Thursday, October 12, 2006

Buku Ala Kuih Tempah

Pada peringkat antarabangsa, buku-buku yang berjaya menjadi buku 'hit' dalam pasaran adalah 'dicipta' oleh para penerbit, bukan lagi 'dilahirkan' oleh penulis.

Di negara-negara maju, zaman penerbit duduk di meja pejabat menanti penulis datang membawa manuskrip sudah lama berakhir. Ini zaman bisnes penerbitan ala 'kuih tempah'.

Strategi inilah yang ditiru oleh PTS. Itulah sebabnya PTS melabur dalam mengadakan secara percuma aktiviti kursus penulisan dan mentoring bagi mendapatkan bakat-bakat baru supaya mereka menghasilkan produk-produk baru yang dirancang oleh PTS.

Sebagai contoh, bagi program novel jibunsyi dan novel remaja, PTS mula melatih penulis-penulisnya seperti Ashadi Zain, Zafran, Haslisa Ramli dan Ida Rizyani sejak tahun 2004. Edisi remaja jibunsyi mereka mula diterbitkan ada tahun 2005, manakala hanya pada tahun 2006 edisi besar jibunsyi mereka dapat diterbitkan.

Proses kuih tempah ini juga dilakukan bagi program penerbitan bukan fiksyen PTS. Buku hit "Rahsia Bisnes Orang Cina" ditulis atas permintaan penerbit kepada Ann Wan Seng. Sekarang beliau sedang menulis buku "Rahsia Bagaimana Orang Cina Mengembangkan Wangnya", juga atas permintaan kita.

Strategi inilah yang membolehkan PTS secara konsisten menghasilkan judul-judul baru setiap bulan, kerana jumlah penulis PTS kini sudah hampir 200 orang, masing-masing sudah tahu mereka menulis untuk siri PTS yang mana.

Strategi ini juga sekarang sudah mula dilakukan oleh ALAF21, dan pendatang baru KarnaDya. (KarnaDya akan mengadakan bengkel penulisan pada 18 Nov 2006, sila mendaftar.)

Cara kerja begini tidak sesuai dengan jiwa sasterawan yang sangat menghargai kebebasan dalam proses berkarya.

Faktor ini menyebabkan PTS bekerja keras membangunkan angkatan penulisnya sendiri yang terdiri daripada bakat-bakat terpendam dan baru sama sekali.

Hikmah di sebalik kesukaran cara kerja begini adalah kita menemui bakat-bakat besar daripada kelompok yang tidak disangka-sangka, yakni golongan terpelajar dan profesional seperti jurutera, akauntan, doktor, peguam dan pensyarah, yang memiliki bakat menulis semula jadi.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 11, 2006

Penerbit dan Dr Palsu

Adakah saudara seorang penerbit, ataupun bekerja dengan syarikat penerbitan buku? Jika ya, berhati-hati apabila didatangi oleh pengarang yang mengaku memiliki ijazah PhD.

Kita dapat mengesan ada dua orang penulis buku motivasi yang menggunakan gelaran "Dr." yang diragui ke-genuine-nan ijazahnya.

Jika masyarakat mendapat tahu saudara menerbitkan buku-buku yang ditulis oleh orang yang menyamar sebagai "Dr.", risikonya adalah pada nama baik syarikat dan nama baik saudara sendiri sebagai orang bisnes.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, October 07, 2006

Menyusun Antologi: Tiru Susunan Kaset Muzik

Catatan ini penting bagi editor buku.

Mengapakah kaset dan CD muzik menikmati jumlah jualan yang lebih banyak daripada buku? Kalau penulis berjaya menjual 3 ribu naskhah bukunya, dia sudah berbangga! Kalau penyanyi hanya berjaya menjual 3 ribu unit kaset dan CDnya, baginya itu adalah kegagalan yang mengaibkan.

Pandangan dan sentuhan pertama adalah kritikal dalam proses membuat keputusan.

Apabila saudara pergi ke kedai muzik, saudara mungkin meminta pembantu kedai memainkan dulu kaset sebelum membuat keputusan membelinya. Adakah saudara perasan, sebelum kaset itu disimpan semula, pembantu itu akan me-rewind kaset itu sebelum menyimpannya semula?

Penerbit muzik sentiasa meletakkan lagu yang terbaik sebagai lagu pertama dalam antologi muzik. Bagi memastikan lagu yang didengar oleh mana-mana bakal pembeli adalah lagu yang terbaik, justeru kaset yang sudah diuji mesti di-rewind semula, supaya setiap kali kaset itu diuji, hanya lagu pertama yang didengar!

Lazimnya penerbit buku Melayu tidak berfikir sebagaimana penerbit muzik. Dalam industri muzik, penerbitlah yang menentukan susunan antologi dalam kaset dan CD, bukan pencipta lagu ataupun penyanyi.

Sebaliknya, dalam industri buku Melayu, penerbit ikut sahaja susunan yang dibuat oleh penulis. Lazimnya penulis membuat susunan bukunya dengan tidak memasukkan strategi pemasaran dan penjualan bukunya. Akibatnya, buku itu tidak disusun dengan objektif yang selaras dengan bisnes jualan buku.

Adakah saudara sedang menyusun buku antologi? Antologi saudara mungkin antologi artikel, puisi, cerita-cerita, cerpen ataupun catatan travelogue.

Ada beberapa cara menyusun antologi:

(a) Ikut kronologi

Di sini karya yang ditulis paling awal diletakkan paling di depan, dan karya yang ditulis paling lewat diletakkan pada bahagian terakhir.

Risiko teknik ini adalah item pertama itu bukan item yang paling baik mutunya. Pada logiknya, cerpen yang ditulis sewaktu penulis itu masih muda tidak sebaik cerpen yang ditulis pada usia lebih dewasa.

(b) Ikut tema-tema

Di sini semua item dikumpulkan berdasarkan tema-temanya. Pilihlah tema yang paling menarik sebagai tema pertama. Antara item dalam tema itu, pilih item yang terbaik dan letakkan sebagai item pertama.

(c) Ikut pengarang

Di sini, item-item itu dihasilkan oleh beberapa penulis. Semua item dikumpulkan berdasarkan penulis.

Pilih pengarang yang paling terkenal sebagai pengarang pertama. Antara karyanya, pilih yang terbaik sebagai item pertama.

Jikalau saudara sedang menulis buku antologi catatan pengembaraan - travelogue - susun item-itemnya supaya catatan-catatan yang paling menarik diletakkan pada bahagian awal buku itu.

Editor buku-buku antologi perlu menerangkan kepada penulis mengapa susunan yang dibuat oleh penulis belum tentu disetujui oleh penerbit. Jangan ikut sahaja apa yang ada dalam manuskrip yang dihantar oleh penulis.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 01, 2006

Buku Ulangcetak: Mengapa Lambat?

Buku saudara sudah habis dalam setor penerbit saudara. Tetapi mengapa sampai hari ini ia belum diulangcetak?

Para penulis memang berasa kecewa apabila bukunya sudah habis dalam setor tetapi masih belum diulangcetak oleh penerbitnya.

Berikut adalah garis panduan ulangcetak yang diamalkan oleh penerbit dalam dan luar negara:

1. Buku itu mungkin sudah habis keluar daripada setor penerbit tetapi itu bukan bermakna buku itu semuanya sudah habis terjual di kedai. Tunggu dahulu sampai buku dalam kedai habis terjual, jika tidak, buku yang baru diulangcetak itu tidak dipesan oleh kedai. Ia duduk lama dalam setor. Duit pun sangkut dalam setor.

2. Jika buku itu hendak ditukar kulitnya, ada risiko mana-mana buku kulit lama yang masih ada dalam kedai akan di-return kepada penerbit. Buku kulit lama sukar dijual, ia berlonggok dalam setor. Duit pun sangkut dalam setor.

3. Jika cetakan pertama buku itu 2 ribu naskhah, jangan terus ulangcetak 2 ribu naskhah. Barangkali pasaran sebenar buku itu cuma 2500 naskhah sahaja. 1500 naskhah lagi gagal dijual, ia berlonggok dalam setor. Duit pun sangkut dalam setor.

4. Bukan semua buku patut diulangcetak. Kalau cetakan pertama buku itu pun mengambil masa 2 tahun baru habis dijual, jangan ulangcetak buku itu. Gunakan duit itu untuk mencetak judul baru, ataupun ulangcetak buku lain yang lebih laku.

5. Pilih waktu yang tepat bagi mengulangcetak. Ikut kalendar kegunaan buku-buku itu. Jangan asal habis, buku itu terus hendak diulangcetak. Buku sekolah cetak apabila sekolah hampir buka. Buku haji dan umrah ulangcetak sebelum bulan puasa. Buku universiti tunggu sehingga kursus itu ditawarkan semula. Buku puasa cetak sebelum bulan puasa.

6. Dulukan mencetak judul baru dibandingkan dengan mengulangcetak buku yang ada. Judul baru lebih cepat dijual. Buku ulangcetak lebih slow. Ini penting bagi memastikan cash-flow syarikat tidak tercekik.

7. Jika pesanan buku itu tidak lebih daripada 400 unit, lebih baik jangan ulangcetak buku itu. Gunakan duit itu bagi mencetak buku-buku lain.

3. Bagi buku-buku yang banyak fakta kontemporari di dalamnya, selepas 3 tahun terbit, buku yang hendak diulangcetak mesti dihantar kepada pengarang supaya ditokok-tambah dan diterbitkan sebagai edisi ke-2. Kalau pengarang tidak mahu, jangan ulangcetak buku itu.

4. Selepas 2 tahun buku itu dalam pasaran, baru tukar kulitnya.Sebab apabila kulit ditukar, kedai buku akan segera me-return buku-buku kulit lama yang masih ada dalam kedai.

5. Pada masa ini ada pencetak sanggup mencetak 500 naskhah minimum. Gunakan kemudahan ini bagi mengulagcetak buku-buku yang sederhana permintaannya.

Diharap para penulis sudah mendapat gambaran bagaimana penerbit menguruskan risiko yang berkait dengan buku ulangcetak.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 28, 2006

Karya Pelampung Keselamatan

Tahun 2006 menunjukkan pasaran retail mula jatuh, tetapi tahun 2006 juga mengejutkan staf jabatan editorial, pemasaran dan pengurusan PTS.

Sebelum ini PTS terkenal sebagai pemain dominan buku-buku motivasi dan pembangunan diri. Perolehan daripada jualan buku-buku itu sentiasa menjadi penyumbang utama ke dalam akaun syarikat.

Tetapi mulai Jun2006, sementara jualan buku-buku lain mulai lembap, jualan buku-buku siri buat duit PTS melonjak dan mengatasi jualan buku-buku motivasi!

Ada dua faktor utama fenomena ini:

1. Jumlah judul buku-buku buat duit terbitan PTS memang sudah bertambah banyak. Buku-buku itu diterbitkan oleh PTS PROFESSIONAL.

2. Jumlah jualan per judul memang meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sebagai contoh jualan "Rahsia Bisnes Orang Cina" diulangcetak dalam tempoh sebulan dan diulang cetak 3 kali dalam tempoh 5 bulan. Jualan buku "Berubah Untuk Kaya" juga rancak dan buku itu cepat diulangcetak.

Trend ini memberitahu kita suatu perkara penting tentang tingkah laku golongan peminat buku-buku motivasi.

Dalam zaman duit banyak, isu buat duit bukan topik paling penting. Tetapi apabila berdepan dengan zaman duit tidak banyak, maka isu buat duit menjadi amat penting!

Trend ini menyebabkan PTS menceburkan diri ke dalam siri buku-buku buat duit dengan lebih bertubi-tubi. Buku-buku ini memainkan peranan survival yang kritikal kepada bisnes buku. Ia adalah pelampung keselamatan penerbit!

