Monday, December 20, 2010

Teknik Surah Yusuf: Senarai Semakan

Di bawah adalah ciri-ciri karya yang indah sebagaimana yang disedut daripada Surah Yusuf:

1. Kisah benar dalam sebuah keluarga (Ya) (Tidak)

2. Watak utamanya lelaki (Ya) (Tidak)

3. Watak pembantu utamanya perempuan (Ya) (Tidak)

4. Tempoh ceritanya panjang, sejak watak utama 8 tahun, selama sekurang-kurangnya 20 tahun (Ya) (Tidak)

5. Jumlah wataknya banyak, sekurang-kurangnya 20 orang (Ya) (Tidak)

6. Watak-watak jahat lebih banyak daripada watak-watak baik (Ya) (Tidak)

7. Tidak ada watak jahat yang dihukum, sebaliknya semua watak jahat insaf sendiri (Ya) (Tidak)

8. Terdapat watak-watak daripada pelbagai latar belakang, usia, bangsa dan status dalam masyarakat (Ya) (Tidak)

9. Watak utama ditimpa malang sekurang-kurangnya 5 kali (Ya) (Tidak)

10. Watak utama berkonflik dengan sekurang-kurang 5 pihak lain (Ya) (Tidak)

11. Pada akhir cerita watak utamanya berjaya (Ya) (Tidak)

12. Plot disampaikan secara kronologi (Ya) (Tidak)

13. Bahasa yang digunakan dalam naratif dan dialog adalah Bahasa Tinggi dan bernilai sastera (Ya) (Tidak)

14. Tidak ada bahasa campur-aduk dengan bahasa asing (Ya) (Tidak)

15. Tidak ada bahasa manja, bahasa bayi dan bahasa mesra (Ya) (Tidak)

16. Tidak ada babak percampuran lelaki-perempuan bukan muhrim yang tidak dibenarkan oleh agama seperti majlis tari menari, disko dan seumpamanya (Ya) (Tidak)

17. Tidak ada babak lelaki perempuan berdua-duaan ataupun babak berasmara (Ya) (Tidak)

18. Tidak ada dialog yang menggunakan bahasa kesat (Ya) (Tidak)

19. Tidak ada gambaran tubuh badan lelaki tampan dan perempuan jelita (Ya) (Tidak)

20. Tidak ada deskripsi pakaian lelaki tampan dan perempuan jelita (Ya) (Tidak)

21. Babak-babak mungkar diceritakan dalam dialog, bukan dalam naratif (Ya) (Tidak)

22. Pengarang tidak masuk ke dalam otak dan hati watak-watak (Ya) (Tidak)

23. Kata sifat tidak digunakan dalam naratif, sebaliknya digunakan dalam dialog (Ya) (Tidak)

24. Tidak ada gambaran alam semulajadi (Ya) (Tidak)

25. Tidak ada ukuran-ukuran spesifik (Ya) (Tidak)

26. Tidak ada simbol-simbol kekayaan (Ya) (Tidak)

27. Tidak ada deskripsi detail ruang dalam bangunan (Ya) (Tidak)

28. 30% pekata di depan kata (Ya) (Tidak)

29. 50% dialog terdiri daripada 1 ayat dalam 1 dialog (Ya) (Tidak)

30. Paling kurang 60 episod (Ya) (Tidak)

31. Satu kad satu episod (Ya) (Tidak)

32. Ditulis secara non-linear ikut KJ Method (Ya) (Tidak)

33. DIALOG. ACTION. SETTING (Ya) (Tidak)

Nota: Makin banyak (Ya), semakin indah novel tuan. . .

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 28, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Surah Yusuf dan Bahasa Budak

Faktor yang membedakan novel sastera daripada buku cerita budak-budak adalah gaya bahasanya. Bahasa percakapan kanak-kanak disebut dengan istilah 'infantile language' ataupun 'bahasa budak'.

Dalam dunia sebenar, orang dewasa yang normal perkembangan psikologinya tidak bercakap menggunakan bahasa budak. Jadi, kalau ada orang dewasa yang bercakap menggunakan bahasa budak, perkembangan mental dan psikologi orang itu dikatakan tidak normal.

Penggunaan bahasa budak dalam karya sastera mencipta kesan negatif ke atas mutu susastera sesuatu karya. Apabila dialog watak-watak budak dituliskan menggunakan bahasa budak, automatis karya itu menjadi buku cerita budak-budak, bukan novel yang bertaraf karya sastera.

Di kalangan artis-artis Melayu, penggunaan infantile language adalah amat meluas. Ada artis-artis perempuan yang sudah mempunyai anak remaja, usianya sudah hampir 50 tahun tetapi masih bercakap di depan kamera TV menggunakan infantile language.

Apabila individu-individu dewasa bercakap menggunakan infantile language tingkah laku itu menyebabkan diri mereka dilihat dan didengar sebagai individu yang tidak matang dan tidak berupaya bercakap sebagai seorang yang berdaya intelek tinggi.

Dalam surah Yusuf, semasa Nabi Yusuf masih kecil, setiap dialog antara Nabi Yusuf dengan ayahnya, Nabi Yaakub, dituliskan menggunakan bahasa Arab yang amat tinggi dan indah. Ertinya, Quran memberikan prinsip penulisan yang betul bagi menghasilkan karya yang bermutu sastera, yakni bagi semua dialog, tanpa ada sebarang kekecualian, hendaklah dituliskan menggunakan Bahasa Tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 29, 2008

Surah Yusuf dan Teknik Menulis Novel Autobiografi: ‘aku’ dan ‘dia’

Bagi saudara yang berminat menulis novel autobiografi ataupun yang kita sebut dengan istilah jibunsyi, gunakan kata gantinama orang ketiga, yakni 'dia', bukan kata gantinama orang pertama, yakni 'aku'.

Ini adalah berdasarkan teknik penceritaan surah Yusuf di mana Allah menggunakan 'dia'. Dalam surah itu Nabi Yusuf tidak menuliskan cerita dirinya sendiri. Sebaliknya Tuhan yang menceritakan kisah watak yang bernama Yusuf.

Jadi, meskipun cerita itu adalah kisah benar perjalanan hidup saudara sendiri, saudara menulisnya dengan menggunakan teknik seolah-olah kisah itu adalah kisah orang lain.

Justeru, jangan menulis "Aku dilahirkan di Kuala Kangsar." tetapi tulis, "Dia dilahirkan di Kuala Kangsar." 

Teknik penceritaan orang ketiga mempunyai banyak kelebihan:

(i) Ia membolehkan saudara bersikap lebih objektif sewaktu menggambarkan watak saudara sendiri. 

(ii) Ia tidak menimbulkan kesan saudara hanya memuji-muji diri saudara sendiri.

(iii) Ia membolehkan saudara menokok-tambah di sana sini bagi menyedapkan lagi cerita.

Bacaan lanjut tentang teknik surah Yusuf klik di sini. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 16, 2008

Mengapa Hanya Surah Yusuf

Salah satu kritikan yang Sifu terima daripada beberapa penulis fiksyen yang skeptikal tentang kelebihan-kelebihan teori dan teknik surah Yusuf dan aplikasinya buat menghasilkan karya sastera Islami adalah: Mengapa tidak dikaji seluruh ayat-ayat al-Quran? Mengapa setakat mengkaji surah Yusuf sahaja?

Beginilah respons saya: Fokus kajian saya adalah surah Yusuf. Bekerja dengan mempunyai fokus yang spesifik adalah amat penting kepada produktiviti. Masih banyak lagi unsur-unsur sastera pada surah Yusuf yang belum dapat saya kaji disebabkan keterbatasan pengetahuan saya dalam ilmu-ilmu al-Quran.

Bahagian-bahagian yang sudah saya fikirkan, renungkan, analisiskan, dan tuliskan hasil kajian itu pun mengambil masa lebih 20 tahun baru saya berani mengetengahkannya. (Baca dalam sasteraislami.blogspot.com)

Jadi, saya tidak berupaya hendak mengkaji seluruh al-Quran. Saya berpegang kepada prinsip seperti yang dikatakan oleh Imam Shafie: "Kalau tidak dapat buat semua, jangan tidak dibuat semua."

Kepada mereka yang mengkritik Sifu, lebihlah efisien apabila antara kita berbahagi-bahagi kerja. Masing-masing memberi sumbangan masing-masing buat membangunkan dan memajukan penghasilan sastera Islami, baik dari sudut penciptaan teori-teorinya, analisis teknik-tekniknya, kritikannya, apatah lagi penghasilan karya kreatifnya.

Bagi pihak diri saya sendiri, biarlah saya kaji surah Yusuf, pihak-pihak lain pula kajilah surah-surah lain. Langkah yang dilakukan oleh Saudara Faisal Tehrani sungguh terpuji. Beliau baru-baru ini menuliskan hasil kajian beliau tentang surah Lukman.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 13, 2008

Blog Surah Yusuf

Bagi pengunjung baru UNIKA, semua nota tentang teori dan teknik surah Yusuf ada di sini.

Teori dan teknik surah Yusuf adalah mazhab rasmi bagi semua kategori penulisan kreatif di PTS, sama ada buku cerita kanak-kanak, novel remaja mahupun dewasa.

Antara perbezaan paling penting antara teknik penulisan dalam teori-teori sastera konvensional dengan teknik penulisan dalam surah Yusuf adalah pada sifat pengarang.

Dalam teknik surah Yusuf, pengarang tidak bersifat omnipotent, manakala dalam teknik penulisan sastera konvensional pengarang adalah omnipotent.

Istilah omnipotent datang daripada kata akar potent, yang menerbitkan potential, impotent dan lain-lain. Imbuhan omni bermakna "maha". Jadi omnipotent bermakna "maha berdaya" ataupun "maha berkuasa".

