Friday, May 13, 2011

Skrol ke Bawah Bagi Membaca Entri Terbaru

Blog ini dikemaskini setiap pagi dan setiap hari.

Bagi mengetahui bagaimana PTS diuruskan dan bagaimana PTS memilih manuskrip pengarang, klik http://penerbitpts.blogspot.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(26) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 25, 2010

Masuk Kelab Peminat PTS!

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(98) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 14, 2012

Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru
1. Saranghaeyo Arumi 3000    
2. Awak Semanis Red Velvet 3000
3. Cinta Bintang Jatuh 3000    
4. Riyadus Solihin 1945    
5. Aku Mahu Ke New York 1 - Ed. Kemas kini 2000    
6. Aku Mahu Buli-Edisi Kemas Kini 3000    
7. Senah White dan Wannababes Kerdil 6000
8. Aku Mahu Bunga Di Hati 6000    
9. Aku Mahu Cincin Di Jari 6000    
10. Alakudin dan Lampu Tidak Ajaib 6000    
11. Lawak Sekolah: Belajar Berkenalan 6000    
12. Mukjizat Solat Sunat Rasulullah 5000    

Judul Ulang Cetak    
1. Komik-M: Meon 2 - Perang Bola Kampung 3000    
2. Komik-M: Meon - Perang Bola Kampung Lagi 3000    
3. Travelog Syahadah 3000    
4. Pen Merah Pen Biru 2000    
5. Salju Sakinah 1000    
6. Mengurus Harta Pusaka 1500    
7. Lasykar Pelangi 1000    
8. Komik-M: Meon 1 - Perang Terung Manggor 2000    
9. Usahawan Cilik - Raja Sosej dan Ratu Mayonis 1500    
10. Aku, Dia & Glamor 2000    
11. Imam Hanbali - Penegak Kebenaran 3000    
12. Semurni Kasih Adam Seutuh Kasih Hawa 3000    
13. Mudahnya Berkahwin Dalam Islam  3000    
14. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah 2000    
15. Umar Abdul Aziz: Bayangan khalifah 1000    
16. Bilal bin Rabah 3000

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, May 13, 2012

Skrip Jualan Produk Training dalam Bahasa Melayu Perlu Meyakinkan Pelanggan GLC

Banyak korporat GLC yang kakitangannya adalah 100% Melayu belum menyedari peranan dan kuasa pasaran Bahasa Melayu.

Sebagai contoh, pegawai-pegawai dalam jabatan latihan di syarikat-syarikat takaful tidak mahu mengambil produk training dalam bahasa Melayu, padahal 100% kakitangannya adalah Melayu dan hampir 100% pelanggan mereka adalah Melayu.

Trainers Melayu perlu meyakinkan GLC-GLC Melayu bahawa penggunaan Bahasa Melayu dapat meningkatkan bisnes dan keuntungan korporat.

Genting Berhad sudah lama menyedari kuasa pasaran Bahasa Melayu. Sudah sejak lama Genting Berhad menggunakan Bahasa Melayu bagi meningkatkan jumlah pengunjung Melayu ke resortnya.

Setiap kali menjelang musim cuti sekolah, Genting Berhad mengeluarkan bajet besar bagi memasang billboard iklan-iklan di tepi jalan. Iklan-iklan itu semuanya ditulis dalam Bahasa Melayu 100%.

Iklan-iklan itu mempromosi percutian keluarga di kota keriangan Genting Highlands.

Genting Berhad menggunakan Bahasa Melayu bagi memujuk golongan kelas menengah Melayu supaya membelanjakan duit mereka di resort-resortnya.

Genting berhad tidak menggunakan bahasa Inggeris, walhal kelas menengah Melayu sangat berbangga dengan penguasaan bahasa Inggeris mereka.

Billboard iklan Genting Berhad itu adalah bukti bahawa korporat itu sudah lama menyedari, jika mahu menarik duit orang Melayu, caranya adalah dengan menggunakan Bahasa Melayu.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 12, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Membangunkan Produk untuk Pelanggan

Pada asanya, bisnes training menjual kepada:

1. B-to-C (business-to-customer).

Maksudnya syarikat menjual kepada pelanggan individu. Di dalam sektor ini ada duit, tetapi situasi pasaran jenis ini di negara kita masih belum matang, jadi lubuk duitnya masih kecil.

2. B-to-B (business-to-business).

Maksudnya, syarikat menjual kepada syarikat, ataupun syarikat menjual kepada organisasi awam. Di sinilah letaknya lubuk duit yang sebenar.

Bagi memasuki pasaran ini, titik masuknya tinggi kerana pelanggan dalam kategori ini hanya membeli modul-modul yang berkualiti profesional. Inilah yang menyebabkan sektor ini banyak membeli modul-modul yang diimport oleh pembekal lokal, yang menjadi agen pemasaran kepada modul luar negara itu.

Pada masa ini sudah ada banyak GLC gergasi yang diketuai oleh tokoh-tokoh korporat berbangsa Melayu, jadi faktor ini adalah suatu keberuntungan bagi syarikat-syarikat training Melayu.

Isunya sekarang, tokoh-tokoh korporat yang memimpin GLC-GLC itu masih tidak membeli modul-modul yang ditawarkan oleh trainer Melayu disebabkan isu kualiti modul yang ditawarkan tidak mencapai mutu yang mereka mahukan.

Justeru, syarikat-syarikat training Melayu perlu membangunkan modul-modul berkualiti tinggi yang memenuhi ekspektasi pasaran GLC. Memang kos pembangunan produk seperti itu adalah tinggi, namun bagi memancing ikan besar umpannya juga perlu besar.

Tetamu-tetamu luar makan roti lazat di atas meja. Tuan rumah hanya makan reja-reja roti yang jatuh di bawah meja. Senario ini perlu dibaiki oleh pemain-pemian dalam industri ini sendiri.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 11, 2012

