Monday, December 20, 2010

Teknik Surah Yusuf: Senarai Semakan

Di bawah adalah ciri-ciri karya yang indah sebagaimana yang disedut daripada Surah Yusuf:

1. Kisah benar dalam sebuah keluarga (Ya) (Tidak)

2. Watak utamanya lelaki (Ya) (Tidak)

3. Watak pembantu utamanya perempuan (Ya) (Tidak)

4. Tempoh ceritanya panjang, sejak watak utama 8 tahun, selama sekurang-kurangnya 20 tahun (Ya) (Tidak)

5. Jumlah wataknya banyak, sekurang-kurangnya 20 orang (Ya) (Tidak)

6. Watak-watak jahat lebih banyak daripada watak-watak baik (Ya) (Tidak)

7. Tidak ada watak jahat yang dihukum, sebaliknya semua watak jahat insaf sendiri (Ya) (Tidak)

8. Terdapat watak-watak daripada pelbagai latar belakang, usia, bangsa dan status dalam masyarakat (Ya) (Tidak)

9. Watak utama ditimpa malang sekurang-kurangnya 5 kali (Ya) (Tidak)

10. Watak utama berkonflik dengan sekurang-kurang 5 pihak lain (Ya) (Tidak)

11. Pada akhir cerita watak utamanya berjaya (Ya) (Tidak)

12. Plot disampaikan secara kronologi (Ya) (Tidak)

13. Bahasa yang digunakan dalam naratif dan dialog adalah Bahasa Tinggi dan bernilai sastera (Ya) (Tidak)

14. Tidak ada bahasa campur-aduk dengan bahasa asing (Ya) (Tidak)

15. Tidak ada bahasa manja, bahasa bayi dan bahasa mesra (Ya) (Tidak)

16. Tidak ada babak percampuran lelaki-perempuan bukan muhrim yang tidak dibenarkan oleh agama seperti majlis tari menari, disko dan seumpamanya (Ya) (Tidak)

17. Tidak ada babak lelaki perempuan berdua-duaan ataupun babak berasmara (Ya) (Tidak)

18. Tidak ada dialog yang menggunakan bahasa kesat (Ya) (Tidak)

19. Tidak ada gambaran tubuh badan lelaki tampan dan perempuan jelita (Ya) (Tidak)

20. Tidak ada deskripsi pakaian lelaki tampan dan perempuan jelita (Ya) (Tidak)

21. Babak-babak mungkar diceritakan dalam dialog, bukan dalam naratif (Ya) (Tidak)

22. Pengarang tidak masuk ke dalam otak dan hati watak-watak (Ya) (Tidak)

23. Kata sifat tidak digunakan dalam naratif, sebaliknya digunakan dalam dialog (Ya) (Tidak)

24. Tidak ada gambaran alam semulajadi (Ya) (Tidak)

25. Tidak ada ukuran-ukuran spesifik (Ya) (Tidak)

26. Tidak ada simbol-simbol kekayaan (Ya) (Tidak)

27. Tidak ada deskripsi detail ruang dalam bangunan (Ya) (Tidak)

28. 30% pekata di depan kata (Ya) (Tidak)

29. 50% dialog terdiri daripada 1 ayat dalam 1 dialog (Ya) (Tidak)

30. Paling kurang 60 episod (Ya) (Tidak)

31. Satu kad satu episod (Ya) (Tidak)

32. Ditulis secara non-linear ikut KJ Method (Ya) (Tidak)

33. DIALOG. ACTION. SETTING (Ya) (Tidak)

Nota: Makin banyak (Ya), semakin indah novel tuan. . .

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 30, 2008

Apabila Pengedar Terbesar Novel Cinta Ikut Menjadi Penerbit Novel Cinta

Seorang sahabat yang menerbitkan novel-novel cinta baru-baru ini mengeluh. Katanya, jualan novel-novelnya tidak selaju suatu masa dahulu. Puncanya adalah pengedarnya yang terbesar kini sudah tidak membuat pesanan besar lagi.

Sebelum ini, bagi setiap novel yang diterbitkannya, dalam tempoh 12 bulan pengedar itu memesan paling sedikit antara 10 - 12 ribu naskhah kerana pengedar itu adalah pengedar novel cinta yang paling luas rangakaiannya.

Tetapi sejak 2 tahun yang lalu pengedar itu tidak lagi membuat pesanan besar. Ini menyebabkan jualan novel-novelnya turun hampir 40 peratus, suatu pukulan yang parah.

Apabila pengedar sendiri sudah menerbitkan 10 judul novel cinta, buat apa lagi dia mahu promote novel penerbit lain? Maka dia pun edarkan novel-novelnya sahaja.

Apabila kedai meminta novel-novel terbitan syarikat lain, dia pun berkata, "Itu novel sudah tidak ada. Penerbit sudah tidak print lagi."

Kemudian dia akan berkata lagi, "Novel-novel lain ada. Baru masuk setor. Lebih bagus! Lebih laku! Baru 2 minggu terbit ribu-ribu sudah laku. Awak berapa mahu? No problem. Kita boleh hantar hari ini juga!"

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, February 13, 2008

Pasaran Buku-buku Fiksyen Inggeris dan Melayu

Maklumat yang dikumpulkan oleh Jabatan Pemasaran PTS mendapati, di sebuah cawangan rangkaian kedai buku terkenal yang terletak di Lembah Kelang, setiap bulan cawangan itu menjual antara 500 hingga 600 unit judul fiksyen Inggeris, berbanding dengan jumlah jualan fiksyen Melayu yang mencecah antara 5,000 hingga 6,000 unit setiap bulan.

Kepada mentee-mentee Sifu, ini soalan tutorial hari ini: Apakah faktor-faktor yang mendorong kejatuhan jualan fiksyen Inggeris serta meningkatkan jualan fiksyen Melayu?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 02, 2008

Novel Jibunsyi Terbaru PTS

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 03, 2007

Novel PTS Bernilai Motivasi-Inspirasi

Kita masih menerima surat-surat emel daripada penghantar yang sedang mencuba-cuba hendak menjadi novelis. Hampir 99% emel itu datang daripada perempuan.

Sinopsis yang dihantar oleh pengirim perempuan boleh dikatakan 100% hendak mencurahkan perasaan-perasaan negatif - kecewa, marah, sakit hati, tidak puas hati, dendam, benci, sedih, pilu, rindu, muram, kelam...  

Bagi maklumat saudara yang baru berkenalan dengan UNIKA, PTS hanya menerbitkan novel, baik novel remaja mahupun novel bacaan dewasa, yang bernilai inspirasi dan motivasi. 

PTS bukan sebuah rumah ratapan, bukan tempat mencurahkan harapan-harapan palsu dan rintihan-rintihan nasib malang.

Novel-novel PTS berfungsi membangun dan memandaikan bangsa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 28, 2007

Isteri Pertama

 

Selalunya apabila kanak-kanak kampung itu bermain kahwin-kahwin, Sazalilah yang menjadi Tok Kadi. Hampir semua budak-budak kampung itu pernah dikahwinkannya.

“Kamu sudah bersedia hendak berkahwin?” tanya Sazali kepada Zaini, yang baru berusia tujuh tahun.

“Sudah, Tok Kadi,” jawab Zaini sambil tersenyum lebar menampakkan gigi susunya yang tidak cukup dua batang, gara-gara terjatuh dari pokok rambutan.

“Siapa pengantin perempuan?” tanya Sazali lagi sambil matanya ligat memandang semua 'tetamu' yang hadir pada majlis 'pernikahan' itu.

“Ituu!!” Zaini memuncungkan bibirnya ke arah Rosnah yang selalu berseluar panjang dengan rambutnya paras bahu, yang dari tadi asyik bermain-main dengan rambut Sanisah yang panjangnya hingga ke pinggang.

“Saya tidak mahu! Saya tidak mahu kahwin dengan dia, Tok Kadi,” Rosnah merengek-rengek kepada Sazali sambil menarik baju Sazali dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

Sazali menolak tangan Rosnah dan injak jauh sikit darinya.

“Kalau kahwin dengan Khairul, saya mahulah,” Rosnah menuding jari sambil menjeling kepada Khairul dan segera merapati Khairul dengan harapan Khairul juga bersetuju berkahwin dengannya.

“Saya tidak mahu kahwin dengan Rosnah, saya mahu kahwin dengan Sarina,” kata Khairul sambil mencebik dan memusingkan kepalanya mencari Sarina yang sedang berpaut pada bahu Sanisah.

“Sekiranya awak mahukan saya, awak mesti belikan saya kereta, saya hendak rumah saya...” Sarina memberi syarat kepada Khairul.

