Wakaf Buku PTS 2010

Wednesday, March 12, 2008

Lagi-lagi Cerita PPK

Sewaktu menghadiri Seminar Cereka di ASWARA, seorang sahabat, pensyarah dan profesor kesusasteraan di universiti, bercerita tentang apa yang sedang berlaku di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Lebih kurang beginilah ceritanya: 

(a) Senarai judul teks KOMSAS (komponen sastera) bagi sekolah menengah yang digunakan sekarang akan ditukar dengan judul-judul baru. 

Proses ini melibatkan puluhan juta ringgit. Di mana ada duit, di situlah ada penerbit dan kontraktor suka main-duit.

(b) Mulai 2008, komponen sastera akan diajarkan di sekolah rendah mulai tahun 4, 5 dan 6. Teks yang sudah dipilih itu sudah pula dicuba-ajarkan di beberapa buah sekolah eksperimen.

Proses ini juga melibatkan puluhan juta ringgit. Di mana ada duit, di situlah ada penerbit dan kontraktor  suka main-duit.

Patutlah mulut komuniti industri buku berbuih-buih bercakap tentang gosip sebuah penerbit "entah-apa-nama" akan diberikan projek PPK.

Mengikut profesor kesusasteraan itu, teks-teks yang sudah dipilih dan sedang dicuba-ajarkan di sekolah rendah itu, bak sepatah kata beliau "Entah di mana unsur sasteranya!"

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 16, 2008

Ada-ada Sahaja: KOMSAS dan Musuh Politik Hishamuddin

Memang tidak patut!

Seorang pembaca UNIKA menulis emel kepada Sifu mengemukakan teori konspirasinya sendiri.

Katanya, apa kepentingan akhbar Berita Harian mendedahkan skandal KOMSAS? Kata penulis emel itu, bukankah isu itu nanti akan dikaitkan dengan Menteri Pelajaran?

Menurutnya lagi, para sarjana tidak diajak duduk dalam jawatankuasa menilai bahan-bahan KOMSAS disebabkan politik duit. Dengan meletakkan guru-guru sastera sahaja, guru-guru itu akan takut kepada arahan "orang atasan" di kementerian itu. Jadi mereka akan luluskan sahaja buku-buku yang sudah "diluluskan oleh orang atasan".

Kalau ada sarjana dalam jawatankuasa itu, bukankah susah? 

Laaa... ke situ pula! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis “Kamasutra” Pilihan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)

Benarkah seperti apa yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bahawa, selain penulis novel picisan "GIGOLO" salah sebuah karya penulis 2 buah novel ini juga terpilih dijadikan teks komponen sastera (KOMSAS) oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)?

Jika memang benar begitu, maka wajarlah Dato' Prof. Madya Ali Hassan, selaku pengerusi Majlis Permuafakatan Persatuan Guru-guru dan Ibu Bapa (MPPIBG) mengambil perhatian berat tentang isi kandungan buku-buku cerita yang akan diajarkan kepada pelajar-pelajar sekolah negara ini.

Bagaimana pula pendapat Persatuan Guru-guru Bahasa Melayu Malaysia, memandangkan bahawa KOMSAS adalah komponen subjek Bahasa Melayu. 

Barangkali elok juga didengar pendapat dan pandangan Persatuan Kaunselor Malaysia berkenaan kesesuaian dan kesannya ke atas emosi dan psyche pelajar-pelajar sekolah menengah negara ini apabila mereka terpaksa mengkaji dan menelaah dengan terperinci falsafah dan pemikiran pengarang-pengarang pilihan PPK ini demi supaya lulus peperiksaan subjek Bahasa Melayu dengan mendapat markah cemerlang.

Lebih elok lagi, kita minta pandangan dan fatwa daripada Dato' Dr. Asri, Mufti Perlis, ataupun daripada pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia (PUM). 

Di bawah ini adalah contoh tema dan jalan cerita dalam novel-novel pengarang ini: 

RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.

Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 16, 2007

ASWARA Akan Menerbitkan Karya Sastera

Dalam ucapan perasmian Seminar Penulisan Fiksyen, Rektor ASWARA, Dato' Omar Awang, membuat kenyataan bahawa ASWARA akan memikul tugas menerbitkan karya sastera. Berita ini adalah berita yang amat baik bagi karyawan kita yang selama ini mengeluh tentang sukarnya mendapatkan penerbit yang dapat menerbitkan karya mereka tanpa banyak kerenah birokrasi.