Bagi saudara yang menulis, saudara perlu menulis buku-buku pelampung saudara. Dengan demikian, sepanjang zaman ekonomi lembap saudara dapat terus menerima royalti bagi membolehkan saudara terus hidup sementara menanti ekonomi pulih.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 26, 2006

Formula Survival Penerbit dan Penulis

Situasi ekonomi tidak pernah stabil lama. Pada tahun 2005 sektor peruncitan naik dengan memberangsangkan sekali. Orang ramai kuat membeli-belah. Para pekedai sibuk menguruskan transaksi yang aktif.

Tahun 2005 menyaksikan jualan buku-buku Melayu pun ikut naik dengan rancaknya. Tidak hairan royalti yang diterima oleh penulis-penulis PTS tahun (2006) ini melonjak!

Tetapi sejak 2006, menurut presiden Persatuan Peruncit Malaysia (Malaysia Retailers Association), sektor retailing jatuh. Malah beliau meramalkan tahun 2007 tidak menjanjikan situasi yang lebih baik daripada 2006.

Kedai-kedai buku elit melaporkan jualan 2006 jatuh 1 persen. Penerbit majalah pun melaporkan kejatuhan jualan. Perempuan yang lazimnya membeli 2 jenis majalah sebulan, hanya membeli 1 majalah sahaja.

Justeru, baik sebagai penerbit mahupun penulis, saudara perlukan formula yang membolehkan saudara survive apabila ekonomi lembap seperti sekarang.

Antara formula itu adalah:

1. Pelbagaikan tajuk dan topik buku saudara.


Sesetengah jenis buku hanya laku dalam zaman ekonomi bagus sahaja, dan tidak laku apabila orang ramai mengambil sikap berjimat-cermat. Contoh yang baik adalah buku kulit keras.

Justeru, jangan menulis buku-buku novel bertaraf sastera sahaja. Buku sastera adalah produk luxury. Kalau ada wang lebihan, baru dibeli. Dalam keadaan ekonomi lembap, buku sastera adalah antara jenis produk yang terpukul teruk.

Adakah saudara memiliki bakat sastera? Bakat sastera adalah bakat yang banyak gunanya. Banyak produk buku memerlukan penulis yang memiliki bakat sastera.

Gunakan bakat sastera saudara bagi menulis buku-buku cerita agama, sebab buku-buku cerita agama adalah evergreen, dan terbukti dalam zaman ekonomi merudum sekalipun, buku-buku cerita agama masih dibeli orang.

Jualan buku-buku cerita agama adalah 6 kali lebih besar daripada jualan buku-buku motivasi! Inilah strategi PTS menubuhkan PTS ISLAMIKA.

Buku-buku cerita agama yang banyak dalam pasaran sekarang ditulis oleh ustaz-ustaz yang tidak memiliki bakat sastera. Itulah sebabnya buku-buku itu tidak memiliki ciri-ciri keindahan pada gaya bahasa dan gaya penceritaannya.

Tulis juga buku-buku cerita bagi bacaan remaja dan kanak-kanak, sebab buku-buku kategori ini pun terbukti masih dapat dijual dalam ekonomi merudum.

Lupakan ego, banyak sasterawan mencemuh genre ini, dan yakin sasterawan besar tidak layak menjatuhkan martabatnya dengan menulis sastera kanak-kanak dan remaja. Tetapi buku-buku cerita kanak-kanak dan remaja adalah sektor yang besar dan ia sektor yang kebal pukulan ekonomi gawat.

Inilah strategi bisnes PTS di sebalik penubuhan PTS ONE yang khusus menerbitkan buku-buku kanak-kanak dan remaja. Lazimnya, walaupun ekonomi lembap, golongan yang makan gaji akan terus membelikan buku untuk bacaan anak-anak mereka.

2. Pelbagaikan braket harga buku-buku saudara.

Apabila ekonomi lembap, semua produk luxury terpukul teruk. Restoran-restoran mahal lengang, termasuk restoran Cina, tetapi restoran makanan segera dan restoran Mamak terus aktif. Butik-butik jenama mahal lengang, tetapi kedai kain dan lantai yang menjual pakaian di supermarket terus aktif.

Buku-buku kulit tebal terpukul paling teruk. Buku-buku yang berharga lebih RM20 juga terpukul, meskipun tidak sama teruknya. Tetapi buku-buku murah masih dibeli orang.

Justeru, jika buku-buku saudara sekarang semuanya dijual pada harga lebih RM20, saudara perlu menulis buku-buku yang dapat dijual pada harga lebih murah.

Inilah strategi bisnes PTS ISLAMICA yang mula memperkenalkan buku-buku agama yang dijual pada harga antara RM5 - RM10 sahaja.

Jadi, jangan hairan SifuPTS pun sudah mula menulis buku-buku agama pada harga RM5.00!

Dalam keadaan ekonomi lembap, semua orang terpukul. Ada orang terpukul sampai jatuh pengsan, lama baru dapat bangun semula. Ada orang terpukul, dia sakit, tetapi tidak jatuh, masih boleh melangkah terus. Mereka survive!

Sebagai penerbit dan penulis, saudara mesti mempunyai produk-produk life-line khusus buat survival pada masa gawat. Produk-produk ini amat istimewa sebab ia pedang mata dua, ke kanan makan, ke kiri pun makan. Buku-buku life-line saudara itu laku keras dalam zaman ekonomi rancak, dan ia laku sederhana dalam zaman gawat.

Kita istilahkan produk-produk itu produk "sambung-nyawa".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Penerbit Baru: Dilema Ikut ataupun Tidak Ikut

Apabila saudara baru hendak menceburkan diri ke dalam bisnes penerbitan, salah satu dilema saudara adalah: Hendak ikut penerbit besar ataupun tidak?

Katakanlah saudara hendak masuk bisnes buku novel, adakah saudara hendak ikut Alaf21, Creative, DBP ataupun PTS, ataupun saudara mencipta niche sendiri?

PTS masuk bisnes buku novel dengan mencipta niche sendiri. PTS ONE menerbitkan novel remaja manakala PTS FORTUNA menerbitkan novel jibunsyi yang ditulis menggunakan teknik-teknik surah Yusuf.

Kelebihan dan kelemahan strategi mencipta niche sendiri adalah:

1. Membuka niche baru memerlukan kudrat luar biasa.

(a) Penulis genre itu belum ada.

Pertama-tama saudara perlu melatih para penulis baru sebab lazimnya penulis yang sudah published, walaupun barangkali dia belum ada nama, tidak suka ikut kemahuan penerbit.

Saudara perlu mengadakan bengkel-bengkel penulisan dan proses mentoring yang akrab bagi memastikan para peserta bengkel saudara berjaya menyiapkan karya mereka. Pelaburan begini amat tinggi kosnya bagi penerbit baru dan kecil.

Sebaliknya, jika saudara masuk kategori novel cinta, penulisnya sudah amat banyak. Isu pelaburan melatih dan mementori penulis baru tidak timbul lagi. Yang timbul adalah bagaimana hendak mendapatkan penulis yang sudah ada nama, yang sudah selesa dengan Alaf ataupun Creative.

(b) Peminat genre baru itu belum ada.

Disebabkan genre itu baru, justeru peminatnya belum ada. Ini bermakna risiko kegagalan membuka niche baru adalah tinggi. Proses membangunkan komuniti peminat sesuatu genre itu mengambil masa yang panjang dan judul yang banyak.

Saudara memerlukan minimum 50 judul, barulah pembeli buku perasan adanya genre baru itu, dan barulah mereka mahu cuba-cuba membeli dan membacanya.

(c) Kedai pun belum ada kategori genre baru itu.

Inilah yang dialami oleh novel-novel jibunsyi PTS. Disebabkan ia genre baru, kedai belum "tahu" di mana hendak diletakkan jibunsyi PTS. Ada kedai yang meletakkan jibunsyi PTS di rak novel remaja dan buku kanak-kanak, ada di rak novel cinta, ada di rak PTS.

2. Apabila saudara berjaya membuka niche baru itu, saudara menjadi pemain dominan.

Sebagai pemain dominan, saudara mempunyai kelebihan yang banyak. Paling istimewa, saudara menjadi penerbit pilihan pertama para penulis genre itu. Ini bermakna saudara berpeluang menerima manuskrip-manuskrip terbaik. Mana-mana manuskrip yang saudara sudah tolak barulah mereka hantar ke penerbit lain.

Kejayaan inilah yang berlaku kepada Alaf21 di mana Alaf kini adalah pilihan pertama penulis novel cinta. Tetapi proses ini memerlukan program penerbitan yang konsisten, selama bertahun-tahun, beratus judul, dan pembiayaan yang berjuta nilainya.

Sekiranya saudara hendak masuk pasaran novel cinta, apakah risikonya? Risikonya adalah persepsi negatif pembeli. Bagi peminat novel cinta, mana-mana novel cinta yang tidak diterbitkan oleh Alaf, ertinya novel itu sudah ditolak oleh Alaf!

Baik, jadi sekarang ada ataupun tidak pilihan lain? Ada!

Saudara boleh ikut menerbitkan buku-buku yang genrenya sedang diusahakan oleh penerbit lain, yakni genre baru muncul. Disebabkan ia baru muncul, persaingan belum hebat, masih banyak ruang yang ada bagi kemunculan pemain kedua dan ketiga.

Sebagai contoh, PTS sedang membangunkan niche novel remaja. Maka saudara ikut terjun ke dalam sektor ini. Tiru strategi PTS, gunakan saiz dan ketebalan yang serupa supaya buku-buku terbitan saudara itu tumpang semangkuk di rak di mana novel-novel remaja PTS dipamerkan dalam kedai.

Sesuatu genre itu menjadi mapan apabila sudah ada antara 500 hingga 1000 judul diterbitkan. Pada waktu itu, sudah timbul Pemain No. 1 dan No. 2 bagi genre itu.

Walaupun PTS yang mula membangunkan sektor novel remaja dan menjadi pemain utamanya sekarang, tetapi pasaran belum mapan, jadi saudara patut masuk sebagai pemain kedua. Dari posisi ke-2 barulah saudara berpeluang menjadi pemain No1.

Inilah yang berlaku kepada Creative. Penerbit itu yang mula meneroka pasaran sastera popular. Kemudian Alaf ikut sebagai pemain ke-2, dan akhirnya berjaya mengalahkan Creative! Memang saja, pelari No. 1 lazimnya dapat dikalahkan oleh pelari yang ikut tidak jauh di belakangnya.

Jadi, masuklah pasaran novel remaja sekarang, sementara belum ada pemain No.2 dalam niche ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 25, 2006

Penerbit dan Strategi Penerbitan

Apabila saudara hendak menjadi penerbit buku, saudara perlu mempunyai strategi penerbitan, jangan main terbit apa-apa sahaja manuskrip yang saudara terima daripada para penulis.

Bagi penerbit yang baru, lazimnya mereka yakin jika mereka mendapat manuskrip yang baik daripada penulis terkenal, maka itu adalah insurans daripada kerugian yang disebabkan buku tidak laku. Jangankan manuskrip yang kurang baik, manuskrip yang baik pun boleh menyebabkan bisnes saudara tutup.

Bagi penulis pula, manuskrip saudara belum tentu diterima penerbit meskipun ia 'baik' pada penilaian saudara sendiri, sebab resipi kejayaan buku di pasaran adalah gabungan banyak faktor. Banyak buku yang 'buruk' amat laku di pasaran.

Sebagai penerbit, saudara perlu mempunyai SIRI buku-buku yang hendak saudara terbitkan. Jangan main tangkap muat. Jangan fikir "buku apa" yang hendak saudara terbitkan, tetapi fikir "siri apa".