Sifat omnipotent adalah sifat keTuhanan. Antara sifat-sifat Tuhan adalah keupayaan mengetahui apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia.

Disebabkan pengarang bukan seperti Tuhan yang omnipotent, maka dalam teknik surah Yusuf perkataan katasifat emotif (seperti sedih, risau, kecewa, marah, suka, rindu, hampa, lucu dan lain-lain)  tidak digunakan dalam teks naratif, sebaliknya ia hanya digunakan dalam teks dialog. 

Dalam teori-teori sastera konvensional pengarang adalah omnipotent, justeru dia maha berdaya.

Pengarang mempunyai kuasa memasuki hati dan otak manusia sampai ke bawah-sedarnya, lalu pengarang melaporkan kepada pembaca apa yang tersimpan dalam otak dan hati watak-wataknya.

Dalam teori dan teknik surah Yusuf, pengarang hanya menerangkan unsur-unsur yang dapat dilihat dengan mata kepala kasar dan kata-kata watak yang dapat didengari oleh sepasang telinga, tanpa memberi komen dan tafsiran. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 25, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Pahala Teknik Quran dan Bahasa Quran

Bagi setiap kebaikan, meskipun ia cuma sebesar biji sawi, Tuhan membalas dengan pahala, mungkin 7 kali ganda lebih besar, mungkin 10, mungkin 40, mungkin 700 kali ganda.

Setiap huruf yang dituliskan oleh penulis adalah ibarat biji sawi, maka hitunglah berapa jumlah huruf yang dituliskan oleh pengarang dalam bukunya, maka demikian banyaknya pahala yang diperoleh.

Quran itu adalah "buku manual penulisan" juga, baik pada kandungannya, teknik penulisannya dan gaya bahasanya.

Quran memberitahu dengan jelas apa yang dibenarkan ditulis dan apa yang tidak dibenarkan ditulis oleh para pengarang. Teknik-teknik penulisan dalam Quran itu amat terang dan jelas.

Apabila penulis menulis dengan menggunakan teknik-teknik penulisan yang ada dalam Quran, maka penulis mendapat pahala amal mengaplikasikan teknik penulisan Quran.

Apabila penulis mereka-reka cipta teknik penulisan dan struktur bahasa sendiri, maka penulis itu tidak mendapat bahagian pahala mengamalkan teknik dan struktur bahasa Quran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 29, 2007

Belajar Menulis Cerita

Apabila saudara membeli buku-buku self-improvement, cuba perhatikan, bukankah bagi setiap prinsip dan teknik yang diyerangkan dalam buku-buku itu, akan ada cerita yang digunakan bagi memperjelaskan lagi apa yang dimaksudkan oleh pengarang?

Bagi setiap prinsip ataupun teknik, akan diberikan 1 cerita.

Buku-buku motivasi Melayu perlu meniru buku-buku Inggeris itu kerana cerita-cerita itu membantu pembaca faham dengan lebih mudah apa yang cuba diterangkan oleh pengarang.

Menyampaikan ilmu menggunakan cerita adalah method Quran dan method Nabi Muhammad. Dalam Quran terdapat banyak cerita. Dalam hadis pun terdapat banyak cerita.

Mari belajar menulis cerita. Mari gunakan cerita sebagai alat memandaikan bangsa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 17, 2007

Surah Yusuf dan Dialog Orang Yahudi

Apabila saudara menulis novel di mana dalam cerita itu terdapat watak orang-orang bukan Melayu, adakah saudara perlu menterjemahkan dialog mereka ke dalam bahasa Melayu?

Berdasarkan teori sastera Islami aliran surah Yusuf, ya, semua watak bercakap dalam Bahasa Melayu.

Watak-watak dalam kisah Nabi Yusuf semuanya bukan bangsa Arab. Nabi Yusuf adalah orang Yahudi dan beliau serta keluarganya berasal dari bumi Palestina, kemudian berpindah ke Mesir.

Walau bagaimanapun, dalam surah Yusuf, semua watak Yahudi itu bercakap dalam bahasa Arab. Ini adalah bukti bahawa dialog asal yang dalam bahasa Ibrani itu telah diterjemahkan oleh Allah ke dalam bahasa Arab.

Demikian pula, Raja Mesir dan penduduk pribumi Mesir pada zaman Nabi Yusuf bukan bangsa Arab. Namun dalam surah Yusuf, dialog asal mereka semua diterjemahkan oleh Allah ke dalam bahasa Arab.

Malah, dalam seluruh kitab Quran, semua malaikat, iblis, syaitan, jin, haiwan, orang-orang dahulu kala, malah Allah sekalipun bercakap dalam bahasa Arab walaupun mereka bukan orang Arab.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 03, 2007

Kejelitaan Perempuan dalam Surah Yusuf

Dalam surah Yusuf, terdapat ayat-ayat yang membayangkan ketampanan lelaki di mana terdapat ayat-ayat yang membayangkan - ya, hanya membayangkan - keelokan dan ketampanan Nabi Yusuf.

Sebaliknya kejelitaan perempuan tidak digambarkan sama sekali. Tidak ada ayat yang membayangkan kejelitaan isteri al-Aziz.

Dalam surah Yusuf, terdapat dialog yang memuji keelokan rupa paras Nabi Yusuf.

... Perempuan-perempuan itu berkata, “Maha suci Allah! Ini bukanlah manusia, ini tidak lain, adalah malaikat yang mulia!”

Manakala ada peristiwa yang membayangkan keelokan rupa paras Nabi Yusuf, sebaliknya tidak ada peristiwa yang membayangkan keelokan rupa paras isteri al-Aziz.

...Maka tatkala perempuan-perempuan itu terpandang Yusuf, mereka tercengang melihat keelokan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan masing-masing,...

Bahawa dalam Quran tiada gambaran rupa paras dan kejelitaan isteri al-Aziz boleh dijadikan hujah dalam teori sastera Islami aliran Surah Yusuf pengarang tidak dibenarkan menulis ayat-ayat yang membayangkan kejelitaan perempuan muda.

Allah jualah yang lebih mengetahui mengapa kejelitaan perempuan tidak digambarkan dalam sebuah kisah cinta yang indah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 02, 2007

Teknik Mengumpat dan Backstory

Teknik "mengumpat" digunakan dalam surah Yusuf bagi menyampaikan backstory.

Teknik ini juga digunakan dalam karya sai-fai. Baca seterusnya di sini....

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 27, 2007

Teknik Menggambarkan Ketampanan Lelaki dalam Surah Yusuf

Dalam surah Yusuf, hero ceritanya adalah seorang lelaki yang tampan. Ini bermakna, bagi menghasilkan sebuah kisah yang indah, heronya hendaklah lelaki, dan lelaki itu lelaki yang tampan.

Seperti filem dan komik, cerita yang heronya lelaki dibaca baik oleh lelaki mahupun perempuan, manakala apabila heronya perempuan, hanya perempuan yang membacanya.

Dalam surah Yusuf, tidak ada langsung maklumat tentang ciri-ciri fizikal ketampanan Nabi Yusuf. Sebagai contoh, pembaca tidak diberitahu apa warna mata, rambut dan kulit Nabi Yusuf.

Allah menerangkan ketampanan Nabi Yusuf menggunakan 2 cara:

(1) Menggunakan dialog watak-watak pembantu.

Apabila Zulaikha mengundang kawan-kawan perempuannya datang menjamu selera, apabila perempuan-perempuan itu ternampak Nabi Yusuf, mereka berkata, "Maha Suci Allah. Ini bukan manusia biasa. Ini malaikat suci yang menjelma."

Dari sini kita dapat membuat kesimpulan, bagi menerangkan ketampanan lelaki, caranya adalah dengan menggunakan ayat-ayat dialog, bukan menggunakan ayat-ayat naratif.

(2) Menggunakan peristiwa sebagai bukti.

Dalam majlis januan yang sama, kawan-kawan perempuan Zulaikha telah terpotong jari mereka sendiri apabila mereka terpandang Nabi Yusuf.

Dari sini kita dapat membuat kesimpulan, bagi menerangkan ketampanan lelaki, caranya adalah dengan menceritakan episod yang dapat membuktikan bahawa lelaki itu tampan, bukan dengan menggunakan ayat naratif yang menerangkan ciri-ciri ketampanan lelaki itu.

Contoh ayat naratif:
(a) Hamdan seorang yang tampan. (SALAH)
(b) Dia membetul-betulkan misainya yang lebat. (SALAH)
(c) Rozi jatuh cinta pada Karim yang berdada bidang. (SALAH)

Contoh ayat dialog:

(a) "Kamu jatuh cinta kepada Hamdan sebab dia tampankah?" Safiah bertanya kepada Zaiton. (BETUL)

(b) "Apakah kamu selalu teringat akan misainya yang lebat itu?" tanya Faridah sambil mentertawakan Laili. (BETUL)

(c) "Lupakanlah sahaja Karim yang berdada bidang itu. Dia tidak sesuai dengan kamu," Mariam menasihati Rohani. (BETUL)

Allah jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 22, 2007

Shahnon Ahmad dan Teori Rasmi “Sastera Islam”

Dalam bengkelnya di PTS, Sdr Faisal Tehrani memberitahu bahawa konsep sastera Islam yang dicipta oleh Shahnon Ahmad digunakan pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan lain-lain organisasi yang menganjurkan pelbagai pertandingan menulis sastera Islam.

Justeru bagi saudara yang ingin masuk sebarang pertandingan sastera Islam, ambil perhatian akan hal ini. Saudara mungkin tidak bersetuju dengan semua pendapat Shahnon Ahmad, namun ideanya itu diterima pakai oleh penganjur, justeru kalau mahu menang, ikut sahajalah idea Shahnon itu.