Sarina pernah mendengar makcik-makcik di kampung itu bersembang mengatakan yang mereka hanya akan mengahwinkan anak-anak gadis mereka dengan orang yang mampu memberi kesenangan kepada anak-anak mereka. Apabila dapat menantu kaya, semua penduduk kampung akan pandang mereka tinggi.

“Baiklah, nanti saya ambil duit ayah saya dan belikan kamu rumah, kereta dan apa saja yang kamu mahu, janji saya dapat kamu!” ujar Khairul memintas percakapan Sarina sambil meninggikan kolar bajunya.

“Kami mahu kereta yang besar dan cantik,” kata Sarina lagi seperti tidak yakin dengan Khairul yang bersetuju dengan syaratnya tadi.

“Alah, ayah saya banyak duit,” Khairul meninggi diri.

Kebetulan Khairul pernah melihat ayahnya mengira-ngira hasil jualan pisang yang tidak seberapa. Namun, pada tanggapan Khairul beberapa keping duit kertas berwarna merah yang dikira ayahnya amat banyak.

“Sudah, sudah, sudah jangan mengada-ngada!” bentak Sazali. Dia mengerutkan dahi sambil mencampakkan batu kelikir kecil yang digenggamnya.

Bosan Sazali melihat sandiwara antara Khairul dan Sarina kerana Sazali juga ada hati dengan Sarina tetapi Sazali tidak berani mengajak Sarina berkahwin. Siapa pula yang akan menikahkan dirinya?

Semua terdiam dan keadaan tiba-tiba menjadi sunyi.

“Habis siapa mahu kahwin dengan siapa?” tanya Sazali memecah kesunyian sambil menolak Khairul supaya menjauhi Sarina.

Lantas Sazali berdiri di antara Sarina dan Khairul.

“Saya dengan Sanisah,” cadang Zain sambil dia mendapatkan Sanisah dan menarik tangan Sanisah untuk berdiri di sebelahnya.

“Saya tak hendak kahwin dengan kamulah! Lepaskan tangan saya!” herdik Sanisah sambil meronta-ronta minta tangannya dilepaskan.

“Alah, kita main-main sahaja,” pujuk Rosnah tersenyum menampakkan lesung pipitnya sambil mengusap rambut Sanisah.

“Dengar sini semua,” kata Sazali untuk meraih perhatian dari atas busut.

Semua mata tertumpu ke arahku, menanti pengumuman penting yang akan kubuat.

“Kamu Sanisah akan jadi pengantin perempuan,” kata Sazali sambil menuding ke arah Sanisah.

Semua para 'hadirin' bersorak meraikan pengantin perempuan. Kedengaran juga lagu “Bunga Rampai' dilaungkan.

“Tetapi olok-olok sahaja, ya Tok Kadi?” Sanisah mengemukakan syarat kepada Sazali, sambil matanya menjeling Zaini. Meluat dia melihat Zaini yang rompong dan berhingus.

“Kalau betul-betul pun apa salahnya?” celah Suhaili yang dari tadi diam sahaja, asyik memerhatikan gelagat rakan-rakannya yang asyik memilih pasangan. Dia memandang Zaini yang tidak henti-henti tersengih kerana suka hendak berkahwin dengan Sanisah.

Sazali terdengar ketawa-ketawa kecil dari arah Khairul, Sarina, Rosnah dan Hamidon.

“Mengikut adat kampung ini, saya yang akan menetapkan siapa berkahwin dengan siapa, faham?” Sazali berlagak seperti Tok Ketua pula.

“Pada hari ini Zaini akan berkahwin dengan Sanisah,” arah Sazali.

“Kahwin olok-olok sahaja, ya Tok Kadi!” Sanisah ingin mendapatkan kepastian lagi.

Sazali mengangguk untuk meyakinkan Sanisah.

“Kaum perempuan duduk hujung sana, dan pengantin perempuan duduk tempat khas. Kamu pengantin lelaki, duduk sini,” arah Sazali kepada mereka sambil memastikan semua mengambil tempat masing-masing.

“Mana ibu bapa pengantin perempuan?” tanya Sazali tercari-cari siapa yang layak memegang peranan ibu bapa pengantin perempuan.

“Pengantin perempuan anak yatim piatu,” celah Hamidon, sekaligus mereka semua ketawa terbahak-bahak.

“Saya tidak mahu kahwinlah kalau macam ini. Emak saya ada di rumah, tahu? Ayah saya ada di kebun,” Sanisah merajuk memuncungkan mulutnya.

“Macam mulut itik,” bisik hati Sazali lalu terukir senyuman mengejek.

“Kami pun tak mahu kahwinlah kalau macam ini,” sampuk Sarina, menyebelahi Sanisah, walaupun tadi kulihat Sarina pun ketawa menyeringai.

“Kamu ini, kami baru melawak sedikit, sudah hendak merajuk, macam budak perempuan!” celah Khairul kepada Sanisah.

Mereka ketawa lagi.

“Engkau pun satu! Sanisah memang budak perempuan,” kata Sazali seolah-olah menyebelahi Sanisah pula. Kini giliran Kahirul pula ditertawakan.

“Sudah, sudah. Mari kita mulakan sekarang acara kahwin-kahwin,” Sazali cuba mengawal keadaan.

“Mana wali pengantin lelaki?” tanya Sazali kepada pengantin lelaki.

“Saya jadi ayahnya,” kata Hamidon memberi persetujuan.

“Mana wali pengantin perempuan?” tanya Sazali lagi.

“Saya,” kata Azam, mengangkat tangan.

“Siapa jadi saksi?” Sazali meneruskan pertanyaannya.

“Saya dan Rahim,” ujar Suhairi sambil menepuk-nepuk bahu Rahim.

“Pengantin lelaki duduk depan saya,” arah Sazali kepada Zaini.

“Baik, Tok Kadi,” Zaini menuruti, menundukkan bandannya untuk ke tempat duduk khasnya di hadapan Sazali.

“Tok Kadi tak pakai songkok, mana boleh kahwinkan Zaini! Kan? Kan?” kata Azam yang muda setahun daripada Sazali, meminta persetujuan dari rakan-rakan yang lain.

“Alah, kita main kahwin-kahwin sahaja” celah Sazali mempertahankan kedudukannya sebagai Tok Kadi.

“Minta kad pengenalan?” lagak Sazali seperti kadi yang pernah menikahkan anak jirannya. Tidak tahu pula Sazali apa gunanya kad pengenalan itu. Hendak dikatakan sebagai barang hantaran, tidak pula, sebab dilihatnya pengantin lelaki menyimpan semula kad pengenalannya.

“Kad pengenalan tak ada,” jawab Zaini jujur.

“Kamu hendak kahwin macam mana? Kad penganalan pun kamu tidak ada,” Sazali lihat Zaini sudah mula cuak dan keadaan pula mula menjadi hingar-bingar. Geli hati Sazali melihat Zaini.

“Tetapi disebabkan kamu orang kampung kita, saya akan kahwinkan kamu juga,” Sazali cuba mententeramkan keadaan dan dilihatnya Zaini kembali tenang.

“Kamu sudah sunat?” tanya Sazali selepas keadaan kembali normal.

“Emak saya kata, nanti apabila umur saya sudah 8 tahun baru saya boleh sunat,” Zaini kembali yakin menjawab soalan-soalan Sazali.

“Cuba kamu mengucap.” Inilah soalan yang pernah ditanya oleh kadi semasa Sazali ikut ayahnya ke majlis pernikahan orang kampung mereka beberapa minggu yang lepas.

“Aastapillah al azimmmm....” Zaini mengucap dengan yakin.

Serentak mereka ketawa, tetapi sebenarnya mereka pun kurang pasti 'mengucap' itu macam mana bunyinya.

“Baca alham,” suruh Sazali lagi.

“Alif Ba Ta,” Zaini membaca 'alham'.

Mereka ketawa lagi. Zaini hanya mampu tersengih-sengih.

“Aku angkat nikah kamu dengan anak Abidin dengan mas kahwin 20 sen tunai.”

Baru sahaja Sazali hendak menghenjut tangan Zaini, tiba-tiba semua ketawa. Sazali terpinga-pinga.

“Aku kahwinkan kamu dengan Sanisah dengan mas kahwin 20 sen tunai,” Khairul membetulkan kesilapan Sazali.

Merah padam muka Sazali, malu tersilap cakap tadi.

“Aku nikahkan kamu Zaini bin Masdar dengan Sanisah binti Abidin dengan mas kahwin 20 sen hutanggg....” lantas Sazali menghenjut tangan Zaini, yakin dia tidak tersilap lagi.

“Aku nikahkan aku dengan Sanisah binti Adidin dengan mas kahwin 20 sen tunai....” Zaini mengulangi ayat Sazali tadi, tetapi agak berlainan.

Mereka ketawa lagi.

“Sah?” tanya Sazali kepada kedua-dua saksi.

