Monday, December 20, 2010

Teknik Surah Yusuf: Senarai Semakan

Di bawah adalah ciri-ciri karya yang indah sebagaimana yang disedut daripada Surah Yusuf:

1. Kisah benar dalam sebuah keluarga (Ya) (Tidak)

2. Watak utamanya lelaki (Ya) (Tidak)

3. Watak pembantu utamanya perempuan (Ya) (Tidak)

4. Tempoh ceritanya panjang, sejak watak utama 8 tahun, selama sekurang-kurangnya 20 tahun (Ya) (Tidak)

5. Jumlah wataknya banyak, sekurang-kurangnya 20 orang (Ya) (Tidak)

6. Watak-watak jahat lebih banyak daripada watak-watak baik (Ya) (Tidak)

7. Tidak ada watak jahat yang dihukum, sebaliknya semua watak jahat insaf sendiri (Ya) (Tidak)

8. Terdapat watak-watak daripada pelbagai latar belakang, usia, bangsa dan status dalam masyarakat (Ya) (Tidak)

9. Watak utama ditimpa malang sekurang-kurangnya 5 kali (Ya) (Tidak)

10. Watak utama berkonflik dengan sekurang-kurang 5 pihak lain (Ya) (Tidak)

11. Pada akhir cerita watak utamanya berjaya (Ya) (Tidak)

12. Plot disampaikan secara kronologi (Ya) (Tidak)

13. Bahasa yang digunakan dalam naratif dan dialog adalah Bahasa Tinggi dan bernilai sastera (Ya) (Tidak)

14. Tidak ada bahasa campur-aduk dengan bahasa asing (Ya) (Tidak)

15. Tidak ada bahasa manja, bahasa bayi dan bahasa mesra (Ya) (Tidak)

16. Tidak ada babak percampuran lelaki-perempuan bukan muhrim yang tidak dibenarkan oleh agama seperti majlis tari menari, disko dan seumpamanya (Ya) (Tidak)

17. Tidak ada babak lelaki perempuan berdua-duaan ataupun babak berasmara (Ya) (Tidak)

18. Tidak ada dialog yang menggunakan bahasa kesat (Ya) (Tidak)

19. Tidak ada gambaran tubuh badan lelaki tampan dan perempuan jelita (Ya) (Tidak)

20. Tidak ada deskripsi pakaian lelaki tampan dan perempuan jelita (Ya) (Tidak)

21. Babak-babak mungkar diceritakan dalam dialog, bukan dalam naratif (Ya) (Tidak)

22. Pengarang tidak masuk ke dalam otak dan hati watak-watak (Ya) (Tidak)

23. Kata sifat tidak digunakan dalam naratif, sebaliknya digunakan dalam dialog (Ya) (Tidak)

24. Tidak ada gambaran alam semulajadi (Ya) (Tidak)

25. Tidak ada ukuran-ukuran spesifik (Ya) (Tidak)

26. Tidak ada simbol-simbol kekayaan (Ya) (Tidak)

27. Tidak ada deskripsi detail ruang dalam bangunan (Ya) (Tidak)

28. 30% pekata di depan kata (Ya) (Tidak)

29. 50% dialog terdiri daripada 1 ayat dalam 1 dialog (Ya) (Tidak)

30. Paling kurang 60 episod (Ya) (Tidak)

31. Satu kad satu episod (Ya) (Tidak)

32. Ditulis secara non-linear ikut KJ Method (Ya) (Tidak)

33. DIALOG. ACTION. SETTING (Ya) (Tidak)

Nota: Makin banyak (Ya), semakin indah novel tuan. . .

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 29, 2007

Lomba Novel Cinta Masih Berjalan

Kepada yang berminat ikut serta, dan yang sedang menulis novel cintanya, ambil perhatian, lomba ini masih berjalan, oleh itu teruskan menulis.

Pihak penganjur sedang mendapatkan sponsor hadiah tiket umrah bagi para pemenang. Proses mencari sponsor ini mendorong tarikh tutup pengiriman manuskrip novel masih belum ditetapkan.

Jadi tulislah!

Nota: Peserta amat dianjurkan mengikuti bengkel surah Yusuf dan bengkel KJ Method.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 26, 2007

Lomba Novel Cinta PTS Mencari Sponsor

Entri ini khusus untuk mentee-mentee SifuPTS!