Mengikut Shahnon karya sastera Islam mesti menimbulkan kesan berikut:

(a) Kesan keperwiraan
(b) Kesan pengajaran
(c) Kesan mistik - menimbulkan kesedaran akan kewujudan Allah.
(d) Kesan kebebasan - tidak bergantung, melainkan kepada Allah.

Ambil kes (a) Kesan keperwiraan: Konsep "perwira" sentiasa dikaitkan dengan senjata. Ini berbeza dengan konsep "berani" yang ditekankan dalam Islam. Ukuran "berani" adalah berkata benar di depan penguasa yang zalim. Orang yang berani dengan senjata belum tentu berani berkata benar di depan penguasa yang zalim.

Justeru apakah benar karya sastera Islam perlu mencipta kesan "keperwiraan". Jika benar, maka teori sastera Islami aliran surah Yusuf dengan sendirinya tertolak disebabkan karya-karya yang ditulis dengan mengambil model surah Yusuf tidak dapat menimbulkan kesan keperwiraan kerana dalam surah itu tidak ada senjata langsung.

Dalam ukuran teori Shahnon Ahmad, apalah perwiranya Nabi Yusuf, dia cuma berani mempertahankan kesucian dirinya daripada serangan perempuan!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 21, 2007

Surah Yusuf dan Hati Yang Berduka

Surah Yusuf diturunkan kepada Nabi Muhammad semasa beliau masih tinggal di bandar Mekah, yakni sebelum beliau berpindah ke Madinah.

Kita tidak mungkin tahu mengapa Tuhan menurunkan sebuah cerita panjang kepada Nabi Muhammad di Mekah, dan bukan di Madinah. Kita hanya dapat mengagak.

Dalam ceramahnya di PTS, Prof. Dr. Zulkifli Mohd. Yusuf, memberitahu ada ulama yang mengatakan Tuhan menurunkan cerita panjang tentang Nabi Yusuf itu di Mekah kerana pada masa itu Nabi Muhammad sedang dalam keadaan berduka selepas isterinya, Kadijah, meninggal dunia, yakni Tuhan mahu menghiburkan hati beliau. Ini pendapat yang popular.

Sekiranya pendapat ini benar, maka kita dapat membuat ekstrapolasi bahawa (a) cerita mempunyai fungsi terapi psikologis, dan (b) kita harus menulis cerita-cerita panjang (novel adalah cerita panjang) yang fungsinya adalah bagi menghiburkan hati-hati yang sedang berduka.

Dengan mengkaji isi kandungan cerita dalam surah Yusuf itu, kita juga dapat menyenaraikan ciri-ciri cerita yang sesuai bagi tujuan menghiburkan hati-hati yang sedang beruka.

Bagi membukti pendapat ulama itu pendapat yang dapat dipegang, kita perlu melakukan 3 perkara:

(i) Jika benar bahawa cerita dapat berfungsi sebagai terapi psikologis, kita perlu mencari bukti-bukti daripada sejarah hidup Nabi Muhammad sendiri, yakni pernahkah beliau menggunakan cerita (tidak semestinya cerita Nabi Yusuf) bagi menghiburkan hati-hati yang sedang berduka.

(ii) Hipotesis ini akan menjadi lebih kuat apabila kita dapat membuktikan bahawa Nabi Muhammad pernah menggunakan kisah Nabi Yusuf itu sendiri bagi menghiburkan hati-hati para sahabatnya yang sedang berduka.

(iii) Akan semakin kuat lagi hipotesis ini apabila kita dapat mengemukakan fakta bahawa selepas kematian Khadijah, Nabi Muhammad banyak kali berduka, sehingga air mata beliau mengalir dan beliau pernah menggunakan surah Yusuf, ataupun cerita lain, bagi menghiburkan hatinya yang duka itu.

Allah jualah yang maha mengetahui mengapa cerita panjang Nabi Yusuf diturunkan di Mekah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Faisal Tehrani: “Sastera Pop Islami”, “Mazhab Bentuk” dan “Mazhab Khayal”

Hari ini PTS mengadakan bengkel sastera Islami. Kuliah disampaikan oleh Sdr Faisal Tehrani. Bagus sekali isi kandungan kuliah beliau. Banyak perkara yang menarik.

Suatu perkara yang menarik adalah, menurut beliau pada masa ini sudah muncul novel-novel Islami "mazhab bentuk".

Antara ciri novel-novel Islami mazhab bentuk itu adalah:

(a) Judul karya itu menggunakan perkataan-perkataan pinjaman Arab yang berbau Islami.

(b) Lukisan kulitnya menujukkan pakaian orang Islam, seperti lelaki berketayap dan perempuan bertudung.

(c) Dalam buku itu ada halaman imprint yang dituliskan "Bismillah...."

(d) Cerita dalam novel-novel itu settingnya adalah kehidupan bandar kosmopolitan.

Menurut Sdr Faisal lagi, karya-karya "mazhab bentuk" itu dapat dikatakan sebagai "novel pop Islami" bukan "novel Islami".

(Urmm... Bercakap berkenaan ciri-ciri "mazhab bentuk" ini... Chairman PTS terasa-rasa bagaikan ada yang terkena pada batang hidung Chairman sendiri.)

Menurut beliau, niat sebenar novel-novel pop Islami itu ditulis adalah kerana si pengarang mahu menghiburkan pembacanya, bukan mahu beribadah. Novel yang ditulis bagi tujuan menghibur adalah novel "mazhab khayal".

Beliau berpandangan, apabila sesebuah novel itu tidak mengandungi ilmu-ilmu Islam, maka ia bukan "sastera Islam".

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 20, 2007

Daya Appeal Cerita dalam Surah Yusuf

Quran itu penuh dengan cerita. Nabi Muhammad banyak menyampaikan cerita, sebagaimana dapat dibaca dalam hadis-hadis beliau. Menyampaikan mesej dengan menggunakan cerita adalah sunnah Quran dan sunnah Nabi Muhammad.

Semua jenis karya kreatif menawarkan daya tarikan yang memenuhi keperluan psikologis pembacanya. Keperluan itu adalah keperluan mahu mengembara ke dalam dunia orang lain, ke alam-alam lain, selain alam yang dihidupinya sendiri.

Jika sesebuah cerita itu sudah terlalu biasa, pembaca bosan, sebab dalam cerita-cerita biasa pembaca dapat mengagak apa penghujungnya.

Jika cerita itu terlalu luar biasa, pembaca mungkin menolak cerita itu sebab ia tidak dapat difahaminya, ataupun ia tidak masuk akal.

Justeru cerita yang diingini pembaca adalah cerita yang mengandung unsur-unsur luar biasa, tetapi tidak terlalu luar biasa. Barulah cerita itu mempunyai daya appeal.

Dalam surah Yusuf, unsur-unsur luar biasa itu adalah:

1. Anak-anak lelaki yang berebut kasih sayang ayah sehingga sanggup membunuh adik sendiri.

2. Budak yang dibuang ke dalam telaga tetapi tidak mati sebab sempat diselamatkan orang.

3. Isteri orang besar yang jatuh cinta kepada hambanya sendiri yang elok rupa parasnya sehingga sanggup menarik baju lelaki itu sampai koyak.

4. Perempuan-perempuan yang terpegun melihat keelokan rupa paras lelaki sehingga tidak sedar mereka melukai jari mereka sendiri.

5. Lelaki tua yang menangis terlalu lama sehingga matanya buta.

6. Baju yang dapat menyembuhkan mata orang yang buta lalu kembali melihat seperti sedia kala.

7. Lelaki muda yang sanggup dipenjarakan demi tidak mahu melayan nafsu berahi isteri majikannya.

8. Abang-abang yang tidak kenal lagi adik lekakinya yang sudah menjadi orang besar raja.

Semua unsur-unsur luar biasa dalam surah Yusuf adalah luar biasa tetapi tidak terlalu luar biasa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 19, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Cinta Boleh, Asmara Tidak Boleh

Apabila membaca novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang, didapati pengarang novel-novel itu tidak membezakan antara cinta dan asmara.

Dalam teori sastera aliran Surah Yusuf, unsur cinta hadir dengan amat jelas, iaitu kisah cinta isteri al-Aziz kepada Nabi Yusuf. Unsur yang sama sekali tidak ada dalam surah Yusuf itu adalah unsur asmara ataupun romance.

Justeru, dalam teori Surah Yusuf, pengarang novel Islami tidak dibenarkan menerangkan babak-babak asmara, sebagai contoh babak di mana hero berasmara dengan heroin.

Ini berbeza dengan novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang, yang menjadikan babak asmara unsur wajib ada. Malah, banyak babak-babak asmara itu menjurus kepada babak-babak di mana hero dan heroinnya bukan hanya berasmara, tetapi lebih daripada itu.

Ada gosip mengatakan, jika pengarang tidak tulis babak asamara, ada penerbit yang mengarahkan supaya ditulis juga, kalau tidak novel itu tidak diterbitkan.

Dalam banyak novel-novel cinta Melayu hari ini, terdapat babak-babak yang penerbit filem Melayu pun tidak berani buat kerana babak-babak begitu tidak akan dululuskan oleh Lembaga Penapisan Filem.

Perkara ini mencetuskan rasa prihatin kerana novel-novel cinta itu menjadi bahan bacaan gadis-gadis remaja Melayu serendah 11 tahun.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 14, 2007

Teori Surah Yusuf: Hero Lelaki Muda

Dalam surah Yusuf, hero dalam kisah Nabi Yusuf adalah seorang lelaki ideal, dan usianya adalah antara 8 tahun sehingga dewasa.

Ada dua kelebihan hero lelaki muda:

(1) Cerita yang heronya lelaki disukai oleh baik pembaca lelaki mahupun pembaca perempuan. Ertinya pasaran cerita itu lebih luas.

