Thursday, March 01, 2007

Bacalah Suara Hati Helmy Samad

Beginilah nasib SN Dato' A Samad Said sebagaimana yang dituliskan oleh puteranya, Helmy. Nasib SN itu tidak jauh bedanya dengan nasib kartunis lagenda, UJANG. Bedanya mereka diperlakukan begitu oleh 2 penerbit berlainan, satu penerbit milik kerajaan, yang satu lagi penerbit swasta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, February 27, 2007

Hakcipta Bahan Internet

Apabila kita memeriksa buku-buku terbitan tempatan, kita dapat lihat banyak ilustrasi yang digunakan pada kulit buku-buku itu adalah diambil daripada internet. Amalan ini amat berleluasa di kalangan penerbit kecil dan penerbit buku-buku agama.

Semua bahan yang disiarkan dalam internet adalah dilindungi hakciptanya. Kita tidak boleh menggunakan bahan-bahan itu tanpa mendapatkan izin bertulis daripada tuan punya hakcipta bahan-bahan itu.

Malah kita tidak boleh meng-copy bahan-bahan itu dan menampalkannya pada blog kita sendiri. Perbuatan itu adalah salah kerana ia melanggar hakcipta.

Ramai penulis menghantar manuskrip dengan disertakan ilustrasi yang mereka ambil dari internet. Jika penerbit menggunakan bahan-bahan ilustrasi itu dalam buku yang diterbitkan, perbuatan itu adalah salah.

Penerbit hendaklah menggunakan ilustrasi yang diusahakannya sendiri bagi semua buku yang diterbitkannya, baik dengan cara menyewa, mengupah, membeli ataupun menggunakan kepandaian stafnya yang digaji.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, February 20, 2007

Hakcipta: Judul Buku dan Frasa Pendek

Judul buku saudara tidak dilindungi. Undang-undang hakcipta tidak memberikan perlindungan ke atas judul buku saudara yang berupa frasa pendek.

Jika saudara sudah menulis dan menerbitkan buku dengan judul 'KOMUNIKASI INTIM', penulis-penulis lain boleh menulis buku dengan judul yang serupa.

Selain judul buku, judul bab besar dan judul-judul bab-bab kecil dalam buku juga tidak diberikan perlindungan.

Judul termasuk di bawah apa yang disebut 'frasa pendek'. Frasa-frasa pendek tidak dilindungi kerana ia bukan 'ayat lengkap'.

Ayat lengkap adalah ayat yang terdiri daripada SUBJEK dan PREDIKAT. Justeru ayat "Ini nasi yang kusuap." adalah ayat lengkap, maka ia dilindungi. Frasa bukan ayat lengkap.

Undang-undang hakcipta memberi perlindungan ke atas ayat-ayat lengkap yang menjadi isi kandungan buku.

Nota: Judul karya seni seperti puisi, lagu, cerpen, novel, lukisan, foto, artikel, drama, filem, kertas kerja, buku, berita, dan lain-lain karya yang berupa frasa pendek adalah tidak dilindungi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 10, 2007

E-Piracy: Apa itu Cetakrompak Elektronik

Sebagai penulis dan penerbit, kita semua perlu memahami isu e-pirasi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 01, 2007

Pelanggaran Hakcipta: Alangkah Dekatnya Jakarta-KL-Bandung

Kita menerima emel, sms dan akhirnya panggilan telefon dari Jakarta dan Bandung yang mesejnya menyebabkan timbul disonansi - yakni perasaan tidak enak.

Mereka menghubungi kita berkenaan adanya nama-nama besar dalam dunia buku Malaysia yang dikaitkan dengan perbuatan melanggar hakcipta penulis dan penterjemah buku Indonesia, dan juga hakcipta penulis kolum dalam media cetak negara itu.

Salah satu panggilan itu datang dari pejabat sebuah majalah berita yang sangat terkenal di Indonesia, yang dengan suara amat halus pemanggil itu menyatakan amaran jika pelanggaran seperti itu diteruskan, mereka akan menulis surat melaporkan perkara itu ke sebuah IPT Malaysia di mana si pelanggar itu bertugas.

Internet membolehkan penulis Malaysia membaca media Indonesia dan meciplak artikel-artikel yang terbit di sana dengan hanya menukar perkataan-perkataan yang berbeza.

Si pelanggar terlupa artikel ciplaknya yang diterbitkan oleh media massa diĀ Malaysia juga diterbitkan dalam internet dan dapat dibaca di Indonesia!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 30, 2007

Hakcipta Cerita dalam Sinopsis

Katakanlah saudara menuliskan sinopsis kisah hidup saudara lalu saudara serahkan kepada seorang pengarang.

Kemudian pengarang itu menuliskan sebuah novel jibunsyi berdasarkan sinopsis yang saudara tulis.

Disebabkan saudara sudah MENULISKAN cerita hidup saudara, baik di atas kertas mahupun dalam komputer, maka hakcipta ke atas cerita itu adalah pada saudara.

Sinopsis yang saudara tulis itu adalah karya saudara dan undang-undang hakcipta melindungi karya itu. Orang lain tidak boleh menuliskan cerita lengkap berdasarkan sinopsis yang saudara tulis itu tanpa mendapatkan izin bertulis daripada saudara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 29, 2007

Hakcipta Cerita

Apabila saudara menulis buku cerita ataupun novel, saudara memiliki hakcipta setiap ayat dalam buku itu. Ertinya orang lain tidak boleh mencuri walaupun sepotong ayat daripada buku saudara itu.

Saudara juga memiliki hakcipta sebagai pencipta cerita dalam buku itu.

Justeru orang lain tidak boleh mengambil cerita dalam buku itu lalu menerbitkannya sebagai drama TV, filem, siri animasi, komik dan lain-lain tapa izin bertulis daripada saudara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 28, 2007

Harta Intelek: Hakcipta Mesej SMS

Penyair KS Ilmar pernah berutus surat melalui SMS dengan seorang peminat bernama Z. Seperti seorang penyair tegar, di mana-mana pun beliau dapat mencipta dan menulis puisi.

Kali ini, surat SMSnya itu ditulis dalam bentuk puisi, sewaktu beliau sedang dalam bas ekspres Kuantan-KL.

Dua hari kemudian beliau menerima mesej SMS daripada seorang kenalannya. Mesej itu adalah puisi SMSnya yang dihantar kepada Z!

Selepas ditanya, si kenalan tadi memberitahu dia menerima puisi itu daripada orang lain, tanpa mengetahui perkara sebenar, dia menghantarkannya pula kepada KS Ilmar!

Puisi SMS itu telah kembali kepada tuannya.

Daripada sudut undang-undang harta intelek, setiap mesej SMS adalah dilindungi hakcipta penulisnya. Mesej SMS adalah serupa dengan surat-surat konvensional. Hakciptanya ada pada penulis surat itu bukan pada si penerima.

Perbuatan Z men-forward-kan puisi SMS karya Penyair KS Ilmar itu kepada orang lain tanpa izin bertulis, adalah menyalahi undang-udang hakcipta negara ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 25, 2007

Status Karya Terjemahan

Undang-undang hakcipta melindungi karya terjemahan serupa seperti karya asal. Orang lain tidak boleh mencuri karya terjemahan sebagaimana karya asal tidak boleh dicuri.Jelaslah bahawa dari sudut undang-undang harta intelek, karya terjemahan adalah 'karya asal'.

Hakcipta karya asal adalah pada pengarang asal. Hakcipta terjemahannya adalah pada penterjemahnya.

Apabila sesebuah karya itu diterjemahkan oleh 5 orang penterjemah, maka setiap penterjemah memegang hakcipta terjemahan masing-masing.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis & Penerbit: Patuhi Undang-Undang Penyerahan Buku ke PNM

Adakah saudara baru belajar menerbitkan buku?

Bagi makluman saudara, ada undang-undang di mana saudara wajib menyerahkan kopi semua bahan bercetak, termasuk buku, majalah, akhbar, kertas kerja seminar, brosur dan lain-lain, yang saudara terbitkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia.

Kesalahan boleh didenda RM3,000.

Bagi penerbit buku, jangan ambil ringan perkara ini. PNM memilih buku-buku yang dibeli untuk perpustakaan awam seluruh negara dengan menilai buku-buku yang diserahkan kepada PNM.