Adakah saudara mempunyai network dengan seseorang yang bertugas di institusi Islam seperti LUTH, Bank Muamalat, YADIM, Takaful Nasional dan lain-lain?

Kita sedang mencari sponsor bagi menghadiahkan tiket-tiket penerbangan mengerjakan umrah bagi para pemenang lomba.

Sebagai balasan, nama lomba ini akan menggunakan nama institusi itu dan ia akan dicetak pada semua kulit novel yang menang hadiah. Sebagai contoh sahaja: "Pemenang Pertama Lomba Novel Cinta Islami LUTH."

Tolong ceritakan kepada beliau siapa dan apa perjuangan PTS, dan ceritakan apa idea sebenar di sebalik lomba novel cinta ini. SifuPTS dan penasihat PTS, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan mahu berjumpa beliau dan menerangkan secara rasmi lomba ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 04, 2007

Lomba Novel Cinta

Semua yang mendaftar ikut serta dalam menulis novel cinta remaja Islami wajib hadir kursus pada Sabtu 6 Januari 2007 di Sekolah Al-Ikhlas, Taman Permata, KL. (10 pagi - 5 petang)

Nota: Bengkel ini terbuka kepada semua.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 31, 2006

Nasib Penulis: Hakcipta Karya Menang Sayembara

Apabila karya saudara memenangi sebarang peraduan, adakah saudara tahu apa nasib hakcipta karya saudara itu?

(a) Meskipun saudara menerima RM50 ribu sebagai hadiah, adakah saudara masih memiliki hakcipta saudara?

(b) Adakah hakcipta karya yang menang diambil oleh penganjur?

(c) Adakah saudara dikehendaki menandatangani sebarang surat persetujuan menyerahkan hakcipta karya saudara yang menang kepada penganjur?

Banyak penganjur peraduan mengarang tidak bersikap telus disebabkan mereka tidak menuliskan terma hakcipta bagi karya yang menang dalam brosur yang diedarkan.

Jangan sampai berlaku bak kata pepatah: Menang sorak kampung tergadai. Dapatkan maklumat yang betul sebelum menghantar karya saudara kepada sebarang peraduan.

Kos menganjurkan peraduan mengarang adalah amat mahal, oleh itu sesetengah penganjur cuba mendapatkan semula modal yang sudah dibelanjakan itu dengan mengenakan syarat hakcipta karya yang menang diserahkan kepada penganjur.

Nota: PTS sekarang sedang menganjurkan Lomba Menulis Novel Cinta Islami. Bagi semua karya yang menang, hakciptanya masih kekal di tangan pengarang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 27, 2006

Daftar di Sini: Lomba Menulis Novel Cinta Remaja Islami PTS

Ini adalah pengumuman rasmi!


PTS akan menganjurkan lomba menulis novel cinta remaja Islami. Saudara-saudara yang berminat ikut serta dalam lomba ini dipersilakan mendaftar dengan meninggalkan nama penuh, alamat emel, nombor telefon hp di sini.


Objektif lomba ini adalah mendapatkan 20 manuskrip novel cinta remaja Islami yang dapat diterbitkan sebelum Mac 2008.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(73) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Menulis Novel Cinta PTS

Mendaftarlah masuk lomba ini dan datang kursus Teknik Penulisan Surah Yusuf pada Sabtu 6.1.2007.

Saudara tidak wajib menulis novel itu. Selepas kursus, jika saudara berasa saudara tidak berminat menulis novel cinta, saudara boleh tulis buku-buku cerita lain. PTS mempuyai banyak projek kreatif.

Datang dan bawa rakan saudara yang berminat menjadi novelis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 18, 2006

Berhala Dewa Cinta dalam Novel Remaja

Memetik kata-kata seorang ulamak, pada saat ini cinta sudah dijadikan 'berhala' dan 'dewata' yang disembah-sembah oleh majoriti remaja perempuan.

Justeru, demi mentaati suruhan-suruhan berhala cinta, mereka sanggup melakukan pelbagai tingkah laku yang berdosa besar.

Remaja perempuan sekarang ini sudah sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan sang berhala cintanya. Mereka sanggup menderhakai ibu bapa demi sang dewata itu. Mereka sanggup mendekatkan diri kepada api neraka demi mengejar dan mendapatkan si berhala.

