PTS sedang bekerjasama dengan stesen Radio 24 (93.09 FM) dan Radio IKIM (91.5 FM)bagi memperkenalkan penulis-penulis PTS, sekaligus dengan karya masing-masing.
Stesen Radio 24 adalah milik Agensi Berita Malaysia (BERNAMA). Studionya terletak dalam bangunan ibu pejabat BERNAMA di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, tidak jauh dari bangunan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Pusat Perubatan Islam.
Radio 24 adalah "radio berita" macam Radio BBC. Target pendengar Radio 24 adalah golongan profesional dan bisnes.
Buat masa ini Radio 24 hanya dapat didengar di sekitar Lembah Kelang, tetapi ia akan menjadi radio liputan nasional selepas fasa pertama ini berjaya.
Saudara yang berminat muncul sebagai tetamu dalam Radio 24 mendaftar di sini, dan tulis emel kepada En. Fauzul Naim. En. Fauzul akan menyelaraskan dengan penerbit di Radio 24 tarikh saudara muncul nanti.
Syarat:
(1) Saudara sudah menerbitkan buku yang kandungannya bermanfaat kepada golongan profesional dan bisnes.
(2) Saudara sanggup datang ke studio Radio 24 pada sebelah malam antara jam 9 - 12 tengah malam.
Macam-macam topik adalah sesuai dengan keperluan golongan profesional dan bisnes. Saudara hanya perlu ambil angle yang betul sahaja.
Topik "poligami" pun sesuai juga. Tapi... bukan dengan agenda tersembunyi mahu menggalakkan pendengar Radio 24 supaya memasang angan-angan kahwin baru apabila pangkat sudah semakin tinggi, ataupun bisnes sudah selalu menyebabkan terpaksa kerap out-station.
Bagi saudara yang belum pernah masuk studio radio dan bercakap dengan hos radio, inilah peluang yang baik.
Mula-mula memang saudara berasa gementar, tetapi lama-lama seronok pula!
Nota: Foto dicopy dari blog Prof. Dr. Mohd. Kamil Ibrahim.
Bagi pembaca blog ini, jika saudara bukan penulis PTS pun, apa salahnya, saudara juga boleh mendaftar.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o