200 Judul Paling Laku dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 Berdasarkan Jumlah Unit

1. Komik-M: Super Safee 1 (Kelahiran Bintang)
2. Art Of Deception
3. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab
4. Komik-M:Misi 10A Plus
5. Sebarkan Cintamu
6. Mustafa Kamal Atarturk
7. Badiuzzaman Said Nasri
8. Biografi Muhammad bin Abdullah
9. Chicken Soup For The Soul: Think Positive (Ed. BM)
10. Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab
11. Cerita Dari Syurga 
12. Men Are from Mars, Women Are From Venus - Ed.BM 
13. Syama'il Muhammadiyah
14. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah    
15. Imam-Imam Yang Benar
16. Khalifah-khalifah Yang Benar
17. Komik-M: Misi 10A
18. 70 Hadis: Mudah Hafal Mudah Amal
19. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
20. Srikandi-Srikandi Yang Benar
21. 101 Info: Seronoknya Solat
22. Teknik Suntingan Foto Terbaik
23. Ledakan Facebook: Antara Pahala & Dosa
24. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah
25. Komik-M: Aku, Kau & Komik 3 (Cari Bakat)
26. Komik-M: Dunia Kartun 3 (Lawak Budak Sekolah)
27. Komik-M: Misi 8A
28. Motivasi Gaya Rasulullah
29. Why Men Don't Listen And Why Women Can't Read Maps - Ed. BM
30. Sultan Muhammad Al-Fateh
31. Perang-Perang Yang Benar
32. Travelog Minda Tajdid: Coretan Perjalanan Dari Tanah Barat
33. Komik-M: Aku, Kau & Facebook: V3.0
34. Asas Praktikal Solat Untuk Perempuan
35. Bacakan Saya Satu Cerita: Kisah Haiwan Teladan
36. Amalan 24 Jam Wanita Haid
37. Fail Sulit Presiden Amerika
38. The Success Principles
39. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
40. Bencana Akhir Zaman
41. Komik-M: Smash-20 #2 (Gelanggang Elit)
42. Sebelas Patriot
43. Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf
44. Zubair Bin Awwam: Pengiring Nabi
45. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem  
46. Smile 
47. Young Aisyah: Kawan Baru
48. Perak Boy      
49. Buku Conteng: Jimi Dan Raksasa Misai Di Sekolah 
50. Saad bin Abu Waqas
51. Saranghaeyo Arumi
52. Komik-M: Smash-20
53. Jutawan Gedik
54. Dahsyatnya Taubat Nasuha
55. 303 Soal Jawab Fikah Kematian
56. Cinderellah vs Rapunzellah
57. Diari Gadis Bintang
58. Istikharah Cinta 
59. Hero Takut Zombi
60. Awak Semanis Red Velvet
61. Koleksi Terpilih Doa Untuk Pelajar
62. O.T.A.I - Memori Sakura
63. Aku Mahu Popular - Edisi Kemas Kini
64. Wedding Photography
65. Khutbah Rasulullah
66. Terapi Ruqyah
67. Act Like A Lady, Think Like A Man - Edisi Bahasa Melayu
68. Senangnya Memasak Kuih Kukus
69. Kisah Si Puteri: Kami Puteri Hebat! 
70. Senangnya Memasak Puding & Desert
71. Asas Praktikal Solat Untuk Lelaki
72. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat
73. The Magic Of Thinking Big - Edisi Bahasa Melayu
74. Fahami Bacaan Dalam Solatmu
75. Aku Mahu Saiz S - Edisi Kemas Kini
76. Yakjuj Makjuj 2-5 Gelombang
77. Komik-M: Aku, Kau & Bola 2 (Separuh Masa Ke-2)
78. Resipi Warisan Kueh Muih
79. Komika - Ada Apa Dengan Komik?
80. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang
81. Buku Conteng: Jimi dalam Akibat Jambul Alif 
82. 7 Keajaiban Photoshop
83. Mudahnya Google Sketchup
84. Fokus & Klik!
85. Komik-M: Amylea #2 (Si Pencinta Anak Patung) 
86. Senangnya Memasak: Ayam & Daging 
87. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh
88. Puteri Damia & Kampung Ajaib
89. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - Ed. Jimat
90. How To Win Friends & Influence People - Ed. BM 
91. 7 Surah Pilihan Sebagai Amalan Harian
92. Komik-M: Aku, Kau & Bola 3 (Masa Tambahan) 
93. Trilogi Novel Penyiasatan: Sherlock Holmes
94. Komik-M: Opie & Jaja
95. Senangnya Memasak Makanan Barat
96. Aku Mahu Lawan Hantu
97. 50 Tip Motivasi Haji
98. Senangnya Memasak Ikan
99. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin 
100. Hidangan Terbaik Dunia - Cina
101. Komik-M: Kueh Raya Dari Syurga
102. Doa Murah Rezeki 
103. Komik-M: Aku, Kau & Facebook 
104. Komik-M: Meon 5 (Menentang Kambing United)
105. Aku Mahu Saiz XL          
106. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
107. Travel Photography
108. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
109. Fikah Perubatan
110. Komik-M: Ali & Tuah (Sarang Empat Penjahat)
111. Dunia Coklat Nadia 
112. Aku Mahu Superbibik
113. Oh London!
114. Young Aisyah: Sayang Cikgu
115. Dahsyatnya Doa Ibu
116. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
117. Komik-M: Aku, Kau & Cinta (Cinta Pandang Pertama)
118. Amalan Dan Doa Kesukaan Nabi Muhammad
119. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
120. Travelog Impian Abadi
121. 50 Hidangan Penambat Selera 
122. Diari Mat Despatch: Patah Hati
123. Travelog Haji + VCD 
124. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel - Ed. Jimat
125. Misteri Jodoh
126. Mulakan Kerja Dengan Doa
127. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
128. Sekolah Agama? - Edisi Kemas Kini
129. Seni & Kraf Bersama Kak Emila - Origami 
130. Koleksi Doa Terpilih Daripada Hadis
131. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
132. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - Ed. Jimat
133. Cef Pastri: Biskut Raya 
134. Prince Charming: Siapa Awak?
135. Sun Tzu: Art of War - Ed. Bahasa Melayu                                                         
136. Adobe Photoshop & Berus Ajaib 
137. Pakej Komik Set B
138. Young Aisyah: Catatan Aktiviti Aisyah
139. Komik-M: Budak Takraw 2 (Jurulatih Baru, Rentak Baru!)
140. Komik-M: Aku, Kau & Facebook: V2.0
141. Syahadah Gadis Ateis
142. Motivasi 5A UPSR 
143. 40 Hadis Palsu Popular
144. Cita Rasa Malaysia - Johor
145. Senangnya Memasak Nasi
146. Adik Datang
147. Jihan Yang Solehah                                           
148. Komik-M: Shootz! 1 (Kelahiran Semula Seorang Jaguh)
149. Ali Bin Abi Talib
150. Memasak Sehebat Chef Bubur
151. Akademi Ramadan Menuju Puncak Takwa
152. Resipi Warisan - Lauk Pauk
153. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
154. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi
155. O.T.A.I - Diva Popular
156. Lego Berfesyen
157. Pakej JIMAT - Kamus Kanak-Kanak
158. 10 Tokoh Idola Muslimah - Kemantapan Diri & Kecemerlangan Kerjaya
159. Cita Rasa Malaysia - Negeri Sembilan
160. Cita Rasa Malaysia - Terengganu 
161. Pakej Big Book
162. 44 Resipi Kek & Biskut
163. Bilal Bin Rabah
164. Hero vs Bonda Pet
165. Cita Rasa Malaysia - Kelantan
166. Komik-M: TwinX 4 (Misi Ke Jupiter) 
167. Komik-M: Shootz! 2 (Berani Kerana Benar) 
168. Senangnya Memasak...Kuih-Muih Minum Petang
169. Abu Bakar: Sahabat Sejati
170. Khalid: Memburu Syahid 
171. Photoshoppeneur 
172. Travelog Cinta Abadi
173. Komik-M: Kartini Kembali
174. Pakej Pak Latip
175. Blog + Google Adsense = Duit
176. Mr Cupcakes
177. Koleksi Doa Terpilih Daripada Al-Quran 
178. Pengantin Al-Quran 
179. Cinta Bintang Jatuh
180. Pakej Komik Set A
181. Usahawan Cilik: Renda Labuci Biru
182. Mudahnya Blogspot
183. Memasak Sehebat Chef Rendang 
184. Young Aisyah: Ponteng Puasa 
185. Melatih Anak Menjadi Genius
186. Sherlock Holmes 5: Sumpahan Empat Sahabat
187. Young Aisyah: Cuti Sekolah 
188. How Successful People Think - Ed. BM
189. Abu Zhar Al-Ghifari: Pembela Golongan Miskin
190. Pakej Pak Latip : JIMAT
191. Foto Hebat Dengan HDR
192. Komik-M: Dunia Kartun 1
193. Panduan Memborong Di China 
194. Hidangan Terbaik Dunia - Singapura
195. Oh, Loceng! 
196. Komik-M: Ultra Qalif 3 (Pertembungan 3 Jaguh)
197. Resipi Warisan Masakan Berkuah
198. Cara Terindah Untuk Mati
199. 50 Tokoh Islam Yg Mengubah Dunia 
200. 101 Akhlak Rasulullah

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 10, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Pasaran Training dan Pasaran Speaking

Sektor perkhidmatan kepakaran secara komersial:

1. Sektor training dan kursus. Pakarnya dipanggil trainer.

Ini adalah lubuk duit yang besar. Pelanggan korporat di negara ini banyak membeli pakej-pakej yang dibangunkan di luar negara melalui agen-agen yang ditubuhkan oleh pembekal tempatan. Bisnes mengimport pakej luar negara dan memasarkannya kepada korporat-korporat Malaysia didominasi oleh pemain bukan Melayu.

2. Sektor coaching. Pakarnya dipanggil coach. Ada 2 sektor perkhidmatan coaching.

a. Coaching individu.

b. Coaching korporat. Lubuk duitnya berada di sini.

3. Sektor speaking, termasuk ceramah, kuliah, tazkirah. Pakarnya dipanggil speaker.

Sektor speaking paling mudah dimasuki. Dalam sektor ini terdapat banyak amalan tidak beretika, seperti kejadian speaker mengaku dia memiliki ijazah PhD, mengaku profesor, bercakap dalam bidang yang mereka bukan pakar, tidak menulis buku dan tidak melakukan pembacaan yang banyak dll.

Banyak orang menyangka sektor ini lubuk duit, sebenarnya bukan. Pasaran speaking di negara ini masih bibit, belum menjadi pokok besar sebagaimana keadaannya di Amerika. Sebagai contoh, orang belum sanggup membayar RM1k bagi mendengar seorang speaker tempatan bercakap.  

NOTA: Penulis buku Trump ini mempunyai peluang menjadi trainer, ataupun coach, ataupun speaker.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 08, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Bisnes Training adalah Jual Beli Kepakaran

Dalam bisnes training, perkara yang dijual dan dibeli adalah kepakaran. Ini bermakna seseorang itu dapat menjadi trainer hanya apabila dia memiliki sesuatu kepakaran. Pelanggan pula tidak memiliki kepakaran itu, sedang kepakaran itu sangat diperlukannya.

Seseorang itu menjadi pakar apabila dia memliki 2 perkara:

1. Sebagai pakar, dia memiliki ilmu dalam bidang kepakarannya.

Dalam lain kata, dia seorang ilmuwan bidang itu. Ilmu itu diperoleh dari pengajian di universiti, dari buku-buku bacaan, dari penyelidikan dan kajian, serta dari pengalaman.

Seorang penulis buku adalah seorang ilmuwan. Isi kandungan bukunya adalah ilmu yang dimilikinya.

Buku menjadi alat marketing penting bagi seseorang yang mahu menjadi trainer kerana buku menjadi bukti bahawa beliau memiliki kelayakan pertama itu.

2. Sebagai pakar, dia memiliki skill-skill.

Dengan memiliki skill, dia dapat melakukan atau mempraktikkan kerja-kerja dalam bidangnya.

Skill-skill yang dimiliki itulah yang dipindahkan kepada peserta sesi trainingnya, kerana tugas trainer adalah memindahkan skill yang dimilikinya kepada trainee-nya.

Seorang profesor dalam bidang pengurusan perniagaan adalah seorang ilmuwan bidangnya. Dia memiliki ijazah dalam bidang itu, menjalankan penyelidikan bidang itu, dan banyak menulis dalam bidang itu.