PTS menganjurkan lomba menulis novel cinta remaja dengan misi mahu menerbitkan novel-novel cinta Islami yang dapat membetulkan akidah dan persepsi salah di kalangan remaja perempuan terhadap apa yang disebut 'cinta'.

Ini adalah misi suci dan jihad baru kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 15, 2006

Mengapa PTS Anjurkan Lomba Menulis Novel Cinta Sedangkan Jualan Novel Cinta Sedang Merudum?

Kejatuhan jualan novel cinta sebanyak 33% sekarang ini tidak menakutkan PTS daripada menceburi pasaran novel cinta dengan mengadakan lomba menulis novel cinta remaja Islami.

Malah sekarang adalah masa yang paling baik bagi novel Islami memasuki pasaran.

Tinjauan pendapat rambang yang kami lakukan mendapati salah satu punca kejatuhan jualan novel cinta konvensional sekarang adalah disebabkan pembeli mengatakan cerita dalam novel-novel itu lebih kurang serupa sahaja.

Jadi, kejatuhan jualan novel cinta konvensional bukan bermakna peminat novel cinta tidak mahu membaca novel cinta lagi. Sebaliknya, saat ini pasaran novel cinta mahukan kelainan.

Maka, kelainan adalah apa yang ditawarkan oleh PTS apabila novel-novel jibunsyi PTS mula memasuki pasaran sejak Julai 2006 lalu.

Sambutan yang diterima tidaklah meletup-letup, tetapi 'normal' sebagaimana dengan buku-buku PTS yang lain sewaktu mula diperkenalkan ke dalam pasaran.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 12, 2006

Lomba Novel Cinta PTS: Menulis untuk Dibaca Remaja Perempuan

Apabila saudara menulis novel cinta untuk remaja perempuan braket usia 14 - 16 tahun, sedikit pengetahuan tentang psikologi remaja perempuan pada usia itu adalah berguna sekali:

(1) Pertama, mereka teramat idealistik.

Mereka percaya orang baik akan menerima segala yang baik-baik. Nasib akan menjaga mereka yang baik. Kebaikan akan tetap dibalas dengan kebaikan. Mereka juga percaya semua orang boleh berubah menjadi baik. Faktor ini menyebabkan remaja pada usia ini tidak suka cerita di mana watak yang baik berakhir dengan menerima nasib buruk.

Dalam surah Yusuf, Nabi Yusuf akhirnya menjadi wazir. Abang-abang Nabi Yusuf berubah menjadi insaf dan baik.

(2) Kedua, mereka percaya dunia ini hitam-putih.

Yang baik, baik semua. Yang jahat-jahat semua. Kalau pandai, pandai semua. Kalau bodoh, bodoh semua. Tidak mungkin ada orang yang baik dan jahat pada waktu yang sama. Tidak mungkin orang yang pandai sebenarnya bodoh. Jadi remaja pada usia ini tidak suka watak-watak yang memiliki sifat-sifat yang saling bertentangan.

Dalam surah Yusuf, heronya, Nabi Yusuf adalah manusia ideal yang baik serba serbi. Manakala Zulaikha dan abang-abangnya jahat belaka.

(3) Ketiga, mereka percaya Tuhan itu sangat baik.

Remaja perempuan pada usia itu mempunyai keyakinan Tuhan amat baik dan Tuhan akan mengampunkan semua orang.

Dalam surah Yusuf, semua watak jahat akhirnya diberi peluang menjadi orang-orang yang baik, di mana tidak seorang pun watak jahat yang kekal jahat. Begitu pula, tidak ada seorang pun dihukum atas kejahatan mereka.

(4) Keempat, mereka percaya dunia ini adil.

Remaja pada usia ini percaya yang baik akan dibalas baik, yang jahat akan dibalas jahat. Segala-galanya akan berakhir dengan kebaikan dan kegembiraan.

Dalam surah Yusuf, cerita berakhir dengan semua watak mendapat kebaikan dan kegembiraan. Happy ending.

(5) Kelima, mereka tidak suka memikirkan kematian.

Remaja pada usia ini percaya kematian adalah sesuatu yang masih jauh daripada diri mereka. Oleh itu mereka tidak suka cerita yang berakhir dengan kematian.

