Sunday, December 31, 2006

Nasib Penulis: Hakcipta Karya Menang Sayembara

Apabila karya saudara memenangi sebarang peraduan, adakah saudara tahu apa nasib hakcipta karya saudara itu?

(a) Meskipun saudara menerima RM50 ribu sebagai hadiah, adakah saudara masih memiliki hakcipta saudara?

(b) Adakah hakcipta karya yang menang diambil oleh penganjur?

(c) Adakah saudara dikehendaki menandatangani sebarang surat persetujuan menyerahkan hakcipta karya saudara yang menang kepada penganjur?

Banyak penganjur peraduan mengarang tidak bersikap telus disebabkan mereka tidak menuliskan terma hakcipta bagi karya yang menang dalam brosur yang diedarkan.

Jangan sampai berlaku bak kata pepatah: Menang sorak kampung tergadai. Dapatkan maklumat yang betul sebelum menghantar karya saudara kepada sebarang peraduan.

Kos menganjurkan peraduan mengarang adalah amat mahal, oleh itu sesetengah penganjur cuba mendapatkan semula modal yang sudah dibelanjakan itu dengan mengenakan syarat hakcipta karya yang menang diserahkan kepada penganjur.

Nota: PTS sekarang sedang menganjurkan Lomba Menulis Novel Cinta Islami. Bagi semua karya yang menang, hakciptanya masih kekal di tangan pengarang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tanda Bacaan: Noktah (.) dan Koma (,) selepas dialog

Kesilapan tanda bacaan yang paling banyak dilakukan adalah noktah (.) dan koma (,) selepas dialog.

Koma (,) digunakan dalam 1 ayat.Ā

"Hatiku sedih," kata Mamat.

Noktah (.) digunakan dalam 2 ayat.Ā

"Hatiku sedih." Itulah yang dikatakan oleh Mamat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PURNAMA Lancar Sayembara Novel Kanak-kanak dan Remaja

PUSAT Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja DBP (PURNAMA) sedang melancarkan sayembara menulis novel kanak-kanak dan remaja.


Sayembara itu terbuka kepada peserta Melayu dan bukan Melayu.


Ia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000 untuk kedua-dua kategori itu.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2148 2875.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

DBP Anjurkan Peraduan Mengarang Cerita Kanak-kanak dan Remaja

Ini berita baik!

KaryaNet Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Peraduan Mengarang Cerita Kanak-kanak dan Remaja.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Teknologi POD untuk Pengarang Self-published

Apabila saudara mahu menerbitkan sendiri buku saudara disebabkan memang tidak ada penerbit yang mahu menerbitkannya, apakah yang sebaiknya saudara lakukan?

Pada masa ini teknologi POD (publishing-on-demand) sudah ada, oleh itu gunakan teknologi POD bagi buku yang amat terhad pasarannya, seperti buku puisi ataupun buku kreatif eksperimental.

Contoh buku POD adalah karya Sdr. Si Naga-Naga. Puan Nisah Haron juga menerbitkan buku puisinya menggunakan teknologi POD.

Dengan teknologi POD saudara dapat mencetak minimum 1 unit sahaja, ataupun 10 ataupun 20 unit. Wajah buku POD hampir 100% seperti buku konvensional. Hanya mata pakar buku yang dapat membezakan buku POD daripada buku konvensional.

Buat layout buku saudara, lengkap dengan cover bukunya. Pergi ke kedai cawangan DOCUPLAN ataupun mana-mana kedai fotokopi profesional yang ada dan mereka akan cetak buku saudara itu.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 30, 2006

Panggilan Travelogue

Kepada semua yang mendaftar mahu menulis travelogue, sudahkah saudara menerima emel contoh dari Sifu? Jika belum, hubungi saya .(JavaScript must be enabled to view this email address)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surah Yusuf dan Unsur ‘kecacatan’

Kisah hidup Nabi Yusuf adalah kisah cinta yang paling indah pernah berlaku dalam sejarah manusia.

Akan hal ini, ia diperakukan oleh Allah sendiri dalam ayat ke-3 yang bermaksud, "Kami sampaikan kepadamu (wahai Muhammad), sebuah kisah yang paling indah."

Banyak perkara menarik tentang prinsip dan teknik menulis novel Islami dapat digali daripada surah Yusuf.

Sebagai contoh, dalam surah Yusuf, tidak ada watak yang cacat anggota ataupun cacat mental. Semua watak dalam kisah Nabi Yusuf adalah manusia normal-normal belaka, kecuali Nabi Yusuf yang amat tampan dan amat beriman.

Walaupun Nabi Yaakub menjadi buta disebabkan banyaknya menangis mengenangkan anak kesayangannya yang dikatakan mati dimakan serigala oleh abang-abang Nabi Yusuf, tetapi penglihatan beliau kemudian pulih seperti sedia kala.

Ini bermakna, dari sudut pandang teori sastera Islami aliran surah Yusuf, unsur kecacatan bukan unsur keindahan.

Contoh kecacatan adalah:

(a) Cacat mental yang biasa berlaku seperti gila, hilang ingatan, bingung, lurus bendul, pelupa dan lain-lain.

(b) Cacat fizikal yang biasa berlaku seperti kudung, buta, pekak, bisu, sumbing, katik, terlalu gemuk, hitam ataupun tempang dan lain-lain.

(c) Cacat upaya yang biasa berlaku seperti sakit terlantar, sakit misteri dan lain-lain.

(d) Cacat psikologi yang biasa berlaku seperti egoistik, cemburu buta, kedekut, tamak harta, kuat berlagak, akal pendek, gopoh-gapah, dan lain-lain.

Kelemahan pada watak-watak yang terdapat dalam surah Yusuf adalah jenis yang jarang berlaku:

(a) Perempuan-perempuan bangsawan tergoda melihat lelaki muda yang amat tampan sehingga tidak sedar mereka terpotong jari mereka sendiri, meskipun lelaki itu adalah seorang yang amat rendah kedudukan sosialnya.

(b) Adik-beradik yang berebut kasih sayang ayah sehingga sanggup hendak membunuh adik mereka yang paling disayangi oleh ayah mereka.

(c) Seorang ayah yang tersangat sabar ke atas tingkah laku buruk anak-anaknya, sehingga dia tidak mengambil tindakan ke atas anak-anaknya meskipun mereka menderhaka kepadanya, sebaliknya dia cuma asyik menangis sehingga kedua-dua matanya menjadi buta dan dikatakan oleh orang kampungnya dia sudah jadi gila.

Tuhanlah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Itu KJ Method?

KJ adalah singkatan nama seorang tokoh kreativiti Jepun, Kawakita Jiro. KJ Method adalah kaedah berfikir yang beliau cipta bagi menyelesaikan masalah kreatif.

Kaedah ciptaan beliau telah dikembangkan dan diperluaskan aplikasinya oleh anak murid dan para pengamalnya.

Salah satu bidang aplikasinya adalah dalam proses mengeluarkan dan mencatatkan isi kandungan memori, umpamanya bagi tujuan menulis dokumen panjang, seperti buku.

Di PTS, para penulis yang mengikuti kursus penulisan dilatih menggunakan Kaedah KJ kerana sudah terbukti kaedah itu meningkatkan produktiviti penulis.

Mereka yang mengikuti program mentor-mentee PTS diwajibkan belajar menulis buku menggunakan KJ Method. Novel-novel jibunsyi PTS ditulis menggunakan kaedah ini.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis cum Usahawan

Apabila saudara mahu menjadikan penulisan kerjaya sepenuh masa, maka saudara perlu berfikir sebagaimana usahawan berfikir.

Tetapi jangan melakukan suatu kesilapan yang kerap berlaku di kalangan penulis, yakni menjadi penulis self-published, yang menerbitkan karyanya sendiri.

Penulis adalah seniman. Amat jarang sekali seseorang penulis itu memiliki 2 bakat ini serentak, iaitu bakat seni dan bakat bisnes.

Penulis yang berjaya hidup sebagai penulis sepenuh masa adalah penulis yang memahami kehendak pembeli buku-bukunya, bukan penulis yang pandai menerbitkan sendiri buku-bukunya.

Bisnes menerbitkan dan memasarkan buku adalah penuh dengan kerja-kerja yang memeningkan kepala. Apabila saudara menerbitkan buku saudara sendiri, nanti saudara akan sibuk dengan kerja-kerja yang memeningkan kepala, bukan sibuk menulis.

Jangan gunakan wang simpanan saudara bagi membayar pencetak buku saudara, itu cari nahas namanya. Gunakan wang itu bagi membeli buku-buku bacaan yang penting dalam bidang yang saudara tekuni.

