Monday, September 29, 2008

Memilih antara Diri yang Terkenal ataupun Buku yang Terkenal

Bagi penulis muda, lazimnya mereka menyimpan keinginan menjadi orang terkenal dan mempunyai banyak peminat. Dalam sesetengah bidang penulisan penulis dapat menjadikan terkenal, sebagai contoh dalam bidang novel ataupun puisi.

Penulis perlu memilih mahukan keterkenalan yang bagaimana:

(i) Diri penulis yang menjadi terkenal:

Dato' Dr. Mashitah Ibrahim terkenal daripada sudut ini. Beliau terkenal walaupun tidak mempunyai buku. Individu-individu seperti beliau terkenal disebabkan mereka memiliki wajah menarik dan banyak muncul di televisyen. Hasilnya, mereka menerima banyak undangan berceramah ke sana sini.

Kelebihan keterkenalan jenis ini adalah penulis mendapat undangan berceramah yang banyak. Semakin banyak berceramah, semakin penulis terkenal, semakin banyak sumber pendapatannya daripada yuran ceramah.

Kekurangannya adalah, disebabkan penulis mencari rezeki dengan bercakap, dia tidak boleh salah cakap walaupun hanya satu ayat.

(ii) Buku-buku penulis yang menjadi terkenal:

Ada penulis yang banyak menulis buku tetapi tidak muncul di televisyen dan amat memilih-milih majlis di mana dia ke depan dan bercakap. Hasilnya orang tidak kenal wajahnya, mereka hanya kenal tajuk-tajuk bukunya sahaja.

Kelebihannya cara ini adalah, penulis mempunyai banyak masa bagi menulis banyak buku. Walaupun dia tidak mendapat yuran berceramah, tetapi disebabkan bukunya banyak, pendapatan royaltinya tetap banyak.

Kelebihannya adalah, disebabkan penulis kurang bercakap di khalayak, kekerapan berlakunya masalah tersilap cakap juga kurang, dibandingkan dengan penulis yang banyak bercakap.

(iii) Diri dan buku-buku penulis sama-sama terkenal:

Dato' Dr. Fadhilah Kamsah, Dr. Danial Zainal Abidin, Dr. Robiah K. Hamzah, dan YM Dr. Tengku Asmadi terkenal daripada sudut ini.

Orang kenal wajah-wajah mereka dan orang kenal buku-buku mereka. Peminat mereka ramai, dan mereka membeli buku dan juga hadir mendengar mereka berceramah. Tokoh-tokoh seperti mereka menerima pendapatan daripada royalti buku dan yuran ceramah.

Apabila penulis memilih mahu menjadi orang terkenal, sebaik-baiknya dia memiliki ijazah Ph.D. Para penganjur majlis ceramah di Malaysia mementingkan Ph.D.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 10, 2008

Nama Samaran

Bagi penulis yang baru cuba-cuba hendak menulis, salah satu perkara yang melintas dalam fikiran mereka adalah sama ada mahu menggunakan nama benar ataupun nama samaran.

Setiap penerbit mempunyai amalan masing-masing dalam isu nama pengarang.

Ada penerbit yang mengambil hak menciptakan nama samaran bagi pengarang-pengarang mereka. Ertinya penulis tidak diberikan hak memutuskan nama yang digunakan pada buku mereka.

Jika saudara masih muda, lazimnya nama saudara tidak ada masalah ejaan. Tetapi bagi penulis tua yang menulis buku-buku untuk remaja dan orang muda, nama mereka mungkin bunyinya tua, jadi pembaca remaja tahu si penulis itu orang tua!

Contoh nama individu yang lahir pada zaman pramerdeka adalah JAAPAR, PATIMAH ataupun LATIPAH.

Sesetengah nama dieja dengan cara yang menampakkan suku keturunan ataupun asal negeri kelahiran seperti NGASRI, ABOO BAKAR, NINGGAL ataupun SETAPA.

Nama pengarang yang tertulis pada kulit buku adalah salah satu daripada komponen yang mencipta persepsi positif mahupun negatif dalam minda bakal pembeli buku saudara. Tidak hairanlah jika ada penerbit menggunakan nama-nama remaja moden pada kulit novel-novel cinta remajanya bagi menggantikan nama-nama sebenar pengarang.

Jika saudara menulis buku fiksyen sai-fai, tetapi nama saudara adalah Muhammad Romji bin Lebai Hasan, dahi bakal pembeli mungkin berkerut. Jika saudara mengubah sedikit nama saudara menjadi Ramzi Hassan, besar kemungkinan kerut itu tidak timbul.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 31, 2008

Fokus, Fokus, Fokus

Salah satu syarat kejayaan sebagai penulis adalah menulis buku-buku yang temanya berfokus. Jika penulis mahu mendapat royalti tinggi daripada buku-bukunya, pilih satu tema, dan tulis buku-buku dalam tema itu sahaja.

Apa sekalipun tema yang dipilih, bidang itu ada peminatnya sendiri. Jumlah peminatnya mungkin besar, mungkin kecil. Buku-buku seni pertahanan diri mempunyai peminatnya sendiri. Begitu juga buku-buku sukan ataupun cerita-cerita perang.

Masuklah ke dalam sesuatu bidang itu dan jadilah penulis terkenal dalam bidang itu.

Ambil contoh bagaimana Tuan Samsudin Wahab memfokuskan buku-buku beliau dalam tema pengurusan majlis. Beliau adalah pensyarah di UiTM.

Tuan Ahmad Fadzli Yusof pula menghasilkan buku-buku 'resipi kejayaan'nya. Tuan Ahmad Naim Jaafar menerbitkan buku-buku pembangunan 'karisma'nya. Mereka berdua adalah pemegang ijazah undang-undang.

Dalam waktu yang singkat mereka sudah mempunyai ramai peminat bagi tema yang mereka tekuni.

Jumlah peminat mempunyai kaitan langsung dengan jumlah royalti yang diterima penulis. Lebih ramai peminat, lebih tinggi royalti.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 20, 2008

Pesanan dari Chairman PTS: Tangguhkan Kepuasan

Apabila saudara menjadi penulis PTS, apabila buku saudara masih terus dicetak dan dijual, insya Allah, setiap tahun saudara akan menerima royalti dan honorarium.

Bagi penulis yang julung kali menerima cek royalti, saudara perlu belajar cara yang betul mengurus wang saudara, supaya hidup saudara menjadi tambah selesa dengan adanya rezeki tambahan itu.

Pertama-tama jangan gelap mata apabila menerima cek royalti.

Orang yang gelap mata apabila nampak duit tidak bertambah senang hidupnya walaupun pendapatannya bertambah. Malah semakin banyak wang masuk, semakin susah hidupnya, sebab semakin banyak hutangnya.

Banyak artis dunia hiburan menerima nasib di mana semakin mereka tua semakin susah hidup mereka.

Kaum penulis pun ada yang nasibnya begitu. Mereka tua dalam keadaan susah bukan kerana mereka tidak mempunyai wang. Mereka susah disebabkan mereka tidak mempunyai keupayaan menangguhkan kepuasan. Belum dapat wang, sudah ada rancangan apa yang mahu dibeli dengan wang yang belum ada itu!

Serupalah dengan sesetengah orang makan gaji. Bonus belum dapat, mereka sudah siapkan rancangan bagaimana bonus itu mahu dibelanjakan.

Belajar menangguhkan kepuasan. Jangan gelap mata apabila menerima cek royalti.

Keupayaan menangguhkan kepuasan adalah ciri individu yang semakin hari semakin berharta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 20, 2008

Macam-macam Komplen tentang PTS

Kita berkali-kali menerima feedback tentang PTS. Berikut adalah komplen yang Sifu pernah terima dan catatkan seperti di bawah:

(1) Jika penulis baru hendak menerbitkan buku dengan PTS ia adalah sukar, kerana standard buku-buku PTS tinggi, oleh itu sukar bagi penulis baru hendak mencapai standard itu.

(2) PTS hanya mahukan penulis-penulis yang sudah terkenal sahaja. 

(3) PTS mempunyai kumpulan penulisnya sendiri, yang sudah jadi macam kroni PTS, jadi penulis-penulis lain susah hendak masuk.  

(4) PTS ada gayanya sendiri, oleh sebab itu sesiapa yang tidak menulis ikut gaya PTS, maka karyanya tidak berpeluang diterbitkan oleh PTS. 

(5) Editor-editor PTS suka mengedit karya orang sampai 'rosak' bahasanya. 

(6) Editor-editor PTS mengamalkan pilih kasih. Sesiapa yang pandai mengampu editor, buku-bukunya akan dicepatkan penerbitannya.

(7) Editor-editor PTS 'double-standard'. Ada syarat yang dikenakan kepada penulis lain, tetapi syarat itu tidak pula dikenakan kepada penulis lain. 

(8) PTS terlalu mementingkan untung, jadi buku-buku yang bagus tetapi sukar dijual, langsung PTS tidak mahu terbitkan.

(9) PTS tidak mahu bertolak ansur tentang kebebasan penulis menulis apa yang mereka mahu. Terlampau banyak syarat itu-tak-boleh ini-tak-boleh.

(10) PTS menyusahkan penulis dengan pelbagai kerenah kerja seperti penulis dikehendaki menghantar sinopsis lengkap dahulu, dan sinopsis perlu dibaiki sebelum boleh mula menulis.

(11) PTS tidak suka menerbitkan novel-novel remaja yang tidak bersiri.

(12) PTS mengongkong kebebasan penulis menggunakan gaya bahasanya sendiri kerana PTS mewajibkan penulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi sahaja.

(13) PTS terlalu didominasi oleh teori-teori bahasa dan sastera yang dicipta oleh Chairman PTS (Sifu) dan Penasihat PTS (Prof. Abdullah Hassan).

(14) PTS hanya menerbitkan buku-buku karya penulis yang berpendidikan tinggi sahaja, mesti mempunyai segulung ijazah, kalau tidak, PTS tidak pandang sebelah mata.

(15) PTS penerbit yang sombong terhadap golongan penulis underground dan juga penulis generasi lama.

(16) Editor-editor PTS ada yang tidak menjawab emel. 

(17) Editor-editor PTS tidak bergaul dengan komuniti sastera oleh itu sukar hendak menjalin hubungan mesra dengan mereka.

(18) Editor-editor sastera PTS bukan lulusan sastera, mereka tidak faham teori-teori sastera dan teori-teori kritikan sastera.

(19) Semenjak PTS sudah menjadi penerbit "besar", PTS tidak mesra macam mula-mula dulu.

(20) Editor-editor PTS sombong sebab tidak melayan penulis yang tidak menggunakan internet. 

(21) PTS tidak terbuka kepada kritikan. Editor-editor PTS cuma suka dipuji-puji, menyebabkan penulis-penulisnya sendiri takut hendak menyuarakan pendapat, hanya berani bercakap sesama mereka di belakang PTS.

(22) PTS terlalu agresif dalam pasaran sehingga ada kalanya tidak mementingkan mutu ilmu dalam buku-buku terbitannya. 

(23) Buku-buku agama PTS merendahkan martabat bahasa Arab sebagai bahasa wahyu, menghina Nabi Muhammad dan menjatuhkan imej Islam sebagai agama Allah.

(24) Buku-buku PTS hanya gah pada kulitnya sahaja, sedangkan isinya tidak mantap. 

(25) PTS pandai main lobi itulah sebabnya setiap tahun buku-buku PTS sahaja paling banyak dipilih untuk pembelian pelbagai agensi kerajaan.

(26) PTS tidak suka menolong penerbit perseorangan sebab tidak mahu mengedarkan buku-buku mereka.

(27) Buku-buku PTS hanya dapat dibeli di kedai-kedai buku bandar besar sahaja.

(30) Buku PTS asyik out-of-stock sahaja. Ejen dan kedai buku susah hendak mendapatkan bekalan lengkap bagi semua buku yang dipesan.

(31) Harga buku-buku PTS lebih mahal daripada harga buku Melayu terbitan syarikat lain. 