Dalam surah Yusuf, tidak ada watak yang dimatikan.

Lima ciri psikologi remaja perempuan yang seperti itu menunjukkan innocence mereka, kemurnian persepsi mereka tentang dunia dan kehidupan, bahawa otak, jiwa dan kalbu mereka masih putih bersih.

Justeru, dengan bersandarkan jalan cerita dalam surah Yusuf, pengarang novel cinta remaja tidak boleh mencederakan, menodai, mengotori dan merosakkan innocence pemikiran, jiwa dan kalbu gadis-gadis yang masih muda remaja dan suci bersih dengan menghidangkan cerita-cerita reality tentang kebusukan, keburukan, kemungkaran dan kebobrokan yang dicipta oleh dunia orang dewasa.

Tuhanlah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Novel Cinta: Memilih Hero

Novel cinta remaja ditargetkan kepada pembaca gadis-gadis remaja antara 14 - 16 tahun.

Dalam kisah cinta, sudah tentu ada dua orang watak utama, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Bagi menghasilkan sebuah kisah cinta yang indah, siapakah yang lebih elok dijadikan watak utama, si lelaki ataupun si perempuan?

Surah Yusuf menunjukkan bahawa kisah cinta yang indah akan bertambah indah apabila lelaki dipilih sebagai watak utama, manakala perempuan dijadikan watak kedua utama.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Novel Cinta PTS: Remaja Perempuan Mahu Air Mata tetapi Bukan Tragedi

Bagi remaja perempuan, kisah cinta yang indah adalah kisah yang dapat mengalirkan air mata mereka. Kalau novel saudara tidak membuat remaja perempuan menangis, cerita saudara itu tidak indah!

Apakah ini bermakna remaja perempuan mahukan kisah cinta yang tragis, seperti kisah Uda dan Dara, ataupun Romeo dan Juliet, ataupun Qais dan Laila - semuanya berakhir dengan kematian sepasang kekasih.

Remaja perempuan suka unsur sedih, tetapi tidak suka tragedi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Novel Cinta PTS: Prinsip Memilih Setting Zaman

Apabila saudara menulis novel, ada tema, ada cerita dan ada setting. Ada dua jenis setting: (a) Setting lokasi dan (b) Setting zaman.

Selain setting lokasi, setting zaman juga memainkan peranan penting dalam strategi mencipta kesan keindahan dan romantisisme.

Kisah cinta biasa-biasa yang bertemakan isu 'antara dua darjat' dapat menciptakan kesan keindahan yang sangat berbeda apabila ia dituliskan dengan latar belakang lokasi dan zaman yang berbeda.

(i) Kisah cinta anak nelayan miskin dengan anak orang kaya yang berlaku di kuala Sungai Duyung, Melaka pada tahun 2006 mencipta kesan lain.

(ii) Kisah cinta anak nelayan miskin dengan anak orang kaya yang berlaku di Sungai Duyung, Melaka pada tahun 1946 mencipta kesan lain.

(iii) Kisah cinta anak nelayan miskin dengan anak orang kaya yang berlaku di Sungai Duyung, Melaka pada tahun 1511 mencipta kesan lain.

Bagaimanakah prinsip pemilihan setting lokasi dan zaman yang terdapat dalam surah Yusuf?

Surah Yusuf disampaikan kepada Nabi Muhammad sekitar tahun 600 selepas Masehi. Di dalam surah itu, diceritakan kepada Nabi Muhammad sebuah cerita yang berlaku pada zaman dahulu kala.

Jadi jelaslah, sebuah kisah cinta yang menggunakan setting zaman bahari dapat mencipta kesan keindahan yang lebih baik dan evergreen.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Novel Cinta PTS: Prinsip Memilih Lokasi dan Setting

Sesetengah lokasi dan setting mencipta kesan keindahan yang lebih bagus daripada sesetengah setting yang lain. Justeru saudara perlu memilih setting yang dapat mencipta kesan keindahan bagi novel cinta saudara.

Sesetengah lokasi, apabila difilemkan, setting dan lokasi itu menyebabkan filem itu menjadi lebih cantik.

Kisah cinta yang menggunakan settingnya lokasi seperti pejabat, kedai runcit, bilik darjah, reban ayam, balai polis, stesen teksi, warung kopi, padang bola dan seumpamanya tidak mencipta imej-imej indah dan tidak menimbulkan emosi-emosi indah dan romantis.