Katakanlah saudara mahu menulis buku-buku tentang kemahiran menjadi jurujual, laburkan RM4 ribu bagi membeli segala macam buku yang berkaitan bisnes, pemasaran, promosi, periklanan,Ā kejurujualan, persuasi, komunikasi, negosiasi dan psikologi.

Modal RM4 ribu itu adalah modal bisnes saudara dalam bidang penulisan. (Kalau saudara membuka francais stesen minyak nasional, modalnya adalah sekitar RM350 ribu.)

Dengan memiliki buku-buku bernilai RM4 ribu itu saudara dapat menggunakan bahan-bahan dalam buku itu bagi menghasilkan buku-buku saudara.

Dan jangan lupa bahan-bahan bacaan yang terdapat dalan Internet!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 29, 2006

Trik Basi Penulis Penipu

Seorang jurufoto yang bertugas dengan sebuah syarikat media datang ke PTS membawa manuskripnya tentang teknik kejurufotoan.

Editor perolehan PTS, En. Ikram, yang melayan kedatangan jurufoto itu menjawab semua pertanyaannya berkenaan hakcipta dan royalti. Adalah dasar PTS tidak membeli hakcipta penulis demi menjaga kepentingan para penulis sendiri.

Jurufoto itu puas hati dengan penerangan itu tetapi dia tidak mahu menyerahkan manuskripnya, atas alasan beliau hendak berfikir dahulu.

Tiga hari kemudian jurufoto itu menelefon En. Ikram dan memberitahu sebuah syarikat penerbit XYZ sanggup membeli hakcipta manuskripnya dengan harga RM8,000. Katanya lagi, kalau PTS mahu, dia boleh jual kepada PTS 10,000.

Dia pun membuat temujanji mahu berjumpa lagi dengan En. Ikram. Mereka pun berjumpa tetapi En. Ikram memberitahu konon beliau "akan tanya bos dulu" sebab beliau cuma hendak tengok sahaja lagak si penipu ini.

Kita di PTS pun ada network dengan staf penerbit-penerbit lain, bak kata pepatah, burung sebulu terbang sama, yakni orang penerbitan berkawan dengan orang penerbitan.

Apabila kita tanya kenalan kita di penerbit XYZ itu, rupa-rupanya si jurufoto memang ada pergi ke sana, tetapi dia beritahu kononnya PTS sudah sanggup beli hakciptanya RM8,000, jadi kalau penerbit XYZ mahu, dia sanggup jual RM10,000.

Sampai sekarang si jurufoto itu tidak menghubungi En. Ikram.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Nasib Penulis: Buku Laku tetapi Pengarang Berhutang kepada Penerbit

Salah seorang penulis buku motivasi pelajar cemerlang mengalami nasib yang sungguh tidak cemerlang!

Begini kisah benarnya.

Beliau seorang wartawan dengan sebuah syarikat media yang amat terkenal. Dengan tradisi kewartawanan yang baik, beliau menulis sebuah buku panduan yang mengandungi maklumat bagus tentang semua kolej dan IPT di negara ini dan kursus-kursus yang ditawarkan.

Sebagai wartawan juga, beliau kenal ramai orang politik, maklumlah beliau selalu membuat liputan kegiatan politik menteri-menteri kabinet.

Pada suatu masa beliau mendapat ilham bisnes yang sungguh bagus iaitu menjual bukunya kepada seorang tokoh politik supaya dihadiahkan ke semua pelajar khemah motivasi pelajar cemerlang dalam kawasan piliharaya tokoh itu.

Tokoh itu suka dengan idea itu lalu memesan 500 naskhah! Si penulis pun mengambil 500 naskhah bukunya dari PTS atas namanya.

Beliau mengira-ngira untung besar yang beliau boleh dapat. Sebagai penulis PTS beliau boleh membeli bukunya sendiri dengan diskaun yang amat bagus. Beliau boleh jual kepada YB itu pada harga penuh. Jadi diskaun dapat, royalti pun dapat!

Buku-buku itu diserahkan kepada YB tokoh kabinet itu lalu si YB pun memberikan seorang satu naskhah semua pelajar yang hadir dalam program motivasi anjuran partinya.

Semua peserta seronok mendapat buku yang bagus itu. Si YB lebih-lebih lagi puas hati mendapat tepukan gemuruh daripada para peserta!

Sampai masa PTS mengira royalti, si penulis masih belum dapat menagih bayaran dari YB itu. Setelah ditolak hutang 500 naskhah bukunya daripada royalti, didapati dia terhutang RM4800 kepada PTS! Sekarang hutang itu sudah jadi hutang lapuk PTS.

Semenjak kes itu berlaku, PTS tidak membenarkan penulis mengambil bukunya melebihi nilai jumlah royaltinya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 28, 2006

Perwatakan dalam Surah Yusuf

Dalam seminar novel popular di DBP yang baru lalu, antara kritikan yang banyak kali dikongsi oleh para pembentang kertas kerja adalah kelemahan perwatakan dalam novel-novel yang dinilai.

Bagaimanakah cara menampilkan perwatakan yang kuat? Berikut adalah cara bagaimana surah Yusuf menampilkan perwatakan:

(1) Tiada sebarang keterangan berkenaan sifat-sifat tubuh badan watak-wataknya.

Kita langsung tidak diberitahu bagaimana bentuk tubuh badan, warna rambut, mata dan kulit Nabi Yusuf, Siti Zulaikha dan semua watak yang ada dalam surah itu.

(Bandingkan ini dengan cara bagaimana novel-novel cinta menerangkan bentuk tubuh badan watak-wataknya, lebih-lebih lagi bentuk tubuh badan watak utama perempuan.)

(2) Tiada keterangan berkenaan pakaian watak-wataknya.

Langsung tidak ada keterangan berkenaan pakaian yang dipakai oleh Nabi Yusuf ataupun Siti Zulaikha dan semua watak lain.

(Bandingkan ini dengan cara bagaimana novel-novel cinta menerangkan dengan sangat terperinci pakaian watak-wataknya, lebih-lebih lagi pakaian watak-watak utamanya.)

(3) Tiada ayat naratif yang menerangkan sifat peribadi watak.

Allah tidak menerangkan sifat-sifat peribadi watak-watak dalam surah Yusuf dengan menggunakan ayat naratif. Contoh ayat naratif yang menerangkan peribadi watak adalah: Arif seorang yang sangat sabar dan tabah. Ayat jenis ini tidak ada dalam surah Yusuf.

Sebaliknya, bagi menerangkan sifat-sifat watak, Allah menggunakan kata-kata sifat dalam dialog-dialog watak-wataknya.

(Bandingkan ini dengan bagaimana pengarang novel-novel cinta menerangkan sifat-sifat peribadi watak-watak mereka dalam ayat naratif.)

(4) Tiada ayat naratif yang menerangkan fikiran dan perasaan watak.

Contoh ayat naratif yang menerangkan fikiran dan perasaan watak adalah: Meskipun Leha sudah menjangka Sudin tidak akan mahu mengalah kepada pujuk rayunya, namun dia tetap amat kecewa. Ayat jenis ini tidak ada dalam surah Yusuf.

(Bandingkan ini dengan bagaimana pengarang novel-novel cinta menerangkan fikiran dan perasaan watak-watak mereka dalam ayat naratif.)

Teknik (3) dan (4) adalah sangat berlainan daripada amalan para penulis novel konvensional.

Nota: Di PTS, latihan teknik (3) dan (4) diberi tekanan bagi penulis yang terlibat dalam program penulisan kreatif.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pakatan Bijak dalam Program Mentor-Mentee SifuPTS

Istilah "pakatan bijak" ini dipinjam daripada Tuan Rastom.


Masuklah program mentor-mentee SifuPTS. Banyak manfaatnya kepada kedua-dua belah pihak, baik mentor mahupun mentee.


Semua bengkel dan kursus yang saudara ikuti diberi PERCUMA! Bukan itu sahaja, saudara tidak dikehendaki menandatangani kontrak tidak boleh menulis untuk penerbit lain. Kalau selepas kursus saudara hendak menulis untuk penerbit lain, boleh, tidak ada sekatan.


Bagi pihak PTS, melalui program mentor-mentee ini, kita mendapat manuskrip yang betul-betul macam yang dimahukan oleh PTS sebab dalam program ini mentee-mentee dilatih menulis buku yang mudah diedit dan dipasarkan. Jadi tidak timbul masalah beban editing yang berat ataupun buku tidak laku dijual. Kualiti juga lebih terjamin.


