Tuesday, December 12, 2006

Lomba PTS: Mengapa Novel Cinta untuk Remaja?

Berdasarkan maklumat yang ada pada kita, sehingga saat ini, jumlah judul novel Melayu dalam pasaran adalah lebih 2 ribu. Sembilan puluh (90) peratus daripada judul itu adalah novel popular, termasuk novel cinta, untuk pembaca dewasa, yakni 18 tahun ke atas.

Adalah naluri perempuan mereka suka membaca, menonton dan mendengar cerita-cerita percintaan, sejak usia masih amat muda. Justeru permintaan bagi novel cinta akan sentiasa ada sepanjang masa, dan permintaan inilah yang menjadi asas kejayaan novel-novel cinta terbitan Creative dan Alaf21.

Meskipun novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang ditujukan bagi pembaca perempuan 18 tahun ke atas, tetapi novel-novel itu juga dibaca oleh remaja perempuan semuda 12 tahun.

Inilah situasi yang mendorong PTS memasuki sektor novel cinta dengan produk yang mempunyai 2 ciri utama:

(1) Novel-novel itu ditargetkan kepada remaja perempuan braket usia 14 - 16 tahun, dan

(2) Mesej dan temanya berfungsi mengasuh remaja perempuan supaya memahami dan mengamalkan adab-adab hubungan lelaki-perempuan berdasarkan peraturan Islam.

Novel-novel cinta PTS itu nanti bakal diterbitkan dan dipakejkan dengan mengambil kira ciri-ciri buku yang sesuai dibeli dan diletakkan dalam perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba PTS: “Perlumbaan Kooperatif - Islam” lawan “Persaingan Kompetitif - Barat”

Konsep perlumbaan Islam berbeda daripada konsep lomba Barat. Islam menyuruh kita berlumba-lumba melakukan kebaikan, termasuk menolong orang lain supaya berjaya. Apabila kita meringankan beban saudara kita, maka Allah akan meringankan beban kita.

Tingkah laku berlumba-lumba dalam Islam adalah tingkah laku kooperatif yang dipacu oleh nilai prestasi berkumpulan di mana kepentingan kumpulan mengatasi kepentingan individu.

Justeru, konsep perlumbaan yang digalakkan oleh Islam adalah bertentangan dengan konsep persaingan kompetitif yang digalakkan oleh budaya Barat yang didorong oleh sikap mahu menang dengan cara mengalahkan orang lain.

Sikap kompetitif Barat itu dipacu oleh nilai prestasi individu, di mana sesiapa yang mahu menang, dia mesti mengalahkan semua orang lain, dia mesti melihat semua orang lain sebagai pesaing yang mesti dikalahkan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Novel Cinta Remaja PTS: Mengapa Lain Amat?

Objektif lomba ini adalah mendapatkan 20 manuskrip novel cinta yang dapat diterbitkan sebelum tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Apa ertinya ini? Apakah tidak ada Hadiah No 1, No 2, No 3 dan saguhati sebagaimana dalam peraduan konvensional?

Komitmen PTS adalah 20 novel yang terpilih akan diterbitkan sebelum Mac 2008.

Bagaimana jikalau terdapat lebih daripada 20 manuskrip yang bermutu tinggi, katakanlah ada 35, apa akan berlaku ke atas 15 manuskrip itu?

Ini komitmen PTS: Semua manuskrip yang bermutu akan diterbitkan, mungkin sebelum, mungkin selepas pesta buku.

Bagaimana kalau semua manuskrip yang dihantar semuanya bermutu tinggi?

Ini komitmen PTS: Kalau semua bermutu tinggi, SEMUA akan diterbitkan!

Jadi, di mana 'lomba'-nya?

Ini komitmen PTS: (1) Manuskrip yang paling indah akan terbit paling awal, lama sebelum pesta bermula. (2) Pada cover novel itu akan ada logo "Hadiah Pertama" ataupun logo-logo yang seumpamanya.

Nota: Lain-lain bentuk sosial reward sedang dirancang. Ada cadangan, tuliskan cadangan saudara di sini.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengumuman Ke-4 Lomba Novel Cinta PTS: Memilih Bukan 1 tetapi 20 Novel Juara

Lomba menulis novel cinta remaja Islami yang dianjurkan PTS akan memilih 20 manuskrip terbaik yang dapat diterbitkan sebelum Mac 2008.

Pesta Buku Antarabangsa 2008 akan diadakan sekitar bulan April. Itulah sebabnya 20 novel yang terpilih itu mesti terbit sebelum pesta itu.

Ini adalah jadual kerja yang sangat ketat. Kita meramalkan masa yang diperlukan bagi menerbitkan 20 judul adalah minimum 6 bulan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Novel Cinta: Mencari Ilham Cerita

Bagi saudara yang akan ikut serta dalam lomba ini, barangkali isu terdekat adalah mencari ilham mencipta cerita cinta yang indah.

Isu ini mudah sahaja. Ikut prinsip kisah indah surah Yusuf. Dalam surah Yusuf, cerita itu adalah cerita berdasarkan kisah benar.

Justeru, saudara hanya perlu pandang kiri dan kanan saudara. Sudah barang tentu ada orang yang kisah cintanya menarik dijadikan asas cerita dalam novel cinta saudara.

Kisah cinta orang dulu-dulu adalah sumber keindahan. Ataupun kisah cinta saudara sendiri!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 11, 2006

Apa Lainnya ‘Lomba’ PTS?

Istilah 'lomba' dipinjam daripada Bahasa Indonesia yang serupa ertinya dengan 'lumba' dalam Bahasa Melayu. Di Indonesia perkataan 'lomba' amat popular digunakan bagi maksud 'pertandingan'.

Apabila PTS menganjurkan 'lomba menulis novel cinta', tentu sekali terlebih dahulu kita perlu mengetahui fiqh lomba, yakni (1) apa hukumnya menganjurkan pertandingan dan (2) apa hukumnya masuk pertandingan.

Di sebalik setiap acara pertandingan adalah sikap dan nilai kompetitif yang didorong oleh semangat mahu "menang dengan cara mengalahkan orang-orang lain" di mana reward diberikan oleh penganjur kepada individu yang berjaya mengalahkan paling banyak orang lain. Pertandingan kompetitif jenis ini tidak ada sunnahnya.

Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan sunnah yang menunjukkan beliau pernah mengadakan apa jua bentuk perlombaan, pertandingan, perlawanan, peraduan, persaingan, kejuaraan, kejohanan, liga, sayembara, musabaqah, ataupun tilawah, di mana beliau mengadili dan kemudian beliau memberikan ganjaran dan hadiah-hadiah kepada individu yang paling pandai mengalahkan peserta-peserta lain.

Disebabkan Nabi Muhammad tidak pernah mengadakan pertandingan sebagaimana yang kita kenal sekarang, habis, mengapakah PTS menganjurkan lomba menulis novel cinta remaja Islami, apakah ini tidak bertentangan dengan sunnah?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengumuman Ke-3: Lomba Novel Cinta Remaja PTS

Saudara yang berminat masuk lomba ini boleh menghantar lebih daripada SATU novel. Saudara boleh hantar 2 ataupun 3 ataupun 4. Malah lebih pun boleh!

PTS menganjurkan lomba ini bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 20 buah novel cinta Islami yang indah. Justeru mungkin sahaja semua novel saudara terpilih, sekaligus diterbitkan serentak!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengumuman Ke-2: Lomba Novel Cinta PTS

Disebabkan novel cinta yang masuk lomba ini wajib ditulis menggunakan teknik-teknik surah Yusuf, semua peserta yang belum mengikuti kursus surah Yusuf akan diberi peluang mengikuti kursus itu.

Tarikh kursus akan dimaklumkan kemudian.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lagi Nasib Pengarang

Salah seorang pengarang Rythm yang 3 buah novelnya ikut dilelong adalah mentee SifuPTS. Beliau menghubungi saya dengan persoalan menarik.

Ketiga-tiga novelnya dulu telah dijual hakciptanya kepada Rythm atas alasan beliau tidak percaya Rythm akan membayar royalti. Jadi lebih baik jual, ambil wangnya.

Kini, selepas belajar menulis dengan menggunakan teknik surah Yusuf, beliau mendapat idea mahu memperbaiki ketiga-tiga novelnya itu sesuai dengan surah Yusuf. Lalu beliau bertanya apakah ideanya itu dapat dilaksanakannya.

Inilah jawapannya:

1. Sebarang tindakan ke atas ketiga-tiga novel itu hanya dapat dilakukan dengan mendapatkan izin bertulis daripada Rythm, sebab novel-novel itu sudah dijual hakciptanya kepada Rythm.

2. Sekiranya cerita dalam novel-novel itu ditulis semula 100% sekalipun, ia tetap tidak boleh dilakukan tanpa mendapatkan izin Rythm disebabkan plot dan jalan cerita itu tetap dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

Aduhai! Begitulah nasib pengarang yang sudah menjual hakcipta karyanya......

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Nasib Pengarang Buku Dilelong

Langkah melelong buku adalah perkara yang biasa dilakukan oleh penerbit. DBP-DAWAMA malah menjadikan acara lelong buku sebagai acara tahunan yang tetap!

Apabila buku saudara dilelong, apakah implikasinya kepada saudara? Sebagai contoh, apakah saudara berhak mendapat royalti daripada jualan lelong itu?

Jawapannya:

1. Saudara perlu baca semula terma-terma yang tertulis dalam dokumen perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani. Apakah yang tertulis dalam dokumen itu? Lazimnya ada terma di mana penulis bersetuju dia tidak akan dibayar sebarang royalti daripada jualan secara lelong.

2. Jika saudara sudah menjual hakcipta karya saudara kepada penerbit, saudara tidak berhak menerima apa-apa bayaran daripada jualan lelong itu.

3. Lazimnya, penulis akan dimaklumkan bahawa bukunya akan dilelong. Ini hak penulis. Ini juga membolehkan pengarang membeli semua naskhah yang hendak dilelong bagi menyelamatkan air muka penulis. Maklumlah, siapa pula yang tidak malu bukunya dilelong!

4. Dalam penyata jualan yang dihantar kepada penulis, lazimnya penulis diberitahu berapa naskhah bukunya yang terjual secara lelong. Ini adalah hak penulis.

Jangan terkejut apabila dalam pesta lelong buku, ada pihak yang datang dan membeli dengan kuantiti yang banyak. Mereka adalah penjual buku.

Mereka beli buku saudara pada harga lelong yang amat murah dan menjual semula buku itu dengan margin yang besar. Novel yang dilelong pada harga RM2.00 dapat dijual semula pada harga RM3.00!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Terbaru Industri Buku

Topik hangat yang sedang diperbualkan oleh penerbit-penerbit indie Melayu adalah gosip bahawa gergasi Karangkraf akan memberi fokus dan penekanan lebih serius kepada sektor buku-buku umum (trade books).

Selama ini Karangkraf sudah lama menerbitkan trade books melalui aktiviti anak syarikatnya Karya Bestari, tetapi impaknya tidak ketara.

Penglibatan Karangkraf yang lebih serius dalam industri trade books adalah langkah yang bakal mencipta banyak kesan positif ke atas industri buku Melayu. Yang paling jelas adalah bertambahnya jumlah judul yang dapat ditawarkan kepada pembeli.

Pertambahan judul Melayu dapat mendorong pengurusan kedai-kedai buku membuka ruang yang lebih besar kepada koleksi Melayu. Ini dapat menarik minat pengunjung supaya masuk ke ruang pameran buku Melayu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Orang Melayu Semakin Malas Membaca?

Dalam Berita Harian hari ini Syaiful Bahri Saidin mengatakan orang Melayu semakin malas membaca.

Berdasarkan statistik yang digunakan bagi menyokong pendapatnya yang khilaf itu, sebenarnya orang Melayu semakin malas membaca akhbar Melayu sahaja.

Data jualan buku-buku Melayu yang ada pada kita menunjukkan trend statistik pembacaan yang meningkat tahun demi tahun.

Nota kepada En. Syaiful:

Kalau orang Melayu makin tidak suka membaca akhbar, jangan kata orang Melayu malas membaca. Logik itu belum tentu betul. Lebih selamat apabila dikatakan bahawa sebenarnya akhbar-akhbar Melayu makin tidak disukai oleh orang Melayu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Pembohongan Holocaust

Sempena Persidangan antarabangsa anjuran kerajaan Iran di Tehran tentang pembohongan peristiwa pembantaian 6 juta Yahudi oleh Hitler yang sedang berlangsung saat ini, dan dengan ikhsan blog Tuan RASTOM, download buku HITLER'S WAR di sini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 10, 2006

Rythm Lelong Novel di DBP

Ini berita baik! Di kedai buku DBP sekarang ada novel-novel Rythm sedang dilelong RM2.00 senaskhah. Ada sekitar 25 judul sedang dilelong. Judul-judul itu adalah judul yang sudah lama tidak dapat dijual lagi.


