Friday, January 12, 2007

Kahwin Cerai dengan Penerbit

Kahwin cerai antara penulis dengan penerbit adalah amalan lazim dalam dunia perbukuan negara kita. Perkara ini merugikan baik penulis, mahupun penerbit.

Ini berbeza sekali dengan amalan antara para penyanyi dengan penerbit mereka. Jikalau ada mana-mana penyanyi popular yang menamatkan kontrak dengan penerbit mereka, peristiwa itu menjadi berita besar dalam ruangan gosip artis.

Perceraian penulis-penerbit paling sensasi adalah perceraian Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Perceraian itu didahului oleh "mogok sastera" oleh SN itu disebabkan perasaan tidak puas hati beliau terhadap layanan yang diterimanya daripada DBP. Menurut beliau, DBP lambat serba-serbi, lambat menerbitkan karya-karyanya dan lambat membayar royaltinya.

Pergaduhan antara SN itu dengan DBP disiarkan dalam media massa. DBP membela dirinya dengan mengatakan DBP sudah membayar jumlah royalti sekitar RM200 ribu kepada beliau! "Apa lagi yang SN itu tidak puas hati?" tanya DBP.

"DBP tidak menerangkan kepada media massa bahawa jumlah itu dibayar kepada saya dalam masa lebih kurang 20 tahun!" kata SN itu.

Kahwin banyak antara seorang penulis dengan beberapa penerbit juga perkara amat lazim, manakala hal seperti itu mustahil boleh berlaku dengan penyanyi. Satu orang penulis boleh jadi menerbitkan bukunya dengan dua, tiga, malah tujuh buah penerbit pun ada.

Kata pepatah Melayu, "Kahwin banyak, ada anak tak dapat disuruh."

Saudara banyak buku, tetapi satu buku di sini, satu buku di sana. Itulah sebabnya buku-buku saudara tidak dipasarkan dengan bersungguh-sungguh oleh mana-mana penerbit itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Bukan Pakar Bidang

Salah satu soalan lazim yang ditanyakan oleh penulis baru adalah, “Ijazah saya dalam bidang lain, bolehkah saya menulis dalam bidang lain?”

Boleh. Silakan!

Tidak ada mana-mana peraturan yang mengatakan saudara hanya boleh menulis dalam bidang ijazah saudara, umpamanya jika ijazah saudara adalah bidang perubatan maka saudara tidak boleh menulis dalam bidang-bidang seperti agama, komunikasi, kepimpinan, motivasi dan lain-lain.

Ramai orang yang mengambil kursus di universiti dalam jurusan yang bukan pilihan pertamanya. Minat mereka adalah dalam bidang lain. Sebagai contoh, ada seorang jurutera yang sangat meminati orkid, maka dia layak menulis tentang cara-cara menanam orkid.

Orang suka menghadkan istilah 'kepakaran' dengan ijazah. Memang ada bidang-bidang kepakaran yang hanya dapat diperoleh dengan mengambil kursus berijazah, seperti bidang-bidang kedoktoran dan kejuruteraan.

Tetapi banyak bidang tidak memerlukan seseorang itu mempunyai kelulusan akademik dalam bidang berkenaan. Saudara boleh saja memiliki ijazah dalam bidang lain, kemudian mempelajari bidang-bidang lain yang tidak memerlukan ijazah khusus dalam bidang-bidang itu.

Katakanlah, ijazah saudara sekarang adalah ekonomi, saudara berminat menulis buku berkenaan kemahiran memimpin. Silakan! Bacalah banyak-banyak buku tentang ilmu kepimpinan, dan tulislah buku saudara.

Dua orang penulis PTS yang paling menjanjikan masa depannya dalam bidang pembangunan diri adalah Sdr. Ahmad Naim Jaafar dan Sdr. Ahmad Fadzli Yusuf. Kedua-duanya adalah pemegang ijazah dalam bidang undang-undang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 10, 2007

Banjir: Nasib Penerbit dan Kedai Buku

Di bandar-bandar kecil, kedai buku sentiasa menyewa tingkat bawah, yakni ground floor. Apabila berlaku banjir besar, air masuk ke dalam kedai buku. Buku-buku di rak rendah habis basah!

Pekedai akan cuba pulangkan buku yang rosak kepada penerbit, tetapi penerbit akan tolak kerana 2 faktor:

(a) Buku itu sudah rosak teruk, manakala syarat penerbit ambil semula buku tidak laku adalah buku-buku itu masih dalam keadaan yang dapat dijual.

(b) Pihak pekedai akan mendapatkan pampasan daripada syarikat insuran.

Kita menasihati para pekedai buku supaya ambil insuran yang 'cover' kerugian akibat bencana alam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sifu Buat Apa?

Jam 1.45 tengah hari: SifuPTS baru selesai makan tengah hari dengan Dato' Dr. Ahmad Zaidee Laidin, Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan En. Zulkarnain Muhammad, Ketua Unit Paten (Kejuruteraan).

Beliau-beliau itu setuju mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil penerbit bagi mendengar maklum balas berkenaan isu-isu kritikal yang dihadapi oleh industri penerbitan dalam negara.

Hidup buku Melayu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 09, 2007

Penulis Jangan Tamak

Orang tamak ada di mana-mana. Di kalangan penulis pun ada yang tamak.

Dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan bersama, jangan tamak. Sebagai penulis, saudara memerlukan penerbit, pencetak, pengedar, pekedai, runner dan kontraktor, pembeli dan pembaca buku. Mereka mencari makan dengan memberikan nilai tambah kepada buku saudara.

Tanpa input daripada mereka, buku saudara tidak dapat diterbitkan, apatah lagi dijual. Kata orang bisnes, "Cari makan sama-sama, makan pun mau sama-sama."

Setiap orang daripada mereka mendapat bahagian masing-masing, seorang sedikit, daripada terjualnya buku-buku saudara, baru semua boleh hidup.

Kalau ada mana-mana pihak yang tamak, yang mahu lebih banyak, buku saudara tidak dapat diterbitkan dan dijual, semata-mata kerana kos penerbitan dan penjualannya tidak berbaloi. Akhirnya semua orang tidak dapat apa-apa.

Yang paling rugi tentulah penulis sebab dia sudah mengeluarkan modal daya usaha menulis buku itu.

Apabila saudara tawar-menawar dengan penerbit, jangan hanya melihat kepada peratus royalti yang ditawarkan. Yang lebih penting adalah keupayaan penerbit itu memasarkan buku saudara.

