Catatan Hasil Pertemuan dengan Presiden SWAM Datuk Yusof Haslam
SWAM diwakili oleh Datuk Yussof Haslam, Puan Sujiah Salleh (penulis skrip profesional dan bekas pensyarah perfileman di USM) dan En. Akmal Anas (setiausaha SWAM).
PTS diwakili oleh Chairman PTS dan Presiden PTS, En. Arief Rahmad.
1. Pihak SWAM ingin menerbitkan contoh-contoh skrip filem dan drama TV yang terbukti telah diterima baik dalam pasaran. Sebagai contoh filem SEMBILU sampai sekarang masih memegang rekod box-office kutipan lebih RM6 juta.
2. Pihak Scope Production berminat melesenkan skrip GERAK KHAS (GK) kepada PTS supaya ditulis menjadi siri novel penyiasatan remaja. Siri GK sudah hampir 9 tahun dan sudah lebih 400 episod tayangan diterbitkan dengan lebih 200 cerita. Jika cadangan ini dilaksanakan PTS memerlukan penulis-penulis yang berminat ikut serta dalam projek ini.
3. Pihak SWAM berminat hendak mengetahui lebih lanjut sejauh mana siri novel jibunsyi PTS dan novel-novel remaja terbitan PTS dapat dijadikan skrip filem dan darama TV. Suatu majlis taklimat khusus tentang novel-novel PTS akan diadakan untuk SWAM pada tarikh yang sesuai.
4. Presiden SWAM, Datuk Yusof Haslam, bersetuju datang memberi taklimat kepada para penulis siri jibunyi berkenaan teknik menuliskan skrip jibunsyi menjadi lakon layar drama TV.
Beliau sangat menggalakkan penulis jibunsyi belajar teknik menulis skrip drama TV kerana para penerbit memerlukan lebih banyak penulis skrip yang berkelulusan dalam bidang-bidang profesional.
(Barangkali Tuan MBA-san dan myJICA dapat mendukung projek jibunsyi ini sekali lagi.)
Dalam tempoh 2.30 jam perbincangan itu, teramat banyak kita belajar daripada Datuk Yusof Haslam. Terasa tidak sabar pula kita hendak menyampaikan apa yang dipelajari itu kepada penulis-penulis novel PTS!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Inilah novel pertama terbitan PTS LITERA UTAMA Sdn. Bhd., anak syarikat terbaru dalam Kumpulan PTS.










salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o