Sebagai contoh, dalam sektor fiksyen, PTS Fortuna menerbitkan siri novel jibunsyi, PTS ONE menerbitkan siri novel remaja, Alaf21 menerbitkan siri novel cinta, manakala Creative menerbitkan siri novel popular.

Jangan gopoh apabila saudara didatangani oleh penulis yang sudah 'published': Bawa bertenang, fikir baik-baik. Karya penulis itu mungkin 'unik', tetapi dalam bisnes, produk yang 'unik' adalah produk yang paling susah hendak dipasarkan!

Penulis, khususnya penulis sastera, memang obses dengan 'keunikan'. Tetapi bagi penerbit, kos yang ditanggung bagi setiap 1 judul yang tidak laku, adalah ia menelan keuntungan daripada 10 judul yang laku bagi tahun itu! Sifirnya mudah sahaja. Satu buku yang tidak laku menelan keuntungan 10 buah buku yang laku!

Bagi penerbit yang besar seperti Alaf21 umpamanya, disebabkan Alaf sudah mempunyai beratus-ratus judul, jika ada 1 judul tidak laku, Alaf masih dapat meneruskan bisnesnya. Tetapi jika saudara penerbit baru?

Sebagaimana dengan bisnes produk-produk konsumer lain, bisnes buku adalah bisnes 'volume'. Lebih besar volume judul yang saudara terbitkan, lebih stabil bisnes saudara. Jumlah judul yang banyak membolehkan saudara mengurus risiko dengan lebih baik.

Penerbit baru lebih selamat menerbitkan siri-siri buku 'ruji', sekurang-kurangnya bagi 5 tahun pertama dalam bisnes.

Apa manfaatnya menerbitkan buku secara siri-siri?

1. Apabila saudara sudah menentukan siri apa yang saudara akan terbitkan, barulah editor perolehan saudara tahu penulis yang macam mana perlu dicari, dan isi kandungan buku yang macam mana hendak ditulis.

Jika saudara tidak menentukan siri buku, editor perolehan saudara bekerja tanpa garis panduan, tanpa mempunyai senarai prioriti, manakala penulis saudara pun tidak tahu buku apa yang saudara mahu ataupun tidak mahu.

Katakanlah saudara merancang pada tahun 2008 saudara akan menerbitkan 30 judul buku siri sukan. Barulah mulai hujung tahun 2006 editor perolehan saudara dapat merancang detail judul-judul itu. Selepas itu baru mereka mencari maklumat universiti mana yang mempunyai fakulti sains sukan. Barulah mereka dapat menyusun siri bengkel penulisan di fakulti itu. Buku-buku itu akan ditulis sepanjang tahun 2007, dan terbit pada 2008!

2. Siri buku membolehkan saudara merancang program penerbitan 5 tahun ke hadapan. Sebagai contoh saudara boleh menetapkan siri-siri baru yang bakal diperkenalkan pada tahun 2007, 2008, 2009, 2020, 2011 dan seterusnya.

Sebagai contoh PTS Millenia akan memperkenalkan 2 siri baru pada 2007, iaitu (a) siri perubatan alternatif dan (b) siri buku DIY (do-it-ypurself). Manakala PTS Fortuna akan memperkenalkan buku sastera klasik pada tahun 2007.

3. Dengan adanya siri, kerja promosi buku-buku yang saudara terbitkan itu lebih efektif dan lebih mudah dilakukan. Buku-buku dalam siri yang sama dapat diiklankan serentak, dan buku-buku itu dijual sebagai set-set khusus untuk sekolah dan perpustakaan.

Cara kerja begini mesti diterangkan kepada para penulis saudara, supaya mereka faham strategi bisnes saudara. Kalau tidak, apa yang berlaku adalah, saudara cari buku lain, mereka tulis buku lain.

Tentu sekali tidak semua penulis setuju dengan cara kerja saudara, tetapi lazimnya mereka tidak setuju sebab mereka tidak faham betapa pentingnya sesuatu bisnes itu dirancang supaya berjaya. Katakan kepada penulis, dengan bahasa yang senang difahami: Apabila penerbit lingkup, royalti penulis pun lingkup.

Banyak orang sudah cuba menjadi penerbit, tetapi majoriti gagal bertahan. Punca utamanya adalah mereka tidak menjalankan bisnesnya dengan mempunyai strategi dan program penerbitan yang kemas. Sebaliknya mereka main terima saja apa yang dihantar oleh pengarang. Ini adalah resipi kegagalan yang baik!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 11, 2006

Bahasa Parokial dan Agenda Penerbit Buku Melayu

Sejak akhir-akhir ini ada semacam gerakan liberalisme bahasa dalam media TV, di mana banyak rancangan TV menggunakan bahasa Melayu parokial.


Di kalangan penerbit buku pun sudah ada liberalisme seperti ini, di mana terdapat novel-novel popular yang menggunakan bahasa Melayu parokial.


Perkataan parochial bermakna "kecil", "sempit", "kampung", "daerah".


Apabila seseorang itu dikatakan mempunyai mentaliti parokial, ertinya orang itu mempunyai cara berfikir dan pandangan yang sempit, kedaerahan, dan kekampungan.


Bahasa parokial adalah bahasa yang dituturkan dalam lingkungan sesuatu daerah sahaja. Bahasa basahan adalah bahasa parokial. Justeru, bahasa Melayu basahan orang Kuala Lumpur berlainan daripada bahasa Melayu basahan orang Melayu Singapura, orang Sabah ataupun orang Jakarta.


Bahasa parokial digunakan untuk komunikasi rendah dan hanya dapat menyampaikan mesej-mesej rendah. Ia adalah ibarat parang tumpul: Ia dapat digunakan tetapi kegunaannya amat terbatas.


Begitulah terbatasnya fungsi bahasa Melayu parokial: Hendak digunakan bagi berdoa pun sudah tidak dapat.


Bahasa parokial ini lebih luas penggunaannya di kalangan para remaja yang menulis dalam blog. Kita dapat lihat kerendahan kandungan maklumat dan pemikiran blog-blog yang menggunakan bahasa Melayu parokial, dibandingkan dengan kandungan blog-blog para remaja yang menggunakan bahasa Melayu standard.


Bahasa Tinggi dapat digunakan baik bagi tujuan komunikasi rendah mahupun komunikasi tinggi. Ia dapat menyampaikan semua jenis mesej, daripada mesej yang simpel-simpel sehinggalah kepada mesej-mesej kompleks, seperti mesej agama, falsafah dan sains.


Alat membataskan fungsi. Apabila parangnya tumpul, hasil kerjanya buruk sekali. Demikianlah bahasa. Apabila seseorang itu menulis dengan menggunakan bahasa parokial sebagai alat berfikir dan alat menyampaikan pemikiran, maka dengan sendirinya hasil pemikirannya menjadi buruk sekali.


Penerbit buku-buku Melayu hendaknya jangan terikut-ikut dengan liberalsime bahasa Melayu yang sedang dipromosikan oleh media elektronik. Sebagai penerbit buku, kita jangan terikut-ikut tingkah laku golongan pemodal kapitalistik yang tidak mempunyai agenda membangunkan daya fikir bangsa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 07, 2006

Kulit Buku dan Kedai Buku

Entri ini ditulis untuk para designer kulit buku.

Lazimnya apabila designer kulit buku mencipta design kulit buku, mereka melupakan suatu perkara penting, iaitu mengambil kira bagaimana buku itu akan berfungsi dalam kedai buku.

Kulit buku-buku yang disusun dalam kedai hendaklah berfungsi menaikkan seri dan kecantikan kedai itu.

Apabila kedai nampak cantik dari luar, barulah orang yang lalu-lalang di luar kedai itu akan tertarik dan hendak masuk ke dalam kedai dan berjalan-jalan di dalamnya, mula-mula dengan niat menengok-nengok sahaja, tetapi diharapkan akhirnya dia membeli sesuatu yang ada dipamerkan.

Jangan ikut kulit-kulit buku DBP yang muram, malap dan compang-camping itu. Buku-buku DBP, apabila disusun, design dan warna kulit-kulitnya akan memalapkan suasana dalam kedai buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila Pengedar Menjadi Penerbit Hantu

Gosip dunia buku mengatakan penerbit-penerbit indie novel Melayu sedang berdepan dengan dilema tentang hubungan dengan pengedar novel.

Dalam industri buku ada pengedar-pengedar profesional yang menjalankan aktiviti mengedar jenis-jenis buku khusus. Sebagai contoh ada pengedar yang fokus pada buku-buku sekolah sahaja, ada pengedar buku kanak-kanak, pengedar buku-buku perpustakaan dan ada pengedar novel-novel sahaja.

Adalah lazim apabila penerbit menjadi pengedarnya sendiri, yakni mengedarkan sendiri buku-buku terbitannya. Malah penerbit kecil yang merancang menjadi besar perlu dari awal belajar mengedarkan sendiri buku-bukunya.

Di kalangan penerbit indie novel Melayu, isu yang dihadapi adalah kekurangan modal bagi mengedarkan sendiri novel terbitan mereka. Ini menyebabkan mereka sangat bergantung kepada sebuah pengedar novel yang mendominasi pasaran.

Dilema yang dialami oleh penerbit-penerbit indie saat ini adalah pengedar dominan itu menjadi penerbit hantu dengan membiayai penerbitan novel seseorang pengarang yang terkenal.

Di sini si pengarang itu menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri bagi menerbitkan novel-novelnya. Jadi pada novelnya itu memang nama syarikatnya yang tercetak sebagai penerbit rasmi. Tetapi sebenarnya dia tidak mengeluarkan modal percetakan.

Apabila si pengedar itu mengeluarkan wang bagi mencetak novel-novel pengarang itu, ia akan mengutamakan novel-novel itu. Dengan itu berlaku konflik kepentingan bagi mempromosi antara novel-novel yang diedarkannya sahaja dengan novel-novel yang dibiayainya.

Kita mendengar rungutan daripada kedai-kedai buku yang memesan novel pengarang-pengarang lain daripada pengedar tersebut tetapi tidak menerima kiriman.

Bagi pembeli novel, apabila mereka pergi ke kedai dengan niat hendak membeli novel, jika novel pengarang kegemarannya tidak ada, dia takkan hendak balik dengan tangan kosong, sedangkan dia sudah bersusah payang naik bas dan sebagainya pergi ke kedai itu. Jadi dia akan membeli juga novel lain.

Situasi ini paling teruk dirasakan oleh dua kumpulan. Pertama, penerbit indie yang terdiri daripada pengarang sudah terkenal. Mereka dahulu menerbitkan karya mereka dengan Alaf21 ataupun Creative, kemudian mereka menerbitkan karya mereka sendiri dan bergantung kepada pengedar dominan itu.

Kedua, para pengarang terkenal yang menerbitkan karya mereka dengan penerbit-penerbit indie. Dahulu mereka juga menerbitkan novel mereka dengan Alaf21 dan Creative tetapi kemudian mereka menyerahkan novel terbaru mereka kepada penerbit-penerbit indie itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 05, 2006

Jumlah Cetakan Pertama

Apabila saudara hendak menerbitkan buku-buku untuk jualan dalam kedai-kedai buku, berapakah jumlah cetakan pertama yang sebaiknya? Berikut adalah panduan umum:


(a) 1500 naskhah

Jumlah ini sesuai bagi buku-buku semi-akademik dan profesional yang dijual pada harga lebih RM20. Hampir 50% buku-buku terbitan PTS Profesional termasuk dalam kategori ini.


(b) 2000 naskhah

Jumlah ini sesuai bagi buku-buku bacaan umum yang dijual antara RM16 - RM19. Hampir semua buku-buku terbitan PTS Millenia termasuk dalam kategori ini. Novel-novel PTS Fortuna juga termasuk dalam kategori ini.