(2) Apabila difilemkan, filem-filem yang heronya lelaki muda lebih laku daripada filem yang heronya lelaki tua. Ini disebabkan oleh profail penonton filem di panggung, di mana majoriti adalah golongan remaja.

Pilihlah hero lelaki muda, seperti dalam surah Yusuf.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 11, 2007

Satu Lagi Nama Baru Novelis Aliran Surah Yusuf

Ini satu lagi nama baru muncul dalam saf karyawan sastera Islami aliran Surah Yusuf.

Dalam novelnya, Puan Saripah Bakar menceritakan kisah benar Sofiah, anakanda sulungnya yang autistik.

Beliau adalah isteri kepada Tuan Mohd Kholid Hamzah, penulis siri Penyiasat Ekstrovert.

Dalam kesibukan mengurus bisnesnya, beliau masih dapat menulis novel ini - berkat menggunakan KJ METHOD.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 10, 2007

Kelebihan Strategi Flanking Nabi Yaakub

Dengan mempunyai 9 orang anak, dan menghantar mereka serentak supaya memasuki kota istana Raja Mesir ikut banyak pintu, Nabi Yaakub menaikkan kemungkinan anak-anaknya dapat menembusi pintu kota yang dikawal ketat.

Jika satu orang anaknya dapat ditangkap cuba memasuki pintu kota, masih ada 8 orang anak-anakya yang lain.

Mengetuk 1 orang adalah mudah. Mengetuk sekumpulan ramai orang adalah lebih sukar. Di lautan luas yang banyak jerung, Tuhan menjadikan ikan-ikan kecil berenang dalam kumpulan besar.

Dengan menggerakkan semua anak syarikatnya supaya menembusi pasaran fiksyen secara serentak dan beramai-ramai - ala-ala flanking gaya 'total football' - PTS dapat meningkatkan kemungkinan ia berjaya menembusi pasaran yang ditargetkan itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Meniru Ciri-ciri Flanking Nabi Yaakub

Surah Yusuf, maksud ayat ke-67:

Nabi Yaakub berkata lagi, “Wahai anak-anakku! Kamu jangan masuk ke kota Mesir ikut satu pintu sahaja, tetapi masuklah ikut pintu-pintu yang berlainan.”

Objektif strategi flanking Nabi Yaacob adalah bagaimana cara hendak membolehkan semua 9 orang anaknya memasuki pintu kota yang mengelilingi kawasan istana raja Mesir yang dikawal rapi supaya mereka dapat berjumpa dengan Nabi Yusuf yang pada waktu itu menjaga gudang makanan negeri Mesir.

(1) Flanking Nabi Yaakub dilaksanakan oleh tim, bukan oleh individu.

Nabi Yaakub menghantar 9 orang anaknya bagi memasuki kota Mesir. Nabi Yaakub menjadi pencipta strategi utama: Jangan masuk ikut satu pintu, tetapi ikut banyak pintu. Strategi taktikal difikirkan oleh anak-anaknya.

Aplikasi di PTS: Nabi Yaakub mempunyai banyak anak. PTS Consultants adalah syarikat induk kumpulan PTS. Ia menubuhkan banyak anak syarikat.

Syarikat PTS induk mencipta strategi utama. Contohnya, PTS akan masuk pasaran fiksyen. Anak-anak syarikat PTS, masing-masing mencipta strategi taktikal masing-masing bagaimana mereka mahu menerbitkan judul-judul fiksyen masing-masing.

Nabi Yaakub mencipta strategi utama tetapi beliau sendiri tidak pergi ke Mesir.

PTS Consultants mencipta strategi induk, tetapi ia sendiri tidak terlibat dalam pelaksanaan strategi itu.

(2) Flanking Nabi Yaakub menggunakan banyak 'pintu' serentak.

Sembilan orang anak-anak Nabi Yaakub itu masing-masing masuk ikut pintu berlainan. Masing-masing anaknya mencipta strategi taktikal masing-masing bagaimana mereka dapat melepasi kawalan penjaga pintu kota.

Aplikasi di PTS: Semua anak-anak syarikat PTS melaksanakan strategi induk secara bersama-sama dan terkoordinasi. Contohnya, semua pengarang PTS digalakkan menulis buku untuk semua anak syarikat.

(3) Flanking Nabi Yaakub dilakukan menggunakan taktik menyusup masuk sehingga musuh tidak perasan.

Semua 9 orang anak Nabi Yaakub berjaya masuk ke kota Mesir dengan tidak diketahui oleh pengawal pintu kota. Selepas dapat masuk, mereka bergabung semula.

Aplikasi di PTS: Selama PTS masih baru, dan sampai saat ini pun, PTS main strategi low-profile.

Mukmin menggunakan strategi perang PR bagi memasuki pasaran ubat gigi sehingga si naga Colgate pun mendapat tahu akan kemunculan pesaingnya.

Aminah Hassan tidak mengiklankan sama sekali kemasukannya ke dalam pasaran sos. Ia masuk diam-diam, tahu-tahu, botol-botolnya sudah duduk sederet di rak-rak supermarket, sebelah menyebelah dengan botol-botol Maggi dan Kimball.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 07, 2007

Dialog dan Monolog dalam Surah Yusuf

Dalam novel, ada dua jenis dialog - ada dialog dan ada monolog. Dalam surah Yusuf, 86% ayat-ayat dalam surah itu mengandungi dialog, manakala hanya 1 ayat yang mengandung 1 monolog.

Ayat 77: Mereka (abang-abang Nabi Yusuf) berkata, “Kalau dia (Bunyamin) mencuri, maka tidaklah pelik, kerana sesungguhnya saudara kandungnya (Yusuf) dahulu pernah juga mencuri.” (Mendengar kata-kata yang menyinggung itu) maka Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakan kepada mereka, sambil berkata dalam hati, "Kamulah yang lebih buruk keadaannya, dan Allah maha mengetahui akan apa yang kamu katakan itu.”

Salah satu manfaat dialog yang banyak adalah ia memudahkan novel dialihkan menjadi skrip TV ataupun skrip filem, ataupun dikomikkan. Manakala, monolog menyebabkan novel sukar dialihkan menjadi skrip.

Monolog terdiri daripada 2 jenis:

(1) Monolog yang merupakan dialog dalam hati, yakni watak bercakap kepada orang lain tetapi dialog itu tidak diucapkan dengan mulut.

Contoh dialog dalam dalam hati: Dalam hatinya, Mamat berkata, "Budin... Budin... Mengapalah kamu bodoh benar." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.

(2) Apabila watak berkata-kata kepada dirinya sendiri, itu adalah monolog juga.

Contoh dialog dengan diri sendiri: Dalam hatinya Mamat menyesali dirinya sendiri, "Sampai hati dia buat aku begini. Tidak mengapalah, Tuhan akan balas perbuatannya." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.

Monolog hanya dapat dibaca. Ia tidak dapat dilakonkan. Jadi, apabila saudara menulis buku cerita, ataupun novel, bagi tujuan dialihkan menjadi skrip TV ataupun filem, ataupun komik, monolog tidak sesuai.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 29, 2007

Hero dalam Teori Surah Yusuf

Dalam teori sastera Islami aliran Surah Yusuf, berikut adalah ciri-ciri 'hero' cerita:

(1) Hero itu lelaki.

Apabila hero cerita adalah lelaki, baik perempuan mahupun lelaki mahu membacanya. Jadi, pasaran karya itu luas. Cerita Cinderella ataupun Siti Zubaidah hanya dibaca oleh perempuan.

Apabila cerita itu dijadikan filem ataupun siri TV, cerita itu dapat ditargetkan kepada penonton lelaki dan perempuan. Filem dan siri TV di mana heronya perempuan hanya ditonton oleh khalayak perempuan.

(2) Hero itu lelaki yang memiliki ciri-ciri akhlak yang ideal.

Teori surah Yusuf menolak cerita yang menjadikan seseorang yang akhlaknya buruk sebagai hero. Perbuatan itu memberikan kemenangan moral kepada pedosa. Watak jahat boleh dijadikan hero dengan syarat dia akhirnya insaf akan kesalahannya.

Sastera tidak boleh memberi gambaran "Menjadi orang baik tidak berbaloi".

(3) Hero itu lelaki muda.

Kisah Nabi Yusuf ditamatkan sebelum beliau tua!

Cuba saudara fikirkan apa kelebihan hero lelaki muda, dan apa kelemahan hero lelaki tua?...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 22, 2007

Kejelitaan Perempuan dalam Surah Yusuf

Dalam surah Yusuf tidak ada ayat-ayat yang menerangkan rupa paras dan bentuk badan isteri al-Aziz, yang lazimnya disebut dengan nama Siti Zulaikha.

Kita diberitahu kononnya Siti Zulaikha itu perempuan yang cantik, tetapi perkataan 'cantik' itu pun tidak ada dalam surah Yusuf bagi menerangkan watak isteri al-Aziz itu.

Tidak ada ayat yang menerangkan rambut, hidung, mata, kulit, pipi, dan lain-lain sifat fizikal Siti Zulaikha. Malah nama 'Siti Zulaikha' itu pun tidak disebut dalam surah Yusuf. Watak itu hanya disebut dengan gelaran 'perempuan itu'.

Tidak ada nas yang menerangkan mengapa dalam pengkisahan surah Yusuf itu tidak ada ayat-ayat yang menggambarkan kejelitaan fizikal watak perempuan.

