melalui akhbar dan majalah-majalah terbitan kumpulan media itu.

Sebagai contoh, novel-novel cinta ALAF21 berjaya dipasarkan dengan baik kerana ia dipromosikan melalui akhbar-akhbar tabloid dan majalah-majalah Karangkraf. Sebagai dasar bisnes, Karangkraf tidak membantu promosi buku-buku PTS dengan menyiarkan resensi buku secara percuma. Kalau mahu, belilah ruang iklan.

Akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia hanya menyiarkan resensi buku-buku terbitan anak syarikatnya, Utusan Publications, ataupun penerbit luar negeri. Justeru, resensi buku-buku PTS tidak disiarkan dalam Utusan lagi.

Semasa PTS baru muncul dan masih amat kecil, buku-buku PTS diberikan dukungan lumayan oleh Karangkraf dan Utusan. Ini amat membantu brand PTS dikenali dalam pasaran.

Tetapi apabila PTS tidak gulung tikar dalam tempoh 3 tahun, dan kemudian mula membesar, ceritanya sudah berbeza. Budak-budak besar yang sedia ada mula mengubah pandangan mereka terhadap PTS. Ini adalah sesuatu yang normal, yang pasti akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang menjalankan bisnes menggunakan logik biasa.

Justeru, saudara sebagai orang bisnes, apabila syarikat saudara berjaya survive selama 3 tahun, saudara berpotensi menjadi pesaing yang membahayakan bisnes budak-budak besar, dan mereka akan mula melayan saudara sebagai pesaing yang mesti diketuk. Saudara tidak dapat mengharapkan dukungan sesiapa lagi dalam pasaran.

Selepas 3 tahun dalam pasaran, sudah sampai masanya saudara survive sendiri dengan menjadi pemain berstrategi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Edisi Paperback PTS: Bersaing ataupun Flanking

Sudah hampir 20 judul PTS diterbitkan semula sebagai edisi paperback. Edisi paperback PTS ditargetkan kepada pembaca perempuan muda.

Buku di sebelah ini juga ditargetkan kepada perempuan muda. Tetapi mengapakah gambar kulitnya menggunakan ikon lelaki muda bermain layang-layang? Sebab kajian mendapati perempuan muda lebih terpengaruh apabila yang dijadikan duta produk adalah lelaki muda yang tampan.

Apakah kriteria judul yang layak dipilih sebagai buku paperback?

(1) Buku itu sudah terbit lebih 3 tahun.

(2) Buku itu terbukti laku dalam pasaran.

Edisi paperback PTS dicetak 2 ribu naskhah bagi setiap cetakan, dan dibeli semuanya oleh Syarikat Fajar. SF adalah pengedar novel popular terbesar di Malaysia sekarang.

PTS memilih Syarikat Fajar sebab edisi paperback ini ditargetkan kepada pembaca-pembaca novel popular, supaya mereka mempunyai pilihan sama ada mahu membaca lebih banyak novel cinta ataupun beralih kepada buku-buku ilmu.

Dengan melantik Syarikat Fajar, edisi paperback ini berjaya menembusi outlet novel-novel cinta. Itulah sebabnya saiz edisi paperback PTS serupa dengan saiz novel-novel popular.

Objektif PTS menerbitkan edisi paperback adalah bagi membolehkan pembaca berpendapatan rendah mampu membaca buku-buku bermutu pada harga patut. Bagi edisi kulit lembut yang berharga RM23, edisi paperbacknya dijual sekitar RM13 sahaja.

Bagi menurunkan kos, semua pihak berkorban. Penerbit hanya mengambil margin 2%, manakala penulis hanya mengambil royalti 5%.

Syarikat Fajar pula mengambil risiko 100%, sebab ia membayar tunai 2 ribu naskhah itu. Sebagai imbalan, Syarikat Fajar mendapat hak eksklusif mengedarkan semua judul paperback PTS.

Rekod jualan PTS menunjukkan, kehadiran edisi paperback tidak menurunkan jualan edisi kulit lembut.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Berfikir Sebagai Pakar Strategi

Apabila saudara bergiat dalam bisnes penerbitan buku, malah apa jua bidang bisnes, pelajari kemahiran berfikir sebagai pakar startegi.

Jikalau tidak, sukar bagi saudara mahu mencari sektor fokus bisnes saudara, manakala fokus adalah salah satu syarat utama kejayaan bisnes. Tanpa fokus, nanti saudara masuk pasaran dengan judul penerbitan yang rencam.

Memasuki dunia bisnes bermakna berdepan dengan persaingan dalam pasaran.

Sebagai ahli strategi, pertama-tama kenal pasti sektor yang sudah ada budak-budak besarnya. Jangan saudara masuki sektor itu semasa otot syarikat saudara belum cukup kuat. Masuki padang permainan budak-budak besar hanya apabila syarikat saudara mempunyai modal yang besar.

Sebagai contoh, sebagai orang baru dalam bisnes penerbitan, jangan masuk sektor novel popular perempuan, sebab dalam sektor itu sudah ada budak besarnya, yakni ALAF21. Tidak ada pembaca novel perempuan yang tidak kenal brand ALAF21.

Sebagai pemain baru, tanpa modal besar, saudara tidak dapat bersaing dengan ALAF21 melainkan saudara bersaing dengan sokongan pemodal di balik tabir @ alibaba.

Hampir semua pemain baru dalam sektor novel cinta didukung oleh pemodal yang memodali kos mencetak novel-novel yang mereka terbitkan. Di depan sahaja nama Melayu, di belakang adalah pemodal Mamak ataupun Cina.

Ada dua jenis pemodal alibaba yang popular: (a) Tuan punya syarikat pengedar, dan (b) Tuan punya kilang cetak. Merekalah yang bersedia mengeluarkan modal kos mencetak novel-novel yang saudara terbitkan.

