Saturday, July 14, 2007

Berapa Nama

Sebagai penulis, berapakah jumlah nama betul dan nama samaran yang saudara gunakan?

Ada penulis menggunakan 2, 3 ataupun lebih nama. Ada nama betul, ada nama-nama samaran.

Salah satu kesan negatif menggunakan banyak nama adalah kesukaran para pengkaji yang membuat kajian ke atas karya-karya saudara.

Saudara mungkin menjadi tokoh sastera terkenal suatu hari nanti. Jadi, akan ada mahasiswa dan para pengkaji yang bakal menyenaraikan semua karya saudara dan menganalisis karya-karya itu.

Apabila saudara menggunakan banyak nama, pengkaji mungkin terlepas pandang karya saudara yang tidak menggunakan nama saudara yang lebih popular.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Surah Yusuf: Hero Lelaki Muda

Dalam surah Yusuf, hero dalam kisah Nabi Yusuf adalah seorang lelaki ideal, dan usianya adalah antara 8 tahun sehingga dewasa.

Ada dua kelebihan hero lelaki muda:

(1) Cerita yang heronya lelaki disukai oleh baik pembaca lelaki mahupun pembaca perempuan. Ertinya pasaran cerita itu lebih luas.

(2) Apabila difilemkan, filem-filem yang heronya lelaki muda lebih laku daripada filem yang heronya lelaki tua. Ini disebabkan oleh profail penonton filem di panggung, di mana majoriti adalah golongan remaja.

Pilihlah hero lelaki muda, seperti dalam surah Yusuf.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 13, 2007

11 Tahun Belajar Mengarang

Setiap pelajar yang tamat tingkatan 5 diajar mengarang selama 11 tahun di sekolah. Kemahiran mengarang adalah salah satu kemahiran yang diuji dalam peperiksaan.

Sesudah sekian lama diajar mengarang, mengapakah agaknya jumlah mereka yang pandai mengarang amat sedikit?

Industri penerbitan akhbar, majalah, buku, radio, TV, internet, semuanya memerlukan bekalan pengarang yang banyak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 09, 2007

Apa Itu Indeks Kabus

Indeks kabus atau "fog index" adalah nama lain bagi "readability index". Indeks ini biasanya disebut oleh orang akademik sebagai "indeks keboleh-bacaan".

Apabila saudara menulis, siapakah yang berdaya membaca dan memahami karangan saudara itu? - Pelajar sekolah rendah? Pelajar sekolah menengah? Orang yang lulus kolej?

Majalah Reader's Digest ditulis dan diedit supaya kanak-kanak 12 tahun dapat membaca dan memahami kandungan majalah itu.

Majalah Times dan Newsweek ditulis dan diedit supaya pembaca yang tamat sekolah menengah (18 tahun) dapat memahaminya.

Ada kajian yang dilakukan ke atas majalah-majalah "bermutu" yang telah bungkus di Amerika. Antara majalah itu adalah majalah Life magazine.

Didapati semua majalah yang bungkus itu mempunyai indeks kabus yang lebih tinggi daripada 18 tahun.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 08, 2007

Alat-bantu Menulis Cerita Babak Perang

Bagi saudara yang sedang menulis novel-novel fantasi dan sai-fai yang banyak melibatkan babak perang, pertempuran dan pertarungan, gunakan alat-bantu visual supaya lebih mudah menerangkan gerak dan peristiwa.

Baca nota Profesor Kecil Firdaus Ariff.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengarang Cerita, Mengarang Bahasa

Mengarang bahasa adalah satu hal. Mengarang cerita adalah satu hal lain.

Saudara mungkin pandai mengarang ayat-ayat yang betul perenggannya, tatabahasanya, ejaannya dan tanda bacaannya.

Namun, adakah cerita saudara itu tinggi kualitinya, ini adalah suatu hal lain.

Banyak karya dalam Bahasa Melayu yang dikatakan bermutu 'sastera' mengandungi cerita yang tidak menarik dibaca. Inilah faktor yang menyebabkan pembaca yang terdiri daripada orang biasa-biasa tidak mahu membaca karya-karya yang dikatakan bermutu 'sastera'.

Kita mencari cerita-cerita yang sedap dibaca.

Jika saudara sendiri tidak pandai mengarang bahasa, cerita saudara itu boleh dituliskan oleh orang lain. Ini yang dilakukan oleh Fred Suriya dan Ashadi Zain dalam buku remaja awal siri ADAM terbitan PTS One. Cerita dikarang oleh Fred Suriya, manakala ia dituliskan oleh Ashadi Zain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Nama Penulis Menjadi Brand

Apa itu brand? Dalam bahasa bisnes, brand adalah profit. Ada brand, ada profit.

Nama penulis dapat dijadikan brand.

Nama JK Rowling adalah brand kepada peminat siri Harry Potter. Kalau novel JK Rowling diterbitkan di bawah nama pengarang lain, profitnya merudum. Nama Ramli Awang Murshid sudah menjadi brand dalam sektor buku thriller Melayu. Sebelum ini, nama Tamar Jalis adalah brand dalam sektor buku hantu-mantu Melayu.

Apabila saudara berkarya, fokuskan tema karya-karya saudara, supaya nama saudara menjadi brand kepada peminat genre yang saudara tekuni.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 07, 2007

Dialog dan Monolog dalam Surah Yusuf

Dalam novel, ada dua jenis dialog - ada dialog dan ada monolog. Dalam surah Yusuf, 86% ayat-ayat dalam surah itu mengandungi dialog, manakala hanya 1 ayat yang mengandung 1 monolog.

Ayat 77: Mereka (abang-abang Nabi Yusuf) berkata, “Kalau dia (Bunyamin) mencuri, maka tidaklah pelik, kerana sesungguhnya saudara kandungnya (Yusuf) dahulu pernah juga mencuri.” (Mendengar kata-kata yang menyinggung itu) maka Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakan kepada mereka, sambil berkata dalam hati, "Kamulah yang lebih buruk keadaannya, dan Allah maha mengetahui akan apa yang kamu katakan itu.”