Tetapi sang profesor itu belum tentu dapat menjadi seorang pengurus perniagaan yang berjaya. Kalau dia membuka bisnes, bisnesnya belum tentu berjaya.

Dalam situasi itu, sang profesor itu bukan seorang 'pakar perniagaan' oleh itu dia tidak dapat menjalankan tugas-tugas seorang trainer kerana dia hanya mempunyai ilmu tetapi tidak memiliki skill-skill berniaga.

Seorang pekedai runcit pula mempunyai skill berniaga dalam bidang kedai runcit, tetapi dia belum tentu mempunyai banyak ilmu dalam pengurusan perniagaan, oleh sebab itu dia bukan seorang pakar pengurusan kedai runcit.

Seorang pengurus cawangan hipermarket adalah seorang pakar kerana (i) dia mempunyai ilmu dalam bidang pengurusan hipermarket dan (ii) dia juga mempunyai skill menguruskan hipermarket. Orang macam dia mempunyai kelayakan menjadi trainer dalam bidang pengurusan sebuah cawangan hipermarket.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penulis-Trainer: Tulis Buku yang Dapat Dijadikan Modul Training

Bagi penulis yang mahu menceburi bidang training, adalah sangat penting baginya menerbitkan buku yang menjadi asas kepada modul trainingnya. Sebagai contoh, seseorang yang mahu menawarkan modul berfikir secara kreatif, maka sangat perlu beliau menerbitkan buku dengan tema yang sama.

Buku adalah kit marketing yang paling penting peranannya bagi modul training. Trainer menjadi terkenal dalam pasaran disebabkan bukunya terjual dengan baik. Dengan menulis dan menerbitkan buku juga membolehkan trainer boleh meletakkan harga yang lebih tinggi.

Apabila memilih modul yang mahu ditawarkan, pilih modul yang diuperlukan oleh organisasi awam dan swasta. Sebagai contoh, modul berfikir secara kreatif diperlukan oleh organisasi awam dan swasta. Dengan itu modul training itu dapat ditawarkan kepada kedua-dua sektor pasaran.

Modul yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta juga dapat ditawarkan pada harga pasaran yang lebih tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 07, 2012

Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru
1. Law Of Universal Attraction 2000
2. Smile 3000
3. Geronimo Stilton (partial) 1040
4. Mudahnya Twitter 2000

Judul Ulang Cetak
1. Misteri Firaun (partial) 200
2. Ensiklopedia Muhammad (partial) 300
3. Al-Amin (partial) 370
4. Siri Muaz & Haikal: Kapten Baru 1500
5. Abu Zhar Al-Ghifari: Pembela Golongan Miskin 2000
6. Keluarga Bahagia dengan Asmaul Husna 1972
7. Siri Muaz & Haikal: Summer Camp 2000
8. Biografi Nafsu Manusia 2000
9. Tok Kenali 2000
10. Start Where You Are 1500
11. Speak To Win 1500
12. The Presentation Secret Of Jobs 1500
13. Travelog Cinta Abadi 1500
14. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan 1500
15. Motivasi Gaya Rasulullah 3000
16. Komika: Ada Apa Dengan Komik 1500

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 04, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Gambaran Palsu daripada Kemeriahan Pesta Buku

Salah satu kesan daripada suasana meriah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah ia memberi gambaran palsu kepada banyak pihak tentang realiti kelarisan jualan di setiap booth.

Jumlah pengunjung yang sangat banyak tidak bermakna mereka itu semua datang bagi membeli buku ataupun membeli banyak buku. Namun demikian akan ada pelabur baru yang sangat teruja dengan suasana meriah itu lalu membuat keputusan mahu menceburi bidang penerbitan buku.

Apa juga pesta tidak memberi gambaran yang betul tentang sesuatu bisnes. Maklumat yang betul hanya dapat diperoleh daripada pemain yang sudah lama berkecimpung dalam sesuatu sektor bisnes.

Sebagai contoh, bagi mendapatkan maklumat berkenaan sektor buku kanak-kanak kecil, hanya mereka yang sudah lama menekuni sektor itu dapat memberikan gambaran yang betul berkenaan sektor itu.

Buku adalah produk konsumer, oleh itu tingkah laku pasaran buku serupa dengan tingkah laku produk-produk konsumer lain.

Ada kecenderungan penerbit baru menceburi bisnes buku dengan tidak terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang betul tentang tingkah laku buku sebagai produk konsumer.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 03, 2012

Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru
1. Badiuzzaman Said Nursi 2000
2. Si Gadis-Gadis 3 Rasa 3000
3. Itu Mawar Itu Rose 3000
4. Bacakan Saya Satu Cerita: Kisah Haiwan Teladan 3000    
5. Hero Takut Zombie 5858    
6. Geronimo Stilton 550    
7. Resipi Warisan-Makanan Berkuah 8000    
8. Resipi Warisan-Kuih Muih 8000    
9. Komik-M: Kuih Raya dari Syurga 8000    
10. Senangnya Memasak Ayam dan Daging 5000    
11. Art of Deception 3000    
12. Motivasi Gaya Rasulullah 1106    
13. Mendidik Anak Lelaki - Edisi Kemas Kini 3000    
14. Komik-M: Misi 10A Plus 1060    
   
Judul Ulang Cetak
1. Act Like A Lady Think Like A Man 3000    
2. Young Aisyah: Catatan Aktiviti Aisyah 2000    
3. Mukjizat Qiamullail 2500    
4. Dato Dr Harun Din-Menjawab Persoalan Fikah Harian 2000    
5. Dahsyatnya Doa Ibu 2000    
6. No Excuses-Jangan Berdalih Untuk Berjaya 1000    
7. Aku Mahu Saiz XL 2000    
8. Duyung Diva & Si Tanggang 2000    
9. Diari Super 3G 2000    
10. Aku Mahu Lawan Hantu 2000    
11. Hero Rebut popular 2000    
12. Ciderellah vs Repunzellah 2000    
13. Perang-Perang Yang Benar 3000    
14. Biar Bidadari Mencemburui Dirimu 3000    
15. Tuhan Untuk Semua 3000    
16. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab 10000    
17. Bencana Akhir Zaman 2000    
18. Imam-Imam Yang Benar 2000    
19. Khalifah-Khalifah Yang Benar 3000    
20. Imam-Imam Yang Benar 2000    
21. Magnet rezeki Dengan Solat Duha 4000    
22. Dahsyatnya Qiamullail 4000    
23. Law Of Connection 1000    
24. Motivasi 5A UPSR 2000    
25. Seni Bisnes Terhebat Tao Xhugong 1500    
26. Mekah Kota Suci 2000    
27. Abu Bakar Sahabat Sejati 2000    
28. Shootz! Kelahiran Semula Seorang Jaguh 3000    
29. Komik-M: Smash 20 2000    
30. Konspirasi Yahudi - Perang & Penaklukan 4000    
31. Offline Dengan Syaitan 1000    
32. Gadis Skuter 2000    
33. Adilah Cik Serba Tahu 2000    
34. Hani.My 1500    
35. Kasut Ballerina Putih 3000    
36. 50 Tip Motivasi Haji 1500    
37. Travelog Haji + VCD 3000    
38. Aisyah Keanggunan Sejati 1000    
39. Sultan Muhammad Al-Fateh 1000    
40. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam 1000    
41. The Magic of Thinking Big 1500    
42. Kembara Tetamu Allah 2000    
43. Quranic Law Of Attaction 2000    
44. Madinah Kota Yang Bercahaya 2000    
45. Hiroshima: Duka Sebuah Perang 2000    
46. Komik-M: Meon4-Jerat Burung 3000    
47. Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur 2000    
48. Quran Saintifik - Edisi Jimat 3000    
49. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit 2000    
50. The Leader In Me (Ed. Bahasa Melayu) 1500

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 30, 2012

Faktor yang Melariskan Buku Ustaz Azhar Idrus

Foto menunjukkan Ustaz Azhar Idrus menerima Anugerah Platinum dari PTS untuk buku beliau yang terjual lebih 130 ribu unit dalam tempoh 6 bulan selepas terbit.

Beberapa faktor yang menyebabkan buku beliau sangat laris:

1. Nama beliau yang sudah sangat terkenal dalam pasaran ceramah agama.

2. Jumlah peminat beliau yang sangat banyak.

3. Populariti youtube ceramah-ceramah beliau.

4. Pengaruh viral dalam Facebook.

5. Jualan yang sangat tinggi di mana-mana lokasi beliau menyampaikan ceramah.

6. Kandungan buku yang mudah dan memenuhi keperluan pembaca awam.

7. Imej beliau yang sangat positif.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 26, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Sektor Parenting adalah Menguntungkan

Salah satu sektor yang bagus adalah sektor buku-buku parenting, tetapi sektor ini tidak diuar-uarkan, jadi penerbit kurang menekuni sektor ini.

Jualan buku-buku parenting tidaklah meletup-letup, tetapi jualan itu adalah pelaburan yang baik

Kandungan buku-buku parenting boleh bertahan lama dalam pasaran, oleh itu ia berpeluang diulangcetak berkali-kali.