Sudah ramai orang Melayu yang main game menjadi orang depan kepada pemodal, tetapi sampai saat ini, strategi begini belum menghasilkan penerbit Melayu yang berjaya.

Jika saudara mahu masuk padang di mana budak-budak besar bermain, jangan masuk menggunakan strategi bersaing. Gunakan strategi lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Padah Strategi Bersaing: Apakah Ular Besar Nescafe Sedang Mengetuk Ali Cafe

Baca di sini Apa Berita Harian warwarkan hari ini dalam Laporan Utama.

Jika benar hipotesis kita bahawa Nescafe sedang menggunakan perang media bagi mengetuk Ali Cafe, siapa dan berapa harga tukulnya?

Apakah yang mendorong FRIM memilih produk kopi-kopi tongkat Ali bagi di-test kandungan khasiat pemakanannya?

Apakah yang mendorong Berita Harian menjadikan laporan FRIM itu Laporan Utama?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 08, 2007

Hak Penerbitan 4 Buah Novel A Latip Talib Sekaligus Dilesen oleh Jakarta

Sudahlah dapat pelanduk, tanduknya pula emas.

Apa hendak dikatakan lagi, melainkan syukur kepada Tuhan yang maha memberi rezeki.

Maka terbukti, tidaklah benar sangkaan kononnya karya sastera Malaysia tidak dapat diekspot ke Jakarta.

Empat buah novel ini ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan dengan menggunakan teknik surah Yusuf.

A Latip Talib sedang menyiapkan novel Sultan Muhammad al-Fateh, pahlawan yang mengalahkan tentera empayar Romawi bagi menawan Constantinople lalu menamakannya semula menjadi Istanbul.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku life-long-learning

Pendidikan sepanjang hayat.

Jika saudara penerbit buku, apakah buku-buku yang termasuk dalam sektor 'buku pendidikan sepanjang hayat'?

Buku-buku life-long-learning adalah buku-buku yang dibaca oleh orang selepas keluar sekolah dan universiti. Justeru, buku-buku ini dibeli oleh orang-orang terpelajar dan mempunyai wang bagi membeli buku yang relatif mahal harganya.

Pada asasnya buku-buku life-long-learning terdiri daripada 4 kategori: (a) agama, (b) falsafah, (3) budaya-sastera dan (4) sejarah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Nama Penulis Menjadi Brand

Apa itu brand? Dalam bahasa bisnes, brand adalah profit. Ada brand, ada profit.

Nama penulis dapat dijadikan brand.

Nama JK Rowling adalah brand kepada peminat siri Harry Potter. Kalau novel JK Rowling diterbitkan di bawah nama pengarang lain, profitnya merudum. Nama Ramli Awang Murshid sudah menjadi brand dalam sektor buku thriller Melayu. Sebelum ini, nama Tamar Jalis adalah brand dalam sektor buku hantu-mantu Melayu.

Apabila saudara berkarya, fokuskan tema karya-karya saudara, supaya nama saudara menjadi brand kepada peminat genre yang saudara tekuni.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 05, 2007

Dari Kecil Sudah Kenal Nama-nama Penulis PTS

Kenangan semasa kecil melekat sampai mati.

Apabila semasa kecil saudara sudah terbaca nama Enid Blyton, sampai bila-bila saudara akan ingat nama itu. Nanti apabila saudara sudah mempunyai anak, saudara akan galakkan anak-anak saudara membaca buku-buku Enid Blyton. Apabila saudara sudah mempunyai cucu, saudara menggalakkan cucu saudara pula membaca buku-buku Enid Blyton.

Faktor inilah yang menyebabkan buku-buku Enid Blyton masih berada dalam pasaran walaupun semuanya ditulis lebih 50 tahun dahulu!

Sifu menganjurkan kepada penulis-penulis PTS yang kini hanya menulis untuk PTS PROFESIONAL, PTS MILLENIA, PTS ISLAMIKA dan PTS FORTUNA, supaya menulis juga buku-buku bagi bacaan remaja.

Banyak remaja sudah mempunyai angan-angan mahu menjadi orang kaya dan mahu hidup sebagai orang kaya.

Dapatkah Tuan Shamsuddin Abd Kadir menulis edisi remaja bagi bukunya Makan Gaji Tetapi Kaya bagi bacaan pelajar-pelajar tingkatan tiga.

Barangkali buku Memulakan Bisnes Sendiri patut diterbitkan edisi remajanya juga.

Konsep mengurus wang peribadi patut mula diperkenalkan kepada remaja, tidak boleh tunggu sehingga seseorang itu sudah bekerja dan menerima gaji baru hendak diajarkan konsep makan gaji tetapi masih dapat menjadi orang kaya.

Tabiat menabung dan melabur sepatutnya dimulakan sejak kecil. Banyak orang yang bergaji kecil akhirnya dapat memiliki harta disebabkan mereka pandai menguruskan kewangan peribadi.

Banyak orang bergaji besar hidup dengan dibelit hutang bank dan hutang kad kredit. Makin besar gajinya, makin banyak hutang peribadinya. Mereka pandai belajar di univerisiti tetapi tidak belajar pengurusan kewangan peribadi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 04, 2007

Pelik! Siapa Pembeli Buku-buku Ini

Siapakah yang mahu membeli dan membaca buku-buku cerita bertemakan hal-hal kampung?

Ceritanya, cerita orang-orang kampung.

Cerita bisnesnya, cerita bisnes ala-ala kampung.

Desain kulitnya pula menggunakan ikon-ikon kampung.

Apatah lagi judul buku-buku itu pun bunyinya amat kampungan.

Sewaktu ternampak kulit buku ini pertama kali tersiar dalam web PTS, saya geleng-geleng kepala. Jantung Chairman PTS dag-dig-dug.

Dalam hati, saya tidak yakin 2 buah buku ini dapat dijual dalam kedai buku-buku elit berhawa dingin, duduk sederet dengan judul-judul bisnes lain terbitan PTS yang temanya ala-ala korporat.