“Sah!” kedua-dua saksi menganggukkan kepala tanda setuju.

Kedua-dua mempelai diarak dan disandingkan di atas pelamin. Berseri-seri Zaini di atas pelamin sambil dikipas oleh Hamidon dengan pelepah kelapa. Manakala Sanisah tersenyum-senyum menunduk malu diapit oleh Sarina.

Di kiri dan kanan pelamin, sibuklah Sazali, Khairul dan Suhaili mengetuk tin menggantikan kompang sambil mendendangkan lagu untuk pengantin. Sedang asyik mereka menepung tawar pengantin, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Bertempiaran mereka berlari menuju ke rumah masing-masing.

Habis musnah pelamin mereka ditimpa hujan. Bunga-bunga raya di hadapan pelamin dihanyutkan air, manakala pelepah kelapa yang digunakan untuk dijadikan kipas rosak. Terpaksalah mereka membina semula pelamin yang baru.

Namun akhirnya, sesudah masing-masing dewasa, tiada seorang pun yang jadi berkahwin dengan isteri pertama mereka.

(Petikan dari novel jibunsyi "Chef" karya Chef Zul Desa.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 26, 2007

Komitmen PTS kepada Novel Cinta Islami

PTS adalah komited kepada misi membekalkan novel-novel cinta Islami kepada pembaca yang mahukan novel-novel yang memperkukuhkan nilai-nilai murni dan iman.

Bukan semua orang mahukan novel-novel yang hanya membuai-buai emosi dan berahi. Lebih banyak orang mahukan novel-novel yang penuh dengan nilai-nilai yang baik serta menyelitkan ilmu pengetahuan tentang agama.

Dalam pasaran, akan sentiasa ada pembeli yang mahukan produk-produk yang tidak baik bagi kesejahteraan diri mereka. Demikianlah pula, akan sentiasa ada orang yang hanya mahukan produk-produk yang baik.

PTS akan terus menerbitkan produk-produk yang baik, yang syariah-compliant.

Novel-novel cinta PTS berupaya membuat ibu bapa dan guru-guru berasa selamat dan lega apabila ternampak remaja perempuan membacanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 23, 2007

Akan Terbit! Novel ke-3 Andrea Hirata

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 10, 2007

Memilih Judul Buku: Kosa Kata Feminin Bandar dan Luar Bandar

Mencipta judul buku adalah kombinasi seni dan sains yang triki. Hasilnya, kadang-kadang betul, kadang-kadang salah. Judul yang pengarang suka, pembeli belum tentu suka.

Pengarang yang lulus bidang arsitek mungkin suka benar dengan istilah-istilah senibina yang digunakannya sebagai judul bukunya. Tetapi perlu diingat juga, apakah jualan buku itu ditargetkan kepada sesama arkitek ataupun pembaca awam. 

Jika buku itu ditujukan kepada golongan profesional tertentu sahaja, maka judul-judul yang menggunakan istilah sesuatu bidang ilmu itu adalah betul dan tepat sekali, kerana pengarang dan pembacanya memiliki pengetahuan yang sama. 

Apabila saudara mencipta judul buku, tidak cukup sekadar berkata, "Buku ini untuk pasaran perempuan." ataupun "Buku ini untuk budak lelaki." sahaja.

Apa yang dikatakan "pasaran perempuan" itu adalah besar, dengan sub-subkategorinya sendiri:

(1) Perempuan profesional ataupun bukan profesional.

(2) Perempuan sudah berkahwin dan mempunyai anak ataupun belum.

(3) Perempuan kota ataupun perempuan kampung.

(4) Perempuan berpendidikan agama ataupun bukan.

(5) Perempuan remaja ataupun dewasa. 

Ditinjau dari sudut ilmu linguistik, memang terdapat perbezaan perbendaharaan kata antara pelbagai sub-kelompok dalam masyarakat. Perkataan-perkataan yang digemari oleh satu kelompok belum tentu digemari oleh kelompok-kelompok lain. Sebagai contoh, bahasa lelaki muda berbeza daripada bahasa perempuan muda.

Demikian pula bahasa perempuan muda yang lahir dalam keluarga kelas menengah di bandar-bandar besar berbeza daripada bahasa perempuan muda yang lahir dan dibesarkan di luar bandar.

Kedua-dua novel ini ditargetkan kepada pembaca perempuan muda yang tinggal di bandar-bandar besar.

Justeru, judul 2 buah novel ini menggunakan kosa kata feminin yang menjadi sebahagian daripada bahasa perempuan bandar, yakni perkataan "dafodil" dan "lavender".

Dalam kes 2 buah novel ini, judulnya adalah kombinasi antara perkataan emotif "indah", perkataan warna "ungu" dengan nama-nama bunga "dafodil" dan "lavender".

Pengarang 2 buah novel ini adalah Prof. Madya Dr. Umi Kalthum Ngah, pensyarah kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau menulis novel-novel ini sambil menjalankan penyelidikan semasa bercuti sabatikal selama 9 bulan di sebuah hospital di Manchester.

Sebagaimana dengan novelnya yang pertama, Dafodil untuk Insyirah, dan novelnya yang kedua, Sentuhan Mutaqqin, novel-novel ini juga menggunakan latar kehidupan mahasiswa Malaysia yang menuntut di luar negara, khususnya di Britain. 

Novel-novel Dr. Umi Kalthum Ngah yang menceritakan kehidupan pelajar di luar negara mempunyai peminat yang ramai. Malah beliau sudah mula mempunyai pengikutnya sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, October 06, 2007

Pak Latip Sedang Tulis Novel Apa

Nampaknya inilah wajah novelis sejarah yang paling ngetop sekarang. Semua 4 novel siri sejarah pahlawan Islam beliau diulangcetak dalam tempoh kurang setahun dalam pasaran dan sudah dilesen oleh Jakarta bagi diterbitkan untuk pasaran  Indonesia.

Ini pencapaian luar biasa bagi novel-novel sejarah di bumi Malaysia yang tercinta ini. 

Kita yakin 2 novel sejarah beliau dalam siri sejarah Tanah Melayu (a) Si Bongkok Tanjung Puteri dan (b) Setelah Roboh Kota Melaka akan mengulangi kejayaan siri pahlawan Islam. 

Saat ini novelis ini sedang bertungkus lumus menyelesaikan 2 novel serentak: (a) Sultan Muhammad al-Fateh dan (b) Robohnya Kota Bagdad. 

Rasanya, 20 tahun lagi pun belum tentu akan muncul mana-mana novelis sejarah yang dapat menandingi prestasi tokoh ini. Kita meramalkan, beliau bakal memakai mahkota novelis sejarah paling penting dalam dunia sastera Melayu. 

Ya Allah, Tuhan yang dalam tanganmu nyawa kami semua berada! Kami bermohon panjangkanlah usia sasterawan ini, dan berikanlah dia kesihatan yang baik, moga-moga beliau dapat menghasilkan lebih banyak karya sastera yang Engkau redhai dan disukai pula oleh anak bangsanya. 

Ya Allah, Tuhan yang maha memberi rezeki dan kekayaan kepada hamba-hambamu! Bukakanlah hati-hati mereka yang memilih teks sastera sekolah supaya memilih karya sasterawan ini untuk teks KOMSAS. 

Amin, ya Allah! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 03, 2007

Faktor Kejatuhan Pasaran Novel Cinta: “Cerita Recycle”

Industri novel cinta Malaysia memerlukan produk-produk baru dan segar, yang berbeza daripada apa yang ditawarkan sekarang.

Ada beberapa punca kejatuhan pasaran novel cinta.

Namun 2 faktor utamanya adalah:

1. Terlalu banyak judul baru diterbitkan oleh penerbit-penerbit kecil yang tidak teliti memilih manuskrip dan tidak profesional dari sudut editorial sehingga berlaku lambakan novel bermutu rendah dalam pasaran.

2. Tema dan cerita yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur baru sehingga semuanya hampir serupa, lalu mencipta istilah "recycle" di kalangan peminat novel cinta.

Dalam perbincangan dengan pegawai daripada sebuah rumah penerbit lain, isu ini ditimbulkan dan berikut adalah pandangan yang dikemukakan dalam perbincangan itu. Ada 3 faktor yang menghasilkan kualiti rendah novel-novel cinta sekarang:

1. Penulis novel cinta tidak membaca buku-buku bermutu hasil karya pengarang-pengarang lain.

Justeru mereka tidak mengetahui tentang pelbagai gaya penceritaan lalu mereka hanya menggunakan bakat semulajadi sahaja. Ini menyebabkan tidak ada peningkatan pada gaya penceritaan mereka, ia kekal serupa sahaja sebab mereka tidak pernah mengkaji gaya penceritaan pengarang-pengarang besar.

