Saturday, May 12, 2007

Hero Lelaki, Hero Perempuan

Petik: "Saya membawa Amir ke rak PTS dan menunjukkan buku-buku remaja kepadanya. Ada beberapa buku yang dia berminat dan kelihatan teruja setelah melihat cover buku, tetapi setelah membaca sinopsis dia letakkan kembali - alasannya - watak utamanya perempuan. Lecehlah, katanya." - Norjihan

Dalam teori Surah Yusuf, watak utama hendaklah lelaki (Nabi Yusuf). Watak pembantu utama adalah perempuan (Siti Zulaikha).

Buku cerita yang watak utamanya lelaki dibaca baik oleh lelaki mahupun perempuan. Ini bermakna pasaran buku itu lebih besar.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 11, 2007

Sifat Buku Sebagai Produk Konsumer

Buku adalah produk konsumer. Ia serupa dengan produk-produk konsumer lain - sabun mandi, kasut sekolah, berus gigi, burger, minyak wangi dan lain-lain.

Buku adalah produk (a) orang yang pandai dan (b) orang yang mempunyai wang.

Orang bodoh tidak membaca buku. Orang yang tidak mempuyai wang lebihan, mereka tidak membeli buku.

Dua sifat konsumer buku yang begitu itu amat besar peranannya menentukan apakah buku saudara dibeli orang ataupun tidak.

Pembeli dan pembaca buku adalah orang-orang yang pandai. Kalau dia masih budak sekalipun, dia budak yang pandai. Sudahlah dia pandai, dia juga mempunyai wang. Kalau dia budak sekalipun, dia anak orang yang berwang.

Apabila menulis buku, 2 faktor ini perlu sentiasa ada dalam ingatan, bahawa kita hanya dapat menjual buku kepada (a) orang pandai dan (b) orang berwang.

Orang pandai mempunyai pemikiran kritis. Orang berwang mempunyai pilihan yang banyak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 09, 2007

Pengarang: Fokus, Fokus, Fokus

Penerbit perlu memfokuskan buku-buku terbitannya.

Pengarang perlu memfokuskan karya-karyanya. Pengarang lebih mudah berjaya apabila karya-karyanya difokuskan pada sesuatu tema.

Sebagai contoh, Mohd. Kholid Hamzah memfokuskan karyanya pada cerita-cerita penyiasatan peringkat remaja awal dengan siri Penyiasat Ekstrovert. Kita mahu beliau menghasilkan berpuluh-puluh siri ini.

Abdul Latip Talib menfokuskan karyanya pada siri novel sejarah tokoh pahlawan Islam, dan akan datang, sejarah tokoh pahlawan Melayu. Kita mahu beliau menghasilkan berpuluh-puluh siri ini.

Fokus amat penting bagi pemasaran buku-buku saudara. Ia rapat kaitannya dengan branding.

Bagi menerangkan apa itu branding, ambil contoh ini. Sebut "BMW" orang terus ingat kereta mewah. Sebut "Milo" orang terus ingat minuman berkhasiat. Sebut "JK Rowling" orang terus ingat Harry Potter. Sebut "burger" orang terus ingat Ramly Burger.

Sebut "PTS" orang terus ingat buku motivasi. Sebut "Dr. Danial" orang terus ingat buku motivasi Islamik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(22) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 05, 2007

Pesta Buku: Lebih Banyak Penerbit Masuk Sektor Remaja

Sepanjang pesta buku, kita berkesempatan berjumpa dan berbual-bual dengan rakan-rakan penerbit lain. Rata-rata mereka sudah nampak bagaimana sektor novel remaja kini menjadi skektor perkembangan yang terbaru dan mereka berminat memasuki sektor ini.

Ini bermakna lebih banyak manuskrip novel remaja diperlukan oleh pemain-pemain baru. Ini juga bermakna lebih banyak penulis novel remaja akan berpeluang mendapatkan penerbit bagi karya mereka.

Kita juga mendapat info, penulis novel-novel popular yang mempunyai banyak karya novel cinta mula menulis novel-novel remaja menggunaka nama samaran lain.

Bagi PTS yang sudah lama bermain dalam sektor ini, kemasukan pemain-pemain baru menjadi cabaran bagaimana ia dapat terus survive dalam persaingan pasaran yang semakin rancak dan meriah....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 03, 2007

Pesta Buku: Ceramah Paling Top

Berdasarkan jumlah penonton yang duduk dan berdiri mendengarkan ceramah, maka penceramah paling top sepanjang pesta buku adalah Dr. Danial Zainal Abidin.

Beliau berceramah sempena memperkenalkan karya terbarunya, yang juga buku ke-10 beliau dengan PTS, bertajuk QURAN SAINTIFIK. Lima (5) orang penerbit Indonesia berebut hendak melesen buku ini tetapi mereka terlambat.

Sepanjang ceramah, semua kerusi penuh, orang ramai berdiri tidak bergerak sehingga ceramah beliau tamat.

Pengunjung menonton dari balkoni di tingkat-tingkat 3 dan 4, memandang ke bawah, tidak bergerak-gerak.

Pengunjung bukan Melayu pun turut berhenti mendengarkan ceramahnya. Yang bertudung, yang tidak bertudung, yang memakai topi lidah anjing terbalik, yang berserban, yang memegang penyapu berhenti menyapu... semua mendengar dengan penuh minat.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 29, 2007

Pesta Buku: Pari-Pari PTS Promosi Novel Fortuna

Disebabkan novel-novel terbitan PTS FORTUNA belum dikenali ramai, kita melaburkan lebih banyak modal bagi mempromosikan novel-novel PTS.

PTS mengadakan 6 (orang ataupun ekor?) pari-pari jelita dan pari-pari kecil yang comel-comel menjadi duta novel-novel PTS, merayau-rayau dari satu sudut ke satu sudut ruang pameran PWTC membawa contoh novel-novel PTS dan menyebarkan bahan-bahan promosi novel-novel itu.

Nampaknya, ke mana mereka pergi, mereka menjadi tontonan yang amat diminati. Ramai yang meminta izin mengambil gambar dengan mereka!

Pari-pari PTS akan berkeliaran pada setiap hari cuti umum dan hujung minggu. Jangan lupa, bawa kamera saudara!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 28, 2007

Contoh KJ Method

Bagi mentee-mentee SifuPTS yang ingin melihat contoh proses menuliskan novel ataupun jibunsyi menggunakan logik non-linear, tulis emel kepada saya. Klik .(JavaScript must be enabled to view this email address)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 23, 2007

Jangan Lagi Menulis Buku Ikut Cara Konvensional

Apabila saudara menulis buku dengan menggunakan logik linear, itu adalah teknik penulisan konvensional.

Istilah 'linear' datang daripada perkataan 'line' atau 'garisan'. Orang yang melukis garisan mesti melukis dari satu hujung ke satu hujung.

Dalam penulisan, logik linear melatih saudara supaya menuliskan dahulu tajuk buku saudara. Kemudian tulis judul-judul bab isi kandungan buku saudara.

Apabila menulis, saudara dikehendaki menulis Bab Pendahuluan dahulu. Sudah siap bab Pendahuluan baru tulis Bab 1. Sudah selesai Bab 1, baru tulis Bab 2, Bab 3 dan sterusnya. Akhir sekali tulis Bab Penutup.

Semasa menulis bab-bab buku, logik linear melatih saudara supaya menulis perenggan pertama yakni pembukaannya dahulu, kemudian baru tulis perenggan kedua, ketiga, keempat, sampai akhir, barulah tulis perenggan penutup.

Semasa menulis perenggan, saudara mesti menulis ayat pertama dahulu, kemudian teruskan dengan ayat kedua, ketiga dan seterusnya.

Ini cara kerja konvensional. Cara kerja begini banyak kelemahannya. Yang paling jelas adalah isu buku 'terbengkalai' di tengah jalan. Saudara 'tersangkut', lalu sukar hendak meneruskan penulisan.