(32) PTS tidak menolong penerbit lain melesenkan buku mereka ke Jakarta. 

(33) PTS lambat mengulang cetak buku-buku yang sudah habis. Cuma buku-buku pengarang tertentu sahaja yang cepat diulang cetak. 

(34) Sangat susah hendak memohon menjadi ejen buku-buku PTS, syarat-syaratnya terlalu menyukarkan pemohon yang baru bertatih.

(35) PTS banyak melesen buku-buku dari Jakarta dan perkara itu merugikan penulis-penulis tempatan. 

(36) PTS tidak patriotik sebab ada design kulit buku pun sudah di-outsource kepada studio-studio di Jakarta, seolah-olah designer Malaysia tidak cukup berbakat.

(37) Banyak buku PTS yang ada dalam katalog tidak ada di kedai-kedai buku.

(38) Susah hendak membeli buku PTS sebab tidak semua kedai buku menjual buku PTS.

(39) PTS 'jahat' sebab PTS merampas rezeki penerbit lain yang selama ini menerbitkan buku-buku ulamak seperti Tuan Guru Hadi Awang tetapi sekarang buku-buku itu hanya dibenarkan PTS sahaja menerbitkannya.

(40) Sesetengah judul buku PTS mengaburi mata pembeli. Judulnya sahaja yang gah tetapi isinya tidak berkualiti. 

(41) PTS pilih kasih apabila memilih penulis mana dan buku mana yang hendak dipromosi habis-habisan.

(42) PTS kerap menukar design kulit bukunya menyebabkan orang keliru dan terbeli buku serupa dua kali.

(43) PTS tidak bersikap terbuka terhadap kebebasan berkarya di kalangan artis komik kerana meletakkan syarat-syarat terlalu ketat. 

(44) Sukar mendapat peluang bertugas di PTS, perlu kenal orang dalam, sebab pegawai-pegawai PTS mengamalkan kronisme dan nepotisme. 

(45) Novel-novel remaja PTS terlalu Melayu, terlalu Islamik dan teralu lokal, tidak sesuai untuk bacaan anak-anak keluarga bukan Melayu dan bukan Islam.

(46) Buku cerita kanak-kanak PTS hanya sesuai untuk kanak-kanak perempuan. Tidak ada buku cerita untuk bacaan kanak-kanak lelaki.

(47) Sekarang PTS tidak berapa baik sebab sudah mula mencuri staf syarikat lain. 

Komplen-komplen seperti di atas itu ada betulnya, dan ada tidaknya. 

Bagi saudara yang ada komplen selain yang tersenarai di atas, tulislah komplen saudara di sini.

Nota Sifu: Apabila menulis komplen, lebih pendek lebih efektif.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 14, 2008

“Kalau hendak duit…”

Baru-baru ini Sifu sengaja pergi menemui salah seorang penulis fiksyen yang sudah mempunyai banyak judul dengan PTS.

Tujuan Sifu adalah bagi bertanyakan kepada beliau beberapa pertanyaan tentang apa pandangan dan persepsi rakan-rakan sesama penulis berkenaan PTS.

Macam-macamlah yang saya tanyakan kepada beliau, semuanya dijawab dengan tulus ikhlas, baik yang positif mahupun yang negatif.

Rupa-rupanya PTS memang menjadi topik yang sering kali muncul apabila beliau bertemu rakan-rakannya.

Salah satu nasihat beliau kepada mereka bunyinya begini: "Kalau hendakkan nama, terbitkanlah karya dengan DBP. Kalau hendakkan duit, terbitkanlah karya dengan PTS...."

Begitulah yang beliau sendiri amalkan. 

Dalam hati, Sifu berkata kepada diri sendiri: "Laa... kalau ada duit, takkan tidak ada nama!" 

Lalu Sifu pun berkata kepada beliau, "Tuan K, berilah tahu kawan-kawan kita itu, dalam fasa pertama, buat duit dahulu dengan PTS, sudah banyak duit, barulah masuk fasa kedua, tulis dan terbitkan dengan DBP. Jangan terbalik!"

Beliau yang serius orangnya, cuma angguk-angguk dan senyum sahaja. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 09, 2008

Apa Sebaiknya Dilakukan Apabila Penulis Ditimpakan Musibah Kritikan Pedih

Apabila kita masuk ke dalam kebun ular, tentu ada risiko dipatuk ular. Demikianlah halnya apabila kita memasuki dunia penulisan, baik kreatif mahupun nonkreatif.

Buku-buku kreatif paling terdedah kepada kritikan negatif. Buku-buku sasterawan negara pun teruk dikritik orang, apatah lagi buku-buku penulis yang statusnya tidak setinggi itu.

Antara buku-buku non-kreatif yang paling terdedah kepada kritikan adalah buku-buku yang menjanjikan kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan cara mudah dan pantas.

Buku-buku 'quick-fix' seperti itu memberikan gambaran palsu seolah-olah sesiapa sahaja dapat menikmati kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan, dengan menelan bulat-bulat apa-apa sahaja yang tertulis dalam buku itu.

Sebagai penulis, apabila buku kita, dan diri kita sendiri sebagai pengarang buku-buku itu, dikritik dengan cara-cara dan kata-kata yang parah, apakah yang paling baik kita lakukan? 

Patutkah kita tarik orang yang mengkritik, dan memfitnah kita itu, ke mahkamah? Apakah pro dan kontra langkah membawa pengkritik kita itu ke mahkamah? 

Sasterawan Fartimah Busu mengambil langkah menarik ke mahkamah seorang penulis artikel yang menghentam beliau, dan akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkannya. Sampai saat ini sudah lebih 10 tahun, kes itu belum sampai ke mana-mana, sedangkan wang yuran peguam sudah dibayar.

Pada pendapat Sifu, kita ikut apa yang Nabi Muhammad (salam dan selawat buat beliau, ahli keluarga beliau dan sabahat-sahabat beliau) lakukan setiap kali beliau difitnah dan dicerca. Beliau diam sahaja seraya mendoakan moga-moga orang yang mencacinya diberi hidayah oleh Tuhan. Beliau tidak menarik pemfitnah dan pencerca beliau ke pengadilan.

Contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad itu diikuti oleh tokoh-tokoh seperti Dato' Seri Nik Aziz, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Dato' Dr. Haron Din, Dato' Dr. Hassan Ali, dan juga Dato' Dr. Fadhilah Kamsah (mereka semua menulis banyak buku) apabila mereka dikritik dengan kritikan yang parah. 

Apabila kita ambil tindakan membalas dendam, Tuhan tidak lagi akan membalas perbuatan orang itu, sebab kita tidak menaruh percaya kepada Tuhan yang maha adil, dan maha pembalas. Dalam erti kata lain, kita sudah melakukan 'vote-of-no-confidence' terhadap Tuhan.

Apabila kita bergaduh 'in-public', banyaklah orang-orang yang sadistik akan bertepuk sorak, mengapi-apikan kita, sebab mereka mempunyai mindset macam kaki tengok orang bertinju. Mereka teruja apabila menonton orang bergaduh. Yang bertinju yang lebam-lebum. Yang menonton seronok. Makin si petinju lebum-lebam, makin mereka seronok.

Kita adalah manusia biasa-biasa, malah ulamak pun bukan. Jadi tentu sekali kita melakukan banyak kesilapan pada apa yang kita lakukan dan tuliskan. Tidak mungkin perbuatan kita betul belaka, dan apa yang kita tulis tidak mungkin betul belaka. Tidak mungkin kritikan orang salah semuanya, tentu ada betulnya, kalau tidak banyak, sedikit tentu ada.

Apabila kita bergaduh sampai naik-naik mahkamah, kita memutuskan tali silaturrahim. Perbuatan itu dibalas dengan rezeki yang dipersempitkan, dan umur yang dipendekkan.

Apabila kita mendoakan kebaikan ke atas orang-orang yang menyakiti kita, kita dibalas dengan rezeki yang lebih banyak, dan umur yang lebih panjang.

Allah jua yang maha mengetahui mengapa kita diuji dengan ditimpakan musibah kritikan pedih.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 04, 2008

Surat Pilihan: Isu Pensyarah Menulis Buku Umum

Situasi di tempat saya (USM, kampus kejuruteraan) agak berbeza. Penulisan atau karya media umum diambilkira sebagai sumbangan kepada masyarakat dalam ruang borang kenaikan pangkat (walaupun sedikit sahaja poinnya… daripada menidakkannya langsung…)

Sudah tentunya sebagai ahli akademik, kita tahu kepentingan mendisiplinkan diri dan menyedari tugas hakiki dalam menjana ilmu baru serta membimbing tenaga baru dalam bidang penyelidikan kita, khususnya para pelajar peringkat pasca siswazah.

Saya mula menulis bahan umum di ruang akhbar sebab ingin menyumbang ide dan sedikit ilmu yang ada kepada masyarakat umum (ruang Jendela Hikmah dan Bicara Kalbu-Berita Harian setiap Jumaat kelolaan Wanita JIM) bersama rakan-rakan dalam takungan Kelab Penulis Islah (Jamaah Islah Malaysia -JIM). Apa yang kita boleh bantu dalam kebaikan maka kita kena bantu…

Saya menulis buku sebab mahu berkongsi pengalaman… terutama buat para remaja yang masih tercari-cari identiti diri. Mereka perlukan bahan bacaan membina dan memotivasikan diri dalam bentuk cerita sebagai alternatif kepada apa yang ada dalam pasaran (khususnya membentuk jati diri remaja Muslim). Saya mahu memperkayakan lagi koleksi yang ada.

Pada saya, sesuatu itu akan lebih manis dan amat bermakna sekiranya dapat dikongsikan bersama. Juga beri peluang kepada otak sebelah kanan ‘daripada terus membeku’. Asyik berfikir perkara teknikal pasti ‘membosankan’…

Alhamdulillah dapat jadi mentee Puan Ainon Mohamad…. (Sifu PTS kita yang sentiasa manis itulah…) Sentiasa dapat suntikan semangat…

Kepada pensyarah muda... tuliskan sahaja apa yang dirasakan dapat dimanfaati semua... supaya saham kita di dunia sana akan bertambah... Insya Allah..

Itu saja seposen daripada saya…

Wasalam,

(Nota oleh Sifu: Prof. Madya Dr.) Umi Kalthum Ngah

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 03, 2008

Surat Pilihan: Terkena Batang Hidung

Salam Puan Ainon,

Saya banyak sekali membaca artikel dan komen yang Puan tulis sama ada di blog Prof Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, Kassim Selamat dan juga kadang kala bila berkesempatan saya menjengah ke laman web PTS.

Maafkan saya kerana saya ingin mengambil sedikit masa puan berkongsi perasaan saya ketika ini. Artikel puan bertajuk 'Surat Terbuka buat Prof MKI' yang saya baca pagi tadi sangat menarik minat saya kerana ianya sangat tepat mengena atas batang hidung saya.

Asalnya saya semasa di Sekolah Menengah Agama Ampangan, Seremban, amat berminat menulis dan membaca novel.  Di MRSM Jasin juga begitu. Dipendekkan cerita, semasa di USM dan menuntut dalam bidang sains farmasi, saya selalu keputusan wang kerana buku dan peralatan yang mahal menuntut hampir semua wang biasiswa saya digunakan ke arah itu. Tambahan pula ibu bapa saya bukanlah orang berada.

Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk mula menaip cerpen-cerpen yang pernah saya tulis secara main-main untuk dihantar ke majalah Remaja dan Muslimah. Saya tidak tahu prosedurnya. Saya cuma mengikut apa yang dilakukan oleh salah satu watak dalam novel kanak-kanak yang dibaca suatu ketika dahulu. Hantarkan cerpen yang saya tulis beserta surat iringan. Kemudian sertakan sekali sampul surat berstem dan beralamat sendiri. Saya nyatakan juga di dalam surat tersebut, jika pihak editor tidak berminat menerbitkan cerpen saya di dalam majalah mereka, sila kembalikan cerpen saya menggunakan sampul surat yang saya sertakan. Haaa... naif sungguh saya ketika itu.

