Saturday, November 11, 2006

Kita Sokong UMNO Johor!

UMNO Johor tetap akan menolak meritokrasi dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada perhimpunan agung UMNO. Baca di sini.

Berita ini tidak disiarkan oleh akhbar Melayu perdana, yakni Berita Harian mahupun Utusan Malaysia. Sebaliknya ia disiarkan oleh The STAR on-line.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 10, 2006

Matinya Industri Buku Cina Tempatan

Pasaran buku-buku dalam bahasa Cina di Malaysia adalah lebih besar daripada pasaran buku-buku dalam bahasa Inggeris. Demikian pula, pasaran akhbar Cina adalah lebih besar daripada pasaran akhbar Inggeris.

Ambil contoh sebuah buku strategi bisnes yang sangat terkenal saat ini, "BLUE OCEAN STRATEGY" klik. Buku impot edisi Inggerisnya laku sekitar 2000 naskhah, manakala edisi impot terjemahan Cinanya laku lebih 5000 naskhah!

Sumber daripada sebuah rangkaian kedai buku elit memberitahu kita bahawa pasaran buku-buku Inggeris sudah sedekad mem-plateau, yakni mendatar. Manakala pasaran buku-buku Cina sedang berkembang dengan amat pesatnya.

Rangkaian POPULAR setiap bulan mengimpot antara 200 - 300 judul buku-buku Cina dari Cina (PR), Taiwan dan Hong Kong. Setiap judul diimpot antara 2 ribu sehingga 5 ribu naskhah.

Kemasukan buku-buku Cina impot telah membunuh penerbit-penerbit buku Cina tempatan. Penerbit besar seperti PELANGI pun telah menutup jabatan buku Cinanya!

Faktor utama yang menyebabkan matinya penerbitan buku Cina tempatan adalah harga buku-buku Cina impot adalah sepertiga harga buku terbitan tempatan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Prof. Abdullah Hassan Kecewa

Sempena Kongres Bahasa ke-VII, dengan kerjasama PTS, Prof. Emeritus Abdullah Hassan mengambil inisiatif menerbitkan sebuah buku bertajuK "MENGAPA KAMI BANTAH".

Buku itu adalah antologi artikel yang ditulis oleh tokoh-tokoh pejuang bahasa yang membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran sains dan matematik.

Dua hari sebelum Kongres buku itu sudah dihantar ke urus setia dengan arahan buku itu dimasukkan ke dalam setiap beg peserta.

Tiba masa Kongres, buku itu tidak ada dalam beg peserta dan tidak ada sesiapa yang tahu di mana buku itu berada.

Bagi saudara yang mahu membaca buku itu, supaya buku itu dapat dihantar kepada saudara, berikan alamat pos saudara kepada Prof. Abdullah Hassan pada alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(24) Diskusi Kuliah | Permalink

Shrink-Wrap: Apa Kelebihannya

Mengapakah Alaf21 dan Creative membalut novel-novelnya dengan plastik yang dipanggil shrink-wrap? Sebagai orang yang baru belajar menjadi penerbit, adakah saudara mahu me-shrink-wrap buku saudara ataupun tidak?

Sesetengah buku, macam novel cinta, perlu dishrink-wrap. Pertama buku itu dibeli oleh pengedar, oleh itu tidak boleh dipulangkan kepada penerbit apabila kotor dan tidak laku.

Novel cinta banyak dijual di kedai-kedai buku di pekan-pekan kecil. Kedai buku di pekan kecil tidak terletak dalam mall-mall berhawa dingin, oleh itu panas.

Hawa panas dalam kedai menyebabkan buku kembang. Ultra-violet daripada sinar matahari yang masuk ke dalam kedai pula menyebabkan warna kulit buku cepat 'makan hari'.

Tanpa air-cond, pintu kedai sentiasa terbuka luas, oleh itu banyak habuk masuk.

Tapak tangan dan jari-jari penduduk pekan kecil tidak sentiasa sebersih tangan orang kaya di bandar-bandar besar. Apabila mereka memegang buku, buku itu cepat kotor.