Lokasi dan setting dalam kisah surah Yusuf adalah padang pasir, khemah Nabi Yaakub, rumah hartawan al-Aziz, penjara, gudang simpanan makanan, dan istana Raja Mesir.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba PTS: Mengapa Novel Cinta untuk Remaja?

Berdasarkan maklumat yang ada pada kita, sehingga saat ini, jumlah judul novel Melayu dalam pasaran adalah lebih 2 ribu. Sembilan puluh (90) peratus daripada judul itu adalah novel popular, termasuk novel cinta, untuk pembaca dewasa, yakni 18 tahun ke atas.

Adalah naluri perempuan mereka suka membaca, menonton dan mendengar cerita-cerita percintaan, sejak usia masih amat muda. Justeru permintaan bagi novel cinta akan sentiasa ada sepanjang masa, dan permintaan inilah yang menjadi asas kejayaan novel-novel cinta terbitan Creative dan Alaf21.

Meskipun novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang ditujukan bagi pembaca perempuan 18 tahun ke atas, tetapi novel-novel itu juga dibaca oleh remaja perempuan semuda 12 tahun.

Inilah situasi yang mendorong PTS memasuki sektor novel cinta dengan produk yang mempunyai 2 ciri utama:

(1) Novel-novel itu ditargetkan kepada remaja perempuan braket usia 14 - 16 tahun, dan

(2) Mesej dan temanya berfungsi mengasuh remaja perempuan supaya memahami dan mengamalkan adab-adab hubungan lelaki-perempuan berdasarkan peraturan Islam.

Novel-novel cinta PTS itu nanti bakal diterbitkan dan dipakejkan dengan mengambil kira ciri-ciri buku yang sesuai dibeli dan diletakkan dalam perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 11, 2006

Lomba PTS: “Perlumbaan Kooperatif - Islam” lawan “Persaingan Kompetitif - Barat”

Konsep perlumbaan Islam berbeda daripada konsep lomba Barat. Islam menyuruh kita berlumba-lumba melakukan kebaikan, termasuk menolong orang lain supaya berjaya. Apabila kita meringankan beban saudara kita, maka Allah akan meringankan beban kita.

Tingkah laku berlumba-lumba dalam Islam adalah tingkah laku kooperatif yang dipacu oleh nilai prestasi berkumpulan di mana kepentingan kumpulan mengatasi kepentingan individu.

Justeru, konsep perlumbaan yang digalakkan oleh Islam adalah bertentangan dengan konsep persaingan kompetitif yang digalakkan oleh budaya Barat yang didorong oleh sikap mahu menang dengan cara mengalahkan orang lain.

Sikap kompetitif Barat itu dipacu oleh nilai prestasi individu, di mana sesiapa yang mahu menang, dia mesti mengalahkan semua orang lain, dia mesti melihat semua orang lain sebagai pesaing yang mesti dikalahkan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Novel Cinta Remaja PTS: Mengapa Lain Amat?

Objektif lomba ini adalah mendapatkan 20 manuskrip novel cinta yang dapat diterbitkan sebelum tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Apa ertinya ini? Apakah tidak ada Hadiah No 1, No 2, No 3 dan saguhati sebagaimana dalam peraduan konvensional?

Komitmen PTS adalah 20 novel yang terpilih akan diterbitkan sebelum Mac 2008.

Bagaimana jikalau terdapat lebih daripada 20 manuskrip yang bermutu tinggi, katakanlah ada 35, apa akan berlaku ke atas 15 manuskrip itu?

Ini komitmen PTS: Semua manuskrip yang bermutu akan diterbitkan, mungkin sebelum, mungkin selepas pesta buku.

Bagaimana kalau semua manuskrip yang dihantar semuanya bermutu tinggi?

Ini komitmen PTS: Kalau semua bermutu tinggi, SEMUA akan diterbitkan!

Jadi, di mana 'lomba'-nya?

Ini komitmen PTS: (1) Manuskrip yang paling indah akan terbit paling awal, lama sebelum pesta bermula. (2) Pada cover novel itu akan ada logo "Hadiah Pertama" ataupun logo-logo yang seumpamanya.