Jika buku terbitan saudara tidak ada dalam simpanan PNM, maka buku terbitan saudara takkan terpilih.

Bagi penulis self-published, walaupun saudara terbitkan sendiri buku saudara, jangan ambil ringan perkara ini, mana tahu buku saudara mungkin terpilih!

Seperkara lagi, banyak penerbit kecil-kecil yang tidak ambil pusing tentang undang-undang ini. Sikap begini amat merugikan penulis kerana kecuaian penerbit itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 23, 2007

Hakcipta Kisah Hidup Saudara

Adakah kisah hidup saudara dilindungi oleh undang-undang hakcipta? Dalam erti lain, kalau orang lain menulis kisah hidup saudara, adakah saudara boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis itu?

Kisah hidup saudara adalah sejarah. Apa jua jenis fakta, termasuk fakta-fakta sejarah, tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta. Justeru sesiapa sahaja boleh menulis kisah hidup orang lain. Kisah itu pula boleh ditulis dalam apa bentuk sahaja, sebagai biografi, sebagai buku bergambar, sebagai novel fiksyen, sebagai skrip drama, filem, animasi dan lain-lain.

Banyak tokoh selebriti yang kisah hidupnya ditulis oleh orang lain. Puteri Diana adalah antara individu yang kisah hidupnya paling banyak ditulis oleh orang-orang lain. Tidak ada undang-undang yang menghalang kisah hidupnya daripada ditulis oleh orang lain.

Jika saudara mahu, saudara oleh menulis kisah hidup mana-mana tokoh dan selebriti tanah air kita. Sesiapa yang hendak menahan saudara daripada menulis dan menerbitkan kisah hidupnya perlu membawa kesnya ke mahkamah bagi mendapatkan perintah mahkamah.

Mahkamah akan menimbangkan faktor-faktor yang saudara kemukakan bagi menyokong permohonan saudara menghalang buku itu daripada diedarkan kepada orang ramai, lazimnya disebabkan saudara dapat mengemukakan bukti-bukti bahawa buku itu mengandung bahan-bahan yang memfitnah dan menjatuhkan maruah saudara. (Ingat kes Rosmah Mansur berjaya menghalang Mokhtar Ahmad daripada terus mengedarkan buku yang ditulisnya.)

Apabila saudara menulis biografi orang lain, bagaimana dengan royaltinya? Adakah orang itu berhak meminta sebahagian daripada royalti daripada buku yang ditulis itu?

Jika orang itu tidak menandatangani sebarang perjanjian pembahagian royalti dengan si penulis, maka dia tidak berhak meminta bahagian royalti itu.

Kisah hidup saudara tidak termasuk di dalam senarai karya seni, disebabkan ia bukan karya seni. Yang dilindungi oleh undang-undang adalah bentuk-bentuk yang sudah dituliskan, ataupun dilukiskan, dirakamkan, difoto, ataupun dianotasikan.

Katakanlah, pada suatu hari saudara menceritakan kisah hidup saudara dengan seorang penulis. Kemudian si penulis itu menulis sebuah novel yang dalam ceritanya itu banyak persamaan dengan kisah hidup saudara. Apakah kedudukan novel itu?

Disebabkan setiap ayat dalam novel itu adalah dihasilkan oleh penulis tersebut maka di sisi undang-undang hakcipta, karya itu adalah karya si penulis, dan secara automatis hakcipta novel itu adalah miliknya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 22, 2007

Ada Orang Mendengar Suara Kita

Ini nota yang masuk ke blog ini:

Salam untuk Puan Ainon,

Saya mengikuti penuh minat tentang cetusan rasa puan tentang kedudukan industri buku tempatan kita. Saya kira sudah tiba masanya untuk isu ini diketengahkan supaya industri buku terbitan tempatan mendapat pembelaan.

Dan saya kira sekarang ialah masa yang sesuai untuk berjuang kerana pada suku pertama setiap tahun ialah masa para pegawai kerajaan di bahagian kementerian kewangan duduk meneliti dan berbincang tentang perkara-perkara atau insentif / cadangan baru yang dikemukakan kepada mereka.

Jika puan pergi ke Putrajaya, puan pasti dapat melihat kereta mercedes besar-besar datang untuk mengemukakan masalah mereka agar dipertimbangkan oleh kerajaan dalam bajet akan datang.

Para pegawai ini perlu merangka isi-isi Bajet Nasional 2008 nanti. Pada setiap tahun para akauntan akan dijemput mengemukakan cadangan tentang berbagai isu dan insentif cukai.

Supaya lebih berkesan dicadangkan supaya pihak persatuan penerbit Melayu Malaysia mengemukakan cadangan tersebut dan disokong oleh mana-mana ahli politik yang memahami isu ini.

Insentif cukai (pengecualian) untuk penerbit baru buku tempatan, penerbit karya ilmuan Islam dan ilmuan Melayu yang original, karya kreatif, karya kartunis tempatan, royalti lukisan kartun dll.

Selain itu geran khas untuk sesuatu projek penerbitan khas dalam Bahasa Melayu.

Pengecualian cukai untuk buku karya tempatan yang diekspot ataupun apabila terjemahannya diekspot.

Pengecualian cukai dua kali ganda untuk karya motivasi / ilmuan terhadap royalti pengarang.

Peruntukan pinjaman dengan kadar faedah rendah ataupun dana khas untuk para penerbit tempatan yang menerbitkan buku-buku ilmu dan motivasi (bukan buku cinta tak bermutu).

Saya pasti puan mesti punya lebih banyak idea tentang hal ini.

Insentif ini bermanfaat kepada masyarakat kerana:
- menggalakkan budaya pembacaan
- menggalakkan penciptaan / karyawan tempatan
- menggalakkan perkembangan ilmuan dalam Bahasa Melayu
- perjuangan untuk Bahasa Melayu
- dan macam-macam lagi…

(Memang isu politik yang bagus untuk mana-mana wakil rakyat!)

Kertas cadangan harus dikemukan kepada Kementerian Kewangan Bahagian Bajet di Putrajaya. Setelah itu jika cadangan diambil peruntukan akan dibuat dan diagih-agihkan kepada kementerian / jabatan lain seperti SMIDEC.

Saya kira tidak ada sebab mereka tidak mempertimbangkannya. Sekian.

Nor.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(23) Diskusi Kuliah | Permalink

Gol, Gincu… & Buku

Pada masa ini alat-alat sukan sudah tidak dikenakan cukai impot demi membangunkan industri sukan negara.

Sudah hampir 20 tahun alat-alat mekap dan minyak wangi tidak dikenakan duti impot demi menjadikan negara kita syurga pelancong membeli-belah, yakni bagi membangunkan industri pelancongan negara.

Sudah nasib industri buku tempatan. Kerajaan tidak peduli pada isu pembangunan industri penerbitan dalam negara. SMIDEC pun tidak memasukkan sektor penerbitan sebagai sektor yang layak menerima dukungan.

Buku-buku yang dicetak di luar negara dibenarkan diimpot masuk sebebas-bebasnya. Hanya Malaysia, Singapura dan Filipina yang mengamalkan dasar Mak Si Randang begini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 21, 2007

Jangan Serah Semua Hak

Apabila saudara menandatangani perjanjian penerbitan buku dengan syarikat penerbit saudara, berapa hak penerbitan buku itu yang saudara serahkan?

Ambil peringatan bahawa apabila saudara mengarang sebuah buku, saudara bukan lagi mencipta sebuah karya. Saudara sudah mencipta sebuah HARTA. Dalam sebuah karya terkandung banyak potensi eksploitasi harta intelek itu.

Apabila saudara membuka perbincangan dengan mana-mana penerbit tentang karya saudara, saudara sebenarnya sedang menjalankan urusniaga ke atas harta saudara.

Walaupun hakcipta karya saudara itu saudara pegang, tetapi hak mengeksploitasi karya saudara itu adalah cerita lain. Kepada siapakah saudara berikan lesen menerbitkan senarai hak-hak saudara seperti yang tersenarai di bawah?