Dengan izin Allah, Alhamdulillah kedua-dua cerpen yang saya dihantar diterima dan diterbitkan. Saya menerima bayaran pertama berjumlah RM100 dan yang kedua bernilai RM150. Saya sangat gembira kerana dapat menampung perbelanjaan saya di kampus.

Selepas bekerja sebagai pegawai farmasi pelatih, saya melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dengan biasiswa dari UiTM, dan sejak itulah saya tidak menulis lagi. Saya tidak tahu kenapa.

Sekarang saya sedang melanjutkan pengajian saya di peringkat PhD di UiTM. Betullah kata puan, sudahlah saya tidak mampu hendak menulis artikel dalam bidang-bidang lain, dalam bidang saya sendiri juga saya masih merangkak-rangkak.

Saya sendiri tidak tahu apa yang perlu saya lakukan ketika ini. Cuma saya rasa sedikit bersemangat selepas membaca balasan surat terbuka dari Prof MKI. Benar, ianya memerlukan semangat yang kuat untuk menulis sesuatu di luar bidang akademik dan melihat ianya diterbitkan. Perasaan malukah ataupun tidak cukup keyakinan yang membuatkan saya tidak mahu menulis lagi?

Selalu saya mendengar rakan-rakan sekerja berkata, "Menulis untuk jurnal saintifik ataupun lebih baik jangan menulis langsung!" Ermm...pilihan yang sangat terhad, bukan?

Moga saya dapat memberikan sumbangan dalam bidang saya pula sedikit hari lagi. Remaja kita memang perlu didedahkan dengan Sains dan Teknologi, jika tidak mereka akan takut... seperti mana saya yang satu masa dahulu sangat takut kerana terpaksa menukar aliran pendidikan dari aliran syariah ke aliran sains tulen.

Jemputlah melayari blog saya: www.epelijau06.blogspot.com. Saya menulis apa yang saya ingin tulis. Catatan yang saya lakukan ketika saya ingin meluah rasa. Segan juga kerana bahasa yang saya gunakan tunggang-langgang.

Terima kasih atas kesudian puan membaca surat saya ini. Moga PTS lebih maju di tahun mendatang.

Salam hormat,
Nor Amlizan Ramli
Pensyarah
Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA,
Shah Alam 40450, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 02, 2008

Jawapan Terbuka dari Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim

UiTM Johor Kampus Segamat
85200 Jementah
Segamat, Johor

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Puan Pengerusi a.k.a SifuPTS,

Saya mohon Allah berikan kerahmatan, keselamatan, taufik-hidayahNya kepada Puan sekeluarga dan staf PTS. Moga-moga Allah memudahkan usaha-usaha puan untuk memandaikan bangsa.

Saya berterima kasih atas tulisan puan. Izinkan saya berkongsi pengalaman sendiri selama hampir 20 tahun berkhidmat di UiTM.

1. Perasaan takut untuk menulis bukan kepakaran bidang.

Memang benar, ada di antara rakan sejawat, ketua jabatan hatta Dekan yang tidak memandang langsung karya-karya luar bidang. Bukan setakat itu sahaja, ia mungkin diperleceh pula. Saya mengalami peristiwa yang sama. Dalam satu temuduga kenaikan pangkat, seorang panel bertanya: Tulisan you yang beratus-ratus di Utusan Sarawak tidak boleh dinilai, ia tidak relevan dan tidak menggambarkan kepakaran bidang.

Lalu dengan tersenyum saya menjawab: Tidak mengapa, cuma saya ingin nyatakan bahawa saya dijemput untuk menulis di Utusan Sarawak ketika pejuang-pejuang bangsa mahu mewujudkan satu akhbar Melayu di bumi Kenyalang. Tidak ada cendiakawan Melayu, terutamanya pensyarah universiti yang sanggup menghinakan diri turun membantu. Saya fikir saya berdiri di atas kemuliaan mereka yang menulis di dalam kepakaran bidang. Kedua, saya menulis hampir 10 artikel sebulan dalam pelbagai bidang. Tidakkah tuan terkesan betapa tuan mempunyai seorang staf yang berbakat besar, multidisiplin, berdisiplin dan mempunyai pengetahuan yang tidak terkepung dalam lingkaran yang sempit?

Masa telah beredar, khas untuk pensyarah-pensyarah muda, penulisan dalam bukan kepakaran bidang juga mempunyai segmen penting dalam proses kenaikan pangkat di UiTM. Dan inilah yang sedang saya usahakan di UiTM Johor. Mereka perlu belajar KJ Method supaya mampu menulis penulisan bidang, kreatif dan apa-apa yang mereka minati serentak.

2. Penulisan Kreatif atau bukan bidang sangat membantu.

Saya sangat-sangat menggalakkan pensyarah saya menulis dalam pelbagai bidang kerana ia bakal membantu mereka menulis bahan-bahan akademik dengan cara yang lebih mesra pembaca. Di sekitar 1993-1996, saya gemar menulis di Berita Harian. Siapa sangka topik-topik seperti Politik dalam Perakaunan, Perakaunan Alam Sekitar, Perakaunan Islam diterima dan diterbitkan di bawah ruangan editorial.

Puan jangan risau. Perjuangan saya senada dengan puan, apatah lagi saya sendiri telah melalui saat-saat sukar dengan minat dan keinginan lampau yang tidak dilihat penting oleh warga Universiti.

Akhirnya, siapa yang tersenyum dan ketawa?

Muhd Kamil Ibrahim

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 18, 2007

Surat Pilihan: Tentang Siapa “penulis bebas”

(Respons kepada pertanyaan Tuan April)

Saya kira mana-mana penerbitan tidak boleh menyebut bahawa adanya jawatan penulis bebas. Secara peribadi, penulis bebas adalah ruang kerjaya yang dibentuk oleh individu itu sendiri. Bukan mana-mana organisasi suka hati membuka tawaran jawatan kosong, “Penulis Bebas bagi agensi B&B;.”

Beliau bebas berkarya dengan persetujuan tidak ada bahan penulisan yang dikirim akan menyebabkan kerugian kedua-dua pihak.

Kalau sudah hantar artikel ke majalah A, tunggulah sebulan dan kitar semula dengan wajah dan susunan baru sebelum hantar ke majalah B.

Di Barat penulis bebas ada kategorinya. Mereka meletakkan diri mereka sebagai Penulis Komersial atau Penulis Profesional juga.

Ia fokus kepada penulisan bahan-bahan bisnes seperti risalah, ayat poster, laman web dan artikel yang menguntungkan satu pihak.

Sebagai contoh, jika Tuan April diminta oleh satu pihak jualan langsung menulis mengenai produk mereka dalam bentuk rencana pendidikan (tanpa menyebut syarikat itu) maka saudara juga dikira penulis komersial/profesional.

Salah seorang yang saya tulis dalam buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas ialah cerita Lee Beadling, beliau bukan pakar perubatan, tetapi menulis di majalah bagi tujuan survival isteri dan anak).

Hanya melalui bahan bacaan peribadi dan di perpustakaan, beliau banyak menulis bagi majalah perubatan Orthopedic Today, sedangkan beliau bukan doktor atau lulusan bidang itu.

Kekuatan penulisan beliau menjadikan para doktor meminta beliau menyemak bahan teks kertas kerja mereka dan teks ucapan yang disediakan. Saya kira, Lee Beadling juga dianggap penulis komersial.

Penulis bebas, penulis komersial, penulis profesional adalah kelompok yang sama tetapi fokus kategori penulisan yang berbeza mengikut kecenderungan masing-masing. Meskipun kita ada jawatan tetap, ‘jawatan’ penulis bebas masih boleh dijawat sendiri pada bila-bila masa.

Cuma ‘jawatan’ ini memang perlukan orang seronok dengan menulis, tidak mudah kata “Ah! bosanlah” apabila berhadapan dengan cabaran. Paling mencabar sedia berhadapan dengan persepsi masyarakat, “Jadi penulis? Boleh hidupkah?”

Penulis bebas ini dilihat sebagai kuasa neutral yang boleh memujuk pembaca. Ia menjadi orang tengah bercerita bagi satu pihak kepada pihak lain.

ZAMRI MOHAMED 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 07, 2007

Menjadi Pengarang Selebriti: Pro dan Kontra

Peluang menjadi pengarang selebriti adalah amat istimewa, apatah lagi bagi pengarang non-fiksyen, seperti yang sedang dialami oleh pengarang buku "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman". Sebagai pengarang berstatus selebriti, beliau banyak ditemui wartawan majalah, akhbar, radio dan televisyen, dan ini amat bagus bagi mempromosi karya itu.

Sebagai pengarang, saudara dapat memilih antara:

(1) Diri pengarang itu lebih terkenal daripada karyanya.

Nama dan wajah pengarang selalu muncul dalam media, khususnya TV, sebagai panel forum dan lain-lain, oleh itu dia terkenal. Contoh personaliti kategori ini adalah Dato' Johan Jaafar. 

Walaupun dia sudah menulis buku, tetapi orang tidak kenal bukunya, kerana apabila dia muncul dalam media, bukunya tidak dipercakapkan, sebaliknya dia bercakap hal-hal lain yang tiada kait mengait dengan bukunya. Malah bukunya mungkin tidak dapat dibeli di kedai-kedai buku ternama.

Bagi penerbit buku, pengarang selebriti jenis ini tidak membawa keuntungan, sebab jualan bukunya tidak ikut naik dengan naiknya nama si pengarang. Pengarang juga rugi sebab dia tidak menerima royalti yang lebih tinggi sekiranya jualan bukunya naik. 

Menjadi pengarang kategori ini mempunyai risiko sosialnya sendiri, bukan hanya bagi dirinya, tetapi juga bagi diri pasangannya, anak-anaknya, dan kaum kerabatnya. Semua gerak-geri dan tingkah laku mereka diperhatikan orang.

(2) Karyanya terkenal, tetapi diri si pengarang tidak dikenali orang.

Sebagai contoh buku "Jangan Bersedih" amat terkenal, tetapi bagaimana rupa wajah pengarangnya, tidak ada orang di Malaysia yang tahu. Begitu juga buku "Bercakap dengan Jin" amat terkenal, tetapi hampir tidak ada sesiapa yang tahu siapa Tamar Jalis. Sehingga hari ini identiti beliau masih misteri.

Dalam kes ini, bukunya yang berjaya berstatus ala-selebriti, pengarangnya tidak. Penerbit suka pengarang kategori ini, sebab yang penting jualan buku-bukunya bagus.

Jika saudara memilih menjadi pengarang kategori ini, ia banyak manfaatnya. Pertama-tama kehidupan privat saudara tersimpan kemas. Saudara dapat hidup normal, macam orang lain. Pasangan dan anak-anak serta kaum kerabat saudara juga dapat hidup normal, macam orang lain.

Menjadi pengarang jenis ini adalah paling sukar dicapai. Bukan senang hendak melariskan jualan buku manakala pada waktu yang sama, pengarang tidak mahu berkenalan langsung dengan orang media. 

Pengarang yang bagaimanakah yang sesuai menjadi pengarang kategori ini? Jika saudara mempunyai "kecacatan sosial" maka saudara sebaiknya menjadi pengarang kategori ini.

Sebagai contoh, saudara mahu menulis buku bertemakan "keluarga bahagia" manakala saudara sendiri pernah bercerai, ataupun berkahwin dengan duda, ataupun saudara mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ataupun saudara sendiri masih belum berkahwin walaupun usia sudah lebih 30 tahun. Apabila kecacatan sosial seperti itu diketahui umum, ia menjatuhkan kredibiliti saudara mahupun kredibiliti buku saudara.

Justeru, saudara boleh menulis buku-buku bertemakan "keluarga bahagia" tetapi gunakan nama samaran, dan hindari media. Pilih nama samaran manusia biasa seperti "Normin Abdullah" ataupun "Herman Abdullah". Jangan gunakan nama samaran bukan manusia seperti "Jiwa Romantis" ataupun "Melor Di Rimba". 

(3) Pengarangnya terkenal dan buku-bukunya juga terkenal.