Ciri-ciri pembeli buku parenting:

1. Majoriti pembeli buku parenting adalah pasangan-pasangan muda yang baru mempunyai anak pertama.

2. Mereka tinggal dibandar-bandar utama.

3. Mereka berpendidikan tinggi, oleh itu pendapatan mereka juga tinggi.

4. Mereka sangat mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka oleh itu mereka sanggup membeli pelbagai keperluan anak.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 21, 2012

Sistem Royalti: Kos Tinggi yang Tidak Ketara

Semasa mula-mula membuka bisnes penerbitan, banyak penerbit tidak menawarkan sistem royalti, sebaliknya menawarkan sistem membeli hakcipta karya yang diterbitkannya. Rasional di sebalik dasar itu adalah:

1. Mengurus sistem royalti adalah kerja yang rumit, kompleks dan mahal.

2. Aspek yang paling rumit dan kompleks adalah pada proses tracking status kemaskini sesuatu judul. Ini bertambah rumit disebabkan belum ada sofwer komersial bagi menjalankan sistem tracking dan kiraan royalti.

3. Aspek kedua yang paling rumit adalah sistem perkiraan royalti. Sofwer untuk kerja ini pun belum ada dalam pasaran. Jadi, kiraan perlu dibuat secara manual.

4. Proses tracking sangat kritikal bagi memastikan kiraan royalti adalah betul dan tepat.

5. Disebabkan proses-proses yang rumit dan kompleks itu, maka seorang pegawai khas diperlukan secara sepenuh masa bagi menguruskan rekod-rekod tracking setiap satu judul. Ia adalah tugas yang tidak produktif, yakni kerja-kerja yang dilakukan oleh pegawai itu tidak mendatangkan hasil keuntungan kepada syarikat. Penerbit kecil tidak mampu menanggung kos tambahan itu.

NOTA: PTS mempunyai pegawai khas yang menguruskan rekod-rekod harta intelek dan royalti bagi lebih 2 ribu judul buku. Bagi mengurangkan beban kerja itu, PTS terpaksa mengambil konsultan bagi membangunkan sistem khusus untuk pengiraan royalti.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 19, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Bagaimana Penerbit Berebut Ruang di Dalam Kedai Buku

Ruang di dalam kedai buku adalah salah satu faktor yang sangat mempengaruhi jualan buku-buku penerbit.

Di satu pihak ruang pameran di dalam kedai buku tidak dapat dibesarkan, oleh sebab itu jumlah rak buku tidak dapat ditambah. Di satu pihak lain, jumlah penerbit baru semakin banyak, dengan itu bekalan buku-buku baru juga semakin banyak.

Pada saat ini perebutan rak di dalam kedai buku semakin sengit. Masing-masing penerbit berlumba-lumba membekalkan buku-buku berkualiti tinggi yang memenuhi kemahuan pembeli dan pembaca.

Kedai-kedai buku mempunyai pilihan yang banyak disebabkan jumlah judul baru yang ditawarkan oleh penerbit semakin banyak.

Dulu-dulu, disebabkan tidak banyak penerbit, buku yang bergerak sangat perlahan pun akan dipamerkan, maklumlah isu ruang bukan isu kritikal pada waktu itu.

Senario hari ini sudah jauh berbeza. Pekedai berdepan dengan situasi tidak cukup ruang bagi mempamerkan banyaknya buku yang bagus-bagus.

Kedai semakin sesak, manakala buku baru semakin banyak. Akibat daripada situasi ini, pekedai akan melakukan 2 perkara:

1. Hanya buku yang diyakini laku keras sahaja akan diterima oleh kedai buku.

2. Mana-mana buku yang perlahan jualannya akan cepat-cepat dipulangkan kepada penerbit supaya buku baru dapat dipamerkan di rak yang sudah dikosongkan itu.

Implikasi kepada situasi ini adalah: Penerbit perlu semakin memilih-milih judul yang diterbitkan bagi mengelakkan jumlah buku return yang tinggi dan setor penuh dengan buku tidak laku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 18, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Pecahan Sub-sektor Pasaran Buku

Dalam pasaran buku terdapat banyak sektor. Sebagai contoh ada sektor buku agama, buku fiksyen, buku masakan dan lain-lain. Setiap sektor itu pula terpecah kepada sub-sektor yang lebih kecil.

Sebagai contoh, sektor buku agama. Buku-buku yang dibeli oleh ustaz-ustaz tidak semestinya dibeli oleh mereka yang bukan ustaz.

Buku yang dibeli oleh mereka yang berpelajaran tinggi tidak semestinya dibeli oleh mereka yang lulus sekolah menengah sahaja.

Buku-buku yang laku dengan remaja perempuan belum tentu laku kepada perempuan yang sudah berkahwin.

Desain kulit buku agama yang disukai oleh pembeli muda tidak serupa dengan desain yang disukai oleh pembeli tua.

Malah buku agama yang laku di kedai-kedai buku elit belum tentu laku dijual di dalam kedai-kedai buku agama indie yang kecil-kecil.

Dalam sektor buku fiksyen pun serupa. Sektor itu mempunyai banyak sub-sektornya.

Jabatan editorial perlu mengenal dengan tepat kepada siapa sesuatu buku itu ditargetkan sebelum memilih desain kulit buku.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 15, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Melabur dalam Mengubah Citarasa Pembacaan Pembeli

Salah satu isu dalam apa jua bisnes adalah sama ada kita mahu menghasilkan produk yang ikut trend citarasa pembeli ataupun memperkenalkan produk-produk baru yang dapat mencipta trend dan citarasa baru.

Citarasa sangat dipengaruhi oleh trend, oleh sebab itu citarasa pembeli adalah sesuatu yang tidak tahan lama. Purata sesuatu trend itu bertahan 10 tahun sahaja.

Pada masa ini citarasa remaja sangat menyukai apa-apa yang ala-ala K-Pop. Penerbit novel-novel untuk bacaan remaja pun ikut memperkenalkan desain kaver novel remaja dengan menggunakan tema ala-ala K-Pop.

Trend hanya dapat dicipta oleh pemain-pemain besar dalam industri kerana mencipta trend adalah strategi pemasaran bagi mengekalkan dan meningkatkan permintaan untuk produk yang sama.

Pemain utama dalam sektor buku remaja perlu dari waktu ke waktu mencipta trend baru. Jika tidak, remaja akan berhenti membeli dan membaca novel remaja. Mereka akan membeli produk-produk pesaing lain, bukan buku. Akibatnya saiz pasaran novel remaja akan mengecut.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 12, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Memulakan Trend Desain Kaver

Tn. Syaizul Amal menguruskan brand AinMaisarah. Menurut beliau, remaja membeli buku berdasarkan desain kulit buku.

Pada suatu masa dahulu PTS memulakan trend baru untuk desain kaver novel-novel remaja. Hal ini sangat membantu membezakan penampilan novel-novel remaja PTS dibandingkan dengan novel remaja terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kini banyak penerbit ikut menceburi pasaran novel remaja. Mereka menghasilkan buku-buku yang tema desain kavernya sangat serupa dengan penampilan novel-novel remaja PTS, sehingga banyak peminat buku Melayu menyangka buku-buku mereka adalah buku-buku PTS.

Fenomena yang sama juga berlaku dalam sektor buku agama. Banyak penerbit agama menerbitkan buku-buku yang tema desain kavernya sangat mirip buku-buku agama PTS.

Blink Book Sdn Bhd adalah sebuah penerbit yang berjaya mencipta trend desain kavernya sendiri.  Blink Book menerbitkan brand AinMaisarah. Di tangan Blink Book, penampilan novel-novel AinMaisarah kelihatan sangat berbeza dibandingkan dengan desain produk sejenis dengannya.

Dalam pemasaran, pem-berbeza-an produk adalah sangat kritikal peranannya bagi survival bisnes.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 09, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Meneroka Sektor Demi Sektor

Salah satu strategi dalam bisnes penerbitan buku adalah memilih sektor mana yang mahu diterokai. Kemudian harus memilih pula sub-sektor mana yang mahu diterokai dalam fasa awal, fasa berikutnya, dan fasa berikutnya lagi.

Katakanlah, kita mahu meneroka pasaran sektor buku agama. Dalam sektor buku agama ada banyak sub-sektornya. Contoh sub-sektor buku-buku agama:

i. Al-Quran

ii. Buku-buku ibadat ruji

iii. Buku aplikasi agama

iv. Buku agama kreatif

v. Buku agama kanak-kanak

vi. Biografi

Di dalam kedai-kedai buku yang besar, judul-judul dalam 6 jenis sub-sektor itu lazimnya disusun di rak yang berlainan. Sebagai contoh, al-Quran mempunyai rak sendiri. Begitu juga ada rak-rak khusus untuk buku-buku ruji seperti Yasin, muqadam, doa dan panduan solat.

Buku panduan solat untuk kanak-kanak di letakkan di seksyen buku kanak-kanak, manakala buku panduan solat untuk dewasa diletakkan di syeksyen buku agama.

Supaya brand dan logo syarikat cepat dikenal oleh pembeli, sebaiknya terbitkan judul-judul dalam satu sektor dahulu, supaya semua buku kita disusun di rak yang sama. Jadi dengan itu pembeli yang pergi ke rak itu cepat perasan kewujudan logo dan nama syarikat kita.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 06, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Pasaran Buku Professional

.

Pasaran buku-buku profesional memang ada, tetapi saiznya tidak sebesar saiz pasaran buku agama dan buku fiksyen.