  1. Hak menerbitkan edisi kulit keras.






  1. Hak menerbitkan edisi kulit lembut.






  1. Hak menerbitkan edisi paperback.






  1. Hak menerbitkan edisi ringkasan.






  1. Hak menerbitkan edisi E-book.






  1. Hak menerbitkan edisi-edisi terjemahan, dan nyatakan dengan tepat ke dalam bahasa apa.






  1. Hak menerbitkan edisi 'downloadable' melalui Internet.






  1. Hak menerbitkan edisi audio-book.






  1. Hak menerbitkan edisi braille.






  1. Hak menerbitkan edisi buku bergambar.






  1. Hak menerbitkan edisi buku komik.






  1. Hak menerbitkan edisi bersiri dalam akhbar ataupun majalah.


     






  1. Hak menerbitkan beberapa bab dalam Internet sebagai bahan promosi.






  1. Hak menerbitkan edisi buku digital dalam bentuk 'hand-held devices'.






  1. Hak menerbtikan edisi adaptasi menjadi skrip animasi.






  1. Hak menerbitkan edisi adaptasi menjadi skrip filem.






  1. Hak menerbitkan edisi adaptasi menjadi skrip siri televisyen.






  1. Hak menerbitkan edisi adaptasi menjadi skrip teater pentas.






  1. Hak menerbitkan edisi adaptasi menjadi modul latihan.






  1. Hak menerbitkan cerita-cerita 'sequal' atau sambungan yang dihasilkan oleh pengarang lain.






  1. Hak mendaftarkan judul buku ataupun nama-nama watak, ataupun wajah watak-watak dalam buku bagi tujuan pemerdagangan.






  1. Hak menerbitkan semula edisi asal mengikut wilayah pemasaran.




Jangan ambil ringan pengurusan Harta Intelek saudara. Pilih dan nyatakan dengan tepat hak penerbitan mana yang saudara lesenkan kepada sesuatu penerbit itu. DAN nyatakan dengan tepat tempoh lesen yang saudara serahkan itu.

Penerbit tentu mahu supaya saudara menyerahkan semua hak ke atas harta intelek saudara kepadanya dengan tempoh yang tiada hadnya. Tetapi saudara jangan terperangkap sehingga saudara menandatangani dokumen yang amat merugikan diri saudara sendiri disebabkan saudara tidak mahu ambil tahu tentang hak-hak saudara sebagai pengarang. Berurusanlah dengan penerbit yang mengamalkan etika bisnes yang baik.

 


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, January 20, 2007

Hakcipta: Apa yang Tidak Dilindungi

Banyak orang keliru tentang apa yang dilindungi ataupun tidak dilindungi hakciptanya. Bahan-bahan yang tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta termasuklah:

1. Sebarang hasil kerja yang belum dituliskan, ataupun direkodkan, ataupun dilukiskan, ataupun dianotasikan.

Justeru, katakanlah pada suatu hari saudara berbual-bual tentang idea saudara, kemudian kawan saudara yang mendengar itu menulis sebuah novel berdasarkan idea saudara itu, maka perbuatan kawan saudara itu tidak melanggar undang-undang hakcipta. Justeru, hati-hati apabila saudara berbual-bual tentang idea saudara!

2. Judul, nama, frasa singkat, slogan dan cogan kata. Justeru judul buku saudara juga boleh digunakan oleh penulis lain.

Tetapi, apabila nama itu sudah didaftarkan sebagai trademark (TM), seperti Coca-Cola, Apple, ataupun KFC, maka ia dilindungi oleh undang-undang. Tetapi perlindungan itu terhad dalam konteks bisnes masing-masing. Jadi Apple adalah TM bagi barangan komputer, oleh itu pembuat komputer lain tidak boleh menggunakan apple bagi menamakan komputer mereka. Tetapi, pembuat aiskrim boleh menggunakan apple bagi menamakan aiskrimnya.

Contoh yang baik adalah, buku karya Aina Emir "Semalam Kubermimpi" tidak melanggar undang-undang hakcipta walaupun judul itu serupa dengan judul sebuah lagu yang dinyanyikan oleh P.Ramlee dan Saloma, "Malam Kubermimpi".

3. Idea, prosedur, kaedah, sistem, proses, konsep, prinsip, penemuan, dan alat penghasilan kerja.

Tetapi, apabila perkara-perkara itu sudah dituliskan huraiannya dan penerangannya, ataupun ia sudah diterangkan dalam bentuk lukisan, maka teks huraian dan lukisan itu dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Hakcipta: Isu Produk Kompetatif

Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila penerbit menggubal klausa-klausa dalam perjanjian lesen penerbitannya, akan ada unsur-unsur yang lebih menguntungkan penerbit daripada menguntungkan penulis.

Ambil sahaja sebagai contoh klausa yang menyebut bahawa pengarang tidak boleh menulis buku B yang isi menyerupai isi buku A, dan menyerahkan buku B kepada penerbit lain. Klausa ini jelas menguntungkan penerbit dan merugikan penulis.

Katakanlah saudara menulis buku bertajuk "Hidup Tanpa Kad Kredit" dan menyerahkannya kepada PTS, maka saudara tidak boleh menulis buku lain yang bertajuk "Panduan Hidup Tanpa Hutang" dan menyerahkannya kepada penerbit KarnaDya, di mana isi kandungan buku itu 50% sudah ada dalam buku "Hidup Tanpa Kad Kredit" oleh itu buku "Panduan Hidup Tanpa Hutang" itu dikatakan menjadi pesaing kepada buku "Hidup Tanpa Kad Kredit".

Saudara mesti menyerahkan kedua-dua buku itu kepada PTS bagi menerbitkannya. Kalau saudara hendak menerbitkan sendiri buku itu pun, tidak boleh!

Klausa seperti ini memang digunakan oleh semua penerbit di seluruh dunia bagi menjaga kepentingan bisnes si penerbit.

Tetapi kalau saudara menulis buku lain, yang isi kandungannya tidak bersaing dengan buku "Hidup Tanpa Kad Kredit", maka saudara boleh menyerahkan buku itu kepada mana-mana penerbit pilihan saudara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 19, 2007

Hakcipta Surat Cinta

Siapakah yang memiliki hakcipta surat-surat cinta? Adakah si penulis surat cinta itu, ataupun si penerima surat cinta itu?

Jawapannya: Si penulis surat cinta itu.

Ini sangat penting saudara ingat apabila saudara mahu menerbitkan surat-surat cinta yang saudara terima!

Saudara tidak boleh menerbitkan surat-surat cinta yang ada dalam simpanan saudara jika surat cinta itu bukan hasil tulisan saudara sendiri.

Setiap potong ayat dalam surat-surat cinta itu adalah dilindungi oleh undang-undang hakcipta negara ini.

Yang jadi isu sekarang adalah, apa jadi jika surat cinta saudara diterbitkan oleh orang lain tanpa izin saudara.

Bagaimanakah caranya saudara dapat membuktikan di mahkamah bahawa surat cinta yang diterbitkan oleh (bekas kekasih/tunang/suami/isteri saudara) itu adalah surat cinta yang saudara telah tulis dan kirimkan kepada si fulan itu?

Salah seorang mentee SifuPTS adalah seorang Pencinta Agung! Beliau dan bekas kekasihnya dahulu sama-sama bersetuju masing-masing akan memfotokopi setiap warkah cinta yang ditulis sebelum diposkan.

Jadi, dalam kes Pencinta Agung ini.... beliau tidak dapat menerbitkan surat-surat cinta bekas kekasihnya itu, tanpa mendapatkan izin bertulis, sebab si bekas kekasihnya ada menyimpan fotokopi surat-surat cintanya sebagai bukti dia adalah penulis dan pemilik hakcipta surat-surat tersebut....

Hmmmmm..... rugilah kita tidak dapat membaca surat-surat cinta bekas kekasih Pencinta Agung ini!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(116) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 18, 2007

Karya Harta Awam

Karya yang ditulis oleh warganegara Amerika menjadi harta awam atau 'public domain' selepas 75 tahun pengarangnya meninggal dunia.

Apabila sesebuah karya itu menjadi public domain, ini bermakna tidak ada sesiapa yang memiliki hakcipta ke atas karya itu. Ini juga bermakna sesiapa sahaja boleh menerbitkan semua karya edisi asli itu dan mengedarkannya tanpa mendapatkan izin dan tanpa membayar royalti.

Di Britain, tempoh itu adalah 50 tahun. Di Malaysia juga tempohnya adalah 50 tahun.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 16, 2007

Hak Penulis dan Lesen Hakcipta

Apabila saudara menandatangani dokumen perjanjian penerbitan dengan penerbit seperti PTS, saudara sebenarnya memberikan lesen hakcipta kepada PTS. Lesen itu membenarkan PTS mengedit, mencetak, mengedar dan menjual karya saudara bagi tempoh 3 tahun.


Selepas 3 tahun, jikalau saudara tidak ada apa-apa bantahan, lesen itu secara automatis akan disambung bagi tempoh 3 tahun lagi.


Termasuk dalam lesen yang saudara berikan kepada PTS adalah saudara bersetuju melantik PTS mempromosi dan melesenkan karya saudara itu kepada pihak-pihak ketiga. Sebagai contoh, saudara membenarkan PTS melesenkan kepada Penerbit MIZAN Indonesia supaya menerbitkan semula karya saudara itu untuk pasaran Indonesia.


Bagi buku saudara yang diterbitkan oleh MIZAN, pembahagian royaltinya adalah ikut amalan antarabangsa iaitu 7%, dengan kadar pembahagian 60-40 antara penulis dengan PTS. Kadar ini tertakluk kepada semakan dan perubahan dari waktu ke waktu.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, January 13, 2007

Hakcipta Subsidiari

Pada suatu masa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membenarkan sebuah penerbit swasta menerbitkan karya-karya beberapa penulis besar abad ke-20 dalam dunia sastera Melayu.


Mereka yang karya-karyanya diserahkan oleh DBP kepada penerbit swasta itu adalah A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Arena Wati, Abdullah Husain, S. Othman Kelantan, Keris Mas, Awang Had Salleh, Baharuddin Kahar, Hassan Ali, Hassan Ibrahim, Khadijah Hashim, Anwar Rithwan, Ibrahim Omar, Azmah Nordin, Amil Jaya, Shaari Isa, Muhammad Rakawi Yusuf, Rosmini Shaari dan Jong Chia Lai.


Akibat daripada tindakan DBP itu, timbul kekecohan kerana DBP tidak menulis surat kepada para penulis itu bagi mendapatkan persetujuan mereka supaya karya mereka diserahkan bagi tujuan penerbitan kepada penerbit swasta itu.


Selepas beberapa lama kecoh-kecoh, suasana senyap. Barulah mereka yang bising-bising itu tahu apa yang dilakukan oleh DBP itu adalah dibenarkan berdasarkan isi kandungan dokumen perjanjian penerbitan yang mereka tandatangani.


Sebagai penulis muda, saudara mesti ambil waktu dan berhati-hati apabila membaca huruf-huruf halus yang tercetak pada kertas dokumen perjanjian penerbitan dengan syarikat penerbit saudara.


Jikalau dalam dokumen itu terkandung klausa di mana saudara setuju menyerahkan semua hakcipta subsidiari karya saudara kepada penerbit, apa yang dilakukan oleh penerbit itu ke atas karya saudara adalah menjadi hak penerbit itu.


Jadi, jangan kecoh-kecoh kemudian!

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Industri Penerbitan Kita Bukan Hanya Tidak Didukung, Malah Langsung Tidak Dilindungi

Sumber kita memberitahu, sehingga saat ini sudah lebih 100,000 naskhah buku Da Vinci Code dimpot masuk dan dijual di negara ini.

Apakah makna angka 100,000 itu kepada industri buku dalam negara kita?

(1) Pencetak kita gigit jari, tidak dapat kerja mencetak 100,000 buku yang dibeli oleh rakyat negara ini kerana buku itu dicetak di luar negara.

(2) Pembekal kertas, pembekal filem, pembuat filem, penjahit buku, pemotong buku, pembekal dakwat, semuanya gigit jari.

(3) Penerbit kita gigit jari, tidak berpeluang mendapat komisen sebagai agen yang menerbitkan semula buku itu bagi pasaran dalam negara ini.

(4) Editor, artis cover, artis layout kita gigit jari, kerana tidak dapat melakukan kerja-kerja re-packaging buku itu.

(5) Bank-bank kita gigit jari sebab tidak berpeluang membekalkan kemudahan kewangan kepada penerbit yang sepatutnya menerbitkan semula 100,000 naskhah buku itu.

(6) Pembeli 100,000 naskhah buku itu terpaksa membayar harga buku yang mahal kerana buku itu dicetak di luar negara. Kita membayar gaji pekerja kilang cetak di luar negara.

(7) Pekerja kilang cetak kita tidak berpeluang mendapat upah daripada kerja mencetak 100,000 buku itu.

Semua negara maju mengenakan undang-undang ketat ke atas perdagangan impot buku demi melindungi industri penerbitan dalam negara mereka.

Negara-negara maju seperti Amerika, Eropah, Jepun, Korea dan China tidak membenarkan buku-buku yang dicetak di luar negara diimpot dengan sebebas-bebasnya sebagaimana yang kita benarkan di negara kita.

Ini satu lagi Dasar Mak Si Randang!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Singapura Kuasai Pasaran Buku Ilmiah Malaysia

Dalam Seminar Penerbitan Ilmiah yang baru berlangsung di Johor Bharu, Tuan Hj. Shaari Abdullah, Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Malaysia, dalam kertas kerjanya menulis, bagi bidang pengedaran dan pemasaran buku-buku ilmiah terbitan luar negara yang menjadi rujukan IPT-IPT Malaysia, sektor ini dikuasai oleh 5 buah syarikat Singapura iaitu:


1. Apac Publisher Servives Pte Ltd


2. APD Singapore Pte Litd


3. Pansing Distributon Sdn. Bhd.


4. Publishers Marketing Services Pte Ltd


5. STM Pte Ltd.


Kita pernah mendengar keluhan seorang pembekal buku-buku terbitan luar negara ke pelbagai perpustakaan kerajaan Malaysia bahawa dia tidak dapat membeli buku-buku yang dipesan oleh kerajaan Malaysia terus dari penerbit asalnya di UK ataupun USA disebabkan penerbit-penerbit itu sudah melantik syarikat Singapura sebagai agen jualan buku-bukunya di Malaysia.


Yang tambah mengecewakan beliau adalah, agen-agen Singapura itu tidak membuka pejabat mereka di Kuala Lumpur. Mereka juga tidak membuka akaun bank di Malaysia.


Bukan setakat itu, semua urusan pembelian buku daripada agen-agen Singapura itu mesti dibayar menggunakan dolar Singapura dan dibayar terus ke akaun bank mereka di Singapura.


Inilah yang kita katakan undang-undang impot buku negara kita langsung tidak melindungi industri buku dalam negara ini.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 10, 2007

Sifu Buat Apa?

Jam 1.45 tengah hari: SifuPTS baru selesai makan tengah hari dengan Dato' Dr. Ahmad Zaidee Laidin, Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan En. Zulkarnain Muhammad, Ketua Unit Paten (Kejuruteraan).

Beliau-beliau itu setuju mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil penerbit bagi mendengar maklum balas berkenaan isu-isu kritikal yang dihadapi oleh industri penerbitan dalam negara.

Hidup buku Melayu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 07, 2007

Hakcipta dan Karya Plagiat

Ini ada artikel yang bagus tentang 2 orang penulis yang memplagiat karya orang lain. Baca di sini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 05, 2007

Menjual Buku Self-published

Adakah saudara bercadang menerbitkan sendiri buku saudara?

Berdasarkan apa yang kita perhatikan, hanya mereka yang terlibat dalam aktiviti berceramah kepada orang awam, ataupun mengajar agama, yang dapat menjual buku yang mereka tulis dan terbitkan sendiri.

Mereka menjual buku mereka kepada orang ramai yang datang mendengar ceramah mereka, ataupun kepada murid mereka.

Jika saudara bukan penceramah ataupun guru agama, jangan terbitkan buku saudara menggunakan teknologi konvensional. Cetak buku saudara menggunakan teknologi POD (publishing ondemand).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi Menyeronokkan Penulis Lelaki

Hakcipta buku yang ditulis oleh suami ataupun isteri adalah termasuk dalam harta sepencarian.

Bagi semua karya suami, jika berlaku perceraian, isteri yang bekerja berhak menerima 50% royalti yang dibayar, manakala isteri suri rumah berhak menerima sepertiga. Sebaliknya pun begitu.

Bayangkan... selepas bercerai, setiap tahun cikpuan akan menerima cek-cek royalti karya-karya bekas suami. Maklumlah, buku-bukunya yang diterbitkan oleh PTS evergreen belaka.

Selepas cikpuan kahwin dengan suami baru sekalipun, cikpuan tetap menerima cek-cek itu.

Apabila bekas suami mati, selama 50 tahun kemudian, selagi karya-karyanya masih dijual, cikpuan terus menerima royaltinya! Hahaha! (ketawa besar!)

Demi menjaga kepentingan diri sendiri, buat apa sahaja supaya suami seronok menjadi penulis. Pelajari jenis-jenis aktiviti yang membuat lelaki seronok.

Nombor 1: Belajar SENYUM! Ya. Senyum!

Dalam suatu soal-selidik yang dibuat oleh pakar psikologi ke atas 500 orang lelaki yang pernah bercerai, majoriti melaporkan punca No. 1 mereka tidak puas hati adalah disebabkan bekas isteri mereka tidak senyum!

Siapa yang tidak banyak senyum kepada Sang Penulis Agung, memang dia pendek rezeki!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Contoh Surat Mengambil Semula Hak Penerbitan




Surat berdaftar


Tarikh: (wajib ditulis)



Kepada,
Pengurus Besar
(nama rasmi syarikat sebagaimana yang didaftarkan dan alamat penerbit)

Tuan,


Perkara: Menamatkan Perjanjian Hak Penerbitan


Adalah dengan ini saya (ejaan nama ikut KP @ ejaan nama pada kulit buku ) sebagai pengarang dan pemilik hakcipta karya yang bertajuk (Judul buku sebagaimana yang diterbitkan) yang diterbitkan pada tahun (tahun pertama terbit) oleh syarikat (Nama lengkap syarikat penerbit itu sebagaimana yang didaftarkan dan tercetak pada halaman inprint buku, cth: PTS Professional Sdn. Bhd. ) memaklumkan bahawa melalui surat ini saya menarik balik dan menamatkan persetujuan yang membenarkan syarikat tuan menjadi penerbit dan pengedar kepada buku yang judulnya seperti disebutkan dalam dokumen perjanjian penerbitan yang saya dan pihak syarikat tuan tandatangani pada (tarikh dalam dokumen).


Sekiranya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat ini diposkan, saya tidak menerima apa-apa maklum balas daripada pihak tuan, maka saya anggap tuan bersetuju dan tuan tiada sebarang halangan bagi saya mengambil semula hak penerbitan buku tersebut dan menamatkan perjanjian itu.


Di atas budi baik dan kesudian pihak syarikat tuan menerbitkan buku saya itu dahulu, saya ucapkan jutaan terima kasih.


Sekian dimaklumkan.



(tandatangan)
.................................................
(Nama penuh seperti dalam KP @ nama sebagaimana dieja pada buku)
(Alamat rasmi)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 02, 2007

Bahan Internet

Ramai penulis menghantar manuskrip dengan disertakan ilustrasi yang mereka ambil dari internet. Perbuatan itu adalah salah sebab ia melanggar undang-undang harta intelektual.

Semua bahan yang disiarkan dalam internet (termasuk bahan-bahan dalam blog ini!) tidak boleh digunakan oleh mana-mana pihak lain kecuali dengan memohon izin daripada pihak yang memiliki hakcipta bahan itu. Habis cerita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 01, 2007

Judul Buku Tiada Dilindungi

"Nak Ke Tak Nak" adalah judul buku motivasi karya HM Tuah yang sangat laris di pasaran.

Bolehkah saudara menulis buku motivasi saudara sendiri tetapi menggunakan judul "Nak Ke Tak Nak?"

Undang-undang hakcipta tidak memberikan perlindungan kepada judul buku. Ia memberi perlindungan kepada isi kandungan buku sahaja.

Selain judul buku, judul bab besar dan judul-judul bab kecil juga tidak diberikan perlindungan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Nasib Penulis: Hakcipta Karya Menang Sayembara

Apabila karya saudara memenangi sebarang peraduan, adakah saudara tahu apa nasib hakcipta karya saudara itu?

(a) Meskipun saudara menerima RM50 ribu sebagai hadiah, adakah saudara masih memiliki hakcipta saudara?

(b) Adakah hakcipta karya yang menang diambil oleh penganjur?

(c) Adakah saudara dikehendaki menandatangani sebarang surat persetujuan menyerahkan hakcipta karya saudara yang menang kepada penganjur?

Banyak penganjur peraduan mengarang tidak bersikap telus disebabkan mereka tidak menuliskan terma hakcipta bagi karya yang menang dalam brosur yang diedarkan.

Jangan sampai berlaku bak kata pepatah: Menang sorak kampung tergadai. Dapatkan maklumat yang betul sebelum menghantar karya saudara kepada sebarang peraduan.

Kos menganjurkan peraduan mengarang adalah amat mahal, oleh itu sesetengah penganjur cuba mendapatkan semula modal yang sudah dibelanjakan itu dengan mengenakan syarat hakcipta karya yang menang diserahkan kepada penganjur.

Nota: PTS sekarang sedang menganjurkan Lomba Menulis Novel Cinta Islami. Bagi semua karya yang menang, hakciptanya masih kekal di tangan pengarang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 26, 2006

Undang-undang dan Nama Samaran

Tidak ada undang-undang di negara ini yang menghalang saudara menggunakan apa jua nama samaran, termasuk perbuatan meletakkan huruf-huruf tambahan di depan ataupun di belakang nama saudara.

Saudara tidak boleh ditarik ke balai polis disebabkan saudara menggunakan nama samaran yang dieja Dr. Ir. HM Jebat.

Tidak ada undang-undang di negara ini yang menghalang mana-mana penerbit buku mencetak nama samaran seperti Dr. Chef Lee PhD. pada kulit buku yang diterbitkannya.

Inilah faktor yang mengizinkan beberapa penulis yang tidak berkelayakan menggunakan huruf-huruf singkatan di depan ataupun di belakang nama mereka dengan tujuan melakukan jualan buku yang mereka tulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 11, 2006

Lagi Nasib Pengarang

Salah seorang pengarang Rythm yang 3 buah novelnya ikut dilelong adalah mentee SifuPTS. Beliau menghubungi saya dengan persoalan menarik.

Ketiga-tiga novelnya dulu telah dijual hakciptanya kepada Rythm atas alasan beliau tidak percaya Rythm akan membayar royalti. Jadi lebih baik jual, ambil wangnya.

Kini, selepas belajar menulis dengan menggunakan teknik surah Yusuf, beliau mendapat idea mahu memperbaiki ketiga-tiga novelnya itu sesuai dengan surah Yusuf. Lalu beliau bertanya apakah ideanya itu dapat dilaksanakannya.

Inilah jawapannya:

1. Sebarang tindakan ke atas ketiga-tiga novel itu hanya dapat dilakukan dengan mendapatkan izin bertulis daripada Rythm, sebab novel-novel itu sudah dijual hakciptanya kepada Rythm.

2. Sekiranya cerita dalam novel-novel itu ditulis semula 100% sekalipun, ia tetap tidak boleh dilakukan tanpa mendapatkan izin Rythm disebabkan plot dan jalan cerita itu tetap dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

Aduhai! Begitulah nasib pengarang yang sudah menjual hakcipta karyanya......

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 29, 2006

Wakil PTS ke Bangkok

Pagi ini PTS menghantar 2 orang pegawai tingginya, En. Arief Rahmad (Presiden PTS) dan En Nazrul Samsudin (Pengurus PTS Pro merangkap pegawai undang-undang PTS), ke Bangkok, bagi mengadakan perbincangan pelesenan hakcipta dengan Tuttle Mori.


Cawangan Tuttle Mori (Bangkok) adalah agen foreign rights terbesar di Asia bagi buku kanak-kanak.


Nota: Kota Bangkok adalah hub foreign rights bagi rantau ASEAN. Justeru penerbit Malaysia yang berminat mengekspot lesen buku-bukunya ke pasaran global sebaiknya melalui Bangkok.

.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 18, 2006

Kredit Kontrol

Pengurusan risiko adalah sangat penting bagi orang bisnes. Banyak bisnes bankrap disebabkan kita terlampau hendak menjual lalu kita jual, jual, jual. Kemudian kita tidak dapat mengutip hutang.