Contoh pengarang kategori ini adalah Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato' Dr. Harun Din. Jika saudara menulis buku-buku yang temanya tidak dapat dikaitkan dengan diri saudara ataupun alam kehidupan peribadi, saudara patut menjadi pengarang kategori ini.

Apabila saudara memilih mahu menjadi pengarang terkenal, jangan bercakap dengan media tentang kehidupan peribadi saudara. Jangan pamerkan siapa pasangan hidup saudara, ataupun siapa anak-anak saudara.

Saudara satu orang sahaja yang ke hadapan. Yang lain jangan, supaya orang tidak tahu mereka, dan dengan itu mereka dilindungi daripada risiko sosial akibat mempunyai suami, ataupun isteri, ataupun ayah, ataupun ibu yang menjadi selebriti.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 25, 2007

Aduhai Kassim Selamat, Apa Khabarmu

Sudah lama Kassim Selamat tidak menghantar kad-kadnya. Mari kita masuk blog DARI KATIL KEKASIHKU dan tinggalkan doa-doa supaya beliau rasa ringan badan, dan dapat menyambung karyanya.

Sewaktu saya mengadakan bengkel di Akademi Aidit, saya berkenalan dengan seorang kaunselor OKU yang biasa menziarahi Kassim Selamat. 

Aduhai Kassim, kita merinduimu... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 12, 2007

Tulis Buku Sambil Berpuasa

Sepanjang bulan puasa ini para penulis mendapat peluang banyak membaca buku dan menulis buku.

Waktu baik bagi menulis adalah selepas bangun sahur sehingga sekitar jam 10 pagi.

Bagi sesetengah orang, jam 6 petang sehingga masuk waktu berbuka adalah masa yang produktif menulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 06, 2007

PTS Tempat OKU Berkarya

Puan Siti Rafidah Hassan Basri adalah seorang yang layak menggunakan label "OKU" bagi dirinya kerana disebabkan oleh penyakit saraf yang dihidapinya beliau bergerak dengan menggunakan kerusi roda ataupun dipapah.

Disebabkan beliau tidak dapat memanjat tangga bagi menghadiri kursus PTS di sekolah al-Ikhlas, beliau mengikuti program khas distance-tutoring SifuPTS yang hanya ditawarkan kepada para OKU sahaja.

Beliau yang memegang ijazah UKM kini mengajar anak-anak jiran tetangganya membaca Quran di rumahnya.

Puan Siti Rafidah amat produktif. Ini adalah bukunya yang pertama terbit. Tujuh buah judul lain sudah siap ditulis dan sedang menunggu giliran diterbitkan lepas satu, satu. Salah satu daripada karyanya adalah jibunsyi.

Sebelum ini PTS menerbitkan 3 buah karya Hamedah Wok Awang yang lumpuh parah dari paras dada ke bawah. Beliau bekas Pengetua Cemerlang dan pensyarah maktab perguruan. Karya beliau setiap tahun diulangcetak.

Kita menunggu karya Kassim Selamat pula!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(13) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 04, 2007

Buku Inggeris: Duit Besar dan Kejayaan

Siapakah yang lebih cenderung berjaya dalam apa yang dimahukannya - individu yang angan-angannya besar ataupun individu yang angan-angannya sederhana?

Contoh angan-angan besar adalah seseorang itu mahu menulis bukunya dalam bahasa Inggeris sebab dengan demikian, dia yakin bukunya akan laku di seluruh dunia, dengan demikian dia berpeluang menerima royalti besar, berjumlah berjuta-juta ringgit... ala-ala JK Rowling.

Contoh angan-angan sederhana adalah seseorang itu mahu menulis 10 buah buku cerita rakyat yang evergreen dalam Bahasa Melayu, sebab jika 1 buku dapat menghasilkan RM3 ribu royalti setahun, dia boleh mendapat RM30 ribu setahun selama berpuluh-puluh tahun.

Kajian dan eksperimen yang dilakukan oleh Prof McClelland, Bapa "psikologi kejayaan" moden mendapati salah satu ciri individu pegagal adalah "angan-angan besar" manakala salah satu ciri individu pejaya adalah "angan-angan sederhana".

Buku 55 Petua ini ditulis sewaktu penulisnya baru bersuia 24 tahun, baru tamat menduduki peperiksaan tahun akhir di universiti.

Buku ini diulangcetak setiap tahun dan sudah terjual lebih 30 ribu naskhah di Malaysia, dan merupakan judul pertama PTS yang berjaya dilesenkan ke Jakarta sebagai edisi Bahasa Indonesia.

Jika 1 naskhah buku ini menghasilkan royalti RM1.50sen, buku ini sudah menghasilkan sekitar RM50k royalti.

Disebabkan buku ini amat popular, penulisnya juga banyak menerima undangan menyampaikan ceramah dan training berdasarkan buku ini dengan menerima yuran ceramah yang bagus.

Kita menganggarkan buku ini sudah menghasilkan sekitar RM80 - RM100k kepada penulisnya semenjak ia diterbitkan, dan ia akan terus menghasilkan lebih banyak royalti dan yuran ceramah bagi beliau.

Buku 55 Petua ini berpotensi menjadi karya berstatus "modern classsic" sebagaimana buku How To Win Friends and Influence People oleh Dale Carnegie dan Management by Objective oleh Peter Drucker dan banyak lagi.

Bagaimanakah angan-angan besar menghasilkan kegagalan, bukan kejayaan?

Menurut McClelland, angan-angan besar cenderung menghasilkan kegagalan disebabkan individu yang berangan-angan besar mempunyai ciri-ciri:

(a) Tidak berfikiran realistik

(b) Tidak berminat dengan fakta, statistik dan maklumat

(c) Tidak mengutamakan perancangan kerja yang teliti

Yang dinamakan "kejayaan" adalah hasil daripada adanya "daya usaha". Matlamat dan angan-angan tidak manjamin kejayaan.

Justeru, daya usaha dengan sendirinya menghasilkan kejayaan. Lebih besar daya usaha seseorang itu, maka lebih besar kejayaan yang terhasil.

Tuhan menjanjikan kepada manusia "Kamu mendapat apa yang kamu usahakan" bukan "apa yang kamu angan-angankan". Malah manusia ditegah daripada mempunyai "angan-angan yang panjang".

Apabila seseorang itu medefinisikan dirinya sebagai seorang "pemburu kejayaan" maka dia telah menjadikan "kejayaan" sebagai matlamat. Ini adalah ciri-ciri psyche pegagal.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 10, 2007

Tahniah! Nenek Ini Penulis Kebanggaan PTS

Pada 15 Ogos nanti, penulis novel ini, Puan Umi Kalthum Ngah akan menerima ijazah Ph.D. beliau dalam bidang kejuruteraan daripada Universiti Sains Malaysia.

Beliau kini seorang profesor madya di fakulti kejuruteraan USM dan sedang bercuti sabatikal di Manchester bagi menjalankan kajian beliau di sebuah hospital di sana selama 9 bulan, dalam bidang kejuruteraan perubatan.

Beliau mula belajar menulis novel dengan menghadiri kelas tatabahasa, teknik surah Yusuf dan teknik KJ Method di PTS. Waktu itu beliau sudah mempunyai cucu. Insyirah adalah nama cucu beliau.

Sebelum subuh beliau akan turun dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, dengan dihantar oleh suami beliau yang juga bertugas di USM, khusus bagi menghadiri kelas-kelas PTS.

Prof. Madya Dr. Umi Kalthum kini sudah menyiapkan novel ketiganya, dan sedang menuliskan novel keempatnya. Atas nasihat Sifu, beliau bersetuju menjadikan tema belajar di luar negara sebagai tema dalam novel-novel beliau bagi mencetuskan inspirasi kepada pembacanya supaya belajar kuat-kuat sehingga dapat melanjutkan pengajian ke seberang laut.

Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Umi Kalthum, seorang jurutera, seorang ahli akademik, seorang isteri, ibu dan nenek yang berjaya menjadi penulis kreatif. Ia adalah pencapaian luar biasa!

Bak kata Tuan jOnOs... Tabik!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 05, 2007

Mengurus Kejayaan

Banyak buku menunjukkan jalan menuju kejayaan. Selepas berjaya, banyak orang yang mengalami pelbagai kegagalan.

Kita diajar macam-macam cara bagaimana hendak berjaya. Kita tidak diberitahu perkara-perkara yang mesti dilakukan, dan yang tidak boleh dilakukan, supaya tidak menjadi mangsa kejayaan kita sendiri.

Kepada penulis buku-buku motivasi PTS, tulis buku itu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 23, 2007

Pokok yang Lebih Tinggi Lebih Banyak Mendapat Angin

Adat hutan, pokok yang lebih tinggi daripada pokok-pokok lain lebih banyak mendapat angin. Begitulah hukum alam.

Saudara mahu menjadi penulis yang lebih glamour daripada penulis-penulis lain, mahu banyak masuk media, mahu banyak muncul di atas pentas, mahu menerima tepukan daripada hadirin, tetapi saudara tidak sanggup dikritik dan dikutuk... saudara menentang hukum alam.

Sebagai penulis berstatus selebriti, saudara menjadi hak masyarakat. Apa yang saudara buat, apa yang saudara tidak buat, diperkatakan orang.

Di kawasan perumahan mana saudara tinggal, kereta apa yang saudara pandu, semuanya diperkatakan orang.

Siapa isteri saudara, apa taraf pendidikan dan profesion isteri saudara, itu pun orang ramai hendak tahu.

Bagi yang tidak sanggup banyak ditiup angin, duduklah sama tinggi dengan pokok-pokok lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 22, 2007

Penulis Banyak Bakat

Adakah saudara seorang yang mempunyai pelbagai bakat? Sebagai contoh saudara mungkin seorang yang mempunyai bakat menulis buku pengetahuan, tetapi saudara juga boleh novel, puisi, bermain alat muzik, menyanyi ataupun bakat-bakat lain.

Apabila saudara seorang yang 'multi-talented', saudara perlu memilih bakat mana yang saudara hendak jadikan modal utama bagi membina hidup selesa dalam dunia penulisan. Jikalau tidak, saudara akan hilang fokus.

Jangan tulis satu buku pengetahuan, satu buku novel, satu buku puisi dan seterusnya. Cara ini tidak membantu saudara menjadi penulis pakar dalam satu-satu bidang, akibatnya saudara tidak terkenal dalam mana-mana bidang, dan saudara tidak dapat membina kelompok peminat bagi karya-karya saudara.

Disebabkan buku-buku saudara itu amat berlainan bidang, buku-buku itu akan diletakkan di rak-rak yang berbeza di kedai buku. Akibatnya pengunjung tidak tahu bahawa saudara mempunyai lebih daripada satu buku. Ia juga menyebabkan nama saudara tidak tertonjol pada mana-mana rak.

Bagi tujuan mencari penerbit pula, saudara mungkin terpaksa mencari lebih daripada satu penerbit disebabkan penerbit yang menerbitkan buku-buku pengetahuan am mungkin tidak menerbitkan novel, manakala penerbit novel pula tidak menerbitkan buku puisi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 20, 2007

Apabila Penulis Selebriti Naik Mahkamah

Memang ada penulis yang mahu menjadi selebriti. Buktinya, sejak buku pertamanya dia sudah tampalkan mukanya pada kulit buku. Bukan penerbitnya yang tampal, dia yang tampal. Perangai suka tengok gambar sendiri adalah tingkah laku selebriti.

Siapakah selebriti di sebelah ini? Klik di sini. (Jangan marah, Prof! Nanti kena jual!)

Di kalangan penulis PTS, ada beberapa nama yang sudah lama menjadi selebriti. Ada pula beberapa nama yang sedang mula menaiki anak tangga menuju status penulis selebriti.

Bagi saudara yang berhasrat mahu menjadi selebriti, ada beberapa perkara yang saudara perlu terima sebagai risiko menjadi selebriti.