Bak kata seorang penulis yang pernah ditawarkan royalti sebesar 12.5%, pada akhirnya dia cuma menerima sekali sahaja cek, bernilai RM48.85 sen.

Saudara mungkin ditawarkan royalti 5%, tetapi jika jualan buku saudara itu mencapai 20 ribu naskhah, akhirnya saudara menerima wang yang lebih banyak daripada royalti 12.5% tetapi buku saudara berlonggok dalam setor penerbit.

Penerbit-penerbit yang kredibel dapat bertahan lama dalam dunia bisnes yang sengit persaingannya disebabkan banyak pihak menaruh kepercayaan kepada kredibiliti mereka. Tidak ada mana-mana pihak yang berasa mereka rugi apabila berurusan dengan penerbit seperti itu.

Jikalau saudara menerima tawaran dari penerbit yang kredibel bagi menerbitkan buku saudara, jangan tolak dan jangan sekali-kali bersikap tamak.

Penerbit kredibel tidak banyak dalam pasaran. Ingatlah, penerbit mempunyai pilihan banyak penulis yang kredibel. Tetapi penulis di negara ini tidak mempunyai pilihan banyak penerbit yang kredibel.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 08, 2007

Watak Budak Nakal: Tema Basi

Kita dapati mencipta watak budak nakal bukan kerja mudah! Balik-balik kalau si budak nakal tidak mencuri rambutan, pastilah dia mencuri durian!

Mengapakah agaknya penulis sukar mencipta kenakalan-kenalan yang fresh, yang original, yang belum pernah ditulis oleh pengarang lain?

Mungkinkah penulis yang terdiri daripada budak-budak baik, secara natural, tidak dapat memikirkan idea-idea nakal? Perlukah penerbit mencari budak-budak nakal dan melatih mereka menulis?

Contoh idea-idea nakal basi:

1. Curi rambutan Pak Mat.

2. Curi pensel kawan sekolah.

Tolong tambah...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink

SifuPTS ke Johor Bharu

Jam 11 pagi SifuPTS bertolak ke Johor Baru bagi menghadiri Seminar Penerbitan Buku Pengajian Tinggi anjuran MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia, anggotanya adalah penerbit-penerbit universiti dan DBP).

Kita memang menentang pucuk pimpinan sesetengah universiti yang lebih sudu dari mangkuk dalam isu menggalakkan pensyarah menulis dalam bahasa Inggeris. Dasar Mak Si Randang!

Majoriti pensyarah muda sekarang, menulis dalam Bahasa Melayu pun tidak, inikan pula menulis dalam bahasa Inggeris!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(13) Diskusi Kuliah | Permalink

Hendak Menjadi Penulis Fiksyen Fantasi tetapi Takut Berfikir Gila-gila

Dalam bengkel fiksyen fantasi semalam, 7hb Januari, kita dapat melihat ada dua kategori peserta. Satu kumpulan berani berfikir gila-gila. Satu kumpulan lagi takut-takut hendak berfikir gila-gila.

Mencipta karya fantasi memerlukan kemahiran berfikir di luar pola-pola lazim, dengan itu barulah saudara dapat mencipta watak-watak dan plot cerita yang fresh, yang original, yang belum pernah dibaca sebelumnya.

(Hmm... Sifu perlu adakan bengkel lateral thinking pula....)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 07, 2007

Laporan Bengkel Novel Fiksyen Fantasi

Seramai 31 orang datang ke bengkel menulis fiksyen hari ini. Sesi brainstorming mencipta watak dan plot menjadi bising dan hingar-bingar sehingga peserta lupa jam hampir 1.30ptg, mereka masih tidak mahu berhenti memerah otak. Selepas diarahkan berhenti dan pergi makan, baru mereka berhenti. Itupun mereka sambung berbincang sewaktu di meja makan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Risiko Pengarang Bercerai

Penerbit buku-buku motivasi khuatir apabila pengarang motivator mereka menghadapi masalah rumah tangga.

Di Indonesia, motivator paling top sejak 10 tahun lalu adalah Aa Gym. Beliau kerap membawa isterinya muncul di khalayak.

Buku-buku, VCD, CD, pakej training, kuliah terbuka, rancangan TV dan radionya amat popular. Beliau kaya raya. Statusnya serupa dengan artis selebriti. Lebih banyak orang datang mendengar Aa Gym bercakap daripada mendengar Presiden Bambang Yudoyono bercakap.

Baru-baru ini seluruh Indonesia gempar, terkejut, banyak yang tidak mahu percaya, apabila tersebar berita bahawa Aa Gym mengambil isteri kedua, seorang artis janda beranak tiga.

Di Amerika, motivator kasih sayang yang paling popular dan kaya raya adalah Dr. John Gray, penulis siri "Men are from Mars. Women are from Venus". Jualan bukunya jatuh merudum apabila tersebar berita beliau bercerai dengan isterinya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Hakcipta dan Karya Plagiat

Ini ada artikel yang bagus tentang 2 orang penulis yang memplagiat karya orang lain. Baca di sini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, January 06, 2007

Catatan Bengkel Lomba Novel Cinta

Seorang penyair terkenal ikut hadir dalam bengkel, dan sewaktu rehat makan tengah hari, semua kerusi di meja bulat besar di mana beliau duduk sudah penuh. Beliau cepat mendapat pengagum daripada kalangan peserta yang baru belajar menjadi penulis. (Mujur SifuPTS makan di kedai yang sama, maka penyair itu terselamat daripada harus membayar bil makan para pengagumnya!)


Hadir sama dalam kursus adalah novelis Islami, Zaid Akhtar, penulis Rona Bosphorus.


Penulis PTS yang sudah menerbitkan karya mereka yang turut menjenguk bengkel adalah Ahmad Zafran Mutalib dan regunya ilustrator-jurutera Sdr. ICe, Ezee Rahmani, Saridah Hamid dan Mohamad Kholid.


Seperti yang terjadi dengan bengkel sebelum ini, bilik kuliah sesak sehingga terpaksa meminjam dari bilik sebelah.


Semua peserta yang hadir setuju dengan konsep lomba yang kita adakan.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Tema Perkahwinan dan Perceraian dalam Surah Yusuf

Apakah kisah cinta yang berakhir dengan jinjang pelamin itu kisah yang indah?

Kisah cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha adalah kisah cinta paling indah. Namun, dalam suruh Yusuf, hero dan heroin tidak berkahwin. Zulaikha tidak mengajak Nabi Yusuf supaya mengahwini dirinya. Sampai akhir cerita, Nabi Yusuf tidak berkahwin dengan isteri al-Aziz itu.