(c) 3000 naskhah

Jumlah ini sesuai bagi cetakan pertama buku karangan penulis yang sudah terbukti buku-bukunya mudah dijual, seperti buku-buku Dr. Danial Zainal Abidin. Termasuk dalam kategori ini adalah buku-buku bacaan kanak-kanak.


Apakah kelebihan mencetak jumlah kecil bagi cetakan pertama?


1. Cetakan pertama adalah ujian bagi mengetahui apakah judul itu laku dijual. Jikalau terbukti laku, tiada masalah mengulangcetak judul itu. Jikalau tidak berapa laku, jumlah yang kecil itu adalah cara menguruskan risiko. Bayangkan jika saudara mencetak 5000 naskhah dan terbukti buku itu kurang laku dan tersadai dalam setor bertahun-tahun.


2. Dalam cetakan pertama seringkali terdapat kesilapan pada isi ataupun pada pakejingnya. Apabila jumlah cetakan itu kecil, stok dapat cepat habis dijual, dan kesilapan itu dapat dibaiki segera apabila diulangcetak. Jika saudara mencetak 5000, ertinya lamalah lagi sebelum semua stok dapat dijual dan kesilapan itu dapat dibetulkan.


3. Cetakan pertama perlu dijual dalam tahun pertama sebab apabila sudah berubah tahun, buku itu semakin sukar dijual. Pembeli hanya membeli buku yang diterbitkan pada tahun semasa, bukan tahun-tahun sebelumnya. Pada fikiran pembeli, buku tahun lalu dianggap tidak bagus kualitinya, itu sebab stok lama masih belum habis!


4. Ada masanya konsep kulit buku itu tidak menarik, oleh itu jualannya tidak laju. Jumlah cetakan yang kecil membolehkan stok dijual habis, dan kulit buku ditukar apabila diulangcetak.


5. Para pekedai mahukan supaya setiap tahun kulit buku ditukar. Jika jumlah cetakan banyak, ini menimbulkan masalah dengan pekedai disebabkan kulit buku tidak ditukar bertahun-tahun.


6. Jumlah cetakan yang rendah membolehkan ruang setor digunakan dengan lebih efisien. Ruang setor mahal sewanya. Ia adalah tempat transit buku antara kilang cetak dan kedai buku. Ia bukan tempat menyimpan buku tidak laku.


Walaupun kos mencetak buku bagi setiap unit semakin turun apabila jumlah cetakan itu dinaikkan, tetapi dengan mengambil kira banyak faktor lain, jumlah cetakan pertama sebaiknya jangan lebih daripada 3000 unit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Sastera yang Laku

Apabila kita mengkaji senarai novelis yang menerima royalti lebih RM50 ribu setahun daripada jualan karya mereka dalam pasaran terbuka, tidak ada antara nama-nama itu yang terdiri daripada penulis yang diiktiraf sebagai sasterawan.

Keadaan ini mencipta semacam mindset 'sef-fullfilling prophecy' ataupun 'ramalan yang kemudian terbukti menjadi benar' di kalangan para penulis novel sastera.

Jadi, orang sastera percaya novel sastera tidak dapat menghasilkan royalti puluhan ribu setahun. Mereka percaya novel yang laku puluhan ribu naskhah bukan novel bermutu sastera. Kepercayaan itu menyebabkan mereka tidak mempelajari formula-formula karya yang dapat menghasilkan royalti puluhan ribu ringgit setahun.

Akibatnya, mereka pun terus menerus menghasilkan karya-karya yang kemudiannya terbukti tidak dapat dijual puluhan ribu naskhah setahun!

Tidak ada bukti bahawa novel bertaraf sastera mustahil dapat menghasilkan royalti puluhan ribu setahun. Keyakinan bahawa novel bertaraf sastera tidak laku adalah mitos yang dipercayai sebagai suatu kebenaran oleh orang-orang sastera sendiri.

Dalam semua kategori produk, tentu ada yang laku dan ada yang tidak laku! Ini adalah kebenaran. Rolls Royce pun ada modelnya yang laku dan ada yang kurang laku. Apatah lagi yang namanya novel sastera.

Produk-produk sastera tidak berbeza daripada produk-produk lain. Ada produk sastera yang laku dan ada yang tidak. Tetapi apabila kita percaya asal namanya novel sastera maka ia pasti tidak laku, pola pikir seperti ini tidak logik, tidak objektif.

Para penulis novel sastera perlu mempelajari formula-formula karya sastera yang laku. Peminat sastera menunggu-nunggu kemunculan novel-novel sastera yang dapat mereka nikmati dalam proses pembacaannya.

PTS FORTUNA sedang bekerja keras membangunkan seangkatan penulis novel sastera yang dapat menghasilkan royalti berpanjangan kepada para penulisnya. Mudah-mudahan usaha ini dapat menghasilkan statistik jualan yang meyakinkan golongan sasterawan bahawa sastera tidak berseteru dengan wang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Tema Trendi

Apabila saudara menulis buku-buku cerita, pilih tema dan plot cerita yang dapat kekal indah sepanjang masa. Dengan begitu buku saudara dapat dinikmati berpuluh-puluh tahun lamanya. Ini membolehkan penerbit mengulang cetak buku-buku saudara setiap tahun.

Tidak semua cerita dapat bertahan lama dalam pasaran. Laporan dari Amerika mengatakan buku-buku chicklit dan teenlit yang terbit tahun lalu sudah tidak laku tahun ini. Laporan daripada seorang pegawai di sebuah syarikat pengimpot buku di Kuala Lumpur juga mengatakan trend begitu berlaku bagi buku-buku chicklit dan teenlit yang diimpotnya.

Sesetengah tema cerita memang mempunyai musimnya yang singkat disebabkan tema itu dicipta oleh trend-trend dalam media masa. Buku-buku cerita yang ditulis sebagai respons kepada topik-topik trendi tidak dapat bertahan lama dalam pasaran.

Sebagai contoh, apabila majalah MASTIKA berjaya meningkatkan jualannya sehingga 300 ribu sebulan dengan menerbitkan cerita-cerita pelik, TV3 ikut langkah itu dengan menyiarkan siri Misteri Nusantara, maka masyarakat mula berminat dengan topik-topik misteri.

Stesen TV lain pun ikut menerbitkan siri tentang pemburu hantu. Penerbit filem pun ikut cash-in juga dengan menerbitkan filem cerita hantu pontianak. Sekarang ada penerbit buku baru muncul yang ikut memasarkan buku-buku cerita hantu dan kepercayaan karut.

Tema-tema yang dicipta oleh media massa mempunyai hayat pasaran yang singkat disebabkan media massa sentiasa mencipta produk-produk baru dari waktu ke waktu.

Sebagai penulis novel dan buku-buku cerita, elakkan novel dan cerita yang temanya terpengaruh oleh trend-trend citarasa yang dicipta oleh media massa disebabkan tema-tema itu trendi, bukan tema evergreen.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 03, 2006

Buku Klasik

Pada suatu hari saya bersarapan pagi di sebuah kedai Mamak dengan Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said. Kami berbincang-bincang tentang hal-ehwal buku.


"Dalam bahasa Inggeris ada banyak buku yang menjadi klasik," kata SN itu, yang beliau maksudkan adalah buku-buku karya sastera yang dapat bertahan dalam pasaran selama berpuluh-puluh tahun. "Kenapa dalam Bahasa Melayu tidak ada?" beliau bertanya pendapat saya.


Banyak buku sastera Melayu sudah bertaraf klasik dan masih diterbitkan dan masih laku dijual. Novel-novel HAMKA seperti Tenggelamnya Kapal Van der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah, novel Marah Roesli Siti Noerbaja, novel Abdoel Moeis Salah Asoehan, novel S. Takdir Alisjahbana Layar Terkembang, novel Achdiat Kartamihardja Ateis, dan banyak lagi masih diulangcetak hingga hari ini.


Buku-buku klasik tidak terhad kepada buku karya sastera sahaja. Bagi setiap kategori buku, akan ada judul-judul klasiknya sendiri. Sebagai contoh, bagi kategori sastera rakyat Melayu, banyak cerita-cerita itu menjadi klasik, sampai sekarang cerita-cerita itu masih ditulis semula dan dijual dalam pasaran.


Dalam bidang perkamusan Melayu, kamus Arab-Melayu karya al-Marbawi adalah bertaraf klasik. Ia masih diulangcetak sehingga hari ini, walaupun sudah ada kamus-kamus Arab-Melayu yang lebih baru.


Bagaimanakah caranya supaya karya saudara dapat menjadi klasik? Ini bukan tugas saudara seorang. Ia adalah tugas penerbit saudara juga.


Sesetengah karya mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia menjadi klasik, tetapi jikalau penerbitnya tidak mahu mengulangcetak buku-buku itu, dan mempromosikannya semula, apakan daya saudara?


PTS sudah berusaha mengulang-terbit novel-novel remaja karya Rejab FI, termasuk judul-judul yang ditulis lebih 30 tahun lalu, dan hasilnya baik sekali. Novel-novel beliau sudah diulangcetak oleh PTS. Usaha PTS ini dapat dilakukan apabila Rejab FI berjaya mendapatkan semula hakcipta novel-novelnya itu daripada penerbit asal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 01, 2006

Buku Ever Popular

Jika saudara hendak menjadi penerbit yang sanggup memikul tanggungjawab sosial dengan menerbitkan buku-buku perjuangan, saudara perlu mempunyai ratusan judul yang disebut "cash-flow products".


Sebaik-baiknya, nisbah antara judul perjuangan dengan buku cash-flow adalah 30 - 70. Ini bermakna, daripada 10 judul yang terbitkan, 7 mestilah buku cash-flow.


Judul-judul itu dipanggil "judul cash-flow" kerana ia menjamin wang tunai dapat terus mengalir masuk ke dalam akaun syarikat saudara sepanjang tahun, baik dalam masa ekonomi sihat mahuun gawat.


Sesetengah jenis buku sentiasa ada pembelinya, sepanjang tahun, tahun demi tahun. Dalam zaman gawat ekonomi pun buku-buku itu masih dapat dijual. Buku-buku itulah yang disebut cash-flow products.


1. Buku-buku asas agama, semua jenis agama, akan sentiasa ada pembelinya.

Di Eropah dan Amerika sekalipun, buku-buku agama adalah sektor terbesar. Buku-buku agama, daripada yang kecil-kecil kepada yang besar-besar, sentiasa laku. PTS sedang melabur secara serius bagi menerbitkan buku-buku agama tradisional untuk bacaan kelompok yang tidak tahu Islam dan tidak tahu membaca tulisan Arab dengan membuka PTS ISLAMIKA.


2. Buku-buku motivasi bagi membangunkan diri sentiasa laku sepanjang masa.

Buku-buku yang mendorong semangat mahu berubah, mahu bangun semula daripada kegagalan, mahu mencuba perkara-perkara baru, adalah evergreen, dapat terbit dan bertahan berpuluh-puluh tahun dalam pasaran.


3. Buku-buku kejayaan di tempat kerja.

Buku-buku yang memberi pelbagai panduan dan kemahiran untuk berjaya, naik gaji dan naik pangkat di tempat kerja adalah ever popular. Buku jenis ini ditargetkan kepada lelaki.


4. Buku-buku motivasi bisnes dan buat duit.

Buku-buku panduan membuka pelbagai jenis bisnes, membeli hartanah, bermain saham, menjadi super salesman, jadi jutawan MLM, dan lain-lain adalah buku motivasi yang paling banyak dibeli oleh lelaki.


5. Buku relationship lelaki-perempuan.

Pasaran buku-buku panduan hidup bahagia adalah tanpa hujungnya. Berapa pun banyaknya judul buku panduan bercinta yang sudah diterbitkan, apabila ada buku baru, ia tetap laku. Pembeli buku-buku ini adalah perempuan-perempuan muda. Daripada buku panduan bagaimana mencari kekasih, bagaimana menjinakkan lelaki hidung belang, sampai buku panduan bagaimana melupakan bekas suami, semuanya laku sepanjang masa.


