Baca Entri Terbaru Setiap Hari: Skrol ke Bawah Iklan
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Novelis remaja paling ngetop, Ain Maisarah, sedang mencari co-author untuk siri Aku Mahu.
Saudara yang berminat mendaftar di sini. Tulis nama, nombor HP dan alamat emel.
Perjumpaan akan diadakan selepas musim hari raya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Galaksi Mohsinin adalah siri pertama dalam satu lagi trilogi sai-fai PTS yang sedang dihasilkan.
Tuan Muda Azrul Jaini adalah mahasiswa tahun akhir jurusan mekatronik di fakulti kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau juga seorang pemimpin pelajar. Pada masa ini beliau adalah Naib Yang Dipertua II Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak.
Nota: Foto hiasan disalin dari blog Tuan Firdaus Ariff.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
CarrieKirana blogger dan pengulas novel popular yang paling terkenal, pernah menulis dalam blog beliau tentang ciri-ciri penulis novel yang karya mereka laku keras dalam pasaran:
Petik: "...penulis best-seller mempunyai sifat-sifat ini:
1. Peramah dan suka berinteraksi dengan orang ramai.
2. Penampilan yang menarik, gaya yang sesuai dengan dirinya sendiri.
3. Berfikiran terbuka dan konstruktif, berminat untuk mengetahui respons pembaca supaya apa-apa kekurangan akan cepat diperbaiki dalam karya akan datang.
4. Tidak mudah berkecil hati, sebaliknya melihat setiap yang berlaku dari sudut yang positif.
5. Tidak mudah melompat dari satu penerbit ke penerbit yang lain.
6. Tidak banyak kerenah dengan penerbit dan editor. Mudah bekerjasama dengan penerbit dan editor, berbincang secara terbuka tentang apa-apa yang perlu diperbaiki baik dari segi cerita, suntingan dan kebajikan penulis untuk memastikan produk yang ditulis dapat memenuhi kehendak pelanggan. Dalam erti kata lain, penulis harus menjadi seorang 'team-player' yang hebat.
7. Memiliki senjata yang kukuh - kemahiran Bahasa Melayu yang tinggi dan bijak mengolah/memilih frasa ayat yang berkesan.
8. Mempunyai laman web/blog sendiri yang aktif - ini penting untuk menjana permintaan terhadap buku penulis.
9. Tidak besar kepala, tidak terlalu cerewet atau 'syok sendiri' - penyakit inilah yang selalunya akan membunuh karier kebanyakan penulis secara diam."
Nota: CarrieKirana adalah seorang eksekutif pengurusan di sebuah universiti tempatan. Foto hiasan CarrieKirana dengan Andrea Hirata disalin daripada blog beliau.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Semalam, pada 4hb September, Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng bersama wakil-wakil rakyat DAP iaitu Tuan Chow Kon Yeow, Tuan Chong Eng, Tuan Lim Hock Seng, Tuan Ohee Boon Poh, Tuan Lew Chin Tong, Tuan Ng Wei Aik telah hadir ke majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Pulau Pinang di Restoran Kasim Mustaffa, Seberang Jaya.
YAB Tuan Lim Guan Eng pernah membuat kenyataan bahawa beliau mahu menjadi seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Beliau juga pernah berkata bahawa prinsip 'amar makruf nahi mungkar' adalah strategi yang dapat menyelesaikan banyak masalah.
Peristiwa di atas mempunyai perkaitan dengan dasar perniagaan PTS.
PTS adalah sebuah penerbit yang berjuang menyebarkan dan mengembangkan kefahaman tentang mesej-mesej Islam. Justeru buku-buku terbitan PTS ditargetkan kepada sesiapa sahaja yang sama sekali tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam. Ertinya, pembaca tidak perlu masuk Islam dahulu sebelum dapat membaca buku-buku agama PTS.
Di sebalik dasar perniagaan PTS itu adalah dorongan mahu memenuhi salah satu arahan Nabi Muhammad (salam dan selawat buat beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sabahat beliau) kepada kita, yakni supaya kita menyampaikan kepada orang-orang lain biarpun hanya sepotong ayat daripada beliau.
Dengan hal yang demikian, PTS menjadikan kerja-kerja 'menyebarkan dan mengembangkan' Islam sebagai objektif korporatnya yang di-prioriti-kan, bukan 'mempertahankan' Islam per se.
Perjuangan mempertahankan Islam adalah pasif-dan-reaktif kerana kita menunggu sehingga kita berasa Islam itu sedang diancam barulah kita bertindak. Jika kita berasa Islam selamat, meskipun sebenarnya Islam terancam, maka kita tidak melakukan apa-apa. Jadi, kita duduk pasif menunggu sampai ada pihak yang melakukan sesuatu yang kita anggap sebagai ancaman terhadap Islam, maka barulah kita bangun secara reaktif melakukan sesuatu.