Disebabkan dalam surah Yusuf itu tidak ada keterangan berkenaan kejelitaan fizikal Siti Zulaikha, maka kita membuat kesimpulan bahawa dalam teori sastera Islami aliran surah Yusuf, pengarang novel Islami tidak dibenarkan menulis ayat-ayat yang menggambarkan keelokan mana-mana anggota tubuh badan perempuan yang muda dan cantik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pakaian dalam Surah Yusuf

Dalam surah Yusuf, tidak ada sebarang ayat yang menerangkan apa pakaian isteri al-Aziz, yang lazimnya disebut dengan nama Siti Zulaikha, walaupun nama itu tidak ada dalam Quran ataupun hadith.

Kita tidak diberitahu dengan tepat berdasarkan nas, mengapa dalam pengkisahan surah Yusuf tidak diterangkan pakaian Siti Zulaikha.

Siti Zulaikha adalah perempuan yang sihat tubuh badan dan nafsunya, maka oleh itu dia tertarik kepada Nabi Yusuf.

Berdasarkan ketiadaan gambaran pakaian yang dipakai oleh Siti Zulaikha, maka kita menyimpulkan bahawa dalam teori sastera Islami aliran Surah Yusuf, penulis novel Islami tidak dibolehkan menggambarkan rupa pakaian yang dipakai oleh watak-watak perempuan yang muda dan cantik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 11, 2007

Menulis Novel yang Mudah Di-telenovela-kan

Novel-novel PTS wajib ditulis menggunakan teknik-teknik penulisan yang menjadikan novel-novel itu mudah dialihkan menjadi skrip animasi, skrip filem ataupun skrip TV.

Inilah sebabnya semua penulis kreatif PTS wajib hadir (a) kursus KJ Method dan (b) kursus teknik surah Yusuf.

Novel yang ditulis menggunakan KJ Method mudah dijadikan skrip filem sebab ia disusun berdasarkan episod-demi-episod, yakni peristiwa-demi-peristiwa.

Manakala gaya penceritaan yang menggunakan teknik-teknik surah Yusuf menjadikan novel itu mudah dijadikan skrip kerana jalan cerita dikembangkan menggunakan dialog dan action.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 02, 2007

Diskusi Sastera Islam

Razali Endun menulis pelbagai pendapat tentang apa itu sastera Islam yang dikemukakan oleh pemikir-pemikir sastera Melayu.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 12, 2007

Hero Lelaki, Hero Perempuan

Petik: "Saya membawa Amir ke rak PTS dan menunjukkan buku-buku remaja kepadanya. Ada beberapa buku yang dia berminat dan kelihatan teruja setelah melihat cover buku, tetapi setelah membaca sinopsis dia letakkan kembali - alasannya - watak utamanya perempuan. Lecehlah, katanya." - Norjihan

Dalam teori Surah Yusuf, watak utama hendaklah lelaki (Nabi Yusuf). Watak pembantu utama adalah perempuan (Siti Zulaikha).

Buku cerita yang watak utamanya lelaki dibaca baik oleh lelaki mahupun perempuan. Ini bermakna pasaran buku itu lebih besar.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 29, 2007

Baca Tulisan Tentang Pramoedya

Ini tulisan terbaik seputar Pramoedya Anantatoer, sasterawan genius dalam Bahasa Melayu abad ke-21. Baca di sini Azman Ismail.

Nota Sifu: Suatu sudut di mana kita berbeza pendapat dengan Pram adalah pada matlamat sastera. Dalam teori sastera aliran surah Yusuf, sastera bertugas mengajak manusia menerima isi kandungan Quran. Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 05, 2007

Notis: Projek Antologi Koleksi Terindah Cerpen Cinta Islami

Dengan ini dimaklumkan kita merancang menerbitkan sebuah buku koleksi cerpen-cerpen cinta yang indah dan ditulis menggunakan teknik surah Yusuf.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Ini Dia Novel ke-4 Siri Pahlawan Islam

Siri novel sejarah Islam ini adalah contoh bagaimana dengan menggunakan teknik-teknik penulisan dalam surah Yusuf seseorang novelis dapat meningkatkan penghasilan kreatifnya berlipat kali ganda.

Bukan hanya penulis itu dapat menulis lebih banyak novel, malah novel-novel itu juga lebih berkualiti penceritaannya.

Dalam bengkel surah Yusuf, saudara akan belajar teknik menuliskan babak-babak sejarah Islam yang selama ini sukar dituliskan dengan menggunakan teknik penulisan konvensional disebabkan babak-babak itu melibatkan Nabi Muhammad dan sabahat-sabahat karib beliau.

Abdul Latip Talib saat ini sedang menuliskan novel Sultan Muhammad al-Fateh, khalifah Utsmaniah di Turki yang berjaya menakluki ibu kota empayar Rom-Timur yang beragama Kristian, Constantinople, lalu mengislamkannya dan menamakannya semula sebagai Istanbul. Constantine adalah maharaja Romawi yang pertama masuk Kristian.

Selesai penulisan novel Sultan Muhamad al-Fateh, ia akan disusuli dengan novel Amru bin Ash, lelaki yang mengislamkan seluruh negeri Mesir, yang rakyatnya pada waktu itu beragama Kristian ataupun agama nenek-moyang.

Teknik surah Yusuf adalah mazhab rasmi penulisan kreatif PTS.

Apakah saudara menulis cerita kanak-kanak, novel-novel remaja, jibunsyi mahupun kisah-kisah agama, gunakan teknik-teknik surah Yusuf. Mudah-mudahan, dengan mencontohi sunnah Quran, karya saudara lebih afdhal.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 08, 2007

Konsep ‘remaja’ dan Sastera Islami: Sudut Pandang Teori Surah Yusuf

Apabila kita bercakap tentang 'novel remaja', suatu perkara yang menarik adalah konsep 'remaja' itu sendiri. Perkataan 'remaja' (dulu disebut 'rumaja') adalah pinjaman daripada bahasa Sansekerta (Sanskrit). Bahasa Melayu tidak mempunyai satu istilah khas yang serupa dengan 'remaja'.

Dalam teori syariah, dari sudut kategori usia, tidak ada istilah Arab yang serupa maknanya dengan 'remaja'. Yang ada adalah antara 'belum baligh' dan 'sudah baligh'. Dalam teori syariah, ada hukum untuk individu yang belum baligh, dan ada hukum untuk individu yang sudah akil baligh.

Pengaruh teori undang-undang Barat menyebabkan kita menggunakan istilah 'remaja' dengan maksud yang serupa dengan istilah 'juvenile' (juvana). Jadi dalam teori undang-undang Barat ada hukum untuk 'kanak-kanak', ada hukum untuk 'juvana' justeru ada mahkamah juvana, dan ada hukum untuk 'dewasa'.

Disebabkan dalam syariah tidak terdapat pembedaan antara kategori 'remaja' dan 'dewasa', maka kita berdepan dengan suatu persoalan teoretis yang menarik bagi difikirkan tentang validiti konsep 'sastera remaja'.

Dari sudut syariah, apakah hujah, dan di manakah dalilnya, yang mendukung sikap kita yang menciptakan pembedaan dengan mengatakan 'ini novel untuk remaja' dan 'ini novel untuk dewasa'?

Kembali kepada al-Quran, tidak ada cerita-cerita dalam al-Quran untuk remaja dan cerita-cerita untuk dewasa. Satu al-Quran untuk semua kategori umur. Kisah Nabi Yusuf dalam surah Yusuf diturunkan untuk semua kategori usia.

Demikian juga cerita-cerita yang terdapat dalam al-Hadith. Cerita-cerita itu adalah untuk semua kategori umur.

Jika al-Quran dan al-Hadith sendiri menyampaikan cerita-cerita untuk semua kategori usia, apakah wajar penulisan sastera Islami membedakan-bedakan cerita berdasarkan perbedaan braket usia?

Tuhanlah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 03, 2007

Etika Sasterawan Islami: Surah Yusuf dan Dilema antara Akhlak Pengarang dengan Akhlak Ideal

Sebagai sasterawan, semua pengarang mempunyai sejarah hidup dan kehidupan peribadi. Hasil karya seseorang itu banyak mengandungi refleksi diri, pemikiran dan nilai-nilai peribadi pengarang.

Justeru, unsur-unsur moral dan akhlak watak-watak utama dalam karya banyak membayangkan moral dan akhlak pengarangnya sendiri.

Jikalau pengarangnya mengamalkan budaya dating dan berasmara bagi dirinya sendiri, lazimnya dalam karyanya juga terdapat episod-episod di mana watak-watak utamanya ber-dating dan berasmara.

Dalam surah Yusuf, tidak terdapat episod di mana watak-wataknya 'ber-dating' ataupun berasmara. Malah babak asmara tidak ada sama sekali dalam surah itu.

Dalam pemikiran sastera konvensional, karya hendaklah menjadi catatan jujur pengarang tentang siapa dirinya yang sebenar. Menurut pandangan ini pengarang tidak boleh berkarya dengan sikap munafik, yakni sebagai contoh, pengarang sendiri ber-dating tetapi watak-watak dalam karyanya tidak ada yang ber-dating.

Pandangan konvensional seperti inilah yang mencipta dilema dalam diri banyak pengarang antara menuliskan "yang real" dengan "yang ideal" di mana yang real itu seringkali diukur daripada tingkah laku yang diamalkan oleh peribadi pengarang.

Jikalau pengarang sendiri melakukan perbuatan berasmara sebelum bernikah, maka yang real itu adalah yang demikian. Justeru, jikalau pengarang ber-dating, dalam karya-karyanya dia hendaklah membenarkan watak-wataknya berasmara sebelum bernikah. Jika tidak, dia munafik.

Sudut pandang konvensional beginilah yang menyebabkan sastera kita hari ini, baik sastera ala-DBP mahupun sastera popular, dengan gaya 'cool' sekali, mem-propagasi-kan nilai-nilai moral yang tidak selari dengan nilai-nilai Islami disebabkan pengarang menuliskan dengan jujur apa yang dia sendiri amalkan.