6. Buku panduan menjadi perempuan sempurna.

Ini satu lagi jenis buku ever popular dan evegreen, yang tidak pernah ada masalah bagaimana hendak menjualnya. Targetnya juga perempuan.


7. Buku parenting.

Buku-buku panduan keibubapaan sentiasa laku sepanjang masa, apatah lagi buku panduan mendidik bayi supaya menjadi anak pintar. Pembelinya adalah wanita muda yang baru hamil ataupun baru mempunyai seorang anak.


8. Buku panduan kesihatan diri dan keluarga.

Ini satu lagi jenis buku yang ever popular, khususnya apabila buku itu ditujukan kepada pembeli wanita. Termasuk dalam kategori ini adalah buku khasiat herba.


9. Buku bacaan anak-anak.

Buku-buku yang dibaca oleh anak-anak sentiasa laku kerana walaupun dalam keadaan gawat apabila ibu bapa perlu berjimat cermat, lazimnya perbelanjaan untuk membeli buku anak-anak tidak akan dipotong dengan banyaknya.


PTS mempunyai program bagi menerbitkan ratusan judul-judul baru dalam semua 9 kategori di atas. Ia sesuatu yang mesti dilakukan bagi membiayai penerbitan buku-buku akademik PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Judul Buku Mengelirukan

Beberapa tahun dahulu Tan Sri Dato' Ali Hashim Johor Corp. menulis sebuah buku pengurusan yang bagus isinya. Buku itu diterbitkan oleh Utusan Publication.


Judul buku itu "Membujur Lalu, Melintang Patah". Gambar Tan Sri dijadikan hiasan kulit buku itu.


Apa nasib buku itu? Ia tidak diulangcetak sampai sekarang, ertinya jualan buku itu slooww!


Apabila saudara mencari idea judul buku, judul mesti dengan jelas memberitahu apa isi kandungan buku itu.


Dalam kes buku "Membujur Lalu, Melintang Patah", judul buku itu mengelirukan. Bunyinya macam buku novel, langsung tidak ada bunyi buku pengurusan. Lalu, oleh si tukang kedai, buku itu ditelakkan di rak buku-buku cerita!


Petugas dalam kedai yang menjalankan kerja-kerja menyusun buku tidak semestinya peduli hendak membuka dan membaca dulu isi kandungan buku sebelum menentukan di mana buku itu hendak diletakkannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 31, 2006

Kamus: Buku Paling Selamat dan Paling Tidak Selamat

Sesetengah buku dapat menjadikan penulisnya terkenal, meskipun royalti daripada buku-buku mereka itu tidak besar dan tidak pula berpanjangan. Majoriti penulis yang digelar sasterawan termasuk dalam kelompok ini. Mereka terkenal tetapi tidak kaya dengan royalti.

Sesetengah buku menghasilkan royalti yang besar dan berpanjangan, tetapi penulisnya tidak terkenal. Sebagai contoh, buku-buku kamus diulangcetak bertahun-tahun, malah berbelas-belas tahun tanpa perlu dikemaskini.

Jika saudara masuk ke kedai buku dan pergi ke bahagian rak kamus, saudara akan lihat banyaknya jenis-jenis kamus, daripada yang kecil-kecil, kepada yang besar-besar, yang diterbitkan oleh banyak penerbit, daripada penerbit yang langsung tidak terkenal, kepada penerbit kamus terkenal seperti Oxford dan DBP.

Kamus adalah buku yang paling selamat diterbitkan! Belum ada penerbit yang rugi kerana menerbitkan kamus.

Kamus juga adalah buku yang paling teruk dicetak rompak isinya.

Penerbit-penerbit kecil membayar beberapa ribu ringgit kepada sesiapa yang sanggup 'menyusun' kamus. Si penyusun hanya perlu mencedok dan menyalin isi kamus-kamus penerbit lain, itu sahaja.

Meskipun 'menyusun' kamus-kamus kecil amat mudah, dan menerbitkan kamus amat menguntungkan, tetapi, barangkali disebabkan perniagaan jenis ini melibatkan banyak perbuatan mencuri hakcipta, kita dapati belum ada penerbit kamus-kamus 'curi' itu yang berjaya berkembang menjadi penerbit besar.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 29, 2006

Cover-devide

Kulit buku dan wajah buku adalah faktor yang amat penting apabila saudara menerbitkan buku yang dijual dalam kedai. Apabila bercakap tentang bagaimana cara menjual buku dalam kedai, salah satu isu yang dialami oleh penerbit buku adalah fenomena 'cover-devide' antara:(a) Citarasa pembaca golongan kelas menengah dan kelas rendah.

Rangkaian kedai buku elit seperti MPH, KINOKUNIYA dan BORDERS dikunjungi oleh kelas menengah yang berpendapatan tinggi. Golongan ini tidak suka kulit buku yang menggunakan imej-imej tradisisonal dan warna-warna terang dan kilat. Buku-buku yang laju jualannya dalam kedai buku elit tidak berapa laku dalam kedai-kedai buku tradisional dan begitu pula sebaliknya.

(b) Citarasa pembaca lelaki dan pembaca perempuan.

Pembaca lelaki lebih suka kulit buku yang menggunakan seni tipografi, yakni seni khat huruf, manakala pembaca wanita suka kulit buku yang "cantik".

(c) Citarasa pembaca berpendidikan tinggi dan pendidikan rendah.

Golongan pendidikan tinggi suka kulit buku yang "bersih", yang menggunakan banyak warna putih, yang mirip desain buku-buku Amerika. Golongan pendidikan rendah mengatakan kulit seperti itu "cepat kotor".

(d) Citarasa pembaca berpendidikan Arab dan bukan Arab.

Golongan berpendidikan Arab dan bukan Arab memberi respons yang berbeza kepada motif keArab-Araban (Arabesque) pada kulit buku-buku agama. Mereka yang bukan berpendidikan Arab tidak suka kepada gambar-gambar unta, pohon kurma, kubah masjid, serban dan seumpamanya.

Cover-devide ini menyebabkan penerbit terpaksa membuat pilihan, kumpulan mana yang menjadi target sesuatu kulit buku itu.

Sebagai contoh, desain kulit buku-buku novel remaja PTS ditujukan kepada remaja urban yang masuk ke dalam kedai-kedai MPH, KINOKUNIYA, BORDERS, POPULAR dan seumpamanya. Ini menyebabkan jualan buku-buku itu dalam kedai-kedai buku tradisional (kedai Mamak) dan di bandar-bandar kecil tidak laju.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 28, 2006

Strategi Bisnes Buku Suci

Adakah saudara seorang penerbit idealist dan saudara memiliki misi suci? Ini bermakna saudara mahu menerbitkan buku-buku yang sukar dijual.Adakah saudara hendak menerbitkan buku-buku sastera yang berat-berat?

Buku sastera berat susah dijual. Jadi saudara perlu mempunyai program cross-subsidy atau subsidi-kembar bagi membiayai buku-buku perjuangan saudara.

Subsidi-kembar bermakna, bagi setiap satu buku perjuangan yang saudara terbitkan itu, saudara perlu menerbitkan satu buku lain yang "laku dijual". Jadi, setiap buku itu ada 'kembar'nya.

Keuntungan daripada buku-buku laku dijual inilah yang saudara gunakan bagi membiayai penerbitan buku-buku yang susah dijual.

Ini bermakna, jika saudara hendak menerbitkan 10 buku perjuangan, saudara perlu menerbitkan 10 buku kembarnya.

PTS berjuang memandaikan orang Melayu dengan menerbitkan buku-buku ilmu dalam Bahasa Melayu. Ini bermakna banyak judul buku yang diterbitkan oleh PTS termasuk dalam kategori "susah dijual" melalui kedai-kedai buku komersial.

Buku-buku akademik PTS hanya dijual melalui kedai-kedai buku koperasi universiti. Hingga hari ini PTS sudah menerbitkan 200 judul akademik.

Bagi membiayai buku-buku akademik keperluan pelajar universiti, PTS sudah menerbitkan 400 judul buku-buku motivasi popular dan novel remaja serta buku kanak-kanak, yang mudah dijual dan menguntungkan.

Jika saudara adalah salah seorang penulis buku popular PTS, saudara membiayai penerbitan buku-buku akademik PTS. Jangan saudara berasa rendah taraf sebab buku saudara adalah buku kanak-kanak ataupun buku remaja, ataupun cuma buku komik! Saudara adalah FINANCIER kepada buku-buku tulisan para pensyarah universiti bagi memandaikan pelajar-pelajar mereka!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 27, 2006

Dari Dapur KRU: Up-date

KRU, yang sinonimus dengan nama Norman dan Yusri, adalah pendatang paling baru dalam dunia penerbitan novel Melayu (kalau boleh disebut 'novel').Budak baru lazimnya muncul dengan strategi dan gaya permainan baru, dan inilah rahsia bagaimana pemain-pemain lama dapat dikalahkan secara berdepan-depan oleh budak-budak baru.Novel Badang, Sumpahan Fasha dan Pemburu Puaka sudah mendapat persetujuan daripada sebuah rangkaian TV dan pengedar VCD bagi disiarkan sebagai siri TV 13 episod untuk setiap satu novel.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 26, 2006

Penerbit Cetak Duit

Beberapa penerbit buku-buku agama tradisional di negara ini, sejak tiga empat tahun lalu, sudah tidak membeli sebarang manuskrip lagi daripada ustaz-ustaz, sebagaimana lazimnya.Sebaliknya mereka hanya mengulang cetak judul-judul buku agama yang sudah ada dalam setor mereka.Apakah maknanya semua ini?

(1) Mereka boleh hidup dengan menerbitkan semula judul-judul lama dengan tidak mengeluarkan satu sen pun modal membeli manuskrip dan membuat layout. Mereka gelek sahaja filem-filem yang ada!

(2) Kos menerbitkan buku-buku itu jadi lebih murah manakala harga buku di pasaran rata-rata sudah naik. Ini bermakna mereka dua kali untung.

(3) Buku-buku agama dapat diulang cetak tanpa perlu disemak semula ataupun dibuat edisi baru disebabkan fakta-fakta agama tidak berubah-ubah.

(4) Strategi membeli manuskrip daripada ustaz-ustaz adalah amat menguntungkan sebab bayaran pembelian itu dibuat satu kali sahaja manakala buku-buku itu dapat diulang cetak berkali-kali.

(5) Mereka mempunyai stok judul yang banyak sehingga mereka mempunyai cukup jumlah judul-judul buku yang sudah lama ditulis tetapi masih dibeli oleh orang ramai.

Begitulah caranya penerbit buku-buku agama yang sudah mempunyai ratusan judul kini hidup dengan cara mudah mencetak duit!

Kasihan ustaz-ustaz itu..... Daripada hasil tulisan satu buku, si ustaz makan satu kali, tetapi penerbit makan berkali-kali!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 24, 2006

Lagi tentang Novel Cinta

Dalam suatu kajian rambang yang kita lakukan, seorang peminat tegar novel cinta membeli 53 buah novel yang ditulis oleh 28 pengarang, majoriti besar terbitan Alaf21 dan Creative.Peminat ini seorang wanita bekerja berusia sekitar 35 tahun, berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Beliau membaca antara 1 - 2 buah novel cinta sebulan.


Beberapa perkara yang menarik untuk difikirkan oleh para penerbit:


(a) Dalam koleksi beliau tidak ada walau satu pun nama penulis bertaraf sasterawan. Adakah ini menunjukkan bahawa pembaca novel cinta adalah kelompok yang tidak berminat membaca sastera, kita tidak pasti. Pada masa ini sebuah penerbit novel cinta terkenal sudah mula melabur dalam penerbitan karya nama-nama sasterawan besar seperti Shahnon Ahmad dan Khatijah Hashim.