Di PTS saudara dilatih menulis dengan tidak menggunakan logik linear. Saudara dilatih menulis buku menggunakan logik non-linear. Itulah yang dinamakan KJ METHOD. Hasilnya, saudara dapat lihat sendiri bagaimana penulis-penulis PTS dapat menulis banyak buku dalam waktu yang relatif singkat.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 19, 2007

Bengkel KJ Method 20 Mei 2007 - Gratis

Kita akan mengadakan bengkel KJ METHOD.

Tarikh: 20 Mei 2007

Tempat: Sekolah al-Ikhlas

Waktu: 10 pagi - 5 petang

Daftar di sini. Tulis emel dan nombor hp saudara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(57) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 18, 2007

Bahasa Rojak: Apa itu Kreativiti Bahasa

Kreativiti adalah pencapaian mental yang tinggi. Itulah sebabnya jumlah individu yang kreatif adalah kecil berbanding dengan individu yang tidak kreatif.

Proses kreatif melibatkan proses kreasi - creation - mencipta sesuatu yang baru. Jumlah individu yang pandai mencipta sesuatu yang baru adalah amat kecil berbanding dengan mereka yang mampu mencipta benda yang serupa lebih banyak - 'more of the same thing'.

Ayat-ayat yang kreatif adalah ayat-ayat yang mencipta apa yang diistilahkan sebagai 'pengalaman linguistik' baru kepada pembaca ataupun pendengar, yang belum pernah dialami sebelumnya.

Penggunaan bahasa rojak - bahasa campur-aduk - dalam buku-buku cerita dan novel-novel picisan, tidak mengandungi unsur-unsur penciptaan pola-pola baru yang mampu mencipta pengalaman aestetika baru.

Justeru, penulis-penulis yang menuliskan buku ceritanya dengan menggunakan bahasa rojak tidak sesuai ditakrifkan sebagai orang-orang yang kreatif, kerana ayat-ayat rojak itu memang sudah digunakan orang dalam percakapan mulut sehari-hari. Penulis-penulis bahasa rojak itu tidak mencipta pola-pola ayat baru, yakni pola-pola linguistik yang indah, yang belum pernah didengar orang sebelumnya.

Pola linguistik yang diiktiraf indah adalah berdasarkan penilaian pembaca yang berkelayakan tinggi dalam ilmu teori sastera, teori linguistik ataupun teori aestetik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(21) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa itu Plot dan Sub-plot

Nota: Entri ini ditulis khusus untuk Mentee-mentee SifuPTS yang terdiri daripada golongan profesional, oleh itu tidak biasa dengan istilah-istilah sastera.

Plot disebut dalam Bahasa Melayu dengan istilah jalan cerita. Oleh itu ada 'plot utama' dan ada 'sub-plot'.

Dalam kisah Nabi Yusuf, plot utamanya adalah: Nabi Yusuf mempunyai abang-abang yang cemburu kepadanya, mereka cuba membunuh beliau, tetapi gagal. Beliau dibeli sebagai hamba oleh al-Aziz. Apabila beliau remaja isteri al-Aziz cuba menggodanya. Beliau difitnah lalu dipenjarakan. Sewaktu dalam pejara beliau dilepaskan sebab berjaya mentaabir mimpi Raja Mesir lalu dilantik menjadi penasihat baginda.

Contoh sub-plot dalam kisah Nabi Yusuf adalah bagaimana beliau menerima ilham daripada Allah, iaitu suatu idea 'tipu muslihat' supaya Nabi Bunyamin dapat ditahan dan tidak dibenarkan ikut balik ke Palestina dengan abang-abangnya yang lain.

Jika ada dua buah novel yang jalan ceritanya banyak persamaan, itu bukan bukti bahawa pengarang karya yang terbit lewat telah memplagiat plot karya yang terbit lebih awal. Di Malaysia kes mahkamah di mana Yassin Salleh mendakwa filem DIA IBUKU telah memplagiat karyanya berdasarkan persamaan plot telah ditolak oleh mahkamah atas alasan banyak cerita manusia mempunyai persamaan dengan cerita orang lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 16, 2007

Buku Biasa, Buku Luar Biasa

Seorang mentee Sifu, tentulah beliau penulis baru muncul, mencurahkan perasaan kecewanya apabila rakannya berkata, "Buku cerita agama awak ini... biasa sahaja!" tentang buku pertamanya yang baru diterbitkan oleh PTS.

Lalu dijawabnya, "PTS memang mahu saya menulis buku biasa bagi bacaan orang biasa-biasa."

Nota Sifu: Pasaran buku bagi bacaan orang biasa-biasa adalah sektor paling besar. Jangan tulis buku-buku luar biasa untuk bacaan orang-orang luar biasa. Nanti buku saudara cuma laku 20-30 unit sahaja....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Bahasa Melayu Dialek Nasional lawan Bahasa Melayu Supra

Barangkali saudara pernah terbaca istilah 'Englishes' yakni berbagai-bagai bahasa Inggeris standard pada peringkat sesebuah negara.

Justeru BI di Amerika dan Australia itu mempunyai perbezaan dengan BI di England. Begitu juga BI di benua India lain, BI di negara-negara Afrika lain. BI di Malaysia lain, BI di Filipina lain. BI Singapura disebut Singlish.

Bahasa Arab pun demikian juga. Bahasa Arab standard di Mesir berbeza dengan Bahasa Arab standard di Yaman ataupun di Sudan.

Bahasa Melayu pun serupa. Bahasa Melayu standard di Malaysia berbeza daripada Bahasa Melayu standard di Indonesia.

Bahasa standard peringkat negara itu masih tetap bertaraf dialek, cuma disebut 'dialek nasional', yang berbeza daripada sub-dialek, yang bersifat lokal. Justeru BM Kelantan itu sub-dialek kepada BM dialek Malaysia.

Dialek Supra adalah bahasa yang difahami oleh penutur peringkat antara-negara. Bahasa Inggeris supra dapat difahami oleh semua pengguna BI di seluruh dunia. Demikian juga halnya dengan bahasa Arab supra yang difahami oleh semua pengguna bahasa Arab di seluruh dunia.

Dialek supra inilah yang disebut dalam bahasa biasa "Bahasa Tinggi".

Dialek supra wajib digunakan dalam dunia penerbitan buku ilmu supaya buku itu dapat dipasarkan dalam zon pasaran yang lebih luas.

Justeru, buku-buku Melayu yang ditulis oleh penulis Malaysia mesti menggunakan Bahasa Melayu Supra, supaya mudah dipasarkan di Indonesia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 13, 2007

Mindset Penulis Buku Agama Konvensional: Mereka Menulis Buku Agama untuk Orang Agama

Apabila menulis buku agama, sebagaimana halnya dengan menulis apa-apa buku juga, nombor satu, kenal pasti kepada siapa buku itu ditujukan.

Adakah buku itu ditujukan kepada pakar-pakar agama? Jika ya, saudara boleh gunakan semua jenis istilah agama yang berat-berat, disebabkan pakar-pakar agama itu sudah tahu dan sudah faham makna istilah-istilah berat itu.

Adakah buku itu saudara ditujukan kepada golongan ustaz-ustaz tradisional? Jika ya, saudara boleh gunakan gaya bahasa uslub Arab yang berbelit-belit dan berjela-jela, sebab ustaz-uztaz itu tahu bagaimana hendak memahami ayat-ayat uslub Arab kerana mereka pandai bahasa Arab.

Adakah buku itu saudara tujukan kepada golongan profesional Melayu-Islam, seperti akuantan, doktor, jurutera dan lain-lain yang tidak tahu bahasa Arab langsung? Golongan ini banyak dan mereka suka belajar Islam dengan cara membaca.

Adakah buku itu saudara tujukan bagi pembaca Islam keturunan, yang membaca alif ba ta tidak tahu, yang mengucap pun tidak fasih? Golongan ini amat banyak jumlahnya. Toleh ke kiri ada, toleh ke kanan pun ada. Di sekeliling kita pun banyak anggota kumpulan ini.