1. Sebagaimana kita menilai orang lain, orang-orang lain pun menilai kita. Ini sering kali kita lupa.

Sebagai selebriti, apa yang kita buat sudahlah tentu dinilai orang akan buruk baiknya. Yang kita tidak buat pun dinilai orang! Kata mereka, "Mengapa dia tidak buat itu? Mengapa dia tidak buat ini?" Namanya pun "selebriti".

Kalau saudara tidak sanggup berdepan dengan risiko peribadi dan karya saudara dinilai orang secara negatif, cukup dengan menjadi penulis sahaja, jangan jadi selebriti.

2. Sebagai selebriti, apabila saudara dijadikan bahan tulisan negatif, diam sahaja.


Jangan ambil pusing, apatah lagi jika tulisan itu cuma dalam blog. Bersabar, jangan buat apa-apa, jangan cakap apa-apa.

Jangan tumbuk orang yang mengutuk kita. Kalau orang kecil menumbuk orang kecil, itu bukan berita. Kalau selebriti menumbuk orang kecil, itu berita! Kalau suami selebriti menumbuk entah siapa pun masuk berita utama TV!

Jangan tarik orang kecil itu ke mahkamah. Sebagai selebriti, perbuatan menyaman malu sesiapa sahaja, adalah perbuatan memberi bahan berita sensasi kepada media yang memang hauskan berita-berita sensasi. Saudara habis duit, media buat duit!

Elok-elok tidak berapa orang yang tahu, apabila gambar saudara masuk muka depan akhbar, habis satu Malaysia tahu saudara dikutuk orang dalam blog!

Sudah menjadi psikologi manusia biasa-biasa, kalau ada berita buruk tentang selebriti, orang lebih percaya berita itu tentu ada asasnya. Semakin saudara nafikan, semakin orang percaya berita itu, tidak banyak sedikit, tentu ada benarnya.

Apabila saudara masuk mahkamah, peguambela defendan akan "telanjangkan" saudara dan akan dedahkan pekung-pekung saudara, bagi membuktikan apa yang ditulis oleh anak guamnya itu memang ada asasnya.

Peguam saudara takkan memberitahu bahawa dalam mahkamah nanti saudara akan ditelanjangkan habis-habisan oleh peguam defendan. Kalau dia terangkan, habislah bisnesnya!

Peguam saudara baru memfailkan saman saudara, wartawan sudah terhidu berita itu, besok pagi keluar cerita dalam surat khabar. Perbicaraan belum bermula, belum apa-apa, saudara sudah mendapat malu. Ingatkah lagi kisah selebriti dengan rumputnya?

Wartawan juga yang senyum-senyum, maklumlah dia mendapat berita bagi melariskan jualan surat khabarnya yang semakin merudum....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 19, 2007

Siapa Menumbuk, Siapa Penumbuk

Wahai mentee-menteeku,

Orang baik-baik tidak akan menghayunkan penumbuk pertama. Sesiapa yang mula-mula mengeluarkan buku limanya, dia merosakkan nama baiknya sendiri.

Dalam dunia bisnes buku, nama baik adalah modal utama kita. Orang membeli buku kita selagi mereka yakin kita penulis yang berperibadi baik.

Justeru, apabila peribadi dan buku saudara dikritik dan dikutuk orang, ikut sunnah Nabi Muhammad. Jangan buat apa-apa, bersabar sahaja. Selepas 100 hari, orang lupa.

Apabila kita diam, orang yakin kita orang baik-baik, manakala cakap-cakap orang yang mengutuk kita itu tidak betul, itu sebab kita tidak ambil pusing. Begitulah cara orang Melayu menilai tingkah laku kita.

Apabila kita saman-menyaman, orang akan berkata dalam hati, "Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang."

Di kalangan orang Melayu, membuktikan kita betul, orang lain salah - itu bukan misi penting. Sama sekali tidak penting. Membuktikan kita adalah orang baik-baik - inilah yang paling penting.

Kekalkan nama baik kita. Jangan jadi pihak yang mula-mula menghayunkan penumbuk!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Risiko Sosial Menjadi Penulis

Sesiapa yang mempunyai urusan dan bisnes dengan orang ramai perlu menerima hakikat bahawa diri kita dan produk kita akan dinilai oleh orang ramai.

Tidak mungkin kita dapat menjadi penulis terkenal yang hanya dipuji-puji, yang tidak pernah dikritik oleh pihak lain, baik kritikan itu ditujukan kepada peribadi kita mahupun buku-buku kita.

Tidak mungkin kita dapat menjadi wira tinju jika tidak sanggup menahan sakit dan muka kita lebam-lebum.

Sebagai penulis, jika kita tidak mahu dikritik, malah mungkin dikutuk, jangan jadi penulis. Cukup dengan menjadi pembaca buku-buku orang lain sahaja.

Kritikan dan kutukan bukan semestinya bukti kita penulis yang bodoh, pendusta, penipu. Nabi Muhammad pun dikutuk orang. Sampai saat ini beliau masih dikutuk, sedangkan beliau adalah sebaik-baik manusia, terpelihara daripada melakukan kesilapan.

Jika kita sudah menerbitkan buku, tetapi tidak pernah dipuji dan dikritik, itu bermakna buku kita tidak dibaca orang.

Wahai mentee-menteeku, bersedialah menerima pujian, kritikan, dan mungkin juga kutukan....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 18, 2007

Cobaan Kejayaan

Apabila karya saudara terbit, maka saudara berpeluang menjadi terkenal oleh kebagusan karya saudara itu. Ini lebih-lebih lagi benar bagi saudara yang menghasilkan novel dan antologi puisi.

Maka saudara akan mendapat peminat daripada kalangan strangers yakni individu-individu yang tidak saudara kenali sebelum saudara menjadi pengarang terkenal.

Saudara mudah tergoda oleh kata-kata puja-puji dari mulut para strangers yang memberikan gambaran seolah-olah apa juga yang saudara ucapkan dan tuliskan betul dan bijak belaka. Apatah lagi apabila strangers itu adalah perempuan-perempuan muda dan cantik pula.

Isteri saudara tidak dapat bertanding dengan puja-puji para strangers itu. Tidak dapat! Isteri saudara sangat kenal akan siapa saudara yang sebenar.

Puja-puji daripada strangers yang muda dan cantik mudah menyebabkan pengarang lupa akan siapa dirinya yang sebenar, lalu dia terjatuh ke dalam perangkap di mana dia mula berlakon menjadi apa yang strangers itu mahukan daripada pengarang yang diminatinya.

Ini biasa berlaku kepada pengarang yang lemah peribadinya dan kurang berhati-hati apabila menerima puja-puji daripada peminat @ penggoda.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 03, 2007

Profesor Madya Seronok Menjadi Pelajar Semula

Antara berpuluh-puluh mentee Sifu, ada 4 orang yang memiliki ijazah PhD dan bergelar profesor madya.

Yang terbaru adalah Profesor Madya Dr. Ariff Osman, pakar bius di Fakulti Perubatan Universiti Islam Antarabangsa. Sebelumnya beliau pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau sedang belajar menulis 2 buah novel serentak, iaitu novel profesional dan novel jibunsyi.

Dr. Ariff mencetuskan idea dan mengusahakan pembukaan pusat hemodialisis Islam pertama yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan. Pusat ini memberi perkhidmatan kepada semua golongan pesakit.

Beliau adalah ayah kepada Sdr. Firdaus Ariff. Mereka berdua mengikuti bengkel-bengkel PTS bersama-sama.

Dalam emelnya yang terbaru, Dr. Ariff memberitahu beliau amat seronok menjadi pelajar semula.

Alangkah seronoknya menjadi Sifu kepada tokoh seperti beliau... Wahai Tuhan, hantarkan kepadaku lebih ramai doktor yang mahu belajar menjadi novelis. Amin.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 09, 2007

Penulis Belajar

Kalau pemuzik dan penyanyi dapat hidup sepenuh masa menggunakan bakat mereka, mengapakah penulis tidak dapat hidup selesa dengan pendapatan daripada tulisan mereka.

Ada beberapa perkara penulis dapat belajar daripada mereka dalam industri muzik.

Pertama-tama adalah: Mereka belajar secara formal.

Para penyanyi memang belajar teknik-teknik menyanyi yang betul. Mereka pergi kelas menyanyi. Mereka berguru. Mereka tidak mengharapkan bakat semula jadi sahaja.

Seperti penyanyi, pemain alat-alat muzik memang belajar membaca nota muzik. Mereka belajar teknik-teknik bermain alat-alat muzik. Mereka juga pergi ke kelas muzik. Dan mereka juga berguru.

Mereka sanggup ditunjuk, diajar, dikritik, malah dimarahi oleh guru dan penasihat mereka. Mereka tidak membela diri, tidak defensif.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 01, 2007

Mahu Biasiswa Belajar di Jepun?

Bagi mentee-mentee SifuPTS yang berminat belajar di Jepun, baca blog ini bagi mendapatkan maklumat.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 21, 2007

Penulis Tanpa Ijazah

Sifu menerima sepucuk emel daripada seorang yang tidak memiliki ijazah tetapi amat berminat menjadi penulis. Beliau berasa ragu apakah mungkin beliau menjadi penulis.

Tidak semua buku perlu ditulis oleh mereka yang memiliki ijazah. SN Dato A Samad Said tidak memiliki ijazah, tetapi perpustakaan peribadi beliau amat besar sehingga beliau menggunakan sebuah rumah teres 2 tingkat khusus bagi menyimpan buku-bukunya sahaja.

Jika saudara tidak memiliki ijazah, faktor itu tidak menghalang saudara menjadi penulis. Yang penting adalah ilmu pengetahuan saudara dalam bidang yang saudara mahu menulis.

Sebanyak manakah ilmu yang saudara miliki, ia tergambar dengan mengira sebanyak mana saudara membaca, dan sebesar mana koleksi buku dalam perpustakaan peribadi saudara.

Kata pepatah Tamil, "Apa yang ada dalam senduk, itulah yang ada dalam periuk...."

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 11, 2007

Buku Agama: Ustaz Cemuh Buku Ustaz

Adakah saudara pensyarah di mana-mana fakulti Islam? Dengarlah curahan hati SifuPTS ini....

Bukan sekali dua editor PTS Islamika mendengar kata-kata daripada pensyarah muda di fakulti Islam yang, apabila diajak menulis buku-buku asas tentang Islam bagi bacaan pembaca beginner, mereka tidak mahu, disebabkan 2 faktor:

(1) Buku-buku asas tentang Islam tidak membolehkan mereka naik pangkat.

(2) Mereka takut buku mereka dicemuh oleh rakan-rakan sejawat.

Kalau bukan saudara-saudara di fakulti Islam yang mendukung usaha PTS menyampaikan Islam kepada bukan Islam, siapa lagi?

Tulislah buku-buku yang saudara yakin boleh menaikkan pangkat saudara.

Tulislah juga buku-buku yang menyampaikan Islam kepada bukan Islam, kepada kanak-kanak, kepada remaja, kepada saudara-saudara baru, kepada Islam keturunan yang baru hendak belajar kenal Islam.

Kalau saudara hanya mahu menulis buku untuk naik pangkat, tidak mengapa. Tetapi jangan patahkan semangat rakan-rakan sesama ustaz yang bersusah-payah menulis buku-buku bacaan untuk pembaca beginner, meskipun buku-buku itu tidak diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat mereka, sebab sememangnya mereka itu tidak menulis untuk penerbitan PTS demi mahu naik pangkat.

Kepada pensyarah-pensyarah muda di fakulti Islam, apa Tuhan kata tentang buku saudara, itulah yang penting.

Fatwa Sifu: Menulis buku adalah kerja manusia. Menaikkan pangkat adalah kerja Tuhan.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(27) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 23, 2007

Motivasi Penulis: Ikut Semangat Kerja Penulis Ini

Nama sebenar Puan Ezee adalah Engku Zainon Engku Abdul Rahman. Pendidikan formal beliau adalah bidang akauntansi. Kini beliau menulis sepenuh masa.