Bagi saudara yang ada novel dengan Rythm, elok saudara tengok apakah novel saudara termasuk antara yang dilelong. Beli sekarang untuk arkib peribadi saudara!


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sumbangan Positif Novel Cinta

Terima kasih kepada Creative dan Alaf21 yang berjaya membangunkan sektor "novel popular" dan "novel cinta".

Beberapa kebaikan daripada pembukaan sektor novel popular dan novel cinta adalah:

1. Remaja perempuan sekarang sudah terbiasa masuk kedai buku.

2. Mereka sudah terbiasa mengeluarkan wang bagi membeli buku.

3. Mata mereka sudah terbiasa membaca huruf-huruf kecil selama berjam-jam.

Para penerbit buku-buku Melayu patut melihat ini sebagai peluang yang baik bagi mengembangkan bisnes mereka.

Cabaran yang ada di depan para penerbit adalah bagaimanakah kita dapat menerbitkan buku-buku ilmu yang dapat dijual kepada perempuan-perempuan yang sudah terbiasa melakukan 3 aktiviti itu - yakni, masuk kedai buku, membeli buku, dan membaca buku.

Cabaran kedua sekarang ini adalah bagaimana kita dapat menerbitkan novel-novel cinta hasanah, yakni novel cinta yang baik bagi bacaan gadis-gadis remaja, sebagai alternatif kepada novel-novel cinta yang tidak hasanah.

Pembaca novel cinta tidak selamanya mahukan novel-novel cinta. Apabila usia mereka melepasi zaman cinta-cintaan, mereka dapat diperkenalkan kepada produk-produk yang memenuhi keperluan mereka selanjutnya.

Bayangkan sahajalah, bagaimanakah kita hendak menjual buku-buku yang bagus isinya, seperti buku agama, buku psikologi kanak-kanak, buku parenting, dan buku kesihatan keluarga kepada perempuan-perempuan yang tidak pernah masuk kedai buku, apatah lagi membeli buku dan membaca buku!

PTS banyak menerbitkan buku-buku yang ditargetkan kepada perempuan. Fakta bahawa judul-judul itu setiap tahun diulangcetak meskipun harganya 'mahal' mungkin mencerminkan kesan positif daripada sumbangan Creative dan Alaf21.

Pembeli buku-buku perempuan PTS itu mungkin mantan pembaca novel cinta....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Seminar Novel Popular di DBP

DBP menganjurkan seminar yang kontroversial seperti di bawah:




Tema: Novel Popular - Antara Komersialisme dengan Intelektualisme




Tarikh: Khamis 14 Disember 2006 & Jumaat 15 Disember 2006

Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara DBP.


Masuk PERCUMA.




Nota kaki: SifuPTS akan hadir dan mendengar sahaja (sedang puasa cakap!)


.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(75) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS dan “Sastera Hasanah”

Apabila PTS menceburi pasaran fiksyen, kita masuk dengan berpegang kepada konsep "SASTERA HASANAH".

Dengan berpegang kepada konsep sastera hasanah, automatis kita terbebas daripada perangkap label-label ciptaan tradisi sastera Barat, seperti istilah 'sastera tinggi', 'sastera picisan', 'sastera popular', 'sastera komersial' dan lain-lain konsep seperti itu.

Apa itu sastera hasanah?

Sastera hasanah adalah karya yang fungsi, isi dan bentuknya serasi dengan syariah.

SATU: Fungsi sastera hasanah adalah menyampaikan mesej-mesej yang serasi dengan Islam.

DUA: Isi sastera hasanah adalah pro-tauhid.

TIGA: Bentuk sastera hasanah ditulis menggunakan teknik-teknik, perbendaharaan kata dan ayat-ayat yang Quranic-compliant.

Justeru, konsep sastera hasanah (1) tidak menolak sesuatu karya disebabkan ia dihasilkan oleh pengarang bukan Islam, dan (2) tidak menolak sesuatu karya atas alasan ia 'ringan' dari sudut isi cerita dan gaya bahasanya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Siapa Carrie Kirana?

Nama CarrieKirana adalah sama terkenalnya dengan nama-nama penulis novel cinta paling top saat ini seperti Fauziah Ashaari, Aisya Sofea, Norhayati Berahim, Sri Diah, Salina Ibrahim, Aina Emir, Liana Afiera Malik dan banyak lagi.

Jadi, siapa Carrie Kirana?

.
.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Rezeki dari Agensi Jepun kepada Para Penulis Sastera Jibunsyi PTS!

Kalau surat ini bukan datang dari Allah, apa lagi....

Assalamualaikum Pn. Ainon @ Sifu PTS;

Saya sungguh tertarik mengenai entri puan dalam Unika PTS, khususnya mengenai Jibunsyi dan muzium Jibunsyi di Jepun. Saya mengikuti unika ini sudah agak lama dan telahpun mendaftar untuk menghadiri salah satu siri kursus penulisan kaedah Surah Yusof, namun terpaksa dibatalkan di saat akhir.

Nama saya ialah Muhamad Bin Ali dan lebih dikenali sebagai MBA di kalangan rakan-rakan. Saya ialah Naib Presiden myJICA (The Japan International Cooperation Agency [JICA] Alumni Society of Malaysia). Alumni kami berkait rapat dengan Jepun kerana kami adalah pelatih yang mendapat pendidikan/latihan yang ditaja oleh kerajaan Jepun, iaitu JICA. Di antara aktiviti kami termasuklah memperkenalkan kebudayaan Malaysia di kalangan orang Jepun, memperkenalkan kebudayaan Jepun kepada orang Malaysia, mengadakan homestay kanak2 Malaysia ke Jepun dan kanak2 Jepun di Malaysia, poengurusan teknikal Jepun dan bermacam-macam lagi. Maklumat terperinci boleh didapati dalam laman web kami di www.myjica.net.