Kita menyambut baik kenyataan Dato' Rektor ASWARA itu dan amat menyokong komitmen beliau kepada usaha memajukan sastera Melayu.

Pada masa ini ASWARA sudah mempunyai Unit Penerbitannya sendiri, oleh itu lebih mudah bagi universiti tersebut melaksanakan gagasan Rektornya itu. 

Semasa rehat minum teh, kita berpeluang duduk di tepi beliau dan dapat mendengar apa yang beliau katakan kepada rakan-rakan semeja. Kita mendapat kesan beliau seorang yang komited kepada perjuangan memartabatkan kebudayaan dan sastera Melayu.

Moga-moga Tuhan memudahkan usaha beliau itu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 12, 2007

Lagi Cerita Bagaimana BTP Ditipu Kontraktor

Golongan kontraktor buku mempunyai berbagai-bagai cara menipu Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

Dalam suatu bengkel yang Sifu kendalikan dengan guru-guru pusat sumber, salah seorang guru mengadu apa yang beliau alami. Beliau ditukarkan ke sebuah sekolah rendah yang baru siap dibina dan dibuka.

Apabila beliau memulakan tugasnya sebagai guru sumber, bilik di mana pusat itu sepatutnya ditempatkan, didapatinya masih kosong. Tidak ada apa-apa di dalamnya. Rak buku tidak ada, kerusi meja tidak ada. Sebiji buku pun tidak ada.

Jadi, beliau pun hendak membuat pesanan supaya peralatan itu dibekalkan ke sekolahnya, dan begitu juga supaya buku-buku juga dibekalkan, sebab semua sekolah baru diberi bajet bagi perbekalan seperti itu. 

Apabila beliau bercakap dengan guru besar berkenaan hal itu, beliau diberitahu bahawa rekod-rekod kewangan menunjukkan peralatan dan buku-buku pusat sumber sekolah tersebut sudah digunakan dan barang-barang itu sudah dibekalkan! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 07, 2007

Sifu Terima Nasihat

Sejak beberapa hari yang lalu, UNIKA banyak menyiarkan entri tentang pelbagai isu berkenaan rasuah yang melibatkan penerbit-penerbit "cap ayam" dan kontraktor buku dalam tender dan kontrak kerajaan.

Ada sahabat dan pembaca UNIKA yang berasa bimbang apabila membaca entri-entri itu. Mereka bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas bisnes PTS.

Salah seorang berpesan dengan bersungguh-sungguh. Katanya, pihak-pihak yang tidak suka apa yang Sifu tulis itu boleh menekan bank-bank PTS supaya menarik balik fasiliti yang diberikan kepada PTS. Ini biasa dilakukan kepada musuh-musuh politik orang politik. Tanpa dukungan bank, pasti PTS tersungkur, begitulah nasihat mereka kepada Sifu.

Terima kasih atas keprihatinan itu. Perkara ini sudah Sifu fikir masak-masak.

Sebagaimana ada pihak tidak suka membaca apa yang Sifu tulis itu, lebih banyak yang menyokong tulisan-tulisan itu. Maka, cukuplah Tuhan sebagai pelindung PTS....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 30, 2007

Surat Pilihan: Isu Impot Ilmu, Bahasa, Terjemahan dan Tanggungjawab Kerajaan

Salam Puan SifuPTS,

Salah seorang manusia yang saya kagumi, dengan visi, misi dan sensasi ialah Sheikh Mohamad Al Maktoum, Naib Presiden + Perdana Menteri + Raja Dubai yang cukup hebat dengan pelbagai inisiatif dan insentif untuk rakyat serta ekspatriat seperti kami.

Baca ucapan beliau di bawah dalam menubuhkan Darul Hikmah, bernilai USD10 bilion (tetapi masih terlalu kecil dengan jumlah pelbagai koridor di tanah air).

Antara yang mungkin boleh ditumpangi oleh PTS, kerana Darul Hikmah mahu menerbitkan 1,000 judul buku setahun adalah:

 
ONE: Adoption of new projects of knowledge value.

TWO: Translating knowledge from its foreign sources in to Arabic, providing it at no cost for universities, public libraries, study centers, and all interested knowledge producers.