Adakah saudara tujukan buku itu kepada bukan Islam, manalah tahu, mereka itu mungkin sudah tergerak hendak tahu lebih banyak tentang Islam. Golongan ini amat banyak!

Adakah buku itu saudara tujukan kepada kanak-kanak ataupun remaja, ataupun orang-orang tua yang tidak pernah masuk sekolah menengah? Golongan ini pun amat banyak.

Buku-buku agama yang ada dalam pasaran sekarang ditulis untuk 'semua' orang, dengan andaian, kalau ustaz faham, kanak-kanak dan saudara baru tentu faham!

Kita tidak boleh menulis SATU buku agama untuk semua orang. Setiap buku mesti ditulis untuk SATU kelompok target.

Buku panduan sembahyang untuk orang Melayu-keturunan tidak boleh serupa bahasa dan isi kandungannya dengan buku panduan sembahyang untuk orang Melayu yang pernah belajar di sekolah agama.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 12, 2007

Tip Menulis Buku Motivasi

Berkali-kali kita berjumpa dengan orang yang berminat hendak menulis buku motivasi. Berkali-kali kita lihat betapa mereka tidak tahu-menahu ciri-ciri buku motivasi yang laku dijual.

Apabila ditanya, kepada siapa buku itu hendak ditargetkan, mereka salah target! Ambil sebagai contoh, mereka hendak menulis buku motivasi belajar bagi membantu pelajar-pelajar yang malas belajar supaya rajin belajar. Tetapi, budak-budak yang malas belajar tidak suka membaca buku motivasi belajar, apatah lagi MEMBELI buku motivasi!

Semua buku ramai yang memerlukannya, tetapi orang yang memerlukannya belum tentu membelinya. Buku “Hidup Sihat Tanpa Dadah” diperlukan oleh semua orang. Tetapi orang yang tidak mengambil dadad tidak membelinya. Penagih dadah pun tidak membelinya!

Katakanlah, saudara menulis buku dengan tajuk “Pendidikan Akhlak untuk Remaja”.

1. Siapa yang berminat membeli buku saudara itu?
Antaranya adalah pustakawan dan guru pusat sumber sekolah. Mereka mungkin membeli, tetapi tidak membacanya sebab dalam kerjaya mereka sebagai pustakwan dan guru pusat sumber, mereka itu tidak perlu membaca buku tentang pendidikan akhlak untuk remaja. Jumlah pustakawan dan guru pusat sumber adalah amat kecil di negara ini.

2. Siapa yang memerlukan isi kandungan buku saudara itu?
Antaranya adalah ibu bapa, mereka yang menganjurkan kem-kem motivasi, kaunselor sekolah, dan pakar pendidikan. Walaupun isi kandungan buku saudara mungkin berguna kepada mereka, tetapi mereka mungkin tidak membelinya dan tidak membacanya. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja bermasalah akhlak pula tidak pergi ke kedai buku.

3. Siapa yang mahu membaca buku saudara itu?

Sudah tentu remaja tidak suka hendak membaca buku tentang pendidikan akhlak untuk mereka.

Kemahiran mengenalpasti siapa yang mahu membeli dan siapa yang mahu membaca buku saudara dapat membantu saudara mengelakkan kesilapan memilih tema buku yang saudara tulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 10, 2007

Penulis Selebriti

 


Banyak penulis ingin jadi selebriti. Sesetengah bidang penulisan dapat menjadikan saudara terkenal, sebagai contoh jikalau saudara menulis novel bertaraf sastera, sebab nama dan foto orang sastera kerap disiarkan dalam halaman sastera mingguan akhbar-akhbar perdana.


Banyak juga selebriti yang ingin jadi penulis. Salah satu cara yang lazimnya digunakan adalah dengan membayar perkhidmatan 'penulis hantu'.


Sebagai penulis, jika saudara ingin jadi terkenal, saudara perlu memilih saudara mahukan keterkenalan yang bagaimana:





  1. Diri saudara yang menjadi terkenal: Ustazah Bahiyah terkenal daripada sudut ini. Kelebihan keterkenalan jenis ini adalah saudara mendapat undangan berceramah yang banyak. Makin banyak saudara berceramah, makin saudara terkenal, makin banyak sumber pendapatan saudara. Kekurangannya adalah disebabkan saudara mencari rezeki dengan bercakap, saudara tidak boleh salah cakap walaupun satu ayat.




  2. Buku-buku saudara yang menjadi terkenal: Puan Ainon Mohd. terkenal daripada sudut ini. Orang hanya kenal buku-buku beliau. Kelebihan cara ini adalah, saudara mempunyai banyak masa bagi menulis banyak buku sebab saudara tidak sibuk berceramah.




  3. Diri dan buku-buku saudara sama-sama menjadi terkenal: Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah terkenal daripada sudut ini. Orang kenal wajahnya dan buku-bukunya. Peminatnya ramai, dan mereka membeli buku dan juga hadir ceramah. Tokoh-tokoh seperti beliau menerima pendapatan daripada royalti buku dan yuran ceramah.




Apabila saudara sudah memilih mahu menjadi selebriti, dan wajah saudara selalu muncul di TV, sebaik-baiknya saudara memiliki ijazah PhD. Khalayak Malaysia sekarang mementingkan PhD.


.


.


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Tunjuk Pandai

Adalah lazim bagi seseorang yang baru belajar menulis artikel ataupun buku, dia terdorong hendak menunjukkan dirinya seorang yang 'pandai'. Dia mungkin tidak sedar akan motifnya itu, namun dorongan itu terbukti pada kosa kata dan struktur ayat-ayat yang dihasilkannya.

Penulis baru lazimnya 'menulis sebab dia hendak impress pembacanya' bukan 'menulis bagi meng-express apa yang hendak disampaikannya'.

Bagi meng-impress pembacanya, si penulis memilih perkataan-perkataan yang bombastik, menggunakan banyak istilah, dan meminjam perkataan-perkataan asing.

Matlamat menulis yang betul adalah bagi meng-exspress-kan maklumat yang hendak disampaikan kepada pembaca.

Contoh ayat impres: Ibnu Khaldun, dalam penyanggahannya terhadap teori itu, menyatakan....

Contoh ayat ekspres: Ibnu Khaldun menolak teori itu dengan mengatakan....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 08, 2007

Buku Sebagai Alat Bantu Mengurangkan Jurang Budaya dan Jurang Informasi

Budak-budak luar bandar mempunyai ciri yang diistilahkan 'cultural deficit' dan 'information deficit'.

Disebabkan mereka lahir dan membesar dalam budaya luar bandar, bukan budaya bandar, maka budaya luar bandar itu menyebabkan mereka mengalami gejala dunia kebodohan sains dan kemunduran.

Buku-buku yang perlu diletakkan dalam pusat-pusat sumber sekolah mestilah buku-buku yang mengandungi maklumat sains terbaru yang akan membantu mereka keluar daripada dunia kebodohan sains dan kemiskinan maklumat.

Saya petik sebuah komen dalam blog UNIKA:

Assalamualaikum wbt Pn Sifu dan rakan-rakan yang dihormati.

Menghimbau kembali kenangan lama ketika menyertai program bakti siswa di sebuah kampung. Suatu hari tatkala berlangsung segmen bersama adik-adik fasi yang dikasihi.

Aini: Cita-cita adik hendak jadi apabila sudah besar nanti?
Adik A: Hendak jadi pekebun macam ayah (bahasa lohgat Kedah)


(Aini terkesima seketika. Bagi menjernihkan hati yang galau.)

Aini: Oh ya, adik hendak jadi pekebun yang moden dan berjaya. Ada ladang besar dan jentera. Ada import dan eksport juga.

Adik A: Mengangguk antara mungkin faham ataupun tidak.

Aini: Itu Adik yang berbaju biru ( adik B ) itu sudah besar hendak jadi apa?

Adik B : Ikut abah, jadi nelayan.

(Aini tergamam seketika. Sekali lagi dia cuba menjernihkan suasana.)