Dalam masa terdekat, iaitu 29/3/07 - 6/4/07 Alumni kami akan membuat lawatan ke 7 bandar di Jepun menggunakan shinkansen (keretapi peluru /bullet train). Dalam aturcara kami, memang kami akan bertemu dengan penulis/pencerita jibunsyi di Hiroshima yang akan menceritakan tentang kisahnya semasa bom atom digugurkan di Hiroshima semasa perang dunia ke-2. Lawatan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Puan;

Tujuan saya menulis mel ini adalah untuk memohon kerjasama puan andainya pihak kami boleh turut serta dalam program2 puan. Misalnya, saya ingin cadangkan supaya salah satu sesi menulis novel jibunsyi yang bakal diadakan kelak ditaja sepenuhnya oleh myJICA. Pihak puan boleh menjalankan aktiviti dan menjemput peserta seperti biasa, namun barangkali myJICA boleh menyumbang sedikit dalam apa-apa yang patut seperti makan-minum yang ala kadar, buku-buku nota dan alatulis jika perlu. Mungkin juga sesi ini akan dirasmikan oleh pihak JICA ataupun Kedutaan Jepun. Jika masanya bertepatan dengan masanya ada kemungkinan pihak kami boleh membawa penulis jibunsyi dari Jepun sekadar untuk memberi sepatah dua kata (tertakluk kepada kesesuaian semua pihak. Kemungkinannya kecil, namun dalam bulan lepas pihak kami berjaya membawa tukang jahit kimono dari Jepun untuk adakan bengkel kimono kepada masyarakat Malaysia selama 3 jam di KL dengan kerjasama pihak kedutaan Jepun)

Kemungkinan lain ialah dengan sekalikan kursus penulisan jibunsyi ini dengan seminar/pameran haiku oleh pihak kami. Tarikh yang telah ditetapkan bagi sesi tersebut ialah 10 Mac 2007 dan lokasinya sedang diusahakan.

Sekian terima kasih dan semoga cadangan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari puan Sifu.

Wassalam.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa kata Mohd. Affandi Hassan tentang Novel Popular

Mohd. Affandi Hassan adalah salah seorang pengkritik sastera yang paling kontroversial. Baca apa kata beliau tentang novel popular dan karya 4 orang Sasterawan Negara di Mingguan Malaysia hari ini.

Antara lain, beliau menulis...

Lebih menarik ialah pendapat yang diutarakan para sarjana sastera bahawa kemunculan novel/karya popular ini adalah satu fenomena baru yang perlu dialu-alukan, yang memberikan sejenis “realiti panas” (stark atau naked reality) yang kini dialami oleh anak-anak muda yang menggemari karya demikian.

Oleh itu adalah lebih tepat jika karya jenis ini diberi nama “novel/karya realisme khayal”, sesuai dengan sifat utamanya yang menyerlahkan realisme baru di kalangan anak muda yang gemarkan hiburan murahan. Jika nama ini dipilih, maka kita akan menambah satu nama baru dalam senarai realisme yang sudah ada kini: Realisme sosialis, realisme magis, realisme bobrok (seperti karya Shahnon dan Samad Said), realisme kerohanian (seperti karya Arena Wati), realisme intelektual semu (seperti karya Muhammad Hj. Salleh) dan lain-lain jenis realisme yang menggambarkan realiti hawa nafsu sasterawan.

Tidakkah ini akan mengayakan lagi sastera moden kita? Sekurang-kurangnya kita telah menyediakan para penulis karya popular ini untuk dipilih menjadi Sasterawan Negara kemudian hari, sesuatu yang tidak mustahil seperti yang telah terjadi kepada Abdullah Hussein penulis karya picisan seperti Kuala Lumpur Kita Punya. Dalam konteks yang demikian, Dewan Bahasa dan Pustaka ternyata berpandangan jauh dalam wawasan sastera dan intelektual. Lagi...


Nota: UNIKA PTS tidak semestinya sependapat dengan semua kandungan artikel di atas.

.
.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 09, 2006

Jibunsyi Budak Pengutip Siput Babi

Pagi-pagi, sebelum terbit matahari, apabila Ahmad tidak bersekolah, dia suka ikut ibunya masuk ke dalam semak-semak rumput yang masih basah oleh embun, pergi mengutip siput-siput babi.

Ahmad suka mencari dan mengutip siput babi sampai penuh satu baldi. Yang dia tidak suka adalah tangannya yang terkena lendir siput babi dan kerja memasukkan semula siput-siput babi yang dapat memanjat timba cuba keluar semula.

Apabila baldi sudah penuh, dia dan ibunya pulang, lalu ibunya mengambil cangkul. Kemudian cangkul itu ditumbuk-tumbukkan ke dalam baldi bagi memecahkan kulit siput-siput itu.

Jibunsyi ini mendokumenkan dengan sangat terperinci bagaimana sebuah keluarga miskin di luar badar menggunakan sumber-sumber alam semula jadi yang ada di sekelilingnya sebagai modal hidup.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Jibunsyi Anak Buruh Estet Inggeris

Kasman dilahirkan dalam sebuah estet milik syarikat Inggeris. Ibu bapanya adalah buruh penoreh getah dalam estet itu.

Setiap bulan, pada hari pengurusan eset membayar gaji, sebuah lori disediakan percuma bagi membawa pekerja-pekerja estet dan anak isteri mereka pergi berbelanja ke pekan. Itulah hari yang paling bahagia bagi Kasman dan rakan-rakanya. Sebulan sekali, pada hari gaji seperti itu, Kasman dapat dapat naik lori dan menikmati lazatnya aiskrim cendol yang dibekukan!

Jibusyi Kasman menceritakan dengan sangat terperinci sosiologi dan sosio-ekonomi kaum buruh yang bekerja dalam estet milik syarikat Inggeris pada tahun-tahun 1960'an.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Jibunsyi Anak Penjual Tempe

Salah seorang mentee SifuPTS sedang terkial-kial menyelesaikan jibunsyinya.

Ia kisah sepasang suami isteri yang hidup dengan membuat dan menjual tempe di sebuah perkampungan di Johor, yang dibuka oleh komuniti penghijrah dari Pulau Jawa.

Jibunsyi ini merakamkan dengan sangat terperinci kehidupan keluarga itu. Apabila jibunsyi ini diterbitkan nanti, pembaca dapat membaca, antara lain, bagaimana tempe dibuat pada zaman sebelum merdeka.

Benarkah cerita yang mengatakan kacang tempe yang sudah direndam dipijak-pijak dengan kaki bagi membuang kulitnya, sebagaimana orang Peranchis memijak-mijak anggur bagi memerah airnya?