Demikian pula, dalam kisah itu tiada pasangan yang pada mulanya belum berkahwin lalu kemudian berkahwin, ataupun berkahwin lagi.

Malah dalam surah Yusuf tidak ada pasangan yang bercinta. Ini suatu ironi! Dalam kisah cinta yang indah, tidak ada percintaan dan tidak ada perkahwinan.

Dalam surah Yusuf, tidak ada watak-watak yang bercerai. Juga tidak ada adalah watak-watak berputus cinta ataupun berputus tunang.

Meskipun Zulaikha amat menggilai Nabi Yusuf, dia tidak meminta cerai daripada suaminya. Al-Aziz pun tidak menceraikan isterinya yang curang.

(Bandingkan ini dengan tema-tema basi dalam novel-novel cinta picisan, di mana bercinta, putus cinta, perkahwinan dan perceraian adalah tema ruji.)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Motivasi penulis: Penulis Perlu Ada Peminat

Kalau Siti Nurhaliza cuma merakamkan satu album, beliau takkan banyak peminat. Kalau penulis cuma menulis satu buku, dia takkan ada peminat.

Kalau saudara cuma bertanam sebatang pokok durian D24, saudara takkan ada ladang durian.

Peminat-peminat saudara memainkan 2 peranan penting:

(a) Peminat saudara adalah pasaran terjamin bagi semua buku saudara. Mereka membeli dan menjadikannya koleksi peribadi. Semakin banyak peminat saudara, semakin besar pasaran terjamin bagi karya-karya saudara.

(b) Peminat saudara adalah promoter dan salesman bagi nama saudara kepada orang-orang di sekeliling mereka. Dan mereka tidak perlu saudara bayar gajinya ataupun beri komisen.

Semua jenis buku dan pengarang mempunyai khalayak peminat masing-masing, bukan hanya pengarang kreatif sahaja. Buku remaja dan kanak-kanak pun mempunyai peminat sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Mesti Tulis Banyak Buku

Mengapa mesti tanam banyak pokok getah, itu sudah jelas, sebab setiap pokok mengeluarkan sedikit susu, jadi perlu banyak pokok bagi mendapatkan banyak susu getah.

Tetapi apa perlunya menulis banyak buku sedangkan saudara mempunyai jawatan tinggi sebagai punca pendapatan bulanan?

Inilah jawapannya:

(1) Buku saudara yang pertama, kedua, ketiga mungkin kurang laku keras. Tetapi apabila buku keempat meletup-letup, judul-judul lama akan ikut laku semula.

Pola begini sentiasa berlaku dengan pengarang-pengarang terkenal. Mereka semua mempunyai judul-judul awal yang tidak berapa laku, sebelum mereka berjaya menulis judul 'hit'.

(2) Kos mempromosi sesebuah judul sangat mahal, dan ia boleh menyebabkan buku saudara terpaksa dijual pada harga RM80 senaskhah, sudah tentu tidak laku.

Kos mencetak sekeping poster serupa sahaja, sama ada poster itu mempromosi 1 judul ataupun 5 judul. Apabila saudara mempunyai 5 buah judul, kos mempromosikan kelima-lima judul itu serentak menjadi jauh lebih murah.

Jadi, selagi buku saudara belum banyak, penerbit belum mampu mencetak poster khas bagi mempromosi wajah saudara dan buku saudara nan sebuah itu.

(3) Kos mempromosi nama pengarang sangat mahal. Kalau saudara cuma ada sebuah judul, memang tak berbaloi mempromosi saudara.

Jadi saudara faham mengapa PTS mencetak poster-poster khas bagi mempromosi nama-nama Dr. Danial Zainal Abidin, Dato' Dr. Mohd. Fadhillah Kamsah, Ahmad Fadzli Yusof dan Ahmad Naim Jaafar. Poster-poster itu dipamerkan di dinding kaca sebelah pintu masuk kedai-kedai buku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 05, 2007

‘Printed Price’ dan Penipuan Penerbit

Istilah 'printed price' atau 'harga tercetak' adalah harga buku yang tercetak pada buku itu. Bukan harga yang ditulis tangan pada buku ataupun ditulis atas stiker dan ditampalkan pada buku.

Sebagai penulis saudara harus tahu implikasi sistem harga tercetak sebab ia ada kaitan dengan bagaimana royalti saudara dikira.

Semua harga buku PTS dicetak pada kulit belakang buku. Royalti saudara mungkin 7% daripada harga cetak. Jika harga cetak buku saudara adalah RM20, maka royalti saudara adalah RM1.40 setiap naskhah terjual.

Ada penerbit tidak mahu menggunakan sistem harga tercetak. Jadi saudara takkan tahu berapa harga buku saudara yang sebenar. Penerbit seperti itu boleh berdusta tentang kiraan royalti saudara.

Dia boleh kata royalti saudara 10%. Tetapi 10% daripada berapa RM? Bagaimana saudara hendak tahu berapa harga buku saudara dijualnya?

Kedai-kedai buku indie tidak suka apabila PTS mencetak harga buku terbitannya, sebab mereka tidak dapat hendak 'mark-up' atau naikkan harga buku itu kepada pembeli.

Kontraktor yang membekalkan buku kepada kerajaan pun tidak suka penerbit menggunakan sistem printed price sebab dia pun tidak dapat hendak mark-up harga buku-buku yang dibekalkan kepada kerajaan.

Yang paling suka dengan sistem harga tercetak adalah penulis!

Sistem harga tercetak boleh 'merugikan' penerbit dalam kes kontrak kerajaan. Buku yang dipilih mungkin terbitan 2005 (biasalah kerajaan lambat membuat keputusan). Buku itu edisi pertama, harganya RM20. Kontrak keluar pada tahun 2007. Buku itu sudah diulangcetak, edisi kedua, lebih tebal, oleh itu harga barunya RM22.

Tapi kontrak kerajaan hendak membeli edisi pertama. Buku itu sudah tidak ada dalam setor lagi! PTS terpaksa bekalkan buku edisi kedua dengan harga RM20 juga! Rugi RM2 setiap naskhah. Royalti penulis tetap dikira berdasarkan harga RM22! Dua kali rugi.

Meskipun banyak pihak tidak suka sistem harga tercetak, mengapakah PTS tetap memilih sistem itu?

Sebab PTS mahu mengamalkan amalan-amalan bisnes penerbitan buku yang digunapakai pada peringkat antarabangsa supaya para penulis berasa selamat menyerahkan karya mereka kepada PTS.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Menjual Buku Self-published

Adakah saudara bercadang menerbitkan sendiri buku saudara?