Aini : Oh ya. Adik hendak jadi nelayan yang ada kapal besar. Guna pukat tunda di laut dalam berserta kilang sardin di atas kapal. Bila naik ke darat tinggal boleh sardin yang sudah siap ditinkan pada orang kampung…

(Adik B hanya tunduk. Mungkin dia mengerti, mungkin juga tidak. Sekali lagi dia cuba menarik perhatian adik-adik yang dikasihi)

Aini : Siapa di sini hendak masuk universiti? Jadi peguam, jurutera, pakar terapi? Angkat tangan.

Adik C : Kak, jurutera itu apa, kak? Peguam itu apa?

(Aini terkesima bagi kesekian kalinya.)

Balik dari sesi fasi itu… bergenang air mata. Tidak sangka masih ada anak Melayu yang sedemikian rupa…

Maka saya sangat menyokong pendapat Puan Sifu. Sekiranya ada pembentukan pasukan bagi tujuan tersebut (projek baca novel jibunsyi di sekolah luar bandar), insyaallah saya sudi menyertainya. Demi adik-adik tercinta dan golongan emas yang berjasa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Uslub Buku-buku Agama Konvensional

Bahasa buku-buku agama konvensional sukar dibaca disebabkan gaya bahasanya bercampur baur dengan 3 uslub asing:

(1) Uslub bahasa Arab klasik

Unsur bahasa Arab klasik ini datang daripada sumber kitab asal yang diterjemahkan, yakni kitab-kitab hasil tulisan cendekiawan Islam yang hidup beratus-ratus tahun dahulu. Bahasa kitab-kitab itu sudah berusia ratusan tahun, apabila diterjemahkan, gaya bahasa klasik itu dikekalkan pula, tidak digantikan dengan gaya bahasa kontemporari.

(2) Uslub Bahasa Melayu klasik

Banyak terjemahan kitab-kitab klasik yang ada dalam pasaran hari ini sebenarnya sudah diterjemahkan berpuluh-puluh tahun dahulu, oleh itu Bahasa Melayu zaman itu sudah menjadi klasik pada hari ini. Kitab-kitab itu terus diulangcetak. Tidak ada usaha bagi memodenkan bahasa dalam kitab-kitab itu.

(3) Uslub Bahasa Indonesia klasik dan moden


Majoriti kitab-kitab besar karya cendekiawan Arab zaman dahulu yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu adalah hasil kerja-kerja terjemahan cendekiawan Indonesia. Kita mesti akui bahawa ulamak Indonesia amat produktif, baik daripada sudut aktiviti menterjemah mahupun menulis karya original. Karya-karya terjemahan dan original ulamak Indonesia itu banyak disalin dan dicuri oleh penulis-penulis dan penerbit-penerbit buku agama kita di negara ini.

Tiga unsur bahasa klasik di atas mesti digantikan dengan gaya Bahasa Melayu moden uslub 2007, barulah kita dapat menyampaikan mesej Islam menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca beginner.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 07, 2007

Buku untuk Budak Kampung

Apakah kerjaya saudara saat ini?

Tulislah buku panduan memilih kerjaya bagi kerjaya saudara sekarang.

Format buku siri ini sudah disediakan oleh PTS PROFESSIONAL. Saudara hanya perlu mengisi maklumat dalam templat.

Kasihan budak-budak kampung. Mereka tidak tahu rupa-rupanya ada begitu banyak bidang kerjaya yang dapat mereka ceburi, bukan setakat menjadi cikgu, ustaz, polis, askar, posmen, penyanyi, pelakon, pekerja kilang....

Tulislah buku dalam siri ini bagi membantu budak-budak kampung mengetahui pelbagai peluang kerjaya yang menanti mereka.

Tulis emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Format buku akan dikirimkan kepada saudara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 05, 2007

Hipotesis Mengapa Bahasa Ustaz Berbelit-belit

Di manakah susahnya menulis buku-buku ABC-agama, maka ustaz-ustaz yang mempunyai banyak ilmu tidak pandai menuliskan buku-buku itu menggunakan Bahasa Melayu uslub 2007?

Ada dua faktor yang mungkin menyebabkan bahasa ustaz-ustaz kita berbelit-belit.

(a) Tradisi belajar dengan cara menghafal

Disebabkan salah satu kepintaran yang amat dipentingkan bagi lulus ijazah dari fakulti Islam adalah kepintaran menghafal, maka apabila ustaz-ustaz itu menulis, mereka sebenarnya mengeluarkan semua perkataan, frasa dan ayat-ayat yang sudah mereka hafal daripada kitab-kitab lain.

(b) Tidak membaca buku-buku selain buku agama

Ustaz-ustaz itu mungkin tidak banyak membaca buku-buku Melayu yang ditulis menggunakan Bahasa Melayu moden, dan ini menyebabkan dalam kotak memori ustaz-ustaz itu tidak banyak tersimpan ayat-ayat Bahasa Melayu moden.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Iklan! PTS Mencari Eksekutif Jualan

Jika saudara mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran dan jualan buku, PTS mempunyai 1 jawatan kosong.

Hubungi pengurus sumber manusia PTS di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Terangkan pengalaman profesional saudara. Jika saudara mempunyai kereta, itu adalah kelebihan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 30, 2007

Kesan Tulisan Arab dalam Buku Agama ke atas Minda Pembaca Beginner

Buku-buku agama konvensional dalam Bahasa Melayu adalah buku berkenaan agama Islam, yang ditulis oleh pengarang Melayu-Islam, dan untuk dibaca oleh orang Melayu-Islam yang mempunyai pengetahuan asas berkenaan agama Islam.

Justeru buku-buku itu adalah amat eksklusif sifatnya. Kalau saudara bukan orang Islam yang pandai Islam, saudara tidak dapat memahami apa yang terkandung dalam buku-buku itu.

Apakah ciri-ciri pembaca yang terdiri daripada orang Islam yang pandai Islam?

Pertama, pembaca itu tahu istilah-istilah asas dalam Islam yang dipinjam daripada bahasa Arab, seperti muslimin, muslimat, Baitullah, umrah, aqidah, syariah, afdhal, rakaat, solehah dan lain-lain. Justeru buku-buku yang menggunakan istilah-istilah itu dapat mereka baca dan fahami. Tetapi bagi pembaca beginner, mereka tidak tahu makna istilah-istilah itu.

Kedua, pembaca itu tahu makna frasa-frasa tradisional dalam buku agama seperti 'aku naik saksi...', 'sahaja aku mendirikan...', 'naik haji...', 'aku berlindung dengan Allah...', 'dengan nama Allah...' dan banyak lagi. Justeru buku-buku yang menggunakan frasa-frasa itu dapat mereka fahami. Tetapi bagi pembaca beginner, frasa 'naik saksi' adalah teka-teki.

Buku-buku agama PTS diterbitkan bagi bacaan orang-orang yang tidak mempunyai pengetahuan asas dalam agama Islam. Justeru buku-buku agama PTS menjalankan fungsi 'outreach', yakni menyampaikan mesej Islam kepada kelompok yang selama ini tidak tercapai oleh buku-buku agama konvensional.

Salah satu ciri pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan asas berkenaan agama Islam adalah mereka tidak pandai membaca alif, ba, ta. Mereka bukan hanya tidak kenal huruf Arab, malah mereka tidak mempunyai persepsi dan perasaan positif terhadap tulisan Arab.

Tulisan Arab pada buku-buku agama boleh menyebabkan pembaca beginner tidak berminat mahu memegang buku itu, jangankan membacanya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 29, 2007

Siapa Patut Tulis Buku Agama untuk Pembaca Beginner

Di luar sana banyak orang Islam yang tidak pandai bersembahyang, manakala hati mereka sudah selalu terkenang-kenang ingin belajar sembahyang.

Mereka malu hendak mengaku mereka tidak pandai sembahyang. Seperti biasa, mereka percaya mereka boleh belajar sembahyang dengan membaca buku.

Buku yang bagaimanakah yang diperlukan oleh pembaca seperti itu?