Cara penduduk pekan kecil memegang-megang buku dalam kedai juga tidak selembut cara orang kaya bandar besar memegang buku. Penduduk pekan kecil memegang buku dengan lebih kasar, oleh sebab itu buku mudah cedera.

Apabila saudara hendak membeli buku yang di-shrink-wrap, bolehkah saudara mengoyakkan balutnya? Boleh, saudara berhak mengetahui apa kandungan buku yang hendak saudara beli itu.

Bagi penerbit, apakah kelebihan dan kelemahan menjual buku dengan cara shrink-wrap?

Buku yang di-shrink-wrap mempunyai beberapa kelebihan. Yang jelas, buku yang dipamerkan tidak rosak dan tidak kotor.

Buku adalah produk mudah cedera, macam buah-buahan. Masalah yang paling besar adalah buku kotor. Sedikit kekotoran, kecederaan ataupun kecacatan pada buku menyebabkan buku itu tidak dapat dijual. Justeru buku-buku yang dishrink-wrap tidak mengalami perkara ini.

Sesetengah buku PTS dishrink-wrap, sebagai contoh buku-buku edisi paperback PTS dishrink-wrap, manakala yang lain tidak. Ini kerana, seperti novel cinta, buku paperback PTS juga ditargetkan kepada penduduk pekan kecil.

Sesetengah buku tidak perlu dishrink-wrap. Kalau kotor ataupun cedera sedikit, penerbit sanggup mengambil balik buku itu dari kedai sebagai 'buku return'.

Buku return itu masih dapat dijual, terutamanya bagi jenis buku-buku yang yang perpustakaan awam suka beli. Pegawai perpustakaan tidak secerewet pembeli di kedai.

Siapakah yang melakukan kerja-kerja shrink-wrap? Ada masanya penerbit sendiri yang melakukannya.

Mesin shrink-wrap mahal, oleh itu penerbit kecil-kecilan tidak mampu membeli mesin itu dan membayar gaji pekerja shrink-wrapper. Kalau jumlah buku yang diterbitkan tidak banyak, kos shrink-wrap menjadi jauh lebih mahal, tidak ekonomik.

Ada masanya pengedar yang membuat kerja shrink-wrap. Kemudian kos itu ditanggung oleh penerbit dengan memberikan potongan diskaun lebih tinggi kepada pengedar.

Ada masanya pengurusan kedai buku membalut buku-buku impot dengan plastik biasa sahaja, bukan shrink-wrap, sebab harga buku-buku yang diimpot amat mahal dan buku-buku itu tidak boleh dipulangkan jika kotor ataupun rosak.

Buku tempatan yang ditargetkan kepada pembeli berpelajaran tinggi tidak sesuai di-shrink-wrap. Pertama, buku-buku itu dapat dipulangkan kepada penerbit apabila tidak laku.

Kedua, mentaliti pembeli buku-buku itu tidak suka buku di-shrink-wrap. Ketiga, buku-buku itu dijual di kedai-kedai buku elit sahaja.

Pengurusan kedai-kedai buku elit memulangkan buku yang tidak laku selepas 2 bulan dipamerkan. Buku-buku itu belum sempat kotor sudah diturunkan dari rak!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Faisal Tehrani: Novel Popular dan Kaum Sunni

Tokoh sastera terkenal, Sdr. Faisal Tehrani, mengemukakan pendapat yang sangat menarik dibaca, iaitu bahawa genre novel popular ada kaitannya dengan kelompok ahli sunnah. Baca di sini.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Resolusi Kongres Bahasa ke-VII

Baca di sini: Laporan dalam Utusan Malaysia hari ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 09, 2006

Tok-tok Penghulu pun Ikut Menentang

Salah seorang pemimpin pertubuhan Melayu yang ikut bersuara dengan lantang menentang dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran sains dan matematik adalah Pengerusi Persatuan Penghulu dan Penggawa Malaysia.