PTS bekerja kuat dengan sikap aktif-dan-proaktif. Dalam apa keadaan sekalipun PTS bekerja kuat menerbitkan buku-buku yang memudahkan sesiapa sahaja belajar tentang Islam. Kita tidak menunggu apa-apa berlaku terhadap Islam. Kita bekerja kuat meskipun Islam selamat.
Perjuangan mempertahankan Islam mementingkan label-label 'musuh'. Tanpa menggunakan label-label permusuhan, kita tidak mempunyai target perjuangan dan kita tidak tahu siapa yang hendak dilawan. Jadi, sebelum berjuang, mesti ada pihak-pihak yang kita labelkan sebagai 'musuh' lalu barulah kita tahu siapa 'musuh' kita, dan kita mempunyai justifikasi bagi menentang 'musuh-musuh' itu.
Kelemahan perjuangan mempertahankan Islam di bumi Malaysia yang aman damai ini adalah kita bersikap menunggu dorongan oleh sumber-sumber luaran. Kita menunggu adanya pihak-pihak luar yang pada anggapan kita mereka itu adalah 'ancaman', yang kemudian kita labelkan mereka sebagai 'musuh' Islam, kemudian barulah kita bertindak memusuhi mereka.
Jadi, kalau kita mahu kita boleh sahaja melabelkan DAP, ataupun siapa-siapa sahajalah, sebagai 'musuh' yang mesti kita lawan dan hancurkan, sebab banyak sekali perkara-perkara yang dapat kita gunakan bagi menjustifikasikan penggunaan label 'musuh' kepada DAP dan siapa-siapa sahajalah.
Dari sudut perspektif PTS, di bumi Malaysia yang aman ini, tidak ada 'musuh', yang ada adalah orang-orang yang perlu diberi peluang seluas-luasnya memahami mesej-mesej Islam.
Justeru sikap mempertahankan Islam adalah bersifat pasif-reaktif, konfrontasional, konfliksional dan destruktif. Ia mencipta konflik, pertentangan, perseteruan, permusuhan, perdendaman, ketakutan, ketegangan, kemarahan, kebencian dan kerosakan.
Sikap mempertahankan Islam bukan hanya menyebabkan kita membenci dan memusuhi mereka yang kita labelkan sebagai 'musuh', malah ia menyebabkan sesiapa sahaja yang di luar kumpulan kita menjadi takut dan benci terhadap Islam itu sendiri.
Apabila orang-orang bukan Islam memahami mesej-mesej Islam, kita berpeluang menjadikan mereka bersikap lembut terhadap Islam dan kooperatif kepada kita sebagaimana yang kita lihat pada sikap YAB Tuan Lim Guan Eng dan wakil-wakil rakyat DAP di Pulau Pinang.
Kejayaan mempertahankan Islam adalah kejayaan yang mengekalkan status-quo. Maksudnya, jika Islam sekarang 10, maka selepas selesai berjuang, apa yang ada dalam tangan masih 10, malah mungkin tinggal 3!
Sebaliknya, apabila kita menjadikan daya usaha menyebar-kembangkan Islam sebagai prioriti perjuangan di bumi Malaysia yang aman damai ini, kita berpeluang mendapat lebih daripada 10.
Sekarang ini jumlah rakyat Malaysia yang beragama Islam mungkin sekitar 11 juta, namun dengan bekerja kuat menyebar-kembangkan Islam, jumlah itu dapat kita tambah dengan banyaknya.
Tentu sekali, apabila kita berjuang menentang 'musuh' dan mengisytiharkan bahawa kita sanggup mati demi mempertahankan Islam maka kita berpeluang menonjolkan kewiraan kita. Pada waktu yang sama tindakan-tindakan kita dan gambar-gambar kita yang sedang beraksi dapat dijadikan berita dalam media. Kita juga berpeluang menjadi hero yang dikagumi oleh mereka yang seperti kita. Dan kita berpeluang menjadi orang yang digeruni. Paling tidak, aksi-aksi berjuang menentang mereka yang kita labelkan sebagai 'musuh' memberi kita peluang menampakkan diri kita sedang berjuang dan bekerja kuat.
Di satu pihak yang lain, apabila kita bekerja kuat menyebarkan dan mengembangkan Islam, kita bekerja dalam senyap, kita tidak menjadi wira yang penuh aksi, tidak berpeluang menjadi berita dalam media.