Berdasarkan apa yang kita perhatikan, hanya mereka yang terlibat dalam aktiviti berceramah kepada orang awam, ataupun mengajar agama, yang dapat menjual buku yang mereka tulis dan terbitkan sendiri.

Mereka menjual buku mereka kepada orang ramai yang datang mendengar ceramah mereka, ataupun kepada murid mereka.

Jika saudara bukan penceramah ataupun guru agama, jangan terbitkan buku saudara menggunakan teknologi konvensional. Cetak buku saudara menggunakan teknologi POD (publishing ondemand).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi Menyeronokkan Penulis Lelaki

Hakcipta buku yang ditulis oleh suami ataupun isteri adalah termasuk dalam harta sepencarian.

Bagi semua karya suami, jika berlaku perceraian, isteri yang bekerja berhak menerima 50% royalti yang dibayar, manakala isteri suri rumah berhak menerima sepertiga. Sebaliknya pun begitu.

Bayangkan... selepas bercerai, setiap tahun cikpuan akan menerima cek-cek royalti karya-karya bekas suami. Maklumlah, buku-bukunya yang diterbitkan oleh PTS evergreen belaka.

Selepas cikpuan kahwin dengan suami baru sekalipun, cikpuan tetap menerima cek-cek itu.

Apabila bekas suami mati, selama 50 tahun kemudian, selagi karya-karyanya masih dijual, cikpuan terus menerima royaltinya! Hahaha! (ketawa besar!)

Demi menjaga kepentingan diri sendiri, buat apa sahaja supaya suami seronok menjadi penulis. Pelajari jenis-jenis aktiviti yang membuat lelaki seronok.

Nombor 1: Belajar SENYUM! Ya. Senyum!

Dalam suatu soal-selidik yang dibuat oleh pakar psikologi ke atas 500 orang lelaki yang pernah bercerai, majoriti melaporkan punca No. 1 mereka tidak puas hati adalah disebabkan bekas isteri mereka tidak senyum!

Siapa yang tidak banyak senyum kepada Sang Penulis Agung, memang dia pendek rezeki!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Contoh Surat Mengambil Semula Hak Penerbitan




Surat berdaftar


Tarikh: (wajib ditulis)



Kepada,
Pengurus Besar
(nama rasmi syarikat sebagaimana yang didaftarkan dan alamat penerbit)

Tuan,


Perkara: Menamatkan Perjanjian Hak Penerbitan


Adalah dengan ini saya (ejaan nama ikut KP @ ejaan nama pada kulit buku ) sebagai pengarang dan pemilik hakcipta karya yang bertajuk (Judul buku sebagaimana yang diterbitkan) yang diterbitkan pada tahun (tahun pertama terbit) oleh syarikat (Nama lengkap syarikat penerbit itu sebagaimana yang didaftarkan dan tercetak pada halaman inprint buku, cth: PTS Professional Sdn. Bhd. ) memaklumkan bahawa melalui surat ini saya menarik balik dan menamatkan persetujuan yang membenarkan syarikat tuan menjadi penerbit dan pengedar kepada buku yang judulnya seperti disebutkan dalam dokumen perjanjian penerbitan yang saya dan pihak syarikat tuan tandatangani pada (tarikh dalam dokumen).


Sekiranya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat ini diposkan, saya tidak menerima apa-apa maklum balas daripada pihak tuan, maka saya anggap tuan bersetuju dan tuan tiada sebarang halangan bagi saya mengambil semula hak penerbitan buku tersebut dan menamatkan perjanjian itu.


Di atas budi baik dan kesudian pihak syarikat tuan menerbitkan buku saya itu dahulu, saya ucapkan jutaan terima kasih.


Sekian dimaklumkan.



(tandatangan)
.................................................
(Nama penuh seperti dalam KP @ nama sebagaimana dieja pada buku)
(Alamat rasmi)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pepatah Tamil: Satu Batang Pokok Getah Takkan Jadi Sebuah Estet

Pokok getah dan buku ada persamaan. Kedua-duanya adalah harta bernilai. Kedua-duanya mempunyai potensi menjadikan pemiliknya orang kaya.

Tetapi kalau saudara cuma ada satu batang pokok getah, saudara takkan jadi kaya. Begitu juga kalau saudara cuma menulis ataupun menerbitkan satu buku, saudara takkan jadi kaya.

Di PTS, kita tidak berminat dengan penulis yang cuma mahu menulis SATU buah buku. Dengan menyumbangkan SATU buah buku, saudara takkan dapat memperkayakan kepustakaan Melayu, ataupun mengkayakan PTS, apatah lagi mengkayakan diri saudara sendiri.

Tanamlah banyak-banyak pokok getah, barulah saudara menjadi towkay estet.

Tulislah banyak-banyak buku, barulah jumlah royalti terkumpul tahunan saudara menghasilkan cek besar!
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Motivasi Penulis Lelaki: ‘Puas’ bukan ‘Bahagia’

Entri ini ditulis khusus untuk bacaan perempuan yang sudah terkahwin ataupun mahu mengahwini penulis lelaki.

Kita pernah mendengar jeritan batin isteri yang tidak bahagia lagi bersuamikan seorang penulis.

Pakar-pakar "happiness psychology" tidak menggunakan istilah "happiness" (bahagia) dalam bidang mereka, sebaliknya mereka menggunakan istilah "satisfaction" (puas & puas hati).

Mereka berpendapat istilah 'bahagia' tidak konkrit, oleh itu sukar diukur. Manakala istilah 'puas' adalah lebih konkrit dan lebih mudah diukur.

Malah individu yang 'puas' dan yang 'tidak puas' juga lebih mudah dikenalpasti melalui tingkah laku yang mereka pamerkan. Justeru pakar-pakar itu mengkaji faktor-faktor yang menghasilkan perasaan puas dan puas hati.

Tidak sebagaimana halnya dengan perempuan yang obses dengan 'mencari kebahagiaan', lelaki sebaliknya 'mencari kepuasan'.

Perempuan berkata: "Saya tidak bahagia." Lelaki berkata: "Saya tidak seronok!"

Nah! Di sinilah rahsianya: Jangan sibuk mencari bahagia daripada penulis lelaki. Itu perjuangan sia-sia.

Fokus pada jenis-jenis aktiviti yang membolehkan Sang Penulis Agung itu seronok, puas dan puas hati. Kebahagiaanmu akan datang sendiri.