Nota: Lain-lain bentuk sosial reward sedang dirancang. Ada cadangan, tuliskan cadangan saudara di sini.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengumuman Ke-4 Lomba Novel Cinta PTS: Memilih Bukan 1 tetapi 20 Novel Juara

Lomba menulis novel cinta remaja Islami yang dianjurkan PTS akan memilih 20 manuskrip terbaik yang dapat diterbitkan sebelum Mac 2008.

Pesta Buku Antarabangsa 2008 akan diadakan sekitar bulan April. Itulah sebabnya 20 novel yang terpilih itu mesti terbit sebelum pesta itu.

Ini adalah jadual kerja yang sangat ketat. Kita meramalkan masa yang diperlukan bagi menerbitkan 20 judul adalah minimum 6 bulan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Novel Cinta: Mencari Ilham Cerita

Bagi saudara yang akan ikut serta dalam lomba ini, barangkali isu terdekat adalah mencari ilham mencipta cerita cinta yang indah.

Isu ini mudah sahaja. Ikut prinsip kisah indah surah Yusuf. Dalam surah Yusuf, cerita itu adalah cerita berdasarkan kisah benar.

Justeru, saudara hanya perlu pandang kiri dan kanan saudara. Sudah barang tentu ada orang yang kisah cintanya menarik dijadikan asas cerita dalam novel cinta saudara.

Kisah cinta orang dulu-dulu adalah sumber keindahan. Ataupun kisah cinta saudara sendiri!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Lainnya ‘Lomba’ PTS?

Istilah 'lomba' dipinjam daripada Bahasa Indonesia yang serupa ertinya dengan 'lumba' dalam Bahasa Melayu. Di Indonesia perkataan 'lomba' amat popular digunakan bagi maksud 'pertandingan'.

Apabila PTS menganjurkan 'lomba menulis novel cinta', tentu sekali terlebih dahulu kita perlu mengetahui fiqh lomba, yakni (1) apa hukumnya menganjurkan pertandingan dan (2) apa hukumnya masuk pertandingan.

Di sebalik setiap acara pertandingan adalah sikap dan nilai kompetitif yang didorong oleh semangat mahu "menang dengan cara mengalahkan orang-orang lain" di mana reward diberikan oleh penganjur kepada individu yang berjaya mengalahkan paling banyak orang lain. Pertandingan kompetitif jenis ini tidak ada sunnahnya.

Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan sunnah yang menunjukkan beliau pernah mengadakan apa jua bentuk perlombaan, pertandingan, perlawanan, peraduan, persaingan, kejuaraan, kejohanan, liga, sayembara, musabaqah, ataupun tilawah, di mana beliau mengadili dan kemudian beliau memberikan ganjaran dan hadiah-hadiah kepada individu yang paling pandai mengalahkan peserta-peserta lain.

Disebabkan Nabi Muhammad tidak pernah mengadakan pertandingan sebagaimana yang kita kenal sekarang, habis, mengapakah PTS menganjurkan lomba menulis novel cinta remaja Islami, apakah ini tidak bertentangan dengan sunnah?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengumuman Ke-3: Lomba Novel Cinta Remaja PTS

Saudara yang berminat masuk lomba ini boleh menghantar lebih daripada SATU novel. Saudara boleh hantar 2 ataupun 3 ataupun 4. Malah lebih pun boleh!

PTS menganjurkan lomba ini bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 20 buah novel cinta Islami yang indah. Justeru mungkin sahaja semua novel saudara terpilih, sekaligus diterbitkan serentak!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengumuman Ke-2: Lomba Novel Cinta PTS

Disebabkan novel cinta yang masuk lomba ini wajib ditulis menggunakan teknik-teknik surah Yusuf, semua peserta yang belum mengikuti kursus surah Yusuf akan diberi peluang mengikuti kursus itu.

Tarikh kursus akan dimaklumkan kemudian.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 04, 2006

Jadual Latihan

Sabtu 6 Januari 2007: Kursus Teknik Surah Yusuf, wajib hadir bagi saudara yang mendaftar dalam Lomba Novel Cinta PTS. (sms Cik Asyikin 019 744 5861)

Ahad 7 Januari 2007: Kursus Menulis Fiksyen Fantasi. (sms Cik Ann 012 970 2466)

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, KL.

Waktu: 10 pagi - 5 petang

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages