
Gosip-gosip di kalangan anggota Persatuan Kontraktor Buku Bumiputera (PKBB) mengatakan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan membuat pembelian 2007 untuk semua perpustakaan sekolah rendah dan menengah dengan nilai sekitar RM60 juta.
Di kalangan anggota MABOPA, (Persatuan Penerbit Buku Malaysia) mereka terkejut beruk (istilah slanga budak-budak muda sekarang) apabila 3 buah penerbit buku terbesar, mendapat nilai belian 1% sahaja!
Tiga buah penerbit terbesar buku Melayu di negara Malaysia yang tercinta ini adalah DBP, UPND (Utusan) dan PTS.
Mereka bertiga menerbitkan antara 50 - 70 judul baru setiap bulan. Mereka menerbitkan antara 600 - 700 judul buku baru setahun.
Di mana masuk akalnya apabila ketiga-tiganya, secara
combined hanya mendapat 1% daripada RM60 juta nilai pembelian BTP.

DBP+UPND+PTS = dapat sekitar RM600 ribu = 1%
Komuniti buku bertanya: Buku-buku terbitan siapakah yang dipilih oleh BTP untuk dihantar ke sekolah-sekolah?
Jika buku-buku terbitan DBP, UPND dan PTS tidak layak dibekalkan kepada perpustakaan sekolah, buku terbitan penerbit yang macam apakah yang dipilih dan layak mendapat
RM59.4 juta lagi!
Apabila Kementerian membuat pembelian, 2 perkara yang sentiasa 'membingunkan' komuniti buku adalah:
(i) Buku-buku penerbit macam apa yang terpilih dan,
(ii) Kontraktor buku macam apa yang terpilih.
Timbul isu kontraktor yang gagal menyempurnakan kontrak pada tahun sebelumnya pun masih menerima kontrak baru.

Hairan! Buku-buku di sebelah ini tidak terpilih.
Sekolah-sekolah memang tidak puas hati menerima buku-buku yang bermutu rendah:
(a) Ada buku-buku yang pada kulit buku pun sudah terdapat kesilapan ejaan dan tatabahasa.
(b) Sesetengah buku yang dibekalkan adalah buku terbitan beberapa tahun lampau justeru isinya sudah ketinggalan masa, sudah
out-of-date.
(c) Banyak buku yang dibekalkan itu isinya tidak berguna kepada guru-guru mahupun pelajar.
Anggota persatuan penerbit terkejut beruk apabila:
(a) Buku penerbit-penerbit yang tidak mempunyai editor mendapat nilai berjuta-juta.
(b) Penerbit yang kononnya
di-blacklist pun menerima berjuta-juta. Dulu penerbit itu pernah membekalkan buku-buku lama yang diberi judul dan kulit baru sahaja.
Mari memandaikan bangsa!
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o