2. Mereka tidak membaca buku-buku ilmu-ilmu bantu.

Penulis novel cinta tempatan tidak membaca buku-buku lain, seperti buku sejarah, politik, psikologi, falsafah, budaya dan lain-lain. Ini menyebabkan novel mereka tidak mempunyai value-added, yakni tidak ada nilai tambah. Yang ada hanya cerita biasa-biasa, serupa dengan cerita-cerita yang ditayangkan dalam TV.

3. Mereka hanya membaca novel-novel cinta penulis tempatan.

Faktor ini menyebabkan berlakunya fenomena "mental in-breeding" pada idea cerita, gaya penceritaan dan gaya bahasa mereka. Mereka saling tiru-meniru kelemahan dan kesilapan sesama penulis novel cinta.

Jika penulis novel-novel cinta kita masih duduk pada takuk mereka sekarang, penerbit akan mencari produk-produk baru dengan melupakan pengarang-pengarang tempatan. . .

Nota: Wajah penghias cover novel cinta Islami terbitan PTS LITERA ini adalah milik Akauntan PTS! Cik Faraliza, namanya. Desain cover dan foto diambil di studio PTS oleh Pengarah Kreatif PTS, En. Hisham Salmin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 02, 2007

Novelet Sejarah

Ini sebuah novelet sejarah yang ditulis oleh anggota pasukan keselamatan.

Kita mencari lebih banyak bakat kreatif di kalangan anggota tentera, polis dan bomba.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 26, 2007

Pasaran Novel Remaja: Perkembangan Terkini

Pasaran novel awal remaja dan remaja sedang meningkat dengan bagus sekarang. Data jualan PTS bagi kedua-dua kategori ini menunjukkan perkembangan yang amat sihat, yakni setiap tahun semakin meningkat.

Kita tahu perkembangan ini diperhatikan dengan serius oleh penerbit-penerbit milik pelabur Cina kerana mereka mula bertanya-tanya bagaimana keadaan pasaran novel-novel remaja sekarang.

Penerbit-penerbit Cina itu sebelum ini tidak berminat menceburi kategori buku komersial yang dijual di kedai-kedai buku kerana bisnes mereka adalah menjadi kontraktor skim pinjaman buku teks dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan menerbitkan buku-buku berset yang mahal tidak masuk akal, dan dijual secara direct ke sekolah-sekolah.

Apabila menteri pelajaran membuat pengumuman semua murid akan menerima buku teks pinjaman, penerbit-penerbit itu dalam keadaan ‘bingung’ kerana dasar itu menyebabkan mereka kehilangan bisnes utama mereka. Justeru mereka mencari-cari bidang penerbitan baru bagi diceburi.

Bagi PTS, kita mengambil perhatian serius perkembangan terbaru ini. Kemasukan penerbit-penerbit Cina ke dalam pasaran novel remaja boleh mengancam kedudukan PTS ONE, anak syarikat PTS yang khusus menggulati sektor ini.

Penerbit-penerbit Cina itu mempunyai wang bagi membeli dan membayar tunai manuskrip yang dihantar oleh penulis. Mereka tidak berminat dengan sistem royalti kerana ia lebih mahal oleh itu mengurangkan keuntungan mereka. Wang mereka itu dapat menarik penulis-penulis yang memerlukan wang segera.

Kemasukan mereka ke dalam pasaran akan menyebabkan berlakunya lambakan novel remaja dalam kedai-kedai buku, serupa dengan fenomena yang sedang berlaku dengan kategori novel cinta saat ini.

Bagi PTS, hanya ada satu strategi bagi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran iaitu menerbitkan novel-novel berkualiti tinggi dengan idea-idea dan tema-tema baru dari masa ke masa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 23, 2007

Tip Survival Penerbit: Bertahan Menjalani Naik Turun Pasaran Buku

Semenjak PTS membuka pasaran buku-buku motivasi dan pembangunan diri 7 tahun lalu, pasaran kategori ini terus berkembang. Sehingga saat ini belum ada tanda-tanda ia mula menguncup.

Dibandingkan dengan pasaran novel-novel cinta yang saat ini sudah menyaksikan penguncupan, data jualan buku-buku motivasi PTS terus menunjukkan peningkatan normal, maknanya jualan judul-judul itu tidak meletup-letup, sebaliknya perlahan tetapi terus meningkat. Keadaan ini menbolehkan judul-judul motivasi PTS diulangcetak setiap tahun.

Mungkinkah jualan buku-buku motivasi PTS menguncup? Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu memahami faktor-faktor yang menyebabkan pasaran sesuatu kategori buku itu menguncup.

Turun naik pasaran sesuatu produk adalah fenomena normal. Prosesnya berlaku begini. Mula-mula ada sebuah penerbit yang amat berjaya membuka pasaran baru itu sehingga ia menjadi besar.

Melihatkan kejayaan penerbit itu, maka muncullah banyak penerbit kecil-kecil yang terjun masuk ke dalam pasaran.

Model bisnes yang digunakan oleh penerbit-penerbit kecil itu adalah “tidak sustainable” yakni tidak dapat bertahan lama.

Disebabkan mereka adalah penerbit kecil, mereka tidak memiliki staf profesisonal. Mereka ambil manuskrip tanpa memilih-milih dengan teliti, tidak diedit oleh editor profesional, tidak dipakejkan dengan betul, lalu diserahkan kepada pengedar dengan memberi diskaun yang tidak munasabah. Akibatnya mereka beramai-ramai melambakkan buku-buku yang kualitinya rendah ke dalam pasaran.

Meskipun buku-buku yang diterbitkan itu tidak berkualiti, namun ia tetap dapat merosakkan pasaran buku-buku terbitan penerbit besar. Ini yang berlaku apabila jumlah jualan novel-novel cinta ALAF21 jatuh daripada RM18 juta pada 2005 kepada RM15 juta pada 2006.

Sejak 2 tahun yang lalu ini, setiap bulan antara 15 hingga 20 judul baru novel cinta masuk pasaran, 3 judul sahaja oleh ALAF21, menjadikan sekitar 200 judul diterbitkan setahun.

Adakah lebih banyak judul diterbitkan menyebabkan lebih banyak judul terjual? Tidak semestinya. Malah salah satu tingkah laku pengguna adalah begini: Apabila terdapat terlalu banyak pilihan, pengguna akan berpatah balik kepada tabiat lama mereka, yakni membeli apa yang mereka sudah biasa beli.

Lihat sahaja tingkah laku ini dalam TV. Apabila terlalu banyak channel ditawarkan, pengguna cuma menonton beberapa channel sahaja.

Data yang dikutip oleh PTS menunjukkan, pada masa ini hanya sekitar 7 - 10 “nama-nama besar” dalam novel cinta sahaja yang jualan novel mereka masih bertahan. Manakala jualan nama-nama baru adalah lembap ataupun gagal.

Disebabkan penerbit-penerbit kecil itu menggunakan model bisnes yang tidak sustainable, bisnes mereka akan gagal. Dan ini sudah banyak berlaku ke atas penerbit-penerbit kecil. Fenomena ini disebut dengan istilah market-correction pada pasaran itu, dan akhirnya penerbit yang dapat bertahan adalah mereka yang menggunakan model bisnes yang sustainable.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 18, 2007

Di Mana Etika Penerbit Ini?

Sebuah penerbit novel-novel cinta (Penerbit "N") yang dulu aktif dalam pasaran tetapi kemudian gagal survive baru-baru ini menyerahkan semua novel-novel yang pernah diterbitkannya kepada sebuah penerbit Mamak dengan bayaran hampir RM50 ribu. Sudah tentu RM50 ribu itu masuk kantung pemilik Penerbit "N". Satu sen pun tidak dikongsi dengan penulis-penulis yang karya mereka telah dijualkan itu.

Penerbit Mamak (penerbit "F") itu kemudian menerbitkan semula novel-novel itu dan kini ia sudah dicetak dan sudah diedarkan ke seluruh negara.

Adakah Penerbit "N" mempunyai hak menyerahkan harta intelek novelis-novelis itu kepada Penerbit "F"?

Adakah penulis novel-novel itu tahu hak-hak mereka?

Bak kata pepatah Melayu, si bodoh makanan si cerdik. Selagi pengarang-pengarang kita tidak mahu memandaikan diri mereka dengan pengetahuan tentang undang-undang harta intelek dan hakcipta, selagi itulah nasib mereka tidak bertambah baik di tangan para penerbit yang tidak beretika.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 11, 2007

Sang Pemimpi - Andrea Hirata

Inilah wajah novel kedua Andrea Hirata selepas Laskar Pelangi yang diterbitkan oleh PTS.

Semua 4 buah novel Andrea sudah dilesen oleh PTS bagi pasaran Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 02, 2007

Notis! KIRIM Surat Emel kepada Sifu bagi Mendapatkan Teks Ujian

Kepada yang mendaftar untuk projek ini, minta KIRIMKAN surat emel kepada Sifu bagi mendapatkan teks ujian!