Penulis jibunsyi tempe ini memiliki PhD dan kini bertugas di sebuah universiti terkenal.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Modal Sejarah dan Budaya dalam Jibunsyi

Salah satu unsur yang menjadikan novel-novel jibunsyi amat bernilai kepada para pengkaji adalah maklumat terperinci tentang latar belakang sejarah dan budaya yang terkandung dalam novel jibunsyi.

Konsep 'cultural capital' atau 'modal budaya' menjadikan negara Jepun sebagai destinasi pelancongan, meskipun kos melancong ke negara itu amat mahal. Orang pergi melawat negara Jepun disebabkan mereka mahu melihat sendiri dan mengalami apa itu yang dikatakan kebudayaan Jepun.

Konsep 'cultural capital' inilah juga yang memberikan nilai yang sangat tinggi pada novel-novel jibunsyi kepada para pengkaji.

Dalam muzium jibunsyi di Jepun, jumlah dokumen jibunsyi yang paling banyak tersimpan di situ ditulis oleh mereka yang menyaksikan zaman Perang Dunia II, dan mereka yang terselamat daripada tragedi pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Para penulis jibunsyi itu menuliskan dengan amat terperinci apa yang mereka lihat dan alami, menjadikan karya mereka dokumen sejarah Jepun yang amat berharga kepada para pengkaji, meskipun tidak bernilai komersial bagi diterbitkan.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Jibunsyi: Novel Bernilai Ekonomi

Sastera jibunsyi di Jepun amat besar saiznya. Kanak-kanak sekolah diajar teknik menulis jibunsyi sejak di sekolah rendah lagi. Ini mencipta saiz komuniti penulis dan peminat sastera jibunsyi yang sangat besar.

Sastera jibunysi memainkan peranan penting ke atas kemajuan industri pelancongan, perbukuan, komik, animasi, game komputer, perfileman dan siri TV di Jepun.

Siri komik, animasi, gem komputer dan drama TV di Jepun mendapat manfaat besar daripada sastera jibunsyi kerana mereka menperoleh bekalan watak-watak dan cerita-cerita yang bermutu daripada sastera jibunsyi.

Di negara itu ada muzium jibunsyi di mana karya-karya yang tidak diterbitkan disimpan di situ kerana maklumat yang terkandung dalam manuskrip-manuskrip itu amat berharga.

Para penulis jibunsyi menubuhkan persatuan mereka sendiri, pada peringkat nasional dan setempat. Mereka menganjurkan bengkel-bengkel latihan menulis jibunsyi bagi melahirkan karya jibunsyi yang bermutu tinggi, yakni yang bernilai sastera dan diminati apabila diterbitkan sebagai buku, dapat pula diadaptasikan ke dalam bentuk filem, siri TV, komik, kartun, animasi dan gem komputer.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 08, 2006

Novel Cinta bagi Bacaan Kanak-Kanak

Novel cinta lazimnya dikaitkan dengan pembaca yang usia dan psikologinya sudah bersedia memasuki alam percintaan, yakni pembaca dewasa.

Alasan yang digunakan adalah kerana babak-babak percintaan tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak dan remaja, dikhuatiri bahan bacaan seperti itu dapat merosakkan pemikiran dan akhlaq golongan muda.

Dalam isu ini, bagaimanakah sudut pandang teori sastera Islami?

Berdasarkan surah Yusuf, tema cinta adalah sesuai bagi semua lapisan usia - kanak-kanak, remaja, dewasa ataupun tua, lelaki mahupun perempuan.

Surah Yusuf diturunkan bagi dibaca oleh semua lapisan usia. Tidak ada surah untuk kanak-kanak sahaja, ataupun untuk remaja sahaja ataupun untuk dewasa sahaja.

Demikianlah pula halnya akan al-Quran itu. Satu versi al-Quran untuk semua. Tidak ada al-Quran versi khusus untuk kanak-kanak ataupun remaja, ataupun dewasa.

Bagi kanak-kanak Arab, mereka memahami ayat-ayat Quran yang dibaca, yakni memahaminya sesuai dengan perkembangan kognitif mereka. Ramai kanak-kanak Arab sudah khatam membaca al-Quran sebelum mereka akil baligh, dalam erti kata lain, mereka tentu sudah membaca surah Yusuf.

Dalam surah Yusuf Allah menunjukkan bahawa tema, plot, perwatakan dan gaya bahasa pada kisah cinta isteri al-Aziz kepada Nabi Yusuf adalah model kisah cinta yang baik dan sesuai dibaca oleh kanak-kanak.

Justeru, dalam teori sastera Islami, maqam genre novel cinta adalah tinggi dan mulia, kerana perbuatan menyampaikan mesej Islam via kisah cinta yang indah adalah ajaran sunnah Quran.

Mari kita beramai-ramai belajar menulis novel cinta yang indah dan evergreen untuk bacaan kanak-kanak!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Menulis Novel “Cinta yang Indah”

Sastera Islami aliran surah Yusuf menerima genre novel cinta berdasarkan fakta bahawa tema cinta adalah salah satu tema utama dalam surah Yusuf.

Justeru menulis novel cinta dapat menjadi ibadah. Maka, dari sudut pandang teori sastera Islami aliran surah Yusuf, tidak timbul isu apakah genre novel cinta itu layak diterima sebagai sastera ataupun bukan sastera.

Isunya sekarang, apakah ciri-ciri 'cinta' yang menjadi unsur keindahan dalam sebuah kisah cinta yang indah berdasarkan sudut pandang Quran.

Ada beberapa unsur cinta yang lain daripada yang lain dalam kisah Nabi Yusuf.

Meskipun Allah sendiri mengatakan bahawa kisah Nabi Yusuf itu adalah kisah yang 'paling indah', namun cinta yang diceritakan dalam surah ini lazimnya tidak dianggap cinta yang indah dalam tradisi kisah-kisah cinta konvensional.

Cinta yang berlaku dalam surah Yusuf adalah:

(1) Cinta itu adalah cinta seorang perempuan dewasa yang berhati kejam.

(2) Ia cinta terlarang, cinta seorang isteri curang, cinta seorang ibu angkat ke atas anak angkatnya sendiri.

(3) Ia bukan cinta inosen teruna-dara, bukan cinta tulus suci, bukan cinta penuh pengorbanan.