Karya-karya beliau dengan PTS diterbitkan oleh PTS FORTUNA (novel KAWAN), oleh PTS ONE (novel remaja SARAH dan KASUT TUMIT TINGGI), dan yang ini, koleksi cerita-cerita agama, diterbitkan oleh PTS ISLAMIKA.

Ada enam (6) judul lain yang manuskripnya sudah siap beliau tulis dan akan diterbitkan oleh PTS.

Sebelum ini beliau tidak pernah tahu beliau mempunyai bakat menulis karya kreatif, sehinggalah pada suatu hari beliau 'saja-saja' datang ke bengkel penulisan teknik surah Yusuf.

Produktiviti beliau yang luar biasa tingginya adalah bukti besarnya manfaat gabungan bakat dengan disiplin kerja yang amat teliti dan sistematik seorang akauntan.

Beliau sejak kecil menghidap asthma yang berat dan menamatkan perkhidmatan atas nasihat pakar perubatan.

Nota: Datanglah ke bengkel-bengkel PTS, mana tahu, seperti Puan Ezee, saudara juga memiliki bakat menjadi penulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 20, 2007

Tip Menjadi Selebriti Buku

Sempena Pesta Buku, para penerbit mengambil kesempatan memperkenalkan penulis masing-masing kepada pengunjung gerai.

Ramai peminat memang datang ke pesta sambil mengharapkan mereka berpeluang berjumpa dengan penulis kegemaran mereka.

Berikut adalah beberapa tip untuk saudara yang akan berada di booth penerbit saudara:

(a) Sudah menjadi fitrah manusia bahawa mereka percaya orang yang mereka minati dan kagumi mempunyai ciri-ciri yang positif pada penampilan dan personaliti.

Jadi tampillah dengan pakaian yang smart dan wajah yang manis dan mesra supaya pertemuan itu meninggalkan kesan positif yang berkekalan pada peminat. Pastikan pakaian saudara bergosok, walaupun saudara seorang seniman komik dan kartun.

(b) Apabila diminta autograf, turunkan tandatangan saudara, walaupun pada buku orang lain, ataupun pada belakang bajunya.

Katakan “Terima kasih!” sewaktu mengembalikan pen peminat itu.

(c) Apabila diajak ambil gambar, terus sahaja bersetuju.

Selesai ambil gambar, katakan “Terima kasih!” dan bersalamanlah. Inilah sebabnya saudara perlu berpakaian smart, gambar saudara itu berharga kepada peminat.

(d) Jika saudara banyak buku, jika ditanya oleh peminat, buku yang mana dia patut beli, pilihkan judul yang sesuai dengan peminat itu dan terangkan rasionalnya.

Ramai peminat mempunyai duit terhad oleh itu tidak mampu membeli semua buku saudara.

(e) Jika staf petugas booth yang memperkenalkan saudara kepada pengunjung, hulurkan tangan saudara kepada peminat, sebelum peminat menghulurkan tangannya kepada saudara. Mereka akan mendapat kesan saudara seorang pengarang yang ramah dan mesra dengan peminat.

Tip-tip ini adalah sebahagian daripada seni mempromosi personaliti saudara dan buku-buku karangan saudara.

Selamat bertemu peminat-peminat saudara!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 17, 2007

Kesilapan Lazim Penulis Pintar

Adakah saudara mempunyai apa yang yang dianggap 'pencapaian luar biasa' di kalangan orang Melayu? Sebagai contoh, ijazah saudara adalah dalam bidang-bidang yang lazimnya orang Melayu 'geruni', seperti matematik, fizik, sains nuklear, kajian angkasa lepas, kejuruteraan nano dan seumpamanya?

Individu-individu Melayu yang mempunyai 'pencapaian luar biasa' lazimnya mempunyai ciri-ciri masalah 'psikologi orang pintar'.

Bukan semua orang pintar mempunyai masalah 'pisokologi orang pintar'. Ada segelintir sahaja. Hati-hati supaya saudara tidak terjebak ke dalam masalah ini. Masalah ini biasanya berlaku di kalangan penulis pintar yang masih muda.

Salah satu ciri masalah orang pintar yang mempunyai 'psikologi orang pintar' adalah mereka itu amat 'passionate' dengan apa-apa yang mereka yakini 'betul'. Passion itu boleh sampai mendorong mereka menulis buku bagi membuktikannya. Mereka mempunyai Misi Besar untuk menyelamatkan kesilapan-kesilapan besar yang ada di sekeliling mereka melalui buku yang ditulis. Lazimnya tidak ada mana-mana penerbit yang mahu menerbitkan buku 'orang pintar' jenis ini. Faktor utamanya adalah isi kandungan buku-buku itu lazimnya bergeser dengan pemikiran agama dan pemikiran sejarah mainstream.

Menulis buku di luar kepakaran bidang yang diikuti di universiti bukanlah perkara salah. Malek Bennabi adalah seorang jurutera, kemudian beliau lebih terkenal sebagai ahli soiologi Islam melalui karya-karya beliau, yang masih dibaca dan terus berpengaruh sehingga hari ini.

Orang yang mempunyai masalah 'psikologi orang pintar' lazimnya mempunyai motivasi yang amat tinggi mahu membuktikan orang-orang lain salah. Motivasi inilah yang mendorong mereka menulis buku.

Membuktikan orang lain salah itu bukanlah perkara yang salah. Apa yang salah adalah menulis buku dengan menggunakan pendekatan dan ayat-ayat yang mempersalahkan jalan fikir orang lain, memperbodohkan kepintaran orang lain, dan memperlekehkan ilmu dan sumbangan orang lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 15, 2007

Risiko Menjadi Penulis Terkenal

Apabila wajah dan nama saudara kerap muncul dalam media, apatah lagi dalam televisyen, saudara menjadi orang terkenal.

Individu-individu yang terkenal melalui media tidak semestinya mempunyai buku. Untuk muncul dalam televisyen, saudara perlu pandai bercakap dan tidak malu kamera.

Wajah Dato' Dr. Mashitah Ibrahim sangat terkenal walaupun beliau tidak mempunyai buku. Sebaliknya, buku-buku Norhayati Berahim menjadikannya penulis paling kaya sekarang, tetapi wajah beliau tidak dikenali ramai disebabkan beliau amat jarang muncul dalam media. Hanya nama beliau sahaja yang terkenal.

Pendedahan yang banyak dalam media tidak semestinya menghasilkan kesan positif semata-mata kepada jualan buku saudara ataupun kepada diri saudara.

Sebelum wajah saudara terkenal, ada baiknya saudara memilih daripada awal-awal lagi jenis keterkenalan yang bagaimana yang saudara sedia terima.

Apabila wajah saudara terkenal, beberapa risiko yang saudara akan hadapi termasuklah:

1. Bukan semua orang suka saudara terkenal, sebaliknya akan ada segelintir individu-individu yang iri hati. Golongan yang iri hati ini lazimnya terdiri daripada mereka yang kenal saudara secara peribadi, baik secara langsung ataupun tidak langsung. Merekalah yang akan menyebarkan maklumat-maklumat negatif yang mereka ketahui tentang diri saudara.

2. Apabila saudara terkenal, kehidupan peribadi saudara menjadi hak awam. Semua orang berminat hendak tahu hal-hal peribadi saudara, baik mereka yang suka saudara mahupun mereka yang tidak suka saudara. Seperti biasa, perkara-perkara yang negatif berkenaan kehidupan peribadi saudara adalah perkara-perkara yang lebih hendak mereka ketahui daripada perkara-perkara yang positif.

3. Pergerakan saudara di khalayak awam menjadi tersekat. Saudara tidak boleh dilihat makan ABC di warung tepi jalan, ataupun membeli-belah di pasar malam, ataupun memandu kereta Kancil, disebabkan hal-hal itu dianggap oleh masyarakat sebagai tidak cocok bagi orang terkenal. Inilah faktor yang menyebabkan kos hidup saudara menjadi lebih tinggi.

4. Kehidupan anggota keluarga terdekat saudara akan terjejas oleh keterkenalan diri saudara. Isteri, suami, tunang, ibu bapa, adik beradik, dan anak-anak saudara akan selalu dikaitkan dengan pencapaian saudara. Jika saudara mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah, mereka menerima tekanan daripada guru-guru supaya menjadi cermin kepada pencapaian saudara.

Sebagai penulis, memang jualan buku saudara meningkat apabila saudara terkenal melalui akhbar dan televisyen, dan mempunyai ramai peminat. Memang duit saudara lebih banyak. Tetapi jika saudara tidak sanggup kehilangan kehidupan peribadi yang normal, wang tambahan itu tidak penting. Wang yang saudara tidak perolehi daripada peningkatan jualan buku saudara itu dapat saudara ganti dengan menambah royalti dengan cara menulis lebih banyak buku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 13, 2007

Penulis Buku ini Lumpuh Akibat Kemalangan Jalanraya

Hamedah Wok Awang pernah menjadi pensyarah maktab perguruan dan pernah menerima anugerah pengetua cemerlang sebelum mengalami kemalangan jalanraya yang menyebabkan beliau lumpuh dari pinggang ke bawah sampai sekarang.

Beliau mula menulis selepas kemalangan itu.

Beliau mempunyai 3 judul dengan PTS dan ketiga-tiganya diulangcetak setiap tahun.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 22, 2007

Tip Survival Penerbit: Bagaimana Penerbit Dapat Merompak Syarikatnya Sendiri

Apabila saudara baru belajar membuka bisnes sendiri, macam-macam orang 'pandai' memberikan macam-macam tip-tip dan panduan menjadi kaya.

Jangan dengar cakap-cakap orang yang bukan bisnesman yang berjaya (dengan mengamalkan etika bisnes yang terpuji).

Jangan fikir bahawa orang bank, ataupun akauntan, tahu seni menguruskan syarikat dan bisnes, meskipun setiap hari mereka bekerja mengira juta-juta duit dalam akaun orang lain.

Salah satu tip bodoh yang banyak ditaburkan oleh orang yang nampaknya macam orang pandai berbunyi begini: "Syarikat biar miskin, asal towkay kaya! Jangan towkay miskin, tetapi syarikat kaya."

Kalau saudara memiliki syarikat penerbitan, katakanlah namanya TIP-TOP Sdn. Bhd., ada banyak cara saudara boleh merompak TIP-TOP, supaya syarikat saudara miskin, manakala saudara kaya-raya.

Yang paling mudah, begini: Mula-mula saudara buka syarikat lain, katakanlah namanya T&T Enterprise (T&T - Tau & Tau).

T&T sebenarnya adalah syarikat kosong, yakni syarikat kelongsong, syarikat yang tidak ada bisnes sebenar. Bisnesnya adalah merompak TIP-TOP!

Lakukan begini: TIP-TOP melantik T&T menjadi 'pembekal tunggal' bagi semua keperluan bisnes TIP-TOP Sdn. Bhd.

Sebagai contoh, apabila TIP-TOP perlu mencetak buku, kerja cetak itu diberikan kepada T&T. T&T jadi orang tengah. T&T cari pencetak dan kowtim-kowtim dengan pencetak.

Pencetak beri sebutharga RM2.30 sen satu naskhah kepada T&T. T&T beri sebut harga RM3.00 kepada TIP-TOP. Nampak?

T&T dapat 'komisen' ataupun 'management fees' daripada TIP-TOP. Duit itu boleh saudara gunakan untuk pelbagai projek memperkayakan kantung saudara anak-beranak.

Satu lagi cara mudah memastikan syarikat miskin tetapi towkay kaya adalah dengan membeli semua kemewahan saudara menggunakan duit TIP-TOP. Apa-apa sahaja - membeli kereta, minyak kereta, servis kereta, pakaian, tiket kapalterbang, sewa kamar hotel, makan di restoran, viagra... bayar dengan menggunakan kad kredit platinum saudara, dan semuanya cajkan kepada akaun TIP-TOP.

Saudara boleh beli apa sahaja barang mahal untuk kegunaan di rumah saudara, dan cajkan ke akaun TIP-TOP - kerusi meja, karpet, peti ais, air-con, mangkuk toilet... semuanya!