............

PTS LITERA UTAMA mencari 5 orang penterjemah karya-karya kreatif untuk projek terjemahan Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu.

Syarat utama mesti mempunyai bakat menulis kreatif.

Bengkel latihan akan diadakan.

Daftar di sini. Tulis nama, emel dan nombor hp.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(35) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 23, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Mencari di Manakah Hero-Heroin Dewa-Dewi Suci dalam Novel Cinta Melayu

Dalam kitab Quran itu terkandung amat banyak cerita. Cerita-cerita itu diiringi dengan ayat yang membawa maksud "...sesungguhnya dalam cerita-cerita itu ada pengajaran bagi kamu...".

Nabi Muhammad juga banyak menyampaikan cerita, sebagaimana yang direkodkan dalam hadis-hadis beliau.

Seperti dalam siri TV, kanak-anak yang banyak menonton siri cerita-cerita tendang-menendang cenderung meniru tingkah laku tendang-menendang itu.

Watak hero dan heroin dalam novel cinta adalah berfungsi sebagai role-model, sebagai pecontoh, sebagai pendidik nilai-nilai moral kepada remaja perempuan yang membacanya.

Kita mengajak para penulis, khususnya penulis novel-novel cinta, supaya hanya menjadikan hero dan heroin dalam karya mereka, pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi yang suci, yang tidak pernah menyentuh kulit perempuan bukan muhrim, ataupun disentuh oleh lelaki bukan muhrim.

Dalam surah Yusuf, Nabi Yusuf yang tampan dan muda belia itu adalah seorang lelaki teruna yang suci, yang berjuang serta terpenjara bertahun-tahun akibat beliau berkeras mempertahankan kesucian dirinya.

Mudah-mudahan, dengan banyak membaca novel-novel cinta yang menghargai kesucian diri, perempuan-perempuan muda kita, dan lelaki-lelaki muda kita, akan meneladani hero dan heroin suci dalam novel-novel yang mereka baca.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 19, 2007

Si Bongkok Tanjung Puteri

Baca di Berita Minggu hari ini. "Si Bongkok Tanjung Puteri" adalah gelaran seorang pemuda cacat yang memimpin pasukan menentang penjajah Inggeris di Johor.

Novel sejarah ini adalah karya Abdul Latip Talib. Ini adalah novel sejarah beliau yang ke-6 dengan PTS FORTRUNA.

Beliau baru sahaja menyelesaikan novel ke-7nya "Sultan Muhammad al-Fateh", pahlawan muda belia yang berjaya mengalahkan penjajah Romawi di kota Costantinople, lalu menamakan kota itu Istanbul.

Kini Abdul Latip Talib sedang menuliskan sejarah bagaimana tentera Mongolia di bawah pimpinan Hulagu Khan, cucu Genjis Khan, berjaya menawan Baghdad.

Empat (4) buah novel Siri Pahlawan Islam beliau telah dilesen serentak oleh Jakarta.

Kita positif novel "Sultan Muhammad al-Fateh" dan "Hulagu Khan" juga akan dilesen oleh Jakarta.

Apabila itu berlaku, Abdul Latip Talib akan menjadi penulis Malaysia paling banyak bukunya diterbitkan di Indonesia!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 18, 2007

Sektor Sastera: Mana Sastera Jantan

Apabila saudara masuk kedai buku, saudara dapat lihat buku-buku sastera remaja sudah (a) diberi rak-rak khas, dan (b) diletakkan di kawasan tidak jauh dari pintu masuk.

Dua perkara itu adalah bukti bahawa buku-buku sastera remaja bergerak laju.

Isunya sekarang adalah (i) mempelbagaikan isi kandungan cerita dalam sastera remaja, dan (b) membanyakkan lagi judul baru setiap bulan.

Dalam keadaan sekarang, majoriti sastera remaja adalah ditargetkan kepada remaja perempuan. Jadi tidak hairanlah apabila perempuan lebih banyak membaca novel.

Buku-buku fantasi pun dipakejkan supaya remaja perempuan suka membeli dan membacanya. Itulah sebabnya wajah kulit buku-buku itu memang sesuai dengan citarasa perempuan.

Jadi kita melihat kesan "ayam dengan telur" sedang berlaku. Penerbit menerbitkan novel untuk perempuan. Perempuan baca novel. Lelaki tidak baca novel. Penulis lelaki pun menulis novel untuk perempuan. Penerbit pun semakin menerbitkan novel untuk perempuan.

Bak kata Sdr. Mat Jan, kita amat mahukan sastera remaja yang lebih "jantan" bagi memenuhi keperluan remaja lelaki. Beliau dipertanggungjawabkan oleh pengurusan PTS supaya membuka pasaran sastera jantan. Berat mana mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 13, 2007

Tulislah Novel “Biasa-Biasa”

Tulislah novel yang "biasa-biasa".

Novel "biasa-biasa" mudah ditulis. Orang yang bakat kreatifnya setakat "biasa-biasa" pun dapat menghasilkannya.

Pasaran novel "biasa-biasa" amat besar - semua perpustakaan awam, sekolah, terutama kedai-kedai buku.

Jadi novel-novel itu mudah dijual. Malah ia dapat diulangcetak setiap tahun, selama bertahun-tahun, disebabkan penggemarnya yang banyak.

Majoriti pembeli novel adalah orang "biasa-biasa". Justeru mereka itu mahukan novel yang "biasa-biasa" sahaja, yang watak-wataknya adalah orang-orang biasa macam mereka, yang mesejnya elok dan mudah difahami, yang ditulis menggunakan bahasa yang bagus, yang syariah-compliant.

Jangan tulis novel "luar biasa" untuk bacaan golongan "luar biasa". Pasaran novel "luar biasa" adalah kecil, hendak dijual 1000 naskhah pun susah.

Nanti Pengurus Kewangan tidak ada duit hendak membayar sewa, gaji, pencetak, bank, EPF, Socso, insuran kesihatan, yuran setiausaha syarikat, yuran auditor luar, peguam, yuran penceramah kursus, bayar elaun perjalanan, utiliti, ganti air-con rosak, beli komputer baru, beli bangunan sendiri, bayar ansuran lori, sewa gerai pesta buku, menghantar delegasi ke luar negara bagi membuka pasaran baru....

Tulislah novel "biasa-biasa".

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 11, 2007

Selepas “Laskar Pelangi” 3 Lagi Novel Andrea Hirata akan Terbit

Inilah wajah ganteng novelis Laskar Pelangi yang menerima sambutan baik di Malaysia. Dalam masa kurang 6 bulan, novel itu habis terjual dan akan diulangcetak.

Tentang novel Laskar Pelangi:

“Menyentuh...” kata Garin Nugroho.

“Mengharukan...” kata Korrie Layun Rampan.

“Menarik...” komentar Sapardi Djoko Damono.

“Kemelaratan yang indah...” tulis Tempo.

“Novel tentang dunia anak-anak yang mencuri perhatian...” puji Gatra.

PTS Litera Utama sudah mendapat lesen menerbitkan semua karya Andrea, termasuk novel keempatnya, Maryamah Karpov yang sedang disiapkan sekarang.

Andrea Hirata muncul tiba-tiba dalam dunia sastera Indonesia dan terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Novel trilogi beliau memang sedari awal dirancang sebagai trilogi. Ketiga-tiganya adalah zaman kecilnya sendiri.

Beliau adalah ahli ekonomi lulusan fakulti ekonomi Universitas Indonesia, kemudian mendapat MA dari Sheffield Hallam University (UK), dan Universite de Paris Sorbonne, (Perancis). Beliau kini bertugas sebagai eksekutif di syarikat telekom Bandung.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 10, 2007

Tahniah! Nenek Ini Penulis Kebanggaan PTS

Pada 15 Ogos nanti, penulis novel ini, Puan Umi Kalthum Ngah akan menerima ijazah Ph.D. beliau dalam bidang kejuruteraan daripada Universiti Sains Malaysia.

Beliau kini seorang profesor madya di fakulti kejuruteraan USM dan sedang bercuti sabatikal di Manchester bagi menjalankan kajian beliau di sebuah hospital di sana selama 9 bulan, dalam bidang kejuruteraan perubatan.

Beliau mula belajar menulis novel dengan menghadiri kelas tatabahasa, teknik surah Yusuf dan teknik KJ Method di PTS. Waktu itu beliau sudah mempunyai cucu. Insyirah adalah nama cucu beliau.

Sebelum subuh beliau akan turun dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, dengan dihantar oleh suami beliau yang juga bertugas di USM, khusus bagi menghadiri kelas-kelas PTS.