Tetapi saya ambil sikap diam. Sepatah saya tidak berkata kepada sesiapa bahawa saya khuatir pelaburan PTS ke atas 2 buah judul ini pelaburan yang selamat, jangan cakap soal pelaburan yang menguntungkan. Saya mahu tengok dahulu prestasi judul-judul itu dalam pasaran.

Pelik! Siapa yang membeli dan membaca buku-buku ini....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(28) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 03, 2007

Siapa Kontraktor Buku

Semua perpustakaan awam membeli buku melalui kontraktor buku. Hanya kontraktor buku yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sahaja boleh membekalkan buku kepada perpustakaan awam.

Kontraktor itu pula mestilah menjadi anggota Persatuan Kontraktor Buku Bumiputera (PKBM). Jika tidak mereka tidak layak masuk tender.

Siapakah yang menjadi kontraktor pembekal buku?

(a) Pemilik kedai-kedai buku Bumiputera
(b) Penerbit buku Bumiputera
(c) Pengedar buku Bumiputera
(d) Penjual buku Bumiputera
(e) Lain-lain Bumiputera*

PTS tidak masuk tender membekalkan buku kepada kerajaan bagi menjaga hubungan bisnes antara PTS dengan kedai-kedai buku dan dengan pengedar-pengedar buku.

Dasar inilah yang menyebabkan kedai-kedai buku dan pengedar-pengedar PTS puas hati berniaga dengan PTS.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Musim Tender PNM: Urustadbir Risiko Kredit kepada Kontraktor

Bagi penerbit yang nanti baru pertama kali bukunya terpilih bagi perbekalan projek Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), ada sedikit pesanan daripada kita yang sudah lama dalam bisnes ini.

Kontraktor-kontraktor yang mendapat tender akan cuba mendapatkan bekalan buku saudara secara kredit. Ertinya, saudara serahkan kepada kontraktor itu sekian ribu jumlah naskhah dengan janji nanti apabila dia sudah terima cek PNM maka dia akan bayar saudara.

Saudara sebaik-baiknya jangan beri kredit kepada kontraktor. Minta bayaran tunai dengan saudara memberikan diskaun yang menarik.

Pesanan ini lebih-lebih lagi kita tujukan kepada rakan-rakan penerbit kecil. Jika ada sebarang kemusykilan berkenaan cara terbaik menguruskan pembekalan buku saudara kepada PNM, hubungi kita untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma.

Misi PTS adalah "Memandaikan Bangsa". Ini termasuk memandaikan rakan-rakan penerbit kecil yang masih terkial-kial belajar selok-belok bisnes penerbitan buku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 01, 2007

Tip Survival Penerbit: Jangan Lebih 2 Keping

Apabila saudara hendak menerbitkan buku ataupun majalah bacaan kanak-kanak, harganya tidak boleh lebih daripada RM10.00. Jikalau lebih, ibu bapa berasa harga itu amat mahal bagi buku kanak-kanak.


Apabila saudara hendak menerbitkan buku ataupun majalah bagi bacaan remaja, harga jualannya jangan lebih daripada RM15, sebab remaja tidak mempunyai banyak wang. Ini bermakna buku ataupun majalah saudara jangan lebih daripada 150 halaman bercetak.


Jika saudara menerbitkan buku ataupun majalah untuk bacaan gadis kilang dan gadis pejabat, harganya jangan lebih daripada RM20, sebab pendapatan mereka tidak tinggi.


Apabila menetapkan harga bagi kumpulan remaja dan gadis pejabat, jangan sampai mereka terpaksa mengeluarkan 2 keping wang merah. Daripada segi psikologi apa-apa buku yang dijual dengan harga lebih daripada RM20, mereka akan rasa buku saudara itu amat mahal walaupun perbezaan harga itu adalah antara RM19.90 dengan RM21.00


Jika saudara menerbitkan buku untuk golongan profesional dan orang bisnes, mereka mempunyai wang yang lebih banyak, jadi saudara boleh mencetak buku yang lebih tebal.


Jika saudara menerbitkan buku untuk perpustakaan, saudara boleh meletakkan harga yang lebih tinggi, sebab pustakawan yang membeli buku itu membayarnya dengan menggunakan wang kerajaan ataupun syarikat, bukan wangnya sendiri.


.


.


 


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 28, 2007

Novel Thriller

Tiap-tiap genre itu mempunyai kelompok peminatnya sendiri. Novel cinta, novel fantasi, novel fiksyen sains, novel sejarah, novel perang, novel realiti sosial, semuanya mempunyai peminatnya masing-masing.

Salah satu genre yang berpotensi dikembangkan pasarannya adalah novel thriller. Terdapat banyak jenis thriller. Thriller seram, thriller jenayah, thriller undang-undang, thriller perang, thriller bisnes, thriller perubatan... macam-macam.

Bagi setiap genre itu ada pasarannya. Kaki thriller suka membeli thriller.

Jika saudara mahu menjadi penerbit novel, sektor thriller adalah sektor yang potensinya baik. Masukilah sektor ini dan fokuskan judul saudara pada pelbagai jenis thriller.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 27, 2007

Judul Bestsellers Antarabangsa Menghasak Buku Tempatan - Kecuali dalam Dua Sektor

Di kebanyakan negara, judul-judul bestsellers antarabangsa memberi saingan sengit dan berjaya menghasak judul-judul karya pengarang tempatan ke tepi dinding.

Di Jepun, di Korea, di Thailand, di Indonesia, di Vietnam... 60% buku terlaris adalah karya bestsellers antarabangsa yang diterjemahkan.

Dalam sektor agama, gambarannya pun serupa. Judul-judul terjemahan daripada bahasa Arab memberi pukulan teruk kepada judul-judul penulis tempatan.

Namun ada sektor-sektor di mana karya tempatan dapat bertahan dan terus mengalahkan jualan judul-judul bestsellers antarabangsa.