Kelebihan buku profesional adalah ia dapat dijual dengan margin yang lebih lebar kerana buku-buku itu dibeli oleh golongan yang mempunyai duit.

Judul profesional boleh dicetak 2 ribu naskhah sahaja, jadi titik pulang modalnya mestilah pada 1 ribu naskhah. Jika terjual lebih daripada 1 ribu naskhah bermakna kita sudah mula membuat keuntungan.

Faktor yang menyebabkan saiz pasaran buku profesional kecil adalah sikap kedai-kedai buku indie yang tidak berminat membawa judul profesional. Mereka tidak percaya judul profesional dapat dijual.

Saluran judul profesional adalah kedai-kedai buku yang pelanggannya adalah kelas menengah.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 05, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Lain Bandar Lain Buku yang Laku

Jualan sesuatu tajuk tidak sama rata di seluruh negara:

1. Tajuk yang laku keras di Kuala Lumpur belum tentu laku keras di Kota Baru ataupun di Sg. Petani. Sebagai contoh, buku-buku bisnes dan profesional hanya laku di bandar-bandar utama.

2. Di dalam kota Kuala Lumpur sendiri, tajuk yang laku keras di kedai elit seperti Kinokuniya di KLCC belum tentu laku keras di kedai buku indie.

3. Tajuk yang laku di Setapak belum tentu laku di Cheras. Setapak adalah zon perumahan yang banyak penduduk Melayu, manakala Cheras zon penduduk Cina.

4. Kedai-kedai buku agama tidak mahu menjual tajuk-tajuk sastera remaja dan novel popular.

5. Tajuk yang laku keras di dalam kedai buku belum tentu laku di dalam hipermarket. Orang pergi ke kedai buku kerana hendak membeli buku, manakala orang ke hipermarket mempunyai tujuan lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 04, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Mengawal Stok Buku di Dalam Gudang

Foto menunjukkan buku-buku yang baru tiba dari kilang cetak di hadapan pintu gudang PTS.

Ruang adalah wang. Gudang buku wajib berada di lantai tanah. Ruang di dalam gudang sangat mahal kosnya kerana sewa bulanan lantai tanah adalah lebih mahal daripada sewa lantai tingkat atas.

Justeru ruang dalam gudang wajib diurus dengan efisien. Jika tidak, sebahagian keuntungan jualan buku akan hilang ditelan oleh kos gudang.

Pengurusan ruang gudang bermula dari aktiviti pembinaan judul yang akan diterbitkan oleh jabatan editorial. Jika judul yang diterbitkan laku keras, hal itu sangat baik kesannya ke atas pengurusan ruang di dalam gudang.

Buku yang diterbitkan mesti yang laku sahaja, supaya ia tidak lama berada di dalam gudang sebab ia cepat dipesan oleh pengedar dan kedai. Ini bermakna jabatan editorial perlu mengikuti trend pasaran dengan dekat supaya judul yang dirancang adalah judul-judul yang dapat dijual.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 02, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Mengawal Bajet Percetakan

Bajet percetakan bulanan perlu dikawal. Meskipun kita menerima banyak manuskrip yang sesuai diterbitkan, jumlah judul yang diterbitkan setiap bulan perlu dikawal.

Jabatan editorial mahu menerbitkan banyak judul kerana KPI mereka adalah jumlah judul yang diterbitkan setiap bulan.

Jabatan sale mahu menjual sebanyak-banyak buku kerana KPI mereka adalah nilai jualan. Jualan judul baru sentiasa lebih tinggi daripada jualan judul ulangcetak.

Dari satu sudut apabila penerbitan judul ditangguhkan, itu bermakna kita kehilangan sale. Buku-buku yang sepatutnya sudah dapat dijual, tidak dapat dijual.

Dari sisi lain, jika buku-buku itu diterbitkan juga, bajet percetakan bulanan kita 'meletup'. Ini membahayakan cash-flow syarikat.

Syarikat percetakan hanya memberi kredit 90 hari. Dalam tempoh 90 hari itu sebahagian buku yang dicetak sudah diserahkan kepada pengedar dan agen, sebahagian lagi masih ada di dalam setor.

Dalam masa 90 hari itu juga, pengedar dan agen belum membayar hutang mereka kepada kita. Sedangkan hutang kita kepada syarikat percetakan sudah matang dan mesti dibayar.

Syarikat percetakan mempunyai pistol yang sangat berkesan bagi menagih hutang kita. Mereka tidak akan mencetak buku kita selagi kita belum membayar hutang lama kita.

Menjaga kesihatan cash-flow adalah sangat kritikal bagi survival syarikat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 01, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Plus-Minus Susunan Buku Ikut Nama Penerbit

Pada umumnya, kedai-kedai buku mempunyai 2 amalan pada cara mereka menyusun buku-buku yang dipamerkan:

1. Buku disusun ikut nama penerbit.
2. Buku disusun ikut kategori buku.

Kedua-dua cara itu mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Semua kedai buku besar mengamalkan teknik susunan berdasarkan kategori buku. Justeru semua novel dipamerkan di seksyen 'fiksyen'. Semua buku motivasi dipamerkan di seksyen 'pembangunan diri'.

Kelebihan cara ini adalah ia memudahkan proses pembeli mencari tajuk, memilih buku dan membeli buku.

Sususan ikut kategori juga menghasilkan jualan yang lebih tinggi.

Masuk kedai buku dan mencari buku adalah suatu 'pengalaman'. Apabila pengalaman itu mudah, cepat dan efisien, hati pelanggan menjadi suka, dan perasaan suka itu mendorong mereka membeli lebih banyak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 28, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Menjual Buku Sangat Mudah, Mengutip Hutang Sangat Susah

Dalam apa juga bisnes, menjual adalah sangat mudah, apatah lagi jika jualan itu adalah secara kredit kepada pembekal dan ejen-ejen. Yang sangat susah adalah mengutip hutang.

Jumlah hutang lapuk PTS semenjak tahun pertama ia beroperasi sehingga sekarang adalah lebih RM300k. PTS pernah melantik seorang peguam bagi menagih hutang. Apa yang berlaku peguam itu lari dengan 50% duit hutang PTS yang sudah diterimanya dari pemiutang.

Pengurusan PTS sudah mengadukan hal ini kepada Bar Council supaya lesen peguam itu dibatalkan. Peguam itu seorang yang banyak kali menjalankan kursus prosedur mengutip hutang. PTS menghantar pegawainya mengikuti kursusnya.

Peristiwa peguam makan duit pelanggan banyak berlaku dalam kalangan syarikat-syarikat guaman kecil di mana prosedur kewangan syarikat itu membolehkan si peguam dengan mudah mengeluarkan wang pelanggan dari akaun syarikatnya sendiri.

Dalam syarikat guaman yang besar, di mana mereka mempunyai banyak partner, SOP (standard operating procedure) bagi menandatangani cek-cek syarikat adalah sangat ketat. Tujuannya adalah bagi mengelakkan kemungkinan ada mana-mana partner yang makan duit pelanggan.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 26, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Buku ‘special edition’ atas Permintaan Kedai

Ada judul-judul PTS yang hanya dijual di rangkaian kedai buku POPULAR. Yang paling terkenal adalah buku 'Satu Hari Satu Resipi' oleh Chef Hanieliza. Kedai-kedai buku lain tidak menjual buku ini walaupun permintaannya sentiasa ada.

1. Buku Chef Hanieliza ini diterbitkan atas permintaan khusus dari POPULAR.

2. Untuk buku Chef Hanieliza ini, jumlah minima yang dipesan oleh POPULAR adalah 10 ribu unit.

3. Pembelian oleh POPULAR itu adalah pembelian pukal, tidak ada yang dipulangkan kepada PTS. Jadi POPULAR menanggung risiko kerugian jika buku itu tidak laku.

4. Disebabkan jumlah pesanan itu besar, POPULAR meminta diskaun 'istimewa'.

5. Bagi PTS, margin keuntungan dari buku ini amat nipis, tetapi disebabkan POPULAR membeli pukal ini bermakna PTS tidak menanggung risiko buku tidak laku.

6. Tidak semua buku 'special edition' yang dipesan oleh POPULAR laku keras. Ada judul yang dipesan 5 ribu unit tetapi tidak dapat dijual semuanya oleh POPULAR.

7. Apabila buku itu sudah diterbitkan khas untuk POPULAR, maka PTS sendiri tidak boleh menjual buku itu. Chef Hanieliza sendiri terpaksa membeli dari POPULAR....

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 24, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Kos Mengadakan Jualan Gudang

Foto menunjukkan sebahagian daripada buku-buku return yang sudah dikeluarkan dari kotak di dalam gudang PTS sebelum disusun di rak.

Salah satu isu yang dihadapi oleh semua penerbit buku adalah stok buku yang tidak bergerak keluar dari gudang. Jika terus disimpan, stok itu memakan ruang, sedang ruang adalah kos.

Jika mahu diadakan lelong jualan gudang, ia juga melibatkan kos tambahan:

1. Jika penerbit mempunyai ruang dan tapak di luar gudang yang besar, jualan gudang dapat diadakan. Penerbit yang menyewa rumah kedai ataupun kilang berderet tiada mempunyai tapak. Jika dibuat di hadapan pintu kedai, peniaga berjiran marah dan salah dari sudut undang-undang majlis tempatan.

2. Jualan gudang tidak sesuai diadakan di dalam bangunan gudang kerana isu keselamatan apabila orang luar memasuki bangunan gudang.

3. Apabila jualan diadakan di luar bangunan gudang, akan berlaku kos menyewa khemah, mesin kaunter, rak-rak dan meja-meja pameran.  Jualan di bawah khemah terakluk kepada risiko buku rosak apabila hari hujan.

4. Kos kerja overtime yang ditanggung untuk staff yang menjaga pameran jualan gudang. Disebabkan jualan gudang dibuat pada hujung minggu, gaji overtimenya adalah 2 kali ganda!

5. Kerja packing dan unpacking yang terpaksa dilakukan oleh pekerja gudang, sedangkan kerja packing untuk penghantaran buku-buku yang laku kepada kedai-kedai pun tidak menang tangan.

6. Buku-buku yang tidak laku terpaksa disusun semula di dalam gudang, dan ini bermakna kerugian berganda sebab gaji pekerja dibayar juga untuk mengurus buku yang tidak laku.

7. Kerja menyusun semula buku-buku yang tidak laku adalah lebih leceh sebab buku-buku itu sudah bercampur-aduk, mesti dipilih satu persatu dan disusun semula di rak asalnya di dalam gudang.

8. Buku-buku yang sudah dibuka dari bungkusan kilang akan rosak.

9. Faktor kritikal mass adalah faktor yang wajib ada. Jika jumlah buku yang mahu dilelong tidak cukup banyak jumlah dan pilihannya, orang tidak berminat datang ke jualan gudang yang diadakan.

10. Bagi menarik pengunjung yang ramai perlu diadakan macam-macam aktiviti, semuanya melibatkan kos tambahan.

11. Perolehan dari jualan buku lelong tidak semestinya berbaloi kerana harga jualan lelong adalah sangat rendah. Kos dan tenaga kerja yang ditanggung adalah lebih produktif digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja jualan buku yang laku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 23, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Kelemahan Strategi Long Tail

Foto menunjukkan kotak-kotak yang berisi buku-buku 'return' yang baru sampai ke gudang PTS dan belum sempat dibuka serta diproses.

Dalam apa jua sektor, 10% sahaja akan berada di bahagian paling atas piramid pasaran. Manakala 90% lagi akan berada di bahagian pertengahan dan paling banyak akan berada di bahagian paling bawah.

Dalam bisnes buku, hanya 10% judul akan laku keras dan menghasilkan margin keuntungan yang baik.

Statistik ini sudah menjadi hukum pasaran. Statistik inilah yang menjadi asas teori pasaran 'long tail' dan 'short tail'. PTS mengamalkan strategi 'long tail', yakni kita menerbitkan banyak judul bagi mencapai jumlah jualan yang banyak.

Strategi long tail ini bukanlah strategi yang terbaik. Dari sudut teori bisnes penerbitan, yang paling baik adalah menerbitkan sedikit jumlah judul, tetapi tiap-tiap judul itu dapat dijual banyak, sampai ratusan ribu naskhah. Inilah bisnes yang efisien, maknanya dengan kos yang rendah ia dapat menghasilkan keuntungan yang tinggi.

Strategi long tail adalah sangat tidak efisien. Inilah faktor yang menyebabkan margin keuntungan PTS hanya 3% sahaja.

PTS sudah menerbitkan lebih 2 ribu judul. Jumlah judul yang banyak menyebabkan kos pengurusan setor tinggi, kerana:

1. Lebih banyak ruang setor diperlukan bagi menyimpan stok buku yang banyak

Kos storan adalah sangat tinggi kerana setor buku mesti berada di lantai bawah, sedangkan sewa lantai bawah adalah paling mahal.

2. Tempoh masa bagi memenuhi pesanan pelanggan juga lebih panjang.

Dengan menawarkan ribuan judul, jumlah judul yang dipesan oleh kedai buku lebih banyak, tetapi setiap judul pesanannya adalah kecil.

Ruang setor yang besar bermakna pekerja packing terpaksa berjalan lebih jauh bagi mengutip buku, dan banyak kerja panjat-memanjat tangga dilakukan bagi mengambil buku di rak tinggi.

3. Lebih banyak pekerja gudang diperlukan

Bagi mengurangkan tempoh memproses pesanan pelanggan itu jumlah pekerja packing terpaksa ditambah. Ini bermakna gaji, komisen, bonus, elaun overtime, caruman KWSP, SOCSO, insuran hospital, bil klinik dan lain-lain kos semuanya naik.

Strategi menurunkan kos pengurusan gudang yang tinggi itu adalah dengan mengenalpasti maksimum 500 judul yang jualannya paling tinggi.

Di PTS, ukuran buku yang laku adalah yang jualan bulanannya melebihi 100 naskhah sebulan. Judul-judul itu diklasifikasikan sebagai judul evergreen. Judul-judul dalam senarai ini sahaja yang akan diulangcetak berkali-kali.

Judul-judul yang jualannya rendah diterbitkan dalam bentuk ebook sahaja, kerana ia tidak memerlukan ruang setor.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 22, 2012

Tip Survival Bisnes Buku: Senario Semasa

Bisnes penerbitan buku Melayu saat ini sedang menyaksikan perkembangan yang menggebu-gebu dalam sektor:

1. Pertambahan jumlah penerbit baru muncul

2. Pertambahan penulis baru muncul

3. Pertambahan judul yang diterbitkan setiap bulan

4. Pertambahan pesta dan karnival jualan buku

Ada 2 sektor yang tidak mengalami pertambahan menggebu-gebu:

1. Saiz pasaran buku, yakni jumlah pembeli buku

Ini adalah aspek paling kritikal dalam industri buku. Apabila saiz pembeli buku tidak bertambah, perkembangan yang berlaku sekarang akan menguncup seperti belon yang bocor.

Ambil sebagai contoh, berapa besarkah saiz pasaran novel ramaja gedik?

Berapa jumlah remaja perempuan yang membeli sekurang-kurangnya 1 novel gedik sebulan? 10 ribu, 20 ribu, 30 ribu?

Berapa banyak judul novel remaja gedik yang diterbitkan setiap bulan?

2. Ruang pameran dan jumlah rak buku di dalam kedai buku

Ini adalah aspek kedua yang kritikal. Saiz kedai-kedai yang ada tidak dapat dibesarkan. Oleh hal yang demikian jumlah rak buku di dalam kedai tidak dapat ditambah, manakala jumlah judul yang mahu dibekalkan oleh penerbit kepada kedai-kedai semakin banyak.

Kedai buku tidak mempunyai ruang bagi mempamerkan semua buku yang dibekalkan oleh pengedar dan penerbit.

Kedai buku akan memilih-milih buku yang mahu diambil dari penerbit. Hanya buku yang dapat dijual cepat sahaja akan dipilih.

Buku-buku yang terjual perlahan akan segera dipulangkan kepada penerbit. Ini terpaksa dilakukan supaya ruang itu dikosongkan bagi mempamerkan buku-buku terbaru yang dihantar oleh penerbit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 21, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Tidak Terdorong oleh Gambaran Palsu

Seperti dalam semua industri lain, cerita kejayaan diuar-uarkan, manakala cerita kegagalan disenyapkan. Perihal yang sama berlaku dalam dunia bisnes penerbitan buku.

Fenomena ini adalah normal. Manusia mahu mendengar cerita-cerita kejayaan sahaja, maka cerita-cerita kejayaan yang akan disampaikan.

Dalam dunia penerbitan buku, tidak semua pengarang menjadi bestseller. Tidak semua buku menjadi bestseller.

Majoriti pengarang tidak berjaya menjadi kaya daripada hasil jualan bukunya.

Majoriti buku yang diterbitkan tidak ke mana-mana jualannya.

Buku-buku yang laku adalah buku-buku yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Buku itu dirancang dengan teliti sebelum diterbitkan. Ini bermakna kajian pasaran dilakukan terlebih dahulu.

2. Buku itu dipasarkan dengan berkesan. Ini bermakna penerbit mempunyai keupayaan membiayai kos pemasaran yang tinggi, dan buku itu berpotensi membayar balik kos pemasaran itu sekaligus menghasilkan keuntungan yang tinggi juga.

Banyak orang mahu menceburi bisnes penerbitan buku kerana terdorong oleh cerita-cerita kejayaan yang mereka dengar dan lihat. Adalah sangat penting kita melabur hanya selepas mendapatkan gambaran yang betul tentang sektor yang mahu diceburi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 17, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Tempoh Kredit yang Mencekik Cashflow

Industri penerbitan hidup dengan menggunakan sistem kredit yang sudah lapuk:

Penerbit buku menggunakan duit bank bagi membiayai operasinya. Tetapi bank tidak memberi kredit 3 bulan kepada penerbit.

Pencetak buku memberi kredit 3 bulan kepada penerbit buku.

Penerbit buku memberi kredit 3 bulan kepada pengedar buku.

Pengedar buku memberi kredit 3 bulan kepada pekedai buku.

Tempoh 3 bulan itu sangat cantik pada teorinya. Dalam keadaan sebenar, ada penerima kredit yang membayar berdasarkan tempoh 3 bulan, majoritinya tidak. Inilah yang menjadi punca mengapa penerbit tercekik, yakni tidak mempunyai wang tunai yang cukup bagi membayar kos operasi bulanan.

Data kutipan hutang PTS menunjukkan kedai-kedai buku indie paling tinggi kadar kegagalan membayar hutang dengan menepati tempoh kredit yang dipersetujui.

Mengapa majoriti kedai-kedai indie tidak berkembang pesat sebagaimana sepatutnya adalah disebabkan isu disiplin pembayaran hutang kepada penerbit. Disebabkan mereka tidak berdisiplin membayar hutang, penerbit menjadi sangat berhati-hati mahu menaikkan had kredit mereka.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 15, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Risiko Fenomena ‘berkembang sampai bangkrap’

Salah satu risiko kejayaan adalah fenomena yang dipanggil 'berkembang sampai bangkrap'. Risiko ini boleh berlaku dalam semua sektor industri. Jadi, industri penerbitan buku tidak terkecuali.

Baru-baru ini sebuah syarikat orang Melayu yang sangat terkenal brandnya dalam pasaran produk konsumer jualan langsung telah mengalami fonomena 'berkembang sampai bangkrap'.

Bagi orang bukan bisnes, mereka sukar memahami bagaimana perniagaan yang begitu baik perkembangannya boleh tiba-tiba bangkrap, tetapi bagi orang bisnes hal itu adalah sangat logikal.

Apabila produk sangat laku, kita cenderung mengeluarkan lebih banyak produk bagi memenuhi permintaan dari agen-agen. Bagi meningkatkan pengeluaran itu, ini bermakna kita berhutang lebih banyak kepada pembekal.

Apabila kutipan hutang dari agen-agen tidak cukup bagi membayar hutang-hutang pembekal, akibatnya pembekal memberhentikan bekalan. Pengeluaran pun terhenti!

Dalam sektor penerbitan buku, apabila buku sangat laku, agen akan meningkatkan pesanan. Jika penerbit menghantar buku yang dipesan, itu bermakna agen menokok hutangnya kepada penerbit.

Penerbit pula akan mengulang cetak buku itu. Ini bermakna penerbit menokok hutangnya kepada pencetak.

Apabila penerbit tidak dapat mengutip hutangnya dari agent, ini bermakna ia tidak dapat membayar hutangnya kepada pencetak. Akibatnya pencetak tidak mahu mencetak buku baru selagi hutang lama belum dibayar.

Survival adalah lebih penting daripada perkembangan yang melonjak-lonjak!

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 14, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Dua Kelemahan Utama Industri Penerbitan Buku

Setiap industri mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri. Demikian juga dengan industri penerbitan buku.

Industri penerbitan buku mempunyai banyak kelemahan. Namun ada 2 kelemahan yang paling utama:

1. Margin keuntungan yang tersangat nipis.

Bagi PTS margin itu adalah 3%. Margin ini paling nipis dibandingkan dengan industri lain.

Disebabkan margin itu cuma 3%, ini bermakna penerbit tidak boleh melakukan kesilapan!

2. Cash-flow yang sangat lambat.

Faktor utama yang melambatkan cash-flow industri ini adalah sistem kredit yang diamalkan antara semua pemain.

Penerbit memberi kredit kepada pengedar. Pengedar memberi kredit kepada pekedai.

Jika margin kecil, tetapi cash-flow laju, maka keadaan itu masih membantu. Apa yang berlaku adalah kombinasi 2 kelemahan yang sangat berisiko. Sudahlah margin tersangat nipis, cash-flow pula sangat lambat.

Industri buku adalah industri yang sudah sangat tua usianya. Apa yang diamalkan beratus tahun dahulu masih kekal diamalkan pada hari ini.

Amalan memberi tempoh kredit yang panjang kepada pengedar dan kedai buku adalah amalan yang sudah kuno, tetapi amalan ini belum dapat dipecahkan dan digantikan dengan sistem baru yang lebih baik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 12, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Membuka Kategori Baru

Dalam pasaran buku Melayu, banyak kategori masih belum dibuka. Dalam erti kata yang lain, permintaan bagi buku-buku dalam kategori itu ada, tetapi buku-bukunya belum ada.

Ambil sebagai contoh, buku-buku sejarah non-fiksyen.

Bagi penerbit, menerbitkan judul dalam kategori seperti itu sangat berisiko. Namun, jika ditekuni ia adalah peluang pada jangka masa panjang.

Peminat buku sejarah memang ada. Walaupun tidak besar, pasaran ini dapat membantu penerbit survive.

Tidak semua buku sejarah akan laku keras. Ini normal. Dalam kategori lain pun serupa juga. Penerbit perlu mengenal pasti judul-judul sejarah yang laku dan kurang laku.

Dalam keadaan sekarang kedai-kedai buku belum membuka rak khas bagi mempamerkan buku-buku sejarah dalam bahasa Melayu. Ini kerana jumlah judul buku sejarah yang mahu dipamerkan tidak dapat mengisi rak itu. Kedai buku tidak mahu ada rak yang kosong.

Aklibatnya, judul sejarah akan terselit-selit antara buku-buku lain. Pengunjung kedai buku tidak ternampak buku sejarah itu.

Pada masa ini sektor buku sejarah yang paling laku adalah sejarah Islam. Walaupun judul dalam kategori ini banyak, kedai buku meletakkan buku-buku sejarah Islam di rak buku-buku agama. Ini kerana pembeli buku sejarah Islam adalah mereka yang membeli buku-buku agama lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 09, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Buku adalah Produk yang Mudah Di-generik-kan

Salah satu ciri buku sebagai produk konsumer adalah sifat buku yang mudah di-generik-kan. Bagi menerangkan apa yang dimaksudkan dengan istilah 'produk generik' dapat dilihat contoh dalam bidang ubat-ubatan.

Sewaktu sesuatu ubat baru itu diperkenalkan, harganya sangat mahal, namun orang tetap membelinya kerana mereka perlukan ubat itu dan tidak ada alternatif lain.

Tetapi, tidak lama kemudian, akan ada ubat-ubat yang serupa tetapi harganya sangat murah. Ini kerana syarikat pengeluar ubat yang lain sudah berjaya mendapatkan ramuan ubat original itu, lalu mereka pun dapat menghasilkan ubat yang serupa dengan kos pengeluaran yang rendah. Ubat-ubat 'tiruan' itu disebut sebagai ubat generik.

Buku-buku pun begitu juga. Apabila ada penerbit yang menghasilkan buku dengan konsep baru, tidak lama kemudian akan banyak buku-buku dengan konsep yang serupa berada di pasaran.

Fenomena ini adalah natural dalam dunia bisnes. Ia berlaku bagi semua produk konsumer.

Proses menghasilkan buku-buku generik adalah proses yang mudah, cepat dan murah. Sebenarnya penerbit boleh hidup dengan menerbitkan buku-buku generik sahaja...

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 08, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Berapa Tinggi Kadar Royalti Patut Ditawarkan

Jika seandainya kita mahu mengamalkan dasar membayar royalti kepada penulis, berapakah kadar yang sebaiknya ditawarkan?

Sebaiknya tawarkan kadar yang lazimnya diamalkan dalam industri. Ini kerana kadar itu sudah terbukti dapat memastikan survival syarikat.

Jika seandainya kita mahu menawarkan kadar yang lebih tinggi dibandingkan dengan kadar yang lazimnya diamalkan oleh penerbit-penerbit terbesar di dunia, beberapa faktor yang perlu difikirkan adalah:

a. Kadar tinggi kita itu belum pernah diuji, oleh itu ia berisiko tidak dapat menjamin survival bisnes kita.

b. Lazimnya kadar yang lebih tinggi itu kita tawarkan khusus kepada penulis yang terkenal dalam pasaran, ini mencipta perasaan tidak puas hati bagi penulis-penulis lain.

c. Lazimnya kadar tinggi itu ditawarkan sebagai umpan bagi memancing penulis terkenal itu supaya meninggalkan penerbitnya sekarang dan menerbitkan karyanya dengan kita pula. Ini merosakkan hubungan baik sesama penerbit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 07, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Gunakan ‘best practices in the industry’

Salah satu pertanyaan yang banyak saya terima adalah 'Apakah rahsia kejayaan PTS?' seolah-olah ada 'rahsia' di sebalik kerja-kerja yang setiap hari dijalankan oleh Tim PTS.

Tidak ada apa-apa 'rahsia' yang tidak saya terangkan dalam entri-entri di blog ini.

Ilmu menguruskan bisnes yang baik bukanlah rahsia lagi. Banyak buku ditulis tentang perkara-perkara yang asas dan wajib dilakukan dalam pengurusan bisnes. Ilmu-ilmu yang diterangkan dalam buku-buku itu mewakili apa yang disebut 'amalan terbaik dalam industri' (best practices in the industry)

Industri penerbitan buku sudah berusia beratus tahun. Ia sudah berevolusi dan sudah mencipta amalan-amalan terbaiknya. Dengan itu mudah bagi kita mencontohi dan mengamalkan best practicesnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 05, 2012

Tip Survival Penterjemah: Tiap-Tiap Rumah Penerbitan Mempunyai Dasar Editorialnya Sendiri

Dari sudut dasar editorial, menerbitkan buku terjemahan dan buku karya asli adalah serupa sahaja.