(4) Ia cinta yang tidak kesampaian, bukan cinta yang berakhir dengan perkahwinan dan kebahagiaan.

(5) Ia cinta yang berubah menjadi dendam, yang klimaksnya adalah penganiayaan yang dilakukan oleh si pecinta ke atas yang dicinta.

(6) Ia kisah seorang teruna mempertahankan kesucian dirinya daripada eksploitasi nafsu seorang perempuan kaya yang ternama, bukan sebaliknya.

(7) Ia kisah perempuan dewasa tergila-gilakan lelaki muda teruna, bukan sebaliknya.

Para penganut teori-teori sastera konvensional akan mengatakan 7 ciri cinta dalam kisah Nabi Yusuf ini adalah bahan-bahan yang hanya layak ditulis oleh pengarang-pengarang novel picisan, novel cabul, alias novel sampah sahaja.

Tujuh ciri cinta pada surah kisah Nabi Yusuf itu akan dikatakan hanya membawa segala macam kerosakan ke atas minda pembaca, justeru tidak selayaknya diiktiraf sebagai cerita yang bermutu sastera.

Namun, begitulah ciri-ciri materi cinta yang diperkisahkan dalam surah Yusuf oleh Allah Taala.

Allah jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Fiqh Menulis Warkah dan Puisi Cinta dalam Novel Islami

Apakah hukumnya apabila novelis Muslim menulis kisah-kisah cinta yang di dalamnya diselitkan dengan warkah-warkah cinta dan puisi-puisi cinta?

Isu ini perlu dibincangkan oleh ulamak-ulamak sastera Islami. Kita, baik penerbit, editor mahupun penulis, semuanya memerlukan panduan piawai ISO bagi novel-novel cinta yang layak dikategorikan sebagai novel cinta yang HALAL dibaca.

Tema cinta dibenarkan dalam sastera Islami berdasarkan hujah nas bahawa cinta adalah salah satu tema dalam kisah Nabi Yusuf. Dalam kisah Nabi Yusuf, cinta itu adalah cinta seorang perempuan yang sudah menjadi isteri orang kepada lelaki lain.

Selain itu terdapat pula dalam al-Quran kisah cinta Nabi Adam kepada Hawa, begitu juga ada kisah cinta Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis. Juga cinta Nabi Ibrahim kepada Siti Hajar, isteri keduanya.

Isunya sekarang, teknik-teknik dan ayat-ayat yang bagaimana yang dibenarkan dalam novel cinta Islami, dan teknik-teknik serta ayat-ayat yang bagaimana yang tidak dibenarkan?

Dalam surah Yusuf, tidak ada surat cinta dituliskan oleh isteri al-Aziz kepada Nabi Yusuf. Dalam kisah cinta Nabi Adam, Nabi Sulaiman dan Nabi Ibrahim juga tidak disebutkan mereka menulis surat cinta. Adakah ini bermakna dalam novel cinta Islami pengarang tidak dibenarkan memasukkan warkah-warkah cinta?

Bagaimana pula isu menuliskan puisi-puisi cinta? Apakah ia dibenarkan ataupun tidak.

Ayat-ayat al-Quran adalah ayat-ayat yang mempunyai ciri-ciri puitis. Justeru, ayat-ayat yang diucapkan oleh isteri al-Aziz kepada Nabi Yusuf adalah ayat-ayat yang puitis sifatnya. Apakah ini bermakna puisi cinta dibenarkan diselitkan dalam novel cinta Islami?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 07, 2006

DBP Meneruskan Program Pembangunan Penulis Remaja

Ini berita baik bagi penulis remaja yang bercita-cita menjadi sasterawan dan mahu menerbitkan karya sasteranya dengan DBP. Klik di sini.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PanahArjuna dan Budaya Membacakan Bedtime Stories

Nama sebenar Sdr PanahArjuna adalah Ahmad Zafran Abd. Mutalib. Beliau penulis novel jibunsyi "TEGAR".

Menurut Sdr Panah, ulamak dulu-dulu sudah memulakan tradisi membacakan cerita-cerita bedtime stories kepada anak-anak sebelum tidur malam.

Cerita-cerita yang dibacakan itu adalah cerita-cerita daripada kepustakaan Islam, seperti cerita nabi-nabi, cerita sahabat-sahabat Nabi Muhammad, dan riwayat hidup para pahlawan dan tokoh-tokoh ilmuan Islam.

Apa yang dilaporkan oleh Sdr. Panah ini amat menguja SifuPTS!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Cerita untuk Kanak-Kanak Perempuan

Baguskah kanak-kanak perempuan membaca "The Sleeping Beauty"?


Ada pakar psikologi Barat yang mengatakan, cerita itu mengajarkan nilai yang tidak baik kepada kanak-kanak perempuan.


Alasan yang dikemukakan oleh pakar psikologi adalah dalam cerita itu, kalau budak perempuan dilahirkan cantik, dia tidak perlu belajar dan bekerja rajin-rajin, kalau dia cuma tidur sekalipun, suatu hari nanti pasti seorang anak raja yang tampan akan datang dan jatuh cinta padanya!


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 06, 2006

Pelbagai Kelebihan Belajar Menulis Buku-buku Cerita Moral dan Agama

Belajar menulis buku-buku cerita moral dan agama banyak kelebihannya.

Pertama, manusia memang suka membaca dan mendengar cerita, oleh itu pasaran bagi buku saudara sudah sedia ada, dan saiz pasaran itu besar pula.

Jika saudara menulis buku lain, pasarannya mungkin tidak ada, ataupun kecil saiznya.

Kedua, cerita mempunyai ciri evergreen, oleh itu hayat pasaran buku saudara amat panjang. Ini membolehkan buku saudara diulang cetak setiap tahun selama bertahun-tahun.

Buku-buku bukan fiksyen mempunyai hayat pasaran yang singkat. Ada masanya, belum sampai satu tahun, buku itu sudah out-of-date.

Ketiga, cerita yang saudara cipta itu mempunyai potensi diadaptasi ke dalam media lain, seperti filem, telenovela, komik dan animasi.

Keempat, buku cerita lebih mudah diekspot ke negara-negara lain melalui proses terjemahan dan pelesenan.

Kelima, buku-buku cerita dibeli oleh pembaca di kedai-kedai buku dan juga dibeli oleh kerajaan melalui kontrak Perpustakaan Negara Malaysia dan kontrak Kementerian Pelajaran.