(Uhuk! Uhuk!! Uhuk!!! Alahai, batuk makin kuat pula...)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 04, 2007

Motivasi Penulis: Ada-ada Sahaja!

Kajian yang dilakukan oleh 'relationship psychologists' mendapati pasangan yang berkongsi nilai-nilai yang serupa adalah lebih puas hati dan menikmati jodoh yang lebih berpanjangan dibandingkan dengan pasangan yang berlainan nilai. Pencapaian mereka juga lebih tinggi.

Pasangan yang berkongsi nilai menyukai perkara-perkara yang serupa dan membenci perkara-perkara yang serupa.

Kita menggalakkan para penulis PTS berkahwin dengan sesama penulis supaya produktiviti mereka tinggi.

Kalau tidak dapat berkahwin sesama penulis, berkahwinlah dengan kaki buku!

(Uhuk! Uhuk! Terbatuk pula...)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(22) Diskusi Kuliah | Permalink

Motivasi Penulis: Berkat Hadir Kursus

Ada 2 sumber semangat kerja: (a) Semangat daripada tenaga dalam diri sendiri, dan (b) Semangat daripada tenaga kumpulan.

Apabila saudara mahu meningkatkan produktiviti saudara, yakni mahu menyiapkan karya saudara lebih cepat, selalu-selalulah hadir kursus.

Setiap kali saudara hadir kursus, saudara mendapat semangat kerja daripada tenaga kumpulan.

Saudara bertemu semula dengan sesama rakan course-mates, dapat melihat penulis-penulis baru, mendengar kemajuan penulisan rakan-rakan... semua itu dapat menggebu-gebukan semula semangat kerja saudara!

Memang ada perkaitan kuat antara produktiviti dengan kehadiran dalam kursus!

Pada suatu hari ada sahabat Nabi Muhammad bertanya kepada beliau, mengapa dia makan tetapi tidak berasa kenyang. Lalu Nabi bertanya kepadanya, apakah dia makan seorang diri ataupun makan berkumpulan. Ternyata orang itu makan sendiri!
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Ijazah Universiti Terbuka PTS

Kita menerima pertanyaan, disebabkan blog ini mengaku sebuah universiti, maka apakah UNIKA PTS menganugerahkan ijazah?

Ya. UNIKA PTS menganugerahkan ijazah.

Apabila buku saudara diterbitkan oleh PTS, itulah ijazah saudara. (Hmm... Maunya apa lagi?)
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Novel Cinta

Semua yang mendaftar ikut serta dalam menulis novel cinta remaja Islami wajib hadir kursus pada Sabtu 6 Januari 2007 di Sekolah Al-Ikhlas, Taman Permata, KL. (10 pagi - 5 petang)

Nota: Bengkel ini terbuka kepada semua.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Cabaran Penulis Muda

Baca pendapat mereka tentang cabaran yang ada di depan penulis-penulis muda bagi tahun 2007 di sini.

Apa pendapat saudara?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 03, 2007

Menulis Novel untuk Skrin: Bab lawan Babak

Lazimnya, penulis merancang bab-bab dalam novelnya yang akan ditulis. Jadi, dalam sesebuah novel mungkin ada 7, 8, ataupun 12 bab. Ini adalah teknik konvensional menulis novel.

Novel yang distrukturkan mengikut bab-bab lebih sukar dialihkan ke skrin filem ataupun skrin TV disebabkan ia perlu distrukturkan semula kepada rangkaian babak sebelum dapat dituliskan skripnya. Ini memerlukan banyak pemikiran dan kreativiti pada pihak penulis skrip.

Novel yang mudah dialihkan menjadi skrip filem ataupun drama TV sejak awal sudah distrukturkan berdasarkan susunan babak. Setiap babak adalah satu episod, satu peristiwa.

Sususan episod-episod itu adalah kronologis. Tidak ada susunan plot yang jungkir-balik (istilah Malaysia, tunggang-terbalik). Ini bermakna, dalam novel yang ditulis untuk skrin, tidak ada plot falsh-back mahupun plot flash-forward.

Dari sudut teknikal, plot jungkir-balik sukar difilemkan secara berkesan, maka itu ia tidak digunakan dalam filem. (Ia juga sukar dikomikkan.)

Susunan plot kronologis adalah ciri surah Yusuf.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Fiksyen

Di seluruh dunia, 60% judul yang terjual adalah judul-judul fiksyen. Jadi, inilah sebabnya para penerbit berprestij pun melabur ke dalam pasaran ini dengan menubuhkan anak syarikat khusus supaya prestij syarikat induk kekal tidak tercalar.

Daripada 100% fiksyen yang terjual, 80% dibeli oleh pembaca perempuan.

Sumbangan wang perempuan kepada pasaran fiksyen menyebabkan para penerbit menggunakan cover novel yang ala-ala feminin, meskipun novel itu adalah untuk lelaki dan perempuan.

Sumber kita memberitahu 80% pembeli DaVinci Code di Malaysia adalah perempuan.

.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Memahami Pasaran Buku

Sudah natural, akan ada orang yang suka mendapatkan ilmu pengetahuan dengan membaca dan yang tidak suka membaca, sebaliknya suka belajar dengan cara menonton, ataupun mendengar ceramah ataupun berbincang.

Jadi, disebabkan memang akan sentiasa ada manusia yang suka membaca, maka pasaran buku akan sentiasa ada.

Dalam pasaran kelompok itu akan ada pelbagai sub-kelompok. Ada yang cuma suka membaca cerita sahaja, manakala buku-buku lain tidak disukainya. Ada yang cuma suka membaca buku ilmu sahaja, tidak suka membaca novel.

Dalam sub-kelompok, ada pula sub-sub-kelompok. Dalam sub-kelompok pembaca novel, mereka bukan membaca "semua jenis novel" sebaliknya mereka hanya suka membaca novel jenis tertentu sahaja, sebagai contoh, ada kelompok yang suka membaca novel cinta sahaja, ataupun novel sastera sahaja, ataupun novel perang, sains, thriller, sejarah dan lain-lain.

Sebagai penulis, jangan menulis untuk "semua orang" disebabkan bukan semua orang meminati "semua buku". Memang akan sentiasa ada orang yang tidak suka membaca buku. Di kalangan yang suka membaca, mereka bukan suka membaca semua jenis buku.

Kenal pasti sub-sub-kelompok yang saudara targetkan bagi buku saudara, dan tulislah buku untuk target itu sahaja.

Bak kata pepatah: Burung suka makan ulat. Saudara suka makan epal. Jangan beri epal kepada burung itu, dia mahukan ulat.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Industri Buku dan Industri Entertainment

Di negara-negara maju, industri buku dan industri hiburan sudah 'merge', sudah bergabung.