Bagi pihak mentee, apa yang ditulis sudah tentu (dengan izin Allah) diterbitkan oleh PTS. Tidak timbul isu buku sudah siap saudara tulis tetapi tidak diterima oleh penerbit.


Macam ini punya baik program, jangan saudara lepaskan!


.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Cinta: Cinta Dunia Besar lawan Cinta Dunia Kecil

Novel-novel cinta karya HAMKA, Marah Rusli, Abdul Muis dan Sutan Takdir Alisjahbana masih kekal dicetak sampai sekarang meskipun sudah berusia lebih 70 tahun dalam pasaran.

Novel-novel mereka sudah bertaraf 'modern classics'.

Yang membedakan novel cinta yang bernilai sastera evergreen dan yang picisan adalah faktor 'big world' dan 'small world'.

Dalam dunia besar ada dunia kecil. Dalam dunia kecil ada manusia-manusia yang terjepit dalam proses interaksi antara dunia kecil dengan dunia besar. Interaksi inilah yang menjadi intipati dan tema utama dalam novel-novel cinta karya HAMKA, Marah Tusli, Abdul Muis dan Sutan Takdir Alisjahbana.

Manakala dalam novel-novel cinta picisan, yang ada hanyalah manusia-manusia dalam dunia kecil masing-masing. Tidak ada dunia besar, oleh itu tiada interaksi antara watak-watak itu dengan dunia besar.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 27, 2006

Panggilan Travelogue

Adakah saudara pernah berada di luar negara, ataupun sedang berada di luar negara?


Kita sangat berminat mengajak saudara menulis buku kenang-kenangan sepanjang saudara berada di luar negara.


Tinggalkan emel saudara di sini, kita akan hantar contoh bagaimana menuliskan kenang-kenangan saudara itu.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(42) Diskusi Kuliah | Permalink

Daftar di Sini: Lomba Menulis Novel Cinta Remaja Islami PTS

Ini adalah pengumuman rasmi!


PTS akan menganjurkan lomba menulis novel cinta remaja Islami. Saudara-saudara yang berminat ikut serta dalam lomba ini dipersilakan mendaftar dengan meninggalkan nama penuh, alamat emel, nombor telefon hp di sini.


Objektif lomba ini adalah mendapatkan 20 manuskrip novel cinta remaja Islami yang dapat diterbitkan sebelum Mac 2008.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(73) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Menulis Novel Cinta PTS

Mendaftarlah masuk lomba ini dan datang kursus Teknik Penulisan Surah Yusuf pada Sabtu 6.1.2007.

Saudara tidak wajib menulis novel itu. Selepas kursus, jika saudara berasa saudara tidak berminat menulis novel cinta, saudara boleh tulis buku-buku cerita lain. PTS mempuyai banyak projek kreatif.

Datang dan bawa rakan saudara yang berminat menjadi novelis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Lelaki dan Novel Cinta

Hamka menulis "Tenggelamnya Kapal Van der Wijck", "Merantau ke Deli", dan "Di Bawah Lindungan Kaabah".

Marah Rusli menulis "Siti Nurbaya". Abdul Muis menulis "Salah Asuhan". Sutan Takdir Alisjahbana menulis "Layar Terkembang".

Itu semua judul novel-novel cinta paling penting dan paling evergreen dalam sejarah kesusteraan Melayu moden. Semuanya ditulis oleh lelaki.

Novel-novel cinta karya perempuan, seperti karya Salmi Manja dan Khadijah Hashim, tidak dapat menandingi kejayaan novel-novel cinta karya lelaki.

Mengapakah agaknya?
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Cinta 2.0: Resipi Surah Yusuf

Dalam mencari plot bagi novel cinta versi 2.0 surah Yusuf dapat dijadikan panduan apakah kisah cinta evergreen tidak memerlukan plot cinta yang di luar pengalaman orang biasa ataupun sebaliknya.

Berikut adalah ciri-ciri plot cinta dalam surah Yusuf:

1. Dalam surah Yusuf, watak utamanya seorang lelaki. Dia juga hero dalam plot.

Dalam surah Yusuf, heronya, yakni Nabi Yusuf, adalah lelaki ideal serba-serbi, kecuali dia miskin, malah jawatannya amat rendah, yakni hamba. Isteri al-Aziz jatuh cinta kepadanya sewaktu dia masih seorang hamba. (Ini ibarat seorang puan sri jatuh cinta kepada tukang kebunnya. Ini bukan plot cinta biasa.)

Dalam novel cinta 1.0 watak utamanya adalah perempuan, masih gadis, ataupun kemudian menjadi janda muda, ideal, menarik, perempuan yang mempunyai profesion, usianya lebih muda daripada si hero.

Disebabkan pengarang novel-novel cinta 1.0 adalah perempuan, maka natural sekali apabila heroin dalam novel-novel itu adalah perempuan.

2. Dalam surah Yusuf, perempuan menjadi watak utama kedua.


Dalam surah Yusuf, watak utama ke-dua adalah isteri kepada seorang lelaki bangsawan. Kita tidak tahu apakah dia cantik, yang pasti dia karektornya tidak baik. Dia isteri curang, pintar, licik, pendusta, pendendam. (Ini bukan plot cinta biasa.)

Bandingkan ini dengan heroin-heroin dalam novel cinta 1.0 yang diberi karektor ideal serba-serbi, yang menjadi rebutan dua lelaki.

Dalam novel cinta 1.0 yang menjadi watak utama ke-2 adalah lelaki. Lelaki itu lelaki ideal, tampan, kaya, berjaya, profesional, duit sentiasa cukup. (Ini terbalik dengan surah Yusuf di mana lelaki menjadi watak utama.)

3. Dalam surah Yusuf, perempuan yang jatuh cinta dan tergila-gilakan si hero.

Dalam surah Yusuf, isteri lelaki bangsawan jatuh cinta kepada hambanya, ibarat seorang puan sri jatuh cinta dengan tukang kebunnya. (Ini bukan plot cinta biasa.)

Dalam novel cinta 1.0 si lelaki ideal yang tampan dan profesional itulah yang jatuh cinta dan tergila-gilakan si gadis ataupun janda muda ideal.

4. Hero dan heroin tidak berkahwin.

Dalam surah Yusuf, plot cinta berakhir dengan hero dan heroinnya tidak juga berkahwin. (Ini bukan plot cinta biasa.)

Dalam novel cinta edisi 1.0 hero dan heroin akhirnya berkahwin dan hidup bahagia.

5. Bukan cinta tiga segi.

Tema cinta tiga segi adalah ciri biasa dalam novel-novel cinta 1.0 di mana kalau tidak 2 lelaki berebut 1 perempuan, maka pastilah 2 perempuan berebut 1 lelaki.

Dalam surah Yusuf, kita tidak dapat hendak mengatakan ia sebuah kisah cinta tiga segi.

Nabi Yusuf tidak berebut dengan lelaki lain bagi mendapatkan cinta isteri al-Aziz. Demikian pula, isteri al-Aziz tidak berebut dengan perempuan lain bagi mendapatkan cinta Nabi Yusuf. (Ini bukan plot cinta biasa.)

Kesimpulan: Berdasarkan ciri-ciri kisah cinta dalam surah Yusuf seperti di atas, nampaknya novel cinta 2.0 yang evergreen menghendaki plot cinta yang jarang berlaku dalam kehidupan seharian.

Ini menghendaki pengarang novel cinta 2.0 mempunyai daya fikir yang tinggi, yang kreatif, yang kritis, bukan bakat yang biasa-biasa.

Tuhan jugalah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PURNAMA DBP Pelawa Keahlian

DBP mempelawa orang ramai menjadi anggota PURNAMA - Pusat Penyelidikan Sastera Kanaka-kanak dan Remaja. Yuran percuma.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tema Cinta 1.0 yang Sudah Basi

Dalam mencari tema untuk novel cinta 2.0, salah satu strategi yang dapat dilaksanakan adalah menyenaraikan tema-tema cinta yang tidak diingini lagi, sebagai contoh:

a. Dua lelaki berebut satu perempuan

b. Dua perempuan berebut satu lelaki

c. Mula-mula benci, lama-lama cinta

d. Cinta bodoh sanggup berkorban apa sahaja.

Ini membantu penulis baru mengelakkan daripada mencipta plot yang tidak diingini lagi oleh penerbit.

Ini tambahan Sdr. Yusri:

d. Kisah cinta terlarang antara si kaya dengan si miskin.

e. Kisah cinta antara dua orang miskin, tetapi akhirnya terbongkar salah seorangnya adalah orang kaya.

f. Kisah cinta tak direstui orang tua.

g. Kisah cinta siber.