Pertama-tama, orang Islam yang tidak pandai bersembahyang ini tidak tahu membaca huruf Arab. Dia mungkin baru masuk Islam sebab berkahwin dengan orang Islam keturunan, jadi pasangannya pun alif-batang-kayu juga.

Ada juga orang yang baru masuk Islam itu buta huruf! Mereka mungkin penduduk Bumiputera di kawasan-kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sudahlah buta huruf, mereka mungkin sudah tua, justeru payah hendak mengingat.

Ataupun, orang yang hendak belajar sembahyang itu orang profesional, tinggal di kondominium pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi dia mungkin Islam keturunan. Barangkali salah seorang daripada ibu bapanya bukan Melayu, oleh itu dia tidak dibesarkan dengan pendidikan Islam tradisional.

Mungkin dia seorang anak Orang Asli yang ibu bapanya baru diIslamkan. Mungkin dia anak orang Iban yang masuk Islam selepas belajar di UIA, dan sekarang dia baru berjaya mengajak ibu bapanya yang buta huruf masuk Islam juga, dan dia perlu mengajar ibu bapanya sembahyang.

Buku panduan bersembahyang ada ada dalam pasaran penuh dengan tulisan Arab.

Kedua, buku-buku panduan bersembahyang konvensional terus memberikan model sembahyang yang sempurna, lengkap dengan segala bacaan sunat-sunatnya. Ini menggerunkan pembaca yang baru hendak belajar sembahyang.

Ustaz-ustaz tradisional, apabila mereka menulis buku-buku agama, seringkali sahaja mereka mengukur baju di badan mereka sendiri.

Ustaz-ustaz itu membayangkan orang yang membaca bukunya adalah orang yang serupa dengan diri mereka sendiri. Kalau mereka tahu membaca huruf Arab, mereka bayangkan pembaca juga tahu membaca huruf Arab.

Jadi, hasilnya mereka menulis buku-buku panduan ibadah untuk kelompok orang-orang yang macam diri mereka sendiri. Istilahnya, buku-buku agama yang mereka tulis itu bersifat eksklusif, hanya dapat dibaca dan dimanfaatkan sesama mereka.

Siapakah yang patut menulis buku-buku panduan sembahyang untuk kumpulan target seperti mereka yang baru masuk Islam dan Islam keturunan? Ustaz-ustaz ataupun orang biasa? Ataupun ditulis oleh orang biasa lalu disemak oleh ustaz?

Topik diskusi hari ini: Apakah yang patut dituliskan dalam buku panduan sembahyang bagi mualaf yang masuk Islam sebab dia akan berkahwin dengan gadis Melayu, yang agamanya juga cuma sedikit lebih baik daripada agama bakal suaminya?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Agama untuk Pembaca Beginner: Isu Perkataan Pinjaman Arab

Apabila penulis Melayu menulis apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan agama, maka automatis banyak perkataan pinjaman Arab digunakan.

Dalam percakapan harian pun perkataan-perkatan itu digunakan, yakni apabila orang Melayu bercakap dengan orang Melayu.

Perkataan seperti amal, martabat, surah, juz, hadith, hafiz, kalimah, syahadah, soleh, solehah, solat, akad, talak, mukmin, muslimin, muslimat, fardhu, redha, maksiat, musibah, mungkar, sunat, ibadah dan lain-lain sudah menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata Bahasa Melayu umum.

Walaupun begitu, apa yang orang Melayu tahu, orang bukan Melayu belum tentu tahu. Pembaca Cina, Kadazan, Murut, Iban, Temuan, India, Sikh dan lain-lain tidak faham konsep di sebalik perkataan itu.

Jangankan orang bukan Melayu, di kalangan orang Melayu sekalipun, ramai yang tidak tahu makna perkataan-perkataan pinjaman Arab itu - kanak-kanak sudah tentu tidak tahu! Malah, jangan terkejut, di kalangan remaja dan orang dewasa Melayu pun, banyak yang tidak tahu.

Apabila menulis buku-buku agama Islam untuk pembaca beginner, perkataan-perkataan pinjaman Arab hendaklah digantikan dengan perkataan Melayu.

Sebagai contoh, judul buku 'Panduan Menjadi Isteri Solehah' sepatutnya ditulis 'Panduan Menjadi Isteri yang Baik'.

Ayat 'Martabat seseorang itu ditentukan oleh ilmunya.' sepatutnya ditulis 'Status seseorang itu ditentukan oleh ilmunya.'

Sebenarnya, menulis buku agama Islam bagi bacaan pembaca beginner adalah lebih sukar daripada menulis buku untuk pembaca pakar, yakni pembaca yang sudah tahu apa itu ajaran-ajaran Islam.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 28, 2007

Amanat Chairman PTS: Mengapa Tim Penulis PTS Mesti Tolong PTS ke BSKL

Salah satu risiko penulis adalah apabila penerbitnya yang besar dan gagah kemudian semakin hari semakin mengecil bisnesnya, lalu gulung tikar.

Kata pepatah Melayu, apabila ayam mati, maka kutu ayam pun ikut mati. Apabila penerbit gulung tikar, penulis pun tidak jauh lebih baik nasibnya!

Apabila orang bisnes bersikap tamak, yakni hendak terus memiliki 100% saham syarikat penerbitannya yang nampaknya berkembang dengan gagah perkasa, sikap tamaknya itu amat berbahaya, baik bagi syarikatnya, apatah lagi bagi para penulisnya.

Masih ingatkah lagi 'empayar' PUSTAKA ANTARA suatu masa dahulu? Itulah penerbit buku-buku Melayu yang berjaya memiliki bangunan 4 tingkat di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Status PA pernah lebih terkenal daripada DBP!

Banyak syarikat hanya bertahan selagi pendirinya masih gagah. Apabila usia pendirinya tua dan dia menjadi lemah-lemah, syarikat itu pun ikut sakit-sakit, dan seterusnya apabila pendirinya meninggal dunia, syarikatnya pun ikut mati.

Nasib buruk seperti itu dapat dielakkan apabila syarikat itu dapat dibawa ke bursa saham.

Jadi, saudara-saudara yang serjuangan denganku, para anggota tim penulis PTS sekalian, tulislah buku yang bagus-bagus, yang evergreen, supaya rekod kewangan bisnes PTS melayakkannya masuk BSKL.

Dengan memperpanjangkan usia PTS sebagai syarikat yang wujud di BSKL, kita semua memperpanjangkan hayat harta intelek kita yang diterbitkan oleh PTS.

Bayangkan PTS hidup beratus-ratus tahun, sebagaimana banyak penerbit buku-buku ilmu lain hidup beratus-ratus tahun, seperti Oxford, MacMillan dan lain-lain lagi.

Apakah mungkin saham PTS diperdagangkan di BSKL? Penerbit Pelangi dan Sasbadi, yang hanya menerbitkan buku-buku bersilabus pun sudah berada di BSKL.

Kita yakin, dengan izin Tuhan yang maha kaya, PTS akan menjadi penerbit buku ilmu dalam Bahasa Melayu pertama, milik individu Bumiputera 100%, masuk ke BSKL, mula-mula di papan ke-2, seterusnya ke papan pertama.

Dengan kejayaan PTS ke BSKL, maka tamatlah penguasaan anak-anak Muhammad bin Somo (Ainon, Aziz dan Arifin) dalam lembaga pengarah PTS.

PTS menjadi syarikat penerbit buku ilmu yang dimiliki oleh orang ramai yang membeli sahamnya. Dengan itu PTS membuka lembaran baru dengan pengurusan 100% berbudaya profesional-korporat.

Hidup PTS (walaupun pendirinya sudah lama tiada...)!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 25, 2007

Hubungan dengan Media: Sakit Hati Seorang Sasterawan Bertaraf Selebriti

Sasterawan muda paling ngetop dan paling berpengaruh sekarang adalah Sdr. Faisal Tehrani.