THREE: Training Translators

The most urgent need in translation is the lack of competent translators.
The Complex will help in broadening the basis of competent translators through training programmes for young men and women working in the field.

FOUR: Mechanization of Translation
The Complex will support research in developing machine translation programmes to enhance translation activities from and into Arabic.

FIVE: Writing in Foreign Languages Programme

Most foreign books that deal with Arab and Muslims affairs are written by foreigners who choose their subjects according to their own interests. In may cases, current events lead to those books and the interests of authors and publishers.

If it is the right of foreigners to write the way they want, it is the duty of the Arabs and Muslims not to fall behind in presenting themselves, their heritage and their affairs to the world.  

The Complex will launch a programme to support writing in foreign languages, not only on current and hot events, but also on our achievements, aspirations, our life which is full of beautiful things, our men and women who have dreams, sorrows, suffering and hopes, like other people.

We have human tales worthy of telling, stories of success worthy of writing, and places worthy of visits. Our life is not dry as the others imagine in what they write about us…  

SIX: Supporting Arab Publishing Houses Programme
This programme aims at developing publishing institutions, to help them improve their infrastructures, their administrative and financial systems, and their activities in marketing and distribution.

The Complex hopes to draw up policies and programmes leading to the enlargement of publishing houses and discovering talents and adopting excellence.

SEVEN: Monthly Book Magazine
Since the Arab knowledge community needs a specialized publication to follow up Arabic and foreign book publications, measures have already been taken to issue a monthly specialized magazine, along the highest criteria of similar magazines in the world.

EIGHT: The Complex will be a home and a support for gifted people through the following programmes:

1. Offering sabbatical grants for knowledge producers, including writers, men of letters, researchers, intellectuals to help them complete their books and new work.

2. Excellence prizes to honour creative work in literature and research, whether for new works or the entire output.

3. Dubai Guests Programme: Invitation of creative people to Dubai for 1-3 months where they will be our honored guests.

4. Grants to publish works by promising young men and women. The Foundation will guarantee publication and distribution of deserving works, on the Arab level.

Full text: Shaikh Mohammad's speech

FUDZAIL dari Dubai

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 21, 2007

Surat Pilihan: Isu Hero Nasional

Pelbagai contoh-contoh yang dapat diambil dari pelbagai peristiwa yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu yang sedang berada di luar negara, baik kerana belajar atau bekerja, yang dapat membuktikan keupayaan, kelebihan dan kehebatan bangsa Melayu berbanding dengan bangsa Inggeris sendiri, bila sama-sama bersaing dengan bangsa mereka.

Dalam contoh-contoh mudah, terlalu ramai pelajar Melayu yang mendapat pencapaian cemerlang dalam pembelajaran di peringkat universiti yang mengatasi pelajar-pelajar Inggeris sendiri. Pelajar-pelajar Melayu ini berada dalam senarai teratas dalam kelas-kelas pengajian mereka meninggalkan jauh di belakang pelajar-pelajar Inggeris sendiri, dalam persaingan menggunakan bahasa mereka dan di negara mereka.

Walaupun conoth-contoh tersebut sekali sekala ada juga dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, tetapi tiada satu kajian dan tulisan yang mendalam yang mendedahkan contoh-contoh tersebut.

Tetapi mungkin akan ada dari kita yang menyebut, itu kerana mereka yang dihantar ke luar negara adalah merupakan ‘mereka yang terpilih’.

Tetapi masih ‘terlalu banyak’ contoh anak-anak kepada pelajar-pelajar ini yang masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah, yang datang ke luar negara kerana mengikuti ibu bapa mereka yang belajar di peringkat universiti, tetapi juga terdiri dari kumpulan teratas dalam kelas-kelas di sekolah rendah dan menengah di negara Barat, baik di benua Eropah ataupun Amerika.

Anak-anak ini tidak terpilih, mereka hanya datang mengikuti ibu bapa mereka, tetapi anak-anak ini masih boleh mencapai kedudukan tertinggi dalam kumpulan mereka, bukan hanya dalam pelajaran tetapi juga dalam aktiviti seperti sukan bola sepak umpamanya.