Jikalau saudara seorang pengamal, ataupun pernah mengamalkan, budaya ber-dating, etika pengarang Islami tidak membenarkan saudara mem-propagasi-kan budaya ber-dating yang saudara amalkan itu dalam karya-karya saudara.

Sebagai pengamal budaya ber-dating, tentulah saudara bersikap liberal terhadap amalan itu. Di satu pihak lain, yang salah tetap salah. Mem-propagasi-kan budaya dating adalah perbuatan salah.

Apabila berlaku pertentangan antara nilai-nilai Islami dengan nilai-nilai peribadi, tanggungjawab pengarang Islami adalah mem-propagasi-kan nilai-nilai ideal Islami, bukan nilai-nilai peribadi sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 25, 2007

Etika Sasterawan Islam: Surah Yusuf dan Dilema Antara ‘Nilai Ideal’ dengan ‘Nilai Peribadi’

Sebagai penulis, mahu tidak mahu, secara disedari ataupun tidak, dalam proses menuliskan karya, saudara akan menumpahkan nilai-nilai yang menjadi pegangan peribadi saudara.

Jika saudara seorang yang pro-perceraian, maka saudara akan memasukkan nilai peribadi saudara itu ke dalam karya saudara. Justeru akan terdapat unsur dan episod perceraian dalam karya saudara itu nanti.

Jika saudara seorang yang anti-poligami, maka nilai-nilai peribadi saudara itu nanti akan saudara tumpahkan ke dalam novel saudara, maka akan ada unsur-unsur anti-poligami dalam novel saudara it.

Dalam surah Yusuf, tidak terdapat unsur perceraian ataupun poligami. Tidak ada peristiwa perceraian dan tidak ada watak yang pernah bercerai. Begitu juga tidak ada watak yang mengamalkan poligami. Nabi Yusuf dan Nabi Bunyamin adalah anak-anak Nabi Yaakub daripada isteri kedua selepas isteri pertama beliau meninggal dunia.

Ini bermakna, salah satu ciri kisah cinta yang indah adalah di mana dalam kisah itu tidak terdapat unsur perceraian ataupun poligami.

Sebagai sasterawan Islami, saudara tertakluk kepada etika penulisan Islami, di mana saudara tidak boleh menjadikan karya saudara tempat mencurahkan nilai-nilai pegangan peribadi saudara yang tidak selari dengan nilai-nilai ideal Islam.

Saudara mungkin berpegang pada prinsip peribadi yang bersikap "lebih baik bercerai daripada dimadukan" tetapi etika penulisan Islami tidak membenarkan saudara menyebar-luaskan nilai-nilai peribadi saudara yang sebegitu kepada para pembaca karya saudara.

Meskipun saudara pro-perceraian dan anti-poligami, namun Islam tidak menyukai perceraian dan Islam membenarkan poligami.

Sastera adalah media bagi sasterawan menyampaikan mesej-mesej ideal sahaja.

Simpan nilai-nilai peribadi saudara yang tidak selari dengan Islam dalam hati saudara sendiri. Tuhan jualah yang lebih mengetahui.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 14, 2007

Cerpen Aliran Surah Yusuf

Baca cerpen aliran Surah Yusuf, karya Nasaruddin Dasuki terbit dalam Berita Minggu hari ini. Tajuk cerpen beliau "G Bun C " (hehehe...)

Sdr Nasaruddin Dasuki sedang menyiapkan jibunsyi beliau.

Nota Sifu: Terbitnya "G Bun C" amat menguja saya, jadi, saya mengarahkan mentee-mentee seperti Umi Ngah, Engku Zainon, Zalisa, Halilah, Ida Rizyani, Norehan, Kasmijan, Ashadi, Yatiman, Rafidah, Nik Faridah, Zafran, ICe, Surur, Sheikh Alang dan lain-lain ikuti jejak Sdr Nasaruddin. Tulislah cerpen untuk akhbar. Nanti kita dapat bukukan sebagai antologi!
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, January 06, 2007

Tema Perkahwinan dan Perceraian dalam Surah Yusuf

Apakah kisah cinta yang berakhir dengan jinjang pelamin itu kisah yang indah?

Kisah cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha adalah kisah cinta paling indah. Namun, dalam suruh Yusuf, hero dan heroin tidak berkahwin. Zulaikha tidak mengajak Nabi Yusuf supaya mengahwini dirinya. Sampai akhir cerita, Nabi Yusuf tidak berkahwin dengan isteri al-Aziz itu.

Demikian pula, dalam kisah itu tiada pasangan yang pada mulanya belum berkahwin lalu kemudian berkahwin, ataupun berkahwin lagi.

Malah dalam surah Yusuf tidak ada pasangan yang bercinta. Ini suatu ironi! Dalam kisah cinta yang indah, tidak ada percintaan dan tidak ada perkahwinan.

Dalam surah Yusuf, tidak ada watak-watak yang bercerai. Juga tidak ada adalah watak-watak berputus cinta ataupun berputus tunang.

Meskipun Zulaikha amat menggilai Nabi Yusuf, dia tidak meminta cerai daripada suaminya. Al-Aziz pun tidak menceraikan isterinya yang curang.

(Bandingkan ini dengan tema-tema basi dalam novel-novel cinta picisan, di mana bercinta, putus cinta, perkahwinan dan perceraian adalah tema ruji.)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 03, 2007

Menulis Novel untuk Skrin: Bab lawan Babak

Lazimnya, penulis merancang bab-bab dalam novelnya yang akan ditulis. Jadi, dalam sesebuah novel mungkin ada 7, 8, ataupun 12 bab. Ini adalah teknik konvensional menulis novel.

Novel yang distrukturkan mengikut bab-bab lebih sukar dialihkan ke skrin filem ataupun skrin TV disebabkan ia perlu distrukturkan semula kepada rangkaian babak sebelum dapat dituliskan skripnya. Ini memerlukan banyak pemikiran dan kreativiti pada pihak penulis skrip.

Novel yang mudah dialihkan menjadi skrip filem ataupun drama TV sejak awal sudah distrukturkan berdasarkan susunan babak. Setiap babak adalah satu episod, satu peristiwa.

Sususan episod-episod itu adalah kronologis. Tidak ada susunan plot yang jungkir-balik (istilah Malaysia, tunggang-terbalik). Ini bermakna, dalam novel yang ditulis untuk skrin, tidak ada plot falsh-back mahupun plot flash-forward.

Dari sudut teknikal, plot jungkir-balik sukar difilemkan secara berkesan, maka itu ia tidak digunakan dalam filem. (Ia juga sukar dikomikkan.)

Susunan plot kronologis adalah ciri surah Yusuf.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 01, 2007

Konflik Percintaan yang Indah dalam Surah Yusuf

Konflik adalah unsur wajib ada dalam sesebuah kisah cinta yang indah. Ertinya, tanpa konflik, tidak mungkin sesebuah kisah cinta itu mencapai taraf indah.

Dalam dunia sastera Melayu, konflik dalam kisah percintaan Qais dan Laila, dalam kisah percintaan Uda dan Dara, dalam novel Siti Nurbaya, dalam filem Ibu Mertuaku dan filem Antara Dua Darjat konflik itu adalah konflik pertentangan kelas sosial antara golongan berharta dan golongan miskin.

Dalam novel Salah Asuhan konflik itu adalah konflik pertentangan kelas antara darjat kaum penjajah Belanda dengan darjat kaum terjajah, yakni pribumi Minangkabau.

Dalam novel-novel cinta popular hari ini, konflik itu adalah konflik emosi antara individu-dengan-individu, yakni antara lelaki-dengan- perempuan, antara benci-dengan-cinta, bagi mendapatkan kasih sejati dan abadi.

Dalam siri komik dan animasi, pertentangan itu adalah pertentangan antara 'yang baik' dengan 'yang jahat'.

Konflik dalam kisah cinta Nabi Yusuf adalah konflik yang tiada kaitan dengan pertentangan antara golongan kaya-dengan-miskin, tinggi-dengan-rendah, ataupun antara jahat-dengan-baik, ataupun antara benci-dengan-cinta.

Nabi Yusuf adalah lelaki yang ideal, yang baik. Isteri al-Aziz adalah majikan yang baik terhadap Nabi Yusuf sebagai hambanya.

Isteri al-Aziz sangat cinta kepada Nabi Yusuf. Sehingga tamat kisah mereka dalam surah itu, Nabi Yusuf tidak membenci perempuan itu, meskipun selepas dia difitnah oleh isteri al-Aziz sehingga dipenjarakan.

Meskipun Nabi Yusuf tidak pernah membenci isteri al-Aziz, kisah cinta itu tidak ditamatkan dengan mereka akhirnya berkahwin.

Inilah antara unsur-unsur yang menjadikan kisah cinta dalam surah Yusuf itu begitu indah.

(Bandingkan ini dengan tema basi dalam banyak novel cinta: konon mula-mula si baik membenci si jahat, lama-lama si baik jatuh cinta kepada si jahat, lalu si jahat menjadi baik, akhirnya mereka dapat berkahwin.)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 30, 2006

Surah Yusuf dan Unsur ‘kecacatan’

Kisah hidup Nabi Yusuf adalah kisah cinta yang paling indah pernah berlaku dalam sejarah manusia.

Akan hal ini, ia diperakukan oleh Allah sendiri dalam ayat ke-3 yang bermaksud, "Kami sampaikan kepadamu (wahai Muhammad), sebuah kisah yang paling indah."

Banyak perkara menarik tentang prinsip dan teknik menulis novel Islami dapat digali daripada surah Yusuf.