Marilah belajar menulis buku cerita moral dan agama. Ia adalah harta intelek yang bernilai tinggi!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Menunggu Laporan dari Jakarta

Kita sedang menunggu laporan dari Jakarta.

Kelmarin, Selasa 5 Disember, 6 orang pegawai PTS berlepas ke Jakarta bagi mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Jakarta 2007 (6 - 10 Dis.). Delegasi PTS diketuai oleh Puan Norhazizam, Pengurus PTS ONE.

Misi PTS adalah mencari peluang mengekspot lebih banyak lesen judul-judul PTS untuk pasaran Indonesia dan menjalin kerjasama perniagaan dengan lebih banyak penerbit besar di negara itu.

Dalam rombongan lain semalam, Presiden PTS, En. Arief Rahmad, mengetuai delegasi MABOPA ke pesta itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Bedtime Stories

Buku-buku bedtime stories mempunyai pasaran besar di negara-negara maju disebabkan mereka sudah lama membangunkan budaya ibu-ibu membacakan cerita-cerita moral dan agama kepada anak-anak mereka, khususnya sebelum anak mereka tidur malam.

Jika kita mahu membangunkan budaya yang serupa di kalangan ibu-ibu Melayu, para penerbit terlebih dahulu perlu melambakkan buku-buku cerita bedtime stories di kedai-kedai buku.

Selepas itu barulah dilancarkan kempen menggalakkan ibu-ibu membacakan cerita-cerita bedtime stories kepada anak-anak.

Jika ini tidak dilakukan, apa yang berlaku nanti, kempen sudah dibuat, tetapi apabila orang ramai pergi ke kedai buku, buku yang dicari itu tidak ada.

Inilah yang berlaku sekarang. Setiap tahun kita mengadakan kempen membaca, tetapi buku-buku yang hendak dibaca itu amat terhad jumlah dan genre-nya. Jadi, orang sudah mahu membaca, tetapi buku yang hendak dibacanya tidak ada.

Justeru, tanggungjawab penerbit itu besar dan berat sekali!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 05, 2006

Laporan dari Bangkok 5

Apabila stesen-stesen TV Thailand menyiarkan siri romantis Korea dan Jepun ala-ala WINTER SONATA, para penerbit Thailand cepat-cepat membeli lesen terjemahan novel-novel cinta remaja yang ngetop jualannya di Seoul dan Tokyo.

Terbukti di Thailand, novel-novel cinta terjemahan dari Korea dan Jepun lebih laku berbanding novel-novel cinta dari Amerika.

Bagaimanakah reaksi penulis-penulis novel cinta Thai sendiri?

Mereka menulis novel-novel cinta ala-ala WINTER SONATA, baik dari sudut plot mahupun gaya bahasanya! Tidak cukup dengan itu, mereka malah menggunakan nama-nama samaran Korea dan Jepun! Dan terbukti laku keras!

Barangkali penulis-penulis novel cinta di Malaysia boleh meniru strategi rakan-rakan sejawat mereka di Bangkok.

Hmmm.... Baru kita terfikir... bukankah Thailand adalah contoh negara yang berjaya membangunkan ekonominya dengan mengeluarkan barangan jenama palsu - Polo, Rolex, Cardin, Opium.... sebut sahaja, semua nama-nama itu ditiru.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Marsli dan Seni Menulis Surat Cinta

Terbukti manusia suka membaca surat-surat cinta orang lain. Baca ulasan buku surat-surat cinta Kahlil Gibran oleh penyair Marsli N.O. dalam Berita Harian hari ini.


Ada sesiapa yang mahu menerbitkan surat-surat cintanya? Kirimkan kepada SifuPTS supaya dapat dibaca dan dinilai.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Sastera Kanak-Kanak

Wartawan Ani Awang menulis tentang sastera kanak-kanak dalam Utusan Malaysia hari ini.

Dalam artikel ini Ani Awang melaporkan pendapat seorang ahli akademik yang mengatakan buku kanak-kanak sehingga 12 tahun mesti ditulis (a) sesuai dengan usia kanak-kanak, (b) plot yang mudah dan (c) menggunakan bahasa yang ringan.

Saya berpegang pada pendapat yang berbeda. Hujah saya adalah berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan ke atas tingkah laku kanak-kanak membaca dalam dunia sebenar.

Saya pernah melihat seorang murid darjah 4 membaca Hikayat Hang Tuah edisi Kassim Ahmad dan Hikayat Amir Hamzah. Apakah siri Harry Potter menepati 3 ciri yang disebutkan oleh ahli akademik itu? Gaya bahasa Reader's Digest adalah ditargetkan kepada kanak-kanak (Amerika) 12 tahun!

Dalam Islam, pada usia 12 tahun majoriti kanak-kanak sudah akil baligh. Maka saya tidak setuju individu 12 tahun dikategorikan sebagai 'kanak-kanak' disebabkan asas-asas kategori yang dibuat oleh ahli-ahli psikologi Barat tidak semestinya sesuai dengan psikologi Islami.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Jadual Latihan

Sabtu 6 Januari 2007: Kursus Teknik Surah Yusuf, wajib hadir bagi saudara yang mendaftar dalam Lomba Novel Cinta PTS. (sms Cik Asyikin 019 744 5861)

Ahad 7 Januari 2007: Kursus Menulis Fiksyen Fantasi. (sms Cik Ann 012 970 2466)

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, KL.

Waktu: 10 pagi - 5 petang

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 04, 2006

PTS Pro Mencari Editor Perolehan

PTS PROFESSIONAL Sdn. Bhd. mempunyai 1 kekosongan jawatan sebagai Editor Perolehan.


Tugas dan tanggungjawab utama: (1) Merancang judul-judul buku yang bakal diterbitkan oleh PTS Pro. (2) Mencari calon penulis. (3) Mendorong penulis menghasilkan judul-judul yang dirancang.


Ciri-ciri calon yang dicari: (1) Mengetahui trend-trend pasaran buku tempatan dan keperluan pengguna. (2) Memiliki bakat interpersonal yang tinggi. (3) Pandai bekerja sendiri tanpa diselia.


Ciri tambahan yang dicari: Pernah aktif memimpin persatuan pelajar sewaktu di universiti.