(b) Penulis yang novelnya paling banyak dibeli (koleksi lengkap) adalah Fauziah Ashari, Ramli Awang Murshid, Aina Emir, Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem, Norhayati Berahim dan Anis Ayuni. Ini menunjukkan pembaca novel cinta berkenaan memilih nama penulis, bukan nama penerbit.


(c) Dalam almari koleksi beliau itu tidak terdapat buku-buku kategori lain, seperti buku motivasi, pembangunan diri ataupun buku-buku pengetahuan agama.


(d) Beliau membeli novel-novel cinta itu di kedai Mamak Jln. Tuanku Abd. Rahman, bukan di kedai buku elit seperti MPH dan Kinokuniya.


Perkara-perkara ini memberitahu banyak tentang sosiologi pembaca novel cinta tempatan dan ia perlu diambil kira dalam strategi pakejing dan pemasaran buku untuk kaum wanita.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

1500 Novel Inggeris Sebulan

Sebuah rangkaian kedai buku elit mempamerkan antara 1200 hingga 1500 judul baru novel Inggeris setiap bulan. Ya, judul baru, setiap bulan!Novel-novel itu diimpot dari UK, USA, Australia dan Kanada.Bandingkan ini dengan 25 judul baru novel Melayu setiap bulan..

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 23, 2006

2000 Novel Melayu

Hasil kajian yang kita lakukan mendapati, sebuah rangkaian kedai buku terbesar di negara ini mempamerkan antara 1500 hingga 2000 JUDUL novel Melayu pada satu-satu waktu!Jumlah unit yang dipamerkan adalah antara 5000 hingga 6000. 90% adalah novel cinta.Jumlah judul dan unit novel yang dipamerkan itu dinaikkan pada hari-hari:


(a) Hujung bulan apabila orang dapat gaji.


(b) Hujung minggu.


(c) Hari-hari cuti am.


Adakah saudara merancang hendak masuk ke dalam pasaran novel cinta?


Nota: Terima kasih kepada Sdr Ibnurabi kerana membantu kita dalam kajian ini.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 22, 2006

Siapa Fred Suriya?

Fred Suriya adalah seorang gadis Peranchis yang sedang bekerja di Malaysia secara kontrak sebagai penterjemah selama 2 tahun. Beliau hanya tahu berbahasa Melayu lisan sahaja, cukup untuk berkomunikasi di jalanan.Saya kebetulan berpeluang berkenalan dengan beliau lalu saya mencadangkan beliau menulis buku-buku cerita dalam bahasa Melayu dengan cara beliau mencipta jalan ceritanya secara detail dan kemudian Sdr. Ashadi Zain dan Dr. Haslisa Ramli menuliskan cerita sepenuhnya dalam bahasa Melayu.


Lihat MATAHARA ditulis bersama Dr. Haslisa Ramli, dan 5 siri ADAM KECIL dan ADAM lagi ditulis bersama Sdr. Ashadi Zain.


Siri MATAHARA dan Siri ADAM KECIL akan terus terbit bersiri-siri sepanjang tahun. Bagi Siri ADAM, sudah ada penerbit yang berminat mengekspot siri itu ke Vietnam dalam bahasa Inggeris.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Pandai Jual Buku

Seorang penulis pernah mencetak sendiri buku motivasinya dan berjaya menjual sendiri semua 10 ribu naskhah dalam tempoh kurang setahun dengan cara menemui individu-individu seperti wakil rakyatnya sendiri supaya membeli 4 ribu naskah untuk diedarkan percuma, pergi dari sekolah ke sekolah memberi ceramah motivasi sambil mempromosikan bukunya, dan lain-lain inisiatif.Jadi apabila bukunya itu diterbitkan oleh penerbit profesional, dan dia mendapati bukunya hanya terjual 1,800 naskhah bagi tahun pertama, beliau amat kecewa dengan jumlah royalti yang diterimanya lalu menelefon dan memarahi staf bahagian kewangan yang kebetulan menerima panggilan itu. Beliau mengatakan penerbitnya itu bodoh, tidak pandai menjual bukunya.Prosedur menerbitkan dan menjual 600 judul buku setahun dengan menggunakan sistem pengedaran seluruh negara (termasuk juga Singapura, Brunei dan Indonesia) tidak serupa dengan prosedur menjual 1 judul terbitan sendiri.

Bagi mengelakkan risiko kerugian, beberapa SOP (Standard Operating Procedure) dilaksanakan dengan ketatnya oleh Jabatan Kewangan:

(a) Bagi mengelakkan duit tunai lesap, staf bahagian pemasaran tidak dibenarkan sama sekali memegang wang tunai syarikat. Peraturan ini menyebabkan staf jabatan pemasaran tidak dapat menjual buku secara tunai, semuanya mesti melalui prosedur PO (purchasing order).

(b) Bagi mengelakkan kena tipu, buku tidak boleh dibekalkan kepada mana-mana individu kecuali pembekalan itu mematuhi SOP. Ini bermakna kalau pun ada mana-mana wakil rakyat yang memesan 4 ribu naskhah, buku itu tidak akan dihantar kepadanya melainkan pesanan itu dibuat dengan mematuhi SOP.

(c) Bagi mengelakkan ejen-ejen sah tidak membayar hutang, walaupun ada ejen yang membuat pesanan 4 ribu naskhah, sebelum buku itu dihantar, agen itu mesti membayar dahulu hutang lamanya. Selagi hutang lama tidak dibayar, biar buku tidak laku, itu lebih selamat.

Prosedur menjual aiskrim 1 kotak dengan menaiki motosikal tidak serupa dengan prosedur kilang aiskrim menjual 3 juta kotak aiskrim setahun. Begitu juga, penulis yang pandai menjual buku yang ditulis dan diterbitkannya sendiri, dia belum tentu pandai menjual 600 judul buku yang ditulis oleh lebih 200 orang penulis lain.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 21, 2006

Duit Buku Buat Membeli Kurma

Apabila tiba bulan puasa, penerbit yang bukunya banyak dibekalkan kepada pengedar dan kedai buku milik Mamak-mamak memang pening kepala. Bulan puasa adalah bulan paling sakit bagi penerbit buku-buku Melayu.


Lazimnya penerbit Melayu membayar bonus pada bulan puasa bagi membantu staf berhari raya dengan selesa. Ini bermakna gaji dan bonus dibayar serentak. Kalau jumlah gaji bulanan RM100 ribu, bermakna pada bulan puasa mesti bayar RM100 bonus, paling minima.


Tahun ini bulan puasa juga jatuh dalam musim penerbit membayar royalti kepada penulis. Bagi penerbit buku-buku Melayu, hampir 100% penulisnya adalah Melayu, oleh itu mereka memang mengharapkan cek royalti bagi membantu perbelanjaan hari raya.


Bulan puasa juga lazimnya bulan lembaga pengarah suka mengeluarkan cek-cek dividen kepada pemegang saham sebab mereka sendiri adalah antara pemegang saham.


Pencetak bukan Melayu yang mempunyai banyak pekerja Melayu juga lazimnya mengeluarkan perbelanjaan tambahan sebagai 'angpau' hari raya. Jadi mereka akan kejar penerbit supaya membayar bil-bil percetakan buku lebih banyak daripada bulan-bulan biasa. Kalau biasanya mereka puas hati dengan cek RM40 ribu, pada bulan puasa mereka minta lebih banyak.


TETAPI.....


Pada bulan puasalah lazimnya bulan paling payah hendak mengutip hutang daripada pengedar dan kedai buku Mamak!


Mengapa? Majoriti Mamak-mamak yang besar itu menjalankan bisnes mengimpot kurma berkontena-kontena menjelang bulan puasa. Kurma dibeli secara tunai, maka mereka gunakan duit yang sepatutnya dibayarkan kepada penerbit untuk mengimpot kurma.


Jikalau saudara baru belajar menjadi penerbit, pastikan saudara sudah menyimpan wang secukupnya sebelum tiba bulan puasa bagi perbelanjaan yang naik 3 kali lipat pada bulan mulia itu, sedangkan kutipan hutang turun!



.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 20, 2006

Risiko Menerbitkan 1 Buku

Entri ini ditulis bagi menerangkan risiko menerbitkan 1 judul buku.


Ambil senario ini:


(a) Saudara mungkin anak seorang sasterawan besar, oleh itu saudara hendak menerbitkan karya teragung ayah saudara. Saudara percaya nama besar ayah saudara itu dapat memudahkan pemasaran bukunya.


(b) Saudara mungkin seorang sasterawan yang mempunyai banyak peminat. Sebelum ini banyak karya saudara yang diserahkan kepada penerbit profesional, sekarang saudara fikir saudara hendak mencuba menerbitkan karya saudara sendiri.


(c) Saudara mungkin penulis baru dan saudara gagal mencari penerbit, jadi saudara mengambil keputusan menerbitkan sendiri buku saudara. Kebetulan saudara mempunyai RM10 ribu dalam simpanan, maka bolehlah saudara gunakan untuk mencetak buku saudara itu.


Berikut adalah risiko yang saudara hadapi:


1. Saudara tidak dapat mencari pengedar profesional yang mahu mengambil semua stok buku yang saudara sudah cetak itu bagi disimpan di dalam setornya. Akibatnya beribu naskhah buku saudara itu berlonggok dalam rumah saudara. Ingat, setor pengedar bukan tempat saudara menyimpan buku saudara yang tidak laku.


2. Ada pengedar yang mahu mengambil buku saudara, tapi cuma 10 ataupun 50 unit sahaja untuk cuba diedarkan, kalau laku, barulah dia ambil sejumlah lagi dari waktu ke waktu.


3. Saudara cuba mengedar sendiri dengan membawa buku saudara dari kedai ke kedai, tetapi saudara dapati saudara tidak sanggup meneruskan cara itu sebab hasilnya amat mengecewakan. Ingat, kedai buku orang lain bukan tempat saudara menyimpan buku saudara yang tidak laku.


Mungkin nama saudara terkenal, tetapi pengedar belum tentu berminat mengedarkan buku saudara. Faktor utama adalah saudara cuma menerbitkan 1 buku. Kalau saudara menerbitkan 1 buku setiap bulan, barulah pengedar berminat. Ini disebabkan oleh logik angka semata-mata.


Keuntungan daripada menjual 10 biji buku habis begitu sahaja jika ada 1 buku yang gagal dikutip hutangnya!


Baca 'sifir' di bawah:


a. Saudara membekalkan buku sdr itu kepada pengedar pada harga RM10.00. Apabila buku itu sudah dihantar ke kedai, pengedar mesti bayar RM10.00 itu kepada saudara.


b. Pengedar menjual kepada kedai pada harga RM11.00 (untung RM1.00 kalau kedai bayar hutang).


c. Kedai jual RM15.00 kepada pembeli.


c. Untuk dapat untung RM10.00 pengedar mesti jual 10 unit (modalnya RM100.00!)


d. Apabila 10 unit buku itu sudah dijual ke kedai, dan kedai sudah jual, tapi kalau kedai tak bayar hutang kepada si pengedar, si pengedar mesti bayar saudara RM100.00!


e. Kedai yang tak bayar hutang untung RM150.00.


f. Saudara dapat RM100.00.


g. Pengedar RUGI RM100.00 ++


Masalah si pengedar gagal mengutip hutang bukan masalah saudara. Bayar mesti bayar sebab pengedar sudah ambil buku itu dari saudara dan sudah dijualkannya ke kedai buku.


Risiko gagal mengutip hutang sentiasa ada dalam bisnes. Yang membolehkan pengedar hidup adalah "volume'. Apabila ada volume, barulah risiko itu dapat dikongsi oleh judul-judul lain.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 19, 2006

Mengapa PTS Banyak PTS?