Adakah saudara penerbit baru? Hati-hati dengan apa yang disebut credit control.

Salah satu mentaliti orang yang baru membuka bisnes adalah dia sangat yakin apa yang dijual akan dapat dikutip hutangnya. Akibatnya dia langsung tidak mengamalkan apa yang disebut kredit kontrol.

Apabila hendak melaksanakan dasar-dasar kredit kontrol, perkara yang paling penting saudara mesti tahu adalah berapa banyak kredit yang saudara sanggup berikan kepada agen dan pengedar. Jangan main beri sahaja, meskipun pengedar itu pengedar besar dan terkenal.

Apabila saudara sudah tetapkan jumlah kredit itu, pastikan jangan langgar jumlah tersebut. Ada masanya salesman saudara diam-diam melanggar jumlah itu disebabkan dia hendak mencapai target jualannya.

Jadi setiap minggu saudara mesti semak data kredit setiap agen saudara bagi memastikan jumlah yang ditetapkan dipatuhi.

Kedua, tetapkan apakah saudara perlu meminta cagaran seperti deposit. Penerbit-penerbit besar lazimnya meminta deposit. Kalau saudara masih kecil, ini sukar dilaksanakan sebab pengedar takkan mahu membayar deposit.

Saudara perlu melantik seorang pegawai kredit. Tugasnya adalah menguruskan kredit syarikat. Dialah yang kerjanya menagih hutang, justeru telinganya mesti tebal.

Pegawai kredit sangat digeruni (baca, dibenci) oleh agen dan pengedar! Dia berkuasa menahan buku daripada dihantar kepada mana-mana agen dan pengedar selagi agen itu tidak menjelaskan hutangnya lebih dahulu.

Di PTS, kedua-dua orang pegawai kreditnya adalah wanita! Hmm....

Jangan serahkan tugas menjual dan mengurus kredit kepada salesman. Salesman bertugas membuat sales. Pegawai kredit memastikan jumlah kredit adalah terkawal.

Apabila agen saudara tidak membayar hutang, hantar surat peringatan: surat pertama, kedua dan ketiga. Selepas itu baru hantar surat peguam. Prosedur ini mesti dilakukan bagi mematuhi peraturan audit dan sekiranya saudara perlu menyeret agen saudara itu ke mahkamah kemudian.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 24, 2006

Hakcipta: Isu Hakcipta Penerbit

Katakanlah, penerbit saudara tidak berminat hendak mengulangcetak karya saudara, oleh itu saudara meminta supaya hak penerbitan karya itu dikembalikan kepada saudara sebab ada penerbit lain yang berminat. Penerbit saudara bersetuju dengan permintaan saudara itu.

Apakah yang saudara boleh lakukan dan tidak boleh lakukan di sisi undang-undang hakcipta?

1. Saudara boleh melakukan apa sahaja kepada karya saudara itu. Saudara boleh tokok, buang, edit semula, malah apa sahaja, supaya kualiti buku itu bertambah tinggi dan sesuai dengan keadaan semasa.

2. Saudara boleh gunakan tajuk yang sama walaupun tajuk itu dicipta oleh penerbit saudara, sebab tajuk buku tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

3. Ada beberapa perkara yang saudara tidak boleh lakukan sebab ia melibatkan hakcipta si penerbit. Perkara-perkara itu adalah:

(a) Saudara tidak boleh menggunakan kulit buku yang sama sebab kulit buku itu dibuat oleh si penerbit, oleh itu hakciptanya adalah milik si penerbit. Saudara mesti membuat kulit buku lain.

(b) Saudara tidak boleh menggunakan layout yang sama, sebab layout buku itu dibuat oleh si penerbit, oleh itu hakciptanya adalah milik si penerbit. Saudara mesti layout semula buku saudara itu.

(c) Saudara tidak boleh menggunakan apa jua rajah, ilustrasi ataupun gambar-gambar yang disediakan oleh si penerbit, kerana hakciptanya adalah milik si penerbit.

(d) Saudara tidak boleh menggunakan bahan-bahan yang dijadikan blurp buku itu, yakni apa yang tertulis pada kulit depan dan kulit belakang, apabila bahan-bahan itu disediakan oleh si penerbit, kerana hakciptanya adalah milik si penerbit.

(e) Apabila buku saudara itu ditulis bersama dengan pengarang lain, saudara tidak boleh menerbitkan semula bahagian yang ditulis oleh pengarang itu tanpa terlebih dahulu meminta izin bertulis daripadanya.

Perkara-perkara ini kelihatan kecil dan remeh, tetapi apabila saudara melakukan perbuatan yang melanggar hakcipta penerbit, risikonya adalah maruah dan nama baik saudara. Perbuatan saudara itu akan menjadi bahan maklumat yang diperbualkan di kalangan para penerbit.

Jumlah penerbit tidak banyak. Semua penerbit saling kenal mengenali dan mereka sentiasa bertukar-tukar maklumat tentang peribadi dan tingkah laku para penulis.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 22, 2006

Hakcipta: Cara Menguruskan Pewarisan

Harta intelek adalah amat besar nilai ekonominya. Ia mungkin lebih berharga daripada sebiji rumah banglo.

Apabila saudara meninggal dunia, royalti buku-buku saudara perlu difaraidkan kepada para pewaris saudara. Bagaimanakah ini dapat dilakukan?

Bukanlah pula tanggungjawab penerbit melaksanakan bahagian faraid harta para penulisnya. Justeru, saudara perlu merancang daripada sekarang bagaimana royalti saudara itu perlu diurus supaya semua yang berhak, mendapat bahagiannya.

Ada beberapa cara ini dapat dilakukan:

1. Saudara menubuhkan yayasan keluarga dan saudara mengarahkan kepada penerbit supaya membayar royalti kepada akaun yayasan. Anak-anak saudara yang menjadi lembaga pengarah yayasan itu akan mentadbir dan menentukan bagaimana royalti itu digunakan bagi kepentingan roh saudara dan anak cucu saudara.

2. Saudara melantik seorang penama, isteri ataupun anak, sebagai pemegang amanah dan saudara mengarahkan penerbit supaya membayar royalti kepada beliau. Orang itu akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah dengan membahagi-bahagikan royalti itu kepada semua yang berhak menerimanya.

3. Saudara boleh mewaqafkan semua royalti saudara kepada mana-mana sekolah agama rakyat, ataupun rumah anak-anak yatim, ataupun tabung masjid, dan saudara mengarahkan penerbit supaya membayar royalti kepada penerima waqaf itu.

Walau apa sekalipun pilihan saudara, semua arahan saudara kepada penerbit hendaklah secara bertulis, dan sebaik-baiknya didraf dengan bantuan peguam.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Hakcipta: Isu Ambil Gambar Karya Seni Orang Lain

Sebagai penerbit, saudara memerlukan gambarfoto dan lukisan bagi dijadikan hiasan kulit buku, oleh itu saudara perlu tahu secara am hakcipta karya seni milik orang lain.

Saudara mungkin bertanya, bolehkah saudara mengambil gambar Masjid Wilayah Persekutuan dan menggunakan gambar itu sebagai hiasan kulit buku tanpa mendapatkan izin jawatankuasa masjid itu? Jawabnya, boleh.

Hasil karya seni yang sengaja dipamerkan di tempat-tempat awam boleh saudara ambil gambarnya dan gunakan dalam buku saudara tanpa mendapatkan izin pencipta karya seni itu terlebih dahulu.

TETAPI, saudara tidak boleh menggunakan gambarfoto yang yang diambil oleh orang lain sebab gambarfoto itu dilindungi oleh undang-undang hakcipta. Saudara mesti ambil sendiri gambarfoto itu!

Bagi setiap gambarfoto yang saudara ambil, maka hakciptanya adalah milik saudara. Orang lain tidak boleh menggunakan gambarfoto itu tanpa mendapatkan izin bertulis daripada saudara terlebih dahulu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 20, 2006

Hakcipta: Syed Alwi lwn Dewan Bahasa dan Pustaka

Ada satu kes saman sivil yang relevan dengan penulis, editor dan penerbit, iaitu kes Syed Alwi lawan Dewan Bahasa dan Pustaka, di mana Syed Alwi menang.

Detail kes ini saya tidak ingat dengan tepat. Ia berlaku pada tahun 70-an, waktu itu saya bertugas di Bahagian Sastera DBP.