Ini tambahan Sdr. Duyung:

h. Bercinta dan dapat tahu pasangan mendapat penyakit yang tidak boleh disembuhkan.

i. Cinta pura-pura bagi mendapatkan harta untuk kepentingan peribadi dan berakhir dengan kesengsaraan.

j. Bercinta dan berpisah kerana salah seorang terpaksa belajar keluar negara dan melupakan kekasih di kampung.

Ini tambahan Sdr Mya Marja:

k. Bercinta dengan suami ataupun isteri orang.

l. Bercinta dengan ipar duai.

m. Bercinta kerana terhutang budi.

n. Percintaan guru-pelajar di sekolah, di universitiā€¦

Ini tambahan Sdr Zeti:

o. Perempuan kerja kilang bercinta dengan lelaki kaya.

p. Lelaki berkerjaya tetapi menghadapi masalah jiwa seperti kematian isteri, trauma dengan kisah silam.

q. Perempuan yang berkerjaya tetapi sering kecewa ditipu lelaki.

r. Lelaki kaya, bergaya, kacak, punyai kerjaya hebat jatuh cinta kepada wanita bagi membalas dendam.

s. Lelaki kaya, bergaya, kacak, punyai kerjaya hebat mahu cari calon isteri sama seperti bekas isterinya yang telah meninggal dunia.

t. Kisah cinta hebat antara dua insan akhirnya terlerai bila salah seorang meninggal dunia kerana kemalangan. Yang hidp merasa serik untuk bercinta lagi.

Ini dari Sdr Duyung:

u. Cinta berubah menjadi dendam kerana tidak berbalas, dan insan lain menjadi mangsa penganiayaan.

v. Bermula dari benci terhadap insan tidak punyai apa, kerana dirinya berharta... tetapi setelah dia hidup melarat, orang yang dibenci dan dicaci menjadi cinta sejati.

Tambah lagi....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Mencari Penulis Novel Cinta Edisi 2.0

Apabila saudara mahu menulis novel cinta, perlukah saudara membaca banyak novel-novel cinta edisi 1.0 yang ada dalam pasaran, terutamanya karya ratu-ratu novel cinta seperti Fauziah Ashari dan Norhayati Berahim?

Puluhan novelis cinta angkatan terbaru hari ini gagal melahirkan novel-novel cinta edisi 2.0 disebabkan mereka terlalu banyak membaca karya edisi 1.0 yang menyebabkan plot cerita dan gaya bahasanya dipengaruhi oleh karya yang mereka baca.

Bagi mendapatkan novel cinta 2.0, ada 4 strategi yang dapat dilakukan:

(1) Dapatkan penulis lelaki bagi menghasilkan novel cinta sub-genre war-romance, historical-romance, thriller-romance dan yang seumpama itu. Penulis lelaki cenderung dapat menghasilkan sub-genre ini.

(2) Dapatkan penulis perempuan yang mempunyai ciri (a) Tidak pernah membaca novel cinta sebelumnya, dan (b) Usianya sudah lebih 30 tahun.

(3) Gubal "piagam ISO in-house" bagi novel cinta yang dicari supaya dijadikan panduan oleh penulis.

Ketiga-tiga strategi di atas digunakan oleh PTS.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Menanti Munculnya Novel-novel Cinta Versi 2.0

Pasaran sedang menyaksikan berkahirnya zaman gemilang novel cinta VERSI 1.0 yang sinonimus dengan nama dua orang ratunya, Norhayati Berahim dan Fauziah Ashari.


Meskipun sektor itu terus menerus mengilang nama-nama penulis baru dan judul-judul baru, nampaknya kemerosotan angka jualan tidak dapat dielakkan.


Sepanjang 2006, setiap bulan antara 15 - 20 judul baru diterbitkan. Ternyata, saiz pasaran surut meskipun jumlah penerbit, penulis dan judul bertambah dengan banyaknya.


Kita menganggarkan saiz pasaran novel cinta adalah sekitar 150 - 200 ribu. Pasaran ini sekarang sudah muak dengan novel cinta VERSI 1.0.


Mereka sedang menanti munculnya novel-novel cinta VERSI 2.0.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Etika Bagi Penulis dan Pakar Motivasi

Pasaran buku-buku motivasi adalah sepanjang tahun dan sepanjang masa. Oleh itu menulis buku-buku motivasi adalah pelaburan yang baik.

Salah satu etika penulis buku motivasi adalah berkata yang benar sahaja. Oleh itu seseorang pakar motivasi yang sah tidak memberi gambaran palsu tentang kemujaraban tip-tip dan petua-petua motivasi yang dikemukakan, baik dalam buku mahupun dalam ceramahnya.

Di negara kita hari sekarang, bidang motivasi adalah bidang bisnes yang banyak 'cowboy' masuk ke dalam 'cowboy town' ini, disebabkan tidak ada undang-undang yang boleh menyekat sesiapa daripada menggelarkan dirinya pakar motivasi.

Dalam keadaan sekarang, barang siapa yang tidak gerun bercakap di depan kamera, memegang mikrofon di depan hadirin, maka dia boleh menjadi 'pakar motivasi'.

Apabila memberi petua-petua tentang bagaimana cara yang betul mendidik supaya anak-anak menjadi solih, katakan juga, petua itu tidak semestinya mujarab. Petua itu mungkin efektif dan mungkin juga tidak efektif.

Tidak ada nas yang mengatakan ada cara mendidik anak yang dijamin dapat menghasilkan anak-anak yang solih. Sedangkan nabi-nabi pun ada yang mempunyai anak-anak yang tidak solih, seperti Nabi Adam, Nabi Yaakub, dan Nabi Nuh, padahal sebagai nabi tentulah mereka maksum, tidak melakukan kesilapan dalam mendidik anak-anak dan isteri mereka.

Apabila memberi petua-petua tentang mendidik isteri supaya menjadi isteri yang solih, katakan petua itu tidak dijamin efektif, sedangkan nabi-nabi pun ada yang gagal mendidik isteri mereka supaya menjadi isteri yang solih, seperti Nabi Nuh dan Nabi Luth.

Apabila bercakap tentang masalah moral, katakan ibu bapa tidak semestinya bersalah, sebab sedangkan anak-anak nabi-nabi dan sahabat baik Nabi Muhammad, seperti anak lelaki Umar bin Khattab, pun ada yang melakukan dosa besar.

Apabila memberi nasihat kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah, katakan, itu mungkin bukan salah si ibu bapa, seperti dalam kes nabi-nabi dan sahabat baik Rasulullah SAW.

Sebaliknya, anak-anak dan isteri-isteri kita adalah sebahagian daripada ujian Allah, maka bersabar dan ridha atas ujian itu sebagaimana sampai akhir Nabi Nuh tidak dapat menyelamatkan anak dan isterinya.

Inilah etika menjadi pakar motivasi. Berikan tip itu, pada waktu yang sama beritahu bahawa tip itu mungkin efektif, mungkin tidak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Motivasi yang Memberi Harapan Palsu

Sekitar 70 tahun yang lalu, di Amerika, telah muncul mazhab piskologi motivasi yang mengatakan semuanya bermula dengan keyakinan.

Mazhab ini dengan cepat menjadi amat popular dan kemudian ia merebak ke seluruh dunia. Mereka mengatakan asas pencapaian adalah apa yang ada dalam fikiran seseorang, yakni keyakinannya.

Mazhab ini dibangunkan atas hujah bahawa individu-individu yang berjaya didapati semuanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi, manakala mereka yang gagal menunjukkan mereka tidak yakin pada diri mereka sendiri.

Justeru, para penganut mazhab ini mengatakan dengan menukarkan keyakinan barulah kita dapat mengubah prestasi. Apabila seseorang itu yakin boleh, maka dia akan benar-benar boleh melakukan apa sahaja.

Mereka mengesyorkan supaya seseorang itu "yakin boleh" dan nanti mereka akan benar-benar "boleh" mencapai apa sahaja yang mereka mahu capai. Ia semacam magik!

Para penganut mazhab ini banyak menulis buku-buku motivasi yang mendorong orang supaya berfikiran positif dalam semua hal dan sentiasa yakin apa sahaja dapat dilakukan apabila dia "yakin boleh".

Di negara-negara maju, mazhab ini sekarang sudah tidak laku lagi disebabkan eksperimen demi eksperiman yang dijalankan dalam makmal gagal membuktikan teori itu benar.

Teori "yakin boleh" ini menafikan faktor-faktor kritikal di sebalik setiap kejayaan iaitu peranan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal dan peralatan.