Di bumi yang aman damai ini, sempena bulan mulia ini, kita mengajak semua pihak supaya berjuang menyebarkan dan mengembangkan Islam kepada semua pihak yang selama ini sudah kita labelkan sebagai 'musuh', mudah-mudahan rakyat Malaysia akan berbondong-bondong menerima Islam. Amin.
Nota: Foto hiasan disalin dari HarakahDaily.net
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Statistik yang diuar-uarkan dalam media mengatakan bahawa jumlah lelaki Malaysia yang mengalami masalah kesihatan seksual adalah besar.
Dulu-dulu, kebanyakan orang menyangka, masalah kesihatan seksual menjadi isu berat di kalangan lelaki berumur (yang mempunyai isteri berusia muda) sahaja.
Menurut pakar, pada masa sekarang semakin ramai lelaki muda mengalami masalah kesihatan seksual.
Menurut pakar lagi, 70% masalah kesihatan seksual adalah disebabkan faktor-faktor psikologi dan keadaan itu dapat dirawat.
Nampaknya jualan ubat-ubatan kesihatan seksual bagus, namun jualan buku-buku panduan menjaga kesihatan seksual tidak pula meletup-letup, setakat berjalan macam biasa-biasa sahaja.
Soalan tutorial hari ini: Meskipun ramai orang mengalami masalah kesihatan seksual, mengapakah buku-buku panduan kesihatan seksual tidak laku keras?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Penerbit buku seperti PTS boleh bungkus jika keadaan begini makin berleluasa.
Baca juga isu ini dalam blog 'isuberitahangat' ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Kedai-kedai buku agama tradisional sudah mula mempamerkan macam-macam produk kegunaan hari raya, seperti songkok, kain pelekat, baju Melayu dan yang seperti itu.
Begitulah kebiasaan yang berlaku di kedai-kedai buku agama tradisional. Apabila masuk sahaja bulan puasa, pengurusan kedai tidak berminat mempromosi jualan buku, mereka lebih berminat mempromosi peralatan hari raya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Jika saudara berminat membuka kedai buku indie, ada beberapa tip berguna tentang lokasi yang elok:
1. Pilih kedai yang bersebelahan dengan bank.
2. Pilih kedai yang bersebelahan dengan cafe.
3. Pilih town-centre di kawasan perumahan yang dikelilingi oleh penduduk kelas menengah.
Kedai buku indie BOOKWORM terletak di bandar baru Bukit Beruntung di luar kota Kuala Lumpur. Di sebelahnya adalah ANJUNG Restaurant & Cafe.
Pengunjung cafe Anjung banyak masuk ke dalam BOOKWORM. Bookworm dibuka dari jam 8 pagi - 12 tengah malam.
Duduk bersebelahan cafe menghasilkan jualan bagus kepada kedai buku disebabkan mereka yang datang makan di cafe adalah golongan berpendapatan tinggi. Golongan ini adalah pembeli buku.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Pegawai-pegawai di Jabatan Pemasaran PTS dan di Jabatan Jualan PTS sentiasa berhadapan dengan fenomena 'tembok psikologi' atau 'psychological barrier'.
Fenomena 'tembok psikologi' adalah sejenis 'ketakutan'. Ia dialami oleh semua orang. Ada kalanya fenomena ini disebut dengan istilah 'mental wall'.
Banyak perbuatan tidak berani kita melakukannya kerana kita tidak pernah melakukannya. Jadi, kita takut melakukan perbuatan itu semata-mata disebabkan kita belum pernah melakukannya. Sebagai contoh, kita tidak berani masuk ke dalam gereja disebabkan kita belum pernah masuk mana-mana gereja.
Dalam bidang penerbitan buku Melayu, banyak peminat novel Inggeris tidak mahu cuba membeli dan membaca novel Melayu kerana mereka belum pernah mencuba novel Melayu. Jadi, sebagai penerbit buku Melayu, kita perlu memujuk mereka supaya mahu cuba membaca novel Melayu.
Banyak kedai buku agama tradisional mengambil masa yang lama sebelum mahu menjual buku-buku PTS disebabkan mereka mempunyai 'tembok psikologi' terhadap pakejing buku-buku PTS itu. Selama ini mereka tidak pernah melihatbuku agama yang dipakej ala-ala buku bukan-agama.
Banyak penulis bukan-ustaz tidak mahu menulis buku agama, walaupun bagi buku agama yang sebenarnya adalah buku untuk kanak-kanak disebabkan mereka mempunyai perasaan takut membuat kesilapan.
Dalam bidang politik, banyak orang tua-tua di kampung-kampung tidak berani mengundi selain parti dacing disebabkan mereka belum pernah mengundi calon selain calon parti dacing.