Dua sektor itu adalah (a) buku cerita kanak-kanak, dan (b) fiksyen remaja. Terbukti fiksyen remaja karya pengarang tempatan mempunyai daya saing yang kuat.

Inilah sebabnya PTS melabur dengan bersungguh-sungguh mahu menjadi pemain utama sektor fiksyen remaja.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Fiksyen Sejarah

Walau apa sekalipun genre sesuatu karya itu, peminatnya tetap ada, cuma besar ataupun kecil jumlahnya. Jika jumlah itu tidak cukup besar, penerbit tidak akan melabur ke dalam sektor itu.

Peminat buku sejarah memang ada. Peminat novel sejarah pun ada. Empat buah novel pahlawan Islam karya Abdul Latip Talib laku dengan baik sekali.

Peminat buku fiksyen sejarah pun ada. Jikalau tidak laku, para penerbit tidak akan menerbitkan genre itu. Penulis fiksyen sejarah paling ngetop saat ini adalah Faisal Tehrani.

Fiksyen sejarah adalah genre evergreen. Ia juga berpotensi dijadikan skrip TV dan dikomikkan.

 


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Kontraktor Buku Sedang Teruja

Maklumat terkini yang sedang panas diperbualkan di kalangan kontraktor-kontraktor buku adalah tender Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Mengikut yang empunya cerita, PNM sudah bersiap sedia hendak memulakan kerja-kerja membuat pemilihan judul bagi perbekalan 2007.

PTS tidak pernah masuk tender membekalkan buku-buku PTS kepada PNM, meskipun PTS mempunyai lesen pembekal daripada Kementerian Kewangan. Lesen itu dibuat semacam 'tangkal' sahaja....

PTS hanya membekalkan buku-bukunya kepada kontraktor-kontraktor yang mendapat tender PNM. Dengan cara ini semua orang dapat cari makan. PTS menjual buku kepada kontraktor. Kontraktor menjual buku kepada PNM.

Jadi, tidak timbul isu PTS tikam agen-agennya dari belakang dengan sama-sama masuk tender, sama-sama berlawan harga dengan kontraktor. Kalau berlawan harga, tentu PTS dapat menawarkan diskaun yang lebih baik kepada PNM bagi buku-buku PTS sendiri.

Jantung para penerbit buku sedang dag-dig-dug. Berapakah judul buku masing-masing akan dipilih oleh PNM....

Mari kita sama-sama minta pertolongan daripada Yang Maha Menolong hambanya, mudah-mudahan banyaklah judul PTS dipilih PNM tahun ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 26, 2007

3 Bukunya Dilesen oleh Jakarta Serentak

Penulis PTS paling ngetop bulan ini adalah Sdr Zamri Mohamed.

Tiga buah bukunya dilesen oleh Jakarta serentak. Ini adalah pencapaian luar biasa bagi penulis PTS yang masih amat muda ini.

Buku pertamanya diterbitkan sewaktu beliau masih menuntut dalam tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa.

Pencapaian beliau membuktikan resipi penulis dan penerbit bekerja sebagai regu adalah amat mujarab.

Moral daripada kejayaan Sdr. Zamri adalah, apabila penulis masih muda dan baru mula masuk pasaran, bergurulah dengan penulis yang lebih senior, dan ikut nasihat penerbit tentang trend-trend pasaran buku.

Siapa kata penulis muda tidak dapat melakukan lompat katak - leap-frogging - dalam mencapai kejayaan?

Gabungan bakat, disiplin kerja, dan dukungan penerbit dalam memasarkan bukunya, serta dengan izin Tuhan, insyaAllah ia dapat dilakukan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 25, 2007

Ancaman Serius Mentaliti “Business-as-Usual”

Bisnes boleh bungkus disebabkan ancaman dari luar dan dari dalam.

Contoh ancaman dari luar adalah perkembangan ekonomi internet. Di negara-negara maju, kedai buku on-line sudah menyebabkan 60% kedai-kedai buku indie bungkus.

Di negara ini, kita meramalkan merebaknya POPULAR ke kota-kota madya diramalkan dapat menyebabkan kedai-kedai buku indie di kota-kota itu bungkus. Fenomena begini sudah berlaku apabila supermarket masuk kota-kota madya, lalu menyebabkan kedai-kedai runcit bungkus.

Salah satu ancaman survival dalam dunia bisnes adalah ancaman-ancaman dari dalam yang disebut 'business-as-usual'.

Dalam fenomena ini, dunia di luar sudah menampakkan tanda-tanda perubahan besar akan melanda, tetapi pegawai-pegawai dalam syarikat tidak perasan akan hal itu, lalu mereka terus menjalankan kerja-kerja hariannya dengan rasa selesa macam biasa....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku untuk Perpustakaan Desa

Perpustakaan Negara Malaysia membekalkan buku-buku ke semua perpustakaan desa dan perpustakaan KEMAS di seluruh negara.

Bagi saudara yang berminat menulis buku yang sesuai dibeli oleh PNM, tulislah buku-buku yang diperlukan oleh perpustakaan desa.

Sebarang buku yang membantu kerajaan memajukan ekonomi dan penduduk desa adalah sesuai dibekalkan oleh PNM ke perpustakaan desa, seperti topik berikut:

(a) Buku-buku yang membantu orang kampung meningkatkan ekonomi melalui perniagaan kecil.

(b) Buku-buku yang meningkatkan mutu hasil pertanian dan penternakan.

(b) Buku-buku kesihatan dan kesejahteraan keluarga.

(d) Buku-buku motivasi dalam bidang kepimpinan belia dan pendidikan.

(e) Buku-buku yang membantu program-program kerajaan khusus bagi memajukan masyarakat luar bandar.