Ikut naik ke pentas dan berucap dengan berapi-api adalah Pengerusi Majlis Muzik Malaysia, Dato' A. Rahman Hassan.

Seniman dan aktivis teater tanah air yang terkenal, Khalid Salleh, turut menyuarakan penentangannya kepada dasar itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

59 Pertubuhan Anjur Kongres

Sebanyak 59 buah pertubuhan Melayu telah bergabung menganjurkan Kongres Bahasa ke-VII yang lalu. Manakala badan penganjur induknya adalah Dewan Bahasa dan Pustaka serta Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).

Dua buah pertubuhan yang menjadi pendukung utama Kongres adalah Persatuan Linguistik Malaysia (Presidennya, Prof. Dr. Awang Sariyan) dan Persatuan Penterjemah Malaysia (Presidennya, Prof. Dr. Abdullah Hassan).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Road-show Kongres

Dalam ucapan penangguhannya, Dato' Prof. Dr. Latif Bakar memaklumkan Kongres Bahasa akan di-roadshow-kan ke zon-zon seluruh negara bagi menerangkan isu-isu yang diperjuangkan oleh Kongres supaya semua lapisan masyarakat faham.

Yang Dipertua Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) sudah setuju menjadi tuan rumah kepada road-show Kongres bagi zon utara yang bakal diadakan pada bulan Disember 2006.

Selepas Pulau Pinang, road-show akan ke Kuantan, Pahang. Lain-lain zon sedang dirancang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wakil Menteri dalam Mesyuarat Kongres

Seorang VIP Kongres Bahasa ke-VII menceritakan pengalamannya bertugas dalam AJK Kongres.

Pada suatu mesyuarat JK penganjur, sewaktu mesyuarat masih berjalan, dia menerima panggilan telefon daripada pejabat menteri berkenaan salah satu isu yang baru sahaja dibincangkan!

"Tentu ada anggota mensyuarat yang diam-diam meng-sms laporan secara langsung ke pejabat menteri!" dia membuat kesimpulan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Little Napoleon di Pejabat Menteri

Sewaktu sarapan pagi, kita duduk semeja dengan seorang 'datuk' yang juga anggota jawatankuasa penganjur Kongres Bahasa ke-VII, yang telah pergi ke pejabat menteri pelajaran atas urusan kongres.

"Non," katanya, mengadukan perasaannya. "Saya yang sudah 60 tahun ini, dimarah-marah macam saya ini budak berhingus, oleh seorang pembantu kepada menteri, yang umurnya baru lingkungan 26 atau 27 tahun...."

Saya pandang wajahnya. Dia pandang cawan kopinya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Rais Yatim Tidak Mahu Datang Kongres

Desas-desus yang kita dengar dari orang-orang dalam bilik urus setia Kongres Bahasa ke-VII mengatakan, Dato' Rais Yatim, menteri yang paling kuat bercakap membela Bahasa Melayu, menolak undangan supaya merasmikan penutupan Kongres.

Alasannya?

Menurut mereka yang empunya cerita, kononnya Rais Yatim tidak mahu datang sebab protokolnya salah. Kata Rais, dia bertaraf menteri kerajaan, maka mana boleh dia yang menutup, sedangkan yang merasmikan pembukaannya bukan menteri kerajaan (YTM Tengku Razaleigh Hamzah).

Patutlah tidak nampak langsung batang hidung anak-anak buahnya, pegawai KeKKWa, pada Kongres itu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Ismail Hussein Ugut Mahu Bakar DBP

Menurut sumber yang dapat dipercayai, pada saat Tan Sri Ismail Hussein menerima surat yang mengarahkan supaya Kongres Bahasa ke-VII jangan dijalankan dalam bangunan DBP, beliau berkata kepada VIP yang datang membawa surat itu, "I bakar DBP!"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Dr. Firdaus akan Dipecat

Ini gosip terbaru:

Belum 12 jam Kongres Bahasa ke-VII tamat, berbunyi-bunyi mulut para pejuang bahasa menceritakan ada orang penting di pejabat Menteri Pelajaran mengeluarkan arahan (lisan) supaya Ketua Pengarah DBP, Dato' Dr. Firdaus Abdullah, dipecat kerana beliau membenarkan bangunan DBP dijadikan tempat bersidangnya kongres itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 08, 2006

Kisah Seorang Gubenor

Boleh baca ini bagi mendapatkan ilham menulis novel jibusnyi http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedi/g/gamawan-fauzi/index.shtml

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 06, 2006

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-VII

Kongres akan dibuka malam nanti oleh YTM Tengku Razaleigh Hamzah di DBP. Ia akan berlangsung pada hari Selasa dan Rabu. SifuPTS akan bersama-sama dengan pejuang-pejuang Bahasa Melayu sepanjang kongres. Kita tangguhkan kuliah sehingga kongres tamat.

Lawan Tetap Lawan!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Baca Genius Indonesia

Dua orang penulis Indonesia yang dianggap genius adalah almarhum Pramoedya Anantatoer dan Goenawan Mohamad.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 05, 2006

Dialog dalam Surah Yusuf: Dari Buku ke Filem, ke Novel Grafik

Surah Yusuf terdiri daripada 111 ayat. Daripada jumlah 111 ayat itu 98 ayat adalah ayat yang secara langsung menceritakan kisah Nabi Yusuf. Dari pada 98 ayat itu, 86 ayat mengandungi dialog, yakni sekitar 88%. Ini adalah peratusan yang amat tinggi.

Kita tidak tahu mengapa Allah menyampaikan kisah hidup Nabi Yusuf dengan menggunakan dialog. Allah sahajalah yang mengetahui.

Namun, akal logik kita dapat melihat beberapa kelebihan cerita yang ditulis dengan menggunakan banyak dialog:

(1) Jumlah dialog yang banyak memudahkan kerja mengadaptasi novel itu menjadi skrip filem kerana ini bermakna dialog watak-watak sudah disediakan dalam novel itu. Penulis skrip filem hanya perlu memilih dialog-dialog yang hendak digunakan.

(2) Ia juga memudahkan kerja-kerja mengadaptasi novel itu menjadi novel grafik kerana dialog untuk belon-belon sudah disediakan dalam novel itu. Ini amat memudahkan penulis story-board edisi novel grafiknya.

(3) Novel yang menggunakan banyak dialog juga lebih mudah dan lebih laju dibaca dibandingkan dengan novel yang banyak menggunakan naratif.

Kita sudah mendengar cadangan supaya lebih banyak filem-filem tempatan dibuat berdasarkan adaptasi novel-novel terbaik dalam sastera Melayu. Baca Utusan.

Salah satu halangan teknikal yang dihadapi bagi menjayakan cadangan itu adalah bahawa sewaktu novel-novel itu ditulis, isu adaptasi ke filem tidak pernah diambil kira oleh para pengarangnya. Ini menyebabkan kerja-kerja adaptasi itu menjadi sukar, malah hasil adaptasi beberapa novel Melayu yang pernah dilakukan tidak memuaskan hati si pengarang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Kursus Menulis Fiksyen


Kursus 1:


Tajuk kursus: Menulis novel jibunsyi.


Tarikh: 11 November 2006


Masa: 10 pagi - 5 ptg.


Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata.


Cara mendaftar: Hantar SMS kepada Cik Ashikin 019 744 5861. Emel .(JavaScript must be enabled to view this email address)


Kursus 2:


Tajuk kursus: Teknik surah Yusuf.


Tarikh: 12 November 2006


Masa: 10 pagi - 5 ptg.


Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata.


Cara mendaftar: Hantar SMS kepada Cik Ashikin 019 744 5861. Emel .(JavaScript must be enabled to view this email address)


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 03, 2006

Sony Book-reader

Sony sudah memasarkan apa yang dipanggil book-reader. Skrin book-reader ini menggunakan teknologi skrin state-of-the-art, bukan skrin LCD. Beli di sini SONY.

Skrin Sony book-reader (SBR) putih macam kertas, tidak bercahaya, jadi tidak sakit mata membacanya lama-lama sebagaimana membaca pada LCD. Memori SBR dapat menyimpan ratusan buku dan ribuan halaman, dan saiznya juga macam saiz buku.

Apakah implikasi teknologi terbaru ini kepada penulis dan penerbit?

Implikasi kepada penulis adalah:

(1) Isu memilih penerbit yang berpandangan jauh ke depan, yang faham trend-trend kemajuan teknologi perbukuan, dan yang mempunyai komitmen kepada pemerluasan pasaran buku-buku terbitannya.

(2) Isu menghasilkan buku-buku yang kandungannya tidak lagi untuk pasaran dan bacaan orang sekampung sendiri, tetapi untuk pasaran global.

Bagi penerbit, implikasinya lebih banyak. Ambil contoh PTS:

(1) Dari sudut marketing, bagaimanakah PTS dapat mengambil peluang daripada teknologi SBR bagi melesenkan buku-buku terbitan PTS kepada pembekal buku-buku Sony.

(2) Bagaimanakah cara PTS dapat menjadikan data buku-buku terbitannya supaya dapat dibeli dengan mudah melalui internet sehingga pembeli SBR walau di benua mana pun dapat membaca buku-buku PTS menggunakan SBR.

(3) Dari sudut penyediaan data, bagaimanakah PTS dapat menyediakan manuskrip dalam format data yang kompatibel dengan SBR itu.

(4) Dari sudut legal, bagaimanakah terma-terma pelesenan dan struktur royalti antara PTS-Sony dan antara PTS-Penulis.

Berdepan dengan perang falsafah antara aliran bisnes 'jual, jual, jual' dan aliran 'beri, beri, beri', bagaimanakah sikap penerbit dan penulis?

Mungkinkah kita mengambil sikap meniru google, wikipedia, gutenberg dan banyak lagi, di mana mereka memberikan secara percuma produk-produk mereka kepada seluruh manusia?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Bonda Puan Ainon Kembali Ke Rahmatullah Jam 5.50 pagi Hari Ini

Assalamualaikum,

Buat pengetahuan para pelawat Universiti Terbuka PTS (UNIKA PTS), bonda kesayangan Puan Ainon Mohd.,Presiden UNIKA PTS kembali ke rahmatullah pada jam 5.50 pagi ini selepas sekian lama berada di wad Selangor Medical Centre, Selangor.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin, Masjid Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor hari ini.
Semoga Allah merahmati rohnya dan diletakkan bersama roh orang yang soleh dan mati syahid.. AL-FATIHAH!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 02, 2006

Mencari Dewasa oleh ZA Imad

Inilah kesimpulan Tuan ICESOUL, jurutera dan pelukis kulit novel remaja Sahabat Kole Kacang, selepas selesai membaca jibunsyi ZA Imad klik Mencari Dewasa.

"Buku 'Mencari Dewasa' memang bagus, lebih realistik berbanding 'Ayat-ayat Cinta', dalam banyak aspek kehidupan remaja siswa..."Â -Â disalin dari chatbox UNIKA hari ini.

Sdr ZA Imad adalah diaspora Melayu Singapura, dan lulusan undang-undang UIA.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 01, 2006

Apabila Peminat Jatuh Cinta

Sebagai orang lama dalam dunia buku, kita sudah menyaksikan bagaimana pengarang-pengarang (terutamanya pengarang lelaki) menjalin hubungan cinta (-demi-cinta) dengan peminatnya.

Jadi jangan sangka hanya seniman dalam bidang hiburan sahaja yang dijatuhi cinta peminat. Sebarang bidang yang mempunyai peminat dapat mendorong penggiat bidang itu jatuh ke dalam hubungan cinta dengan peminatnya.

Sifu menulis entri ini untuk tatapan beberapa mentee baru yang rasa-rasanya, satu hari nanti, ada kecenderungan menjalin hubungn cinta dengan peminat.