Penulisan buku dirancang dengan mengambil kira buku itu dapat difilemkan, dikomikkan, dianimasikan, di-computergame-kan, dan di-merchandise-kan.

Semasa buku sedang dirancang, pihak penerbit sudah merundingkan dengan syarikat entertainment bagi melesenkan hak memfilemkan, mengkomikkan, menganimasikan dan me-merchadise-kan buku itu.

Tidak semua buku dapat dieksploitasi dengan demikian caranya. Namun, bagi penerbit, mereka memang mencari-cari penulis yang dapat menghasilkan buku sedemikian rupa.

Sudah sampai masanya penerbit dan penulis Malaysia belajar menulis dan menerbitkan buku-buku yang dapat diterbitkan dalam pelbagai versi dan media. Inilah yang sedang diusahakan oleh PTS.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Fantasi yang Baik

Apabila saudara menulis buku-buku cerita fantasi untuk bacaan remaja dan kanak-kanak, ambil kira perkara-perkara di bawah dengan serius:

(1) Cerita dan watak-watak dalam buku itu dapat diterbitkan bersiri-siri sebab kanak-kanak dan awal remaja mahukan buku-buku yang terbit bersiri-siri.

(2) Cerita itu sesuai diterbitkan semula dalam bentuk buku ataupun majalah komik. Komik mesti terbit bersiri-siri.

(3) Cerita itu sesuai dianimasikan. Siri kartun TV mesti terbit bersiri-siri.

(4) Cerita itu sesuai dijadikan game komputer.

Dengan rancangan teliti seperti itu barulah sumber royalti saudara menjadi besar, banyak dan berpanjangan.

Ini juga menghendaki saudara memilih penerbit yang mempunyai komitmen bagi menerbitkan seluruh siri karya saudara itu dan juga pandai mempelbagaikan penerbitan versi karya saudara.

Sebelum memilih penerbit, tanya penerbit itu:

(a) Jika saudara menulis 50 siri cerita fantasi, adakah dia akan menerbitkan semuanya.

(b) Adakah penerbit itu akan menerbitkan edisi komik ataupun animasi ataupun game bagi siri saudara itu?

Ingat pesanan Sifu: Jangan fikir buku. Fikirkan kejayaan buku!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Daftar Di sini: Projek Menulis Fiksyen Fantasi PTS

Bagi saudara yang berminat ikut serta dalam projek menulis cerita fiksyen fantasi (FF), daftar di sini. Tulis nama, no hp dan emel.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(41) Diskusi Kuliah | Permalink

Dasar Latihan dan Program Mentor-Mentee PTS

Entri ini ditulis bagi menjawab pertanyaan pengunjung baru blog UNIKA ini.

Saudara yang mahu menjadi penulis PTS wajib hadir kursus PTS. Hanya mereka yang terlantar ataupun menggunakan kerusi roda dikecualikan.

Pada masa ini semua kursus PTS adalah percuma.

Kursus ini terbuka kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira kewarganegaraan perserta.

Bagi diterima menjadi mentee dalam program SifuPTS, saudara wajib mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd. sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel untuk Drama TV

Novel yang sesuai difilemkan dan novel yang sesuai untuk drama TV adalah berbeza.

TV adalah hiburan sekeluarga. Ini lebih-lebih lagi bagi golongan yang hanya mampu membeli sebuah TV untuk seisi rumah.

Drama TV yang popular adalah drama TV yang ceritanya dapat dikongsi oleh seisi keluarga. Ertinya dalam drama itu ada watak yang sesuai dengan anak-anak dan juga ibu bapa.

Novel-novel jibunsyi tidak sesuai difilemkan tetapi sesuai dijadikan drama TV kerana cerita-ceritanya adalah bertemakan kehidupan keluarga.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 02, 2007

Novel untuk Filem

Tidak semua novel dapat dijadikan filem yang box-office. Faktor yang menentukan sesebuah filem itu laku ataupun tidak laku adalah ciri-ciri mereka yang pergi ke panggung wayang menonton filem.

Penonton filem di Malaysia adalah anak-anak muda.

Tidak semua novel dapat menarik minat anak-anak muda apabila difilemkan. Jika saudara mahu menulis novel yang sesuai difilemkan, saudara perlu memahami citarasa anak-anak muda yang masuk panggung wayang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bahan Internet

Ramai penulis menghantar manuskrip dengan disertakan ilustrasi yang mereka ambil dari internet. Perbuatan itu adalah salah sebab ia melanggar undang-undang harta intelektual.

Semua bahan yang disiarkan dalam internet (termasuk bahan-bahan dalam blog ini!) tidak boleh digunakan oleh mana-mana pihak lain kecuali dengan memohon izin daripada pihak yang memiliki hakcipta bahan itu. Habis cerita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Tahan Lama dan Buku Evergreen

Para penerbit sentiasa mencari judul-judul buku yang mempunyai ciri tahan lama dalam pasaran dan buku-buku evergreen. Buku-buku jenis ini paling menguntungkan penerbit dan penulis.Kos menerbitkan buku adalah paling tinggi bagi cetakan pertama. Kos-kos yang ditanggung oleh penerbit adalah kos pracetak yang terdiri daripada (a) kos perolehan manuskrip, (b) kos mengedit, (c) kos layout, (d) kos ilustrasi, (e) kos desain kulit, (f) kos semakan pruf, dan (g) kos filem.


Kos-kos ini menyebabkan risiko kerugian adalah tinggi manakala margin keuntungan amat kecil bagi cetakan pertama. Semua kos ini tidak ditanggung lagi apabila buku itu diulangcetak.Ciri utama buku evergreen adalah fakta yang terkandung di dalamnya tidak berubah. Contoh buku evergreen yang paling sempurna adalah kitab Quran. Ia tidak mengalami perubahan sama sekali. Mana-mana penerbit yang menerbitkan Quran amat beruntung. Walau bagaimanapun, kerajaan mengenakan lesen khas bagi menerbitkan dan mencetak Quran.


Buku-buku agama adalah termasuk dalam senarai evergreen. Kitab-kitab karangan Imam Ghazali, Imam Shafie, Imam Malek, Syed Qutub, Hassan al-Bana, Hamka dan lain-lain masih dicetak dan diulangcetak sehingga hari ini.

Selain daripada buku-buku agama, buku-buku falsafah, sejarah, buku-buku cerita dan sastera juga termasuk dalam buku evergreen.