Setiap tahun PNM menerima bajet khas bagi pembelian buku. Sebagai penulis, kaitkan buku yang saudara tulis dengan keperluan PNM.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 24, 2007

PTS dan Tali Politik

PTS 'main kedai'. Itulah istilah orang bisnes. PTS tidak 'main politik'. Itulah istilah orang politik.

Jargon 'main kedai' bermakna mind-set Tim PTS adalah menerbitkan buku-buku yang laku dijual di dalam kedai-kedai buku. Itulah sebabnya Tim PTS berfikir kedai, kedai, kedai.

Buku PTS diterbitkan dengan isi kandungan dan rupa wajah yang kedai-kedai buku mahu ambil dan pamerkan dalam kedai. Mudah-mudahan pengunjung kedai mahu membeli buku-buku PTS yang dipamerkan.

Tujuh puluh lima peratus (75%) pendapatan PTS adalah daripada jualan buku dalam kedai-kedai buku, manakala 25% lagi adalah jualan kepada kontraktor-kontraktor buku yang dapat tender membekalkan buku kepada perpustakaan awam. Para kontraktor itu tidak dapat tidak ada 'main tali politik'.

Main kedai adalah cara kerja yang susah. Tetapi ia lebih selamat. Dengan mengamalkan dasar perniagaan main kedai, kita tidak risau siapa turun-naik dalam politik. Kita juga terlepas daripada mengamalkan perkara-perkara yang menyalahi etika bisnes orang Islam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 23, 2007

Bagaimana Best-Sellers Malaysia Sepatutnya Dipantau

Kita mencadangkan supaya MKBM (Majlis Kemajuan Buku Malaysia) menubuhkan meja khas yang bertanggungjawab memantau trend jualan buku di negara ini supaya kita mendapat statistik yang betul berkenaan buku-buku bestsellers tempatan.

Di negara-negara maju, perkara ini sudah dilakukan, semenjak Zaman Tok Naduk!

Pada masa ini macam-macam buku diakui sebagai best-seller tetapi sumber-sumber yang mengaku itu memang tidak telus, tidak objektif, tidak dapat dipercayai.

Senarai best-seller ini besar nilai motivasinya, baik kepada pengarang mahupun kepada penerbit.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 21, 2007

Pelaburan Baru dalam Sektor Buku

Pemain-pemain utama dalam sektor peruncitan buku sedang menambah pelaburan mereka membuka lebih banyak outlet di luar Lembah Kelang.

POPULAR dan MPH mempunyai jadual pembukaan cawangan baru masing-masing di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Pelabur korporat sepertiĀ POPULAR dan MPH tidak akan memperuntukkan jutaan ringgit bagi membanyakkan outlet mereka melainkan data-data yang mereka analisis menunjukkan pelaburan mereka selamat.

POPULAR dan MPHĀ tidak akan membuka lebih banyak outlet jika mereka tidak yakin permintaan bagi buku bacaan sedang makin meningkat di luar Lembah Kelang.

Angin sedang beriup... marilah kita kembangkan layar!

Cawangan-cawangan baru POPULAR dan MPHĀ mahukan lebih banyak buku. Mari kita tulis buku-buku itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Dari 2 Ribu, Naik 3 Ribu, Naik 5 Ribu… ke 10 Ribu



Sewaktu PTS ONE mula menerbitkan buku-buku sastera remaja, bagi menguruskan risiko, cetakan pertama bagi setiap judul adalah 2 ribu naskhah sahaja. Jumlah itu dapat dijual dalam tempoh kurang 6 bulan.

Kemudian, bagi sesetengah judul, jumlah cetakan pertama berjaya dinaikkan ke 3 ribu naskhah, yang dapat dijual habis dalam tempoh kurang 6 bulan.

Hari ini bagi sesetengah judul, seperti siri ADAM Kecil, dan siri Dear Yayah, sekadar menyebut dua contoh, PTS sudah berani mencetak 5 ribu naskhah, dengan rasa yakin semua dapat terjual dalam tempoh kurang 6 bulan.

Kejayaan ADAM dan Dear Yayah adalah disebabkan faktor kedua-duanya ditulis dalam siri. Selepas beberapa lama siri ini berada di pasaran, jumlah peminatnya semakin hari semakin banyak.

PTS ONE mentargetkan siri ADAM dapat menjadi siri evergreen, yang bertahan dalam pasaran selama 50 tahun, seperti siri Enid Blyton. Malah mungkin lebih daripada 50 tahun!

Tim Marketing PTS sedang bekerja kuat bagi meningkatkan angka jualan setiap judul kreatif PTS kepada 10 ribu bagi cetakan pertama, dengan rasa yakin semua dapat dijual dalam tempoh 6 bulan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 20, 2007

Kahwin Cerai Dengan Penerbit

Kahwin cerai antara penulis dengan penerbit adalah amalan lazim dalam dunia bisnes buku di negara kita. Hampir tidak ada penulis yang buku-bukunya hanya diterbitkan oleh satu penerbit.

Ini berbeza sekali dengan amalan antara para penyanyi dengan penerbit album mereka. Jikalau ada mana-mana penyanyi popular yang menamatkan kontrak dengan penerbit mereka, peristiwa itu menjadi berita besar dalam ruangan gosip artis.

Kahwin banyak antara satu orang penulis dengan beberapa penerbit merugikan baik penulis, mahupun penerbit.

Kata pepatah Melayu, "Kahwin banyak, ada anak tak dapat disuruh."

Penulis yang kahwin banyak penerbit mempunyai banyak buku, tetapi satu buku di sini, satu buku di sana. Ini menyebabkan buku-buku penulis itu tidak dipasarkan dengan bersungguh-sungguh oleh mana-mana penerbit.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 19, 2007

Buku-buku Bisnes yang Dilesen Jakarta

Dua kali setahun PTS menghantar delegasi pegawai-pegawainya ke Pesta Buku Jakarta dan Pesta Buku Islam Jakarta.

Paling sedikit PTS menghantar rombongan 6 orang pegawai.