Jika untuk membandingkan pasukan bolasepak negara kita yang tentunya jauh sekali corot berbanding pasukan kelab-kelab Eropah, tetapi terdapat ramai kanak-kanak orang Melayu yang menjadi rebutan pengurus-pengurus pasukan bolasepak di bandar-bandar di England ini, yang memberikan suntikan semangat bahawa kanak-kanak Melayu masih boleh mengatasi pencapaian kanak-kanak Inggeris dan bangsa-bangsa lain dalam arena bolasepak di England.

Malah begitu banyak syarikat-syarikat yang terlibat dalam penjagaan dan pengurusan bangunan makin meletakkan kepercayan terhadap orang Melayu sebagai pekerja yang setia dan pembersih berbanding dengan mana-mana bangsa lain di dunia.

Rekod-rekod pencapaian dari pelbagai peristiwa ini perlu dilaporkan oleh mereka yang sedang melaluinya. Rakaman dari pelbagai contoh-contoh ini jika ditulis dengan teliti dan mendalam dapat membina kepercayaan terhadap bangsa Melayu bahawa kita adalah bangsa yang hebat bagi membuang rasa lemah, kecil dan kerdilnya kita berbanding ‘tuan-tuan Inggeris’ kita dahulu.

Hentikan bercerita kebagusan alatan perabot-perabot, pinggang mangkuk, pakaian, kenderaan dan barangan antik mereka semata-mata kerana membuat perbandingan harga, dengan ungkapan-ungkapan; ‘perabot ini kalau di Malaysia ribu-ribu harganya’, ‘pinggan ini kalau di Malaysia mahal sangat!’, mana boleh dapat harga macam ini untuk kasut ini di tempat kita’, semata-mata kerana membuat perbandingan harga dan populariti jenama barangan mereka.

Dengan berterusan membandingkan perbezaan harga ‘mahal-murah’ semata-mata jauhnya perbezaan nilai mata wang, dengan berterusan membandingkan populariti jenama atau malah perbezaan kualiti, dalam dua sistem yang berbeza [di negara barat, sistem mereka tidak membenarkan barangan tidak berkualiti di keluarkan dan di jual kepada orang ramai, sedangkan sistem kita membiarkan pengeluar, pengilang mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti di keluarkan dan di jual di pasaran dan barangan berkualiti hanya untuk jualan di luar negara), sampai bilapun kesan ‘minda terjajah’ dan melihat hebatnya bangsa lain terus melekat dalam diri bangsa kita.

Catatan dan rakaman cerita benar ‘hero-hero’ kita perlu di hebahkan.

Benarlah kata-kata sifu, kita perlu mula memperbanyakkan penceritaan tentang hero-hero nasional bagi menggantikan hero-hero asing yang masih kuat melekat dalam sanubari.

mp
East Midlands, England.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 26, 2007

Dunia Penerbitan Buku Tidak ‘Seksi’

Amat banyak orang teringin pandai menyanyi, tidak kurang yang ingin menjadi penyanyi.

Tidak kurang juga banyaknya orang mahu menjadi penulis, khususnya menjadi novelis.

Tidak ada lulusan universiti yang sengaja bercita-cita mahu menjadi editor buku.

Menurut Encik Hasrom Haron, bekas pengurus Penerbit UKM, kerjaya dalam bidang penerbitan buku adalah kerjaya "tersandung". Ertinya, seseorang itu tidak merancang mahu menjadi editor buku, tetapi disebabkan faktor-faktor tidak sengaja, maka mereka "termasuk" ke dalam kerjaya ini.

En. Law, Presiden MABOPA dan CEO penerbit SASBADI juga mengakui bahawa industri penerbitan buku di negara ini tidak memiliki unsur "seksi". Akibatnya ia tidak menjadi pilihan pertama. Ertinya, selepas seseorang itu gagal masuk industri lain, barulah mereka masuk industri buku.

Dalam mencari bakat-bakat editor, industri buku tidak dapat bersaing dengan TV, radio, akhbar dan majalah. Tentu sekali, yang paling seksi adalah TV, diikuti oleh akhbar.

Para pemain utama dalam industri penerbitan buku perlu mencari jalan bagaimana hendak menjadikan industri buku di negara kita ini sebuah industri yang seksi.