Salah satu manfaat dialog yang banyak adalah ia memudahkan novel dialihkan menjadi skrip TV ataupun skrip filem, ataupun dikomikkan. Manakala, monolog menyebabkan novel sukar dialihkan menjadi skrip.

Monolog terdiri daripada 2 jenis:

(1) Monolog yang merupakan dialog dalam hati, yakni watak bercakap kepada orang lain tetapi dialog itu tidak diucapkan dengan mulut.

Contoh dialog dalam dalam hati: Dalam hatinya, Mamat berkata, "Budin... Budin... Mengapalah kamu bodoh benar." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.

(2) Apabila watak berkata-kata kepada dirinya sendiri, itu adalah monolog juga.

Contoh dialog dengan diri sendiri: Dalam hatinya Mamat menyesali dirinya sendiri, "Sampai hati dia buat aku begini. Tidak mengapalah, Tuhan akan balas perbuatannya." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.

Monolog hanya dapat dibaca. Ia tidak dapat dilakonkan. Jadi, apabila saudara menulis buku cerita, ataupun novel, bagi tujuan dialihkan menjadi skrip TV ataupun filem, ataupun komik, monolog tidak sesuai.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Khidmat Masyarakat: Kerja di Dubai

Kalau ada sesiapa, atau kenal sesiapa yang berminat bekerja dalam bidang penyiaran di UAE, hantar CV kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address) dan beliau akan serahkan kepada pegawai stesen TV glamour tersebut bagi tindakan selanjutnya. (Tuan Fudzail sekadar posmen sahaja.)

Jawatan yang ada:
Transmission Controller
Satellite Coordinator
Promotion Designer
Broadcast Designer
Editor
Continuity
Post Production Sound Engineer
Graphic Designer
Auditor
Management Accountant

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kisah-kisah Benar bagi Mengasuh Jiwa Anak-anak Orang Kaya

Ini kisah benar abang dan adik perempuannya yang berkongsi sepasang kasut sekolah disebabkan kesempitan hidup.

Sejak 2003 PTS mempunyai program menerbitkan novel-novel remaja berdasarkan kisah-kisah benar dengan tema air mata.

Objektif novel-novel air mata ini adalah bagi mengasuh jiwa pembaca remaja yang terdiri daripada anak-anak orang berada supaya mereka membesar dengan mempunyai belas kasihan dan kasih sayang kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Ini adalah usaha PTS bagi memberikan pilihan kepada ibu bapa dan guru-guru yang pening dengan sikap anak-anak remaja yang amat terpengaruh oleh program TV dan majalah hiburan yang mendukung nafsu kebendaan yang melampau-lampau.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 06, 2007

Buku Novel Remaja: Ambil Berat Kepercayaan Ibu Bapa dan Guru-guru

Apabila saudara hendak menulis ataupun menerbitkan buku-buku cerita untuk bacaan remaja, pastikan dalam cerita itu tidak ada unsur-unsur yang dapat mempengaruhi tingkah laku remaja secara negatif.

Sebagai contoh, jangan dihukum budak baik atas sebab dia baik, kerana cerita seperti itu boleh menyebabkan remaja berfikir menjadi orang baik tidak berbaloi.

Jangan dijadikan budak jahat sebagai hero cerita ataupun di mana perbuatan jahat membawa keuntungan.

Jangan ada babak-babak yang menunjukkan remaja lelaki dan perempuan bergaul bebas sebab ia menggalakkan remaja yang membacanya percaya pergaulan bebas adalah normal, dan tidak membahayakan kesucian diri mereka.

Jangan diberikan layanan istimewa kepada gadis cantik kerana cerita seperti itu boleh menyebabkan remaja perempuan percaya kecantikan rupa paras adalah lebih penting daripada kecantikan peribadi.

Ibu bapa amat mementingkan buku-buku bacaan anak-anak mereka mempunyai mesej-mesej murni sahaja.

Guru-guru pula hanya membeli buku-buku yang mengandungi mesej-mesej murni untuk perpustakaan sekolah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 04, 2007

Apa Itu Cameo

Cameo berbeza daripada cross-over. Kedua-duanya adalah konsep yang semakin popular.

Di Malaysia, Ramli Awang Morshid adalah pengarang novel pertama memperkenalkan konsep cameo dalam karyanya.

Baca lebih lanjut di sini penerangan tentang cameo oleh Profesor Kecil Firdaus Ariff.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 03, 2007

Doktor Tulis Novel Fantasi

Dr. Haslisa Ramli adalah doktor perubatan lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini beliau sedang melanjutkan pelajarannya bagi menjadi doktor pakar.
Novel Geng Enggang ini adalah siri kedua MATAHARA, karya bersama Dr. Haslisa dan Fred Suriya.

Novel beliau yang pertama adalah Cerita Satu Impian, sebuah jibunsyi. Novel itu sudah diulangcetak. Edisi remaja novel itu yang bertajuk Impian Harlina sudah dicetak tiga kali.

PTS sedang berusaha melesenkan novel Cerita Satu Impian kepada penerbit drama TV supaya dijadikan telenovela kerana ceritanya memang amat menarik dan nilai motivasinya tinggi.

Diharapkan akan ada doktor-doktor lain yang ikut jejak langkah Dr. Haslisa Ramli, sambil menjalankan tugas-tugas kedoktorannya sambil berkarya.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 02, 2007

Pasaran Perpustakaan

Baik sebagai penerbit mahupun sebagai penulis, maklumat tentang pasaran adalah penting supaya saudara tahu buku-buku yang bagaimana yang berpotensi dijual.

Pasaran buku terbahagi kepada dua: (a) Buku yang laku dijual dalam kedai-kedai buku, dan (b) Buku yang dibeli oleh perpustakaan.

Pasaran perpustakaan terbahagi kepada 3 sektor:

(1) Pembelian oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan perpustakaan negeri-negeri.

Dalam sektor ini buku-buku PTS memenuhi spesifikasi perpustakaan awam. Kontraktor buku yang membekalkan perpustakaan awam suka mencadangkan judul-judul PTS. Jadi, PTS kuat dalam sektor ini.