Jumlah yang banyak ini adalah bagi meyakinkan penerbit-penerbit di Jakarta bahawa PTS adalah penerbit yang kukuh dan mereka boleh mempercayai kredibiliti etika bisnes PTS.

Sekembalinya delegasi PTS dari Pesta Buku Jakarta 2007 minggu lalu, PTS PROFESSIONAL berjaya melesenkan judul-judul berikut:

1. Rahsia Bisnes Orang Korea - Ann Wan Seng
2. Formula Bisnes Negara China - Ann Wan Seng
3. Memulakan Bisnes Sendiri - (ehem! ehem!)
4. Hidup Tenang Walaupun Berhutang - Shamsuddin Abdul Kadir
5. Duit Banyak Bertambah Banyak - Hazeline Ayoup dll
6. Kuasa Minda Separa Sedar - Mohd. Rozani Pawan Chek
7. Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya - Norlela Zubir
8. Mengapa Bisnes Gulung Tikar - Ahmad Amri Zainal Adnan & Nurasyikin Ahmad


Judul-judul PTS PROFESSIONAL yang sudah dilesenkan sebelum ini:

Menjadi Jutawan MLM - Mohd. Rozani Pawan Chek
Rahsia Bisnes Orang Cina - Ann Wan Seng
Rahsia Bisnes Orang Jepun - Ann Wan Seng


Ingat pesan Sifu, tulis buku saudara menggunakan Bahasa Melayu Tinggi supaya mudah diIndonesiakan oleh editor-editor di Jakarta.

Hidup Buku Malaysia di Indonesia!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 18, 2007

Lagi Buku-buku PTS Dilesen oleh Jakarta

Minggu lalu PTS menghantar 7 orang pegawainya ke Pesta Buku Jakarta 2007 dengan misi melakukan kempen marketing bagi melesenkan buku-buku penulis PTS.

PTS MILLENIA berjaya melesenkan judul-judul berikut kepada penerbit PT Mutiara Qolbun Salim (MQS), penerbit milik ulama besar Indonesia Aa Gym.

1. Empayar Minda Muslim
2. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden
3. Islam The Misunderstood Religion
4. Rahsia Arqam
5. Kesihatan Keluarga
6. Panduan Menjaga kesihatan Wanita
7. Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu (ehem! ehem!)
8. Kuasa Berfikir Kreatif (ehem! ehem!)


Itu pun masih ada tokoh-tokoh perbukuan di sini yang meratap-ratap mengatakan buku-buku terbitan Malaysia tidak dibenarkan dibawa masuk ke Indonesia. Kata-kata begitu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kalau kita yang tidak pandai memperdagangkan harta intelek penulis-penulis Malaysia, jangan menyalahkan pembeli buku di Indonesia. Buku Rahsia Bisnes Orang Cina karya Ann Wan Seng terjual 20 ribu naskhah di Indonesia dalam masa 3 minggu pertama ia diterbitkan!

Pegawai-pegawai Malaysia yang dihantar ke pesta-pesta buku di luar negara dengan menggunakan wang rakyat tidak menjalankan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh. Setiap tahun mereka berbondong-bondong ke pesta buku di Frankfurt, ke Bologna, ke London... mana hasilnya?

Nota Sifu: Kepada mentee-mentee sekalian, tulis buku-buku saudara menggunakan Bahasa Melayu Tinggi supaya mudah diIndonesiakan!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 15, 2007

Siapa Pembayar Royalti Paling Baik

Berdasarkan maklumat yang kita ada, penerbit yang paling berdisiplin membayar royalti pengarang-pengarangnya adalah ALAF21.

ALAF21 bukan hanya mengira dengan tepat jumlah royalti itu, malah syarikat tersebut membayar royalti 4 kali setahun. Tidak ada mana-mana penerbit lain, tidak juga DBP, memiliki kecekapan seperti itu.

Jadi, tidak hairanlah ALAF21 menjadi pilihan pertama semua penulis novel cinta.

Faktor yang membolehkan jabatan kewangan ALAF21 mencapai tahap kecekapan itu adalah cara bisnes ALAF21.

ALAF21 menjual novel-novel terbitannya secara tunai kepada pengedar dan kedai-kedai buku - macam kedai runcit! Tidak ada sistem hutang. Novel keluar, duit tunai masuk.

Jadi, bagi setiap naskhah yang keluar dari setor ALAF21, tidak ada yang 'return'. Jadi, buku akaun ALAF21 memang cantik, memang kemas.

ALAF21 juga mewajibkan para pengedarnya meletakkan wang cagaran tunai yang tinggi ke dalam akaun bank ALAF21. Pengurusan risiko seperti ini adalah amat bagus, sebab kalau pengedar tidak bayar hutang, wang cagarannya akan didebit.

Jadi, dalam sistem ALAF21 tidak ada risiko hutang lapuk, risiko buku return, ataupun risiko ditipu pengedar. Inilah faktor yang membolehkan ALAF21 membayar royalti dengan amat cekap.

Tidak ada penerbit lain di bumi Malaysia ini yang mampu buat bisnes cara ALAF21. DAWAMA-DBP pun tidak. PTS pun tidak.

Semua penerbit lain di Malaysia berniaga dengan memberikan kredit kepada pengedar, kedai-kedai buku dan agen-agennya.

Berniaga dengan cara kredit menyebabkan buku akaun penerbit tidak kemas. Ia comot - sebab ada rekod buku keluar setor, ada rekod jualan, ada rekod kutipan hutang, ada rekod hutang lapuk, ada rekod buku return, ada rekod buku rosak, ada rekod buku promosi, dan entah apa-apa lagi rekod...