Barangkali, En. Zulkifli, Tuan Pengarah Penerbitan DBP yang baru dilantik memegang jawatan itu, dapat memimpin...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 14, 2007

11 Tahun Belajar Mengarang

Setiap pelajar yang tamat tingkatan 5 diajar mengarang selama 11 tahun di sekolah. Kemahiran mengarang adalah salah satu kemahiran yang diuji dalam peperiksaan.

Sesudah sekian lama diajar mengarang, mengapakah agaknya jumlah mereka yang pandai mengarang amat sedikit?

Industri penerbitan akhbar, majalah, buku, radio, TV, internet, semuanya memerlukan bekalan pengarang yang banyak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 18, 2007

Industri Sorok-sorok: Cina Sorok, Melayu Sorok, Mamak Sorok

Industri penerbitan buku di negara ini adalah industri sorok-sorok. Sesama penerbit buku pun kita tidak tahu siapa para pemilik saham majoriti penerbit-penerbit "T-S-T" (tau-sama-tau) itu.

Bukan hanya penerbit Melayu yang main sorok-sorok. Penerbit Cina dan Mamak pun kebanyakannya main sorok-sorok. Mereka tidak mahu memberi maklumat yang betul berkenaan syarikat mereka kepada para penyelidik.

Budaya sorok-sorok begini adalah ciri-ciri sebuah industri yang saiznya masih amat kecil, masih belum membangun, masih banyak pemainnya bukan pemain profesional, masih banyak ali baba, masih banyak topeng, masih banyak bergantung pada hubungan politik, masih banyak penipuan, masih banyak amalan rasuah....

Gosip-gosip mengatakan, ada lebih kurang 200 buah syarikat penerbitan yang mendaftarkan dirinya untuk mendapatkan projek-projek buku teks Kementerian Pelajaran. Angka ini mengejutkan - jumlah ini amat besar.

Siapakah mereka itu? Apakah jenis-jenis buku yang mereka terbitkan? Mengapakah nama-nama mereka tidak dikenal oleh pengedar dan pekedai buku?

Jika ditanya, "Berapa jumlah tenaga kerja yang sekarang terlibat dalam industri penerbitan buku?" tidak ada sesiapa yang tahu, disebabkan budaya sorok-sorok ini.

Jika ditanya, "Berapa jumlah modal berbayar semua penerbit buku di Malaysia?" tidak ada siapa yang tahu.

Kalau ditanya, berapa besar pemilikan saham orang Melayu dalam seluruh syarikat penerbitan buku yang ada di negara ini?" tidak ada siapa yang tahu.

Kalau ditanya, "Bagi jualan 2005 ataupun 2006, berapa jumlah royalti yang dibayar kepada penulis-penulis tempatan?" tidak ada siapa yang tahu.

Budaya sorok-sorok begini tidak menolong industri buku itu sendiri. Sekiranya persatuan penerbit hendak menghantar memorandum kepada kerajaan meminta industri ini disokong dengan menggubal dasar-dasar baru, jika menteri bertanya, "Berapa besar saiz industri buku di Malaysia?" persatuan tidak dapat memberikan jawapan yang betul.

Semua main sorok-sorok....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 16, 2007

Perhimpunan Penulis Muda

Semasa menghadiri seminar sastera perbandingan, Sifu sempat makan semeja dengan Pengarah Sastera DBP, Puan Izzah Aziz dan Puan Zalila Shariff.

Maka timbul rancangan supaya DBP mengadakan perhimpunan penulis-penulis muda. Kita amat menyokong idea itu.

Perhimpunan seperti itu amat banyak manfaatnya, baik kepada penulis-penulis muda, mahupun kepada penerbit yang sedang mencari-cari penulis muda.

Salah satu perkara yang penulis perlu fahami adalah undang-undang hakcipta dan bagaimana mereka perlu belajar menguruskan harta intelek mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 15, 2007

Alahai Najib…

TPM Najib mahu supaya setiap keluarga orang Melayu melahirkan sekurang-kurangnya satu orang profesional... doktor, saintis, jurutera dan lain-lain.

Dengan memaksa budak-budak kampung belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, bagaimanakah keluarga kampung hendak melahirkan ramai profesional?

Sedangkan belajar subjek itu menggunakan Bahasa Melayu pun susah... maklumlah di kampung, sistem sokongan pendidikan sains dan matematik moden amat dhoif. Betul-betul mengharapkan guru dan buku teks.