Bakat kreatif beliau memang luar biasa. Beliau memegang rekod penulis paling banyak menggondol pelbagai hadiah dan anugerah sastera - baik dikira dari sudut nilai ringgitnya mahupun bilangan hadiahnya, ataupun genre yang dimenanginya.

Ditambah pula, pada usia 32, beliau masih solo dan nama beliau kekal bersih daripada apa jua gosip 'affair' dengan wanita!

Beliau juga banyak menulis isu-isu yang menimbulkan kontroversi berkenaan aliran pemikirannya.

Nampaknya beliau saat ini sedang mengalami kesan negatif popularitinya yang bertaraf selebriti, di mana reputasi baik beliau kerap kali dieksploitasi secara tidak beretika bagi dijadikan bahan pelaris jualan pelbagai majalah dan akhbar. (Lazimnya perkara begini menjadi lumrah dunia selebriti artis-artis sahaja.)

Baca di sini tulisan bertajuk 'Bila Keizinan Tak Diberi...' dalam Faisal Tehrani bagi mendapatkan kenyataan rasmi beliau berkenaan isu bagaimana beliau kerap sengaja diputar-belit dan disalah-lapor oleh media.

Kita merakamkan simpati kepada beliau. Kepada para pembaca UNIKAPTS, marilah kita sama-sama saling menghormati perasaan sesama penulis.

Nota: Sdr. Faisal Tehrani, izinkan foto saudara kita siarkan di sini, ya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 23, 2007

Cak! Buku Siapakah Ini?

Betulkah tukang gunting dapat menjadi jutawan?

Jangan-jangan ini satu lagi buku "Semua Boleh! Apa-apa pun boleh! Siapa-siapa pun boleh!... Malaysia Boleh!"

Buku ini akan terbit sehari dua lagi....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 22, 2007

Menulis Buku Agama Untuk Beginner Agama

Buku-buku agama terbitan PTS ISLAMIKA ditulis khusus bagi bacaan sesiapa yang baru hendak berkenalan dengan Islam, jadi ia adalah buku-buku untuk pemula (beginner). Buku genre inilah yang tidak ada dalam pasaran saat ini.

Siapakah yang disebut sebagai 'beginner'? Pembaca beginner mungkin:

(a) Individu bukan Islam yang ingin mengetahui isi kandungan buku Islam itu.

(b) Dia mungkin juga orang Islam keturunan sahaja, oleh itu pengetahuannya tentang Islam masih rendah.

(c) Individu itu mungkin sudah masuk Islam dan masih belajar hal-hal yang asas sahaja tentang Islam.

Walaupun judul-judul yang diterbitkan oleh PTS ISLAMIKA itu mungkin judul karya ilmuan besar seperti Ibnu Qayim ataupun Imam Nawawi, tetapi buku-buku itu tetap ditulis menggunakan gaya bahasa yang disesuaikan dengan keperluan pembaca beginner.

Kita mendapat maklumbalas daripada banyak saudara baru yang mengadu mereka tidak faham bahasa yang digunakan dalam buku-buku agama yang banyak terjual dalam pasaran saat ini.

Apabila menulis buku agama untuk beginner, bayangkan, sebagai contoh sahaja, pembaca yang membaca buku itu bernama En. Tan ataupun En. Muthu ataupun Cik Jah a/p Bayan. Mereka mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 21, 2007

Partikel ‘lah’ dalam Dialog

Apabila menulis dialog, jangan gunakan partikel 'lah'. Partikel 'lah' dalam dialog adalah:

(1) Ia adalah unsur Bahasa Melayu dialek (loghat) Malaysia. Apabila orang Indonesia mahu mengejek orang Malaysia, mereka mengajuk cakap orang Malaysia dengan menggunakan 'lah' (selain mereka juga mengejek orang Malaysia menggunakan bunyi e-pepet).

(2) Ia tidak digunakan dalam Bahasa Indonesia, baik BI baku mahupun BI Rendah. Supaya karya saudara dapat dinikmati dengan lebih berkesan di Indonesia, elakkan unsur-unsur loghat dalam Bahasa Melayu Malaysia.

(3) Apabila partikel 'lah' digunakan dalam dialog, ia mencipta kesan negatif ke atas gaya bahasa. Dialog itu menjadi dialog buku cerita biasa, bukan dialog karya sastera.

Adalah menjadi komitmen kita mahu memasarkan buku-buku terbitan PTS ke Indonesia. Dengan demikian, pilih gaya bahasa yang neutral, yakni gunakan Bahasa Melayu supra, yang difahami oleh pembaca Melayu di mana jua mereka berada.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, March 20, 2007

Plus Plus Menulis Buku Cerita-cerita Agama

Buku-buku cerita agama adalah Harta Intelek yang amat berharga. Melaburkan bakat dan masa bagi menulis cerita-cerita agama adalah pelaburan bijaksana.

Pasaran buku-buku cerita agama adalah paling besar:

Ia buku yang dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Ia mudah dijual baik di pasar malam, di gerai buku, di kedai buku agama, dan di rangkaian kedai buku elit.

Ia mudah dijual ke perpustakaan awam dan sekolah.

Ia tahan lama dalam pasaran kerana fakta dalam cerita itu tidak berubah.

Ia dapat dijual dalam pelbagai edisi - daripada edisi tebal, kulit keras, kulit lembut, buku kecil, edisi kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

Buku-buku cerita agama sudah berlambak dalam pasaran. Jika begitu, mengapakah PTS menceburkan diri ke dalam sektor ini?

PTS masuk sektor buku agama dengan menawarkan produk yang lebih baik daripada yang sekarang ada dalam pasaran.

Pertama, cerita-cerita itu ditulis oleh pengarang-pengarang yang memiliki bakat penulisan kreatif, dengan itu gaya ceritanya lebih sedap dibaca.

Kedua, buku-buku PTS ditulis menggunakan gaya Bahasa Melayu Tinggi yang indah dan tidak mengandungi uslub Arab.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 19, 2007

Mengapa Sifu Sanggup ke Tok Bali

Kalau hendak difikirkan, apa gunanya Sifu ke Tok Bali subuh-subuh buta, bukan dengan menaiki Mercedes, tetapi MPV sahaja (dibeli dengan duit royalti buku kami), memang kita akan hilang semangat hendak pergi.

Tetapi, dalam perjuangan, kita tidak ditanya tentang 'hasil' yang diperoleh, sebaliknya kita ditanya berkenaan 'usaha' apa yang sudah dilakukan. Maka itu, fokus kita dalam berjuang adalah usaha-demi-usaha.

Dalam suatu kisah, sewaktu api sedang disediakan bagi membakar Nabi Ibrahim hidup-hidup, ada seekor burung pipit yang menggunakan paruh kecilnya mengambil air lalu menjatuhkan titisan air itu ke atas unggun api yang sedang marak.

Maka burung-burung lain yang lebih besar berkata, "Alangkah sia-sianya perbuatan si pipit itu. Mustahil setitik air dapat memadamkan unggun api yang menyala-nyala."

Lalu dijawab oleh si pipit, "Inilah usahaku."

Maka kami adalah umpama si pipit itu - saya pipit tua 57 tahun, dan Prof. Abdullah Hassan pipit lebih tua, 65 tahun. Marilah, wahai pipit-pipit muda, kita teruskan usaha.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 18, 2007

Mari Menulis Buku Cerita-cerita Agama

Kita mengajak saudara yang mempunyai minat menulis cerpen dan novel supaya ikut projek menulis cerita-cerita agama.

Bakat yang diperlukan bagi menulis cerpen, novel dan cerita agama adalah bakat yang sama. Hanya bahan ceritanya yang berbeza.

Cerita-cerita agama mempunyai pasaran yang besar dan evergreen.

Buku seperti yang kulitnya kita siarkan di sini dapat bertahan dalam pasaran selama lebih 30 tahun. Ini disebabkan fakta-faktah dalam cerita-cerita itu adalah kekal, tidak berubah-ubah.

Tentang teknik menuliskan cerita-cerita berunsur agama itu nanti Sifu akan terangkan satu persatu.