Inilah faktor yang menyebabkan sistem pengiraan royalti menjadi rumit. Tetapi sistem kredit begini amat disukai oleh pengedar, kedai buku dan agen-agen... sebab buku-buku yang tidak laku dapat mereka pulangkan ke setor penerbit.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 14, 2007

Selebriti dan Royalti

Ini gosip tentang cerita daripada sesama rakan penerbit buku. Ada sebuah penerbit yang berminat menerbitkan buku masakan dalam dua edisi, satu edisi Bahasa Melayu, satu lagi edisi bahasa Inggeris.

Si penerbit pun mencari seorang chef yang sudah ada nama, yakni sudah selalu muncul di TV supaya menjadi 'penulis' buku masakan itu.

Faktor 'nama' memang penting dalam sektor buku masakan, sebab buku yang 'ditulis' oleh chef popular terbukti jualannya lebih baik daripada buku yang ditulis oleh chef tanpa nama.

Tetapi chef tersebut meletakkan harga yang terlalu tinggi bagi poket si penerbit, lalu penerbit itu pun menarik balik tawarannya, dan sekarang sedang mencari chef lain.

Moral gosip ini: Hendakkan banyak sangat, langsung tidak dapat royalti...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 13, 2007

Ini Pula Nasib Penerbit Ditipu Pengedar

Jika saudara sedang merancang hendak masuk dunia penerbitan buku Melayu, baca entri ini baik-baik. Maklumlah, banyak orang tengok dunia bisnes buku Melayu berkembang pesat, maka tergeraklah hati hendak masuk kebun ular ini.

Risiko saudara yang pertama-tama bukan buku saudara tidak laku, tetapi pengedar tipu saudara. Orang lama macam PTS sudah mengalaminya.

Pengedar penipu itu ("K..B..") adalah nama lama dalam dunia pengedaran buku, khususnya dahulu, ia amat aktif mengedarkan buku kanak-kanak, sekarang ia juga mengedarkan buku-buku umum dan novel.

Beginilah cara pengedar seperti "K..B.." menipu saudara.

Mula-mula, semasa saudara belum percaya kepadanya, berapa buku saudara hantar, dia bayar elok. Saudara pun hantar lagi, dia bayar lagi.

Makin lama, saudara makin menaruh kepercayaan kepada "K..B..". Dia pula semakin menaikkan jumlah pesanannya, makin lama makin besar. Mula-mula RM5 ribu, dia bayar. Naik RM10 ribu, dia bayar. Naik RM20 ribu, dia bayar. Naik, naik, naik... sampai RM75 dia tidak bayar!

"K..B.." bukan tidak ada duit. Buku-buku saudara pun laku dijualnya, maknanya duit itu ada.

"K..B.." mahu saudara tersungkur. Tutup bisnes. Gulung tikar. Dengan itu dia tidak perlu bayar hutang saudara! Yalah, buat apa bayar hutang syarikat yang sudah tutup?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 08, 2007

Teropong PTS: Apabila POPULAR Membuka Pejabat di London

Ini bukan gosip lagi!

Pengurusan POPULAR sudah mengenal pasti nama eksekutif seniornya yang akan ditugaskan membuka pejabat di London.

Misi pejabat POPULAR di London adalah memilih dan mengimpot sendiri buku-buku Inggeris terbitan Britain bagi dibekalkan ke seluruh rangkaian kedai-kedainya. Jadi, POPULAR tidak akan bergantung lagi kepada pengimpot buku bagi bekalan buku Inggeris dari Britain. Ini adalah berita buruk bagi pengimpot buku Inggeris yang selama ini membekalkan buku-bukunya ke POPULAR.

Dengan mengimpot sendiri, POPULAR dapat menjual buku-buku itu pada harga yang lebih berpatutan. Perang harga ini menguntungkan pembeli. Ini adalah khabar buruk bagi penjual buku Inggeris seperti MPH dan Borders.

Dahulu, dan sampai saat ini, POPULAR terkenal sebagai pengimpot dan penjual buku-buku Cina terbesar di negara ini.

Nampaknya, ada tanda-tanda POPULAR juga mahu menjadi pemain utama sektor buku Inggeris dengan menjadi pengimpot dan penjualnya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 07, 2007

Pasaran Mahukan Lebih Banyak Novel Jibunsyi

Data jualan novel-novel PTS menunjukkan jualan jibunsyi semakin meningkat hari-demi-hari. Judul-judul yang mula-mula diterbitkan semua sudah habis dalam setorĀ dan sekarang sedang diulangcetak.

Ini adalah indikator bahawa peminat novel Melayu sudah mula kenal novel jibunsyi dan peminat novel ini sudah mula bertambah banyak jumlahnya.

Jualan jibunsyi meningkat apabila pembaca puas hati lalu menceritakan novel itu kepada sahabatnya. Rekomendasi personal begini berlaku perlahan-lahan tetapi kesan amat efektif.

Perkembangan ini mendorong PTS FORTUNA mahukan lebih banyak penulisnya menghasilkan karya jibunsyi orang-orang di sekeliling mereka.

Bagi saudara yang sudah menerbitkan jibunsyi saudara, kita mahukan saudara terus menghasilkan jibunsyi-jibunsyi baru. Dengan demikian para peminat saudara dapat terus menikmati karya baru saudara dari waktu ke waktu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 05, 2007

Pasaran Novel Cinta

Sudah dua tahun pasaran novel cinta jatuh.

Pemain-pemain dalam sektor ini sedang memikirkan apakah strategi yang dapat digunakan bagi mendapatkan semula keyakinan khalayak novel cinta supaya kembali membeli novel-novel cinta.

Pengedar terbesar novel cinta di Malaysia adalah Syarikat FAJAR. Semua penerbit novel popular menggunakan Syarikat FAJAR sebagai pengedar.

Semasa Pesta Buku 2007 (PBAKL) di PWTC yang lalu, kita sempat membuat kiraan judul-judul novel cinta yang terbaru dalam booth FAJAR.

Didapati, 75% judul novel popular terbaru yang dipamerkan adalah terbitan nama-nama penerbit baru! Hanya 25% judul baru adalah terbitan 2 buah pemain utama tradisonalnya, yakni ALAF21 dan CREATIVE.