Sekarang, buku teks pun budak-budak kampung tidak upaya hendak membacanya....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Segera! Tulis Emel kepada MKBK

Pegawai-pegawai Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (MKBK), Kementerian Pelajaran Malaysia, akan berbengkel selama 4 hari 4 malam di Pontian mulai Isnin.

Mereka berada di sana bersama-sama dengan wakil-wakil pelbagai sektor dalam industri buku bagi menyediakan perancangan 5 tahun pembangunan industri perbukuan negara ini.

Bagi saudara yang mempunyai sebarang idea, tulis emel terus kepada En. Arief Rahmad, setiausaha MABOPA. Beliau adalah wakil rasmi kita dalam bengkel itu.

Sifu sudah meminta beliau mencadangkan kepada MKBK supaya membawa pakar-pakar buku kanak-kanak dari luar negara dan mengadakan bengkel penulisan, editorial dan ilustrasi buku kanak-kanak, jadi kita semua dapat mengikuti bengkel itu.

Kita juga mencadangkan supaya dibuka sebuah Sekolah Penerbitan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 14, 2007

Doa Nabi Yusuf

Bagi yang tidak ke masjid (mentee perempuanlah itu), jenguk blog Tuan Kahar Jalil. Ada entri yang menarik dalam laporan isi kuliah penulis PTS, Dr. Hassan Ali, di Johor Bharu baru-bari ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 08, 2007

Renungan Hari Jumaat: Mentaliti Hadiah-hadiahan

Malam tadi Sifu hadir forum di DBP yang membincangkan Hadiah Nobel, sempena seminar sastera perbandingan yang diadakan mulai Jumaat sampai Ahad ini.

Lagi-lagi isu bagaimana sasterawan Malaysia hendak diketengahkan supaya layak memenangi Hadiah Nobel.

Nabi Muhammad tidak meninggalkan sunnah yang mengajar kita supaya berkarya bagi mendapatkan hadiah-hadiah daripada sesama manusia, apatah lagi hadiah daripada orang-orang kafir!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 05, 2007

Perkataan ‘Malaysia’ Dianggarkan Bernilai RM300 juta

Adalah dianggarkan, apabila perkataan 'Melayu' pada istilah Bahasa Melayu ditukar kepada 'Malaysia' nilai bisnes yang dicipta adalah sekitar RM300 juta. Itulah nilai buku-buku sekolah yang mesti dicetak semula dan dibekalkan semula kepada Kementerian Pelajaran.

Inilah dia yang dikatakan 'repeat-business'. Buku-buku yang sama dijual 2 kali kepada Kementerian Pelajaran.

Jangan tanya nilai buku-buku teks yang mesti dibuang, yang dulu sudah dibeli menggunakan duit rakyat. Itu tidak relevan.

Empat lima tahun lagi, "Malaysia' akan ditukar pula kepada Bahasa 'Melayu' lagi... Repeat-business lagi!

Apakah ini tanda pilihanraya sudah amat dekat. Mungkinkah sebahagiannya daripada RM300 juta itu dapat dimasukkan ke akaun politik Si Fulan-Fulan yang mencipta peluang bisnes itu.

Nota: Rugilah PTS tidak dapat durian runtuh daripada repeat-business ini sebab PTS asyik gagal mendapat kontrak membekalkan buku teks kepada Kementerian Pelajaran!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

‘Bahasa Malaysia’: Siapa Hilang Duit, Siapa Buat Duit

Apabila istilah 'Bahasa Melayu' ditukar menjadi 'Bahasa Malaysia' ada orang hilang duit, ada orang dapat duit!

Penerbit buku-buku sekolah tiba-tiba pening kepala. Buku-buku yang sekarang menggunakan istilah 'Bahasa Melayu' dalam sekelip mata sudah out-of-date. Apa mereka hendak lakukan kepada buku-buku yang masih ada dalam setor?

Jika Kementerian Pelajaran mahukan supaya semua buku sekolah menggunakan istilah 'Bahasa Malaysia' pencetak buat duit. Tidak semena-mena mereka dapat durian runtuh!

Berpuluh-puluh juta RM nilai buku sekolah yang terpaksa dicetak semula. Siapakah pencetak yang memilik mesin cetak web?

Buku-buku yang ada terpaksa dijual sebagai kertas buruk. Syarikat penjual kertas buruk pun dapat duit! Siapakah pemilik, pembeli dan kilang pengitar kertas buruk itu?