Meskipun di Amerika, iaitu tempat yang melahirkan mazhab ini, teori "yakin boleh" sudah lama dihumbankan ke dalam tong sampah oleh pakar-pakar psikologi sendiri, namun mazhab ini masih sangat popular di negara kita, dengan contoh yang paling klasik semboyan "Malaysia Boleh!" Buku motivasi seperti "Mau Ke Tak Mau" adalah ditulis oleh penganut mazhab "yakin boleh".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(26) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 26, 2006

Pelajaran dari Kubang Semang

Suatu hari nanti Universiti Terbuka PTS pasti akan mempunyai kampusnya sendiri!

"Kongres Umat Islam SeMalaysia" yang baru diadakan di Kompleks Yayasan Nahdah, Kubang Semang, banyak memberi pelajaran, baik daripada kertas kerja yang dibentangkan, apatah lagi daripada tokoh Ustaz Mutalib, pendiri kompleks itu.

Kompleks itu adalah kompleks madrasah, terletak di atas bekas tanah sawah seluas 4.5 hektar yang dibeli. Dewan kuliah utamanya 2 tingkat, bernilai RM1.4 juta.

Biaya pembinaan kompleks madrasah itu yang bernilai jutaan ringgit disumbangkan oleh orang ramai yang mengikuti kuliah mingguan beliau.

Setiap minggu antara 4 hingga 5 ribu orang datang dari jauh dan dekat bagi mendengar kuliah beliau, sehingga TV-TV terpaksa dipasang di luar dewan kuliah utama bagi mereka yang tidak dapat masuk ke dewan.

Bagi mengurangkan kos membangunkan kompleksnya, Ustaz Mutalib sendiri pergi mengikuti kursus menjadi kontraktor binaan bertauliah. Itulah satu sijil formal yang beliau punyai.

Ustaz Mutalib baru berusia 32 tahun, mempunyai 2 orang anak kecil, tidak pernah masuk sekolah menengah, belajar di sebuah pondok di Kedah. Itu sahaja. Beliau tidak pernah belajar ke mana-mana, melainkan di pondok itu. Selepas selesai belajar di pondok itu, beliau terus membuka madrasah sendiri.

Bandingkan rekod pendidikan Ustaz Mutalib dan rekod pendidikan SifuPTS yang tamat sekolah menengah, masuk 3 buah universiti dalam dan luar negara, kantoi Ph.D. Jadi, apakah SifuPTS tidak malu UNIKA PTS masih belum mempunyai kompleks kampusnya sendiri?...Ā Malunya!...Ā (sambil tutup muka dengan tangan).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Laporan Rakan-rakan COP PTS

Sebelum ini, judul entri ini adalah "Mengapa Buku PTS tidak ada di Dalam Kedai Besar"

Sesetengah kedai buku di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur tidak membawa buku-buku PTS. Situasi ini menyebabkan pembeli merungut sebab susah hendak mendapatkan buku PTS yang dicari.

Ada beberapa sebab penerbit tidak mahu membekalkan buku ke sesetengah kedai, walaupun kedai itu nampak besar, dan ia terletak di tempat yang strategik.

Faktor yang paling penting adalah rekod hutang. Kalau kedai itu tidak berdisiplin dalam urusan membayar hutangnya, penerbit akan ambil dua langkah.

(a) Tahan bekalan buku baru selagi kedai itu tidak menghantar cek bayaran hutangnya.

(b) Tutup akuan kedai itu. Ertinya kita ambil balik semua stok buku yang masih ada dalam kedai itu dan putuskan hubungan bisnes yang ada. Risikonya, hutang yang masih belum dibayar tentu 'hangus'. Tetapi dalam keadaan tertentu, itulah tindakan yang betul.

Jadi, apabila saudara tengok kedai besar tidak membawa buku PTS, besar kemungkinan kedai itu ada masalah hutang dengan PTS.

Tidak akan ada penerbit yang tidak suka membekalkan buku kepada pekedai yang rajin membayar hutang!
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Undang-undang dan Nama Samaran

Tidak ada undang-undang di negara ini yang menghalang saudara menggunakan apa jua nama samaran, termasuk perbuatan meletakkan huruf-huruf tambahan di depan ataupun di belakang nama saudara.

Saudara tidak boleh ditarik ke balai polis disebabkan saudara menggunakan nama samaran yang dieja Dr. Ir. HM Jebat.

Tidak ada undang-undang di negara ini yang menghalang mana-mana penerbit buku mencetak nama samaran seperti Dr. Chef Lee PhD. pada kulit buku yang diterbitkannya.

Inilah faktor yang mengizinkan beberapa penulis yang tidak berkelayakan menggunakan huruf-huruf singkatan di depan ataupun di belakang nama mereka dengan tujuan melakukan jualan buku yang mereka tulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 25, 2006

Mengapa PNM Tidak Pilih Buku DBP?



Tahun 2006 sudah sampai hujungnya. Bagi kontrak perbekalan buku untuk projek Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 2006, buku-buku terbitan DBP tidak ada dalam senarai yang terpilih.


Sungguh menghairankan apabila tidak ada walaupun 1 judul DBP termasuk dalam senarai judul-judul yang dipilih oleh PNM. Dua pertanyaan yang timbul:


(1) Adakah ketiadaan judul-judul DBP dalam senarai 2006 disebabkan PNM membeli judul-judul DBP, tetapi melalui proses lain. Jika ini benar, kita amat bersyukur?


(2) Adakah PNM tidak memilih judul-judul DBP disebabkan kecuaian Dawama tidak menghantar buku-buku terbitan DBP ke PNM? Jika ini benar, DBP mesti mengenakan tindakan disiplin ke atas Dawama yang menyebabkan kerugian berjuta ringgit.


Situasi ini mengkhuatirkan golongan yang prihatin berkenaan nilai bahan-bahan bacaan yang dibekalkan ke perpustakaan-perpustakaan awam.


Adalah tidak masuk akal bagaimana buku-buku DBP tidak terpilih dalam senarai PNM.


Jika buku-buku DBP tidak terpilih, sedangkan mutu isi kandungan buku-buku DBP adalah yang terbaik dan paling bermutu, buku-buku yang bagimanakah agaknya yang mengisi kekosongan itu? Sedangkan tidak ada mana-mana penerbit swasta yang dapat menandingi kualiti isi buku-buku terbitan DBP.


Nilai jumlah buku yang dibeli oleh PNM bagi tahun 2006 adalah RM20 juta. Buku-buku yang bagamanakah yang dipilih, dan siapakah penerbit yang buku-bukunya dipilih bagi mengisi kekosongan tanpa adanya judul-judul DBP.


Penerbit buku Melayu yang kredibel tidak banyak, dapat dibilang dengan jari. Yang lain-lain itu adalah penerbit syarikat milik individu towkay Cina yang majoritinya membaca dalam Bahasa Melayu pun tidak fasih.


Mereka tidak mempunyai jabatan editorial sepenuh masa. Mereka main beli manuskrip dan ilustrasi daripada penulis-penulis 'cari makan'.


Mereka membuka beberapa syarikat penerbitan dengan nama-nama yang berlainan, tetapi towkaynya serupa. Ini trik biasa.



Gosip mengatakan PNM mempunyai peruntukan RM40 juta bagi projek pembelian buku 2007. Wang sebanyak itu tidak boleh tidak akan mengundang penerbit-penerbit yang tidak kredibel dan tidak beretika membekalkan judul-judul yang rendah kualitinya. Saat ini pun mulut-mulut penerbit "Jinjang Joe" itu sedang berbuih-buih bercakap berkenaan wang berjuta-juta itu!

.


.











 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana PTS akan Memasarkan Novel Jibunsyi ke TV

Sasaran PTS adalah menerbitkan 50 novel jibunsyi dalam tempoh 2 tahun. Mengapa?


(1) Jibunsyi PTS ditulis dengan mengambil kira ciri-ciri yang semestinya ada pada novel yang mudah diadaptasikan menjadi drama TV.


(2) PTS akan mengambil tanggungjawab bagi pihak penulis jibunsyi, mempromosikan novel-novel itu supaya diadaptasikan menjadi siri TV.


(3) Dalam 1 tahun ada 52 minggu. Kalau 1 minggu 1 drama, penerbit memerlukan 52 skrip jibunsyi, tetapi ada musim-musim tertentu di mana drama yang disiarkan oleh stesen TV adalah sesuai dengan tema bermusim, seperti minggu hari raya aidilfitri, minggu hari raya aidil adha, minggu hari merdeka, minggu hari pahlawan dan lain-lain. Ini bermakna jumlah skrip drama umum yang diperlukan tidak sampai 52 jumlahnya. Jumlah 50 jibunsyi itu mengambil kira mungkin ada jibunsyi yang tidak terpilih.


Dengan target seperti inilah maka penulisan novel jibunsyi PTS dilakukan dengan menggunakan formula dan format yang tersendiri, supaya semua jibunsyi PTS akhirnya dapat meyakinkan penerbit drama di stesen TV bahawa novel-novel itu dapat menjadi siri kegemaran penonton.


.


.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Naik Pentas

Adakah saudara penulis buku motivasi? Jika ya, entri ini ditulis khusus bagi saudara.


Empat nama pengarang PTS yang masuk carta TOP 10 dan paling keras jualan buku-buku motivasinya adalah Dato' Dr. Fadhilah Kamsah, Dr. Danial Zainal Abidin, Ahmad Fadzli Yusof dan Ann Wan Seng. Dua nama baru PTS yang sedang meningkat naik adalah Jeniri Amir dan Mansur Arrazi.


Angka jualan buku-buku mereka yang tinggi itu adalah amat dipengaruhi oleh seringnya mereka muncul di khalayak dan menyampaikan sesi ceramah motivasi.


Justeru, apabila saudara menulis buku motivasi, promosi terbaik yang dapat membantu angka jualan adalah dengan naik ke pentas dan menyampaikan ceramah motivasi.


Pada masa ini nampaknya masyarakat Melayu sudah mula sedar mereka perlu meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan selok-belok perniagaan. Ini tercermin dalam angka jualan buku-buku bisnes PTS yang sudah mengatasi angka jualan buku motivasi kejayaan am.


Jika penulis-penulis buku bisnes itu mencontohi Ann Wan Seng yang sering memenuhi undangan berceramah, jualan buku-buku mereka akan naik dengan lebih tinggi lagi.


Trend penulis buku bisnes naik ke pentas menyampaikan motivasi bisnes berdasarkan isi kandungan buku yang mereka tulis adalah trend global. Di semua negara, inilah trendnya.


Nota: Kepada Penulis Mansur Arrazi, diminta tuan kembali naik ke pentas!




.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 24, 2006

PTS Millennia Sdn Bhd Mencari Penulis Berbakat Bagi Topik Wanita dan Kekeluargaan

Pihak PTS Millennia Sdn Bhd dalam proses mencari penulis yang berminat berkarya dalam topik-topik wanita dan kekeluargaan :

a) Pesona Muslimah

Buku yang berbentuk tip-tip ringkas dan mudah khusus buat wanita Islam moden. Ia berkonsep santai penuh fakta. Antara fokus buku ini adalah :

  • Tip-tip Berhias Buat Wanita Muslimah Moden

  • Tip Berfesyen Buat Wanita Muslimah Moden

  • Tip Bercinta Buat Wanita Muslimah Moden

  • Tip Mencari Pasangan

  • Tip Bersahabat Buat Wanita Muslimah Moden

  • Tip Bijak Berkomunikasi Buat Wanita Muslimah Moden

  • Tip Mengurus Masa Buat Wanita Muslimah Moden

  • Tip Berucap Buat Wanita Muslimah Moden

  • Tip Membeli Belah Buat Wanita Muslimah Moden

  • Tip Bekerjaya Buat Wanita Muslimah Moden

  • Tip Temuduga Buat Wanita Muslimah Moden

  • Tip Mengurut Ego Bos Buat Wanita Muslimah Moden

  • Apa sahaja karya berkaitan dengan topik berkaitan wanita berkarier



Spesifikasi Manuskrip:
Saiz : A4
Font : Times New Roman
Bil. Halaman : 80 halaman, selang baris satu (single spacing)
Tarikh Penghantaran : April 2007


b) Keluarga Mawaddah

Buku panduan keibubapaan dan kekeluargaan . Ia dapat menjadi rujukan khusus buat bakal ibu bapa, ibu bapa, para pendidik dan kaunselor. Antara fokus buku ini adalah :

  • Terapi Keluarga : Kasih Kembali Bertaut

  • Pikat Hati Anak Perempuan Anda

  • Pikat Hati Anak Lelaki Anda

  • Pikat Hati Mertua AndaPikat Hati Ipar Duai Anda

  • Apa sahaja karya berkaitan dengan topik kekeluargaan dan keibubapaan


Spesifikasi Manuskrip:
Saiz : A4
Font : Times New Roman
Bil. Halaman : 80 halaman
Tarikh Penghantaran : April 2007
, selang baris satu (single spacing)

Kepada sesiapa yang berminat bagi berkarya dengan PTS Millennia Sdn Bhd ataupun ingin membuat pertanyaan. Emailkan maklum balas anda kepada :

PTS Millennia Sdn Bhd
9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
No. Telefon Pejabat : 03-4142 7413/16


ataupun berhubung terus dengan editor perolehan kami, Cik Nurul Hafizah Mokhtar di talian 0192488900 ataupun email terus kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address) atau .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Millennia Sdn Bhd Mencari Pengarang Novel Islami

Pihak PTS Millennia Sdn Bhd akan melancarkan produk baru berbentuk fiksyen bagi 2007. Ia berkonsepkan novel yang berunsurkan Islam. Antara ciri-ciri novel ini adalah :

  • Isu semasa Islam, Cinta Anta Anti, Perjuangan berfikrah, Perbandingan Agama dan apa saja cadangan yang wajar dengan konsep ini

  • Kupasan setiap isu diberikan penelitian daripada sudut pandangan Islam

  • Gaya persembahan moden & Islami

  • Gaya novel popular


Pihak PTS Millennia dalam proses mencari penulis berbakat bagi menyumbangkan karya untuk penerbitan novel ini. Spesifikasi penghantaran manuskrip adalah seperti berikut :

Saiz : A4
Font 12 :
Bil. Halaman : 200 Halaman, Selang Baris Satu Baris (Single Spacing)
Tarikh Penghantaran Manuskrip : Mac 2007


Kepada sesiapa yang berminat bagi berkarya dengan PTS Millennia Sdn Bhd ataupun ingin membuat pertanyaan. Emailkan maklum balas anda kepada :

PTS Millennia Sdn Bhd
9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur


No. Pejabat :03 4142 7413/16

ataupun berhubung terus dengan editor perolehan kami, Cik Nurul Hafizah Mokhtar di talian 0192488900 ataupun email terus kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address) atau .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Kami menunggu karya kreatif daripada anda.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 23, 2006

Buku Masuk Kedai Buku Superstore





Semua penulis mahukan bukunya dipamerkan dalam kedai-kedai elit seperti MPH, Borders dan Kinokunia sebab hal itu meningkatkan status diri si penulisnya di mata masyarakat.


Setiap penerbit juga mahukan buku-buku terbitannya dapat dipamerkan dalam kedai-kedai elit itu. Pertama, berniaga dengan korporat tidak ada risiko mereka tidak membayar hutang. Kedua, para penulis lebih suka menerbitkan bukunya dengan penerbit yang berjaya menembusi kedai-kedai elit.


Tidak semua penerbit dapat memasukkan buku mereka ke kedai-kedai buku elit.


Jika buku saudara diterbitkan oleh DBP sekalipun, belum tentu buku saudara boleh dibeli daripada kedai-kedai itu disebabkan faktor DAWAMA. Baru-baru ini rangkaian Popular meminta PTS membekalkan buku-buku DBP kepadanya, tetapi PTS bukan agen Dawama. PTS tidak berminat menjadi agen Dawama disebabkan amalan-amalan bisnes yang 'luar biasa'.


Penerbit kecil lazimnya sukar memasuki rangkaian kedai buku elit disebabkan beberapa faktor:


(1) Kedai buku elit mahu melihat katalog buku-buku saudara.


Syarat ini bermakna hanya penerbit yang mempunyai katalog buku sahaja, yakni penerbit yang sudah menerbitkan banyak judul, yang diterima sebagai pembekal kedai-kedai itu.


Bagi menjaga efisiensi, kedai-kedai elit tidak suka berurusan dengan terlalu banyak pembekal sebab mereka tidak mahu 'overload' sistem komputer mereka. Mereka akan mengarahkan penerbit kecil membekalkan judulnya melalui pengedar besar yang mempunyai akaun dengan mereka.


(2) Kedai buku elit mahukan servis yang bagus dari pembekal.


Ini bermakna saudara dikehendaki mempunyai salesman yang khusus menjaga urusan pembekalan ke kedai-kedai buku itu. Lazimnya hanya penerbit yang besar sahaja yang dapat memenuhi syarat ini.