Sebagai contoh, dalam surah Yusuf, tidak ada watak yang cacat anggota ataupun cacat mental. Semua watak dalam kisah Nabi Yusuf adalah manusia normal-normal belaka, kecuali Nabi Yusuf yang amat tampan dan amat beriman.

Walaupun Nabi Yaakub menjadi buta disebabkan banyaknya menangis mengenangkan anak kesayangannya yang dikatakan mati dimakan serigala oleh abang-abang Nabi Yusuf, tetapi penglihatan beliau kemudian pulih seperti sedia kala.

Ini bermakna, dari sudut pandang teori sastera Islami aliran surah Yusuf, unsur kecacatan bukan unsur keindahan.

Contoh kecacatan adalah:

(a) Cacat mental yang biasa berlaku seperti gila, hilang ingatan, bingung, lurus bendul, pelupa dan lain-lain.

(b) Cacat fizikal yang biasa berlaku seperti kudung, buta, pekak, bisu, sumbing, katik, terlalu gemuk, hitam ataupun tempang dan lain-lain.

(c) Cacat upaya yang biasa berlaku seperti sakit terlantar, sakit misteri dan lain-lain.

(d) Cacat psikologi yang biasa berlaku seperti egoistik, cemburu buta, kedekut, tamak harta, kuat berlagak, akal pendek, gopoh-gapah, dan lain-lain.

Kelemahan pada watak-watak yang terdapat dalam surah Yusuf adalah jenis yang jarang berlaku:

(a) Perempuan-perempuan bangsawan tergoda melihat lelaki muda yang amat tampan sehingga tidak sedar mereka terpotong jari mereka sendiri, meskipun lelaki itu adalah seorang yang amat rendah kedudukan sosialnya.

(b) Adik-beradik yang berebut kasih sayang ayah sehingga sanggup hendak membunuh adik mereka yang paling disayangi oleh ayah mereka.

(c) Seorang ayah yang tersangat sabar ke atas tingkah laku buruk anak-anaknya, sehingga dia tidak mengambil tindakan ke atas anak-anaknya meskipun mereka menderhaka kepadanya, sebaliknya dia cuma asyik menangis sehingga kedua-dua matanya menjadi buta dan dikatakan oleh orang kampungnya dia sudah jadi gila.

Tuhanlah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 28, 2006

Perwatakan dalam Surah Yusuf

Dalam seminar novel popular di DBP yang baru lalu, antara kritikan yang banyak kali dikongsi oleh para pembentang kertas kerja adalah kelemahan perwatakan dalam novel-novel yang dinilai.

Bagaimanakah cara menampilkan perwatakan yang kuat? Berikut adalah cara bagaimana surah Yusuf menampilkan perwatakan:

(1) Tiada sebarang keterangan berkenaan sifat-sifat tubuh badan watak-wataknya.

Kita langsung tidak diberitahu bagaimana bentuk tubuh badan, warna rambut, mata dan kulit Nabi Yusuf, Siti Zulaikha dan semua watak yang ada dalam surah itu.

(Bandingkan ini dengan cara bagaimana novel-novel cinta menerangkan bentuk tubuh badan watak-wataknya, lebih-lebih lagi bentuk tubuh badan watak utama perempuan.)

(2) Tiada keterangan berkenaan pakaian watak-wataknya.

Langsung tidak ada keterangan berkenaan pakaian yang dipakai oleh Nabi Yusuf ataupun Siti Zulaikha dan semua watak lain.

(Bandingkan ini dengan cara bagaimana novel-novel cinta menerangkan dengan sangat terperinci pakaian watak-wataknya, lebih-lebih lagi pakaian watak-watak utamanya.)

(3) Tiada ayat naratif yang menerangkan sifat peribadi watak.

Allah tidak menerangkan sifat-sifat peribadi watak-watak dalam surah Yusuf dengan menggunakan ayat naratif. Contoh ayat naratif yang menerangkan peribadi watak adalah: Arif seorang yang sangat sabar dan tabah. Ayat jenis ini tidak ada dalam surah Yusuf.

Sebaliknya, bagi menerangkan sifat-sifat watak, Allah menggunakan kata-kata sifat dalam dialog-dialog watak-wataknya.

(Bandingkan ini dengan bagaimana pengarang novel-novel cinta menerangkan sifat-sifat peribadi watak-watak mereka dalam ayat naratif.)

(4) Tiada ayat naratif yang menerangkan fikiran dan perasaan watak.

Contoh ayat naratif yang menerangkan fikiran dan perasaan watak adalah: Meskipun Leha sudah menjangka Sudin tidak akan mahu mengalah kepada pujuk rayunya, namun dia tetap amat kecewa. Ayat jenis ini tidak ada dalam surah Yusuf.

(Bandingkan ini dengan bagaimana pengarang novel-novel cinta menerangkan fikiran dan perasaan watak-watak mereka dalam ayat naratif.)

Teknik (3) dan (4) adalah sangat berlainan daripada amalan para penulis novel konvensional.

Nota: Di PTS, latihan teknik (3) dan (4) diberi tekanan bagi penulis yang terlibat dalam program penulisan kreatif.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 27, 2006

Novel Cinta 2.0: Resipi Surah Yusuf

Dalam mencari plot bagi novel cinta versi 2.0 surah Yusuf dapat dijadikan panduan apakah kisah cinta evergreen tidak memerlukan plot cinta yang di luar pengalaman orang biasa ataupun sebaliknya.

Berikut adalah ciri-ciri plot cinta dalam surah Yusuf:

1. Dalam surah Yusuf, watak utamanya seorang lelaki. Dia juga hero dalam plot.

Dalam surah Yusuf, heronya, yakni Nabi Yusuf, adalah lelaki ideal serba-serbi, kecuali dia miskin, malah jawatannya amat rendah, yakni hamba. Isteri al-Aziz jatuh cinta kepadanya sewaktu dia masih seorang hamba. (Ini ibarat seorang puan sri jatuh cinta kepada tukang kebunnya. Ini bukan plot cinta biasa.)

Dalam novel cinta 1.0 watak utamanya adalah perempuan, masih gadis, ataupun kemudian menjadi janda muda, ideal, menarik, perempuan yang mempunyai profesion, usianya lebih muda daripada si hero.

Disebabkan pengarang novel-novel cinta 1.0 adalah perempuan, maka natural sekali apabila heroin dalam novel-novel itu adalah perempuan.

2. Dalam surah Yusuf, perempuan menjadi watak utama kedua.


Dalam surah Yusuf, watak utama ke-dua adalah isteri kepada seorang lelaki bangsawan. Kita tidak tahu apakah dia cantik, yang pasti dia karektornya tidak baik. Dia isteri curang, pintar, licik, pendusta, pendendam. (Ini bukan plot cinta biasa.)

Bandingkan ini dengan heroin-heroin dalam novel cinta 1.0 yang diberi karektor ideal serba-serbi, yang menjadi rebutan dua lelaki.

Dalam novel cinta 1.0 yang menjadi watak utama ke-2 adalah lelaki. Lelaki itu lelaki ideal, tampan, kaya, berjaya, profesional, duit sentiasa cukup. (Ini terbalik dengan surah Yusuf di mana lelaki menjadi watak utama.)

3. Dalam surah Yusuf, perempuan yang jatuh cinta dan tergila-gilakan si hero.

Dalam surah Yusuf, isteri lelaki bangsawan jatuh cinta kepada hambanya, ibarat seorang puan sri jatuh cinta dengan tukang kebunnya. (Ini bukan plot cinta biasa.)

Dalam novel cinta 1.0 si lelaki ideal yang tampan dan profesional itulah yang jatuh cinta dan tergila-gilakan si gadis ataupun janda muda ideal.

4. Hero dan heroin tidak berkahwin.

Dalam surah Yusuf, plot cinta berakhir dengan hero dan heroinnya tidak juga berkahwin. (Ini bukan plot cinta biasa.)

Dalam novel cinta edisi 1.0 hero dan heroin akhirnya berkahwin dan hidup bahagia.

5. Bukan cinta tiga segi.

Tema cinta tiga segi adalah ciri biasa dalam novel-novel cinta 1.0 di mana kalau tidak 2 lelaki berebut 1 perempuan, maka pastilah 2 perempuan berebut 1 lelaki.

Dalam surah Yusuf, kita tidak dapat hendak mengatakan ia sebuah kisah cinta tiga segi.

Nabi Yusuf tidak berebut dengan lelaki lain bagi mendapatkan cinta isteri al-Aziz. Demikian pula, isteri al-Aziz tidak berebut dengan perempuan lain bagi mendapatkan cinta Nabi Yusuf. (Ini bukan plot cinta biasa.)

Kesimpulan: Berdasarkan ciri-ciri kisah cinta dalam surah Yusuf seperti di atas, nampaknya novel cinta 2.0 yang evergreen menghendaki plot cinta yang jarang berlaku dalam kehidupan seharian.

Ini menghendaki pengarang novel cinta 2.0 mempunyai daya fikir yang tinggi, yang kreatif, yang kritis, bukan bakat yang biasa-biasa.

Tuhan jugalah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 17, 2006

Surah Yusuf: Keindahan Kisah Cinta Tak Kesampaian

Kisah cinta Yusuf-Zulaikha adalah kisah cinta paling indah sebagaimana yang dikatakan oleh Allah sendiri. Namun, dalam surah Yusuf kisah itu tidak diakhiri dengan perkahwinan.

Kisah cinta Yusuf-Zulaikha berakhir "tergantung-gantung". Pembaca tidak diberitahu apakah Nabi Yusuf tidak membalas cinta Zulaikha, ataupun apakah Zulaikha waktu itu masih menjadi isteri al-Aziz, ataupun apakah Zulaikha tetap terus menggilai Nabi Yusuf.