Dalam kes ini, Syed Alwi (sekarang Dato' Sasterawan Negara) menyerahkan sebuah skrip drama (kalau tak silap saya, Alang Rentak Seribu) kepada Dewan Bahasa dan Pustaka dengan tujuan supaya skrip itu diterbitkan sebagai buku oleh DBP.

Pegawai DBP pun menerima manuskrip itu, dan pengurusan DBP setuju menerbitkannya. Lalu skrip itupun dicetak dan diterbitkan sebagai buku.

Apa yang berlaku, buku itu sudah terbit tetapi dokumen perjanjian penerbitannya belum diserahkan kepada Syed Alwi bagi ditandatangani. (Editor, ingat perkara ini!)

Syed Alwi tidak berpuas hati dengan keadaan bukunya itu yang mengandungi banyak kecacatan dan kelemahan, lalu membawa kes itu ke mahkamah. (Penulis, ingat hak penulis!)

Keputusan mahkamah menyebelahi Syed Alwi di mana mahkamah memutuskan DBP tidak berhak menerbitkan manuskrip itu sebelum penulisnya memberikan keizinan secara bertulis dalam perjanjian penerbitan. Maksudnya, dalam kes itu DBP salah sebab telah menerbitkan buku itu tanpa izin.

DBP dikehendaki membayar RM10,000 kepada Syed Alwi. Banyak itu! (Penerbit, ingat ini!)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Hakcipta: Isu Karya yang Diterbitkan dalam Akhbar dan Majalah

Pernahkan saudara menerbitkan kartun, komik ataupun artikel dalam akhbar ataupun majalah?

Berkenaan isu hakcipta, penerbit akhbar seperti Kumpulan NST dan Kumpulan Utusan mengamalkan etika bisnes yang lazimnya selaras dengan undang-undang.

a. Bagi karya saudara yang diterbitkan dalam akhbar, tempoh hak menerbitkannya adalah 1 HARI sahaja, iaitu hari karya itu diterbitkan. Selepas hari itu saudara boleh menerbitkan karya itu dengan mana-mana penerbit yang saudara pilih dan dalam apa-apa bentuk yang saudara suka.

b. Bagi karya saudara yang diterbitkan dalam majalah mingguan, ataupun dwi-mingguan, ataupun bulanan, tempoh penerbitannya adalah serupa dengan tempoh penerbitan majalah itu. Jika majalah itu terbit setiap bulan, maka tempoh itu adalah 1 bulan. Selepas satu bulan saudara boleh menerbitkan karya itu dengan mana-mana penerbit yang saudara pilih dan dalam apa-apa bentuk yang saudara suka.

Tetapi saudara perlu waspada apabila menghantar karya ke akhbar tabloid dan majalah-majalah yang diterbitkan oleh syarikat milik individu. Lazimnya, dalam urusan hakcipta dan harta intelek orang awam, mereka tidak mengamalkan SOP (standard operating procedure) yang selaras dengan amalan WIPO (World Intellectual Property Organization) dan industri pada peringkat antarabangsa, meskipun Malaysia adalah anggota WIPO.

Sebagai contoh ada penerbit yang memberitahu pelukisnya bahawa mana-mana karya mereka yang diterbitkannya, maka secara automatis penerbit itu sudah membeli hakcipta kartun dan komik mereka itu buat selama-lamanya.

Isu ini perlu ditafsirkan oleh peguam undang-undang kontrak. Sesuatu kontrak itu sah apabila kedua-dua pihak bersetuju dan sama-sama menandatangani kontrak tersebut.

Jika saudara sebagai pelukis komik tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen bagi menyerahkan hakcipta komik saudara kepada penerbit itu, adakah penerbit itu boleh mendakwa dia sudah membeli hakcipta karya saudara itu buat selama-lamanya?

Kita minta pandangan peguam-peguam yang membaca entri ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 19, 2006

Hakcipta: Isu Tempoh Izin Penerbitan

Apabila saudara menandatangani dokumen perjanjian penerbitan dengan penerbit saudara, baca betul-betul, ada ataupun tidak disebutkan dengan tepat dan jelas tempoh kuatkuasa perjanjian itu?

Apabila dokumen perjanjian penerbitan yang telah saudara tandatangani itu tidak menyebut dengan tepat tempoh kuatkuasa perjanjian itu, saudara masih mempunyai harapan menyelamatkan hakcipta karya-karya saudara itu daripada terlepas buat selama-lamanya kepada penerbit saudara.

Menurut Peguam Nisah Haron (dan beliau sudah mendapatkan pandangan peguam-peguam lain berkenaan perkara ini), sesuatu dokumen kontrak yang tidak menyebut tempoh kuatkuasa perjanjian itu adalah BATAL, yakni tidak sah, di sisi undang-undang.

Justeru saudara boleh menerbitkan semula karya saudara itu ataupun menyerahkannya kepada mana-mana penerbit lain.

Para penerbit yang sekian lama menindas penulis-penulisnya tentu tidak suka dengan maklumat ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Lesen Hakcipta: Pandangan Peguam Nisah Haron

Semalam saya makan tengah hari dengan Puan Nisah Haron, peguam dan novelis terkenal. Pada 12 September lalu MABOPA mengundang beliau mengadakan bengkel kepada anggota-anggota MABOPA tentang dokumen perjanjian penerbitan.

Sebelum menjalankan bengkel itu beliau mendapatkan contoh-contoh dokumen perjanjian beberapa penerbit terkenal dan mengkajinya. Bagi pihak PTS, saya sendiri mengarahkan pegawai undang-undang PTS supaya menghantarkan kepada beliau dokumen itu.

Bagi penerbit lain, beliau tidak menerima kerjasama, lalu beliau mendapatkannya daripada penulis yang karyanya diterbitkan oleh penerbit-penerbit itu.

Menurut penilaian Puan Nisah Haron, perjanjian penerbitan PTS adalah yang paling baik. Menurut beliau hanya PTS yang meletakkan tempoh kuatkuasa perjanjian itu dengan jelas dan tepat, manakala penerbit-penerbit lain tidak meletakkan tempoh itu.

Menurut Puan Nisah, beberapa penerbit terkenal telah 'mengubah' dan 'memperbaiki' isi kandungan perjanjian mereka dengan penulis. TETAPI, apa yang berlaku, selepas 'diperbaiki' ternyata klausa-klausa dalam versi baru itu lebih menekan para penulis berbanding dengan versi lama.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 18, 2006

Hakcipta dan Kontrak Kerja

Apabila saudara bekerja dengan kerajaan ataupun syarikat, apa yang saudara tulis ataupun lukis dalam rangka menjalankan tugas-tugas rasmi saudara itu, hakciptanya dimiliki oleh majikan saudara kerana dalam kontrak kerja saudara itu sudah dipersetujui bahawa saudara dibayar gaji bagi melakukannya.

Katakanlah saudara seorang pelukis yang bekerja dengan sebuah penerbit majalah komik. Dalam kontrak kerja saudara itu sudah disebutkan bahawa saudara dikehendaki menghasilkan lukisan komik bagi majikan saudara.

Lazimnya, pelukis komik di negara ini tidak tahu bahawa mereka boleh berunding dengan bakal majikan mereka tentang hakcipta karya yang mereka hasilkan dalam rangka kontrak kerja mereka. Akibatnya selepas dua ataupun tiga tahun bekerja mereka mula berasa tidak puas hati dengan terma-terma kontrak kerja mereka lalu meletakkan jawatan.

Salah satu isu yang menimbulkan perasaan tidak puas hati mereka adalah di mana semua hakcipta hasil lukisan mereka menjadi milik majikan selama-lamanya. Ini menyebabkan mereka berasa diperah dan dieksploitasi oleh majikan.

Sebenarnya semua orang berhak berunding tentang terma-terma dalam kontrak kerja mereka. Para pelukis komik boleh merundingkan perkara-perkara berikut:

Sebagai contoh:

1. Pelukis setuju dia tidak menerima sebarang royalti apabila komik itu dicetak kali pertama bagi terbitan bulan berkenaan sahaja. Ini kerana majikan sudah membayar gaji dan imbuhan-imbuhan lain kepada pelukis.

