Ini nota yang masuk ke blog ini:
Salam untuk Puan Ainon,
Saya mengikuti penuh minat tentang cetusan rasa puan tentang kedudukan industri buku tempatan kita. Saya kira sudah tiba masanya untuk isu ini diketengahkan supaya industri buku terbitan tempatan mendapat pembelaan.
Dan saya kira sekarang ialah masa yang sesuai untuk berjuang kerana pada suku pertama setiap tahun ialah masa para pegawai kerajaan di bahagian kementerian kewangan duduk meneliti dan berbincang tentang perkara-perkara atau insentif / cadangan baru yang dikemukakan kepada mereka.
Jika puan pergi ke Putrajaya, puan pasti dapat melihat kereta mercedes besar-besar datang untuk mengemukakan masalah mereka agar dipertimbangkan oleh kerajaan dalam bajet akan datang.
Para pegawai ini perlu merangka isi-isi Bajet Nasional 2008 nanti. Pada setiap tahun para akauntan akan dijemput mengemukakan cadangan tentang berbagai isu dan insentif cukai.
Supaya lebih berkesan dicadangkan supaya pihak persatuan penerbit Melayu Malaysia mengemukakan cadangan tersebut dan disokong oleh mana-mana ahli politik yang memahami isu ini.
Insentif cukai (pengecualian) untuk penerbit baru buku tempatan, penerbit karya ilmuan Islam dan ilmuan Melayu yang original, karya kreatif, karya kartunis tempatan, royalti lukisan kartun dll.
Selain itu geran khas untuk sesuatu projek penerbitan khas dalam Bahasa Melayu.
Pengecualian cukai untuk buku karya tempatan yang diekspot ataupun apabila terjemahannya diekspot.
Pengecualian cukai dua kali ganda untuk karya motivasi / ilmuan terhadap royalti pengarang.
Peruntukan pinjaman dengan kadar faedah rendah ataupun dana khas untuk para penerbit tempatan yang menerbitkan buku-buku ilmu dan motivasi (bukan buku cinta tak bermutu).
Saya pasti puan mesti punya lebih banyak idea tentang hal ini.
Insentif ini bermanfaat kepada masyarakat kerana:
- menggalakkan budaya pembacaan
- menggalakkan penciptaan / karyawan tempatan
- menggalakkan perkembangan ilmuan dalam Bahasa Melayu
- perjuangan untuk Bahasa Melayu
- dan macam-macam lagiā¦
(Memang isu politik yang bagus untuk mana-mana wakil rakyat!)
Kertas cadangan harus dikemukan kepada Kementerian Kewangan Bahagian Bajet di Putrajaya. Setelah itu jika cadangan diambil peruntukan akan dibuat dan diagih-agihkan kepada kementerian / jabatan lain seperti SMIDEC.
Saya kira tidak ada sebab mereka tidak mempertimbangkannya. Sekian.
Nor.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
wah…. ini list 200 besar ya… semoga tambah sukses penjualannya…