Orang-orang 'pandai' yang memberi nasihat bisnes kepada saudara itu akan mengatakan begini: "Syarikat itu kita punya. Apa kita buat dengan duit syarikat, itu adalah hak kita!"

Tetapi ingat, tingkah laku dan budi pekerti pemilik syarikat adalah sumber motivasi kerja yang paling penting bagi kakitangan syarikat. Setiap patah perkataan, dan setiap perbuatan kita sebagai pemilik syarikat, sentiasa didengari, dipandangi, dibacai dan ditafsiri oleh kakitangan syarikat.

Apabila kita berkata, "Kalau macam ini nanti syarikat rugi." ingatlah, bagi telinga-telinga kakitangan syarikat, kita sebenarnya berkata kepada mereka, "Kalau macam ini nanti AKU rugi."

Hanya pemilik syarikat berkualiti kelas pertama akan mendapat kakitangan berkualiti kelas pertama. Antara ciri pemilik syarikat kelas pertama adalah dia tahu-malu kepada kakitangan syarikatnya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 14, 2007

Bagaimana Muhammad bin Abdullah Belajar Menjadi Peniaga (2)

Langkah 2: NM belajar berniaga dengan cara 'berkuli' yakni menjadi pembantu-cum-perantis.

Prinsip: Ajar anak kita melakukan kerja-kerja sebenar dalam dunia perniagaan.

Cara mempelajari ilmu-ilmu perniagaan adalah dengan proses berguru secara praktikum dengan peniaga yang berpengalaman dalam bidangnya. Tidak ada jalan pintas. Proses ini dimulakan pada usia 12 tahun.

Sebagai contoh, pada musim cuti sekolah, serahkan anak kita kepada peniaga itu. Sebaik-baiknya, peniaga itu adalah anggota keluarga sendiri. NM berguru kepada bapa saudaranya, Abu Talib.

Hanya anggota keluarga sendiri yang dengan suka hati mahu mendidik anak-anak kita belajar berniaga di lokasi bisnes mereka. Dalam bahasa hari ini disebut on-the-job-training. Orang lain (kawan baik kita sendiri pun) takkan mahu ada budak-budak 'menyibuk' di lokasi bisnes mereka!

Ajar anak kita supaya belajar dengan cara memerhati, mendengar dan melakukan kerja-kerja sebenar orang berniaga. Aspek praktikum ini amat penting kerana ia membantu meruntuhkan benteng-benteng psikologi, seperti segan, rasa rendah diri, takut dan malu hendak berjualan.

Suruh anak kita belajar mencari modal, berunding harga semasa membeli barang yang akan dijual. Suruh dia mengira harga, menerima wang bayaran, mengembalikan baki bayaran, mendengar komplen pelanggan yang tidak puas hati, mengira modal, mengira untung, suruh dia pergi ke bank menyimpan wang hasil jualan harian.

Biarkan anak kita belajar mengalami rasa sedih apabila orang tidak sudi membeli jualannya, sakit hati apabila ditipu, telinganya pedih mendengar orang mengutuk produknya, biarkan dia kecewa dan gagal apabila modalnya hangus.

Ajar anak kita melakukan analisis di mana dia tersilap, dan ajar dia berfikir bagaimana dia dapat memperbaiki kesilapannya.

Bagi kebanyakan ibu bapa Melayu yang terpelajar, mereka tidak mahu anak mereka belajar melakukan kerja-kerja berjualan, yang mereka anggap merendahkan martabat anaknya, maklumlah anak orang terpelajar.

Anak mereka mungkin tidak malu, tetapi si ibu bapalah yang malu jika orang tahu anak mereka berjualan, sebab bagi ibu bapa Melayu yang terpelajar, anak-anak mereka hanya memerlukan ijazah bagi mendapatkan pekerjaan makan gaji besar.

Ibu bapa Melayu yang terpelajar dan berjawatan tinggi sekalipun amat bangga apabila anak mereka ditawarkan biasiswa, tanpa menyangka, sebagai penerima biasiswa, anak mereka dipaksa 'berkuli' selepas menerima ijazah.

Berkuli bagi membayar hutang belajar bukan sunah NM.

Anak-anak Melayu yang datang daripada keluarga miskin selayaknya belajar dengan biayai kerajaan. Tetapi kelas menengah Melayu mesti membiayai sendiri pendidikan anak-anak mereka supaya tamat belajar anak-anak mereka dapat terus memilih bidang keusahawanan masing-masing.

Ibu bapa kelas menengah mempunyai keupayaan mencarikan pemodal ataupun modal anak-anak mereka memulakan bisnes, melalui kekuatan kewangan sendiri ataupun melalui network profesional ibu bapa itu.

Namun disebabkan anak-anak kelas menengah Melayu terpaksa menamatkan kontrak biasiswa mereka, apa yang kita lihat sekarang, majoriti graduan menganggur yang dimasukkan ke dalam skim usahawan adalah mereka yang terdiri daripada anak-anak kelas rendah, yang ibu bapa mereka tidak berupaya mendukung kemasukan anak-anak mereka menceburi bidang perniagaan sektor-sektor moden, seperti sektor teknologi.

Maka itulah sebabnya apabila anak-anak kelas rendah daripada luar bandar yang masuk skim usahawan, majoriti memasuki sektor pertanian.

Jika kita mahu membangunkan kelas usahawan Melayu dalam sektor-sektor teknologi yang berpusat di zon duit besar dalam kawasan lembah-lembah industri moden, calon usahawan itu mesti memiliki ijazah bidang sains dan teknikal. Mereka mesti datang daripada latar belakang keluarga kelas menengah, yang ibu bapa mereka terdiri daripada golongan terpelajar dalam bidang-bidang sains dan teknikal.

Selama 50 tahun negara merdeka, kerajaan telah berjaya melahirkan kelas teknokrat Melayu yang besar jumlahnya. Tetapi kelas teknokrat Melayu tidak melahirkan calon-calon usahawan dalam sektor teknologi disebabkan sikap teknokat Melayu yang tidak mahu membiayai pendidikan anak-anak mereka sendiri, sehingga anak-anak mereka, serupa sahaja dengan anak-anak keluarga Melayu miskin, terpaksa makan gaji bagi membayar kontrak biasiswa mereka.

Jadi kita lihat, cara kita mengurus modal mental dan bakat bangsa Melayu memang suatu skim kegagalan. Yang kita masukkan ke dalam skim pembangunan usahawan adalah (a) kelompok paling lemah, yakni mereka yang mencari kerja pun gagal, (b) kelompok yang datang daripada keluarga paling lemah, yakni ibu bapa mereka tidak memiliki pelajaran tinggi dalam bidang moden seperti bidang-bidang sains dan teknikal.

Selagi kelas menengah Melayu tidak sanggup mengeluarkan duit sendiri bagi pendidikan anak-anak mereka, nasib anak-anak mereka akan serupa sahaja dengan nasib ibu bapa mereka, yakni menjadi pekerja makan gaji, bukan menjadi majikan yang membayar gaji.

Majoriti kelas menengah Melayu kita hari ini datang daripada keluarga Melayu pendapatan rendah, maka mereka terpaksa belajar di universiti dengan wang biasiswa. Tetapi mereka terus kekal dengan mentaliti si miskin meskipun mereka sudah menjadi anggota kelas teknokrat Melayu.

Jika ibu bapa mereka yang berpendapatan rendah terpaksa mengharapkan biasiswa, itu patut, tetapi, apabila mereka yang sudah layak naik kapal terbang kelas satu dengan tiket kerajaan, sudah mampu memandu mercedes, tetapi masih mempunyai mentaliti si miskin dalam hal membiayai pendidikan anak-anak mereka, ini tidak patut lagi.

Sebagaimana calon usahawan Melayu hasil latihan MARA dan PUNB yang dibrainwash supaya pandai 'merebut peluang-peluang yang ada', golongan teknokrat Melayu juga mempunyai mentaliti suka 'merebut dan berebut-rebut peluang (baca, merebut biasiswa yang disediakan untuk anak-anak si miskin) yang ada', bukannya pandai 'mencipta peluang-peluang' baru bagi anak-anak mereka.

Kita mesti 'keluar dari kotak si miskin', barulah kita dapat melahirkan anak-anak yang kaya raya, yang berdaya membangunkan korporat-korporat milik Melayu sejati, yang mampu mencipta peluang-peluang pekerjaan dan membayar gaji besar kepada ratusan, malah ribuan, staf dalam syarikatnya.

Ibu bapa kelas teknokrat Melayu jangan lagi bangga menceritakan biasiswa apa yang anak-anak mereka ambil, sebab itu sama sahaja dengan berbangga menceritakan anak mereka akan 'berkuli' dengan ijazah tinggi mereka, di mana nanti anak mereka akan pandai mengira duit berjuta-juta, bukan duitnya sendiri, tetapi duit orang lain....

...akan disambung lagi

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 11, 2007

Respons kepada Komen Tun Dr. Kang

Tun Dr. Kang,

Cara Allah mengajar Nabi Muhamad SAW (NM) berniaga amat berbeza daripada cara bagaimana Menteri Pendidikan Tinggi (MPT) dan MARA mengajar orang Melayu berniaga.

NM mula belajar berniaga pada usia 12 tahun. Ini bermakna MPT ataupun Menteri Pelajaran (MP) mesti buka sekolah menengah perniagaan supaya kemahiran perniagaan diajarkan sejak Tingkatan 1 (12 tahun). MP kita buka sekolah menengah sukan, bukan sekolah perniagaan.

NM diperkenalkan kepada dunia dan ilmu praktikum perniagaan pada usia 12. MPT kita tunggu sehingga calon-calon usahawan itu lulus universiti, sudah menganggur, barulah hendak dijadikan usahawan.

NM belajar berniaga dengan ikut Abu Talib, seorang peniaga profesional, pergi berdagang, yakni NM belajar berniaga cara perantis (apprenticeship) dan mentoring.

NM tidak belajar berniaga secara teori, apatah lagi teori-teori yang diajarkan oleh ‘pakar-pakar teori’ yang tidak pernah berniaga, yang cuma mengajarkan apa yang ada dalam buku.

NM belajar berdagang (trading), yakni belajar berjual-beli. Beliau tidak belajar bisnes perkhidmatan (services) ataupun pembuatan (manufacturing).

Cuba tengok modul-modul kursus keusahawan MPT dan MARA, di mana trading tidak diberi tekanan. Akibatnya, usahawan kita ada produk tetapi gagal memasarkan dan menjualnya.

NM menggunakan karektor peribadinya sebagai modal utamanya. Beliau miskin, tidak mempunyai wang yang hendak dijadikan modal, tidak ada produk, tidak pandai menulis kertas projek, busniness proposal, tidak tahu apa itu P&L (profit and loss), tidak ada apa-apa. Beliau cuma mempunyai karektor yang ‘bersih’.

Dengan karektor yang bersih itu beliau mendapat kepercayaan pemodal, yakni Siti Khadijah.

Cuba tengok bagaimana modul kursus yang disampaikan kepada calon-calon usahawan kita, di mana faktor karektor bersih (integriti dan kredibiliti) sebagai modal utama, tidak diajarkan.

Akibatnya, majoriti mereka yang dipilih sebagai calon usahawan oleh MPT dan MARA akhirnya terbukti menjadi usahawan yang bercakap dusta, tidak menepati janji, tidak mahu bayar hutang MARA, tidak bayar hutang pembekal, jadi alibaba, menjadi muka depan kepada pemodal Cina, menjadi kroni orang politik, menyalahgunakan duit modal, mengurat staf sendiri, boros oleh gaya hidup, tidak bayar zakat, menyogok sana-sini bagi mendapatkan projek kerajaan…

Selepas beberapa lama NM menjadi aprentis kepada Abu Talib, barulah beliau mencari produk yang hendak diperdagangkannya sendiri.

Bagi mendapatkan produk itu, mentor bisnes NM, yakni Abu Talib, memperkenalkan beliau kepada seorang pemodal, yakni menggunakan sistem 'personal introducer dan recomendation'.