Di PTS, Cik Hasmariza adalah eksekutif yang khusus menjaga khidmat pelanggan rangkaian kedai-kedai elit bagi Lembah Kelang. Kedai-kedai indie di Lembah Kelang diservis oleh eksekutif lain.


(3) Kedai buku elit mahukan judul baru.


Salah satu kekuatan kedai buku elit adalah jabatan ā€œNew Arrivalsā€ ataupun ā€œBuku Baru Sampaiā€. Kalau saudara hendak mencari buku baru, pergilah ke kedai buku elit.


Ini memang budaya bisnes kedai buku elit. Mereka mahukan judul baru setiap bulan. Judul akan dipamerkan selama 1 ataupun 2 bulan. Kalau dalam tempoh itu judul tidak bergerak, mereka akan turunkan dari rak, masukkan ke dalam kotak, dan pulangkan kepada penerbit sebagai buku return. Tempat yang kosong itu akan diisi oleh judul baru yang lain.


Mentaliti pengurusan kedai elit tidak teruja dengan amalan ā€œrepeat orderā€ bagi judul lama. Salah satu faktor yang menyebabkan mereka asyik mahukan judul baru terbit adalah sejarah bisnes mereka. Sebagai contoh, sehingga akhir-akhir ini, MPH hanya menjual buku-buku Inggeris impot. Moto MPH adalah ā€œThe Best English Bookstoreā€. Jadi, sistem komputer MPH dibina khusus bagi tujuan itu.


Hanya baru sekarang MPH belajar berniaga dengan penerbit tempatan yang sangat bergantung kepada 'repeat order' sedang sistem MPH umpama tidak 'friendly' kepada alaman bisnes 'repeat order'.


Jadi , bagi membolehkan produk saudara menembusi pasaran kedai-kedai buku superstore, saudara memerlukan otot bisnes yang kuat.


Otot bisnes kuat yang paling penting saudara miliki adalah barisan staf yang berkelulusan tinggi, sebab hanya dengan modal insani yang tinggi barulah mereka dapat cepat belajar hukum-hukum budaya perniagaan korporat. Lazimya, penerbit kecil tidak mampu mengambil barisan staf berkelulusan tinggi.


.


.









 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 22, 2006

Mencari Formula Buku Evergreen

Ada buku yang meletup-letup jualannya, sampai laku berpuluh ribu, tetapi 5 tahun kemudian judul itu hilang dari pasaran.

Ada buku yang 'steady' sahaja jualannya selama berbelas-belas tahun, walaupun ia tidak pernah meletup-letup.

Dari sudut nilai pulangan pelaburan, buku yang bagaimanakah yang lebih baik saudara tulis?

Buku jenis pertama membolehkan saudara menerima berpuluh ribu ringgit dalam masa singkat. Ini membolehkan saudara membeli kereta baru ataupun rumah baru.

Buku jenis kedua membolehkan saudara menerima royalti setiap tahun selama berbelas tahun. Ini cuma membolehkan saudara pergi umrah setiap tahun.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Terbitan PTS Professional Sdn. Bhd. Diiktiraf oleh Universiti

Menerbitkan buku amat 'mudah'. Itulah sebabnya setiap tahun banyak penerbit baru muncul dalam pasaran. Orang yang tidak tahu menahu tentang bisnes buku pun boleh jadi penerbit buku.

Apabila saudara menerbitkan sendiri buku saudara, istilahnya 'self-publish author'. Dalam bahasa baisa 'pengarang terbit-sendiri'.

Banyak pensyarah universiti menjadi penerbit buku sendiri dengan tujuan menjual-paksa buku mereka kepada student masing-masing. Lazimnya pensyarah dapat untung sebab mereka mempunyai pasaran terjamin!

Tujuan kedua adalah bagi mengisi borang naik pangkat, sebab jika tidak ada buku, amat susah hendak naik pangkat di universiti. Disebabkan buku mereka tidak dapat diterbitkan dengan penerbit universiti ataupun penerbit profesional, maka jalan singkatnya adalah menerbitkannya sendiri.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai peraturan hanya buku yang diterbitkan oleh penerbit kredibel sahaja layak dipertimbangkan bagi tujuan naik pangkat. Syukur, PTS Professional Sdn. Bhd. termasuk dalam senarai penerbit kredibel itu.

Banyak pensyarah dapat naik menjadi pensyarah kanan, ataupun seterusnya menjadi profesor madya, malah beberapa orang menjadi profesor penuh, berkat mereka mempunyai buku yang diterbitkan oleh PTS.

Jika saudara bukan pensyarah universiti, saudara tidak mempunyai pasaran terjamin. Oleh itu, fikir banyak kali sebelum mengeluarkan duit beribu-ribu ringgit bagi mencetak buku saudara dan menjadi pengarang self-publish sebab kita belum berjumpa dengan pengarang self-publish yang dapat balik modalnya.

Banyak yang mengaku buku mereka laku sekian ribu, sekian ribu. Tapi itu cerita dari yang empunya buku, bukan dari kedai buku.

.
.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Mentee-mentee SifuPTS: Sabar!

Sifu baru malam ini jam 10.mlm tiba dari perjalanan JandaBaik-P.Pinang-KubangSemang-CHighlands-KotaBaru-JandaBaik


Ada 115 emel menanti! Jadi, minta sabaaaarrrr.....


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Notis: Sifu ke Utara, Blog Di-update Malam Isnin

SifuPTS akan ke Utara ikut pejuang-pejuang lain menghadiri KONGRES UMAT ISLAM SEMALAYSIA.


Tarikh: 23 & 24 Disember


Tempat: Yayasan an-Nahdah, Kubang Semang, Bukit Mertajam.


Pulang ke KL malam Isnin.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Lain Kedai, Lain Buku

Seorang penulis menggerutu disebabkan bukunya tidak dipamerkan di semua cawangan sebuah rangkaian kedai buku elit, sebaliknya hanya di dua buah cawangan sahaja.

Kedai buku memilih judul-judul yang sesuai dengan majoriti kaum yang tinggal di kawasan sekitar kedai buku itu.

Justeru, cawangan yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan Melayu tentu mempamerkan banyak judul-judul Melayu. Manakala judul-judul Melayu tidak dipamerkan di dalam kedai cawangan yang terletak di kawasan perumahan Cina.

Bagi kedai-kedai buku yang terletak dalam kompleks pejabat ataupun pusat membeli-belah, mereka juga akan tengok komposisi ras yang banyak lalu-lalang di depan kedai itu.

Sesetengah kompleks membeli-belah lebih popular dengan pengunjung Cina, manakala sesetengahnya popular dengan pengunjung Melayu.

Sesetengah judul hanya dibeli oleh golongan profesional, oleh itu hanya cawangan utama dan besar sahaja yang berani mempamerkan buku-buku jenis itu.

Inilah antara beberapa faktor yang menjadi panduan para pengurus kedai buku memilih judul-judul yang hendak dipamerkan di dalam kedainya.

Disebabkan buku-buku PTS adalah dalam Bahasa Melayu sahaja, maka tidak hairanlah judul-judul PTS mudah diperolehi di kedai-kedai kawasan Melayu.

Sesetengah buku PTS adalah jenis yang hanya dapat dijual di kedai-kedai buku dalam kampus universiti, maka buku-buku seperti itu tidak dipamerkan dalam kedai-kedai buku awam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kedai Buku Bukan Setor Penerbit

Sewaktu Seminar Novel Popular yang lalu, seorang profesor marah-marah dari atas pentas mengecam sikap kedai buku. Menurut profesor itu, kotak buku yang dihantar ke kedai dibiarkan sahaja di atas lantai. Sebulan kemudian apabila diperiksa, kotak buku itu dibuka pun tidak!

"Macam mana buku nak laku?" kata profesor itu marah-marah.

Banyak penulis tidak faham tentang buku dan kedai buku. Mereka sangka penerbit boleh pergi ke kedai buku dan meletakkan buku di rak dalam kedai buku itu, macam pembekal karipap meletakkan karipap atas meja gerai mamak teh tarik bawah pokok.

Kedai buku bukan setor tempat menyimpan buku-buku yang tidak laku. Itu sebabnya kedai buku memilih-milih buku mana yang mereka mahu ambil dari pengedar dan penerbit.

Kalau penerbit menghantar buku yang susah dijual, memang buku itu tidak akan diletakkan di atas rak.

Tuan punya kedai buku menyewa kedainya itu, dan dia membayar sewa dengan cara menjual buku, bukan menyimpan buku yang tidak laku.

Itulah sebabnya buku-buku yang tidak laku, istilahnya "tidak bergerak", akan dipulangkan ke pengedar ataupun penerbit sebagai "buku return".

Begitu juga, bukan semua buku yang ditunjukkan oleh salesman si penerbit mahu diambil oleh pekedai buku. Buat apa diambil, jika buku itu susah dijual. Lebih baik dipamerkan buku-buku lain yang laku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Orang Baru: Belajar Berkawan, Jangan Belajar Bersaing

Saudara hendak menerbitkan siri buku komik cerita agama untuk bacaan kanak-kanak yang dapat dijual dengan harga RM1.90sen.

Setakat yang saudara tahu, buku seperti itu banyak dalam pasaran tetapi kualiti lukisannya tidak bagus. Jadi saudara hendak menerbitkan buku-buku seperti itu dengan lukisan yang lebih bagus.

Ya tak ya, ada penulis dan pelukis yang datang membawa manuskrip seperti yang saudara mahu. Memang cerita dan lukisannya bagus.

Saudara pun segera membayar tunai RM7 ribu bagi membeli hakcipta 7 siri itu. Memang murah.

Dua tahun kemudian siri itu masih tidak dapat saudara terbitkan. Mengapa? Sebab saudara tidak cukup modal bagi mencetak 10 ribu naskhah bagi setiap siri (10,000 X 7 siri = 70 ribu naskhah semuanya). Kalau tidak dicetak sebanyak itu, kos cetaknya naik, oleh itu tidak dapat hendak dijual pada harga RM1.90 sen satu.

Maklumat adalah penting dalam bisnes. Dapatkan maklumat yang betul sebelum membuat keputusan.

Dari manakah saudara boleh mendapatkan maklumat bisnes? Tentulah daripada orang-orang bisnes.

Orang baru tidak mempunyai banyak maklumat. Orang lama banyak maklumat. Belajar merendah diri kepada orang lama. Selalu tabik-tabik. Ke mana pergi, banyakkan menanam budi. Dalam bisnes, kawan tolong kawan.

Belajar berkawan. Jangan bersaing.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Baru dan Strategi Survival dalam Dunia Bisnes Buku

Ikan-ikan kecil, seperti bilis, selar, barakuda, sardin, cencaru dan kembung, mereka berenang di lautan biru dalam kelompok besar. Manakala ikan jerung putih berenang bersendirian.

Burung-burung kecil yang sebulu, mereka terbang tinggi di langit biru merentasi benua bersama-sama. Helang terbang bersendirian.

Dalam dunia bisnes buku, apabila nama saudara adalah nama baru, maka saudara adalah ibarat ikan kecil dan burung kecil. Jangan berenang ataupun terbang bersendirian.

Orang kecil, masuk kumpulan. Berenang dan terbanglah dalam kumpulan besar. There is safety in numbers. Makin besar kelompok saudara, makin tinggi kadar survival saudara.

Jika saudara penulis baru, masuklah kumpulan. Jangan menulis buku yang unik, yang lain daripada yang lain. Nanti, hendak cari penerbit pun susah, tidak ada yang berani menerbitkan buku saudara.

Jika saudara penerbit baru, masuklah kumpulan. Jangan terbitkan judul-judul yang unik, yang penerbit lain pun belum terbitkan. Nanti amat susah menjualnya.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi Masuk Lautan Biru

Dalam situasi angka jualan novel cinta konvensional sedang jatuh merudum, ini adalah peluang keemasan bagi mana-mana penerbit yang berani masuk ke dalam sektor novel cinta dengan menawarkan produk-produk cinta gaya baru.

Gawang sedang kosong, tendanglah bola!

Sebagai penerbit, apabila saudara masuk ke lautan biru dengan produk baru, saudara perlu masuk dengan strategi perang pasaran yang sudah di-design dengan rapi.

Jangan masuk dengan menerbitkan 1 ataupun 2 judul sahaja, sebab walaupun isinya bagus, tetapi buku saudara itu nanti hilang dalam kedai, tersorok, terselit-selit entah di mana-mana antara buku-buku lain. Orang-orang yang masuk kedai pun tidak tahu rupa-rupanya novel agung saudara ada dalam kedai itu!

Saudara mesti masuk pasaran dengan menawarkan minimum 20 judul baru serentak, supaya buku-buku itu dapat dipamerkan sederet atas rak, macam barisan ratu-ratu cantik di atas pentas pertandingan Miss World. Daripada deretan 20 judul itu, baru akan muncul judul-judul yang 'hit'!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 21, 2006

LAN dan “Dr.” Palsu

Lembaga Akreditasi Negara (LAN) sudah membuka pendaftaran semua warga Malaysia yang memegang ijazah PhD. Ini dapat membantu masyarakat menyemak Dr.-Dr. palsu yang sekarang banyak berkeliaran dalam pasaran pelbagai produk.

Daftar ini berguna kepada penerbit disebabkan memang ada penulis yang menggunakan "Dr." dan "Ph.D." pada nama mereka dengan niat memberi gambaran palsu tentang kelayakan akademik mereka.

Penipuan yang dilakukan oleh penulis itu dapat merosakkan nama baik syarikat, suatu kerugian yang sangat serius implikasinya.

Pembeli dan pembaca yang tidak memiliki pendidikan tinggi dapat diperdaya oleh Dr.-Dr. palsu ini dan jualan buku mereka tinggi. Dari satu sudut, penulis Dr. palsu itu untung dan penerbit pun untung.

Jika buku-buku Dr. Palsu itu laku sampai diulangcetak berkali-kali, di manakah risikonya kepada penerbit?

Apabila sesebuah penerbit itu sudah ketahuan menerbitkan buku-buku yang ditulis oleh Dr. palsu, penulis-penulis yang berkelulusan tinggi dan profesional tidak mahu menerbitkan karya mereka dengan penerbit yang sama. Justeru, payahlah bagi si penerbit hendak mendapatkan penulis-penulis yang memiliki Ph.D. sah dari universiti-universiti ternama.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(28) Diskusi Kuliah | Permalink

Bestseller Kekal Bestseller

Hasil kajian pasaran buku yang kita lakukan di kedai-kedai elit sekitar Lembah Kelang menunjukkan suatu pola menarik.

Apabila sesebuah judul itu naik sebagai bestseller, judul itu kekal lama berada dalam carta TOP 10. Sebagai contoh, buku DaVinci Code sudah hampir 2 tahun berada dalam carta.

Ini berlaku bukan hanya pada judul Inggeris tetapi judul Melayu juga. Rekod jualan judul-judul PTS juga menunjukkan trend yang serupa. Buku TOP 10 PTS cenderung lama berada dalam carta itu.

Dalam rekod PTS, judul 55 PETUA ORANG BERJAYA oleh Ahmad Fadzli Yusof sudah 4 tahun berada dalam carta. Buku ini juga sudah diterbitkan di Indonesia oleh MIZAN.

Trend begini mempunyai implikasi penting:

1. Bagi penulis, apabila judul buku saudara berjaya masuk dalam carta TOP 10, itu adalah antara tanda-tanda awal buku itu berpeluang menjadi evergreen.

Kita meramalkan buku 55 PETUA akan menjadi evergreen dalam pasaran minimum 10 tahun lagi, ataupun mungkin lebih lama. Ia mungkin menjadi buku klasik seperti How To Win Friends and Influence People oleh Dale Carnegie.

2. Buku yang masuk dalam carta menjadikan nama penulis terkenal, dan ini mendorong jualan judul-judul lain oleh penulis yang sama. Apabila ada judul saudara masuk carta, jaga kualiti setiap buku saudara yang berikutnya.

Ada penulis novel cinta yang melakukan kesilapan di mana apabila bukunya masuk carta, dia mula menulis judul-judul baru dengan prolifik sekali, sehingga dia menerbitkan 3 judul baru dalam tempoh setahun, dengan sangkaan jualan setiap judul barunya akan serupa dengan jualan judul dalam carta.

Pada hari ini, judul-judul barunya gagal masuk carta, malah nama baiknya sudah cedera kerana judul-judul barunya tidak bermutu tinggi.

3. Bagi penerbit, isu yang penting adalah bagaimana hendak mempromosi judul-judul terbitannya sampai masuk carta. Judul-judul yang masuk carta adalah lombong emas penerbit.

Apabila ada pengarang saudara yang bukunya masuk carta, jaga hubungan baik dengan pengarang itu ibarat menatang minyak yang penuh, jangan sampai pengarang itu lari ke penerbit lain, ataupun merajuk lalu menerbitkan karyanya sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 4 pages  1 2 3 >  Last »