Kedai-kedai buku terpaksa bekerja lebih memulangkan buku-buku ke setor penerbit. Buku-buku baru terpaksa dihantar ke semua kedai dan semua sekolah.

Syarikat lori pengangkutan dapat bisnes! Siapa pemilik lori-lori itu?

Penjual kertas tersengih! Tiba-tiba beratus tan kertas dipesan oleh pencetak. Siapakah pengimpot, pengedar dan penjual kertas itu?

Penjual dakwat cetak pun tersengih. Siapakah pengimpot, pengedar dan penjual dakwat cetak?

Syarikat binding buku dan pemotong buku pun tersengih! Siapakah mereka?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(30) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 01, 2007

Info Menarik Tentang Hadiah Nobel

Dalam artikelnya ini Azman Ismail menuliskan maklumat menarik tentang beberapa pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan yang 'pelik' seperti Winston Churchill.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 28, 2007

Monolog Sebelum Subuh Isnin

Universiti-universiti kita sudah melahirkan beribu-ribu pemegang ijazah majoring pengajian sastera Melayu.

Selama 3 tahun mereka duduk dalam dewan kuliah, mereka itu diajari ilmu-ilmu sastera yang ditimba daripada pelbagai sumber, khususnya teori-teori sastera kreatif ciptaan professor-profesor Barat.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ribuan pemegang ijazah sastera Melayu yang dikeluarkan oleh universiti-universiti tempatan tidak berupaya menulis cerpen dan novel - jangankan cerpen dan novel berat-berat, menulis novel remaja pun mereka tidak berupaya. Keadaan ini tidak masuk akal, tetapi ini adalah realiti.

Sebahagian daripada pemegang ijazah majoring sastera Melayu itu sudah pun menjadi profesor sastera Melayu.

Mungkinkah fakulti perubatan melahirkan ribuan pemegang ijazah perubatan yang tidak berupaya menjadi doktor?

Namun inilah fenomena normal yang berlaku di jabatan-jabatan sastera Melayu IPTA kita. Ribuan mahasiswanya lulus disiplin sastera, apabila keluar, mereka tidak berupaya menghasilkan karya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 01, 2007

Pesta Buku: Bekas CEO Pertama ITNM Kini Pengarah UTM Press

Dalam majlis MAPIM, Sifu terjumpa sahabat lama, Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar yang baru sahaja dilantik sebagai Pengarah Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai. Kepakaran beliau adalah kejuruteraan dalam bidang multilingual knowledge management systems.

Beliau pernah dipinjamkan oleh UTM sebagai CEO pertama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) selama 2 tahun.

Beliau pernah menerbitkan sebuah novel fiksyen sains robotik (maaf, saya lupa pula tajuknya....)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 23, 2007

Presiden PTS Setiausaha Baru MABOPA

Dimaklumkan Presiden PTS, En. Arief Rahmad, minggu lalu menang tidak bertanding sebagai Setiausaha MABOPA yang baru dalam mesyuarat agung persatuan penerbit buku Malaysia yang paling penting itu.

Sebagai setiausaha, ia membolehkan beliau berkomunikasi secara lebih efektif dengan pegawai-pegawai di pelbagai jabatan kerajaan yang ada kaitannya dengan industri buku di negara ini.

Adalah penting pihak pembuat dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan industri buku dalam negera dibekalkan dengan maklumat dan maklum balas yang betul tentang iklim industri penerbitan dari masa ke masa.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 03, 2007

Laporan Pesta Buku Bangkok (2)

Dari sudut sambutan rakyat, Pesta Buku Kuala Lumpur bukan hanya kalah kepada Pesta Buku Jakarta, malah jauh lebih kalah kepada Pesta Buku Bangkok.

Di Bangkok, orang ramai datang ke pesta buku anak-beranak dengan membawa tikar lipat, macam orang mahu pergi piknik di tepi laut.

Masuk dewan, mereka terus mencari ruang lalu membuka tikar dulu, kemudian ibu bapa memberi wang kepada anak-anak bagi membeli buku. Kemudian mereka membaca buku di atas tikar. Habis baca buku, ibu bapa memberi wang lagi...