Sesetengah judul, walaupun bukan evergreen, tetapi ia dapat bertahan dalam pasaran selama bertahun-tahun sebelum buku itu dianggap 'out-of-date' atau 'ketinggalan zaman'.

Kamus-kamus termasuk dalam senarai buku tahan lama. Lazimnya kamus diulangcetak dengan tambahan-tambahan baru, setiap 5 tahun. Ini bermakna jikalau saudara mempunyai kamus, selama 5 tahun saudara terus menikmati royalti daripada kamus asal yang saudara susun itu. Setiap 5 tahun saudara perlu melakukan semakan bagi memastikan kamus itu mengandungi perkataan-perkataan yang baru dicipta ataupun perubahan makna yang berlaku pada perkataan-perkataan sedia ada.

Disebabkan kamus-kamus amat menguntungkan penerbit itulah sebabnya saudara dapat lihat semua penerbit cuba menerbitkan kamus masing-masing. Mereka sanggup membayar beribu-ribu ringgit kepada individu yang sanggup menyusun kamus bagi mereka. Kebanyakan daripada penyusun itu adalah individu-individu yang tidak pernah mendapat latihan dalam bidang perkamusan. Apa yang mereka lakukan adalah membeli beberapa buah kamus yang ada dalam pasaran dan menciplak kamus-kamus itu!

Buku-buku bidang ilmu di mana prinsip-prinsipnya bertahan lama juga termasuk dalam kategori ini. Ia dapat bertahan sehingga 10 ataupun 15 tahun. Buku-buku komunikasi, pengurusan, pemasaran, kejurujualan, psikologi, pendidikan kanak-kanak, kreativiti dan motivasi adalah termasuk dalam ketegori ini.

Buku-buku evergreen dan buku-buku tahan lama adalah sumber royalti yang berpanjangan bagi penulis, oleh sebab itu, jikalau saudara hendak hidup dengan menjadi penulis sepenuh masa, saudara perlu mempunyai judul-judul evergreen dalam senarai karya saudara. Judul-judul evergreen hanya ditulis sekali, kemudian ia diulangcetak berkali-kali, malah bertahun-tahun.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Panduan Memilih Penerbit

Apabila saudara sudah siap menulis buku, kepada penerbit manakah hendak saudara kirimkan manuskrip saudara?

Berikut adalah beberapa tip memilih penerbit:

1. Setiap penerbit menerbitkan jenis-jenis buku tertentu sahaja.

Pilih penerbit yang aktif menerbitkan buku sejenis dengan karya saudara itu. Sebagai contoh, kalau saudara menulis buku motivasi menjadi jutawan, saudara boleh cuba penerbit Al-Ameen. Kalau saudara menulis novel kisah masyarakat, saudara boleh cuba penerbit Creative.

2. Bagi mengelakkan saudara menjadi mangsa penerbit, hubungi penulis-penulis lain.

Tanya mereka bagi mendapatkan maklumat berkenaan tingkah laku sesuatu penerbit itu. Mereka mungkin tahu gosip-gosip tentang penerbit yang kredible dan tidak kredible. Itulah sebabnya saudara patut masuk mana-mana persatuan penulis sebab dalam persatuan itu ada penulis-penulis yang sudah lama berpengalaman dan banyak kenalan. Mereka adalah sumber gosip yang berguna apabila saudara hendak mencari maklumat tentang sepak terajang penerbit-penerbit buku. Dalam pelbagai acara perhimpunan penulis, saudara berpeluang berkenalan dengan mereka. Jangan segan, tanya sahaja, dengan senang hati mereka akan memberikan maklumat yang mereka tahu.

3. Hantar manuskrip saudara kepada penerbit yang terkenal dahulu, jika ditolak baru hantar kepada penerbit yang kurang terkenal.

Jika ditolak juga, baru hantar kepada mana-mana penerbit yang sudi menerima manuskrip saudara untuk diterbitkan. Semakin tidak terkenal sesuatu penerbit itu semakin tinggi risiko yang saudara ambil.

Di PTS, mereka hanya menerbitkan buku-buku yang memenuhi kriteria PTS. Jadi saudara mesti masuk kursus penulisan PTS sebelum menuliskan buku saudara bagi diterbitkan oleh penerbit itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mula-mula Tidak Laku, Kemudian Meletup

Pola jualan buku adalah pelbagai. Ada judul yang masuk pasaran terus laku keras, tetapi hanya sekejap sahaja, kemudian ia tidak laku lagi. Seperti kata pepatah: Api yang cepat marak, cepat padam. Ini yang berlaku pada buku percintaan Siti Nurhaliza dan Dato' K oleh SH Al-Attas. Apabila pasangan itu sudah berkahwin, tamatlah hayat pasaran buku itu.

Ada judul yang laku keras, kemudian difilemkan, maka judul itu bertambah-tambah keras lakunya. Ini yang berlaku pada buku Da Vinci Code.

Ada judul yang bertahun-tahun tidak laku keras, tiba-tiba apabila judul itu difilemkan, bukunya laku meletup-letup. Ini yang berlaku pada buku Lord Of The Rings.

Dalam kes judul-judul Melayu, kita tidak mempunyai data jualan bagi mengetahui apa kesannya ke atas jualan judul-judul yang sudah difilemkan ataupun ditelenovelakan. Jualan novel Ranjau Sepanjang Jalan tidak meningkat selepas ia difilemkan. Filem itu pun tidak menerima sambutan box-office.

Nota: Barangkali elok kita bertanya kepada Sdr. Abu Hassan Morad bagaimana angka jualan novel beliau Cinta Madinah sejak ditelenovelakan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 01, 2007

Judul Buku Tiada Dilindungi

"Nak Ke Tak Nak" adalah judul buku motivasi karya HM Tuah yang sangat laris di pasaran.

Bolehkah saudara menulis buku motivasi saudara sendiri tetapi menggunakan judul "Nak Ke Tak Nak?"

Undang-undang hakcipta tidak memberikan perlindungan kepada judul buku. Ia memberi perlindungan kepada isi kandungan buku sahaja.

Selain judul buku, judul bab besar dan judul-judul bab kecil juga tidak diberikan perlindungan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Nasib Penulis-Penceramah Selebriti

Apabila saudara menjadi penceramah selebriti yang terkenal di seluruh negara disebabkan wajah saudara selalu muncul dalam TV, macam-macam kesan positif dan negatif boleh berlaku ke atas diri saudara.

Sebagai penceramah popular, CD, kaset dan buku-buku saudara dijual di kedai-kedai buku dan kedai stesen minyak. Wajah saudara juga dicetak besar pada cover CD, kaset dan buku-buku saudara.