Dengan sistem 'pemerkenalan dan jaminan' itulah Khadijah menaruh kepercayaan menyerahkan produknya kepada NM tanpa mengenakan sebarang cagaran (colateral-free).

Di situlah NM mendapatkan produk-produk milik Pemodal Khadijah. Beliau memperdagangkan produk-produk itu dan mengambil komisen (sistem profit-sharing).

NM belajar trading jenis ekspot-impot. Beliau ambil produk dari Khadijah di Mekah lalu dibawa ke pusat-pusat perdagangan di luar Mekah dan juga di luar semenanjung Jazirah. Di sana produk-produk itu dijual (diekspot) dan beliau membeli produk-produk sana lalu dibawa pulang ke Mekah (impot).

Hmm…. banyaknya yang masih perlu ditulis (lari dari objektif UNIKA yang asal)…

SifuPTS

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 08, 2007

Penyair dan Pengurusan Bakat

Kita melihat bagaimana dalam kelompok manusia-manusia yang diberikan bakat menulis, kelompok penyair merupakan mereka yang paling corot jumlah pendapatan daripada karya yang mereka hasilkan. Penyair juga adalah golongan penulis yang paling banyak terpaksa menerbitkan sendiri karya mereka.

Bakat menulis puisi adalah bakat yang istimewa dan jarang dimiliki orang. Bakat adalah modal hidup yang dibekalkan Tuhan kepada hambanya yang amat terpilih.

Salah satu isu yang perlu diberi perhatian adalah pengurusan bakat. Inilah aspek yang tidak diberikan perhatian oleh para penyair, yakni bagaimana mereka mempergunakan dan menguruskan bakat yang Tuhan beri bagi memperoleh sumber pendapatan yang selesa.

Suatu perkataan yang patut dipelajari oleh penyair adalah 'eksploitasi' bakat. Mungkin istilah lain yang lebih lembut adalah 'pemanfaatan' bakat. Suatu perkataan lain yang patut dimengerti oleh penyair adalah 'pasaran'.

Banyak orang sebenarnya timid hendak berurusan dengan penyair sebab rata-rata mereka adalah personaliti yang sukar dibawa berunding dalam hal-hal yang melibatkan karya mereka.

Apabila bercakap tentang karya mereka, penyair mudah emosional, tidak rasional, dan mereka juga tidak mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi.

Dalam mempertahankan karya mereka, rata-rata penyair mempunyai sikap zero-sum-game. Kalau mahu, ya ambil semua, terima saja seadanya. Kalau tidak mahu ambil semua seadanya, ya sudah!

Gimana sih mau bisnis...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, March 06, 2007

Jangan Sekali-kali Fikir Begini!

Assalamualaikum Puan,

Saya terjumpa website Unika PTS secara kebetulan. Baru-baru ini saya ada menghadiri satu seminar, dan Alaf21 dan PTS disebut-sebut sebagai publisher terbesar di Malaysia.

Balik daripada seminar, seorang rakan telah memberi satu idea bernas kepada saya yang menyebabkan saya tekad untuk menerbitkan buku tersebut.

Mengikut pemahaman saya, penulis hanya mendapat 8-12% daripada jualan buku sebagai royalti. Peratusan besar dapat kepada publisher, iaitu 55-60%. Kerana sebab itulah saya ingin menerbit sendiri buku itu, yang saya kira 'sangat boleh laris' sekiranya dipromosikan dengan cara yang betul.

Tapi saya juga musykil, sekiranya 'self-publish' itu proses yang sukar. Mungkin saya dikaburi oleh 55-60%. Jadi saya minta nasihat daripada Puan.

Sekian, terima kasih.
HAG.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Apakah Perlu Sifu Mengadakan Bengkel Motivasi Kejayaan

Kepada mentee-mentee SifuPTS, apakah saudara berasa ada baiknya Sifu mengadakan sesi motivasi kejayaan?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Ekoran Cerita “UJANG”: Patutkah Orang Seni dan Penulis Terjun ke dalam Kancah Bisnes

Dunia seni dan dunia bisnes macam langit dengan bumi. Hukum-hakam dan peraturan kejayaan dalam bidang seni dan dalam bidang bisnes sungguh berlainan. Karektor pemain-pemainnya pun amat berbeza. Umpama bola sepak dengan polo air!

Kes seniman terjun ke dalam kancah bisnes bukan perkara luar biasa. Sdr. Ujang hanyalah salah seorang daripada sekian banyak seniman yang pernah melakukannya, dan sehingga saat ini, 10 tahun kemudian, posisi beliau masih jauh daripada gerbang kejayaan kewangan.

Mindset seniman dan mindset orang bisnes amat berbeza.

Apabila orang seni kena tipu, fikirannya terganggu memikirkan ratusan ribu duitnya yang kena kebas. Jiwanya hancur luluh apabila mengenangkan orang yang menipunya adalah orang yang amat dipercayainya. (Kita hanya dapat ditipu oleh orang yang kita percayai.) Jiwa yang hancur luluh itu menyukarkan dia bangun semula.

Apabila orang bisnes sedar dia kena tipu, dia balik rumah macam biasa, makan macam biasa, tidur macam biasa, besok pagi dia bangun dan mula memikirkan di mana dia hendak mencari duit baru.

Mindset orang bisnes tidak memikirkan ratusan ribu duitnya yang hilang, sebab dia tahu kalau difikirkan pun, duit yang hilang tetap hilang, oleh sebab itu jiwanya tidak hancur luluh. Yang difikirkannya adalah duit-duit lain yang masih dapat diperoleh.

Mindset orang bisnes tidak mendendami sahabat yang menipunya. Dia mencari sahabat-sahabat baru yang lebih kredibel.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 01, 2007

Desain Jambatan dan Desain Buku

Apabila para jurutera membina jambatan yang penting fungsinya, mereka mencipta desain jambatan yang dapat bertahan minimum 100 tahun.

Apabila penulis menulis bukunya, ada manfaatnya saudara menetapkan jangka hayat buku saudara itu dalam pasaran. Tetapkan berapa lama saudara mahu buku saudara laku dijual.

Seperti jambatan, buku juga mempunyai desain, walaupun mungkin saudara tidak dengan sadar mendesain buku yang saudara tulis. Justeru, ada jambatan yang desiannya tidak tahan lama, manakala ada jambatan yang desainnya dapat bertahan beratus-ratus tahun.

Desain jambatan yang tahan lama mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada desain jambatan yang tidak tahan lama. Maka demikianlah juga halnya dengan buku.

Salah satu ciri buku yang tahan lama adalah bahasanya. Apabila saudara menggunakan gaya bahasa yang cepat berubah, hayat buku saudara menjadi singkat, sesingkat hayat gaya bahasa itu.

Bahasa Melayu Rendah (BMR) adalah gaya bahasa yang cepat berubah kosa katanya, fraseologinya, idiomnya, simbolismenya, dan pola struktur ayatnya. Justeru apabila saudara menulis menggunakan BMR, hayat karya saudara menjadi amat singkat. Dalam tempoh 2 ataupun 3 tahun sahaja gaya bahasa buku saudara itu sudah menjadi out-of-date.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 17, 2007

Fenomena Digital-Devide dan Kesannya ke atas Nasib Penulis

Pada hari ini, apa yang disebut 'digital devide' terbukti bukan omong kosong lagi.


Jurang yang memisahkan antara mereka yang 'pandai IT' dengan mereka yang 'bodoh IT' bukan hantu momok ciptaan syarikat-syarikat gergasi yang menjual peralatan IT.


Paling bawah, akibat digital-devide, penulis yang tidak pandai menggunakan emel tercicir daripada persaingan mendapatkan penerbit yang baik.


Pada masa ini golongan penulis yang teruk terpukul adalah penulis-penulis generasi 'tua' yang tidak mengambil langkah belajar menggunakan internet.


Sebagai contoh, kolum sastera di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia sudah beberapa kali menerbitkan artikel tentang isu editor muda lebih suka menerbitkan karya penulis-penulis muda sahaja.


Jika saudara berkesempatan pergi ke pejabat editor syarikat penerbit yang mesra IT, saudara tidak akan nampak lagi adanya manuskrip yang tebal-tebal di atas ataupun di bawah meja kecil editor itu. Yang ada hanyalah laptop.


Komunikasi profesional antara editor dengan penulis 100% menggunakan emel. Bagi penulis yang tidak mempunyai alamat emel, yang tidak mahu belajar masuk kafe internet, dengan sendirinya mereka terkucil ke tepi.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(24) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 15, 2007

Motivasi Penulis: Apa itu ‘external locus’

Istilah 'external locus' adalah istilah ilmu psikologi. Perkataan 'locus' bermakna 'tempat', makanya ia menerbitkan perkataan 'lokal' dan 'lokasi'.

Kajian pakar-pakar psikologi mendapati salah satu perbezaan ciri psikologi individu-individu yang berjaya dengan individu-individu yang gagal adalah ciri 'internal locus' dan 'external locus'.

Orang yang berjaya mempunyai ciri 'internal locus', manakala mereka yang gagal mempunyai ciri 'external locus'.

Apabila individu internal locus mengalami kegagalan, dia mengatakan kegagalan itu berpunca daripada dirinya sendiri (faktor-faktor internal) . Dia mengaku dirinya mungkin silap ataupun masih banyak kelemahan dan kekurangan. Dengan demikian dia cuba mengatasi faktor-faktor itu dengan memperbaiki dirinya dan cara kerjanya. Dengan demikian, semakin banyak dia mengalami kegagalan, dia menjadi semakin baik.

Apabila individu external locus mengalami kegagalan, dia menyalahkan pihak-pihak lain (faktor-faktor eksternal) yang dituduhnya menyebabkan dia gagal. Dengan demikian dia tidak memperbaiki dirinya sendiri, malah dia bersikap defensif dan mahukan supaya pihak-pihak lain yang dibetulkan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 08, 2007

Penulis, Penceramah, Jurulatih

Apabila saudara mempunyai buku yang sudah terbit, saudara dapat memilih sama ada mahu kekal sebagai penulis sahaja, ataupun mahu menjadi penceramah ataupun menjadi jurulatih. Dengan menceburi bidang ceramah ataupun latihan, jualan buku-buku saudara akan meningkat.


Masih ada orang yang keliru antara siapa penceramah dengan siapa jurulatih atau 'trainer'.


SifuPTS adalah seorang jurulatih, makanya dalam bengkel-bengkel Sifu, peserta diberi latihan amali. Berikut adalah perbezaan cara kerja antara penceramah dan jurulatih:





  1. Penceramah bercakap di depan khalayak seperti di dalam dewan besar, di TV ataupun di atas pentas di tengah-tengah padang.




  2. Jurulatih bercakap di depan 30 ataupun 40 orang peserta bengkelnya sahaja.




  3. Penceramah bercakap menggunakan mikrofon disebabkan dia bercakap dari atas pentas di dalam dewan.




  4. Jurulatih bercakap menggunakan suara biasa kerana dia menjalankan latihannya dalam bilik latihan yang kecil.




  5. Penceramah boleh bercakap di depan kamera, dalam studio radio dan televisyen, kaset dan CD sebab mereka itu tidak mempunyai ciri 'gerun kamera' ataupun 'gerun mikrofon'. Mereka masih boleh berceramah walaupun tanpa ada audiens di depannya.




  6. Jurulatih tidak mungkin dapat menjalankan sesi latihannya tanpa pelatih-pelatihnya berada di depannya.




Disebabkan orang keliru berkenaan siapa penceramah dan siapa jurulatih, akibatnya, apabila mereka memerlukan jurulatih, mereka mungkin mengundang penceramah. Kemudian mereka mengeluh: “Kita sudah jemput Dr. Si Fulan, tetapi tidak ada perubahan, staf kita masih tidak pandai menjadi jurujual yang agresif!”


Apabila penceramah berceramah, tujuannya adalah memberikan kesedaran dan kefahaman kepada audiensnya.


Apabila jurulatih mengendalikan bengkel, tujuannya adalah memindahkan kemahiran yang beliau miliki kepada pelatih-pelatihnya.


.


.


 


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >