Assalamualaikum, Pn. Sifu.
Moga dalam keadaan sihat sejahtera dan bisnes juga bertambah makmur.
Ayat-ayat seperti di atas sudah menjadi budaya mentee-mentee Puan. Bila kami saling berhubung ayat-ayat pemula sebegini menjadi motivasi juga!
Saya hendak kongsikan sesuatu yang saya baca dari Wall Street Journal edisi semalam. Terdapat satu artikel khas tentang bagaimana Disney hendak memasuki pasaran di India. Saya fikir ia sangat relevan dengan bisnes Puan.
Disney selama ini cuma mengasak pasaran India dengan produk-produk dari Barat tetapi kurang berjaya. Terlalu mahal, tidak diminati.
Masalah utama ialah masyarakat tidak dapat 'connect' dengan produk-produk Disney. Mungkin mereka belajar perkara ini daripada pengalaman mereka di China di mana pengunjung-pengunjung Disneyland Hong Kong tidak dapat 'connect' dengan watak-watak dan cerita di situ.
Kini, Disney akan bekerjasama dengan Yash Raj Films - produser filem-filem hit Bollywood itu.
Mereka mula mengadaptasi filem-filem Disney untuk disesuaikan dengan citarasa India. Contohnya
'High School Musical' versi US memaparkan sebuah pasukan bola keranjang. Versi Hindi akan ditukar kepada pasukan kriket. Ada logiknya kerana kriket adalah obsesi nasional di sana.
Merchandise juga diubah mengikut keperluan masyarakat India. Oleh kerana masyarakat kelas menengah semakin membesar dan mementingkan pendidikan maka mereka memilih untuk menjual alat-alat keperluan sekolah dahulu.
Beg sekolah di India adalah lebih besar dari versi US kerana sekolah India tiada locker, dan mereka menjual thermos sebagai ganti botol air biasa kerana banyak sekolah India tiada
water cooler.
Disney juga memulakan produksi rancangan tempatan seperti
"Dhoom Machaao Dhoom" iaitu kisah seorang remaja yang menemui kembali identiti India-nya selepas tinggal di Amerika. Juga ada siri
"Vicky & Veetal" - kisah seorang budak dengan hantu baik. Di sini mereka mengambil kesempatan atas minat masyarakat terhadap perkara-perkara supernatural.
Reformulasi Disney Channel India juga telah berlaku di mana mereka 20%-40% kandungan tempatan. Tema baru juga telah dicipta iaitu "percaya diri, ekspresi diri, raikan keluarga anda".
Mereka juga telah mencipta genre "aspirational storytelling" - khusus untuk generasi baru yang mempunyai cita-cita yang lebih luas daripada ibu bapa mereka. Ini adalah genre yang sedang diusahakan PTS - maka mungkin PTS boleh eksport cerita-cerita ke India tidak lama lagi.
Sasaran Disney ialah pasaran luar US akan menyumbang 50% peratus perolehannya dalam masa terdekat ini. Mereka percaya kepada kuasa Asia maka tiada sebab mengapa kita tidak begitu. Saya juga perlu memastikan 'feel' Asia dalam projek novel itu kuat.
Oh ya, kalau hendak baca artikel penuh WSJ secara online Puan perlu bayar langganannya. Saya dapat baca pun sebab ada
complimentary copy dari hotel yang mak saya bawa balik.
Saya memang suka baca
WSJ, Newsweek, Times, Edge dan berita-berita ekonomi. Lepas itu, saya berangan-angan jadi
owner syarikat-syarikat yang dipaparkan dalam itu! Haha.
Wassalam.
Muhammad Firdaus bin Ariff
Projek Trilogi Kristal
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o