Sebaliknya, pengundi-pengundi muda, disebabkan mereka baru pertama kali pergi mengundi, mereka tidak mengalami fenomena 'tembok psikologi' terhadap calon-calon parti pembangkang. Oleh itu mereka berani mengundi mana-mana calon.
Apabila BN menakut-nakutkan orang tua-tua di kampung-kampung dengan memberitahu mereka "Kalau BN kalah, nanti kita makan ubi kayu lagi, macam zaman Jepun dahulu." adalah dengan motif mahu menguatkan lagi tembok psikologi orang tua-tua itu, yakni membuat supaya mereka terus takut hendak cuba mengundi calon bukan-BN.
Orang-orang tua itu terus mengundi BN bukan disebabkan mereka diberi kain batik ataupun kain pelekat. Jika mereka tidak diberi kain batik sekalipun mereka tetap akan mengundi calon BN disebabkan mereka mengalami gejala tembok psikologi terhadap calon bukan-BN.
Fenomena tembok psikologi ini mempunyai implikasi ke atas cara kerja penerbit novel-novel Melayu dan buku-buku agama.
Sebagai contoh, bagi memujuk pembaca novel Inggeris supaya mahu cuba membaca novel Melayu, pakejing novel Melayu mesti dibuat supaya ala-ala novel Inggeris.
Banyak pembaca muda tidak mahu membaca buku-buku agama disebabkan mereka mempunyai tembok psikologi terhadap buku-buku agama tradisional. Bagi mengatasi tembok psikologi itu, pakejing buku-buku agama PTS yang ditujukan kepada pembaca muda hendak mempunyai ciri ala-ala buku orang muda.
Ini yang dilakukan oleh PTS Islamika apabila ia mula menggunakan pelukis-pelukis komik bagi mencipta cover buku-bukunya.
Buku-buku PTS Islamika juga tidak lagi menggunakan ikon-ikon agama seperti kubah masjid, pohon kurma, tulisan Arab dan yang seumpamanya itu bagi buku-buku yang ditargetkan kepada pembaca muda.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Tuan Mohd. Kholid Hamzah adalah seorang pegawai kerajaan. Kini beliau bertugas di pejabat cawangan di Cameron Highlands.
Dari gosip yang kita dengar, sudah dua kali beliau ditawarkan naik pangkat tetapi beliau tolak.
Alasan beliau tidak mahu naik pangkat adalah faktor peluang berkarya. Kini tugas-tugas beliau di peringkat daerah tidak terlalu membebankan, oleh itu beliau mempunyai masa dan tenaga berkarya.
Jika beliau terima tawaran naik pangkat itu, beliau terpaksa bertugas di Kuantan. Di sana beliau sukar menghasilkan banyak penulisan.
Beliau adalah pengarang siri Penyiasat Ekstrovert yang kini sudah mempunyai 8 novel dan sudah ada peminatnya sendiri.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Salah satu syarat kejayaan sebagai penulis adalah menulis buku-buku yang temanya berfokus. Jika penulis mahu mendapat royalti tinggi daripada buku-bukunya, pilih satu tema, dan tulis buku-buku dalam tema itu sahaja.
Apa sekalipun tema yang dipilih, bidang itu ada peminatnya sendiri. Jumlah peminatnya mungkin besar, mungkin kecil. Buku-buku seni pertahanan diri mempunyai peminatnya sendiri. Begitu juga buku-buku sukan ataupun cerita-cerita perang.
Masuklah ke dalam sesuatu bidang itu dan jadilah penulis terkenal dalam bidang itu.
Ambil contoh bagaimana Tuan Samsudin Wahab memfokuskan buku-buku beliau dalam tema pengurusan majlis. Beliau adalah pensyarah di UiTM.
Tuan Ahmad Fadzli Yusof pula menghasilkan buku-buku 'resipi kejayaan'nya. Tuan Ahmad Naim Jaafar menerbitkan buku-buku pembangunan 'karisma'nya. Mereka berdua adalah pemegang ijazah undang-undang.
Dalam waktu yang singkat mereka sudah mempunyai ramai peminat bagi tema yang mereka tekuni.
Jumlah peminat mempunyai kaitan langsung dengan jumlah royalti yang diterima penulis. Lebih ramai peminat, lebih tinggi royalti.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Billy Lim adalah pemegang rekod sebagai penulis buku motivasi tanah air yang paling berjaya.
Menurut beliau sendiri, edisi terjemahan Melayu bukunya lebih banyak terjual daripada edisi originalnya dalam bahasa Inggeris.
Baca lebih banyak di sini bagi mengetahui bagaimana beliau mempromosi buku beliau.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
MBA
019-3887659