Prof. Madya Dr. Umi Kalthum kini sudah menyiapkan novel ketiganya, dan sedang menuliskan novel keempatnya. Atas nasihat Sifu, beliau bersetuju menjadikan tema belajar di luar negara sebagai tema dalam novel-novel beliau bagi mencetuskan inspirasi kepada pembacanya supaya belajar kuat-kuat sehingga dapat melanjutkan pengajian ke seberang laut.

Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Umi Kalthum, seorang jurutera, seorang ahli akademik, seorang isteri, ibu dan nenek yang berjaya menjadi penulis kreatif. Ia adalah pencapaian luar biasa!

Bak kata Tuan jOnOs... Tabik!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 09, 2007

Penyelidikan oleh Pelukis Kulit Novel Sejarah

Detail lukisan ini betul belaka.

Pelukis cover novel-novel sejarah terbitan PTS FORTUNA adalah En. Shamsul Zainuddin.

Sebelum melukis, beliau membuat kajian dengan melawat muzium-muzium yang mempamerkan pelbagai senjata, peralatan dan pakaian askar pada zaman lalu.

Bakat yang baik sahaja belum cukup sebagai modal kejayaan.

Ketelitian proses kerja dan sikap keilmuan yang ada pada En. Shamsul Zainuddin layak menjadikan beliau pecontoh dan pendorong kepada pelukis-pelukis generasi muda.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 05, 2007

Novel Cinta dan Air Mata Seorang Ayah

Puan Sifu,

Terima kasih di atas ilmu yang puan berikan pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Saya rasa sangat terkesan apabila puan menyebut tentang perjuangan, anak-anak derhaka dan tanggungjawab penulis dalam membetulkan persepsi anak-anak muda perempuan tentang cinta dan sebagainya.

Sebenarnya air mata saya jatuh mengalir apabila puan sebut perkara itu tapi saya buat-buat "cover" takut orang nampak. Teringat saya kepada dua orang anak gadis belasan tahun saya di rumah.

Saya mendapat inspirasi hari itu. Terima kasih, Puan Sifu.

Dr. MSM

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 02, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Cinta Dipromosi Sampai Menjadi Berhala yang Disembah-sembah

Majoriti novel-novel cinta yang diterbitkan bagi bacaan perempuan remaja, terutama yang ditulis oleh pengarang-pengarang perempuan, meninggalkan pengaruh tidak sihat ke atas, emosi, psikologi, minda, malah akidah pembaca - kesemuanya itu adalah pengaruh yang merugikan perempuan sendiri.

Secara sublime, secara sangat halus, di bawah sedar, novel-novel itu menjadikan cinta bagi perempuan semacam berhala yang layak disembah-sembah, yang dijadikan tujuan hidup, yang dipuja-puja, yang kepadanya digantungkan harapan hidup, yang kepadanya sanggup dilakukan segala pengorbanan... pengorbanan yang menghancurkan kehidupan perempuan-perempuan remaja itu sendiri.

Bagi bisnesman kapitalis, cinta adalah komoditi yang menguntungkan bagi diperdagangkan.

Komoditi cinta dibalut menggunakan bungkusan novel, filem, lagu-lagu, fesyen, kosmetik, bunga-bungaan, minyak wangi... namakan sahaja, semuanya dipromosi bagi menciptakan ilusi bahawa cinta adalah seluruh makna kewujudan bagi target pasaran yang dinamakan "perempuan muda".

Peng-komoditi-an cinta menyebabkan perempuan muda hari ini yakin kononnya banyak tingkah laku yang salah adalah sebenarnya wajar dilakukan, demi cinta.

Dunia ini penuh dengan tipu daya.

Marilah kita menulis kara-karya cinta yang meletakkan cinta pada statusnya yang betul, sekaligus mengasuh sanubari perempuan-perempuan muda supaya tidak lagi menyembah-menyembah berhala yang diberi nama "cinta".

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Rebranding

Inilah wajah baru novel Ashadi Zain bagi cetakan kedua.

Wajah ini diharap mempunyai appeal, baik kepada pembaca lelaki mahupun perempuan.

Siapa kata novel Melayu tidak dapat dijual?

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 01, 2007

Lagi Maklumat Tentang Pasaran Novel Cinta

Kajian yang kita jalankan dengan bertanyakan kepada kedai buku serta pengedar novel-novel cinta, didapati, kecuali beberapa judul, hayat novel cinta adalah amat singkat, iaitu paling lama 6 bulan sahaja.

Selepas 6 bulan, jualan judul itu jatuh, dan kedai akan memulangkan "return copies" kepada pengedar.

Pada masa ini setiap bulan sekitar 15 - 20 judul baru novel cinta diterbitkan, dengan purata 200 judul baru setahun. Ini adalah jumlah yang amat besar. Ini juga bermakna persiangan sesama novel cinta adalah amat sengit.

Menurut sebuah pengedar novel yang terkenal, volume jualan novel-novel terbitan ALAF21 dan Creative sudah sama banyak dengan jualan novel-novel cinta dari penerbit-penerbit indie.

PTS melakukan kajian tentang pasaran novel cinta kerana ia sudah mula memasuki pasaran novel dengan memperkenalkan novel-novel Islami. Maksud "novel Islami" adalah novel yang isinya mematuhi undang-undang halal-haram dalam Islam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 31, 2007

Tip Survival Penerbit: Cabaran Menjadi Gergasi di Tanah Liliput

Bagi saudara yang bergiat dalam sektor novel cinta, ini ada maklumat yang berguna bagi menyemak strategi kerja saudara.

Kajian yang kita jalankan mendapati para pengedar novel mempunyai mentaliti yang berbeza daripada penerbit. Mereka tidak membezakan novel cinta yang diterbitkan oleh penerbit A, B, C ataupun D.

Di mata pengedar novel-novel cinta, isi dan kualiti novel tidak penting sama sekali. Yang penting adalah diskaun, sebab mereka betul-betul survive atas diskaun.

Isunya, berapa diskaun penerbit sanggup beri: 30%? 40%? 50%? 60%? Pengedar lebih suka menge-push novel-novel penerbit yang memberi mereka diskaun tinggi, meskipun novel-novel itu tidak berkualiti.

Data mutakhir yang kita peroleh dari pasaran menunjukkan volume jualan novel cinta yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit indie sudah sama banyak dengan volume yang diterbitkan oleh penerbit gergasi ALAF21 dan Creative.

Penerbit indie biasanya adalah milik suami isteri, dan semua kerja mereka berdua sahaja buat sendiri, oleh itu kos operasi mereka rendah. Itu sebab mereka sanggup beri diskaun yang besar.

Pengedar novel cinta suka push novel-novel penerbit indie disebabkan mereka sanggup memberi diskaun yang lebih besar dibandingkan dengan diskaun penerbit gergasi. Ada penerbit indie sanggup beri sampai 55% diskaun.

Jadi tidak hairan jika novel-novel cinta terbitan penerbit indie boleh dilihat terdapat dalam banyak kedai di merata-rata tempat. Ini membuat penulisnya amat seronok, maklumlah novelnya ada di mana-mana.

Penerbit besar tidak akan memberi diskaun lebih daripada yang mereka mampu, lazimnya antara 35% - 40%, itu pun berdasarkan volume, sebab mereka menanggung kos operasi yang tinggi seperti cukai syarikat, sewa, gaji, caruman EPF, SOCSO, insurans kesihatan, pelbagai elaun dan seumpamanya.

Memang sebuah penerbit indie takkan menang melawan penerbit gergasi. Tetapi, seperti yang berlaku di Tanah Liliput, apabila jumlah penerbit indie begitu banyak, gergasi pun dapat ditumbangkan oleh mereka. Tetapi, seperti apa yang berlaku di Tanah Liliput, gergasi itu cuma tumbang sementara sahaja, tetapi tidak mati.

Namun game dunia bisnes bukan game yang simple. Ia amat kompleks. Kemenangan jangka pendek belum tentu baik bagi survival jangka panjang.

Apabila hari ini saudara beri diskaun 50% kepada pengedar saudara, sampai bilakah saudara sanggup beri diskaun sebesar itu? Jawabnya, selagi saudara sanggup terus buat kerja berdua suami isteri sahaja. Sudah tua bongkok pun saudara masih buat kerja berdua.

Jika saudara mahu hidup selesa pada zaman tua, saudara perlu membesarkan bisnes saudara. Saudara perlu mengambil pekerja dan mengeluarkan kos tambahan.

Semakin besar bisnes saudara, semakin besar kos operasi saudara. Saudara takkan dapat memberikan diskaun 50% tanpa termakan modal. Jika saudara terus memberi 50% diskaun kepada pengedar, itu harakiri namanya!

Apakah kaitan isu diskaun pengedar dengan penulis? Kaitannya amat kritikal.

