Adalah dimaklumkan editor pengurusan PTS Islamika, Cik Fatimah bt Danial, akan menamatkan perkhidmatannya di PTS pada 30 April ini. Beliau adalah puteri kepada Dr. Danial Zainal Abidin. Beliau akan pulang ke Pulau Pinang bagi memulakan karier sebagai usahawan bersama keluarga.
Fatimah, berkelulusan ijazah muda dalam bidang biokteknologi dari USM, berkhidmat dengan kumpulan PTS bermula Mei 2003 sebagai editor pelatih sebelum dilantik menjadi editor penuh PTS Pubications & Distributors Sdn Bhd.
Atas khidmat cemerlangnya yang merangkumi dedikasi, usaha tanpa jemu dan ketelitian kerja-kerjanya, Fatimah kemudian dilantik sebagai editor kanan dan akhir sekali editor pengurusan di PTS Millenia Sdn Bhd.
Apabila kumpulan PTS berhasrat menubuhkan PTS Islamika, beliau sekali lagi diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menjadi tulang belakang dan perintis projek Islamika bersama tim nukleus PTS Islamika. Bermula dari proses perancangan sehinggalah Islamika mencapai status operasi pada Jun 2006, beliau banyak terlibat mengendalikan urusan pra-penerbitan, dari manuskrip mentah hinggalah terbit menjadi buku.
Beliau juga banyak terlibat dalam melatih editor-editor baru dan editor bebas di PTS.
Kumpulan PTS khususnya PTS Islamika ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat dan jasa cik Fatimah bersama PTS. Allah jua yang layak yang membalasnya.
Warga PTS amat terasa kehilangan rakan setugas yang cukup sabar dan banyak berkongsi susah senang bersama PTS sejak dari PTS mula bertatih lagi. Semoga semangat, dedikasi, komitment dan peribadi muslimah solehah beliau sentiasa menjadi dorongan serta inspirasi kepada rakan-rakan setugas yang lain, khususnya generasi muda PTS, insya'Allah.
Di doakan agar beliau terus berjaya dan cemerlang dalam apa jua kerjaya dan bidang yang diceburi. Jazahallahu khairan kathira - semoga Allah memberi balasan baik sebanyak-banyaknya kepada beliau. Wallahu'alam.
Sebarang urusan PTS Islamika yang berkaitan dengan beliau kini diambil alih oleh editor PTS Islamika, Cik Firdaus Tahir
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Salam, Sifu
Saya mendaftarkan diri. Azrul bin Jaini, emel:
Wassalam