Situasi begini menyebabkan orang mendapat gambaran bahawa saudara menerima bayaran ceramah yang tinggi, sampai beribu-ribu ringgit, dan royalti besar. Hal itu mungkin benar dan mungkin tidak, tetapi begitulah sangkaan orang ramai.

Salah satu akibat daripada populariti saudara itu adalah akan ada orang yang tidak dikenali menelefon ataupun menulis emel ke pejabat penerbit buku-buku saudara dan memberikan maklumat yang mengejutkan. Maklumat itu mungkin betul, mungkin tidak.

Sebagai contoh, mereka mungkin memberitahu penerbit buku saudara itu kononnya saudara pergi ke Jordan sebab ikut suami melanjutkan pelajaran ke sana. Jadi saudara sebenarnya bukan masuk universiti di Jordan sedangkan selama ini orang menyangka saudara betul-betul lulusan Jordan.

Tidak boleh tidak, maklumat yang diceritakan kepada penerbit itu lama kelamaan pasti akan pecah dari mulut ke mulut.

Mula-mula penerbit itu akan bertanya kepada networknya yang mungkin kenal saudara bagi mencari kepastian apakah maklumat itu benar ataupun fitnah.

Orang yang ditanya itu akan terkejut! Lalu dia bertanya pula kepada networknya. Begitulah seterusnya.

Saudara mungkin tidak tahu menahu bahawa gosip-gosip tentang saudara tidak pernah masuk universiti di Jordan itu sedang merebak macam api pada musim kemarau. Saudara terus berceramah di TV dan berkuliah ke sana ke mari walhal orang yang nampak saudara di skrin TV mengumpat saudara.

Jadi, sangatlah penting penulis cum penceramah memberi maklumat benar berkenaan kelulusan akademiknya kepada penerbit. Hendak tak hendak, kebenaran tetap tersebar jua.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Konflik Percintaan yang Indah dalam Surah Yusuf

Konflik adalah unsur wajib ada dalam sesebuah kisah cinta yang indah. Ertinya, tanpa konflik, tidak mungkin sesebuah kisah cinta itu mencapai taraf indah.

Dalam dunia sastera Melayu, konflik dalam kisah percintaan Qais dan Laila, dalam kisah percintaan Uda dan Dara, dalam novel Siti Nurbaya, dalam filem Ibu Mertuaku dan filem Antara Dua Darjat konflik itu adalah konflik pertentangan kelas sosial antara golongan berharta dan golongan miskin.

Dalam novel Salah Asuhan konflik itu adalah konflik pertentangan kelas antara darjat kaum penjajah Belanda dengan darjat kaum terjajah, yakni pribumi Minangkabau.

Dalam novel-novel cinta popular hari ini, konflik itu adalah konflik emosi antara individu-dengan-individu, yakni antara lelaki-dengan- perempuan, antara benci-dengan-cinta, bagi mendapatkan kasih sejati dan abadi.

Dalam siri komik dan animasi, pertentangan itu adalah pertentangan antara 'yang baik' dengan 'yang jahat'.

Konflik dalam kisah cinta Nabi Yusuf adalah konflik yang tiada kaitan dengan pertentangan antara golongan kaya-dengan-miskin, tinggi-dengan-rendah, ataupun antara jahat-dengan-baik, ataupun antara benci-dengan-cinta.

Nabi Yusuf adalah lelaki yang ideal, yang baik. Isteri al-Aziz adalah majikan yang baik terhadap Nabi Yusuf sebagai hambanya.

Isteri al-Aziz sangat cinta kepada Nabi Yusuf. Sehingga tamat kisah mereka dalam surah itu, Nabi Yusuf tidak membenci perempuan itu, meskipun selepas dia difitnah oleh isteri al-Aziz sehingga dipenjarakan.

Meskipun Nabi Yusuf tidak pernah membenci isteri al-Aziz, kisah cinta itu tidak ditamatkan dengan mereka akhirnya berkahwin.

Inilah antara unsur-unsur yang menjadikan kisah cinta dalam surah Yusuf itu begitu indah.

(Bandingkan ini dengan tema basi dalam banyak novel cinta: konon mula-mula si baik membenci si jahat, lama-lama si baik jatuh cinta kepada si jahat, lalu si jahat menjadi baik, akhirnya mereka dapat berkahwin.)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Nasib Penulis: Hakcipta Karya Menang Sayembara

Apabila karya saudara memenangi sebarang peraduan, adakah saudara tahu apa nasib hakcipta karya saudara itu?

(a) Meskipun saudara menerima RM50 ribu sebagai hadiah, adakah saudara masih memiliki hakcipta saudara?

(b) Adakah hakcipta karya yang menang diambil oleh penganjur?

(c) Adakah saudara dikehendaki menandatangani sebarang surat persetujuan menyerahkan hakcipta karya saudara yang menang kepada penganjur?

Banyak penganjur peraduan mengarang tidak bersikap telus disebabkan mereka tidak menuliskan terma hakcipta bagi karya yang menang dalam brosur yang diedarkan.

Jangan sampai berlaku bak kata pepatah: Menang sorak kampung tergadai. Dapatkan maklumat yang betul sebelum menghantar karya saudara kepada sebarang peraduan.

Kos menganjurkan peraduan mengarang adalah amat mahal, oleh itu sesetengah penganjur cuba mendapatkan semula modal yang sudah dibelanjakan itu dengan mengenakan syarat hakcipta karya yang menang diserahkan kepada penganjur.

Nota: PTS sekarang sedang menganjurkan Lomba Menulis Novel Cinta Islami. Bagi semua karya yang menang, hakciptanya masih kekal di tangan pengarang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tanda Bacaan: Noktah (.) dan Koma (,) selepas dialog

Kesilapan tanda bacaan yang paling banyak dilakukan adalah noktah (.) dan koma (,) selepas dialog.

Koma (,) digunakan dalam 1 ayat.

"Hatiku sedih," kata Mamat.

Noktah (.) digunakan dalam 2 ayat.

"Hatiku sedih." Itulah yang dikatakan oleh Mamat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PURNAMA Lancar Sayembara Novel Kanak-kanak dan Remaja

PUSAT Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja DBP (PURNAMA) sedang melancarkan sayembara menulis novel kanak-kanak dan remaja.


Sayembara itu terbuka kepada peserta Melayu dan bukan Melayu.


Ia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000 untuk kedua-dua kategori itu.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2148 2875.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 4 pages  <  1 2 3 4 >