Bagi penulis yang menghantar karyanya kepada penerbit kecil, risikonya amat tinggi. Apabila penerbit kecil termakan modal, langkah pertama untuk survive adalah dengan tidak membayar royalti penulis!

Perbuatan tidak membayar royalti penulis adalah harakiri kedua. Apabila saudara tidak membayar royalti, penulis tidak percaya lagi kepada saudara, nama baik saudara jadi busuk, dan saudara tidak mendapat bekalan manuskrip lagi.

Satu demi satu penerbit indie muncul dan kemudian hilang dari pasaran. Akhirnya penerbit besar dapat terus bertahan dengan amalan bisnes yang rasionalistik.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Novel Cinta Paling Laris

Tuan Mat Jan, semasa menyampaikan bengkel sai-fainya Sabtu lalu, beliau mengemukakan faktor-faktor di sebalik fenomena mengapa novel cinta menjadi buku Melayu yang ngetop julannya.

Kajian yang beliau jalankan di kedai-kedai buku utama mendapati kejayaan novel cinta Melayu adalah kejayaan yang di luar kebiasaan dalam erti kata ia adalah kekecualian.

Bagi sektor buku Inggeris dan buku Cina yang dijual di kedai-kedai utama, novel romance tidak menjadi buku paling ngetop jualannya. Bagi kedua-dua bahasa itu, pengarang-pengarang paling terkenal pun bukan pengarang novel-novel romance.

Mengapa novel cinta menjadi buku yang jualannya paling ngetop dalam sektor buku Melayu adalah disebabkan buku-buku lain tidak ada. Demikianlah hasil kajian Tuan Mat Jan.

Hmm... Alangkah banyaknya kawasan Laut Biru bagi industri buku Melayu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 28, 2007

Artis Sebagai Duta Buku

Ada penerbit baru masuk padang buku sedang mengupah penulis hantu menulis manuskrip novel cinta popular untuk diterbitkan di bawah nama 3 orang artis yang sedang naik nama mereka sekarang.

Novel-novel itu ditargetkan kepada remaja yang meminati ketiga-tiga artis itu. Andaiannya adalah peminat mereka yang ramai akan berminat membeli novel-novel itu.

Setiap novel itu akan dicetak 10 ribu naskhah.

Apa pendapat saudara? Adakah strategi pemasaran menggunakan artis sebagai duta produk dapat melariskan jualan novel-novel itu?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 26, 2007

Perang yang Dicicirkan dalam Sejarah Rasmi Bangsa

Buku genre fiksyen sejarah ini karya En. Akiya, seorang penulis Orang Asli.

Apa yang dikemukakan dalam novel ini adalah benar daripada sudut sejarah sebagaimana yang tercatat dalam minda Orang Asli yang menghuni kawasan Perak Selatan.

Sejarah ditulis oleh pihak yang menang. Disebabkan dalam Perang Sangkil itu orang Melayu menang, maka orang Melayulah yang menuliskan sejarah Perak.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 19, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Cinta Boleh, Asmara Tidak Boleh

Apabila membaca novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang, didapati pengarang novel-novel itu tidak membezakan antara cinta dan asmara.

Dalam teori sastera aliran Surah Yusuf, unsur cinta hadir dengan amat jelas, iaitu kisah cinta isteri al-Aziz kepada Nabi Yusuf. Unsur yang sama sekali tidak ada dalam surah Yusuf itu adalah unsur asmara ataupun romance.

Justeru, dalam teori Surah Yusuf, pengarang novel Islami tidak dibenarkan menerangkan babak-babak asmara, sebagai contoh babak di mana hero berasmara dengan heroin.

Ini berbeza dengan novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang, yang menjadikan babak asmara unsur wajib ada. Malah, banyak babak-babak asmara itu menjurus kepada babak-babak di mana hero dan heroinnya bukan hanya berasmara, tetapi lebih daripada itu.

Ada gosip mengatakan, jika pengarang tidak tulis babak asamara, ada penerbit yang mengarahkan supaya ditulis juga, kalau tidak novel itu tidak diterbitkan.

Dalam banyak novel-novel cinta Melayu hari ini, terdapat babak-babak yang penerbit filem Melayu pun tidak berani buat kerana babak-babak begitu tidak akan dululuskan oleh Lembaga Penapisan Filem.

Perkara ini mencetuskan rasa prihatin kerana novel-novel cinta itu menjadi bahan bacaan gadis-gadis remaja Melayu serendah 11 tahun.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 18, 2007

Memasarkan Sastera Serius

Apabila PTS LITERA UTAMA meluncurkan novel berat "Laskar Pelangi" oleh Andrea Hirata ke dalam pasaran terbuka pada wal 2007, dalam tempoh tidak sampai 4 bulan, cetakan pertama sebanyak 2 ribu naskhah bersih terjual.

Novel-novel jibunsyi PTS dalam siri Diari Sebuah Kehidupan juga diterima baik oleh peminat. Judul-judul jibunsyi terawal yang diterbitkan oleh PTS FORTUNA semuanya sudah habis terjual dan kini sedang diulangcetak.

Terakhir, 4 buah novel dalam siri Pahlawan Islam sedang laku keras di Malaysia dan sudah dilesen oleh Jakarta. Laporan dari jabatan pemasaran PTS menunjukkan siri ini amat disukai oleh guru-guru pusat sumber dan pustakawan.

Data jualan novel-novel serius PTS menunjukkan tempurung pasaran novel serius dapat dibelah dengan menggunakan strategi berkesan.

Jadi, jangan percaya lagi dengan kata-kata orang-orang besar DBP yang mengatakan kononnya sastera serius tidak laku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 17, 2007

Siri Novel Sejarah PTS

Bermula dengan novel-novel siri pahlawan Islam, PTS terus menerbitkan novel-novel sejarah.

Tiga novel sejarah yang akan terbit sedikit masa lagi adalah "Si Bongkok Tanjung Puteri", "Setelah Roboh Kota Melaka" dan "Perang Sangkil".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 14, 2007

Dialog Novel untuk Difilemkan

Apabila saudara menulis novel yang mudah difilemkan ataupun dianimasikan, salah satu perkara yang perlu dijaga adalah dialog.

Ayat dialog dalam novel saudara mestilah mudah dilakonkan. Ayat dialog yang panjang-panjang tidak sesuai dilakonkan.

Contoh dialog yang sukar dilakonkan:

Mamat berkata kepada Budin, "Aku sudah lama menyimpan dendam pada Cikgu Misran sebab dulu dia pernah mengatakan aku pelajar yang takkan berjaya mencapai cita-citaku hendak menjadi jutawan. Aku akan buktikan kepadanya apa yang dikatakannya itu salah, biar padan muka dia, biar dia tahu bahawa aku sudah berjaya menjadi jutawan."

Pelakon yang melakonkan dialog itu akan tercungap-cungap, cuba mengucapkan ayat-ayat panjang itu dalam satu nafas.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 13, 2007

Siapa Dapat Duit Gadis Muda

Gadis-gadis muda menyumbang banyak kepada industri buku dan majalah dalam pasaran terbuka. Siapakah yang paling banyak berjaya mengambil wang dari dalam beg duit mereka?

Apabila perempuan muda masuk kedai buku, mula-mula dia akan pergi ke rak majalah hiburan.

Kemudian dia pergi ke rak novel cinta.

Kemudian dia keluar...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 11, 2007

Satu Lagi Nama Baru Novelis Aliran Surah Yusuf

Ini satu lagi nama baru muncul dalam saf karyawan sastera Islami aliran Surah Yusuf.

Dalam novelnya, Puan Saripah Bakar menceritakan kisah benar Sofiah, anakanda sulungnya yang autistik.

Beliau adalah isteri kepada Tuan Mohd Kholid Hamzah, penulis siri Penyiasat Ekstrovert.

Dalam kesibukan mengurus bisnesnya, beliau masih dapat menulis novel ini - berkat menggunakan KJ METHOD.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 10, 2007

Notis! Projek Fiksyen Sejarah

PTS FORTUNA akan masuk sektor fiksyen sejarah. Projek ini dipimpin oleh Otai Mat Jan.

Bagi saudara yang berminat mahu ikut menulis novel fiksyen sejarah, daftar di sini.

Tulis nama, nombor hp dan emel.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(27) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 09, 2007

Strategi Bisnes: Apabila Jerung Terjun Masuk Kolam Keli

Kemahiran berfikir secara strategis adalah amat penting dalam survival dunia bisnes.

Bagi memahami apa yang dikatakan pemikiran strategik dalam bisnes, ambil contoh ini:

Katakanlah syarikat saudara adalah penerbit fiksyen novel cinta yang nilai jualannya sudah RM20 juta setahun. Sekarang saudara hendak membesarkan lagi bisnes saudara supaya jumlah perolehan boleh naik RM2 juta lagi setiap tahun, menjadi RM22 juta, RM24 juta, RM26 juta tahun demi tahun.