Tiap-tiap rumah penerbitan mempunyai dasar bahasanya sendiri. Ada rumah penerbitan yang menerima penggunaan bahasa pasar, manakala ada rumah penerbitan yang menolak bahasa pasar.

Dalam isu peminjaman perkataan, istilah dan jargon daripada bahasa asing, ada rumah penerbitan yang lebih suka menggunakan bahasa Melayu, manakala ada rumah penerbitan yang suka menggunakan kata pinjaman.

Ada rumah penerbitan yang menjadikan isu 'memelihara identiti' bahasa Melayu sebagai perkara yang dianggap serius, manakala ada rumah penerbitan yang menjadikan isu 'praktikaliti bahasa' sebagai objektif di sebalik dasar peminjaman yang liberal.

Jadi, penterjemah perlu menyelaraskan gaya bahasa terjemahannya dengan dasar editorial tiap-tiap rumah penerbitan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 03, 2012

Tip Survival Penterjemah: Belajar dengan Membaca Terjemahan yang Baik

Salah satu cara mendapatkan skill menghasil terjemahan yang berkualiti tinggi adalah dengan membaca hasil terjemahan penterjemah-penterjemah lain yang karya mereka sangat laku dalam pasaran.

Caranya adalah dengan memeriksa terjemahan mereka. Semak bagaimana mereka menterjemahkan ayat-ayat dalam teks asal ke dalam bahasa Melayu yang mudah dan sedap dibaca, dan tiru gaya terjemahan mereka itu.

Ciri 'sedap dibaca' adalah ciri yang paling penting dalam menghasilkan buku terjemahan yang laku.

Apa-apa produk sekalipun mestilah berkualiti 'sedap' baru ia laku dijual - sedap dimakan, sedap dipakai, sedap ditengok, sedap dipandu....

Terjemahan yang tidak sedap dibaca adalah terjemahan yang salah.

Ahli-ahli teori terjemahan mungkin tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh penterjemah buku-buku yang laku itu. Tetapi penerbit bukan menerbitkan buku terjemahan untuk dijual kepada ahli-ahli teori terjemahan.

Dalam bisnes buku, yang paling penting adalah kedai buku suka menjual buku-buku itu. Pembeli buku pun suka membelinya. Pembaca buku pun suka membacanya.

Kita menterjemah buku supaya buku itu laku keras dalam pasaran. Sebanyak mana buku terjemahan itu laku dijual, maka itu adalah indikasi sebanyak mana orang ramai sudah dapat memanfaatkan ilmu dan maklumat dalam buku itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penterjemah: Isu Istilah Teknikal

Salah satu isu yang banyak dibincangkan oleh penterjemah adalah isu istilah-istilah yang digunakan dalam teknologi terbaru.

Istilah-istilah dalam bahasa Inggeris itu belum ada padanannya dalam bahasa Melayu sebab Dewan Bahasa dan Pustaka belum menciptanya.

PTS mempunyai dasar penciptaan dan peminjaman istilahnya sendiri, dan ini diamalkan oleh Jabatan Editorial sebagai dasar rasmi PTS.

Apabila istilah dalam bahasa Inggeris itu:

1. Sudah digunakan oleh semua penggiat bidang itu: Pinjam terus istilah itu.

2. Digunakan oleh semua bahasa-bahasa utama dunia: Pinjam terus istilah itu.

3. Istilah itu adalah nama konkrit: Pinjam terus istilah itu.

4. Istilah itu adalah nama pada paparan dalam skrin sofwer: Pinjam terus istilah itu dan kekalkan ejaan asal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 01, 2012

Tip Survival Penterjemah: Bakat Menterjemah adalah Spesifik

Penterjemah yang bagus dapat hidup sepenuh masa dengan menggunakan bakat dan kemahirannya. Antara faktor paling penting dalam kejayaan sebagai penterjemah adalah:

1. Pilih genre yang sesuai dengan bakat

Apabila mahu menjadi penterjemah, pilih genre apa yang paling sesuai dengan bakat bahasa yang dimiliki.

a. Orang yang memiliki bakat bahasa sastera sesuai menterjemahkan karya-karya sastera.

b. Orang yang memiliki bakat bahasa teknikal sesuai menterjemah teks-teks teknikal.

c. Gaya bahasa buku-buku agama memerlukan bakat bahasa yang sesuai dengan teks agama.

d. Buku-buku motivasi juga memerlukan bakat bahasanya yang tersendiri.

2. Kuasai laras bahasa Melayu bagi genrenya

Ini dapat dilakukan dengan banyak membaca buku-buku dalam bahasa Melayu bagi genre yang berkenaan. Dengan banyak membaca barulah akan terakam jargon, istilah dan frasa-frasa dalam bidang itu dalam bahasa Melayu.

Membaca dalam bahasa Melayu adalah sangat kritikal peranannya kerana kita akan menterjemah ke dalam bahasa Melayu.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 25, 2012

Tip Survival Penterjemah: Menguasai Genre Bahasa

Penterjemah perlu membina brand masing-masing, yakni mereka perlu dikenali sebagai penterjemah genre apa?

Brand adalah 'nama baik'. Produk yang memilik nama baik menjadi pilihan utama pembeli. Fungsi aktiviti pemasaran adalah membina nama baik sesuatu produk.

Brand adalah profit. Tidak ada brand tidak ada profit.

Penterjemah yang mempunyai brand akan dapat hidup selesa dalam pasaran.

Bagi membangunkan diri sebagai suatu brand yang terkenal, penterjemah perlu mengenal pasti genre apa yang akan menjadi brand bagi nama masing-masing.

Jika mahu menjadi penterjemah buku-buku pembangunan diri, maka asas kekuatannya adalah membaca banyak buku pembangunan diri dalam Bahasa Melayu, terutama sekali buku-buku genre itu dalam Bahasa Indonesia.

Dengan membaca buku-buku pembangunan diri dalam Bahasa Indonesia maka banyak perkataan, frasa dan ayat-ayat pembangunan diri akan terakam dalam memori. Ayat-ayat itulah yang kemudian digunakan apabila sedang menterjemah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 23, 2012

Tip Survival Penterjemah: Strategi Pemerolehan Bahasa

Istlilah 'pekerja bahasa' (language workers) bermakna individu yang hidup dengan melakukan kerja-kerja di mana penguasaan bahasa menjadi modal utamanya. Contoh 2 golongan pekerja bahasa adalah editor dan penterjemah.

Bagi pemain bola, menguasai skill bermain bola menjadi modal utama. Bagi memperoleh skill bermain bola strateginya adalah dengan berulang-ulang kali bermain bola dengan pemain-pemain yang berkualiti. Bermain bola dengan pemain-pemain yang lemah skillnya tidak membolehkan kita meningkatkan skill permainan kita.

Bagi pekerja bahasa Melayu, menguasai skill bahasa Melayu menjadi modal utama. Bagi memperoleh skill bahasa Melayu yang tinggi strateginya adalah dengan membaca bahan-bahan yang ditulis menggunakan bahasa Melayu yang berkualiti tinggi. Membaca bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa Melayu berkualiti rendah tidak dapat menjadikan kita menguasai bahasa Melayu tinggi.

Apabila kita menterjemah, kita menggunakan ayat-ayat bahasa Melayu yang sedia terakam dalam memori kita.  Kita tidak mungkin dapat menuliskan ayat-ayat yang tidak ada dalam memori kita. Buktinya, jika dalam memori kita tidak tersimpan rakaman ayat-ayat dalam bidang undang-undang kita tidak akan dapat menterjemah teks undang-undang.

Sebagai pekerja bahasa, modal kita adalah jumlah ayat bahasa tinggi yang terakam dalam memori kita. Ini dapat ditingkatkan hanya melalui proses membaca bahan-bahan dalam bahasa Melayu tinggi.

Teknik membaca yang paling efektif bagi tujuan merakamkan data bahasa ke dalam memori adalah dengan membaca gaya mulut berbunyi.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 20, 2012

Tip Survival Penterjemah: Pasaran Buku Terjemahan Masih Muda

Pada masa ini pasaran buku-buku terjemahan adalah masih muda. Ia pasaran buku matahari terbit.

Jumlah penerbit yang menekuni sektor ini belum banyak. Judul yang dibekalkan ke dalam pasaran pun belum banyak. Pada masa yang sama permintaan untuk judul terjemahan sentiasa ada kerana penulis tempatan tidak dapat membekalkan buku-buku seperti itu.

Bagi penerbit yang berminat melabur dalam sektor buku terjemahan, ada beberapa aspek yang perlu diberi perhatian:

1. Menjadi penerbit yang spesialis, yakni tentukan dahulu kategori buku apa yang mahu ditekuni. Ini penting bagi branding.

2. Membangunkan tim penterjemah sendiri. Ini penting bagi menjaga kualiti terjemahan dan jadual penerbitan.

3. Menjalin hubungan bisnes yang baik dengan penerbit luar negara. Ini penting bagi mendapatkan lesen dan hak terjemahan.

Pembeli buku-buku terjemahan adalah kelas menengah. Pilih judul-judul yang dibeli oleh anggota kelas ini. Mereka sanggup membayar lebih kerana daya beli mereka tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 148 pages  1 2 3 >  Last »