Tulis surat kepada En. Nazrul Samsuddin, Tuan Pengurus PTS Professional, pada alamat: .(JavaScript must be enabled to view this email address)


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surah Yusuf: Tema Cerita Evergreen

Novel saudara menjadi evergreen apabila tema ceritanya evergreen. Justeru, memilih tema menjadi kemahiran kritikal.

Sesetengah cerita hanya dapat dijual dalam jangka masa singkat, yakni ia bermusim. Sebagai contoh, sepanjang musim Piala Dunia bagi sukan bola sepak, buku cerita yang ditulis dengan tema sukan itu dapat dijual. Habis pesta bola, jualan buku itu pun merudum.

Tema yang evergreen adalah tema nilai dengan konflik antara dua nilai yang bertentangan. Konflik nilai adalah konflik kejiwaan. Itulah sebabnya konflik nilai mempunyai ciri konflik yang evergreen.

Tema utama dalam kisah Nabi Yusuf adalah 'kebaikan' lawan 'kejahatan'. Watak-watak yang melambangkan tema kebaikan adalah Nabi Yusuf, Nabi Yaakub, Nabi Bunyamin dan Raja Mesir, manakala watak-watak yang melambangkan tema kejahatan adalah isteri al-Aziz, dan abang-abang Nabi Yusuf.

Tema 'kebaikan' lawan 'kejahatan' adalah tema paling evergreen. Dalam dunia siri komik dan kartun kanak-kanak sekalipun, tema ini kekal menjadi formula kejayaan paling utama. Hanya watak-watak sahaja berubah, manakala tema 'kebaikan' lawan 'kejahatan' kekal.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sejarah Judul Buku Buku-Buku Terkenal

Jeniri Amir menulis tentang JUDUL BUKU.


.



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tulis Banyak Buku Serentak

Dalam suatu kajian ahli psikologi tentang individu-individu yang sangat produktif, didapati mereka mempunyai ciri yang serupa, iaitu mereka melakukan banyak kerja serentak.


Bagi para penulis, hasil kajian ini menunjukkan cara bagi meningkatkan produktiviti saudara adalah dengan sengaja menjalankan banyak projek penulisan serentak.


Justeru, jangan tulis satu buku sahaja dan tunggu sehingga buku itu siap baru memulakan buku kedua, dan begitulah seterusnya. Nampaknya cara begitu tidak digunakan oleh individu-individu yang 'highly productive'.


Ingat pesan SifuPTS. Gunakan KJ Method. Teknologi lembut itu memudahkan proses menulis banyak buku serentak.


Bagi mentee-mentee yang melibatkan diri dalam program penulisan jibunsyi, gunakan sistem kad yang sudah dipelajari itu. Gunakan, jangan tidak digunakan!


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 02, 2006

Apa Itu ‘Firm Order’?

Salah satu istilah bisnes yang elok diketahui maknanya oleh penulis, pengedar dan pekedai adalah FIRM ORDER, sebab ia ada kaitannya dengan royalti yang diterima oleh penulis, dan risiko bisnes yang mesti dihadapi oleh pengedar dan pekedai.


Firm-Oder adalah pesanan pembelian buku yang dibayar tunai dan tidak boleh dikembalikan kepada penerbit walaupun buku itu tidak laku.


Sesetengah penerbit mengamalkan polisi firm-order. Sebagai contoh, ALAF21 dan CREATIVE mengamalkan firm-order ke atas agen-agennya.


Polisi firm-order sangat menguntungkan penerbit kerana polisi ini menyebabkan tidak berlaku langsung masalah kronik 'hutang lapuk' sebagaimana yang dihadapi oleh penerbit-penerbit yang tidak mengamalkan dasar firm-order.


Polisi firm-order juga sangat menguntungkan penulis, sebab walaupun buku tidak laku di kedai ataupun berlonggok dalam setor pengedar, buku itu sudah dikira 'laku', cek sudah dibayar kepada penerbit, oleh itu penulis menerima royalti penuh.


Jadi, dari sudut penulis, menghantar buku kepada penerbit yang mengamalkan dasar firm-order adalah amat menarik.


Polisi firm-order tidak disukai oleh pengedar dan peruncit, sebab ia meningkatkan risiko bisnes mereka disebabkan buku-buku yang tidak laku tidak dapat dipulangkan kepada penerbit.


Walaupun dasar firm-order amat menguntungkan penerbit, tetapi PTS tidak mengamalkan syarat firm-order kepada agen-agen PTS. Ertinya, semua buku PTS yang tidak laku boleh dikembalikan kepada PTS sebagai buku 'return'. Ini menyebabkan royalti buku return ditolak apabila kiraan royalti dibuat. Ini adalah faktor yang kurang menarik bagi penulis.


Tetapi, dasar PTS yang membenarkan 'returnables' menyebabkan agen-agen PTS puas hati dengan dasar bisnes PTS itu. Ini amat penting bagi menjaga hubungan baik dengan agen-agen.


Dalam jangka masa panjang, agen-agen yang puas hati akan memberikan layanan baik kepada buku-buku penerbit yang mengamalkan dasar returnable.


Jika saudara sedang merancang hendak menjadi penerbit, fikir baik-baik sebelum memilih antara polisi firm-order ataupun returnable.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Zaman Jepun dan Pelajaran Menulis Jibunsyi

Salah seorang mentee SifuPTS bernama Siti Hajar. Beliau mempunyai seorang ibu yang sudah 83 tahun usianya.


Menurut Sdri Siti Hajar, selepas mengikuti kursus menulis jibunsyi di PTS beliau balik kampung dan bercerita kepada ibunya tentang jibunsyi yang sedang ditulisnya.


Alangkah terkejutnya beliau apabila ibunya berkata, "Alah... mak sudah belajar menulis jibunsyi sejak mak di sekolah rendah lagi. Jibunsyi itu kisah hidup awak sendiri bukan?"


Maka terkejutlah Siti Hajar.


Lalu si ibu pun menceritakan bagaimana sekolah Jepun mengajar murid-murid menulis jibunsyi sejak mereka di sekolah rendah lagi.


Hmm.....


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Jibunsyi PTS di Kinokuniya

Jabatan Pemasaran PTS memaklumkan, mulai 1 Desember 06 Kinokuniya KLCC memberi highlight kepada novel-novel jibunsyi PTS FORTUNA.

Bagi mentee-mentee SifuPTS yang sedang terkial-kial belajar menulis jibunsyi, beli jibunsyi yang sudah terbit dan baca.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 4 pages  <  1 2 3 4 >