Inilah contoh apa yang dikatakan buat bisnes ikut acuan budaya sendiri. Orang Asia suka duduk atas tikar, penganjur pesta buku pun menyediakan ruang bagi pengunjung membuka tikar... peduli apa dengan gaya duduk ala-global!

Buku bahasa Siam laku, tikar Siam pun laku....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pinjaman Perumahan Bank Islam Malaysia Tidak Diterima oleh Bank Islam Asia Barat

Menurut penulis artikel dalam Berita Harian ini, puncanya adalah disebabkan Bank Islam menjual benda yang belum wujud kepada pembeli rumah, rumah itu belum pun dibina, jangankan sudah siap, menyebabkan Bank Islam sebenarnya cuma menjual kertas semasa kontrak jual-beli itu ditandatangani. Hukum menjual benda yang belum wujud adalah haram dalam Islam.

Artikel ini amat bagus!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 02, 2007

Laporan dari Pesta Buku Bangkok (1)

Presiden PTS, En. Arief Rahmad, baru pulang dari mengetuai delegasi MABOPA ke Pesta Buku Antarabangsa Bangkok 2007.

Pesta itu dirasmikan oleh Puteri kepada Raja Bhumipol dan Ratu Sirikit. Majlis ringkas perasmian selesai dalam masa 40 minit tepat.

Selepas itu Sang Puteri menghabiskan waktu lebih 3 jam melawat gerai-demi-gerai buku dalam dewan pesta. Sang Puteri itu sendiri adalah peminat buku, dan juga penulis buku kanak-kanak yang terkenal.

Dalam ucapannya, Sang Puteri mahukan supaya lebih banyak perpustakaan kampung dibina bagi membolehkan penduduk kampung seluruh Thailand membaca buku.

Dalam majlis itu, En. Arief mewakili Malaysia menyampaikan cenderamata buku-buku terbitan Malaysia kepada Sang Puteri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 19, 2007

Notis: Sifu ke Kem BTN Tok Bali Kelantan

Subuh esok (Selasa 4 pagi) Sifu dan Prof. Abdullah Hassan akan naik kereta ke Kem BTN Tok Bali Kelantan bagi menemui Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Noh Omar, yang kebetulan akan ada di sana, kerana kami mahu bercakap dengan beliau dari hati-ke-hati berkenaan isu Bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek Sains dan Matematik.

Kasihan budak-budak kampung.... belajar S&T dalam Bahasa Melayu pun mereka menghadapi pelbagai kesukaran, sekarang mereka dipaksa belajar dalam Bahasa Inggeris!

Inilah dasar penghapusan kelompok miskin etnik Bumiputera daripada jalur perdana pembangunan modal insan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(18) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 16, 2007

Untungnya Jadi Orang Tengah Kertas

Syarikat DTP Enterprise Sdn. Bhd. memiliki 51% peratus saham DAWAMA.

DTP bukan kilang kertas.

DAWAMA membayar management fee yang besar kepada DTP sebagai orang tengah yang mencarikan kertas untuk dibeli oleh DAWAMA.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Gagal Jual Buku DBP tetapi Diberi Diskaun Lebih Tinggi

Konsortium Dewan Edar (KDE) ditubuhkan oleh bekas-bekas pengedar buku-buku DBP. KDE memiliki 40% saham DAWAMA.

DAWAMA melantik kedai milik ahli-ahli KDE sebagai pengedar buku-buku DBP.

Pada tahun 2005/06 DAWAMA menaikkan lagi diskaun kepada kedai-kedai milik ahli KDE walaupun kedai-kedai itu gagal menjual buku-buku DBP.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Magik Angka!

Pada Disember 2004, DAWAMA melaporkan keuntungan RM21.22 juta.

Pada April 2005, DAWAMA melaporkan kerugian RM14.60 juta.

Hujan tidak, ribut tidak, dalam tempoh 15 bulan, nilai bisnes DAWAMA susut RM35.82 juta!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 02, 2007

Ketua Eksekutif Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) Meletakkan Jawatan

En. Shaharuddin bin Ali, Ketua Eksekutif ITNM telah meletakkan jawatannya dan mulai 1 Mac 2007 beliau mula bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Maljlis Peguam Malaysia (Bar Council).

Beliau adalah seorang peguam. Sebelum dilantik sebagai CEO di ITNM, beliau berkhidmat dengan TV3.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 4 pages  1 2 3 >  Last »