Salah satu pertanyaan yang sering diterima dari penulis yang baru hendak berkenalan dengan PTS adalah "Mengapa PTS banyak PTS? Mengapa tidak macam penerbit lain? - cuma 1 DBP, 1 ALAF21 dan 1 Creative."


Penulis-penulis baru keliru sebab mereka belum tahu buku mereka perlu dihantar kepada PTS yang mana, dan siapa yang menjaga buku mereka nanti. Hantar sahaja manuskrip saudara ke mana-mana anak syarikat, nanti pegawai yang menerimanya akan menghantarkannya kepada anak syarikat yang sesuai.


Lembaga Pengarah PTS meniru strategi bisnes MIZAN Indonesia. Dengan menubuhkan banyak anak syarikat, masing-masing dengan fokus produk yang berlainan, beberapa manfaat positif dapat dikekalkan:


(1) Setiap anak syarikat menjadi penerbit pakar, dengan staf yang berlualiti pakar bagi kategori buku yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Dengan cara ini kualiti dan varieti buku-buku terbitan masing-masing anak syarikat dapat ditingkatkan sepanjang masa.


(2) Staf setiap anak syarikat menikmati kebebasan berfikir secara kreatif dan eksperimental mencari idea-idea baru bagaimana mereka hendak membangunkan syarikat masing-masing menjadi penerbit besar. Strategi ini membolehkan Kumpulan PTS berkembang menjadi gergasi dalam tempoh yang lebih singkat, dengan izin Allah.


(3) Dengan menubuhkan banyak anak-anak syarikat, masing-masing dengan fokus produk masing-masing, PTS mencipta budaya kerja yang kurang kerenah birokrasinya, oleh itu buku-buku dapat diterbitkan dengan cepat.


(4) Dengan strategi ini, Lembaga Pengarah PTS percaya, setiap anak syarikat dapat mencipta peluang-peluang peningkatan kerjaya bagi staf masing-masing dalam organisasi PTS, tanpa perlu mencari kerjaya baru di tempat lain.


Berikut adalah senarai PTS dan pengkhususan masing-masing:


1. PTS Publications & Distributors. Ia mengedarkan buku-buku yang diterbitkan oleh anak-anak syarikat PTS. Pengurus: En. Zaharin .(JavaScript must be enabled to view this email address)


2. PTS Millenia menerbitkan buku-buku motivasi dan bacaan popular. Pengurus: En. Fauzul .(JavaScript must be enabled to view this email address)


3. PTS Professional menerbitkan buku-buku akademik, bisnes, pengurusan dan pendidikan. Pengurus: En Nazrul .(JavaScript must be enabled to view this email address)


4. PTS One menerbitkan buku-buku bacaan remaja awal dan remaja. Pengurus: Pn. Norhazizam .(JavaScript must be enabled to view this email address)


5. PTS Fortuna menerbitkan buku-buku sastera. Editor: Cik Norashikin .(JavaScript must be enabled to view this email address)


6. PTS Islamika menerbitkan buku-buku agama daripada khazanah klasik dalam bentuk kontemporari. Pengurus: En. Faris .(JavaScript must be enabled to view this email address)


7. PTS Litera Utama menerbitkan buku-buku IBS (International Best-sellers) secara bekerjasama dengan penerbit-penerbit Indonesia. Pemangku Pengurus: En. Nazrul .(JavaScript must be enabled to view this email address)


Banyak penulis PTS menulis untuk beberapa anak syarikat PTS secara serentak. Cara ini amat digalakkan.


Semua anak-anak syarikat PTS mengamalkan dasar-dasar yang sama dalam pengurusan hakcipta, di mana struktur royalti yang ditawarkan adalah berdasarkan garis panduan yang sama.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Terbit Buku Kulit Tebal



Jika saudara hendak menerbitkan buku kulit tebal, barangkali saudara hendak tahu berapakah jumlah unit yang optimum saudara terbitkan dan bagaimana cara menjualnya.





Umumnya, buku-buku kulit tebal dibeli oleh perpustakaan. Pembeli individu bukan sasaran utama buku-buku kulit tebal disebabkan harga jualan edisi kulit tebal adalah sekitar RM10 lebih mahal. Oleh itu buku-buku kulit tebal Melayu sangat perlahan jualannya dalam kedai-kedai buku.




Jumlah perpustakaan awam di negara ini adalah sekitar 400 buah, maka 400 buah adalah jumlah yang selamat. Ini bermakna, jika saudara mencetak 2 ribu naskhah, beritahu pencetak itu saudara mahu 400 daripadanya dibuat kulit tebal.



Kos membuat kulit tebal adalah sekitar antara RM2 – RM3 ringgit lebih tinggi daripada kulit lembut, berdasarkan jenis-jenis kulit tebal itu.



Jika saudara hendak menerbitkan buku kulit tebal, dua faktor yang perlu diambil kira adalah:



(a) Adakah saudara dapat menjual buku itu dalam kedai-kedai elitis seperti rangakaian MPH dan KINOKUNIYA, sebab hanya pengunjung kedai-kedai elitis yang sedia membeli buku-buku mahal. Faktor ini menyebabkan kedai-kedai buku kecil tidak mahu mempamerkan buku-buku kulit tebal sebab ia merugikan ruang pameran dalam kedai.



(b) Adakah saudara dapat membekalkan buku saudara kepada perpustakaan-perpustakaan awam, sebab ia dilakukan melalui proses tender dan hanya kontraktor buku yang berdaftar dengan kementerian kewangan sahaja dapat membekalkan buku-buku ke perpustakaan.



Semua penulis ingin bukunya diterbitkan sebagai buku kulit tebal disebabkan prestij yang dikaitkan dengan buku-buku kulit tebal. Bagi penulis, kepuasan membaca namanya tercetak pada edisi kulit tebal adalah ibarat mempunyai Rolls Royce di halaman rumah.






 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Trend Jualan Terbaru Buku PTS

Data jualan buku-buku PTS sejak 6 bulan yang lalu menunjukkan perubahan arah angka yang amat ketara dan ini menimbulkan kejutan kepada pengurusan PTS.Sehingga 2005, perolehan terbesar PTS adalah daripada judul-judul motivasi, dengan buku-buku Ahmad Fadzli Yusuf dan Dr. Danial Zainal Abidin mendahului nama-nama lain.Tetapi sejak 6 bulan yang lalu, data menunjukkan perolehan daripada judul-judul bisnes mula meningkat dengan amat ketara sehingga telah mengatasi judul-judul motivasi!


Ini tidak bermakna jualan judul-judul motivasi turun. Tidak. Jualan buku-buku motivasi kekal aktif, cuma jualan buku-buku bisnes PTS yang melonjak naik mengatasi kenaikan jualan buku-buku motivasi.


Pengurusan PTS dapat mengikuti prestasi jualan setiap judul hari demi hari disebabkan mulai bulan Januari 2006 kita telah menggantikan sistem pengurusan MYOB dengan sistem SAP dari Jerman yang lebih sesuai dengan perkembangan aktiviti syarikat.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 18, 2006

Laman Rasmi dan Bisnes Buku

Awal bulan ini, sewaktu saya masuk supermarket buku GRAMEDIA di Bandung, saya gerun melihat banyaknya judul terjemahan dalam bahasa Indonesia, dan banyaknya nama-nama penerbit baru muncul yang menerbitkan buku-buku terjemahan yang tebal dan mahal.Saya juga gerun melihat ramainya orang dalam supermarket buku itu pada hari Ahad.Antara tujuan saya memasuki kedai-kedai buku utama di Bandung adalah bagi memeriksa sendiri buku-buku PTS yang sudah dilesenkan dan diterbitkan oleh MIZAN sebagai edisi Indonesia.


Pada suatu masa dahulu, urusan hendak mendapatkan lesen hakcipta terjemahan buku-buku penerbit luar negara adalah amat sukar dan mahal sehingga hanya penerbit besar seperti DBP dan Penerbit Oxford sahaja yang berupaya mendapatkan lesen hakcipta terjemahan.


Pada masa itu DBP terpaksa menghantar pegawainya ke pesta-pesta buku antarabangsa dan pergi ke gerai penerbit-penerbit luar negara itu bagi menemui pegawai undang-undang dan hakciptanya, dan berunding tentang lesen menterjemah.


DBP juga perlu mempunyai pegawai khas, lazimnya dia berkelulusan undang-undang, bagi menguruskan surat menyurat dan perjanjian lesen dan hak penerbitan.


Kekangan-kekangan itu menyebabkan dua kesan negatif ke atas industri buku:


a. Industri terjemahan berkembang amat lembap.


b. Kegiatan mencuri hakcipta berleluasa, seperti yang penah berlaku di Indonesia.


Pada hari ini, internet membolehkan penerbit mendapatkan lesen hakcipta dengan amat pantas. Penerbit tidak perlu pergi ke pesta-pesta buku antarabangsa. Penerbit tidak perlu mengambil pegawai lulusan undang-undang bagi menguruskan surat menyurat pelesenan.


Bukalah sahaja laman web penerbit luar negara itu dan terus tulis permohonan bagi mendapatkan lesen dan hakcipta penerbitan mana-mana judul buku yang dimahukan.


Dengan membuka laman web korporat saudara, penerbit luar negara itu sudah dapat menilai sama ada mereka patut menerima ataupun menolak permohonan saudara disebabkan laman web saudara menceritakan besar ataupun kecilnya bisnes saudara.


Melaburlah dalam pembinaan laman web yang berkualiti apabila saudara mahu terjun ke dalam sektor buku terjemahan.


Walaupun penerbit luar negara itu tidak tahu membaca web Melayu, tetapi hanya dengan meng-klik-klik web saudara itu mereka tahu kualiti bisnes penerbitan saudara.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Musim-musim Buku

Bulan puasa akan datang tidak lama lagi. Bulan Ramadhan datang dengan pelbagai kebaikan, termasuk rezeki yang melimpah-limpah bagi para penerbit.


Jika saudara buka laman web rasmi PTS, saudara dapat lihat judul-judul buku agama ulang cetak dan yang akan terbit.


Mulai saat ini dan sepanjang bulan puasa, jualan buku-buku agama melonjak, dan kemudian ia turun semula selepas hari raya ke paras normal. Begitulah ragam pasaran buku-buku Melayu.


Bagi saudara yang baru belajar menjadi penerbit, ambil ingatan bahawa pasaran buku mempunyai takwim atau kalendarnya sendiri.


Program penerbitan saudara sebaik-baiknya jangan bertentangan dengan kalendar buku. Sebagai contoh, sebulan dua sebelum bulan puasa jangan terbitkan buku-buku sastera yang berat-berat. Fokuskan kepada buku-buku agama sebab memang pembaca Melayu lebih banyak membeli buku-buku agama menjelang bulan puasa.


Siapa pula yang membaca buku sastera berat-berat dalam bulan puasa!


Dalam bulan puasa pula, cetak dan edarkan buku panduan umrah dan haji, sebab mereka yang akan naik haji mula membeli buku-buku itu selepas tamat mood hari raya.


Bulan raya sehingga bulan haji juga adalah bulan orang bertunang dan bersanding. Dalam bulan puasa ini mulakan mencetak buku-buku panduan suami isteri dan segala macam panduan menyediakan peralatan majlis perkahiwnan.


Takwim ini juga penting kepada para penulis. Jangan tulis buku panduan puasa dalam bulan puasa, nanti penerbit akan simpan manuskrip saudara itu sampai tahun depan baru diterbitkan. Jenuhlah saudara menunggu!


