Mengubah Nasib Pekomik Tanah Air
“....Saya ada mendengar yang Saadon Ishak dan Tazidi Yusuf melukis di Colmar. Sebenarnya ia sedikit mendatangkan kesedihan kepada saya kerana dua nama besar ini akhirnya hanya menjadi pelukis jalanan. Jangan salah faham, saya tidak maksudkan yang pelukis jalanan sebagai kelas kedua. Cuma dalam kes Saadon dan Tazidi ianya menjadi satu cerita yang tidak sepatutnya berlaku. Kedua-duanya adalah nama besar satu ketika dulu dalam dunia humor Malaya.
Mungkin ada cerita lain yang berlaku sebalik kisah mereka, tetapi jika kita perhatikan secara luar, mereka adalah kisah malang kebanyakan pelukis di Malay(si)a. Kebanyakkannya hanya menjadi lembu tunai kepada tokeh-tokeh komik. Dipergunakan sepenuhnya ketika diperlukan.
Saya pernah melihat Ujang melukis muka orang di kompleks beli belah. Sepuluh ringgit sekeping rasanya. Saya malu melihat pelukis ternama seperti Ujang memgambil upah melukis muka orang.
Nan dan Kerengge sedikit beruntung kerana keduanya mempunyai kelulusan akademik. Yang lain hanya mengharapkan bakat dan ikhsan...." begitulah tulis Sdr. Abdullahjones.
Persepsi Sdr. Abdullahjones itu banyak betulnya.
Sebagai penerbit buku-buku bacaan umum, kita menggunakan banyak ilustrasi, dan ini bermakna kita banyak bergantung kepada para pekomik dan pekartun sebagai pembekal ilustrasi.
Sebagai orang industri, kita juga berminat melabur bagi membangunkan pasaran komik dan novel-novel grafik di negara ini dengan cara yang terancang, berdasarkan prinsip-prinsip perniagaan kita.
Para pekomik dan pekartun adalah kaum seniman. Jarang sekali ada kaum seniman yang pandai merancang bagaimana sepatutnya mereka mengeksploitasi keupayaan mencipta harta intelektual.
Sebagai penerbit, harta kita adalah para penulis yang meletakkan kepercayaan mereka kepada kita bagi menerbitkan karya-karya mereka. Kita berpegang pada prinsip: “Sesiapa yang menjadi rakan niaga kita mesti sama-sama buat duit dengan kita.”
Sudah sampai masanya kita penerbit dan kaum seniman duduk satu meja dan merancang produk-produk yang akan dihasilkan dan dipasarkan supaya kita membangun bersama-sama.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006








salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o