2. Apabila komik itu diterbitkan semula dalam apa juga edisi, maka majikan hendaklah membayar royalti kepada pelukis. Jumlah royalti itu boleh dirundingkan, lazimnya jumlah itu lebih rendah daripada kadar pasaran. Terma ini dapat menghiburkan hati pelukis dan mengurangkan perasaan tidak puas hati.

3. Selepas 10 tahun, hakcipta komik-komik itu diserahkan semula kepada pelukis. Jika majikan hendak menerbitkan semula, maka pelukis boleh melesenkan hakciptanya kepada majikan itu dengan terma-terma yang dipersetujui bersama.

4. Apabila syarikat itu berdepan dengan masalah bangkerap ataupun akan dijual kepada pihak lain, majikan bersetuju menyerahkan semula semua hakcipta hasil karya pelukis.

Salah satu masalah yang dihadapi oleh penerbit komik adalah pelukis yang meletakkan jawatan selepas beberapa tahun bekerja. Keadaan ini merugikan kedua-dua belah pihak, baik majikan mahupun pelukis.

Dengan merundingkan terma-terma kontrak kerja berdasarkan prinsip SAMA-SAMA UNTUNG, diharapkan isu pelukis meletakkan jawatan dapat diatasi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Hakcipta: Apa yang Diwaqafkan?

Apabila saudara hendak mewaqafkan ilmu yang terkandung dalam buku karya saudara, apakah sebenarnya maksud pewaqafan buku itu kepada para penerbit, para penterjemah dan para penulis yang menggunakan buku saudara itu?

1. Adakah saudara mengizinkan sesiapa sahaja mengulang cetak buku saudara itu termasuk mereka yang hendak memperdagangkan buku itu dan membuat keuntungan daripadanya?

Contoh yang terkenal adalah novel "SHIT" karya Shahnon Ahmad. Beliau mengizinkan sesiapa sahaja mengulang cetak novel itu, dan menjual serta membuat sebanyak-banyak keuntungan daripadanya, tanpa membayar royalti kepada beliau.

2. Adakah saudara hanya mengizinkan buku saudara itu disalin, difotokopi, dicetak, dan diedar bagi tujuan pendidikan dan menyebarkan ilmu di dalamnya, bukan bagi tujuan mendapat keuntungan kewangan?

Sebagai contoh, saudara membenarkan buku saudara itu difotokopi untuk bacaan peribadi, atapun difotokopi oleh guru-guru yang menggunakan buku itu bagi mengajar murid-muridnya.

Banyak kitab agama diwaqafkan oleh penulisnya bagi bagi tujuan penyebaran ilmu sahaja, tetapi apa yang dilakukan oleh para penerbit adalah kitab-kitab itu diulangcetak dan diperdagangkan bagi mengaut keuntungan kewangan dan menjadi kaya raya daripadanya.

3. Adakah saudara mengizinkan buku saudara itu diterjemahkan dan diperdagangkan oleh mana-mana penerbit yang mempunyai tujuan mencari keuntungan daripada terjemahan itu tanpa membayar sesen pun royalti kepada saudara?

4. Adakah saudara mengizinkan kandungan dalam buku saudara itu disalin dan diperakukan sebagai hasil tulisan original si penyalin?

Perkara ini paling berleluasa dilakukan oleh ustaz-ustaz Malaysia. Mereka menyalin isi kandungan kitab-kitab dan buku-buku agama hasil karya penulis dan penterjemah Indonesia, kemudian ustaz-ustaz Malaysia itu meletakkan namanya sendiri di luar bukunya itu, seolah-olah setiap ayat dalam buku itu adalah ayat-ayat ciptaannya sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Hakcipta Terjemahan Indonesia

Penerbit buku-buku Islam di Indonesia amat aktif menterjemahkan Quran, hadith, kitab-kitab klasik oleh imam-imam terdahulu dan buku-buku agama oleh ulamak-ulamak kontemporari dalam bahasa Arab yang diterbitkan di Mesir, Lubnan, Jordan, Damsyik, Mekah dan Madinah.


Buku-buku terjemahan Indonesia diimpot dan diedarkan oleh penerbit-penerbit buku agama di Malaysia dan dijual dengan meluasnya di negara ini.


Buku-buku terjemahan itu banyak dijadikan sumber penghasilan buku-buku agama yang kononnya adalah karya original yang "ditulis" ataupun "disusun" oleh ustaz-ustaz Malaysia, tetapi sebenarnya "disalin" ataupun "diciplak".


Boleh dikatakan semua buku-buku agama yang diterbitkan oleh penerbit buku-buku agama tradisional di Malaysia mengandungi bahan-bahan yang dicuri daripada buku-buku terjemahan Indonesia.


Amatlah mudah bagi mengetahui bahan curi dari Indonesia:


1. Terjemahan ayat-ayat Quran dan hadith itu bukan diterjemah sendiri oleh si ustaz Malaysia tetapi disalin daripada terjemahan Quran Indonesia. Ini dapat dikesan daripada uslub bahasa Indonesia yang terdapat dalam terjemahan itu.


2. Ayat-ayat dalam teks buku agama yang kononnya ditulis original oleh si ustaz Malaysia itu tetapi teks itu mengandungi uslub bahasa Indonesia.


Perbuatan menyalin (baca, mencuri) mana-mana bahagian daripada terjemahan Indonesia yang dilakukan oleh penulis buku-buku agama Malaysia adalah salah, baik di sisi syariah, mahupun di sisi undang-undang akta hakcipta negara ini.


Sehingga tahun 1990-an penerbit-penerbit Indonesia tidak menghormati undang-undang hakcipta, oleh itu mereka banyak menterjemahkan karya asing dengan tidak mendapatkan izin terlebih dahulu daripada pemilik hakcipta karya-karya itu. Punca utamanya adalah keengganan pemerintah Indonesia menandatangani dokumen Berne Convention yang dianggap tidak menguntungkan Indonesia.


Pada tahun 1997 Indonesia sudah menandatangani dokumen tersebut, dan ini mempunyai kesan positif ke atas industri terjemahan di Indonesia, di mana para penerbit negara itu sudah mengubah sikap mereka terhadap hakcipta karya asing yang hendak diterjemahkan. Justeru pada hari ini buku-buku terjemahan kontemporari yang dihasilkan oleh penerbit-penerbit utama di negara itu diterbitkan secara berlesen.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 15, 2006

Hakcipta: Membeli Ilustrasi

Hakcipta: Membeli Ilustrasi

Jika saudara hendak menerbitkan buku untuk kanak-kanak belajar menulis, mengira, melukis, mewarna, saudara memerlukan lukisan-lukisan yang simpel tetapi banyak dalam buku-buku seperti itu.

Bayangkan sahaja betapa banyaknya lukisan simpel-simpel, macam gambar buah pisang, oren, kucing, sudu, bintang dan lain-lain, yang terdapat dalam buku matematik sekolah rendah.

Jika saudara menggunakan perkhidmatan pelukis, setiap lukisan simpel itu harganya adalah antara RM2 - RM5. Ini kos yang tinggi. Ia menyebabkan harga jualan buku itu tinggi, manakala buku kanak-kanak mesti dijual dengan harga rendah.

Ada jalan lain yang amat mudah. Saudara dapat membeli 1 set CD ilustrasi yang mengandungi 80 ribu ilustrasi dengan harga antara RM400 - RM500 sahaja. Segala macam lukisan untuk kegunaan penerbit buku-buku harga murah ada dalam CD itu.

Dalam pasaran, ada bermacam-macam CD yang mengandungi segala gambarfoto dan lukisan. Ia dapat dibeli daripada kedai-kedai CD yang specialist di Kuala Lumpur.

Saudara juga dapat membeli gambarfoto dan lukisan dari internet. Ilustrasi yang dibeli melalui internet lazimnya dibeli daripada agen-agen di Eropah dan Amerika, oleh itu harganya berlipat ganda lebih tinggi daripada CD dalam pasaran terbuka, namun kualiti seninya juga tinggi.

Apabila saudara sudah membeli bahan-bahan ilustrasi itu secara sah, saudara dibenarkan menggunakan bahan-bahan itu berulang-ulang kali tanpa had.

Ingat, jangan beli CD cetak rompak yang dijual pada harga RM40. Ia adalah barang curi, kita mungkin terlepas di dunia, tetapi tidak di akhirat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 4 pages  <  1 2 3 4 >