Pada masa ini buku-buku cerita agama yang ada dalam pasaran ditulis oleh golongan ustaz-ustaz yang tidak memiliki bakat kreatif. Hasilnya, buku-buku itu menggunakan gaya bercerita macam dalam kitab-kitab agama, gaya bahasanya berunsurkan uslub Arab, berbelit-belit, dan tidak mengasyikkan apabila dibaca.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 16, 2007

Perbualan dengan Puan Sujiah Salleh (2)

Kita sempat berbual-bual sekitar 30 minit dengan Puan SS sebelum Datuk Yusof Haslam tiba. Puan SS datang membawa sebuah buku yang kandungannya adalah skrip filem Hollywood edisi final, yakni edisi yang digunakan bagi menghasilkan filem sebenar, supaya kami dapat melihatnya, sebab beliau mahu SWAM menerbitkan buku seperti itu dengan kerjasama PTS.

Kita bertanya pengalaman beliau mengalihkan novel menjadi skrip filem.

Beliau memberitahu, "Amat sukar."

"Akhir-akhirnya, kita cuma ambil jalan cerita dalam novel itu sahaja," katanya.

Apabila kita bertanya apa yang menyebabkan 'amat sukar', beliau memberitahu penulis novel menulis buku cerita dengan tidak memberikan detail-detail yang diperlukan dalam lakonlayar yakni screenplay. Lakonlayar adalah 'pergerakan kamera'.

Beliau memberi contoh, dalam novel ada ayat yang berbunyi Mamat masuk hospital 2 hari. Ayat ini tidak berguna kepada penulis skrip sebab "Kamera hendak tunjukkan apa?" kata Puan SS. "Kamera mesti ambil gambar. Gambar apa yang hendak diambil berdasarkan ayat itu?"

Sifu PTS: "Hmmm.... "

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 11, 2007

Mengapa Jualan Buku Puisi Corot

Data jualan buku puisi yang ada pada kita menunjukkan buku puisi, senang cakap, tak laku! Apakah nama penyair itu nama besar ataupun nama kecil, apakah buku itu diterbitkan oleh DBP ataupun bukan, buku puisi tetap tidak laku.

Begitu tidak lakunya buku puisi sehingga penerbit swasta tidak berani menerbitkan buku puisi. Ini memaksa ramai penyair mengeluarkan wang simpanan peribadi bagi menerbitkan sendiri karya mereka.

Kita cuba memikirkan apakah barangkali faktor-faktor yang selama ini menyebabkan buku-buku puisi yang pernah diterbitkan tidak laku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Apabila Berniaga, Jangan Bersaing Cara Salah

Nota: Entri ini ditulis untuk saudara yang berminat menjadi penerbit buku.

Apabila saudara terjun ke dalam dunia penerbitan buku Melayu, kita berpandangan, keputusan saudara itu adalah bagus bagi saudara, dan bagus bagi industri buku Melayu. Semakin banyak penerbit buku Melayu, semakin baik bagi industri buku Melayu.

Di Thailand, ada 35 buah penerbit buku (Malaysia cuma 2) yang sahamnya didagangkan di papan pertama Bursa Bangkok, setiap penerbit itu mempunyai nilai bisnes lebih RM100 juta setahun! 60% judul yang diterbitkan di Thailand adalah terjemahan. Itulah sebabnya ilmu pengetahuan cepat disebarkan ke seluruh lapisan masyarakat Thailand, dan inilah yang menjadikan ekonomi negara itu berkembang pesat.

Malaysia memerlukan banyak penerbit buku Melayu. Ini bermakna semua penerbit mesti tolong-menolong dan berpegang pada prinsip 'membangun bersama-sama'.

Pasaran buku Melayu masih kecil sebab jumlah pemainnya kecil. Jumlah pemain yang kecil inilah yang menjadikan jumlah produk-produk buku Melayu masih kecil sehingga pembaca tidak mempunyai banyak pilihan judul.

Bagi membesarkan pasaran buku Melayu, kita perlu membanyakkan jumlah pemainnya. (UNIKAPTS dibuka bagi membantu sesiapa yang berminat masuk menjadi pemain dalam padang yang masih 'kosong' ini dengan menyebar-luaskan maklumat tentang dunia perbukuan di negara ini.)

Sebagai peniaga, jangan jadikan buku Tsun Tzu "The Art of War" sebagai kitab saudara. Buku itu adalah buku seni menang di medan perang, bukan seni menang dalam bidang perniagaan.

Dalam bidang perniagaan, kita mesti membangun bersama-sama, ertinya syarikat penerbitan kita semua hidup dan berkembang. Tidak ada syarikat yang gulung tikar!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 09, 2007

Hari Ini! Hari Ini!

Kepada yang mendaftar untuk hadir Bengkel Jibunsyi hari ini Sabtu 10hb ini di Hotel Impiana KLCC, jangan lupa bengkel bermula jam 9.00 pagi!

Seperti biasa, siapa datang lebih awal, dapat ilmu ekstra daripada Sifu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 08, 2007

Mengapa… Mengapa…

Baru-baru ini kita sempat menziarahi keluarga seorang penyair terkenal. Betul seperti yang kita ramalkan, rumahnya penuh sesak oleh koleksi bukunya.

Nilai buku-buku yang disusun di tepi dinding-dinding rumah kecilnya itu lebih mahal daripada nilai rumah itu sendiri!

Kita berani bertaruh, koleksi buku-buku puisi Melayu-Indonesia beliau lebih lengkap daripada koleksi pensyarah universiti yang mengajar sejarah dan perkembangan puisi Melayu!

Hmm... selepas melihat sendiri koleksi buku beliau, baru saya mengerti mengapa beliau hanya memandu kereta buruk!

Tetapi mengapa perlunya penyair terkenal yang mempunyai 8 buku dengan DBP memandu kereta buruk? Mengapa?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Bezanya Buku Agama PTS dengan Buku Agama Penerbit Lain

Buku-buku agama Islam terbitan PTS mempunyai 2 ciri yang membezakannya daripada buku-buku agama konvensional terbitan penerbit lain.

(1) Gaya bahasa buku-buku agama PTS tidak mempunyai bau-bau uslub Arab.

Uslub Arab adalah gaya bahasa Arab. Buku-buku agama PTS menggunakan Bahasa Melayu moden yang mudah difahami. Pembaca yang bukan Islam pun dapat memahami apa yang tertulis dalam buku-buku agama PTS.

(2) Buku-buku agama PTS tidak menggunakan istilah-istilah Arab.

Ciri ini membolehkan pembaca bukan Islam, yang tidak faham sepatah perkataan Arab sekalipun, dapat memahami konsep-konsep agama yang diterangkan dalam buku-buku agama PTS.

Dua ciri itu membantu pembaca bukan Melayu dan bukan Islam memahami isi kandungan buku-buku agama terbitan PTS.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 05, 2007

Tentang Trademark “UJANG”

Nota: Entri ini ditulis sebagai respon kepada nota komen Sdr. Fable Fox tentang isu trademark "UJANG".

Istilah Melayu bagi 'trademark' adalah tanda perniagaan. Apa-apa nama yang sudah didaftarkan sebagai trademark lazimnya diberi tanda (TM) di tepi tanda itu.

Di bawah undang-undang harta intelek, kita boleh mencipta apa sahaja nama, perkataan, gabungan abjad ataupun abjad dan angka, dan mendaftarkannya sebagai trademark (TM) milik kita, dan hak kita itu dilindungi oleh undang-undang.

Kita juga boleh mendaftarkan nama manusia sebenar sebagai trademark. Kalau mahu, kita boleh mendaftarkan sebagai trademark nama-nama Tuhan, malaikat dan dewa-dewa.

Apabila nama manusia seperti 'Toyota', 'Hewlett', 'Colgate', 'Gillette' dan lain-lain sudah didaftarkan sebagai trademark, maka orang lain tidak boleh menggunakan nama yang sama sebagai nama produk mereka, bagi tujuan 'trade', yakni bisnes.