Lalu saudara tengok, nun di sana... ada sebuah penerbit lain yang terkenal dengan buku-buku motivasi, dengan nilai bisnesnya baru RM5 juta setahun. Lalu saudara pun berfikir hendak menerbitkan buku-buku motivasi juga.

Adakah strategi ini bijaksana?

Sektor buku motivasi adalah amat kecil dibandingkan dengan sektor fiksyen.

Baik dalam apa jua bahasa, di mana jua negara, sektor buku fiksyen adalah paling besar. Lapan puluh peratus (80%) pasaran buku adalah pasaran fiksyen.

Jika bisnes fiksyen novel cinta saudara sekarang sudah RM20 juta setahun, langkah saudara hendak masuk sektor buku motivasi adalah umpama seekor jerung mengambil keputusan mahu melompat keluar daripada laut besarnya, lalu terjun masuk ke dalam tasik si ikan keli!

Sedangkan, pada waktu yang sama, si penerbit buku-buku motivasi itu sendiri sedang berusaha keras melaksanakan strateginya bagi melompat keluar dari kolam buku-buku motivasi yang kecil, dan hendak terjun masuk ke dalam lautan buku-buku fiksyen yang jauh lebih besar.

Apabila saudara sudah besar dalam sektor fiksyen, adalah lebih baik saudara kekal dalam sektor itu, dan terus mencari strategi baru bagi menerbitkan lebih banyak judul fiksyen.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Flanking dan Blue Ocean Strategy

Flanking adalah salah satu strategi bagi memasuki pasaran lama - justeru dalam pasaran lama itu sudah ada budak besarnya.

Ali Cafe masuk pasaran lama. Kopi segera adalah pasaran lama. Dalam sektor itu sudah ada budak besar yang bernama Nescafe. Tetapi Ali Cafe masuk dengan tidak menggunakan strategi flanking, sebaliknya ia menggunakan strategi bersaing.

Yeo's masuk ke dalam pasaran lama. Minuman ringan adalah pasaran lama. Yeo's menggunakan strategi flanking bagi memasuki padang Coca-Cola dan Pepsi-Cola.

Strategi Laut Biru adalah masuk ke dalam pasaran baru sama sekali. RamLY Burger masuk Laut Biru sebab waktu itu burger hanya dijual dalam restoran. Belum ada burger dijual di luar restoran A&W dan McDonnald. Waktu itu belum ada kedai menjual burger mentah. Justeru RamLY tidak bersaing dengan mana-mana budak besar.

Selepas RamLY Burger merajai sektor burger mentah dalam kedai, masuklah banyak burger-burger lain ke dalam sektor itu. Namun burger-burger kecil itu tidak menggunakan strategi flanking bagi mencuri pelanggan RamLY.

Flanking bukan 1 strategi, tetapi kombinasi banyak strategi yang dilaksanakan serentak. Inilah salah satu faktor mengapa walaupun konsep flanking mudah difahami, tetapi mencipta dan melaksanakan strategi ini adalah kompleks. Ia banyak persamaan dengan strategi ketenteraan bagaimana tentera kecil dapat mengalahkan tentera besar.

Pasaran novel cinta adalah pasaran lama. Pasaran ini besar. Jika saudara mahu masuk pasaran novel cinta, tiru Yeo's. Jangan gunakan strategi bersaing, gunakan flanking.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Berfikir Sebagai Pakar Strategi

Apabila saudara bergiat dalam bisnes penerbitan buku, malah apa jua bidang bisnes, pelajari kemahiran berfikir sebagai pakar startegi.

Jikalau tidak, sukar bagi saudara mahu mencari sektor fokus bisnes saudara, manakala fokus adalah salah satu syarat utama kejayaan bisnes. Tanpa fokus, nanti saudara masuk pasaran dengan judul penerbitan yang rencam.

Memasuki dunia bisnes bermakna berdepan dengan persaingan dalam pasaran.

Sebagai ahli strategi, pertama-tama kenal pasti sektor yang sudah ada budak-budak besarnya. Jangan saudara masuki sektor itu semasa otot syarikat saudara belum cukup kuat. Masuki padang permainan budak-budak besar hanya apabila syarikat saudara mempunyai modal yang besar.

Sebagai contoh, sebagai orang baru dalam bisnes penerbitan, jangan masuk sektor novel popular perempuan, sebab dalam sektor itu sudah ada budak besarnya, yakni ALAF21. Tidak ada pembaca novel perempuan yang tidak kenal brand ALAF21.

Sebagai pemain baru, tanpa modal besar, saudara tidak dapat bersaing dengan ALAF21 melainkan saudara bersaing dengan sokongan pemodal di balik tabir @ alibaba.

Hampir semua pemain baru dalam sektor novel cinta didukung oleh pemodal yang memodali kos mencetak novel-novel yang mereka terbitkan. Di depan sahaja nama Melayu, di belakang adalah pemodal Mamak ataupun Cina.

Ada dua jenis pemodal alibaba yang popular: (a) Tuan punya syarikat pengedar, dan (b) Tuan punya kilang cetak. Merekalah yang bersedia mengeluarkan modal kos mencetak novel-novel yang saudara terbitkan.

Sudah ramai orang Melayu yang main game menjadi orang depan kepada pemodal, tetapi sampai saat ini, strategi begini belum menghasilkan penerbit Melayu yang berjaya.

Jika saudara mahu masuk padang di mana budak-budak besar bermain, jangan masuk menggunakan strategi bersaing. Gunakan strategi lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 08, 2007

Hak Penerbitan 4 Buah Novel A Latip Talib Sekaligus Dilesen oleh Jakarta

Sudahlah dapat pelanduk, tanduknya pula emas.

Apa hendak dikatakan lagi, melainkan syukur kepada Tuhan yang maha memberi rezeki.

Maka terbukti, tidaklah benar sangkaan kononnya karya sastera Malaysia tidak dapat diekspot ke Jakarta.

Empat buah novel ini ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan dengan menggunakan teknik surah Yusuf.

A Latip Talib sedang menyiapkan novel Sultan Muhammad al-Fateh, pahlawan yang mengalahkan tentera empayar Romawi bagi menawan Constantinople lalu menamakannya semula menjadi Istanbul.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 07, 2007

Dialog dan Monolog dalam Surah Yusuf

Dalam novel, ada dua jenis dialog - ada dialog dan ada monolog. Dalam surah Yusuf, 86% ayat-ayat dalam surah itu mengandungi dialog, manakala hanya 1 ayat yang mengandung 1 monolog.

Ayat 77: Mereka (abang-abang Nabi Yusuf) berkata, “Kalau dia (Bunyamin) mencuri, maka tidaklah pelik, kerana sesungguhnya saudara kandungnya (Yusuf) dahulu pernah juga mencuri.” (Mendengar kata-kata yang menyinggung itu) maka Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakan kepada mereka, sambil berkata dalam hati, "Kamulah yang lebih buruk keadaannya, dan Allah maha mengetahui akan apa yang kamu katakan itu.”

Salah satu manfaat dialog yang banyak adalah ia memudahkan novel dialihkan menjadi skrip TV ataupun skrip filem, ataupun dikomikkan. Manakala, monolog menyebabkan novel sukar dialihkan menjadi skrip.

Monolog terdiri daripada 2 jenis:

(1) Monolog yang merupakan dialog dalam hati, yakni watak bercakap kepada orang lain tetapi dialog itu tidak diucapkan dengan mulut.

Contoh dialog dalam dalam hati: Dalam hatinya, Mamat berkata, "Budin... Budin... Mengapalah kamu bodoh benar." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.

(2) Apabila watak berkata-kata kepada dirinya sendiri, itu adalah monolog juga.

Contoh dialog dengan diri sendiri: Dalam hatinya Mamat menyesali dirinya sendiri, "Sampai hati dia buat aku begini. Tidak mengapalah, Tuhan akan balas perbuatannya." Bayangkan bagaimanakah monolog ini dapat dilakonkan.

Monolog hanya dapat dibaca. Ia tidak dapat dilakonkan. Jadi, apabila saudara menulis buku cerita, ataupun novel, bagi tujuan dialihkan menjadi skrip TV ataupun filem, ataupun komik, monolog tidak sesuai.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 04, 2007

Apa Itu Cameo

Cameo berbeza daripada cross-over. Kedua-duanya adalah konsep yang semakin popular.

Di Malaysia, Ramli Awang Morshid adalah pengarang novel pertama memperkenalkan konsep cameo dalam karyanya.

Baca lebih lanjut di sini penerangan tentang cameo oleh Profesor Kecil Firdaus Ariff.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 6 pages  1 2 3 >  Last »