(2) Pembelian oleh perpustakaan rujukan.

Kontraktor yang membekalkan buku kepada perpustakaan kategori ini tidak berminat membekalkan buku-buku terbitan tempatan. Mereka main buku impot sahaja. Adalah dianggarkan pasaran perpustakaan rujukan adalah sekitar RM400 juta setahun. PTS amat lemah dalam sektor ini. Malah PTS boleh dikatakan terkeluar langsung!

(3) Pembelian oleh perpustakaan sekolah.

Sektor ini paling besar. Sektor ini paling kotor. PTS tidak kuat dalam sektor ini bukan disebabkan buku-buku PTS kalah dari segi kualiti tetapi disebabkan PTS mengamalkan dasar 'cari rezeki bersih'.

Entri lain akan ditulis kemudian khusus bagi menerangkan tingkah laku sektor perpustakaan sekolah supaya penerbit-penerbit baru tidak memasang angan-angan yang ternyata palsu berkenaan sektor ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 01, 2007

Buku Curahan Perasaan

Berkali-kali Sifu menerima emel daripada perempuan yang mahu menulis buku disebabkan mereka mempunyai banyak pengalaman pahit dengan aggota keluarga sendiri... dan sudah tentulah termasuk juga pengalaman pahit dengan lelaki, ataupun lelaki-lelaki.

Alasan mereka mahu menjadi penulis adalah mahu berkongsi pengalaman pahit mereka dengan pembaca.

PTS bukan tempat orang mengumpat kaum keluarga sendiri, dan bukan tempat mengumpat lelaki!

Misi PTS adalah memandaikan bangsa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 29, 2007

Hero dalam Teori Surah Yusuf

Dalam teori sastera Islami aliran Surah Yusuf, berikut adalah ciri-ciri 'hero' cerita:

(1) Hero itu lelaki.

Apabila hero cerita adalah lelaki, baik perempuan mahupun lelaki mahu membacanya. Jadi, pasaran karya itu luas. Cerita Cinderella ataupun Siti Zubaidah hanya dibaca oleh perempuan.

Apabila cerita itu dijadikan filem ataupun siri TV, cerita itu dapat ditargetkan kepada penonton lelaki dan perempuan. Filem dan siri TV di mana heronya perempuan hanya ditonton oleh khalayak perempuan.

(2) Hero itu lelaki yang memiliki ciri-ciri akhlak yang ideal.

Teori surah Yusuf menolak cerita yang menjadikan seseorang yang akhlaknya buruk sebagai hero. Perbuatan itu memberikan kemenangan moral kepada pedosa. Watak jahat boleh dijadikan hero dengan syarat dia akhirnya insaf akan kesalahannya.

Sastera tidak boleh memberi gambaran "Menjadi orang baik tidak berbaloi".

(3) Hero itu lelaki muda.

Kisah Nabi Yusuf ditamatkan sebelum beliau tua!

Cuba saudara fikirkan apa kelebihan hero lelaki muda, dan apa kelemahan hero lelaki tua?...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Program Pembangunan Bakat Penulisan Novel-novel Sai-Fai PTS FORTUNA

Otai Mat Jan sudah merangka program latihan ini berdasarkan perbincangan dengan Sdr. Fadli Akiti (penulis terbitan DBP), Sdr. Nazri M Annuar (penulis sci-fi Alya Elyana terbitan Gala Resources) dan Sdr. Firdaus Ariff (bakal penulis sci-fi tersohor).

Minta cadangan apa-apa yang perlu ditambah, semua jenis cadangan amat dialu-alukan.

Kelas 1: PENGENALAN (Ini sudah dijalankan)
Intro oleh Puan Sifu dan 'Magic dalam Islam' (mukjizat, karamah, maunah, istidraj, sihir) oleh Ustaz Faris.

Apa itu Sai-Fai? Apa itu Fantasi?' oleh Mat Jan, dan latihan berkumpulan (kendalian Mat Jan dan Syikin).

Kelas 2: Nak buat cerita apa?
SF, Fantasi atau hybrid Sains Fantasi? (Otai Mat Jan akan komen proposal-proposal yang sudah diterima, bagi memberi idea kasar kepada peserta-peserta yang belum menghantar apa-apa proposal.)

Salah satu cara membangunkan cerita: teknik 'memfantasikan sejarah'

Cerita tunggal atau bersiri? Kalau bersiri, perlu backstory yang kuat. (Untuk topik 'backstory' penceramahnya Sdr. Firdaus Ariff)

Kajian kes: Lord of the Rings (LOTR) dan Star Wars.
Otai Mat Jan akan rujuk 'LOTR' untuk teknik memfantasikan sejarah.
Sdr. Firdaus Ariff akan rujuk 'Star Wars' untuk topik backstory.

Jelaskan tentang topik akan datang, dan bekalkan kerja rumah kepada peserta (topik: elemen makro)

Kelas 3: Apa itu elemen makro? (tempat, zaman, masyarakat, budaya)
Peserta bergilir-gilir membentangkan kerja rumah minggu lepas, peserta lain memberi komen. (pengendali: Otai Mat Jan dan Cik Syikin)

Jelaskan tentang topik akan datang, bekalkan kerja rumah baru (topik: elemen mikro)

Kelas 4: Elemen mikro
Apa itu elemen mikro? (watak & objek) (contoh objek: senjata, kenderaan)
Peserta membentangkan kerja rumah minggu lepas / beri komen. (pengendali: Otai Mat Jan dan Syikin)

Kelas 5: Falsafah
Kelas terdahulu: Mengambil plot daripada fakta sejarah.
Kelas ini: Mengambil falsafah daripada karya agung Melayu.

Kajian kes (tempatan): Falsafah 'pertentangan nilai' dalam Hikayat Hang Tuah, dan cerpen Dunia Badang oleh Sdr. Saharil Hasrin Sanin (cerpen sci-fi yang menang Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran DBP)

Kajian kes (antarabangsa): Falsafah dalam anime dan manga (animasi & komik Jepun). Topik ini: Sdr. Firdaus Ariff dan Sdr. Nazri M Annuar.

Elemen agama dan etika dalam karya sci-fi dan fantasi.

Nota: Pada peringkat ini sebahagian peserta yang mengikuti bengkel sudah siap cerita masing-masing. Ada yang sudah masuk proses editing dan layout. Kita buat sesi pembentangan dan perbincangan karya-karya tersebut.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 28, 2007

Ciri-ciri Wajib pada Novel Thriller

Novel thriller mempunyai 3 ciri wajib:

(1) Ada misteri

Lazimnya dalam cerita thriller, ada kematian yang menjadi misteri. Namun ini tidak semestinya begitu. Thriller tanpa kematian pun masih dapat menarik minat pembaca.

(2) Ada suspens

Suspens - tanda tanya besar - adalah unsur yang menyebabkan pembaca terus membaca kerana dia hendak tahu apa yang sebenarnya menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku.

(3) Penceritaan yang laju

Membaca novel thriller adalah ibarat menonton siri TV. Babak-babak bergerak dengan cepat. Tidak ada deskripsi alam yang detail, tidak ada monolog, tidak ada dialog panjang-panjang.

Lazimnya, tempoh cerita thriller berlaku dalam masa 24 jam hingga 48 jam sahaja.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 25, 2007

Ustaz Tulis Buku

Seorang pensyarah fakulti Islam menulis buku "Halal Haram Kewangan Islam". Katanya, tujuan dia menulis itu adalah supaya pembacanya tahu apa yang halal dan apa yang haram dalam kewangan Islam.

Maka editornya memberitahu bahawa adalah dasar editorial PTS bahawa buku-buku yang ditargetkan bagi bacaan orang awam (bukan ustaz), maka teks Arab tidak diperlukan, cukuplah dengan terjemahannya sahaja.

Si ustaz berkeras mahu supaya dalam buku beliau teks Arabnya mesti dikekalkan. Tujuannya, si ustaz itu mahu mempertahankan ilmunya, yakni supaya ustaz-ustaz lain yang membaca bukunya yakin bahawa ilmu si ustaz itu tinggi, tidak perlu diragui.

Misi PTS adalah memandaikan bangsa, yakni buku-buku PTS adalah bagi bacaan orang biasa-biasa yang tidak tahu membaca tulisan Arab.

PTS tidak menerbitkan buku-buku berkenaan Islam bagi membantu ustaz-ustaz mempertahankan ilmu mereka di depan mata ustaz-ustaz lain.

Tetapi si ustaz itu berkeras mahu bukunya terbit bagi mempertahankan ilmunya.

Hmmm....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 24, 2007

Pesan En. Martias Mohd. Ali

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus ini adalah digalakan untuk menghadiri sesi peneragan mengenai program-program yang ditanderkan oleh pihak RTM sebagai salah satu dari garis panduan bagi membekal skrip kepada produksi yang berdafter dengan pihak RTM. Diadakan pada 25hb Jun 2007 bertempat di RTM pada jam 9 pagi.

Terima Kasih.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Apakah Trainer Perlukan Syarikat

Jika saudara sudah mempunyai buku, apakah saudara perlu mempunyai syarikat sebelum boleh mula masuk ke dalam pasaran training?

Ada trainer yang masuk pasaran sewaktu masih bekerja makan gaji. Apabila mendapat job, beliau ambil cuti, ataupun ambil job pada hujung minggu sahaja.

Apabila saudara buat kerja secara part-time, yuran yang saudara terima pun yuran part-time juga. Ini kerana pelanggan saudara mempunyai persepsi kualiti perkhidmatan saudara adalah kualiti yang sub-standard. Lazimnya saudara dibayar secara jam-jaman.

Ada trainer yang mendaftarkan syarikatnya dahulu, kemudian berhenti kerja, lalu terus 100% masuk pasaran dan tidak mahu toleh belakang lagi, sain mati, kata orang.

Ada trainer yang sejak keluar dari universiti, beliau terus terjun ke dalam pasaran, langsung tidak mahu makan gaji dengan sesiapa.

Ketiga-tiga cara ini semuanya boleh menghasilkan kejayaan mahupun kegagalan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 23, 2007

Benda Elok: Mengapa Orang Tidak Suka

Mari kita belajar menulis.

Manusia suka benda-benda baik. Wajah yang tampan, orang suka. Perempuan jelita, lelaki suka. Kereta yang cantik, orang suka. Rumah yang bagus, orang suka. Makanan yang lazat, orang suka. Ini hukum alam.

Banyak buku dan majalah yang isi kandungannya baik, dan ditulis dengan niat baik, tetapi orang tidak suka beli, dan tidak suka baca. Pengedar pun tidak mahu edarkan buku itu. Akhirnya berlonggok dalam setor.

Banyak rancangan TV yang baik, tetapi orang tidak suka menontonnya. Banyak khutbah yang mesejnya baik, tetapi jemaah tidur... Ini menyalahi hukum alam. Tentu ada yang tidak betul.

Mari kita belajar teknik menulis dan menerbitkan buku-buku yang baik, supaya orang suka membeli dan membaca buku kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Menulis dan Menerbitkan Benda-benda yang Betul

Di luar sana begitu banyak perkara yang tidak betul, antaranya adalah rancangan TV, akhbar, majalah-majalah dan buku-buku yang memperdagangkan bahan-bahan tidak betul, yang membahayakan masyarakat.

Sebagai penulis dan penerbit, kita mempunyai dua pilihan:

(1) Menulis dan mengutuk benda-benda yang tidak betul itu.

(2) Menulis dan menerbitkan bahan-bahan yang betul.

Kuasa menapis benda-benda yang tidak betul ada pada (a) Kementerian Dalam Negeri dan (b) Kementerian Penerangan.

Jika kita mengutuk benda-benda tidak betul itu, orang awam akan bertanya, "Mana dia yang betul supaya kami baca dan tonton?"

Jadi, mari kita menulis benda-benda yang betul, supaya kita dapat memberitahu orang awam, "Ini yang betul. Bacalah ini."

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 22, 2007

Gosip Terbaru: Timbalan Menteri Jadi Pengerusi MBKM

Majlis Kemajuan Buku Malaysia (MBKM) kehilangan pengerusinya apabila Tan Sri Rafie meninggal dunia baru-baru ini.

Gosip terbaru sedang bertiup kencang seorang timbalan menteri sudah dipersetujui oleh kabinet mengambil tempat Allahyarham. Ini luar biasa. Sebelum ini semua pengerusi MBKM adalah Ketua Pengarah Pendidikan.

Apa untungnya menjadi pengerusi MBKM sehingga jawatan itu menjadi rebutan antara orang politik dengan pegawai kerajaan.

Sebelum ini, faedah yang dinikmati oleh pegawai kerajaan yang menjadi pengerusi MBKM adalah dapat berjalan percuma ke pesta-pesta buku antarabangsa.

Apabila orang politik sudah berebut sesuatu jawatan, tentulah ada benda-benda yang orang politik sahaja nampak. Kalau tidak ada, buat apa mereka mahukan jawatan itu.

Sosek-sosek yang kita dengar, sudah ada pihak-pihak yang mahu menjauhkan diri daripada MBKM, sebab takut terkena badi orang politik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 21, 2007

Encik Martias Mohd Ali akan Membimbing Bengkel Menulis Skrip Drama TV

Pencapaian dan Anugerah:
(1) Penulis Skrip Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2006 (Anak Penarik Beca - terbitan RTM)
(2) Drama Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2006 (Hari-hari terakhir Seorang Perempuan - terbitan ASTRO)

Skrip yang telah terbit:
1.Warkah Buat Atikah
2.Siapa Lukis Danina
3.Satu Hari Di Hari Raya
4.Secangkir Air
5.Lakaran Penyesalan Alif
6.Merahnya Biru
7.Catatan Susan Dakers
8.Sebatang Pensel
9.Mesej
10.Openfile
11.Welcome to Malaysia
12.Kronik
13.Kerana Ramli
14.Masa Tambahan
15.Kakak
16.Bicara Pohon Kemboja
17.Kembalinya Natsaha
18.Restoran Mak Piah
19.Jonet
20.Kirmizi Senja
21.Cahayamata
22.Sepanjang Jalan
23.Embassy Door
24.Lesen
25.Ratu
26.Explorasi
27.Kambingku Tom Kurus
28.Merdeka Ajit Medeka Ajis
29.5 Jam Sebelum Syawal
30.OK
31.Qudut & Qatit
32.Keranamu Ibu
33.Blues Untuk PALOH
34.Zaharul VS Zarina
35.Pulau Kasih
36.Aidilfitri Dibulan Syaaban
37.Secawan Kopi
38.Buku Lama Diari Baru RTM
39.Kerana Aku
40.Lagu Untuk Dewi
41.Gitulah Raya
42.Manaf Astro
43.Zaharul VS Zarina II
44.Hari-hari Terakhir Wanita
45.Anak Penarik Beca
46.FOBIA (Musim 1)
47.FOBIA (Musim 2)
48.Express Kasih
49.Cinta Taksi Bermeter
50.Pabila Cahaya Bersinar
51.Tentang Adi
52.Pondok-pondok
53.Suasana
54.Cinta Kali Ke Dua
55.Takbir Terakhir
56.Biar Rahsia
57.Menuju Bintang
58.Aidilfitri Dibulan Syaban2
59.Idris Beca (the series)
60.Agent 016
61.Nek Nak
62.Rambut
63.Banifsha
64.Radio (Musim ke 2)
65.Saka
66.UF.KL

Akan terbit dalam bentuk filem:
1.Libas
2.Tuah
3.Along
4.Sereem
5.Pangazou
6.Hitam Putih
7.Tak Mungkin
8.Seruling Bambu

Nota: Nama-nama peserta yang terpilih bagi mengikuti bengkel ini akan diumumkan kelak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Jumlah Watak Utama dalam Novel Konvensioal, Jumlah Watak Utama dalam Novel Aliran Baru

Dalam cerita-cerita dan novel konvensional, cuma ada satu orang hero. Hero adalah watak utama. Watak-watak lain menjadi watak kecil, watak sampingan, watak pembantu.

Dalam Hikayat Hang Tuah, heronya adalah Hang Tuah. Dalam novel Salina, heronya adalah Salina.

Dalam cerita-cerita non-konvensional, jumlah watak utamanya lebih daripada satu.

Perbezaan ini dapat diibaratkan dengan perbezaan antara permainan bola sepak cara konvensional dengan permainan 'total football'.

Pada permainan bola sepak konvensional dalam pasukan hanya ada 1 orang striker. Dalam total football, ada 11 striker.

Kelebihan cerita yang mempunyai banyak hero adalah:

(1) Apabila banyak hero dalam sebuah novel, plot dan subplot cerita menjadi lebih kompleks. Plot kompleks adalah ciri cerita yang berkualiti. Pembaca pintar suka plot kompleks.

(2) Jumlah hero yang banyak membolehkan cerita mudah dikembangkan menjadi bersiri-siri, baik siri itu diterbitkan sebagai buku mahupun siri telenovela dan animasi.

Nota: Bagi mentee-mentee yang sedang menulis novel untuk PTS, cara menjadikan seseorang watak itu watak utama adalah dengan menambahkan jumlah kad-kad bagi setiap watak. Semakin banyak jumlah kad yang dibuat bagi watak itu maka semakin penting peranan watak tersebut.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 20, 2007

Terima Kasih, Sdr. jOnOs

Hidup Buku Melayu!

Hidup Penulis Buku Melayu!

Hidup Buku Malaysia di Indonesia!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 18, 2007

Lagi Buku PTS ISLAMIKA Dilesen oleh Jakarta

Dua buah buku ini adalah karya penasihat hal-ehwal agama PTS, Ustaz Arieff Salleh Rosman.

Kedua-dua buku ini berjaya dilesenkan kepada penerbit HIKMAH, anak syarikat MIZAN Group Indonesia.

Buku-buku ini diterbitkan oleh PTS ISLAMIKA.

Ustaz Arieff adalah pensyarah di UTM Johor Bharu, lulusan dari Jordan, dan kini hampir selesai mendapatkan PhDnya daripada Universiti Malaya.

Nota: Ingat pesan Sifu, tulis buku-buku saudara menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, supaya buku-buku saudara itu mudah kita ekspot ke Jakarta.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 17, 2007

Komitmen PTS Memandaikan Bangsa Berniaga

Ini satu lagi buku bagi membantu mereka yang hendak belajar memulakan bisnes sendiri.

Buku-buku bisnes lebih mudah dijual dibandingkan dengan buku-buku pengurusan.

Buku-buku pengurusan tidak dapat dijual meletup-letup, kalau pulang modal, kita sudah bersyukur. Kalau ada untung, kita amat-amat bersyukur.

Mengapakah pembaca Melayu suka membeli buku-buku bisnes tetapi kurang suka membeli buku-buku pengurusan?

Inilah misi dan perjuangan PTS, iaitu menerbitkan buku-buku yang membantu bangsa menjadi lebih pandai.

Banyak orang tidak faham ayat ini: Kemahiran mengurus perniagaan adalah paling penting dimiliki oleh orang bisnes.

Kemahiran mengurus bisnes adalah lebih penting daripada kemahiran mencipta produk ataupun kemahiran menjual. Jika kita tidak mempunyai produk, kita masih boleh mendapatkan produk yang bagus. Jika kita tidak pandai menjual, kita masih boleh mendapatkan jurujual yang bagus.

Jika kita tidak pandai menguruskan perniagaan kita sendiri, pengurus paling baik yang kita ambil bekerja dengan syarikat kita pun cabut lari meninggalkan kita....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Sastera Ciptaan Tokoh Tempatan

Siapakah nama-nama tokoh sastera Melayu yang telah mencipta teori-teori sastera - baca artikel Azman Ismail di sini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Itu Konsep ‘Realiti Alternatif’

Bagi mentee-mentee yang menulis buku-buku fantasi untuk PTS FORTUNA baca entri Sdr. Firdaus Ariff ini. Konsep ini amat mudah digunakan bagi mengkomplekskan lagi struktur plot utama dan subplot-subplot cerita saudara.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 16, 2007

Tanda Bacaan

Bagi saudara yang menulis buku-buku cerita dan novel, pelajari (a) sistem ejaan dan (b) sistem tanda bacaan bagi ayat-ayat DIALOG.

Rata-rata peserta yang datang kursus PTS tidak mahir menuliskan ayat-ayat dialog dengan menggunakan ejaan dan tanda bacaan yang betul.

Beli novel Inggeris dan tengok betul-betul bagaimana ayat dialog ditulis.

Jangan gunakan novel-novel popular tempatan sebagai buku panduan kerana dalam novel-novel itu masih terdapat banyak kesilapan sistem ejaan dan tanda bacaan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Menulis Skrip

Baca entri-entri yang baik berkenaan skrip dalam blog pelukis komik ini. Klik Sdr. jOnOs.

Skrip ditulis untuk difahami oleh Pengarah, bukan untuk orang lain!

Wajib baca bagi saudara yang mendaftar sebagai peserta bengkel menulis skrip yang akan diadakan.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(63) Diskusi Kuliah | Permalink

Nilai RM Tanda Bacaan

Penulis yang paling banyak buat duit adalah penulis fiksyen. Lapan puluh peratus (80%) pasaran buku adalah buku fiksyen. Ini berlaku di seluruh dunia, dalam semua bahasa.
Apabila kita ke kedai buku, kita dapat lihat bahawa jumlah judul buku fiksyen tidak banyak, tetapi jumlah naskah yang terjual bagi setiap judul adalah tinggi. Sebagai contoh, novel-novel popular dalam Bahasa Melayu dapat dijual sehingga puluhan ribu naskhah. Angka ini tidak berlaku pada buku-buku non-fiksyen.

Penulis fiksyen lebih kaya daripada penulis non-fiksyen.

Tanda bacaan dalam buku fiksyen adalah lebih kompleks daripada dalam buku non-fiksyen. Buku non-fiksyen dapat ditulis menggunaan noktah dan koma sahaja.

Buku fiksyen mengandungi beribu-ribu dialog. Ertinya, dalam sesuatu manuskrip novel akan terdapat beribu-ribu kesilapan tanda bacaan. Itu tidak termasuk kesilapan sistem ejaan dan tatabahasa.

"Asalamualaikum sifu" kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum sifu." kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum sifu," kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum Sifu" kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum, Sifu." kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum, Sifu." Kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum, Sifu" Kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum, Sifu" kata Mamat. (SALAH)
"Asalamualaikum, sifu," kata Mamat. (baru BETUL)

Sekolah tidak mengajar murid-murid akan sistem tanda bacaan yang betul bagi ayat-ayat dialog. Padahal, ia adalah kemahiran yang diperlukan bagi menghasilkan manuskrip yang dapat diterima oleh penerbit. Manuskrip fiksyen yang buruk tanda bacaannya akan ditolak oleh penerbit.

Jangankan siswazah lulusan jabatan penulisan kreatif tidak tahu sistem tanda bacaan yang betul, malah pensyarah linguistik Melayu pun ada yang tidak tahu menggunakan noktah dan koma dengan betul!

Pakar linguistik Melayu yang menggubal kurikulum Bahasa Melayu pun belum tentu tahu sistem tanda bacaan bagi ayat dialog. Buku Tatabahasa Dewan pun tidak menerangkan sistem tanda bacaan bagi ayat-ayat dialog.

Padahal, kemahiran menulis ayat dialog dengan menggunakan tanda bacaan yang betul adalah kemahiran yang membolehkan penulis menerima cek royalti ataupun tidak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 13, 2007

He he he…!

Ini dia buku yang ditunggu-tunggu!

Buku ini sedang berada di kilang cetak dan akan masuk setor dalam masa beberapa hari lagi.

Jangan malu membaca buku ini di tempat awam, seperti dalam LRT, di stesen kereta api, dalam bas, dalam cafe, malam dalam masjid. Pasti orang yang terpandang buku apa yang saudara sedang baca akan terkekek-kekek ketawa!

Wajah buku ini yang dibuat begitu 'lembut' dapat melembutkan hati sesiapa yang terpandang saudara sedang membaca buku ini.

Bagi saudara yang sedang berangan-angan mengamalkan Sunnah ini, membeli buku ini adalah pelaburan murah.

Bagi saudara yang selalu tidak puas hati dengan cara saudara dilayan isteri, beli buku ini, simpan dalam laci kereta... isteri saudara akan dapat mesej itu! Insya Allah, saudara akan dapat melihat perubahan yang nyata!

Kepada Tim PTS ISLAMIKA diucapkan tahniah kerana desain cover buku ini memberikan gambaran poligami adalah konsep yang tidak menggerunkan.

Selepas ini ada sesiapa mahu menulis buku TIP-TIP ANTI-POLIGAMI?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 10, 2007

Apabila Orang Pandai Menulis Buku

Adakah saudara memiliki ijazah PhD?
Adakah saudara seorang pensyarah universiti?
Adakah saudara seorang profesor?
Adakah saudara seorang pegawai tinggi kerajaan?

Banyak orang pandai menulis dengan tujuan hendak membuktikan dirinya lebih pandai daripada orang lain.

Penerbit buku tidak peduli apa tujuan saudara menulis. Bagi penerbit, yang paling penting adalah buku saudara itu dapat dijual!

Bagi PTS, buku saudara itu bukan hanya dapat dijual, pada waktu yang sama buku itu dapat memandaikan bangsa.

Tempat yang tepat bagi saudara menunjukkan saudara lebih pandai daripada orang lain adalah di seminar-seminar akademik. Di situlah orang-orang pandai dalam bidang kepandaian saudara berkumpul. Tunjukkan kepandaian saudara di situ.

Bagi penerbit, buku saudara akan dijual dalam kedai-kedai buku. Kalau selepas 1 bulan buku saudara tidak laku, kedai buku akan pulangkan buku itu ke setor penerbit.

Dalam setor itu buku saudara mengumpulkan habuk. Penerbit pula mengumpulkan hutang kepada pencetak.

Habis cerita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 07, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Jihad Memerangi ‘Infomation Deficit’

Budak-budak di sekolah-sekolah kampung menderita gejala 'kemiskinan maklumat'. Kemiskinan jenis ini adalah lebih berbahaya daripada kemiskinan harta-benda.

Kemiskinan maklumat menyebabkan si mangsa terus kekal miskin.

Penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajarkan subjek sains dan matematik kepada budak-budak kampung semakin memburukkan lagi penderitaan kemiskinan maklumat yang menimpa mereka.

Maksud ayat 4 dalam surah Ibrahim: Allah tidak menghantar Rasul kepada mana-mana kaum melainkan dalam lidah kaum itu.

Keempat-empat buah kitab suci Islam semuanya dalam empat bahasa ibunda nabi-nabi itu yang menerimanya.

Maka kepada orang-orang Arab, Allah menghantar Rasul yang bercakap bahasa Arab, Allah menurunkan wahyunya menggunakan bahasa Arab, Jibrail mengajar Nabi Muhammad menggunakan bahasa Arab, manakala Nabi Muhammad mengajarkan Quran kepada orang-orang Arab menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa penghantar.

Perbuatan guru-guru Melayu mengajar budak-budak Melayu sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris adalah perbuatan mencela Allah, Quran dan Nabi Muhammad.

Tuhan jualah maha mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 31, 2007

Info Menarik Tentang Hadiah Nobel

Dalam artikelnya ini Azman Ismail menuliskan maklumat menarik tentang beberapa pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan yang 'pelik' seperti Winston Churchill.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, May 27, 2007

Monolog Sebelum Subuh Isnin

Universiti-universiti kita sudah melahirkan beribu-ribu pemegang ijazah majoring pengajian sastera Melayu.

Selama 3 tahun mereka duduk dalam dewan kuliah, mereka itu diajari ilmu-ilmu sastera yang ditimba daripada pelbagai sumber, khususnya teori-teori sastera kreatif ciptaan professor-profesor Barat.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ribuan pemegang ijazah sastera Melayu yang dikeluarkan oleh universiti-universiti tempatan tidak berupaya menulis cerpen dan novel - jangankan cerpen dan novel berat-berat, menulis novel remaja pun mereka tidak berupaya. Keadaan ini tidak masuk akal, tetapi ini adalah realiti.

Sebahagian daripada pemegang ijazah majoring sastera Melayu itu sudah pun menjadi profesor sastera Melayu.

Mungkinkah fakulti perubatan melahirkan ribuan pemegang ijazah perubatan yang tidak berupaya menjadi doktor?

Namun inilah fenomena normal yang berlaku di jabatan-jabatan sastera Melayu IPTA kita. Ribuan mahasiswanya lulus disiplin sastera, apabila keluar, mereka tidak berupaya menghasilkan karya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 24, 2007

Khidmat Masyarakat: Aktiviti MASKARA

MASKARA adalah akronim bagi "Majlis Baca Naskhah Kawan-Kawan Yang Kita Suka"

Majlis ini semacam majlis "Readings at Seksan"

Tarikh: SABTU, 2 JUN 2007
Masa: 8:45 MALAM
Tempat: RUMAH PENA
Aktiviti: Baca cerpen, baca sedutan novel, deklamasi sajak dan bermain muzik.
Juruacara: Mat Jan.
Pembaca naskhah: SM Zakir, Amir Mukhriz, Panaharjuna, Jigo, King Binjai, dan Pink Platun.
Pemain muzik: Izzi dan Materabak.

Masuk adalah percuma.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 21, 2007

Cukai Pendapatan Penulis

Assalamualaikum wbt, Puan..

Saya Saifuddin Hj Ahmad dari Pulau Pinang. Ada satu pertanyaan tentang bengkel Sabtu dan Ahad lepas yang saya hadir. Adakah setiap perjalanan saya dari Pulau Pinang untuk hadir bengkel PTS boleh dikecualikan daripada cukai melalui royalti yang dibayar pada setiap tahun termasuk perbelanjaan yang lain, puan?

Nota Sifu: Royalti RM20 ribu pertama dikecualikan daripada cukai. (Pelepasan ini diberikan sewaktu (ehem ehem) menjadi Menteri Kewangan dahulu.) Pada pendapat saya, kos menghadiri bengkel penulisan juga boleh diberi pelepasan cukai. Saudara perlu membuktikan bil kamar hotel, tiket bas, tol ataupun minyak kereta, yang saudara beli itu digunakan bagi menghadiri kursus penulisan. (Ada sesiapa pembaca UNIKA yang dapat memberi pencerahan akan hal ini?)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Disiplin Bahasa

Kita menerima mesej di bawah:

Aslmkm….
Pn. Ainon yang dihormati…
Sy berminat utk hadir kursus tersebut…selalu je
terlepas…
Doakan sy dapat hadir…


Nota: Penulis mesej ini menggunakan nama emel "wartawanislam". Berdasarkan nas manakah seseorang "wartawan Islam" menulis mesej rasmi dengan menggunakan ejaan kontot-kontot dan kosa kata Bahasa Melayu Rendah. Al-Quran itu tertulis menggunakan ejaan sempurna dan tatabahasa sempurna. Kosa kata dalam al-Quran itu kosa kata bahasa Arab Tinggi. Nabi Muhammad SAW itu menggunakan bahasa yang elok tersusun nahunya, dan kosa kata beliau adalah kosa kata bahasa Arab Tinggi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, May 20, 2007

Hakcipta Karya Buruk

Bagi orang awam yang tidak faham undang-undang hakcipta, mereka menyangka undang-undang hakcipta hanya melindungi hasil tulisan yang sudah diterbitkan oleh penerbit profesional.

Undang-undang hakcipta melindungi SEMUA hasil tulisan saudara. Karya yang penerbit tidak mahu, karya yang tidak laku, karya yang mengandungi unsur lucah, karya cabul, karya ajaran sesat sekalipun, adalah dilindungi.

Undang-undang hakcipta adalah untuk semua orang. Hasil tulisan kanak-kanak sekalipun adalah dilindungi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 19, 2007

Perangkap 80 – 20

Dalam bidang pengurusan kerja, salah satu punca seseorang itu gagal menyiapkan bukunya adalah apa yang disebut “Perangkap 80 – 20”. Bagaimanakah saudara boleh terjebak dalam perangkap kegagalan ini?

Begini: Saudara menulis banyak buku serentak. Itu strategi yang betul. Tulis sekurang-kurangnya 5 buku serentak.

Dari waktu ke waktu, semak kemajuan tiap-tiap buku yang sedang ditulis. Semuanya separuh jalan. Saudara banyak buat kerja, tetapi satu pun tidak ada yang siap.

Cara keluar daripada perangkap ini adalah begini: Pilih buku yang sudah 80% siap dan SIAPKAN yang 20% peratus lagi. Jangan tunggu ada mood, baru hendak disiapkan. Paksa diri menyiapkan buku itu, dan segera hantar kepada editor saudara supaya dapat diberi feedback.

Jangan tergoda hendak menyiapkan buku yang baru 20% dimulakan.

Prinsip No. 1 mengurus kerja yang banyak: Buat banyak kerja, tetapi siapkan satu-demi-satu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 17, 2007

Apakah Pemilik Cerita Biografi Layak Ditakrif Sebagai ‘pengarang bersama’

Katakanlah saudara menulis novel berdasarkan kisah hidup sebenar Tuan RASTOM, siapakah yang memiliki hakcipta novel biografi itu?

Ini terpulang kepada (a) apa yang saudara lakukan, dan (b) apa yang Tuan Rastom lakukan, bagi menghasilkan novel itu.

(a) Jika saudara berdua sama-sama menulis novel itu, maka saudara berdua adalah pengarang bersama.

(b) Jika saudara membuat kajian sendiri berkenaan sejarah hidup Tuan Rastom, dan saudara seorang menuliskan novel itu, maka hakcipta novel itu adalah milik saudara seorang.

(c) Jika Tuan Rastom menuliskan ataupun merakamkan riwayat hidupnya, dan ayat-ayat yang ditulisnya ataupun dirakamkannya itu ada dimasukkan secara verbatim dalam novel tersebut, maka saudara berdua adalah pengarang bersama.

(d) Jika Tuan Rastom hanya menceritakan secara lisan riwayat hidupnya kepada saudara, dan saudara membuat catatan dalam buku nota, manakala seluruh novel itu hanya saudara seorang yang menulisnya, maka Tuan Rastom bukan pengarang bersama.

Siapa yang menulis 100% sesebuah karya, maka dia memiliki 100% hakcipta karya itu.

Apabila Tuan Rastom bukan pengarang bersama, beliau tidak memiliki hakcipta ke atas novel biografinya yang ditulis oleh saudara, meskipun beliau memberikan kerjasama yang banyak kepada saudara dalam proses penghasilan novel itu.

Sebagai membalas jasa baik dan kerjasama Tuan Rastom itu saudara patut memberi imbalan kepada beliau, tanda saudara seorang novelis yang baik budi pekerti. Bagaimana saudara hendak memberi imbalan itu, ia adalah berdasarkan timbang rasa dan kebijaksanaan saudara.

Prinsip "Kamu dapat apa yang kamu usahakan" adalah prinsip yang baik diamalkan. Meskipun saudara memiliki 100% hakcipta karya itu, tetapi tanpa bantuan Tuan Rastom, saudara tidak mendapat bahan cerita itu. Beliau sudah memberikan sumbangannya, maka berdasarkan prinsip "kamu dapat apa yang kamu usahakan" wajarlah beliau menikmati sebahagian perolehan daripada sumbangannya itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 8 pages  <  1 2 3 4 >  Last »