Mengapakah kita sukar menolak cinta peminat?

Pertama, buku kita menjadi wakil diri kita yang sangat penting. Apabila ada orang (baca, perempuan) memuji buku kita, kita anggap itu adalah pujian ke atas diri kita (sebagai lelaki).

Kedua, kita dahagakan pujian sebagai pengarang (baca, sebagai lelaki) berbakat, bagus, hebat, mengagumkan, blah blah blah.

Ketiga, peminat (perempuan) yang jatuh cinta kepada karya kita tidak ramai, jadi pilihan tidak banyak. Maka, benda yang 'langka' (scarce) lebih bernilai.

Keempat, perhatian perempuan membuat lelaki menjadi sangat yakin ke atas dirinya sendiri. Dalam keadaan begitu, lelaki jadi amat positif semua dapat diurus dengan baik, semua akan selamat, semua akan okay!

Kepada mentee-mentee yang berjiwa romantis, jangan kata Sifu tidak pernah menulis akan hal bagaimana pengarang dijatuhi cinta peminat!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(93) Diskusi Kuliah | Permalink

Tempat Kursus PTS

Bagi saudara yang belum pernah hadir kursus PTS, inilah cara sdr ke sana.

Saudara pernah pergi Zoo Negara? Tidak jauh dari Zoo Negara ada lampu trafik ke Taman Melawati dan Taman Permata.

Dari lampu trafik itu sdr boleh nampak supermarket GIANT.

Sekolah agama al-Ikhlas terletak betul-betul di depan GIANT. Ada rumah kedai, ada 7-ELEVEN, ada KLINIK GIGI NOORIAH. Naik ke tingkat 2 di atas klinik gigi itu.

Simpan no telefon En. FARIS 019 286 2600 / Cik FATIMAH 019 284 6105

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Inggeris, Buku Melayu, Buku Cina

Banyak orang menyangka pasaran buku Inggeris di negara ini sedang tambah pesat berkembang, disebabkan penekanan baru oleh kerajaan ke atas pengajaran dan pembelajaran bahasa itu.

Maklumat yang kita peroleh daripada sebuah rangakaian kedai buku terkenal mendapati sejak 10 tahun yang lalu pasaran buku Inggeris mem-plateau, yakni tidak berkembang.

Sebaliknya, pasaran yang sedang berkembang sihat adalah pasaran buku Melayu dan buku Cina.

Rangkaian kedai buku POPULAR (milik pelabur Singapura) adalah pengimpot dan peruncit buku-buku Cina terbesar di Malaysia. Sehingga akhir-akhir ini, POPULAR memfokuskan bisnesnya pada pasaran buku Cina sahaja. Hanya selepas ia melihat perkembangan pasaran buku Melayu yang begitu jelas barulah POPULAR membuka jabatan Melayunya.

Setiap bulan POPULAR mengimpot antara 200 - 300 judul, yakni sekitar 2500 judul setahun. Bagi judul-judul kategori popular jumlah unit yang diimpotnya adalah antara 2000 - 3000 naskhah setiap judul.

POPULAR mengimpot semua kategori buku umum, daripada novel sehingga buku masakan. Ia juga mengimpot buku-buku bacaan serius seperti politik, kebudayaan, falsafah, bisnes dan lain-lain.

Buku-buku itu diimpot dari negara China, Taiwan dan Hong Kong.

Buku-buku Cina adalah lubuk emas POPULAR meskipun sektor itu mempunyai halangannya yang unik, iaitu sistem tulisan dan gaya bahasa.

Buku-buku dari Hong Kong dan Taiwan menggunakan sistem tulisan tradisional. Negara China dan Malaysia menggunakan sistem tulisan baru.

Kedua-dua sistem ini ada perbedaannya, sehingga pembaca Malaysia mengalami kesukaran membaca buku-buku dari Taiwan dan Hong Kong, namun mereka tetap membeli dan membacanya.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2