Dalam cerita-cerita riwayat orang-orang Yahudi, ada versi yang mengatakan Joseph (Nabi Yusuf) akhirnya mengahwini Zulaikha dan disebabkan Zulaikha sudah benar-benar bertaubat dan menjadi perempuan solihah, maka Tuhan mengembalikan Zulaikha menjadi perawan semula.

Di manakah unsur keindahan dalam sebuah percintaan yang tidak kesampaian?

Mengapakah Allah mengakhiri kisah cinta Yusuf-Zulaikha dengan Zulaikha mengakui di depan Raja Mesir bahawa Nabi Yusuf tidak bersalah. Mengapa sampai di situ sahaja?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 16, 2006

Cinta dan Perkahwinan: Prinsip Surah Yusuf

Kisah cinta dalam surah Yusuf tidak diakhiri dengan perkahwinan. Pada akhirnya Siti Zulaikha tidak berkahwin dengan lelaki yang sangat dicintanya, Nabi Yusuf.

Justeru, berdasarkan model kisah cinta Nabi Yusuf, sebuah kisah cinta yang indah adalah kisah cinta yang tidak berakhir dengan perkahwinan.

Dalam karya Hamka yang terkenal, "Di Bawah Lindungan Kaabah", "Merantau ke Deli" dan "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", percintaan hero dan heroinnya tidak berakhir dengan perkahwinan. Demikian juga dalam karya Marah Roesli, "Siti Noerbaya".

Dalam "Romeo dan Juliet", "Laila Majnun" dan "Uda dan Dara", semuanya tidak berakhir dengan perkahwinan.

Ciri cinta yang berakhir dengan perkahwinan yang bahagia (and they live happily ever after...) adalah ciri sastera kanak-kanak perempuan!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Selepas ASAS 50 Tiada ‘Angkatan’ Muncul

Sejarah sastera Melayu moden melihat kemunculan penulis-penulis yang dikenali sebagai angkatan ASAS 50 dengan tokoh-tokohnya. Semenjak itu, sudah 50 tahun, tiada 'angkatan' baru muncul.

Di kalangan penulis wanita juga tidak muncul 'angkatan' penulis wanita.

Meskipun GAPENA mempunyai pelbagai rekod kejayaan dalam gerakan kesusasteraan dan kebudayaan, tetapi tidak juga muncul penulis-penulis yang dapat dicop sebagai 'Angkatan GAPENA'.

Malah, dalam sejarahnya yang sudah berusia 50 tahun, DBP juga tidak memunculkan penulis-penulis yang dapat dicop sebagai 'Angkatan DBP'.

Selama 50 tahun yang lepas, nama-nama tokoh sastera Melayu telah muncul sebagai nama-nama individu yang mewakili pencapaian individu. Pencapaian mereka tidak mewakili pencapaian kumpulan ataupun 'angkatan'. Nama-nama seperti Arenawati, Muhammad Hj. Salleh, S. Othman Kelantan, Anwar Ridhwan dan Zaharah Nawawi tidak mewikili mana-mana angkatan.

Di kalangan penulis muda yang sedang aktif berkarya saat ini, seperti Faisal Tehrani, SM Zakir, Zaid Akhtar, Nisah Haron dan lain-lain, juga tidak nampak bibit-bibit akan munculnya suatu 'angkatan'.

Penerbit Utusan yang setiap tahun mengadakan Hadiah Sastera Utusan juga tidak melahirkan apa yang dapat dicop sebagai 'Angkatan Utusan'.

Malah, meskipun ada perbincangan serius tentang sastera Islam, dan sastera Melayu-Islam, tetapi tidak juga timbul 'angkatan' penulis Melayu-Islam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 13, 2006

Polemik “Sastera Tinggi” lawan “Sastera Rendah”

Menjelang seminar sastera popular anjuran DBP yang akan berlangsung pada 14 & 15 Disember 2006, kita mengemukakan perspektif kita tentang kayu ukur konvensional yang digunakan oleh ahli-ahli teori sastera aliran konvensional bagi mengukur ketinggian unsur susastera pada sesuatu karya.

Karya sastera hasanah adalah karya yang (1) mesejnya serasi dengan Islam, (2) pro-tauhid dan (3) ditulis menggunakan teknik penceritaan dan gaya bahasa yang serasi dengan Quran.

Justeru, apabila sesebuah karya itu mengandungi semakin banyak unsur-unsur Qurani, maka semakin tinggi nilai susasteranya.

Masyarakat Melayu hari ini memerlukan lambakan buku-buku sastera hasanah di kedai-kedai buku seluruh negara, baik yang "tinggi" mutu susasteranya, mahupun yang "biasa-biasa" sahaja mutu susasteranya.

Sifat hasanah sesuatu karya seni tidak diukur daripada nilai-nilai intrinsik pada materi sesebuah karya, tetapi pada nilai-nilai ekstrinsik karya itu, yakni nilai-nilai kebaikan sosial yang dihasilkan oleh karya tersebut. Semakin banyak kebaikan sosial yang lahir daripada karya itu, maka semakin tinggi nilai hasanahnya.

Penilaian tinggi rendah status sesebuah karya dapat dithamsilkan dengan pahala membina sesebuah bangunan masjid, di mana ia tidak diukur daripada ciri-ciri keindahan pada senibina dan senihias yang ada pada materi bangunan masjid tersebut, tetapi diukur berdasarkan sebanyak mana masjid itu membawa kebaikan kepada manusia.

Nabi Muhammad SAW adalah juga seorang seniman-karyawan. Karya seni beliau yang paling terkenal dan paling penting adalah masjid yang beliau bina di Madinah.

Masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad tidak memiliki ciri-ciri keindahan luar biasa pada senibina mahupun senihiasnya. Keindahan masjid beliau itu adalah pada fungsi religio-sosialnya.

Maka tidaklah wajar apabila status sesebuah masjid itu dikatakan "tinggi" disebabkan ada beberapa orang pakar senibina dan senihias bangunan yang mengatakan mutu senibina dan senihias masjid itu amat tinggi, meskipun orang yang sembahyang di dalamnya tidak banyak.

Penilaian status "tinggi" ataupun "rendah" sesuatu karya, apabila ia didasarkan semata-mata pada ciri-ciri intrinsik pada materi karya itu, maka penilaian seperti itu adalah penilaian konvensional berdasarkan kayu ukur konvensional yang dicipta oleh akal dan citarasa manusia-manusia biasa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 12, 2006

Lomba Novel Cinta PTS: Menulis untuk Dibaca Remaja Perempuan

Apabila saudara menulis novel cinta untuk remaja perempuan braket usia 14 - 16 tahun, sedikit pengetahuan tentang psikologi remaja perempuan pada usia itu adalah berguna sekali:

(1) Pertama, mereka teramat idealistik.

Mereka percaya orang baik akan menerima segala yang baik-baik. Nasib akan menjaga mereka yang baik. Kebaikan akan tetap dibalas dengan kebaikan. Mereka juga percaya semua orang boleh berubah menjadi baik. Faktor ini menyebabkan remaja pada usia ini tidak suka cerita di mana watak yang baik berakhir dengan menerima nasib buruk.

Dalam surah Yusuf, Nabi Yusuf akhirnya menjadi wazir. Abang-abang Nabi Yusuf berubah menjadi insaf dan baik.

(2) Kedua, mereka percaya dunia ini hitam-putih.

Yang baik, baik semua. Yang jahat-jahat semua. Kalau pandai, pandai semua. Kalau bodoh, bodoh semua. Tidak mungkin ada orang yang baik dan jahat pada waktu yang sama. Tidak mungkin orang yang pandai sebenarnya bodoh. Jadi remaja pada usia ini tidak suka watak-watak yang memiliki sifat-sifat yang saling bertentangan.

Dalam surah Yusuf, heronya, Nabi Yusuf adalah manusia ideal yang baik serba serbi. Manakala Zulaikha dan abang-abangnya jahat belaka.

(3) Ketiga, mereka percaya Tuhan itu sangat baik.

Remaja perempuan pada usia itu mempunyai keyakinan Tuhan amat baik dan Tuhan akan mengampunkan semua orang.

Dalam surah Yusuf, semua watak jahat akhirnya diberi peluang menjadi orang-orang yang baik, di mana tidak seorang pun watak jahat yang kekal jahat. Begitu pula, tidak ada seorang pun dihukum atas kejahatan mereka.

(4) Keempat, mereka percaya dunia ini adil.

Remaja pada usia ini percaya yang baik akan dibalas baik, yang jahat akan dibalas jahat. Segala-galanya akan berakhir dengan kebaikan dan kegembiraan.

Dalam surah Yusuf, cerita berakhir dengan semua watak mendapat kebaikan dan kegembiraan. Happy ending.

(5) Kelima, mereka tidak suka memikirkan kematian.

Remaja pada usia ini percaya kematian adalah sesuatu yang masih jauh daripada diri mereka. Oleh itu mereka tidak suka cerita yang berakhir dengan kematian.

Dalam surah Yusuf, tidak ada watak yang dimatikan.

Lima ciri psikologi remaja perempuan yang seperti itu menunjukkan innocence mereka, kemurnian persepsi mereka tentang dunia dan kehidupan, bahawa otak, jiwa dan kalbu mereka masih putih bersih.

Justeru, dengan bersandarkan jalan cerita dalam surah Yusuf, pengarang novel cinta remaja tidak boleh mencederakan, menodai, mengotori dan merosakkan innocence pemikiran, jiwa dan kalbu gadis-gadis yang masih muda remaja dan suci bersih dengan menghidangkan cerita-cerita reality tentang kebusukan, keburukan, kemungkaran dan kebobrokan yang dicipta oleh dunia orang dewasa.

Tuhanlah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 5 pages  1 2 3 >  Last »