Dalam perbualan dengan pemilik Creative semasa pesta buku itu, beliau melaporkan jualan di booth Creative menurun berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Perbualan dengan petugas di booth FAJAR juga memberikan maklum balas yang serupa, bahawa jualan novel popular tahun 2007 menurun.

Nampaknya, pada saat pasaran novel cinta sedang mengalami kejatuhan, kita menyaksikan kemunculan penerbit-penerbit baru dalam sektor itu. Ini adalah fenomena yang tidak disangka-sangka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 04, 2007

Ancaman POPULAR kepada Kedai Buku Indie

Kemaraan POPULAR ke kota-kota madya, atau bandar saiz sederhana, di seluruh Malaysia adalah khabar yang sudah lama diharap-harapkan oleh para penerbit buku ilmu seperti PTS, kerana ini bermakna infrastruktur pemasaran buku ilmu akan bertambah baik.

Selama ini kota-kota madya Malaysia tidak mempunyai kedai-kedai buku yang baik. Kedai-kedai yang ada hanya menjual buku-buku ulangkaji peperiksaan dan alat tulis. Inilah faktor yang menyekat peningkatan jumlah jualan buku-buku ilmu.

Apabila POPULAR membuka cawangannya di kota-kota madya seluruh negara, ini bermakna, bagi penerbit seperti PTS, automatis ia dapat meluaskan daerah pasaran buku-bukunya. Pendek kata, ke mana POPULAR pergi, ke situlah buku-buku PTS dapat ikut pergi.

Selama ini 80% buku-buku terbitan PTS dijual dalam kedai-kedai buku di Lembah Kelang dan bandar-bandar utama seperti Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kota Bharu.

Namun, apabila ada pihak yang beruntung, akan ada pihak yang kerugian. Kemaraan POPULAR ke kota-kota madya seperti Segamat, Kemaman, Temerloh, Taiping dan lain-lain adalah ancaman paling serius yang dihadapi oleh kedai-kedai buku indie di kota-kota madya itu.

Dapatkah kedai-kedai buku indie survive apabila budak besar yang bernama 'POPULAR' ini masuk bermain dalam padang kecil mereka?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Adat Berniaga dengan Rangkaian Kedai Buku Elit

Setiap korporat mempunyai budaya niaganya masing-masing. Kedai-kedai buku korporat seperti POPULAR dan MPH pun demikian jugalah. Masing-masing mempunyai tatakerja dan pantang-larang masing-masing.

Apabila kita mempunyai bisnes dengan mereka, ada adat dan adab-adab kerja yang mesti dipatuhi, supaya hubungan perniagaan itu terus berkembang dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Ambil kes POPULAR yang sedang mengadakan Bookfest 2007 di KLCC CC saat ini. Sempena event itu, pengurusan POPULAR mengadakan makan malam gala di Mandarin Hotel. Mereka menjemput semua pembekal buku dan stationary POPULAR membeli meja pada malam itu.

Disebabkan harga setiap meja itu mahal, PTS (pembekal buku umum terbesar - ambil 5 kerusi), HIDAYAH (pembekal buku agama terbesar - ambil 2 kerusi) dan FAJAR (pembekal novel popular terbesar - ambil 3 kerusi) berkongsi membeli sebuah meja. Jumlah 10 kerusi. Itulah 1 meja 'Melayu' pada malam itu.

Kata Encik Saiful dari HIDAYAH, "Kita dapat duduk di sini malam ini pun sudah kemajuan! Dulu Melayu tidak merasa berniaga dengan POPULAR..."

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 03, 2007

Pesta Buku KL 2007 dan Bookfest 2007: Apa Bezanya

Pesta Buku Antarabangsa KL 2007 (PBAKL) di PWTC dianjurkan oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan, Kementerian Pelajaran. Anggota-anggota MABOPA secara sukarela membantu kementerian.

Bookfest 2007 di KLCC Convention Centre, dianjurkan oleh pengurusan rangkaian kedai buku POPULAR. Dia satu orang buat! Tidak ada mana-mana pihak lain membantu. Kita tidak boleh komplain apa-apa.

Fokus PABKL mempamerkan buku-buku Melayu dan Inggeris. Fokus Bookfest mempamerkan buku-buku Cina.

Buku-buku Melayu dan Inggeris yang dipamerkan di Bookfest adalah buku-buku Melayu yang dijual dalam rangkaian kedai buku POPULAR. Jadi, buku-buku Melayu yang tidak dibekalkan kepada kedai POPULAR memang takkan ada dalam Bookfest.

Antara judul Melayu di Bookfest, judul PTS paling banyak sebab PTS adalah pembekal judul Melayu paling banyak ke rangakaian POPULAR. Malah dari segi nilai bisnes PTS, bekalan ke POPULAR adalah paling tinggi, mengatasi bekalan ke mana-mana pengedar dan kedai buku lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 01, 2007

Merebaknya Rangkaian POPULAR dan Masa Depan Pasaran Buku Melayu

POPULAR adalah rangkaian kedai buku yang paling agresif membuka cawangan-cawangan baru di seluruh negara. Dalam tempoh 5 tahun akan datang, targetnya adalah 100 buah cawangan.

Ini bermakna POPULAR akan membuka cawangannya di bandar-bandar sederhana seperti Taiping, Keluang, Banting, Teluk Intan dan lain-lain.

Bandar-bandar sederhana dikelilingi oleh penduduk Melayu! Ini bermakna POPULAR memerlukan buku-buku Melayu yang memenuhi keperluan penduduk Melayu di bandar-bandar sederhana.

Para penulis perlu mengenalpasti buku-buku yang diperlukan oleh pembaca Melayu bandar seperti Batu Pahat, Kuala Kangsar, Kemaman dan Temerloh.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 9 pages  <  1 2 3 4 5 >  Last »