Khutbah Jumaat PTS: Menulis dan Menerbitkan Buku Islam untuk Rak Buku Profesional
Isi kandungan dan mesej-mesej Quran adalah diturunkan supaya disampaikan kepada semua manusia, baik manusia Islam mahupun manusia bukan Islam. Kita sebagai penulis dan penerbit buku-buku agama memikul tugas menyampaikan mesej-mesej Islam kepada bukan Islam juga, bukan hanya kepada orang yang sudah Islam.
Dari sudut dunia buku, ini bermakna buku-buku tentang Islam tidak patut dipamerkan dalam kedai-kedai buku dengan mengasingkannya daripada buku-buku lain. Tetapi inilah keadaan yang berlaku sekarang dalam semua kedai buku di mana buku-buku tentang Islam diberikan rak khas, diasingkan dan diletakkan di sudut terasing - di seksyen 'Islam'.
Dalam situasi sekarang buku tentang sistem politik, ekonomi, pengurusan, perniagaan, kewangan, perbankan, insurans, saham, undang-undang, psikologi, perubatan, kesenian, sejarah, sains, senibina dan kejuruteraan Islam dipamerkan di rak yang sama dengan buku-buku panduan solat, puasa, haji, taubat, mandi junub, sifat dua puluh, doa-doa harian dan lain-lain subjek seumpama itu.
Pengasingan seperti itu menyebabkan buku-buku profesional Islam tidak ditemui oleh golongan pembeli profesional yang masuk ke kedai buku mencari buku di rak-rak buku profesional.
Seorang peminat buku psikologi akan terus pergi ke rak "psychology". Justeru, apabila buku berjudul "Psikologi Dalam Quran dan Hadith" tidak diletakkan di rak "psychology" maka dia tidak akan terjumpa buku itu. Demikianlah juga nasibnya bagi buku-buku profesional lain yang tulis menggunakan perspektif Islam, yang dipamerkan di rak "Islam".
Keadaan ini tidak pula berlaku pada buku-buku profesional yang membawa mesej Kristian dan agama-agama lain. Buku berjudul "Tsun Zhu's Art of War for Managers" diletakkan di rak seksyen 'management". Manakala buku "Pengurusan Islam" diletakkan di rak seksyen 'Islam'.
Buku "7 Habits of Highly Effective People" yang membawa mesej agama Yahudi diletakkan di rak 'Management' manakala buku-buku motivasi karya Paderi Norman Vincent Peale yang terang-terangan membawa mesej Kristian diletakkan di rak 'self-Improvement'. Manakala buku "10 Tips Cemerlang dari al-Quran" diletakkan di rak 'Islam', yakni tidak diletakkan bersama-sama dengan buku-buku Norman Vincent Peale.
Apabila buku-buku Paderi Norman Vincent Peale diletakkan di rak 'self-improvement' banyak pembeli Melayu membeli dan membaca buku-buku paderi itu. Dengan demikian mesej Kristian beliau sampai kepada pembaca-pembaca Melayunya.
Kita mengajak para penulis dan penerbit buku-buku agama supaya mencipta inovasi supaya buku-buku bermesejkan Islam dipamerkan di rak-rak di mana pembeli bukan Islam berpeluang menyentuh, membuka dan menyelak-nyelak halaman buku-buku itu. Mudah-mudahan mereka mahu membeli dan membacanya. Dengan demikian, mesej Islam sampai dan tersebar di kalangan mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Pada hari ini 9hb Oktober 2007, Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, profesor akaunting di UiTM kampus Shah Alam menganjurkan majlis pelancaran buku beliau “Travelog Haji” di kampus itu.
Dalam kitab Quran itu terkandung amat banyak cerita. Cerita-cerita itu diiringi dengan ayat yang membawa maksud "...sesungguhnya dalam cerita-cerita itu ada pengajaran bagi kamu...".
Kepada para penulis PTS, bersahabatlah sesama penulis. Persahabatan adalah senjata orang Islam.





Dah agak memang tidak ada larangan sedemikian didalam alquran, yang ada hanya lah pandapat para Fuqaha’. Siapa Fuqaha ni? Beritahu nama mereka dan akan saya bakar seluar pendik saya.