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Fokus Bisnes PTS Litera Utama

Sebagaimana yang sudah disebut lebih awal dalam blog ini, PTS Litera Utama Sdn. Bhd. (PTS LITUM) adalah pelaburan bersama PTS dan MIZAN (Indonesia).Target utama PTS LITUM adalah perpustakaan peribadi para peminat buku-buku 'international best-seller' (IBS) di Malaysia. PTS LITUM akan fokus menerbitkan edisi terjemahan buku-buku IBS kontemporari dan terkini.PTS LITUM sedang bekerja keras dalam rangka membekalkan produk berkualiti khusus bagi memenuhi keperluan dan citarasa golongan kelas menengah dan terpelajar, yang majoritinya menyukai kedai-kedai buku elitis seperti MPH dan Kinokuniya.


Meskipun fokus PTS LITUM adalah buku-buku IBS, tetapi hanya judul-judul yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai murni sahaja yang akan diterbitkan.


Sebagai permulaan, PTS LITUM sudah memilih judul-judul IBS yang terbukti mendapat sambutan hangat di Indonesia apabila diterjemahkan ke dalam bahasa itu. Dalam fasa terdekat ini, judul-judul itu terdiri daripada buku-buku bisnes, pengurusan, dan fiksyen. Dari masa ke masa lebih banyak kategori akan diterbitkan oleh PTS LITUM.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 13, 2006

Nama Penulis: Rugi tetapi Untung

Nama-nama penulis adalah harta mahal bagi sesebuah penerbit. Penerbit-penerbit kecil sukar berkembang jikalau ia tidak mempunyai nama-nama pengarang yang terkenal. Jadi, sesebuah penerbit itu bangga sekali apabila dalam senarai penulis-penulisnya terdapat banyak nama-nama penulis yang terkenal.Nama-nama penulis terkenal menyebabkan penerbit menikmati 2 perkara:

1. Daripada sudut bisnes, apabila penerbit itu dipercayai oleh penulis-penulis terkenal, mudahlah penulis-penulis lain meletakkan kepercayaan kepada penerbit itu. Sebagai contoh, apabila penerbit ABC berjaya menerbitkan karya Prof DiRaja Ungku Aziz, maka penulis-penulis lain percaya penerbit itu adalah penerbit yang boleh dipercayai, hasilnya mereka mahu menyerahkan karya mereka bagi diterbitkan oleh penerbit ABC.

Tetapi, yang sebaliknya juga berlaku. Apabila penerbit itu menerbitkan karya penulis yang tidak mempunyai kredibiliti, orang ramai akan mempunyai persepsi negatif terhadap penerbit itu. Sebagai contoh, penerbit XYZ mempunyai nama-nama penulis yang terkenal, tetapi mereka terkenal sebagai penulis novel-novel picisan, seperti novel seram dan novel cabul, ini menyebabkan penulis-penulis besar tidak mahu menyerahkan karya mereka kepada penerbit XYZ itu.

2. Nama-nama penulis terkenal membantu 'branding' dan promosi nama penerbit itu. Buku karangan Ungku Aziz mudah dipromosikan disebabkan stesen-stesen TV dan akhbar suka mempromosikan buku yang ditulis oleh tokoh seperti beliau. Apabila tokoh seperti Ungku Aziz itu dan bukunya disorot oleh media, nama si penerbit ABC ikut 'tumpang semangkuk'.

Inilah faktor yang mendorong para penerbit itu berusaha keras mendapatkan peluang menerbitkan karya tokoh-tokoh terkenal. Buku yang diterbitkan itu sendiri mungkin tidak berapa laku jualannya, malah si penerbit mungkin rugi, tetapi nilai sebenar buku itu terletak pada 'nama baik' atau 'good will' si tokoh yang mengarang buku itu.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 30, 2006

Novel Cinta

Kepada para penekun novel cinta, baca arah anak panah perkembangan terbaru novel cinta di Amerika.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 28, 2006

Novel Realiti

Novel "Skandal" terbitan ALAF21, karya Richie Rahman, editor kanan di Karangkraf, sudah diulangcetak 9 kali!"Skandal" ditulis berdasarkan pengetahuan sebenar pengarangnya tentang kehidupan kotor golongan elit dan kelas menengah Melayu di Kuala Lumpur. Novel ini akan difilemkan dan Richie terlibat secara langsung dalam pembikinan filem itu sebagai penasihat.Novel Richie yang ke-2, "Ratu" juga menerima sambutan yang serupa hangatnya. Seperti "Skandal", novel "Ratu" menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan normal, dalam kehidupan kotor dunia ratu-ratu cantik.


Gosip-gosip mengatakan, bagi novel-novel ALAF yang mendapat sambutan hangat, setiap cetakan adalah 30 ribu naskhah.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 26, 2006

Bagaimana PTS Menjalankan Strategi Penerbitannya

Entri ini ditulis bagi saudara yang baru masuk blog ini....PTS menjalankan bisnes dengan cara kerja yang amat berlainan dengan penerbit-penerbit konvensional seperti DBP dan lain-lain. Tidak seperti DBP yang bekerja secara pasif di mana pegawai-pegawainya duduk di meja pejabat masing-masing dan menanti orang menghantar manuskrip, PTS merancang buku-buku yang akan diterbitkan 2 tahun lebih awal.Buku yang diterbitkan pada tahun 2006 sudah mula dirancang pada tahun 2004. Mengapa 2 tahun lebih awal? Sebab PTS melabur dalam proses pendidikan pengarang-pengarangnya melalui aktiviti kursus dan mentoring.

Semua penulis yang hendak menulis untuk PTS wajib hadir kursus PTS. Inilah cara bagaimana PTS mendapatkan judul-judul buku yang laku dalam pasaran.

Dalam kursus-kursus PTS itulah saudara akan diberi maklumat program penerbitan yang ada dan yang akan dimulakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 23, 2006

ALAF: Jangan Lawan Gergasi

PTS menerima banyak sinopsis yang temanya adalah kisah percintaan, oleh itu kita tolak, sebab PTS tidak akan masuk sektor novel cinta yang sudah sinonim dengan nama ALAF21.Bisnes menerbitkan buku adalah serupa dengan bisnes produk-produk lain. Apabila sesuatu kategori produk itu sudah ada "pemain gergasinya" maka sebagai suatu strategi bisnes, kita jangan masuk padang di mana gergasi itu bermain-main, nanti kita mati dipijaknya.ALAF21 adalah gergasi dalam padang novel cinta. Oleh itu "budak kecil" jangan masuk padang ALAF21.

Walaupun PTS sudah dianggap "budak besar", namun PTS besar dalam kategori buku-buku motivasi, pendidikan dan bisnes, bukan dalam novel cinta.

Kalau PTS hendak ikut menerbitkan novel-novel cinta, dalam bidang itu PTS tetap "budak kecil" dan kita tidak akan mampu berlawan dengan gergasi ALAF21.

Mulai bulan Ogos depan PTS akan mula masuk pasaran novel, TETAPI bukan novel cinta. PTS akan memperkenalkan genre yang dipanggil dengan istilah JIBUNSYI di Jepun, yang ditulis menggunakan teknik surah Yusuf.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 18, 2006

Buku Persandingan Siti-Dato’ K

Adalah diramalkan buku yang mengandungi gambar-gambar persandingan Siti Nurhaliza dan Dato' K akan menjadi buku paling laris apabila ia diterbitkan nanti, mengatasi rekod jualan buku persandingan Erra-Yusri yang digosipkan laku lebih 100 ribu naskhah.Apakah ciri-ciri buku jenis ini?Buku-buku jenis ini amat singkat hayat pasarannya. Api yang cepat marak, cepat padam.

Jika saudara menulis buku berkenaan personaliti dan selebriti yang berkaitan dengan hiburan, jualan awal buku itu mungkin meletup tetapi ia tidak tahan lama dalam pasaran.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 11, 2006

Siapa Baca Chicklit PTS?

Sejak 2005, melalui anak syarikatnya PTS ONE Sdn. Bhd., Kumpulan PTS mengambil langkah cuba membuka pasaran bagi produk novel chicklit yang ditulis oleh pengarang-pengarang muda seperti Aliff Firdaus, Ahmad Zafran, Ida Rizyani, Haslisa Ramli, Ashadi Zain, Ida Munira, Hanifah Trukey, Farihah Iskandar dan lain-lain. Karya-karya mereka terbit di bawah siri “Teens”. Mereka adalah penulis muda-muda belaka.


Ciri utama perbezaan novel chicklit dengan novel remaja konvensional adalah pada cerita-cerita isi kandungannya. Cerita-cerita chicklit berkisar pada isu-isu dunia remaja, ditulis menggunakan gaya bahasa Melayu Tinggi tetapi bernada santai.


Sebagai produk konsumer, chicklit memang ditargetkan kepada remaja perempuan dalam lingkungan umur 12 tahun ke atas. Siapakah yang membeli dan membaca chicklit PTS?


Data jualan kita mendapati chicklit PTS menerima sambutan hangat dari kalangan remaja kelas menengah Melayu di bandar-bandar besar. Anak-anak keluarga Melayu yang berbahasa Inggeris di rumah pun menerima baik chicklit PTS!


Jualan chicklit PTS paling aktif di Lembah Kelang dan Johor Bharu, diikuti oleh Pulau Pinang, Ipoh dan Melaka. Di luar bandar-bandar utama itu, chicklit belum menerima sambutan rancak. Untuk tahu lebih banyak tentang senarai judul-judul chicklit PTS, klik www.pts.com.my


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 06, 2006

Novel Remaja: Persepakatan antara PTS dan KarnaDia

Salah satu hasil pertemuan penerbit indie lalu, PTS dan KarnaDia sepakat akan bekerjasama menerbitkan lebih banyak novel remaja dengan menggunakan saiz dan rupa wajah yang diselaraskan.


KarnaDia bersetuju akan mefokuskan program penerbitannya pada novel remaja, bukan novel cinta. Matlamat persetujuan ini adalah bagi menerokai pasaran baru yang amat menjanjikan ini dengan lebih agresif dan berkesan.


Dengan strategi persepakatan ini, diyakini PTS dan KarnaDia, secara bersama-sama, dapat menambah jumlah judul novel remaja dengan lebih cepat supaya novel-novel itu dapat meyakinkan pekedai bagi menyediakan rak khas.


Persamaan ukuran dan saiz novel-novel terbitan PTS dan KarnaDia adalah amat penting bagi memastikan petugas di kedai-kedai buku akan meletakkan novel-novel remaja itu dipamerkan di rak yang sama.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 04, 2006

Perempuan Baca Buku Apa?

Perempuan adalah pembeli buku-buku panduan tentang perhubungan lelaki-perempuan. Buku-buku jenis ini adalah pasaran yang tiada hadnya. Berapa banyak pun judul baru yang diterbitkan, tetap habis dijual!


Disebabkan pasaran buku-buku relationship itu begitu baik, setiap penerbit menerbitkan buku-buku panduan kebahagiaan masing-masing. Kebanyakan buku-buku itu mengandungi isi yang serupa, namun semuanya laku! Kalau buku-buku panduan itu berdasarkan prinsip-prinsip Islam, boleh dikatakan penyusun buku-buku itu menciplak satu sama lain.


Kata bintang flem terkenal, Tim Ellen, tentang minat isterinya membaca buku-buku panduan relationship, “Isteri saya banyak membeli buku-buku panduan suami isteri, tetapi hubungan kami masih macam selalunya juga!”


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 03, 2006

Lelaki Baca Buku Apa?

Majoriti lelaki membaca buku-buku yang membantunya mencapai dua perkara:





  1. Meningkatkan prestasi dalam kerjayanya, dengan kata yang lebih mudah, membantu dia naik pangkat!




  2. Membantu dia buat duit, dan buat lebih banyak duit!




Ramai perempuan kecewa disebabkan lelaki tidak berminat langsung dengan buku-buku yang berguna bagi meningkatkan kepuasan dalam percintaan dan perkahwinan!


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 5 pages  <  1 2 3 4 5 >