Nama 'Ujang' adalah nama ramai manusia Melayu. Sesiapa pun boleh menggunakan nama 'Ujang', selagi bukan bagi tujuan bisnes, sebab nama 'Ujang' sekarang sudah didaftarkan sebagai trademark oleh Kharisma Publications Sdn. Bhd.

Gunakanlah nama Ujang sebagai nama anak kita, ataupun sebagai watak dalam novel, ataupun sebagai judul puisi, semua itu boleh belaka sebab anak kita, watak dalam buku ataupun judul puisi bukan entiti bisnes.

Tetapi jangan gunakan trademark 'Ujang' sebagai nama restoran, jamu, kopi segera, hotel dan lain-lain produk saudara.

Di bawah undang-undang HI, apabila Kharisma Publication Sdn. Bhd. mendaftarkan 'Ujang' sebagai trademark miliknya, syarikat itu tidak perlu meminta persetujuan semua orang Melayu yang bernama 'Ujang', dan ia tidak perlu membayar apa-apa wang ufti kepada Ujang-Ujang itu, baik yang hidup ataupun yang mati.

Saudara boleh mendaftarkan nama FABLE FOX sebagai trademark produk saudara. Selepas itu, jikalau ada orang lain hendak menggunakan nama samaran yang sama untuk tujuan suka-suka, boleh! Orang itu cuma suka-suka, bukan ada kepentingan bisnes.... tanya peguam IP.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 03, 2007

Ingat! Hari ini Sabtu 31 Mac: Kursus Menulis Cerita-cerita Agama

SifuPTS akan menunjukkan cara menulis cerita-cerita ringkas yang bertemakan agama dengan menggunakan Bahasa Melayu Moden bagi bacaan remaja.

Tempat: Sekolah al-Ikhlas
Waktu: 10 pagi - 5 petang

Daftar di sini dan SMS Faris 019 286 2600

Kalau saudara belum mendaftar, saudara masih boleh datang!

Nota Sifu: Saudara yang sudah mengikuti kursus menulis jibunsyi dan teknik surah Yusuf sangat diajak hadir kursus ini supaya saudara juga dapat menerbitkan karya dengan PTS ISLAMIKA.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 01, 2007

Tulislah Buku Sastera Remaja

Pasaran buku sastera remaja sedang berkembang dengan bagus sekali. Ini adalah masa yang baik bagi menulis buku-buku genre ini. Kata pepatah, ketuk besi semasa masih panas.

Pasaran sastera remaja adalah besar. Ia dibeli oleh ibu bapa, oleh sekolah dan oleh perpustakaan awam.

Pilih tema-tema yang evergreen, yang membolehkan karya saudara bertahan lama dalam pasaran, yakni lebih daripada 20 tahun.

Sebenarnya sastera remaja dapat bertahan lebih 40 tahun. Lihatlah sahaja buku-buku Enid Blyton yang sudah lebih 50 tahun, tetapi masih dijual sehingga hari ini.

Kita mengajak rakan-rakan sasterawan yang sekarang menulis novel dewasa supaya menulis juga sastera remaja. Ia adalah pelaburan yang baik. Ia mudah ditulis, mudah dijual, dan tahan lama. Ini membolehkan saudara menikmati royalti yang berpanjangan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Desain Jambatan dan Desain Buku

Apabila para jurutera membina jambatan yang penting fungsinya, mereka mencipta desain jambatan yang dapat bertahan minimum 100 tahun.

Apabila penulis menulis bukunya, ada manfaatnya saudara menetapkan jangka hayat buku saudara itu dalam pasaran. Tetapkan berapa lama saudara mahu buku saudara laku dijual.

Seperti jambatan, buku juga mempunyai desain, walaupun mungkin saudara tidak dengan sadar mendesain buku yang saudara tulis. Justeru, ada jambatan yang desiannya tidak tahan lama, manakala ada jambatan yang desainnya dapat bertahan beratus-ratus tahun.

Desain jambatan yang tahan lama mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada desain jambatan yang tidak tahan lama. Maka demikianlah juga halnya dengan buku.

Salah satu ciri buku yang tahan lama adalah bahasanya. Apabila saudara menggunakan gaya bahasa yang cepat berubah, hayat buku saudara menjadi singkat, sesingkat hayat gaya bahasa itu.

Bahasa Melayu Rendah (BMR) adalah gaya bahasa yang cepat berubah kosa katanya, fraseologinya, idiomnya, simbolismenya, dan pola struktur ayatnya. Justeru apabila saudara menulis menggunakan BMR, hayat karya saudara menjadi amat singkat. Dalam tempoh 2 ataupun 3 tahun sahaja gaya bahasa buku saudara itu sudah menjadi out-of-date.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

UNIKA Sangat Slooow…

Sejak petang semalam UNIKA sangat slow... En. Fauzul sudah menghantar aduan ke admin.

Sabar sahajalah...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 26, 2007

Menulis dan Menerbitkan Buku Sastera Remaja Tinggi (SRT) adalah Pelaburan Jangka Masa Panjang

Kita menerima manuskrip 'unsolicited' (tidak diminta) novel-novel remaja yang ditulis oleh remaja-remaja yang tidak pernah mengikuti kursus penulisan PTS.

Kita dapati dalam semua manuskrip itu Bahasa Melayu yang mereka gunakan adalah Bahasa Melayu Rendah (BMR). Tentu sekali manuskrip seperti itu kita tolak meskipun cerita di dalamnya mempunyai potensi menjadi cerita yang baik.

Kita percaya penulis-penulis remaja itu menggunakan BMR disebabkan mereka terpengaruh oleh bahasa BMR yang digunakan dalam bayak rancangan TV, radio, majalah, komik, dan novel popular.

PTS memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dan PTS komited mahu menjadi penerbit apa yang disebut 'Sastera Remaja Tinggi' (SRT).

SRT adalah karya sastera yang ditulis bagi bacaan remaja menggunakan gaya bahasa dan gaya penceritaan sastera tinggi.

Kesan GIGO (garbage-in-garbage-out atau sampah-masuk-sampah-keluar) mesti dielakkan. Jika bahasa sampah yang dibaca oleh remaja, maka bahasa sampahlah yang akan dikeluarkan oleh remaja.

Apabila remaja membaca Bahasa Melayu Tinggi (BMT), maka mereka dapat menguasai BMT. Remaja yang membaca BMR akan menulis menggunakan BMR.

Kita percaya di kalangan remaja yang membaca terbitan PTS hari ini, sebahagian daripada mereka akan tumbuh dan menjadi pengarang apabila mereka dewasa nanti. Jika mereka sekarang berusia 14 tahun, dalam tempoh 10 tahun lagi mereka sudah 24 tahun, sudah lulus universiti, dan sudah boleh menulis novel remaja.

Dengan menerbitkan buku-buku remaja yang ditulis menggunakan BMT, PTS sebenarnya sedang melatih bakal-bakal pengarang PTS sendiri.

Namun melatih remaja supaya menguasai BMT sahaja tidak cukup. Kita mesti melatih mereka supaya berkarya menggunakan gaya penceritaan sastera tinggi (ST) dalam buku-buku sastera remaja yang kita terbitkan hari ini.

Di sinilah pentingnya kita menerbitkan buku-buku sastera remaja yang ditulis menggunakan gaya penceritaan ST, supaya remaja hari ini yang membaca karya-karya itu lama-lama dapat mempelajari gaya itu dan akhirnya dapat menulis menggunakan gaya itu.

Kita yakin, remaja yang membesar dengan membaca buku-buku PTS akan setia kepada PTS, dan apabila mereka menjadi pengarang, mereka akan menghantar karya mereka kepada PTS.

Apabila tiba masanya benih yang disemai oleh PTS pada hari ini tumbuh, maka mereka tumbuh dengan acuan PTS. Inilah pelaburan jangka masa panjang yang membuahkan suatu generasi pengarang-pengarang PTS yang bakal menghasilkan karya-karya sastera bermutu tinggi bagi terbitan PTS.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 8 pages  <  1 2 3 4 5 >  Last »